folio geografi pmr 2008 jaringan pengangkutan
Post on 06-Jun-2015
23.758 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Penghargaan
_______________________________________
Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-nya saya
dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya dan dapat menghantar pada waktu
yang ditetapkan.
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru mata pelajaran Goegrafi saya
iaitu Pn.Gucharan Kaur a/p Sohan Singh kerana telah memberi tunjuk ajar dan
bimbingan beliau dalam menjalankan Kajian Geografi Tempatan (KGT). Ucapan terima
kasih juga saya tujukan kepada pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa
Melawati,Pn. Che Aini bt Che Ismail yang telah membenarkan kami menjalankan
kajian ini sehingga selesai.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya iaitu Encik Noorul
Ameen Bin E Abdul Latiff dan ibu saya Puan Hasarabunisa Binti Abdul Jabbar yang
sentiasa memberi dorongan, galakan dan bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan
tugasan ini. Kepada rakan-rakan saya,Mohamed Zharif ,Ahmad Zulfadhli,Aqim
Shiddiq,dan banyak lagi.Terima Kasih atas atas segala cadangan, tunjuk ajar dan bantuan
yang telah anda kongsikan bersama.
Akhirnya, saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk Wangsa Melawati atas
kerjasama yang telah pihak tuan puan berikan.
- 3 –
Pendahuluan
_______________________________________
Nama saya Mohamed Fazil Bin Noorul Ameen. Saya belajar di tingkatan 3 bestari
Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati,Wangsa Melawati,Kuala
Lumpur.Sebagai Memenuhi Keperluan mata pelajaran Geografi, saya diwajibkan
membuat satu kerja lapangan iaitu Kajian Goegrafi Tempatan (KGT). Saya telah
menjalankan KGT ini selama 7 minggu.
Saya telah memilih tajuk Jaringan Sistem Pengangkutan Di Wangasa Melawati,Kuala
Lumpur.Negara yang dibandingkan ialah Negara Singapura.Sebab pemilihan adalah
kerana terdapat pelbagai perbandingan dalam sistem pengangkutan antara Wangsa
Melawati dengan negara Singapura.Lebih –lebih lagi, negara Singapura adalah kampung
saya .Oleh yang demikian,akan memudahkan saya untuk mengkaji secara lebih dalam
bagi menghasilkan kerja khusus ini.
- 4 -
Objektif Kajian
_______________________________________
Kajian saya merangkumi objektif – objektif berikut:
Jenis – jenis sistem pengangkutan di Taman Wangsa Melawati
- Terdapat pelbagai jenis sistem pengangkutan di kawasan kajian yang telah
saya pilih
Faktor – faktor yang mempengaruhi jaringan system pengangkutan di
Taman Wangsa Melawati.
- Saya akan memberitahu faktor yang mempengaruhi sistem jaringan di
Taman Wangsa Melawati.
Kepentingan jaringan system pengangkutan di Taman Wangsa Melawati
dan dibandingkan dengan Negara Singapura.
- Saya akan memberitahu mengapakah jaringan sistem pengangkutan amat
penting di kawasan kajian
- 5 –
Objektif Kajian
Langkah – langkah penyelesaian yang dapat mengurangkan kesan
negatif perkembangan jaringan pengangkutan di Taman Wangsa
Melawati dan Negara Singapura.
- Saya akan memberitahu langkah – langakah untuk mengatasi kesan
negatif di kawasan kajian.
Melalui kajian ini saya bersyukur kerana berpeluang untuk
mengetahui dengan lebih mendalam mengenai jenis pengangkutan
di Taman Wangsa Melawati serta Singapura.
- 6 –
Kawasan Kajian
Latar belakang….
Kawasan kajian saya ialah Taman Wangsa Melawati.Wangsa Melawati terletak dibawah
pentadbiran DBKL.Pada masa dahulu,kawasan ini adalah sebuah ladang getah yang
dimiliki oleh syarikat Howdhorden.Howdhorden adalah kepunyaan Datuk Lok
Yew.Kawasan ini mula dimajukan pada tahun 1993 oleh Syarikat Negara Properties.Ia
merupakan kawasan perumahan kos sederhana dan sederhana tinggi.Segala kemudahan
awam dan infrastruktur dijaga oleh DBKL.
Lokasi…
Lokasi kawasan ini adalah di timur laut Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur.Taman Wangsa Melawati terletak diantara Wangsa Maju dan Taman
Melawati,Taman Permata dan Klang Gate.Ia juga berada berhampiran dengan sempadan
negeri Selangor.
Koordinat geografi:latitud 3 °2’91” dan longitud 101° 7’44”.
- 7 -
Kawasan Kajian
Bentuk muka bumi….
Taman ini didiami sebanyak 20 000 orang penduduk.Taman ini mempunyai ketinggian
aras laut sebanyak 100 m.Bentuk muka bumi di kawasan ini adalah rata.Keluasan Taman
Wangsa Melawati ialah lebih kurang 6 km persegi.
Jarak….
Kawasan ini terletak kira –kira 10 km dari pusat Bandar Kuala Lumpur dan boleh
dihubungi dengan Jalan raya Tun Razak,atau Lebuh Raya MRR2(lingkaran tengah 2)ke
ipoh di Utara dan Seremban di Selatan.
Bandingannya – Negara Singapura….
Seterusnya,negara bandingan saya adalah Negara Singapura.
Singapura didirikan sebagai koloni perdagangan Inggris pada 1819. Bergabung dengan
Federasi Malaya pada 1963 namun berpisah 2 tahun kemudian dan menjadi negara
merdeka.
Kemudian menjadi salah satu negara makmur dunia dengan hubungan perdagangan
internsional yang kuat (pelabuhannya merupakan salah satu yang tersibuk di dunia dilihat
dari sudut tonase yang dijual) dan dengan PDB per kapita yang sama dengan negara maju
Eropa Barat. Singapura merupakan negara kota pulau yang kecil, dan dijadikan kota di
Asia Selatan, terletak antara Malaysia dan Indonesia. Singapura memiliki jumlah daerah
- 8 -
Kawasan Kajian
daratan 692,7 km² dan 193 km garis pantainya. Terpisah dari Indonesia oleh Selat
Singapura dan dari Malaysia oleh Selat Johor.
[sunting] Dalam sekejap mata
Koordinat geografi: 1°18′ LU 103°51′ BT (kebanyakan peta tak akurat, sebab tak
menunjukkan Tuas Second Link 1997; [1] menunjukkannya, namun skala besarnya tidak)
zona perikanan eksklusif: dalam dan melampaui laut teritorial, sepetrti terdefinisi dalam
perjanjian dan praktek
laut teritorial: 3 mil laut (5,6 km)
Iklim: equatorial; panas, lembab, berhujan; tiada peristilahan musim hujan atau panas;
hujan angin ribut disertai petir dan guruh terjadi pada 40% seluruh hari ( 67 % hari di
bulan April)
Daerah: tanah rendah; plato pusat berlembah memuat wilayah penangkapan air dan
perlindungan alam
Perbedaan ketinggian:
titik terendah: Selat Singapura 0 m
titik tertinggi: Bukit Timah 164 m
- 9 -
Kawasan Kajian
SDA: ikan, pelabuhan air dalam Penggunaan tanah:
tanah yang bisa ditanami: 2%
panen tetap: 6%
padang rumput tetap: 0%
hutan: 5%
lainnya: 87% (perkiraan 1993)
Tanah teririgasi: Tiada
Bahaya alam: tiada Geografi - catatan: titik fokus untuk jalur laut Asia Tenggara.
- 10 -
Kaedah Kajian
_______________________________________
Kaedah kajian yang telah saya gunakan ialah :
a) Kaedah Pemerhatian
b)Bancian
c)Internet
a) Pemerhatian
- Selama menjalankan kajian ini, saya telah memerhatikan jenis-jenis pengangkutan yang
terdapat di Taman Wangsa Melawati.Saya telah menjalankan pemerhatian bersama rakan
saya tentang bentuk muka bumi
b) Bancian
-Saya dan ahli kumpulan telah menjalankan bancian terhadap penggunaan Lebuh Raya
Lingkaran Tengah 2 di Wangsa Melawati,pada hari khamis 21 April 2008 dari Pukul
4.00-6.00 petang.
c)Internet
- Saya telah melayari internet untuk mendapatkan isi – isi yang penting bagi menyiapkan
kerja khusus ini.
- 15 -
Dapatan Kajian
____________________________________
1. JENIS-JENIS SISTEM PENGANGKUTAN YANG TERDAPAT DI
WANGSA MELAWATI
Terdapat tiga jenis sistem pengangkutan di Wangsa Melawati iaitu jalan
raya,lebuh raya,dan pengunaan LRT.Jalan raya yang terdapat di kawasan kajian
ialah seperti Jalan Wangsa Melawati 1 dan Jalan Wangsa Melawati 2,manakala
lebuh raya pula ialah Lingkaran Tengah 2.Terdapat juga LRT yang berdekatan
dengan kawasan ini iaitu stesen LRT Wangsa Maju.Terdapat juga semua jenis
pengangkutan darat di kawasan kajian.Termasuklah Lori,Bas,Kereta,Motsikal,dan
Van.Kami telah melakukan bancian di Wangsa Melawati pada 21 April 2008
pukul 4.00 – 6.00 petang.Sila lihat pada graf di muka surat seterusnya untuk
melihat hasil bancian.
- 16 -
Dapatan Kajian
Jumlah Pengguna Lebuh Raya Lingkaran Tengah Wangsa Melawati,pada
hari Isnin 21 April 2008 Pukul 4.00 – 6.00ptg
Bil Jenis Kenderaan Bilangan Kenderaan
Pengguna
1 Lori 312
2 Bas 37
3 Kereta 777
4 Motosikal 246
5 Van 121
Jumlah
1493
- 17 -
Dapatan Kajian
2. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI JARINGAN SISTEM
PENGANGKUTAN DI WANGSA MELAWATI
2.1 Bentuk muka bumi
-Lebuhraya lingkaran Tengah II telah dibina diatas kawasan tanah pamah dan beralun
dengan tujuan untuk mengelakkan kesesakan lalulintas di pusat bandar Kuala
Lumpur.Saya berasa bersyukur kerana di kawasan saya mempunyai system pengangkutan
yang baik.
2.2 Keperluan pengguna
-Faktor yang menggalakan pembinaan LRT di Taman Wangsa Melawati adalah untuk
menghubungi kawasan perumahan yang lain atau ke pusat bandar.Selain itu juga
mengurangkan pengguna kenderaan di jalan raya dan mengurangkan kesesakan jalan
raya.Kita perlu menghargai kemudahan sistem pengangkutan kepada penduduk di Taman
Wangsa Melawati kerana hanya Kuala Lumpur sahaja terdapat LRT.Terdapat juga
perkhidmatan bas untuk perjalanan ke mana – mana tempat.Lebih – lebih
lagi,perkhidmatan bas seperti syarikat Rapid KL,hanya mengecaj RM1.00 bagi satu hari
untuk kemana sahaja.Hal yang demikian,akan menjimatkan duit para pengguna.
Gambar menunjukkan sistem LRT di Kuala Lumpur
- 18 -
Dapatan Kajian
3. KEPENTINGAN JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN
Jaringan pengangkutan jalan raya dan LRT memainkan peranan penting penting
dalam mobility penduduk.LRT di Taman Wangsa Melawati memudahkan
penduduk berulang –alik ke tempat kerja seperti di Bandar raya Kuala
Lumpur.Mereka dapat menjimatkan masa kerana LRT memberikan perkhidmatan
yang cepat.Lebih – lebih lagi, kemudahan LRT akan menyelesaikan masalah
kesesakan jalan raya.LRT juga memberikan perjalanan yang cepat.Hal yang
demikian akan menjimatkan masa perjalanan. Stesen LRT yang paling terdekat di
Taman Wangsa Melawati adalah Stesen LRT Wangsa Maju.
Gambar menunjukkan Stesen LRT Wangsa Maju
- 19 -
Dapatan Kajian
Gambar menunjukkan keselesaan di dalam LRT
Perkhidmatan LRT juga adalah selesa kerana terdapat pendingin hawa serta
penumpang tidak perlu berebut – rebut dan berasak – asak. Dengan kata lain tiada
kesesakan sepanjang perjalanan.
Perkhidmatan yang sama juga dilakukan di negara Singapura.Perkhidmatan
tersebut dikenali sebagai MRT.MRT digunakan secara meluas di Singapura.Ia
memberikan perkhidmatan yang lengkap kepada seluruh negara Singapura.Malah,MRT
memberikan perkhidmatan percuma untuk para pelajar.Ini akan memudahkan para pelajar
di Singapura untuk ke sekolah mereka tanpa sebarang bayaran.
- 20 -
Dapatan Kajian
Gambar menunjukkan MRT di Singapura
Terdapat juga perkhidnatan bas yang membolehkan para penduduk di
Taman Wangsa Melawati berhubung dengan seluruh Kuala Lumpur.Perkhidmatan
bas amat penting bagi pengguna yang tidak mempunyai kereta persendirian.Mereka
akan menggunakan sistem perkhidmatan ini untuk ke tempat kerja dan malah ada
pelajar yang menggunakannya untuk pergi ke sekolah.
Di Singapura ,perkhidmatan bas dijalankan juga.Terdapat pelbagai jenis bas yang
disediakan di negara tersebut.Antaranya adalah SBS Transit,SMRT Bus,dan Shuttle
Bus.SMRT Bus menyediakan perkhidmatan di seluruh Singapura.Syarikat bas
SMRT(syarikat yang sama dengan MRT),menyediakan perkhidmatan percuma untuk
para pelajar sekolah.Hal yang demikian amat penting untuk para pelajar yang ke sekolah
dengan menaiki bas.
- 21 -
Dapatan Kajian
Gambar menunjukkan Bas SBS Transit
Gambar menunjukkan Bas SMRT
Jaringan jalan raya pula meningkatkan tahap ketersampilan dari Taman Wangsa
Melawati ke kawasan sekitarnya.Tambahan pula Lebuhraya di sini boleh
menghubungkan kawasan ini ke utara dan selatan Semenanjung Malaysia melalui lebuh
raya Utara-Selatan.
- 22 -
Dapatan Kajian
Berdasarkan bancian yang di jalankan pada hari isnin 21 April 2008 Pukul 4.00 –
9.00 petang di dapati bilangan kenderaan yang lalu di Lingkaran Tengah 2 adalah
berjumlah 1493 buah.Kereta merupakan jenis kenderaan yang paling banyak
menggunakan lebuh raya ini iaitu 777 buah,manakala lori ialah 312 buah,diikuti
motosikal 246 buah,Van 121 buah dan akhirnya bas 37 buah.
Penduduk di kawasan ini amat bersyukur kerana berpeluang menikmati
keselesaan LRT, bas dan mempunyai jaringan jalan raya yang baik.
Gambar menunjukkan lingkaran tengah
- 23 -
Dapatan Kajian
Graf Jumlah Pengguna Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2
Wangsa Melawati pada hari khamis 21 April 2008 Pukul 4.00 –
6.00 petang
- 24 -
Dapatan Kajian
4. Kesan – kesan perkembangan Jaringan Sistem
Pengangkutan Terhadap Alam Sekitar di Wangsa Melawati
4.1 Kesan Positif
- Di kawasan Taman Wangsa Melawati dan bandar – bandar yang menggunakan
kereta api elektrik yang cekap telah berjaya mengurangkan pencemaran udara
- Di singapura,terdapat juga perkhidmatan “MRT” seperti yang dijalankan di
Malaysia.Ini membantu mengelakan penebangan hutan secara berlebih- lebihan hanya
untuk membina jalan raya. Ini dapat mengurangkan kesan rumah hijau dan kesan pulau
haba.Saya berasa bangga kerana menetap di kawasan yang terdapat kemudahan
pengangkutan LRT yang mesra alam.
- LRT juga mewujudkan landskap yang menarik dan juga mengelakkan kesesakkan jalan
raya.Ini akan menjadi tumpuan kepada pelabur luar negara untuk melabur di negara
kita.Hal yang demikian,akan meningkatkan hasil ekonomi di negara kita.
- 25 -
Dapatan Kajian
4.2 Kesan Negatif
- Manakala kesan negatif perkembangan pengangkutan ke atas alam sekitar ialah
pencemaran udara.Ini disebabkan pelepasan asap kenderaan khususnya daripada
kenderaan berat yang mengandungi plumbum dan karbon dioksida.
- Pertambahan bilangan kenderaan turut menyunbang kepada berlakunya kesesakan
lalu lintas di kawasan kajian terutamanya ketika waktu puncak.Keadaan ini sama
dengan fenomena yang berlaku di Negara Singapura kerana kedudukannya yang
amat padat.
- Kemalangan jalan raya sering berlaku di Malaysia.Di lingkaran tengah banyak
berlaku kemalangan kerana jalan yang berbukit bukau yang menyebabkan
penglihatan yang kurang jelas.
- 26 -
Dapatan Kajian
5.Langkah – langkah penyelesaian
5.1 Pengunaan petrol tanpa plumbum
Malaysia telah menjalankan kempen penggunaan petrol tanpa plumbum untuk
mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan.Begitu juga
kerajaan Singapura telah menggalakan penggunaan petrol tanpa plumbum untuk tujuan
sama.Terdapat juga kenderaan yang menggunakan catalytic converter untuk
Kemalangan Jalan raya
KesesakkanJalan raya
Pencemaranudara
Kesan negatif
mengelakkan pencemaran udara.Saya amat bersyukur kerana langkah tersebut dapat
mengurangkan tahap pencemaran udara dunia.
5.2 Menanam pokok – pokok di Taman Wangsa Melawati
Usaha ini bertujuan untuk mengurangkan pencemaran udara dan boleh menyerap gas
karbon dioksida dalam proses fotosintesis.Kita perlu menanam sebanyak pokok yang
mungkin dan tidak menebangnya untuk mengurangkan pencemaran udara.Usaha yang
sama juga dilakukan oleh kerajaan Singapura yang menganjurkan program “Green Earth”
iaitu setiap rumah wajib memiliki sekurang – kurangnya sebuah pokok di halaman
rumah..Saya amat berbangga kerana kawasan kajian saya masih lagi mempunyai kawasan
hijau walaupun pembangunannya pesat.
- 27 -
Dapatan Kajian
5.3 Mengurangkan kesesakan lalu lintas
Malaysia telah menggalakan pengunaan kenderaan berkuasa elektrik seperti
LRT di taman ini sebagai satu langkah pro-aktif mengurangkan kesesakan jalan
raya.Jenis pengangkutan yang sama juga dilaksanakan oleh negara Singapura yang
dikenali sebagai “MRT”.Saya berbangga kerana Malaysia mampu menyediakan
pengangkutan bertaraf dunia.
5.4 Menggunakan Penggunaan NGV (Neutral Gas Vehicle)
Malaysia telah mengamalkan penggunaan NGV untuk semua teksi di
Malaysia.NGV tidak akan mencemarkan udara dan ia adalah mesra alam.Malah,harga
NGV adalah murah daripada harga petrol.Kegiatan yang sama telah dilakukan di negara
bandingan saya di Singapura atas alasan yang sama.
Gambar menunjukkan pengguna yang menggunakan NGV
- 28 -
Dapatan Kajian
5.5 Memandu dengan cermat
- Kita perlu memandu dengan lebih cermat untuk mengelakkan kejadian kemalangan.Kita harus
mematuhi peraturan dan mengikut had laju yang di tetapkan.Kebanyakkan kemalangan berlaku
kerana kecuaian pemandu dan membawa kenderaan melebihi had laju.
Kita perlulah berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kita.Kita perlu
beusaha untuk mengurangkan kesemua kesan negatif yang didapati di jaringan
sistem pengangkutan.
- 29 -
Rumusan
_______________________________________
Melalui kajian ini,saya dapat mengetahui tenteng jenis – jenis sistem
pengangkutan ,faktor –faktor yang mempengaruhi jaringan sisitem pengangkutan di
Taman Wangsa Melawati.Disamping itu,mengenalpasti kepentingan serta kesan – kesan
perkrmbangan jaringan sistem pengangkutan dan seterusnya langkah – langkah
mengatasi masalah sistem pengangkutan.Selepas menjalankan kajian ini,saya telah
mengetahui secara lebih mendalam terhadap kawasan kajian saya.Saya juga berasa
bangga kerana menjadi seorang rakyat Malaysia setelah menjalankan kajian ini.Melalui
kajian ini saya merasa bangga kerana dapat tinggal di kawasan yang serba lengkap dan
maju dengan sistem pengangkutan.Saya juga mengetahui jaringan pengangkutan di
singapura.Ini merupakan pengalaman yang tidak dapat saya lupakan.
- 30 -
Lampiran
_______________________________________
Peta kuala lumpur
- 31 -Lampiran
Jumlah pengguna lebuh raya lingkaran tengah Wangsa Melawati ,pada hari isnin 21 april 2008 pukul 4.00 – 6.00 petang
Bil Jenis kenderaan Kekerapan Jumlah
1 Lori 312
2 Bas 37
3 Kereta 777
4 Motosikal 246
5 Van 121
- 33 -Lampiran
Kuala Lumpur Dari Google Earth
- 32 -Kawasan Kajian
Peta Kuala Lumpur
- 11 -Kawasan Kajian
Singapore dari google earth
- 13-Kawasan Kajian
Peta Singapura
- 14 –Lampiran
Wangsa Melawati Dari Google Earth
- 34 -Lampiran
Peta Wangsa Melawati
- 35 -
Lampiran
Laluan LRT
- 36 -Lampiran
Laluan MRT
- 37 -
top related