bahasa kanak kanak autisme edit
Post on 28-Jul-2015
1.155 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Apa itu Autisme?Menurut istilah- berasal
dari perkataan autos iaitu diri sendiri dan isme yang bermaksud aliran.
Autisme membawa maksud keadaan di mana
seseorang itu menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri.
Autisme adalah gangguan pervasif pada anak yang ditandai
dengan adanya gangguan dan keterlambatan dalam bidang
kognitif, bahasa, perilaku, komunikasi dan interaksi sosial.
Leo Kanner (1943)-sebagai individu yang tidak
berkeupayaan menyesuaikan diri mereka secara normal
dengan persekitaran.
Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) menjelaskan maksud Autisme seperti berikut:
“Autisme adalah satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan pertama
seseorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan
secara langsung. Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku. Individu autisme mempunyai kelebihan
intelek yang luas. Kerap kali mereka menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran
mekanikal ataupun dalam seni muzik, ‘rote memory’ dan lain-lain”.
Sejarah Perkembangan Autisme
Autisme mula dikenali pada abad ke 18.
Ia telah dilaporkan oleh Itard pada tahun 1799 mengenai seorang budak liar Aveyron yang bernama Victor. Budak ini telah hilang di dalam hutan di Perancis. Setelah ditemui, didapati budak ini mempunyai tingkahlaku yang sangat ganjil.
Pada tahun 1943, Leo Kanner dalam kertas kerjanya bertajuk ‘Autistic Disturbances of Affective Contact’ memberi penerangan mengenai autisme di peringkat awal (infantile autism). Beliau menekankan kesan utama autisme ialah gangguan dalam perkembangan perhubungan dengan orang lain (autistic aloofness).
• Kanner menekankan dua tanda utama ciri kanak-kanak autisme iaitu :
i. Berkeseorangan yang keterlaluan.ii. Aktiviti luar biasa yang mengasyikkan dan
obsesif dengan kesamaan (‘abnormal self-stimulatory behavior dan obsesive with sameness’) dan peringkat permulaannya adalah dalam linkungan dua hingga tiga tahun.
• Kanner merupakan orang pertama yang memberi penjelasan mengenai ‘Autisme Peringkat Awal’.
Autisme Peringkat
Awal
Ketiadaan perhubunga
n yang efektif dengan
orang lain.
Tidak menerima sebarang tukaran.
Kecenderungan kepada objek yang
tidak bergerak.
Tidak dapat
menguasai bahasa
pertuturan dengan
baik ataupun
penguasaannya
terhad.
Pendiam dan bijak.
CIRI-CIRI KANAK-KANAK AUTISME
Aspek psikomotor •Pergerakan tubuh yang berkaitan dengan aktiviti mental
Aspek kognitif •Proses mental untuk mentafsir, mempelajari dan memahami sesuatu pengetahuan
Aspek afektif •Berkaitan dengan perasaan dan emosi
(SUMBER: KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT)
ASPEK PSIKOMOTORPergerakan yang aneh
dan berulang-
ulang seperti suka mengoyangkan badan
dan memusingka
n badan Perlakuan
yang terlampau aktif seperti boleh
berjaga hingga lewat malam
Dapat duduk dengan lama tanpa berbuat apa-apa dan
tanpa sebarang
reaksi
Tidak suka pada perubahan
seperti suka bersendirian
ASPEK KOGNITIF (PERTUTURAN dan pemikiran)Penggunaan
perkataan yang diulang-ulang tanpa mengetahui
ertinya
Menggunakan suara yang luar biasa
untuk menyebut sesuatu
perkataanBanyak
perkataan yang tidak sempurna
dalam sebutannya seperti ‘ta’-
kereta, ‘cik’- nasiMempunyai kemahiran mekanikal yang luar
biasa
KEISTIMEWAAN: Boleh mengingati
senikata muzik,
nombor, nama, sajak
ASPEK AFEKTIF (EMOSI)Sering marah, ketawa dan
menangis tanpa sebab, mengamuk tanpa terkawal jika
tidak dituruti kemahuannya ataupun dirang daripada melakukan sesuatu yang
diinginya
Tiada rasa simpati dan tidak memahami perasaan orang lain
Adakalanya mencederakan diri
sendiri
Merosakkan apa sahaja yang ada di
sekitarnya jika emosinya terganggu
Menyerang sesiapa sahaja
berhampirannya jika emosi terganggu
Masalah Bahasa Kanak-Kanak Autisme
•Bentuk bahasa•Kandungan bahasa•Penggunaan bahasa
Masalah bahasa
kanak-kanak autisme
Nonsegmental
Phonology
Bahasa Idiosinkrat
ik
Masalah Kata Ganti
Nama
Ekolalia
Nonsegmental PhonologyIndividu autistik biasanya menunjukkan
kekurangan dalam menghasilkan pertuturan yang ‘nonsegmental’ yang juga disebut ‘prosody’/bentuk-bentuk sajak atau puisi (Reed 1994).
Kelainan prosodi yang ditunjukkan adalah seperti berikut:
Irama yang stereotaip atau
berlagu-lagu dengan bunyi yang
dipanjangkan secara berlebihan. Pengeluaran bunyi
vokal yang berubah-ubah turun naiknya
dan tidak seperti biasa.
Pertuturan yang monotonus dengan
nada suara yang terhad.
Kekerapan yang berlebihan dalam konteks yang tidak
bersesuaian.
Nada bunyi yang berbeza dan tidak konsisten dengan
makna yang ditekankan secara
lisan.
Tidak menunjukkan perbezaan dalam
intonasi dalam percakapan.
Bahasa Idiosinkratik
Kanak-kanak autistik dikatakan mempunyai bahasa mereka yang
tersendiri, iaitu perkataan dan frasa yang dikeluarkan
adalah unik.
Semua bentuk bahasa yang dikeluarkan menunjukkan
proses semantik yang ganjil dan kekurangan dalam
kefahaman.
Mereka berkecenderungan mengingati perkataan-perkataan yang mereka belajar pertama kalinya, tetapi gagal membuat
generalisasi untuk menggunakan perkataan
tersebut dalam situasi yang baru.
Masalah Kata Ganti Nama
Penggunaan kata ganti nama
dalam pertuturan
kanak-kanak autisme kerap menimbulkan
kekeliruan terutamanya
yang melibatkan rujukan jantina
seperti "he" atau 'she".
Kata ganti nama kedua "you"
digunakan untuk dirinya dan "I"
untuk orang lain.
Keadaan ini berlaku kerana
kanak-kanak autisme sukar
memahami dan menggunakan
perkataan yang berubah
maknanya mengikut konteks.
Ekolalia
• Ekolalia bermaksud kanak-kanak autisme mengulang-ulang apa yang dicakapkan tanpa niat untuk berkomunikasi dan berlaku secara automatik.
• Jenis ekolalia dapat dibezakan seperti berikut:
•Pengulangan yang tepat dan serta merta apabila perkataan disebut.
Ekolalia serta-merta (immediate
ecolalia)
•Diucapkan agak lewat atau agak lama selepas perkataan disebut.
Ekolalia lewat (delayed ecolalia)
•Pengulangan segera tetapi terdapat perubahan apa yang dipertuturkan.
Ekolalia ringan
(mitigated)
Masalah Bahasa Kanak-Kanak
Autisme Yang Lain
• Komunikasi• Interaksi sosial
Komunikasi Kanak-Kanak AutismePerkemba
ngan bahasa lambat
ataupun tiada
langsung.
Kelihatan seperti
bermasalah pendengar
an dan tidak
mengendahkan apa
yang dikatakan oleh orang
lain.
Jarang menggunakan
bahasa.Sukar diajak bercak
ap.
Kadang-kala dapat menuturk
an sesuatu tetapi buat
seketika sahaja.
Perkataan atau
jawapan yang
dituturkan tidak
sesuai dengan
pertanyaan.
Mengeluarkan
bahasa yang tidak
difahami.
Meniru perbualan ataupun nyanyian
tanpa mengerti maksudny
a.
Suka menarik tangan
orang lain apabila
meminta sesuatu.
Interaksi Sosial Kanak-Kanak Autisme
Suka bersendirian.
Tiada kontak mata dan sentiasa
mengelak daripada
memandang orang lain.
Tidak gemar bermain
dengan rakan dan sering
menolak ajakan rakan.
Suka menjauhkan diri
dan duduk di suatu sudut.
Kaedah Bagi Menggalakkan Kanak-Kanak Autisme
Berkomunikasi
Penggunaan Bahasa IsyaratPenggunaan Alatan (Mengajar
Bacaan dan Tulisan)
Bahasa Isyarat
Creedon (1973) – merupakan orang pertama yang menggunakan bahasa isyarat di kalangan kanak-kanak autisme.
Kebaikannya menggunakan bahasa isyarat adalah dalam pembentukan sistem komunikasi di antara anak dan ibu bapa mereka , iaitu supaya anak itu dapat menerima dan melakukan arahan dan tidak didenda kerana melakukan kesilapan.
Jika kanak-kanak itu mula bertutur, bahasa isyarat bolehlah dikurangkan sedikit demi sedikit dan mengembangkan penggunaan bahasa pertuturan mereka.
Alatan MekanikalAlatan mekanikal juga digunakan
dalam memperkembangka
n kemahiran komunikasi kanak-
kanak autisme.
Wiegerink dan Mort (1970) – menggunakan
mesin taip elektrik untuk mengajar kanak-
kanak autisme berkomunikasi melalui
menulis.
PUNCA AUTISME
Masalah genetik
Masalah sebelum dan
selepas kelahiran
Kefungsian otak
Faktor-faktor neurochemical
dan imunilogikal
• Adik-beradik individu autistik berisiko
mengalami autisme, terutama pasangan
kembar seiras.
• Kecelaruan genetik dan masalah yang
berkaitan dengan perubatan seperti Fragile X
Syndrome, tuberous scelosis dan
phenylketonuria (PKU)
Masalah Genetik
• Jangkitan rubella semasa dalam kandungan
ibu, ensephalitis, kekurangan oksigen semasa
lahir, keracunan makanan, dan bengkak cantik
(mumps).
• Susunan adik-beradik juga boleh menyumbang
kepada masalah autisme.
Masalah Sebelum dan Selepas Kelahiran
• Ketidakfungsian serebelum
• Sistem limbik
• Temporal lobe dan cortex
Kefungsian Otak
• Autisme dikaitkan dengan faktor kecelaruan
autoimmune dan persekitaran.
• Ketidakfungsian pelalian (immune dysfunction)
berkait dengan beberapa faktor persekitaran.
• Alahan kepada makanan seperti susu dan
gandum yang tidak dapat dicernakan dengan
baik.
Faktor-Faktor Neurochemical dan imunilogikal
• Makanan yang berasaskan haiwan dan
tepung gandum tidak dapat dicernakan
dengan baik menyebabkan protein
daripada makanan ini tidak bertukar
daripada asid amino / pepton (bentuk
rantaian yang dibuang melalui air kecil).
Proses-Proses Kerosakan Sel-Sel OtakPepton
Tubuh badan
Aliran darah
Otak
Morfin (casomorfin dan gliadrofin)
TERAPI AUTISME
1) Appilied Behavioral Analysis(ABA): memberi pelatihan khusus dengan
memberikan hadiah/pujian bagi mengukur kemajuan
kanak-kanak autisme
2) Terapi Perilaku: bagi memperbaiki perilakunya seperti suka mengamuk, hipersensitif pada suara,
cahaya dan sentuhan
3) Terapi Visual: untuk mengembangkan
ketrampilan komunikasi kerana lebih mudah belajar
dengan melihat gambar-gambar dan video
Terapi Perkembangan• Akan mempelajari
tentang minat dan kekuatan mereka bagi meningkatkan kemampuan sosial, emosional dan intelektual
Terapi Biomedik• Melalui pemeriksaan
yang intensif seperti pemeriksaan darah, urin dan rambut agar metabolisme tidak terganggu pada gangguan fungsi otak
Terapi sosial• Untuk mengajar
mereka cara-cara bergaul dengan teman-teman sebaya terutamanya ketika bermain
•Untuk melatih mempergunakan otot-otot halus seperti mudah untuk memegang pensel
Terapi Okupasi
•Agar mereka mampu untuk berkomunikasi/berinterkasi dengan orang lain
Terapi Bicara
•Melibatkan motorik kasar, menolong untuk menguatkan otot-ototnya serta memperbaiki keseimbangan tubuh
Terapi fizikal
IMPLIKASI TERHADAP INTERVENSI BAHASA
Kaedah Penilaian Bahasa
Strategi / Teknik Intervensi yang Spesifik
Keberkesanan Komunikasi
o Menurut Vacca (2007) dalam jurnalnya yang bertajuk Autistic
Children Can Be Taught To Read menyatakan bahawa
pemikiran imaginasi kanak-kanak autistik sentiasa
berkurangan, maka penulisan dan pembacaan yang kreatif
terlalu sukar untuk difahami oleh mereka. Maka, guru perlu
mengajar dalam bentuk yang lebih fakta dan konkrit. Sebagai
contohnya, guru menanyakan soalan fakta seperti “Apa yang
berlaku disini?, apa yang akan berlaku seterusnya?” dan
sebagainya. Vacca (2007) percaya bahawa adalah lebih baik
sekiranya guru menggunakan bahan yang realiti berbanding
bahan yang berbentuk fantasi.
• Pemeriksaan logikal dan neurologikal• Ujian diagnostik• Ujian genetik bagi melihat ketidaknormalan pada kromosom dan ujian metabolik
• Proses intervensi bermula sebaik saja masalah ini dikesan.• Tumpuan intervensi pada peringkat pemulaan tertumpu kepada rawatan perubatan dan
pengurusan tingkah laku
Rawatan Perubatan
Penggunaan ubatan Ritalin untuk merawat masalah kurang tumpuan dan hiperaktif
Pengambilan vitamin B6 bersama magnesium juga dapat membantu
meningkatkan kesedaran dan tumpuan perhatian kanak-kanak autistik
Pengurusan Tingkah Laku
Teknik-teknik pengurusan tingkah laku
Menambah atau mengekalkan tingkah laku sasaran (positif) dan mengurang atau
menghapus tingkah laku kurang sesuai.
Pengasingan Kejelakan
Memberi Ganjaran Dendaan
Teknik-Teknik Pengurusan Tingkah Laku
KEBERKESANAN KOMUNIKASIJangan meniggikan suara, merampas, menggertak dengan tiba -
tiba.- Meninggikan suara untuk menjadikan seseorang patuh adalah
perkara biasa. Namun, kebanyakan kanak - kanak Autisme sensitif kepada bunyi. Mereka akan mengabaikan permintaan anda.
- Apabila kita tinggikan suara pada mereka, kita juga harus memberikan arahan 4 hingga 5 kali. Sekiranya begini, kita telah mengajar mereka bahawa percakapan suara tinggi sahaja yang
bermakna. Maka mereka hanya patuh apabila kita tinngikan suara kepada mereka.
- Minta kanak - kanak tersebut melakukan sesuatu satu atau dua kali sahaja. Sekiranya tiada respon, beri bantuan yang sepatutnya.
Menggunakan kata-kata, foto-foto, gambar rajah, lambang atau isyarat
Semasa mengajar, guru digalakkan untuk
menggunakan kata-kata, foto-foto, gambar rajah,
lambang atau isyarat bagi membantu mereka untuk
meluahkan perasaan mereka. Keprihatinan guru
dalam mengenal pasti perasaan mereka adalah
perlu agar emosi dan perasaan mereka tidak
mempengaruhi tingkah laku mereka cenderung ke arah
negatif seperti mencederakan diri atau
orang lain.
Ke be rke sanan Ko munikas i
Bertutur dengan perlahan, jelas dan tepat
- Perlu bertutur dengan perlahan dan jelas bagi membolehkan mereka mendapatkan kebanyakan klu verbal anda.
- Pastikan kanak - kanak itu melihat muka anda bagi memudahkan mereka mempelajari mimik muka
- Jangan menggunakan bahasa abstrak sehinggalah anda pasti mereka memahaminya. Contohnya, jangan menggunakan "Aidil pergi duduk." Sebaiknya anda menggunakan perkataan "Aidil duduk
atas kerusi".- Kebanyakan kanak - kanak Autisme tidak memahami perkataan kiasan, sindiran atau peribahasa.
mereka memahami makna yang terdapat dalam satu satu ujaran percakapan
Sambungan . . .
Ke be rke sanan Ko munikas i
Menjemput kawan datang ke rumah
Ibu bapa boleh menjemput kawan-kawan mereka datang ke rumah. Ini membuatkan anak berasa diterima,
lebih yakin serta dapat mengelak mereka menjadi mangsa buli.
Merakam suasana permainan di sekolah- Oleh kerana anak autisme ada masalah
lambat belajar, dia boleh menonton rakaman ini berulang kali di rumah.
- Galak anak menjadi peramah dan mudah didekati. Jangan kritik jika anak tidak
melakukan perkara sepatutnya kerana mereka tidak tahu apa yang salah/betul.
RUJUKAN
• (2008, Oktober 24). Retrieved Januari 29, 2011, from
http://ppdlms.edu.my/pk/?p=1139.
• (2008, Oktober 10). Retrieved Januari 30, 2011, from Portal
Rasmi Pendidikan Khas LMS » Autisme.htm
http://ppdlms.edu.my/pk/?p=712.
• Terapi Autisme. Retrieved Januari 30,2011 from
http://sarahdevina.wordpress.com/2010/06/04/autisme-retar
dasi-mental-dan-adhd/
• (2009, Januari 21). Retrieved Januari 30, 2011, from
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/01/meningkatkan-k
omunikasi-dengan-kanak_21.html
.
• (2009, Februari 25). Retrieved Januari 30, 2011, from
http://faqihufiddin.blogspot.com/2009/02/kanak-kanak-autis
me-ciri-ciri-dan.html
• (2008, Oktober 24). Retrieved Januari 29, 2011, from
http://ppdlms.edu.my/pk/?p=1139.
• Ciri-ciri Autisme.Retrieved Januari 31, 2011 from
http://home.hamidarshat.com/ITKkanak_austistik.htm
• Psikomotor ,kognitif dan afektif. Retrieved Januari 30, 2011
from
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=%0Amental&d=10
• Jamila K.A.Mohamed. (2005). Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa. Shah Alam : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
• K.A.Razhiyah.(2008).Apa itu Autisme?. Kuala Lumpur: PTS PROFESSIONAL Publishing Sdn.Bhd.
• Abdul Rashid A. Latiff. (2007). AUTISME, Suatu Pengenalan dan Pengalaman. Selangor: VENTON PUBLISHING (M) SDN.BHD.
• Abd. Rahim b. Talib. (2007). Pengenalan pendidikan kanak-kanak masalah pembelajaran. Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.
top related