asas konsep hubgn etnik

30
BAB 2 ASAS DAN KONSEP HUBUNGAN ETNIK

Upload: andrew-chew

Post on 19-Nov-2015

113 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ras dan etnik

TRANSCRIPT

BAB 2

BAB 2ASAS DAN KONSEP HUBUNGAN ETNIK

RASSatu kelompok manusia yang mempunyai persamaan daripada segi fizikal seperti warna kulit, bentuk kepala, hidung, mata, bibir telinga dan sebagainya

Ciri-ciri fizikal tersebut ditentukan oleh baka, yang diwarisi daripada generasi ke generasi

ETNIKEtnik didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam

Ia dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya

Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu

Kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu

Ciri-ciri utama:1) Berkelompok2) Berbudaya3) Mengalami perubahan4) Berinteraksi5) Mempunyai kepimpinan6) Mempunyai aturan sosialnyaMASYARAKAT

MASYARAKAT PLURALMasyarakat yang terdiri daripada pelbagai kelompok ras atau etnik yang berlainan yang berada di bawah satu pemerintahan

Majoriti - kolektiviti dalam masyarakat yang mempunyai autoriti yang lebih tinggi untuk berfungsi sebagai penjaga dan pengekal sistem nilai kawalan serta pengagih utama ganjaran dalam masyarakat

Minoriti satu kelompok manusia yang diketepikan dalam masyarakat kerana ciri fizikal dan budayaMAJORITI DAN MINORITI

Suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu meliputi seluruh aspek pemikiran dan tingkah laku

Ia diwarisi daripada satu generasi ke generasi yang lain melalui proses pembelajaran dan melibatkan interaksi dua generasi: yang menurunkan budaya dan yang menerima

Sesuatu budaya terus menerus diperturun, diubah suai dan dilestarikan sepanjang zaman, seterusnya menjadi asas pembinaan sesebuah tamadun besar

BUDAYA

Budaya terbahagi kepada dua, iaitu:1) budaya kebendaan (artifact)2) budaya bukan kebendaan (mentifact) Ciri-ciri penting bagi sesuatu budaya:1) Dipelajari2) Dikongsi3) Bersifat sejagat4) Diwarisi5) Berubah-ubah6) Mempunyai unsur simbolik7) Adanya pandangan semesta (worldview)

Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal ras semata-mata Ia ditunjukkan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan terbuka

Wujud pada dua tahap: individu dan institusi

RASISME

Kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa kebudayaan mereka adalah lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada kebudayaan kelompok lain Sikap ini juga membayangkan keengganan atau ketidakmampuan sesuatu kelompok untuk menghargai pandangan kelompok daripada kebudayaan atau masyarakat yang lainETNOSENTRISME

Satu sikap yang baik atau kurang baik terhadap individu atau kelompok oleh kerana ciri-ciri yang tertentu, seperti ras, agama, pekerjaan, jantina dan kelas

Biasanya ia berbentuk prejudgement satu sikap atau penilaian yang dibentuk sebelum ditinjau fakta-fakta yang berkenaan

Ia tidak berubah walaupun individu itu terdedah serta dicabar oleh pengetahuan dan bukti-bukti yang baruPRASANGKA

Pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu

Ia tidak diluahkan secara terbuka dan tidak berasaskan maklumat yang jelas tepat atau mencukupiApabila prejudis disuarakan, ia menjadi stereotaip PREJUDIS

Ia adalah gambaran berlebih-lebihan() tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan etnik oleh etnik lainprejudisIa mengakibatkan: 1) Sesuatu kumpulan etnik ini memandang rendah terhadap kumpulan etnik lain 2) Interaksi antara etnik terbatas 3) Menimbulkan semangat perkauman yang menebal STEREOTAIP

Perbuatan membandingbezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mataIa berlaku dalam pelbagai bentuk:1) bentuk mudah individu sesuatu kumpulan etnik cuba mengelakkan diri daripada individu atau etnik yang diprasangkakan2) bentuk sukar pembuangan kerja, serangan fizikal secara terbuka atau percubaan penghapusan sesebuah kumpulan etnikDISKRIMINASI

ALIENASISatu keadaan apabila manusia merasa terpisah malahan hubungan mereka terputus dari masyarakat dan kebudayaannya, mengakibatkan segala nilai dan norma masyarakat tidak lagi memberikan apa-apa makna kepada individu berkenaan

EVOLUSI SOSIALTeori perubahan sosial yang berasaskan andaian bahawa masyarakat berkembang melalui tahap-tahap yang tertentu, dari bentuk yang mudah kepada bentuk yang lebih kompleks / Berdasarkan teori evolusi biologi, perkembangan masyarakat juga disamakan dengan perkembangan organisme biologi

INTERAKSI SOSIALSatu proses sosial yang melibatkan dua atau lebih individu atau kelompok serta alat komunikasi seperti bahasa dan simbol/Ia juga turut melibatkan tindakan saling balas-membalas tingkah laku seseorang individu terhadap individu lain seterusnya saling mempengaruhi di antara satu dengan yang lain

Perasaan pemisahan atau pemisahan sosial yang benar-benar wujud di antara individu dengan individu, individu dengan kelompok atau kelompok dengan kelompokIstilah ini digunakan untuk menganalisis hubungan interaksi dan persefahaman dalam sesuatu kelompok atau di antara kelompokJARAK SOSIAL

KONFLIK SOSIALPertentangan secara langsung dan sedar di antara individu atau kumpulan untuk mencapai matlamat bersamaDi dalam situasi konflik, kerap kali penewasan lawan dianggap lebih penting daripada pencapaian matlamat

Satu proses perubahan individu atau kelompok daripada satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yang lain dalam satu sistem stratifikasi sosialbudayaIa berkait rapat dengan struktur sosial sesuatu masyarakat

Ia terbahagi kepada dua jenis, iaitu:1) Mobiliti anjuran (sponsored mobility) 2) Mobiliti tandingan (contest mobility)MOBILITI SOSIAL

KESEPADUAN SOSIALSatu keadaan apabila anggota kelompok atau masyarakat bersatu padu akibat wujudnya interaksi dan ikatan sosial yang tertentukewujudan tingkat kesepaduan yang tinggi menyebabkan anggota kelompok yang berkenaan mempunyai perasaan kekitaan (esprit de corps) di antara satu dengan lain

Satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara melalui ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah airPERPADUAN

Satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politikidentiti nasionalUnsur intergrasi terdiri daripada:1) Integrasi wilayah2) Integrasi ekonomi3) Integrasi kebudayaan4) Integrasi sosial5) Integrasi pendidikan6) Integrasi politik

INTEGRASI

SegregasiAkomodasiAkulturasiAsimilasiAmalgamasiRENDAHTINGGIPROSES-PROSES INTEGRASI

Pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negaraIa meletakkan had dan sekatan tertentu ke atas hubungan, sosial, kontrak dan komunikasiIa juga melibatkan pemisahan dari segi fizikal, sosial, adat resam, tradisi serta agama.

Ia terbahagi kepada dua jenis: segregasi rela dan segregasi tidak rela SEGREGASI

Satu keadaan atau proses apabila kelompok-kelompok yang berkonflik bersetuju untuk menghentikan atau mengelakkan konflik dengan mengadakan interaksi secara aman damai untuk sementara atau selama-lamanya Ia juga menitikberatkan proses kerjasama dan tolak ansur kelompok yang terlibat boleh meneruskan identiti dan sikap mereka yang basingan.Teori (A+B+C=A+B+C)AKOMODASI

Satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan yang lainIa melibatkan proses pinjam-meminjam budaya golongan majoriti tanpa menyebabkan kehilangan identiti asal golongan minoritiIa mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat kebendaanAKULTURASI

Proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama - melibatkan penghapusan sepenuhnya perbezaan dari segi kebudayaan dan identitiTeori (A+B+C=A)Kejayaan bergantung kepada:a) Kesanggupan etnik minoriti untuk menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoritib) Kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik minoritic) Persamaan budaya antara kumpulan etnikASIMILASI

28

AMALGAMASIProses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur membentuk jenis budaya dan ras baru - mempunyai sifat yang berbeza dengan budaya atau ras asalIa terjadi akibat perkahwinan campur antara kumpulan etnik=baba nyonyaTeori (A+B+C=D)

Kejahilan tentang kumpulan etnik lainProses sosialisasi terbatas dalam kumpulan etnik sendiriPolitik perkaumanPerbezaan sosio-ekonomiPerbezaan kebudayaanSegregasi dalam bentuk pemisahan fizikalFAKTOR PENGHALANG INTEGRASI