7_asid dan bes
TRANSCRIPT
ASID DAN BES
Facebook: azlanbudun 1 Blog: cikgu-lan.blogspot.com
Facebook: azlanbudun Blog: cikgu-lan.blogspot.com 2
Menurut takrif Arrhenius, asid ialah bahan kimia yang mengion di dalam
air untuk menghasilkan ion hidrogen, H+.
Ion hidrogen, H+ ialah atom hidrogen yang telah melepaskan
elektronnya.
Dalam air, ion H+ bergabung dengan molekul air, H2O membentuk ion hidroksonium, H3O
+ yang stabil.
Facebook: azlanbudun Blog: cikgu-lan.blogspot.com 3
Asid monobes (asid monoprotik) dapat menghasilkan satu ion
hidrogen dalam satu molekul air.
HCl(ak) H+(ak) + Cl-(ak)
Asid dwibes (asid diprotik) dapat menghasilkan dua ion
hidrogen dalam satu molekul air.
H2SO4(ak) 2H+(ak) + SO42-(ak)
Asid tribes (asid triprotik) dapat menghasilkan tiga ion
hidrogen dalam satu molekul air.
H3PO4(ak) 3H+(ak) + PO43-(ak)
H2O
H2O
H2O
Facebook: azlanbudun Blog: cikgu-lan.blogspot.com 4
Menurut takrif Arrhenius, bes ialah bahan kimia yang mengion di dalam air untuk menghasilkan ion hidroksida, OH-.
Kebanyakan bes tidak larut dalam air.
Bes yang larut dalam air dikenali sebagai alkali.
Contoh alkali:
•NaOH
•KOH
•NH3
Facebook: azlanbudun Blog: cikgu-lan.blogspot.com 5
Mengawet makanan
Membuat pelbagai jenis ubat
Membuat detergen, sabun dan syampu
Cuba pergi ke kedai runcit atau pasaraya, kaji label pada barangan seperti tin makanan, minuman, ubat dan bahan
pencuci. Kenal pasti nama asid atau bes yang digunakan dalam barangan itu. Kongsilah dengan rakan-rakan di facebook,
whatsapp, telegram dll…
Facebook: azlanbudun Blog: cikgu-lan.blogspot.com 6
Asid hanya menunjukkan sifat keasidan apabila dilarutkan dalam
air.
Dengan kehadiran air, asid akan
terion membentuk ion hidrogen, H+.
Alkali hanya menunjukkan sifat
kealkaliannya apabila dilarutkan
dalam air.
Air membantu bes untuk mengion
supaya menghasilkan ion hidroksida, OH-.
Facebook: azlanbudun Blog: cikgu-lan.blogspot.com 7
Asid bertindak balas dengan bes membentuk garam dan air
• H2SO4 + ZnO ZnSO4 + H2O
Asid bertindak balas dengan logam yang reaktif membentuk
garam dan gas hidrogen.
• 2HCl + Mg MgCl2 + H2
Asid bertindak balas dengan karbonat membentuk garam,
air dan karbon dioksida
• 2HNO3 + CuCO3 Cu(NO3)2 + H2O + CO2
Facebook: azlanbudun Blog: cikgu-lan.blogspot.com 8
Asid
Rasa masam
Menukarkan warna kertas litmus biru
lembap kepada merah
Nilai pH larutan akueus
asid adalah kurang
daripada 7
Facebook: azlanbudun Blog: cikgu-lan.blogspot.com 9
Alkali bertindak balas dengan asid membentuk garam dan air.
NaOH + HCl NaCl + H2O
Apabila suatu campuran alkali dan garam ammonium
dipanaskan, gas ammonia, NH3 dibebaskan.
NaOH + NH4Cl NaCl + H2O + NH3
Kebanyakan hidroksida logam tidak larut dalam air. Oleh itu,
penambahan alkali kepada kebanyakan larutan ion logam akan
menghasilkan mendakan hidroksida logam yang tak
terlarutkan.
2OH- + Cu2+ Cu(OH)2
∆
Facebook: azlanbudun Blog: cikgu-lan.blogspot.com 10
Alkali
Pahit dan licin
Menukarkan kertas litmus
merah lembap kepada biru
Nilai pH larutan akueus
alkali lebih daripada 7
Facebook: azlanbudun Blog: cikgu-lan.blogspot.com 11
Skala pH digunakan untuk menunjukkan darjah keasidan atau
kealkalian sesuatu larutan akueus.
Skala ini terdiri daripada nilai pH dalam lingkungan 0 – 14.
Nilai pH kurang daripada 7 menunjukkan larutan berasid.
Nilai pH sama dengan 7 menunjukkan larutan neutral.
Nilai pH lebih daripada 7 menunjukkan larutan beralkali.
Facebook: azlanbudun Blog: cikgu-lan.blogspot.com 12
Nilai pH mengukur kepekatan ion hidrogen, H+ dan ion hidroksida, OH-.
Semakin rendah nilai pH, semakin tinggi kepekatan H+.
Semakin tinggi nilai pH, semakin tinggi kepekatan OH-.
Meter pH, kertas pH atau penunjuk semesta digunakan untuk menentukan nilai pH sesuatu larutan akueus.
Facebook: azlanbudun Blog: cikgu-lan.blogspot.com 13
Kekuatan asid bergantung pada darjah pengionan
atau penceraian asid itu di dalam air.
Asid yang mengion lengkap di dalam air disebut sebagai asid
kuat. Contohnya HCl.
Asid lemah mengion separa dalam air.
Contohnya, CH3COOH.
Penjelasan…
Facebook: azlanbudun Blog: cikgu-lan.blogspot.com 14
Sebelum pengionan
[HCl]
[CH3COOH]
Tambah air
Tambah air
Selepas pengionan
[Cl-] [H+]
+
+ +
[CH3COOH] [CH3COO-] [H+]
Tanda [ ] mewakili
kepekatan
Tinggi turus
mewakili kepekatan
Facebook: azlanbudun Blog: cikgu-lan.blogspot.com 15
Kekuatan alkali bergantung pada darjah pengionan alkali dalam air.
Alkali kuat mengion dengan lengkap dalam air. Contohnya, NaOH.
Alkali lemah mengion separa dalam air. Contohnya, NH3.
Penjelasan…
Facebook: azlanbudun Blog: cikgu-lan.blogspot.com 16
Sebelum pengionan
[NaOH]
[NH3]
Tambah air
Tambah air
Selepas pengionan
[Na+] [OH-]
+
+ +
[NH3] [NH4+] [OH-]
Tanda [ ] mewakili
kepekatan
Tinggi turus
mewakili kepekatan
Facebook: azlanbudun Blog: cikgu-lan.blogspot.com 17
Kepekatan sesuatu larutan merujuk kepada kuantiti zat
terlarut dalam seunit isi padu larutan, biasanya 1 dm3.
Kuantiti zat terlarut boleh disukat dalam gram atau mol.
Kepekatan boleh ditakrifkan dalam dua cara:
1. Kepekatan (g dm-3) = Jisim zat terlarut (g)
Isi padu larutan (dm3)
2. Kepekatan (mol dm-3) = Bilangan mol zat terlarut (mol)
Isi padu larutan (dm3)
Unit kepekatan yang biasa digunakan oleh ahli kimia ialah mol
dm-3 atau molar (M).
Perhatian…
Facebook: azlanbudun Blog: cikgu-lan.blogspot.com 18
Kemolaran ialah bilangan mol zat terlarut yang terdapat di
dalam 1 dm3 larutan.
Hubung kait antara kemolaran dengan kepekatan:
Kemolaran
(mol dm-3)
Kepekatan
(g dm-3)
x Jisim molar
÷ Jisim molar
Sila rujuk contoh 7.1 , 7.2 dan 7.3 Buku Teks Kimia Tingkatan 4
hal. 124-125
Penjelasan lanjut…
Facebook: azlanbudun Blog: cikgu-lan.blogspot.com 19
Kemolaran (mol dm-3) = Bilangan mol zat terlarut (mol)
Isi padu larutan (dm3)
Daripada formula di atas,
Bilangan mol zat terlarut = kemolaran x isi padu larutan
n = MV
iaitu n = bilangan mol zat terlarut (mol)
M = kemolaran larutan (mol dm-3)
V = isi padu larutan (dm3)
Sila rujuk contoh 7.4 Buku Teks
Kimia Tingkatan 4 hal. 125
Facebook: azlanbudun Blog: cikgu-lan.blogspot.com 20
Sesuatu larutan yang kepekatannya diketahui dengan jitu disebut sebagai larutan piawai.
Larutan piawai dapat disediakan dengan menggunakan kelalang volumetrik.
Contohnya, menyediakan 250 cm3 larutan piawai natrium hidroksida, NaOH 0.1 mol dm-3. [JFR: NaOH, 40]
Penghitungan: Isipadu larutan = 250
1000
= 0.25 dm3
Bilangan mol NaOH = 0.1 mol dm-3 x 0.25 dm3
= 0.025 mol
Jisim NaOH = 0.025 mol x 40 g mol-1
= 1.0 g
Langkah penyediaan…
Facebook: azlanbudun Blog: cikgu-lan.blogspot.com 21
1.0 g serbuk natrium hidroksida ditimbang dan dimasukkan ke dalam 100
cm3 air suling di dalam sebuah bikar
Campuran dikacau dengan rod kaca
Larutan dituang ke dalam kelalang volumetrik
menggunakan corong turas
Bikar dan corong turas dibilas dengan air suling
dan dituang ke dalam kelalang volumetrik
sehingga ke tanda sengatan
Kelalang volumetrik ditutup dan campuran
digoncang hingga sekata
Facebook: azlanbudun Blog: cikgu-lan.blogspot.com 22
Suatu larutan dengan kepekatan tertentu dapat disediakan dengan kaedah
pencairan.
Asid dalam makmal seperti HCl, H2SO4, HNO3 disediakan
melalui pencairan asid pekat komersial
dengan kuantiti air suling yang berbeza.
Penambahan air kepada sesuatu larutan
(pencairan) akan mengubah kepekatan larutan tetapi tidak
mengubah kuantiti zat terlarut di dalam
larutan itu.
Facebook: azlanbudun Blog: cikgu-lan.blogspot.com 23
Maka,
Bilangan mol zat
terlarut
sebelum pencairan
Bilangan mol zat
terlarut
selepas pencairan
M1V1
1000
M2V2
1000
M1V1 M2V2
M1 = kemolaran
larutan sebelum air
ditambahkan
M2= kemolaran
larutan selepas air
ditambahkan
V1 = isi padu
larutan sebelum air
ditambahkan
V2 = isi padu
larutan selepas air
ditambahkan
Facebook: azlanbudun Blog: cikgu-lan.blogspot.com 24
Peneutralan ialah tindak balas antara asid dengan bes/alkali
menghasilkan garam dan air sahaja.
Asid + Alkali Garam + Air
HCl + NaOH NaCl + H2O
2HNO3 + MgO Mg(NO3)2 + H2O
contoh
Tindak balas
yang berlaku
adalah antara
H+ dan OH-
menghasilkan
H2O
Facebook: azlanbudun Blog: cikgu-lan.blogspot.com 25
Pentitratan ialah kaedah makmal untuk menentukan isi padu asid yang diperlukan dengan tepat untuk
meneutralkan suatu alkali yang isi padunya ditetapkan atau diketahui dan
sebaliknya.
Takat akhir pentitratan ialah isi padu asid iaitu peneutralan telah berlaku dengan
lengkap di mana semua H+ telah bergabung dengan semua OH-
membentuk H2O.
Facebook: azlanbudun Blog: cikgu-lan.blogspot.com 26
• Penunjuk asid-bes seperti fenolftalein (merah jambu kepada tidak berwarna) dan metil jingga (kuning kepada jingga)
• Mengukur kekonduksian elektrik larutan (kekonduksian minimum).
• Mengukur nilai pH dengan alat antara muka berkomputer.
Cara menentukan takat akhir
pentitratan:
Facebook: azlanbudun Blog: cikgu-lan.blogspot.com 27
Pada takat akhir:
Iaitu,
Ma = kemolaran asid
Mb = kemolaran alkali
Va = isi padu asid
Vb = isi padu alkali
a = bilangan mol asid dalam persamaan kimia
b = bilangan mol alkali dalam persamaan kimia
MaVa
MbVb
a
b