ringkasan eksekutifhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2596-orix.pdfnama organisasi : pertubuhan...
Post on 14-Nov-2020
60 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
2
RINGKASAN EKSEKUTIF
Projek ORIX ini adalah satu projek yang diusahakan bagi penyampaian perkhidmatan yang
lebih baik dan teratur berteraskan kepada prinsip asas pembudayaan KIK dan inovasi ‘KAIZEN’
iaitu ‘continuous improvement’ atau penambahbaikkan berterusan. Projek ini berjaya mewujudkan
dan membina aplikasi mudah alih melalui telefon pintar ‘mobile application’ bagi proses merekod,
mengumpul dan melaporkan segala maklumat semasa One Visit Policy dijalankan. Projek inovasi
ini merupakan inisiatif yang dibuat sendiri oleh Cawangan Penguatkuasaan bagi mempercepatkan
proses pemeriksaan semasa Operasi One Visit Policy dijalankan.
Projek ini telah memberikan outcome dan impak yang melampaui ekspektasi dan telah
berjaya merubah landskap horizon baru pemeriksaan yang dijalankan oleh semua agensi di bawah
Kementerian Sumber Manusia yang terlibat iaitu Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Pembangunan Sumber Manusia Berhad
(PSMB) dan Cawangan Kawal Selia Penguatkuasaan (CKSP). Proses sebelum ini secara
konvensional atau secara manual melambatkan proses semakkan dan mengambil masa yang
lama untuk setiap agensi menyediakan laporan di premis majikan yang dilawati. Melalui ORIX ini
agensi yang terlibat tidak perlu melakukan kerja yang berulang dan laporan terus diperolehi di bilik
gerakan secara terus ‘Real Time’ ini membuktikan bahawa projek ini amat berkesan, efektif, cepat
dan tepat.
Sebelum lawatan dijalankan, data majikan yang akan dilawati dimasukkan ke dalam sistem
ini bagi memudahkan pemeriksaaan dan pengesanan majikan. Bagi memudahkan lawatan, sistem
dibangunkan dengan ciri-ciri terkini dengan capaian ‘google map’ dan ‘pin location’ yang boleh
mencari lokasi majikan secara automatik melalui penggunaan ‘Global Positioning System (GPS)’
yang disalurkan ke dalam telefon pintar. Ini dapat mengelakkan kelewatan pegawai untuk sampai
ke premis majikan semasa operasi One Visit Policy dijalankan. Pelaporan sistem ORIX ini secara
‘Real Time’ 24 jam sehari, 7 hari seminggu tanpa kekangan masa dan tempat.
Aplikasi ORIX ini sebenarnya telah mengembangkan lagi asas One Visit Policy ini yang
mana menyatukan beberapa agensi di bawah Kementerian Sember Manusia dibawah satu sistem
yang mudah untuk kegunaan semua tanpa perlu pengasingan pengumpulan data yang perlu
dilaporkan setiap kali operasi penguatkuasaan dijalankan. Jika sebelum ini sejak 2014 semua
rekod yang disimpan hanya secara konvensional menyebabkan sukar untuk membuat
perbandingan tahunan. Ini ditambah lagi dengan pertukaran pegawai yang terlibat sepanjang One
Visit Policy ini diperkenalkan menyebabkan semua data dan statistik tidak teratur. Keadaan ini
menyebakan proses pemantauan setiap kes majikan sukar untuk dipantau dan diambil tindakan
kerana tiada rekod yang boleh dirujuk secara mudah.
Jelasnya sistem yang dibangunkan ini juga akan berupaya untuk mencetuskan ‘initiate’
proses-proses punitif seperti pengeluaran Saman Jabatan, kompaun dan seterusnya sehingga
kepada penyediaan dokumentasi bagi pembukaan Kertas Siasatan untuk tujuan pendakwaan.
Pemakaian keseluruhan proses telah meletuskan suatu horizon baharu dalam perlaksanaan One
Visit Policy dan merupakan suatu anjakan paradigma daripada kaedah pengesanan konvensional
yang telah diamalkan sejak dari mula kewujudan One Visit Polic kepada trend terkini aplikasi
mobile telefon pintar.
1
1. PENGLIBATAN PIHAK PENGURUSAN
A. LATAR BELAKANG KUMPULAN
Nama Kumpulan : THE NFORCER
Nama Organisasi : Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Alamat : Menara PERKESO, 281, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
No. Telefon : 03-42645324 / 012-6044742 / 012-6127258
No. Fax : 03-42567440
E-mail : asdar.rahman@perkeso.gov.my/
azlina.hapip@perkeso.gov.my
Tarikh Penubuhan : 7 Mei 2018
Bilangan Ahli : 9 Orang
Fasilitator : Khairullah Bin Haji Mahfud
Ketua Kumpulan : Asdar Bin Abdul Rahman
Ahli Kumpulan : Adam Bin Daud
Mohd Amir Bin Abd Wahab
Yuzain Bin Md Razak
Adilah Binti Abdul Sukor
Azlina Binti Hapip
Nurul Afida Binti Saad
Rafideah Binti Osman
Iffa Izzati Binti Anuar
Nama Projek : ORIX
KETERANGAN PROJEK
Satu aplikasi yang dibangunkan bagi memudahkan anggota penguatkuasaan
melengkapkan pengumpulan data pelaporan bagi Program Penguatkuasaan secara
bersepadu dengan tiga agensi lain di bawah Kementerian Sumber Manusia. Senarai
majikan yang berpotensi dimasukkan ke dalam sistem aplikasi yang akan diguna pakai
oleh anggota yang akan terlibat dalam operasi penguatkuasaan dimana bagi senarai
majikan-majikan yang telah dipilih akan dimuat turun di dalam ‘work basket’ Pegawai
Penguatkuasan mengikut agensi yang ditetapkan dan boleh dicapai melalui aplikasi
mobile di telefon bimbit Pegawai Penguatkuasa. Senarai majikan yang telah dipilih juga
akan berupaya untuk menunjukkan ‘point location’ lokasi majikan tersebut dengan
menggunakan GPS.
Bidang Inovasi : Pengurusan
Kategori Inovasi : Penambahbaikan
Tarikh Siap Projek : 30 Jun 2018
B. SOKONGAN DAN KELULUSAN PIHAK PENGURUSAN TERTINGGI Penubuhan Kumpulan : 7 Mei 2018
Kelulusan Pengurusan tertinggi : 28 Mei 2018
2
2. SIGNIFIKASI PROJEK DAN PEMBUKTIAN
A. KAITAN DENGAN FUNGSI UTAMA JABATAN / ORGANISASI
Projek ORIX yang dihasilkan adalah amat bertepatan dengan VISI, MISI dan OBJEKTIF
Jabatan iaitu:
VISI Peneraju Keselamatan Sosial yang unggul dan cemerlang menjelang
tahun 2020
MISI Memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan
Tanggungan mereka menerusi skim-skim keselamatan sosial serta
meningatkan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan demi
meningkatkan kesejahteraan sosial pekerja
OBJEKTIF Menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada semua pekerja
dan tanggungjawap mereka menerusi skim-skim keselamatan sosial
berasaskan konsep masyarakat penyayang selaras dengan Dasar
Pembangunan Negara dan Wawasan 2020
Hubungan Elemen dan rasional Projek
BIL ELEMEN
(VISI, MISI & OBJEKTIF) RASIONAL
1 Peneraju Keselamatan Sosial
yang unggul
Pengesanan majikan dan pekerja
yang tidak berdaftar
2.
Memberi perlindungan
keselamatan sosial kepada
pekerja
Pengesanan pekerja yang tidak
didaftarkan melalui kaedah
pencegahan yang berkesan dengan
memusatkan data majikan yang tidak
berdaftar.
3.
Menyediakan perlindungan
keselamatan sosial berkonsepkan
masyarakat penyayang
Pengamal Keselamatan Sosial
Penglibatan semua anggota
B. MEMENUHI KEHENDAK PELANGGAN DAN PEMEGANG TARUH
(STAKEHOLDER) i. Majikan;
ii. Pekerja.
i. Meningkatkan pematuhan majikan terhadap Akta dan Peraturan yang
ditetapkan oleh setiap agensi
Berdasarkan kepada Teras 3 Pelan Strategik Kementerian Sumber Manusia 2016 –
2020 iaitu Memelihara dan Meningkatkan Perhubungan Perusahaan yang Kondusif,
Matang dan Harmoni serta Menjamin Hak Pekerja dan Majikan dengan memastikan
3
setiap pekerja yang layak untuk berdaftar didaftarkan mengikut
peruntukan undang-undang Akta dan Peraturan yang ditetapkan
mengikut setiap agensi yang berada dibawah Kementerian
Sumber Manusia. Pembangunan aplikasi ini memudahkan
Pegawai Penguatkuasa yang terlibat dalam mengesan majikan
yang layak untuk berdaftar menjalankan operasi pengesanan
secara bersepadu dimana setiap majikan yang menggajikan
pekerja harus mematuhi setiap Akta dan Peraturan yang
ditetapkan oleh setiap agensi yang berada di bawah Kementerian Sumber Manusia.
Dasar dan undang-undang perburuhan negara hendaklah menyediakan platform yang
memelihara perhubungan perusahaan yang harmoni khususnya melalui penguatkusaan
yang berkesan.
ii. Pengesanan ke atas pekerja yang layak berdaftar tetapi tidak didaftarkan.
Dalam memastikan setiap lapisan pekerja yang layak diberi
perlindungan, Kementerian Sumber Manusia juga menetapkan
agar agensi di bawah Kementerian memastikan setiap lapisan
pekerja yang layak diberi perlindungan secara komprehensif.
Setakat Ogos 2018, Kementerian Sumber Manusia telah berjaya
memastikan 1 juta pekerja dan orang tanggungan yang layak diberi
perlindungan yang sewajarnya.
C. KAITAN DENGAN AGENDA DAN MATLAMAT NASIONAL
Projek ORIX berkaitan rapat dengan agenda nasional dimana secara tidak langsung
projek ini menyumbang kepada kesejahteraan rakyat dalam memastikan semula
lapisan pekerja diberi pelindungan
Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020
Sejajar dengan RMK-11, iaitu Bagi Meningkatkan
Kesejahteraan Rakyat dengan memastikan kepatuhan
majikan dan pendaftaran pekerja melalui operasi One Visit
Policy yang akan mempeluaskan jaringan keselamatan
sosial agar kehidupan para pekerja dan tanggungannya lebih
terjamin.
Dasar Kementerian Sumber Manusia
Terdapat 3 Teras utama Kementerian Sumber
Manusia yang berkiatan iaitu Teras 2
(Keharmonian) bagi mestikan wujud keharmonian
antara majikan dan perkerja. Teras 4 turut
mengaikatkan dengan Kesejahteraan dan
Keselamatan dengan memastikan tempat kerja
yang selamat dan kondusif serta Teras 6 iaitu
Prihatin terhadap dalam memberikan perlindungan keselamatan sosial.
4
Buku Harapan
Dalam membina Negara yang memenuhi harapan semua
lapisan masyarakat, terdapat janji untuk menaikkan martabat
golongan pekerja dan mewujudkan lebih banyak pekerjaan
berkualiti yang terdapat dalam Janji 35. Ini selaras dengan
usaha menjadikan Malaysia Baharu terus menjaga Jaringan
Keselamatan Sosial pekerja di Negara ini terus diperluaskan.
D. KAITAN DENGAN KEADAAN DAN EKOSISTEM SEMASA
i) Inisiatif Kementerian Sumber Manusia
Melalui transformasi perkhidmatan awam, Kementerian Sumber Manusia telah
mengambil inisiatif untuk menjalankan aktivit pemeriksaan berkaitan undang-undang
perburuhan secara bersepadu
menerusi empat (4) jabatan dan
agensi di bawah KSM iaitu Jabatan
Tenaga Kerja Semenanjung
Malaysia (JTKSM), Pertubuhan
Keselamatan Sosial (PERKESO),
Pembangunan Sumber Manusia
Berhad (PSMB) serta Cawangan
Kawal Selia dan Penguatkuasaan
(CKSP). Penambahbaikan proses
kerja dan pengoptimuman sumber
dalam melaksanakan inisiatif ini
telah dapat meningkatkan
penyampaian perkhidmatan dari
segi penjimatan masa dan kos
kepada majikan dan kerajaan.
ii) Kerjasama agansi-agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia
Bagi mewujudkan kerjasama yang
baik dengan agensi di bawah
kementerian, kursus One Visit
Policy telah dijalankan di
kementerian bagi menyelaraskan
program tersebut.
5
E. KAEDAH PEMILIHAN PROJEK DAN ANALISIS
a) Laporan Mesyuarat Pengurusan One Visit Policy
Pemilihan proje adalah berdasarkan Minit Mesyuarat Bil.2/2018 bertarikh 2 Mei
2018 berkaitan Pengurusan One Visit Policy yang diadakan di Kementerian
Sumber Manusia Putrajaya, memutuskan agar satu sistem yang membolehkan
pegawai penguatkuasa agensi-agensi di bawah
Minit mensyuarat Bil.2/2018 bertarikh 2 Mei 2018
F. PENYATAAN SASARAN OUTCOME DAN IMPAK
i) Penjimatan Masa
Pelaporan data secara berpusat ini akan lebih menjimatkan masa dan sistem
pengumpulan maklumat dan pelaporan mudah, cepat dan tepat
ii) Tenaga Kerja
Penjimatan pegawai yang membuat proses kerja pelaporan / pengumpulan
data (8 kepada 4 orang sahaja)
6
Petunjuk : Carta Perbatuan Pembangunan Projek O.R.I.X
iii) Proses Kerja
Memendekkan proses kerja dari lima (5) proses kepada tiga (3) proses sahaja
iv) Penjimatan Kos
Kos operasi dari segi penggunaan kertas kepada tanpa kertas
Kos operasi sama tapi hasil lebih tinggi dengan peningkatan jumlah majikan
yang dilawati
Tiada kos tambahan disebabkan sistem dibuat secara dalaman
3. TINDAKAN PENYELESAIAN
A. STRATEGI PENYELESAIAN KREATIF Bagi tujuan pembangunan aplikasi O.R.I.X yang lebih praktikal dan berkesan, carta
perbatuan telah dijadikan sebagai panduan perancangan dan pelaksanaan dalam setiap
aktiviti yang dirancang seperti dalam Jadual 1.
Jadual 1
Bagi tujuan penghasilan projek, Bagi tujuan penghasilan projek, kaedah ‘fusion’ antara Design
Thinking dan Blue Ocean Strategy telahpun digunakan dengan keadaan yang bersesuaian
untuk pembangunan aplikasi NDC. Terdapat lima proses dalam kaedah Design Thinking iaitu
Emphatise (Empati), Define (Takrifan), Ideate (Penjanaan idea), Prototype (Prototaip) dan Test
(Ujian).
Emphatise (Design Thinking)
Melalui laporan pencapaian SKT Pegawai Pemeriksa dan berdasarkan kepada dapatan dan
konklusi daripada mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan seperti MKSPP, Bengkel Penetapan
SKT, Laporan Aduan dan Kajian Impak Ops Kesan yang menyentuh isu-isu dan masalah
berkaitan aktiviti penguatkuasaan seperti Jadual 2
di bawah:
Perancangan
Perlaksanaaan
7
Masalah Punca Masalah Kaedah Penyelesaian
1
Kelewatan mengeluarkan
surat makluman FCLB
kepada majikan
Surat keputusan rayuan FCLB
tidak diterima oleh majikan
Mengeluarkan surat
peringatan kepada
majikan
2 Pelaporan bulanan
kompaun secara manual
Pelaporan dihantar secara
manual atau email ke Ibu
Pejabat
Telah diambil kira dan
dibangunkan didalam
sistem ASSIST.
3
Kesukaran dalam
mengesan peminjam
atau penjamin untuk
bayaran balik pinjaman
pendidikan.
Tidak ada / dapat maklumat
terkini peminjam atau penjamin
Melantik ejen
pemungut hutang
pinjaman pendidikan
4
Kesukaran membuat
pelaporan semasa
lawatan dan
penguatkuasaan secara
bersepadu
Kaedah pengesanan
konvensional pintu ke pintu
yang memakan masa
Tiada kaedah
penyelesaian
5 Proses rayuan kompaun
Kelewatan dalam mengira
tempoh kelewatan sesuatu
kesalahan bagi proses rayuan
kompaun
Telah diambil kira dan
dibangunkan didalam
sistem ASSIST.
Bagi tujuan penghasilan projek, kaedah ‘design thinking’ dan ‘blue ocean strategy’ telah
digunakan bagi semasa mengenal pasti masalah dan jalan penyelesaian bagi aktiviti
penguatkuasaan kerana kesukaran membuat pelaporan semasa lawatan / pengesanan di
premis majikan. Sebagai pelan tindakan penyelesaian, satu kaji selidik telah dijalankan diantara
anggota penguatkuasa yang terlibat dalam operasi bersepadu. Berdasarkan kepada kaji selidik
beberapa isu dan masalah yang berhubung kait aktiviti penguatkuasaan telah dikenalpasti
merujuk kepada jadual 3 dibawah:
BIL PUNCA MASALAH UTAMA FAKTOR MASALAH UTAMA PERATUSAN
(%)
1 Pemilihan majikan berpotensi
untuk dilawati
Keterangan defaulters bagi
setiap majikan mengikut agensi 64
2
Penglibatan anggota
penguatkuasa
Tidak memaklumkan kepada
anggota terlibat berkaitan
operasi yang terlibat
84
3 Pelaporan aktiviti
penguatkuasaan
Proses penyediaan secara
manual 97
4
Tempoh pelaporan yang diambil
mengambil masa kerana ianya
dilakukan secara manual
Tiada akses 83
5 Pematuhan dan pemahaman
majikan mengenai akta Imej jabatan 95
6 Ketepatan penyediaan laporan Penyediaan secara manual 43
7 Carian maklumat majikan Carian tempat secara manual 97
8
Kaedah ERRC (Blue Ocean Strategy) – Eliminate – Reduce – Raise – Create telah
digunakan dan mengambil kira dan digunapakai sebagai alat untuk mendapatkan cadangan
penyelesaian. Hasil daripada kaedah ERRC elemen Create menjurus kepada pembangunan
sistem aplikasi bagi mengatasi masalah tiada kaedah pengesanan yang sistematik disamping
berupaya untuk menyelesaikan punca-punca masalah utama yang lain sekaligus.
ELIMINATE RAISE
Tempoh pelaporan yang diambil
mengambil masa kerana ianya
dilakukan secara manual
Carian maklumat majikan Carian
maklumat majikan
Pematuhan dan pemahaman majikan
mengenai akta
Ketepatan penyediaan laporan
REDUCE CREATE
Pemilihan majikan berpotensi untuk
dilawati
Penglibatan anggota penguatkuasa
Pengemaskinian rekod penguakuasaan
Mewujudkan platform pelaporan aktiviti penguatkuasaan
97 97 95
64
84 83
43
PELAPORAN AKTIVITI
PENGUATKUASAAN
CARIAN MAKLUMAT
MAJIKAN
PEMATUHAN
MAJIKAN BERKENAAN
AKTA
PEMILIHAN MAJIKAN
BERPOTENSI
PENGLIBATAN
ANGGOTA
PENGUATKUASA
PENGEMASKINIAN
REKOD
PENGUATKUASAAN
KETEPATAN
PENYEDIAAN LAPORAN
As Is Canvas
9
PUNCA MASALAH UTAMA FAKTOR MASALAH UTAMA
AS-IS
(%)
TO-BE
(%)
1 Pemilihan majikan
berpotensi untuk dilawati
Keterangan defaulters bagi
setiap majikan mengikut agensi 64 50
2
Penglibatan anggota
penguatkuasa
Tidak memaklumkan kepada
anggota terlibat berkaitan
operasi yang terlibat
84 53
3 Pelaporan aktiviti
penguatkuasaan
Proses penyediaan secara
manual 97 0
4
Tempoh pelaporan yang
diambil mengambil masa
kerana ianya dilakukan
secara manual
Tiada akses 83 65
5
Pematuhan dan
pemahaman majikan
mengenai akta
Imej jabatan 95 0
6 Ketepatan penyediaan
laporan Penyediaan secara manual 43 95
7 Carian maklumat majikan Carian tempat secara manual 97 0
Dalam pelaksanaa tindakan penyelesian mengaplikasikan 3 langkah utama iaitu Percambahan
Fikiran, Penandaarasan dan Pemilihan idea kreatif. Justifikasi 3 langkah itu adalah seperti
Jadual 4 di bawah:
97 97 95
64
84 83
43
0 0 0
50 53
65
95100
PELAPORAN AKTIVITI
PENGUATKUASAAN
CARIAN MAKLUMAT
MAJIKAN
PEMATUHAN MAJIKAN
BERKENAAN AKTA
PEMILIHAN MAJIKAN
BERPOTENSI
PENGLIBATAN ANGGOTA
PENGUATKUASA
PENGEMASKINIAN
REKOD
PENGUATKUASAAN
KETEPATAN
PENYEDIAAN LAPORAN
PEMBANGUNAN SISTEM
As Is To Be Canvas
10
BIL PUNCA MASALAH UTAMA CADANGAN PENYELESAIAN
1
Pemilihan majikan
berpotensi untuk dilawati
Menggunakan kaedah pengesanan lokasi GPS dengan
‘point location’ di dalam senarai ‘workbasket’ majikan yang
tidak berdaftar pegawai pemeriksa.
2 Penglibatan anggota
penguatkuasa
Memaklumkan kepada pegawai yang terlibat dengan
operasi penguatkuasaan
3 Pelaporan aktiviti
penguatkuasaan
Laporan penguatkuasaan boleh dijana terus selepas
operasi penuatkuasaan
4
Tempoh pelaporan yang
diambil mengambil masa
kerana ianya dilakukan
secara manual
Membangunkan satu aplikasi mobile bagi merekod
pelaporan secara ‘real-time’.
5
Pematuhan dan
pemahaman majikan
mengenai akta
Mengenal pasti majikan yang gagal mematuhi akta
peraturan PERKESO
6 Ketepatan penyediaan
laporan Laporan dijana secara ‘real-time’
7
Carian maklumat majikan Membangunkan satu ‘pool’ data bagi mengumpulkan
majikan yang tidak berdaftar dengan keupayaan untuk
membuat tapisan dengan pengkalan daftar PERKESO.
Cadangan membangunkan aplikasi semakan pendaftaran majikan dan pekerja serta
pengiraan kelayakan secara atas talian telah dipilih dimana ciri-ciri praktikal sistem yang hendak
dibangunkan ini adalah seperti berikut:
CADANGAN
PENYELESAIAN BIL CIRI-CIRI PRAKTIKAL
Membangunkan
satu aplikasi mobile
bagi pelaporan
aktiviti
penguatkuasaan.
1. Langsung tidak melibatkan kos memandangkan sistem
dibangunkan oleh anggota Cawangan Penguatkuasaan.
2. Kemasukkan data berkeupayaan untuk membuat tapisan
atau ‘filter’ secara automatik dengan pengkalan data
PERKESO.
3. Bantuan pengesanan lokasi berasaskan koordinat (GPS)
dan ‘point location’ di google map
4. Pemilihan majikan yang tidak berdaftar secara terus
daripada NDC tanpa kekangan masa dan lokasi.
11
B. PENGHASILAN DAN PENGUJIAN PROTOTAIP
Pembangunan aplikasi ORIX berdasarkan kepada analisa terhadap
beberapa masalah dikenalpasti semasa menjalankan aktiviti
pemeriksaan. Aplikasi ini telah dibangunkan bermula Jun 2018 dan siap
untuk digunapakai pada Ogos 2018.
Bagi tujuan tersebut, Cawangan Penguatkuasaan, Ibu Pejabat
PERKESO telah mengambil inisiatif untuk membangunkan satu aplikasi
yang dapat membantu anggota dalam membuat pemeriksaan semasa
di premis majikan.
Aplikasi ini telah diuji cuba pada Julai 2018 semasa Operasi Bersepadu bersama
agensi-agensi di bawah KSM bertempat di Taiping dan Sri Manjung, Perak.
C. PERAKUAN DARIPADA PIHAK BERTAULIAH Hasil daripada sesi libat urus bersama Jawatankuasa Khas IT PERKESO berkaitan
isu pembangunan aplikasi ORIX pada 16 Ogos 2018, pihak CTM telah memberi kelulusan
untuk meneruskan pembangunan aplikasi ini dan aplikasi ini perlu selari dengan Dasar
Keselamatan ICT PERKESO.
12
D. PELAKSANAAN INOVASI Aplikasi ini telah diguna sepenuhnya bermula September 2018 Operasi Bersepadu
agensi-agensi dibawah KSM yang mana melibatkan 20 orang anggota dan operasi
penguatkuasaan dijalankan di sekitar bandar Temerloh.
Pembangunan aplikasi ini mengambil kira aspek penggunaan yang mudah bagi
melancarkan operasi penguatkuasaan.
4. KEBERHASILAN PROJEK
4.1 OUTCOME PROJEK
A. PENCAPAIAN OUTCOME Aplikasi ORIX merupakan satu inovatif di bawah Teras 5 Pelan Stragegik
PERKESO 2016-2020 iaitu Melestarikan Budaya Kreativiti, Inovasi dan Kualiti yang
merangkumi idea baru dan pemudah cara kepada anggota PERKESO dalam
menyampaikan perkhidmatan.
Ini bersangkutan dengan Pelan Tindakan Teras 3 PERKESO iaitu Memperkukuh
Kemampanan Dana dan Tadbir Urus dengan Memperkasa Aktiviti Pemeriksaan dan
Penguatkuasaan.
Ini turut selari dengan Teras 3 Strategi dan Pelan
Tindakan 2016-2020 di bawah KSM iaitu Memelihara dan
Meningkatkan Perhubungan Perusahaan yang Kondusif,
Matang dan Harmoni serta Menjamin Hak Pekerja dan
Majikan.
i) Sasaran KPI
KPI lawatan ke premis majikan yang disasarkan pada tahun 2017 dan 2018
adalah sebanyak 140 lawatan. Pada 2017 hanya 126 lawatan telah dibuat. Ini
menunjukkan sebanyak 90% KPI yang telah dicapai. Dengan penggunaan
13
aplikasi ORIX pada tahun 2018 sebanyak 154 lawatan telah dicapai dan
menunjukkan peningkatan KPI sebanyak 112%.
ii) Penjimatan Proses Kerja
Pelaporan statistik keseluruhan untuk aktiviti penguatkuasaan sebelum ini
sebanyak 5 proses kerja kerana iainya secara manual. Dengan adanya aplikasi
ORIX hanya 3 proses sahaja yang terlibat kerana pelaporan ini telah diinput
semasa aktiviti penguatkuasaan di premis majikan dan statistik ini boleh terus
dijana kerana ianya ‘real-time’.
iii) Penjimatan Masa
Dibawah Teras 2 Pelan Strategik PERKESO 2016-2020, Mentransformasi
Perkhidmatan Menerusi Penjenamaan, melalui kaedah ‘clocking’ yang dibuat
purata tempoh pemeriksaan di premis majikan adalah 5 minit bagi satu majikan
pada tahun 2017 berbanding dengan purata tempoh pemeriksaan hanya
mengambil masa hanya 1 minit sahaja pada tahun 2018 semasa penggunaan
aplikasi ORIX. Masa untuk menginput data bagi satu majikan di premis majikan
dapat dijimatkan sebanyak 80%.
SEBELUM SELEPAS
MINIT 5 1
0
2
4
6
PERBANDINGAN MASA
90
112
0
20
40
60
80
100
120
2017 2018
PER
ATU
SAN
TAHUN
PENCAPAIAN KPI
14
iv) Penjimatan Kos
Kos pembangunan aplikasi ORIX ini juga tidak melibatkan kos tambahan kerana
aplikasi ini dibangunkan oleh anggota Cawangan Penguatkuasaan, PERKESO.
Berdasarkan maklumat sebutharga bagi projek penguatkuasaan tahun 2017 lalu,
harga sebuah sistem baru yang dibangunkan berharga RM3 juta. Jika dibuat
perbandingan, sistem ini menganggarkan kos yang sama.
v) Penjimatan Sumber Manusia
Berdasarkan pemerhatian pada tahun 2017 seramai 8 orang pegawai yang
membuat proses kerja pelaporan / pengumpulan data iaitu 2 orang wakil setiap
agensi diperlukan untuk setiap kumpulan. Dengan penggunaan aplikasi ORIX
hanya 4 orang pegawai diperlukan iaitu seorang wakil sahaja setiap agensi. Ini
membuktikan penjimatan yang dikurangkan sebanyak 50%.
B. FAEDAH SAMPINGAN (LUAR JANGKA) i) Perluasan liputan luaran
Memberi impak kepada jabatan melalui jaminan keselamatan sosial dengan
adanya aplikasi ORIX ini. Penggunaan aplikasi ini dapat memastikan pemeriksaan
terhadap majikan lebih mudah cepat dan ‘real-time’. Lebih banyak majikan yang dapat
diperiksa bagi memastikan mereka mematuhi Akta Keselamatan Sosial Perkeso tanpa
ada majikan yang terlepas sekali gus keadilan sosial pekerja di seluruh Malaysia
terjamin dan terbela. Aplikasi ini memberi impak dari segi peningkatan tahap pematuhan
undang-undang dikalangan majikan terhadap akta dalam memperkasa aktiviti
pemeriksaan dan penguatkuasaan. Secara tidak langsung hak orang berinsurans dapat
lebih terjamin dengan mendapat perlindungan dan faedah yang adil dan saksama di
bawah kaitan Pelan Strategik PERKESO 2016-2020 dibawah Teras 3 iaitu
Memperkukuh Kemampanan Dana dan Tadbir Urus.
SEBELUM SELEPAS
ORANG 8 4
0
1
2
3
4
5
6
7
8
9
PENJIMATAN SUMBER MANUSIA
15
4.2 IMPAK PROJEK
A. PENILAIAN IMPAK DAN PEMBUKTIAN i) Pemantauan Statistik
Kaedah pemeriksaan melalui aplikasi ORIX telah merevolusikan pelaporan
pemeriksaan daripada kaedah manual ke kaedah yang bersistem. Pemantauan rekod
dan pelaporan boleh dipantau secara ‘real-time’.
ii) Peningkatan Dana
Peningkatan dana ini secara tidak langsung dapat memastikan tugas dan
tanggungjawab mengikut KPI yang telah ditetapkan oleh jabatan serta organisasi. Teras
3 iaitu Memperkukuh Kemampanan Dana dan Tadbir Urus, dibawah indikator sasaran
sebanyak 95% untuk mencapai kutipan tunggakan caruman serta FCLB mengikut
objektif PERKESO dalam Pelan Strategik PERKESO 2016-2020.
iii) Pematuhan Majikan
Aplikasi ini dapat memastikan nasib pekerja terbela apabila tindakan mengesan
majikan yang tidak mencarum kepada PERKESO dapat dilaksanakan dengan cepat dan
pantas terhadap majikan yang ingkar. Hasil aplikasi ini juga dapat meningkatkan
pengetahuan majikan dan seterusnya mengurangkan bilangan majikan yang gagal
mematuhi undang-undang. Secara tidak langsung, kepercayaan pekerja kepada
majikan juga meningkat dan menghasilkan suasana kerja yang harmoni.
B. FAEDAH SAMPINGAN (LUAR JANGKA) i) Imej Jabatan
Di bawah kaitan Pelan Strategik PERKESO 2016-2020 dibawah Teras 2 iaitu
Mentranformasi Perkhidmatan Menerusi Penjenamaan iaitu imej kepada organisasi
yang efisien dalam memenuhi ekspetasi para pelanggan. Dengan memberi perhatian
dan tumpuan utama dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua
pekerja dan tanggungan menerusi skim-skim keselamatan sosial selaras dengan Dasar
Pembangunan Negara. Bepegang kepada nilai kemanusian dan prinsip profesionlisme
akan memberi keprihatinan kepada semua stakesholder dan pelanggan yang membawa
perkhidmatan yang cemerlang serta meningkatkan kesejahteraan dan memenuhi
16
aspirasi rakyat. Keadaan ini mengurangkan perbezaan rekod caruman majikan dan
pekerja pada tahap minima.
ii) Peningkatan Tenaga Kerja Mahir
Kerajaan telah memperkasakan lagi pembentukan tenaga kerja tempatan
berkemahiran tinggi di institusi pendidikan dan latihan kemahiran tempatan untuk
mengukuhkan agenda program Transformasi Vokasional dan Teknik serta pelaksanaan
Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT).
5. POTENSI PENGEMBANGAN INOVASI
A. KEBOLEHLAKSANAAN PROJEK UNTUK DIKOMERSIALKAN/DIREPLIKASI
Penggunaan aplikasi ORIX oleh agensi-agensi di bawah
KSM semasa Operasi Bersepadu yang dijalankan di
sekitar bandar Temerloh. Aplikasi ini telah digunakan oleh
pegawai penguatkuasa setiap agensi yang terlibat
semasa menjalankan pemeriksaan di premis majikan.
Disamping perkongsian data secara berpusat yang membolehkan setiap agensi berkongsi
maklumat serta membuat perancangan strategi dalam menjalankan operasi yang akan datang.
17
C. TAHAP KETERSEDIAAN TEKNOLOGI / SISTEM / PROSES
Satu sesi prototaip telah diadakan pada 29 Jun 2018 untuk memberikan penerangan
dan taklimat berkenaan aplikasi ORIX yang akan digunakan pada 10 Julai 2018. Manual
pengguna juga diberikan kepada pegawai-pegawai yang akan terlibat pada hari tersebut.
Pada 16 Ogos 2018, satu sesi perbincangan telah diadakan bersama Jawatankuasa
Khas IT PERKESO bagi membincangkan isu berkaitan aplikasi ini dan telah mendapat
kelulusan untuk menggunakan aplikasi ini semasa ujicuba yang dijalankan pada Julai 2018.
top related