analisis lokasi

11

Click here to load reader

Upload: muhammad-asyraf

Post on 15-Sep-2015

226 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

analisis lokasi dan ruangan

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN Teori lokasi dan ruangan merupakan suatu bidang Ilmu yang melibatkan penyelidikan mengenai penggunaan ruang, kegiatan ekonomi perhubungannya dengan atau pengaruhnya terhadap sesebuah lokasi atau kegiatan lain baik dari segi ekonomi mahupun sosial (Ibrahim, 1998). Dalam mempelajari lokasi pelbagai aktiviti, ahli ekonomi dan ahli geografi yang terdahulu mahupun sekarang terlebih dahulu membuat andaian bahawa ruang yang dianalisis adalah rata dan keadaannya di semua arah adalah sama. Salah satu unsur ruang adalah jarak. Jarak mempengaruhi manusia untuk melakukan sesebuah perjalanan dari satu tempat ke tempat lain. Salah satu perkara yang banyak dibincangkan dalam teori lokasi adalah pengaruh jarak terhadap orang membuat perjalanan dari satu lokasi ke lokasi lain. Kajian tentang teori lokasi adalah melihat kepada jarak yang mempengaruhi dekat atau jauhnya sesuatu aktiviti dengan aktiviti lain dan apa impaknya terhadap aktiviti yang dijalankan. Walaupun teori yang berkaitan dengan pola lokasi ini tidak berkembang, tetapi ianya telah ada dan diaplikasi sejak awal abad ke-19. Dapat dilihat sejak daripada dulu lagi terdapat pelbagai penyelidikan yang telah dijalankan,merangkumi tahap penyelidikan yang berbeza-beza. Perkhidmatan ataupun fungsi yang terdapat di setiap bandar masing-masing adalah berbeza.Keadaan ini bersifat universal dan telah cuba dijelaskan oleh beberapa ahli ekonomi yang terdapat pada masa dulu dengan merujuk kepada teori-teori yang dicipta, sebagai contoh adalah JH von Thunen . Dalam teori yang dihasilkannya,Voh Thunen lebih melihat kepada perbezaan penggunaan lahan dari sudut perbezaan jarak ke pasaran yang tercermin dalam sewa tanah. Teori von Thunen ini termasuk teori lokasi klasik yang tradisional dan dikemukakan sebelum masa moden. Teori von Thunen ini boleh digunakan sebagai asas pendekatan pembangunan wilayah kawasan sempadan, khususnya melalui pembangunan pengangkutan. Wilayah kawasan sempadan di Indonesia umumnya merupakan kawasan yang mempunyai jarak paling jauh dari pusat bandar dan berfungsi sebagai pembekal bahan mentah. Berdasarkan teori ini, kegiatan ekonomi dan pengeluaran yang paling sesuai untuk wilayah ini adalah kegiatan ekonomi mahupun pengeluaran komoditi yang paling berkesan menurut besaran kos pengeluaran dan kos pengangkutan jika berada di dekat pembekal bahan mentah dan jauh dari pasar (pusat bandar). Kawasan sempadan yang dipilih untuk kajian kes adalah kawasan ...........................................................???????

SEJARAH TEORI VON THUNEN Dalam mempelajari dan menerapkan ilmu perancangan wilayah, diperlukan banyak ilmu asas yang perlu dikuasai, salah satunya adalah ilmu mengenai teori lokasi. Pada Umumnya,teori lokasi merupakan suatu ilmu yang menentukan lokasi suatu objek. Hal ini perlu dipelajari untuk meletakkan objek tersebut pada lokasi yang tepat dengan mengambil kira aspek kecekapan dalam guna tenaga manusia dan ekonomi. Dari beberapa teori lokasi yang ada, teori Von Thunen merupakan teori lokasi klasik yang mempelopori teori penentuan lokasi berdasarkan kepada segi ekonomi.

Johan Heinrich Von Thunen merupakan seorang ahli ekonomi pertanian yang berasal daripada Jerman pada tahun 1783-1850.Teori yang dihasilkan oleh beliau ini terkandung dalam buku "Der Isolirte State". Teori Von Thunen lebih di kenali sebagai teori lokasi pertanian. Von Thunen berpendapat bahawa pertanian merupakan komoditi utama yang cukup besar di bandar. Pertanian merupakan proses pengolahan dan penggunaan guna tanah yang digunakan untuk penanaman pelbagai jenis tanaman tertentu bagi memenuhi keperluan manusia. Kegiatan pertanian meliputi kegiatan persawahan, perladangan, perkebunan, dan perladang. Umumnya mengetahui yang Aktiviti pertanian sudah ada sejak zaman Mesopotamia lagi dan merupakan platform awal dalam berkembangnya budaya dan sistem pertanian kuno.

Pada zaman itu,terdapat banyak kawasan pertanian yang terletak di kawasan yang tidak strategik. Petani yang berada di lokasi jauh dari pusat pasaran atau bandar, harus menempuh dan mengharungi jarak yang cukup jauh untuk menjual hasil komoditinya. Hal ini kerana,pada zaman tersebut alat pengangkutan yang digunakan untuk mengangkut hasil pertanian adalah gerobak ataupun kereta sorong yang ditarik oleh lembu, kuda atau keldai. Kos pengangkutan yang dikeluarkan tidak setanding dengan gaji yang di perolehi. Hal ini menunjukkan betapa mahalnya kos dan peranan bandar sebagai pusat pasaran. Dari hasil kajian yang dilakukan inilah,Von Thunen telah mengeluarkan teori lokasi pertanian.

Menurut Von Thunen,guna tanah bandar dipengaruhi oleh kos pengeluaran, kos pengangkutan dan hasil komoditi. Sehingga berpengaruh terhadap munculnya pasaran tanah yang kompetitif. Pada model Von Thunen hubungan antara pengangkutan dan lokasi aktiviti terletak pada kos pengangkutan dan kos sewa tanah. Guna tanah akan menentukan nilai tanah, melalui perundingan diantara pemilik tanah .Faktor lain yang menentukan tinggi rendahnya nilai tanah adalah jaraknya dengan pusat bandar.

Melalui adanya nilai tanah maka terbentuklah zon-zon penggunaan tanah seperti tanah untuk kegiatan industri, kegiatan komersil, serta untuk kegiatan pentadbiran. Selain mempunyai pengaruh terhadap zon tanah, teori Von Thunen juga berpengaruh terhadap struktur ruangan bandar. Perkembangan bandar berdasarkan kepada penggunaan tanah bandar telah membawa kepada kemunculan beberapa elemen-elemen baru dalam struktur ruang bandar.

Teori lokasi ini pertama kali dikembangkan oleh Von Thunen pada tahun 1850. Sebagai seorang ahli ekonomi berbangsa Jerman, Von Thunen mengembangkan suatu teori lokasi yang berorientasikan kepada wilayah lokasi. Teori lokasi bertolak dari pengambilan keputusan ekonomi yang berdasarkan kepada penyebaran komoditi pertanian ke kawasan wilayah yang bersifat homogenus akibat adanya pergantungan jarak dengan lokasi aktiviti ekonomi ke suatu pusat aktiviti ekonomi, sosial, mahupun politik.

Jarak jauh atau dekat diantara kawasan pengeluaran atau bahan mentah dengan pusat pengedaran mereka di pasaran akan membentuk lingkaran lokasi yang menjadi wilayah dimana lokasi tersebut merupakan pusat aktiviti utama yang disebut dengan bandar. Teori lokasi Von Thunen yang berorientasikan kepada kawasan lokasi baru mula berkembang pada masa Isard (1956) menghuraikan teori lokasi industri pertanian. Melalui teorinya ini, maka Isard menjelaskan yang fungsi sewa tanah yang dapat dikembalikan ke dalam lingkungan teori Von Thunen. Dalam bentuk yang baru ini, maka manfaat teori Von Thunen mungkin lebih diterima terutama sebagai rujukan atau platform untuk teori kegunaan tanah moden.

TEORI LOKASI MENGIKUT VON THUNEN Johan Heinrich Von Thunen (1783-1850) adalah seorang warga negara Jerman wang merupakan ahli ekonomi pertanian yang mengeluarkan teorinya dalam buku "Der Isolirte Staat". Von Thunen mengembangkan teori ini berdasarkan pemerhatianya di kawasan sekitar dengan tempat tinggalnya. Menurutnya lagi, pertanian merupakan komoditi yang cukup besar di bandar. Dalam teori ini ia memperhatikan jarak yang dilalui antara kawasan pengeluaran dan pasaran, ianya termasuk dengan ketahanan, berat, dan harga dari pelbagai komoditi pertanian. Ia menggambarkan bahawa jenis penggunaan tanah yang ada di suatu daerah dipengaruhi perbezaan tambang pengangkutan bagi setiap komoditi ke pasar berdekatan.

Melalui teorinya juga, Von Thunen telah mencipta bagaimana cara berfikir yang berkesan berdarkan kepada kajian dengan menambah unsur-unsur baru sehingga mendapatkan hasil yang lebih jitu .Von Thunen berpendapat bahawa sesuatu pola pengeluaran pertanian berkaitan dengan pola jenis guna tanah di kawasan sekitar pusat pasaran atau bandar. Dengan itu,beliau telah mengeluarkan andaian-andaian sebagai berikut :

Setiap keuntungan yang ingin dicapai petani dapat dirumuskan sebagai berikut : K = N - ( P + A ) Keterangan : K = Keuntungan N = Ganjaran yang diterima petani dan dikira berdasarkan unit ataupun skala hektar . P = Kos pengeluaran yang dikira sama dengan N A = Kos pengangkutan

Dari formula tersebut dapat dikatakan petani yang hanya mengusahakan sesuatu pertanian di kawasan berhampiran bandar mempunyai alternative dalam komoditi pertanian yang lebih banyak untuk diusahakan . Sedangkan petani yang jauh dari bandar mempunyai pilihan yang lebih terhad . Jumlah pilihan yang menguntungkan menurun selaras dengan jaraknya dari kawasan bandar .Teori Von Thunen boleh diubahsuai dengan sesuatu unsur yang mengalir yang melalui kawasan bandar . Sebagai contoh Sungai,ini kerana dengan menggunakan sungai ianya membolehkan pengangkutan pada kos yang lebih minimum.