analisis notasional perlawanan bola tampar wanita …€¦ · pasukan bola tampar universiti...

37
ANALISIS NOTASIONAL PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA DI ANTARA PERLAWANAN PASUKAN UNIVERSITI MALAYSIA MENENTANG PASUKAN UNIVERSITI THAILAND DAN PASUKAN UNIVERSITI MALAYSIA MENENTANG PASUKAN UNIVERSITI SINGAPURA TEO SHI LING UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 18-Oct-2020

43 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ANALISIS NOTASIONAL PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA …€¦ · pasukan bola tampar Universiti Malaysia berbanding pasukan bola tampar Universiti Thailand dan pasukan bola tampar Universiti

ANALISIS NOTASIONAL PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA DI

ANTARA PERLAWANAN PASUKAN UNIVERSITI MALAYSIA

MENENTANG PASUKAN UNIVERSITI THAILAND DAN PASUKAN

UNIVERSITI MALAYSIA MENENTANG PASUKAN UNIVERSITI

SINGAPURA

TEO SHI LING

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: ANALISIS NOTASIONAL PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA …€¦ · pasukan bola tampar Universiti Malaysia berbanding pasukan bola tampar Universiti Thailand dan pasukan bola tampar Universiti

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: ANALISIS NOTASIONAL PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA DI

ANTARA PERLAWANAN PASUKAN UNIVERSITI MALAYSIA

MENENTANG PASUKAN UNIVERSITI THAILAND DAN PASUKAN

UNIVERSITI MALAYSIA MENENTANG PASUKAN UNIVERSITI

SINGAPURA

SESI PENGAJIAN: 2010/2011

Saya: TEO SHI LING_____ __ __

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti

Teknologi Malaysia dengan syarat-ayarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian

tinggi.

4. ** Sila tandakan (√)

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA

RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh,

___________________________ __________________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: Nama Penyelia:

87, JALAN TAY KIA HONG, EN. SYAHRUL RIDHWAN B. MORAZUKI

TAMAN SRI LALANG,

81900 KOTA TINGGI, JOHOR.

Tarikh : _____________________ Tarikh: _______________________

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh

tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan,

atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

MEI 2011 MEI 2011

Page 3: ANALISIS NOTASIONAL PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA …€¦ · pasukan bola tampar Universiti Malaysia berbanding pasukan bola tampar Universiti Thailand dan pasukan bola tampar Universiti

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)

Tandatangan :__________________________________________

Nama Penyelia : EN. SYAHRUL RIDHWAN BIN MORAZUKI

Tarikh : MEI 2011

Page 4: ANALISIS NOTASIONAL PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA …€¦ · pasukan bola tampar Universiti Malaysia berbanding pasukan bola tampar Universiti Thailand dan pasukan bola tampar Universiti

ANALISIS NOTASIONAL PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA DI

ANTARA PERLAWANAN PASUKAN UNIVERSITI MALAYSIA

MENENTANG PASUKAN UNIVERSITI THAILAND DAN PASUKAN

UNIVERSITI MALAYSIA MENENTANG PASUKAN UNIVERSITI

SINGAPURA

TEO SHI LING

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

Page 5: ANALISIS NOTASIONAL PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA …€¦ · pasukan bola tampar Universiti Malaysia berbanding pasukan bola tampar Universiti Thailand dan pasukan bola tampar Universiti

ii

Saya akui karya ini bertajuk “Analisis Notasional Perlawanan Bola Tampar Wanita

Di Antara Perlawanan Pasukan Universiti Malaysia Menentang Pasukan Universiti

Thailand dan Pasukan Universiti Malaysia Menentang Pasukan Universiti Singapura”

adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya

telah saya perjelaskan sumbernya.

Tandatangan : _______________________

Nama Pelajar : TEO SHI LING

Tarikh : MEI 2011

Page 6: ANALISIS NOTASIONAL PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA …€¦ · pasukan bola tampar Universiti Malaysia berbanding pasukan bola tampar Universiti Thailand dan pasukan bola tampar Universiti

iii

DEDIKASI

Khas dibuat untuk ayah dan ibu yang tersayang

Teo Bee Huat dan Tan Yoke Cheng

Dan juga kakak dan abang yang dikasihi

Teo Jey Ling dan Teo Seng Siong

Terima kasih ke atas segala pengorbanan dan didikanmu.

Doa dan sokongan yang diberi sepanjang masa amat dihargai

Kepada rakan-rakan dan Warga SPS seperjuangan

Wong Sin Yin, Ng Sher Fen, Aruna Santhappan,

Noor Haniza Binti Kosnan dan Mas Murni@Zaiton Binti Abdullah

Bantuan dan dorongan yang diberikan

akan dikenang selama-lamanya.

Page 7: ANALISIS NOTASIONAL PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA …€¦ · pasukan bola tampar Universiti Malaysia berbanding pasukan bola tampar Universiti Thailand dan pasukan bola tampar Universiti

iv

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi penghargaan ikhlas dan

ribuan terima kasih kepada penyelia projek, En. Syahrul Ridhwan Bin Morazuki atas

segala bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang melaksanakan

kajian ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada semua pensyarah Fakulti

Pendidikan yang telah memberi nasihat dan pandangan kepada saya dalam proses

menjayakan kajian ini.

Seterusnya penghargaan ditunjukkan kepada rakan seperjuangan yang banyak

membantu saya dalam memberi dorongan, semangat dan nasihat semasa menghadapi

segala cabaran dalam penulisan laporan kajian ini. Ribuan terima kasih saya ucapkan

atas bantuan mereka.

Tidak ketinggalan juga penghargaan kepada ibu bapa dan adik-beradik yang

amat saya sayangi atas sokongan moral dan kewangan yang diberikan. Akhir sekali,

kerjasama, tunjuk ajar dan dorongan daripada semua pihak di atas amat hargai. Saya

ingin mengucap ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberikan apa jua

sokongan dan bantuan sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam proses

menyiapkan projek sarjana muda ini.

Sekian, terima kasih.

Page 8: ANALISIS NOTASIONAL PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA …€¦ · pasukan bola tampar Universiti Malaysia berbanding pasukan bola tampar Universiti Thailand dan pasukan bola tampar Universiti

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor-faktor kekuatan dan kelemahan

pasukan bola tampar Universiti Malaysia berbanding pasukan bola tampar Universiti

Thailand dan pasukan bola tampar Universiti Singapura. Keseluruhannya, 36 orang

subjek terlibat dalam kajian ini, dengan masing-masing 12 orang pemain berumur di

antara 20 tahun hingga 24 tahun dari pasukan Universiti Malaysia, pasukan

Universiti Thailand dan pasukan Universiti Singapura. Kajian ini dijalankan

menerusi analisis video perlawanan yang dirakam semasa kejohanan Asean

Universitiy Games 2010. Tiga elemen utama yang dianalisis adalah analisis nisbah

kerja dan rehat, analisis kemahiran dan analisis taktikal (serangan dan pertahanan)

yang menyumbang kepada perolehan mata dan kehilangan mata semasa perlawanan.

Analisis perlawanan di antara pasukan Universiti Malaysia menentang pasukan

Universiti Thailand dan pasukan Universiti Malaysia menentang pasukan Universiti

Singapura mendapati peratusan tertinggi perolehan mata bagi pasukan Universiti

Malaysia bagi kedua-dua perlawanan adalah menerusi SPwon (23% dan 31.0%).

Dapatan kajian turut mendapati bahawa tiada perbezaan yang signifikan bagi semua

kemahiran bagi kedua-dua perlawanan kecuali SVlost (p = 0.023) dan unforced error

(p = 0.001) bagi perlawanan di antara pasukan Universiti Malaysia dan pasukan

Universiti Thailand. Dari aspek taktikal, pasukan Universiti Malaysia mencatatkan

peratusan tertinggi bagi taktik serangan Tempo 3 berbanding Tempo 1 bagi pasukan

Universiti Thailand. Pasukan Universiti Malaysia juga melakukan lebih banyak

taktik pertahanan double block berbanding single block bagi pasukan Universiti

Thailand. Namun, tiada sebarang perbezaan yang signifikan bagi kedua-dua taktik

tersebut. Bagi perlawanan di antara pasukan Universiti Malaysia menentang pasukan

Universiti Singapura, terdapat perbezaan yang signifikan bagi taktik serangan Tempo

1won (p = 0.029), Tempo 3lost (p = 0.045) dan BDwon (p = 0.020). Kesimpulanya,

faktor kekalahan pasukan Universiti Malaysia kepada pasukan Universiti Thailand

adalah disebabkan oleh kehilangan mata menerusi kemahiran servis dan banyak

melakukan unforced error manakala kemenangan pasukan Universiti Malaysia

kepada pasukan Universiti Singapura dipengaruhi oleh keupayaan memperoleh

banyak mata menerusi taktik serangan Tempo 1, taktik pertahanan double block dan

kelemahan serangan Tempo 3 pasukan Universiti Singapura.

Page 9: ANALISIS NOTASIONAL PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA …€¦ · pasukan bola tampar Universiti Malaysia berbanding pasukan bola tampar Universiti Thailand dan pasukan bola tampar Universiti

vi

ABSTRACT

The study was carried out to determine the factors of the strength and weakness for

Malaysia University volleyball team in the match with Thailand University

volleyball team and Singapore University volleyball team. Overall, 36 of the subjects

involved in this study, which comprised of twelve women volleyball players of age

group 20 - 24 years from each Malaysia University team and Thailand University

team and Singapore University team. The study was carried out at the Asian

University Games 2010 in women volleyball event by video analysis. This study

consist of three elements of analyses which are the analysis of work to rest ratio and

analysis based on the skills and tactical play (attack phase and defense phase) that

contribute to the won and lost of points during the match. The match analysis

between Malaysia University team against Thailand University team and Malaysia

University team against Singapore University team revealed that spiking skill (23%

and 31%) to be the highest point-scoring for Malaysia University team in both of the

matches. The result showed that there is no significant in any volleyball skills in both

volleyball matches except for the SVlost (p=0.023) and unforced error (p=0.001)

during the match between Malaysia University team and Thailand University team.

The tactical analysis found that Malaysia University team used the most in attack

strategy was third tempo spike compare with first tempo spike of Thailand

University team. The double block is the type of defense strategy that occurs most in

Malaysia University team compare with single block of Thailand University team.

However, there is no significant difference in tactical play between Malaysian and

Thailand players. The match analysis of Malaysia University team against Singapore

University team showed the significantly differentiated in Tempo 1won (p = 0.029)

Tempo 3lost (p = 0.045) and BDwon (p = 0.020) between Malaysian and Singaporean

players. The result point to the factors that contribute the failure of Malaysia

University volleyball team were because of the weakness of serve and lost points

from unforced error whereas the factor of victory of Malaysia University volleyball

team were because of the effectiveness of attack strategy in Tempo 1, defense

strategy in double block, and weak attacking Tempo 3 by Singapore University team.

Page 10: ANALISIS NOTASIONAL PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA …€¦ · pasukan bola tampar Universiti Malaysia berbanding pasukan bola tampar Universiti Thailand dan pasukan bola tampar Universiti

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xvi

SENARAI LAMPIRAN xix

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Hipotesis Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 11

1.7 Limitasi Kajian 11

1.8 Delimitasi Kajian 12

1.9 Definisi Operasional 12

Page 11: ANALISIS NOTASIONAL PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA …€¦ · pasukan bola tampar Universiti Malaysia berbanding pasukan bola tampar Universiti Thailand dan pasukan bola tampar Universiti

viii

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 16

2.2 Ciri-ciri Fizikal Pemain Dalam Sukan Bola Tampar 18

2.3 Analisis Notasional 20

2.4 Analisis Notasional Dalam Proses Kejurulatihan 22

3 METADOLOGI KAJIAN

3.1 Subjek Kajian 25

3.2 Rekabentuk Penyelidikan 26

3.3 Analisis Notasional 27

3.3.1 Maklumat Asas Ciri-ciri Fizikal Pemain 27

3.3.3 Analisis Kemahiran 27

3.3.3.1 Servis 27

3.3.3.2 Blocking 28

3.3.3.3 Spiking 28

3.3.3.4 Reception 28

3.3.3.5 Dig 29

3.3.4 Analisis Taktikal 30

3.3.4.1 Taktik Serangan 30

3.3.4.2 Taktik Pertahanan 30

3.3.5 Analisis Masa Pergerakan Perlawanan 31

3.4 Pengumpulan dan Penganalisan Data 32

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 33

4.2 Analisis Deskriptif 34

4.2.1 Ciri-Ciri Fizikal Pasukan Universiti Malaysia,

Universiti Thailand dan Universiti Singapura 34

4.2.2 Keputusan Prestasi Pasukan 35

Page 12: ANALISIS NOTASIONAL PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA …€¦ · pasukan bola tampar Universiti Malaysia berbanding pasukan bola tampar Universiti Thailand dan pasukan bola tampar Universiti

ix

4.2.2.1 Pasukan Universiti Malaysia menentang

Universiti Thailand 35

4.2.2.2 Pasukan Universiti Malaysia menentang

Universiti Singapura 36

4.2.3 Analisis Notasional 38

4.2.3.1 Analisis Kemahiran: Servis 38

4.2.3.2 Analisis Kemahiran: Blocking 41

4.2.3.3 Analisis Kemahiran: Spiking 43

4.2.3.4 Analisis Kemahiran: Reception 49

4.2.3.5 Analisis Kemahiran: Dig 52

4.2.3.6 Analisis Taktikal: Taktik Serangan 54

4.2.3.7 Analisis Taktikal: Taktik Pertahanan 57

4.2.3 Analisis Masa Pergerakan Perlawanan 60

4.2.4.1 Pasukan Universiti Malaysia menentang

Universiti Thailand 60

4.2.4.2 Pasukan Universiti Malaysia menentang

Universiti Singapura 61

4.3. Analisis Inferensi bagi Pasukan Universiti Malaysia

dan Pasukan Universiti Thailand 62

4.3.1 Perbandingan Ciri-ciri Fizikal di antara Pasukan

Universiti Malaysia dan Pasukan Universiti

Thailand 62

4.3.2 Perbandingan Skor Menerusi Kemahiran di antara

Pasukan Universiti Malaysia dan Pasukan

Universiti Thailand 63

4.3.3 Perbandingan Skor Menerusi Taktik Serangan di

antara Pasukan Universiti Malaysia dan Pasukan

Universiti Thailand 65

4.3.4 Perbandingan Skor Menerusi Taktik Pertahanan di

antara Pasukan Universiti Malaysia dan Pasukan

Universiti Thailand 66

4.3.5 Perbandingan Skor Menerusi Unforced Error di

antara Pasukan Universiti Malaysia dan Pasukan

Universiti Thailand 67

Page 13: ANALISIS NOTASIONAL PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA …€¦ · pasukan bola tampar Universiti Malaysia berbanding pasukan bola tampar Universiti Thailand dan pasukan bola tampar Universiti

x

4.4. Analisis Inferensi bagi Pasukan Universiti Malaysia

dan Pasukan Universiti Singapura 68

4.4.1 Perbandingan Ciri-ciri Fizikal di antara Pasukan

Universiti Malaysia dan Pasukan Universiti

Singapura 68

4.4.2 Perbandingan Skor Menerusi Kemahiran di antara

Pasukan Universiti Malaysia dan Pasukan

Universiti Singapura 69

4.4.3 Perbandingan Skor Menerusi Taktik Serangan di

antara Pasukan Universiti Malaysia dan Pasukan

Universiti Singapura 70

4.4.4 Perbandingan Skor Menerusi Taktik Pertahanan di

antara Pasukan Universiti Malaysia dan Pasukan

Universiti Singapura 72

4.4.5 Perbandingan Skor Menerusi Unforced Error di

antara Pasukan Universiti Malaysia dan Pasukan

Universiti Singapura 73

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 74

5.2 Ciri-Ciri Fizikal Pemain 75

5.3 Analisis Notasional Dari Segi Kemahiran 76

5.3.1 Analisis Kemahiran: Servis dan Reception 76

5.3.2 Analisis Kemahiran: Spiking dan Blocking 77

5.3.3 Analisis Kemahiran: Dig 78

5.4 Analisis Notasional Dari Segi Taktik Pasukan 79

5.4.1 Analisis Taktik: Serangan dan Pertahanan 79

5.5 Analisis Masa Pergerakan Perlawanan 81

5.6 Analisis Notasional Dari Segi Unforced Error 82

5.7 Kesimpulan 83

5.8 Cadangan 85

Page 14: ANALISIS NOTASIONAL PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA …€¦ · pasukan bola tampar Universiti Malaysia berbanding pasukan bola tampar Universiti Thailand dan pasukan bola tampar Universiti

xi

RUJUKAN 86

LAMPIRAN (A1 – A3) 90

Page 15: ANALISIS NOTASIONAL PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA …€¦ · pasukan bola tampar Universiti Malaysia berbanding pasukan bola tampar Universiti Thailand dan pasukan bola tampar Universiti

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.1 Data ciri-ciri fizikal pemain pasukan Universiti Malaysia,

pasukan Universiti Thailand dan pasukan Universiti

Singapura 34

4.2 Keputusan Perlawanan di antara pasukan Universiti

Malaysia menentang pasukan Universiti Thailand 35

4.3 Rumusan Prestasi Perlawanan di antara pasukan Universiti

Malaysia menentang pasukan Universiti Thailand 35

4.4 Keputusan Perlawanan di antara pasukan Universiti

Malaysia menentang pasukan Universiti Singapura 36

4.5 Rumusan Prestasi Perlawanan di antara pasukan Universiti

Malaysia menentang pasukan Universiti Singapura 37

4.6 Taburan kemahiran servis pasukan Universiti Malaysia dan

pasukan Universitit Thailand 38

4.7 Taburan kemahiran servis pasukan Universiti Malaysia dan

pasukan Universitit Singapura 39

Page 16: ANALISIS NOTASIONAL PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA …€¦ · pasukan bola tampar Universiti Malaysia berbanding pasukan bola tampar Universiti Thailand dan pasukan bola tampar Universiti

xiii

4.8 Taburan kemahiran blocking pasukan Universiti Malaysia

dan pasukan Universitit Thailand 41

4.9 Taburan kemahiran blocking pasukan Universiti Malaysia

dan pasukan Universitit Singapura 42

4.10 Taburan kemahiran spiking pasukan Universiti Malaysia

dan pasukan Universitit Thailand 43

4.11 Taburan kemahiran spiking pasukan Universiti Malaysia

dan pasukan Universitit Singapura 46

4.12 Taburan kemahiran reception pasukan Universiti Malaysia

dan pasukan Universitit Thailand 49

4.13 Taburan kemahiran reception pasukan Universiti Malaysia

dan pasukan Universitit Singapura 50

4.14 Taburan kemahiran dig pasukan Universiti Malaysia dan

pasukan Universitit Thailand 52

4.15 Taburan kemahiran dig pasukan Universiti Malaysia dan

pasukan Universitit Singapura 53

4.16 Taburan taktik serangan pasukan Universiti Malaysia dan

pasukan Universitit Thailand 54

4.17 Taburan taktik serangan pasukan Universiti Malaysia dan

pasukan Universitit Singapura 56

4.18 Taburan taktik pertahanan pasukan Universiti Malaysia dan

pasukan Universitit Thailand 57

4.19 Taburan taktik pertahanan pasukan Universiti Malaysia dan

pasukan Universiti Singapura 58

Page 17: ANALISIS NOTASIONAL PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA …€¦ · pasukan bola tampar Universiti Malaysia berbanding pasukan bola tampar Universiti Thailand dan pasukan bola tampar Universiti

xiv

4.20 Nisbah kerja : rehat perlawanan di antara pasukan Universiti

Malaysia menentang pasukan Universiti Thailand 60

4.21 Nisbah kerja : rehat perlawanan di antara pasukan Universiti

Malaysia menentang pasukan Universiti Singapura 61

4.22 Ujian t tidak bersandar mengenai perbandingan ciri-ciri

fizikal di antara pasukan Universiti Malaysia dan pasukan

Universiti Thailand 62

4.23 Ujian t tidak bersandar mengenai perbandingan skor menerusi

kemahiran di antara pasukan Universiti Malaysia dan pasukan

Universiti Thailand 63

4.24 Ujian t tidak bersandar mengenai perbandingan skor menerusi

taktik serangan di antara pasukan Universiti Malaysia dan

pasukan Universiti Thailand 65

4.25 Ujian t tidak bersandar mengenai perbandingan skor menerusi

taktik pertahanan di antara pasukan Universiti Malaysia dan

pasukan Universiti Thailand 66

4.26 Ujian t tidak bersandar mengenai perbandingan skor menerusi

unforced error di antara pasukan Universiti Malaysia dan

pasukan Universiti Thailand 67

4.27 Ujian t tidak bersandar mengenai perbandingan ciri-ciri

fizikal di antara pasukan Universiti Malaysia dan pasukan

Universiti Singapura 68

4.28 Ujian t tidak bersandar mengenai perbandingan skor menerusi

kemahiran di antara pasukan Universiti Malaysia dan pasukan

Universiti Singapura 69

Page 18: ANALISIS NOTASIONAL PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA …€¦ · pasukan bola tampar Universiti Malaysia berbanding pasukan bola tampar Universiti Thailand dan pasukan bola tampar Universiti

xv

4.29 Ujian t tidak bersandar mengenai perbandingan skor menerusi

taktik serangan di antara pasukan Universiti Malaysia dan

pasukan Universiti Singapura 70

4.30 Ujian t tidak bersandar mengenai perbandingan skor menerusi

taktik pertahanan di antara pasukan Universiti Malaysia dan

pasukan Universiti Singapura 72

4.31 Ujian t tidak bersandar mengenai perbandingan skor menerusi

unforced error di antara pasukan Universiti Malaysia dan

pasukan Universiti Singapura 73

Page 19: ANALISIS NOTASIONAL PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA …€¦ · pasukan bola tampar Universiti Malaysia berbanding pasukan bola tampar Universiti Thailand dan pasukan bola tampar Universiti

xvi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Klasifikasi Sukan (Read dan Edwards, 1992) 17

2.2 Sub-kategori Net dan Wall Games serta sukan bagi setiap

kategori 18

2.3 Kepentingan pemerhatian dan analisis prestasi dalam proses

kejurulatihan (Carling et al., 2005) 23

3.1 Carta alir pelaksanaan analisis perlawanan 26

3.2 Komponen analisis kemahiran 29

3.3 Komponen analisis taktikal pasukan 31

4.1 Perbandingan prestasi pasukan Universiti Malaysia dan

pasukan Universiti Thailand dari segi kemahiran servis

dalam bentuk peratusan 39

4.2 Perbandingan prestasi pasukan Universiti Malaysia dan

pasukan Universiti Singapura dari segi kemahiran servis

dalam bentuk peratusan 40

Page 20: ANALISIS NOTASIONAL PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA …€¦ · pasukan bola tampar Universiti Malaysia berbanding pasukan bola tampar Universiti Thailand dan pasukan bola tampar Universiti

xvii

4.3 Perbandingan prestasi pasukan Universiti Malaysia dan

pasukan Universiti Thailand dari segi kemahiran blocking

dalam bentuk peratusan 41

4.4 Perbandingan prestasi pasukan Universiti Malaysia dan

pasukan Universiti Singapura dari segi kemahiran blocking

dalam bentuk peratusan 43

4.5 Taburan kemahiran spiking pasukan Universiti Malaysia

mengikut zon 44

4.6 Taburan kemahiran spiking pasukan Universiti Thailand

mengikut zon 45

4.7 Perbandingan prestasi pasukan Universiti Malaysia dan

pasukan Universiti Thailand dari segi kemahiran spiking

dalam bentuk peratusan 45

4.8 Taburan kemahiran spiking pasukan Universiti Malaysia

mengikut zon 47

4.9 Taburan kemahiran spiking pasukan Universiti Singapura

mengikut zon 47

4.10 Perbandingan prestasi dari segi kemahiran spiking pasukan

Universiti Malaysia dengan pasukan Universiti Singapura

dalam bentuk peratusan 48

4.11 Perbandingan prestasi pasukan Universiti Malaysia dan

pasukan Universiti Thailand dari segi kemahiran reception

dalam bentuk peratusan 50

4.12 Perbandingan prestasi pasukan Universiti Malaysia dan

pasukan Universiti Singapura dari segi kemahiran reception

dalam bentuk peratusan 51

Page 21: ANALISIS NOTASIONAL PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA …€¦ · pasukan bola tampar Universiti Malaysia berbanding pasukan bola tampar Universiti Thailand dan pasukan bola tampar Universiti

xviii

4.13 Perbandingan prestasi pasukan Universiti Malaysia dan

pasukan Universiti Thailand dari segi kemahiran dig

dalam bentuk peratusan 52

4.14 Perbandingan prestasi pasukan Universiti Malaysia dan

pasukan Universiti Singapura dari segi kemahiran dig

dalam bentuk peratusan 54

4.15 Perbandingan prestasi pasukan Universiti Malaysia dan

pasukan Universiti Thailand dari segi taktik serangan

dalam bentuk peratusan 55

4.16 Perbandingan prestasi pasukan Universiti Malaysia dan

pasukan Universiti Singapura dari segi taktik serangan

dalam bentuk peratusan 56

4.17 Perbandingan prestasi pasukan Universiti Malaysia dan

pasukan Universiti Thailand dari segi taktik pertahanan

dalam bentuk peratusan 58

4.18 Perbandingan prestasi pasukan Universiti Malaysia dan

pasukan Universiti Singapura dari segi taktik pertahanan

dalam bentuk peratusan 59

Page 22: ANALISIS NOTASIONAL PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA …€¦ · pasukan bola tampar Universiti Malaysia berbanding pasukan bola tampar Universiti Thailand dan pasukan bola tampar Universiti

xix

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A1 – A3 Borang Analisis Notasional 90

Page 23: ANALISIS NOTASIONAL PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA …€¦ · pasukan bola tampar Universiti Malaysia berbanding pasukan bola tampar Universiti Thailand dan pasukan bola tampar Universiti

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Permainan bola tampar telah diperkenalkan oleh Willian G. Morgan pada

tahun 1895. Beliau merupakan seorang pengarah fizikal YMCA, di Holyoke,

Massachusetts, Amerika Syarikat. Morgan mengambil keputusan menggabungkan

elemen daripada beberapa permainan lain, iaitu bola keranjang, besbol, tenis dan

bola baling, dalam mewujudkan satu permainan baru. Pada mulanya Morgan yang

mencipta permainan ini, dikenali pertama kali sebagai “mintonette”, bagi

menawarkan aktiviti fizikal kepada dan ketenangan yang kurang menggunakan

tenaga fizikal kepada ahli perniagaan.

Pada tahun 1896, dua pasukan yang setiap satunya mengandungi lima orang

pemain telah mengambil bahagian dalam permainan sebenar mintonette di

Springfield, Massachusetts. Setelah permainan ini berlangsung selama setahun,

seorang pensyarah telah menyuarakan pendapatnya bahawa lelaki yang sedang

bermain kelihatan seolah-olah menampar bola melintasi jaring, maka permainan ini

lebih sesuai dipanggil sebagai bola tampar. Morgan menyukai pandangan itu dan

Page 24: ANALISIS NOTASIONAL PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA …€¦ · pasukan bola tampar Universiti Malaysia berbanding pasukan bola tampar Universiti Thailand dan pasukan bola tampar Universiti

2

menukar nama permainan tersebut. Permainan ini dikenali sebagai “mintonette”

digantikan dengan nama “volleyball” oleh Alfred Halstead pada tahun tersebut.

Bola yang pertama kali digunakan merupakan tiub daripada bola keranjang,

namun Morgan mendapati ia terlalu ringan dan lambat. Beliau kemudian cuba

menggunakan bola keranjang tetapi terlalu besar dan berat. Memandangkan ibu

pejabat syarikat Spalding terletak di Holyoke, dan syarikat itu menghasilkan

peralatan sukan, Morgan meminta A. G Spalding menghasilkan bola untuk

permainan ciptaannya. Maka satu bola khas telah dihasilkan untuk sukan ini pada

tahun 1900.

Populariti bola tampar meningkat pada tahun 1900 apabila Kanada menjadi

negara pertama menerimanya dan kemudiannya diperkenallan di India pada tahun

yang sama. Sukan bola tampar terus berkembang apabila ia diperkenalkan di Cuba

(1905), China (1906), Jepun (1908), Puerto Rico (1909) dan Filipina (1910) sebelum

ianya diperkenalkan di Eropah. Perkembangan sukan bola tampar di Eropah berlaku

menerusi penglibatan tentera Amerika Syarikat semasa Perang Dunia Pertama. Ianya

bermula di Yogoslavia pada tahun 1918, diikuti dengan Czechoslovakia dan Poland

pada tahun 1919 dan seterusnya di Rusia pada tahun 1922.

Secara beransur-ansur permainan bola tampar telah berkembang daripada

peringkat permainan berbentuk rekreasi kepada sukan yang dipertandingkan.

Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) telah ditubuhkan dengan Paul

Libaud sebagai presiden pertamanya pada tahun 1947. Berdasarkan kepada

perkembangan yang menggalakkan, permainan bola tampar telah rasminya

dipertandingkan dalam Sukan Olimpik ke-17 pada tahun 1964 di Tokyo, Jepun.

Dalam pertandingan ini, pasukan bola tampar lelaki Rusia telah muncul sebagai

johan manakala pasukan wanita Jepun pula membolot pingat emas bagi acara wanita.

Selepas itu, permainan bola tampar dipertandingkan di Sukan Olimpik hingga ke hari

ini. FIVB kini mempunyai sebanyak 210 buah negara yang menjadi anggotanya.

FIVB telah membahagikan lima zon bagi ahli-ahli gabungannya yang terdiri

Page 25: ANALISIS NOTASIONAL PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA …€¦ · pasukan bola tampar Universiti Malaysia berbanding pasukan bola tampar Universiti Thailand dan pasukan bola tampar Universiti

3

daripada Afrika, Asia, Eropah, Amerika Selatan dan Norceca (Amerika Utara,

Kanada, Mexico dan Kepulauan yang berdekatan).

Di Malaysia, permainan bola tampar telah diperkenalkan oleh pasukan

pelawat iaitu pasukan pemain dari Hong Kong dan Negara China pada tahun 1930-

an. Ketika itu, banyak perlawanan persahabatan dan pertunjukan bola tampar telah

diadakan di bandar-bandar utama seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan

Singapura. Hasil daripada keaktifan perlawanan persahabatan, ia telah merintis jalan

kepada tertubuhnya Persatuan Bola Tampar Amatur Persekutuan Tanah Melayu

dengan nombor pendaftarannya “No.1002” (Pulau Pinang) pada 9 Julai 1959. Pada

tahun 1962, kemajuan bola tampar bergerak selangkah lagi apabila Persatuan Bola

Tampar Amatur Persekutuan Tanah Melayu bergabung dengan Persekutuan Bola

Tampar Antarabangsa (FIVB). Selepas pembentukan Malaysia, Persatuan Bola

Tampar Amatur Persekutuan Tanah Melayu bertukar menjadi Persatuan Bola

Tampar Amatur Malaysia pada tahun 1965.

Permainan bola tampar di Malaysia adalah dikawal dan di bawah pengelolaan

Kesatuan Bola Tampar Amatur Malaysia (MAVA - Malaysian Amateur Volleyball

Association) yang ditubuhkan pada tahun 1959. Selain itu, permainan bola tampar

adalah merupakan salah satu acara sukan yang dipertandingkan oleh pasukan sekolah

di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Pada tahun

1990-an, pelbagai program perkembangan bola tampar dan kejohanan kebangsaan

bola tampar yang berjaya telah diperkenalkan dan dilaksanakan di Malaysia.

Permainan bola tampar bertambah kepopularitiannya berasaskan kepada ciri-

ciri istimewanya, khususnya dimainkan oleh dua pasukan dipisahkan oleh satu jaring

tinggi dengan menggunakan tangan atau bahagian badan lain untuk memukul atau

menampar sebiji bola untuk melangkaui jaring tersebut dengan syaratnya tidak

melebihi tiga kali berturut-turut. Skor dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang

lawan, lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola dengan

betul. Di dalam permainan ini, setiap posisi pemain mempunyai peranan tersendiri

Page 26: ANALISIS NOTASIONAL PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA …€¦ · pasukan bola tampar Universiti Malaysia berbanding pasukan bola tampar Universiti Thailand dan pasukan bola tampar Universiti

4

dan bermain di dalam kawasan tertentu. Posisi-posisi tersebut ialah “Open Hitter”,

“Middle Blocker”, “Setter”, dan “Libero”. Dalam pertandingan bola tampar,

kejayaan sesebuah pasukan bergantung pada strategi permainan, penguasaan

kemahiran, kecergasan fizikal dan mental. Selain itu, persefahaman dan komunikasi

yang berkesan antara pemain juga merupakan faktor yang mendorong kepada

kejayaan sesebuah pasukan.

Dalam permainan bola tampar, faktor kecergasan fizikal dan kekuatan metal

yang tinggi tidak semestinya dapat menjamin prestasi tinggi dalam sesuatu

pertandingan sebaliknya aplikasi pengetahuan sains sukan seperti analisis

perlawanan dengan penggunaan teknologi dan kaedah saintifik dapat mempengaruhi

pencapaian atlet dan mempertingkat mutu sukan bola tampar. Justeru itu, Analisis

perlawanan bukanlah perkara yang baru dalam bidang sukan, malah melalui

perkembangan teknologi dan pengetahuan sains sukan dapat digunakan dalam

beberapa cara yang berbeza dan pelbagai format dalam membantu menjayakan

sesuatu sukan. Seseorang jurulatih perlu menyedari bahawa perkembangan ini

adalah penting untuk memastikan menganalisis prestasi dengan cara kontemporari

untuk meningkatkan individu dan pasukan. Selain itu, hasil analisis perlawanan

dapat memberi maklumat penting kepada jurulatih dalam memperbaiki kelemahan

dan membuat perubahan dari segi latihan pasukan untuk meningkatkan prestasi

pemain-pemain. Dengan itu, jurulatih memerlukan penilaian prestasi pasukan yang

objektif. Oleh yang demikian pengukuran, penilaian dan analisis perlawanan adalah

sangat penting untuk menjamin kejayaan dalam pasukan.

Page 27: ANALISIS NOTASIONAL PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA …€¦ · pasukan bola tampar Universiti Malaysia berbanding pasukan bola tampar Universiti Thailand dan pasukan bola tampar Universiti

5

1.2 Latar Belakang Masalah

Secara umumnya, prestasi pasukan bola tampar negara Malayisa adalah agak

rendah berbanding dengan negara-negara lain di Asia Tenggara. Justeru itu, sukan

bola tampar di Malayisa tidak tersenarai sebagai sukan teras yang ditanggung

sepenuhnya oleh Majlis Sukan Negara kerana pasukan bola tampar tidak dapat

mencapai prestasi yang tinggi di mana-mana pertandingan antarabangsa. Bagi

pasukan bola tampar peringkat Universiti Malaysia, pencapaian pasukan di peringkat

antarabangsa kebiasaannya terkandas sebelum peringkat separuh akhir. Prestasi

pasukan bola tampar Malaysia yang kekal pada tahap yang sama secara langsung

atau tidak langsung mewujudkan jurang perbezaan keupayaan berbanding dengan

negara- negara lain yang lebih hebat.

Jurang perbezaan prestasi yang ketara di antara pasukan bola tampar

Universiti Malaysia dengan negara-negara lain di Asia Tenggara terserlah pada

pertandingan International Women’s Volleyball VTV-Ferroli Cup 2010. Sebagai

contoh, Malaysia telah ditewaskan dengan mudah oleh Thailand secara straight set

pada peringkat kumpulan. Ini menunjunkan keupayaan pasukan bola tampar

Universiti Malaysia masih ketinggalan berbanding negara tersebut.

Faktor kegagalan dan kejayaan sesebuah pasukan bola tampar adalah

bergantung kepada prestasi sesebuah pasukan dari segi fizikal pemain, teknik

permainan dan taktikal permainan. Dengan demikian, analisis perlawanan

berkemungkinan menjadi salah satu kaedah bagi mengenalpasti kekuatan dan

kelemahan pasukan bagi dijadikan panduan untuk memperbaiki kelemahan dan

meningkatkan prestasi pasukan bola tampar Universiti Malaysia pada masa hadapan.

Page 28: ANALISIS NOTASIONAL PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA …€¦ · pasukan bola tampar Universiti Malaysia berbanding pasukan bola tampar Universiti Thailand dan pasukan bola tampar Universiti

6

1.3 Pernyataan Masalah

Perancangan program latihan fizikal untuk pemain bola tampar Universiti

Malaysia disusun atur dengan sistematik, namun prestasi mereka dalam beberapa

perlawanan di peringkat antarabangasa yang lepas boleh dikatakan masih berada di

tahap yang rendah berbanding dengan negera-negera lain. Pada kejohanan

International Women’s Volleyball VTV-Ferroli Cup 2010, pasukan bola tampar

Universiti Malaysia Malaysia telah ditewaskan dengan mudah oleh beberapa pasukan

lain dengan prestasi yang rendah dan hanya menduduki tempat ke-5 pada kejohanan

tersebut.

Kegagalan serta tahap prestasi yang rendah pasukan Universiti Malaysia pada

kejohanan tersebut secara langsing mendorong penyelidik menjalankan kajian ini.

Faktor kekuatan dan kelemahan pasukan Universiti Malaysia dari aspek teknikal dan

taktikal menjadi fokus utama dalam kajian ini. Dalam usaha mengkaji perkara-

perkara tersebu, dua perlawanan yang melibatkan pasukan Universiti Malaysia

dianalisis, satu perlawanan menentang pasukan yang lebih kuat dan satu lagi

perlawanan menentang pasukan yang lebih lemah.

Page 29: ANALISIS NOTASIONAL PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA …€¦ · pasukan bola tampar Universiti Malaysia berbanding pasukan bola tampar Universiti Thailand dan pasukan bola tampar Universiti

7

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah bertujuan :

i. Membuat perbandingan di antara pasukan Universiti Malaysia, Universiti

Thailand dan Universiti Singapura dari aspek fizikal.

ii. Membuat perbandingan di antara pasukan Universiti Malaysia, Universiti

Thailand dan Universiti Singapura dari aspek kemahiran

iii. Membuat perbandingan di antara pasukan Universiti Malaysia, Universiti

Thailand dan Universiti Singapura dari aspek taktikal.

Page 30: ANALISIS NOTASIONAL PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA …€¦ · pasukan bola tampar Universiti Malaysia berbanding pasukan bola tampar Universiti Thailand dan pasukan bola tampar Universiti

8

1.5 Hipotesis Kajian

Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kemahiran servis pasukan

Universiti Malaysia dengan pasukan Universiti Thailand.

Ha1: Terdapat perbezaan yang signifikan di antara kemahiran servis pasukan

Universiti Malaysia dengan pasukan Universiti Thailand.

Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kemahiran blocking pasukan

Universiti Malaysia dengan pasukan Universiti Thailand.

Ha2: Terdapat perbezaan yang signifikan di antara kemahiran blocking pasukan

Universiti Malaysia dengan pasukan Universiti Thailand.

Ho3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kemahiran spiking pasukan

bola tampar Universiti Malaysia dengan pasukan bola tampar Universiti Thailand.

Ha3: Terdapat perbezaan yang signifikan di antara kemahiran spiking pasukan

Universiti Malaysia dengan pasukan Universiti Thailand.

Ho4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara taktik serangan pasukan

Universiti Malaysia dengan pasukan Universiti Thailand.

Ha4: Terdapat perbezaan yang signifikan di antara taktik serangan pasukan

Universiti Malaysia dengan pasukan Universiti Thailand.

Page 31: ANALISIS NOTASIONAL PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA …€¦ · pasukan bola tampar Universiti Malaysia berbanding pasukan bola tampar Universiti Thailand dan pasukan bola tampar Universiti

9

Ho5: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara taktik pertahanan pasukan

Universiti Malaysia dengan pasukan Universiti Thailand.

Ha5: Terdapat perbezaan yang signifikan di antara taktik pertahanan pasukan

Universiti Malaysia dengan pasukan Universiti Thailand.

Ho6: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara unforced error pasukan

Universiti Malaysia dengan pasukan Universiti Thailand.

Ha6: Terdapat perbezaan yang signifikan di antara unforced error pasukan Universiti

Malaysia dengan pasukan Universiti Thailand.

Ho7: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kemahiran servis pasukan

Universiti Malaysia dengan pasukan Universiti Singapura.

Ha7: Terdapat perbezaan yang signifikan di antara kemahiran servis pasukan

Universiti Malaysia dengan pasukan Universiti Singapura.

Ho8: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kemahiran blocking pasukan

Universiti Malaysia dengan pasukan Universiti Singapura.

Ha8: Terdapat perbezaan yang signifikan di antara kemahiran blocking pasukan

Universiti Malaysia dengan pasukan Universiti Singapura.

Page 32: ANALISIS NOTASIONAL PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA …€¦ · pasukan bola tampar Universiti Malaysia berbanding pasukan bola tampar Universiti Thailand dan pasukan bola tampar Universiti

10

Ho9: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kemahiran spiking pasukan

Universiti Malaysia dengan pasukan Universiti Singapura.

Ha9: Terdapat perbezaan yang signifikan di antara kemahiran spiking pasukan

Universiti Malaysia dengan pasukan Universiti Singapura.

Ho10: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara taktik serangan pasukan

Universiti Malaysia dengan pasukan Universiti Singapura.

Ha10: Terdapat perbezaan yang signifikan di antara taktik serangan pasukan

Universiti Malaysia dengan pasukan Universiti Singapura.

Ho11: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara taktik pertahanan pasukan

Universiti Malaysia dengan pasukan Universiti Singapura.

Ha11: Terdapat perbezaan yang signifikan di antara taktik pertahanan pasukan

Universiti Malaysia dengan pasukan Universiti Singapura.

Ha12: Terdapat perbezaan yang signifikan di antara unforced error pasukan

Universiti Malaysia dengan pasukan Universiti Singapura.

Ho12: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara unforced error pasukan

Universiti Malaysia dengan pasukan Universiti Singapura.

Page 33: ANALISIS NOTASIONAL PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA …€¦ · pasukan bola tampar Universiti Malaysia berbanding pasukan bola tampar Universiti Thailand dan pasukan bola tampar Universiti

11

1.6 Kepentingan Kajian

Hasil kajian penyelidikan ini akan dapat:

i. memberi sumbangan kepada jurulatih untuk mengenal pasti kelemahan

dan kekuatan sesebuah pasukan. Maklumat ini berguna kepada jurulatih

dalam merancang program latihan yang akan datang dengan berkesan dan

sesuai untuk membantu mereka meningkatkan prestasi.

ii. mengenalpasti perbezaan di antara prestasi pasukan Universiti Malaysia,

Universiti Thailand dan Universiti Singapura dan menjadi panduan

kepada jurulatih untuk memperbaiki kelemahan pasukan sekaligus

mengurangkan jurang perbezaan prestasi tersebut.

1.7 Limitasi Kajian

Kajian yang dijalankan hanya melibatkan atlet bola tampar wanita peringkat

universiti dari negara Malaysia, Thailand dan Singapura. Selain itu, rakaman video

hanya terbatas dari arah belakang gelanggang sahaja bagi perlawanan di antara

pasukan Universiti Malaysia menentang pasukan Universiti Thailand dan pasukan

Universiti Malaysia menentang pasukan Universiti Singapura.

Page 34: ANALISIS NOTASIONAL PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA …€¦ · pasukan bola tampar Universiti Malaysia berbanding pasukan bola tampar Universiti Thailand dan pasukan bola tampar Universiti

12

1.8 Delimitasi Kajian

Penyelidik tidak mengawal segala aktiviti atau latihan yang dijalani oleh

ketiga-tiga pasukan sebelum dan selepas perlawanan yang dianalisis.

1.9 Definisi Operasional

Definisi bagi istilah- istilah yang digunakan dalam analisis notasional perlawanan ini

adalah seperti berikut:

MAS - Malaysia

THAI - Thailand

SG - Singapura

SV - Servis

SVwon

- Servis yang berjaya memenangi mata.

SVlost

- Kesilapan servis yang menyebabkan kehilangan mata.

SV+ve

- Servis yang menggugatkan pihak lawan sehingga tidak

dapat menghantar bola tepat kepada setter.

SV-ve

- Servis yang hanya lepas ke pihak lawan tanpa memberi

gugatan.

SP - Spiking, rejaman atau serangan.

SPwon

- Rejaman yang berjaya memenangi mata.

SPlost

- Kesilapan rejaman yang menyebabkan kehilangan

mata.

SPneutral

- Rejaman yang hanya lepas ke pihak lawan tanpa

memberi sebarang gugatan.

Page 35: ANALISIS NOTASIONAL PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA …€¦ · pasukan bola tampar Universiti Malaysia berbanding pasukan bola tampar Universiti Thailand dan pasukan bola tampar Universiti

13

BL - Blocking atau hadangan.

BLwon

- Hadangan yang berjaya memenangi mata.

BLlost

- Kesilapan hadangan yang menyebabkan kehilangan

mata.

BLneutral

- Hadangan yang tidak memenangi atau hilang mata.

RC - Reception atau penerimaan bola servis

RC+ve

- Penghantaran bola tepat kepada setter.

RC-ve

- Gagal menghantar bola tepat kepada setter.

RClost

- Kesilapan dalam penghantaran bola menyebabkan

kehilangan mata.

D - Dig atau penerimaan semasa pertahanan.

D+ve

- Penghantaran bola tepat kepada setter.

D-ve

- Gagal menghantar bola tepat kepada setter.

Dlost

- Kesilapan dalam penghantaran bola menyebabkan

kehilangan mata.

Tempo 1 - Spiking, rejaman atau serangan yang dilakukan

sebelum atau semasa kemahiran mengumpan

dilakukan.

Tempo 1won

- Serangan Tempo 1 yang berjaya memenangi mata.

Tempo 1lost

- Kesilapan serangan Tempo 1 yang menyebabkan

kehilangan mata.

Tempo 1neutral

- Serangan Tempo 1 yang hanya lepas ke pihak lawan

tanpa memberi sebarang gugatan.

Tempo 2 - Spiking, rejaman atau serangan yang dilakukan dengan

mengambil langkah terakhir ketika kemahiran

mengumpan dilakukan.

Tempo 2won

- Serangan Tempo 2 yang berjaya memenangi mata.

Tempo 2lost

- Kesilapan serangan Tempo 2 yang menyebabkan

kehilangan mata.

Page 36: ANALISIS NOTASIONAL PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA …€¦ · pasukan bola tampar Universiti Malaysia berbanding pasukan bola tampar Universiti Thailand dan pasukan bola tampar Universiti

14

Tempo 2neutral

- Serangan Tempo 2 yang hanya lepas ke pihak lawan

tanpa memberi sebarang gugatan.

Tempo 3 - Spiking, rejaman atau serangan yang dilakukan selepas

kemahiran mengumpan dilakukan.

Tempo 3won

- Serangan Tempo 3 yang berjaya memenangi mata.

Tempo 3lost

- Kesilapan serangan Tempo 3 yang menyebabkan

kehilangan mata.

Tempo 3neutral

- Serangan Tempo 3 yang hanya lepas ke pihak lawan

tanpa memberi sebarang gugatan.

BS - Single Block atau hanya seorang pemain

melakukan blocking untuk menghadang

serangan daripada pihak lawan.

BSwon

- Single block yang berjaya memenangi mata.

BSlost

- Kesilapan single block yang menyebabkan

kehilangan mata.

BSneutral

- Single block yang tidak memenangi atau hilang

mata.

BD - Double Block atau dua orang pemain

melakukan blocking secara serentak untuk

menghadang serangan daripada pihak lawan.

BDwon

- Double block yang berjaya memenangi mata.

BDlost

- Kesilapan double block yang menyebabkan

kehilangan mata.

BDneutral

- Double block yang tidak memenangi atau hilang

mata.

BF - Full Block atau tiga orang pemain melakukan

blocking secara serentak untuk menghadang

serangan daripada pihak lawan.

BFwon

- Full block yang berjaya memenangi mata.

BFlost

- Kesilapan full block yang menyebabkan

kehilangan mata.

Page 37: ANALISIS NOTASIONAL PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA …€¦ · pasukan bola tampar Universiti Malaysia berbanding pasukan bola tampar Universiti Thailand dan pasukan bola tampar Universiti

15

BFneutral

- Full block yang tidak memenangi atau hilang mata.

BMI - Indeks jisim tubuh

ZL - Zon kiri

ZC - Zon Tengah

ZR - Zon Kanan

ZB - Zon Belakang

Opponent error - Kesilapan yang dilakukan oleh pihak lawan.

Unforced error - Kesilapan yang dilakukan oleh pasukan.

Masa kerja - Jumlah masa perlawanan berlangsung tidak termasuk

masa rehat.

Masa rehat - Jumlah masa rehat, masa rehat teknikal, masa rehat

di antara mata dan set, dan masa pertukaran

gelanggang dan pemain.