definisi rakaman bunyi

Post on 02-Jan-2016

274 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

WAJ 3104:Rakaman Bunyi

Ahli Kumpulan: Cheow Le Yi Lok Seow Hui Ooi Mei Ti Yap Chiou Shum

Pensyarah Bimbingan : En. Mohd Shafiee bin Hassan

Bengkel Membuat Rakaman Bunyi-bunyian dengan Menggunakan

Alat Perakam Digital

DEFINISI RAKAMAN BUNYI

Proses memindahkan bunyi di persekitaran murid ke dalam pita rakaman.

Boleh dilakukan di rumah pada waktu tengah malam yang sunyi atau di dalam makmal khas di sekolah atau PKG.

Hasil rakaman itu lebih baik kerana sesebuah makmal bahasa membolehkan data bunyi yang dirakam tidak terjejas oleh bunyi-bunyi lain yang tidak dikehendaki.

BUNYI ALAM & MEKANIKAL

BUNYI ALAM BUNYI MEKANIKAL

• Bermaksud bunyi-bunyi yang diperoleh di persekitaran manusia secara semula jadi, ciptaan Tuhan.

• Bunyi yang terhasil daripada pelbagai benda ciptaan manusia.

• contoh: -bunyi kicauan burung. -bunyi haiwan peliharaan.-bunyi haiwan liar - guruh, air terjun, tanah runtuh, ombak dll.

• contoh:-bunyi kenderaan- bunyi peralatan muzik- bunyi alat pertukangan- bunyi pemotong rumput dll.

PERALATAN RAKAMAN MUDAH

Terdapat banyak jenis dan bentuk alat perakam di pasaran. Komputer riba kini dibekalkan dengan perisian Sound Gallery pada bahagian PowerPoint atau Webcam yang dilengkapi alat perakam audio.

Faedah Menggunakan Alat Perakam Digital

• Penggunaan alat perakam dapat menarik minat murid-murid kerana pembelajaran dapat dilakukan di luar kelas.

• Mahir menggunakan alatan moden selaras dengan kemajuan teknologi terkini.

• Dapat menguasai kemahiran baru digabungjalinkan dengan kemahiran bahasa.

• Murid-murid minat belajar melalui pengalaman sendiri dengan menguasai teknk, kaedah dan cara merakam suara.

• Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan sekali gus menarik minat murid-murid untuk memelihara keindahan alam sekitar.

Rakaman Bunyi Alam

Rakaman Bunyi Mekanikal

MEMBUAT ASOSIASI BUNYI DENGAN ABJAD

Memasukkan bunyi dari Sound Gallery dan ulasan ke dalam persembahan slaid PowerPoint. Kemudahan Record Sound yang ada dalam PowerPoint boleh digunakan untuk merakam suara terus ke dalam slaid yang telah siap dibina.

Kelebihan Mengasosiasi Bunyi dengan Abjad

• Murid-murid mudah tertarik kepada aktiviti yang mengaitkan mereka dengan pengalaman sedia ada. Dengan itu, mereka akan cepat megingat dan menghafal abjad yang mahu diperkenalkan itu.

• Murid-murid dapat mengenali dan membunyikan huruf yang diperkenalkan dengan jelas melalui aktiviti ini.

Aktiviti 1Membunyikan huruf konsonan dikaitka dengan bunyi

haiwan.• Semua murid-murid duduk dalam separa bulatan

menghadap guru.• Murid-murid diminta membuat pergerakan ular dengan

menggerakkan anggota badan mereka.• Semasa membuat pergerakan murid-murid diminta

meniru bunyi ular seperti ‘hisss…’ secara berulang-ulang kali.

• Murid-murid mengaitkan bunyi ‘hisss…’ dengan sebutan huruf ‘s’.

• Aktiviti ini boleh dijalankan secara berulang-ulang.

Aktiviti 2Membunyikan huruf konsonan dikaitkan dengan

alam semula jadi• Murid-murid menonton slaid yang mengandungi

gambar ombak menghempas pantai.• Murid-murid diminta mendengar bunyi ombak

tersebut.• Murid-murid meniru bunyi ombak ‘burrr.…’ secara

kelas dan secara individu.• Guru mengaitkan bunyi ‘burrr…’ dengan konsonan

‘r’. Murid-murid menyebut bunyi ‘burrr…’ dan ‘r’ berulang-ulang kali.

Aktiviti 3

Membunyikan huruf vokal dikaitkan dengan bunyi buatan sendiri

• Beberapa orang murid-murid dipanggil ke hadapan kelas.• Mereka diminta melakonkan arahan yang diberikan oleh

guru. Misalnya guru meminta murid-murid melakonkan watak orang sakit perut dan membunyikan perkataan ‘aaa…aa..’ untuk menunjukkan keadaan sakit itu.

• Semua murid-murid dikehendaki mengeluarkan bunyi ‘aaa…aaa…’.

• Guru mengaitkan bunyi ‘aaa…aaa..’ dengan vokal ‘a’.

Aktiviti 4

Membunyikan huruf konsonan dikaitkan dengan bunyi benda maujud.

• Guru menunjukkan beberapa benda maujud seperti tin, kompang dan baldi.

• Murid-murid menyebut nama benda-benda yang ditunjukkan.

• Murid-murid berada dalam kumpulan bertiga atau berempat.

• Setiap kumpulan diberi benda yang berlainan.• Murid-murid diminta mengetuk benda yang diberi

misalnya kumpulan A mengetuk tin.

Aktiviti 4

• Kumpulan murid-murid diminta meniru bunyi ketukan tersebut dengan penekanan pada konsonan ‘t’-tang, ‘p’-pang, ‘d’-dung.

• Aktiviti ini boleh diulang dengan benda-benda maujud yang lain dengan memberi penekanan pada konsonan yang hendak diajar pada hari itu.

•SEKIAN, TERIMA KASIH.

top related