ringkasan eksekutifhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2596-orix.pdfnama organisasi : pertubuhan...

19
1

Upload: others

Post on 14-Nov-2020

54 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: RINGKASAN EKSEKUTIFhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2596-orix.pdfNama Organisasi : Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Alamat : Menara PERKESO, 281, Jalan Ampang, Kuala

1

Page 2: RINGKASAN EKSEKUTIFhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2596-orix.pdfNama Organisasi : Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Alamat : Menara PERKESO, 281, Jalan Ampang, Kuala

2

RINGKASAN EKSEKUTIF

Projek ORIX ini adalah satu projek yang diusahakan bagi penyampaian perkhidmatan yang

lebih baik dan teratur berteraskan kepada prinsip asas pembudayaan KIK dan inovasi ‘KAIZEN’

iaitu ‘continuous improvement’ atau penambahbaikkan berterusan. Projek ini berjaya mewujudkan

dan membina aplikasi mudah alih melalui telefon pintar ‘mobile application’ bagi proses merekod,

mengumpul dan melaporkan segala maklumat semasa One Visit Policy dijalankan. Projek inovasi

ini merupakan inisiatif yang dibuat sendiri oleh Cawangan Penguatkuasaan bagi mempercepatkan

proses pemeriksaan semasa Operasi One Visit Policy dijalankan.

Projek ini telah memberikan outcome dan impak yang melampaui ekspektasi dan telah

berjaya merubah landskap horizon baru pemeriksaan yang dijalankan oleh semua agensi di bawah

Kementerian Sumber Manusia yang terlibat iaitu Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Pembangunan Sumber Manusia Berhad

(PSMB) dan Cawangan Kawal Selia Penguatkuasaan (CKSP). Proses sebelum ini secara

konvensional atau secara manual melambatkan proses semakkan dan mengambil masa yang

lama untuk setiap agensi menyediakan laporan di premis majikan yang dilawati. Melalui ORIX ini

agensi yang terlibat tidak perlu melakukan kerja yang berulang dan laporan terus diperolehi di bilik

gerakan secara terus ‘Real Time’ ini membuktikan bahawa projek ini amat berkesan, efektif, cepat

dan tepat.

Sebelum lawatan dijalankan, data majikan yang akan dilawati dimasukkan ke dalam sistem

ini bagi memudahkan pemeriksaaan dan pengesanan majikan. Bagi memudahkan lawatan, sistem

dibangunkan dengan ciri-ciri terkini dengan capaian ‘google map’ dan ‘pin location’ yang boleh

mencari lokasi majikan secara automatik melalui penggunaan ‘Global Positioning System (GPS)’

yang disalurkan ke dalam telefon pintar. Ini dapat mengelakkan kelewatan pegawai untuk sampai

ke premis majikan semasa operasi One Visit Policy dijalankan. Pelaporan sistem ORIX ini secara

‘Real Time’ 24 jam sehari, 7 hari seminggu tanpa kekangan masa dan tempat.

Aplikasi ORIX ini sebenarnya telah mengembangkan lagi asas One Visit Policy ini yang

mana menyatukan beberapa agensi di bawah Kementerian Sember Manusia dibawah satu sistem

yang mudah untuk kegunaan semua tanpa perlu pengasingan pengumpulan data yang perlu

dilaporkan setiap kali operasi penguatkuasaan dijalankan. Jika sebelum ini sejak 2014 semua

rekod yang disimpan hanya secara konvensional menyebabkan sukar untuk membuat

perbandingan tahunan. Ini ditambah lagi dengan pertukaran pegawai yang terlibat sepanjang One

Visit Policy ini diperkenalkan menyebabkan semua data dan statistik tidak teratur. Keadaan ini

menyebakan proses pemantauan setiap kes majikan sukar untuk dipantau dan diambil tindakan

kerana tiada rekod yang boleh dirujuk secara mudah.

Jelasnya sistem yang dibangunkan ini juga akan berupaya untuk mencetuskan ‘initiate’

proses-proses punitif seperti pengeluaran Saman Jabatan, kompaun dan seterusnya sehingga

kepada penyediaan dokumentasi bagi pembukaan Kertas Siasatan untuk tujuan pendakwaan.

Pemakaian keseluruhan proses telah meletuskan suatu horizon baharu dalam perlaksanaan One

Visit Policy dan merupakan suatu anjakan paradigma daripada kaedah pengesanan konvensional

yang telah diamalkan sejak dari mula kewujudan One Visit Polic kepada trend terkini aplikasi

mobile telefon pintar.

Page 3: RINGKASAN EKSEKUTIFhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2596-orix.pdfNama Organisasi : Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Alamat : Menara PERKESO, 281, Jalan Ampang, Kuala

1

1. PENGLIBATAN PIHAK PENGURUSAN

A. LATAR BELAKANG KUMPULAN

Nama Kumpulan : THE NFORCER

Nama Organisasi : Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Alamat : Menara PERKESO, 281, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

No. Telefon : 03-42645324 / 012-6044742 / 012-6127258

No. Fax : 03-42567440

E-mail : [email protected]/

[email protected]

Tarikh Penubuhan : 7 Mei 2018

Bilangan Ahli : 9 Orang

Fasilitator : Khairullah Bin Haji Mahfud

Ketua Kumpulan : Asdar Bin Abdul Rahman

Ahli Kumpulan : Adam Bin Daud

Mohd Amir Bin Abd Wahab

Yuzain Bin Md Razak

Adilah Binti Abdul Sukor

Azlina Binti Hapip

Nurul Afida Binti Saad

Rafideah Binti Osman

Iffa Izzati Binti Anuar

Nama Projek : ORIX

KETERANGAN PROJEK

Satu aplikasi yang dibangunkan bagi memudahkan anggota penguatkuasaan

melengkapkan pengumpulan data pelaporan bagi Program Penguatkuasaan secara

bersepadu dengan tiga agensi lain di bawah Kementerian Sumber Manusia. Senarai

majikan yang berpotensi dimasukkan ke dalam sistem aplikasi yang akan diguna pakai

oleh anggota yang akan terlibat dalam operasi penguatkuasaan dimana bagi senarai

majikan-majikan yang telah dipilih akan dimuat turun di dalam ‘work basket’ Pegawai

Penguatkuasan mengikut agensi yang ditetapkan dan boleh dicapai melalui aplikasi

mobile di telefon bimbit Pegawai Penguatkuasa. Senarai majikan yang telah dipilih juga

akan berupaya untuk menunjukkan ‘point location’ lokasi majikan tersebut dengan

menggunakan GPS.

Bidang Inovasi : Pengurusan

Kategori Inovasi : Penambahbaikan

Tarikh Siap Projek : 30 Jun 2018

B. SOKONGAN DAN KELULUSAN PIHAK PENGURUSAN TERTINGGI Penubuhan Kumpulan : 7 Mei 2018

Kelulusan Pengurusan tertinggi : 28 Mei 2018

Page 4: RINGKASAN EKSEKUTIFhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2596-orix.pdfNama Organisasi : Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Alamat : Menara PERKESO, 281, Jalan Ampang, Kuala

2

2. SIGNIFIKASI PROJEK DAN PEMBUKTIAN

A. KAITAN DENGAN FUNGSI UTAMA JABATAN / ORGANISASI

Projek ORIX yang dihasilkan adalah amat bertepatan dengan VISI, MISI dan OBJEKTIF

Jabatan iaitu:

VISI Peneraju Keselamatan Sosial yang unggul dan cemerlang menjelang

tahun 2020

MISI Memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan

Tanggungan mereka menerusi skim-skim keselamatan sosial serta

meningatkan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan demi

meningkatkan kesejahteraan sosial pekerja

OBJEKTIF Menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada semua pekerja

dan tanggungjawap mereka menerusi skim-skim keselamatan sosial

berasaskan konsep masyarakat penyayang selaras dengan Dasar

Pembangunan Negara dan Wawasan 2020

Hubungan Elemen dan rasional Projek

BIL ELEMEN

(VISI, MISI & OBJEKTIF) RASIONAL

1 Peneraju Keselamatan Sosial

yang unggul

Pengesanan majikan dan pekerja

yang tidak berdaftar

2.

Memberi perlindungan

keselamatan sosial kepada

pekerja

Pengesanan pekerja yang tidak

didaftarkan melalui kaedah

pencegahan yang berkesan dengan

memusatkan data majikan yang tidak

berdaftar.

3.

Menyediakan perlindungan

keselamatan sosial berkonsepkan

masyarakat penyayang

Pengamal Keselamatan Sosial

Penglibatan semua anggota

B. MEMENUHI KEHENDAK PELANGGAN DAN PEMEGANG TARUH

(STAKEHOLDER) i. Majikan;

ii. Pekerja.

i. Meningkatkan pematuhan majikan terhadap Akta dan Peraturan yang

ditetapkan oleh setiap agensi

Berdasarkan kepada Teras 3 Pelan Strategik Kementerian Sumber Manusia 2016 –

2020 iaitu Memelihara dan Meningkatkan Perhubungan Perusahaan yang Kondusif,

Matang dan Harmoni serta Menjamin Hak Pekerja dan Majikan dengan memastikan

Page 5: RINGKASAN EKSEKUTIFhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2596-orix.pdfNama Organisasi : Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Alamat : Menara PERKESO, 281, Jalan Ampang, Kuala

3

setiap pekerja yang layak untuk berdaftar didaftarkan mengikut

peruntukan undang-undang Akta dan Peraturan yang ditetapkan

mengikut setiap agensi yang berada dibawah Kementerian

Sumber Manusia. Pembangunan aplikasi ini memudahkan

Pegawai Penguatkuasa yang terlibat dalam mengesan majikan

yang layak untuk berdaftar menjalankan operasi pengesanan

secara bersepadu dimana setiap majikan yang menggajikan

pekerja harus mematuhi setiap Akta dan Peraturan yang

ditetapkan oleh setiap agensi yang berada di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Dasar dan undang-undang perburuhan negara hendaklah menyediakan platform yang

memelihara perhubungan perusahaan yang harmoni khususnya melalui penguatkusaan

yang berkesan.

ii. Pengesanan ke atas pekerja yang layak berdaftar tetapi tidak didaftarkan.

Dalam memastikan setiap lapisan pekerja yang layak diberi

perlindungan, Kementerian Sumber Manusia juga menetapkan

agar agensi di bawah Kementerian memastikan setiap lapisan

pekerja yang layak diberi perlindungan secara komprehensif.

Setakat Ogos 2018, Kementerian Sumber Manusia telah berjaya

memastikan 1 juta pekerja dan orang tanggungan yang layak diberi

perlindungan yang sewajarnya.

C. KAITAN DENGAN AGENDA DAN MATLAMAT NASIONAL

Projek ORIX berkaitan rapat dengan agenda nasional dimana secara tidak langsung

projek ini menyumbang kepada kesejahteraan rakyat dalam memastikan semula

lapisan pekerja diberi pelindungan

Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020

Sejajar dengan RMK-11, iaitu Bagi Meningkatkan

Kesejahteraan Rakyat dengan memastikan kepatuhan

majikan dan pendaftaran pekerja melalui operasi One Visit

Policy yang akan mempeluaskan jaringan keselamatan

sosial agar kehidupan para pekerja dan tanggungannya lebih

terjamin.

Dasar Kementerian Sumber Manusia

Terdapat 3 Teras utama Kementerian Sumber

Manusia yang berkiatan iaitu Teras 2

(Keharmonian) bagi mestikan wujud keharmonian

antara majikan dan perkerja. Teras 4 turut

mengaikatkan dengan Kesejahteraan dan

Keselamatan dengan memastikan tempat kerja

yang selamat dan kondusif serta Teras 6 iaitu

Prihatin terhadap dalam memberikan perlindungan keselamatan sosial.

Page 6: RINGKASAN EKSEKUTIFhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2596-orix.pdfNama Organisasi : Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Alamat : Menara PERKESO, 281, Jalan Ampang, Kuala

4

Buku Harapan

Dalam membina Negara yang memenuhi harapan semua

lapisan masyarakat, terdapat janji untuk menaikkan martabat

golongan pekerja dan mewujudkan lebih banyak pekerjaan

berkualiti yang terdapat dalam Janji 35. Ini selaras dengan

usaha menjadikan Malaysia Baharu terus menjaga Jaringan

Keselamatan Sosial pekerja di Negara ini terus diperluaskan.

D. KAITAN DENGAN KEADAAN DAN EKOSISTEM SEMASA

i) Inisiatif Kementerian Sumber Manusia

Melalui transformasi perkhidmatan awam, Kementerian Sumber Manusia telah

mengambil inisiatif untuk menjalankan aktivit pemeriksaan berkaitan undang-undang

perburuhan secara bersepadu

menerusi empat (4) jabatan dan

agensi di bawah KSM iaitu Jabatan

Tenaga Kerja Semenanjung

Malaysia (JTKSM), Pertubuhan

Keselamatan Sosial (PERKESO),

Pembangunan Sumber Manusia

Berhad (PSMB) serta Cawangan

Kawal Selia dan Penguatkuasaan

(CKSP). Penambahbaikan proses

kerja dan pengoptimuman sumber

dalam melaksanakan inisiatif ini

telah dapat meningkatkan

penyampaian perkhidmatan dari

segi penjimatan masa dan kos

kepada majikan dan kerajaan.

ii) Kerjasama agansi-agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia

Bagi mewujudkan kerjasama yang

baik dengan agensi di bawah

kementerian, kursus One Visit

Policy telah dijalankan di

kementerian bagi menyelaraskan

program tersebut.

Page 7: RINGKASAN EKSEKUTIFhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2596-orix.pdfNama Organisasi : Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Alamat : Menara PERKESO, 281, Jalan Ampang, Kuala

5

E. KAEDAH PEMILIHAN PROJEK DAN ANALISIS

a) Laporan Mesyuarat Pengurusan One Visit Policy

Pemilihan proje adalah berdasarkan Minit Mesyuarat Bil.2/2018 bertarikh 2 Mei

2018 berkaitan Pengurusan One Visit Policy yang diadakan di Kementerian

Sumber Manusia Putrajaya, memutuskan agar satu sistem yang membolehkan

pegawai penguatkuasa agensi-agensi di bawah

Minit mensyuarat Bil.2/2018 bertarikh 2 Mei 2018

F. PENYATAAN SASARAN OUTCOME DAN IMPAK

i) Penjimatan Masa

Pelaporan data secara berpusat ini akan lebih menjimatkan masa dan sistem

pengumpulan maklumat dan pelaporan mudah, cepat dan tepat

ii) Tenaga Kerja

Penjimatan pegawai yang membuat proses kerja pelaporan / pengumpulan

data (8 kepada 4 orang sahaja)

Page 8: RINGKASAN EKSEKUTIFhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2596-orix.pdfNama Organisasi : Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Alamat : Menara PERKESO, 281, Jalan Ampang, Kuala

6

Petunjuk : Carta Perbatuan Pembangunan Projek O.R.I.X

iii) Proses Kerja

Memendekkan proses kerja dari lima (5) proses kepada tiga (3) proses sahaja

iv) Penjimatan Kos

Kos operasi dari segi penggunaan kertas kepada tanpa kertas

Kos operasi sama tapi hasil lebih tinggi dengan peningkatan jumlah majikan

yang dilawati

Tiada kos tambahan disebabkan sistem dibuat secara dalaman

3. TINDAKAN PENYELESAIAN

A. STRATEGI PENYELESAIAN KREATIF Bagi tujuan pembangunan aplikasi O.R.I.X yang lebih praktikal dan berkesan, carta

perbatuan telah dijadikan sebagai panduan perancangan dan pelaksanaan dalam setiap

aktiviti yang dirancang seperti dalam Jadual 1.

Jadual 1

Bagi tujuan penghasilan projek, Bagi tujuan penghasilan projek, kaedah ‘fusion’ antara Design

Thinking dan Blue Ocean Strategy telahpun digunakan dengan keadaan yang bersesuaian

untuk pembangunan aplikasi NDC. Terdapat lima proses dalam kaedah Design Thinking iaitu

Emphatise (Empati), Define (Takrifan), Ideate (Penjanaan idea), Prototype (Prototaip) dan Test

(Ujian).

Emphatise (Design Thinking)

Melalui laporan pencapaian SKT Pegawai Pemeriksa dan berdasarkan kepada dapatan dan

konklusi daripada mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan seperti MKSPP, Bengkel Penetapan

SKT, Laporan Aduan dan Kajian Impak Ops Kesan yang menyentuh isu-isu dan masalah

berkaitan aktiviti penguatkuasaan seperti Jadual 2

di bawah:

Perancangan

Perlaksanaaan

Page 9: RINGKASAN EKSEKUTIFhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2596-orix.pdfNama Organisasi : Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Alamat : Menara PERKESO, 281, Jalan Ampang, Kuala

7

Masalah Punca Masalah Kaedah Penyelesaian

1

Kelewatan mengeluarkan

surat makluman FCLB

kepada majikan

Surat keputusan rayuan FCLB

tidak diterima oleh majikan

Mengeluarkan surat

peringatan kepada

majikan

2 Pelaporan bulanan

kompaun secara manual

Pelaporan dihantar secara

manual atau email ke Ibu

Pejabat

Telah diambil kira dan

dibangunkan didalam

sistem ASSIST.

3

Kesukaran dalam

mengesan peminjam

atau penjamin untuk

bayaran balik pinjaman

pendidikan.

Tidak ada / dapat maklumat

terkini peminjam atau penjamin

Melantik ejen

pemungut hutang

pinjaman pendidikan

4

Kesukaran membuat

pelaporan semasa

lawatan dan

penguatkuasaan secara

bersepadu

Kaedah pengesanan

konvensional pintu ke pintu

yang memakan masa

Tiada kaedah

penyelesaian

5 Proses rayuan kompaun

Kelewatan dalam mengira

tempoh kelewatan sesuatu

kesalahan bagi proses rayuan

kompaun

Telah diambil kira dan

dibangunkan didalam

sistem ASSIST.

Bagi tujuan penghasilan projek, kaedah ‘design thinking’ dan ‘blue ocean strategy’ telah

digunakan bagi semasa mengenal pasti masalah dan jalan penyelesaian bagi aktiviti

penguatkuasaan kerana kesukaran membuat pelaporan semasa lawatan / pengesanan di

premis majikan. Sebagai pelan tindakan penyelesaian, satu kaji selidik telah dijalankan diantara

anggota penguatkuasa yang terlibat dalam operasi bersepadu. Berdasarkan kepada kaji selidik

beberapa isu dan masalah yang berhubung kait aktiviti penguatkuasaan telah dikenalpasti

merujuk kepada jadual 3 dibawah:

BIL PUNCA MASALAH UTAMA FAKTOR MASALAH UTAMA PERATUSAN

(%)

1 Pemilihan majikan berpotensi

untuk dilawati

Keterangan defaulters bagi

setiap majikan mengikut agensi 64

2

Penglibatan anggota

penguatkuasa

Tidak memaklumkan kepada

anggota terlibat berkaitan

operasi yang terlibat

84

3 Pelaporan aktiviti

penguatkuasaan

Proses penyediaan secara

manual 97

4

Tempoh pelaporan yang diambil

mengambil masa kerana ianya

dilakukan secara manual

Tiada akses 83

5 Pematuhan dan pemahaman

majikan mengenai akta Imej jabatan 95

6 Ketepatan penyediaan laporan Penyediaan secara manual 43

7 Carian maklumat majikan Carian tempat secara manual 97

Page 10: RINGKASAN EKSEKUTIFhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2596-orix.pdfNama Organisasi : Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Alamat : Menara PERKESO, 281, Jalan Ampang, Kuala

8

Kaedah ERRC (Blue Ocean Strategy) – Eliminate – Reduce – Raise – Create telah

digunakan dan mengambil kira dan digunapakai sebagai alat untuk mendapatkan cadangan

penyelesaian. Hasil daripada kaedah ERRC elemen Create menjurus kepada pembangunan

sistem aplikasi bagi mengatasi masalah tiada kaedah pengesanan yang sistematik disamping

berupaya untuk menyelesaikan punca-punca masalah utama yang lain sekaligus.

ELIMINATE RAISE

Tempoh pelaporan yang diambil

mengambil masa kerana ianya

dilakukan secara manual

Carian maklumat majikan Carian

maklumat majikan

Pematuhan dan pemahaman majikan

mengenai akta

Ketepatan penyediaan laporan

REDUCE CREATE

Pemilihan majikan berpotensi untuk

dilawati

Penglibatan anggota penguatkuasa

Pengemaskinian rekod penguakuasaan

Mewujudkan platform pelaporan aktiviti penguatkuasaan

97 97 95

64

84 83

43

PELAPORAN AKTIVITI

PENGUATKUASAAN

CARIAN MAKLUMAT

MAJIKAN

PEMATUHAN

MAJIKAN BERKENAAN

AKTA

PEMILIHAN MAJIKAN

BERPOTENSI

PENGLIBATAN

ANGGOTA

PENGUATKUASA

PENGEMASKINIAN

REKOD

PENGUATKUASAAN

KETEPATAN

PENYEDIAAN LAPORAN

As Is Canvas

Page 11: RINGKASAN EKSEKUTIFhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2596-orix.pdfNama Organisasi : Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Alamat : Menara PERKESO, 281, Jalan Ampang, Kuala

9

PUNCA MASALAH UTAMA FAKTOR MASALAH UTAMA

AS-IS

(%)

TO-BE

(%)

1 Pemilihan majikan

berpotensi untuk dilawati

Keterangan defaulters bagi

setiap majikan mengikut agensi 64 50

2

Penglibatan anggota

penguatkuasa

Tidak memaklumkan kepada

anggota terlibat berkaitan

operasi yang terlibat

84 53

3 Pelaporan aktiviti

penguatkuasaan

Proses penyediaan secara

manual 97 0

4

Tempoh pelaporan yang

diambil mengambil masa

kerana ianya dilakukan

secara manual

Tiada akses 83 65

5

Pematuhan dan

pemahaman majikan

mengenai akta

Imej jabatan 95 0

6 Ketepatan penyediaan

laporan Penyediaan secara manual 43 95

7 Carian maklumat majikan Carian tempat secara manual 97 0

Dalam pelaksanaa tindakan penyelesian mengaplikasikan 3 langkah utama iaitu Percambahan

Fikiran, Penandaarasan dan Pemilihan idea kreatif. Justifikasi 3 langkah itu adalah seperti

Jadual 4 di bawah:

97 97 95

64

84 83

43

0 0 0

50 53

65

95100

PELAPORAN AKTIVITI

PENGUATKUASAAN

CARIAN MAKLUMAT

MAJIKAN

PEMATUHAN MAJIKAN

BERKENAAN AKTA

PEMILIHAN MAJIKAN

BERPOTENSI

PENGLIBATAN ANGGOTA

PENGUATKUASA

PENGEMASKINIAN

REKOD

PENGUATKUASAAN

KETEPATAN

PENYEDIAAN LAPORAN

PEMBANGUNAN SISTEM

As Is To Be Canvas

Page 12: RINGKASAN EKSEKUTIFhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2596-orix.pdfNama Organisasi : Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Alamat : Menara PERKESO, 281, Jalan Ampang, Kuala

10

BIL PUNCA MASALAH UTAMA CADANGAN PENYELESAIAN

1

Pemilihan majikan

berpotensi untuk dilawati

Menggunakan kaedah pengesanan lokasi GPS dengan

‘point location’ di dalam senarai ‘workbasket’ majikan yang

tidak berdaftar pegawai pemeriksa.

2 Penglibatan anggota

penguatkuasa

Memaklumkan kepada pegawai yang terlibat dengan

operasi penguatkuasaan

3 Pelaporan aktiviti

penguatkuasaan

Laporan penguatkuasaan boleh dijana terus selepas

operasi penuatkuasaan

4

Tempoh pelaporan yang

diambil mengambil masa

kerana ianya dilakukan

secara manual

Membangunkan satu aplikasi mobile bagi merekod

pelaporan secara ‘real-time’.

5

Pematuhan dan

pemahaman majikan

mengenai akta

Mengenal pasti majikan yang gagal mematuhi akta

peraturan PERKESO

6 Ketepatan penyediaan

laporan Laporan dijana secara ‘real-time’

7

Carian maklumat majikan Membangunkan satu ‘pool’ data bagi mengumpulkan

majikan yang tidak berdaftar dengan keupayaan untuk

membuat tapisan dengan pengkalan daftar PERKESO.

Cadangan membangunkan aplikasi semakan pendaftaran majikan dan pekerja serta

pengiraan kelayakan secara atas talian telah dipilih dimana ciri-ciri praktikal sistem yang hendak

dibangunkan ini adalah seperti berikut:

CADANGAN

PENYELESAIAN BIL CIRI-CIRI PRAKTIKAL

Membangunkan

satu aplikasi mobile

bagi pelaporan

aktiviti

penguatkuasaan.

1. Langsung tidak melibatkan kos memandangkan sistem

dibangunkan oleh anggota Cawangan Penguatkuasaan.

2. Kemasukkan data berkeupayaan untuk membuat tapisan

atau ‘filter’ secara automatik dengan pengkalan data

PERKESO.

3. Bantuan pengesanan lokasi berasaskan koordinat (GPS)

dan ‘point location’ di google map

4. Pemilihan majikan yang tidak berdaftar secara terus

daripada NDC tanpa kekangan masa dan lokasi.

Page 13: RINGKASAN EKSEKUTIFhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2596-orix.pdfNama Organisasi : Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Alamat : Menara PERKESO, 281, Jalan Ampang, Kuala

11

B. PENGHASILAN DAN PENGUJIAN PROTOTAIP

Pembangunan aplikasi ORIX berdasarkan kepada analisa terhadap

beberapa masalah dikenalpasti semasa menjalankan aktiviti

pemeriksaan. Aplikasi ini telah dibangunkan bermula Jun 2018 dan siap

untuk digunapakai pada Ogos 2018.

Bagi tujuan tersebut, Cawangan Penguatkuasaan, Ibu Pejabat

PERKESO telah mengambil inisiatif untuk membangunkan satu aplikasi

yang dapat membantu anggota dalam membuat pemeriksaan semasa

di premis majikan.

Aplikasi ini telah diuji cuba pada Julai 2018 semasa Operasi Bersepadu bersama

agensi-agensi di bawah KSM bertempat di Taiping dan Sri Manjung, Perak.

C. PERAKUAN DARIPADA PIHAK BERTAULIAH Hasil daripada sesi libat urus bersama Jawatankuasa Khas IT PERKESO berkaitan

isu pembangunan aplikasi ORIX pada 16 Ogos 2018, pihak CTM telah memberi kelulusan

untuk meneruskan pembangunan aplikasi ini dan aplikasi ini perlu selari dengan Dasar

Keselamatan ICT PERKESO.

Page 14: RINGKASAN EKSEKUTIFhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2596-orix.pdfNama Organisasi : Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Alamat : Menara PERKESO, 281, Jalan Ampang, Kuala

12

D. PELAKSANAAN INOVASI Aplikasi ini telah diguna sepenuhnya bermula September 2018 Operasi Bersepadu

agensi-agensi dibawah KSM yang mana melibatkan 20 orang anggota dan operasi

penguatkuasaan dijalankan di sekitar bandar Temerloh.

Pembangunan aplikasi ini mengambil kira aspek penggunaan yang mudah bagi

melancarkan operasi penguatkuasaan.

4. KEBERHASILAN PROJEK

4.1 OUTCOME PROJEK

A. PENCAPAIAN OUTCOME Aplikasi ORIX merupakan satu inovatif di bawah Teras 5 Pelan Stragegik

PERKESO 2016-2020 iaitu Melestarikan Budaya Kreativiti, Inovasi dan Kualiti yang

merangkumi idea baru dan pemudah cara kepada anggota PERKESO dalam

menyampaikan perkhidmatan.

Ini bersangkutan dengan Pelan Tindakan Teras 3 PERKESO iaitu Memperkukuh

Kemampanan Dana dan Tadbir Urus dengan Memperkasa Aktiviti Pemeriksaan dan

Penguatkuasaan.

Ini turut selari dengan Teras 3 Strategi dan Pelan

Tindakan 2016-2020 di bawah KSM iaitu Memelihara dan

Meningkatkan Perhubungan Perusahaan yang Kondusif,

Matang dan Harmoni serta Menjamin Hak Pekerja dan

Majikan.

i) Sasaran KPI

KPI lawatan ke premis majikan yang disasarkan pada tahun 2017 dan 2018

adalah sebanyak 140 lawatan. Pada 2017 hanya 126 lawatan telah dibuat. Ini

menunjukkan sebanyak 90% KPI yang telah dicapai. Dengan penggunaan

Page 15: RINGKASAN EKSEKUTIFhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2596-orix.pdfNama Organisasi : Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Alamat : Menara PERKESO, 281, Jalan Ampang, Kuala

13

aplikasi ORIX pada tahun 2018 sebanyak 154 lawatan telah dicapai dan

menunjukkan peningkatan KPI sebanyak 112%.

ii) Penjimatan Proses Kerja

Pelaporan statistik keseluruhan untuk aktiviti penguatkuasaan sebelum ini

sebanyak 5 proses kerja kerana iainya secara manual. Dengan adanya aplikasi

ORIX hanya 3 proses sahaja yang terlibat kerana pelaporan ini telah diinput

semasa aktiviti penguatkuasaan di premis majikan dan statistik ini boleh terus

dijana kerana ianya ‘real-time’.

iii) Penjimatan Masa

Dibawah Teras 2 Pelan Strategik PERKESO 2016-2020, Mentransformasi

Perkhidmatan Menerusi Penjenamaan, melalui kaedah ‘clocking’ yang dibuat

purata tempoh pemeriksaan di premis majikan adalah 5 minit bagi satu majikan

pada tahun 2017 berbanding dengan purata tempoh pemeriksaan hanya

mengambil masa hanya 1 minit sahaja pada tahun 2018 semasa penggunaan

aplikasi ORIX. Masa untuk menginput data bagi satu majikan di premis majikan

dapat dijimatkan sebanyak 80%.

SEBELUM SELEPAS

MINIT 5 1

0

2

4

6

PERBANDINGAN MASA

90

112

0

20

40

60

80

100

120

2017 2018

PER

ATU

SAN

TAHUN

PENCAPAIAN KPI

Page 16: RINGKASAN EKSEKUTIFhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2596-orix.pdfNama Organisasi : Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Alamat : Menara PERKESO, 281, Jalan Ampang, Kuala

14

iv) Penjimatan Kos

Kos pembangunan aplikasi ORIX ini juga tidak melibatkan kos tambahan kerana

aplikasi ini dibangunkan oleh anggota Cawangan Penguatkuasaan, PERKESO.

Berdasarkan maklumat sebutharga bagi projek penguatkuasaan tahun 2017 lalu,

harga sebuah sistem baru yang dibangunkan berharga RM3 juta. Jika dibuat

perbandingan, sistem ini menganggarkan kos yang sama.

v) Penjimatan Sumber Manusia

Berdasarkan pemerhatian pada tahun 2017 seramai 8 orang pegawai yang

membuat proses kerja pelaporan / pengumpulan data iaitu 2 orang wakil setiap

agensi diperlukan untuk setiap kumpulan. Dengan penggunaan aplikasi ORIX

hanya 4 orang pegawai diperlukan iaitu seorang wakil sahaja setiap agensi. Ini

membuktikan penjimatan yang dikurangkan sebanyak 50%.

B. FAEDAH SAMPINGAN (LUAR JANGKA) i) Perluasan liputan luaran

Memberi impak kepada jabatan melalui jaminan keselamatan sosial dengan

adanya aplikasi ORIX ini. Penggunaan aplikasi ini dapat memastikan pemeriksaan

terhadap majikan lebih mudah cepat dan ‘real-time’. Lebih banyak majikan yang dapat

diperiksa bagi memastikan mereka mematuhi Akta Keselamatan Sosial Perkeso tanpa

ada majikan yang terlepas sekali gus keadilan sosial pekerja di seluruh Malaysia

terjamin dan terbela. Aplikasi ini memberi impak dari segi peningkatan tahap pematuhan

undang-undang dikalangan majikan terhadap akta dalam memperkasa aktiviti

pemeriksaan dan penguatkuasaan. Secara tidak langsung hak orang berinsurans dapat

lebih terjamin dengan mendapat perlindungan dan faedah yang adil dan saksama di

bawah kaitan Pelan Strategik PERKESO 2016-2020 dibawah Teras 3 iaitu

Memperkukuh Kemampanan Dana dan Tadbir Urus.

SEBELUM SELEPAS

ORANG 8 4

0

1

2

3

4

5

6

7

8

9

PENJIMATAN SUMBER MANUSIA

Page 17: RINGKASAN EKSEKUTIFhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2596-orix.pdfNama Organisasi : Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Alamat : Menara PERKESO, 281, Jalan Ampang, Kuala

15

4.2 IMPAK PROJEK

A. PENILAIAN IMPAK DAN PEMBUKTIAN i) Pemantauan Statistik

Kaedah pemeriksaan melalui aplikasi ORIX telah merevolusikan pelaporan

pemeriksaan daripada kaedah manual ke kaedah yang bersistem. Pemantauan rekod

dan pelaporan boleh dipantau secara ‘real-time’.

ii) Peningkatan Dana

Peningkatan dana ini secara tidak langsung dapat memastikan tugas dan

tanggungjawab mengikut KPI yang telah ditetapkan oleh jabatan serta organisasi. Teras

3 iaitu Memperkukuh Kemampanan Dana dan Tadbir Urus, dibawah indikator sasaran

sebanyak 95% untuk mencapai kutipan tunggakan caruman serta FCLB mengikut

objektif PERKESO dalam Pelan Strategik PERKESO 2016-2020.

iii) Pematuhan Majikan

Aplikasi ini dapat memastikan nasib pekerja terbela apabila tindakan mengesan

majikan yang tidak mencarum kepada PERKESO dapat dilaksanakan dengan cepat dan

pantas terhadap majikan yang ingkar. Hasil aplikasi ini juga dapat meningkatkan

pengetahuan majikan dan seterusnya mengurangkan bilangan majikan yang gagal

mematuhi undang-undang. Secara tidak langsung, kepercayaan pekerja kepada

majikan juga meningkat dan menghasilkan suasana kerja yang harmoni.

B. FAEDAH SAMPINGAN (LUAR JANGKA) i) Imej Jabatan

Di bawah kaitan Pelan Strategik PERKESO 2016-2020 dibawah Teras 2 iaitu

Mentranformasi Perkhidmatan Menerusi Penjenamaan iaitu imej kepada organisasi

yang efisien dalam memenuhi ekspetasi para pelanggan. Dengan memberi perhatian

dan tumpuan utama dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua

pekerja dan tanggungan menerusi skim-skim keselamatan sosial selaras dengan Dasar

Pembangunan Negara. Bepegang kepada nilai kemanusian dan prinsip profesionlisme

akan memberi keprihatinan kepada semua stakesholder dan pelanggan yang membawa

perkhidmatan yang cemerlang serta meningkatkan kesejahteraan dan memenuhi

Page 18: RINGKASAN EKSEKUTIFhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2596-orix.pdfNama Organisasi : Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Alamat : Menara PERKESO, 281, Jalan Ampang, Kuala

16

aspirasi rakyat. Keadaan ini mengurangkan perbezaan rekod caruman majikan dan

pekerja pada tahap minima.

ii) Peningkatan Tenaga Kerja Mahir

Kerajaan telah memperkasakan lagi pembentukan tenaga kerja tempatan

berkemahiran tinggi di institusi pendidikan dan latihan kemahiran tempatan untuk

mengukuhkan agenda program Transformasi Vokasional dan Teknik serta pelaksanaan

Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT).

5. POTENSI PENGEMBANGAN INOVASI

A. KEBOLEHLAKSANAAN PROJEK UNTUK DIKOMERSIALKAN/DIREPLIKASI

Penggunaan aplikasi ORIX oleh agensi-agensi di bawah

KSM semasa Operasi Bersepadu yang dijalankan di

sekitar bandar Temerloh. Aplikasi ini telah digunakan oleh

pegawai penguatkuasa setiap agensi yang terlibat

semasa menjalankan pemeriksaan di premis majikan.

Disamping perkongsian data secara berpusat yang membolehkan setiap agensi berkongsi

maklumat serta membuat perancangan strategi dalam menjalankan operasi yang akan datang.

Page 19: RINGKASAN EKSEKUTIFhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2596-orix.pdfNama Organisasi : Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Alamat : Menara PERKESO, 281, Jalan Ampang, Kuala

17

C. TAHAP KETERSEDIAAN TEKNOLOGI / SISTEM / PROSES

Satu sesi prototaip telah diadakan pada 29 Jun 2018 untuk memberikan penerangan

dan taklimat berkenaan aplikasi ORIX yang akan digunakan pada 10 Julai 2018. Manual

pengguna juga diberikan kepada pegawai-pegawai yang akan terlibat pada hari tersebut.

Pada 16 Ogos 2018, satu sesi perbincangan telah diadakan bersama Jawatankuasa

Khas IT PERKESO bagi membincangkan isu berkaitan aplikasi ini dan telah mendapat

kelulusan untuk menggunakan aplikasi ini semasa ujicuba yang dijalankan pada Julai 2018.