(246062735) pentaksiran alternatif- menuju ke arah transformasi sistem pentaksiran di malaysia-libre

26
Pentaksiran Alternatif: Menuju ke Arah Transformasi Sistem Pentaksiran di Malaysia Noor Azreen Bt Abd Aziz Universiti Tun Hussien Onn Malaysia h b10 0 0 0 9 @ s i s w a . u t h m . e d u . m y Sulaiman Bin Yamin s u l a i m n @ u t h m . e d u . m y Abstra k Pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah dan bilik darjah merujuk kepada proses pengumpulan, analisis, sintesis dan interpretasi keseluruhan maklumat berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan membantu pihak sekolah membuat keputusan bagi penambahbaikan serta mencapai matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran dijalankan untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan pelajar secara berterusan. Kertas kerja ini membincangkan mengenai definisi, penilaian sebagai proses pengajaran-pembelajaran, jenis pentaksiran dalam bilik darjah, perbandingan antara pentaksiran tradisional dengan alternatif, kekangan pelaksanaan pentaksiran alternatif, dan kepelbagaian aktiviti yang membolehkan perlaksanaan pentaksiran alternatif. Perbincangan definisi pentaksiran berfokus kepada fungsi pentaksiran manakala penilaian sebagai proses pengajaran- pembelajaran membincangkan mengenai penilaian merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan juga pembelajaran. Terdapat beberapa jenis pentaksiran di dalam bilik darjah yang mempunyai tujuan pelaksanaan yang berbeza. Pentaksiran merupakan salah satu komponen penting dalam pengajaran-pembelajaran. Pentaksiran tradisional vs. pentaksiran alternatif membincangkan mengenai keperluan atau kepentingan untuk melakukan transformasi dalam sistem pentaksiran negara. Seterusnya, kekangan pentaksiran alternatif adalah kerana kegagalan pendidik mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran. Kekangan ini termasuklah kekangan masa, bebanan kerja, tahap pengetahuan, kemahiran, sikap, kesahan dan kebolehpercayaan dalam pentaksiran. Kertas kerja diakhiri dengan kepelbagaian aktiviti pentaksiran alternatif dan cadangan bagi mengatasi kekangan tersebut.

Upload: biellabalqis

Post on 29-Sep-2015

26 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

pentafsiran

TRANSCRIPT

Pentaksiran Alternatif: Menuju ke Arah TransformasiSistem Pentaksiran di Malaysia

Noor Azreen Bt Abd Aziz Universiti Tun Hussien Onn Malaysia [email protected]

Sulaiman Bin Yamin [email protected]

Abstrak

Pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah dan bilik darjah merujuk kepada proses pengumpulan, analisis, sintesis dan interpretasi keseluruhan maklumat berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan membantu pihak sekolah membuat keputusan bagi penambahbaikan serta mencapai matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran dijalankan untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan pelajar secara berterusan. Kertas kerja ini membincangkan mengenai definisi, penilaian sebagai proses pengajaran-pembelajaran, jenis pentaksiran dalam bilik darjah, perbandingan antara pentaksiran tradisional dengan alternatif, kekangan pelaksanaan pentaksiran alternatif, dan kepelbagaian aktiviti yang membolehkan perlaksanaan pentaksiran alternatif. Perbincangan definisi pentaksiran berfokus kepada fungsi pentaksiran manakala penilaian sebagai proses pengajaran-pembelajaran membincangkan mengenai penilaian merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan juga pembelajaran. Terdapat beberapa jenis pentaksiran di dalam bilik darjah yang mempunyai tujuan pelaksanaan yang berbeza. Pentaksiran merupakan salah satu komponen penting dalam pengajaran-pembelajaran. Pentaksiran tradisional vs. pentaksiran alternatif membincangkan mengenai keperluan atau kepentingan untuk melakukan transformasi dalam sistem pentaksiran negara. Seterusnya, kekangan pentaksiran alternatif adalah kerana kegagalan pendidik mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran. Kekangan ini termasuklah kekangan masa, bebanan kerja, tahap pengetahuan, kemahiran, sikap, kesahan dan kebolehpercayaan dalam pentaksiran. Kertas kerja diakhiri dengan kepelbagaian aktiviti pentaksiran alternatif dan cadangan bagi mengatasi kekangan tersebut.

Kata kunci: penilaian dalam pengajaran-pembelajaran, pentaksiran alternatif

1. Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang giat membangun ke arah mencapai Wawasan 2020 dan kemajuan dari segala aspek dan komponen pembangunan. Pelbagai usaha yang telah dijalankan bagi memperbaiki, mengekalkan dan meningkatkan kemajuan ini seiring dengan perkembangan dunia pada masa kini terutama dalam sistem pendidikan negara. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Ke sembilan (RMK-9) telah menggariskan enam teras strategik bertujuan untuk mengukuhkan sistem pendidikan negara. Enam teras tersebut ialah membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion keguruan dan juga melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. Pendidikan berperanan dalam membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri, berketerampilan, berkeperibadian mulia , berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Modal insan yang ingin dilahirkan ini juga berupaya untuk berfikir secara kreatif dan kritis,berkemahiran menyelesaikan masalah dan mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan cabaran dunia global yang sering berubah-ubah mengikut peredaran zaman. Terdapat beberapa fokus utama dalam membangunkan modal insan yang telah menggariskan pelan tindakan bagi merangka strategi pembaharuan kepada struktur kurikulum pendidikan kebangsaan dan juga kepada sistem pentaksiran kebangsaan. Fokus 2: meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan dan Fokus 4: memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik serta menggariskan beberapa strategi yang perlu dilaksanakan bagi memantap dan memperkukuhkan pelaksanaan sistem pendidikan negara (Ghani, 2008).

Pengertian istilah pentaksiran atau assessment adalah berasal daripada perkataan Greek Assidere iaitu bermaksud duduk di sisi (Adimin,2011). (Ghafar, 2011) mendefinisikan pentaksiran adalah proses mengukur proses penilaian; proses yang sistematik yang melibatkan pengumpulan, penganalisisan dan penterjemahan keterangan tentang tahap pencapaian pelajar terhadap objektif pengajaran. Proses ini berperanan membantu seseorang sama ada guru atau pentadbir membuat keputusan secara holistik tentang keseluruhan perkara yang telah dilaksanakan bagi proses penambahbaikan pada masa akan datang. (Airasian, 2004) menyatakan bahawa pentaksiran adalah pengumpulan ,sintesis dan interprestasi maklumat di mana pengujian, pengukuran dan penilaian memainkan peranan untuk membantu guru dalam membuat keputusan pembelajaran. Pentaksiran meliputi pelbagai prosedur yang digunakan untuk memperolehi maklumat tentang pembelajaran pelajar (pemerhatian, penilaian prestasi atau projek, ujian kertas dan pensil) dan pembentukan nilai pertimbangan mengenai kemajuan pembelajaran (Linn & Miller, 2005).

Justeru itu, pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah dan bilik darjah merujuk kepada proses pengumpulan, analisis, sintesis dan interpretasi keseluruhan maklumat berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan membantu pihak sekolah membuat keputusan bagi membuat penambahbaikan serta mencapai matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.

2. Penilaian sebagai Proses Pengajaran-Pembelajaran

Penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting yang dapat membantu meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di samping dapat mencungkil potensi dan bakat pelajar (Ali, 2008). Proses pengajaran dan pembelajaran tidak lengkap jika penilaian tidak diambil kira. Tiga komponen utama yang terkandung dalam setiap pelajaran (Rajah 1). Komponen pertama ialah objektif di mana kenyataan berkaitan dengan apa yang ingin dicapai oleh guru dan pelajar. Setelah mengetahui apa yang patut dicapai, rancangan pengajaran akan disediakan untuk mewujudkan pengalaman yang sesuai bagi membantu pelajar capai objektif berkenaan bergantungkepada kebolehan, kemahiran dan bakat serta minat pelajar yang pelbagai. Merancang dan menyediakan keadaan yang menimbulkan pengalaman yang sesuai merupakan komponen kedua dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

(Wahid & Jahya, 2009) dalam bukunya yang bertajuk Pendidikan Pembangunan Modal Insan menyatakan bahawa timbunan pengalaman terjadi sama ada dialami sendiri, melalui pembacaan, dari suka dan duka sebuah pengembaraan, dari sesuatu sesi perbincangan, dari pelbagai pertemuan intelektual dan yang seumpamanya. Kesemua kaedah penimbunan pengalaman ini merupakan rutin harian setiap pelajar, aktiviti seperti itu bertapak semenjak di peringkat sekolah rendah lagi sehingga ke peringkat tertinggi cuma yang berbeza adalah darjah pemberatan dan tahap keseriusannya. Komponen ketiga ialah menilai pengetahuan, kemahiran, sikap dan tingkah laku pelajar berkait dengan objektif pelajaran.

Objektif pengajaran mestilah membolehkan pelajar memperoleh ilmu dan kemahiran serta mampu mempamerkan perubahan tingkah laku seperti yang dikehendaki oleh guru. Penilaian sangat penting dalam proses pengajaran. Guru perlu membuat pelbagai pertimbangan semasa pengajaran sesuatu topik berdasarkan persoalan yang timbul sebelum, semasa, atau selepas pengajaran. (Ghafar, 2011) menunjukkan aliran penilaian dalam pengajaran. Bermula dengan objektif pengajran, diikuti dengan proses pengajaran yang sesuai sehingga ke penilaian hasil. Terdapat beberapa jenis penilaian yang terlibat di dalam proses pengajaran ini (Rajah 2)

Dahulunya, penilaian dianggap hanyalah penentu pencapaian pelajar pada akhir satu sesi pembelajaran. Tetapi kini penilaian merangkumi aktiviti mendapat informasi dan membuat perbandingan semasa pembelajaran dan pengajaran itu berlangsung. Sistem penilaian kini memberi penekanan kepada penilaian berterusan yang bertujuan membantu pembelajaran pelajar. Di samping menjalankan penilaian berterusan, informasi itu perlu direkodkan oleh guru bagi melihat kemajuan pelajar dan pelajar yang masih belum menguasai topik atau satu unit akan diberikan pengajaran pemulihan. Dengan cara ini, penilaian dapat digunakan dengan lebih efektif.

Penilaian untuk pembelajaran adalah bertujuan untuk meningkatkan pembelajaran. Ia adalah proses mencari dan mentafsir bukti untuk digunakan oleh guru dan pelajar untuk membuat keputusan dalam pembelajaran pelajar (Dikli, 2003). Pada masa yang sama, penilaian juga boleh bertindak sebagai alat pengukur untuk menunjukkan kecekapan dan keberkesanan guru. Di peringkat bilik darjah, penilaian boleh dijadikan sebagai alat mengajar yang baik dan keputusan pelajar boleh memaklumkan pelbagai keputusan pengajaran.(Nordin & Bakar, 2008) menunjukkan tiga langkah penting yang mesti dipatuhi oleh guru semasa membuat penilaian pembelajaran (Rajah 3). Yang pertama ialah jawapan yang diberikan oleh pelajar hendaklah diperiksa dengan betul atau salah sahaja. Oleh itu, markah, gred serta peratus tidak sesuai digunakan. Langkah kedua ialah jawapan-jawapan yang telah diperiksa akan dikembalikan kepada pelajar supaya pelajar dapat melihat sendiri hasil pembelajaran yang telah dikuasai mahupun belum dikuasainya. Langkah yang terakhir pula ialah semasa kertas dipulangkan, guru dengan serta-merta menjalankan kerja-kerja pemulihan dan pengukuhan. Dengan melalui ketiga-tiga langkah ini, secara tidak langsung penilaian telah menjadi sebahagian daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

2.1 Pentaksiran dalam Bilik Darjah

Terdapat empat jenis pentaksiran iaitu pentaksiran penempatan, pentaksiran formatif, pentaksiran diagnostik dan juga pentaksiran sumatif. Setiap pentaksiran antara keempat-empatnya mempunyai tujuan pelaksanaan yang berbeza. Pentaksiran penempatan bertujuan mengukur tingkah laku untuk kemasukan, pentaksiran formatif untuk memantau kemajuan pembelajaran. Pentaksiran diagnostik dilaksanakan bagi mengenal pasti punca masalah pembelajaran manakala pentaksiran sumatif pula untuk mengukur pencapaian di akhir sesuatu topik atau unit.

3.0 Pentaksiran Alternatif

(Saptu & Said, 2011) menyatakan bahawa definisi pentaksiran autentik, pentaksiran alternatif, pentaksiran secara terus, pentaksiran prestasi dan pentaksiran portfolio, kesemuanya merujuk kepada alternatif ke arah kepelbagaian ujian pencapaian yang standard. Menurut (Logsdon,2011), pentaksiran alternatif mempunyai bentuk pentaksiran yangberbeza di mana dapat menampung ketidakupayaan pelajar. Satu pentaksiran yang silih berganti boleh mengurangkan kesan ketidakupayaan pelajar kepada keupayaan untuk menunjukkan apa yang pelajar fahami. Pentaksiran alternatif juga merupakan penggunaan pendekatan bukan tradisional dalam menilai prestasi pelajar (Aurbach & Associates, 2011).

Pentaksiran alternatif secara umumnya ditakrifkan sebagai mana-mana kaedah penilaian yang merupakan alternatif selain pentaksiran tradisional seperti ujian pensil-kertas. Pentaksiran alternatif menghendaki pelajar untuk menunjukkan kemahiran dan pengetahuan yang mana tidak dapat dinilai dengan menggunakan ujian yang ditetapkan masa seperti pentaksiran sumatif. Ia bertujuan untuk mendedahkan kemahiran pemikiran kritikal dan mentaksir pelajar dengan meminta pelajar untuk menyelesaikan tugasan terbuka yang mengambil tempoh lebih daripada satu kelas untuk melengkapkannya (Companies, 2011).

Jesteru itu, pentaksiran alternatif adalah pentaksiran di mana pelajar menghasilkan atau mencipta jawapan sendiri terhadap sesuatu persoalan, boleh berbentuk esei atau lukisan, yang bertentangan dengan kaedah memilih daripada jawapan yang telah diberikan, seperti yang lazimnya dilihat pada ujian aneka pilihan. Pentaksiran alternatif termasuk menjawab soalan pendek, esei, penilaian prestasi, persembahan lisan, pameran, dan juga portfolio. Pentaksiran alternatif ini menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengekspresikan diri secara kreatif melalui pilihan pelajar sendiri. Pentaksiran alternatif merupakan semua aktiviti pentaksiran yang dijalankan selain daripada aktiviti pentaksiran tradisional yang menekankan konsep pensil-kertas untuk menguji dan mngukur. Maka, pentaksiran alternatif boleh dirujuk sebagai pentaksiran formatif atau pentaksiran untuk pembelajaran.

Walaubagaimanapun, pentaksiran tradisional sudah berabad lama digunakan dalam sistem pentaksiran diserata dunia. Analisis perbezaan antara pentaksiran tradisional dengan pentaksiran alternatif sentiasa dikemukakan. Terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-dua pentaksiran ini dari aspek ciri-ciri, kegunaan dan format lazim (Jadual1).

3.1 Pentaksiran Tradisional vs. Pentaksiran Alternatif

Kementerian berhasrat untuk melonjakkan kecemerlangan pelajar, guru dan sekolah dari segala aspek sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian, kemakmuran masyarakat dan negara sehingga boleh mengangkat nama dan sistem pendidikan Malaysia di arena antarabangsa dan secara tidak langsung akan dapat menambah modal insan yang berkemahiran untuk membantu pembangunan negara dan individu tersebut. Beberapa usaha telah dijalankan bagi memperbaiki, mempertingkat dan memperkasakan sistem pendidikan negara. Pentaksiran alternatif merupakan salah satu kaedah yang mana dilihat mampu memberikan satu bentuk pentaksiran menyeluruh potensi pelajar dengan penekanan diberikan pada aspek penting iaitu potensi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Menurut (Bailey, 1998), pentaksiran tradisional adalah secara tidak langsung, tidak autentik, one-shot, speed-based, dan rujukan norma. (Law & Eckes, 1995) menggariskan isu yang sama dan menyatakan bahawa pentaksiran tradisional adalah ujian-peristiwa tunggal (single- occasion tests) iaitu hanya mengukur apa yang pelajar boleh lakukan pada suatu masa tertentu. Walau bagaimanapun, skor ujian tidak dapat menunjukkan perkembangan pelajar tersebut. Selain itu, ia tidak dapat menggambarkan kesukaran pelajar semasa melakukan ujian. (Bailey,1998) juga menyebut bahawa tiada maklum balas yang disediakankepada pelajar dalam pentaksiran ini. (Law & Eckes, 1995) menunjukkan kebanyakan ujian yang seragam mentaksir hanya kemahiran berfikir pelajar yang rendah. (Dikli, 2003) menyatakan bahawa pentaksiran tradisional sering memberi tumpuan kepada kemampuan hafalan dan melihat kembali pembelajaran, yang mana tahap kemahiran kognitif yang lebih rendah. Sistem pentaksiran pada masa kini berpandukan kurikulum yang hanya mencakupi kebolehan pelajar mengingat dan kemahiran menghafal semata-mata. Kemahiran yang lain tidak diaplikasi, dianalisis, disintesis dan dinilai dalam sesuatu penilaian (Begum & Farooqui, 2008). Pentaksiran alternatif mula digunakan sebagai satu kaedah yang baru dalam sistem pendidikan disebabkan oleh kesedaran yang semakin meningkat yang mana sebelum ini dipengaruhi oleh ujian berdasarkan kurikulum dan pengajaran sahaja (Dikli, 2003). Selain itu, alat pentaksiran tradisional hanya memerlukan pelajar untuk memaparkan pengetahuan mereka dengan cara yang telah ditentukan terlebih dahulu.

Sebaliknya pentaksiran alternatif, mentaksir kemahiran berfikir yang lebih tinggi. Pelajar mempunyai peluang untuk menunjukkan apa yang mereka belajar. Jenis alat pentaksiran ini memberi tumpuan kepada perkembangan dan prestasi pelajar tersebut iaitu, sekiranya seorang pelajar gagal untuk melaksanakan tugas yang diberikan pada masa tertentu, pelajar tersebut masih mempunyai peluang untuk menunjukkan kebolehan pada bila-bila masa yang berbeza dan keadaan yang berbeza. Sejak pentaksiran alternatif dibangunkan dalam konteks dan dari semasa ke semasa, guru mempunyai peluang untuk mengukur kekuatan dan kelemahan pelajar dalam pelbagai bidang dan situasi (Law& Eckes, 1995).

Pentaksiran alternatif atau pentaksiran untuk pembelajaran adalah proses pembelajaran secara berterusan. Pentaksiran ini dijalankan untuk memastikan setiap pelajar memahami dan dapat menterjemahkan kehendak tugasan. Guru juga dapat menentukan apa yang boleh dibantu dalam meningkatkan prestasi pelajar. (Reeves, 2000) mempercayai bahawa penekanan kepada penilaian prestasi dapat memberi keupayaan kepada pelajar dalam mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan sebenar. Pentaksiran yang bersifat alternatif adalah seperti pentaksiran kerja kursus/portfolio, projek, persembahan, aktiviti jasmani, kokurikulum, sahsiah, budi pekerti dan pembinaan jati diri pelajar dapat dilaksanakan. Melalui pentaksiran ini bukan sahaja dapat menilai kemajuan pelajar, malahan proses pembinaan modal insan yang holistik dapat juga diteruskan sejajar dengan saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Khan, 2009).

Menurut daripada kajian terdahulu, pentaksiran tradisional seolah-olah tidak mempunyai ciri-ciri yang positif pada semuanya. Walau bagaimanapun, ini tidak benar. Pentaksiran tradisional juga mempunyai kelebihan seperti mana terdapat kelemahan pada pentaksiran alternatif.Sebagai permulaan, strategi pentaksiran tradisional yang lebih objektif, boleh dipercayai dan juga sah. Ini dapat dilihat daripada ujian sumatif yang seragam dan mempunyai standard yang tertentu. Sebaliknya, pentaksiran alternatif, membawa beberapa kebimbangan dari segi subjektiviti, kebolehpercayaan dan kesahihannya dalam sistem pendidikan.

Selain itu, pentaksiran alternatif boleh membebankan guru dari segi masa dan juga tenaga (Law & Eckes, 1995). Sebagai contoh, kepelbagaian produk dalam portfolio, yang dilihat sebagai salah satu kekuatan yang paling penting, boleh membawa masalah kepada guru dalam segi praktikal (Bailey, 1998). Guru mungkin sukar untuk menskor dan memerlukan masa yang panjang untuk menilai prestasi pelajar, tidak seperti ujian aneka pilihan, yang praktikal untuk diskor.

4. Kekangan Pelaksanaan Pentaksiran Alternatif

Pelaksanaan pentaksiran alternatif diperingkat sekolah dan dalam bilik darjah agak sukar untuk dilaksanakan. Berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh (Rahman & Ali, 2008) mendapati terdapat beberapa faktor permasalahan yang menghalang dan mengehadkan pelaksanaan pentaksiran kerja kursus/protfolio yang mana sebahagian daripada pentaksiran alternatif atau dikenali sebagai pentaksiran berasaskan sekolah (PBS). Faktor guru adalah yang paling penting dalam melaksanakan pentaksiran alternatif. Dapatan kajian tersebut menunjukkan guru-guru mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran yang sederhana tinggi dalam melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus. Masalah yang dihadapi oleh guru-guru ialah tidak mempunyai masa mencukupi untuk menyelia dan membimbing pelajar serta mengganggap proses melaksanakan pentaksiran mengganggu tugas-tugas yang lain. Begitu juga kajian (Noor & Sahip, 2010) yang menunjukkan bahawa jadual waktu guru-guru yang agak padat menyukarkan guru untuk melaksanakan pentaksiran tersebut.

Kajian oleh (Begum & Farooqui, 2008) pula menyatakan bahawa guru sangat optimis mengenai perubahan sistem pentaksiran. Hasil kajian menunjukkan bahawa walaupun kerajaan telah melaksanakan sistem pentaksiran baru, kebanyakan guru-guru tidak mendapat latihan yang secukupnya untuk melaksanakan projek tersebut. Guru yang tidak terlatih akan mempunyai kefahaman yang sedikit seterusnya akan menyebabkan markah tidak dapat diagihkan dengan berkesan akibat ketidakmampuan guru tersebut. Jika pentaksiran alternatif ini dilaksanakan tanpa menyediakan latihan kepada guru-guru yang mencukupi, jurang yang besar akan wujud antara strategi yang digubal oleh kerajaan dengan realiti sebenar dalam bilik darjah. Dalam artikel (Seng, 2009) yang bertajuk School-based Assessment: The Concept of School based Assessment menyatakan bahawa terdapat perbezaan persepsi mengenai makna pentaksiran berasaskan sekolah di antara ibu bapa, stakeholder, pelajar-pelajar mahu pun guru-guru. Hal ini adalahkerana masyarakat di Malaysia sudah lazim dengan pentaksiran tradisional sejak zaman merdeka lagi.

Sehubungan daripada kekangan yang membataskan pelaksanaan pentaksiran alternatif, pelbagai aktiviti pentaksiran ini dikemukakan supaya guru dapat memilih dan menggunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu mempunyai kemahiran dalam mengaitkan sukatan pelajaran kurikulum dan aktiviti pentaksiran alternatif yang ingin dijalankan bagi mematuhi prinsip asas pentaksiran alternatif (Saptu & Said, 2011).

5. Kepelbagaian Aktiviti yang Membolehkan PerlaksanaanPentaksiran Alternatif

Gambaran yang lebih baik terhadap pengajaran dan pembelajaran dapat diberikan dengan menggunakan pelbagai pentaksiran dalam bilik darjah. Profil pentaksiran dalam bilik darjah yang berlainan (Rajah 4).

Pentaksiran prestasi: Pelajar dikehendaki untuk mencipta sesuatu produk atau merumuskan tindak balas yang menunjukkan penguasaan dalam kemahiran atau kefahaman tentang proses atau konsep. Lazimnya, pentaksiran prestasi "autentik" kerana distrukturkan berdasarkan sesuatu masalah atau situasi sebenar.Pemerhatian guru: Guru memerhatikan pelajar-pelajar yang terlibat dalam pelbagai tugas atau aktiviti dengan menggunakansenarai semak, skala kedudukan, dan sebagainya, untukmerekodkan prestasi pelajar dalam mencapai satu penanda aras yang tertentu.Persidangan: Guru dan dialog pelajar, menilai kemajuan pelajar untuk mencapai satu atau lebih matlamat yang tertentu.Pentaksiran sendiri: Pelajar memikirkan dan menilai kerja mereka sendiri dengan kriteria taksiran yang dibangunkan oleh guru atau pelajar.Pentaksiran rakan sebaya: Pelajar menilai kerja antara satu sama lain dengan kriteria penilaian yang dibangunkan oleh guru atau pelajar-pelajar.Pentaksiran kerja kursus/portfolio: Kerja pelajar direkodkan dalam koleksi bahan-bahan yang dipersetujui oleh pelajar atau guru, menjangkaui tempoh masa, yang menggambarkan prosespembelajaran pelajar, perkembangan, dan pencapaian dalam carayang teratur dan sistematik.

6. Kesimpulan

Pentaksiran alternatif merupakan pentaksiran autentik atau pentaksiran formatif atau pentaksiran untuk pembelajaran. Berdasarkan kajian- kajian yang telah dibuat, jelas menunjukkan bahawa pelaksanaan pentaksiran alternatif dapat dijalankan dengan baik, konsisten danberterusan di sekolah-sekolah berdasarkan kepada tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru-guru yang tinggi. Oleh itu, guru-guru perlu dilatih dengan menghadiri kursus, seminar atau mesyuarat berkaitan bagi mempertingkatkan pengetahuan serta kemahiran. Guru juga perlu dilatih supaya menjalankan tugas secara profesional, telus, adil dan tidak memihak kepada mana-mana golongan atau individu. Kekangan dari segi masa, jadual yang padat dan tenaga boleh diatasi dengan membahagikan tugasan kerja yang sama rata antara setiap guru di sekolah. Pihak pentadbir perlu bijak membahagikan tugasan kerja, bagi guru subjek yang perlu melakukan pentaksiran, tugasan kerja yang berat harus dielakkan untuk memastikan pentaksiran dapat dijalankan dengan jayanya tanpa sebarang alasan.

Dalam usaha untuk menegakkan dan mempertahankan mutu kualiti pentaksiran dalam sistem pendidikan di Malaysia, ketelusan dalam sistem pentaksiran baru ini memerlukan gandingan yang kukuh kerjasama daripada pelbagai pihak. Bagi memastikan pentaksiran dilaksanakan dengan betul, beberapa cadangan telah dikemukakan oleh (Begum & Farooqui, 2008) dalam kajiannya iaitu; penyelia akademik perlu diberi tanggungjawab untuk memantauguru besar perlu membuat mesyuarat dan memeriksa rekod semua guru-guru setiap penggalsuatu jawatankuasa perlu dibentuk di setiap sekolah untuk memeriksa rekod tersebutibu bapa perlu menyedari bahawa anak-anak tidak boleh menjadi mangsa kepada guru, jika disyaki ibu bapa harus membuat aduandengan segera kepada guru besarguru besar perlu mengaturkan mesyuarat bersama ibu bapa selepas setiap penggal dan menyelesaikan segala aduan oleh ibu bapasatu elemen bimbingan dan kaunseling boleh diperkenalkan. Ia akan memberi peluang untuk mengetahui guru-guru yangmempunyai masalah dalam pelaksanaan sistem baru ini.

Sehubungan itu, guru perlu memahami segala jenis pentaksiran sama ada pentaksiran tradisional mahu pun pentaksiran alternatif bagi mewujudkan pengalaman pembelajaran yang baik kepada pelajar secara tidak langsung proses pembinaan modal insan yang holistik dapat diteruskan sejajar dengan saranan kementerian. Jesteru itu, dapat dirumuskan bahawa pentaksiran alternatif atau pentaksiran untuk pembelajaran merupakan salah satu pilihan dalam sistem pentaksiran yang dapat memperkayakan pengetahuan guru dan pelajar melalui kepelbagaian aktiviti serta berupaya meningkatkan pembelajaran pelajar melalui produk yang dihasilkan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.Rujukan

Adimin, J. (2011). Peperiksaan vs Pentaksiran. Retrieved from http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2008&dt=0303&pub=DuniaPendidik an&sec=Perspektif&pg=ps_01.htm

Airasian, P. W. (2004). Classroom assessment: concepts and applications (5th ed.): McGraw-Hill.

Ali, Z. (2008). Perlaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Ber sepadu Di Sekolah Menengah Luar Bandar Daerah Kuantan, Pahang. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Aurbach & Associates, I. (2011). About Alternative Assessment, from http://www.aurbach.com/alt_assess.html

Bailey, K. M. (1998). Learning about language assessment: dilemma s, decisions, and directions: Heinle & Heinle Publishers.

Begum, M., & Farooqui, S. (2008). School Based Assessment: Will it Really Change theEducation Scenario in Bangladesh? International Edution Studies, 1(2), 45-53.

Companies, M.-H. (2011). Alternative Assessment Primer, from http://teachingtoday.glencoe.com/howtoarticles/alternative-assessment-primer

Dikli, S. (2003). Assessment at a distance: Traditional vs. Alternative Assessment. TheTurkish Online Journal of Education Technology-TOJET, 2(3).Education, N. J. S. D. o. (1999). New Jersey World Languages Curriculum Framework. Ghafar, M. N. A. (2011). Pembinaan & Analisis Ujian Bilik Darjah (2 ed. Vol. 371.26).Skudai: Penerbit UTM Press.

Ghani, T. H. A. b. A. (2008). Membangun Modal Insan. Retrieved from http://sppkkedah.blogspot.com/2009/10/membangun-modal-insan.html

Khan, A. (2009). Tidak Lagi Bergantung 100% Kepada Peperiksaan-TPM. Retrieved from http://sppkkedah.blogspot.com/2009/10/tidak-lagi-bergantung-100- kepada.html

Law, B., & Eckes, M. (1995). Assessment and ESL: on the yellow big road to theWithered of Oz: Peguis Publishers.

Linn, R. L., & Miller, M. D. (2005). Measurement and Assessment in Teaching (9th ed.): Pearson Prentice Hall.

Logsdon, A. (2011). Alternative Assessment - What Is an Alternative Assessment?, from http://learningdisabilities.about.com/od/learning_disability_terms_A/g/alternative_assessment.htmNoor, N. M., & Sahip, S. (2010). Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Berasaskan Sekolah Bagi Matapelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Johor Bahru, Kawasan Skudai.

Nordin, A. B., & Bakar, B. A. (2008). Penaksiran dalam Pendidikan & Sains Sosial (Vol.150.287). Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Rahman, M. A. B. A., & Ali, Z. B. (2008). Perlaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Di Sekolah Menengah Luar Bandar Daerah Kuantan, Pahang. Retrieved from http://eprints.utm.my/10757/1/PELAKSANAAN_PENTAKSIRAN_KERJA_KU RSUS_KEMAHIRAN_HIDUP_BERSEPADU_DI_SEKOLAH_MENENGAH_L UAR_BANDAR_DAERAH_KUANTAN.pdf

Reeves, T. C. (2000). Alternative assessment approaches for online learning environments in higher education. Journal of Educational Computing Research,23(1).

Saptu, S., & Said, H. (2011). Pentaksiran Alternatif dalam Memperkayakan Pengetahuan dan Meningkatkan Pembelajaran

Paper presented at the International Conference on Measurements and Evaluation inEducation (ICMEE) Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Schlepphege, J. (2010 ). The Portfolio - An Alternative Assessment Method in the Foreign Language Classroom Available from http://books.google.com.my/books?id=QeskybO_iqkC&dq=alternative+assessme nt&source=gbs_navlinks_s

Seng, T. E. (2009). School based Assessment. The Concept of School basedAssessment. Retrieved from http://www.teo-education.com/teo/?p=455

Wahid, A. H., & Jahya, Z. (2009). Pendidikan Pembangunan Modal Insan (Vol.370.9595). Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Lampiran

Objektif

Penilaian

Pengalaman-Pembelajaran

Rajah 1: Perkaitan antara tiga komponen penting dalam proses pengajaran-pembelajaranSumber: (Nordin & Bakar, 2008)

Rajah 2: Penilaian dalam pengajaranSumber:(Ghafar, 2011)

nPengajaran- Pembelajara

Penilaian Pembetula Pengajaran- Pembelajaran

n

Rajah 3: Penilaian dalam proses pengajaran-pembelajranSumber: (Nordin & Bakar, 2008)

Jadual 1: Perbezaan antara Pentaksiran Tradisional dan PentaksiranAlternatif

Ciri-ciri Pentaksiran TradisionalCiri-ciri Pentaksiran Alternatif

Ujian tidak autentikTumpuan utama sumatif, dan hasilnya tidak selalu digunakan dalam pengajaran Ujian yang autentikPentaksiran termasuk memberi tumpuan kepada formatif, dan keputusan secara langsung

Penekanan dibuat kepada produk Diskret-mata ditaksirPelajar diberikan markah berdasarkan bilangan atau peratusan yang betulUjian diskor dengan mudah dan cepatItem yang sering digunakan adalah aneka pilihan, suai padan, atau betul/salahItem ujian pengetahuan pasif (Pelajar hanya diperlukan untuk mengenali jawapan yangbetul,bukan untuk menghasilkannya)Pentaksiran ini biasanya dinilai untukkesahan statistik dankebolehpercayaandigunakan dalam pengajaranPenekanan dibuat kepada proses pembelajaran serta produkTugas-tugas pentaksiran ini melibatkan aplikasi serta integrasi kandunganinstruksionalTugasan seringkali berbentuk open-ended, menawarkan pelbagai pilihan dan input, serta mencapai kemuncak terhadap prestasi individu atau kumpulan Pentaksiran yang holistikPemarkahan memerlukan penghakiman serta menggunakan kriteria pemarkahan (contohnya, rubric)Pentaksiran ini sering memlibatkan tugasan yangmemerlukan pelbagai langkah dan masa yang panjang untuk selesai serta berterusanTugas menghendaki pelajar menunjukkan ilmu pengetahuan secara aktif melalui penyelesaianmasalah, membuat kesimpulan,serta lain-lain kemahirankognitif yang kompleks termasuk psikomotor dan juga afektifTugasan adalah berasaskan situasi atau menggunakan konteks dunia sebenarPntaksiran ini selalunya belum dinilai untuk kesahan statistik atau kebolehpercayaan

KegunaanKegunaan

Untuk mentaksirkan hasil pembelajaranUntuk membolehkan perbandingan seluruh populasi Untuk mentaksir;hasil pembelajaran dan prosesproses instruksional dan objektif Bagi menggalakkan; penglibatan pelajarpelajar berhak ke atas pembelajaran dan pentaksirankerjasama antara pelajar dan guru

Merancang pengajaran yang berkesan

Format lazimFormat lazim

Respons ujian aneka pilihan Ujian diskret-mata Portfolio dan jurnal Demonstrasi Persidangan dan pemerhatian

Sumber: (Education, 1999; Saptu & Said, 2011; Schlepphege, 2010 )

Kerja kursus/ ProjekLukisanDemostrasiVideo/Tape audioUcapanExperimanPenulisan laporanPerbahasan

Prestasi

Ujian kertas- pensil

Ujian yang standadUjian di akhir sesuatu unit pembelajaranGuru melaksanakan ujian

ananPemerhati danPandang

KomunikasiPersonal

Interaksi dalam bilik darjahPenglibatan pelajar

Persidangan individuPerbincangankumpulan kecilTemu duga

Rajah 4: Profil PentaksiranSumber: (Education, 1999)