abstrak - faculty of education · sikap atau attitude ádalah suatu konsep paling penting dalam...
TRANSCRIPT
ABSTRAK
Kajian ini mengkaji hubungan sikap (komitmen, emosi dan berwawasan) dengan
pencapaian akademik pelajar PKPG tahun akhir (SPT, SPN, SPH) di UTM, Skudai .
Kajian ini melibatkan 131 orang responden yang terdiri daripada 53 orang lelaki dan
78 orang perempuan. Kajian ini berbentuk korelasi dan menggunakan instrumen soal
selidik dengan skala Likert bagi mengukur sikap dari tiga aspek. Tiga aspek tersebut
ialah komitmen, emosi serta berwawasan. Nilai pekali Alpha Cronbach untuk kajian
ini adalah 0.8591. Dapatan kajian mendapati sikap dari ketiga-tiga aspek tersebut
mencatatkan nilai min melebihi 3.5 iatu komitmen dengan nilai min 3.714, sikap
emosi dengan nilai min 3.87 serta sikap berwawasan dengan nilai minnya 3.79.
Keseluruhannya, pelajar PKPG mempunyai sikap komitmen, emosi serta
berwawasan yang baik terhadap pembelajaran. Dapatan kajian juga menunjukkan
terdapat perbezaan sikap di antara pelajar perempuan dan lelaki PKPG. Pelajar
perempuan menunjukkan sikap yang lebih positif terhadap pembelajaran. Namun,
hasil daripada analisis t-test menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang
signifikan di antara jantina dengan ketiga-tiga aspek sikap. Kajian juga telah
menemui bahawa sikap komitmen dan berwawasan mempunyai hubungan yang
signifikan dengan pencapaian akademik pelajar PKPG, tetapi sebaliknya bagi sikap
emosi. Di samping itu, dikemukakan juga cadangan kajian untuk meningkatkan lagi
pencapaian akademik pelajar PKPG.
v
ABSTRACT
The study examines the relationship between attitude (Comittment, Emotion, and
Vision) and academic achievement among the final year PKPG students (SPT, SPN,
SPH) in UTM, Skudai. The respondents comprised 53 male and 78 female students.
The study employed a set of questionnaire measuring on three PKPG students’
attitudes towards learning using Likert scale. The three attitudes are comittment,
emotion and vision. The Cronbach Alpha coefficient for the instrument is 0.8591.
The result showed that the overall average mean of students’ attitudes were greater
than 3.5, which showed comittment with overall mean 3.714, emotion with 3.87, and
vision with 3.79. Generally, the students’ attitudes were positive towards learning.
The result also shown that there were difference in attitudes between male and
female PKPG students. However, the t-tests showed that the difference of the result
were not significant. It is also found that comittment and vision have significant
relation with the academic achievement but not for emotion which do not have a
significant relation with academic achievement. Finally, several recommendations
were given to enhance students’ teaching and learning effectiveness.
vi
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
PENGAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
SENARAI SINGKATAN xv
BAB I PENGENALAN
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 4
1.2 Pernyataan Masalah 8
1.3 Objektif Kajian 9
1.4 Persoalan Kajian 9
1.5 Hipotesis 10
1.6 Batasan Kajian 10
1.7 Definisi Istilah 11
1.7.1 Sikap 12
1.7.2 Komitmen 12
1.7.3 Emosi 13
vii
1.7.4 Berwawasan 13
1.7.5 Pencapaian akademik 13
1.7.6 Pelajar PKPG 14
1.8 Kepentingan Kajian 14
1.9 Penutup 15
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.0 Pendahuluan 16
2.1 Kajian Sikap 16
2.1.1 Kajian Sikap Dari Aspek Komitmen 19
2.1.2 Kajian Sikap Dari Aspek Emosi 22
2.1.3 Kajian Sikap Dari Aspek Berwawasan 23
2.2 Kajian Sikap Pelajar Dewasa 25
2.2.1 Pembelajaran Orang Dewasa ( Cross,K.P.) 25
2.2.2 Andragogi ( Knowles,M.) 26
2.2.3 Pembelajaran Melalui Pengalaman
( Rogers,C.) 27
2.2.4 Kajian Perbandingan Pelajar Dewasa
Dan Bukan Dewasa 28
2.3 Kajian Hubungan Sikap Dengan Pencapaian
Akademik 29
2.4 Penutup 32
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pendahuluan 33
3.1 Reka Bentuk Kajian 34
3.2 Tempat Kajian 35
3.3 Sampel Kajian 35
3.4 Instrumen Kajian 37
3.5 Keesahan dan Kebolehpercayaan 39
viii
3.6 Prosedur Kajian 40
3.7 Analisa kajian 40
3.8 Penutup 41
BAB IV DAPATAN KAJIAN
4.0 Pendahuluan 42
4.1 Analisis Faktor Demografi Terpilih
Responden 43
4.2 Analisis Dapatan Kajian Bahagian B 45
4.2.1 Analisis Sikap Pelajar PKPG
Terhadap Pembelajaran. 45
4.2.1.1 Analisis Sikap (Komitmen)
Pelajar PKPG Terhadap Pembelajaran 46
4.2.1.2 Analisis Sikap (Emosi)
Pelajar PKPG Terhadap Pembelajaran 48
4.2.1.3 Analisis Sikap (Berwawasan)
Pelajar PKPG Terhadap Pembelajaran 50
4.2.2 Analisis Data Bagi Perbezaan Sikap
Di Antara Pelajar Lelaki Dengan
Pelajar Perempuan PKPG. 53
4.2.2.1 Analisis diskriptif ( min) Bagi
Perbezaan Sikap Di Antara Pelajar
Lelaki Dengan Pelajar Perempuan
PKPG 54
4.2.2.2 Analisis inferensi ( t-test ) Bagi
Perbezaan Sikap Di Antara Pelajar
Lelaki Dengan Pelajar Perempuan
PKPG 57
4.2.3 Analisa Data Bagi Hubungan Antara
Sikap (Komitmen, Emosi, Dan
Berwawasan) Dengan Pencapaian
Akademik 58
ix
4.3 Penutup 60
BABV PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.0 Pendahuluan 61
5.1 Rumusan 61
5.2 Perbincangan 63
5.2.1 Sikap pelajar PKPG terhadap
Pembelajaran 63
5.2.1.1 Sikap pelajar PKPG dari aspek
komitmen terhadap pembelajaran. 63
5.2.1.2 Sikap pelajar PKPG dari aspek
emosi terhadap pembelajaran. 65
5.2.1.2 Sikap pelajar PKPG dari aspek
berwawasan terhadap pembelajaran. 66
5.2.2 Perbezaan sikap pelajar lelaki dan
perempuan PKPG 67
5.2.3 Hubungan sikap (komitmen,emosi,
berwawasan) pelajar PKPG dengan
pencapaian akademik. 67
5.3 Cadangan 68
5.4 Cadangan Lanjutan 70
5.5 Penutup 70
RUJUKAN 72
LAMPIRAN 80
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT
2.1 Hasil Kajian Yang Menghubungkan Antara Sikap dan Perilaku 17
3.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan Pelajar PKPG di Tahun Akhir
Mengikut Kursus 36
3.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan Sampel Pelajar PKPG di Tahun
Akhir Mengikut Kursus 37
3.3 Jadual Skala Likert 38
3.4 Bilangan Item Mengikut Bahagian 38
3.5 Jenis Ujian Statistik Mengikut Bahagian 40
3.6 Kekuatan Hubungan dalam Kaedah Korelasi 41
4.1 Taburan Kekerapan Responden Mengikut Umur 43
4.2 Taburan Kekerapan Responden Mengikut Jantina 44
4.3 Taburan Kekerapan Responden Mengikut CGPA 44
4.4 Taburan Min, Nilai Minimum dan Nilai Maksimum
Responden mengikut umur dan CGPA 45
4.5 Taburan Kekerapan dan Min Sikap (Komitmen) Responden 46
4.6 Taburan Kekerapan Dan Min Sikap (Emosi) Responden 48
4.7 Taburan Kekerapan Dan Min Sikap (Berwawasan) Responden 51
4.8 Taburan Min Responden Mengikut Jantina untuk Setiap Item 54
4.9 Taburan Min Sikap ( Komitmen, Emosi dan Berwawasan)
Secara Keseluruhan Mengikut Jantina 56
4.10 Hasil Analisis (t-test) Perbezaan Sikap (Komitmen)
Pelajar Perempuan dan Lelaki PKPG 57
4.11 Hasil Analisis (t-test) Perbezaan Sikap (Emosi) Pelajar
Perempuan dan Lelaki PKPG 57
4.12 Hasil Analisis (t-test) Perbezaan Sikap (Berwawasan)
xi
Pelajar Perempuan dan Lelaki PKPG 58
4.13 Korelasi di antara Sikap (Komiitmen,Emosi dan Berwawasan)
dengan C.G.P.A. 59
xii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT
A Borang Soal Selidik 80
B Analisis Kebolehpercayaan Instrumen 85
C Analisis Statistik Deskriptif dan Inferensi 88
xiv
SENARAI SINGKATAN
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru
IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam
IPT - Institut Pengajian Tinggi
CAL - Characteristics of Adults as Learners
RM - Rancangan Malaysia
UPSI - Universiti Perguruan Sultan Idris
EPS - Education Participation Scale
xv
BAB I
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Sikap atau attitude ádalah suatu konsep paling penting dalam psikologi sosial.
Banyak kajian dilakukan untuk merumuskan pengertian sikap, proses terbentuknya
sikap, mahupun proses perubahannya, tidak kurang juga penelitian yang telah
dilakukan terhadap sikap untuk mengetahui kesan dan peranannya baik sebagai
pembolehubah bersandar mahupun pembolehubah bebas.
Menurut ahli psikologi sikap boleh dibahagikan kepada tiga komponen utama
iaitu afektif, perilaku (behavioral), dan kognitif (Rajecki,1989). Komponen afektif
menjurus kepada perasaan terhadap sesuatu objek, manakala komponen perilaku pula
ialah kecenderungan untuk bertindak pada tingkah laku tertentu yang berkait dengan
sikap kita. Komponen kognitif pula merujuk kepada pengetahuan dan kepercayaan
seseorang individu terhadap suatu objek. Walaupun sikap dapat dibahagikan kepada
tiga komponen, namun ketiga-tiga komponen tersebut saling berkait rapat dalam
pembentukan dan pemantapan sikap seseorang individu.
Terdapat beberapa teori mengenai sikap (Mann,1969 ; Secord and Backman,
1966) antaranya adalah teori keseimbangan ( balance theory) oleh Heyder; teori
kesesuaian ( Congruity principle ) dari Tannenbaum; teori desonansi kognitif
(Cognitive dissonance ) yang dikemukakan oleh Festinger mahupun teori afektif-
kognitif dari Rossenberg, serta beberapa teori lain.
Walau bagaimanapun, sikap itu sendiri tidak boleh dilihat terus, tetapi ianya
boleh diukur dengan menggunakan alat pengukur yang sesuai. Hasil ukuran amat
bergantung kepada kesahihan (validity) dan kepercayaan ( realibility) alat pengukur
yang digunakan. Selain itu sikap itu tidak bererti selagi sikap positif menjanjikan
ganjaran atau keuntungan manakala untuk sikap negatif pula hanya membawa
kepada hukuman atau kerugian (Bohner, 2002). Sikap juga membantu dalam
mengkategorikan golongan manusia, di mana manusia dapat dikategorikan mengikut
sikap mereka yang berbeza (contohnya konservatif atau feminis; lihat Hymes,1986).
Sikap juga bukan hanya mempengaruhi tingkah laku dan sikap orang lain, tetapi
menunjukkan bagaimana kita memproses maklumat berhubung dengan sikap
terhadap objek ( Pratkanis, 1989).
Dalam dunia teknologi kini, faktor psikologi seperti sikap ini semakin
dilupakan, namun dengan adanya kajian terhadap sikap, sedikit sebanyak memberi
gambaran bahawa sikap masih memainkan peranan yang penting. Dalam konteks
kajian ini, pencapaian akademik menjadi ukuran untuk melihat sejauh mana sikap
memainkan peranannya. Namun harus diingat, walaupun sikap setiap individu
adalah berbeza, tetapi individu masih boleh dikategorikan mengikut sikap yang
hampir sama berlandaskan beberapa faktor antaranya, pekerjaan, baka, serta umur.
Berbicara tentang umur dan sikap, ianya sejajar dengan tajuk kajian ini iaitu
melihat hubungan sikap dengan pencapaian akademik pelajar PKPG (Program Khas
Pensiswazahan Guru), yang juga boleh dikategorikan sebagai pelajar dewasa. Pelajar
PKPG tahun akhir di Fakulti Pendidikan, UTM ini adalah guru-guru yang
mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya 3 tahun. Mereka adalah
antara guru-guru yang telah menyahut seruan kerajaan untuk meningkatkan
profesionalisme perguruan di negara ini. Program ini adalah bagi memenuhi
keperluan guru sizwazah menjelang 2010 kerana pada tahun 2010 dijangkakan
kesemua guru di sekolah menengah manakala 50 peratus guru siswazah di sekolah
rendah adalah guru siswazah ( Rancangan Malaysia ke 9, 2006 ).
Ciri-ciri pelajar PKPG ini, memang menepati ciri-ciri pelajar dewasa ( Terry,
1992 ). Terdapat banyak kajian mengenai pelajar dewasa yang berlandaskan kepada
2
teori pembelajaran dewasa. Teori pembelajaran dewasa telah dikenalpasti seawal
1930-an oleh Edward C. Lindeman. Diikuti konsep moden pembelajaran dewasa
yang telah dikaji oleh beberapa orang penulis termasuk Stephen Brookfield, Patricia
Cross, J.R. Kidd, and Malcolm Knowles. Walau bagaimanapun teori Lindeman tetap
dijadikan landasan kajian mereka. Antara konsep asas yang dinyatakan oleh beliau
ialah orang dewasa bermotivasi untuk belajar, mereka ”life centered”, pengalaman
merupakan sumber utama pembelajaran, terarah kendiri dan akhir sekali ialah
perbezaan individu berkadar langsung dengan umur. Ini bermaksud semakin
meningkat umur seseorang maka perbezaan antara individu juga semakin ketara.
Knowles (1998) juga telah mengemukakan konsep yang hampir sama dengan
mengenalpasti perbezaan di antara pembelajaran orang dewasa dengan kanak-kanak.
Andaian asas mengenai pembelajaran dewasa telah dibuat oleh beberapa
pengkaji, yang juga dikenali sebagai andragogi. Andragogi ialah sebuah teori
pembelajaran yang sukar didefinasikan ( Cross,1981). Beliau dalam huraiannya
mengatakan:
”Adults at higher level of ego, moral, or cognitive development are able to
assume increasing responsibility for the direction of their learning activities because
they have reached higher levels of developmental maturity”.
(Cross, 1981).
Pengaruh terarah kendiri dan kognitif ini akan memberi kesan terhadap faktor
lain seperti penyelesaian masalah dalam persekitaran pembelajaran dewasa.
Penyelesaian masalah dalam konteks pembelajaran dewasa ini merujuk kepada
usaha seseorang untuk mencapai goal dimana mereka tidak mempunyai cara
automatik ( Schunk, 1991).
Berdasarkan pernyataan itu, bolehlah dirumuskan bahawa sikap pelajar
dewasa mempunyai pengaruh terhadap usaha mereka dalam mencapai pencapaian
akademik yang baik. Oleh itu di dalam kajian ini, akan dilihat adakah terdapat
3
hubungan yang signifikan diantara ketiga-tiga sikap iatu komitmen, emosi dan
wawasan dengan pencapaian akademik pelajar PKPG ini. Hasil kajian ini nanti
boleh dijadikan rujukan oleh pendidik pelajar dewasa. Ini adalah kerana dengan
memahami sikap pelajar adalah mudah untuk pendidik menyampaikan ilmu
pengetahuan dengan cara yang lebih berkesan lagi. Selain itu sekiranya sikap
memainkan peranan yang penting dalam pencapaian akademik seseorang individu,
maka persediaan awal dalam pembentukan sikap yang diingini dapat dibuat oleh
pihak institusi pendidikan untuk menghasilkan produk yang berkualiti tinggi yakni
mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang.
1.1 Latar belakang masalah
PKPG ( Pogram Khas Pensiswazahan Guru ) merupakan sebahagian daripada
usaha kerajaan untuk memperkasakan sistem pendidikan di negara ini. Program ini
ditaja oleh Bahagian Pendidikan Guru di bawah naungan Kementerian Pelajaran
Malaysia. Objektif program ini adalah untuk memenuhi keperluan guru sizwazah
menjelang tahun 2010, di mana 100 peratus di sekolah menengah dan 50 peratus di
sekolah rendah (Laporan Rancangan Malaysia ke-9).
Berdasarkan kajian Nor Azah Samot (2005) terhadap pelajar-pelajar yang
mengikuti Kursus Teori Statistik di UPSI, di mana seramai 55 orang pelajar PKPG
dipilih sebagai responden, telah menunjukkan prestasi yang kurang
memberansangkan di dalam kursus tersebut. Daripada jumlah tersebut, 27.3% lulus
lemah, 25% lulus, sementara 30.9% kepujian berbanding hanya 16.4% sahaja yang
memperoleh keputusan yang cemerlang. Di sini, boleh dibuat kesimpulan bahawa
lebih daripada 50% pelajar PKPG tersebut hanya sekadar lulus sahaja dalam Kursus
Teori Statistik ini. Walaupun ini hanyalah perangkaan untuk Kursus Teori Statistik di
UPSI, namun ini harus dilihat serius memandangkan pelajar PKPG adalah guru-guru
yang bakal pulang ke sekolah untuk mengajar, dan berkemungkinan besar mengajar
di sekolah menengah.
4
Persoalannya di sini adakah program ini berjaya menghasilkan produk yang
berkualiti tinggi sejajar dengan keperluan sistem pendidikan negara yang semakin
mencabar kini. Pelajar PKPG yang kini berada di tahun akhir sepatutnya mempunyai
keputusan yang baik, sekurang-kurangnya C.G.P.A. 2.50 dan ke atas. Keputusan ini
diandaikan keputusan yang baik kerana ada dinyatakan didalam syarat-syarat
Tawaran Pinjaman Pelajaran Program PKPG di IPTA (2006):
“c) syarat-syarat pembayaran balik 25% daripada jumlah pembayaran sebenar ialah;
i)lulus cemerlang dengan pencapaian akademik CGPA 2.75 ke atas ”
Sekiranya pada akhir pengajian nanti, guru-guru siswazah yang bakal pulang
ke sekolah ini hanya berbekalkan C.G.P.A. kurang daripada 2.50, adakah ini
memadai dengan sistem pendidikan di negara kita yang semakin mencabar?. Adakah
guru-guru dengan pencapaian akademik yang sederhana memadai untuk mengisi
kekosongan jawatan di sekolah-sekolah menengah dan rendah kelak? Persoalan-
persoalan ini pastinya dapat dielakkan sekiranya faktor kecemerlangan dan
kelemahan segelintir pelajar PKPG dapat dikenalpasti. Dalam kajian ini hanya
permasalahan hubungan sikap dengan pencapaian akademik sahaja dikaji.
Pencapaian akademik merupakan ukuran untuk menentukan samada
seseorang itu berjaya atau tidak. Di universiti, pencapaian C.G.P.A. menentukan
sama ada cemerlang atau sebaliknya seseorang graduan itu. Namun, terdapat banyak
faktor yang boleh mempengaruhi pencapaian akademik seseorang pelajar.
Satu kajian yang dijalankan oleh Alias Baba (1989) mengenalpasti sikap
sebagai salah satu faktor yang mempengaruhi pencapaian dalam mata pelajaran
kimia. Ajzen dan Fisbien (1980) juga berpendapat bahawa membuat kajian terhadap
sikap adalah penting kerana ia mampu meramal respon individual terhadap suatu
objek. Malah, kajian Centra and Potter (1980) mengatakan antara faktor paling
penting yang mempengaruhi kecemerlangan akademik pelajar adalah sikap pelajar
itu sendiri. Selain itu, ada juga yang mengatakan sikap ádalah panduan kepada
5
tingkahlaku, sikap yang disukai mendapat respon yang positif dan sebaliknya jika
sikap yang tidak disukai ( Ajzen and Fishben,1980).
Hasil daripada kajian-kajian lepas juga menunjukkan terdapat dua pendapat
iaitu satu kelompok mengatakan sikap pelajar terhadap pencapaian mata pelajaran
mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaiannya dan satu lagi kelompok
mengatakan bahawa tiadanya hubungan jelas di antara sikap dengan pencapaian
pelajar.
Contohnya kajian yang dilaksanakan oleh Osmani Hj. Abdullah (1995), di
mana beliau mendapati terdapatnya hubungan yang positif di antara tahap
penguasaan kemahiran asas matematik dengan pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran elektif Prinsip Akaun. Hasil kajiannya juga telah menunjukkan wujudnya
hubungan yang positif di antara pencapaian pelajar di dalam mata pelajaran Prinsip
Akaun dengan setiap dimensi sikap iaitu minat, keyakinan dan pendirian pelajar.
Hasil kajian Md Saipuanuar bin Shamsuddin (2000) juga, telah menunjukkan
wujudnya hubungan yang signifikan di antara sikap pelajar secara keseluruhan
dengan pencapaian akademik. Beliau yang telah menjalankan kajian terhadap 154
orang pelajar tingkatan 4 di empat buah sekolah di daerah Lipis , Pahang mendapati
bahawa sikap pelajar merupakan faktor yang memberi kesan kepada pencapaian
akademik.
Tetapi, berbeza pula dengan kajian Mohd Noor Abdullah (1987) yang
mendapati bahawa pelajar-pelajar tahun tiga (Diploma, Integrasi dan Ijazah) di UTM
Jalan Gurney pada sesi 1986/1987 mempunyai sikap positif yang sederhana terhadap
kursus PPK dan Kursus Utama. Namun, tidak wujudnya hubungan (korelasi) yang
signifikan di antara pencapaian akademik pada peringkat SPM dan universiti dengan
sikap terhadap kedua-dua kursus tersebut.
6
Hasil kajian Adnan Khamis (1986) pula menunjukkan wujudnya hubungan
yang lemah di antara sikap dan pencapaian matematik. Antara kemungkinan sebab
yang membawa kepada hasil kajian tersebut adalah tahap kemampuan pelajar untuk
mendapat skor yang baik adalah terhad walaupun menyedari akan kepentingan mata
pelajaran matematik. Selain daripada itu, kemungkinan terdapatnya ketidakjelasan
dalam membuat ukuran sikap dan ujian pencapaian yang telah membawa kepada
penemuan hubungan yang tidak jelas di antara dua pembolehubah di dalam kajian
ini.
Namun begitu keadaannya pasti lebih menarik apabila sampel yang dipilih
merupakan pelajar PKPG di mana kebanyakan daripada mereka mempunyai ciri-ciri
seperti berumur 25 tahun ke atas, komited dengan apa yang dilakukan, terarah
kendiri, berpengalaman dalam bidang perguruan dan belajar dengan tujuan untuk
memperbaiki diri. Ciri-ciri ini juga ada dinyatakan sebagai ciri-ciri pelajar dewasa
(Terry, 1992) . Ini bermakna pelajar PKPG boleh dikategorikan sebagai pelajar
dewasa.
Kajian ini juga dibatasi hanya di kalangan pelajar PKPG kerana dipercayai
terdapatnya perbezaan diantara pelajar tradisional (perdana) dengan pelajar
nontradisional (PKPG). Kenyataan ini disokong oleh Terry (1992) :
“Using the Education Participation Scale (EPS), Wolfgang and Dowling’s
research showed nontraditional students scoring significantly higher ( at the 0.01
level) than traditional students on the motivational factor of cognitive interest. The
nontraditional students higher scores on the motivational factors of “ To learn for
the sake of learning” and “To seek knowledge for its own sake” indicated that “ the
older adult students had an internal drive for knowlegde that set them apart from
younger students”.
(Terry, 1992)
7
Kenyataan ini sudah cukup jelas untuk mengatakan bahawa pelajar PKPG
adalah satu sampel yang unik dan menarik untuk dijadikan bahan kajian. Tambahan
juga daripada tinjauan, didapati masih terdapat pelajar-pelajar PKPG yang
mengalami keciciran dari segi pencapaian akademik (C.G.P.A.), di kala kebanyakan
pelajar PKPG lain berlumba-lumba mengejar kecemerlangan akademik mereka.
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Odell (1998) bahawa sikap boleh digunakan
untuk meramalkan gred atau pencapaian pelajar, kemungkinan daripada sikap yang
dapat dikenalpasti satu ramalan pencapaian akademik dapat dibuat. Jika ramalan
pencapaian akademik tersebut tidak seperti yang dikehendaki, maka satu anjakan
paradigma sikap pelajar boleh dilakukan oleh pihak pendidik di universiti.
Bagi melahirkan bakal guru yang berkualiti dari segi ilmu pengetahuan, maka
perlunya kajian ini dan dengan adanya kajian ini dapat dilihat sejauh mana sikap
(komitmen, emosi dan berwawasan) mempengaruhi pencapaian akademik (C.G.P.A.)
pelajar PKPG (pelajar dewasa) di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai ini.
1.2 Pernyataan masalah
Kajian yang dijalankan ini ialah untuk melihat adakah wujud hubungan yang
signifikan diantara sikap dengan pencapaian akademik pelajar tahun akhir di Fakulti
Pendidikan, UTM Skudai. Sikap berkenaan akan dilihat dari aspek komitmen iaitu
penglibatan pelajar secara aktif atau tidak dalam pembelajaran di universiti, aspek
emosi di mana perasaan pelajar sama ada suka atau tidak dengan pembelajaran di
universiti, dan aspek berwawasan iaitu pelajar bersifat inisiatif atau tidak dengan
pembelajaran di universiti. Ketiga-tiga aspek ini kemudian dihubungkan dengan
pencapaian C.G.P.A. terkini pelajar PKPG tahun akhir yang terdiri daripada kursus
SPT, SPN, dan SPH untuk melihat pertalian antara pembolehubah-pembolehubah
berkenaan.
8
1.3 Objektif kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan sikap yang difokuskan
hanya kepada komitmen, emosi dan wawasan dengan pencapaian akademik pelajar
PKPG iaitu C.G.P.A. terkini. Kajian ini dijalankan berasaskan beberapa objektif
yang telah dikenapasti. Objektif kajian ini ialah:
i) Mengenalpasti sikap pelajar PKPG di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai,
terhadap pembelajaran.
ii) Mengenalpasti perbezaan sikap di antara pelajar lelaki PKPG dengan
pelajar perempuan PKPG di Fakulti Pendidikan , UTM Skudai.
iii) Mengkaji hubungan sikap (komitmen, emosi dan berwawasan) dengan
pencapaian akademik pelajar PKPG di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai.
1.4 Persoalan kajian
Kajian ini adalah bertujuan untuk menjawab soalan-soalan yang berikut:
i) Apakah sikap pelajar PKPG di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai terhadap
pembelajaran?
ii) Apakah perbezaan sikap di antara pelajar lelaki PKPG dengan pelajar
perempuan PKPG di Fakulti Pendidikan , UTM Skudai?
iii) Adakah terdapat hubungan antara sikap (komitmen, emosi, dan
berwawasan) dengan pencapaian akademik pelajar PKPG di Fakulti
Pendidikan, UTM Skudai.?
9