air polution report

Upload: king-rudolf

Post on 05-Mar-2016

55 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

................

TRANSCRIPT

Layout 1

Pengenalan.Atomosfera merupakan lapisan udara yang menyelaputi bumi, kekal dan stabil di sekeliling bumi oleh graviti dan mempunyai ketebalan sehingga 100 km. Atmosfera juga berkaitan dengan gangguan atmosfera yang merujuk kepada isu-isu alam sekitar seperti pencemaran udara, pencemaran air, jerebu, pemanasan global dan sebagainya. Berdasarkan suhu, atmosfera boleh dikelaskan kepada empat lapisan iaitu, termosfera, mesosfera, stratosfera dan troposfera. Antara komponen yang terkandung di lapisan atmosfera adalah nitrogen N2 (78.08%), oksigen O2 (20.95%), air HO2 (0.93%) dan gas-gas lain (0.04%) seperti CO2 dan lain-lain. Komponen lain dalam udara ialah partikel pepejal yang halus. Partikel-partikel ini dikenali sebagai aerosol yang membolehkan wap air terpeluap di sekelilingnya dan membolehkan pembentukan awan

Di samping itu, atmosfera berfungsi sebagai penghalang penembusan bahang matahri secara berlebihan ke permukaan bumi antaranya sinaran ultra violet. Selain itu, ia juga berperanan untuk mengawal suhu bumi siang dan malam. Jika berlaku gangguan di ruang atmosfera ia akan menyebabkan berlakunya pelbagai bencana. Sebagai contoh, pencemaran udara, pencemaran air, kesan rumah hijau, pemanasan global dan sebagainya.

Definisi Pencemaran Udara.

Pencemaran udara merupakan satu keadaan di mana gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, logam toksik seperti plumbum tembaga dan sisa radiokaktif dibebaskan ke atmosfera pada kadar yang melebihi keupayaan semula jadi alam sekitar untuk menghilang, mencairkan atau menyerap mereka. Hal tersebut akan menyebabkan kemudaratan bukan sahaja kepada manusia tetapi kepada organisma hidup yang lain seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain. Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya, asap rokok,pembakaran terbuka dan letusan gunung berapi. Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya, asap rokok,pembakaran terbuka dan letusan gunung berapi.

Pencemar boleh dikelaskan sebagai utama atau sekunder. Bahan pencemar utama biasanya dihasilkan daripada proses, seperti abu dari letusan gunung berapi. Contoh lain termasuk gas karbon monoksida daripada ekzos kenderaan bermotor, atau sulfur dioksida yang dikeluarkan dari kilang-kilang. Pencemaran sekunder tidak dilepaskan secara langsung. Sebaliknya, ia membentuk di udara apabila pencemaran utama bertindak balas atau berinteraksi. Tahap ozon permukaan adalah contoh yang pencemar sekunder yang menonjol. Sesetengah bahan pencemar mungkin kedua-dua utama dan sekunder: kedua-duanya dilepaskan secara langsung dan terbentuk dari bahan pencemar utama yang lain.

Faktor Pencemaran UdaraFaktor Manusiai.Aktiviti pembangunan dan perindustrianPerkembangan ekonomi dunia bergantung kepada industri-industri yang menghasilkan barang untuk dieksport atau untuk aktiviti perniagaan domestik. Namun, ini telah menambah buruk keadaan pencemaran udara dunia. Pelepasan nitrogen, sulfur dioksida, hidrokarbon dan karbon dioksida telah membawa kesan sampingan kepada kehidupan alam sekitar.Selain itu, bukan sahaja gas-gas pencemar dilepaskan oleh industri, manakala habuk-habuk yang mampu mengakibatkan sesak nafas manusia juga dilepaskan.ii.Kenderaan motorKenderaan motor merupakan penyumbang pencemaran utama di dunia. Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, motor, lori, kapal terbang dan sebagainya. Setiap kenderaan motor memerlukan tenaga yang banyak untuk bergerak dan ini perlu melalui proses pembakaran bahan api fosil untuk menghasilkannya. Akibatnya, gas karbon monoksida, nitrus oksida, hydrokarbon dan habuk-habuk.Pada tahun 2004, 14 juta kenderaan telah berdaftar digunakan di Malaysia. Angka ini adalah 2 kali ganda berbanding dengan sedekad lalu. Manakala penggunaan kenderaan di jalan raya dijangka akan meningkat kepada 1 bilion pada tahun 2020, namum dijangka juga akan mencapai angka itu lebih awal.iii.Pembakaran terbukaPembakaran terbuka sering berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah, sisa pepejal di kawasan industri dan tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa kebun serta pembakaran di hutan simpan. Akibatnya partikel jelaga yang boleh diterbangkan ke jarak jauh oleh angin telah dihasilkan. Akhirnya, keadaan jerebu berlaku di sekeliling tempat.Keadaan tersebut akan menjadi lebih serius pada musim panas panjang kerana ia turut menyumbang kepada masalah jerebu yang mampu menjejaskan kesihatan awam dan mengurangkan jarak penglihatan.Contohnya, masalah jerebu yang melanda Malaysia pada tahun 1997 menyebabkan hampir seluruh negara seolah-olah diselubungi 'asap'.iv.Aktiviti harian manusiaIsi rumah menyumbang kepada pencemaran udara melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk dan penyaman udara. Apabila cecair penyejuk digunakan, gas Klorofluorokarbon (CFC) akan dilepaskan ke udara dan ia mampu menipiskan lapisan ozon. Selain itu, penggunaan peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga menyebabkan pencemaran udara.

FAKTOR SEMULAJADIi. Kebakaran hutan secara semulajadiKebakaran hutan secara semulajadi ini boleh menyebabkan berlakunya pencemaran udara kerana kebakaran ini akan melepaskan berbagai jenis partikulat terampai di dalam udara seperti asap,habuk, jelaga di samping gas-gas pencemar termasuk karbon dioksida serta karbon monoksida. Kuantiti zarah terampai yang dilepaskan biasanya banyak kerana kebakaran jenis ini tidak lengkap yang akan menghasilkan hasil sampingan seperti karbon dan abu. Sebagai contoh,fenomena jerebu yang melanda negara pada tahun 1997 sehingga 1998 yang berpunca daripada kebakaran yang berlaku di Indonesia. Dilaporkan lebih 250 000 hektar hutan telah terbakar di Pulau Sumatera dan Kalimantan antara Januari 1997 hingga 1998. ii. Letusan Gunung BerapiLetusan gunung berapi juga secara semulajadi boleh menyumbang kepada berlakunya pencemaran udara,hal ini kerana ianya turut mengeluarkan bahan-bahan pencemaran dan gas serta debu dalam kepekatan yang tinggi walaupun bersifat setempat.sebagai contoh,letusan gunung berapi St.Helens pada 18 mei 1980,dianggarkan telah melepaskan lebih kurang 10 bilion tan zarah pepejal ke atmosfera.

Kesan pencemaran air terhadap cuaca dan iklim i)Kesan rumah hijauBahan pencemar yang menyebabkan pencemaran air seperti gas mentana, gas nitrus oksida dan gas klorofluorokarbon (CFC) di atmosfera menyebabkan perubahan cuaca dan iklim yang akhirnya mengundang kesan rumah hijau. Gas sebegini menyerap lebih banyak haba yang menyebabkan peningkatan suhu. Kesan rumah hijau juga menyebabkan kadar pemanasan bumi secara mendadak dan meningkat. Peningkatan suhu akan mencairkan ais di bahagian Kutub Utara dan juga Antartika.ii) JerebuZarah-zarah habuk[footnoteRef:1] yang terhasil daripada pencemaran udara akibat aktiviti manusia menyebabkan berlakunya jerebu. Zarah-zarah habuk yang mencemarkan kualiri udara akan bertindak untuk menyekat pancaran matahari. Kebiasaannya, kejadian jerebu sering terjadi di kawasan bandar yang lebih tertumpu kepada pembangunan pesat dan perindustrian seperti Shah Alam, Puchong, Petaling Jaya dan Georgetown di Pulau Pinang. Sebagai contoh, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Selangor pada bulan September 2015 sudah melebihi 100 di mana ia dikategorikan sebagai tidak sihat dan akan member pengaruh besar kepada perubahan cuaca dan iklim di mana fenomena kemarau akan berlaku. [1: ]

iii) Hujan asidGas-gas yang berkimia tinggi seperti sulfur oksida dan nitrogen oksida yang terlepas ke ruang atmosfera akan bercampur dengan wap air di udara.Asid sulfurik dan asid nitrik pula akan terhasil dan melarut dengan bintik-bintik air yang terampung di dalam awan yang terbentuk daripada proses pemeluwapan. Hasil daripada larutan ini akan menyebabkan air hujan tersebut berasid dan turun ke bumi sebagai hujan asid.iv) Penipisan lapisan ozonBahan-bahan yang mencemarkan udara seperti karbon monoksida, kloroflorokarbon (CFC) hanya menyebabkan lapisan ozon terhakis di bahagian stratosfera. Penipisan lapisan ozon menyebabkan sinaran ultraungu berlebihan sehingga berlakunya pemanasan global dalam jangka masa pendek. Penipisan lapisan ozon juga menyebabkan peningkatan suhu yang akan mencairkan glasier di bahagian utara Artik dan Kutub Antartika. Pencairan glasier ini pula akan mengundang peningkatan isipadu air lautan.v) Pulau habaPulau haba terjadi apabila suhu di suatu kawasan bandar lebih tinggi daripada suhu di persekitarannya seperti dalam Rajah 1. Pulau haba selalunya hanya berlaku di kawasan bandar sahaja kerana Dari aspek pencemaran udara, bahan-bahan pencemar yang terhasil daripada asap-asap kenderaan dan kawasan perindustrian menyebabkan peningkatan suhu dan menyebabkan bandar berkenaan menjadi lebih panas. Pulau haba juga meningkatkan pembentukan nuklues higroskopik yang menyebabkan kejadian hujan lebat sehingga berlakunya banjir kilat.

Rajah 1 : Pulau HabaLangkah-Langkah Mengatasi Pencemaran UdaraMemperkenalkan Undang-UndangPihak kerajaan harus memperkenalkan undang-undang alam sekitar. Pihak kerajaan yang bertindak sebagai agen pentadbir negara seharusnya mengubalkan pelbagai undang-undang dalam mengawal kadar pencemaran. Pembebasan asap kilang yang mengandungi gas-gas beracun seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan nitrogen oksida. Kilang tersebut perlu meninggikan serombong asap sehingga 30 meter dan meletak penapis asap. Wet scrubber merupakan penapis asap kilang dengan menyembur air dan batu kapur pada asap. Proses ini dapat mengurangkan sulfur dioksida sampai 90%. Dengan ini asap yang dibebaskan telah dirawat. Pihak pengilang yang ingkar, boleh diambil tindakan undang-undang seperti denda dan penjara. Individu yang melakukan pembakaran terbuka wajib dikenakan kompaun atau penjara atau kedua-duanya sekali. Dengan undang-undang tersebut, orang ramai akan lebih peka dan akan lebih berwaspada terhadap isu pencemaran alam.

Kempen Dan PendidikanPelaksanaan program kempen alam sekitar juga dapat meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kesan pencemaran udara. Kempen kesedaran ini mengajak rakyat meninggalkan sikap dan tabiat buruk tidak mementingkan kebersihan dengan menjadikan penjagaan alam sekitar sebagai keutamaan dalam kehidupan mereka. Perlaksanaan kempen kesedaran dilakukan bagi menyemai rasa tanggungjawab masyarakat agar bekerjasama memelihara dan memulihara khazanah warisan negara. Perlaksanaan kempen kesedaran ini boleh dipelbagaikan dengan pelbagai cara seperti program sukarelawan, ceramah mahupun edaran risalah di setiap rumah. Pendidikan formal dan tidak formal harus dijalankan di sekolah dan institusi pendidikan yang lain. Contohnya, melalui mata pelajaran geografi, pendidikan moral, pendidikan agama dan sebagainya. Pendidikan ini berperanan mendidik pelajar tentang kepentingan menjaga kebersihan kepada alam sekitar fizikal dan juga manusia. Pendidikan ini juga boleh dijalankan melalui kempen alam sekitar di sekolah mahupun institusi pendidikan yang lain.

Penanaman Semula Tumbuh-TumbuhanTumbuhan memerlukan karbon dioksida sebagai bahan pembentukan glukosa, bahan makanan yang amat penting dalam rantai makanan di bumi dan menghasilkan oksigen (sebatian penting untuk pernafasan). Pembalakan haram atau penukaran hutan menjadikan bahan tidak produktif tentu meningkatkan pencemaran udara secara tidak langsung kerana pelepasan karbon tidak dapat diolah oleh tumbuhan. Oleh itu, program penanaman semula tumbuh-tumbuhan bertujuan untuk mengimbangkan ekosistem. Seperti sedia maklum, tumbuhan hijau dapat menghasilkan udara yang segar dan nyaman. Ini kerana, tumbuhan hijau dapat mengitar semula udara yang panas seperti karbon dioksida dan menghasilkan oksigen. Selain itu, oksigen juga adalah keperluan penting kepada manusia agar dapat bernafas dengan segar. Oleh demikian pihak bertanggungjawab perlu memperbanyakkan tanaman hijau di daerah polusi udara tinggi, kerena salah satu kegunaan tumbuhan adalah sebagai indikator pencemaran udara, selain sebagai penahan debu dan bahan partikel lain.

Pengurangan Penggunaan Kenderaan BermotorLangkah terbaik untuk mengatasi pencemaran udara adalah dengan mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor dan menggalakkan penggunaan kenderaan awam seperti LRT, bas, dan Komuter. Pengurangan jumlah kenderaan bermakna pengurangan asap kenderaan dalam jumlah yang minima. Antara cara lain ialah menggalakkan mereka yang bekerja di tempat yang sama supaya berkongsi kenderaan ke tempat kerja. Bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan tempat kerja bolehlah berjalan kaki kerana selain meminimakan asap kenderaan, ia juga dapat menyihatkan tubuh badan. Langkah menggunakan kenderaan yang tidak mengeluarkan asap seperti basikal juga adalah digalakkan kerana ianya mampu meminimakan asap kenderaan di samping dapat melakukan aktiviti menyihatkan badan.

Penggunaan TeknologiDengan adanya teknologi moden, penggunaan kenderaan menggunakan kuasa elektrik sedang dikaji secara giat di negara-negara barat. Kenderaan jenis ini bukan sahaja tidak menghasilkan pencemaran udara malah pencemaran bunyi juga tidak berlaku. Oleh itu, kerajaan juga menggalakkan penggunaan petrol tanpa plumbun dan memasang alat catalytic converter pada enjin kenderaan untuk mengurangkan pengeluaran asap. Di Kuala Lumpur, penggunaan kereta api elektrik seperti LRT, ERL, Komuter dan Monorel berjaya mengurangkan pencemaran udara. Ini kerana kereta api elektrik ini merupakan sistem pengangkutan yang bersifat mesra alam kerana ia tidak mengeluarkan asap hitam.

Memanfaatkan Biogas Sebagai Bahan BakarBeberapa organisme yang menghasilkan metana dapat mencemari udara kita. Penelitian menunjukkan bahawa gas metana dapat dijadikan sebagai bahan bakar gas. Oleh itu, metana dikenal dengan biogas. Gas metana terdapat pada najis haiwan ternak seperti sapi. Daripada kotoran ini dapat diolah sebagai bahan bakar yang digunakan untuk memasak. Penggunaan biogas dapat mengurangkan pencemaran udara.

Penggunaan Tenaga Alternatif Yang Mesra Alam Pembakaran jerami di kawasan pertanian padi sawah. Bagi menjimatkan kos, kebanyakan pesawah membakar jerami padi setelah musim menuai. Keadaan ini menyebabkan pencemaran udara di kawasan tersebut seperti yang sering berlaku di Dataran Kedah dan Dataran Kelantan suatu ketika dahulu. Oleh itu, petani digalakkan menggunakan tenaga alternatif yang mesra alam seperti kuasa hidro elektrik, biomas dan tenaga suria. Sisa pertanian seperti jerami padi boleh dijadikan sumber untuk tenaga biomas seperti yang digunakan oleh Kilang Beras di Alor Setar. Negara kita telah menuju ke arah ini apabila beberapa pusat tenaga suria telah dibina di Teluk Ewa, Langkawi dan Ulu Tembeling, Pahang.

Kesimpulan.

Pencemaran udara boleh memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda. Kesan pencemaran udara kepada manusia adalah gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah, melambatkan tindak balas manusia dan mengurangkan fungsi paru-paru. Selain itu, kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan nekrosis (keguguran daun), klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut. Disamping itu, pencemaran udara turut menyebabkan berlakunya pemanasan global akibat daripada penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari. Seterusnya, pancaran matahari yang terik juga akan menyebabkan berlakunya pencairan ais di bahagian kutub bumi. Hujan asid turut berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini akan terkumpul di dalam awan dan bergerak ke tempat-tempat lain. Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Kesannya, ia membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Tambahan pula, ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang serta tidak subur.

Activity 1 : Crossword Puzzle

Crossword Puzzle Air Pollution

Words1

2air pollution3air quality45air quality advisory6AQIasthma asthma triggerbiomonitoring78clean air act9milkweed10oxygenozone11particle pollution pollution12powerplant13stipple VOC1415

1

u

6

3 This plant can show s if ozone levels are high6 Teeny tiny things, too small for us to see, that float around in the air can be made up of dust, pollen or droplets9 When this is good we breathe easily10 Three-letter name for the color-coded scale that tells us about the quality of the air12 This is a gas we all need to live we breathe it in all day and all night13 A small dark polka-dot on the upper side of a milkweed leave from air pollution14 Type of building where most of our energy comes from16 For example: pet fur and feathers, cold air, exercise, or air pollution

Down1 Anything in our environment that should not be there and makes the land, air, and water dirty2 Even if we cannot see it, this can be floating around in our air making it dirty4 Our government passed this in 1970 to help keep the air clean5 Three letters that stand for a chemical that can smell really funny in markers, paint, or nail polish remover7 Using plants and animals to see if there is pollution in our environment8 A warning system used to tell people when air pollution is high11 This forms when VOCs and NOx bake in the sun and summer heat15 A disease that makes it hard for some people to breathe and can be triggered by high levels of air pollutionActivity 2 - Word splash

The following are the key words we learn about air pollution.

Can you use the words to complete the diagram belowAir pollutionAir pollution iscaused by:Air pollutantscome from:Air pollution leadsto:

Activity 3 : Wordsearch Air Polution

FIND WORDair pollution atmosphere be smart breathe burningbuscarbon dioxide clean air climate crusader cycledo your part

emission environment fossil fuel good luck greenhouse gasground level ozone healthheart lungsneighbourhood one tonne challenge oxygen

particulatepoor visibility smog smoke walk

gisvoposcarbondioxideastn

srqablucleanairxrxpmbdtre

smoganotomcsnrtaradfgveii

mrgupireblsiotrponfcatsmg

onsunlytilibisivrooptrqwh

keltedhostodaplesfraecapb

eunggulmbypokbucheartquio

sapsukeetrnkladuysotplrnu

sumbrmoovnivrethnadiragtr

ixkniagaqemissionimcafnlh

xelcycbstolwodrwimnuhgiro

coantidspifossilfueltrnpo

rvwlanmsuciazoreulfassrod

unetogvyeswrdoldenattkuha

sofairpollutionppaieatbir

amptrestvjojubxeystxljzip

dupmceldedoutnpwchavhiaow

eraognibkrsmegnahcetamilc

rtnsehprehecthrsjupyahons

tatpronetonnechallengeson

andhsupahxtransderdooagni

baseestteyolokintsgnulprt

vuirxechvgadrjkvodnerteas

ensehgoeyenvironmentdhsso

rmtsoafndnshwhwdowdrslops

yaelsstoneyogolkeskywlkre

goodluckbesmartdoyourpart

ANSWERS

Activity 1 : Crossword Puzzle

Activity 2 - Word splash

Air pollutionAir pollution iscaused by:Air pollutantscome from:Air pollution leadsto:rapid populationgrowthfactoriesacid rainburning of fossil fuelpower plantsozone depletionmotor vehiclesglobal warming

Activity 3 : Wordsearch Air Pollution

gcarbondioxiden

rcleanaire

smogi

mug

onytilibisivrooph

kdab

elhearto

emissiontu

vigr

kecnh

elcycluio

cafossilfuelno

rwzard

ugotu

sairpollutioneb

atee

dme

eonbetamilc

rshrh

ponetonnechallenge

huaxa

bestysgnul

urehgt

segeenvironmenth

an

s

goodluckbesmartdoyourpart