pembentangan kssr

Post on 30-Nov-2014

11.212 Views

Category:

Education

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

PERKEMBANGAN KURIKULUM: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH

RENDAH (KSSR) SUATU TRANSFORMASI

Oleh:

ANGLE ROSEES ANAK LIHIZAINAL BIN OSMAN

MUHAMMAD MAHADIR BIN MUDINGZALIFA BINTI MOHD SUHARTYYUSRIZAWATI BINTI JAHAMIN

ABDUL MUTALIP BIN ALI

PENGENALAN

Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan

penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada yang mana ia bertujuan untuk memastikan

murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai

yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran

abad ke-21.

Matlamat KSSR

Matlamat KSSR adalah untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri,  kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai.

Dengan itu, diharapkan semoga murid-murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas seperti insan yang seimbang dari segi JERIS, menjadi warganegara yang bertanggungjawab, dan berkebolehan menjadi pekerja yang berilmu.

FOKUS KSSR

KSSR memastikan selepas enam (6) tahun persekolahan murid akan mencapai standard pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap.

KSSR memberi penekanan kepada 4M. (membaca, menulis, mengira dan

menaakul)

FOKUS KSSR

Pada Tahap I, pengajaran dan pembelajaran menekankan penguasaan asas 4M.  Penekanan diberikan untuk literasi dan numerasi bagi membolehkan murid menguasai kemahiran tersebut.  Penekanan juga diberikan kepada kemahiran nilai tambah iaitu kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

Pada Tahap II, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M di samping menguasai kemahiran TMK, penguasaan kemahiran yang lebih kompleks, pemerolehan pengetahuan, dan perkembangan sahsiah.

ORGANISASI KURIKULUM

KSSR diorganisasikan dalam bentuk bermodul dengan mengelompokkan mata pelajaran dalam kumpulan tertentu yang dikenali sebagai modul.

Mata pelajaran juga diorganisasikan secara bermodul iaitu kandungan mata pelajaran disediakan dalam bentuk modul yang kendiri-lengkap (self-contained).

Setiap modul mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid.

BENTUK KURIKULUM

Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif.

Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid.

Setiap tunjang saling berhubung kait dan bersepadu.

6 TUNJANG KSSR

PERBEZAAN DI ANTARA KBSR DAN KSSR

2.0 SOROTAN KAJIAN

Kajian tinjauan Sanitah Binti Mohd Yusof & Norsiwati Binti Ibrahim (2012) Kesediaan guru matematik tahun satu dalam pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di daerah Kluang.

Mengenalpasti apakah tahap kesediaan guru daripada aspek minat, sikap dan penguasaan pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah (JERIS) berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan..

Dr. Oemar Hamalik : KURIKULUM DAN PEMBELAJARAN (1999)

Mutu pendidikan bergantung pada mutu guru dan pemahamannya tentang selok-belok kurikulum.

SHAHRIL @ CHARIL MARZUKI & HABIB MAT SOM (1999) ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA : Sorotan dan Cabaran

Membicarakan dan mengupas mengenai isu dan cabaran dalam pendidikan di Malaysia yang menjadi bahan polemik dan perbincangan di kalangan masyarakat terutamanya aspek kurikulum sekolah rendah dan menengah

Surat Pekeliling Ikthisas Bilangan 5 Tahun 2011 (5 Mei 2011)

Berkenaan Perlaksanaan KSSR – Pendidikan Khas Tahap Satu : secara berperingkat bermula dengan tahun satu di semua Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas dan sekolah rendah yang melaksanakan Program Pendidikan Khas Integrasi.

PRINSIP KSSR

Pendekatan

BersepaduPerkemban

gan Individu Secara

Menyeluruh

Pendidikan Seumur Hidup

Pendidikan Yang

Saksama Untuk Semua Murid

CABARAN DAN ISU KSSR

1.Mewujudkan semangat kepunyaan guru, ibu bapa dan murid

‘Equal partnership’ tidak dapat dicapai kerana keputusan dan latihan hanya dari satu pihak.

Dasar dan perancangan digubal pada peringkat kementerian dan diturunkan ke sekolah -pentadbir atau guru terpaksa akur.

CABARAN DAN ISU KSSR2. Jurang antara dasar dan pelaksanaan Kekangan sumber manusia dan prasarana;

komitmen pihak pengurusan, guru dan komuniti. Isu dan masalah menjejaskan usaha penggunaan

ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran akibat pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar

Latihan dalam perkhidmatan kurang berkesan di kalangan guru.

Penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah;

Bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi.

CABARAN DAN ISU KSSR3. Kecekapan guru Menurut Cohan dan Manion (1981, pelajar sukakan

guru yang  “cekap” (Noran Fauziah Yaakub & Ahmad Mahdzan Ayob, 1993).

“Cekap”- kebolehan guru mengajar dengan berkesan menggunakan kaedah mengajar yang sesuai; dapat mengawal ketenteraman kelas.

Tumpuan kepada aktiviti pelajar dan tidak lagi di dominasi oleh guru-wujudkan suasana seronok belajar dan tidak berorientasikan peperiksaan (hasrat kerajaan) oleh guru.

Justeru, adalah menjadi cabaran kepada pentadbir pendidikan mewujudkan transformasi seperti yang diharapkan oleh Menteri Pelajaran.

CABARAN DAN ISU KSSR

4. Insfraktruktur berkesan Input pendidikan yang meliputi guru,

peruntukan kewangan, bahan dan peralatan pengajaran serta program sokongan tidak diagih secara adil ke semua sekolah - wujud jurang perbezaan antara sekolah beruntung (advantaged school ) dan sekolah kurang beruntung (disadvantaged school ). (Sumber: Pembangunan Pendidikan 2001-2010,KPM).

Kurang kemudahan prasarana -seperti bilik darjah dengan kemudahan khusus, buku teks - terutamanya sekolah-sekolah luar bandar atau pedalaman.

CABARAN DAN ISU KSSR

5. Jurang perbezaan sekolah bandar dan luar bandar. Layanan sama untuk semua sekolah yang mempunyai

keperluan, kekuatan dan kelemahan serta keupayaan yang berbeza.

Pencapaian ditentukan menggunakan standard atau piawaian yang sama - berdasarkan keputusan peperiksaan awam dan juga gred purata sekolah (GPS) berdasarkan markah penilaian SKPM (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia).

Sekolah luar bandar dan pedalaman tidak mampu bersaing dengan sekolah bandar atau sekolah elit yang mempunyai kemudahan infrastruktur dan pencapaian bidang kurikulum yang berbeza menyumbang kepada pengurangan markah SKPM tersebut.  

APA YA?AGAK-AGAK

APA

KESIMPULANNYA?

TUJUANNYA: LAHIRKAN PELAJAR YANG SEIMBANG DARI SEGI

I.INTELEKII.ROHANIIII.EMOSIIV.JASMANI SERTASEDIAKAN MEREKA HADAPI ARUS GLOBALISASI BERASASKAN PENGETAHUAN ABAD KE 21.

TAPI !!

MACAM MANA?

JELAS?

top related