kerja khusus geografi pmr
TRANSCRIPT
Sekolah Menengah Kebangsaan
Taman Desa
Kajian geografi tempatan
Bentuk muka bumi Bandar Country Homes,
Rawang,Selangor dan potensinya berbanding
Pulau Jawa,Indonesia
Nama:Muhammad Jeffry Bin Buyung
No K.P:940320-14-5509
Tingkatan:3 Gigih
Tarikh Hantar:30.6.2009
Markah:
Isi kandunganBIL ISI KANDUNGAN HALAMAN
1 Penghargaan
2 Pendahuluan
3 Objektif Kajian
4 Kawasan Kajian
5 Kaedah Kajian
6 Dapatan Kajian
1.BMB dan cirinya.
2.Potensi BMB kepada kegiatan manusia dan
pembangunan Bandar Country Homes.
3.Halangan BMB terhadap kegiatan manusia.
4.Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar.
5.Langakh mengurangkan kesan kegiatan manusia
terhadap alam sekitar
7 Rumusan
8 Lampiran
Penghargaan
Alhamdulillah,syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga
saya menyiapkan folio sejarah ini.Tanpa izinnya tidak mungkin saya dapat menyiapkan tugasan
ini.
Saya Muhammad Jeffry Bin Buyung ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ibu
dan bapa saya yang telah membantu saya dari segi sokongan dan kewangan.Bapa saya
juga banyak memberikan maklumat-maklumat.tambahan.Tugasan saya mungkin
bertambah sukar jika mereka berdua bantuan daripada beliau.Sekalung penghargaan juga
ditujukan kepada pihak sekolah,terutama kepada pengetua S.M.K Taman Desa Puan Zakiah
Binti Isa dan Puan Zaliah guru geografi saya yang telah memberi tunjuk ajar kepada saya untuk
menyiapkan tugasan yang agak sukar ini.Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah
membantu saya dari segi pengetahuan dan berkongsi bahan semasa membuat kajian folio
sejarah ini.Akhir sekali,saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara
tidak langsung dalam menyiapkan folio bangunan berserjarah ini.JASAMU DIKENANG
Pendahuluan Bagi memenuhi kehendak sukatan pelajaran Peperiksaan Penilaian Rendah (PMR) yang diberi oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia, saya Muhammad Jeffry Bin Buyung telah memilih tajuk bentuk muka
bumi Bandar Country Homes dan potensinya berbanding Pulau Jawa.
Tujuan saya memilih kawasan ini sebagai kawasan kajian adalah kerana kawasan ini berhampiran
dengan tempat saya tinggal dan memudahkan lagi kerja-kerja kajian yang perlu saya lakukan. Selain itu,
kos kajian adalah murah kerana saya tidak perlu menaiki bas atau teksi untuk pergi ke kawasan kajian.
Tambahan pula, sambutan dan sokongan penduduk tempatan di sini agak baik, ramah dan mudah
mesra. Mereka memberi galakan dan perhatian kepada saya dalam menghasilkan kajian ini.
Tempoh untuk menjalankan kajian ini memakan masa selama lebih kurang enam bulan bermula
daripada bulan Februari hingga Julai.
Objektif kajian Objektif kajian dalam melaksanakan kajian ini adalah untuk:
1. Mengenalpasti jenis dan pola petempatan di Bandar Country
Homes dan Pulau Jawa,Indonesia.
2. Mengenalpasti faktor yang mempengaruhi di Bandar Country
Homes dan Pulau Jawa, Indonesia.
3. Mengenalpasti bentuk muka bumi ,potensi Bandar Country
Homes dan Pulau Jawa,Indonesia.
4. Mengenal pasti pekerjaan penduduk Bandar Country Homes dan
Pulau Jawa.
5. Mencadangkan langkah mengurangkan masalah petempatan di
Bandar Country Homes danPulau Jawa,Indonesia
6. Memupuk perasaan bangga terhadap tempat tinggal yang selesa
dan mempunyai pelbagai kemudahan.
Kawasan kajianBandar Country Homes,Rawang,Selangor.
Kawasan kajian saya ialah Bandar Country Homes yang terletak di
utara dari Pekan Rawang. Jarak Bandar Country Homes dari Pekan
Rawang adalah kira-kira 10 kilometer dan 32 kilometer dari pusat
bandar Kuala Lumpur. Kawasan ini adalah di bawah pentadbiran Majlis
Perbandaran Selayang.
Pandang darat fizikal ialah dari kawasan perladangan kepada
pembinaan sekolah,kawasan perumahan, pasar berbangunan,masjid
dan banyak lagi.Keluasan Bandar Country Homes seluas 730 hektar.
KAEDAH KAJIAN
Semasa menjalankan kajian ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan
maklumat:
1. PEMERHATIAN
Kaedah ini penting untuk melihat apa yang ada di kawasan kajian seperti bentuk muka bumi dan lain-
lain yang berkaitan dengan kajian saya. Semua yang dilihat akan dicatat dalam buku catatan untuk
digunakan semasa membuat laporan kajian nanti.
2. RUJUKAN
Kaedah rujukan yang dilakukan ialah dengan merujuk kepada buku teks dan melayari internet selain
merujuk kepada orang sumber seperti ibu bapa dan jiran yang telah lama tinggal di kawasan kajian.
3. TEMU BUAL
Saya telah menemu bual beberapa orang responden yang merupakan penduduk di kawasan kajian.
Dapatan kajian8.1.bentuk muka bumi Bandar Country Homes dan Pulau Jawa
Bentuk muka Bandar country homes terdiri daripada kawasan yang
beralun.Disamping itu terdapat juga kawasan tanah pamah.Ketinggian
kawasan Bandar Country Homes secara umumnya adalah lebih kurang
300 meter dari aras laut.Bahagian utara Bandar Country Homes lebih
beralun berbanding kawasan yang lain.
Manakala Pulau Jawa merupakan sebuah pulau yang terletak di
tengah-tengah Indonesia.Pulau ini dikelilingi oleh Lautan Hindi
disebelah barat dan Lautan China Selatan di sebelah timur.Di Pulau
Jawa terdapat gunung berapi yang masih aktif seperti Gunung Merapi
dan Mahameru.
Oleh itu kita perlu bersyukur kerana kawasan kediaman
kita tidak mempunyai dugaan alam yang dasyat.Selain itu juga kita perlu
mempunyai semangat cinta akan negara kerana mempunyai sebuah
negara yang kurang berlaku bencana alam.
8.2potensi BMB kepada kegiatan manusia dan pembangunan di BCH.
Bandar Country Homes mempunyai tanah yang rata.selain itu juga lebuh raya yang
berdekatan(hanya 3 kilometer dari Bandar Country Homes)mengambil masa selama 10 minit
jika menaiki kenderaan.Oleh yang demikian purata penduduk Bandar Country Homes bekerja di
kawasan-kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur,Petaling Jaya,Shah Alam dan banyak
lagi.
Di Bandar Country Homes terdapat beberapa perniagaan yang dijalankan oleh penduduk
dan orang luar. contoh perniagaan yang dijalankan ialah membuka restoran kedai runcit dan
banyak lagi.Selain itu juga kegiatan perniagaan di Bandar Country Homes boleh dibuktikan
dengan adanya kilang lampin bayi yang terdapat di Bandar Country Homes.
Pulau Jawa juga mempunyai potensi dari segi bentuk muka buminya.Bentuk muka bumi
Pulau Jawa yang sesuai untuk dijadikan kawasan pertanian.Selain itu jugaPulau Jawa
mempunyai tanah yang subur ini disebabkan kerana tanah di Pulau Jawa adalah bekas tanah
gunung berapi.Pulau Jawa juga menjadi tumpuan pelancong kerana mempunyai banyak tempat
menarik seperti gunung merapi
Penduduk yang menetap di Bandar Country Homes amat bersyukur kepada Tuhan kerana
kawasan Bandar Country Homes adalah kawasan tanah pamah yang rata . Begitu juga dengan penduduk
Pulau Jawa yang bersyukur dan berterima kasih kerana Pulau Jawa mempunyai tanah aluvium
yang subur untuk kegiatan menanam padi.
8.3Halangan Bentuk muka bumi Kepada Manusia
Bandar Country Homes mempunyai beberapa halangan diantaranya
kesesakan jalan raya yang hanya berlaku di satu kawasan diwaktu
tengahhari kerana purata pelajar pulang sekolahdiwaktu tengahhari ini
disebabkan oleh lokasi empat sekolah yang bersebelahan iaitu S.M.K
Taman Desa,S.K Taman Desa,S.K Taman Desa,dan SRA Al-Furqan.
Pulau Jawa juga mempunyai beberapa halangan diantaranya ialah
bentuk muka bumi yang berbukit dan mempunyai risiko yang amat
besar terjadinya tanah runtuh. Selain itu juga Pulau Jawa terdapat
gunung berapi yang masih aktif.
Melalui daripada kajian yang telah saya jalankan, saya berbangga dan
bersyukur menjadi rakyatMalaysia kerana dapat hidup dengan aman
dan selesa.
8.4 kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar yang berlaku di Bandar Country Homes,Rawang
ialah pencemaran udara yang disebabkan oleh jumlah penduduk memakai kenderaan
bertambah.Selain itu juga,asap kilang yang terletak berhampiran Bandar Country Homes.
Tambahan pula, saya juga mendapati sesetengah kawasan kajian saya mengalami masalah sistem
saluran perparitan yang tidak diselenggara dengan baik. Ketika hujan, air tidak dapat mengalir dengan
lancer disebabkan sikap segelintir penduduk yang selalu membuang sampah ke dalam longkang dan
menyebabkannya tersumbat.
Manakala di Pulau Jawa,masalah yang di hadapi ialah pengunaan racun serangga yang
berleluasa untuk kegunaan pertanian.pengunaan racun serangga yang berleluasa boleh
menyebabkan pencemaran tanih seterusnya tanih tidak menjadfi subur.
Pulau Jawa juga mempunyai penduduk yang terlalu ramai dan menyebabkan kegunaan tanah
yang terhad.Selain itu juga penduduk Pulau Jawa terpaksa tinggal di pinggiran bukit kerana tidak
mempunyai tanah yang lain.
Walau bagaimanapun, saya sebagai penduduk tetap bersyukur dan bangga kerana pihak penduduk di Walau
bagaimanapun, saya sebagai penduduk tetap bersyukur dan bangga kerana pihak penduduk di Bandar Country Homes
berusaha untuk mengurangkan masalah-masalah petempatan. Sehubungan dengan itu, penduduk Pulau Jawa juga
bersyukur kerana kurang berlaku pencemaran di kawasan mereka
8.5 Langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
Masalah pencemaran udara yang dihadapi dapat ditangani dengan mengadakan kempen kesedaran
kepada penduduk mengenai masalah jerebu yang semakin serius. Kempen ini juga dapat memberi
kesedaran kepada penduduk agar menjaga alam sekitar seperti berkongsi kereta ketempat kerja selain
untuk menjamin kesegaran udara bagi penduduk.
Kedua, masalah sistem parparitan dapat diatasi dengan menyebarkan poster kepada penduduk agar
tidak terus membuang sampah kedalam longkang.Penyebaran poster tentang akibat atau kesedaran
yang berlaku akibat dari pembuangan sampah-sarap ke dalam parit juga akan dapat mengurangkan
masalah perparitan daripada terus teruk.
Manakala di Pulau Jawa pula harus di beri kesedaran kepada petani-petani agar idak menggunakan
racun serangga dan baja kimia secara berleluasa dan menghadkan penggunaan racun serangga.Selain
itu, kerajaan Indonesia perlu mengambil tindakan kepada petani yang menggunakan racun serangga
dan baja kimia yang berlebihan
Selain itu juga,kerajaan Indonesia juga perlu membuka kawasan petempatan yang baru agar dapat
mengurangkan masalah kepadatan penduduk yang serius.
Penduduk di Bandar Country Homes sangat bersyukur kerana terdapat pelbagai kemudahan asas yang
disediakan oleh pihak kerajaan bagi memudahkan kehidupan mereka.Penduduk Pulau Jawa pula
bersyukur kerana tinggal di negara yang aman .
rumusan Jenis petempatan di Bandar Country Homes adalah merupakan sebuah petempatan bandar dan
mempunyai pola petempatan berpusat. Hal ini kerana rumah penduduk dibina dalam keadaan rapat.
Terdapat juga pelbagai infrastruktur dan kemudahan asas dibina berdekatan dengan kawasan kajian.
petempatan berpusat.
Fungsi Bandar Country Homes dibangunkan adalah untuk kawasan petempatan. Selain itu, terdapat
juga sistem kemudahan asas dan sistem pengangkutan dan perhubungan yang disediakan bagi
kemudahan penduduk.
Di kawasan kajian juga mempunyai beberapa masalah seperti masalah pencemaran udara. Ekoran itu,
saya telah membuat kajian cara untuk mengatasi masalah tersebut, iaitu, dengan mengadakan kempen
dan menyebarkan poster kesedaran.
Melalui daripada kajian yang telah saya jalankan, saya berbangga dan bersyukur menjadi rakyat Malaysia
kerana dapat hidup dengan aman dan selesa.
Taburan tempat pekerjaan
Tempat berkerja Bilangan penduduk Kuala Lumpur 43 Bandar Country Homes 4 Rawang 4 Damansara 6 Shah Alam 1 Lain-lain 8
Rujukana)Buku Teks
-Abdul Rahim Mohammad Nor,2008,Geografi tingkatan3,Cerdik Publications Sdn.Bhd,muka surat 196-221
b)Ensiklopedia.
-The New Encyclopedia Britannica volume 21,fifteen edition,2002,Encyclopedia Britannica Inc,Muka surat 216-217
c)Internet
-www.vmgo.com/vu/peta+pulau+jawa.html
- en.wikipedia.org/wiki/Bandar_Country_Homes