kerja kursus geografi pmr 2009
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Kerja Kursus ini dibuat oleh Are-FiqTRANSCRIPT


BIL PERKARA HALAMAN
1.0 Penghargaan
2.0 Pendahuluan
3.0 Objektif Kajian
4.0 Kawasan Kajian
5.0 Kaedah Kajian
6.0 Dapatan Kajian
6.1 Jenis dan Pola Petempatan
6.2 Faktor yang Mempengaruhi Petempatan
6.3 Fungsi Petempatan
6.4 Masalah Petempatan
6.5 Langkah Mengurangkan Masalah Petempatan
7.0 Rumusan
8.0 Lampiran
9.0 Rujukan

Saya ………………………………………. ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengetua, Puan Fuziah binti Mahmood
yang telah memberi kebenaran kepada saya menjalankan kerja kursus ini. Saya juga ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru Geografi saya, Puan Mahani binti SaiAbu
Seman, yang telah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar hingga kajian ini selesai.
Jutaan terima kasih saya juga ditujukan khas kepada kedua ibu bapa saya yang tersayang
yang telah banyak membantu dan memberikan dorongan sepanjang kajian ini dijalankan.
Ucapan terima kasih saya juga ditujukan kepada semua responden yang telah
memberikan kerjasama dalam menyiapkan tugasan ini. Juga tidak lupa kepada rakan-
rakan yang banyak membantu.

Saya telah memilih tajuk “Kajian Petempatan dan Perkembangannya di Kawasan
Persiaran Multimedia, Cyberjaya dan Perbandingannya dengan Negara Kanada” untuk
Kerja Kursus Geografi PMR 2009. Saya mengkaji tentanag aspaek-aspek jenis dan pola
petempatan, faktor yang mempengaruhi petempatan dan masalah petempatan.
Saya telah memilih kawasan Persiaran Multimedia, Cyberjaya sebagai kawasan
kajian kerana kawasan ini berhampiran dengan sekolah saya. Ini memudahkan saya dan
rakan-rakan mengumpul maklumat. Tempoh saya menyiapkan kajian ini ialah lebih
kurang lapan minggu iaitu mulai bulan Mac hingga Jun.

Objektif kajian saya ialah :
3.1 Mengenalpasti jenis dan pola petempatan di kawasan kajian dan di negara bandingan.
3.2 Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan di kawasan kajian dan
di negara perandingan.
3.3 Mengenalpasti fungsi petempatan di kawasan kajian dan di negara perbandingan.
3.4 Menjelaskan masalah petempatan di kawasan kajian dan di negara perbandingan
3.5 Mengenalpasti langkah-langkah mengurangkan masalah petempatan di kawasan
kajian dan di negara perbandingan
Saya sebagai pengguna di kawasan Persiaran Multimedia berasa bangga dan
bersyukur kerana pelbagai kemudahan yang terdapat di sini seperti kedai alat tulis, kedai
makan dan kedai runcit. Saya akan bekerjasama memlihara alam sekitar di kawasan
kajian.

Kawasan kajian saya ialah kawasan Persiaran Multimedia yang terletak di
Cyberjaya. Bandar Cyberjaya ialah sebuah bandar baru dengan keluasan kira-kira 7000
ekar. Ia telah dibangunkan secara terancang oleh syarikat Malaysia, Setia Haruman Sdn.
Bhd. untuk menjadi sebuah bandar pintar berasaskan teknologi maklumat dan
multimedia. Cyberjaya merupakan tulang belakang Koridor Raya Multimedia (MSC) di
Malaysia. Cyberjaya terletak di daerah Sepang, Selangor dan terletak kira-kira 30 km di
selatan Kuala Lumpur dan bersebelahan Putrajaya.
Pembangunan yang terdapat di pinggir Persiaran Multimedia ialah seperti
Universiti Multimedia Malaysia (MMU), kawasan perumahan, terminal bas dan teksi,
perkedaian, syarikat korporat dan sekolah. Bentuk muka bumi Cyberjaya adalah beralun
yang asalnya merupakan kawasan penanaman kelapa sawit dan getah.

Kuala Selangor
Hulu Selangor
Sabak Bernam
Gombak
Klang
Petaling
Kuala Langat
Hulu Langat
Sepang
Petunjuk :
Sempadan Negeri
Sempadan Daerah
Kawasan Kajian,
Bandar Cyberjaya
Tajuk : Daerah-daerah di Selangor

Kanada ialah negara perbandingan saya untuk kajian ini. Kanada adalah sebuah
negara di benua Amerika Utara dan merupakan negara kedua terbesar di dunia. Ibu
negara Kanada ialah Ottawa.

5.1 Pemerhatian : Saya memerhati jenis-jenis petempatan di Cyberjaya
5.2 Kaedah temu bual : Kaedah ini digunakan ketika menemubual 3 orang responden
5.3 Rujukan : Saya membuat rujukan di internet.

6.1 Jenis dan Pola Petempatan
Jenis petempatan di Persiaran Multimedia, Cyberjaya ialah bandar. Bandar
Cyberjaya dibina secara terancang untuk menjadikan sebuah bandar pintar yang
berasaskan teknologi maklumat dan multimedia. Pola petempatannya ialah berpusat.
Pusat aktiviti yang terdapat sepanjang di Persiaran Multimedia ialah sekolah, terminal
bas, MMU dan kompleks perdagangan.
Di Bandar Ottawa, Kanada, jenis petempatan juga jenis bandar. Pola petempatan
adalah berpusat. Pusat aktiviti yang terdapat di Bandar Ottawa ialah kompleks
perdagangan, Universiti Ottawa dan taman rekreasi.
Saya rasa berbangga dengan pembangunan petempatan berpusat di kawasan
kajian yang terancang dengan baik. Pola berpusat memudahkan saya dan rakan saya
untuk menggunakan kemudahan yang ada.

6.2 Faktor yang Mempengaruhi Petempatan
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Petempatan
Sumber Sejarah
Darjah Ketersampaian Bentuk Muka Bumi
Dasar Kerajaan Kegiatan Ekonomi

Kegiatan Ekonomi
Kegiatan ekonomi di Persiaran Multimedia mempengaruhi perkembangan dan
petempatan Cyberjaya. Kegiatan utama ialah perkhidmatan berasaskan teknologi
maklumat dan multimedia. Syarikat korporat yang terdapat di sini ialah BMW, FUJITSU,
DHL, HSBC dan sebagainya.
Kegiatan ekonomi kedua ialah perniagaan. Daripada pemerhatian, kami
mendapati bahawa terdapat 13 buah kedai di kawasan kompleks perdagangan di
Persiaran Semarak Api.
Kegiatan ekonomi ketiga ialah pendidikan. Terdapat sebuah universiti MMU yang
sebahagian besar pelajar dari luar negara.

Saya telah mengumpul maklumat tentang jenis perniagaan yang terdapat di
kompleks perdagangan tersebut. Saya telah menyusun maklumat dalam bentuk jadual dan
graf.
Jenis perniagaan Jumlah
Pelbagai barangan 2
Perkhidmatan 3
Makanan 8
Jumlah 13
Jadual : Jenis Perniagaan di Kompleks Perdagangan Persiaran Semarak
Jenis Perniagaan
Bilangan Kedai (buah)0 2 4 6 8 10
Makanan
Perkhidmatan
Pelbagaibarangan

Darjah Ketersampaian
Kedudukan Cyberjaya bersebelahan dengan Putrajaya menyebabkan kawasan
kajian mudah dihubungi dari pelbagai arah. Pengguna dari Putrajaya boleh menggunakan
Persiaran Selatan atau Persiaran APEC. Jarak kawasan kajian ke Putrajaya hanyalah 10
km. Faktor ini menyebabkan pembangunan di Persiaran Multimedia cepat membangun.
Pengguna dari Puchong dan Dengkil boleh menggunakan Lebuh raya JKR15
untuk ke Cyberjaya. Pengguna dari Kuala Lumpur boleh menggunakan Lebuh raya KL-
Putrajaya untuk ke Putrajaya dan Cyberjaya.
Pengguna boleh menggunakan bas atau teksi untuk ke kawasan kajian.
Perkhidmatan bas dikendalikan oleh syarikat Rapid KL. Kekerapan laluan ialah 15 minit.
Di Bandar Ottawa, Kanada, petempatan dan perkembangannya juga di pengaruhi
faktor kegiatan ekonomi dan darjah ketersampaian. Pelbagai jenis kegiatan perkhidmatan
dan perdagangan dijalankan di Bandar Ottawa. Bandar Ottawa mempunyai darjah
ketersampaian penduduk yang tertinggi kerana terdapat jalan raya dan lebuhraya yang
lebar dan padat. Dua jenis pengangkutan awam utama di Bandar Ottawa ialah
perkhidmatan Bas Rapid dan perkhidmatan keretapi elektrik yang dikenal sebagai O-
train.
Saya berasa bangga dengan kemajuan ekonomi di kawasan kajian. Sebagai
pelajar, saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi warganegara yang dapat
menyumbang kepada pembangunan ekonomi di kawasan kajian.

6.3 Fungsi Petempatan
Bandar Cyberjaya dibangunkan secara terancang untuk menjadi pusat bagi
pembangunan teknologi maklumat dan multimedia. Cyberjaya adalah hub kepada
Koridor Raya Multimedia (MSC). Sehubungan itu, kawasan kajian menjadi tumpuan
syarikat korporat berasaskan teknologi maklumat dan multimedia.
Selain itu, kawasan kajian juga berfungsi sebagai kawasan pendidikan tinggi
dengan adanya Universiti Multimedia Malaysia (MMU) yang menjadi tumpuan pelajar
tempatan dan luar negara.
Bandar Ottawa adalah ibu negara Kanada berperanan sebagai kawasan
pentadbiran. Selain itu, terdapat pelbagai jenis perniagaan dan perdagangan. Juga turut
menjadi bandar pendidikan dengan adanya Universiti Ottawa.
Sebagai pelajar, saya berasa bangga dapat belajar di SMK Cyberjaya yang
dilengkapi dengan kemudahan ICT. Sekolah saya menjadi anak angkat Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kerana terletak di Cyberjaya.

6.4 Masalah Petempatan
Kawasan kajian adalah kawasan petempatan yang baru berusia 7 tahun. Masalah
petempatan adalah hampir tiada. Walaubagaimanapun terdapat dua masalah iaitu
penghuni Kondominium Cyberia dan Pelajar MMU meletakkan kenderaan di tepi
Persiaran Multimedia menyebabkan gangguan kepada lalulintas. Masalah kedua ialah
kekurangan rumah kos rendah dan kos sederhana rendah.
Daripada pemerhaitan, lalulintas berhampiran MMU dan Cyberia terganggu
disebabkan banyak kereta diletakkan di tepi jalan. Dianggarkan pada waktu pagi lebih
kurang 130 buah kenderaan diletakkan di kiri dan kanan jalan. Kejadian kemalangan
jalan raya juga direkodkan meningkat di persimpangan berhampiran Cyberia.
Daripada pemerhatian, di kawasan kajian tidak terdapat rumah kos rendah atau
sederhana rendah dibina. Ini mungkin menybabkan golongan berpendapatan rendah tidak
berupaya memiliki rumah mampu milik di kawasan kajian. Mungkin strategi pemasaran
lebih menumpoukan kepada rumah kos tinggi yang dilengkapi dengan jalur lebar untuk
akses internet. Sebagai pelajar, saya berpendapat pembinaan rumah mampu milik dapat
meringankan beban pelajar MMU yang terpaksa menyewa.

Berbeza dengan Bandar Ottawa, Kanada, masalah petempatannya adalah banyak
dan pelbagai seperti masalah pengangkutan awam, pencemaran udara dan kesesakan
lalulintas. Bandar Ottawa adalah bandar yang padat dengan bangunan. Jumlah penduduk
sekitar 820 orang.
Sebagai pelajar, saya bersyukur dapat belajar di SMK Cyberjaya yang terletak
dalam petempatan yang aman damai dan tenang. Saya akan turut membantu memelihara
alam sekitar supaya kekal bersih.

6.5 Langkah Mengurangkan Masalah Petempatan
Langkah Mengurangkan Masalah Petempatan
Menguatkuasa undang-undang
Menambah kemudahan infrastruktur
Manaik taraf jalan raya
Menaik taraf kemudahan
pengangkutan awam
Membina rumah kos rendah / mampu
milik
Melebarkan jalan raya

Menguatkuasa Undang-undang
Untuk mengatasi masalah penghuni Cyberia dan pelajar MMU yang meletakkan
kereta di tepi jalan sehingga menyebabkan gangguan kepada lalulintas, saya
mencadangkan langkah menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas. Daripada
kajian, saya mendapati telah ada rondaan polis trafik di kawasan tersebut. Pemilik
kenderaan diberikan amaran dan saman. Namun begitu masalah tetap berterusan.
Tindakan merantai tayar mungkin sesuai dijalankan. Langkah kedua yang boleh diambil
ialah menyediakan lebih banyak tempat letak kereta supaya pengguna tidak meletakkan
kereta di tepi jalan.
Membina Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah
Dengan membina rumah kos rendah, lebih ramai pekerja di kawasan kajian dapat
tinggal berhampiran dengan tempat kerja. Pelajar MMU dapat mengurangkan kos sara
hidup. Kos yang dapat dijimatkan boleh digunakan untuk membeli buku.
Di Kanada, kerajaan Kanada telah mewujudkan Sistem Trafik Pintar bagi
mengatasi masalah kesesakan lalulintas. Sistem ini terbukti dapat mengawal lalulintas
supaya tidak terlalu sesak di waktu puncak. Jumlah kekerapan laluan bas dan keretapi
pula telah dipertngkatkan. Ini bagi memudahkan pengguna untuk melakukan tugas
harian.
Saya berasa gembira kerana lalulintas di kawasan kajian secara keseluruhannya
adalah tenang dan lancar. Saya akan turut menjadi pengguna yang berhemah.

Surat pengenalan diri murid
Surat kebenaran membuat kajian
Surat makluman kepada ibu bapa

Abdul Rahim M.d Nor, Geografi Tingkatan 3 KBSM 2007, Cerdik Publications
Sdn. Bhd. Selangor.
Goh Cheng Leong, 2003. atlas Eksplorasi Geografi KBSM, Penerbitan Fajar
Bakti Sdn. Bhd. Selangor.
Chong Mui Sen, 2006. Ulangkaji Total Geografi, Sasbadi Sdn. Bhd. Selangor.
http://en.wikipedia.org/wiki/Transportation_in_Canada