kertas kerja ctu 101 final draf.docx
Post on 25-Dec-2015
2.433 Views
Preview:
TRANSCRIPT
CTU101
TANGGUNGJAWAB SUAMI TERHADAP ISTERI
Disediakan untuk:
Miss Love
Disediakan oleh:
Mr. Arragont
AM110
PenilaianMarkah
Pengenalan /1
Isi + Huraian /8
Cadangan/Kesimpulan /2
Bibliografi /2
Etika&Profesinalisme /2
Jumlah /15
ISI KANDUNGAN HALAMAN
1. Pendahuluan 1
2. Pengertian Tanggungjawab 2
2.1. Sudut Bahasa
2.2. Sudut Istilah
3. Tanggungjawab Suami Kepada Isteri.
3.1. Mahar.
3.1.1. Mahar Mussama
3.1.2. Mahar Misil
3.2. Nafkah.
3.2.1. Nafkah Zahir.
3.2.2. Nafkah Batin.
3.3. Komunikasi Atau Perhubungan Yang Baik.
3.3.1. Hak Bersuara.
3.3.2. Layanan Yang Berhemah.
3.4. Didikan Dan Bimbingan.
3.5. Menjaga Hak Terhadap Harta Isteri Dan Harta Sepencarian.
3.6. Melindungi Diri Dan Maruah Isteri.
4. Cara Teguran Terhadap Isteri.
5. Kenali Isteri.
6. Suami Beriman Untuk Isteri Solehah.
6.1. Tip mudah untuk menjadi suami beriman
7. Buat Isteri Bahagia.
7.1. Resepi Buat Isteri Bahagia.8. Kesimpulan.
9. Bibliografi / Rujukan.
1.0 Pendahuluan
Aku Terima nikah... dan apa bila sempurna lafaz akad nikah tadi diantara wali dan pengantin
lelaki maka pengantin lelaki telah bergelar suami kepada pengantin perempuan yang digelar
6
pula sebagai isteri. Maka tanggungjawab bapa atau wali kepada pengantin perempuan tadi
telah berpindah kepada pengantin lelaki iaitu suami kepada pengantin perempuan. Ia satu
amanah dan wajib ditadbir atau dilaksanakan dengan sebaik mungkin oleh pasangan suami
isteri. Dan telah bermula dan lahirlah institusi kekeluargaan dengan ikatan yang sah. Dalam
setiap institusi kekeluargaan berumahtangga, suami isteri harus tahu terdapat satu eleman
atau perkara yang harus ada iaitu tanggungjawab dalam menjaga hak-hak pasangan masing-
masing samaada tanggungjawab suami kepada isteri atau sebaliknya yang didorong oleh
prinsip-prinsip asas perkahwianan dalam mentadbir keluarga itu sendiri supaya menjadi
sebuah keluarga sakinah bersyariatkan Islam. Perkahwianan berlandaskan agama akan
mendapat kemanisan dari keberkatan perkahwinan itu diatas rahmat dari Allah dan
perkahwinan berlandaskan nafsu hanya menjadi sia-sia dan mendapat kemurkaan Allah.
Dalam konteks ini tanggungjawab suami kepada isteri merupakan asas penting dalam
pembentukan sesebuah keluarga dan setiap suami wajib melayani isteri dengan sebaik
mungkin dan isteri wajib taat kepada suami selagi suami tidak mendatangkan kemudaratan
kepada isterinya. Islam telah menetapkan para suami harus bertanggungjawab dalam
memimpin rumahtangganya dan memenuhi hak-hak isterinya dan Allah telah memerintahkan
supaya mereka berlaku baik terhadap isteri mereka sesuai dengan apa yang diajar oleh
Rasulullah S.A.W. Oleh itu, apabila hak-hak isteri tidak ditunaikan dengan baik oleh suami
sedangkan ia menyedari dan mampu melaksanakan hak-hak tersebut, maka dia telah
menderhakai Allah dan Rasul-Nya, juga menderhakai isterinya . Islam juga telah meletakkan
garis panduan dalam melayari perkahwinan terutamanya kepada para suami untuk memimpin
dalam melaksanakan tanggungjawab itu.
Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh suami
dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri meskipun
ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami. Namun begitu,
hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk
dilaksanakan, di mana suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas
isteri dan keluarganya semasa hidupnya. Justeru itu, kertas kerja ini akan membincangkan
tentang hak yang wajib suami tunaikan kepada isteri yang terdapat di dalam al-Quran dan al-
Sunnah, antaranya hak mahar, nafkah, komunikasi yang baik, hak mendapat bimbingan dan
tunjuk ajar dan sebagainya. Kertas kerja ini bertujuan untuk memberi penjelasan mengenai
hak wanita ke atas suami apa tanggungjawab yang harus suami lakukan, lebih-lebih lagi pada
era ini terdapat ramai wanita yang masih keliru tentang hak-hak yang wajib diperolehi
6
daripada suaminya, contohnya hak mereka dalam bersuara, bekerja, hak terhadap harta sendiri
dan harta sepencarian antara mereka dan sebagainya. Semoga perkahwinan diantara kita
menjadi perkahwinan Mawaddah Warahmah dan mendapat keberkatan dari Allah.
2.0 Pengertian Tanggungjawab.
2.1 Tanggungjawab dari sudut bahasa ialah kewajiban secara individu atau
berkumpulan dalam memikul, melaksanakan atau melakukan sesuatu perkara,
tindakan, aktiviti atau kerja yang telah diamanahkan bagi menjayakan sesuatu
matlamat.
2.2 Tanggungjawab dari sudut istilah ialah melaksanakan kewajiban yang dituntut
berdasarkan peraturan, syarat-syarat dan cara yang telah ditetapkan.
3.0 Tanggungjawab suami kepada isteri.
Tanggungjawab utama suami pada isteri adalah memberi hak-hak yang sepatutnya
diterima oleh isteri bagi mengcukupi segala keperluan isteri tanpa sebarang penafian oleh
suami kerana ini adalah satu tuntutan oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud:
"Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang
ma'ruf. Akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. Dan
Allah maha perkasa lagi maha bijaksana" (Surah Al-Baqarah ayat 228)
Terdapat beberapa tanggungjawab yang wajib suami tunaikan terhadap hak isteri
berdasarkan nas-nas Al-Quran dan hadis nabi antaranya berkenaan tentang mahar, nafkah,
hubungan komunikasi yang baik, bimbingan serta didikan, harta sepencarian, menjaga
maruah isteri dan lain-lain lagi. Ini perkara asas yang suami harus tahu selain dari perkara-
perkara yang lain tentang pembentukan sahsiah dan keperibadian diri isteri serta ahli keluarga
yang bakal dipimpin nanti sebagai motivasi suami terhadap isteri.
3.1 Mahar.
Mahar atau mas kahwin ialah satu pemberian atau pembayaran wajib dari suami
kepada isteri dengan Hukum Syara pada masa perkahwianan diakad nikahkan sama
ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang, atau berupa
6
sesuatu yang menurut Hukum Syara dapat dinilai dengan wang. Pemberian mahar
suami sebagai lambang kesungguhan terhadap isteri, ianya mencerminkan kasih
sayang dan kesediaan suami hidup bersama isteri. Terdapat dalil yang mewajibkan
mahar kepada isteri antaranya firman Allah yang bermaksud:
“Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan (isteri) akan mas kahwin mereka itu
sebagai pemberian (yang wajib). Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu
sebahagian dari mas kahwinnya, maka makanlah (gunakanlah) pemberian tersebut
sebagai nikmat yang baik lagi lazat” (Surah Al-Nisa ayat 4)
Dan dalam hadis lain Allah berfirman yang bermaksud:
“Mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah dia
menjadi isteri kamu) maka berikanlah mereka maharnya (ajr) sebagai satu ketetapan
yang difardhukan (diwajibkan oleh Allah)” (Surah Al-Nisa ayat 24)
Penjelasan ayat-ayat Al Quran diatas tadi menerangkan mahar ini hak mutlak isteri
dan suami tidak boleh menggunakannya tanpa izin isteri terlebih dahulu. Islam tidak
menetapkan kadar had paling minima atau maksima dalam menentukan mahar bagi
seseorang wanita. Nilai banyak atau sedikit mahar itu bergantung kepada kerelaan
atau kemahuan isteri atau bergantung kepada uruf iaitu keadaan semasa dan suasana
sesuatu tempat atau masyarakat. Sungguh pun demikian Islam menganjurkan agar
mengambil jalan tengah. Harus diingat pemberian mahar merupakan penghormatan
seorang suami terhadap isteri walaupun mahar tidak termasuk diantara rukun-rukun
nikah atau syarat sah dalam satu pernikahan. Memberi mahar kepada isteri
hukumnya wajib. Merurut Abu Hanifah, isteri berhak mendapat mahar apabila akad
nikahnya sah. Manalaka dalam mahzab Syafi’e pula diwajibkan mahar bukan
disebabkan akad nikah yang sah sahaja tapi juga dengan persetubuhan. Sekiranya
akad nikah tersebut fasid atau tidak sah, suami tidak wajib memberi mahar kepada
isteri melainkan setelah berlakunya persetubuhan. Terdapat beberapa jenis mahar
seperti Mahar Musamma and Mahar Misil. (Robiatul Adawiyah, 2009: 2)
3.1.1 Mahar Musamma.
Iaitu mahar yang telah ditetapkan atau yang telah di persetujui oleh kedua-
dua belah pihak yang tidak memandang nilai maskahwin nilai saudara-
6
saudara perempuan itu. Mahar yang disebut dengan jelas jumlah dan
jenisnya dalam suatu akad nikah seperti yang diamalkan dalam
perkahwinan mayarakat kita hari ini contohnya seperti pemberian duit atau
sesuatu benda bernilai dan berharga. Ijma Ulama telah bersepakat bahawa
mahar musamma wajib dibayar oleh suami apabila berlaku salah satu
daripada perkara-perkara berikut:-
1) Berlaku persetubuhan diantara suami isteri.
2) Kematian salah seorang diantara mereka sama ada suami atau isteri.
3.1.2 Mahar Misil.
Iaitu mahar yang tidak disebut jumlah dan jenisnya dalam suatu akad
nikah. Sekiranya berlaku keadaan ini, mahar tersebut hendaklah diqiaskan
(disamakan) dengan mahar perempuan yang setaraf dengannya dikalangan
keluarga sendiri mengikut saudara-saudara perempuan yang telah
berkahwin dahulu dan hendaklah dinilai dengan mahar keluarga yang
paling dekat sekali seperti kakak, ibu saudaranya dan seterusnya
disamping menilai keadaan perempuan itu sendiri dari segi kecantikan,
kekayaan, keilmuan, keagamaan, keluhuran budi serta status sama ada
gadis atau janda dan perkara-perkara yang oleh dijadikan penilaian.
“Kamu telah memberikan kepada salah seorang daripada mereka harta yang banyak”
(Surah Al-Nisa ayat 20)
3.2 Nafkah.
Nafkah menurut istilah ialah mengeluarkan belanja untuk menampung sara hidup
kepada mereka yang wajib ke atas seseorang itu untuk membiayainya. Biayai yang
dimaksudkan itu ialah semua hajat dan keperluan seperti pelajaran, ibadat, makanan,
tempat tinggal, dan sebagainya. Suami wajib memberi nafkah kepada isteri mengikut
kemampuannya. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Sesiapa yang memberi
nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarganya, maka ia (nafkah) yang
diberikan adalah sedekah.” Berdosa bagi suami menahan nafkah keatas orang-orang
yang dibawah tanggungannya. Hak nafkah yang wajib diberikan kepada isteri boleh
dibahagikan kepada dua jenis iaitu nafkah zahir dan nafkah batin. (Robiatul
Adawiyah, 2009: 4)
6
3.2.1 Nafkah Zahir.
Sudah menjadi ketetapan agama bahawa suami wajib memberikan belanja
untuk makan, minum, pakaian dan tempat tinggal sesuai dengan
kemampuannya. Suami tidak boleh memberi makanan atau pakaian
kepada isterinya lebih buruk daripada apa yang dimakan atau dipakai
suaminya dan begitu juga kadar makan dan pakai yang menjadi hak isteri
diberikan mengikut kadar yang mampu diberikan oleh suaminya
(Robiatul Adawiyah, 2009: 4). Akan tetapi sekiranya suami mampu
memberikannya lebih tetapi tidak diberikan maka dalam situasi ini isteri
dibenarkan mengambil harta suaminya seperti sabda Rasulullah s.a.w
yang bermaksud:
““dari Aishah r.a berkata: sesungguhnya Hindun datang kepada
Rasulullah lalu berkata: “wahai Rasulullah, Abu Sufyan adalah orang
yang kikir dan tidak mahu memberikan kepada ku belanja yang cukup
untuk ku dan anak ku.” Lalu baginda bersabda: “ambillah sekadar cukup
untuk diri mu dan anak mu dengan wajar””. (Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim) Dan Allah juga berfirman yang bermaksud:
“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang
yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah
kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa
yang Allah berikan kepadanya”. (Surah Al-Talaq ayat 7)
Dan dalam ayat lain Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang
kakruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupan” (Surah Al-
Baqarah ayat 233)
Menurut Iman An Nawawi bahawa hak-hak yang wajib
terhadap isteri itu tujuh pekara iaitu:
1) Makanan dan minuman.
6
2) Bahan-bahan memasak seperti rempah ratus (garam,
gula, bawang, minyak masak dan sebagainya)
3) Pakaian lengkap sepersalinan, pencuci pakaian dan
sebagainya.
4) Alat-alat solek dan pembersih badan seperti sikat dan
bedak.
5) Perkakas-perkakas rumah seperti perkakas bilik tidur
dan perkakas bilik air atau sebagainya.
6) Tempat tinggal yang selesa dan luas.
7) Pembantu bagi isteri yang kebiasaan mempunyai
pembantu rumah.
3.2.2 Nafkah Batin.
Nafkah batin ialah tuntutan naluri semulajadi manusia yang berpasangan
lelaki dan perempuan iaitu mengadakan hubungan intim diantara mereka
yang digariskan secara sah melalui ikatan perkahwinan (Robiatul
Adawiyah, 2009: 6). Dalam hal ini hendaklah kita menpergauli ister itu
dengan baik berdasarkan firman Allah yang bermaksud:
“Isteri-isteri kamu adalah seperti tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datanglah
tanah tempat bercucuk tanam kamu sebagaimana sahaja kamu kehendaki. Dan kerjalah
amal yang baik untuk diri kamu dan bertaqwalah kepada Allah dan ketahui bahawa
kamu kelak akan menemui-NYA. Dan berikanlah khabar gembira orang-orang beriman.
(Surah Al-Baqarah ayat 223)
Dalam Islam, suami harus tahu bahawa isteri boleh menolak hajat isteri
atau keinginan suami untuk bersetubuh dengan syarat-syarat tertentu
seperti dalam keadaan darurat atau keuzuran seperti masa haid, nifas,
dalam ihram dan sebagainya. Suami juga harus tahu keaadan isteri seperti
isteri mengalami masalah kesihatan yang menyebabkan isteri tidak
berupaya melayan kehendak suami dan ia juga boleh ditakrifkan sebagai
darurat. Suami juga harus bertolak ansur kepada isteri jika ada penolakan
kerana ada sebab-sebat tertentu seperti keletihan yang amat sangat yang
dirujuk seperti isteri tertekan, runsing atau mengantuk sehingga tidak
6
berupaya melayan kehendak suami disebabkan oleh faktor isteri yang
bekerja membantu suami dari soal kewangan. Namun begitu nafkah batin
bukan sekadar perkara seksual semata-mata tetapi juga berkisar berkasih
sayang antara satu sama lain, berkongsi masalah, mendengar luahan antara
satu sama lain atau berbual mesra dan memberi atau mentarbiyah dengan
didikan agama juga termasuk dalam definisi nafkah batin.
(Robiatul Adawiyah, 2009: 6)
3.3 Komunikasi Atau Hubungan Yang Baik.
Suami harus membina atau mencipta komunikasi yang baik dan harmoni sesama
suami isteri kerana ia dituntut di dalam Islam kerana salah satu perkara layanan suami
terhadap isteri begitu sebaliknya (Robiatul Adawiyah, 2009: 7). Komunikasi yang
baik termasuk layanan terhadap isteri dengan cara berhemah, lemah lembut, bertolak
ansur dari segi fizikal dan mental. Ini bersesuaian dengan sifat-sifat wanita yang
lemah lembut dan mudah terguris. Dalam hadis nabi, Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud:
“Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: Pergaulilah kaum
wanita itu dengan pergaulan yang lemah lembut, kerana sesungguhnya kaum wanita
itu dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya tulang rusuk itulah yang
sebengkok-bengkoknya ialah yang paling atas. Maka apabila engkau hendak
meluruskannya, luruskanlah dengan perlahan dan apabila tidak diluruskan, ia
sentiasa bengkok selama-lamanya. Oleh sebab itu pergaulilah wanita dengan
pergaulan yang lemah lembut”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
3.3.1 Hak Bersuara.
Suami harus tahu isteri mempunyai hak untuk bersuara, memberi
pendapat, pandangan dan teguran dalam beberapa perkara bagi
menentukan keharmonian keluarga kerana isteri lebih tahu dan arif tentang
tadbir urus sesebuah rumahtangga itu (Robiatul Adawiyah, 2009: 13).
Suami harus menilai teguran, cadangan dan nasihat daripada isteri kerana
setiap perkara ada yang isteri lebih tahu daripada suami. Sebagai suami
tidak seharusnya kita berasa ego atau tercabar apabila isteri memberi idea
atau pandangan yang bernas kerana setiap sesuatu perkara itu ada
perkongsian didalam hubungan rumahtangga. Isteri menpunyai hak
6
bersuara dalam menuntut nafkah zahir dan batin yang menjadi hak mutlak
para isteri, oleh itu suami harus bersikap terbuka dan adil dalam apa
dituntutan oleh isteri yang menjadi hak kepadanya.
3.3.2 Layanan Yang Berhemah.
Suami harus tahu wanita disisi kita adalah isteri yang diciptakan untuk
bersama-sama dengan kita demi menjadi peneman hidup suka dan duka.
Oleh demikian layanlah isteri kita sebaik mungkin demi keharmonian
rumahtangga. Jangan kita menyakiti isteri kita secara mental atau fizikal
kerana setiap perbuatan yang kita lakukan akan memberi kesan tarhadap
isteri samaada dalam masa untuk jangka masa singkat atau panjang.
Perbuatan suami samaada buruk atau baik akan menjadi contoh kepada
isteri atau anak-anak, oleh itu kita kena bersikap lebik berketrampilan dan
adil dalam memberi layanan terhadap tanggungjawab kita. Terdapat suami
melakukan kekasaran kepada isterinya secara fizikal misalnya memukul
isteri, memukul isteri dibenarkan selama pukulan itu bersifat pengajaran
dan tidak menimbulkan rasa sakit yang merbahayakan diri kepada isteri.
Hal ini disebut dalam satu hadis yang bermaksud:
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggongjawap terhadap
kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan
beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang
lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka
perempuan-perempuan yang solih itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya),
dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika
suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan
perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz)
hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka
di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan
pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada
kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka.
Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.” (Surah An-Nisa ayat 34)
3.4 Didikan Dan Bimbingan.
6
Sebelum berkahwin, bakal suami harus menglengkapi diri dengan ilmu dunia dan
akhirat, melatih diri dengan sifat kepimpinan dan berkebolehan dalam dalam
berbagai bidang. Ini kerana kita yang akan mendidik peribadi isteri kita samaada
kearah kecermerlangan atau sebaliknya. Isteri berhak menerima bimbingan dan
tunjuk ajar serta nasihat dari suami samaada dari sudut agama, pelajaran, ilmu
rumahtangga, cara berpakaian dan sebagainya (Robiatul Adawiyah, 2009: 9). Suami
kena menjadikan dirinya dahulu dengan sifat serba boleh agar segala perkara dari
yang hal-hal yang kecil dapat diselesaikan sebelum menjadi besar dan menjadi ikutan
serta contah kepada isteri dalam menyelesaikan sesuatu masalah itu. Sabda
Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Setiap orang diantara kamu adalah pemimpin dan setiap orang akan
dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya, seorang iman adalah pemimpin atas
umatnya, dan dia bertanggungjawab atas rakyatnya, seorang suami adalah
pemimpin bagi keluarganya dan dia bertanggungjawab ke atas isteri dan
keluarganya…” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Tirmizi)
3.5 Menjaga Hak Terhadap Harta Isteri Dan Harta Sepencarian.
Ramai suami menganggap harta isteri adalah harta suami dan menganggap boleh
digunakan suami seperti mana isteri menggunakan harta suami. Malah terdapat kes
dimana suami memaksa isteri untuk bekerja demi kepentingan suami dengan
mengambil duit upah atau gaji tanpa izinnya. Ini satu amalan yang tidak elok serta
melanggar hak seorang isteri dimana didalam Islam harta isteri adalah hak khusus
bagi isteri dan suami tidak boleh menggunakan harta isteri tanpa izinnya dan isteri
redha suami menggunakanya.
Allah menjelaskan dalam firmannya yang bermaksud:
“Janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak mengambil kembali sebahagian
dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, kecuali jika mereka melakukan perbuatan
keji yang nyata”. (Surah An-Nisa ayat 19)
Suami harus tahu apa yang dimaksudkan dengan harta sepencarian. Harta sepencarian
ialah aset yang diperolehi oleh suami isteri dalam masa perkahwinan melalui usaha
mereka bersama dan tidak melibatkan aset isteri yang diperolehi dari usaha tunggalnya
sendiri atau harta pusaka yang diwarisinya. Hak isteri mendapat harta sepencarian apabila
6
berlaku situasi seperti berlakunya perceraian diantara suami dan isteri atau berlakunya
situasi dimana suami ingin atau telah berpoligami. Akan berlaku desakan isteri dalam
menuntut haknya kerana telah memberi sumbangan sama ada secara langsung atau tidak
langsung dalam memperolehi aset tersebut. Jika ada percanggahan, suami harus tahu
bahawa tuntutan harta sepencarian boleh dibuat di makamah melalui Akta Undang-
undang Keluarga Islam atau selesaikan melalui perbincangan diluar makamah. (Robiatul
Adawiyah, 2009: 14 / 15)
“Dan jika kamu ingin mengganti isterimu dengan yang lain, sedang kamu telah
memberikan kepada seseorang diantara mereka harta yang banyak, maka janganlah
kamu mengambil kembali daripadanya barang sedikit pun…”
(Surah An-Nisa ayat 20-21)
4.0 Cara Teguran Terhadap Isteri.
Perempuan iaitu isteri mempunyai hati yang lembut dan mudah terguris apabila dilukai dan
apabila dilukai sukar untuk diubati, oleh yang demikian terdapat beberapa cara dalam
memberi teguran kepada isteri. Semoga dengan tips-tips ini memberi panduan kepada para
suami cara memberi teguran.
1) Suami jangan membesarkan masalah yang kecil.
Walaupun masalah timbul datang dari isteri, suami hendaklah tegur secara lemah lembut
dan sama-sama memberi buah fikiran dalam mencari penyelesaian dari masalah yang
timbul. Jangan menunjukan ego dan kuasa dalam memberi kesalahan dan hukuman
diatas kesalahan isteri. Suami harus tahu menilai mana satu perkara yang bermasalah itu
samaada besar atau kecil.
2) Tegur isteri pada waktu dan tempat yang sesuai.
Janganlah memberi teguran sewaktu isteri tengah marah atau pun kita yang tengah
marah. Tunggulah dan berikanlah ruang untuk kita atau isteri bertenang, selepas itu
tegurlah dengan cara yang berhemah dengan kata-kata lembut. Jangan sesekali marah
didepan anak-anak dan tegurlah ditempat dimana tiada orang melihat dan mendengar
kecuali pasangan suami isteri itu sendiri. Untuk menjernihkan keadaan selepas memberi
teguran, berikanlah kata-kata cinta atau ciuman tanda kasih dan sayang.
6
3) Jangan sesekali menegur atau mengungkit kesalahan isteri didepan orang ramai.
Walaupun didepan ibubapa, adik-beradik dan lain-lain secara terus kerana ini akan
membuat isteri rasa tersinggung dan malu, tanpa kita sedari perkara ini telah mengaibkan
kita dimata orang lain.
4) Jangan bersikap sombong atau meninggi diri.
Walaupun kita lebih dominan dari segi kuasa, gunakannya dengan baik seperti jangan
terlalu ego dan menunjukkan kuasa yang ada, pimpinlah isteri dengan nilai-nilai
kemuliaan, tegur kesalahan berasaskan fakta dan keadaan, jangan menghukum tanpa
siasatan.
5) Tegurlah isteri dengan penuh kasih sayang.
Janganlah tegur isteri sehingga melukai hatinya, tegurlah isteri atas dasar cinta dan kasih
sayang bukan atas sebab-sebab lain kerana sesuatu perkara itu mudah diselesaikan kalau
perasaan dan emosi terkawal.
( Sumber daripada http://pakarhowto.com/,CARA MENEGUR ISTERI – ADAB DAN
ETIKA MENEGUR).
5.0 Kenali Isteri.
Ada sesetengah pasangan mencintai dan mengenali bakal isteri sebelum berkahwin dan ada pula sesetengah pasang bercinta dan berkenalan selepas berkahwin. Dua situasi yang berbeza, walau apa pun mengenali isteri itu wajib demi kelangsungan sewaktu perkahwinan itu. Harus diingat penilaian suami terhadap isteri harus dinilai bukan setakat dari rupa paras isteri itu sendiri, tetapi juga dari sudut yang lain seperti keturunannya, kebolehannya dan kebijaksanaannya serta agamanya.
Kenali isteri sebaik mungkin kerana itu akan menjamin hubungan yang flaksibal kerana kita tahu setakat mana tahap sesuatu sikap apa yang ada dan apa yang tidak ada pada isteri kita, lihat juga kemampuan isteri kita dalam sesuatu perkara dan jika tidak mampu bantulah, tolonglah apa yang kurang pada isteri. Suami harus komited dalam mengenali isteri secara berterusan kerana dari situ akan lahir lagi bibit-bibit cinta dan kasih sayang, banyak rahsia kebaikan yang harus dirungkai dan dibongkar terhadap diri isteri untuk menghangati perhubungan suami isteri ini atau suami mereka cipta atau mencadangkan karekter wanita solehah yang lebih feminin dan anggun dimata suami. Allah menciptakan sesuatu kejadian itu bersebab apa lagi kita sebagai hamba Allah untuk taat segala perintahNya dan maka dengan itu Allah menjadikan setiap manusia dengan sebaik-baik kejadian serta mempunyai kelebihan masing-masing. Satu perkara lagi kenali isteri melalui tangisannya kerana tangisan seorang isteri senjata yang amat merbahaya dan efektif untuk meluluhkan hati suami.
6
1) Pertama isteri menangis kerana cabaran hidup kerana memaksa isteri menggalas segala tanggungjawab dibahunya terhadap suami, anak-anak, kerjaya dan cita-cita peribadinya yang mesti dikejar sehingga berjaya. (Dr. Juanda Jaya, 2008: 167 / 168). Dalam hal ini isteri menghadapi pelbagai rintangan serta tekanan dan kadang-kadang ia menagis kerana kegembiraan terhadap sesuatu keadaan.
2) Dan terakhir isteri menangis kerana takutkan Allah diatas dosa dan noda yang telah dilakukan. Mencari redha Allah demi menuju syuga Allah bersama-sama suami yang dicintai. Betapa manusia itu sebati dengan lupa dan lalai, padahal nyawanya berada dalam genggaman Allah. Susah senang, hidup mati, syurga dan neraka berada pada kekuasaan pentadbiran Allah. (Dr. Juanda Jaya, 2008: 168)
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Dua jenis mata yang tidak disentuh oleh api neraka ialah mata yang menangis kerana takut
kepada Allah dan mata yang berjaga kerana berjuang di jalan Allah”. (Hadis Riwayat al-
Imam al-Tirmizi)
6.0 Suami Beriman Untuk Isteri Solehah
Suami yang beriman dan beramal soleh kerana akan membimbing isteri dan anak-anak ke
jalan Allah. Berdiri sebagai seorang imam yang diikuti ketika memberi tunjuk ajar, asuhan
dan didikan terhadap keluarga. Suami memberi contoh dan tauladan terbaik kepada isteri dan
anak-anaknya. Suami menjadi imam dalam solat, suami mengajar isteri dan anak-anak
mengaji, suami tahu hukum-hakam dan halal haram dalam agama, suami tahu
tanggungjawab sebagai seorang suami itu sendiri dan sebagai seorang bapa, suami tahu
perkara dunia dan perkara akhirat dan paling penting punyai asas agama yang kukuh.
Pembentukan sahsiah isteri bermula dari suami, bentuklah isteri berlandaskan Al-Quran dan
As Sunnah nescaya kita akan beroleh keberkatan apa lagi kejayaan yang pasti akan datang
dengan usaha suami kepada isteri. Ingatlah wahai suami, kejayaan bermula dari perancangan,
bentuklah dan jana sahsiah serta keperibadian diri kearah kebaikan sebelum membentuk
isteri serta keluarga.
6.1 Tip mudah untuk menjadi suami beriman:
1) Terangi Hati Dengan Cahaya Iman.
Makanan yang diperlukan oleh hati manusia adalah iman kepada Allah, tunduk
6
dan taat kepada-NYA dengan melakukan ibadat. Ajarkan isteri anda ilmu agama,
belikan buku-buku yang mampu menuntun kepada keyakinan akidah, ibadah dan
akhlak yang baik. (Dr. Juanda Jaya, 2008: 165)
2) Meditasi Cara Islam.
Ajaklah isteri anda melakukan meditasi solat, fokuskan pemikiran dan perasaan
pada ketenangan khusyuk solat, mengingati Allah, mengingati akhirat dan
jauhkan diri anda berdua dari kesibukan dunia. (Dr. Juanda Jaya, 2008: 165)
3) Memilih Habit Yang Positif.
Boleh berkawan dengan sesiapa tetapi biarlah yang mempengaruhi pemikiran dan
perasaan anda adalah kawan yang baik dan soleh. (Dr. Juanda Jaya, 2008: 165)
4) Wujudkan Kasih Sayang Dalam Perhubungan.
Jangan bosan memaafkan isteri dan suami mesti lebih kuat dan tabah menghadapi
ujian kehidupan. (Dr. Juanda Jaya, 2008: 165)
5) Amalkan Sifat Redha Kepada Allah.
Banyak mengucapkan lafaz “Inna Lillahi Wa Inna Illahi Rajiun”.
(Dr. Juanda Jaya, 2008: 165)
7.0 Buat Isteri Bahagia.
Suami yang idealistik akan sentiasa mencari sesuatu peluang atau jalan untuk membuat
keluarga itu hidup senang dan selesa. Punya kereta besar, rumah besar, duit banyak dan
sebagainya. Tetapi adakah ini akan menjamin keluarga itu bahagia terutamanya isteri,
memang diakui kebahagiaan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit dan kesenangan, tetapi
dengan wang ringgit dan kesenangan kebahagian itu dapat di wujud.
Jika kita tidak mampu atau berupaya memberi kesenangan wang ringgit yang lebih kepada
isteri kita carilah alternetif atau jalan lain yang mampu memberi kebahagiaan kepada isteri
kita, seperti isteri penat suami urutkan, isteri pening kepala suami picitkan, isteri sakit suami
rawatkan, isteri lapar suami masakkan dan banyak lagi perkara-perkara yang boleh buat isteri
rasa bahagia kerana kebahagiaan bukan setakat mempunyai harta atau kesenangan yang
banyak. Menghargai keintiman dan saat-saat penting perlu disemai dengan sentuhan pada
6
hati dan perasaan isteri, tubuh badanya dan corak pemirkirannya ini juga rahsia kebahagiaan
bagi pasangan yang berkahwin. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Orang yang paling baik antara kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya,
dan aku ialah orang yang sangat berlaku baik terhadap isteriku.”
7.1 Resepi Buat Isteri Bahagia.
1) Dampingi Dia Mencapai Kejayaan Dalam Hidupnya
Sentiasa disampingnya disaat dia memerlukan. Kelemahan isteri bukti
kelemahan suami juga oleh itu tugas anda adalah menuntun dan berganding
tanganagar dapat melalui jalan yang susah dan berbahaya dengan selamat.
Allah berfirman yang bermaksud :
“Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan sebahagian mereka menjadi
penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh berbuat kebaikan dan
melarang berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan
memberi zakat serta taat kepda Allah dan Rasul-NYA, mereka itu akan diberi
rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana”
(Surah Al-Taubah ayat 71). (Dr. Juanda Jaya, 2008: 206)
2) Buktikan Anda Bertanggungjawab.
Buktikan kemampuan dengan memberi nafkah secukupnya kepada isteri dan
anak-anak. Berusaha mengcukupi apa yang kurang. Sesungguhnya pahala
yang besar akan diberikan kepada suami yang ikhlas memberi nafkah kepada
keluarganya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Dari Abu Hurairah, ia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Satu dinar yang
kamu nafkahkan kejalan Allah, dan satu dinar kamu keluarkan untuk
memerdekakan seorng hamba dan satu dinar yang kamu nafkahkan untuk
keluarga mu maka yang paling besar pahalanya adalah yang kamu nafkahkan
kepada keluargamu” (Hadis riwayat Muslim). (Dr. Juanda Jaya, 2008: 206)
3) Bersikap Romantik.
Romantik adalah kelembutan, kasih sayang, rindu, hormat, menghargai,
memaafkan, memberi peluang, ikhlas memberi, sedih ketika dia bersedih dan
6
gembira ketika dia gembira, menolong, menasihati dan bersungguh-sungguh
menghidupkan suasana percintaan yang dia mahukan. Jangan remehkan
hubungan ‘intim’ yang anda lakukan, ianya boleh mengubat tekanan isteri
yang gelisah. (Dr. Juanda Jaya, 2008: 206)
4) Hormati Keluarga Isteri
Yang paling berharga dalam hidupnya sebelum kehadiran anda adalah kedua
ibu bapanya. Jangan pisahkan kasih diantara mereka disebabkan kerana kita
suami. Penghormatan yang paling tinggi nilainya bukan semestinya dengan
wang atau hadiah walaupun tidak dinafikan kedua-duanya amat mengambil
peranan penting, elok hiasi peribadi anda dengan budi bahasa yang sopan dan
beradab. (Dr. Juanda Jaya, 2008: 207)
5) Merancang Masa Depan Bersama, Sehidup Dan Semati.
Suami jangan terpedaya dengan pujukan nafsu yang akan merosakkan
kebahagiaan anda dan isteri. Lelaki boleh dikalahkan dengan tiga racun iaitu
harta, takhta dan wanita. Tetapi jika iman sentiasa memenuhi hati anda, Allah
akan menolong anda melalui tiga ujian itu dengan selamat. Rancanglah masa
depan dengan teliti, banyak agenda yang harus dikejar, dunia dan akhirat
sama-sama ditimbang. Berpalinglah dari nafsu syahwat yang merosakkan
impian anda dan isteri. Wanita istimewa yang cuba hadir dalam hidup anda
petanda awal kehancuran rumahtangga anda!. Berhati-hatilah dengan nafsu
yang dituruti. Ianya akan membinasakan diri anda. Bagi isteri bijaksana. resipi
ringkas lagi padat ini sesuai untuk dihadiahkan buat suami yang tercinta.
(Dr. Juanda Jaya, 2008: 207)
8.0 Kesimpulan.
Apa yang para suami akan dapat apabila menbaca artikal ini ialah para suami akan tahu
yang suami mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mentadbir sesebuah keluarga.
Berusahalah memimpin ahli dalam keluarga itu menuju ke syurga Allah. Ilmu itu penting
6
dan belajar dari pengalaman yang lalu agar kesilapan yang sama tak akan berulang-ulang.
Yakinlah kepada Allah kerana setiap kebaikan ada nikmatnya dan setiap keburukan ada
manisnya kerana Allah akan mencukupi sesuatu itu. Allah akan beri apa yang kita perlu
dan Allah tidak memberi apa yang kita nak. Kepada para suami sayangilah isteri anda,
pimpinlah, didiklah, kasih dan cinta kepadanya kerana setiap kebaikan kepada isteri ada
pahala disitu. Baca dan hayatilah lirik lagu dibawah ini agar para suami dapat inspirasi
untuk lebih mencintai isteri.
Permata Untuk Isteri. (Kopratasa)
Telah kusiapkanSatu daerah paling sunyiDalam hati ini untuk kau isiSebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaanSeorang wanitaUntuk kau beri erti dengan kelembutanUntuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita muliaYang tahu harga budi dan hatiSeorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri...Ku ingin kau mengertiBahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikanYang kita janjikanKerana kau isteriku
9.0 Bibliografi / Rujukan.
1) Al Quran dan Terjemahan.
2) DR. Juanda Jaya, 2008, SUAMI MITHALI ISTERI SEJATI, Shah Alam, Buku Prima Sdn Bhd. ISBN 978-983-3669-43-1
3) Dato Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab Hamid, 2009, Indahnya Hidup Bersyariat, Kuala Lumpur, Telaga Biru Sdn Bhd. ISBN 978-967-5102-30-1
6
4) Rabiatul Adawiyah Mohd, HAK-HAK ISTERI DALAM PERKAHWINAN MENURUT AL-QURAN DAN AL-SUNNAH, Negeri Sembilan, Kolej Universiti Islam Malaysia.
5) http://www.islam.gov.my/ , 15 JAN 2014, MAHAR (MAS KAHWIN) MENURUT PERSEPEKTIF ISLAM.
6) http://pmr.penerangan.gov.my/ , 16 JAN 2014, MAHAR/ MAS KAHWIN TANDA KASIH SAYANG DAN PEMBERIAN WAJIB KEPADA ISTERI.
7) http://pakarhowto.com/ , 17 APRIL 2009, CARA MENEGUR ISTERI – ADAB DAN ETIKA MENEGUR.
6
top related