pengenalan konsep-konsep asas kemasyarakatan hubungan etnik
Post on 04-Dec-2015
88 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Etnosentrisme
Ras dan Rasisme
Prejudis
Stereotaip
Diskriminasi
Integrasi
Akomodasi
Akulturasi
Asimilasi
Amalgamasi
PluralitiDEFINITION
EXPLANATION
FACTORS
EFFECTS
EXAMPLE
KONSEP-KONSEP ASAS DALAM KEMASYARAKATAN & HUBUNGAN ETNIK
Konsep Masyarakat
Kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Jaringan erat wujud dalam anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka.
EtnikSekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hamper seragam,
termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti yang berkaitan rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan
fizikal atau sifat-sifat biologi antara sesama manusia. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pakaian,
pandangan kecantikan, kegiatan ekonomi, hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun, Melanau, dan pelbagai lagi
dianggap sebagai etnik.
Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Wujud satu kebudayaan atau sub budaya yang menyatukan anggotanya
dengan satu tingkahlaku yang sama.
EtnosentrismeEtnosentrisme pula
merujuk kepada kepercayaan atau rasa
bangga yang wujud dalam kalangan anggota
sesebuah kelompok etnik bahawa budaya mereka
adalah lebih baik daripada kelompok lain.
Ras dan RasismeRas dan Etnik kerap kali dicampur aduk sehingga maknanya menjadi lebih
kurang sama.
Ras bolah dikatakan sebagai kelompok sosial yang mempunyai tanda
pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri
fizikal-biologikal nyata seperti warna kulit, warna mata dsbnya.
RasismePandangan, pemikiran
atau kepercayaan negatif sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya
terhadap sesuatu kelompok lain
berdasarkan ras semata-mata dan ini ditunjukkan secara terbuka melalui
tindakan terbuka. Ia berkaitrapat dengan konsep prejudis dan
stereotaip, diskriminasi
•Prejudis: pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang
tersemat dalam hati seseorang atau kelompok
etnik tertentu; prejudis tidak diluahkan secara terbuka.
Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.
Stereotaip: Kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu etnik.orang; Belanda
itu bersifat kedekut.
Diskriminasi: Pandangan, pemikiran dan
kepercayaan negatif seseorang atau kelompok etnik terhadap anggota
lain. Ia merupakan perbuatan membanding
bezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain
berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.
KEPENTINGAN BUDAYA
Perpaduan: satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan Negara supaya setiap anggota
masyarakat dapat membentuk satu identity dan nilai bersama serta perasaan
cinta dan banggakan tana air.
Integrasi: satu proses bagi mewujudkan sati identity nasional
dalam kalangan kumpulan terpisah dari segi kebudayaan,
social dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Unsur integrasi terdiri daripada-integrasi
wilayah, ekonomi, kebudayaan, social, pendidikan, politik
Segregasi: pemisahan atau pengasingan antara satu
kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah
negara
KONSEP PERPADUAN DAN INTEGRASI
Akomodasi: 1. Proses yang memerlukan setiap kumpulan etnik menghormati norma dan nilai kumpulan etnik yang lain. Mereka juga akan mempertahankan budaya
hidup masing-masing.2. Proses akomodasi jelas kelihatan dalam
pemerintahan apabila setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi, pendidikan mereka saling memerlukan.
3. Switzerland ialah Negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik
Jerman, Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka.
Akulturasi: satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Ia terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan tertentu
dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya
diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri.
Asimilasi: satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu
kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Kejayaan asimilasi bergantung kepada kesanggupan etnik
minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti.
Amalgamasi: satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk
membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama ialah melalui perkahwinan campur.
Pluraliti: Pluralisme budaya bukan fenomena baru. Interaksi antara pelbagai
budaya seperti Arab Islam, Hinduisme, Buddhisme, Eropah (Portugis, Belanda,
British) wujud sejak abad ke- 5 Masihi lagi.
Sekian, Terima Kasih
top related