ajaran sesat

32
1.0 PENGENALAN Sejarah kewujudan manusia di dunia ini, bermula setelah Allah S.W.T memerintahkan Nabi Adam a.s dan isterinya, Hawa untuk meninggalkan syurga dan turun ke bumi. Peristiwa tersebut diceritakan dalam al- Quran dengan jelas, lantaran kesilapan yang dilakukan Adam a.s dan isterinya yang mengundang kemurkaan Allah S.W.T. Kesilapan ini berpunca daripada hasutan Iblis yang berjaya menggoda Adam a.s bahkan Iblis dan sekutunya telah berjanji kepadaAllah untuk menyesatkan anak cucu Adam a.s sehingga hari kiamat. Firman Allah S.W.T: Maksudnya: Iblis berkata: "Wahai Tuhanku ! Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan Aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hamba-Mu yang dibersihkan dari sebarang syirik". (Surah al-Hijr; 15: 39-40) Istilah ajaran sesat adalah istilah yang lazim dan popular yang digunakan dalam kalangan masyarakat Malaysia 1

Upload: azlanbinanggalun

Post on 14-Nov-2015

63 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

bahaya ajaran sesat

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN

Sejarah kewujudan manusia di dunia ini, bermula setelah Allah S.W.T memerintahkan

Nabi Adam a.s dan isterinya, Hawa untuk meninggalkan syurga dan turun ke bumi. Peristiwa tersebut diceritakan dalam al-Quran dengan jelas, lantaran kesilapan yang dilakukan Adam a.s dan isterinya yang mengundang kemurkaan Allah S.W.T. Kesilapan ini berpunca daripada hasutan Iblis yang berjaya menggoda Adam a.s bahkan Iblis dan sekutunya telah berjanji kepadaAllah untuk menyesatkan anak cucu Adam a.s sehingga hari kiamat.

Firman Allah S.W.T: Maksudnya: Iblis berkata: "Wahai Tuhanku ! Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan Aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hamba-Mu yang dibersihkan dari sebarang syirik".

(Surah al-Hijr; 15: 39-40)

Istilah ajaran sesat adalah istilah yang lazim dan popular yang digunakan dalam kalangan masyarakat Malaysia kebelakangan ini terutamanya pihak birokrasi agama dan media arus perdana di Malaysia. Istilah ajaran sesat adalah istilah yang bersifat relative kerana terdapat banyak takrifan dan definisi yang diberikan oleh pelbagai pihak. Menurut Kamus Dewan, ajaran ditakrifkan sebagai segala perkara yang diajarkan, nasihat, petunjuk, teori dan mazhab. Manakala sesat pula ditakrifkan sebagai tidak mengikuti jalan yang betul dan menyimpang daripada jalan yang benar. Tugasan ini akan membincangkan lebih lanjut ciri-ciri, punca-punca dan langkah-langkah untuk mengatasi ajaran sesat, khususnya di negara kita.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

2.1 Kajian ini dilakukan untuk memaparkan penjelasan terhadap ciri-ciri ajaran sesat

dengan mengemukakan huraian yang lengkap agar kita dapat mengenal pasti fahaman

yang salah, menyeleweng dan sesat.

2 .2 Kajian ini juga dapat dijadikan panduan agar kita tidak mudah terjerumus dengan

sesuatu fahaman yang sesat.

2.3 Melalui kajian ini kita dapat memperbetul fahaman sebegini daripada menjadi barah

hati yang boleh membunuh akidah Islam.

2.4 Mendedah perkembangan dan ancaman kumpulan ajaran sesat tegar seperti Anti

Hadis, al-Arqam, Istilah-istilah yang boleh menjurus kepada berlakunya

kesesatan dan keruntuhan akhlak.2.5 Membincangkan proses tindakan yang lebih sesuai terhadap kumpulan ini dari aspek

undang-undang, syariah dan keselamatan.2.6 Meneliti persediaan yang diperlukan dalam menghadapi isu ini dan akhirnya tindakan

yang perlu dikeluarkan oleh semua agensi-agensi kerajaan menangani isu ajaran sesat.

3.0 SKOP TUGASAN

Bidang tugasan dalam tajuk dikaji berkaitan dengan penyelewengan akidah dan masalah ajaran sesat boleh merencatkan usaha kerajaan dalam membangun ummah dan menyebarkan fahaman Islam di Malaysia. Faktor ini boleh menyebabkan beberapa perubahan negatif terhadap kepercayaan, sikap dan amalan dalam masyarakat umat Islam di negara ini. Di Malaysia, kajian mendapati bahawa ajaran dan amalan sesat bergerak secara senyap- senyap atau tanpa disedari semasa Islam mula bertapak di negara ini pada abad ke-15 lagi. Ia dipercayai turut dibawa secara imigrasi yang membawa fahaman asal yang ada antaranya ciri-ciri ajaran animisme dan adat yang tidak selaras dengan Islam.

Ajaran sesat yang bergerak cergas di seluruh Malaysia sebelum 1980an bukan sahaja telah mengalami pengurangan bahkan kebanyakan dapat dibanteras oleh pihak berkuasa agama negeri-negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dari semasa ke semasa dengan kerjasama yang berkaitan.

Berdasarkan kajian Jakim, ajaran sesat yang dikategorikan sebagai aktif sehingga Mac 2001 adalah sebanyak 26 kumpulan meliputi pelbagai bentuk amalan seleweng, penggabungan dengan amalan pembomohan, persilatan serta amalan khurafat seperti amalan sihir, penggunaan jin atau hantu. Beberapa daripada kumpulan berkenaan telah difatwa dan diwartakan oleh negeri-negeri sebagai sesat.

Ajaran sesat adalah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau bukan Islam yang didakwanya berdasarkan kepada ajaran Islam atau didakwa tidak berlawanan dengan ajaran Islam, tetapi sebenarnya ajaran atau amalan itu berlawanan dengan akidah dan syariah Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah.

4.0 MASALAH KAJIAN

Kewujudan dan perkembangan ajaran sesat dalam pelbagai bentuk dan cara mengundang pelbagai kesan yang amat jelas terhadap masyarakat terutamanya golongan awam. Jika dilihat berdasarkan kes-kes yang berlaku, terdapat keanekaragaman latar belakang dan peringkat umur mereka yang terlibat atau menjadi mangsa kepada ajaran sesat. Dengan kemunculan ajaran sesat yang sentiasa wujud dan berkembang serta peningkatan bilangan mangsa yang terdiri daripada golongan Mahasiswa, perkara seumpama ini tentunya boleh memberi impak yang kuat kepada kestabilan akidah, akhlak dan keselamatan masyarakat yang akan membawa kepada kehancuran generasi mendatang. Kejahilan, meringan-ringankan urusan agama, budaya hedonisme, populariti, kekayaanserta mengejar kedudukan di dalam masyarakat awam mahupun masyarakat kampusmenyebabkan ramai yang terjerat untuk menyertai sesuatu ajaran baru. Ini mengakibatkan berlakunya kekacauan dalam ikatan sosial masyarakat Islam, pudarnya keyakinan terhadap kebenaran Islam, meningkatnya perbuatan jenayah, permusuhan dan perpecahan. Melihat kepada permasalahan ini, pengkaji merasakan perlu dibuat kajian untuk melihat persepsi dan keprihatian pelajar terhadap ajaran sesat.5.0 METODOLOGI KAJIAN.

Pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah yang bersesuaian dengan skop kajian untuk menyempurnakan tugasan ini. Antara kaedah yang saya pilih termasuklah kaedah bacaan. Saya telah mencari buku-buku, artikel, dan keratan akhbar yang berkaitan dengan ajaran sesat. Salah satu buku yang saya gunakan adalah "40 ciri ajaran sesat" tulisan Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir. Buku "Ajaran Sesat" tulisan Wan Mohd. Azam Wan Mohd Amin juga saya jadikan bahan rujukan sepanjang penulisan esei ini dan beberapa lagi buku yang lain. Sumber dari akhbar pula saya memilih Utusan Online yang bertajuk "Memerangi kumpulan ajaran sesat di Malaysia" iaitu diterbitkan pada 17.Julai.2012.

Seterusnya saya menggunakan kaedah temu bual bersama orang-orang yang mempunyai pengetahuan dalam bidang agama iaitu individu yang mempunyai pengetahuan serba sedikit tentang isu ajaran sesat di negara kita.

Tinjauan menggunakan borang soal selidik juga saya praktikkan dalam kajian ini untuk mendapatkan maklum balas dari orang ramai tentang pandangan mereka terhadap ajaran sesat dan menguji tahap kefahaman mereka dalam isu ini.

Saya juga menggunakan internet untuk mencari fakta yang berkaitan dengan ajaran sesat. Laman web rasmi yang saya layari ialah www.islam.gov.my iaitu laman web JAKIM. Melalui laman web tersebut saya telah menemui beberapa maklumat penting seperti kes ajaran sesat dan langkah JAKIM untuk menghentikan gejala ajaran sesat di negara kita.

6.0 JUSTIFIKASI

Saya selaku pengkaji sangat berharap agar kajian yang dilakukan ini dapat membantu umat Islam amnya dan pelajar khasnya agar tidak mudah terjerumus ke dalam ajaran sesat. Melalui kajian yang dijalankan ini, pelajar dapat didedahkan dengan ajaran sesat dan jenis-jenisnya yang pelbagai bentuk agar mereka dapat menghindarinya dan menyeru masyarakat supaya tidak mudah terpengaruh oleh tipu helah kumpulan ajaran sesat. Kajian ini juga boleh dijadikan panduan bagi Fakulti Pendidikan dan juga bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Sains Malaysia untuk mendedahkan pelajar yang kurang berpengetahuan tentang ajaran sesat dan bahayanya terhadap pelajar dan masyarakat. Selain itu, kajian ini juga penting bagi pihak universiti dalam menilai tahap pengetahuan pelajar tentang ajaran sesat yang seterusnya dapat dijadikan pertimbangan dalam penyusunan sylabus pelajaran yang berkaitan dengan ilmu akidah dan akhlak. Demikian juga halnya bagi pihak yang berwajib dalam membanteras ajaran sesat, kajian ini diharapkan dapat memberikan gambaran yang nyata mengenai tahap pengetahuan pelajar universiti tentang ajaran sesat dan seterusnya dapat dijadikan panduan dalam memperkasakan lagi metode yang digunakan dalam mencegah perkembangan ajaran sesat di dalam masyarakat Islam Malaysia.

7.0 ANALISIS KARYA

7.1 DEFINISI AJARAN SESAT Fahaman sesat ialah fahaman yang bertentangan dengan Islam tetapi ada kaitan dan dinisbahkan kepada Islam. Oleh itu, agama-agama lain tidak termasuk dalam konteks ajaran sesat. Ajaran sesat juga terjadi apabila seorang Muslim membawa satu fahaman agama namun fahaman agama ini jelas bertentangan dengan Islam. Ia mungkin bertentangan dengan al-Quran atau riwayat hadis yang sahih. Maka ini dihukum sebagai ajaran dan fahaman menyeleweng atau juga boleh sampai ke tahap ajaran sesat.

Ada juga fahaman dan ajaran yang menggunakan nas al-Quran untuk mengesahkan ajaran tersebut. Secara zahir, ia nampak benar namun jika dikaji dengan baik dan teliti, rupa-rupanya ajaran tersebut bertentangan dengan ajaran Islam. Maka ini juga dikira sebagai ajaran dan fahaman sesat. Oleh itu, apabila disebut fahaman sesat atau ajaran sesat, ia merujuk kepada ajaran yang ada kaitan dengan Islam dan dicanangkan sebagai ajaran Islam. Namun disebabkan ia telah menyalahi dasar akidah Islam, maka ia dikira sebagai ajaran yang menyeleweng atau ajaran sesat.

Ajaran sesat ditakrifkan oleh Bahagian Akidah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai sebarang ajaran ataupun amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam ataupun bukan Islam yang mendakwa ajaran dan amalan itu berdasarkan ajaran Islam. Hakikatnya, ajaran dan amalan yang di bawa itu bertentangan dan berlawanan dengan akidah Islam, bertentangan dengan al-Quran dan sunnah, bertentangan dengan mazhab yang muktabar dan bertentangan dengan Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah.

7.2 JENIS DAN CIRI AJARAN SESAT.( A ) Menolak al-Quran

Menolak al-Quran merupakan asas kesesatan. Setiap insan dan Muslim yang tidak menerima al-Quran termasuk dalam golongan yang sesat. Hujah mereka menolak al-Quran disebabkan jalan periwayatan al-Quran yang tidak selamat. Bagi golongan sebegini, al-Quran yang ada hari ini sudah tidak lagi asli sebagaimana pada zaman Nabi Muhammad SAW. Al-Quran hari ini sudah dicampuri oleh idea Abu Bakar, Umar dan akhir sekali idea dan fikrah Uthman bin 'Affan r.a. Sedangkan hakikatnya Al-Quran ialah kitab yang diwahyukan dan dipelihara oleh Allah SWT. Firman Allah:

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan az-Zikr (al-Quran) dan Kami yang menjaganya. ( Surah al-Hijr 15:9 )

Oleh itu, ditegaskan bahawa mana-mana fahaman yang menolak al-Quran, secara keseluruhan atau sebahagiannya dan fahaman yang mempertikaikan keaslian al-Quran adalah fahamanyang sesat.

( B) Menolak hadis atau sunnah.Ada golongan dalam masyarakat Muslim yang menolak hadis atau sunnah. Golongan ini menolak secara keseluruhan hadis. Pada mereka proses penulisan hadis lambat. Hadis dalam Sahih al-Bukhari contohnya ditulis pada kurun ketiga hijrah iaitu lebih 200 tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Hadis juga tidak relevan dengan suasana masyarakat moden. Selain itu, wujud hadis palsu dan daif. Sebenarnya penulisan hadis bukan bermula pada zaman Imam al-Bukhari. Penulisan hadis bermula sejak zaman awal Islam. Sudah ada beberapa para sahabat yang turut menulis riwayat hadis. Imam Malik contohnya yang lahir sekitar tahun 93 Hijrah sudah pun menulis satu kitab hadis yang dikenali sebagai al-Muwattha'. Selain penulisan, riwayat hadis juga dihafal dalam ingatan. Kemampuan mereka menghafal hadis amat mengagumkan. Bukan sekadar puluhan hadis, tetapi mencecah ribuan hadis. Maka sikap menolak hadis keseluruhannya adalah salah dan ia membawa kepada peyimpangan dari jalan yang lurus.

( C ) Memperlekehkan NabiNabi dan rasul ialah pilihan Allah. Melalui mereka, wahyu disampaikan kepada umat manusia. Ada fahaman yang memperlekehkan nabi. Pelbagai buku diselongkar untuk mencari bukti kesilapan dan kesalahan nabi. Seseorang nabi itu hendaklah dimuliakan. Apatah lagi nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad SAW. Firman Allla SWT:

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu meninggikan suara kamu lebih daripada suara nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain, supaya tidak terhapus amalan kamu, sedangkan kamu tidak menyedarinya.

( Surah al-Hujurat 49:2 )

Nas al-Quran ini menekankan aspek adab dengan Nabi Muhammad SAW. Maka apa-apa kenyataan atau tindakan yang cuba memperlekehkan Nabi Muhammad SAW merupakan fahaman yang salah dan menyeleweng. Ada fahaman yang mempertikaikan bilangan isteri Nabi yang melebihi empat orang. Bagi fahaman ini, tindakan Nabi Muhammad SAW adalah tindakan yang zalim, melampaui batas dan melanggar nas al-Quran. Ada fahaman yang mempersoalkan pernikahan Nabi Muhammad SAW dengan Sayidatina Aisyah r.ha. Yang masih muda usianya. Tindakan ini dianggap sebagai seks dengan kanak-kanak. Maka ada tanggapan bahawa Nabi Muhammad SAW sebenarnya seorang lelaki gila seks. Ada fahaman yang memperlekehkan hadis menyimpan janggut. Maka janggut Nabi Muhammad SAW diumpamakan sebagaimana janggut kambing sahaja.

Ada fahaman yang menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW ialah pemimpin yang suka berperang. Ada fahaman bahawa Nabi Muhammad SAW bukanlah seorang insan ummiy iaitu buta huruf. Bagi fahaman ini, buta huruf tidak layak bagi Nabi Muhammad SAW kerana Nabi ialah cucu kepada pembesar Makkah. Sifat buta huruf adalah menghina nabi Muhammad SAW. Namun sebenarnya al-Quran menjelaskan bahawa memang nabi adalah ummiy. Firman Allah:

Maksudnya: "Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya. (Surah al-A'raf 7:157)

Sifat buta huruf merupakan bukti kerasulan Nabi Muhammad SAW. Bagaiman seorang insan yang buta huruf dapat mengetahui kisah-kisah ahli kitab dan kisah silam tanpa pembacaan. Bagaimana seorang yang buta huruf dapat menyampaikan al-Quran dengan gaya bahasa yang sangat indah tanpa apa-apa kesalahan bahasa. Sifat buta huruf bukanlah satu penghinaan bagi Nabi Muhammad SAW. Namun dikhuatiri menafikan sifat buta huruf akan menafikan nas al-Quran dan membuka ruang untuk membuat fitnah terhadap keaslian al-Quran sebagai wahyu Illahi. Oleh itu , mana-mana fahaman yang cuba memperlekehkan Nabi Muhammad SAW ialah fahaman yang wajib dihindari dan dilawani.

( D ) Nabi atau rasul baharu.Nabi Muhammad SAW ialah nabi dan rasul yang terakhir. Maka dakwaan wujudnya nabi atau rasul yang baharu selepas Nabi Muhammad SAW adalah dakwaan palsu. Pada mereka, hujah untuk membuktikan kewujudan nabi yang baharu ialah tiadanya satu nas al-Quran yang mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai khatam para nabi ( khatam an-nabiyin ) tidak jelas dalam maksud tersebut. Khatam bukan bermakna penutup tetapi bermakna cincin.

Dalam al-Quran, Allah Azzawajalla menjelaskan:

Maksudnya : Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

( Surah al-Ahzab 33:40 )

Jelas bahawa Muhammad ialah pesuruh Allah. Jelas juga bahawa Muhammad ialah khatam para nabi. Dalam kitab tafsir yang muktabar dan menjadi rujukan, khatam ditafsirkan sebagai penutup atau akhir. Maka insan yang mendakwa dirinya sebagai nabi Allah atau sebagai rasul Allah selepas Nabi Muhammad SAW ialah pembawa ajaran sesat. Oleh itu, berhati-hatilah dengan dakyah dan penyelewengan mereka.

( E ) Ajaran Al-ArqamDi antara kesesatan ajaran al-Arqam yang berkaitan langsung dengan akidah Islam pertamanya ialah mempercayai bahawa Ashaari Muhammad tidak mati bahkan terus memimpin jemaahnya di alam ghaib. Kedua, pengikut mereka beriman bahawa Ashaari Muhammad adalah Imam Mahdi yang akan dibangkitkan kelak.Ketiga, mereka percaya bahawa Ashaari Muhammad bertemu dengan Nabi Muhammad s.aw dalam keadaan yaqazah. Apabila pengikut al-Arqam boleh mempercayai Ashaari Muhamamad sebagai Imam Mahdi maka tidak hairanlah mereka juga mempercayai cerita khurafat bahawa dia bertemu dengan Nabi secara yaqazah. Yaqazah bermaksud bertemu dengan Nabi secara sedar bukan mimpi manakala Nabi pula dalam keadaan hidup iaitu berjasad dan roh. Pengikut al-Arqam dan kebanyakan aliran tarikat kesufian mereka yakin bahawa boleh bertemu dengan Nabi dalam keadaan yaqazah. Namun, yaqazah bukanlah pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah melainkan ia adalah batil lagi sesat.

( F ) Ajaran Al- Maunah

Al-Ma'unah adalah sebuah organisasi pengganas militan di Malaysia yang terkenal dengan keberaniannya melakukan pencerobohan nekad ke atas sebuah kem Rejimen Askar Wataniah pada subuh 2 Julai 2000 dan melarikan sejumlah besar senjataapi daripada stor persenjataan. Kumpulan tersebut kemudiannya mendirikan pangkalan rahsianya di kawasan hutan berhampiran perkampungan di Sauk, Perak dan terlibat dalam pertempuran di antara Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. Ciri ajaran yang ditekankan dalam kumpulan ini ialah ilmu persilatan dan turut menggunakan tenaga dalaman dan mempelajari ilmu perubatan tradisional Islam. Mohamed Amin bin Mohamed Razali yang merupakan pemimpin kepada 29 ahli kumpulanAl-Ma'unah mengetuai misinya untuk menggulingkan kerajaan Malaysia. Menurut fakta kes, kumpulan itu bertekad jika kerajaan yang memerintah menolaknya, mereka tidak ragu-ragu menggunakan kekerasan termasuk melakukan pembunuhan. Melalui arahan ketua, anggota-anggota kumpulan itu berperanan dalam misi utama untuk menggulingkan pemerintahan melalui kekerasan yang bertentangan dengan Perlembagaan.

( G ) Ajaran Ayah PinAjaran Arifin bin Muhamad (Ayah Pin ) ialah ajaran yang menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar , sesat dan syirik kerana ciri-ciri yang menyeleweng. Dari aspek akidah Ayah Pin mengatakan dirinya sebagai tuhan yang turun dari langit dan kerajaan langit adalah di bawah kekuasaannya. Ayah Pin mempunyai kuasa menyembuhkan segala penyakit dan sebutan namanya boleh menakutkan binatang buas. Ayah Pin mendakwa bahawa Mekah, Kaabah dan Air Zam-Zam adalah miliknya dan dibina selepas mendapat wahyu dari langit. Ayah Pin mempunyai kuasa menjadikan manusia menjadi batu melalui sumpahannya ,mengetahui perkara ghaib, boleh menentukan syurga dan neraka seseorang, mendakwa roh orang yang mati jahat akan dikurung dalam kubah markaz. Dalam ajaran ini juga mereka menolak berlaku kemusnahan dunia ketika qiamat. Pada Ayah Pin seseorang Islam itu perlu menjadi kafir dahulu. Lebih parah lagi mereka menolak kepentingan mengucapkan dua kalimah syahadah di akhir kematian anak Adam.

Dari aspek syariah mereka secara total menolak rukun Islam dan hukum syarak"berkaitan dengan Tuhan. Tidak dapat dinafikan juga mereka menolak rukun - rukun Islam termasuk kewajipan sembahyang lima waktu, puasa di dalam bulan Ramadhan, zakat dan ibadah haji. menghalalkan makanan yang diharamkan oleh syarak mengada-adakan hukum syarak"seperti nikah batin.

7.3 PUNCA BERLAKUNYA AJARAN SESAT

Ajaran sesat didapati berpunca dari pelbagai faktor. Salah satu faktor tersebut ialah kejahilan ilmu. Kejahilan merupakan musuh utama dan faktor kepada keterlibatan dalam fahaman sesat. Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

sesungguhnya antara tanda-tanda Kiamat ialah ilmu diangkat, kejahilan yang melanda, arak diminum dan zina makin berleluasa.

(Riwayat al-Bukhari, kitab al-'Ilm, no.80)

Dalam riwayat hadis, dikjelaskan bahawa golongan tidak berilmu dilantik menjadi ulama. Maka mereka berfatwa dan memberi pendapat tanpa asas ilmu lalu mereka sesat dan menyesatkan masyarakat. Sabda Nabi Muhammad SAW :

.

Maksudnya : Sesungguhnya Allah tidak mengangkat ( menghilangkan ) ilmu secara rentapan daripada manusia, akan tetapi Allah mengambil ilmu dengan mematikan para ulama. Hingga apabila tiada lagi ulama, maka masyarakat melantik prang jahil menjadi pemimpin/ ilmuwan untuk mereka. Maka apabila pemimpin/ilmuwan sebigini disoal, maka mereka akan memberikan fatwa tanpa ilmu. Maka mereka telah tersesat dan mereka menyesatkan ( orang lain. ) (Riwayat Muslim, kitab al-'Ilm, no.2673)

Hadis tersebut jelas menunjukkan bahawa antara faktor kepada kesesatan ialah ketiadaan ilmu. Ilmu hilang dan tidak menjadi pedoman bagi masyarakat. Lebih parah lagi, ahli ilmu juga tidak menguasai ilmu dengan baik dan matang.

Dosa silam yang banyak juga menjadi faktor pendorong kepada keterlibatan seseorang itu dalam fahaman sesat. Barangkali ada insan yang hidupnya bergelumang dengan noda dan dosa. Dosa rasuah, zina, minum arak, tidak bersolat dan sebagainya. Kadangkala mungkin solat, namun selalunya tidak menunaikan kewajipan tersebut. Arak dianggap sebagai lambang kehidupan moden. Zina dikira tidak salah asalkan selamat daripada penyakit. Akhirnya sampai satu peringkat hidup, ia ingin bertaubat. Namun bolehkah dosanya yang tinggi menggunung itu diampunkan? Maka untuk segera mendapatkan keampunan, ada fahaman yang menawarkan pengampunan dosa secara percuma atau dengan bayaran tertentu. Wang tidak menjadi masalah. Akhirnya insan begini rasa selamat dan lega kerana dosa telah terampun.

Amat mudah untuk terjebak ke dalam fahaman sesat apabila belajar dan mendampingi guru yang sesat dan menyesatkan. Golongan ini lebih ditakuti oleh Baginda Nabi Muhammad SAW daripada dajal sebagaimana Abu Dzar al-Ghifari r.a. Meriwayatkan, suatu hari beliau berjalan bersama Nabi Muhammad menuju ke rumah Baginda. Lalu Baginda SAW yang bermaksud:

Aku lebih takut umatku ( bertemu golongan ) selain dajal daripada dajal yang sebenar.

Apabila aku khuatir Baginda akan masuk ke rumah ( tanpa memberi tahu siapakah golongan itu ) aku berkata, " Ya rasulullah! Apakah yang engkau lebih takut ke atas umat mu daripada dajal? Sabda Baginda, "Para imam menyesatkan"

( Riwayat Ahmad ) Terdapat guru yang memang bertujuan menyesatkan masyarakat kerana tamakkan kedudukan. Ini ialah syaitan dalam bentuk manusia. Mereka berusaha merosakkan akidah insan dan menyelewengkan ajaran sebenar. Mereka ini seumpama dajal.

Faktor yang telah dikenalpasti oleh JAKIM sebagai punca berlaku penyelewengan akidah, antaranya yang paling utama ialah tersebarnya secara meluas buku yang berunsur ajaran sesat di pasaran atau melalui koleksi khas. Dalam kalangan guru ajaran-ajaran sesat berkenaan ramai yang cuba menonjolkan diri sebagai orang yang arif dalam ilmu-ilmu pengubatan dan agama semata-mata bertujuan kerana kepentingan diri atau lain-lain kepentingan dengan berbagai-bagai gelaran.

LANGKAH MENCEGAH AJARAN SESAT.

Individu Setiap individu perlulah mencari jalan yang lurus atau jalan yang benar untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Salah satu aspek yang perlu diamalkan ialah solat lima waktu sehari semlam. Solat lima waktu terdiri daripada tujuh belas rakaat. Dalam setiap rakaat, surah yang wajib dibaca ialah surah al-Fatihah dan di dalam surah al-Fatihah itu terdapat doa yang dipohon kepada Allah Azzawajalla iaitu doa agar diberi hidayah kepada jalan yang lurus. Jalan yang lurus ialah jalan yang benar dan kita boleh memahami dalam firman Allah :

Maksudnya : Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat). ( Surah an-Nisa' 4:69 )

Jika kita fahami maksud ayat Surah an-Nisa ayat 69, maka kita akan dapat mengetahui jalan yang ditempuh oleh empat golongan tersebut iaitu jalan yang mereka tempuhi adalah berdasarkan wahyu Allah. Oleh itu jalan yang lurus ialah jalan yang selamat.

Debat dan hujahBagi membanteras ajaran dan fahaman sesat, kaedah berhikmah, nasihat yang baik dan perdebatan yang baik menjadi satu tuntutan dalam Islam. Firman Allah :

Maksudnya : Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. ( Surah an-Nahli 16: 125 )

Berdasarkan keterangan tersebut, jelas bahawa dakwah hendaklah dengan hikmah, nasihat yang baik dan perdebatan hujah yang sihat. Tidak wajar dan tidak harus digunakan kekerasan melainkan dakwah Islam dihalang. Oleh itu, jika ada ajaran sesat wujud dalam masyarakat, maka menjadi kewajipan para ulama untuk berdiskusi dan berdebat dengan hujah. Pihak berkuasa sewajarnya memanggil pihak yang terlibat untuk mendengar dan meneliti hujah pihak tersebut. Hujah mereka mestilah dijawab dengan hujah jitu.

Jakim

Pihak JAKIM perlu menyediakan pengajaran dan pendidikan Islam secara berterusan di institusi-institusi pelajaran formal dan tidak formal. Mengadakan ceramah-ceramah, taklimat, bengkel dan muzakarah Menerbitkan buku dan risalah berkaitan akidah Penerangan melalui media elektronik dengan menyediakan slot khas mengenai ajaran salah dalam dalam program anjuran Bahagian Dakwah dan Bahagian Media Elektronik dan Penyiaran JAKIM.

Tindakan Pihak Berkuasa Tindakan daripada pihak berkuasa wajar dilakukan terhadap mana-mana pihak yang membawa ajaran sesat. Sebagai contoh dalam peristiwa kemunculan nabi palsu, tindakan ketenteraan diambil oleh pihak berkuasa ketika itu. Musailamah al-Kazzab adalah seorang insan yang mendakwa menerima wahyu dan beliau ialah nabi sebagaimana Nabi Muhammad SAW. Abu Bakar as-Siddiq r.a. telah menghantar gerombolan tentera diketuai Khalid al-Walid r.a. untuk menghapuskan golongan ini. Pihak kerajaan seharusnya boleh mencontohi peristiwa tersebut dalam memperjuangkan kesucian agama Islam.

9.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, ajaran sesat membawa pelbagai kesan padah dalam kehidupan manusia yang tidak mempunyai pegangan agama yang kukuh dan utuh. Oleh yang demikian suatu anjakan paradigma harus dilaksanakan oleh badan-badan kerajaan dan swasta serta masyarakat sejagat agar dapat mengatasi masalah akidah yang sudah pastinya menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar. Kita juga perlulah mempelajari ilmu secara terbuka, bukan bersembunyi dan rahsia. Majlis ilmu terbuka seperti di masjid dan di surau memberi ruang untuk orang ramai berbincang sama ada pengajaran seseorang betul atau ada kesilapannya. Akhir sekali, kita mesti menjadikan al-Quran sebagai dasar sumber pertama dalam Islam.

10.0 BIBLIOGRAFI

Mohammad Nidzam Abdul Kadir, (2012) 40 Ciri Ajaran Sesat . Kuala Lumpur :

Telaga Biru Sdn. Bhd

Fauzi Deraman, (2010) Pengajian hadits di Malaysia. Univesiti Malaya:

Dewan Bahasa dan Pustaka

Sabaruddin Hussein, (2014) Yahudi, Syiah dan Dajal . PTS Islamika

Sdn. Bhd., Malaysia

Abdul Fatah Haron Ibrahim, ( 2003 ) Ajaran Sesat Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka

Nasrudin H. Mahmud ( 1995 ) Pengakuan Mantan Pemimpin al-Arqam Kuala Lumpur: Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia.

Ravichandrika Alagirisamy (2003) Metaphor and ideology in news discourse a case study of the Al-Ma'unah weapons heists Universiti Sains Malaysia. PHS

Ahmadi Haji Baharudin, ( 2002 ) Menjadi Survivor Dalam Dunia Penuh Cabaran. Kuala lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

http://www.islam.gov.my http://www.e-fatwa.gov.my/

https://www.u-library.gov.my

http://www.utusan.com.my/

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, ( 2005 ) halaman 119

HYPERLINK "http://www.utusan.com.my/" http://www.utusan.com.my/ dicapai pada 27 April 2014

Mohammad Nidzam Abdul Kadir, (2012) 40 Ciri Ajaran Sesat . Kuala Lumpur :

Telaga Biru Sdn. Bhd. Halaman 2

HYPERLINK "http://www.islam.gov.my" http://www.islam.gov.my dicapai pada 26 April 2014.

Mohammad Nidzam Abdul Kadir, (2012) 40 Ciri Ajaran Sesat . Kuala Lumpur :

Telaga Biru Sdn. Bhd. Halaman 18

Mohammad Nidzam Abdul Kadir, (2012) 40 Ciri Ajaran Sesat . Kuala Lumpur :

Telaga Biru Sdn. Bhd. Halaman 27

Mohammad Nidzam Abdul Kadir, (2012) 40 Ciri Ajaran Sesat . Kuala Lumpur :

Telaga Biru Sdn. Bhd. Halaman 30

Mohammad Nidzam Abdul Kadir, (2012) 40 Ciri Ajaran Sesat . Kuala Lumpur :

Telaga Biru Sdn. Bhd. Halaman 30

Mohammad Nidzam Abdul Kadir, (2012) 40 Ciri Ajaran Sesat . Kuala Lumpur :

Telaga Biru Sdn. Bhd. Halaman 35

Nasrudin H. Mahmud ( 1995 ) Pengakuan Mantan Pemimpin al-Arqam, Kuala Lumpur: Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia. Halaman 31

Ravichandrika Alagirisamy (2003) Metaphor and ideology in news discourse a case study of the Al-Ma'unah weapons heists. Halaman 25

Ahmadi Haji Baharudin, ( 2002 ) Menjadi Survivor Dalam Dunia Penuh Cabaran. Halaman 63

HYPERLINK "https://www.u-library.gov.my" https://www.u-library.gov.my dicapai pada 27 April 2014.

Mohammad Nidzam Abdul Kadir, (2012) 40 Ciri Ajaran Sesat . Kuala Lumpur :

Telaga Biru Sdn. Bhd. Halaman 3

Mohammad Nidzam Abdul Kadir, (2012) 40 Ciri Ajaran Sesat . Kuala Lumpur :

Telaga Biru Sdn. Bhd. Halaman 6

Mohammad Nidzam Abdul Kadir, (2012) 40 Ciri Ajaran Sesat . Kuala Lumpur :

Telaga Biru Sdn. Bhd. Halaman 6

HYPERLINK "http://www.islam.gov.my" http://www.islam.gov.my dicapai pada 28 April 2014.

Mohammad Nidzam Abdul Kadir, (2012) 40 Ciri Ajaran Sesat . Kuala Lumpur :

Telaga Biru Sdn. Bhd. Halaman 7

1