ajaran sesat

23
SEJARAH AJARAN SESAT Pada tahun 1950an, wujud ajaran sesat di Kelantan dikenali dengan Ajaran Subud. Ajaran sesat yang paling lama usianya ialah Ajaran Taslim yang dibawa oleh Hj. Ahmad Matahari pada tahun 1870an bermula di kg. Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang seterusnya di negeri Kelantan telah diperkenalkan oleh Sulaiman dan Ismail di Kg. Machang. Ajaran ini menyentuh tentang kesucian akidah sebenar. Umat Islam sentiasa terdedah kepada ajaran sesat yang berkembang di Malaysia hasil dari faktor- faktor tasawuf Falsafah atau Teo sufi, Ajaran Batiniah, Ajaran Syiah, Khurafat, amalan bomoh dan tradisi, usaha menjauhkan umat Islam dari al-Quran dan al-Sunnah, kebebasan akal tanpa batas, persatuan seni silat dan lain-lain.

Upload: hidayathalim

Post on 16-Aug-2015

142 views

Category:

Education


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: AJARAN SESAT

SEJARAH AJARAN SESAT

Pada tahun 1950an, wujud ajaran sesat di Kelantan dikenali dengan Ajaran Subud. Ajaran sesat yang paling lama usianya ialah Ajaran Taslim yang dibawa oleh Hj. Ahmad Matahari pada tahun 1870an bermula di kg. Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang seterusnya di negeri Kelantan telah diperkenalkan oleh Sulaiman dan Ismail di Kg. Machang. Ajaran ini menyentuh tentang kesucian akidah sebenar. Umat Islam sentiasa terdedah kepada ajaran sesat yang berkembang di Malaysia hasil dari faktor-faktor tasawuf Falsafah atau Teo sufi, Ajaran Batiniah, Ajaran Syiah, Khurafat, amalan bomoh dan tradisi, usaha menjauhkan umat Islam dari al-Quran dan al-Sunnah, kebebasan akal tanpa batas, persatuan seni silat dan lain-lain.

Page 2: AJARAN SESAT

DEFINASI Ajaran sesat ialah seseorang yang menganut,

mengajar, memberi penerangan atau menyebarkan kepada orang lain apa-apa ajaran atau fahaman atau menjalankan apa-apa istiadat atau perbuatan yang bertentangan dengan hukum syarak atau fatwa Majlis Islam serta bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah. Menurut Tafsir (Pimpinan Ar-Rahman, halaman 4) orang yang sesat ialah orang-orang yang tidak berpengetahuan agama kerana tidak berusaha mempelajarinya atau orang yang berpengetahuan agama yang tidak betul kerana dipelajari dengan tidak menurut peraturan dan jalan sebenarnya.

Page 3: AJARAN SESAT

BENTUK-BENTUK AJARAN SESAT Bentuk ajaran sesat yang terdapat di Malaysia boleh

dibahagikan kepada tiga bentuk:-

i. Bentuk Ajaran Baru. Ajaran bentuk tarikat ini biasanya menggunakan berbagai-bagai nama seperti ajaran Crypto, oleh Mokhtar Hassan di Kluang Selangor, Ajaran Ilmu Hakikat oleh Jahar @ Jara b. Dumin.

ii. Bentuk Tarikat. Ajaran bentuk Tarikat ini biasanya menggunakan nama-nama Tarikat yang masyhur. Melalui bentuk ini guru-gurunya menggunakan cara-cara yang berbeza dengan yang asal atau diubah suai. Ada juga Tarikat itu diciptakan sendiri oleh pengasasnya seperti Tarikat Zikrullah oleh Hasan Anak Rimau / Ayah Pin di Kelantan, Tarikat Khalid dan lain-lain.

iii. Bentuk Kepercayaan dan Amalan Tradisi. Bentuk ini lumrahnya diamalkan oleh orang yang dianggap Wali kepercayaan kepada dukun-dukun, pawang, bomoh, atau pembawa ilmu tertentu samaada melalui menurun dan sebagainya. Semua bentuk ajaran ini adalah jelas membawa penyelewengan dari segi akidah yang boleh menjerumuskan pengamalnya kepada kesesatan.

Page 4: AJARAN SESAT

CIRI-CIRI AJARAN SESAT Guru atau mereka yang membuat pengakuan menerima wahyu

selepas wafatnya Nabi Muhammad.S.A.W Mengaku bahawa gurunya sebagai Nabi atau malaikat. Mempercayai mereka boleh menebus dosa dengan wang. Mempercayai semua agama adalah sama. Mempercayai ada lagi nabi selepas Nabi Muhammad S.A.W. Mengaku Allah menjelma dalam dirinya. Mendakwa dirinya sebagai wakil nabi dan boleh memberi syafaat

kepada muridnya. Mempercayai orang mati boleh memberi pertolongan apabila disebut

namanya. Mengaku dan mempercayai seseorang itu boleh berhubung terus

dengan Allah melalui Nur Muhammad yang berada dalam dirinya.

Page 5: AJARAN SESAT

Memansuhkan syariat Islam dan membuat syariat baru.

Meninggalkan sembahyang Jumaat kerana mengamalkan suluk dan tanpa uzur syar’ie.

Amalan Haji tidak semestinya di Mekah, di tempat lain pun boleh juga.

Mengaku mengetahui perkara-perkara ghaib. Guru mendakwa tugas-tugas Rasul

diamanahkan kepadanya. Mendakwa ajaran tarikatnya diterima terus dari

Rasulullah S.A.W secara jaga (Ilmu Laduni). Mempercayai orang-orang tertentu tidak mati

dan lahir semula sebagai Imam Mahadi.

Page 6: AJARAN SESAT

Mengagung-agungkan keturunan Yahudi sebagai kaum baik dan perlu dicontohi.

Mendakwa jadi wali sedangkan dirinya bergelumang dengan maksiat.

Menghalalkan nikah adik-beradik. Mematuhi dengan buta tuli ajaran gurunya

walaupun gurunya melakukan kesalahan dan dosa.

Setiap murid dikehendaki menyerahkan diri, anak, isteri dan harta benda kepada gurunya.

Islam seseorang itu tidak sah jika tidak di Islamkan oleh gurunya.

Semua manusia boleh melihat Allah di dunia ini.

Mendakwa dirinya atau gurunya mempunyai mukjizat.

Page 7: AJARAN SESAT

Bersemadi di tempat-tempat gelap, memusatkan fikiran kepada satu-satu hajat.

Jika ada kemusykilan dalam satu-satu ajaran, murid dilarang berbincang sesama sendiri, tetapi dirujuk kepada guru.

Boleh meramalkan kedatangan Imam Mahadi dan hari kiamat.

Pengikut lelaki dan perempuan diuji dalam bilik khas dan bersumpah tidak akan menceritakan kepada sesiapa apa yang terjadi dengan guru tersebut.

Pengikut tidak boleh berkahwin dengan bukan pengikut ajaran itu.

Pengikut diwajibkan merahsiakan ajaran Islam, kalau tidak akan ditimpa bala.

Sembahyang tidak perlu berjemaah dan tidak perlu mengadap kiblat.

Nikah mengikut syariat hanyalah mengikut adat. Sebab itu dikehendaki dinikahkan sekali lagi dengan nikah batin.

Percaya kepada makhluk-makhluk seperti kayu, batu atau seumpamanya mempunyai kuasa ghaib.

Page 8: AJARAN SESAT

Perbuatan manusia seperti judi, zina dan minum arak serta segala bentuk dosa boleh dilakukan oleh guru tarikatnya dan boleh dapat jaminan ampun dari Allah ke atas dosa pengikutnya.

Huruf-huruf dalam kalimah syahadah hanyalah lambang sahaja.

Murid-murid tidak boleh mengahwini wanita-wanita yang diminati oleh gurunya.

Murid-murid tidak boleh mengahwini janda gurunya.

Ibadat sembahyang berpandukan kepada niat sahaja.

Menghalalkan sesuatu yang diharamkan Allah atau sebaliknya.

Al-Quran mempunya makna batin (isi) dan makna zahir itu kulit tidak berguna.

Islam itu adalah zahir dan batin.

Page 9: AJARAN SESAT

JENIS-JENIS AJARAN SESAT Pihak Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Kelantan dan Jemaah Fatwa Majlis

Agama Negeri Kelantan telah mengambil tindakan terhadap beberapa orang tokoh penyebar ajaran sesat serta jenisnya yang tersebar di Kelantan, antaranya:

i. Ajaran Wan Omar - Wakaf Bharu, Tumpatii. Tarikah Zikrullah Hassan Anak Rimau (Hassan b. Yaacob) - Tanah Merah.iii. Ajaran Mohd. Noor b. Seman - Gaal, Pasir Puteh.iv. Ajaran Daud Majid - Perupok, Bachok.v. Ajaran bercanggah dengan Ahli Sunah Wal-Jamaah (Wan Ismail b. Wan Hassan) - Tumpatvi. Ajaran Nabi Isa akhir zaman (Abd. Mutalib b. Hj. Ibrahim) - Tumpatvii. Ajaran Malmun (Malmun Rabiah / Mariam bt. Ab. Rahman) - Pengkalan

Chepa, Kota Bharu.viii. Ilmu Tajali ( Hj. Ahmad Laksamana b. Omar)- Kubang Kerian, Kota Bharu.ix. Tarikat Mohd Yamin (Hj. Mat Yamin b. Abd Rahman)- Tumpatx. Ajaran Pak Teh selamat-(Awang Teh b Kamal) Batul Jelawat, Bachokxi. Ajaran Ayah Pin- Besut,Terengganu. xii. Ajaran zikir laga lutut

Page 10: AJARAN SESAT

GOLONGAN AJARAN SESAT

Golongan Pertama; Habibiyyah: Pengakuannya yang nyata sesat ialah;

a.      Apabila seseorang itu telah sampai kepada martabat kasih kepada Allah, maka segala yang haram menjadi halal bagi mereka. Fardhu sembahyang, puasa dan sebagainya bebas samada mahu melakukannya atau tidak.

b.     Mereka tidak perlu menutup aurat. c.      Bila mencapai martabat yang paling tinggi “kasih”

kepada Allah segala dosa besar seperti zina, minum arak dan sebagainya boleh mereka lakukan dan tidak mendapat azab daripada Allah.

d.     Segala ibadat zahir tidak perlu mereka lakukan dan mereka hanya perlu bertafakkur sahaja untuk beribadat.

e.      Harus bagi mereka untuk bersetubuh dengan segala perempuan.

f.       Segala harta didunia ini adalah milik anak Adam. Dan kita semua adalah dari keturunan anak Adam, jadi kita berhak segala harta yang berada di muka bumi ini

Page 11: AJARAN SESAT

Golongan kedua; Auliyaiyyah Pengakuannya yang nyata sesat ialah;

a.      Apabila seseorang itu sampai kepada darjat wali Allah, terlepas mereka daripada segala suruhan dan larangan dan martabat wali lebih mulia dari martabat nabi.

Golongan ketiga Thamrakhiyyah Pengakuannya yang nyata sesat ialah;

a.      Iktiqad mereka ialah tidak lagi terikat dengan suruhan dan larangan Allah. Golongan ini mengharuskan menyanyi dan segala alat muzik. Mereka diharuskan untuk berzina dan sebagainya. Golongan ini diasaskan oleh Abdullah Thamrakhiyyah.

 

Page 12: AJARAN SESAT

Golongan keempat Ibahiyyah Pengakuannya yang nyata sesat ialah;

a.      Kita tidak perlu melakukan kerja-kerja menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran kerana kita sendiri tidak mampu melakukan kerja-kerja tersebut apalgi untuk menyeru orang lain

b.     Golongan ini mengharuskan zina dan tidak berdosa.

 

Page 13: AJARAN SESAT

Golongan kelima Haliyah Pengakuannya yang nyata sesat ialah;

a.      Diharuskan menari dan bertepuk tangan sambil menyanyi sehingga pengsan.

b.     Kata mereka bahawa “Sheikh kami berada dalam suatu hal”.

Golongan keenam Huriyyah Pengakuannya yang nyata sesat ialah;

a.      Iktiqad golongan ini hampir sama dengan iktiqad golongan Haliyah, cuma mereka menambah semasa kami pengsan ketika menyanyi, kami didatangi oleh bidadari daripada syurga lalu kami jima’ dengan mereka dan setelah sedar kami mandi junub.

 

Page 14: AJARAN SESAT

Golongan ketujuh Waqi’iyyah Pengakuannya yang nyata sesat ialah;

a.      Iktiqad golongan ini ialah bahawa kita tidak perlu kenal Allah Taala. Ini kerana kita ini lemah lagi seorang hamba. Jadi kita tidak perlu mengenal Allah lagi.

Golongan kelapan Mutajahiliyyah/Mutahalliyyah Pengakuannya yang nyata sesat ialah;

a.      Golongan ini memakai pakaian-pakaian yang elok dan melakukan pekerjaan fasiq. Antara kata mereka bahawa: Kami tidak dapat lari dari melakukan zina

Page 15: AJARAN SESAT

Golongan kesembilan Mutakasilah Pengakuannya yang nyata sesat ialah;

a.      Golongan ini malas bekerja. Kerja mereka hanyalah meminta-minta daripada orang ramai samada atas nama zakat atau sedekah.

Golongan kesepuluh Ilhamiyyah Pengakuannya yang nyata sesat ialah;

a.      Golongan ini enggan belajar dan membaca Al-Quran. Pada pandangan mereka, Al-Quran itu hanya merupakan hijab untuk mengenal Allah. Kerana itu mereka hanya mempelajari syair-syair dan kata hikmah sahaja sebagai jalan amalan mereka.

Page 16: AJARAN SESAT

Golongan kesebelas Hululiyyah Pengakuannya yang nyata sesat ialah;

a.      Bahawa setiap makhluk bersatu dengan Allah Taala.

b.     Harus kita memandang kepada perempuan yang cantik dan boleh menari dan memeluknya. Kerana sifat cantik itu adalah sifat Allah yang dianugerahkan kepada kita semua.

c.      Apabila seseorang itu sunyi dari hawa nafsu dan ikhlas kepada Allah, maka gugurlah segala amal syariat. Segala ibadah seperti sembahyang, puasa, zakat dan sebagainya.

Page 17: AJARAN SESAT

Golongan dua belas Wujudiyyah Pengakuannya yang nyata sesat ialah;

a.      Iktiqad golongan ini berdasarkan kepada tafsir kalimah “La Ilaha IllaLlah” iaitu: Tidak ujud melainkan ujud Allah. Dan pandangan mereka lagi bahawa tidak maujud melainkan dalam kandungan ujud segala makhluk. Makhluk dan Khaliq boleh bersatu. Iaitu setiap makhluk terdapat ujud Allah. Allah dan makhluk adalah dari satu jenis dan sebangsa. Golongan ini juga beriktiqad bahawa tuhan bertempat dan tertakluk kepada masa

 

Page 18: AJARAN SESAT

Golongan tiga belas Mujassimah Pengakuannya yang nyata sesat ialah;

a.      Allah mempunyai anggota seperti tangan, kaki, berdaging dan sebagainya.

b.     Allah Taala itu berupa tetapi tidak tahu bagaimana rupanya.

c.      Allah Taala bergerak samada naik atau turun. Dan tempat kediaman Allah Taala ialah diatas ‘Arash.

 

Page 19: AJARAN SESAT

FAKTOR-FAKTOR TERPENGARUH DENGAN AJARAN SESAT Faktor Dalaman -

Pada kebiasaannya jenis ajaran seumpama ini telah bertapak dan tersebar secara sulit dan tersembunyi di daerah-daerah pedalaman di negara ini. Golongan yang mempelopori ajaran dan amalan ini adalah terdiri dari tokoh-tokoh tempatan yang terpengaruh dan sangat disegani oleh masyarakat sekitar. Golongan ini mempunyai beberapa kebolehan dan keistimewaan yang luar biasa yang dipergunakan sebagai sakti dan daya tarikan utama untuk mempengaruhi masyarakat umum. Orang-orang biasa tidak mengetahui secara mendalam bagaimana bentuk ajaran atau amalan ilmu-ilmu ini, kerana ianya diperkembangkan secara sulit dan rahsia. Oleh kerana itu setiap pengikut ilmu-ilmu ini dikehendaki mengikat perjanjian dengan gurunya bahawa ilmu ini tidak boleh diberitahu oleh orang lain. Sebaliknya mestilah dirahsiakan. Jika diberitahu juga kononnya ilmu ini tidak mujarab atau tidak menjadi lagi. Untuk menguatkan lagi perjanjian tadi, maka setiap pengikutnya dikehendaki mengangkat sumpah dengan menyebutkan nama Allah, menggunakan ayat-ayat suci al-Quran dan mengangkat al-Quran sebagai saksi.

Page 20: AJARAN SESAT

Faktor luaran. -

Masyarakat Islam di negara ini adalah merupakan masyarakat yang terbuka. Dengan hal demikian berbagai pengaruh luar begitu senang sekali mempengaruhi keadaan sekitar masyarakat Islam. Guru-guru yang menganjurkan sesuatu ilmu atau amalan ini selain dari anak tempatan adalah juga datang dari luar negeri. Mereka ini menggelarkan diri mereka sebagai tokoh-tokoh agama serta mempunyai ciri-ciri personaliti yang agak berbeza dengan orang awam, samaada disegi rupa paras, bentuk pakaian dan tingkah laku. Bagi penganjur ilmu kebatinan yang berunsurkan seni mempertahankan diri, seringkali golongan ini mengambil kesempatan dengan melantik pemimpin-pemimpin tertentu sebagai khalifah atau Mahaguru. Oleh kerana itu manifesto ilmu yang dikembangkan itu disesuaikan dengan kehendak masa dan suasana. Kebanyakan pengikut-pengikut yang terlibat dengan ajaran sesat dan ilmu kebatinan ini adalah terdiri dari golongan yang tidak mempunyai asas yang kuat didalam aspek akidah islam, disamping tidak mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam dalam mengenai ajaran Islam yang sebenarnya.

Page 21: AJARAN SESAT

CARA PENYELESAIANNYA (i) Kembali kepada Al Quran dan As Sunnah

(ii) Mengadakan peruntukan undang-undang yang mencukupi untuk membendung dan menghalang ajaran-ajaran yang sesat ini sesuai dengan ajaran Islam itu sendiri.

(iii) Melahirkan para pendakwah dan guru-guru agama yang benar-benar peka di dalam persoalan penyelewengan aqidah khasnya dan penyelewengan daripada ajaran Islam serta melatih mereka dengan cara-cara mengatasi masalah-masalah ini.

(iv) Memperkenalkan Islam yang syumul merangkumi segala aspek kehidupan manusia di samping mempraktikkannya.

(v) Memberikan ajaran Islam yang mencukupi dan tahan lasak di dalam menghadapi segala bentuk ancaman yang mungkin menggugat aqidah mereka.

(vi) Menghapuskan segala bentuk maksiat dan kemungkaran atau sekurang-kurangnya cuba dan berusaha mengurangkannya secepat mungkin, bukan dengan memperbanyakkan pula tempat-tempat maksiat dan membiarkan kemungkaran terus bermaharajalela.

(vii) Mempergunakan media massa seluas-luasnya dalam usaha pengajaran Islam yang benar-benar bersih dan tulin kepada masyarakat.

(viii) Sentiasa berusaha mengenalpasti penyelewengan aqidah yang berlaku di dalam masyarakat kemudian bertindak dengan secepat mungkin sebelum ia berakar umbi.

(ix) Sentiasa meminta pertolongan dan menaruh pengharapan kepada Allah s.w.t sebagai penolong dan pembela dalam usaha membasmi penyelewengan aqidah dan ajaran-ajaran sesat

Page 22: AJARAN SESAT

LANGKAH2 YANG DIAMBIL OLEH JAKIM

Menyediakan pengajaran dan pendidikan Islam secara berterusan di institusi-institusi pelajaran formal dan tidak formal.

Mengadakan ceramah-ceramah, taklimat, bengkel dan muzakarah

Menerbitkan buku dan risalah berkaitan akidah

Penerangan melalui media elektronik dengan menyediakan slot khas mengenai ajaran salah dalam dalam program anjuran Bahagian Dakwah dan Bahagian Media Elektronik dan Penyiaran JAKIM.

Page 23: AJARAN SESAT

KESIMPULAN

Demikianlah maklumat ringkas tentang pegangan dan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan kumpulan-kumpulan lain yang menyeleweng dan sesat yang lahir dahulu dan sekarang dalam masyarakat Islam termasuk di Malaysia. Ajaran-ajaran tersebut telah dapat mempengaruhi sebahagian umat Islam sehingga ramai yang terjebak dan terpengaruh dengan kumpulan-kumpulan tersebut. Pengikut-pengikut ajaran tersebut sanggup menyebarkan kepada orang ramai. Diharap semoga umat Islam dari kalangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah tidak terpengaruh kepada kumpulan-kumpulan yang menyeleweng dan sesat seperti di atas.