analisis ikonografi ‘makna budaya’ … of humanities, language, culture and business (hlcb) vol....

12
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 2: No. 8 (May 2018) page 132-143 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147 132 ANALISIS IKONOGRAFI ‘MAKNA BUDAYA’ DALAM SENI ‘KOLAM’ (ANALYSIS ICONOGRAPHY ‘CULTURE MEANING’ IN ART OF KOLAM) Santhi A/P Letchumanan Universiti Pendidikan Sultan Idris [email protected] Prof. Madya Dr. Abdul Halim Bin Hussain Universiti Pendidikan Sultan Idris Abstract: This paper presents the results of the study conducted to examine specifically the art of 'kolam' by socialization process among Indians. The art of 'kolam' can be defined as artwork involving hand skills that require creativity and are inherited through informal education by the Indian community. In maintaining existing traditions and identities, the Indian community who draws the traditional 'kolam' faces the competition of more dynamic painting techniques. The paper focus is related to the cultural significance behind painting the art of 'kolam'. This research uses a qualitative approach to case studies. The data will be analyzed continuously while in the field using the Miles and Huberman interactive model. The results of this study enhance awareness of the importance of art and traditional features as well as to maintain cultural heritage in the social context and its contribution in the formation of identity towards the formation nation's state. Keywords: Kolam, Socialization, Culture Abstrak: Kertas ini akan membentangkan hasil kajian yang dijalankan untuk meneliti secara khusus tentang seni melukis ‘kolam’ secara proses sosialisasi di kalangan masyarakat India. Seni kolamboleh didefinisikan sebagai kerja seni yang melibatkan kemahiran tangan yang memerlukan daya cipta dan diwarisi melalui pendidikan tidak formal oleh masyarakat India. Dalam mengekalkan tradisi dan identiti yang sedia ada, masyarakat India yang melukis ‘kolam’secara tradisional berdepan dengan saingan dari teknik melukis lebih dinamik. Fokus kertas kerja adalah berkaitan makna budaya di sebalik melukis seni kolam. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif kajian kes. Data-data akan yang diperolehi dianalisis secara berterusan semasa di lapangan menggunakan model interaktif Miles dan Huberman. Hasil kajian ini mempertingkatkan kesedaran terhadap kepentingan seni dan ciri-ciri tradisional serta dapat mempertahankan warisan budaya dalam konteks sosial dan sumbangannya dalam pembentukan jati diri ke arah pembentukan negara bangsa. Kata kunci: Kolam, Sosialisasi, Kebudayaan 2018 JHLCB

Upload: trankhue

Post on 24-Aug-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 2: No. 8 (May 2018) page 132-143 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

132

ANALISIS IKONOGRAFI ‘MAKNA BUDAYA’

DALAM SENI ‘KOLAM’

(ANALYSIS ICONOGRAPHY ‘CULTURE MEANING’ IN ART OF ‘KOLAM’)

Santhi A/P Letchumanan

Universiti Pendidikan Sultan Idris

[email protected]

Prof. Madya Dr. Abdul Halim Bin Hussain

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract: This paper presents the results of the study conducted to examine

specifically the art of 'kolam' by socialization process among Indians. The art of

'kolam' can be defined as artwork involving hand skills that require creativity and

are inherited through informal education by the Indian community. In maintaining

existing traditions and identities, the Indian community who draws the traditional

'kolam' faces the competition of more dynamic painting techniques. The paper

focus is related to the cultural significance behind painting the art of 'kolam'. This

research uses a qualitative approach to case studies. The data will be analyzed

continuously while in the field using the Miles and Huberman interactive model.

The results of this study enhance awareness of the importance of art and traditional

features as well as to maintain cultural heritage in the social context and its

contribution in the formation of identity towards the formation nation's state.

Keywords: ‘Kolam’, Socialization, Culture

Abstrak: Kertas ini akan membentangkan hasil kajian yang dijalankan untuk

meneliti secara khusus tentang seni melukis ‘kolam’ secara proses sosialisasi di

kalangan masyarakat India. Seni ‘kolam’ boleh didefinisikan sebagai kerja seni

yang melibatkan kemahiran tangan yang memerlukan daya cipta dan diwarisi

melalui pendidikan tidak formal oleh masyarakat India. Dalam mengekalkan

tradisi dan identiti yang sedia ada, masyarakat India yang melukis ‘kolam’secara

tradisional berdepan dengan saingan dari teknik melukis lebih dinamik. Fokus

kertas kerja adalah berkaitan makna budaya di sebalik melukis seni ‘kolam’.

Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif kajian kes. Data-data akan

yang diperolehi dianalisis secara berterusan semasa di lapangan menggunakan

model interaktif Miles dan Huberman. Hasil kajian ini mempertingkatkan

kesedaran terhadap kepentingan seni dan ciri-ciri tradisional serta dapat

mempertahankan warisan budaya dalam konteks sosial dan sumbangannya dalam

pembentukan jati diri ke arah pembentukan negara bangsa.

Kata kunci: ‘Kolam’, Sosialisasi, Kebudayaan 2018 JHLCB

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 2: No. 8 (May 2018) page 132-143 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

133

1. Pengenalan

Orang India adalah kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di

negara ini, yang merangkumi 7 peratus populasi penduduk di Malaysia (Jabatan

Perangkaan Malaysia,2014). Menurut K.Anbalagan (2008), kaum India telah

dibawa masuk ke Malaysia oleh penjajah British untuk menjayakan dasar-dasar

ekonomi mereka, khususnya dalam industri getah. Mereka datang ke sini untuk

mencari kehidupan yang lebih baik. Kebanyakan beragama Hindu, mereka turut

membawa budaya mereka yang unik (Sandrakantham,2011:41). Masyarakat India

kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan

tersebut sehingga kini terutamanya dalam seni pembentukan ‘Kolam’.

2. Penyataan Masalah

Sesuatu kebudayaan berkembang dan terus dicipta mengikut kesanggupan

masyarakatnya. Ada budaya yang dipadankan apabila berlaku pertembungan

dengan pengaruh luar sama ada untuk mengisi kekosongan sebagai alternatif atau

menokok kepada apa yang telah sedia ada. Perubahan sosial dalam institusi

keluarga yang berperanan dalam mendidik atau mengajar ilmu seni secara tradisi

iaitu pengetahuan diperolehi secara turun-temurun melalui proses sosialisasi

informal semakin dilupakan.

Kehidupan seharian menjadi teras kepada identiti pembentukan ‘kolam’

zaman dahulu diabaikan masyarakat India yang mempunyai pemikiran moden.

Corak-corak ‘kolam’ yang dibentuk dengan percikan serbuk tepung beras mula

diambil alih oleh acuan yang berbentuk polysterin (molded design) dan corak-

corak ‘kolam’ yang dicetak pada plastik yang boleh dilekat pada lantai dan

berbentuk roller terdapat di pasaran. Menurut.Rajenthiran.M (1997), ada juga

individu yang menggunakan cat putih untuk melukis corak-corak ‘kolam’ tetapi ia

sudah menyeleweng daripada tujuan asalnya. Keaslian dari aspek bentuk, idea,

fungsi dan media makin dipinggirkan.

3. Tujuan Kajian

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk menjelaskan secara visual seni ‘kolam’ di

dalam konteks memahami sistem sosial budaya yang mempengaruhi perilaku

murid atau kanak-kanak melalui pendidikan informal. Secara keseluruhannya,

tujuan pembentangan ini adalah untuk:

i. Mengenalpasti bentuk-bentuk karya ‘seni kolam’ secara pendidikan

informal di kalangan masyarakat India di Sitiawan.

ii. Menjelaskan aspek nilai yang mempengaruhi identiti pendidikan

‘seni kolam’ di kalangan masyarakat India di Sitiawan.

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 2: No. 8 (May 2018) page 132-143 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

134

4. Persoalan Kajian

1. Apakah bentuk-bentuk karya seni ‘kolam’ yang dihasilkan oleh

masyarakat India di Sitiawan?

2. Bagaimanakah aspek nilai mempengaruhi seni ‘kolam’ di kalangan

masyarakat India di Sitiawan?

5. Kepentingan Kajian

i. Memahami secara mendalam terhadap penggunaan semula

pembentukan seni ‘kolam’

ii. Hasil kajian ini cuba meneliti khazanah warisan budaya yang tidak

dapat dipisahkan dalam kehidupan masyarakat India dahulu, kini dan

masa hadapan sebagai paradigma kesenian bangsa Malaysia

iii. Memperkenalkan dan memartabatkan cara dan media ‘kolam’ kepada

masyarakat majmuk di Malaysia.

6. Kerangka Konsep

Rajah 1 : Kerangka Teori yang diadaptasi dari Budaya Geertz (1992)

Teori kebudayaan akan menghuraikan secara langsung lingkungan aspek-

aspek budaya yang mempengaruhi aktitiviti aktiviti pembentukan ‘kolam’ di

kalangan masyarakat India di Malaysia yang meliputi aspek kesenian, nilai,

keperluan, persekitaran dan perilaku.

Menurut Geertz (1992) aspek kepercayaan berkaitan dengan pegangan

sesebuah masyarakat terhadap sesuatu perkara hasil daripada proses sosialisasi

dalam institusi keluarga dan komuniti setempat sehingga terbentuknya simbol atau

pantang larang. Aspek nilai menerusi kajian ini adalah menjurus kepada adat resam

dan pemikiran.

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 2: No. 8 (May 2018) page 132-143 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

135

7.1 Analisis Karya ‘Kolam’ 1 Bagi Lukisan Pelukis 1 Di Sitiawan

Seni ‘kolam’ masyarakat India di bandar Sitiawan dijelaskan dengan deskripsi dan

analisis hasil lukisan seni ‘kolam dalam konteks formalistik serta penjelasan

konsep dalam Teori Budaya Geertz 1973 bagi ulasan keseluruhan penjelasan pengkaji.

Penjelasan lebih menjurus kepada unsur-unsur seni seperti warna, garisan, jalinan dan

unsur prinsip rekaan yang terdapat dalam seni ‘kolam’. Setiap deskripsi terhadap karya

seni ‘kolam’ tidak sekadar mentafsir mengikut pendapat dan pandangan sendiri sahaja

tetapi harus mematuhi segala prosedur- prosedur tertentu secara teliti ungkapan yang

benar-benar matang. Ia bertujuan untuk menggelakkan unsur-unsur yang bersifat subjektif

tetapi bertujuan untuk menjawabpersoalan yang dikemukakan.

Huraian dan analisis karya ‘kolam’ daripada pelukis 1 (PK1) karya ‘kolam’

seperti rajah 2.1. Huraian adalah berdasarkan kepada analisis karya dengan

menggunakan teori ikonografi dan ikonologi Erwin Panofsky. Di mana tumpuan

pada pokok bahasan (subject matter) atau makna dari karya seni yang mempunyai

tiga tahap teori iaitu yang pertama deskripsi pra ikonografi dan tahap kedua ialah

analisis ikonografi serta tahap yang ketiga ialah interpretasi ikonologi yang saling

berkait dari satu tahap ke tahap lainnya (Panofsky,1055:40).

7.1.1 Karya ‘kolam Pelukis 1 (PK1)

Rajah 2.1: Karya ‘kolam Pelukis 1

a. Deskripsi Preikonographical

Analisis Proses

Lukisan karya ‘kolam’ dalam rajah 2.1 di atas bertajuk Pu Agal Vilakku (Pelita

bunga) yang dilukis oleh En. Chandra A/L Murugesan yang berumur 50 tahun.

Bahan yang digunakan adalah daripada adunan tepung dan air. Tepung yang

digunakan adalah tepung beras dan tepung gandum. Kapas dicelupkan ke dalam

adunan tepung yang dicairkan dan melukis di atas lantai yang telah dibersihkan

terlebih dahulu. Manakala bahan yang digunakan adalah daripada adunan tepung

Tajuk ‘kolam’ : Pu Agal Vilakku

(Pelita bunga)

Nama Pelukis : En. Chandran A/L

Murugesan

Umur : 50 tahun

Tema ‘kolam’ : Keagamaan

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 2: No. 8 (May 2018) page 132-143 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

136

dan air. Tepung yang digunakan adalah tepung beras dan tepung gandum. Kapas

dicelupkan ke dalam adunan tepung yang dicairkan dan melukis di atas lantai yang

telah dibersihkan terlebih dahulu.

‘Kolam ini bersaiz bersegi empat tepat berukuran 45 sentimeter tinggi dan

55 sentimeter lebar. Seterusnya dari aspek hal benda, terdapat lapan simbol ‘Pu

Agal Vilakku’ (Pelita bunga), bunga dan rupa geometrik. Seterusnya dari aspek

persembahan, ia adalah merupakan sebuah ‘kolam’ yang dilukis di permukaan

lantai yang telah dibersihkan terlebih dahulu. Bahan yang digunakan adalah tepung

beras dan tepung gandum yang mudah diperoleh serta tidak memerlukan kos yang

tinggi untuk melukis ‘kolam’ ini.

Analisis Formalistik

Analisis Unsur Seni karya ‘kolam’ 1

Analisis formalistik yang dibuat oleh pengkaji dijelaskan berdasarkan setiap objek

yang di lukis dalam karya ‘kolam’ 1. Garisan bertindak sebagai elemen reka

bentuk yang bergerak dari satu titik melalui ruang (Ragans, 2005). Garisan yang

berfungsi sebagai kontur reka bentuk karya ‘kolam’, adalah unsur yang paling

penting dalam seni ‘kolam’. Asas garisan dalam karya ‘kolam’ 1 ini banyak

menimbulkan objek-objek yang dilukis tanpa penggunaan warna pada objek

tersebut. Pelbagai garisan nyata yang terdapat dalam lukisan ini antaranya garisan

tebal,melengkung, beralun, melintang dan menegak serta garisan berpancar yang

memberikan impak yang nyata pada objek dalam karya ‘kolam 1 ini. Garisan lurus

yang menunjukkan ke arah vertikal dan horizontal.

Berfungsi sebagai sempadan, bahagian satah karya ‘kolam’ menjadi dua

bahagian utama iaitu bahagian atas dan bahagian bawah. Manakala penggunaan

garisan horizontal dan vertikal seperti garisan tebal melintang dan menegak pada

objek bintang di bahagian tengah kelihatan seperti garisan jejari mempunyai fungsi

iaitu menimbulkan keseimbangan pada karya ‘kolam’ 1 ini dalam semua arah dan

posisi. Seterusnya, garisan tebal melengkung dan beralun yang digunakan pada

objek bunga di bahagian tengah ‘kolam’ begitu terkawal sekali. Garisan tebal

melengkung dan beralun dilukis dalam ‘kolam’ ini secara berulang-ulang

menimbulkan kesan irama pada lukisan ‘kolam’. Selain itu, kehadiran garisan

tebal melengkung pada objek ‘pu agal vilakku’ (pelita) dan objek bunga pada ‘pu

agal vilakku’ (pelita). Manakala objek nyalaan api digambarkan dengan unsur

garisan tebal melengkung dan berpancar. Objek nyalaan api yang dilukis secara

berulang-ulang menghasilkan kesan pergerakan. Ini merupakan satu elemen nyata

dari penglihatan mata.

Penggunaan keseluruhan garisan dalam lukisan sama ada bahagian atas,

tengah dan bawah memberikan satu kesan kontradiksi. Bintang dilukis dengan

garisan vertikal dan horizontal manakala nyalaan api dengan garisan pancar serta

garisan beralun pada objek bunga di bahagian tengah. Ini menunjukkan kesan

jalinan tampak yang sangat ketara apabila semua garis ini dianalisis.

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 2: No. 8 (May 2018) page 132-143 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

137

Warna asal dan ‘kolam’ tradisional sentiasa putih kerana penggunaan

tepung beras. Reka bentuk ‘kolam di latar depan membentuk kontras yang tinggi

dengan latar belakang gelap yang dibersihkan dan disalut dengan tahi lembu.

Warna yang dominan dalam ‘Pu Agal Vilakku’ (Pelita bunga), ini iaitu ton warna

putih yang digunakan bagi setiap objek yang dilukis iaitu meliputi keseluruhan

karya ‘Pu agal vilakku kolam’ (‘kolam pelita bunga’). Bunga di bahagian tengah,

bunga teratai, bintang dan pelita semuanya diwarnakan dengan warna ton putih.

Bentuk kadang-kadang digunakan secara bergantian. Bentuk dianggap

sebagai lanjutan yang diberikan kepada tiga dimensi. Objek-objek yang terdapat

pada karya ‘kolam’ 1 yang bertajuk ‘Pu agal vilakku kolam’ (‘kolam pelita bunga’)

ini lebih kepada bentuk sesebuah objek yang disampaikan. Ini kerana, ‘Pu Agal

Vilakku’ (Pelita bunga), ini kelihatan dalam rupa sepenuhnya tetapi keseluruhan

karya ini menunjukkan lebih kepada aspek bentuk konkrit. Contohnya, bunga di

bahagian tengah, bunga teratai, bintang dan pelita.

Rupa difahami sebagai dua dimensi yang dibina melalui rupa asas seperti

bulatan, segi empat dan segi tiga. Rupa seperti bujur, segi empat tepat, jajaran

panjang, trapezoid, pentagon, pentagram, segi enam, dan segi tiga juga merupakan

variasi rupa asas. Rupa dalam ‘Kolam’ boleh dibuat sebagai garis besar atau boleh

ditarik dan diisi dengan serbuk beras sebagai tekstur. Rupa organik diulangi

sehingga menghasilkan motif iaitu susunan motif secara bertindih. Contohnya,

pada objek pelita bunga dan bunga di bahagian tengah.

Ruang merupakan satu kawasan kosong yang mengelilingi sesuatu objek

(Mohd Johari,2006). Dengan demikian, ruang memegang tanggungjawab

mewujudkan atau meningkatkan bentuk dan rupa yang dibuat dalam ‘Kolam’.

Bagi menampakkan kewujudan ruang dalam karya bertajuk ‘Pu agal

vilakku kolam’ (‘kolam pelita bunga’) ini, pengkaji telah menukarkan setiap objek

dalam karya ‘kolam’ ini dengan tanda x seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.2

di bawah:

Rajah 2.2: Analisis ruang karya ‘kolam’1

Dalam rajah 2.2 di atas pengkaji telah meletakkan garis putus-putus vertikal

dan horizontal untuk menunjukkan berlakunya proses kontradikasi kedua-dua garis

dalam karya ‘Pu agal vilakku kolam’ (‘kolam pelita bunga’) ini. Justeru, garisan

yang berlainan kedudukan dapat memwujudkan pelbagai perasaan ruang dan dapat

membezakan adanya ruang di tengah-tengah garisan tersebut. Garisan vertikal

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 2: No. 8 (May 2018) page 132-143 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

138

ditunjukkan dengan dua objek ‘Pu agal vilakku (pelita bunga) di bahagian atas dan

bawah ‘kolam’ sementara garisan horizontal terdapat pada objek ‘Pu agal vilakku

(pelita bunga) di bahagian kiri dan kanan ‘kolam’.

Selain itu, jalinan memainkan peranan penting dalam menggambarkan

‘kolam’. Visual di atas tanah menarik minda penonton untuk memahami estetika

seni ‘kolam’. Variasi dalam reka bentuk menentukan rupa dan merasakan corak.

Apabila menyebut tentang jalinan pada ‘Pu agal vilakku ( pelita bunga) ini, kesan

jalinan dibuat daripada bahan tepung beras dan tepung gandum. Ini dilakukan

dengan menggabungkan jalinan yang berbeza untuk mendapatkan kesan visual.

Di mana titik dan garisan yang menjadi asas rekaan ‘kolam’ menimbulkan jalinan.

Analisis prinsip rekaan ‘kolam’1

Unsur formalistik pada sesebuah karya adalah berdasarkan kepada prinsip rekaan

seperti keseimbangan, kepelbagaian, pergerakan, kesatuan, harmoni yang

ditandakan dalam gambar di atas. Setiap prinsip-prinsip rekaan yang dipilih dan

diperjelaskan di bawah adalah berdasarkan kepada dapatan, analisis daripada

pengkaji sendiri dan kaedah pemerhatian.

Rajah 2.3 di bawah adalah hasil analisis prinsip keseimbangan dalam

karya rekaan ‘kolam’ 1 bertajuk ‘Pu agal vilakku ( pelita bunga) yang dilukis oleh

Pelukis ‘Kolam’ 1 (PK1).

Rajah 2.3: Analisis prinsip imbangan karya ‘kolam’ 1

Imbangan visual adalah prinsip menyamakan elemen visual, tema dan daya

lain dalam reka bentuk. Ia menyokong para penonton dan artis untuk mempunyai

perasaan seni yang teratur. Kesempurnaan sempurna dicapai melalui penerapan

prinsip-prinsip yang berlainan imbangan dalam ‘kolam’. Di mana, keseimbangan

simetri dan biasanya terdapat di dalam rekaan ‘kolam’. Namun ada juga ‘kolam’

yang direka mempunyai imbangan asimetri. Pengkaji telah menganalisis ‘kolam’

ini dan mendapati imbangan simetri berlaku dalam rekaan ‘kolam’ iaitu terdapat

penggunaan objek-objek terpilih dan dirancang pada tempat yang betul.

Contohnya objek pelita, bintang dan bunga teratai terdapat dalam orientasi

menegak, mendatar dan jejarian dalam semua arah dan posisi.

Analisis yang dibuat oleh pengkaji mendapati penggunaan unsur seni

seperti bentuk konkrit, rupa organik, jalinan, garisan, ton warna putih dan ruang

yang pelbagai dalam rekaan ‘kolam’ yang bertajuk ‘Pu agal vilakku (pelita bunga)

ini memberikan impak yang menarik dari segi visual sehingga membentuk

kepelbagaian dalam rekaan ‘kolam’ ini.

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 2: No. 8 (May 2018) page 132-143 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

139

Prinsip kesatuan dalam rekaan ‘kolam’1 termasuk elemen pengulangan

pada komponen-komponen yang saling melengkapi dalam rekaan ‘kolam’ seperti ‘Pu

agal vilakku ( pelita bunga), bunga teratai dan nyalaan api. Rekaan ‘kolam’ ini mempunyai

komponen-komponen seni seperti warna, ruang, garisan, rupa, imbangan serta harmoni

iaitu kesatuan menyumbangkan ke arah satu gubahan visual yang menyeluruh, iaitu

pembentukan karya ‘kolam’ yang menarik. Misalnya dalam ‘kolam’ 1 ini, pengulangan

objek pelita, nyalaan api, bunga teratai yang sama dengan menggunakan garisan tebal yang

berwarna ton putih, jalinan melalui garisan yang menggunakan tepung gandum dan tepung

beras yang cair.

Hasil analisis prinsip pergerakan dalam rekaan ‘kolam’1 yang dilukis oleh

PK1 menunjukkan pergerakan wujud dengan objek nyalaan api dari ‘Pu agal vilakku (

pelita bunga) terdapat dalam orientasi menegak, mendatar dan jejarian dalam semua

arah dan posisi. Penggunaan unsur seni iaitu garisan sendeng secara berurutan

kelihatan seakan bergerak dalam pelbagai arah.

Penggunaan prinsip harmoni menekankan asimilasi pelbagai bahagian yang

berasingan yang bentuknya direka dalam susunan yang jelas ditakrifkan dalam

bentuk ‘kolam’. Tepung beras dan tepung gandum yang cair diadun untuk

membuat garis, bentuk, ruang dan jalinan. Selain itu, susunan unsur-unsur rupa

organik dan bentuk di dalam keadaan yang seimbang yang kelihatan dalam objek

seperti bentuk pelita, bunga teratai dan bintang.

Pengkaji melihat prinsip kontra digambarkan melalui percanggahan dari unsur

garisan tegak, mendatar dan sendeng pada rekaan ‘kolam’ 1. Kewujudan objek ‘Pu agal

vilakku ( pelita bunga) dengan bintang dan bunga di bahagian tengah memberikan kesan

kontra dalam sesebuah karya. Di samping itu, penggunaan garisan yang bertentangan

arah, rupa yang berlaian jenis menimbulkan kesan kontra

b. Analisa ikonographikal

Tahap selanjutnya adalah analisis ikonographikal seperti yang ditunjukkan dalam

jadual 1 di bawah. Tahap analisis ini menginterpretasi makna sekunder yang

konvensional berdasarkan imej, cerita atau kajian literatur, dan lambang sehingga

dapat mengidentifikasi tema dan konsep karya (Panifosky, 1955: 35). Ini

merupakan tahap untuk mengidentifikasi pembacaan aspek tekstual (motif artistik)

dengan melihat hubungan antara motif sebuah karya seni dengan tema dan konsep

yang dimanifestasikan dalam bentuk gambar, sastera dan perlambangan yang ada

pada karya. Tahap analisis ini juga memerlukan pemahaman dengan objek dan

peristiwa yang divisualkan pada karya berdasarkan pengalaman praktis penulis

sehingga dapat menganalisis sesebuah karya.

Jadual 1: Analisa ikonographikal

Ikonographikal

Kuntum

bunga

Bunga

Teratai

Pu Agal

Vilakku

‘kolam’

Garisan

putih

Tepung beras

Kesan

emosi

kemakmuran ‘Jothy’(cahaya).

perjalanan

hidup

perkongsian

hidup

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 2: No. 8 (May 2018) page 132-143 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

140

Karya rekaan ‘kolam’ yang bertajuk ‘Pu agal vilakku (pelita bunga)

membawa maksud kesan emosi yang tersirat. Bunga simbolik kepada kecantikan

dan tidak melambangkan layu. Tujuan sekuntum bunga di bahagian tengah yang

menepati kehendak falsafah iaitu melambangkan pemikiran tidak akan bercapah

bahkan akan bertumpu TB. PK1(180417) (SS3JS3).

Manakala informan PK1 (SS4JS4) menyatakan bahawa bunga teratai

adalah salah satu simbol yang digunakan terutamanya dalam budaya masyarakat

beragama Hindu serta dalam agama Buddha. Ia bermaksud kesucian minda dan

badan. Walaupun ia biasanya tumbuh di dalam air yang dikelilingi oleh lumpur

dan kotoran, namun terletak pada hakikatnya dengan keindahan dan kesuciannya

yang masih kekal tanpa terjejas oleh kotoran, lumpur atau apa-apa zarah yang tidak

suci. Simbol ini tidak terjejas oleh kuasa-kuasa negatif atau sifat tidak

berperikemanusiaan dunia ini. Rekaan bunga teratai digunakan secara meluas

dalam seni ‘kolam’ iaitu dapat mencari bentuk teratai yang berlainan di corak

‘kolam’. Teratai juga berkaitan langsung dengan Lakshmi, dewi kemakmuran dan

kekayaan TB. PK1(180417) (SS4JS4). Di samping itu, motif hias bunga teratai

melambangkan kemurnian, ketabahan, kerukunan dan kesucian (Aryo Sunaryo,

2010: 154).

Selanjutnya, menurut temubual dengan informan TB. PK1 (180417)

(SS1,2JS1,2) Pu Agal Vilakku (Pelita bunga) yang motifnya berulang dan ia juga

disebut sebagai ‘Jothy’(cahaya). Terdapat lapan ‘vilakku’ (pelita) dalam ‘kolam’

ini iaitu menunjukkan terdapat lapan planet dalam sistem suria. Di mana, ia

menjadi simbolik kepada keberkatan dan restu daripada kuasa planet dari pelbagai

arah iaitu lapan arah perlu dilalui atau diaharungi. Di mana hari tersebut diharungi

untuk mendapat kejayaan. ‘Pu Agal vilakku’ iaitu ‘Pu’ bermaksud bunga. Lapan

bentuk pelita bunga bersifat tradisional atau klasik. Semua perbuatan mesti dibuat

dengan baik dan hati yang suci. Terdapat banyak pelita yang melambangkan

sinaran cahaya (jothi) iaitu hari tersebut dimulai dengan penuh ceria dan bersinar.

Selain itu, hati menjadi tenteram dan mengecapi kebahagian. Tambahan lagi,

bunga simbolik kepada kecantikan dan tidak melambangkan layu. Selain itu, bunga

teratai membawa keharmonian dalam fikiran dan memberi kedamaian dan

kesejahteraan (Lisa Tenzin,2015:174).

Demikian juga, temu bual dengan informan PK1 (TB. PK1(180417)

berpendapat bahawa gambaran pergerakkan garisan berwarna ton putih

menunjukkan manusia mengharungi pelbagai rintangan dalam perjalanan hidup

mereka (SS5JS5). Menurut Raghavan S. (2012) pelukis akan menggunakan

garisan tunggal dan berganda dalam rekaan bentuk ‘kolam’. Kepentingan dan

kemegahan perayaan tertentu digambarkan melalui bilangan garisan yang

digunakan dalam rekaam ‘kolam’. Justeru, pelukis ‘kolam’ menggunakan dua

baris pada hari biasa, sedangkan pada hari-hari tertentu bilangan baris meningkat

kepada gandaan. Terdapat ‘kolam’ yang digambar dengan hanya 8 baris. Menurut

Raghavan S. (2012) lagi, masyarakat juga mempunyai pendapat yang berbeza

mengenai subjek berkenaan dengan penggunaan beberapa baris. Sesetengah

komuniti Hindu tradisi tidak mengikuti atau menggunakan garis-garis yang ganjil

dalam mempersiapkan rekaan ‘kolam’. Mereka percaya bahawa angka ganjil tidak

akan membawa tuah.

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 2: No. 8 (May 2018) page 132-143 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

141

Berdasarkan hasil temu bual dengan PK1. (SS8JS8) jelas bahawa

penggunaan tepung beras dan tepung gandum melambangkan perkongsian hidup

antara lelaki (tepung gandum) dan perempuan (tepung beras) dalam pembentukan

keluarga asas. Ini adalah kerana ‘kolam’ biasanya dilukis dengan menggunakan

beras atau serbuk beras (Robinson.T (2006). Tambahan lagi, beras atau serbuk

beras itu akan dimakan oleh semut atau burung. Ini akan menyempurnakan

keperluan melakukan kebajikan hukum darma seperti yang dikehendaki oleh

agama Hindu. Disamping itu, seni ‘kolam’.

c. Interpretasi Ikonologi

Tahap terakhir adalah tahap interpretasi ikonologi (makna intrinsik atau isi). Tahap

ini adalah tahap yang paling penting iaitu terkait dengan makna intrinsik atau isi

dari sebuah karya seni. Pemahaman terhadap kandungan nilai-nilai simbolik yang

terdapat dalam sesebuah karya memerlukan kemampuan intuisi sintesis. Intuisi

sintesis menyentuh tentang pemikiran psikologi personal dan pandangan hidup

seniman. Tahap ini memerlukan prinsip interpretasi sejarah kebudayaan yang

membentuk simbol-simbol di dalam karya seni untuk mencapai ketajaman

interpretasi. Ini dilakukan melalui kesan yang ada di sekitar objek atau seniman

dengan merujuk pada pandangan hidup masyarakat (Panofsky, 1955: 41).

Karya rekaan ‘kolam’ yang bertajuk ‘Pu agal vilakku (pelita bunga)

mempunyai interpretasi visual yang sangat bermakna atau makna sekunder yang

terkandung di dalam karya sehingga memberikan interpretasi yang sangat

mendalam terhadap nilai-nilai hubungan kehidupan manusia dengan alam.

Kehidupan manusia bergantung pada alam, bermakna manusia memerlukan dan

menyesuaikan diri dengan alam untuk kelangsungan hidupnya. Karya ‘kolam’ ini

bercerita tentang indahnya dalam dimensi kehidupan manusia yang hadir alam iaitu

digambarkan melalui lapan pelita bercahaya mewakili planet-planet dalam sistem

solar. Demikian juga, semua hasrat keindahan hubungan manusia dengan alam,

iaitu sebuah simbol kehidupan yang nyata diwakili oleh setiap tarikan garisan tebal

yang warna ton putih menunjukkan manusia yang mengharungi pelbagai rintangan

dalam perjalanan hidup mereka perlu mendapat keberkatan dan restu daripada

kuasa planet dari pelbagai arah untuk mengacapi kebahagian hidup. Selain itu,

bunga teratai membawa keharmonian dalam fikiran dan memberi kedamaian dan

kesejahteraan.

8. Dapatan Kajian

Hail dapatan kajian ini menunjukkan terdapat beberapa pengaruh dalam ciri- ciri

kebudayaan pada hasil seni ‘Kolam’ yang dilukis oleh masyarakat India di bandar

Sitiawan. Gambaran tentang aspek kebudayaan dan identiti kesenian masyarakat

India dapat dikaitkan dengan aspek nilai, perilaku, keperluan dan persekitarannya.

Kewujudan Identiti seni ‘Kolam’ dikawal oleh institusi sosial yang merangkumi

aspek keluarga dan masyarakat setempat.

Analisis ‘kolam’ bertajuk ‘Pu Agal Vilakku ‘(Pelita Bunga) adalah

pengaruh persekitaran yang dilambangkan dengan simbol pelita, kuntum bunga,

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 2: No. 8 (May 2018) page 132-143 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

142

tepung beras dan bunga teratai. Di mana, persekitaran masyarakat yang berbudaya

mempengaruhi seni ‘Kolam’ iaitu semasa merayakan pesta dan perayaan.

Disamping itu, pengaruh keperluan sosial, di mana individu dalam setiap kelompok

masyarakat mulai merasakan bahawa kewujudannya secara kelompok dan

berinteraksi sesama ahlinya dalam masyarakat. Ianya mewujudkan interaksi soaial

dalam kalangan ahli masyarakat yang berbudaya. Melukis ‘Kolam’merupakan satu

sistem yang mewujudkan proses sosialisasi primer di kalangan ahli keluarga.

Di mana anak-anak diajar secara tidak formal, diberi peluang meneroka sendiri

sejak dari kecil menjadikan ilmu dan kemahiran melukis ‘Kolam’ tetap mengalir

dari satu generasi ke generasi lain.

Seterusnya, pengaruh nilai yang dilambangkan dengan bunga teratai,

tepung beras, kuntum bunga dan pelita. Kesemua objek yang dilukis dalam ‘kolam’

melambangkan kemurnian, ketabahan dan kesucian yang akan memberi

keberkatan dan kemakmuran dalam hidup seseorang. Nilai yang dimaksudkan

adalah kepercayaan masyarakat India berteraskan kepada agama Hindu sehingga

terbentuknya nilai sebagai panduan hidup.

9. Rumusan

Dapatan daripada kajian ini penulis menjangkakan akan dapat memberikan

sumbangan dalam memartabatkan seni pembentukan ‘kolam’ di negara ini melalui

proses pendidikan seni secara informal dalam pengekalan warisan budaya.

Terutama mempertingkatkan kesedaran terhadap kepentingan seni ‘kolam’ sebagai

komponen yang mempunyai ciri-ciri tradisional tidak boleh dinafikan

sumbangannya dalam pembentukan identiti masyarakat India di Malaysia dan

memartabatkan kesenian ‘kolam’ tradisional sebagai paradigma kesenian bangsa

Malaysia dalam usaha ke arah pembentukan intergrasi nasional dan negara bangsa.

Rujukan

Anbalagan (2008). Identiti India Di Malaysia.Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Aryo Sunaryo (2010). Ornamen Nusantara: Kajian Khusus Tentang Ornamen

Indinesia. Semarang: Dahara Prize.

Azharudin Mod Dali (2016). Sejarah Masyarakat India Di Malaysia. Kuala

Lumpur: Universiti Malaya.

Geertz, C. (1973). The Interpretation of The Cultures. New York: Basic Books.

Jabatan Perangkaan, (2014). Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia.

Lisa Tensin, Dolma (2015). The Mindful Mandala Colouring Book.

London:Walkins Media Limited: London.

Rajenthiran.M (1997). Kepercayaan Orang India.Selangor: Penerbit Fajar Bakti.

Rajantheran.M, Manimaran.S (2006). Konsep Ketuhanan Masyarakat Beragama

Hindu Luar Bandar Di Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Panofsky, Erwin. (1955). Meaning in The Visual Arts. Chicago:The University of

Chicago Press.

Sandrakantham (2011). Dua ratus Tahun Masyarakat India di Malaysia. Kuala

Lumpur: Perniagaan Normahs.

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 2: No. 8 (May 2018) page 132-143 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

143

Journal

Abdul Samad Ismail, Roslan Hasni and K. G. Subramanian. Sutra: International

Journal of Mathematical Science Education, Vol. 2, No. 2, 1 – 10, 2009.ms1-10.

Ascher, M., The kolam Tradition: A Tradition of Figure-Drawing in Southern

India Expresses Mathematical Ideas and has attracted the Attention of Computer

Science, Vol.90, 2002, ms.3.

Chenulu. S, Teaching Mathematics Through the Art of Kolam, Vol.12. N.8, 2007,

ms.423.

Robinson.T. (2006), Extended Pasting Scheme for Kolam Pattern Generation. 22,

55–64, Madras: University of Madras.

Rujukan Tesis

Mutheswary.V. (1998). Seni India: Aspek Warna dalam Kolam. Kuala Lumpur:

Universiti Malaya.