1-tanda amalan-makrifat

31
Tanda-tanda Bergantung Pada Amalan Kata Sheikh R.A yang bermaksud : Setengah daripada alamat orang yang bergantung(bersandar) atas amal itu ialah kurang harapannya apabila melakukan kesalahan(maksiat). Terjemahannya oleh Tok Pulau Manis Sebahagian daripada tanda-tanda hamba Allah yang bersandar dirinya pada kekuatan amal usahanya ialah berkurangnya pengharapan terhadap rahmat kurnia Allah dan apabila mereka membuat sesuatu kesalahan atau dosa disisi Allah dan akan sempurna harapannya kepada Allah apabila beliau banyak melakukan ketaatan. Adalah yang demikian itu hal segala orang yang jahil yang menilik bagi dirinya berbuat amal dan orang- orang-orang Arif tiada sekali-kali menilik dirinya berbuat sesuatu amalan. Adalah segala hal manusia itu terbahagi kepada beberapa bahagi seperti di bawah: Yang pertamanya ialah golongan yang bersandar atas amalan yang mereka lakukan dan alamatnya ialah berkurangan harapannnya kepada Allah apabila tiada hasil baginya apa yang dimaksudkan seperti untuk memperolehi sesuatu perkara yang luar biasa daripada amalan-amalan dan ibadat yang dilakukan. Yang keduanya ialah mereka yang bersandar kepada anugerah taufik dan hidayah daripada Allah dan alamatnya ialah sentiasa rujuk (melihat kehendak dan kekuasaan Allah) kepada Allah sama ada dalam nikmat kesukaan atau bala(kesakitan). Apabila mereka suka mereka berkata Alhamdulillah dan bersyukur kepadanya dan apabila duka

Upload: noor-affendy

Post on 25-Jun-2015

1.163 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1-Tanda amalan-makrifat

Tanda-tanda Bergantung Pada Amalan

Kata Sheikh R.A yang bermaksud :  

Setengah daripada alamat orang yang bergantung(bersandar) atas amal itu ialah kurang harapannya apabila melakukan

kesalahan(maksiat).

Terjemahannya oleh Tok Pulau Manis

Sebahagian daripada tanda-tanda hamba Allah yang bersandar dirinya pada kekuatan amal usahanya ialah berkurangnya pengharapan terhadap rahmat kurnia Allah dan apabila mereka membuat sesuatu kesalahan atau dosa disisi Allah dan akan sempurna harapannya kepada Allah apabila beliau banyak melakukan ketaatan. Adalah yang demikian itu hal segala orang yang jahil yang menilik bagi dirinya berbuat amal dan orang-orang-orang Arif tiada sekali-kali menilik dirinya berbuat sesuatu amalan.

Adalah segala hal manusia itu terbahagi kepada beberapa bahagi seperti di bawah:

Yang pertamanya ialah golongan yang bersandar atas amalan yang mereka lakukan dan alamatnya ialah berkurangan harapannnya kepada Allah apabila tiada hasil baginya apa yang dimaksudkan seperti untuk memperolehi sesuatu perkara yang luar biasa daripada amalan-amalan dan ibadat yang dilakukan.

Yang keduanya ialah mereka yang bersandar kepada anugerah taufik dan hidayah daripada Allah dan alamatnya ialah sentiasa rujuk (melihat kehendak dan kekuasaan Allah) kepada Allah sama ada dalam nikmat kesukaan atau bala(kesakitan). Apabila mereka suka mereka berkata Alhamdulillah dan bersyukur kepadanya dan apabila duka (ditimpa dbencana) kepada Allahlah mereka minta tolong dan berlindung.

Yang ketiganya ialah mereka yang bersandar atas bahagian yang telah terdahulu iaitu apa-apa yang telah ditentukan pada azali lagi. Alamatnya ialah tiada gundah(bimbang) dengan ketiadaan asbab(seperti makan atau pekerjaan). Maka tiadalah bertambah harapanya kerana sesuatu dan tiada kurang harapannya kerana sesuatu. Sama sahaja ada dan tiada sesuatu dan jikalau ditimbang harapan dan takutnya nescaya bersamaan dalam tiap-tiap waktu dan hal malahan mereka ini sentiasa SUKA DENGAN ALLAH.

Kata setengah daripada kaum sufiah adalah golongan yang ketiga itu ialah mereka yang menyerahkan dirinya dan diam dibawah perintah segala hukum Allah iaitu mereka yang

Page 2: 1-Tanda amalan-makrifat

sentiasa menilik dan musyahadah kepada fi'li(perbuatan) Allah dan FANA daripada dirinya.

Berkata pula setangah daripada orang-orang MUHAQQIQIN R.A, barangsiapa yang sampai kepada HAKIKAT ISLAM (pengakuan zohir) maka tidaklah kuasa dia daripada berhenti untuk sentiasa melakukan amal dan ibadat dan barangsiapa samapai kepada HAKIKAT IMAN maka tiadalah berupaya untuk berpaling(lari) daripada amal dan ibadat dan barangsiapa sampai kepada HAKIKAT IHSAN maka tiadalah kuasa dia berpaling kepada sesuatu lain daripada Allah(sentiasa musyahadah dengan Allah).

Berkata pula pengarang kitab Hikam :

Ketahui olehmu wahai Salik !!.

bahawasanya adab kepada orang yang AHLI THORIQ dalam sesuatu waktu(detik/saat) itu boleh jadi

ADAB AL-SYARIAT dan dalam sesuatu waktu boleh jadi ADAB-AL-HIKMAT dan sesuatu waktu yang lain boleh jadi ADAB-AL-HAQ.

Maka maksud ADAB-AL-SYARIAT itu ialah berdiri yakni buat amal dan menunaikannya mengikut kehendak hukum syarak. Ini adalah langkah permulaan bagi segala orang yang menjalani jalan menuju kepada Allah.

Maka maksud ADAB-AL-KHIDMAT ialah fana(hilang/hapus) daripada melihat segala amalan yang dikejakannya dan tiadalah mereka memandang kepada yang demikian itu melainkan kepada anugerah Allah Taala jua kerana bagi oarang yang dalam makam ahli khidmat, WAJIB bagi mereka tidak bersandar di atas amalan yang mereka kerjakan.

Maksud ADAB-AL-HAQ ialah seperti "kuketahui barang yang bagimu dan barang yang hak Allah. (hilang dan tenggelam jiwanya dalam lautan musyahadah dengan Allah). Inilah makam atau kedudukan orang yang AHLI TAHKIQ kerana hamba itu apabila mengenal ia hakikat sifat-sifat hamba iaitu FAKIR, DHOIF, LEMAH, HINA dan KURANG di samping mengenal suatu yang tuhannya yang bersifat dengan GHONI(KAYA), QAWI(KUAT/KUASA), QADIR(PEKEHENDAK), 'AZIZ(MULIA) DAN KAMALAT(KESEMPURNAAN).... maka hamba yang ahli-tahkiq ini fanalah ia daripada tiap-tiap barang yang lain daripada Allah. (tidak nampak susautu ini melainkan melihat akan kewujudan Allah yang MAHA SEMPURNA).

INILAH... bagi hamba-hamba pilihan yang berupaya melihat akan kamalat kudrat tuhannya kerana bahawasanya barangsiapa tiada melihat akan kamalat kudrat tuhannya dalam MAKRIFAT maka gugurlah(turun) ia makam atau keadaan yang sempurna (INSANUL KAMIL). Maka apabila telah engkau lihat akan kamalat kudrat tuhamnu maka fanalah engkau daripada tiap-tiap perkara yang lain

Page 3: 1-Tanda amalan-makrifat

daripadaNya. Sesungguhnya hendaklah engkau ketahui bahawasanya kehendak Allah daripamu dalam tiap-tiap hal dan tiap-tiap perkataan dan tiap-tiapa makam.

INILAH... kesudahan-kesudahan adab kerana bahawanya yang dikehendaki oleh hak Allah ialah bahawa engkau itu tiada berdaya dan hendaklah engkau menggugurkan segala ikhtiarmu (iaitu tidak pandang dan mengira-gira) dan hendaklah engkau memutuskan kehendakmu(jangan nampak kekuasaanmu) pada tiap-tiap perkara yang Allah telah tetapkan engkau di dalamnya, sama ada di dalam Maqam Tajrid(semata-mata beribat kepada Allah tanpa memikirkan usaha) atau di dalam Maqam Asbab.

Syahwat Yang Tersembunyi

Kata Sheikh R.A yang bermaksud :  

Berkehendak engkau akan tajrid beserta mendirikan Allah akan dikau pada segala asbab adalah setengah daripada syahwat yang tersembunyi.

Terjemahannya Barangsiapa yang telah ditentukan oleh Allah hidup dalam keadaan membina dan mencorak kehidupan mereka dengan cara berusaha dan bekerja tetapi bercita-cita ia mahu keluar daripada jalan usaha atau asbab ini dengan tujuan untuk semata-mata beribadat secara khususiah kepada Allah tanpa memikirkan tentang kehidupan dunianya maka yang demikian itu adalah timbul dari nafsu keinginan jahat yang tersembunyi. Hanyasanya adalah ia daripada syahwat kerana tidak mahu menerima hakikat bahawa itulah ketetapan Allah yang dikehendakiNya sedangkan kehendak hamba itu menyalahi yang demikian itu.

Terjemahannnya oleh Tok Pulau Manis Hanyasanya adalah syahwat itu tersembunyi kerana bahawasanya pada zahirnya menampakkan seakan hamba itu bercita-cita untuk keluar daripada nafsu dan sememangnya hal yang demikian itu adalah dituntut dan dikehendaki oleh Allah Taala. Tetapi satu hal yang perlu dingat ialah sesuatu kehendak atau cita-cita besar itu hendaklah berlandaskan dengan keredhaan Allah bukannya daripada keredhaan nafsu. Sesungguhnya apa yang diredhoi oleh Allah Taala akan dirimu ialah berdiam(tetap) pada apa yang telah didirikan Allah atas engkau sama ada pada makam asbab(golongan yang bekerja dan beribadat)atau makam tajrid(semata-mata beribadat kepada Allah tanpa memikirkan usaha dan tanggungjawab kepada ahli keluarga). Kata Muallif(pengarang) Kitab Tanwir Qulub bermula yang dikehendaki hak Allah Taala akan dikau ialah bahawa diam(tetap dalam sesuatu hal) kepada yang telah didirikan Allah akan dikau hinggalah ke satu masa di mana Allah memerintahkan keluar engkau ke satu hal atau maqam yang lain sebagaimana Allah memerintahkan masuk engkau kepadaNya dulu. Dan kata Sheikh Hijazi bermula Iradat(kehendak) itu tiga perkara iaitu;

Page 4: 1-Tanda amalan-makrifat

Iradat Al-Tob'i iaitu kehendak yang takluk dengan kepada bahagian nafsu dan keluar daripadanya adalah WAJIB. Bahagian nafsu ini ialah seperti kehendak kepada kemasyhuran, pangkat, kedudukan atau berlazat-lazat pada makanan dan pakaian serta lain-lain lagi.

Iradat Al-Tamni iaitu kehendak bagi segala Ahli Tawajuh(yang selalu berhadap hati kepada Allah) yang Salik(mereka yang dalam permulaan perjalanan menuju kepada Allah). Mereka ini hanya berkehendakkan kepada kurnia Allah semata-mata.

Iradat Al-Haq iaitu kehendak yang takluk pada keikhlasan dan hakikatnya itu menyucikan amalan yang mereka kasih daripada syirik Jali(nyata) dan syirik khofi(tersembunyi).Maka syirik khofi itu ialah seperti bahawa engkau jadikan kehendak bagimu itu serta Allah atau engkau lihat bagimu wujud(kita ada Allah ada=dua wujud). Maka apabila telah ikhlas engkau daripada penyakit lalai itu dan telah Allah hapuskan hukum maksiat pada sekalian itu maka jadilah engkau serta Allah tiada dengan kun(terhijab dengan alam benda). Sesungguhnya menetapkan Allah akan dikau dalam segala asbab dan berkehendak engkau tajrid menunjukkan masih lagi tinggal syahwat dan nafsu yang tersembunyi. Tiada dinyatakan(diketahui) di atas seseorang hamba melainkan kepada segala orang yang Ahli 'Inayah kerana bahawasnya syahwat itu tiada jadi ia melainkan daripada nafsu sama ada yang bangsa(bersifat) dunia atau bangsa(bersifat) akhirat.

Pengajian Kitab Hikam pada malam Jumaat (05.11.1998/15 Rejab 1419)

NILAI SETIAP NAFAS

Berkata Kalam Hikmah Sheikh Ibni Atho'illah As-Kandari  

Tiada daripada nafas yang engkau keluarkan itu, melainkan adalah bagi nafas itu kadar (nilai) yang dilalukannya akan nafas itu.

Pengertian dan Huraiannya oleh Tok Pulau Manis;.

Sesungguhnya segala nafas seorang hamba itu dikira-kirakan(dihitung dan dinilai)atasnya kerana bahawasanya setiap nafas itu menghendaki ia Tajali (pembukaan/penzahiran hakikat) dan demikian Tajali mewajibkan makrifat dan demikian makrifat mewajibkan bagi hamba itu Ubudiah dan sekurang-kurang Ubudiah itu diam di bawah segala takdir Allah kerana melihat hamba akan lemah dirinya (Hakikat kehambaan) dan bersendirianTuhannya dengan kebesarannya (Hakikat Ketuhanan).

Keterangan Suluk

Setiap nafas menghendaki ia Tajali

Page 5: 1-Tanda amalan-makrifat

Dalam setiap detik kehidupan yang dihitungkan dengan kiraan nafas yang ada pada kita, sememangnya setiap nafas yang kita sedut dan hembus itu sentiasa menanti-nanti dan bersedia untuk menerima Tajali daripada Al-Haq. Tajali inilah yang akan membukakan sir(rahsia mata hati) kita untuk melihat hakikat kewujudan Allah dan bagaimana hakikat itu dizohirkan.

Contohnya apabila seorang kawan memberi hadiah kepada kita, pandangan mata hati kita pada saat dan ketika itu akan terbuka dan melihat Allah yang menganugerahkan hadiah itu. Tidak terlihat/hilang/fana kawan kita tadi. Jika kita nampak juga kawan kita tadi ,pandangan kita akan melihat bagaimana Allah menzohirkan nikmat itu melalui pentadbiranNya dengan menghantar kawan kita sebagai pembawa hadiah dariNya. Terbukanya hakikat penzohiran inilah dikatakan sebagai Tajali dari Allah

Dan demikian Tajali mewajibkan makrifat

Apabila terbuka hakikat ketuhanan dan terzohir pada kita kita Tauhid Rububiyah melalui Tajali di atas, bererti seseorang itu telah dikatakan mempunyai makrifat(Ahli Makrifat). Dengan makrifat ini seorang hamba itu dapat membezakan:

antara yang hak(Allah) dan yang batil(makluk) antara yang benar-benar Wujud(Zat Allah) dan Wujud yang 'Aridi/baru(Wujud

Makhluk) antara hakikat ketuhanan dan hakikat kehambaan

Inilah apa yang dikatakan dengan Tajali Allah.... seorang hamba itu mendapat makrifat.

Dan demikian makrifat mewajibkan bagi hamba itu Ubudiah

Apabila seorang hamba yang memiliki makrifat tadi dapat membezakan bahawa Allah bersifat dengan Qhani(Kaya), Qawi(Kuasa), Qadir(Kehendak), 'Aziz(Mulia) dan Kamalat(Sempurna)sedangkan hamba bersifat dengan Fakir, Dhoif, Lemah, Kurang dan Hina, sudah tentulah hamba itu mempunyai kesedaran yang tinggi tentang tanggungjawab yang harus dilaksanakan sebagai seorang hamba kepada Tuhannya. Kesedaran yang tinggi inilah akan meningkatkan darjah keimanannya di mana ia harus taat dan patuh kepada apa sahaja yang Allah Khitobkan(perintahkan).   Hamba ini akan menjadi hamba yang tahu diri di mana sekurang-kurangnya ia wajib redho atas apa yang berlaku dalam kehidupannya sama ada nikmat, taat dan bala.

Samalah seperti kita katakan matahari makrifat itu menghapuskan kegelapan perjalanan Salik

Maka adalah tiap-tiap nafas itu merupakan Salik berjalan kepada Tuhannya. Kerana inilah telah mengisyaratkan guru-guru tasauf dengan katanya :

"Bermula jalan kepada Allah Taala itu adalah sebanyak bilangan nafas makhluk. Maka dalam bilangan nafas dalam sehari semalam itu ialah dua puluh empat ribu (24 000)."

Page 6: 1-Tanda amalan-makrifat

Demikianlah adab hamba itu dalam segala nafasnya dijadikan bagi Tuhannya agar tiada dipergunakan untuk membuat maksiat kepada Allah. Ini adalah kerana bahawasanya nafas itu gedung tempat simpanan segala amalnya yang memberi manfaat bagi hamba.

Terdapat setengah daripada kaum sufiah berpandangan ....dibilangkan(dihitungkan) juga sesuatu yang dapat meluputkan setengah daripada nafasnya itu ialah pada ketika mengunyah makanan apabila makan. Ini adalah bertujuan supaya jangan ia(hamba) Istighol (berbimbang) ia pada segala nafas dalam makan selain daripada zikir.

Inilah muraqabah yang tinggi pada makam Al- Suluk. Telah menghitungkan akan kepentingan nafas itu dari segala orang-orang yang dahulu. Tetapi setengah daripada mereka itu berpendapat yang terlebih akmal (sempurna) padanya ialah muraqobah "Thorfatal 'Aini" iaitu setiap kerlipan mata.

Dan adalah pengertian muraqobah itu ialah mentahkidkan hati dengan menilik hak Allah Taala dalam batinnya dan dalam zahirnya pada tiap-tiap masa. Barang siapa memeliharakan (menilik hak Allah) ia dalam setiap nafasnya maka hendaklah dihentikannya (tetap dan istiqomah) sekelian ahwalnya (hal dan gerak gerinya). Ini bermaksud kehidupan hariannya sentiasa tetap dengan ibadat dengan perhatiannya kepada menilik kepada Allah dalam setiap kelakuan makhluk.

Setengah daripada faedah ataupun hikmah memandang takdir Ilahiyah itu ialah dapat meninggalkan tadbir (usaha dan ikhtiar kita) seperti yang dikata oleh setengah kaum sufiah dengan kata mereka :

Telah luluslah (berlaku) segala takdir Tuhan dan hukumNya. Maka senangkanlah hati mu daripada mengharap-harap dan daripada menyesal-nyesal.

Keterangan Suluk

Inilah sebahagian daripada kunci ketenangan dan kebahagian yang ada pada kaum sufiah. Benarlah kata kaum ini kerana kita banyak penat dan lelah dalam mengusahakan keperluan kehidupan harian kita kerana kita merasakan kita mampu membuat banyak pilihan dan menentukan sesuatu sedangkan hakikatnya memang Allah yang sudah memilih dan menentukan sesuatu untuk kita. Sebagai pengakhirnya renungilah dengan ikhlas kata-kata Imam Besar Tasauf Sheikh Junaid Al-Bagdadi iaitu

"Orang yang paling agung ialah orang yang menyerahkan kehendaknya kepada kehendak Allah dan dia redho dengan Allah".

Page 7: 1-Tanda amalan-makrifat

Pengajian Kitab Hikam pada malam Jumaat (12.11.1998/22 Rejab 1419)

HUKUM WAKTU

Berkata Sheikh Ibni Atho'illah As-Kandari Dengan Kalam Hikmahnya;  

Jangan kamu menanti-nanti akan selesai daripada Agyar, maka bahawasanya demikian itu memutuskan engkau daripada wujud Muroqobah baginya pada yang didirikan engkau di dalamnya.

Pengertian dan Huraiannya oleh Tok Pulau Manis;.

Jangan kamu menanti-nanti(menunda-nunda) dalam mengerjakan amal (taat zahir dan batin) itu selesai daripada Agyar yang telah mendirikan Allah akan engkau dan jangan kerana menanti-nanti suatu waktu yang lain daripada waktu yang engkau di dalamnya, bahkan kerjakan olehmu akan amal dalam tiap-tiap waktu dengan segala hukumnya dan dirikan olehmu pada tiap-tiap hak dalam tempatnya dan jangan menanti-nanti akan sihat. Maka bahawasanya menanti-nanti yang demikian itu membatalkan(masa melakukan amal ibadat pada Allah) kerana muroqobah yang kedua itu menghilangkan bagi hak yang awal dan bagi hak yang awal itu daripada haknya, tiada daripada yang kedua. Maka dengan wujud yang kedua itu maka hilanglah hukum yang dahulunya.

Keterangan Suluk

A. ..Jangan kamu menanti-nanti dalam mengerjakan amal akan selesai daripada agyar yang telah mendirikan Allah akan engkau.

Maksud agyar ialah halangan-halangan atau perintang-perintang yang menegah kita daripada melakukan taat, amal ibadat lahir dan batin. Halangan-halangan itu ialah seperti kesibukan kita dalam menguruskan kerja dan tugas harian kita sama ada di tempat-tempat kerja atau di kalangan ahli keluarga kita. Sesungguhnya kesibukan itu akan sentiasa ada selama waktu kita di dunia ini lebih-lebih lagi kepada mereka yang ditimpa musibah seperti sakit, keuzuran yang berpanjangan atau pendapatan yang kurang(miskin) untuk menampung keperluan ahli keluarga yang besar. Sebenarnya kesibukan tugas, bala musibah atau kesusahan yang kita alami itu...adalah mengikut kehendak Allah yang Maha Berkuasa. Kita telah ditentukan dalam maqam asbab (golongan yang mesti berusaha) yang menghendaki kita supaya penat dan lelah berusaha dalam meneruskan kehidupan. Tetapi kesibukan dan kesusahan kita dengan tugas dan kewajipan dunia itu...janganlah dijadikan alasan untuk kita tidak melakukan amal ibadat(zahir dan bathin). Pengabaian kita untuk melakukan taat dan amal dalam keadaan ini adalah sesuatu yang ditegah dan dilarang.

Page 8: 1-Tanda amalan-makrifat

B.... dan jangan kerana menanti-nanti suatu waktu yang lain daripada waktu yang engkau di dalamnya, bahkan kerjakan olehmu akan amal dalam tiap-tiap waktu dengan segala hukumnya dan dirikan olehmu pada tiap-tiap hak dalam tempatnya dan jangan menanti-nanti akan sihat. Seorang yang sibuk dengan kerja akan mengatakan 'tunggulah sehingga pekerjaan saya beres nanti' atau 'tunggulah apabila saya pencen nanti' atau seorang pelajar yang sedang mengejar cita-citanya akan membisikkan "nantilah apabila cita-citaku ini tercapai" atau seorang yang punya anak ramai akan berkata 'tunggulah bila anak-anak sudah besar nanti' akan saya buat banyak-banyak amal dan ibadat nanti. Ini adalah contoh-contoh mereka yang suka menunda ke suatu waktu yang lain untuk beribadat pada Allah. Fahaman dan pandangan ini adalah salah dan di anggap 'kurang ajar" kerana seorang "hamba' yang taat dan patuh tidak akan punya alasan untuk berhujuh dengan "tuannya" tentang tugasan yang diarahkan oleh "tuannya". Bahkan kita dikehendaki melaksanakan setiap amalan dan ibadat setiap masa dan ketika mengikut hukum-hukumnya. Lebih-lebih lagi amalan yang fardu serta yang Sunat Mu'akad(yang sangat-sangat dituntut). Setiap solat fardu yang difardukan wajiblah dikerjakan segera mengikut kadar waktunya, begitu juga dengan puasa, zakat dan ibadat haji serta ibadat-ibadat lainnya. Demikian juga dengan amalan batin yang bersifat keruhanian. Kita juga dituntut untuk melaksanakan hak-hak hukum waktu yang menjadi kemestian sebagai seorang hamba dalam Ubudiyahnya. Antara hak-hak hukum waktu yang perlu dilaksanakan ialah: Waktu Taat wajib kita pandang amalan ibadat yang mampu dilakukan itu adalah kurnia dari Allah Waktu Nikmat wajib kita sukur pada anugerah Allah Waktu Bala wajib kita bersabar dengan ujian dan Qodanya. Waktu Maksiat wajib kita segera bertaubat Ini menunjukkan bahawa dalam setiap saat kita tidak bisa lari dari salah satu daripada tuntutan hukum waktu tersebut. Bukan semestinya dalam waktu kita senang atau sihat sahaja. C. ...Maka bahawasanya menanti-nanti yang demikian itu membatalkan(masa melakukan amal ibadat pada Allah) kerana muroqobah yang kedua itu menghilangkan bagi hak yang awal dan bagi hak yang awal itu daripada haknya, tiada daripada yang kedua. Maka dengan wujud yang kedua itu maka hilanglah hukum yang dahulunya. Sekiranya kita menunda waktu solat zohor hari ini kepada zohor esok hari, maka waktu zohor hari ini telah luput dan tidak akan dapat diganti lagi. Begitu juga apabila kita melakukan maksiat (zahir batin)...hukum pada waktu tersebut meminta supaya kita bertaubat. Melengahkan waktu bertaubat dan meninggalkan solat zohor tadi telah meluputkan hak muroqobah yang pertama. Maka apabila kita menilik-nilik untuk mengabaikan sesuatu kewajiban pada waktu itu, dengan sendirinya telah hilanglah hukumnya dan telah lalailah kita daripada melaksanakan hak hukum waktu tersebut. Ini adalah salah satu bentuk kelalaian dan penderhakaan kepada Allah yang jarang dapat ditanggapi oleh kebanyakan manusia. Bayangkan lah jika menundakan saat pertama kepada saat kedua sudah dianggap salah dan berdosa....apa pula jika menunda-nunda dari waktu muda kepada waktu tua waktu sibuk kepada waktu senang

Page 9: 1-Tanda amalan-makrifat

waktu uzur kepada waktu sihat waktu susah kepada waktu kaya waktu usaha kepada tercapai cita-cita dunia ..tentulah bertimbun-timbun dosa dan kesalahan kita dalam menjaga dan memelihara hak hukum waktu ini. Dari kerana itulah...

Keterangan seterusnya oleh Tok Pulau Manis Maka lazimkanlah(WAJIB) atasmu mendirikan(melaksanakan) HAK WAKTU dan jangan kamu kata esok...esok..kerana yang demikian itu membinasakan(umurmu). Hendaklah engkau tuntut itu dengan muroqobah waktu (menilik-nilik hak Allah) yang engkau di dalamnya dan jangan engkau menanti-nanti bagi waktu lainnya. Maka janganlah engkau menanti-nanti untuk selesaikannya pada waktu lain kerana tiada terangkat hukumnya(akan sentiasa dituntut setiap waktu). Tiadalah berkesudahan istighal(kebimbangan/kesusahan) dunia ini seperti kata setengah daripada kaum sufiah dengan katanya: "Maka tiadalah lepas seseorang daripada dunia ini akan hajatnya dan tiadalah berkesudahan maksud melainkan kepada suatu maksud yang lain". Kata Abu Hafzin RA; "Bermula fakir yang shodiq(fakir yang benar dengan fakirnya) adalah ia dalam setiap waktu dengan hukumnya.(ibadat dan redho dengan Allah).Maka apabila datang ke atasnya sesuatu yang membimbangkan dia(terhalang untuk ibadat kepada Allah) maka liarlah(lari) ia daripadanya dan dinafikanya(ditolakkannya)". Berkata Sahl bin Abdullah RA. Apabila malam.... maka jangan engkau mengira-gira(menanti-nanti) akan siang hingga engkau sempurnakan hak Allah Taala dalamnya dan demikan pulalah apabila siang hari".

Ditanyai orang akan Sahl bin Abdullah RA. Di waktu mana beroleh istirehat seorang fakir itu?. Beliau menjawab dengan katanya: "Apabila tiada dilihatnya yang lain daripada waktu yang ia dalamnya". Maksudnya seorang fakir tidak ada waktu istirahatnya kerana setiap waktu itu beliau sentiasa berada dalam tuntutan hak Allah(hak hukum waktu).

Page 10: 1-Tanda amalan-makrifat

Wahai Tuhanku, berikanlah daku Ilmu Hikmah [pengetahuan ugama] dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang Sholeh[Al-Syura:83]

Mengikut panangan Ulama'; Makrifat atau Mengenal Allah ada dua jenis

1) secara ilmu pengetahuan (Ilmi) dan 2) secara perasaan (Haali) atau rasa rohani

Makrifat secara perasaan lebih utama dari secara ilmu pegetahuan sebab perasaan(rasa) yang benar mesti melalui pengetahuan yang benar.

Tapi sebenarnya jika dikaji dan dijelujuri dengan mendalam kita akan mendapati sebenarnya antara dua perkara tersebut ianya saling berkaitan antara satu sama lain.

Imam Ghazali semasa membahaskan tentang kedudukan Ilmu Tasauf di antara ilmu-ilmu yang ada di dunia ini, ada menegaskan:

"Ketahuilah bahawa Ilmu Aqli adalah tunggal dengan zatnya [bersendirian iaitu diasaskan atas akal semata-mata], daripadanya lahir ilmu yang tersusun yang di dalamnya terdapat seluruh hal-ehwal dua ilmu yang tunggal.Ilmu yang tersusun itu ialah ilmu ahli-ahli Tasauf dan jalan ehwal mereka. Mereka mempunyai ilmu yang khas dengan jalan yang terang yang terhimpun dari dua ilmu.Ilmu mereka terdiri dari

Hal, Waktu, Samaa', Wujdan, Sheikh, Sakr, Sohwu, Isbat, Mahwu, Fakir, Fana, Wilayah, Irodah, Murid

dan apa yang berhubung dengan Hal Ehwal mereka serta tambah-tambahannya, sifat-sifat dan maqam-maqam.

Berhubung dengan ilmu yang tersusun ini, meskipun Imam Ghazali tidak menerangkan dengan jelas, kita dapat penjelasan mengenainya dalam kitabnya "Al-Ahyaa' ketika

Makrifatullah

Page 11: 1-Tanda amalan-makrifat

menerangkan tentang "hakikat fikiran dan buahnya". Menurut keterangannya bahawafikiran (Al-Fikr/Takakur) adalah bererti mendatangkan dua makrifat(ilmu) dalam Qalbu untuk untuk menghasilkan makrifat yang ketiga. Dengan ini bermakna bahawa Ilmu Aqli yang berasaskan akal semata-mata itu mengandungi dua ilmu yang tersusun yang melahirkan ilmu yang ketiga.

Bila ilmu yang ketiga ini telah didapati dengan erti telah terterap pada Qalbu,

suatu perubahan pada 'hal Qalbu' terjadi yang menyebabkan berubahnya pula tindakan-tindakan anggota. Jadinya dengan "fikiran" menerusi sistem duaan itu menelurkan "ILMU". Ilmu ini menelurkan pula "HAL"

dan hal menelurkan "Tindakan" (Al 'Amal atau Al-Fi'li) [lihat Al-Ahyaa' penggal 4 muka 412-413].

Oleh itu Hal(kedudukannya) yang terpenting bagi seseorang pada setiap waktu dan di dalam segala keadaan adalah adanya pengetahuan(Ilmu) tentang Allah yang akan menerbitkan amal(perbuatan, Iktiqad,syuhud,thoriq) yang benar atau Yang Haq. Ini adalah berdasarkan jika kita lihat dari sudut hal(atau amal), kita akan dapati hal itu sendiri adalah Ilmu; kerana ianya berpunca(datang) dari Ilmu Yang Sebenar. Dan apabila kita melihat dari sudut Ilmu (pengetahuan/Ilmu Tentang Allah) kita akan dapat menyaksikan bahawasanya Ilmu (pengetahuan/Ilmu Tentang Allah)itu adalah dirujuk kepada Hal atau peribadi jiwa seseorang yang hampir dengan Allah. Dan bahawasnya Hal yang tertinggi di sisi Allah adalah adanya pengetahuan atau Ilmu Tentang Allah. Ilmu Tentang Allah adalah punca segala kebenaran(HAQ). Ilmu yang dimaksudkan inilah dikatakan sebagai Ilmu Makrifat dan Ilmu inilah yang menjadi intipati Ilmu Ahli Sufiah. Dari ilmu merekalah terbitlah segala hal-ahwal tentang keruhanian yang mana akhir memperlengkapkan kesempurnaan seorang Insan.

Lihatlah betapa istimewanya adunan Ilmu Ahli Sufiah ini yang jauh bezanya dengan ilmu-ilmu lain yang ada di dunia ini. Ini adalah kerana Mereka mempunyai ilmu yang khas dengan jalan yang terang yang terhimpun dari dua ilmu.(Kata-kata Imam Ghazali).

Ilmu Tentang Cara-Cara Beramal +Ilmu Yang Hasil Dari Amalan (Warid) = Ilmu TASAUF

Jalan mereka adalah jelas dan nyata sekali dengan petunjuk-petunjuk yang sebenar; mewarisi keluhuran Ambiya dan Mursalin serta menghiasi jiwa dengan pemaparan rahsia-rahsia yang terpendam Aulia Allah. Mereka meniti di atas Jalan Yang Benar kerana adanya Warid Ilahiyah(Ketuhanan). Warid inilah yang dimaksudkan sebagai Ilmu Yang Hasil Dari Amalan Syariat yang mereka kerjakan dengan penuh keyakinan. Keyakinan mereka adalah semata-mata pada membenarkan apa yang ada pada diri Sayyidul Mursalin Nabi Muhammad SAW. dan pewaris-pewaris Baginda walaupun tanpa sebarang penyaksian. Hanya semata-mata dengan bertaqlid pada segala apa yang mereka (Rasulullah dan ulama-ulama Pewaris Baginda)katakan dan kerjakan tanpa ragu-ragu.

Page 12: 1-Tanda amalan-makrifat

Ada pun tempat singgah Warid Ilahiyah ini pada hati atau ruh atau qalbu. Bila Warid Ilahiyah ini melimpahi qalbu ini, maka dapatlah disaksikan dengan penyaksian mata hati atau ruh akan makna-makna di Alam Malakut yang menjelaskan/memaparkan setiap hikmah/rahsia (Syariat) apa yang tercetus di Alam Syahadah(Dunia Yang Nyata ini). Ilmu mereka kini adalah Ilmu yang dirasa dan dilihat bukan lagi dengan Ilmu yang hasil dari yang apa yang tersurat. Seperti

Orang yang melihat, mengopek dan seterusnya memakan serta merasai kaifiat rasa lazat durian itu yang beliau sendiri tidak dapat memperihalkannya kecuali dengan kalimah "lazat"...'lazat'.....'lazat' . Tapi bagaimanakah lazatnya?????

Rasalah sendiri barulah tahqiq pada anda rasa "lazat"...'lazat'...'lazat' itu.

Maka berhiasilah jiwa dan keruhanian mereka dengan Sifat-sifat Ketuhanann(WARID) dan pandangan-pandangan Ketuhanan yang kemudiannya memperelokkan Syariat mereka, memperbetulkan Thoriqat(Jalan) seterusnya Mengkholiskan (Mensucikan) Makrifat mereka.

Jika syariat tidak ada dalam erti kata tidak diamalkan dengan barang apa yang diketahui maka tiadalah sesuatu yang hendak diperelokkan. Oleh itu tidak dapat tidak(WAJIB), syariat dulu yang perlu diperbetulkan(dibentuk/diadakan) sebagai persediaan untuk dihiasi oleh Keruhanian. Jika seseorang lari dari syariat atau anda memperlecehkannya atau memandang dingin padanya orang itu bukan dari kalangan mereka yang menggelarkan diri mereka Ahli Tasauf. Orang itu hanyalah semata-mata mendakwa dan berangan-angan kosong sahaja dan mungkin telah tertipu dan mungkin sesat. Ini adalah kerana sebenarnya mereka lari atau memperlecehkan atau memandang dingin kepada Warid Ilahiyah. Menafikan WARID samalah seperti menafikan Kelebihan Wirid yang akhirnya menafikan Ilmu Tasauf. Benarlah kata-kata Ahli Sufiah;

Hakikat tidak akan muncul sewajarnya jika syariat dan thorikat belum betul lagi kedudukannya. Huruf-huruf tidak akan tertulis dengan betul jika pena tidak betul keadaannya.

Oleh itu ahli makrifat melihat yang ghaib bukan hanya dengan Ilmu dan Iman sahaja. Iman terdiri dengan pendengaran, keyakinan dalam pandangan, dan keyakinan dalam rasa. Orang dahaga mendengar nama air - Ini menimbulkan kepercayaan padanya(adanya air); dilihat air itu - Ini menimbulkan keyakinan , dirasainya(air itu) - Ini menimbulkan rasa keyakinan. Jika seseorang itu berhenti setakat pendengaran sahaja, dia tidak dapat peringkat melihat dan merasa.

Jelaslah di sini Martabat atau nilai kehidupan setiap manusia bergantung kepada makrifat. Cara atau Jalan untuk memperolehi Makrifat ini adalah semata-mata dengan mengikuti Jalan-jalan Pewaris Nabi-Nabi dari kalangan Aulia Allah, Sholihin yang beramal dengan Cara dan Kaedah Ilmu Tasauf. Adunan ilmu mereka adalah adunan syariat dan pati tauhid. Mereka ini lalah golongan Fakeh Yang Sufiah bukannya Sufiah Yang Fakeh. Barangsiapa yang tidak mempunyai makrifat, maka hilang nilainya sebagai

Page 13: 1-Tanda amalan-makrifat

Khalifah Allah atau

Insanul Kamil atau maksud:

"Aku hembuskan pada (Adam/manusia)dari RuhKu(Allah)" Surah Shod:72 dan

"Aku jadikan dia(Adam/manusia) dengan kedua-dua tanganKu" Surah Shod:75

Lihat perbincangan lanjut pada pada tajuk

  Asal dan Kedudukan Ilmu Tasauf dalam bicara mengenai Ilmu Laduni.

Pengetahuan tentang diri kita adalah sebahagian daripada makrifat. Kerana sekiranya pengetahuan kita adalah pengetahuan yang benar; kita akan dapat menyaksikan betapa hebat dan berpotensinya kita jika dibandingkan dengan kejadian-kejadian makhluq ciptaan Allah yang lain. Kita paling istimewa dan hebat kerana

Kita mampu untuk menguasai Ilmu Yang Tidak Terhad tanpa belajar (Nabi Adam); Kita mampu untuk menghadap dan Melihat Allah tanpa Hijab (Nabi Muhammad

SAW.)

"Siapa yang kenal dirinya akan kenallah pada Tuhannya"

Rahsia-rahsia dari pengucapan ini hanya diberikan kepada mereka yang ada Makrifat. Dan berkaitan dengan Makrifat ini seorang guru Ahli Sufi Sheikh Ibni Atho'illah As-Kandari ada berkata tentang halnya iaitu  

Barangsiapa Makrifat (mengenal akan Haq Allah Taala), nescaya dipandangnya Allah dalam tiap-tiap sesuatu

yang mana pengertianya ialah "Barangsiapa mengenal ia akan haq Allah Taala, nescaya dipandangnya (musyahadahkan) akan Allah dalam tiap-tiap sesuatu di mana Allah yang berbuat dan yang memerintah".

Ini menunjukkan tujuan makrifat ini ialah untuk mentauhidkan Allah atau sebagai memaknakan pengucapan kalimah;  

Page 14: 1-Tanda amalan-makrifat

Jauh sekalilah benarnya orang-orang yang menafikan Ketuhanan Lain Selain dari Allah tapi masih melihat amal dan ilmunya dengan orang menafikan wujudnya "ghair" dan terlupa akan wujud dirinya.

Jauh sekalilah dari fahaman yang sebenarnya; orang yang Menafikan Ketuhanan tetapi masih besar kegoan(Keakuan) mereka dengan orang yang mengisbatkan Istiqna'(Terkaya)dan Iftikor(Berhajat) dalam Ketuhanan Allah.

Dan jauh lagi dari sampainya(WASIL lLALLAH) orang-orang yang hanya memerhatikan zhohir sesuatu.

Firman Allah dalam surah Yusof:106 bermaksud:

Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.

Mujahadah ialah permainan kanak-kanak, dan memerhatikan yang Allah ada di mana sahaja adalah perjuangan. Matinya diri itulah kesudahannya.

Pengajian Kitab Hikam pada hari Khamis (03.12.1998/14 Sya'ban 1419)

MAKRIFAT, FANA, MAHABBAH

Page 15: 1-Tanda amalan-makrifat

Berkata Sheikh Ibni Atho'illah As-Kandari  

Barangsiapa mengenal akan Haq Allah Taala, nescaya dipandangnya Allah dalam tiap-tiap sesuatu

Terjemahannya oleh Tok Pulau Manis Barangsiapa mengenal ia akan haq Allah Taala, nescaya dipandangnya (musyahadahkan) akan Allah dalam tiap-tiap sesuatu di mana Allah yang berbuat dan yang memerintah. Maka tidaklah jinak ia pada suatu dan tiadalah liar ia daripada sesuatu kerana telah FANA ia dengan Allah dan jauh daripada tiap-tiap sesuatu selain yang lain daripada Allah. Keterangan Suluk. Barangsiapa mengenal ia akan haq Allah Taala, nescaya dipandangnya (musyahadahkan) akan Allah dalam tiap-tiap sesuatu di mana Allah yang berbuat dan yang memerintah. Mengenal akan haq Allah Taala seperti yang tercatat pada Matan di atas dimaksudkan kepada orang-orang yang mempunyai Makrifat. Antara makna Makrifat ialah boleh membezakan di antara yang Yang Haq dan yang Batil. Jadi seseorang yang diangerahkan Allah Taala dengan Nur MakrifatNya akan melihat segala sesuatu yang ada pada dirinya dan sekelilingnya sebagai Tajali atau penzhohiran pentadbiran(Tauhid Rububiyah) dan Keesaan (Tauhid Uluhiyah) Allah. Pandangannya pada sesuatu manifestasi menembusi kepada apa yang tersembunyi atau tersirat. Bukan sekadar menilik kepada apa yang zahir dan tersurat sahaja malah jiwa dan batinnya sentiasa tersyuhud kepada memandang akan perbuatan Allah(Af'aal Allah) dengan makna semua yang berlaku pada dirinya dan sekelilingnya adalah dengan Kehendak dan Kekuasaan Allah, tanpa sedikitnya campur tangan dirinya ,manusia atau makhluk Allah. Jiwa dan ruhnya sentiasa menghadap kepada Alam Malakut yang memperihalkan hikmat dan makna-makna sebenar apa yang berlaku di Alam Syuhadah ini. Malah kadang-kadang melewati Alam Jabarut dan Alam Laahut di mana dikenalnya akan sesuatu itu sebagai cermin untuk melihat Kamalat TuhanNya(Kesempurnaan Zat Allah). Maka tidaklah jinak ia pada suatu dan tiadalah liar ia daripada sesuatu kerana telah FANA ia dengan Allah dan jauh daripada tiap-tiap sesuatu selain yang lain daripada Allah. Nikmat dan bala/musibah adalah sama di sisi orang yang Muwahid (orang yang mentauhidkan Allah) ini. Bila mendapat sesuatu nikmat seperti harta yang melimpah atau mampu melakukan ibadat yang banyak dengan mudah, hatinya tidak jinak(cenderung) atau suka kepada nikmat itu. Biasanya seseorang yang kaya dengan harta, ilmu atau amalan akan senang hati dan melihat itu adalah kerana usaha dan kebijaksanaanya. Mereka akan suka dan berlapang dada dengan nikmat-nikmat ini. Tetapi orang yang kenal dengan Allah ini bukan senang atau berlapang dada dengan nikmat-nikmat itu sebaliknya mereka tetap teguh memandang bahawa itu adalah penzhohiran Allah tanpa sedikitpun memandang kepada usahanya atau bersenang hati dengannya. Demikian juga apabila ditimpa bala atau musibah seperti sakit, susah atau miskin. Hatinya tidak akan liar atau benci kepada kesakitan, kesusahan dan kemiskinan itu. Tiada keluhan, tiada pengaduan kepada manusia malah beliau akan menerimanya sama sahaja seperti kedatangan nikmat-nikmat seperti di atas. Memandang itu adalah qada yang ditetapkan padanya dari azali lagi.

Page 16: 1-Tanda amalan-makrifat

Ini adalah kerana mereka telah tenggelam(fana) dalam lautan keesaan(Tauhid) di mana segala sesuatu selain daripada Allah itu akan hancur dan lebur bila dihadapkan kepada Keagungan dan Keesaan Allah. Mereka ini jauh sekali terpedaya dan tertipu dengan rupa yang zahir kerana mereka kenal akan rupa batin tiap-tiap sesuatu itu. Inilah antara sifat-sifat orang yang kenal dengan Allah.  

Dan barangsiapa telah fana dengan Allah, nescaya ghaiblah ia daripada tiap-tiap sesuatu

Pengertiannya Dan barangsiapa telah fana ia dengan Allah nescaya ghaiblah(tidak pandang selain daripada Allah) ia daripada tiap-tiap sesuatu. Maka tiada melihat ia akan maujud yang lainnya dan tiada yang mengadakan, melainkan Allah. Maka apabila telah memfanakan ia(Allah) akan engkau daripada engkau [iaitu diri sendiri telah hilang atau fana], maka mengekalkan ia(Allah) akan engkau denganNya(Baqa bilLah) Dan barangsiapa telah sodiq(benar) fananya, nescaya sodiqlah baqanya dan barangsiapa ada pada Allah binasanya(tenaga, masa dan wang yang digunakan untuk ibadat), nescaya atas Allah gantinya. Keterangan Suluk Di dalam Kitab Arrisalah al-Qusyairiah disebutkan erti fana itu ialah; "Lenyapnya sifat-sifat basyariah(pancaindera)""Maka sesiapa yang telah diliputi Hakikat Ketuhanan sehingga tiada lagi melihat daripada Alam baharu, Alam rupa dan Alam wujud ini, maka dikatakanlah ia telah fana dari Alam Cipta. Fana bererti hilangnya sifat-sifat buruk (maksiat lahir dan maksiat batin) dan kekalnya sifat-sifat terpuji(mahmudah). Bahawa fana itu ialah lenyapnya segala-galanya, lenyap af'alnya/perbuatannya(fana fil af'al), lenyap sifatnya(fana fis-sifat), lenyap dirinya(fana fiz-Zat)". Keadaan orang yang fana ini boleh dilihat dari penerangan Abu Yazid Al-Busthomi; Apabila Allah memfanakan saya dan membawa saya baqa denganNya dan membuka hijab yang mendinding saya dengan Dia, maka saya pun dapat memandangNya dan ketika itu hancur leburlah pancainderaku dan tidak dapat berkata apa-apa. Hijab diriku tersingkap dan saya berada di keadaan itu beberapa lama tanpa pertolongan sebarang panca indera. Kemudian Allah kurniakan saya mata Ketuhanan dan telinga Ketuhanan dan saya dapat dapati segala-galanya adalah di dalam Dia juga." Orang yang sentiasa melihat dan memandang perbuatan Allah akan dianugerahkan fana sebagai peningkatan maqam kepadanya.  

Dan barangsiapa kasih akan Allah, nescaya tiada melebihkan sesuatu yang lainTerjemahannya oleh Tok Pulau Manis

Dan barangsiapa mengasih akan Allah, nescaya tiada melebihkan(mengutamakan) atas Allah suatu daripada segala kehendak dan segala syahwatnya (keinginannya) Keterangan Suluk. Sheikh Junaid Al-Bagdadi pernah berkata tentang fana dan mahabbah ini dengan kata-katanya;

Page 17: 1-Tanda amalan-makrifat

"Seorang itu tidak akan mencapai Cinta kepada Allah(mahabbah) hingga dia memfanakan dirinya. Percakapan orang-orang yang cinta kepada Allah itu pandangan orang-orang biasa adalah dongeng sahaja." Jadi setelah melalui Makrifat(Kenal Allah), dan seterusnya Fana barulah seseorang itu boleh memanjat kepada Maqam yang tertinggi di dalam perjalanannya menuju kepada Allah. Tanda atau sifat-sifat orang yang kasih kepada Allah ini ialah mereka akan sentiasa mengutamakan keredhoan Allah melebihi kehendak dirinya dan manusia lain. Biasanya orang yang telah mengalami FANA akan mampu berbuat begini kerana mereka telah terlepas daripada runtunan hawa nafsu dan rantai syahwat. Contoh orang yang mahabbah ini ialah apabila berdempak(bertembung) dua perkara/pilihan yang wajib dalam satu masa maka akan ditilik manakah yang lebih disukainnya. Maka akan dipilih apa yang tidak sukainya dengan meninggalkan apa yang yang disukai. Ini adalah kerana biasanya yang disukai itu datangnya dari kehendak nafsunya. Contoh orang yang berjaya mencapai maqam Mahabbah ini ialah Wali Allah Rabiatul Adawiyyah yang hidup sezaman dengan Abu Hassan Al-Basri. Dan inilah (kenal Allah, Fana, Mahabbah) yang telah disebutkan oleh pengarang sebagai alamat sampai kepada segala Maqam yang tinggi dan dengannya akan Sah dan sempurna Haq Ubudiyah dan Haq Uluhiyah (Ketuhanan). Maka barangsiapa tiada mendapat akan dia (kenal Allah, Fana, Mahabbah) maka sebaiknya JANGAN mendakwa(mengaku) segala Maqaamat itu dan hendaklah mengamalkan ia atas mujahadah dirinya pada barang yang mengesahkan akan dia(kenal Allah, Fana, Mahabbah)dan menyempurnakan dia(kenal Allah, Fana, Mahabbah) Ulasan Suluk Antara makna Tasauf ialah meninggalkan dakwa. Untuk itu bagi kita orang-orang yang masih bertatih dan merangkak dengan ilmu ini janganlah mengaku dan mendakwa bahawa kita mengamalkan ilmu tasauf apatah lagi mendakwa kita telah berada di dalam maqam-maqam yang tertentu sebelum mahir dan arif dengan ilmu ini serta beramal dengan adab-adabnya. Banyaklah melakukan riadah dan mujahadah jiwa melalui memperbanyakkan belajar ilmu agama, amalan-amalan sunat dan membuat kebajikan.kepada yang memerlukan. Betulkan hala tuju kita yang semata-mata untuk melaksanakan Haq Kehambaan seperti yang dituntut di atas kehidupan kita yang sementara ini. Ingatlah akan pesanan seorang Wali Qutub Ibnu Madyan yang pernah berkata; "Barangsiapa tahqiq dengan Maqam Ubudiyah akan dapat melihat bahawa menilik akan amal itu Riya' menilik halnya itu ain dakwa dan menilik perkataannya itu ain dusta."

Ulangan Pengajian Kitab Hikam pada hari Khamis (02.09.1999/20 Jamadil Awal 1420) Kali terakhir  menadah Kitab Hikam pada hari Khamis (09.12.1998/14 Sya'ban 1419)

Page 18: 1-Tanda amalan-makrifat

Mengenal Erti Sahabat SejatiPengertian Kalam Hikmat Sheikh Ibni Atho'illah As-Kandari oleh Mushonnif(Pengarang)  

Jangan engkau bersahabat dengan orang yang tiada mendirikan akan dikau halnya dan tiada menunjuk akan dikau atas Allah perkataannya; dan bersahabat engkau dengan orang yang ada ia dengan lawannya demikian itu; iaitu orang yang tiada mengetahui ia melainkan Tuhannya dan tiada menunjuk ia melainkan atas suatu yang ubudiyah.

Keterangan Dari Suluk Seorang hamba Allah yang tujuan hatinya untuk sampai kepada Allah(Salik) di dalam menjalani kehidupan dunianya ditegah dan dilarang untuk berkawan atau bersahabat dengan golongan manusia yang hal/peribadi dan kelakuannya tidak banyak membantu dalam perjalanan si Salik menuju kepada Yang Haq. Demikian jugalah dilarang sama sekali bersahabat dengan golongan yang percakapannya semata-mata untuk kepentingan dunia tanpa ada pengajaran dan iktibar yang boleh mendekatkan Si Salik kepada akhirat atau Allah. Dua golongan manusia ini adalah kebanyakan manusia(awam) atau orang alim yang ahli dunia. Tindak-tanduk dan perkataannya hanya berkisar kepada kesenangan, kemewahan, keangkuhan atau sekurang-kurangnya cenderung kepada yang lalai dan jauh daripada beribadat dan mengingati Allah. Sebaliknya si Salik itu hendaklah berkawan,bergaul, berurusan dan bersahabat dengan mereka yang sibuk dalam mengesahkan dan menyempurnakan amal ibadatnya mengikut yang disyariatkan oleh Allah Taala. Mereka ini sentiasa berusaha untuk memperbaiki dan memperelokkan syariatnya dengan cara menuntut ilmu atau mengajar ilmu akhirat, beramal beribadat, meninggalkan segala perbuatan yang sia-sia dan lalai. Hati mereka selalu memperhitungkan keredaan Allah dalam setiap urusan dan tindak-tanduknya. Dari kejernihan hati ini terpancarlah pada peribadi dan kelakuannya sifat-sifat yang mulia dan ikhlas yang akan melimpahkan kesannya kepada sesiapa yang mendampinginya dengan hakikat dan kediaman ubudiyah. Pengucapan dan ideanya akan menjadi petunjuk dan pembimbing kepada sesiapa yang hampir dengannya. Manusia beginilah yang mesti dipilih sebarang seorang sahabat. Berkata lagi Muallif Kitab Hikam  

Adalah hemahnya takluk kepada Allah Taala terangkat daripada segala makhluk tiada minta tolong dalam segala hajatnya melainkan kepada Allah Taala dan tiada tawakkal dalam segala pekerjaan melainkan atas Allah Taala dan sesungguhnya telah gugurlah manusia daripada matanya. Maka tiada memandang ia baginya perbuatan dan tiada menghendaki ia bahagian nafsunya dan adalah dalam segala amalnya berlaku atas yang dikehendaki syarak daripada tiada taksir dan inilah sifat orang yang Arif dan orang yang Muwahid.

Keterangan Dari Suluk

Page 19: 1-Tanda amalan-makrifat

Diperjelaskan lagi ciri-ciri seorang sahabat yang diperlukan oleh seorang Salik di mana dengannya dapat dikenal sifat-sifat dan jiwa seorang Arif-Billah(iaitu mereka yang kenal dengan sebenar-benar kenal dengan Allah) yang juga seorang yang Muwahid yakni orang yang Mentauhidkan Allah dalam AfaalNya , AsmaNya, SifatNya dan ZatNya. Hemah atau azam serta semangatnya hanya tertuju kepada Allah semata-mata. Padanya semua makhluk adalah lemah dan dhoif walaupun ianya seorang berpangkat, berkuasa waima presiden atau raja. Mereka tidak pernah merayu, mengadu dan meminta pertolongan untuk sebarang hajatnya kepada sesiapa kerana telah diketahui dan dikenal bahawa manusia ini semuanya ditadbir oleh Allah. Tiada mampu memberi sebarang kesan. Mereka semua adalah sama sepertinya bersifat dengan lemah, fakir, dhoif, hina malah tidak wujud sama sekali sebarang kesan perbuatan mereka kepada penghidupan ini. Sebab itulah orang Arif ini hanya menyerahkan segala urusannya secara bertawakkal kepada Allah dengan tidak memandang kepada amal, usaha,tadbir dan ikhtiarnya. Segala perbuatan dan perkataannya bukanlah didorongkan oleh nafsu syahwat dan keinginan keduniaan. Tindak tanduknya berlandaskan ilmu syariat Allah yang yakin tanpa campur tangan fikirannya. Dengan itu mereka tidak pernah taksir walau dalam apa jua keadaan. Ini adalah kerana mereka sentiasa berada pada kediaman Ubudiyah disamping hati dan jiwanya mereka sentiasa tenggelam dalam lautan musyahadah dengan Allah dan Allah sentiasa memperelokkan adab syariatnya, thorikatnya dan hakikatnya. Inilah petunjuk, inilah ciri-ciri dan inilah sifat-sifat yang perlu dilihat oleh si Muslim dalam mencari dan memilih seorang Sahabat. Bukannya yang semata-mata kaya, berpengaruh tetapi jahil dengan Makrifatul Lah. Jahil tentang Hak Ubudiyah dan Hak Ketuhanan. Berkata Sayyidi Abdul Salam RA. Barangsiapa menunjuk ia akan dikau atas dunia[hal keperluan duniawi semata-mata], maka sesunguhnya adalah ia memberi kejahatan akan dikau; dan barangsiapa menunjuk akan dikau atas amal (ibadat untuk akhirat dan sampai kepada Allah) maka sanya itu adalah anugerah kebajikan yang Allah berikan kepada engkau; dan barangsiapa yang menunjuk akan dikau atas Allah (ilmu-ilmu yang menghampirkan faham kepada makrifat dengan Allah) maka adalah ia memberi nasihat kepada engkau.

Keterangan Suluk. Perhatikan hal sahabat kita. Sekiranya tindak-tanduk serta cita-citanya semata-mata keduniaan maka larilah daripada sahabat yang ahli dunia itu kerana bersahabat dengannya akan menjatuhkan berbagai-bagai musibah dan kesusahan kepadamu(dalam erti kata payah untuk memasuki perjalanan menuju kepada Allah). Untuk senang dunia dan menumpang kebolehan,  kedudukan, atau kekayaan mereka tentu sahaja boleh;   dan jika engkau senang bersahabat dengan mereka yang lalai dengan perihal untuk memajukan diri dalam bidang keruhanian,  percayalah engkau adalah sama seperti mereka yang tertambat dengan "Hubbul Dunia" (kasih pada dunia hingga lalai kepada akhirat).  Ketahuilah, sekiranya Allah ingin menganugerahkan kebajikan yang "melimpah" kepada engkau maka akan ditemukan engkau dengan seorang sahabat yang "fakeh lagi sufiah"(yang alim dengan ilmu syariat dan mengamalkan ilmu mengikut thoriq  yang menjejaki hakikat).  Sahabatmu ini sentiasa sudi berkongsikan amal dan ilmunya dengan petunjuk-petunjuk yang benar dan jelas. Syariatnya teguh dan mantap dengan ilmu fekah, Thorik Rasulullah, para sahabat, para Aulia, dan Sholihan yang menjadi ikutannya manakala hakikatnya sentiasa memandang(tersyuhud) pada Keagungan dan Keesaan Allah. Dengan sahabat ini nanti, kamu akan banyak mendapat nasihat dan petunjuk yang lurus.

Page 20: 1-Tanda amalan-makrifat

Kata Abu Hassan RA; Jangan engkau bersahabat dengan orang yang melebihkan akan dikau atasmu. Maka yang demikian itu terlebih sangat jahat dan jangan engkau bersahabat seorang yang melebihkan dikau atas dirinya. Maka yang demikian itu sedikitlah berkekalan dan bersahabatlah engkau dengan orang yang sebabnya menerangkan hati engkau dan musyahadahnya membuka segala yang ghaib.

Keterangan Suluk. Orang yang suka melebihkan dirinya daripada kamu adalah manusia yang dibungkus dengan sifat-sifat ego dan hipokrit. Mereka amat membahayakan hati dan jiwa kamu.  Demikian jugalah sseorang kenalan orang yang merendahkan dirinya dengan keterlaluan adalah manusia yang tidak ikhlas dan suka mengada-ngada. Jarang sekali hubungan anda kekal dengannya kerana sifat rendah dirinya itu adalah semata-mata dibuat-buat dan diada-adakan bukan kerana tawaduk kepada Allah. Akan sampai masanya beliau akan jemu atau memberontak apabila sesuatu  yang tersirat di hatinya tidak diperolehi dari engkau. Memang menjadi hukum alam sesuatu yang tidak haq/ikhlas akan hancur bila tiba waktunya. Sahabat yang perlu dicari ialah apabila bertemu dan berbicara dengannya cahaya mata hatimu akan sejuk bercahaya dengan cahaya akhirat dan makrifat. Pengucapannya adalah butir-butir pengajaran yang luar biasa, berhikmat serta menjejaki dasar syraiat,  thoriqat dan hakikat malah ianya berbeza dari yang lain kerana ia mengeluarkan dari sesuatu yang dilihat dan diambil dari alam ghaib yang hanya dapat ditembusi oleh hati yang bersih dan bermakrifat. Dan kata Syeikh Junaid Al-Bagdadi RA; Apabila dikehendaki oleh Allah pada seorang murid itu kebajikan(baik halnya) maka dijatuhkan bersahabat dengan seorang Sufiah dan ditegahkan bersahabat dengan segala orang yang riya.{buat sesuatu bukan kerana Allah tetapi untuk diri dan nafsunya)

Keterangan Suluk. Perhatikanlah sahabat yang ada di sekeliling anda. Perhatikan pula kata-kata berhikmat Penghulu Tasauf di atas. Anda akan dapat menilai diri anda. Adakah anda dalam kebajikan Allah atau sebaliknya ?. Lihatlah peribadi dan arah tuju sahabat anda. Di situ ada jawapannya. Di situ terlorong jalan antara jalan-jalan kebajikan yang ada.  Bersyukurlah sekiranya anda ditemukan dengan seorang sahabat yang hal-ahwalnya membimbing dan menunjukimu  ke arah jalan Allah kerana  engkau telah  dikurniakan kebajikan yang tidak terhingga. Kata setengah orang Sufiah; Jangan engkau bersahabat daripada manusia melainkan dengan; orang yang tidak bertambah kepadanya dengan kebajikan(mu) dan tiada kurang daripadanya dengan kejahatan(mu) supaya ada demikian itu bagimu dan engkau disisinya bersamaan.

Keterangan Suluk. Sahabat yang ingin diperihalkan oleh orang sufiah ini adalah seorang mukmin Sholeh yang padanya kebaikan dan kejahatan yang ada pada kita sama sekali tidak mempengaruhinya, malah sama sahaja baginya. Jika nampak ciri-ciri kebaikan yang ada pada kita, dipandangnya sebagai anugerah Allah kepada hambanya dan jika kita membuat sesuatu kesalahan atau dosa, maka dilihatnya sebagai satu iktibar kepadanya.{Pandangannya hanya terarah kepada Fi'li Allah}. Kasih sayangnya tetap bersamaan walaupun kita bersifat baik

Page 21: 1-Tanda amalan-makrifat

atau melakukan banyak kesalahan. Sifat inilah yang akan mendidikmu untuk menjadi sepertinya {Ada nur yang menumpahkan cahayanya kepada kita}. Inilah sahabat yang sejati dari golongan mereka yang diberikan cahaya makrifat yang hanya memandang sesuatu itu dari Allah, dengan Allah, kepada Allah dan kerana Allah. Dan kata Abu Tholib Al-Makki RA; Adalah segala Thoifah( kaum) daripada orang-orang Sufiah itu tiada mengasih(bersahabat) mereka itu melainkan atas orang (yang ada) empat perkara iaitu;Tiada memberat setengahnya atas setengahnya (sama tengah) iaitu; jikalau memakan sahabatnya sepanjang siang maka tiada berkata sahabat itu kepadanya 'puasalah engkau'. Dan; jikalau puasa sahabat ia sepanjang masa maka tiada berkata sahabat itu kepadanya 'berbukalah engkau'. Dan; jikalau tidur sepanjang malam maka tiada berkata sahabat itu baginya 'berjagalah engkau'. Dan; jikalau sembahyang sepanjang malam maka tiada berkata sahabat itu 'tidurlah engkau akan setengahnya'(malam). Dan bersamaan segala ahwal(hal atau fiil/kelakuan)sahabat itu kepadanya. Tiada bertambah kerana puasanya dan sembahyangnya dan tiada kurang kerana berbukanya dan tidurnya Dan berkata mereka itu lagi; Apabila bertambah kepadanya sebab amal(yang engkau kerjakan) dan kurang sebab (engkau) meninggalkan amal; maka bercerai(berpisah dengan  mereka itu) itu terlebih memberi sejahtera bagi agamanya.(engkau) Dan inilah kebajikan yang berhimpun dalam bersahabat dengan saudara yang Sholeh dan Syeikh(Guru) yang memberi nasihat dan menegahkan akan dikau bersahabat dengan segala orang yang jahat dan segala orang yang ahli ghoflah(lalai) iaitu mereka yang terlebih jahat hal daripadamu.

Keterangan Suluk. Sahabat itu ialah seorang yang menunjuki bukan seorang yang meneliti hal engkau. Carilah seorang sahabat yang peribadinya dan ilmunya lebih baik darimu; yang faham tentang; hakikat syariat hakikat thoriqat dan hakikat makrifat; dan Larilah dari kawan; yang jahil(tiada makrifat) jahil tentang makrifat syariat; jahil tentang makrifat thoriqat dan; jahil tentang makrifat hakikat; yang menjadikan nafsu sebagai ikutannya dan cara hidupnya.

http://www.angelfire.com/journal/suluk/sahabat.html