bab 2 - · pdf filectu101 9/7/2013 maruwiah ahmat 1 bab 2 ... mengingati kembali perilaku,...
Post on 06-Feb-2018
246 Views
Preview:
TRANSCRIPT
CTU101 9/7/2013
Maruwiah Ahmat 1
BAB 2 Akidah Teras Pembangunan
Muslim II
CTU 101: PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM MARUWIAH AHMAT
1
Menjelaskan pembinaan
dan pengukuhan akidah
Mengenal pasti dan
menjauhi faktor-faktor
yang membatalkan
akidah
Menjelaskan peranan
akidah dalam
pembangunan ummah
2. Akidah Teras
Pembangunan Muslim
2.3 Pembinaan dan
pengukuhan akidah
2.4 Unsur-unsur yang
merosakkan akidah
2.5 Peranan akidah dalam
pembangunan ummah
Hasil Pembelajaran Kandungan
PENDAHULUAN
2
CTU101 9/7/2013
Maruwiah Ahmat 2
Sistem kepercayaan dan nilai hidup manusia memainkan
peranan penting dalam mewarnai, mencorakkan dan
menimbulkan motiyasi dalam perkembangan kehidupan
manusia.
Kekuatan akidahlah yang mencorakkan cita rasa dan kemahuan
seseorang Muslim.
Kekuatan ini memberi tenaga, mengarah dan mempertahankan
tingkah laku mereka.
Kekuatan akidah menjadi nadi bagi pelaksanaan tanggung-
jawab manusia sebagai insan ciptaan Allah SWT, iaitu
beribadat kepada Allah SWT dalam erti kata yang luas.
PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH
3
4
PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH
PEMBINAAN AKIDAH
MU’AHADAH
MURAQABAH
MU’AQABAH
MUHASABAH
MUJAHADAH
CTU101 9/7/2013
Maruwiah Ahmat 3
Perjanjian manusia dengan Allah
SWT di alam roh. Mengingati
perjanjian yang dilakukan di alam
roh dari semasa ke semasa merupa-
kan suatu perkara yang amat penting
untuk membina dan memperkukuhkan
keimanan.
PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH
5
MU’AHADAH
6
PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH
MURAQABAH
Kewaspadaan atau
pengawasan. Sentiasa
merasai bahawa Allah SWT
mengawasi segala gerak
geri kita (manusia) –
sentiasa laksanakan perintah
Allah SWT dan meninggalkan
larangan-Nya.
CTU101 9/7/2013
Maruwiah Ahmat 4
PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH
7
Pertarungan menentang hawa nafsu dan
perjuangan menegakkan agama Allah
S.W.T. – perlu dilakukan secara istiqamah
pada setiap masa dan tempat.
MUJAHADAH
8
PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH
Mengingati kembali perilaku,
tindakan dan hasilnya
sepanjang hari untuk
penambahbaikan di masa
akan datang – mendorong
seseorang supaya berhati-hati
dalam kehidupan – boleh
menimbulkan keyakinan dan
keinsafan dalam diri
MUHASABAH
CTU101 9/7/2013
Maruwiah Ahmat 5
9
PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH
Suatu bentuk denda yang dikenakan
terhadap diri sendiri kerana kecuaian
dalam melakukan sesuatu perintah Allah
SWT – denda adalah dalam bentuk amalan
yang boleh mendekatkan lagi diri kepada
Allah SWT – berasa bimbang akan balasan
Allah di atas kecuaiannya melaksanakan
perintah Allah.
MU’AQABAH
PENGUKUHAN AKIDAH
Tanpa ilmu seseorang itu tidak dapat membezakan
mana baik dan yang mana buruk, yang mana perlu didahulukan
dan dikemudiankan.
Ilmu yang dititikberatkan ialah ilmu yang berkaitan dengan ilmu-
ilmu mengenai Allah dan rasul-Nya atau ilmu fardu ain. Apabila
seseorang itu mengetahui ilmu fardu ain, seseorang hamba itu akan
beribadah kepada Allah dengan sempurna. Seterusnya
mempelajari ilmu fardu kifayah yang berhubung dengan kehidupan
seharian seperti ilmu berkaitan politik, ekonomi, sosial dan
sebagainya adalah penting. Kemahiran terhadap kedua-dua ilmu ini
akan membawa kepada kekukuhan dan keyakinan yang jitu
terhadap agama Allah.
10
PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH
llmu
CTU101 9/7/2013
Maruwiah Ahmat 6
Makan di bulan puasa
11
Bertengkar berlebihan
PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH
Seseorang itu akan sentiasa berhati-hati
dalam setiap gerak perlakuannya dengan
memastikan dia sentiasa berada dalam konteks
amar ma'ruf dan nahi munkar.
Hati yang diisi dengan keimanan dan selari dengan rukun iman
iaitu mempercayai konsep hari Akhirat yang meliputi pembalasan,
timbangan serta dosa pahala akan membentuk personaliti dan
individu yang meyakini setiap apa yang dilakukan olehnya baik
berbentuk niat, cita-cita, perlaksanaan dan sebagainya akan
menerima pembalasan daripada Allah. Allah SWT menegaskan
setiap orang yang melakukan amalan baik walaupun seberat
zarah akan dibalas baik dan sebaliknya jika melakukan amalan
jahat walaupun sebesar zarah juga akan dibalas dengan
kejahatan yang dilakukan itu.
12
PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH
Mengelakkan Diri Dari
Melakukan Dosa
CTU101 9/7/2013
Maruwiah Ahmat 7
Bermain sehingga maghrib
13
Buang bayi
PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH
Agama Islam telah mengaturkan bermacam-
macam cara bagi manusia melakukan ihadah
kepada Allah s.w.t di antaranya dengan cara
perbuatan lisan seperti berdoa, berzikir, menyeru berbuat kebaikan
dan kebajikan dan mencegah berbuat perkara maksiat dan
kejahatan, dan ada pula ibadat dengan menggunakan harta seperti
mengeluarkan zakat, bersedekah dan sebagainya, dan ada pula
ibadat yang dilaksanakan dengan menggabungkan jasad dan harta
seperti menunaikan ibadat haji dan berjihad di jalan Allah s.w.t.
Ibadat-ibadat tersebut diperintahkan Allah s.w.t bukan sahaja
semata-mata untuk taat kepada Allah s.w.t tetapi di sebaliknya
penuh dengan rahsia dan hikmah yang wajib diterokai hagi
menjalani kehidupan yang sempurna.
14
PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH
Iltizam Melakukan
Ibadat
CTU101 9/7/2013
Maruwiah Ahmat 8
Berusaha memperbaiki dan menambah ibadat
15
PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH
Jiwa yang gelisah dan tidak tenang adalah
disebabkan oleh tipu daya dan gangguan
syaitan. Kejayaan gangguan syaitan disebabkan
jauhnya hubungan di antara seseorang hamba dengan Allah,
kesan daripada dosa dan maksiat yang dilakukan. Jika dosa
dan maksiat itu masih berterusan, selagi itulah jiwanya sentiasa
terpaksa menghadapi gangguan
Taubat dari segi bahasa ialah kembali. Dari segi istilah syara'
ialah kembali dari keadaan yang dicela oleh syara' kepada
keadaan yang terpuji oleh syara'. Syarat sah taubat ada tiga:
menyesal di atas keterlanjuran yang telah dilakukan,
meninggalkan serta-merta keterlanjuran itu dan berazam tidak
akan kembali lagi melakukannya.
16
PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH
Bertaubat
CTU101 9/7/2013
Maruwiah Ahmat 9
Bertaubat setelah melakukan kesalahan.
17
PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH
Seseorang Mukmin harus menjadikan dirinya
sebagai pengawas terhadap nafsunya sendiri
sehingga mampu menjadikan hatinya ikhlas dalam
setiap perlakuannya.
i. Memahami Islam sedalam-dalamnya.
ii. Merenung diri sendiri sebelum melakukan sesuatu.
iii. Menilai perbuatan yang telah mula dilakukan untuk melihat
bertepatan dengan peraturan atau syariat.
iv. Membetulkan diri sendiri melalui amalan amar makruf dan
nahi mungkar.
18
PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH
Mujahadah al-
nafs dan muha-
sabah diri
CTU101 9/7/2013
Maruwiah Ahmat 10
Menilai semula amalan
19
PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH
Selain berzikir dengan lisan dan hati untuk
mengingati Allah s.w.t, perbanyakkan doa
kepada Allah s.w.t kerana Dialah yang memberi
petunjuk ke jalan yang benar dan dengan restu-Nya jua, seorang
hamba akan sampai ke matlamat yang dituju iaitu mendekati
Allah dan mendapat keredhaan-Nya.
Allah telah menentukan doa sebagai jalan yang luas terbentang
untuk dilalui hamba bagi mendapatkan kurniaan-Nya. Allah s.w.t
menggalakkan hamba-hambaNya supaya berdoa.
20
Mujahadah al-
nafs dan muha-
sabah diri
PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH
CTU101 9/7/2013
Maruwiah Ahmat 11
Perbanyakkan doa setelah berusaha.
21
PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH
PERKARA YANG MEMBATALKAN AKIDAH
22
UNSUR-UNSUR YANG MEROSAKKAN
AKIDAH
Melalui perbuatan
Melalui percakapan
Melalui iktikad
CTU101 9/7/2013
Maruwiah Ahmat 12
Percakapan
Sesuatu perkataan yang dilafazkan boleh menyebabkan
seseorang itu terbatal akidahnya. Antaranya ialah apabila
seorang Muslim menuduh seorang Muslim lain kafir sedangkan
orang yang dituduh adalah tidak. Memperolok-olokkan satu
daripada nama-nama Allah yang mulia, janji Allah, peringatan
atau amaran dari Allah SWT, juga boleh membatalkan akidah
seseorang. Sebagai contohnya jika seseorang berkata, "kalau aku
diperintahkan Allah melakukan sesuatu, aku tidak akan lakukan.
Walaupun kiblat beralih arahnya ke arah ini aku tidak akan solat
menghadap kepada-Nya. Kalau aku diberikan oleh Allah syurga
aku tidak akan masuk". Perkataan yang diucapkan secara
memperkecilkan Allah SWT atau melahirkan keangkuhan akan
menyebabkan seseorang itu terbatal akidahnya.
23
UNSUR-UNSUR YANG MEROSAKKAN
AKIDAH
Perbuatan
Perbuatan yang membatalkan akidah ialah seperti
sujud kepada berhala atau makhluk lain atau sujud
kepada yang lain daripada Allah, melainkan dalam
keadaan terpaksa seperti seorang tawanan perang
yang dipaksa sujud kepada orang kafir di negara
yang diperangi. Berlainan dengan rukuk, jika rukuk
kepada makhluk dengan niat membesarkan makhluk
seperti kita membesarkan Allah adalah kafir tetapi
jika tujuannya sekadar untuk menghormati, tidak
menyebabkan kafir tetapi tetap hukumnya haram.
24
UNSUR-UNSUR YANG MEROSAKKAN
AKIDAH
CTU101 9/7/2013
Maruwiah Ahmat 13
Keyakinan atau Iktiqad
Perkara yang membatalkan akidah juga ialah melalui
keyakinan termasuklah syak atau ragu tentang Allah
SWT, rukun-rukun iman yang lain seperti Rasul-Nya,
Al-Quran, Hari Akhirat atau syurga dan neraka,
pahala dan dosa dan sebagainya. Beriktikad tentang
ketiadaan sifat-sifat yang wajib bagi Allah SWT atau
menafikan wajibnya perkara yang diijmakkan
tentang wajibnya seperti solat lima waktu, kewajiban
berzakat, berpuasa dan haji.
25
UNSUR-UNSUR YANG MEROSAKKAN
AKIDAH
• Menyekutukan Allah S.W.T. dengan sesuatu pada zat, sifat & perbuatanNya – contoh: menyamakan sifat Allah S.W.T. dengan sifat manusia
SYIRIK
• Tidak percaya kepada Allah S.W.T. serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
KUFUR • Berpaling atau keluar dari agama Islam.
RIDDAH
UNSUR-UNSUR YANG MEROSAKKAN
AKIDAH 26
Perkara yang boleh membatalkan syahadah
CTU101 9/7/2013
Maruwiah Ahmat 14
UNSUR-UNSUR YANG MEROSAKKAN
AKIDAH
• Kepercayaan dan perbuatan karut yang bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat Islam – contoh: memuja kubur dsb
KHURAFAT
• Ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib iaitu dengan bantuan jin dan syaitan – contoh: ilmu hitam, santau
SIHIR
• Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah S.W.T.
NIFAK
• Amalan yang bercanggah dengan Al-Quran dan al-Sunnah – contoh: ajaran Ayah Pin, mengaku Nabi terakhir dsb
AJARAN SESAT
27
PERANAN AKIDAH DALAM
PEMBANGUNAN UMMAH 28
Apabila manusia mengenal Allah dengan akal dan hati, maka
mereka merasa bebas daripada kongkongan orang lain dan
tidak terikat dengan sesiapa pun kecuali Allah.
Akidah melahirkan jiwa yang berani dan selalu inginkan
kemajuan jiwa agar tidak dihinggapi sifat-sifat kikir, loba, tamak
dan rakus tetapi sebaliknya bersifat tenang dan tenteram.
Kekuatan akidah membantu manusia melepaskan diri daripada
tarikan kebendaan, terhindar daripada segala macam nufsu
syahwat dan merasa kurang memerlukan kelazatan keduniaan.
Sebaliknya jiwa tersebut yakin bahawa kebahagiaan hidup
terletak pada kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah SWT.
CTU101 9/7/2013
Maruwiah Ahmat 15
Kekuatan akidah perlu dibina oleh setiap individu dengan
berpandukan dasar-dasar hidup yang kekal, ideologi yang
mulia, yang ditentukan sendiri oleh Allah.
Kekuatan ini tidak diperoleh dengan meniru golongan Timur
dan Barat alau dengan mencontohi ideologi sekularisme
yang diambil daripada Barat moden. Kekuatan akidah
menjadi teras bagi model motivasi Islam.
Model tersebut mengandungi beberapa kriteria keperluan
manusia dalam kehidupan:
29
PERANAN AKIDAH DALAM
PEMBANGUNAN UMMAH
30
PERANAN AKIDAH DALAM
PEMBANGUNAN UMMAH
Dharuriah
• Perkara yang amat penting bagi kebahagian di dunia dan di akhirat. Perkara ini membabitkan pemeliharaan lima hak, iaitu agama, jiwa, akal, keturunan dan harta benda. Pemeliharaan akidah menduduki tempat teratas di dalam keperluan manusia.
Hajiah
• Pemuasan terhadap keperluan asas manusia seperti menghilangkan kesulitan hidup dan mempermudahkan pelaksanaan ibadah umum (muamalat).
Tahsiniah
• Kesempurnaan diri untuk menjadi insan kamil iaitu mengembangkan potensi diri, mencapai taraf yang tinggi, menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat, memperoleh pengetahuan, meneroka, memahami, menganalisis perhubungan dan mendapatkan kecantikan serta keindahan.
CTU101 9/7/2013
Maruwiah Ahmat 16
Bezakan keperluan manusia di atas.
31
PERANAN AKIDAH DALAM
PEMBANGUNAN UMMAH
Melahirkan ummah yang tunduk dan patuh kepada Allah SWT
Manusia menurut akidah Tauhid, dijadikan oleh Allah SWT untuk
mengabdikan dirinya kepada Allah dalam satu rangka
pengabdian (Ubudiyyah) yang sangat unik. Pengabdian ini harus
berlaku dalam konteks menjalankan tugas dan amanah Allah SWT
selaku pewaris (khalifah) di bumi.
Di atas dasar iman kepada Allah SWT, para malaikat-Nya, kitab-
kitab-Nya, manusia harus membangunkan kehidupan di dunia ini
sesuai dengan kehendak dan ketetapan serta garis panduan
Tuhannya.
Garis panduan, ketetapan, dan peraturan Ilahi ini disebut sebagai
Syariah. Apabila ia dipatuhi maka kehidupan individu, keluarga,
masyarakat dan negara akan menjadi selamat di dunia dan di
akhirat.
32
PERANAN AKIDAH DALAM
PEMBANGUNAN UMMAH
CTU101 9/7/2013
Maruwiah Ahmat 17
Melahirkan ummah yang mempunyai hala tuju dan matlamat
hidup
Iman dan akidah yang diterjemahkan dalam bentuk perbuatan,
ucapan dan personaliti menjadi lambang serta syiar Islam
sekaligus mampu menjadi model atau tauladan kepada
masyarakat Islam itu sendiri juga masyarakat bukan Islam supaya
mengikuti ajaran Islam.
Kemantapan akidah juga akan menimbulkan jiwa keberanian dan
ingin terus inaju kerana membela kebenaran.
Kematian dianggap tidak berharga sama sekali kecuali syahid
kerana mempertahankan kebenaran dan keadilan Islam.
33
PERANAN AKIDAH DALAM
PEMBANGUNAN UMMAH
Melahirkan ummah yang memiliki keperibadian
unggul
Hati yang diisi dengan keimanan dan akidah yang lurus
pastinya akan melahirkan individu dan personaliti ke
arah perawakan yang baik dan diredhai Allah SWT.
Akidah dan keimanan yang lurus itu dapat membentuk
masyarakat yang saling bantu membantu untuk
mencapai keredhaan Allah SWT iaitu menyuruh kepada
perkara yang baik serta bersatu padu membasmikan
segala bentuk kemungkaran.
34
PERANAN AKIDAH DALAM
PEMBANGUNAN UMMAH
CTU101 9/7/2013
Maruwiah Ahmat 18
Melahirkan ummah yang berfikiran kritis, progresif
dan dinamis
Setiap insan yang diciptakan Allah SWT mempunyai
keistimewaan berbanding dengan makhluk-makhluk
yang lain, bukan hanya dari aspek kejadiannya
malah meliputi kehidupan di dunia dan di akhirat
kelak.
Seseorang dianggap cemerlang kejadiannya jika
mereka mengimplementasikan asas dari ajaran Islam
iaitu akidah, syariah dan akhlak dalam segala aspek
kehidupan.
35
PERANAN AKIDAH DALAM
PEMBANGUNAN UMMAH
Membangun ekonomi ummah secara
komprehensif
Abad ini umumnya dilihat sebagai abad persaingan
ekonomi, dan hakikat ini sekali gus membawa erti
bahawa keunggulan sesuatu bangsa atau negara
tergantung pada kekuatan ekonominya.
Aspirasi pembinaan generasi unggul harus dijayakan
menerusi kemantapan akidah yang meletakkan
ekonomi sebagai satu nilai yang ingin dicapai.
36
PERANAN AKIDAH DALAM
PEMBANGUNAN UMMAH
CTU101 9/7/2013
Maruwiah Ahmat 19
37
PERANAN AKIDAH DALAM
PEMBANGUNAN UMMAH
Menegakkan sistem pemerintahan yang stabil
Pada prinsipnya Islam mengaplikasikan sistem pentadbiran dan
pengurusan secara berorganisasi, di mana salah seorang
daripada mereka perlu dilantik sebagai pemimpin tertinggi.
Tujuannya ialah untuk menyelaraskan kerja-kerja pegawai
bawahan dengan saksama. Ketua sebagai penyelaras, bukanlah
bererti bahawa dia boleh bertindak sesuka hatinya tanpa batas,
malah mereka juga turut terikat dengan undang-undang yang
telah ditetapkan Allah SWT.
Walau bagaimanapun sebarang keputusan yang dibuat oleh
pihak penguasa, wajib dipatuhi selagi perkara itu tidak
bertentangan dengan ajaran Islam
38
PERANAN AKIDAH DALAM
PEMBANGUNAN UMMAH
CTU101 9/7/2013
Maruwiah Ahmat 20
PEMBINAAN AKIDAH
1. Memahami hakikat Islam yang sebenar dengan mempelajari dan mengamalkan dasar-dasarnya.
2. Memahami konsep akidah Islam.
3. Tazkiyyah al-Nafs - membersihkan hati dengan meninggalkan kemungkaran.
4. Melaksanakan dakwah dan jihad melawan nafsu dan syaitan.
5. Mengenal pasti bentuk-bentuk penyelewengan dan ajaran sesat.
6. Pihak berwajib mesti tegas mengawal isu penyelewengan akidah.
7. Tindakan undang-undang mesti dikenakan pada penyeleweng akidah.
8. Penyebaran maklumat kepada orang ramai hendaklah jelas.
39
PERANAN AKIDAH DALAM
PEMBANGUNAN UMMAH
KESAN AKIDAH ISLAM DALAM KEHIDUPAN
Melahirkan insan yang mempunyai pandangan luas dan
berwawasan kerana yakin bahawa Allah yang memiliki alam ini
melahirkan perasaan rendah diri – tidak bersifat egoistik dan
individualistik
melahirkan insan yang mengerti hakikat hidup yang sebenar –
dunia boleh melalaikan dan tidak lupa matlamat hidup manusia
mendidik insan membentuk akhlak mulia
melahirkan insan yang sanggup melaksanakan amar makruf nahi
mungkar
Menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan hidup
40
PERANAN AKIDAH DALAM
PEMBANGUNAN UMMAH
CTU101 9/7/2013
Maruwiah Ahmat 21
Iman dan akidah adalah pusat segala aktiviti manusia
yang menetukan setiap kelakuan dan perkataan yang
keluar hasil bisikan perasaan seseorang.
Dari situ dapat dijelaskan bahawa iman itu adalah satu
ikatan berbentuk maknawi yang menghubungkan
individu dengan hakikat yang sebenarnya.
Tanpa iman dan akidah segala-galanya akan musnah
dan tidak dinilai di sisi Allah. Untuk itu orang yang
beriman dan mempraktikkan keimanannya akan
mencapai kemanisan iman serta merekalah sebaik-baik
makhluk.
41
KESIMPULAN
42
AKTIVITI BERTULIS 3
Mana soalan
ni?
- Berkumpulan - 20 minit sahaja
top related