ajaran sesat ius 4173 kumpulan ajaran sesat:

Download Ajaran Sesat Ius 4173 Kumpulan Ajaran Sesat:

If you can't read please download the document

Upload: syawa1605

Post on 16-Jun-2015

233 views

Category:

Documents


21 download

TRANSCRIPT

AJARAN SESAT IUS 4173 KUMPULAN AJARAN SESAT: AL-MAUNAH DI SEDIAKAN UNTUK : PROFESOR MADYA DR.ENGKU AHMAD ZAKI BIN ENGKU ALWI DISEDIAKAN OLEH : MUHAMMAD SYAWALLUDDIN BIN MD TAHIR AHMAD ZAKI FAHMI BIN ABDUL RAZAK 022348 022635

IJAZAH SARJANA MUDA USULUDDIN DENGAN KEPUJIAN. KANDUNGAN Isi Kandungan Muka surat Pengenalan 1 Pengasas 1 Organisasi 1 Asal-usul penubuhan 1 Matlamat penubuhan asal 2 Misi utama 2 Ahli kumpulan 2 Ciri-ciri ajaran yang dibawa 2 Pewartaan 2 Penyelewengan 3 Rujukan 6 Lampiran 7 Pengenalan : Al-Ma'unah adalah sebuah organisasi pengganas militan di Malaysia yang t erkenal dengan keberaniannya melakukan pencerobohan nekad ke atas sebuah kem Rej imen Askar Wataniah pada subuh 2 Julai 2000 dan melarikan sejumlah besar senjata api daripada stor persenjataan. Kumpulan tersebut kemudiannya mendirikan pangka lan rahsianya di kawasan hutan berhampiran perkampungan di Sauk, Perak dan terli bat dalam pertempuran di antara Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malay sia. Pengasas : Syeikh Mohd Amin bin Mohd Razali ( Selaku guru utama dan pengasas perkem bangan ikhwan persaudaraan ilmu tenaga dalam Al-Maunah di Malaysia). Organisasi : Nama penuh organisasi tersebut dikenali sebagai Persaudaraan Ilmu Dalam

Al-Ma unah. Laman web organisasi tersebut dikenali sebagai Al-Ma unah dalam singkata n, merupakan sebuah pertubuhan yang terlibat dalam ilmu persilatan yang turut me nggunakan tenaga dalaman dan mempelajari ilmu perubatan tradisional Islam. Menur ut jangka waktu kononnya "Ma unah" bermaksud sesuatu yang amat luarbiasa akan berl aku pada golongan sederhana orang Islam (paranormal). Asal-usul penubuhan : Tidak diketahui dengan lebih terperinci asal penubuhannya tetapi mula dikenali r amai pada bulan Januari tahun 2000. Matlamat penubuhan asal : Mendalami ilmu perubatan, persilatan dan keagamaan. Hala tuju kumpulan ini berub ah sejak awal tahun 2000 selepas timbul kecenderungan untuk membentuk satu keraj aan yang ditadbir berasakan al-Quran . Misi utama : Menggulingkan pemerintahan melalui kekerasan yang bertentangan dengan pe rlembagaan di Malaysia. Ahli kumpulan : Pertubuhan ini dikatakan mempunyai keahlian seramai 1000 ikhwan atau keahlian ya ng berpusat di Malaysia, Brunei, Singapura, Mesir dan Arab Saudi. Ciri-ciri ajaran yang dibawa : Terlibat dalam ilmu persilatan dan turut menggunakan tenaga dalaman dan mempelaj ari ilmu perubatan tradisional Islam. Pewartaan : 121 dan 122 kanun keseksaan iaitu mengumpulkan senjata dan sebagainya dengan nia t hendak berperang melawan Yang di-Pertuan Agong atau Raja atau Yang di-Pertua N egeri. Penyelewengan : Mohamed Amin bin Mohamed Razali yang merupakan pemimpin kepada 29 ahli kumpulan Al-Ma'unah mengetuai misinya untuk menggulingkan kerajaan Malaysia. Menurut fakt a kes, kumpulan itu bertekad jika kerajaan yang memerintah menolaknya, mereka ti dak ragu-ragu menggunakan kekerasan termasuk melakukan pembunuhan. Melalui araha n ketua, anggota-anggota kumpulan itu berperanan dalam misi utama untuk mengguli ngkan pemerintahan melalui kekerasan yang bertentangan dengan Perlembagaan. Tuju an misi itu adalah untuk menyerang ibu negara serta tempat-tempat maksiat dalam jangka masa terdekat. Hasrat itu terbukti berdasarkan perhubungan dengan pihak t entera melalui radio set pada 3 dan 4 Julai lalu. Antara perkara yang dinyatakan : ''Mujahidin Malaysia, mengepung Kuala Lumpur sekiranya tuntutan tidak dipenuhi , PM 24 jam letak jawatan.'' Selain itu, mereka menyatakan: ''Kami hanya mahu pu lun anggota polis dan PM.'' Sebelum Julai 2000, pertubuhan itu secara langsung atau tidak, mula terlibat dal am penyediaan rapi bagi merealisasikan niat mereka. Kumpulan itu berjaya mengump ulkan bekalan makanan untuk tempoh kira-kira tiga minggu sebagai persiapan ketik a berkubu di Bukit Jenalek, Sauk, Perak. Di samping mendapatkan bekalan pakaian celoreng tentera dari pelbagai tempat, mereka juga memperoleh tiga buah kenderaa n jenis Pajero. Selain itu pada 25 Jun 2000, kumpulan itu menyewa sebuah rumah d i Kati, Kuala Kangsar sebagai penempatan sementara sebelum bergerak ke kubu utam a di Bukit Jenalek. Rumah itu juga dijadikan tempat untuk mengecat kenderaan-ken deraan itu dengan warna yang digunakan tentera dan memasang nombor pendaftaran p alsu. Selepas mengumpul pelbagai senjata termasuk parang dan busar panah, anggota kump ulan itu mendalami latihan ketenteraan di Klang, Selangor untuk melengkapkan dir i secara fizikal. Timbalan Pendakwa Raya, Salehuddin Saidin membentangkan kandun gan fakta kes itu terhadap tujuh anggota kumpulan Al-Ma'unah yang mengaku bersal ah atas tuduhan alternatif di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan. Seterusnya beli au berkata, pada awal pagi 2 Julai 2000, tertuduh-tertuduh memasuki Pos 2 di Kua la Rui dan Kem 304 di Gerik menggunakan tiga buah Pajero dan merampas kelengkapa n senjata. Menurut fakta lagi, mereka menceroboh kedua-dua pos itu dengan memperdayakan ang gota-anggota bertugas kononnya satu pemeriksaan senjata api secara mengejut seda ng dijalankan. Mereka menyamar sebagai pegawai tentera berpakaian celoreng dan m enggunakan tiga buah Pajero untuk melarikan senjata dan peralatan ketenteraan. S

etiap ahli kumpulan kemudian dilengkapkan dengan peralatan masing-masing. Dengan bantuan ahli yang mahir, tertuduh-tertuduh itu diajar menggunakan peralatan ter sebut. Tidak cukup dengan ahli yang ada, mereka mempelawa anggota tentera bergab ung melaksanakan misi tersebut. Bagaimanapun ajakan yang dibuat melalui radio se t yang mereka rampas ditolak oleh pihak tentera. Selepas rampasan senjata di Ger ik dan Kuala Rui, dua daripada ahli kumpulan itu pergi ke Kilang Carlsberg di Sh ah Alam, Selangor untuk melancarkan tembakan menggunakan M203. Selain itu, seorang ahli kumpulan tersebut, Shahidi Ali, didapati berada di kuil Batu Caves dan Guinness Anchor Bhd. di Jalan Klang Lama untuk tujuan yang sama. Sementara itu di Bukit Jenalek, kubu-kubu pertahanan digali bagi menempatkan se njata GPMG berserta tripod yang sedia untuk diguna. Kawasan itu dipilih berdasar kan beberapa keperluan asas iaitu sungai dan kawasan bukit memudahkan pemandanga n sekeliling dilihat dengan jelas selain anggota kumpulan itu mahir dengan perse kitarannya. Fakta juga menerangkan kumpulan itu telah menangkap empat orang terd iri daripada dua anggota tentera, polis dan orang awam. Keterangan saksi-saksi m enyebut, seorang anggota polis dan tentera kemudian ditembak mati. Rujukan : Legal Research Board. 1986. Kanun Kesiksaan (N.M.B. bab 45). Kuala Lumpur : Inte rnational Law Books Services. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=1205&pub=Utusan_Malaysia&sec= Dalam_Negeri&pg=hn_05.htm http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=1205&pub=Utusan_Malaysia&sec= Muka_Hadapan&pg=fp_01.htm http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=1206&pub=Utusan_Malaysia&sec= Muka_Hadapan&pg=fp_03.htm http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=1208&pub=Utusan_Malaysia&sec= Muka_Hadapan&pg=fp_01.htm "http://ms.wikipedia.org/wiki/Al-Ma%27unah" Persaudaraan Ilmu Dalam al-Maunah (Malaysia) "Seven Al-Ma'unah members plead guilty to alternative charge", Utusan Malaysia

Lampiran : Logo :

A) Salah seorang anggota Al-Ma'unah, Khairul Anuar Mohd. Ariffin (tengah) dibawa ke luar dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas mengaku salah atas tuduhan altern atif. Enam orang lagi anggota Al-Ma'unah (gambar kecil) juga mengaku bersalah di

atas tuduhan yang sama. B) Anggota Al-Ma'unah yang dihukum penjara iaitu Riduan Berahim (depan), Muhamad Nu khshah Bandi dan Shahidi Ali serta Khairul Anuar dibawa keluar dari Mahkamah Tin ggi Kuala Lumpur semalam.

C) Anggota Al-Maunah di iringi keluar dari Mahkamah Tinggi selepas perbicaran ke at as mereka. D) Pengikut Al-maunah sedang berlatih menguji ilmu kekebalan. E) Antara jurus silat yang diamalkan.

F) Upacara mandi minyak sebelum acara mengurut badan. G) Aktiviti mengurut selepas mandi minyak. H) Menguji kekebalan setelah selesai mengurut menggunakan minyak.