القواعد الفقهية.docx

48
ة ي ه ق ف ل ا واعد ف ل ا1. Takrif : دة اع ق ل د ا اع ق ل ع ا م ج د واع ف لا, iaitu asas bagi rumah atau sesuatu. Firman Allah : ل ي ع ما س وا ت ي! لب ا$ ن م واعد ف ل م ا ي هرا ب ع ا فر ب ذ وا Istilah : دة اع ق ل اbererti ketetapan umum yang termasuk dibawahnya kebanyakkan furu’nya ات ي0 ئ ز ج) ( seperti perkataan mereka : / ور م0 الأ اصدها ق م ب= ك? ش ل ا ال ب ر ب لأ$ ن ي ق ي ل ا Dalam istilah undang-undang disebut “prinsip”. ة ي ه ق ف ل د ا واع ف ل اbererti prinsip-prinsip hukum fiqh yang berbentuk umum ( ي كل لا) yang dibentuk melalui nas-nas peraturan mencakupi masalah-masalah hukum syarak yang umum yang termasuk di bawah tajuknya. 2. وع ض و م ة ي ه ق ف ل واعد ا ف ل ا$ ن ل0 و س ر ف و ت0 اadalah amalan / perbuatan mukalaf Manakala objektifnya ialah hukum syarak seperti ور م0 الأ اصدها ق م ب3. Faedah dan kepentingan dalam usul syariah dan hukum-hukum fiqh Islam tidak dapat dinafikan kerana dengannya : Page | 1

Upload: radieopascal

Post on 09-Nov-2015

272 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

1. Takrif : , iaitu asas bagi rumah atau sesuatu. Firman Allah : Istilah : bererti ketetapan umum yang termasuk dibawahnya kebanyakkan furunya ) ( seperti perkataan mereka : / Dalam istilah undang-undang disebut prinsip. bererti prinsip-prinsip hukum fiqh yang berbentuk umum () yang dibentuk melalui nas-nas peraturan mencakupi masalah-masalah hukum syarak yang umum yang termasuk di bawah tajuknya.

2. adalah amalan / perbuatan mukalaf Manakala objektifnya ialah hukum syarak seperti

3. Faedah dan kepentingan dalam usul syariah dan hukum-hukum fiqh Islam tidak dapat dinafikan kerana dengannya : Dapat ditentukan hukum bagi sesuatu masalah furu yang tidak ada ketetapan hukum Membantu ulamak,qadi dan mufti dalam memberi fatwa Melaluinya dapat memahami serta mendalami hukum-hukum syarak dan hikmatnya dengan kaedah-kaedah ringkas tetapi menyeluruh. menjadi amat berguna dan teristimewa kerana kaedahnya ringkas tetapi mempunyai pengertian yang luas, mencakupi furu juziyyat. Justeru itu, kaedah dan hukumnya tidak boleh diqiyaskan. Terdapat masalah-masalah furu yang dikecualikan daripada kaedah umum.

1. (semua amalan berdasarkan niat)

MAKSUDKaedah ini ialah segala amalan yang dilakukan oleh manusia berdasarkan niatnya. Niatlah yang menjadi pengukuran dan perkiraan syarak, samada ianya halal atau haram, diberikan pahala atau dosa, bukan hasil baik atau buruk daripada sesuatu amalan itu. Niatlah yang menentukan hukum bagi sesuatu amalan dan tindakan seseorang. Mana-mana amalan Syarak yang tidak disertai niat, ianya tidak ada apa-apa nilai di sisi Syarak. Ianya gugur dan tidak diambil kira.

ASAL ATAU DALIL BAGI KAEDAH [Sesungguhnya setiap amalan itu dikira berdasarkan niat dan seseorang itu memperoleh balasa mengikut apa yang diniatkan] [Tidak ada amalan bagi orang yang tidak mempunyai niat] [Niat orang yang beriman lebih baik daripada amalanyya] [Sesungguhnya kamu tidak akan mengeluarkan sesuatu perbelanjaan menuntut keredaan Allah melainkan kamu mendapat ganjaran pahala hingga benda yang kamu suapkan ke dalam mulut isteri kamu] [Manusia akan dibangkitkan mengikut niat mereka]MASALAH YANG MENGGUNAKAN KAEDAH INIAl-Syafie berkata : hadith niat digunakan dalam 70 bahagian (hukum)Al-Suyuti berkata : secara umumnya kaedah ini digunakan dalam daripada ibadat secara langkap. seperti masalah wuduk, mandi wajib + sunat, masalah menyapu khuff, tayammum, menyuci najis, masalah sembahyang seperti solat jamak + qasar, menjadi imam + makmum, sujud tilawah +sujud syukur, masalah khutbah Jumaat, mununaikan zakat dll.Kaedah ini juga digunakan dalam masalah uqud (perjanjian/kontrak) seperti jual beli, hibah, wakaf, wasiat, khulu, ruju, ila zihar , sumpah dan aman. Termasuk juga masalah qisas seperti untuk membezakan antara pembunuhan secara sengaja dan pembunuhan kerana tersalah.Imam-imam mazhab sangat memandang tinggi kepada hadith niat. Abu Ubaydah berkata : tidak ada dari apa yang diterima daripada Nabi lebih penting dan lebih berharga dari niat.Imam Ahmad Ibn Hanbal, Ibn Mahdi, Ibn al-Madini, Abu Daud dan al-Daruqtani sepakat mengatakan hadith niat mencakupi 1/3 ilmu pengetahuan.Al-Bayhaqi menjelaskan mengapa hadith niat mencakupi 1/3 ilmu pengetahuan, kerana perbuatan atau perkara yang diperoleh manusia melalui salah satu daripada 3 cara, melalui hati, lidah dan anggotanya. Niat adalah amalan hati, alat yang paling penting dan mustahak kepada manusia.Imam Ahmad ibn Hanbal menghuraikan maksud hadith niat mencakupi 1/3 ilmu pengetahuan bahawa niat salah satu daripada 3 prinsip yang menjadi rujukan segala hukum kerana prinsip Islam dibina di atas 3 hadith : ... ....Berdasarkan kepada hadith-hadith di atas dan pendapat ulamak mengenai niat jelaslah menunjukkan betapa penting dan mustahak niat dalam menentukan sesuatu hukum bagi sesuatu amalan manusia.

TUJUAN NIAT(1) Untuk membezakan antara ibadat dan adat(a) Contohnya mandi : Kadang kala kita mandi bertujuan membersihkan badan daripada kekotoran atau menyejukkan badan atau sudah menjadi adat setiap pagi kita mandi dan ada kalanya kita mandi kerana mengangkat hadas besar. Dilihat kepada perbuatan mandi, sama sahaja tidak ada perbezaannya. Justeru itu, membezakan antara mandi kerana menyejukkan badan dan mandi kerana mengangkat hadas besar memerlukan niat. Maka niat dapat membezakan antara adat dan ibadat. Adat tidak diberi pahala manakala ibadat dapat pahala.(b) Contoh kedua: Berada di dalam masjid kerana berehat atau menunggu kawan tidak diberi pahala, tetapi jika berada di dalam masjid dengan iktikaf beroleh pahala. Memberi wang kepada seseorang kerana adat atau mencari nama tidak diberi pahala, tetapi jika dengan niat kerana Allah dan menghampiri diri kepadaNya ia diberi pahala. Menyembelih binatang mungkin untuk dimakan dagingnya dan mungkin untuk bertaqarub (menghampirkan diri) kepada Allah. Tidak makan dan minum mungkin kerana tidak ada selera makan dan mungkin kerana berpuasa, yang membezakan keduanya ialah niat. Dengan ini jelas bahawa niat dapat membezakan antara adat dan ibadat.

(2) Untuk membezakan antara satu ibadat dengan ibadat yang lainwuduk, mandi, sembahyang, bersedekah, puasa dll. Mungkin hanya dilakukan keran sunat atau kerana nazar. Begitu juga tayammum, mungkin hanya dilakukan kerana mengangkat hadath kecil atau hadath besar. Seseorang menyembelih binatang yang mungkin kerana menunaikan sunat korban dan mungkin kerana menunaikan nazar. Lihat dari sudut perbuatan lahiriyyah tidak ada apa-apa perbezaan, tetapi ianya berbeza dengan adanya niat sewaktu melakukan amalan tersebut.

(3) Untuk membezakan darjah pahala +ganjaran di sisi AllahSeseorang melakukan amalan dengan niat ikhlas kerana Allah, ia akan memperoleh pahala yang banyak daripada Allah. Semakin tinggi keikhlasannya semakin banyak pahala dan ganjaran daripada Allah kerana Allah menilai sesuatu amalan itu bukan berdasarkan kepada banyak atau sedikit amalannya yang dilakukan atau berdasarkan jumlah dan kuantiti, tetapi berdasarkan niat dan keikhlasan seseorang. Firman Allah : . ,

Maksud : Maha Suci Allah Yang di Tangan Nya segala kerajaan dan ia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Yang menjadikan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah antara kamu yang lebih baik amalannya dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.

AMALAN YANG TIDAK MEMERLUKAN NIATWalaupun amalan dikira berdasarkan niat, namun terdapat beberapa amalan yang tidak memerlukan niat seperti niat yang tidak mungkin menjadi adat seperti percaya + beriman kepada Allah, kepada hari Akhirat, membaca al-Quran, berzikir dsb kerana perbuatan tersebut telah pun berbeza daripada perbuatan-perbuatan lain. Niat diwajibkan jika seseorang itu bernazar membaca Al-Quran. Ini bertujuan membezakan antara sunat dan fardu (nazar).Niat juga tidak diperlukan untuk meninggalkan perbuatan yang dilarang, seperti meninggalkan zina, minum arak, berjudi, mencuri , membunuh dan seumpamanya kerana tujuan daripada perintah meninggalkan perbuatan tersebut telah terhasil dan tercapai tanpa dikombinasikan dengan niat.WAKTU NIATPada asalnya niat hendaklah dilakukan pada permulaan sesuatu amalan ibadat yang hendak dilakukan. Walaupun begitu terdapat beberapa amalan yang harus didahulukan niat seperti :- Harus niat puasa sebelum menjelang fajar, sedangkan ibadat puasa hanya bermula sewaktu menjelannya fajar, tetapi disebabkan kesukaran untuk menunggu masa menjelangnya fajar, maka niat boleh didahulukan. Harus niat mengeluarkan zakat sebelum zakat dikeluarkan kerana kesukaran. Hukum ini diqiyaskan dengan puasa. Demikian mengikut pendapat yang asah dalam mazhab Syafie. Tetapi mengikut satu pendapat lain, tidak harus didahulukan niat, malah wajib diniatkan sewaktu mengeluarkan zakat. Hukum ini diqiyaskan kepada sembahyang.

SYARAT-SYARAT NIATSesuatu amalan itu menjadi ibadat jika disertakan niat. Namun demikian, tidaklah semua amalan dikira ibadat walaupun disertakan niat. Justeru itu, terdapat beberapa syarat niat, seperti berikut:- Islam : Tidak sah ibadat daripada orang kafir kerana mereka buka ahli ibadat. Namun terdapat beberapa masalah dikecualikan daripada syarat ini. Antaranya perempuan kitabiyyah yang menjadi isteri lelaki muslim. Sah mandi haid untuk menghalalkan dirinya kepada suaminya. Hukum ini tiada khilaf di kalangan ulamak. Orang murtad mengeluarkan zakat, hukumnya sah dan memadai. Mumayyiz : kanak-kanak yang belum mumayyiz dan orang gila tidak sah ibadatnya. Mengetahui perkara yang diniatkan : Sesiapa yang tidak tahu kefarduan wuduk atau sembahyang , tidak sah jika dilakukannya. Sama juga jika ia hanya mengetahui sebahagian sembahyang itu fardu, tetapi tidak mengetahui kefarduan sembahyang yang diwajibkan ke atasnya. Jika ia mengetahui kefarduannya tetapi tidak mengetahui rukun-rukunnya. Dalam situasi ini jika ia mengiktikadkan semuanya sunat atau sebahagiannya sunat dan sebahagiannya fardu, sedangkan ia tidak dapat membezakan antara kedua-duanya, maka hukum sembahyangnya tidak sah. Tidak melakukan perkara yang boleh merosakkan niat / ibadahnya. Sekiranya seseorang menjadi murtad sewaktu ia sedang sembahyang, berpuasa atau sedang mengerjakan haji, maka terbatallah ibadatnya.

BEBERAPA KAEDAH YANG DIBINA BERDASARKAN KAEDAH Niat dalam sumpah boleh mentakhsiskan perkataan yang umum Contoh : (a) Seorang bersumpah dengan kata : Wa Allahi aku tidak akan bercakap dengan sesiapa pun. sedangkan ia bermaksud (niat) orang itu adalah Zaid. Maka sumpahnya khas untuk Zaid sahaja, haram ia bercakap dengan Zaid sahaja.(b) Seorang bersumpah dengan kata : Wa Allahi aku tidak akan makan daging. Sedangkan ia bermaksud (niat) daging kambing. Maka haram ke atasnya makan daging kambing sahaja, daging binatang lain boleh di makan.

Tujuan lafaz mengikut niat orang yang melafazkannya Contoh :(a) Seorang suami berkata kepada isterinya : Engkau dicerai, dicerai, dicerai, dengan niat permulaan atau lafaz yang kedua menguatkan lafaz pertama atau lafaz ketiga menguatkan lafaz pertama. Dalam masalah ini, hukumnya tercerai dua. Sekiranya tidak diniatkan, ada 2 pendapat ulamak. Pendapat yang asah tercerai tiga.(b) Seorang yang berhadas besar memasukkan tangannya ke dalam bekas air sesudah niat. Jika ia berniat menganggkat hadas besar, maka air tersebut menjadi mustamal, sekiranya tidak diniatkan, terdapat 2 pendapat ulamak. Pendapat yang sahih, menjadi air mustamal.(c) Jika seorang membeli perhiasan emas dengan niat untuk dipakai, maka tidak wajib mengeluarkan zakatnya, tetapi jika ia berniat untuk disimpan, maka wajib mengeluarkan zakatnya. Jika tidak diniatkan langsung, terdapat 2 pendapat ulamak. Pendapat yang lebih sahih, tidak wajib mengeluarkan zakatnya.

Ibadat fardu tidak tertunai dengan niat melakukan ibadat sunat Contoh(a) Seorang bersembahyang memberi salam pertama dengan niat salam kedua. Kemudiannya ternyata ianya tersalah, maka salamnya tidak dikira.(b) Seorang bersin di dalam sembahyangnya, lalu ia berkata . Kemudiannya ia menyambungkan fatihah. Hukumnya batal.(c) Seorang berniat mandi sunat hari Jumaat. Mengikut pendapat yang asah, hadas besar ti dak hilang.(d) Seorang bersembahyang meninggalkan sujud, kemudian ia sujud tilawah. Mengikut pendapat yang asah, sujud fardu tidak tertunai.

BEBERAPA MASALAH YANG DIKECUALIKAN DARIPADA KAEDAH :i. Seorang yang bersembahyang dalam tasyahud akhir sedangkan ia telah meninggalkan tasyahid awal. Kemudian ia sedar tertinggal tasyahud awal. Hukumnya memadai (sah)ii. Seorang berniat mengerjakan ibadat haji / umrah sunat sedangkan ia masih belum mengerjakan ibdat haji / umrah fardu, makan haji/ umrah sunat tersebut menjadi fardu tanpa khilaf dalam kalangan fuqaha.

Tidak mendapat pahala / seksa melainkan dengan niat.Kaedah ini bermaksud seseorang manusia akan diberi pahala mengikut niatnya walaupun ia tidak melakukan perbuatan seperti seorang yang berniat hendak menghadiri solat jemaah, tiba-tiba ia terhalang disebabkan sesuatu keuzuran, maka ia diberi pahala juga.

Justeru itu, ijmak ulama mengatakan perbuatan hati dikenakan dosa seperti hasad dengki, buruk sangka dan perbuatan hati yang seumpamanya, walaupun ianya belum dilakukan.

2. Keyakinan tidak hilang dengan keraguan

MAKSUD + HURAIAN KAEDAHYakin pada bahasa bererti : sesuatu yang pasti dan tiada apa-apa keraguan lagi mengenainya. Manakala ragu / syak bererti tidak pasti antara dua keadaan atau perkara yang berlainan tanpa ada sesuatu yang boleh menguatkan salah satu daripada dua keadaan tersebut.Kaedah ini bermaksud : sesuatu yang telah diyakini dan dipastikan tidak boleh ditinggalkan hukumnya disebabkan berlaku syak atau keraguan terhadap hukum tersebut. Ini bermakna, jika seseorang itu telah menyakini sesuatu perkara atau sesuatu hukum, ia memang yakin hukum itu benar-benar telah berlaku. Tiba-tiba syak / ragu-ragu ke atas hukum tersebut, samada ia masih kekal atau telah hilang, maka dam situasi ini hendaklah menolak keraguannya + berpegang kepada keyakinannya. Hukum tersebut masih kekal dan berterusan.Kesimpulannya kaedah ini bermaksud : sesuatu perkara yang telah diyakini (berlaku) tidak akan berubah hilang dengan berlakunya syak / keraguan ke atas perkara tersebut. Keadaan + hukumnya dikira masih kekal dan berterusan sehingga ada bukti / dalil yang menunjukkan ianya telah hilang kerana tidak rasional dan tidak diterima akal, sesuatu yang telah diyakini boleh dihilangkan dengan perkara yang belum pasti, yang lebih lemah daripadanya. Malah keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan keyakinan yang sama atau dengan keyakinan yang lebih kuat daripadanya.ASAL / DALIL KAEDAH , , Apabila seseorang daripada kamu merasai ada sesuatu dalam perutnya atau ia ragu-ragu, adakah ia terkentut atau tidak maka janganlah ia keluar daripada sembahyang sehingga ia mendengar bunyi (kentut) atau berbau. . Jika antara kamu syak dalam sembahyang, ia tidak mengetahui berapa rakaat ia telah sembahyang, maka buanglah syak dan binalah (ambillah bilangan rakaat) yang diyakini. , , , Jika antara kamu terlupa dalam sembahyang, ia tidak dapat dipastikan, adakah ia telah sembahyang 1 rakaat atau 2 rakaat, maka kiralah satu rakaat. Jika ia tidak dapat memastikan adalah ia bersembahyang 3 rakaat atau 4 rakaat, maka kiralah 3 rakaat, kemudian sujus syahwi 2 kali sebelum selesai sembahyang.Hadis tersebut menunjukkan hukum iaitu jika berlaku syak atau keraguan ke atas sesuatu perkara, maka hukum yang telah diyakini hendaklah dipakai dengan merujuk perkara yang diakui itu kepada hukum asalnya dan beramal dengannya. Hadis-hadis tersebut jelas menunjukkan perintah Rasulullah S.A.W supaya beramal dengan apa yang diyakini dan menolak apa yang diragui.

KAEDAH-KAEDAH (KECIL) TERBINA BERDASARKAN KAEDAH INDUK DI ATAS Pada asalnya sesuatu itu kekal dan berterusan seperti yang telah berlaku. Hukum bagi sesuatu itu berkekalan dan berterusan sampai pada masa sekarang berdasarkan kepada hukum pada masa dahulu kecuali ada bukti / dalil yang menunjukkan hukumnya telah hilang atau berubah. Kaedah ini sama dengan kaedah dalam pengajian ilmu usul al-fiqh.

Contoh: Seorang yakin berwuduk, kemudian ia syak berhadas. Hukumnya masih berwuduk kerana asalnya ia berwuduk dan berhadas hanya keraguan. Seorang yakin berhadas kemudia ia syak berwuduk. Hukumnya ia berhadas kerana asalnya ia berhadas dan berwuduk hanya keraguan. Seorang syak, adakah ia telah tidur atau hanya mengantuk, telah bermimpi atau hanya lintasan hati, menyentuh mahram atau bukan mahram, menyentuh lelaki atau perempuan, menyentuh rambut atau kulit, tidur dengan keadaan tetap papan punggungnya atau tidak dan ia syak, adakah ianya berlaku sebelum terjaga atau selepas?. Mengikut pendapat yang asah, wuduknya masih kekal kerana pada asal tidak berlaku keraguan tersebut. Jika seorang berniat ihram umrah, kemudian ia berniat ihram haji dan ia syak adakah ia berniat ihram haji sebelum tawaf atau selepas tawaf, ibadat haji hukumnya sah. Jika seorang berkahwin dan berihram, kemudian ia syak adakah ia berihram sebelum berkahwin atau selepasnya. Mengikut pendapat al-Syafie, perkahwinan itu sah kerana pada asalnya tidak berlaku ihram. Jika seorang makan di akhir malam dan ia syak adakah fajar telah menjelang atau belum. Hukum puasanya sah kerana pada asalnya malam masih ada. Jika seorang makan di akhir siang tanpa berijtiad dan ia syak adakah matahari terbenam atau belum, hukumnya biasanya batal kerana pada asalnya siang masih ada. Jika seorang berniat puasa, kemudian ia syak, adakah fajar telah menjelang atau belum. Hukum puasanya sah kerana pada asalnya malam masih ada. Jika seorang bapa mengahwinkan anak perempuannya, ia yakin keperawanan anaknya masih ada. Lalu disaksikan oleh 4 orang saksi perempuan bahawa anaknya telah menjadi janda sewaktu berlakunya akad nikah tersebut. Hukum perkahwinan anaknya tidak terbatal kerana kemungkinan hilang bikarah (Dara) anaknya itu dengan sebab-sebab lain dan pada asalnya bikarahnya msih ada. Jika isteri yang diceraikan talak rajie mendakwa masa bersihnya masih berterusan dan iddahnya belum habis, dakwaan isteri diterima dan diberikan nafkahnya kerana pada asalnya iddah masih ada.

pada asalnya tidak ada tanggungjawab pada bahasa : janji / amanah istilah : sifat mengenai seorang yang menerima kewajipan + tanggungjawab : terlepas dari tanggungjawab + kewajipan atau tidak terikat dengan sesuatu hak / tuntutanCONTOH Jika pemberi pinjam mendakwa barang yang dipinjamkan kepada peminjam rosak disebabkan berlaku kecuaian peminjam sewaktu menggunakan barang pinjaman tersebut, orang yang meminjam membantah maka diterima dakwaan peminjam kerana pada asalnya peminjam tidak bertanggungjawab lebih daripada yang asal. Jika orang yang didakwa diperintahkan bersumpah tetapi ia enggan bersumpah maka tidak boleh dijatuhkan hukuman ke atasnya semata-mata kerana keenggannya bersumpah kerana pada asalnya seseorang itu tidak ada apa-apa tanggungjawab sebaliknya pendakwa diperintahkan bersumpah.

sesuatu itu pada asalnya tidak ada (tidak berlaku) sememangnya akal menerima sesuatu itu pada asalnya tidak ada )). Ertinya tiada mendahului ada. Justeru itu, jika berlaku keraguan tentangnya adanya sesuatu, maka keraguan itu hendaklah ditolak. Untuk mencari kata pemutus, hendaklah dikembalikan kepada asal, iaitu pada asalnya sesuatu itu tidak ada.

Contoh : Jika suami isteri berselisih samada isterinya telah dijimakkan atau belum, dalam kes ini dakwaan yang menafikan berlakunya jimak diterima kerana pada asalnya tidak berlaku jimak. Jika berselisih antara seorang pemodal dan peniaga yang menjalankan urusniaga dengan Wang pemodal tersebut mengenai keuntungan. Maka dakwaan peniaga hendaklah diterima kerana pada asalnya tidak ada keuntungan. Demikian juga, jika peniaga tersebut mendakwa keuntungan hanya sebanyak ini sahaja (RM50). Maka dakwaan peniaga hendaklah diterima kerana pada asalnya tidak ada keuntungan yang lebih. Jika seseorang makan makanan milik orang lain, ia mendakwa pemilik makanan telah mengizinkannya, tetapi pemilik makanan itu menafikan keizinannya. Dalam kes ini dakwaan pemilik makanan diterima kerana pada asalnya tidak ada keizinan + tidak diharuskan.

setiap perkara yang berlaku dikira dengan masa yang terdekatContoh : Jika seorang melihat mani pada pakaiannya dan ia tidak mengetahui, adakah ia bermimpi. Mengikut pendapat yang sah, wajib ia mandi junub + wajib diulangi sembahyangnya yang dilakukan selepas daripada tidurnya yang terakhir. Jika seorang berwuduk dengan air sebuah perigi dan ia bersembahyang dengan wuduk tersebut beberapa hari, kemudian ia mendapati bangkai tikus di dalam perigi tersebut, hukumnya tidak wajib ia mengulangi semula sembahyangnya kecuali sembahyang yang diyakini dengan wuduk yang najis tersebut. Jika seorang membuka pintu sebuah sangkar burung, lalu burung itu keluar dari sangkar tersebut, orang itu hendaklah membayar ganti rugi. Tetapi jika burung itu berhenti sekejap dalam beberapa masa kemudian barulah ia keluar dari sangkarnya, orang tersebut tidak wajib membayar gantirugi kerana boleh jadi burung itu keluar dengan kehendakknya.

semua perkara pada asalnya adalah harus kaedah ini bermaksud : pada asalnya sesuatu perkara itu hukumnya harus hingga terdapat bukti / dalil yang menunjukkan haram. Inilah pendapat mazhab kita. Manakala Imam Abu Hanifah berpendapat : pada asalnya sesuatu itu hukumnya haram sehingga terdapat bukti / dalil yang menunjukkan ianya harus. Perbezaan pendapat ini jelas dalam perkara yang tiada nas hukum mengenainya. Dalil bagi kaedah ini :- , Apa yang dihalalkan Allah hukumnya halal dan apa yang diharamkan Allah maka hukumnya haram dan apa yang tidak disebutkan hukumnya maka ia dimaafkan. Oleh itu terimalah kebaikkan daripada Allah kerana sesungguhnya Allah tidak pernah melupai sesuatupun.

Sesungguhnya Allah telah menetapkan kewajipan maka janganlah kami abaikanya dan Allah melarang dari melakukan sesuatu maka janganlah kamu mengingkarinya, Allah telah menetapkan hukum-hukum maka janganlah kamu melangkahinya dan Allah tidak menyebut beberapa perkara bukan kerana lupa maka janganlah kamu membebankannya, sebagai suatu rahmat daripada Allah untuk kamu, justeru itu terimalah ia.

perkara yang halal ialah apa yang dihalalkan oleh Allah di dalam kitabNya dan perkara yang haram ialah apa yang diharamkan oleh Allah di dalam kitabNya dan apa yang Allah tidak beritahu maka ia dimaafkan.contoh binatang yang tidak dapat dipastikan keadaan atau hukumnya. Mengikut pendapat yang asah hukumnya halal. Ini adalah mengikut pendapat al-rafii tumbuhan tang tidak diketahui namanya. Kata Imam Nawawi, hukum yang lebih hampir dengan apa yang dilaporkan daripada Imam al-Syafie adalah halal Jika seseorang tidak pasti kadar ukuran besar / kecil penampal maka pada asalnya harus zirafah, mengikut al-subki pendapat yang terpilih adalah halal makan dagingnya kerana pada asalnya ia harus, tidak termasuk di bawah hukum haram. Dalam Fatawa al-qadi Husayn dan al-Ghazali ditegaskab hukumnya halal. Pendapat ini di ambil daripada nas al-Imam Ahmad.

pada asalnya kemaluan (seks) adalah haramcontoh : Apabila berlaku dua keadaan, halal dan haram pada seorang perempuan maka hukumnya haram. Justeru itu, tidak boleh berijtihad apabila perempuan mahram bercampur dengan perempuan sebuah kampung yang boleh dijumlahkan kerana seks pada asalnya haram. Walaupun begitu, harus berkahwin jika jumlah / keadaan perempuan itu tidak mampu dijumlahkan . Terlalu banyak keharusan tersebut adalah satu rukhsah daripada Allah.

pada asalnya perkataan dikira makna yang hakikicontoh : jika seorang berwasiat kepada anaknya, maka tidak termasuk cucunya. Hukum ini mengikut pendapat yang asah kerana perkataan anak pada hakikatnya anak sebenar bukan cucu. Namun ada satu pendapat, ia memberi makna umum, termasuk cucu juga kerana mengambil kira kedua-dua makna bagi lafaz tersebut, makna hakiki dan makna majazi. jika seorang bersumpah tidak akan menjual atau membeli, tetapi ia wakilkan kepada orang lain supaya menjual atau membeli sesuatu barangnya. Maka hukumnya ia tidak melanggar sumpah kerana mengambil kira makna hakiki. jika seorang berkata : aku wakafkan sebidang tanahku ini kepada penghafaz al-quran. Maka tidak termasuk orang yang menghafaz al-quran, kemudian lupa kerana orang yang menghafaz kemudian lupa bukan dikatakan penghafaz pada hakikatnya. jika seorang bersumpah tidak akan menjual / membeli / menyewa sesuatu, maka tidak dihukumkan melanggar sumpah kecuali ia menjual / membeli / menyewa secara sah. jika seorang berkata : aku berikan rumahku ini kepada zaid. Perkataan demikian memberi erti ia mengakui hak milik rumah Zaid. Jika ia mendakwa ia bermaksud memberi keizinan untuk tinggal sahaja, maka dakwaan tersebut ditolak dan tidak diterima. jika seorang bersumpah tidak akan memasuki rumah Zaid, maka tidak dihukumkan melanggar sumpah jika ia memasuki rumah sewa / pinjaman Zaid kerana rumah yang disewa / dipinjam bukan rumah Zaid sebenarnya, rumahnya secara majazi sahaja. jika seorang bersumpah tidak akan makan kambing. Jika dia makan dagingnya, hukumnya melanggar sumpah. Jika ia minum susunya, tidak dihukumkan melanggar sumpah kerana susunya bukan erti hakiki bagi kambing.

3. dilarang melakukan kemudaratan dan menghilangkan kemudaratan dengan kemudaratan

MAKSUD + HURAIAN KAEDAH bermaksud melakukan sesuatu kemudaratan kepada seseorang (tanpa sebab). bermaksud melakukan sesuatu kemudaratan kepada seseorang yang lain kerana membalas perbuatannya dengan mengecualikan kemudaratan yang dilakukan kerana membalas dengan setimpal / mempertahankan kebenaran.kaedah ini bermaksud seseorang tidak boleh melakukan apa-apa kemudaratan kepada seseorang dan tidak boleh membalas atau menolak kemudaratan dengan kemudaratan.

ASAL / DALIL BAGI KAEDAHBerdasarkan hadis : . Ertinya : tidak boleh melakukan kemudaratan dan membalas kemudaratan dengan kemudaratan.

BAHAGIAN FIQH YANG MENGGUNAKAN KAEDAH INIBanyak hukum Syarak dibina berdasarkan kaedah ini. Antaranya, semua jenis (menahan hak atau kuasa seseorang daripada mengurus atau membelanjakan hartanya). Hukum ini ditetapkan bertujuan menjaga kepentingan keluarganya dan mengawasi agar tidak berlaku apa-apa kemudaratan kepada mereka. Orang kaya ditahan kuasa megurus dan mengendalikan hartanya jika didapati ada kecuaian dalam melaksanakan tanggungjawabnya terhadap keluarganya. Hukuman ini bertujuan menghindari keluarga tersebut dari kesusahan dan kemudaratan.Harus memulangkan barangan yang telah dibeli, yang didapati rosak, kuasa yang bertujuan menghindari kemudaratan ke atas ahli perkongsian, hukum qisas, hudud dan semua jenis kaffarah, ganti rugi ke atas barang amanah yang rosak, melantik pemimpin, qadi dan hakim-hakim, memerangi orang-orang kafir dan musyrik, pembatalan nikah (fasakh) kerana ada kecacatan dan kesukaran.Namun begitu, ulama sepakat bahawa kaedah ini mengecualikan kemudaratan yang telah dibenarkan Syarak seperti kemudaratan yang berlaku kesan daripada hukuman qisas, hudud dan semua jenis uqubat (hukuman jenayah) kerana menghindari dari keburukan lebih penting daripada mendapat kebaikan.( )Walaupun begitu, jika diamati sebenarnya di dalam hukum qisas, hudud dan semua jenis hukuman keseksaan yang ditetapkan Syarak, mengandungi kebaikan. Ia bertujuan menyelamatkan manusia daripada keburukan dan kemudaratan, membebaskan manusia dan kehidupan mereka dari segala bentuk kezaliman dan penganiayaan.

KAEDAH KAEDAH LAIN YANG DIBINA BERDASARKAN KAEDAH INI [Keperluan / terpaksa mengharuskan larangan]Contoh : harus makan bangkai sewaktu lapar yang mengancam nyawa dan tidak ada lagi makanan selain daripadanya harus minum arak sewaktu dahaga yang mengancam nyawanya, dengan syarat sekadar menyelamatkan nyawa harus menyebut perkataan kufur jika dipaksa harus mengambil harta orang yang enggan membayar hutangnya tanpa izinnya sekiranya semua harta adalah haram sehingga tidak ada yang halal kecuali sedikit sahaja atau kadangkala sahaja, maka harus menggunakan mana-mana yang perlu walaupun lebih dari keperluan. harus memusnahkan pokok dan bangunan milik orang-orang kafir jika perlu dalam peperangan untuk mencapai kemenangan. Demikian juga harus memusnahkan binatang yang digunakan mereka dalam peperangan. harus membongkar kembali mayat yang dikebumikan tanpa dimandikan atau dihadapkan mukanya ke arah kiblat atau dikebumikan di tanah yang dirampas atau kain yang dirampas.

[sesuatu yang diharuskan kerana keperluan dibenarkan sekadar yang ditetapkan]contoh : seseorang yang berada di dalam keadaan darurah (terpaksa) tidak boleh makan bangkai kecuali sekadar menyelamatkan nyawa sesiapa yang diminta pandangan mengenai sifat bakal suami, maka cukup dengan hanya menceritakan secara simbolik sahaja, tidak harus secara terang-terangan. harus mengambil tumbuhan haram dan rumput untuk makanan ternakan, tetapi tidak harus menjualnya kepada penternak. harus seorang mengambil makanan di negeri kafir harbi jika perlu kerana ianya diharuskan disebabkan darurah, tetapi apabila ia sampai ke negeri Islam tidka diharuskan, jika ada bakinya hendaklah dipulangkan. bangkai binatang yang tiada darah mengalir jika terjatuh ke dalam air dimaafkan, jika dimasukkan air menjadi najis jika seorang doktor lelaki terpaksa mengubati perempuan ajnabiyyah, maka wajib perempuan tersebut menutup auratnya dan tidak harus membuka anggotanya kecuali sekadar yang perlu untuk tujuan rawatan harus membilang jumaat apabila sukar berkumpul pada satu tempat, tetapi sekadar untuk mengatasi kesusahan. Jika boleh ditunaikan dengan dua jumaat, maka tidak harus diadakan tiga jumaat. Demikian mengikut pendapat Imam ak-Haramayn dan dipastikan oleh al-Subki dan al-Asnawi. sesiapa yang harus baginya memelihara anjing untuk tujuan memburu, maka tidka hatis baginya memelihara lebih daripada yang diperlukan.

TIGA MASALAH YANG DIKECUALIKAN DARI KAEDAH INI : iaitu jual beli tamar atau anggur yang masih berada di atas pokok tanpa diketahui bilangan atau berat timbanganya dengan tamar yang bertimbang. Cara jual beli ini pada mulanya diharuskan kepada orang miskin, kemudian diharuskan juga kepada orang kaya, mengikut pendapat yang asah. Lian diharuskan apabila sukar mendapatkan keterangan dan bukti zina, kemudian diharuskan juga walaupun mampu mengemukakan keterangan dan bukti. khulu diharuskan dengan perempuan keran memberi rukhsah, kemudian diharuskan juga dengan ajnabi.

[kemudaratan tidak boleh dihapuskan dengan kemudaratan]al-Subki berkata : kaedah ini bermaksud : kemudaratan hendaklah dihapuskan akan tetapi dengan kemudaratan.contoh :- seorang yang terpaksa tidak boleh mengambil dan makan makanan orang lain yang juga terpaksa melainkan Nabi kerana harus bagi seorang Nabi mengambilnya, malah wajib orang lain memberi makanan itu kepadanya. sekiranya satu dinding atau tembok condong ke arah sebuah jalan atau ke arah kawasan milik seseorang, maka tidak wajib membaikinya (mengubahnya).

BEBERAPA MASALAH DIKECUALIKAN DARI KAEDAH INI :-i. Disyarakkan qisas, hudud, memerani penderhaka, penyamun, diharuskan , fasakh jualbeli kerana terdapat kecacatan pada barang yang dibeli, fasakh nikah, paksa supaya membayar hutang dan nafkah wajib.ii. harus dibedah perut mayat apabila ia menelan harta atau anak yang dikandungnya masih hidupiii. harus memanah / menembak orang kafir apabila berlindung dengan perempuan atau kanak-kanak atau tawanan muslimin.

[apabila bertembung dua kemudaratan maka diambil kira kemudaratan yang lebih berat dengan melakukan kemudaratan yang lebih ringan]kaedah ini sama dengan kaedah : [menghindari keburukan diutamakan dari mendapar kebaikan]contoh : diharuskan meninggalkan beberapa kewajipan seperti meninggalkan qiyam di dalam sembahyang kerana keuzuran, tetapi tidak harus melakukan perkara yang dilarang, lebih-lebih lagi jika melibatkan dosa besar. berbohong pada dasarnya haram dan merosakkan, tetapi jika bertujuan baik seperti mendamaikan antara manusia yang berbalah, mengislahkan isteri yang bermasalah, maka hukumnya harus. Dengan merujuk kepada kaedah : /

DALIL KAEDAH INI:Hadis : diriwayatkan daripada Abu Daud yang diambil daripada Samrah Ibn Jandab : . . : . : , : .Samrah ibn Jandab memiliki sebatang pokok tamar yang condong ke dalam kewasan rumah seorang lelaki ansar yang telah berkeluarga. Suatu ketika Samrah masuk ke kawasan itu untuk memetik buahnya, keadaan ini menggangu ketenteraman orang Ansar tersebut. Lalu orang Ansar itu mencadangkan Samrah memindahkan pokok tersebut, tetapi beliau enggan. Kemudian lelaki itu datang menemui Rasullullah S.A.W untuk mengadu tentang hal itu. Lalu baginda menyuruh Samrah memindahkannya, tetapi beliau enggan.Kemudian baginda bersabda : hadiahkanlah kepadanya dan engkau akan diberi sekian. Sebagai dorongan dia memindahkan pokok itu, tetapi Samrah masih berkeras. Kemudian sekali lagi baginda bersabda : engkau membahayakan. Setelah itu baginda menyuruh lelaki Ansar itu supaya memotong pokok tamar tersebut.

[hajat menepati darurah]kaedah ini amat penting dipakai dalam banyak masalah yang menyentuh kepentingan dan keperluan kehidupan manusia seharian seperti diharuskan amalan sewaan,upahan, gadaian, pemindahan tanggungjawab melangsaikan hutang dsb.

HAJAT / KEPERLUAN / KEPENTINGAN TERBAHAGI KEPADA DUA :i. Keperluan yang menyentuh kepentingan umumcontoh : diharuskan amalan sewa menyewa, gadaian, pinjam meminjam dan pemindahan tanggungjawab melupuskan hutang, amalan tersebut diharuskan kerana memenuhi kepentingan masyarakat dan umat. masalah perdamaian, harus melihat perempuan ajnabiah sewaktu menjalani urusniaga dan muamalat

ii. keperluan yang menyentuh kepentingan khas :contoh : membaiki (menampal) bekas (makanan/minuman) yang rosak dengan perak. Diharuskan kerana keperluan. harus makan harta ghanimah (harta rampasan perang) di negeri harbi harus bagi guru melihat perempuan yang belajar dengannya mengenai perkara-perkara yang wajib dipelajari dan diajar seperti mempelajari al-fatihah dan perkara fardu ain.

4.[kesusahan mendatangkan kemudahan]

kaedah ini bererti kesusahan untuk melakukan sesuatu tuntutan jika pada adatnya manusia tidak mampu untuk melakukannya. Maka kesusahan tersebut akan diringankan (ia menjadi mudah dan mampu untuk dilaksanakan). Hukumnya berubah dari yang asal kepada yang lebih ringan.kesusahan mendatangkan kemudahan bermaksud kesusahan yang boleh diasingkan daripada taklif syarak. Adapun kesusahan taklif yang tidak boleh diasingkan atau kesusuhan yang telah menjadi tabiat bagi sesuatu perbuatan yang ditaklifkan maka hukum tersebut tidak boleh diringankan atu dimudahkan lagi seperti kesusahan berijtihad, penderitaan daripada hukuman hudud, hukum rejam ke atas penzina, pembunuhan ke atas penderhaka yang menentang pemerintahan Islam dan hukuman keseksaan yang dikenakan ke atas orang yang melakukan kerosakan dan jinayah. Kesusahan dan penderitaan tersebut tidak boleh diringankan lagi.

ASAL BAGI KAEDAH Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki kesusahan bagi kamu Allah tidak mengadakan dalam agama sesuatu kesusahan ke atas kamu Aku diutuskan membawa agama yang betul / lurus dan mudah Hendaklah kamu mudahkan dan jangan kamu payahkan Sesungguhnya agama Allah itu mudah ...sesungguhnya agama itu mudah dan tida sesiapa yang memerangi melainkan dia dikalahkan, maka hendaklah dengan kesederhanaan.

Sebab taklifa. () PaksaanApabila seseorang dipaksa melakukan sesuatu perbuatan, maka hukum perbuatan tersebut tidak diambil kira seperti suami dipaksa menceraikan isterinya, lalu dia menceraikannya. Maka hukumnya tidak tercerai. Dalilnya : Tidak dikira salah ke atas umatku yang melakukan sesuatu kerana tersalah, terlupa dan dipaksa mereka melakukannya.Harus bagi seseorang yang dipaksa menyebut kalimah kufur kerana paksaan itu boleh membawa kepada kesusahan, malah mengakibatkan penyeksaan, tetapi lebih utama ia tidak menyebutnya dan terus bersabar mempertahankan akidahnya kerana mencontohi umat Islam dahulu yang dipaksa menyebut kalimah kufur, namun mereka terus bersabar menanggung penyeksaan kerana mempertahankan akidah mereka.

b. () lupaSeseorang yang melakukan kesalahan dalam keadaan terlupa, hukumnya tidak berdosa.Contoh : sesiapa yang minum arak dalam keadaan terlupa, maka hukumnya tidak dikenakan had dan tazir ke atasnya. sesiapa yang melakukan apa-apa perbuatan yang dikira boleh merosakkan ibadatnya seperti makan dalam keadaan terlupa sewaktu ia sedang menunaikan ibadat sembahyang atau sedang berpuasa, maka ibadat tersebut tidak terbatal.

c. () tidak mengetahui perbuatan itu salahseseorang yang melakukan perbuatan yang dilarang dalam keadaan dia tidak mengetahui bahawa perbuatan itu dilarang disebabkan kejahilannya, maka ia dimaafkan.contoh : sesiapa yang minum arak kerana kejahilannya, maka tidak dikenakan had dan tazir ke atasnya sesiapa yang melakukan sesuatu perbuatan yang boleh membatalkan ibadatnya kerana disebabkan kejahilannya, seperti makan sewaktu menunaikan ibadat sembahyang atau berpuasa, disebabkan kejahilannya maka ibadat tersebut tidak batal. sesiapa yang melakukan persetubuhan pada siang hari pada bulan ramadn kerana kejahilannya, maka hukumnya tidka dikenakan kaffarah ke atasnya.

d. ( / ) kesusahansesuatu perbuatan / keadaan yang dilarang adalah dimaafkan jika perbuatan / keadaan tersebut sukar untuk dielakkan.contoh : najis yang sukar dielakkan ketika menunaikan ibadat sembahyang seperti darah luka, kudis, bisul, nanah, Lumpur jalan raya, kesan najis yang sukar dihilangkan dan tahi burung yang terdapat di merata-rata tempat dalam masjid atau tempat tawaf, maka hukumnya dimaafkan. najis yang sukar dilihat (tidak nampak) najis binatang yang tidak mempunyai darah mengalir air liur orang tidur yang terkeluar dari mulutnya dan mulut kucing asap dari kebakaran bahan-bahan najis dan bulu yang najis najis yang terdapat dalam perut ikan kecil seperti tahinya beristinja dengan batu dan menghadap kiblat atau membelakanginya ketika membuang air dalam bangunan menyentuh al-Quran bagi kanak-kanak yang berhadas ketika dalam musafir : seseorang yang sedang dalam perjalanan yang jauh, sekurang-kurangnya 90 km, bukan bertujuan untuk melakukan perkara maksiat, maka dia diberikan beberapa kelonggaran hukum, seperti :(a) harus menjamak + menqasarkan sembahyang ketika dalam perjalanan(b) harus berbuka puasa(c) harus menyapu khuff (sarung kaki yang diperbuat dari kulit dan tidak serap air) untuk berwuduk ketika musafir selama 3 hari 3 malam.(d) harus meninggalkan sembahyang jumaat(e) bagi suami yang mempunyai lebih dari seorang isteri hendaklah dijalankan undian untuk menentukan isteri yang dibawa musafir bersamanya. Suami tidak wajib menggantikan giliran isteri lain bagi hari-hari musafirnya apabila ia kembali dari musafir nanti.

e. () sakitseseorang yang sakit. Allah melonggarkan ke atasnya beberapa ketetapan hukum sebelumnya, bertujuan memberi kesenangan kepadanya.contoh : harus bertayammum, meninggalkan wuduk apabila susah untuk menggunakan air harus meminta pertolongan orang lain bagi menyempurnakan wuduk harus menunaikan ibadat sembahyang dengan cara duduk harus sembahyang jamak ketika sakit seperti yang diterima oleh Imam al-Nawawi, al-Subki. Terdapat juga kenyataan daripada imam al-Syafie dan terdapat hadis yang mengharuskan demikian. Pendapat yang terpilih. harus meninggalkan sembahyang jumaat dan jemaah harus berbuka puasa di bulan Ramadhan tetapi wajib membayar kaffarah dengan memberi makanan kepada faqir miskin harus menggantikan orang lain bagi amalan melontar dalam ibadat haji harus melakukan larangan ketika dalam ihram tetapi hendaklah membayar fidyah harus berubat dengan najis harus melihat aurat hingga aurat dua kemaluan ketika berubat atau merawat pesakit

f. () kurang akalbagi seseorang yang kurang akal disebabkan masih kecil atau gila. Syarak melonggarkan ke atasnya beberapa hukum, seperti : kanak-kanak atau orang gila tidak ditaklifkan ke atas mereka dengan kewajipan dan tanggungjawab sebahagian besar kewajipan agama yang diwajibkan ke atas golongan lelaki tidak diwajibkan ke atas wanita seperti solat jemaah, jumaat, berjihad, membayar jizyah dan menanggung bayaran diyat diharuskan memakai sutera dan emas bagi kaum wanita sebahagian besar kewajipan agama ditaklifkan ke atas orang yang merdeka, tidak ditaklifkan ke atas hamba seperti dikenakan ke atas hamba setengan dari hukuman hudud dan bilangan sebat yang dikenakan ke atas orang yang merdeka.

BAHAGIAN-BAHAGIAN TAKHFIF (KELONGGARAN)Mengikut al-Syeikh Izz al-Din Abd Salam, kelonggaran terbahagi kepada 6 bahagian : seperti menggugurkan tuntutan wajib sembahyang jumaat, haji dan berijtihad kerana ada keuzuran. seperti harus mengaqasarkan sembahyang 4 rakaat bagi orang musafir seperti harus menggantikan wuduk dan mandi wajib dengan tayammum dan harus menggantikan berdiri dalam sembahyang dengan duduk. Seterusnya dengan berbaring dan isyarat dan harus menggantikan puasa dengan memberi makanan kepada fakir miskin kerana sakit. seperti harus solat jamak taqdim. Harus mendahulukan mengeluarkan zakat sebelum cukup haul dan zakat fitrah pada bulan Ramadhan. seperti harus solat jamak takhir. Harus mentakhirkan puasa Ramadhan bagi orang musafir atau sakit dan harus mentakhirkan sembahyang jika terpaksa melakukan perbuatan yang darurah seperti menyelamatkan orang yang sedang lemas. seperti harus minum arak untuk menyelamatkan nyawa ketika tercekik atau terlekat makanan dan harus makan najis untuk tujuan berubat. menambahkan satu lagi bahagian takhfif menjadikan 7 bahagian iaitu seperti harus mengubah cara sembahyang ketika ketakutan dalam peperangan.

SEBAHAGIAN ULAMA MENGAPLIKASIKAN AL-RUKHSAH KEPADA 5 BAHAGIAN :i. seperti rukhsah wajib makan bangkai dalam keadaan darurah, rukhsah berbuka puasa bagi orang yang bimbang akan membawa kepada kemudaratan ke atas dirinya kerana terlampau lapar dan dahaga walaupun ia bukan dalam musafir dan harus menyelamatkan nyawa ketika tercekik makanan dengan arak.ii. seperti rukhsah sunat qasar sembahyang dan berbuka puasa Ramadhan bagi orang musafir yang sukar baginya untuk meneruskan puasanya dan rukhsah melihat perempuan yang hendak dipinang.iii. seperti rukhsah harus menjalankan urusniaga secara al-salam.iv. seperti rukhsah menyapu khuff ketika berwuduk, menjamakkan sembahyang, berbuka puasa bagi orang musafir yang mampu meneruskan puasanya, rukhsah bertayamum bagi orang yang mendapati air tetapi air tersebut dijual dengan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran semasa walaupun ia mampu membeli air tersebut.v. seperti mengqasarkan sembahyang bagi orang musafir yang jarak perjalanannya kurang dari 3 marhalah.

KAEDAH YANG TERBINA BERDASARKAN KAEDAH INI : [apabila sesuatu (perkara / keadaan) itu sempit / susah, maka ia menjadi luas / senang]Contoh : seorang perempuan dalam musafir ingin berkahwin tetapi tiada walinya. Perempuan tersebut menyerahkan urusan perkahwinannya kepada seorang lelaki, maka hukumnya harus.

berhubung dengan kaedah ini, Ibn Hurayrah dan kalangan ulama al-Syafiyah mengatakan : [ sesungguhnya sesuatu perkara itu apabila sempit ia menjadi luas dan apabila ianya luas ia akan menjadi sempit] perbuatan yang sedikit dalam sembahyang jika terpaksa adalah dimaafkan dan perbuatan yang banyak dalam sembahyang jika tidak terpaksa maka tidak dimaafkan. darah yang sedikit jika terpaksa adalah dimaafkan. Tetapi sebaliknya darah yang banyak tidak dimaafkan. berhubung dengan kaedah ini, Imam Ghazali berkata : [sesuatu yang melampai batasnya ia akan berubah menjadi sebaliknya]

4. [adat diambil kira dalam menentukan hukum]

adat ialah sesuatu yang dilakukan manusia sehingga ia menjadi satu kebiasaan dan sesuai bagi kehidupan mereka. Samada adat tersebut berbentuk perkataan seperti kebiasaan manusia menggunakan perkataan daging tidak termasuk ikan atau berbentuk perbuatan seperti kebiasaan manusia menjalankan urusniaga jualbeli barangan secara serah terima ( ( tanpa melafazkan ijab + qabul sewaktu melakukan jual beli di pasar yang telah dimaklumi harganya.

ASAL BAGI KAEDAHKaedah ini berdasarkan perkataan Ibn Masud : [sesuatu itu jika baik pada pandangan orang Islan maka baiklah di sisi Allah dan jika sesuatu itu buruk pada pendapat orang Islam maka buruklah di sisi Allah]Justeru itu, adat dan uruf diambilkira dalam menentukan hukum bagi sebahagian besar masalah fiqhiyyah.Contoh : dalam menentukan kadar umur haid, baligh dan keluar mani, sekurang-kurangnya tempoh haid, nifas, suci dan kebiasaan, tempoh paling lama bagi masalah di atas, maka adat dan uruf menjadi ukuran dan panduan dalam menentukan hukumnya. untuk menentukan banyak / sedikit sesuatu perbuatan dalam sembahyang yang boleh membatalkan sembahyang. untuk menentukan banyak / sedikit dalam masalah .. untuk menentukan kadar sedikit pada najis yang dimaafkan untuk menentukan lama atau sebaliknya dalam hukum muwalat wuduk. untuk menentukan lama atau sebaliknya kadar masa dalam masalah menyambungkan sembahyang yang terbatal. Masalah masa antara khutbah dan solat jumaat, masa antara ijab dan qabul, masa antara memberi salam dan menjawap salam, kadar masa yang boleh memulangkan barangan yang dibeli yang kemudiannya didapati ada kecacatan pada barangan tersebut dan menentukan bagi harta yang dicuri. untuk menentukan jenis barangan yang harus dijual beli secara ---- mengikut pendapat Imam al-Nawawi. puasa bagi hari syak bagi orang yang biasa berpuasa hukumnya tidak haram.walaupun adat dan uruf diambil kira dalam menentukan hukum, tetapi adat dan uruf tersebut hendaklah berlaku dan diterimapakai secara umum dan tidak berlaku perbezaan. Oleh itu, jika sesuatu adat dan uruf itu tidak diterima pakai secara umum atau berlaku perbezaannya, maka adat dan uruf tersebut tidak diambil kira.Contoh : mata Wang yang digunakan untuk membeli sesuatu barangan yang tidak ditentukan jenisnya, maka hukumnya hendaklah dibayar dengan jenis mata Wang yang biasa digunakan pada tempat / negeri itu. Jika jenis mata Wang tang digunakan pada tempat / negeri itu tidak tetap, maka wajib ditentukan dahulu jenis mata Wang. Jika tidak ditentukan maka jual beli tersebut tidak sah.

BAHAGIAN-BAHAGIAN ADAT/URUF(a) uruf sahih iaitu uruf yang tidak menghalalkan perkara haram atau tidak mengharamkan perkara halal. Uruf jenis ini wajib diambil kira sewaktu hendak mengeluarkan fatwa atau memutuskan hukum.(b) uruf fasid iaitu uruf yang menghalalkan perkara haram atau mengharamkan perkara halal. Uruf jenis ini tidak diambil kira dan tidak diterima syarak. Ia wajib dihapuskan.

CONTOH AMALAN ULAMAK YANG MENGAMBIL KIRA ADAT DAN URUF DALAM MENENTUKAN SESUATU HUKUM : Imam Malik sewaktu beliau hendak menetapkan sesuatu hukum bagi sesuatu masalah mengambil kira adat dan uruf penduduk Madinah. Imam al-Syafie mengambil kira adat dan uruf penduduk Mesir sewaktu beliau hendak menetapkan sesuatu hukum bagi sesuatu masalah seperti apa yang berlaku dalam qaul jadid. Beliau tidak menggunakan hukum yang beliau sendiri tetapkan dahulu yang berdasarkan kepada adat dan uruf penduduk Iraq dan Ijaz.Faktor berlaku perselisihan pendapat dan perbezaan hukum dalam banyak masalah di kalangan al-Hanafiyah adalah disebabkan adanya perbezaan uruf. Antara kata-kata mereka yang masyhur : [yang dikenali pada uruf seperti yang dipatuhi dalam syarat atau yang diterima pada adat seperti yang ditetapkan dalam syarat]hukum-hukum yang ditetapkan berdasarkan adat dan uruf akan berubah mengikut perubahan adata tau uruf tersebut. Samada perubahan itu disebabkan faktor masa, suasana dan tempat. Adat atau uruf tidak terkeluar dari lingkungan persoalan harus ( ) kerana adat atau uruf sama sekali tidak boleh menghalalkan perkara haram atau mengharamkan perkara halal.

Page | 1