aural dan nyanyian (repaired)
Post on 13-Aug-2015
497 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
BAHAGIAN B
Penulisan Akademik
Nyanyian
Menyanyi adalah satu cara istimewa dalam penggunaan suara. Bahagian ini
memberi pendedahan tentang pengetahuan dan kemahiran teknik-teknik vokal
seperti register/perletakan suara, artikulasi, sebutan dan pelontaran suara yang baik
sebelum menyanyi. Fokusnya ialah mengenali alat-alat vokal dan anatomi manusia
yang berkaitan dengan pernafasan dan fonasi serta latihan-latihan vokal yang
sistematik untuk menghasilkan sebutan yang jelas dan ton yang berkualiti semasa
menyanyi.
Nyanyian Semerta
Apakah maksud nyanyian semerta? Nyanyian semerta adalah kemampuan untuk
membaca skor lagu tanpa berlatih sesuatu skor itu. Penyanyi semerta yang
professional boleh menyanyikan skor lagu hanya dengan menggunakan minda
mereka tanpa menggunakan bunyi alat muzik atau menyanyikannya. Untuk
memperoleh kemahiran menyanyi semerta yang lancar, latihan demi latihan perlu
dilakukan.
i) Latihan-latihan yang sesuai dalam aktiviti nyanyian semerta.
Mengenali teori-teori asas muzik adalah penting untuk kelancaran dalam
aktiviti nyanyian semerta. Sebagai seorang guru muzik, mereka perlu peka
mengenai latar belakang pengetahuan mengenai teori muzik murid-murid.
Pengenalan mengenai teori asas muzik adalah penting bagi memulakan aktiviti
nyanyian semerta.
Teori asas muzik adalah seperti mengenali not-not muzik. Terdapat 7 not
asas dalam muzik. Not tersebut adalah C D E F G A B. Ada not yang berada di atas
garisan bar dan ada juga not yang berada di dalam garisan bar. Skel C major
merupakan skel yang paling asas dalam teori muzik. Dalam skel C major tiada
penggunaan sharp dan flat. Sangat penting untuk mahir dalam skel C major ini
kerana ia merupakan satu-satunya skel yang paling asas sekali dalam semua skel.
Terdapat 7 konsep asas dalam muzik iaitu konsep melodi, irama, tekstur,
harmoni, ekspresi, bentuk dan warna ton. Ketujuh konsep ini juga merupakan asas
dalam nyanyian semerta.
Konsep irama adalah konsep utama yang perlu dikuasai. Ini kerana semua
jenis muzik mempunyai irama mereka tersendiri. Konsep irama adalah muzik yang
bergerak pada beat tertentu dan setiap beat mempunyai nilai sama ada panjang
atau pendek. Di samping itu, konsep irama ini juga adalah kumpulan beat yang
membentuk tanda masa atau meter. Untuk memudahkan penyanyi semerta
menyanyikan skor lagu, pendedahan irama lagu tersebut merupakan langkah
pertama untuk menyanyi skor secara semerta.
Konsep irama ini boleh dilatih dengan latihan menepuk beat mengikut irama
dan menyanyikan notasi irama dalam skor lagu.
Setelah mengenali irama dalam skor lagu, barulah penyanyi semerta
mengenalpasti melodi dalam skor lagu tersebut. Dalam hal ini, konsep melodi juga
merupakan asas yang penting dalam aktiviti nyanyian semerta. Melodi adalah
susunan pic secara melintang. Dalam melodi terdapat pic yang rendah dan tinggi.
Pic dalam melodi boleh bergerak menuju ke arah tinggi, rendah dan mendatar. Pic
dalam melodi bergerak secara bertangga atau melompat. Pic yang berkaitan antara
satu sama lain boleh membentuk sebuah melodi lagu.
Kebiasaannya untuk mengenalpasti melodi dalam sesebuah skor, langkah
pertama yang digunakan adalah menyanyikan solfa skor lagu tersebut. Dengan
menyanyikan solfa, ia lebih memudahkan penyanyi semerta mengenalpasti melodi
dalam lagu tersebut.
Konsep harmoni ialah hasil gabungan dua atau lebih pic yang disusun secara
menegak dan dinyanyikan atau dimainkan secara serentak. Ia juga merupakan dua
atau lebih rangkaian melodi yang digabungkan dan dibunyikan secara serentak.
Dalam koir, konsep harmoni sering kali dipraktikkan. Secara tidak lansung konsep
harmoni juga adalah sebahagian daripada aktiviti nyanyian semerta. Ini kerana ahli
pasukan koir mempunyai skor mereka sendiri dan menyanyikan skor secara
semerta.
Selain itu, konsep ekspresi turut terlibat dalam aktiviti nyanyian semerta ini. Ini
kerana dalam sesebuah skor, terdapat beberapa penggunaan ekspersi seperti forte,
crescendo, piano dan lain-lain. Penyanyi semerta perlu peka terhadap penggunaan
ekspresi dalam skor lagu. Ini kerana setiap simbol-simbol ekspresi mempunyai
fungsinya yang tersendiri. Oleh itu, adalah sangat penting untuk untuk setiap
penyanyi semerta mengenali banyak mengenai simbol-simbol ekspresi ini.
Untuk memudahkan penyanyi semerta peka terhadap penggunaan ekspresi
dalam nyanyian semerta ini, highlightkan setiap unsur ekspresi yang terdapat dalam
skor lagu.
Untuk konsep tekstur, bentuk dan warna ton, penyanyi harus peka akan
kewujudan mengenai ketiga-tiga konsep ini. Daripada itu, penyanyi semerta dapat
menilai bagaimana perjalanan skor lagu tersebut. Dalam konsep tesktur adakah lagu
tersebut dalam homofoni, monofoni atau polifoni. Manakala dalam konsep bentuk, ia
lebih menekankan mengenai frasa-frasa dalam lagu tersebut. Di samping itu,
penggunaan frasa dalam lagu melatih penyanyi semerta dalam teknik pernafasan.
Konsep warna ton ialah bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh pelbagai sumber
mempunyai ciri-ciri tersendiri. Sesuatu bunyi itu mempunyai mutu yang berlainan
dan memberi satu gambaran atau idea yang tersendiri.
Konsep bentuk memberi peluang kepada penyanyi semerta untuk mencipta
idea kreatif untuk mendalami lagi aktiviti nyanyian semerta. Contohnya menepuk
irama bukan hanya menggunakan tepukan tangan. Tetapi penggunaan alat perkusi
atau tubuh badan yang lain menceriakan lagi suasana semasa melakukan aktiviti
nyanyian semerta.
ii.) Apakah persediaan umum yang perlu dibuat sebelum membaca dan
menyanyikan nyanyian secara semerta?
Langkah pertama adalah mengenalpasti klef yang digunakan sama ada
dalam klef trebel, klef bass, klef alto ataupun klef tenor. Kebiasaannya dalam
nyanyian semerta klef yang seringkali digunakan pada peringkat awal nyanyian
semerta adalah klef trebel.
Selepas itu, melihat pada irama dalam skor lagu tersebut. Adakah dalam
meter empataan, duaan atau tigaan. Setelah itu, tepuk irama meter tersebut untuk
melihat bagaimana pergerakan irama dalam setiap bar skor lagu.
Mengenalpasti samada penggunaan nada major atau minor. Penggunaan
nada dalam lagu tersebut juga perlu dikenalpasti. Ini untuk memudahkan lagi aktiviti
nyanyian semerta.
Mengetahui penggunaan kord dalam skor lagu. Dengan ini, penyanyi semerta
tahu not tersebut terdiri daripada triad yang sesuai atau tidak. Di samping itu,
mengenali kord lagu juga membantu penyanyi semerta dalam menyanyikan solfa
lagu tersebut.
Menganalisis penggunaan-penggunaan istilah Italian seperti simbol-simbol
dalam muzik. Ini membantu penyanyi untuk nyanyian semerta dapat menyanyikan
lagu tersebut dalam stail yang sesuai.
Skor lagu banyak menggunakan unsur dinamik seperti crescendo,
decrescendo dan banyak lagi. Adalah penting untuk seorang penyanyi semerta
mengetahui kewujudan unsur-unsur ini dalam sesebuah skor untuk menghidupkan
lagi ekspresi lagu tersebut.
Akhir sekali melihat sama ada terdapat tanda ulang pada skor tersebut. Ini
untuk memastikan penyanyi nyanyian semerta sentiasa peka jika lagu perlu diulang
atau tidak.
Pengurusan Grafik 1
Apek teori
7 Konsep yang perlu
dikuasai dalam
meningkatkan
kemahiran nyanyian
semerta
Melodi - susunan pic secara melintang
Irama - muzik yang bergerak pada beat
tertentu
Harmoni - gabungan dua atau lebih pic yang disusun
secara menegak
Ekspresi - Satu gabungan
semua elemen deskriptif
termasuk tempo,dinamik
Tekstur - ditentukan oleh pelbagai kombinasi atau gabungan bunyi
yang didengar
Bentuk - Satu paten/corak boleh dihasilkan melalui gabungan
beberapa pic/ton
Warna ton - Bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh pelbagai sumber
mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.
Pengurusan Grafik 2
Pesediaan Umum
Apakah Persediaan Umum yang perlu dibuat sebelum membaca
dan menyanyikan nyanyian secara semerta.
Mengenal pasti klef yang digunakan
Mengenal pasti irama
Mengenal pasti penggunaan nada major
atau minor
Mengenal pasti penggunaan kord
Menganalisis penggunaan istilah
Itlian
Mengenal pasti penggunaan simbol-simbol
dinamik
Melihat tanda ulang
pada skor
C. PENULISAN REFLEKSI
Setelah bertungkus-lumus menyiapkan tugasan aural dan nyanyian
semerta ini, akhirnya dengan berkat Tuhan saya telah berjaya menyelesaikannya.
Tugas menganalisis skor pada kali ini tidaklah sesukar seperti menganalisis skor
seperti semester-semester yang lalu. Ini mungkin kerana setelah sering kali
melakukan tugasan menganalisis skor.
Sepanjang menjalankan tugasan ini, banyak perkara yang perlu diambil
kira seperti bagaimana cara untuk merancang dalam melaksanakan aktiviti ini.
Pertama sekali saya mencari 6 buah skor lagu. Setiap skor lagu tersebut mestilah
mengandungi 3 flat/syarp ke atas. 4 daripada lagu tersebut mestilah lagu patriotik di
mana dua daripadanya adalah dalam nada major dan dua lagi dalam nada minor.
Begitu juga dalam lagu kanak-kanak. Salah satu mestilah dalam nada minor dan
satu lagi dalam nada major.
Skor yang saya dapat adalah skor daripada lagu-lagu lama yang telah saya
simpan. Skor lama tersebut digunakan untuk dijadikan sebagai sumber untuk
mendapatkan maklumat.
Antara kelebihan atau kekuatan sepanjang menyelesaikan tugasan ini ialah
yang pertama adalah setiap jeda yang diperlukan berjaya saya perolehi kerana ada
beberapa jeda yang sukar untuk dijumpai dalam setiap skor seperti major 6, major 7,
perfek 8 kerana jeda ini dijumpai pada skor-skor tertentu sahaja. Akan tetapi berkata
kesabaran dan kerajinan, akhirnya saya menjumpai kesemua jeda tersebut.
Dalam penulisan akademik pula, untuk mendapatkan sumber-sumber
daripada internet adalah mudah tetapi untuk mengarangnya dalam penulisan
akademik bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan penggunaan kemahiran
yang pelbagai seperti kemahiran mengambil isi-isi penting, contohnya dalam soalan
tugasan yang pertama, apakah aspek-aspek teoiri yang penting dalam nyanyian
semerta.
Dalam aspek kelemahan pula, dalam menjalankan tugasan ini, banyak
perkara dan kesalahan yang telah saya lakukan. Seperti melabel jeda dalam skor
lagu tersebut. Oleh itu, saya terpaksa membuatnya semula.
Kelemahan yang seterusnya adalah, saya dapati skor yang saya perolehi
itu rata-ratanya tidak mempunyai kesemua maklumat yang saya cari akan tetapi,
dengan kegigihan dan kecekalan, saya terus berjuang untuk mencari skor yang
mana terdapat kesemua maklumat-maklumat ini.
Oleh itu dalam kelemahan yang saya hadapi ini, saya telah melakukan
beberapa penambahbaikan seperti membuat semula analisis jeda dalam skor lagu.
Sangat penting untuk meperbaiki setiap kesilapan dalam menjalankan tugasan
kerana hal ini akan mempengaruhi markah kerja kursus yang diberi. Antara
penambahbaikan yang telah saya lakukan adalah mencari semula skor yang lain
yang mempunyai sumber maklumat yang lengkap mengikut soalan kertas kerja
kursus.
Sebagai kesimpulannya, kerja kursus pendek ini telah membawa suatu
pengalaman yang baik dan menarik kepada saya dalam proses saya menjadi
seorang yang bergelar guru.
Analisis Skor
JEDA Semitone
MAJOR 2
Minor 3
MAJOR 3
Perfect 4
Perfect 5
Minor 6
MAJOR 6
MAJOR 7
Octave/Perfect 8
RUJUKAN
1. Wikipedia The Free Encyclopedia, (2013, February 1) Sight-Reading.
Retrieved from http://en.wikipedia.org/wiki/Sight-reading.
2. Howard Richman of Sound Feelings Publishing, Reseda, California (2001).
Sight Reading & Sight Singing. Retrived from
http://www.vocalist.org.uk/sight_reading.html
3. Channel 4's 4 Talent, City Academy (2013). Sight Reading For Singers.
Retrieved from http://www.city-academy.com/beginners-music-theory-course
4. Raja Sulaiman bin Raja Kamil, Aprisiasi Pendidikan Muzik ( 2012, Mac 12).
Asas Nyanyian. Retrieved from http://aspirasipendidikmuzik.blogspot.com/
5. Cikgu Amin, Teacher, Sg Buloh, Selangor, Malaysia, citramuzika (2012, Mac
27). Konsep Muzik (7 elemen). Retrieved from
http://citramuzika.blogspot.com/2012/03/konsep-muzik-7-elemen.html
6. Mr. Mu Aku Dunia & Muzik (2011) Teori Asas 1: JEDA (Interval). Retrieved
from http://akuduniamuzik.blogspot.com/2012/01/teori-asas-1-jeda-
interval.html
Sight-readingFrom Wikipedia, the free encyclopedia
This article is about sight-reading in music. For sight-reading of spoken text, see Cold reading (theatrical).
Sight-reading is the reading and performing of a piece of written music, specifically when the performer
has not seen it before, also called a prima vista. Sight-singing is often used to describe a singer who is
sight-reading.
Contents
[hide]
1 Terminology
o 1.1 Sight-reading
o 1.2 Sight transposition
o 1.3 Sight-playing
o 1.4 Sight-singing
2 Psychology
3 Professional use
4 Pedagogy
5 Assessment and standards
6 Notes
7 References
8 See also
[edit]Terminology
[edit]Sight-reading
Authors in music literature commonly use the term "sight-reading" generically for "the ability to read and
produce both instrumental and vocal music at first sight ... the conversion of musical information from sight
to sound" (Udtaisuk 2005). Udtaisuk and some other authors prefer the use of the more specific terms
"sight-playing" and "sight-singing" where applicable. This differentiation leaves a third more restricted use
of the term "sight-reading" for the silent reading of music without creating sound by instrument or voice.
Highly skilled musicians can sight-read silently; that is, they can look at the printed music and hear it in their
heads without playing or singing; see Audiation. (True sight-reading or sight-singing—not code-deciphering
—is actually notational audiation.) Less able sight-readers generally must at least hum or whistle in order to
sight-read effectively. This distinction is analogous to ordinary prose reading during the early Middle Ages,
when the ability to read silently was notable enough for St. Augustine to comment on it (Manguel
1996). Franz Liszt was famous for his capacity to play advanced piano pieces sight-reading the notes.
Sight Reading for SingersCourse Outline
Tutors
Timetable & Booking
Venues
Sight Reading for Singers
If you wish to expand your musical skills and learn the basics of music theory, then our Sight Reading for Singers course is for you.
This course makes a perfect pair for other City Academy courses such as Choir, Singing and Musical Theatre. So why not double up and make the most of your musical self?
If you are complete musical beginner, or need a little refresher then this course will take you through the basics of reading and following music, in a fun and supportive atmosphere, leaving you brimming with confidence in your musical knowledge.
Sight Reading Skills Development
We'll begin with the basics and go from there, guaranteeing a thorough musical understanding. We keep the classes light and fun, so if the idea of studying music theory fills you with dread this is your chance to get to grips with it in a relaxed atmosphere.
Exact content may differ depending on students' needs and course duration, but topics generally covered include:
Identifying clefs
Staves
What makes up a major scale
Basic major scales and key signatures
Identifying note lengths and names
Basic minor keys
Chords
Italian Terms
Dynamics
More complex rhythms
All major and minor key signatures and scales
Following sheet music - codas, repeat marks etc
Full recap
Basic sight singing
You will receive friendly feedback throughout
Something to Think About
We think it is helpful to read this: 'Associated Board Guide to Music Theory' available at Amazon.
Sight Reading for Singers Course Progression
Beginners Musical Theatre Classes »
City Academy Choir »
Improvers Singing Lessons »
Asas NyanyianSuara ManusiaUdara yang keluar dari rongga-rongga dalam paru-paru menggetarkan pita suara yang terdapat dalam peti suara manusia lalu menghasilkan bunyi suara manusia.Bunyi suara ini kemudian “dibentuk” olehorgan vokal yang terdapat di sekitar mulut dan hidung. Bahagian tubuh (organ) yang bertanggungjawab membentuk bunyi yang dapat dikenali ialaha) Bibirb) Gigic) Rongga Hidungd) Rongga Mulutd) Lelangit kerase) Lelangit lembutf) Lidah
Postur Semasa Menyanyi Postur adalah kedudukan badan semasa menjalankan sesuatu aktiviti muzik, contohnya menyanyi, bermain rekoder atau bermain piano. Tidak kira samada secara duduk atau berdiri, kedudukan postur tubuhhendaklah betul semasa menyanyi. Ini membolehkan pengaliran udara masuk dan keluar berlaku dengan selesa. Postur yang baik juga membolehkan seseorang kelihatan segak,kemas dan nampak bersedia serta mengelakkan cepat letih Secara amnya, tubuh dari kepala hingga ke kaki hendaklah lurus. Ini dilakukandengan duduk atau berdiri tegak.Walaupun begitu semua otot tubuh hendaklah lembut dan selesa.
Teknik Asas PernafasanMenarik nafas hendaklah lakukan melalui hidung, udara dikumpulkan secukupnya supaya suara nyanyian bertenaga dan stabil. Pada asasnya, nafas diambil semasa pertukaran frasa melodi. Biasanya notakhir frasa melodi mempunyai nilai yang panjang. Sedikit latihan pernafasan perlu dilakukan sebelum menyanyi supaya rongga-ronga dalam tubuh cukup bersedia semasa aktiviti menyanyi.Dicatat oleh Raja Sulaiman bin Raja Kamil di 5:14 PG Tiada ulasan:E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook
AKU DUNIA & MUZIK Home
Teori Asas 1 : JEDA (Interval)Posted by mr Mu , at 15:12
Salam..agak lama tidak update blog ini. Memandangkan cuti sekolah bermula maka blog ini
pun terpaksa bercuti sekali.HEHEHE apapun bagi meneruskan sesi pembelajaran kita, saya
akan menyambung tajuk teori muzik ini dengan tajuk JEDA (Interval).
Apa dia JEDA (Interval)?
Jeda ialah jarak antara bunyi. Lebih kurang jarak antara dua bunyi la. Contoh antara
bunyi x dan y. Diantara bunyi x dan y tersebut adalah JEDA(Interval). Boleh faham???
JEDA pula akan diukur dalam Ton dan Separuh Ton ataupun lebih dikenali dengan semiton.
Bunyi bagi muzik pula lebih telah dicipta dengan melebelkan bunyi tersebut dengan abjad.
Iaitu dari abjad Ahingga G. Lihat contoh dibawah :
A B C D E F G A' B' C' D'
Setiap abjad yang berakhir dengan huruf G akan bermula semula dengan huruf A semula
namun bunyi pada huruf tersebut akan lebih tinggi nadanya.
Walaupun abjad A, B, C dan seterusnya digunakan tidak bermakna setiap bunyi akan
bermula dengan huruf A. Setiap bunyi akan bermula dengan nada tersendiri dan tidak
terikat dengan huruf A sahaja. Besar kemungkinan bunyi juga boleh bermula dari
huruf G atau C.
ISI KANDUNGAN
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1 Analisis Skor
2 Penulisan Akademik
3 Refleksi
4 Rujukan
5 Lampiran
Analisis Skor
Lagu Patriotik
(nada minor)
Analisis Skor
Lagu Patriotik
(nada major)
Analisis Skor
Lagu kanak-kanak
(nada major)
Analisis Skor
Lagu kanak-kanak
(nada minor)
JABATAN PENDIDIKAN MUZIK
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR
TUGASAN KERJA KURSUS PROJEK
(INDIVIDU)
TAHUN: 2013 SEMESTER: 3
MZU3109
AURAL DAN NYANYIAN SEMERTA IIDISEDIAKAN OLEH:
ELKANA JOHN
No. K/P: 920929-12-6510
KUMPULAN AKADEMIK: ANGKA GILIRAN:
G3.4(sem. 3) 2012171340012
PENSYARAH:
PN. CHING ING HOE
TARIKH SERAHAN: TARIKH DITERIMA:
18 MAC 2013
top related