makmal komputer
Post on 25-Dec-2015
92 Views
Preview:
TRANSCRIPT
MAKMAL KOMPUTER DAN PUSAT AKSES
SKKB 2012
VISI
SKKB CEMERLANG ICT MENJELANG 2014
MISI
MELAHIRKAN PELAJAR YANG BERPENGETAHUAN DAN BERKEMAHIRAN ICT UNTUK MANFAAT DIRI, KELUARGA, MASYARAKAT DAN NEGARA.
MEMBERI PELUANG KEPADA SETIAP PELAJAR MEMPELAJARI TEKNOLOGI YANG SESUAI DALAM SETIAP ASPEK BAGI MEMBANTU PROSES PEMBELAJARAN.
MENGEMBANGKAN POTENSI PELAJAR SECARA OPTIMUM UNTUK MENGHADAPI CABARAN GLOKAL.
MOTO
BERSAMA MEMBINA GENERASI CELIK IT
CARTA MAKMAL KOMPUTER/PUSAT AKSES
PN SAHIRAH BT ABD RAHMANGURU BESAR
EN ZABIDI B AHMADPK KOKURIKULUM
EN MOHD FAUZEY B ABU BAKAR
PK PENTADBIRAN
NORHASLINA BT
AMRANJURUTEKNIK KOMPUTER
PN NAZIRAH BT MAT KASIM
PK HEM
PENGURUSAN MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH
Objektif Penubuhan Makmal dan Kelab Komputer Sekolah adalah untuk :
Meningkatkan literasi komputer di kalangan pelajar. Menggalakkan minat dan rasa ingin tahu mengenai komputer. Menyediakan peluang dan kemudahan mempelajari pengatucaraan
komputer kepada pelajar dan guru. Menggalakkan perkongsian idea, maklumat dan pengetahuan di
kalangan pelajar antara kelab dan individu dalam masyarakat. Menggalakkan penyertaan , kerjasama dan motivasi dalam proses
pembelajaran Menggalakkan penggunaan komputer untuk membantu aktiviti sekolah
dan masyarakat. Membantu pelajar berhadapan dengan kehidupan yang semakin
berorientasikan komputer. Memupuk sikap yang positif dan mengurangkan kekeliruan mengenai
penggunaan komputer dalam kehidupan. Meningkatkan penglibatan pelajar dalam pendidikan komputer dengan
menggalakkan penggunaan komputer secara positif.
Organisasi dan Jawatankuasa Pengurusan Makmal Komputer
Bagi melincinkan dan melancarkan pengurusan sesebuah makmal komputer dengan sempurna sebuah jawatankuasa perlu ditubuhkan bagi menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan makmal komputer. Jawatankuasa pengurusan makmal komputer boleh ditubuhkan berdasarkan kepentingan dan keadaan sesebuah makmal itu sendiri.
Penasihat
Penasihat Penasihat terdiri dari guru yang mengajar apa jua matapelajaran. Disamping minat yang mendalam dan motivasi yang tinggi, guru penasihat mestilah mempunyai dedikasi yang tinggi dan rasa penglibatan ikhtisas yang sepenuhnya.
Peranan Guru Penasihat.
Menubuhkan sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh pelajar-pelajar yang akan membantu dalam perancangan dan pengurusan makmal dan kelab komputer.
Membimbing jawatankuasa kelab dalam merancang dan menghasilkan aktiviti-aktiviti yang menarik dan memelihara minat pelajar yang berbeza-beza kebolehan dalam penggunaan komputer serta mempunyai keseimbangan dari segi nilai pengetahuan, nilai sosial dan nilai rekreasinya.
Mengatur jadual bagi penggunaan komputer oleh ahli-ahli dan pembahagian tugas penyeliaan oleh ahli jawatankuasa.
Menyertai semua perjumpaan formal yang diadakan oleh kelab. Mengadakan perhubungan dengan kelab komputer dari sekolah-
sekolah lain dalam usaha mendalami pengetahuannya dan pembahagian aktiviti kelab.
Bilangan guru penasihat adalah bergantung kepada bilangan ahli kelab. Penasihat makmal atau kelab komputer sebaik-baiknya mendapat pendedahan dalam penggunaan komputer dan mengikuti latihan dalam pengurusan kelab komputer sekolah. Kandungan latihan sekurang-kurangnya meliputi.
Kemudahan Fizikal
Bilik mestilah selesa dan keluasannya mencukupi untuk menampung bilangan komputer, ini pula bergantung kepada peruntukan yang diberi oleh Kementerian Pendidikan , Syarikat Swasta atau orang perseorangan.
Bilik komputer sesuai dan boleh dihubungkan secara "Local Area Networking" menggunakan Windos Nt untuk program pembelajaran berbantukan komputer boleh dijalankan.
Peralatan untuk pengajaran komputer seperti perisian, panel LCD, OHP dan skrin tayangan perlu diadakan.
Kemudahan perabut yang mencukupi termasuk meja, kerusi, almari, rak, papan tulis (white board) dan perkakasan lain seperti penyedut hampagas dan penyapu.
Sistem pendawaian elektrik pula mestilah selamat dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pendawaian Jabatan Kerja Raya atau pengesahan dari pihak swasta yang bertauliah.
Alat bantuan kebakaran seharusnya disediakan sebagai langkah persediaan untuk kebakaran.
Lokasi makmal komputer sebaik-baiknya hendaklah berhampiran dengan bilik guru atau pejabat sekolah. Ini bersesuai kerana kerana dari segi keselamatan ia mudah dikawal selia juga memudahkan guru dan pelajar berulang-alik. Elakkan bilik komputer yang berjauhan dan terpencil, ini akan memudahkan berlakunya pecah masuk terutamanya pada masa cuti sekolah.
Keselamatan Makmal.
Bagi menjamin keselamatan makmal dan penggunanya juga perkakasannya beberapa ciri-ciri yang perlu diikuti seperti :
o Talian elektrik mesti dilindungi dari capaian pelajar .o kedua-dua pintu tidak boleh dikunci semasa kelas berjalan Pastikan
pelan larian kecemasan ditempatkan disekitar kawasan maklaml agar pelajar dapat mengetahui kearah mana mereka patut pergi jika berlaku kecemasan atau kebakaran.
o Sebaik-baiknya adakan latihan kebakaran secara berkala dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat atau guru-guru yang berpengalaman.
o Maklumat seperti soalan peperiksaan , maklumat pelajar dan guru perlu dijaga dan orang-orang tertentu sahaja yang boleh mendapatkannya.
o Simpan "backup" khasnya untuk data yang penting.o Adakan perisian Anti Virus yang terkini.
Peraturan Makmal Komputer
Semua pengguna dilarang membawa makanan atau minuman masuk ke dalam makmal komputer.
Beg dilarang sama sekali dibawa ke makmal komputer. Pengguna dilarang membawa masuk/keluar perisian atau diskett dari
luar/ dalam ke makmal komputer kecuali dengan izin guru komputer. Guru yang membawa pelajar ke makmal komputer perlu merekod
terlebih dahulu nama guru, tingkatan ,waktu dan nombor komputer yang digunakan ke dalam buku log /catatan sebelum memulakan operasi.
Pelajar dan pengguna lain tidak dibenarkan memakai kasut semasa di makmal komputer . Kemaskan makmal komputer sebelum meninggalkannya
Laporkan kepada guru pengawas dengan segera jika terdapat sebarang keadaan yang ganjil seperti bunyi, bau benda terbakar atau apa sahaja yang disyaki dan ganjil.
Penyenggaraan Komputer
Dalam pengurusan penyenggaraan dan baikpulih komputer beberapa borang/risalah perlu disediakan seperti borang-borang dan risalah di bawah:
o Risalah Panduano Jadual Perancangano Jadual Penggunaano Sistem computero Buku Logo Buku Stoko Rekod Kewangano Peraturan Makmalo Rekod Laporan Kerosakano Jadual Tugas Guru Komputero Rekod Pinjaman/ Pulangano Hak Cipta/ Etikao Organisasi jawatankuasao Keselamatan Makmalo Jenayah Komputero Keselamatan Viruso Rekod Stok/Inventorio Pengendalian dan Penggunaan Perisian – Cakera Start, Cakera Data,
Cakera Luar dan Perisian Asli.
Sistem Fail
Surat Menyurat Minit Mesyuarat Kewangan Pekeliling Jadual Pengajaran Sukatan Pelajaran Biodata Guru Sumber Rujukan
Pengurusan Makmal Komputer
Dalam semua organisasi, aspek pengurusan perlu dititikberatkan. Pengurusan yang cekap dan cemerlang membolehkan organisasi itu berjalan dengan baik dan berkesan. Sehubungan dengan itu pengurusan makmal komputer seharusnya mempunyai ciri-ciri dan matlamat berikut:
o Makmal komputer boleh dijadikan sebagai satu tempat yang selesa sebagai gedung menimba ilmu juga tempat kajian dalam bidang pendidikan.
o Semestinya makmal komputer sentiasa berada dalam keadaan keselamatan yang terjamin kebersihannya, kekemasan perabot, perkakasan dan peralatan komputer yang sentiasa dijaga dan dibaikpulih dari semasa kesemasa.
o Diharapkan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar tanpa gangguan dari komputer dan perkakasannya.
o Diharap makmal komputer dapat memberi keselesaan kepada pelajar dan guru dimana ianya sudah tentu dapat menyumbang kearah kecemerlangan dunia pendidikan masa kini.
Pengurusan Makmal Komputer (AM)
Garis panduan penggunaan makmal komputer perlu diselaraskan dan diikuti dengan betul oleh semua pihak. Ini perlu kerana keselamatan makmal dan penggunaannya semaksima yang boleh dapat digunakan oleh semua pihak.
Risalah , manual dan buku panduan seharusnya disediakan . Ini memudahkan pengguna mengendalikan semua alat dalam makmal komputer, dengan ini pembaziran masa dapat dikurangkan. Carta aliran , berita semasa dan papan kenyataan hendaklah diadakan supaya pengguna dapat mengetahui maklumat terkini.
Sistem fail dan inventori yang lengkap, kemas dan teratur dapat menolong urusan pentadbiran dilaksanakan dengan lebih tepat dan cepat.
Pihak pengurusan perlu menyediakan jadual tugasan yang lengkap supaya cara penggunaan makmal komputer dapat dijalankan secara teratur dan dengan sendiri dapat mengelak berlaku pertindanan penggunaan makmal komputer antara kelas dan pelajar.
Mengurus hal-hal berkaitan dengan penyenggaraan makmal seperti service aircond, cuci pemacu, mengemaskini direktori dsb.
Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran.
Merancang supaya proses pengajaran dan pembelajaran berlaku mengikut sukatan pelajaran literasi komputer yang ditetapkan oleh pihak kementerian.
Merancang latihan guru dengan memberi latihan komputer kepada semua guru dan kakitangan sekolah supaya mereka boleh menggunakan komputer untuk mempertingkatkan produktiviti seperti "kemahiran asas menggunakan perkakasan komputer, pengetahuan dan kemahiran asas penggunaan pemprosesan data, pengetahuan dan kemahiran asas penggunaan hamparan elektronik, pengetahuan asas pemgurusan makmal dan penggunaan perisian pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran".
Merancang belanjawan dengan menggunakan peruntukan yang diberi untuk mengemaskini bahan pembelajaran bagi perisian dan komponen perkakasan komputer.
Bertanggunjawab terhadap proses-proses penyenggaraan komputer jika berlaku kerosakkan.
Bertanggungjawab dalam mengurus dan mengawal inventori juga keselamatan makmal dalam proses pengajaran.
Bertanggungjawab menyelaras dalam membina soalan untuk matapelajaran literasi komputer.
Membantu dalam pengurusan makmal komputer dengan mengadakan sudut-sudut seperti sudut berita, sudut kajian dan sudut maklumat terkini.
Membuat perancangan aktiviti literasi komputer bagi pelajar.
Pengurusan Perkakasan.
Semua inventori pembelian dan penggunaan perkakasan atau perisian perlu dicatatkan kedalam buku stok. Ini bertujuan bagi kegunaan pihak Audit dan pihak sekolah bagi perancangan masa akan datang.
Rekod laporan kerosakkan atau baikpulih seharusnya diadakan supaya baik pulih dapat dilaksanakan dan memastikan makmal komputer sentiasa berada didalam keadaan yang baik.
Keselamatan Bilik Komputer
Sekolah yang berkemampuan boleh memasang gril pada tingkap dan pintu makmal. Disamping itu alat penghawa dingin seharusnya diadakan disetiap makmal komputer.
Bilik komputer seharusnya tertutup suya tidak dimasuki habuk atau asap yang sentiasa terdapat di udara kita masa kini. Selain bilik yang tertutup komputer perlu ditutup dengan "penutup" komputer . Ini dapat menambah jangka hayat sesuatu komputer
ANALISIS/MATRIK SWOT
DALAMAN
LUARAN
KEKUATAN
S1-Penggantian set komputer canggih iaitu HP Multiseats.S2- Semua guru mempunyai komputer/laptop di rumah.S3- Perlantikan Briget Siber.
KELEMAHAN
W1- Ada murid berminat hanya bermain permainan komputer sahaja.W2- Kurang peruntukan/danaW3- Ramai guru kurang mahir menggunakan MS Office.
PELUANGO1- Pendapatan isi rumah murid daripada golongan sederhana.O2- PIBG memberi sokongan padu pada ICT.O3- Pihak UDALAND membantu mengadakan program ICT.
S1,O1- Pengajaran menggunakan komputer khususnya bagi matapelajaran teras.S2,O2- Adakan Bengkel Celik ITS3,O2- Penggunaan Pusat Akses secara berhemah.
W1,O3- Memilih murid ke Program UDALAND.W2,O2- Bantuan PIBG mendermakan ink untuk printer.W3,O2-Bengkel ICT dalam LDP.
ANCAMANT1-Ada pusat siber berhampiran sekolah.T2Sekolah saingan yang berhampiran.
S1,T1- Mengadakan pertandingan/kuiz ICT.S2,T2- Memahirkan guru menggunakan ICT.S3,T2- Rekod pemantauan penggunaan Pusat Akses.
W1,T1- Mewujudkan kelab komputer.W2,T2- Wujudkan program tingkatkan dana makmal.W3,T2-Pembimbing rakan sebaya dalam ICT.
Takwim Makmal Komputer dan Pusat Akses
Tarikh Hari Aktiviti Tindakan
18.01.2012 Rabu7.40am-8.40am
Perlantikan ahli Briget Siber. Guru Penasihat
08.02.2012 Rabu7.40am-8.40am
Mesyuarat 1 AJK ICT sekolah Guru Penasihat
22.02.2012 Rabu7.40am-8.40am
Menceriakan makmal komputer Guru Penasihat
07.03.2012 Rabu7.40am-8.40am
Menceriakan pusat akses Guru Penasihat
28.03.2012 Rabu7.40am-8.40am
Taklimat penggunan HP Multiseats Guru Penasihat
11.04.2012 Rabu7.40am-8.40am
Penyelenggaraan makmal dan pusat akses Guru Penasihat
25.04.2012 Rabu7.40am-8.40am
Bengkel literasi komputer 1 Guru Penasihat
09.05.2012 Rabu7.40am-8.40am
Mesyuarat 2 AJK ICT sekolah Guru Penasihat
13.06.2012 Rabu7.40am-8.40am
Menceriakan makmal dan pusat akses Guru Penasihat
27.06.2012 Rabu7.40am-8.40am
Penyelenggaraan makmal dan pusat akses Guru Penasihat
11.07.2012 Rabu7.40am-8.40am
Bengkel literasi komputer 2 Guru Penasihat
25.07.2012 Rabu7.40am-8.40am
Menceriakan makmal dan pusat akses Guru Penasihat
08.08.2012
29.08.2012
12.09.2012
26.09.2012
10.10.2012
24.10.2012
08.11.2012
Rabu7.40am-8.40am
Rabu7.40am-8.40amRabu7.40am-8.40amRabu7.40am-8.40amRabu7.40am-8.40amRabu7.40am-8.40amRabu7.40am-8.40am
Penyelenggaraan makmal dan pusat akses
Bengkel literasi komputer 3
Menyelenggara perkakasan
Mesyuarat 3 AJK ICT sekolahJamuan Akhir Tahun
Penyelenggaran makmal dan pusat akses
Penyelenggaran makmal dan pusat akses
Guru Penasihat
Guru Penasihat
Guru Penasihat
Guru Penasihat
Guru Penasihat
Guru Penasihat
Guru Penasihat
PELAN STRATEGIK KELAB KOMPUTER 2012-2014
ISU MASALAH MATLAMAT STRATEGI INDIKATORPENCAPAIAN
Dana untuk hardcopy guru dan selenggara
makmalPeruntukan di bawa Pusat
Sumber terhad
Membolehkan 100% guru mengakses maklumat
dengan selesa menjelang tahun 2014.
Memohon bantuan PIBG serta biaya sekolah.
Hasil kerja guru berkualiti dan kemaskini.
Pembinaan laman web sekolah
Tiada kepakaran dalaman dan tiada peruntukan untuk
bayar yuran pengaktifan web tersebut
Murid serta waris 90% dapat mengakses laman web
sekolah menjelang tahun 2014.
Tempah laman web serta yuran pengaktifan dibiayai oleh pihak
sekolah.
Laman web sekolah dapat diwujudkan.
Guru tidak mahir ICT Aplikasi online tidak dapat disiapkan mengikut jadual
Seramai 98% guru celik ICT menjelang tahun 2014.
Adakan pembimbing rakan sebaya.
Dokumentasi sistem fail lengkap bagi semua unit.
PELAN TAKTIKAL (2012)
Bil Program Objektif Tanggungjawab Tempoh Kos/Sumber TOV ETR IndikatorPencapaian
1. Taklimat Penggunaan Makmal HP Multiseats
Semua guru m/pelajaran teras menggunakan makmal untuk p&p.
Penyelaras Bestari dan guru ICT
28 Mac Tiada 0% guru m/pelajaran teras tahu menggunakan makmal HP Multiseats.
100% guru m/pelajaran teras tahu mengendalikan makmal HP Multiseats.
P&P m/pelajaran teras menggunakan makmal HP Multiseats.
2. Perlantikan Briget Siber.
Membendung pnyalahgunaan pusat akses oleh murid-murid.
Penyelaras ICT dan guru ICT
18 Jan RM50.00Dana makmal
60% murid mengakses laman social dan hiburan.
98% murid dapat menggunakan pusat akses dengan berhemah.
Rekod penggunaan dan penyalahgunaan pusat akses
3. Bengkel ICT -Membina dan menghantar email
Meningkatkan kemahiran membina dan menghantar email menggunakan fail zip.
Guru Penasihat 25 April RM50.00Biaya sekolah
40% guru tidak tahu membina dan menghantar email.
100% guru dapat membina dan menghantar email.
Inbox email semua guruHardcopy salinan email.
4. Bengkel ICT-Pengendalian Program MS Office-MS Words-MS Excel-MS Power Point
Memahirkan guru menggunakan Program MS Office
Guru Penasihat 11 Julai RM50.00Biaya sekolah
30% guru tidak tahu mengendalikan MS Office
95% guru dapat kemahiran menggunakan Program MS Office
Hardcopy untuk simpanan fail.Fail panitia.
5. Bengkel ICT-Pembinaan Brouser/Kad menggunakan Microsoft Publisher
Guru dapat membina kad ucapan.
Guru Penasihat 29 Ogos RM50.00 Biaya sekolah
95% guru tidak mahir menggunakan Microsoft Publisher.
85% guru mahir menggunakan Microsoft Publisher.
Softcopy kad ucapan.
CARTA GHANTT KELAB KOMPUTER 2012
BIL AKTIVITI JAN FEBRUARI MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPTEMBER OKTOBER
1 2 3 1 2 3 4 5 1 3 4 1 2 3 4 1 2 3 1 2 3 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 5 2 3 4
1 PERLANTIKAN AHLI BRIGET SIBER
2 MESYUARAT 1 AJK ICT SEKOLAH
3 MENCERIAKAN MAKMAL KOMPUTER
4 MENCERIAKAN PUSAT AKSES
5 TAKLIMAT PENGGUNAAN HP MULTISEATS
6 PENYELENGGARAAN MAKMAL/P.AKSES
7 BENGKEL LITERASI KOMPUTER 1
8 MENSYUARAT 2 AJK ICT SEKOLAH
9 MENCERIAKAN MAKMAL/P.AKSES
10 PENYELENGGARAAN MAKMAL/P.AKSES
11 BENGKEL LITERASI KOMPUTER 2
12 MENCERIAKAN MAKMAL/P.AKSES
13 PENYELENGGARAAN MAKMAL/P.AKSES
14 BENGKEL LITERASI KOMPUTER 3
15 MENYELENGGARA PERKAKASAN
16 MESYUARAT 3 AJK ICT SEKOLAH
17 JAMUAN AKHIR TAHUN
PELAN OPERASI
Nama Projek: Taklimat Penggunaan Makmal HP Multiseats
Objektif: Semua guru m/pelajaran teras menggunakan makmal untuk p&p.
Tempoh; 28 Mac
Kumpulan Sasaran: Semua guru mata pelajaran teras.
Guru Terlibat 1. Anuar b Ismail2. Norazura bt Mohamad3. Nor Azlina bt Anuar
Proses Kerja 1. Memberi penerangan fungsi HP Multiseats.2. Menunjukkan cara penggunaan HP Multiseats.3. Mengendalikan HP Multiseats untuk proses P&P.4. Bersoaljawab tentang penggunaan HP Multiseats.
Kekangan: 1. Ada guru masih takut menggunakan teknologi baru.2. Masalah luarjangka hingga terpaksa berhubung dengan vendor.
Penilaian: 1. Penggunaan makmal untuk proses P&P.2. Kecekapan guru mengendalikan makmal HP Multiseats.3. Rekod penggunaan guru secara online.
Penanbahbaikan: Selepas penilaian penambahbaikan akan dilakukan dengan bantuan BTPN Negeri.
PELAN OPERASI
Nama Projek: Membina dan menghantar email.
Objektif: Meningkatkan kemahiran membina dan menghantar email menggunakan fail zip.
Tempoh; 25 April
Kumpulan Sasaran: Semua guru.
Guru Terlibat 1. Anuar b Ismail2. Norazura bt Mohamad3. Nor Azlina bt Anuar
Proses Kerja 1. Memberi penerangan pentingnya penggunaan email di internet.2. Guru mendaftar email melalui yahoo/google.3. Guru sign in email masing-masing.4. Guru mengarang email dan menghantar kepada rakan-rakan.5. Guru membina folder dan zipkannya.6. Guru attach file daripada folder yang dizipkan dan send folder
tersebut kepada rakan.
Kekangan: 1. Wireless kadang-kadang tidak berfungsi di bilik guru.
Penilaian: 1. Kecekapan guru menghantar email menggunakan zip folder.
Penanbahbaikan: Selepas penilaian penambahbaikan akan dilakukan dengan menggunakan dua program zip file untuk melihat keberkesanan menghantar email.
PELAN OPERASI
Nama Projek: Membina brouser/kad ucapan.
Objektif: Guru dapat membina kad ucapan untuk P&P.
Tempoh; 29 Ogos
Kumpulan Sasaran: Semua guru.
Guru Terlibat 1. Anuar b Ismail2. Norazura bt Mohamad3. Nor Azlina bt Anuar
Proses Kerja 1. Memperkenalkan program Microsoft Publisher.2. Menunjukcara menggunakan program tersebut.3. Guru cuba membuat brouser sendiri.4. Mencetak hasil brouser.5. Guru membina kad ucapan.6. Menghias kad ucapan dengan import dari clipart.7. Mencetak dan menyimpan kad ucapan.
Kekangan: 1. Guru tidak biasa menggunakan Microsoft Publisher.
Penilaian: 1. Brouser dan kad yang dihasilkan.2. Kecekapan guru menghias brouser dan kad.3. Hardcopy.
Penanbahbaikan: Selepas penilaian penambahbaikan akan dilakukan dengan menggunakan import clipart daripada internet.
PELAN OPERASI
Nama Projek: Perlantikan Briget Siber.
Objektif: Membendung pnyalahgunaan pusat akses oleh murid-murid.
Tempoh; 18 Jan.
Kumpulan Sasaran: Pengawas Pusat Sumber.
Guru Terlibat 1. Anuar b Ismail4. Norazura bt Mohamad5. Nor Azlina bt Anuar
Proses Kerja 1. Pemilihan Briger Siber daripada pengawas Pusat Sumber.2. Menyediakan watikah perlantikan.3. Membaca dan mengedarkan perlembagaan Briget Siber.4. Menentukan dan memahami tugasan yang diberi.
Kekangan: 1. Pemantauan daripada guru bertugas tidak dilaksanakan kerana terlibat dengan kelas.
2. Ada murid yang tidak melaksanakan tugasan.
Penilaian: 1. Buku rekod pemantauan.2. Catatan dalam buku log kerja.
Penanbahbaikan: Selepas penilaian penambahbaikan akan dilakukan dengan menyusunatur tugasan baru.
PELAN OPERASI
Nama Projek: Pengendalian Program MS Office-MS Words-MS Excel-MS Power Point
Objektif: Memahirkan guru menggunakan Program MS Office.
Tempoh; 11 Julai.
Kumpulan Sasaran: Semua guru.
Guru Terlibat 1. Anuar b Ismail2. Norazura bt Mohamad3. Nor Azlina bt Anuar
Proses Kerja 1. Menunjukcara pemprosesan MS Words-table dan chart.2. Menunjukcara pemprosesan MS Excel-table dan formula.3. Menunjukcara pemprosesan MS Power Point.4. Bersoaljawab tentang proses kerja.
Kekangan: 1. Guru-guru kurang motivasi menggunakan komputer.2. Ada guru yang memerlukan perhatian khusus untuk mendapat
kefahaman sepenuhnya.
Penilaian: 1. Proses kerja guru.2. Kecekapan guru memproses data..
Penanbahbaikan: Selepas penilaian penambahbaikan akan dilakukan dengan memberi tunjukajar khusus kepada guru –guru kurang mahir.
SEKOLAH KEBANGSAAN KEPALA BATAS
13200 KEPALA BATAS
SEBERANG PERAI UTARA.
MINIT MESYUARAT 1 AJK ICT SEKOLAH
Tarikh : 18./ 1 / 2012
Hari : RABU
Masa : 2.00 – 3.00 ptg.
Tempat : MAKMAL KOMPUTER
Jumlah Kehadiran :7/ 7
AGENDA MESYUARAT
1. Ucapan Pengerusi :
1.1 Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada semua AJK.Pengerusi memberitahu tentang peraturan dan keselamatan di dalam makmal komputer /P.Akses.
Tindakan :
Pengerusi
2. Perlantikan Jawatankuasa Makmal dan Pusat Akses.
2.1 Makmal : Karmah Bt Mohd Noor (Pagi)
2.2 P.Akses: Masrurah bt Mohamad (Pagi)
2.3 Makmal: Abdul Hadi b Abdullah (Petang)
2.4 P.Akses: Mastura Abd Rahman(Petang)
Tindakan : Pengerusi
3. Perancangan Makmal Komputer dan Pusat Akses:
3.1 Perlantikan ahli Briget Siber.
3.2 Mesyuarat 1 AJK ICT sekolah
3.3 Menceriakan makmal komputer
3.4 Menceriakan Pusat Akses
3.5 Taklimat penggunaan HP Multiseats
3.6 Penyelenggaraan makmal dan pusat akses
3.7 Bengkel literasi komputer 1
3.8 Mesyuarat AJK 2 ICT sekolah
3.9 Bengkel literasi computer 3
3.10 Menyelenggara perkakasan
3.11 Mesyuarat 3 AJK ICT sekolah
3.12 Jamuan Akhir Tahun
Tindakan : Setiausaha dan AJK
4. Hal-hal Lain :
4.1 En. Anuar membangkitkan tentang kos peruntukan menyelenggara makmal/bilik tayangan /pusat akses supaya tidak berbau busuk.
4.2 Penggunaan papan hitam di makmal komputer akan diganti dengan whiteboard bagi mengelakkan habuk kapur melekat di LCD komputer.
4.3 Pn Norhaslina akan membuat hapuskira komputer makmal dan akan diserahkan kepada ketua-ketua panitia.
4.4 Pelaksanaan KSSR di makmal komputer ditangguhkan setelah kursus diadakan oleh BPTN.
Tindakan : Semua AJK
5. Ucapan Tangguhan :
5.1 Pengerusi mengharapkan agar perancangan dijalanakan mengikut jadual.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 ptg.
Disediakan oleh : Disahkan oleh :
…………………………………. …………………………………..
( ANUAR BIN ISMAIL ) ( MUHD FAUZEY B ABU BAKAR )
Setiausaha, N.Pengerusi,
ICT SEKOLAH ICT SEKOLAH
top related