laporan tahunan 2018€¦ · jamuan hari raya aidilfitri 2018 12 program ziarah penyampaian...
Post on 24-Oct-2020
66 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
LAPORAN TAHUNAN 2018
Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ketiga (3)
Saffrizan Bin Yusof, Setiausaha Kehormat
Persatuan Waris Biduanda Petai Negeri Sembilan— No. 11, Kampung Melekai, 73100 Johol, Negeri Sembilan
T: 014-3194004 DD: 012-5775601 E: saffrizan02@gmail.com
mailto:saffrizan02@gmail.com
-
LAPORAN TAHUNAN 2018 | 2
Ringkasan Eksekutif Tahun 2019 merupakan tahun ketiga (3) tertubuhnya Persatuan Waris Biduanda Petai Negeri Sembilan
(PWBPNS) ini. Sepanjang tahun 2018 PWBPNS hanya dapat menjalankan beberapa aktiviti yang melibatkan
kebajikan ahli seperti memberi sumbangan kepada ahli yang sakit dan kepada waris ahli yang telah meninggal
dunia. Pemberian sumbangan ini adalah selaras dengan keputusan yang persetujui dalam mesyuarat agung
kedua (2) dan perlembagaan PWBPNS.
Sumber kewangan PWBPNS masih lagi bergantung sepenuhnya kepada Yuran Ahli yang dikutip setiap
tahun. Namun begitu kepada ahli yang masih belum menjelaskan yuran hendaklah berbuat demikian bagi
menampung belanja-belanja yang akan digunakan untuk meneruskan kelansungan aktiviti yang bakal
dijalankan. Pada tahun 2018 juga, PWBPNS hanya menerima sumbangan daripada beberapa individu sebagai
tanda sokongan kepada persatuan. Dana yang terkumpul, kini disimpan di dalam akaun Bank Islam Malaysia
Berhad, cawangan Kuala Pilah. Sumber kewangan yang terhad telah menghadkan pelaksanaan aktiviti
persatuan pada tahun tersebut. Walaubagaimanapun PWBPNS tetap meneruskan usaha mendapatkan
peruntukan atau sumbangan daripada kerajaan dan pelbagai sumber lain bagi membolehkan pelbagai aktiviti
dapat dilaksanakan.
Pada 19 Jun 2018 juga menyaksikan persatuan berjaya mendapatkan kelulusan lambang dan bendera
dan telah dimasukkan dalam Perlembagaan PWPNS. Buat masa ini lambang dan bendera hanya dipaparkan di
laman web https://biduandarajalela.wordpress.com/ dan Facebook “Suku Biduanda”. Adalah diharapkan pada
masa akan datang PWBPNS dapat mencetak bendera sendiri sebagai simbol kesatuan yang diwujudkan
dikalangan anak-anak waris suku Biduanda Petai di Johol khususnya.
Sesuatu kejayaan tidak akan datang bergolek dan memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh dan
perpaduan yang jitu bersama-sama menaikkan nama persatuan. Kesimpulannya, PWBPNS amat memerlukan
kerjasama semua ahli bagi membangunkan dan memperkasakan persatuan ini untuk menjadi sebuah
pertubuhan yang bejaya dan berfungsi untuk membantu kebajikan ahli dan keluarga ahli dan kemudiannya dapat
memberi bantuan kepada penduduk setempat.
https://biduandarajalela.wordpress.com/
-
LAPORAN TAHUNAN 2018 | 3
ISI KANDUNGAN
Ringkasan Eksekutif 2
Maklumat Am Pertubuhan 5
Bilangan Ahli Berdaftar 5
Pecahan Ahli Mengikut Jantina 6
6
Maklumat Akaun Bank 7
Maklumat AJK 8
Laporan Kewangan 8
Penyata Pendapatan Dan Perbelanjaan 9
Nota Kepada Akaun (Penerimaan) 10
Nota Kepada Akaun (Perbelanjaan) 10
Kunci Kira-Kira 11
42%
58%
Peratusan Ahli Mengikut Jantina
Lelaki
Perempuan
-
LAPORAN TAHUNAN 2018 | 4
Laporan Juruaudit 11
Pendapat Juruaudit 11
Laporan Aktiviti 12
Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2018 12
Program Ziarah Penyampaian Sumbangan 13
Pendaftaran Lambang Dan Bendera Persatuan 14
Penutup 15
-
LAPORAN TAHUNAN 2018 | 5
Maklumat Am Pertubuhan Bagi tempoh berakhir 31 Disember 2018, jumlah ahli yang berdaftar adalah seramai 50 orang yang terdiri
daripada 21 orang ahli lelaki dan 29 orang ahli perempuan. Selepas Mesyuarat Agong Tahunan Yang Pertama,
tiada pendaftaran ahli baharu dibuat sehingga tempoh berakhir tersebut.
Bilangan Ahli Berdaftar
Senarai ini adalah tertakluk kepada rekod yang ada pada pengurusan persatuan termasuk ahli yang telah
meninggal dunia. Nombor ahli adalah berkuatkuasa bermula tarikh mesyuarat agong kedua (2).
Nama No.Ahli Nama No.Ahli
1. Saffrizan Yusof BP0001
2. Mustafa Yusof BP0002
3. AB Rahim Abu Bakar BP0003
4. Rahmat Rantau BP0004
5. Kamsiah Yusof BP0005
6. Fauziah Zakaria BP0006
7. Mokhtar Kebing BP0007
8. Hamidah Meat BP0008
9. Kamariah Che Mek BP0009
10. Selimah Abd Ghani BP0010
11. Rebiah Kadir BP0011
12. Rahmah Derani BP0012
13. Salamah Rantau BP0013
14. Aminah Abu Bakar BP0014
15. Sariah Rantau BP0015
16. Abidin Mad Noh BP0016
17. Hasnah Amin BP0017
18. Halimah Abu Bakar BP0018
19. Mansor Abas BP0019
20. Abd Razak Zainal BP0020
21. Habsah Ayob BP0021
32. Kelsom Yusof BP0032
33. Rusmawati Mohammad BP0033
34. Sallehuddin Sulaiman BP0034
35. Zul Affendy Abu Bakar BP0035
36. Azrin Aripin BP0036
37. Mokhtar Ayob BP0037
38. Ramizah Muyup BP0038
39. Zuraida Zaharudin BP0039
40. Azam Azuar Mazlan BP0040
41. Norhaslinda Zaharudin BP0041
42. Azam Azraimi Mazlan BP0042
43. Halimah Zaharudin BP0043
44. Mohd Firdaus Sulaiman BP0044
45. Siti Nurdiana Ariffin BP0045
46. Norlela Mohamed BP0046
47. Siti Hajar Zaharudin BP0047
48. Mohammad Syazwan Azizan BP0048
49. Muhd Jihad AB Halim BP0049
50. Nur Syaziffa Azizan BP0050
51. Azmi Bin Zahari BP0051
52. Nafsiah Bt Abas BP0052
-
LAPORAN TAHUNAN 2018 | 6
Nama No.Ahli Nama No.Ahli
22. Rahimah AB Wahab BP0022
23. Fauziah Ismail BP0023
24. Hamidah Ali BP0024
25. Abdul Rahman Yusof BP0025
26. Hashim Abu Bakar BP0026
27. Aminah Omar BP0027
28. Mohd Diah Kebing BP0028
29. Rogayah Mohamed BP0029
30. Mohd Azhari Muyup BP0030
31. Mohd Zamri Ariffin BP0031
53. Mohammad Yusof Mohamad BP0053
54. Noridah Mohamad BP0054
55. Harun Abu Bakar BP0055
56. Bedah Meon BP0056
57. Mohamad Yusney Yusof BP0057
58. Mariah Md Yusof BP0058
59. Faridah Karim BP0059
60. Nasir Daud BP0060
61. Ramia Rejab BP0061
62. Nora Samsudin BP0062
63. Tajuddin Ayub BP0063
Pecahan Ahli Mengikut Jantina
Secara keseluruhannya, perempuan lebih ramai daripada Lelaki. Ahli lelaki hanya 48% daripada jumlah keseluruhan ahli
manakala perempuan adalah sebanyak 58%.
Jantina Bilangan
Lelaki 27
Perempuan 37
Grand Total 64
42%58%
Peratusan Ahli Mengikut Jantina
Lelaki
Perempuan
-
LAPORAN TAHUNAN 2018 | 7
Maklumat Akaun Bank
Nama Bank : Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Pilah.
Cawangan : Kuala Pilah
Nombor Akaun : 05230010106981
Fasal 10 Para 3 Perlembagaan PWBPNS - Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Walaubagaimanapun, Jawatankuasa berhak melantik sesiapa antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau pengeluaran wang Pertubuhan semasa ketiadaan mana-mana penandatangan tersebut.
-
LAPORAN TAHUNAN 2018 | 8
Maklumat AJK i. Maklumat Ahli Jawatankuasa perlu dikemaskini setiap tahun kepada Pendaftar Pertubuhan
selaras dengan Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan 1966. ii. Kelayakan pemegang jawatann adalah selaras dengan Seksyen 9A, Akta Pertubuhan 1966.
Penaung
YTM Dato’ Undang Luak Johol
Penasihat YM Dato’ Paduka Raja Lela, Rahmad Bin Rantau
Yang DiPertua Mustafa, Yusof
Timbalan Yang DiPertua
AB Rahim, Abu Bakar
Setiausaha Kehormat Saffrizan, Yusof
Penolong Setiausaha Kehormat
Fauziah, Zakaria
Bendahari Kehormat Kamsiah, Yusof
Jawatankuasa
1. Mokhtar, Kebing 2. Habsah, Ayob
3. Rahmah, Derani 4. Abidin, Mad Noh
5. Muhd Jihad, AB Halim 6. Abdul Rahman, Yusof
7. Aminah, Abu Bakar 8. Mohd Firdaus, Sulaiman
9. Hasnah, Amin 10. Kelsom, Yusof
Laporan Kewangan Laporan kewangan telah disediakan oleh Bendahari Kehormat bagi tempoh 1 Januari 2018 hingga 31 Disember
2018. Sepanjang tempoh perakaunan PWBPNS 2018 telah menerima sumbangan daripada Pn. Faridah Binti
Karim dan Hj. Hashim Abu Bakar. Sumbangan yang diterima telah diakaunkan sebagai Terimaan Sumbangan di
dalam Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan PWBPNS bagi tahun berakhir 2018. Sumbangan adalah
dibenarkan selaras dengan Fasal 6, perkara 3 yang menyatakan “Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima
-
LAPORAN TAHUNAN 2018 | 9
sumbangan dalam bentuk wang dan barangan. Sumbangan berbentuk wang hendaklah diisytiharkan dengan
jelas dan tepat dalam Penyata Tahunan pertubuhan.”
Penyata Pendapatan Dan Perbelanjaan
Penyata Pendapatan Dan Perbelanjaan ini disediakan di dalam pengetahuan Bendahari Kehormat terhadap
keperluan Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan 1966 dan Fasal 10 para 5 Perlembagaan PWBPNS.
PERSATUAN WARIS BIDUANDA PETAI NEGERI SEMBILAN (PPM-017-05-10102016)
PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2018
RM RM
BAKI DIBAWA KEHADAPAN 1,603.00
PENDAPATAN OPERASI Nota 1: Yuran Ahli Diterima 340.00
Nota 2: Sumbangan Ahli / Bukan Ahli 535.00
Credit Bank 1.13
DANA TERKUMPUL 2,479.13
(tolak) PERBELANJAAN
Nota 3 Mesyuarat Agong Kali Ke-2 (22 April 2018) 350.00 Nota 4 Sumbangan Ahli Masuk Wad / Sakit / Meninggal 250.00 Nota 5 Perbelanjaan Jamuan Hari Raya 700.00
Interest bank 27.50
PERBELANJAAN TERKUMPUL 1,327.50
LABIHAN DIBAWA KEHADAPAN (c/f) 1,151.63
-
LAPORAN TAHUNAN 2018 | 10
Nota Kepada Akaun (Penerimaan)
Nota 1: Yuran
Tarikh Perkara
RM
a. 22/04/2018 Kutipan Yuran
120.00 31/07/2018 Kutipan Yuran
220.00
JUMLAH YURAN DITERIMA*
340.00
Nota 2: Sumbangan Yang Diterima
Tarikh Perkara
RM
a. 31/07/2018 Pn. Faridah Karim
500.00 Hj. Hashim Abu Bakar
35.00 JUMLAH SUMBANGAN DITERIMA*
535.00
Nota Kepada Akaun (Perbelanjaan)
TARIKH PERKARA RM
Nota 3 Mesyuarat Agong Kali Ke-2 22/04/2018 Jamuan untuk 70 orang x RM5 350.00
350.00
Nota 4 Sumbangan Ahli Masuk Wad / Sakit / Meninggal 30/06/2018 Sakit – Keluarga Tulang Rimau 50.00
Sakit - Saenah Bte Abdul Ghani (Tulang Rimau) 50.00
Ahli Meninggal Dunia - Saenah Bte Abdul Ghani 100.00
Sakit - Pn. Sariah Rantau 50.00
250.00
Nota 5 Perbelanjaan Jamuan Hari Raya 31/07/2018 Kueh Raya 200.00
Satay 500.00
700.00
-
LAPORAN TAHUNAN 2018 | 11
Kunci Kira-Kira
PERSATUAN WARIS BIDUANDA PETAI NEGERI SEMBILAN (PPM-017-05-10102016)
KUNCI KIRA-KIRA 31 Disember 2018
Aset Semasa Dana Terkumpul
Baki Tunai di Bank 973.63 Dana Terkumpul 1,151.63
Baki Tunai di Tangan 178.00
Liabiliti -
1,151.63 1,151.63
Laporan Juruaudit
Pendapat Juruaudit
Saya telah mengaudit kunci kira-kira Persatuan Waris Biduanda Petai Negeri Sembilan pada 31
Disember 2018 dan penyata pendapatan dan aliran tunai yang berkaitan untuk tahun berakhir
pada tarikh tersebut, seperti yang dilampirkan. Penyata kewangan ini adalah tanggungjawab
pengurusan pertubuhan. Tanggungjawab saya adalah memberi pendapat terhadap penyata
kewangan ini berasaskan pemeriksaan yang saya jalankan.
Pada pendapat saya, penyata kewangan memberi gambaran yang benar dan saksama tentang
kedudukan kewangan pertubuhan pada 31 Disember 2018 dan hasil kendalian dan aliran tunai
untuk tahun berakhir pada tarikh tersebut selaras dengan seksyen 9A, Akta Pertubuhan 1966
dan Perlembagaan Persatuan Waris Biduanda Petai Negeri Sembilan.
Saya yang menjalankan tugas,
(MOHD ZAMRI BIN ARIFFIN)
710831-05-5501
Juruaudit Dalaman
Persatuan Waris Biduanda Petai Negeri Sembilan
-
LAPORAN TAHUNAN 2018 | 12
Laporan Aktiviti i. Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2018
ii. Program Ziarah Penyampaian Sumbangan.
iii. Pendaftaran Lambang Dan Bendera Persatuan
Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2018
PWBPNS telah bekerjasama dengan beberapa pesatuan dan koperasi di Kampung Melekai untuk menjayakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Balai Raya Kampung Melekai pada 9 Julai 2018. Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Penaung PWBPNS, YTM Ke Bawah Kaus, Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan, Datuk Undang Luak Johol yang ke-15 serta YM Tok Puan dan Penasihat PWBPNS YM Datuk Paduka Raja Lela Rahmat Bin Rantau. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol, Yang Berhormat Tuan Saiful Yazan juga turut hadir memeriahkan majlis.
Majlis ini secara tidak lansung dapat memberi peluang kepada penduduk kampung Melekai beramah mesra lebih dekat dengan YTM Datuk Undang Luak Johol serta YM Tok Puan. Penganjuran secara bersama ini adalah diharapkan akan dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ianya dilihat dapat mengeratkan silatulrahim dikalangan penduduk kampung Melekai amnya dan ahli persatuan khususnya.
-
LAPORAN TAHUNAN 2018 | 13
Program Ziarah Penyampaian Sumbangan
Program sumbangan kepada ahli persatuan yang sakit (dimasukkan wad) dan waris ahli yang meninggal dunia telah dijalankan bermula pada tahun 2018 ini. Duit sumbangan ini telah disampaikan oleh YTM Datuk Undang Luak Johol, Ibu Soko dan Setiausaha Kehormat PWBPNS.
-
LAPORAN TAHUNAN 2018 | 14
Pendaftaran Lambang Dan Bendera Persatuan
Persatuan telahpun membuat pindaan terhadap perlembagaan PWBPNS dan Perlembagaan Baharu telahpun diluluskan pada 19 Jun 2018. Pindaan ini adalah keputusan daripada mesyuarat Agong Pertama yang telah diadakan pada 23 April 2017 dan dibacakan semula pada mesyuarat Agong Ke-2 pada 22 April 2018. Pindaan ini termasuk penambahan kepada Fasal 18 iaitu bendera dan lambang.
Lambang dan bendera ini telah diilhamkan dan direka sendiri oleh Setiauasaha Kehormat PWBPNS. Setakat ini penggunaannya hanya di Laman Web Rasmi PWBPNS dan Facebook “Suku Biduanda”. Persatuan kini sedang mencari dana untuk mencetak bendera dan berhasrat untuk mempunyai baju korperat rasmi persatuan dengan cetakan lambang.
Dengan adanya lambang ini, adalah diharapkan identiti PWBPNS ini lebih dikenali dan terkenal pada masa akan datang.
-
LAPORAN TAHUNAN 2018 | 15
Penutup Segala pelaksanakan aktiviti tidak akan dapat dijayakan tanpa kerjasama semua ahli. Perancangan perlu
dirangka daripada sekarang untuk dilaksanakan bagi membolehkan Persatuan dapat menjalankan fungsinya
untuk menjaga kebajikan ahli. Ahli adalah dialu-alukan untuk mengemukakan cadangan aktiviti ataupun
penambahbaikan dalam pengurusan. Perancangan persatuan selepas ini adalah untuk mendapatkan sumber
dana daripada kerajaan atau mana-mana pihak yang boleh memberi sumbangan. Pihak jawatankuasa adalah
diminta untuk lebih aktif selepas ini untuk menggiatkan lagi aktiviti termasuk memberi idea untuk menaikkan
nama persatuan. Semoga harapan kita untuk menjadikan persatuan sebagai salah satu pertubuhan yang
disegani boleh dilaksana. Sekian, Terima kasih.
Saffrizan Bin Yusof Setiausaha Kehormat Persatuan Waris Biduanda Petai Negeri Sembilan
top related