mohd aidil tupari - mycc.gov.my · pada 4 mac 2012, surat khabar the star telah melaporkan bahawa...

Post on 06-Aug-2019

240 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

MOHD AIDIL TUPARI PENGARAH

BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK DAN HAL-EHWAL ANTARABANGSA

SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA

2014

KANDUNGAN PEMBENTANGAN

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)

Larangan Akta Persaingan 2010

Kes Anti-persaingan

Kesimpulan

1993 Rang Undang-Undang Perdagangan Adil mula dirangka

RMK8 & 9 Mandat untuk penggubalan dasar persaingan

2005 Kabinet meluluskan Dasar Amalan Perdagangan Adil

10 Jun 2010 Akta Persaingan 2010 dan Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 diwartakan

1 April 2011 Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)ditubuhkan

1 Jan 2012 Akta Persaingan dikuatkuasakan

LATAR BELAKANG AKTA PERSAINGAN MALAYSIA

3

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Suruhanjaya Persaingan, untuk menyatakan kuasa dan fungsi Suruhanjaya itu, dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya.

Berkuatkuasa pada 1 April 2011.

AKTA SURUHANJAYA PERSAINGAN 2010 [AKTA 713]

4

ANGGOTA - ANGGOTA SURUHANJAYA PERSAINGAN

Tan Sri Dato’ Seri Siti Norma Yaakob (Pengerusi) Bekas Ketua Hakim Malaya Tan Sri Abdul Gani Patail Peguam Negara Malaysia Datuk Dr Rahamat Bivi Yusoff Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

ANGGOTA - ANGGOTA SURUHANJAYA PERSAINGAN

Tan Sri Dato' Dr Michael O K Yeoh Ketua Pengawai Eksekutif, Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI) Professor Dato' Dr Sothi Rachagan Naib Chanselor, Perdana Universiti Ragunath Kesavan Peguam Abd Malek bin Ahmad Pengarah Eksekutif, Syarikat IT dan animasi 3-D Prof Datin Dr Hasnah Haron Fakulti Sekolah Graduan Pengajian Perniagaan, Universiti Sains Malaysia

SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA (MyCC)

7

S. 16: Suruhanjaya hendaklah mempunyai apa-apa fungsi yang dinyatakan di bawah undang-undang

persaingan

Fungsi utama termasuk:

•Advokasi •Penyiasatan dan Penguatkuasaan •Kajian Pasaran

•Pengecualian •Pematuhan & Kuasa Untuk Menerima AkuJanji •Rejim Kelonggaran

AKTA PERSAINGAN 2010 [AKTA 712] (AP 2010)

Suatu Akta untuk menggalakkan pembangunan ekonomi dengan menggalakkan dan melindungi proses persaingan, dan dengan demikian itu melindungi kepentingan pengguna dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Berkuatkuasa pada 1 Januari 2012

8

BIDANG KUASA AP 2010

Tertakluk kepada semua aktiviti komersial, di dalam dan di luar Malaysia yang mempunyai kesan negatif atau anti-persaingan di mana-mana pasaran di

Malaysia.

9

BIDANG KUASA AP 2010 (AKTIVITI YANG TIDAK TERTAKLUK)

1. apa-apa aktiviti, secara langsung atau tidak langsung dalam penjalanan kuasa kerajaan;

2. apa-apa aktiviti yang dijalankan berasaskan pada prinsip perpaduan; dan

3. apa-apa pembelian barangan atau perkhidmatan yang bukan bagi maksud untuk menawarkan barangan atau perkhidmatan sebagai sebahagian daripada suatu aktiviti ekonomi.

“Aktiviti Komersial” bermaksud apa-apa aktiviti yang bersifat komersial tetapi tidak

termasuk:-

10

BIDANG KUASA AP 2010 (PENGECUALIAN)

• Aktiviti komersial yang dikawalselia oleh:

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588]

Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 [Akta 610]

Akta Kemajuan Petroleum 1974 [Akta 144] dan Peraturan-Peraturan Petroleum 1974 [P.U. (A) 432/1974] – PINDAAN 30 DISEMBER 2013

• suatu perjanjian atau perlakuan untuk mematuhi suatu kehendak perundangan;

• aktiviti perundingan kolektif atau perjanjian kolektif berkenaan dengan terma dan syarat antara majikan dan pekerja; dan

• suatu perusahaan yang diamanahkan dengan pengendalian perkhidmatan yang berkepentingan ekonomi am atau yang mempunyai ciri monopoli pengeluaran hasil setakat yang larangan di bawah AP 2010 akan menghalang pelaksanaan tugas di sisi undang undang yang diberikan kepada perusahaan itu.

11

KANDUNGAN PEMBENTANGAN

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)

Larangan Akta Persaingan 2010

Kes Anti-persaingan

Kesimpulan

AMALAN ANTI-PERSAINGAN

PERJANJIAN ANTI-PERSAINGAN

PENYALAHGUNAAN KEDUDUKAN

DOMINAN

LARANGAN UTAMA

Seksyen 4 (1) AP 2010

Suatu PERJANJIAN MENDATAR atau MENEGAK antara PERUSAHAAN adalah dilarang setakat yang perjanjian itu mempunyai MATLAMAT atau KESAN menghalang,

menyekat atau mengganggu persaingan secara SIGNIFIKAN dalam apa-apa PASARAN bagi barangan

atau perkhidmatan.

PERJANJIAN ANTI-PERSAINGAN

14

PERJANJIAN ANTI-PERSAINGAN “PERJANJIAN”

•Tidak perlu dalam perjanjian rasmi

– Kontrak, persefahaman, sama ada sah mengikut undang-undang atau tidak

– “amalan bersepadu” atau "gentleman's handshake"

– Keputusan oleh persatuan

15

• Apa-apa entiti yang menjalankan aktiviti komersial yang berhubungan dengan barangan atau perkhidmatan.

• Bagi maksud Akta ini, suatu syarikat induk dan subsidiari hendaklah disifatkan sebagai perusahaan tunggal jika, walaupun mempunyai entiti berasingan di sisi undang-undang, kedua-duanya membentuk suatu unit ekonomi tunggal yang dalamnya subsidiari-subsidiari itu tidak mempunyai autonomi sebenar dalam menentukan tindakan mereka dalam pasaran.

16

PERJANJIAN ANTI-PERSAINGAN “PERUSAHAAN”

• suatu pasaran di Malaysia atau di mana-mana bahagian Malaysia, dan apabila digunakan berhubungan dengan apa-apa barangan atau perkhidmatan, termasuklah suatu pasaran bagi barangan atau perkhidmatan itu dan barangan atau perkhidmatan yang boleh digantikan, atau selainnya bersaing dengan, barangan atau perkhidmatan yang mula-mula disebut itu.

• Perlu mengetahui apakah pasaran berkaitan untuk menenalpasti aras persaingan dan kuasa pasaran dalam pasaran berkenaan.

17

PERJANJIAN ANTI-PERSAINGAN “PASARAN”

Perjanjian antara pengusaha di mana mereka beroperasi di peringkat yang sama dalam rantai pengeluaran atau pengedaran.

DIPERINGKAT PENGELUARAN

Contoh: antara pengeluar ayam,

Antara pengeluar gula

RANTAI PENGEDARAN

Contoh: antara peruncit, antara

pemborong

PERJANJIAN ANTI-PERSAINGAN (I) PERJANJIAN MENDATAR

PERJANJIAN MENDATAR

PERJANJIAN MENDATAR YANG

DIANGGAP SEBAGAI PERJANJIAN ANTI-

PERSAINGAN YANG SERIUS

Menetapkan Harga Berkongsi

pasaran

Membatas atau

mengawal

Tipuan Bida

PERJANJIAN PENETAPAN HARGA

Berlaku apabila syarikat-syarikat yang bersaing bersama-sama menetapkan harga barangan atau perkhidmatan.

PERJANJIAN KONGSI PASARAN

Berlaku apabila pesaing bersetuju untuk memperuntukkan pelanggan di antara mereka atau untuk mengasingkan kawasan masing-masing.

PERJANJIAN UNTUK MEMBATASKAN ATAU MENGAWAL PENGELUARAN, SALURAN KELUAR PASARAN,

PEMBANGUNAN TEKNOLOGI ATAU PELABURAN

Contoh membatas atau mengawal:- • Pengeluaran: pesaing bersetuju mengenai kuota pengeluaran. • Saluran keluar pasaran: pesaing bersetuju di mana kedai runcit

harus dibuka. • Pembangunan teknologi: pesaing bersetuju untuk tidak

melancarkan produk yang baru. • Pelaburan: pesaing bersetuju supaya tidak menambahkan

kapasiti pengeluaran.

PERJANJIAN TIPUAN BIDA

Mengambil giliran untuk memenangi kontrak-kontrak tender kompetitif adalah contoh memanipulasi bidaan.

Kali ini kamu menang!

Cam ni selalu boleh caj harga tinggi!

Senangnya…

Harga pasti tiggi bila terdapat tipuan bida

Perjanjian antara pengusaha di mana mereka beroperasi di peringkat yang berbeza dalam rantai pengeluaran atau pengedaran.

PENGELUAR

PEMBORONG

PERUNCIT

PERJANJIAN MENEGAK

PERJANJIAN MENEGAK

PERJANJIAN ANTI-PERSAINGAN (II) PERJANJIAN MENEGAK

INDIVIDU BLOK

PENGECUALIAN

PERJANJIAN ANTI-PERSAINGAN PENGECUALIAN

Seksyen 6 Seksyen 8

PELEPASAN LIABILITI SEKSYEN 5

a) terdapat faedah yang signifikan dari segi teknologi, kecekapan atau sosial;

b) faedah itu tidak dapat diberikan tanpa perjanjian itu mempunyai kesan menghalang, menyekat atau mengganggu persaingan;

c) kesan buruk perjanjian itu pada persaingan adalah bersekadar dengan faedah yang diberikan; dan

d) perjanjian itu tidak menghapuskan persaingan sama sekali berkenaan dengan sebahagian besar barangan atau perkhidmatan.

*Perlu membuktikan kesemua kriteria diatas dipenuhi untuk mendapatkan pengecualian.

26

Seksyen 10 AP 2010 Suatu perusahaan adalah dilarang untuk terlibat, sama ada secara sendirian atau kolektif, dalam apa-apa perlakuan yang berupa suatu penyalahgunaan kedudukan dominan dalam mana-mana pasaran bagi barangan atau perkhidmatan.

27

PENYALAHGUNAAN KEDUDUKAN DOMINAN

PENYALAHGUNAAN KEDUDUKAN DOMINAN “KEDUDUKAN DOMINAN”

Situasi dimana satu atau lebih perusahaan memiliki

kuasa pasaran yang signifikan untuk mengubah harga, pengeluaran atau terma perdagangan tanpa

mendapat kekangan yang berkesan dari pesaingnya.

28

Contoh: Suruhanjaya Persaingan di Eropah (The European Commission) telah membuat satu keputusan dimana Microsoft didapati telah melanggar Article 82 EC dengan membuat penyalahgunaan kedudukan dominan dengan melakukan dua jenis pelanggaran di bawah penyalahgunaan kedudukan dominan, … The European Commission telah mengenakan penalty kewangan sebanyak €497 juta kepada Microsoft, dan mengarahkan tindakan pembetulan dilakukan untuk beberapa ketika. (Source: T-201/04 Microsoft v Commission, judgment of 17 September 2007)

Nota: 60% bahagian pasaran adalah penunjuk dominan

PENYALAHGUNAAN

KEDUDUKAN DOMINAN

Mengenakan harga belian atau jualan

yang tidak adil atau syarat perdagangan lain yang tidak adil

Mengenakan syarat yang berlainan

kepada transaksi yang setara dengan pihak perdagangan yang

lain

Berkelakuan seakan pemangsa terhadap pesaing

Enggan untuk membekalkan Jualan

terikat

Membeli bekalan barangan/sumber yang

terhad (tidak diperlukannya) tetapi yang dikehendaki oleh

pesaingnya

29

PENYALAHGUNAAN KEDUDUKAN DOMINAN JUSTIFIKASI KOMERSIAL YANG MUNASABAH

Kecuali terdapatnya justifikasi komersial yang munasabah, perlakuan perusahaan yang

mempunyai kedudukan dominan boleh dianggap sebagai pelanggaran jika memberi kesan anti-

persaingan kepada kemasukan perusahaan lain atau kepada pesaing.

30

KUASA SURUHANJAYA PERSAINGAN

Memberikan pengecualian

Memberikan nasihat kepada

Menteri

Menjalankan kajian pasaran

Menghendaki pemberian maklumat

Penggeledahan dan penyitaan

Memberikan langkah interim

Menjalankan penyiasatan

31

Jika terdapat pelanggaran bagi mana-mana seksyen, MyCC boleh:-

• Mengarahkan pelanggaran itu dihentikan serta- merta;

• boleh menyatakan langkah-langkah dikehendaki supaya

perusahaan yang melanggar menghentikan pelanggaran itu;

• boleh mengenakan penalti kewangan*; atau

• boleh memberikan apa-apa arahan lain yang difikirkannya

sesuai.

*Penalti maksima :- 10 % daripada pusing ganti seluruh dunia

(worldwide turnover)

DAPATAN PELANGGARAN

Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan boleh disabitkan:-

KESALAHAN DIBAWAH AP 2010

• Kesalahan pertama: RM 5 juta

• Kesalahan seterusnya: RM10 juta

Pertubuhan Perbadanan

(Body Corporate)

• Kesalahan pertama: RM 1 juta atau 5 tahun penjara

• Kesalahan seterusnya: RM 2 juta atau 5 tahun penjara Individu

• Untuk pengakuan penglibatan untuk pelanggaran perjanjian anti-persaingan (seksyen 4).

• Dengan pemberian apa-apa maklumat yang berbentuk kerjasama dalam penyiasatan, perusahaan boleh menikmati peratusan pengurangan penalti kewangan sehingga seratus peratus bergantung kepada:-

• Orang pertama yang membawa pelanggaran tersebut kepada perhatian MyCC

• Tahap penglibatan dan penyiasatan; • Tahap maklumat/kerjasama yang diberikan

REJIM KELONGGARAN

Adakah anda memiliki hak untuk tindakan persendirian?

YA!Jika anda adalah pengguna atau perusahaan yang mendapat kesan negatif dari pelanggaran tersebut secara langsung atau tidak langsung.

Seksyen 64 AP 2010 memberikan kuasa untuk tindakan sivil kepada perusahaan yang membuat pelanggaran oleh individu, persatuan pengguna, persatuan perniagaan dan profesional.

HAK UNTUK TINDAKAN PERSENDIRIAN

KANDUNGAN PEMBENTANGAN

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)

Larangan Akta Persaingan 2010

Kes Anti-persaingan

Kesimpulan

KEPUTUSAN MyCC TERHADAP CAMERON HIGHLANDS FLORICULTURIST ASSOCIATION (CHFA)

Pada 4 Mac 2012, surat khabar The Star telah melaporkan bahawa ahli Cameron Highlands Floriculturist Association (CHFA) telah membuat keputusan untuk meningkatkan harga bunga pada kadar 10%.

Berdasarkan laporan di atas pihak MyCC telah menjalankan penyiasatan.

Pada 6 Disember 2012, pihak MyCC mengeluarkan keputusan bahawa pihak CHFA harus menghentikan amalan menetapkan harga, pihak CHFA dikehendaki memastikan semua ahli CHFA tidak menjalankan amalan anti-persaingan dan pihak CHFA harus mengeluarkan kenyataan surat khabar yang menjelaskan perkara tersebut.

CADANGAN KEPUTUSAN MyCC TERHADAP MAS dan AirAsia

PADA 9 August 2011, MAS, AirAsia dan AirAsia X (AAX) telah membuat satu perjanjian (“Collaboration Agreement”). Walaubagaimanapun, perjanjian ini didapati mempunyai objek iaitu perkongsian pasaran dalam sektor penerbangan di dalam Malaysia.

Membuat pelanggaran Seksyen 4(2) (b) Akta Persaingan 2010

Pada 2 Mei 2012, rujukan objek dikeluarkan dari perjanjian itu melalu Perjanjian Tambahan.

Pada 6 September 2013, cadangan keputusan pelanggaran oleh MAS dan AirAsia dikeluarkan dengan cadangan penalti kewangan sebanyak RM 10 juta.

CADANGAN KEPUTUSAN MyCC TERHADAP MEGASTEEL

Siasatan keatas Megasteel dijalankan berdasarkan aduan yang diterima daripada Melewar Industrial Group Bhd. Megasteel didapati melakukan pelanggaran Sekyen 10(1) iaitu penyalahgunaan kedudukan dominan dengan melakukan “margin squeeze” dengan mengenakan harga yang mahal pada gegelung panas “Hot Rolled Coil” (‘HRC’) – input di bahagian atas rantai pengeluaran yang tidak berkadaran dengan harga outputnya iaitu “Cold Rolled Coil” (‘CRC’) di bahagian bawah rantai pengeluaran. Megasteel didapati mempunyai kedudukan dominan kerana satu – satunya pengeluar barang input, HRC. Terdapat kekangan import HRC dan HRC adalah bahan mentah utama untuk mengeluarkan output CRC. Pada 1 November 2013, cadangan keputusan pelanggaran dengan penalti kewangan sebanyak RM4.5 juta.

CADANGAN KEPUTUSAN MyCC TERHADAP PENGILANG AIS

26 pengilang ais telah mengumumkan pada 24 Disember 2013 bahawa akan ada kenaikan harga ais bermula 1 Januari 2014.

Siasatan yang dijalankan mendapati bahawa pengilang-pengilang ais ini telah melanggar seksyen 4(2) (a) dengan menetapkan kenaikan harga sebanyak RM0.50 bagi setiap ais tube dan RM2.50 bagi setiap blok ais.

Langkah interim dikeluarkan bermula 20 Januari 2014.

MyCC telah mengeluarkan cadangan keputusan terhadap 26 pengilang ais dengan penalti kewangan antara RM1,200 hingga RM106,000 pada 20 Februari 2014.

LANGKAH INTERIM MyCC TERHADAP SYARIKAT LORI

Pada 7 September 2013, surat kahbar melaporkan bahawa “Pan-Malaysia Lorry Owners Association” (‘PMLOA’) telah membuat keputusan untuk menetapkan dan menaikkan kadar harga pengangkutan lori sebanyak 15% di seluruh Malaysia.

Siasatan telah dijalankan pada 10 September 2013.

MyCC telah mengeluarkan langkah interim dengan mengarahkan PMLOA untuk menghentikan pelanggaran tersebut pada 24 Oktober 2013

KANDUNGAN PEMBENTANGAN

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)

Larangan Akta Persaingan 2010

Kes Anti-persaingan

Kesimpulan

SEBAB-SEBAB PERSAINGAN DIPERLUKAN

Persaingan memaksakan perniagaan untuk menjadi lebih BERKESAN, INOVATIF dan RESPONSIF terhadap permintaan pengguna.

Manfaat-manfaat persaingan adalah harga yang lebih murah dan pilihan yang lebih luas untuk para pengguna.

BUKU PANDUAN MyCC

44

BUKU PANDUAN MyCC

45

TERIMA KASIH

top related