bab 13 sektor perlombongan
Post on 27-Oct-2015
178 Views
Preview:
TRANSCRIPT
BAB 13 SEKTOR PERLOMBONGAN
13. SEKTOR PERLOMBONGANi. Sumber mineral
a) logam : bijih besi, bijih timah, emas kuprum, bauksit
b) Bahan Api : petroleum, gas asli, arang batu
b) bukan logam : marmar, tanah liat, fosfat
Kawasan Perlombongan Petroleum Dan Gas Asli Di Negara MalaysiaKawasan Luar pantai Terengganu (Pulai, Bekok, Tapis), pantai barat Sabah (Tembungo, Semarang, Labuan), Luar pantai Sarawak (Lutong, Bayan, Baram) di Malaysia
Mineral Dan Lokasinya Yang Utama Di Malaysia Petroleum - Luar pantai Terengganu
seperti Tiong, Guntong, Tapis, Dulang, Bekok dsb, luar pantai Sarawak seperti Baram, Baronia, Betty, Bokor, Temana dll dan luar pantai Sabah seperti Erb West, Samarang, St Joseph,
Gas asli - Luar pantai Terengganu seperti Tujuh, Bujang, Resak & Jerneh, luar pantai Sarawak seperti Beryl dan Laila & luar pantai Sabah sperti Kinarut dan Glayzer
Bijih timah - Lembah kinta. Kelang, Seremban & kuala Langat
Bijih besi – Semeling, Kedah dan Ipoh
Arang batu - Silantik, Mukah, Kapit Sarawak dan Silimpopon Sabah
Batu kapur - Kaki Bukit, Beseri Perlis, Langkawi Kedah, Batu Caves Selangor
Kaolin - Tapah, Bidor Perak, Air Hitam, Johor, Kuching, Sarawak.
Emas - Kuala Lipis, Raub (Pahang), Gua Musang (Kelantan), Bau (Sarawak), Lubuk Mandi (Terengganu).
Bauksit – Teluk Ramunia, Johor, Labuk Sabah & Seri Medan –Johor
Kuprum - Mamut Sabah, Sematan Sarawak
Faktor Yang Mempengaruhi Kegiatan Perlombongan- Terletak di atas pentas sunda
yang kaya sumber petroleum dan gas asli
- Laut yag cetek dengan purata kedalaman kira-kira 180m memudahkan kerja penggerudian
- Permintaan yang tinggi – petroleum (berkualiti tinggi dan mempunyai harga pasaran yang tinggi kerana mempunyai kandungan sulfur yang rendah), gas asli – Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan negara-negara Eropah
- Perkembangan sektor perindustrian dan pengangkutan - Perkembangan industri petrokimia, industri aromatik dan Etilina di Kertih, Terengganu dan Pasir Gudang (Johor), industri prapalina di Gebeng (Pahang), industri ammonia dan urea di Gurun (Kedah) dan Bintulu (Sarawak)
- Peningkatan penggunaan gas domestik. Pada tahun 2000, paip gas telah disambung kepada 20000 buah rumah/ Penggunaan arang batu dalam proses penjanaan tenaga elektrik di Kapar (Selangor) dan Sejingkat (Sarawak) meningkatkan permintaan terhadap arang batu.
- Rangkaian sistem pengangkutan yang cekap (keretapi, kapal kargo, kontena dll) – memudahkan
- Peningkatan taraf hidup – pertambahan kenderaan bermotor menyebabkan peningkatan permintaan terhadap petrol.
- Sistem telekomunikasi yang canggih – mempercepatkan segala urusan perniagaan dan pentadbiran/ membolehkan aktiviti penerokaan dan mencari gali mineral di kawasan pedalaman dilakukan dengan cepat dan murah.
- Menjalankan R & D untuk meningkatkan hasil petroleum – IPT yang menawarkan kursus kejuruteraan petroleum meningkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi menggalakkan R & D/ R & D dari segi inovasi produk, jaminan produk, dan mencari kaedah perlombongan secara cekap dan menjimatkan kos gat dilakukan oleh pengusaha sektor perlombongan
- Usaha cari gali di laut dalam dilakukan oleh Petronas
- Pemindahan teknologi oleh syarikat minyak asing seperti Exxon dari Amerika Syarikat serta BP dan Shell dari United Kingdom.
- Kajian seismik – mengumpul data seismik tiga dimensi di luar pantai Sarawak yang meningkatkan penemuaan telaga-telaga petroleum
Disediakan oleh En. Liong Sing Chan, Panitia Geografi SMKJO, 2013
BAB 13 SEKTOR PERLOMBONGAN
penghantaran bijih timah ke pusat peleburan atau pelabuhan untuk dieksport/ penubuhan Syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) mempunyai kapal khas untuk mengangkut petroleum, gas asli cecair dan barang-barang pukal seperti bijih timah membolehkan hasil perlombongan dieksport dengan mudah dan murah.Pelabuhan
- Usahasama Petronas dengan syarikat luar negara seperti Exxon Mobil (Amerika Syarikat), Shell dan British Petroleum (United Kingdom) dalam aktiviti mengesan sumber, cari gali telaga minyak dan gas asli serta pengeluaran sumber mineral petroleum
- Pejabat Tanah Dan Galian serta Jabatan Mineral dan Geosains menjalankan eksplorasi mineral, ekonomi mineral, penguatkuasaan lombong, pemetaan geologi, penyelidikan dan pembangunan serta kajian pengesanan sumber mineral di seluruh Malaysia
dan gas asli yang baru.- Tenaga kerja tempatan yang
mahir wujud akibat peningkatan taraf pendidikan dan latihan kemahiran yang disediakan. Misalnya, Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang menawarkan kursus kejuruteraan petroleum/ Negara Malaysia juga mengimport tenaga pakar dari Jepun, Amerika Syarikat, dan Eropah sebagai jurutera dan perunding dalam penerokaan kawasan perlombongan.
Kepentingan Sektor Perlombongan Kepada Pembangunan Negara- Menyediakan peluang pekerjaan
dalam pencarigalian, pemprosesan, penyelidikan dan pengurusan. Pada tahun 2000, sektor perlombongan mewujudkan 41200 peluang pekerjaan.
- Sumber pendapatan negara melalui eksport – petroleum adalah penyumbang terbesar. Pada tahun 2001, sektor perlombongan menyumbangkan RM 15 bilion kepada KDNK/ Pada tahun 2000, sektor perlombongan menyumbangkan 6.6 % kepada KDNK.
- Membantu perkembangan sektor pembuatan dan perkhidmatan. Kilang penapisan minyak mentah didirikan di Kertih (Terengganu). Tangga Batu (Melaka), dan Lutong (Sarawak)/ Kilang Petrokimia berkembang maju di Kertih, Gebeng, dan Kidurong. Kilang pemprosesan gas asli didirikan di Kertih (Terengganu) dan Kidurong (Sarawak). Perlombongan bijih timah memajukan industri pateri, piuter dan penyaduran tin.
- Penjanaan kuasa elektrik. Antara stesen kuasa elektrik yang menggunakan petroleum sebagai bahan api dibina di Port Dickson, Lumut dan Pasir Gudang/ Di Paka, Terengganu, gas asli sebagai cecair digunakan sebagai bahan api untuk menjana kuasa elektrik/ Arang batu pula digunakan sebagai bahan api untuk menjana kuasa
- Peningkatan taraf hidup melalui peningkatan pendapatan
- Pemindahan masuk teknologi moden – penerokaan dan pemetaan untuk eksplorasi galian dari negara maju seperti Amerika Syarikat/ Kemajuan teknologi dari segi R & D. Penghasilan minyak pelincir Syntium oleh PETRONAS yang bermutu tinggi – Formula 1
- Peningkatan kemudahan sosial dan infrastruktur – pembinaan jalan pengangkutan bagi membawa hasil perlombongan ke kilang-kilang memproses dan pelabuhan/ naik taraf jalan raya serta memodenkan dan naik taraf pelabuhan dengan penyediaan kemudahan kargo seperti Pelabuhan Kuantan (Pahang).
- Menggalakkan perkembangan bandar seperti Ipoh, Kuala Lumpur dan Seremban akibat perlombongan bijih timah. Perlombongan petroleum dan gas asli cecair mempengaruhi perkembangan bandar Kertih, Bintulu dan Miri.
- Pembinaan pelabuhan yang mempunyai gudang penyimpanan sebagai pusat pengumpulan hasil perlombongan sebelum dieskport ke luar negara. Contohnya: Pelabuhan Kuantan (Pahang), Pelabuhan Tanjung Pelepas (Johor), Pelabuhan Kertih (Terengganu)
Disediakan oleh En. Liong Sing Chan, Panitia Geografi SMKJO, 2013
BAB 13 SEKTOR PERLOMBONGAN
elektrik di Kemaman, Stesen janakuasa Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah milikan TNB di Kapar (Selangor) dan Connaught Klang/ Stesen janakuasa milik perbadanan Pembekalan Elektrik Sarawak di Sejingkat
-
- Membantu perkembangan pelbagai sektor ekonomi. Petroleum dan gas asli cecair sebagai bahan api untuk menggerakkan mesin dan jentera, melombong bijih timah dan menjana kuasa elektrik
Kepentingan Petroleum Di Malaysia/ Kepentingan Penerokaan Sumber Petroleum Terhadap Sesebuah Negara
- Bahan mentah bagi industri plastik, getah tiruan, racun serangga, ubat-ubatan, bahan kimia organik dan pelarut, Industri petrokimia, penapisan minyak dan pencairan gas asli
- Bahan api kenderaan, penjanaan elektrik termal dan kilang
- Bahan eksport mineral terpenting- Hasil sampingan spt gris
(pelincir), bitumin dan tar (menurap jalan raya)
- Mengurangkan import Meningkatkan pembangunan luar
bandar. Contohnya Kertih, Lutong, Miri dan Bintulu
- Taraf hidup meningkat – banyak peluang pekerjaan dalam sektor perlombongan petroleum dengan pembayaran upah yang tinggi dan lumayan meningkatkan kuasa beli
Perkembangan infrastruktur - Pembinaan jalan raya, jalan kereta api, kemudahan pendidikan, kemudahan rekreasi yang boleh meningkatkan taraf sosial penduduk setempat serta pelabuhan
- Mewujudkan peluang pekerjaan. Bekerja sebagai ahli geologi petroleum, jurutera, ahli hidrologi marin, juruteknik, pengawai tadbir dan buruh yang mengurangkan kadar pengangguran serta meningkatkan
taraf hidup dan kuasa beli. Pada tahun 2000, sebanyak 39900 tenaga kerja terlibat dalam sektor petroleum
- Menyumbang kepada pendapatan negara dari segi tukaran wang asing. Pada tahun 2000, nilai eskport petroleum ialah RM 14.2 Bilion.
- Menghasilkan tenaga elektrik untuk kegunaan di rumah dan kilang. Antara stesen kuasa elektrik yang menggunakan petroleum sebagai bahan api dibina di Port Dickson, Lumut dan Pasir Gudang
Berlaku pemindahan teknologi dari syarikat luar negara - penerokaan dan aktiviti pemetaan untuk eksplorasi galian dari negara maju seperti Amerika Syarikat
Menggalakkan penyelidikan oleh Petronas/ Shell/ BP/ Mobil/ Caltex.
Sumbangan Sumber Di Luar Pantai Miri, Sarawak Kepada Kawasan Sekitarnya (Luar Pantai Kertih, Terengganu)
Pengeluaran petroleum menggalakkan pembinaan logi penapis petroleum
Perlombongan petroleum sediakan banyak peluang pekerjaan. Cth: jurutera perlombongan, pengusaha stesen minyak dan pemandu lori tangki
Merangsang pertumbuhan industri petrokimia seperti kilang cat, barangan plastik dll
Perkembangan bandar Miri dari segi perdagangan dan perniagaan
Perkembangan jaringan jalanraya semakin baik
Merangsang perkembangan lapangan terbang Miri
- Mendorong peningkatan kemudahan pelabuhan Miri sebagai pelabuhan mengeksport petroleum
- Kemudahan asas dipertingkatkan seperti elektrik dan air untuk menarik pelabur asing
- Merangsang pertumbuhan bandar dengan lebih pesat
- Mengubah cara hidup dari nelayan kepada pekerja kilang
- Meningkatkan taraf hidup penduduk sekitarnya
Kesan kegiatan Perlombongan Terhadap alam sekitar Pencemaran laut/air - carigali
petroleum di laut/ pembersihan kapal pengangkut petroleum mentah. Tumpahan minyak di pelantar carigali
- Kawasan terbiar : kolam bekas lombong bijih timah di sekitar Ipoh/ Di Malaysia, banyak kolam lombong di Selangor dan Perak hasil tinggalan
Disediakan oleh En. Liong Sing Chan, Panitia Geografi SMKJO, 2013
BAB 13 SEKTOR PERLOMBONGAN
minyak oleh syarikat BP di Teluk Mexico atau perlanggaran kapal tangki minyak. Perlombongan bijih timah juga menyebabkan sungai berkelodak dan berlumpur.
Kemusnahan ekosistem maritam - Tumpahan minyak menjejaskan terumbu karang dan kehidupan plankton, zooplanton yang menjadi makanan hidupan lain akan mati yang akan menjejaskan rantaian makanan dalam laut kerana kekurangan oksigen dan kemasukan cahaya matahari ke dalam laut berkurangan akibat permukaan laut dilitupi minyak pinggir laut serta mengakibatkan kesan buruk terhadap burung dan hidupan akuatik
Pencemaran udara : perlombongan kuari, batu kapur yang membebaskan habuk, debu dan asap oleh semasa
pemprosesan/ Pelepasan asap kilang ke udara dari kawasan industri Paka dan Kertih yang berpunca daripada pemprosesan gas asli. Gas – gas yang dibakar 24 jam boleh menambahkan kandungan pencemar dalam udara.
Memusnahkan hutan - perlombongan kuprum di Mamut
perlombongan bijih timah- Dasar sungai menjadi cetek
kerana pemendapan sisa lombong dan puin tanah, mudah berlaku banjir
- Hakisan tanah di kawasan lombong bijih timah yang terdedah – Larut, bekas lombong di Lembah Kinta dan Ulu Langat
- Pencemaran sungai berlaku akibat pembuangan sisa lombong/ penggunaan air untuk mengasingkan mineral dari tanih menyebabkan air lumpur mengalir masuk sungai/ pencemaran Sungai Mamut di Sabah oleh perlombongan tembaga
- Peningkatan suhu setempat – melalui pembakaran sisa gas di pelantar minyak dan depot memproses gas asli dan petroleum seperti Kertih dan Bintulu/ tiada tumbuhan hijau yang akan membalikkan bahangan matahari ke atmosfera akibat pembersihan hutan/ tumbuhan di kawasan sekitar
Pemuliharaan Kawasan Bekas Lombong Bijih Timah Di Lembah KintaDitebusguna :-- Pertanian : kawasan berpasir
dibaja dan ditanam buah buahan seperti buah jambu dan sayur-sayuran
- Sebagai padang rumput untuk ternakan lembu dan kambing
- Penternakan ikan air tawar/ akuakultur
- Sebagai kawasan perumahan dan perindustrian
- Sebagai tempat rekreasi : taman tema, taman air, dll
Kesan Kegiatan Perlombongan Bijih Timah Terhadap Alam Sekitar Pencemaran sungai/air – pembuangan
sisa perlombongan oleh kapal korek di sekitar sungai yang berdekatan menyebabkan air sungai keruh, berkelodak dan berlumpur
Sungai menjadi cetek – pemendapan sisa lombong dan puin tanah.
Hakisan tanah/tanah runtuh akibat permukaan tanah terdedah
Permukaan tanah gondol/tanah tandus. – menterbalikkan profil tanah - Lapisan tanah yang subur akan berada di bawah dan meninggalkan lapisan atas yang tidak subur
Ekosistem terganggu
Terbentuk timbunan pasir atau tahi bijih
Tumbuhan semula jadi musnah Habitat fauna musnah Wujud hutan sekunder dan ditumbuhi
belukar dan seman samun Kepupusan flora dan fauna- Meninggalkan lubang besar
seperti gua dan lekukan yang dalam Tanah mendap/jerlus Terbentuk tasik-
Usaha Untuk Memajukan Kawasan Bekas Lombong Bijih Timah Di Malaysia. Menjadikan kawasan rekreasi dan
pelancongan seperti Mines Wonderland (Selangor), Sunway Langoon, Tasik Titiwangsa serta Tasik Taiping
Menjadikan taman air/ taman tema Penternakan penternakan ikan air
tawar dan udang harimau/ akuakultur
Kawasan pertanian – jambu, betik, limau bali
Tebusguna untuk Kawasan petempatan dan tapak perkilangan
Membekalkan pasir untuk bahan binaan
Kawasan pelupusan sampah
Disediakan oleh En. Liong Sing Chan, Panitia Geografi SMKJO, 2013
BAB 13 SEKTOR PERLOMBONGAN
Menjalankan kegiatan penternakan itik, ayam, lembu dan kambing
Menggunakn pasir untuk industri pembinaan dan pembuatan kaca
Ditebusguna sebagai kawasan padang ragut untuk ternakan lembu dan biri-biri
Padang golf
Penggunaan baja organik untuk memulihkan kesuburan tanih
Membuat takungan khas untuk menyekat air keruh dam lumpur
Kesan Penerokaan Sumber Petroleum Terhadap Alam Sekitar Pencemaran udara – pelepasan asap
sperti karbon monoksida oleh pembakaran gas di kawasan industri penapisan/pemprosesan gas. Misalnya, di Kertih
Pencemaran air – tumpahan minyak/ pencemaran air laut di kawasan pelantar carigali/pembersihan kapal pengangkut petroleum mentah – ketulan minyak menutupi permukaan laut
Peningkatan suhu – pelepasan gas/pembakaran terbuka terhadap gas asli meningkat suhu sekitar.
Ekosistem Marin terjejas – Terumbu karang dan hidupan lain akan kehilangan oksigen dan kemasukan cahaya matahari ke dalam laut yang berkurangan akibat pencemaran air laut
Perubahan landskap – pembinaan tangki/ saluran paip
Pencemaran tanah – tumpahan minyak Habitat fauna musnah – fauna pupus
Langkah Mengurangkan Kesan Perlombongan Terhadap Alam Sekitar Pejabat Tanah dan Galian berfungsi
mengawal dan mengehadkan pemberian lesen aktiviti cari gali dan aktiviti perlombongan.
Laporan EIA wajib disediakan oleh syarikat yang berkenaan dan jika didapati melanggar syarat - syarat EIA, maka JAS perlu mengambil tindakan undang-undang yang tegas.
Beralih kepada sumber tenaga gantian yang lebih murah, berterusan dan bersih seperti penggunaan tenaga hidroelektrik, tenaga solar, tenaga biomas, tenaga ombak dan sebagainya.
Mengadakan kempen dan pendidikan alam sekitar. Selain itu, aktiviti bergotong-royong membersihkan pantai dari tumpahan minyak, mengedar risalah, mengadakan forum dan seminar, kempen melalui media cetak dan elektronik.
Langkah Mengurangkan Kesan Sumber Petroleum Terhadap Alam Sekitar.
Penyelidikan / R&D tentang pembangunan teknik pembersihan tumpahan minyak
Kuatkuasa undang-undang maritim Kempen alam sekitar dalam kalangan
pengendali kapal, operator stesen minyak
Teknologi tinggi Sumber alternatif Jabatan alam sekitar melakukan
pemantauan , pengawasan, penyeliaan dan pemeriksaan terhadap aktiviti perlombongan yang mencemarkan alam sekitar
Pembangunan lestari Pendidikan alam sekitar Pasukan pembersihan tumpahan
minyak oleh JAS Kerjasama dengan negara jiran Pekerja menjalankan kerja mengikut
spesifikasi kerja yang rapi.
Tenaga Alternatif Tenaga suria/solar/cahaya matahari –
boleh ditukarkan menjadi tenaga Tenaga Ombak – jumlah tenaga ombak
bergantung kepada halajunya yang
Disediakan oleh En. Liong Sing Chan, Panitia Geografi SMKJO, 2013
BAB 13 SEKTOR PERLOMBONGAN
elektrik dengan menggunakan suatu alat yang dinamai set fotovolta. Diperoleh daripada sinaran matahari - digunakan untuk memanaskan rumah dan memasak air.
Tenaga biojisim/biomas – pereputan sisa-sisa bahan buangan haiwan seperti najis lembu dan juga sisa tanaman seperti hampas kelapa sawit, sekam padi dan juga hampas tebu - menghasilkan gas metana - metana tenaga elektrik.
Tenaga angin - menggerakkan kipas di kilang-kilang angin - bertujuan mengepam angin – Belanda.
Penggunaan tenaga pasang surut - di kawasan mengalami perbezaan pasang surut yang besar - 5 - 10 meter - menghasilkan tenaga elektrik.
dipengaruhi oleh panjang, tinggi, dan masa ombak itu.
Tenaga nuklear - Dihasilkan apabila jissim ditukarkan menjadi tenaga .Bahan mentah utama adalah uranium, tenaga nuklear dihasilkan dalam kilang yang dinamakan reaktor.
Tenaga geoterma diperoleh dari kawasan gunung berapi
Kuasa hidroelektrik - diperoleh daripada sungai yang diempang - menghasilkan tenaga elektrik - kurang pencemaran
Disediakan oleh En. Liong Sing Chan, Panitia Geografi SMKJO, 2013
top related