ﭯ ﭮ ﭭ ﭬ ﭫ ﭪ ﭩ ﭨ ﭧ ﭦ ﭥ ﭤ - islam.gov.my · mensyariatkan ibadah haji di...
TRANSCRIPT
1
“IBADAH HAJI MENYATUKAN UMMAH” (10 Ogos 2018M / 28 Zulkaedah 1439H)
.
﴾ٿ ٿ ٹ ٹ ٹ ٹ ڤ ڤ ڤ ڤ ڦ ڦ ﴿
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,
Saya menyeru agar kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kepada
Allah dengan mentaati segala perintah dan meninggalkan segala larangan-
Nya. Marilah kita memperbanyakkan amal soleh dan berusaha memperbaiki diri
pada setiap detik dan masa sebelum ajal yang telah ditetapkan oleh Allah
datang menjemput kita. Khutbah hari ini akan membincangkan tajuk: “Ibadah
Haji Menyatukan Ummah”.
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH ,
Allah telah memerintahkan umat Islam yang berkemampuan
menyempurnakan ibadah fardu haji yang merupakan rukun Islam ke-5. Bermakna
individu tersebut telah lengkap sudah ketaatannya kepada pencipta-Nya. Istilah
dhuyufurrahman atau tetamu Allah yang dikasihi meletakkan umat Islam
yang berkunjung ke Baitullah al-Haram merupakan pengiktirafan Allah yang
2
besar kepada hamba-hamba-Nya. Bayangkan jika kita sendiri menerima tetamu
yang berkunjung ke rumah kita, sudah tentu kita melayani sebaik mungkin agar
gembira dengan sambutan kita. Begitu juga Allah melayani kalangan hamba-
Nya yang terpilih dengan ganjaran pahala yang besar. Rasulullah bersabda
sebagaimana diriwayatkan oleh imam al-Baihaqi:
Maksudnya: “Orang-orang yang mengerjakan ibadah haji dan ‘umrah adalah
tetamu Allah, Allah SWT memberi kepada mereka apa yang mereka minta dan Dia
mengkabulkan semua doa mereka; kemudian Dia akan menggantikan semua harta
yang mereka belanjakan satu dirham menjadi sejuta dirham.”
Menurut kitab Syarah Mukhtaarul Ahaadith () karangan
Sayyid Ahmad al-Hasyimi, orang yang mengerjakan ibadah haji dan umrah sama
sahaja dengan bertamu kepada Allah . Barangsiapa yang mengerjakannya dari
hasil yang halal, maka Allah akan memberinya apa yang dia minta dan
memperkenankan doanya serta menggantikan wang yang telah dibelanjakannya
untuk ibadah itu dengan lipatan yang tidak terhingga.
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH ,
Ajaran Islam yang utama atas dasar penyatuan ummah menyeru kita agar
bersatu dan berbuat baik sesama muslimin. Sebagaimana perhimpunan mingguan
umat Islam pada hari Jumaat, begitulah juga di peringkat dunia ini, Allah
mensyariatkan ibadah haji di Baitullah al-Haram sebagai perhimpunan tahunan.
. ﴿ ﴾
3
Berkunjung atas satu matlamat mentauhidkan Allah dengan pengorbanan
yang cukup besar sama ada berbentuk tenaga, masa dan wang ringgit.
Ketetapan Allah SWT mensyaratkan Wuquf di ‘Arafah sebagai rukun haji
sudah pasti membawa hikmah penyatuan ummah dan sebagai lambang kekuatan
Islam dengan pakaian ihram serba putih tidak mengira pangkat, darjat, keturunan,
bahasa dan warna kulit. Mereka datang dari serata pelosok dunia bersatu dengan
berpayungkan langit bagi menghayati hakikat ukhuwwah Islamiah. Wukuf
merupakan rukun utama dan ibadah terpenting dalam pelaksanaan haji. Seseorang
itu tidak sah hajinya sekiranya tidak berwuquf di Arafah. Mereka yang telah
berihram sekalipun dalam keadaan sakit masih dituntut untuk berwuquf bagi
menyempurnakan hajinya. Rasulullah bersabda sebagaimana yang diriwayatkan
oleh imam al-Tirmizi:
Maksudnya: “Haji adalah Arafah”.
Bumi ‘Arafah telah menyaksikan khutbah Nabi disampaikan dengan penuh
peringatan sehingga ia dianggap sebagai khutbah al-Wada’ yang telah meruntun
jiwa para sahabat sebagai penyaksian sempurnanya Risalah ar-Rasul lalu Allah
menurunkan ayat yang masyhur sebagaimana firman Allah dalam surah
al-Maidah ayat 3:
چ چ چ چ ڇ ڇ ڇ ڇ ڍ ڍ ڌ ڌ
Maksudnya: “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan
Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu
menjadi agama untuk kamu...”
4
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH ,
Mengimbas kembali sejarah tersebut, Baginda berkhutbah dengan penuh
kesungguhan dan memohon seluruh yang mendengar dengan teliti sambil
mengangkat jari telunjuknya ke langit dan seterusnya menunjuk kepada khalayak
ramai sambil mengucapkan هم اشهد" ل,ال هم اشهدلهم اشهد, اللال " yang bererti Ya Allah
saksikanlah, saksikanlah, saksikanlah!” Antara isi kandungan khutbah tersebut
dengan tegas baginda menyatakan kesatuan kewajipan memelihara persaudaraan
dan perpaduan sesama Islam.
“Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai
suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.
Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang
berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti
kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan
Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah SWT telah
mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan
mulai sekarang.”
“Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,
sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan,
dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah
ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah
saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun
yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.”
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH ,
Jemaah haji di kota suci sekarang semuanya memiliki persamaan. Masing-
masing menghadap ke arah kiblat yang satu untuk mendampingi Allah
5
mengharapkan ibadah di sana dan sepanjang hidup diterima Allah . Justeru,
perhimpunan jutaan manusia terpilih ini menyatukan hati-hati umat Islam agar
merasakan kehambaan, kerendahan jiwa dan kehinaan diri di sisi Allah .
Malahan ia juga menjadi detik istimewa melakari sejarah dalam kehidupan
seseorang. Ini sebagai gambaran kepada peristiwa yang pasti berlaku yang disebut
sebagai hari pembalasan ataupun hari perhitungan segala amalan sepanjang di
dunia ini.
Mengakhiri khutbah pada hari ini, khatib ingin mengingatkan kepada sidang
Jumaat sekalian beberapa intipati penting yang perlu diberi perhatian:
Pertama: Asas utama ajaran Islam ialah bersatu padu dengan akidah yang satu.
Kedua : Ibadah Haji merupakan manifestasi penyatuan ummah dan semangat
ukhwah Islamiah.
Ketiga : Penyatuan umat merupakan nikmat yang terindah sebagai Rahmatan
lilAlamin .
ڃ ڃ ڃ چ چ
ک ک ک ک گ گ گڎ ڈ ڈ ژ ژ ڑ ڑ
ڳ ڳ ڳ ڳ ڱ ڱ ڱ ڱ ں ں ڻ ڻ ڻ
ڻ ۀ ۀ ہ ہ ہ ہ ھ
Maksudnya:. ”Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan Ibadat Haji,
nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan
dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai
jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara
Yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut
nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka
dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian
makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan
kepada orang yang susah, yang fakir miskin.” (Surah al-Haj: 27-28)
8
Ya Allah, kami memohon agar dengan rahmat dan perlindungan Mu, negara kami
ini dan seluruh rakyatnya dikekalkan dalam keamanan dan kesejahteraan.
Tanamkanlah rasa kasih sayang dan kekalkanlah perpaduan di kalangan kami.
Semoga dengannya kami sentiasa hidup aman damai, sejahtera dan selamat
sepanjang zaman.