apmo

22
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PERLIS 01000 KANGAR PERLIS DARUL SUNNAH TUGASAN PROJEK PROGRAM PERGURUAN PENDIDIKAN RENDAH PENGAJIAN EMPAT TAHUN (PPPRPET) SEMESTER 1 SUBJEK ASAS PENDIDIKAN MUZIK DISEDIAKAN OLEH MOHD AFIQ SYIMIR BIN SAMSUDIN (880718-29-5193) UNIT PPPRPET MUZIK (B) PENSYARAH EN MEGAT MOHD NOOR BIN MEGAT TEH

Upload: mohd-harqib-haris

Post on 11-Nov-2015

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKAMPUS PERLIS01000 KANGARPERLIS DARUL SUNNAH

TUGASAN PROJEKPROGRAM PERGURUAN PENDIDIKAN RENDAH PENGAJIAN EMPAT TAHUN (PPPRPET)SEMESTER 1

SUBJEKASAS PENDIDIKAN MUZIK

DISEDIAKAN OLEHMOHD AFIQ SYIMIR BIN SAMSUDIN(880718-29-5193)

UNITPPPRPET MUZIK (B)

PENSYARAHEN MEGAT MOHD NOOR BIN MEGAT TEH

TARIKH SERAHAN14 APRIL 2008

KANDUNGAN

PENGHARGAAN ................................................................................................

3 ALIRAN FALSAFAH .........................................................................................

3 KEPENTINGAN ASPEK SOSIOLOGI ...............................................................

3 KEPENTINGAN ASPEK PSIKOLOGI ................................................................

RUJUKAN ..............................................................................................................

LAMPIRAN .............................................................................................................

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan ini walaupun mengalami beberapa masalah pada permulaan tugasan ini dilaksanakan. Namun, berkat usaha yang berterusan akhirnya dapat saya melaksanakan tugasan yang diberi.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada banyak pihak yang telah membantu saya menyiapkan tugasan ini. Pertamanya kepada pensyarah matapelajaran Asas Pendidikan Muzik iaitu En Megat Mohd Noor yang telah memberikan banyak input yang berguna sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.

Selain itu, saya juga ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada rakan-rakan seperjuangan dan pensyarah-pensyarah yang banyak memberi tunjuk ajar supaya tugasan ini dilaksanakan dengan sempurna.

Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga dan ingin menyusun sepuluh jari memohan maaf kepada semua pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.

Sekian, terima kasih.

3 ALIRAN FALSAFAH

1. ZOLTAN KODALY (1882-1967)Zoltan Kodaly dilahirkan di Kecskemet, Hungary pada 16 Disember 1882 dan dibesarkan di kawasan desa di Hungary. Beliau mula mencipta muzik sejak dari peringkat sekolah menengah. Kemudian, Kodaly telah mengikuti pengajian tingginya di Franzs Liszt Academy dan di Universiti of Hungary secara serentak dan berjaya memperoleh ijazah dalam ciptaan dan juga ijazah Doktor Falsafah dalam bidang linguistik (bahasa Hungary dan Jerman) dengan sekaligus.

Antara aliran falsafah yang dibawa beliau ialah memberi penekanan yang jelas kepada aktiviti membaca dan menulis notasi muzik dari peringkat awal menggunakan isyarat tangan Curwen dan latihan tangga solfa nada pentatonik dan nyanyian lagu secara A Capella iaitu nyanyian tanpa iringan alat muzik. Prinsip yang diketengahkan Kodaly juga melibatkan literal muzikal, perlu menggunakan suara untuk menjiwai muzik, hanya muzik berkualiti tinggi harus digunakan dalam pendidikan muzik dan setiap kanak-kanak mempunyai satu bahasa ibunda muzikal yang berasaskan muzik tradisional rakyatnya. Kodaly juga menggalakkan meniup rekoder selepas menguasai kemahiran vokal tertentu.

Selain itu, aspek pendekatan juga penting dalam falsafah Kodaly iaitu penggunaan muzik bermutu sahaja, muzik untuk semua, pengalaman muzik dari peringkat awal kanak-kanak dan urutan pembelajaran berpusat kepada minat dan citarasa pelajar. Jika dilihat melalui kepentingan sosiologi, Kodaly cuba memansuhkan kasta yang terjadi dalam muzik iaitu pada peringkat awal muzikal di Eropah, muzik adalah hanya untuk golongan bangsawan dan golongan elit tetapi beliau memperkenalkan konsep muzik untuk semua tanpa mengira status individu. Kepentingan psikologi juga tercetus kerana beliau mengenengahkan konsep pendedahan muzik sejak dari awal peringkat kanak-kanak. Teorinya disokong oleh teori Jean Piaget di mana pada peringkat pra operasi iaitu antara 2-7 tahun, kanak-kanak mula mengkaitkan simbol dengan perkara sebenar dan makin peka akan bunyi. Contohnya kaitkan simbol tangan dengan tangga solfa. Falsafah Kodaly digunakan di Malaysia kerana sesuai dengan pengajaran yang dijalankan kerana kekurangan pendidik yang mahir bermain piano. Oleh itu, pengajaran versi A capella boleh dilaksanakan mengganti pengajaran berasaskan piano atau kibod.

2. CARL ORFF SCHULWERK (1895-1982)Carl Orff merupakan seorang pencipta muzik Jerman yang telah berjaya mengukir nama yang lebih harum dalam bidang pendidikan muzik daripada bidang ciptaan. Pada mulanya beliau telah mencipta muzik yang banyak digunakan dalam konteks panggung drama dan teater. Orff telah menunjukkan cita rasa muzik yang menyeluruh atau elektif terhadap beraneka jenis muzik dari zaman Baroque ke Zaman Romantik. Selain muzik klasik, beliau juga begitu meminati muzik tarian , muzik untuk drama dan teater, muzik popular,dan juga muzik rakyat Jerman.

Pendekatan Orff boleh dikatakan banyak, berdasarkan aktiviti irama dan improvisasi yang dipetik dari alam semulajadi kanak-kanak itu sendiri. Dengan itu bahan muzik adalah dari alam kanak-kanak seperti melompat, nyanyian, permainan dan pertuturan berirama. Nyanyian kanak-kanak sejagat, iaitu jeda minor ketiga yang menurun juga menerima fokus yang istimewa dalam pendekatan Orff. Tujuan beliau adalah untuk menyatupadukan muzik, gerakan, drama dan pertuturan. Di sini kita harus ingat bahawa Orff juga dipengaruhi oleh idea seorang lagi jaguh iaitu Emile-Jacques Dalcroze. Orff juga pernah mengibaratkan pendekatan beliau sebagai bunga hutan iaitu bunga semulajadi yang boleh hidup baik sekali dalam keadaan semulajadinya bukan bermakna bahawa idea-idea Orff tidak berhaluan atau tidak mempunyai isi yang spesifik.

Beliau telah banyak dipengaruhi oleh konsep urismik yang telah dipopularkan oleh Dalcroze. Beliau telah memulakan sebuah sekolah muzik khas bersama seorang guru tarian. Kebanyakan daripada pelajar berhasrat untuk bekerja sebagai guru pendidikan jasmani terlatih selepas tamat kursus manakala matlamat Orff pula mahu menjadikan mereka lebih kreatif dengan berpandukan prinsip-prinsip gerakan dan muzik. Alat yang digunakan ialah, rekoder, zilofon, metalofon, glokenspiel, dram, gong, simbal, kerincing, violin, viola dan kibod. Bagi Orff, muzik elementel bermaksud muzik asal atau muzik primordial atau primitif yang menjelma daripada pertuturan, gerakan dan tarian secara semulajadi.

Pendekatannya boleh dianggap sebagai panduan am yang boleh membantu golongan pendidik muzik untuk memperkembangkan pembelajaran muzik bagi kanak-kanak. Terbahagi kepada empat komponen iaitu fasa satu iaitu mencari sendiri iaitu penerokaan. Kanak-kanak digalakkan supaya membuat eksperimen dengan bunyi-bunyi muzikal dan gerakan dengan usaha sendiri. Fasa kedua ialah mengajuk balik atau imitasi dan lebih berkaitan dengan perkembangan kemahiran-kemahiran asas dengan menggunakan pertuturan berirama dan juga irama badan seperti menepuk tangan, memetik jari dan sebagainya. Fasa yang ketiga iaitu improvisasi dan pada fasa ini kanak-kanak digalakkan supaya melakukan improvisasi secara individu ataupun secara kumpulan. Pada mulanya hanya tangga nada pentatonik disyorkan dan pada fasa keempat iaitu mencipta, kanak-kanak digesa melakukan penciptaan dengan menggunakan bahan asas dari fasa satu hingga ke fasa tiga. Pada peringkat ini jugalah puisi digunakan sebagai bahan muzik untuk penciptaan dengan menggunakan pertuturan berirama, gerakan, nyanyian dan alat muzik Orff.

Objekti pendekatan Orff ialah menggunakan pertuturan dan gerakan kanak-kanak yang semula jadi untuk memulakan segala pengalaman muzik bagi mereka. Selain itu membolehkan kanak-kanak mempelajari muzik sambil berasa seronok melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti-aktiviti muzikal. Ia juga mendorong kanak-kanak supaya menganggap pertuturan, nyanyian dan permainan sebagai aktiviti yang sama. Selain itu juga ia membolehkan kanak-kanak menyertai sesuatu ensembel muzik dengan cukup rela dan juga yakin serta memperkembangkan daya kreatif muzikal mereka dalam kedua-dua aspek muzikal. Oleh itu Orff telah menggunakan strategi-strategi seperti menggunakan irama tulen yang terdapat dalam bahasa, peribahasa, lagu untuk memperkembangkan perasaan dan kepekaan mereka terhadap nilai not dan tanda masa.

Penggunaan bordun, drone dan juga ostinato sebagi iringan untuk gerakan dan permainan. Penggunaan tangga nada pentatonik pada peringkat awal sebagai cara untuk memudahkan kerja kanak-kanak. Selain itu, beliau juga memperkembangkan daya kreativiti kanak-kanak yang baka dengan memperbanyakkan aktiviti ciptaan dan improvisasi dalam kelas muzik.Antara kelebihan pendekatan ini ialah menyeronokkan kanak-kanak serta menarik minat mereka. Konsep-konsep muzik dipelajari kank-kanak melalui pembelajaran secara penemuan atau pembelajaran sampingan.

3. PESTALOZZIBerdasarkan sumber bacaan terhadap Falsafah Pestalozzi, dapat saya fahami bahawa falsafah ini banyak memperkatakan tentang konsep yang menyatakan bahawa pendidikan yang baik sekali adalah pendidikan yang diperolehi melalui pancaindera manusia. Bagi Pestalozzi, para pelajar harus dididik mengikut perkembangan semula jadi mereka. Pendapat-pendapat Pestalozzi seperti ini telah banyak mempengaruhi dunia pendidikan di Eropah dan Amerika. Pestalozzi juga banyak memberi tekanan kepada konsep bahawa pelajaran harus berlaku melalui penyertaan langsung. Hal ini membuktikan bahawa beliau merupakan antara pendidik yang pertama sekali yang telah membezakan antara pengetahuan tulen dengan pengetahuan daripada buku.

Beliau juga telah mengesyorkan supaya ditambah pendidik muzik dalam kurikulum sekolah. Di dalam falsafah Pestalozzi ini terdapat beberapa prinsip. Antara prinsip-prinsip tersebut adalah seperti mengajar bunyi-bunyi sebelum tanda-tanda atau simbologi (kaedah hafalan sebelum catatan) dan biarlah para pelajar belajar menyanyi sebelum mempelajari notasi muzik. Prinsip yang kedua ialah, mendidik para pelajar dengan memberikan galakan kepada mereka supaya memerhati, mendengar, meniru serta membezakan bunyi-bunyi yang didengarnya itu dan menentukan dengan pengalaman atau usaha mereka sendiri sama ada bunyi-bunyi itu sama atau berlainan dan seronok untuk didengar atau tidak. Perkara ini dilakukan dengan penerangan atau panduan yang paling minimum daripada guru. Hal ini bermakna pembelajaran yang aktif dan bukan yang berbentuk pasif. Prinsip yang ketiga, mengajar satu aspek muzik sahaja (irama, melodi, dan sebagainya) pada satu ketika. Perkara ini harus dijalankan dengan amat teliti sebelum melakukan aktivit gabungan dengan aspek muzik yang lain. Seorang pelajar harus cekap dan mahir dengan setiap aspek muzik tersebut melalui latihan yang mencukupi, sistematik dan berperingkat sebelum beredar kepada aspek yang seterusnya.

Prinsip yang keempat pula adalah prinsip-prinsip dan teori-teori harus diberi hanya selepas amalan praktik dijalankan. Dengan itu, para pelajar dapat mengaitkan amalan praktik dan teori dengan usaha sendiri. Prinsip yang kelima pula memperkatakan tentang pelajar-pelajar harus juga diberi peluang yang cukup untuk mengkaji muzik dam membuat latihan-latihan dengan elemen-elemen muzik melalui usaha sendiri supaya dapat dipraktikkan dalam seni muzik (kaedah pendekatan berkonsep). Prinsip yang terakhir iaitu yang keenam, nama-nama not untuk nyanyian dan muzik instrumental harus diselaraskan. Oleh itu, nyanyian solfa tidak digalakkan. Berdasarkan prinsip-prinsip yang telah diberikan oleh Pestalozzi jelaslah bahawa falsafah beliau sememangnya penting untuk meningkatkan dan memperkembangkan bakat dan tahap pemikiran kanak-kanak. Dengan itu jelaslah bahawa Falsafah Pestalozzi untuk pendidikan muzik telah banyak mempengaruhi profesion pendidikan muzik.

Salah seorang tokoh pendidikan muzik di Amerika yang pernah diberi gelaran " bapa pendidikan muzik" di Amerika Syarikat, iaitu Lowell Mason juga telah banyak dipengaruhi oleh Pestalozzi. Beliau telah berjuang untuk menambah pendidikan muzik sebagai satu matapelajaran yang wajib dalam kurikulum dan beliau telah berbuat demikian tanpa gaji selama setahun. Dengan usaha ini, beliau telah berjaya membuktikan kepada kaum ibu bapa di Boston tentang kepentingan mengadakan muzik dalam kurikulum. Dengan itu, muzik telah dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah di Boston pada tahun 1838. Mason mengatakan bahawa muzik mempunyai potensi yang cukup untuk seseorang individu seperti menyedari tentang keEsaan Tuhan dengan lebih mudah, mendapat dan merasakan ketenangan jiwa di paras yang lebih tinggi dan menjadi warganegara yang lebih gembira dan harmoni.

3 KEPENTINGAN ASPEK SOSIOLOGIDALAM PENDIDIKAN MUZIK

1. Tingkah Laku Muzikal : Sifat Semulajadi atau Akibat Asimilasi dengan Persekitaran.

Sepanjang pembacaan saya dan ilmu pengetahuan yang saya perolehi, aspek sosiologi ini banyak memberi makna dalam diri seseorang terutama sekali dalam bidang muzik. Manusia ini dijadikan untuk saling berhubung antara satu sama lain. Daripada perhubungan inilah pelbagai masalah, pengajaran, ilmu dan pengalaman baru kita perolehi. Dalam bidang muzik contohnya, kita boleh mengambil sesuatu ilmu dan teknik permainan muzik dengan banyak bertanya kepada orang-orang yang lebih berpengalaman. Aspek sosiologi ini juga banyak mengambil kira terhadap aspek perhubungan tidak kira dengan orang lain mahupun dengan diri sendiri.

Kepentingan yang pertama aspek sosiologi dalam pendidikan muzik adalah membentuk tingkah laku muzikal. Setiap manusia dan insan yang dilahirkan di dalam dunia ini mempunyai minat dan kehendak yang tertentu. Daripada minat inilah akan timbul dan dapat kita lihat pelbagai sifat dan perangai manusia dilakukan berdasarkan minat mereka. Minat ini juga bukanlah satu paksaan dari mana-mana pihak. Contohnya dalam bidang muzik kanak-kanak yang minat terhadap muzik akan gemar mendengar bunyi-bunyian daripada pelbagai sumber. Selain itu, pelajar yang mempunyai kemahiran yang lebih, mereka akan mula bermain dengan alat-alat muzik dan melakukan gerak-gerak kreatif mengikut muzik yang digemari oleh mereka. Sifat dan minat terhadap sesuatu muzik ini timbul berdasarkan minat individu itu sendiri. Melalui muzik ini juga pelajar lebih mudah untuk belajar dan memahami sesuatu pelajaran.

Contohnya, dalam subjek matematik, guru boleh mencipta rumus matematik dalam bentuk lagu supaya mudah diingat dan dihafal. Selepas mencipta lagu dari rumus matematik ini, guru-guru boleh membuat permainan di dalam kelas supaya sistem pembelajaran menjadi lebih seronok. Secara tidak langsung murid akan bercampur gaul sesama mereka. Hal ini akan menyebabkan murid-murid akan berkomunikasi dan berhubung dengan rakan-rakan yang lain. Faktor persaingan juga akan timbul antara pelajar kerana mereka akan berlumba untuk menjawab soalan yang diajukan oleh para guru.

2. PemasyarakatanPermasyarakatan merupakan proses apabila seseorang individu dapat memperoleh beraneka jenis tingkah laku yang perlu untuk berfungsi dalam sesuatu masyarakat. Tanpa proses ini, seseorang tidak dapat hidup sebagai manusia biasa. Kepentingan kedua dalam aspek sosiologi adalah dari segi permasyarakatan. Masyarakat memainkan pengaruh yang besar dalam kehidupan seseorang.

Kebanyakkan individu biasanya terikut-ikut dengan budaya dan cara hidup setempat. Contohnya seseorang individu yang hidup dalam sekelompok masyarakat yang kebanyakkannya terdiri daripada masyarakat yang gemarkan muzik akan terikut-ikut dengan budaya yang diamalkan oleh masyarakat tersebut. Individu yang tidak mempunyai bakat atau kemahiran dalam sebarang hal-hal berkaitan dengan muzik seperti bermain alat muzik akan dapat mempelajari secara tidak langsung walaupun hanya melalui pemerhatian dan pendengaran.

Masyarakat kulit hitam di Afrika contohnya telah meluahkan rasa marah, protes dan kecewa terhadap penindasan yang telah di lakukan oleh kaum kulit putih terhadap kaum mereka. Mereka dijadikan hamba suruhan dan diseksa dengan penuh kekejaman. Sebagai tanda marah dan tidak puas hati mereka, kaum kulit hitam ini telah menyalurkan rasa tidak puas hati mereka melalui muzik hip hop. Dewasa ini, muzik hip hop telah berkembang dan dikormesialkan di seluruh dunia. Kesannya muzik hip hop telah menjadi ikutan oleh lapisan masyarakat remaja khususnya. Ini telah menjadi bukti bahawa masyarakat memainkan peranan yang penting dalam pendidikan muzik.

3. Muzik Sebagai Tingkah Laku ManusiaMuzik merupakan satu lagi jenis tingkah laku manusia yang bolehdiperoleh. Muzik adalah sama seperti cara kita belajar bertutur dalam sesuatu bahasa, bermain bola sepak, memandu kereta atau mencium tangan ibu bapa kita pada pagi hari raya. Muzik juga merupakan satu aktiviti sosial yang membolehkan sekumpulan manusia memahami serta bersetuju dengan cara-cara bunyi muzik patut digabungkan. Maka, sesuatu masyarakat bersependapat atau mempunyai konsensus tentang makna muzik.

Biasanya, seni muzik dalam satu masyarakat adalah juga banyak berdasarkan warisan daripada generasi-generasi dahulu. Dengan itu, hasil seni yang jelas luar daripada tradisi diterima dengan mudah. Hasil-hasil seni muzik avant-grade daripada pencipta-pencipta terkenal seperti John Cage dan Arnold Schonberg tidak dapat diterima oleh masyarakat masing-masing kerana muzik itu melampaui batasan muzik yang telah dipersetujui oleh masyarakat berkenaan. Di Malaysia sendiri, muzik avant-grade yang telah dihasilkan oleh Alfonso Soliano pada tahun 1960-an, Johari Saleh pada tahun 1970-an dan kumpulan Asiabeat di bawah pimpinan Lewis Pragasam pada tahun 1980-an kesemuanya pernah mengalami nasib yang sama juga.

Terdapat juga satu mazhab yang menganggap muzik sebagai satu seni luar biasa dan tersendiri yang patut disanjung tinggi kerana ia bukan semata-mata satu bentuk tingkah laku manusia yang biasa. Mereka yang berpendapat begitu berasa kurang senang apabila muzik diibaratkan sebagai satu lagi tingkah laku manusia yang biasa. Mazhab yang sedemikian begitu berleluasa di Eropah pada abad ke-19 dan mengikut falsafah ini (transendetalisme) pencipta ialah orang yang luar biasa seperti nabi yang menerima ilham dari sesuatu alam yang ghaib. Hasil karya si pencipta adalah dianggap sebagai sesuatu yang memang istimewa dan tersendiri daripada tingkah laku manusia yang lain. Jika ada pendengar yang tidak dapat menghayati muzik itu, maka yang dipersalahkan ialah si pendengar itu sendiri dan bukan si pencipta. Richard Wagner, seorang pencipta yang diagung-agungkan pada zaman Romantik di Eropah telah berhujah dengan panjang lebar tentang persepsi seperti ini dalam kebanyakan hasil penulisannya. Fikiran seperti ini yang mengagung-agungkan muzik dan penciptanya masih wujud khasnya di kalangan pencinta seni muzik pada hari ini. Bagi mereka, muzik dan seni adalah jelas luar daripada pengalaman manusia biasa. Falsafah Hindu juga meletakkan seni muzik pada satu darjat yang begitu tinggi selain mengaitkan seni muzik itu dengan penaung-penaung tertentu di kalangan dewa-dewi Hindu.

Namun demikian, semua hasil seni muzik boleh diterima sebagai ciptaan manusia yang memang istimewa yang tidak boleh disamakan dengan kejayaan manusia yang lain seperti penciptaan botol atau pensil. Seni muzik ialah hasil estetika dan pengalaman manusia yang lebih mendalam yang juga dapat mencerminkan antara lain, beraneka jenis perasaan, emosi, kreativiti, dan intelek sesama manusia. Seni muzik juga boleh mengayakan dan meningkatkan lagi kualiti kehidupan manusia. Dengan itu muzik boleh dianggap sebagai satu tingkah laku manusia tetapi yang agak unik.

3 KEPENTINGAN ASPEK PSIKOLOGIDALAM PENDIDIKAN MUZIK

1. BehaviurismeMazhab behaviurisme dapat dikatakan menumpukan hampir segala kajian terhadap tingkahlaku yang dapat diperhatikan. Ahli behaviurisme kurang memberi fokus kepada proses mental yang lain. Pendapat mazhab ini segala penukaran pada tingkahlaku manusia adalah akibat oleh satu proses pembelajaran atau yang dinamakan penlaziman. Dalam proses ini, setiap gerak balas baru dilakukan.

John Broadus Watson (1878-1958) ialah ahli psikologi yang telah memperkenalkan istilah behaviurisme dan mazhab ini pada tahun 1913. Watson juga ahli psikologi yang pertama memutuskan segala kaitan antara bidang psikologi dengan bidang falsafah. Beliau dapat menghuraikan beberapa prinsip tambahan tentang bagaimana pembelajaran manusia yang lebih kompleks berjalan.

Burrhus Frederic Skinner (1904) ialah seorang pakar psikologi yang masyhur dari Amerika. Beliau telah banyak mempengaruhi pemikiran dalam mazhab behaviurisme pada masa sekarang. Beliau telah banyak melakukan kajian terhadap burung-burung merpati. Beliau menumpukan tentang peneguhan positif dan negatif. Kaedah ini telah digunakan dalam pedagogi untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam pelajaran. Sistem dan idea yang sama juga telah banyak digunakan dengan Berjaya di institusi pemulihan dan situasi lain untuk menjauhkan tingkah laku yang negatif.

2. KognitivismeMazhab ini berdasarkan psikologi Gestalt yang telah dibawa ke Amerika oleh Wertheimer pada awal abad 20-an. Pernah dinamakan sebagi Mazhab Berlin di kalangan ahli psikologi pada ketika itu. Telah membawa kesan yang amat besar kepada sistem pendidikan di Amerika khasnya pada tahun 1900.

Struktur mental yang teratur dan berperingkat memang wujud dalam akal fikiran manusia. Sudut fikiran ini boleh memudahkan kefahaman kita tentang beberapa proses mental seperti bagaimana seseorang boleh melupakan atau mengingat kembali sesuatu hal. Ahli kognitivisme sangat berminat untuk mengetahui bagaimana sesuatu pengetahuan atau pengalaman baru boleh diintegrasikan dan disimpan dalam sesuatu struktur mental dengan baik sekali.

Roger dan Maslow lebih mementingkan proses untuk perkembangan potensi yang sedia ada pada seseorang individu. Pendapat Maslow, seseorang individu boleh bertindak dengan lebih motivasi untuk mencapai sesuatu. Proses ini dinamakan sempurna kendiri oleh Maslow. Individu berkenaan itu akan melakukan proses ini dengan satu sikap yang positif setelah memahami dan menerima sifat-sifat semulajadinya yang intrinsik.

3. Teori Perkembangan PiagetPiaget telah membentangkan satu teori tentang perkembangan kanak-kanak dalam satu struktur yang mempunyai empat peringkat yang pernah dinamakan tahap atau zaman. Piaget telah menegaskan bahawa pergerakan kanak-kanak dari satu fasa ke fasa berikutnya bukan semata-mata berdasarkan umur tetapi lebih kepada perkembangan kanak-kanak secara individu.

FasaUmur Kanak-kanak

Deria motor0-2 tahun

Praoperasi2-7 tahun

Operasi Konkrit7-12 tahun

Operasi Formal12 tahun ke atas

Tahap Deria Motor. Sifat kanak-kanak pada peringkat ini lebih berdasarkan interaksi mereka dengan alam sekeliling melalui pancaindera masing-masing. Kewujudan sesuatu yang tidak dapat dikesan dengan salah satu pancaindera tidak wujud langsung bagi kanak-kanak deria motor. Kanak-kanak yang kian membesar dapat membezakan objek di pesekitaran mereka dengan melalui penglibatan diri secara aktif

Fasa Praoperasi. Kanak-kanak memproses segala maklumat yang diterima itu dengan cara yang kurang berkesan jika dibandingkan dengan cara orang dewasa iaitu dari segi kebolehan menyimpan imej-imej mental tentang sesuatu abstrak. Tetapi tahap pemikiran kanak-kanak dalam fasa praoperasi ini masih terhad. Kanak-kanak yang mempunyai kecacatan dalam kebolehan berbahasa pada fasa ini akan jauh ketinggalan dalam aspek perkembangan mereka yang lain.

Fasa Operasi Konkrit. Kebolehan proses mental dan kognitif bagi kanak-kanak dalam fasa ini agak beza sedikit jika dibandingkan dengan kanak-kanak dalam fasa praoperasi. Kanak-kanak mampu mengecam melodi sebuah lagu apabila melodi itu dimainkan dengan tempo dan alat muzik yang berbeza. Bagi kanak-kanak terdapat beberapa peringkat iaitu kualiti ton, tempo, elemen masa dalam muzik seperti rentak, elemen pic dan konsep harmoni.

Fasa Operasi Formal. Merupakan fasa terakhir dalam struktur piaget. Kanak-kanak dalam fasa ini dapat menyelesaikan masalah dengan lebih sempurna. Lebih yakin dengan satu jawapan sahaja. Boleh menilai sesuatu dengan hanya pemikiran abstrak. Pemikiran tidak terikat kerana telah menguasai pemikiran operasi formal.

RUJUKAN

1. Johami Abdullah (1997), Pendidikan Muzik Semasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

C.H. Lee (1996), Pendidikan Muzik Bahagian Asas, Rhythm Publishing Co. Sdn. Bhd.

CarlOrff(10 Julai,tahun 1895-29 MAC 1982)1komposerabad ke-20Jerman,yangpalingterkenaluntukCarminaBurana(1937).Beliaujuga telahmenjadisangatberpengaruhdalam bidangpendidikanmuzikuntukkaedahpedagogiknya,yangmasihhidupmelaluiOrffSchulwerk.kehidupanOrffdilahirkandi Munichpada 10 Julai,tahun 1895, dandatang darikeluargaBavariayangsangataktifdalam tenteraJerman.BandregimenbapanyatelahdikatakanmemainkankomposisiOrffmuda.NegeriMusik-LexikonMoserbahawaOrffbelajardiAkademiMunichMuziksehingga tahun 1914.Beliau kemudiannya berkhidmatdalam tenterasemasaPerang DuniaI.Selepas itu,beliaumemegang pelbagai jawatandirumah-rumahoperadi MannheimdanDarmstadt,kemudiankembalike Munichuntukmelanjutkan pelajaranmuzik.1925,dansepanjanghidupnya,Orffadalahketuajabatandanpengasas bersamaSekolahGuentheruntukgimnastik, muzik,dan tariandi Munich, di mana beliaubekerja denganmuzikbaru.Mempunyaisentiasa berhubung dengankanak-kanak,iniadalahdimanabeliau membangunkanteori-teoridalam pendidikanmuzik.