terokamatahati.weebly.comterokamatahati.weebly.com/uploads/2/0/1/1/20111071/… · web...
TRANSCRIPT
Pengenalan
Pengertian dan konsep khutbah
Bahasa khutbah melalui Kamus Ensiklopedia halaman 207 didefinisikan sebagai
sejenis ucapan yang disampaikan sebelum sembahyang Jumaat atau sembahyang Hari Raya,
baik Hari Raya Puasa mahupun Hari Raya Haji. Khatib adalah orang yang mempunyai
peranan terpenting dalam situasi berkhutbah ini. Beliau yang bergelar seorang khatib ialah
tokoh agama yang juga seorang imam di dalam sesebuah solat Jemaah. Khutbah ini adalah
situasi yang meletakkan semua jemaah pada taraf yang sama.
Pelbagai perbezaan dapat dilihat antara ceramah dengan pidato. Khutbah itu sendiri
menaikkan dan menekankan aspek pengajaran tentang kehidupan mengikut perjalanan dalam
agama Islam. Ayat-ayat yang diaplikasikan dalam khutbah mempunyai struktur yang sesuai
dengan tujuan untuk memberi pengajaran. Contohnya pada usia Ramadhan mula menapak,
khatib akan saling mengingatkan kepada jemaah supaya mengerjakan amalan yang baik dan
menjauhi segala unsur yang kurang baik. Ayat-ayat yang lebih berunsurkan nasihat serta
memberi pengajaran akan dinaikkan sebagai satu penekanan yang mudah menyerap ke dalam
diri seseorang jemaah.
Usaha menyampaikan sesuatu di dalam sesebuah perjalanan khutbah ini dimulakan
dan diakhiri dengan ayat-ayat yang dipetik daripada kitab suci Al-Quran. Melalui khutbah,
terdapat ungkapan yang diambil daripada perkataan Arab dipetik terus daripada kitab Al-
Quran dan Hadis. Cerita-cerita yang terkandung dalamnya diambil dan diaplikasikan sebagai
satu bahasa perantaraan dalam usaha menyampaikan sesuatu pengajaran kepada sesiapa
sahaja yang mendengar dan menghayatinya.
1
Gaya dan ragam bahasanya adalah bersifat mengajar iaitu tidak terlalu formal dan tak
peribadian. Tujuannya adalah untuk mengajar umat Islam mengenai peraturan-peraturan
agama yang terkandung dalam konsep Tauhid dan Fiqah. Secara telitinya, konsep khutbah
meletakkan situasi berkumpul di masjid adalah satu nilai mulia.
Khutbah dianggap berjaya ataupun kurang berjaya adalah bergantung kepada isi dan
cara penyampaiannya. Khutbah yang berjaya dan cemerlang adalah khutbah yang menusuk
hati jemaah yang mendengar. Cara penyampaian dan pemilihan kata adalah isu bahasa yang
sering dititikberatkan. Para muslimin akan memperolehi ilmu baharu, pengajaran baru serta
peringatan yang baru serta turut berjaya memotivasikan diri apabila berada dalam himpunan
jemaah yang berada dalam situasi khutbah yang harmoni. Pengisian yang terdapat dalam
khutbah mampu diaplikasikan bukan sahaja kepada pendengar di dalam kawasan sekitarnya
malah turut merebak sehingga pada keseluruhan isi rumah dan ianya terus berpanjangan.
Khutbah turut berperanan sebagai medium untuk memartabatkan bahasa Melayu.
Peringatan, nasihat, isu semasa juga mengenai ilmu pengetahuan berkaitan Islam dapat
disebar luas seiring dengan perkembangan bahasa Melayu. Dakwah secara lisan ini tergolong
dalam lingkungan ceramah dan syarahan yang juga merupakan sebahagian daripada medium
komunikasi perhubungan antara manusia. Gaya bahasa khutbah dikaitkan dengan intonasi
khatib sama ada sekadar mengaplikasikan bacaan secara biasa ataupun mencipta kejutan
luarbiasa. Penyampaian khatib pada sisi ini dilihat satu medium terpenting kerana mampu
menyerlahkan sesi penghayatan yang menarik kepada jemaah pendengar.
Tempoh bacaan selama 15 minit itu perlu diisi selengkapnya walaupun ianya ringkas.
Jemaah yang terdiri daripada pelbagai latar kehidupan dan pekerjaan ini hadir dengan
membawa pelbagai ragam dan imej konsepsi diri masing-masing. Kesimpulannya, mesej yang
disampaikan dalam sesebuah bacaan khutbah umpama air yang mengalir bagi pendengar yang
2
dahagakan ilmu dan umpama bantal melelapkan mata bagi mereka yang kurang berminat.
Pengisian, gaya bahasa dan lenggok khatib adalah unsur terpenting dalam sesi pembacaan
sesebuah khutbah.
Pengertian dan konsep semantik
Semantik ialah satu bidang dalam kajian linguistic yang mengkaji makna. Asal
perkataan semantik ialah melalui bahasa Greek iaitu “sema” yang beerti “tanda”(sign).
Seterusnya, perkaatan itu telah menerbitkan kata “semaine” yang bermaksud “beerti” dan
daripada perkataan inilah tercetusnya istilah “semantik” yang menamai satu bidang ilmu yang
mengkaji atau menganalisis makna. Istilah “semantics” pada mulanya tidak pernah digunakan
sehinggalah terdapat satu pembentangan kertas kerja di American Philogical Society
(Persatuan Filologi Amerika) pada tahun 1894. Melalui pembentangan kertas kerja tersebut,
dapat dirungkaikan bahawa M. Breal telah mencipta perkataan “semantique” dalam bahasa
Perancis tetapi istilah tersebut tidak hanya digunakan untuk menerangkan mengenai makna,
tetapi juga mengenai tahap perkembangannya.
Setiap perbezaan bahasa memberi perbezaan antara sesuatu konsep dengan caranya.
Melalui bahasa, kita boleh mengungkapkan pendapat, emosi, fikiran, keperibadian manusia,
pendapat dan perlakuan. Manakala, semantik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat halaman
1433 ditakrifkan sebagai satu kajian mengenai makna perkataan dan penambahan makna
sesuatu kata. Makna akan terhasil melalui kata kerana ianya merupakan satu unit ujaran yang
bebas. Definisi semantik dari sudut istilah pula ialah penting atau beerti.
J.W.M Verhar (1996) menyatakan bahawa semantik ialah satu cabang linguistik yang
akan membahas tentang erti dan makna. Semantik juga merupakan bidang pengkajian
linguistik yang objek pengkajiannya adalah mengenai makna bahasa (Abdul Chaer, 1994).
3
Secara totalnya, semantik ialah ilmu mengenai erti atau perubahan erti sesuatu perkataan.
Kajian ini adalah mengenai lambang-lambang atau tanda yang mengungkapkan makna,
hubungan yang berlaku antara makna dengan makna juga pengaruh sesuatu makna kepada
sesebuah kumpulan masyarakat.
Abdullah Hassan (1989:1) telah mentakrifkan semantik sebagai istilah yang merujuk
kepada kajian makna dan oleh sebab makna itu adalah sebahagian daripada bahasa, maka
semantik menjadi sebahagian daripada linguistik. Semantik bertindak sebagai komponen atau
salah satu peringkat dalam linguistik sehingga dilihat sama tarafnya dengan fonetik dan
tatabahasa. Ahli linguistik secara keseluruhannya mengakui dan menerima secara eksplisit
dan implisit dalam model linguistik bahawa semantik terletak pada satu hujung kajian, fonetik
di hujung yang lain manakala tatabahasa lebih selesa berada di pertengahan.
Akhirnya dalam pelbagai pengkajian yang dijalankan, penggunaan istilah perlu dilihat
secara umum iaitu dilihat melalui kerangka akademik dan semantik kerana semantik adalah
pengkajian bahasa secara saintifik dan sebahagian daripada linguistik. Kajian saintifik perlu
bersifat empiris kerana kajian itu mestilah boleh menggunakan cara-cara tertentu, menguji
dan memverifikasikan pernyataan-pernyataan yang dibuat dalam kajian tersebut.
Kesimpulannya, pengertian semantik adalah melibatkan cara kita menghubungkan bahasa
dengan pengalaman kita, dan dengan ini kita akan mengatakan bahawa rujukan itu merupakan
unsur mustahak bagi semantik. (Abdullah Hassan 1989:33)
Menurut Ullmann (1962:15), semantik mempunyai dua pengertian iaitu yang
pertamanya ialah bahagian daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan ungkapan dan
juga struktur makna sesuatu peraturan. Keduanya ialah satu sistem dan penyelidikan makna
sesuatu bahasa. Kenyataan Pei dan Gaynor (1980:193) dibawah ini adalah berkait rapat
dengan pernyataan diatas yang menerangkan makna sesuatu bahasa.
4
“Science dealing with the relation between referents and referends-linguistics symbol(word, expressions, phrase) and objects or concepts to which they refer-and with the history and changes in the meaning of words”.
Taringan (1985:8) telah menggolongkan semantik kepada dua iaitu makna luas dan
makna sempit kerana meletakkan semantik sebagai satu bidang linguistik. Makna luas
termasuklah sintaksis yang mengkaji ayat, semantik yang mengkaji makna dan pragmatik
yang mengkaji perlakuan linguistik. Manakala, makna sempit termasuklah teori referensi dan
teori makna. Keadaan ini menurut Nor Hashimah Jalaludin (1992:1) yang memetik
pandangan Sperber dan Wilson (1980), bahawa pengkajian makna pada peringkat semantik
belum dapat memberikan makna sepenuhnya sebagaimana yang dihajati oleh penutur.
Pengkajian makna harus menekankan pengkajian ilmu pragmatik iaitu ilmu
penginterpretasian makna melalui penglibatan faktor linguistik dan bukan linguistik yang
membantu dalam pengkajian makna.
Konsep semantik menurut Choamsky ialah makna ayat yang ditentukan oleh struktur
permukaan dan konteks ayat yang digunakan. Ferdinand de Saussure pula berpendapat
semantik ialah bahasa yang diungkapkan untuk menyampaikan makna. Namun, berlaku
kelainan pendapat dalam pernyataan M. Breal yang mengatakan bahasa semantik bukan
hanya merujuk kepada makna tetapi juga merujuk kepada perkembangannya yang disebut
“semantik sejarah”. Jelaslah disini pelbagai pengertian yang boleh diteliti dan diterima
melalui maksud dan definisi semantik namun apa yang pasti ia adalah berkaitan dengan
makna dan bahasa yang teliti. Aspek donotasi, konotasi, konteks makna, bentuk makna,
konsep makna, perubahan makna semuanya termasuk dalam kajian semantik.
Konsep semantik meletakkan pandangan perhubungan yang selaras antara benda
secara langsung antara kata dan benda. Pentafsiran pandangan yang lebih berkualiti dapat
5
dipercayai apabila dilihat dalam keadaan imbasan sekali mengenai perhubungan antara kata
dan benda melalui konsep perbandingan. Teori mengenai “Tanda” oleh De Saussure dan teori
“Segi tiga semiotik” oleh Ogden dan Richards adalah versi paling dikenali ramai mengenai
konsep semantik. Pandangan ini kukuh pada sifat asasnya, diteliti dan dikuasai oleh ahli
bahasa dan falsafah sejak dahulu sehinggalah kini.
Menurut De Saussure (1923) lambang linguistik mempunyai penanda dan petanda.
Hal ini lebih khusus dan merupakan satu imej bunyi dan suatu konsep. Sebuah perhubungan
akan berlaku di antara penanda dan petanda dalam satu ikatan “Asosiatif psikologis”. Satu
entiti konseptual akan bertindak sebagai satu medium dalam menekankan peranan bunyi-
bunyi yang dihasilkan dan benda-benda yang diperkatakan di dunia ini.
Odgen dan Richards (1923 [1949: 11]) pula meletakkan “simbol” sebagai satu perkara
wajib dalam dunia linguistik termasuklah kata dan ayat. Manakala “perujuk” pula ialah
bendanya sementara “fikiran dan rujukan” berperanan sebagai konsepnya. Teori yang
ditekankan oleh mereka ini dilihat tidak punya hubungan langsung antara simbol dan perujuk
iaitu bahasa dan dunia.
Walaupun tradisi falsafah dalam dunia Inggeris banyak dipengaruhi oleh kebanyakan
ahli empirisis, terdapat ramai juga ahli linguistik yang menerima pandangan makna ahli
konseptualis. (Abdullah Hassan, 1989:30) Mentalisme baru yang dibuka dan dimulakan
tersebut turut menggendong satu tuntutan penting bahawa intuisi dan introspeksi berperanan
penting dalam sesebuah penyelidikan bahasa. Hal ini membuka mata para pengkaji linguistik
untuk melihat erti makna dalam corak berlainan iaitu penggunaan entiti-entiti yang dikenali
sebagai konsep. Kita mudah dipesongkan dengan kata kerja “have” yang bermaksud ada dan
adalah, tetapi kenyataanya “makna” ialah sebuah kata nama bagi mencari sesuatu yang
merupakan makna.
6
Perkembangan ilmu semantik
Peringkat pertama: Semantik Struktural
Semantik struktural ialah perkembangan semantik pada peringkat yang pertama.
Semantik struktural adalah salah satu daripada komponen tatabahasa yang menguntukkan
mengenai representasi semantik kepada ayat. Golongan yang menganalisis semantik pada
peringkat ini mengekalkan tradisi ahli struktural. Tugas mereka adalah untuk mengkaji fitur
distingtif yang dapat disebarluaskan bagi seluruh perbendaharaan kata seperti mengalisis ilmu
fonologi. Fitur distingtif adalah dengan melihat hubungan antara fitur. Jika /b,d,g/ mempunyai
fitur [ + suara ] maka /p,t,k/ mempunyai fitur [ - suara ]. Terdapat fitur distingtif dalam setiap
perkataan bagi tujuan membuktikan fitur khasnya dengan hubungan antara fitur tersebut.
Contohnya :
- Teruna [ + lelaki ]
- Gadis [ - lelaki ]
Perkembangan ilmu semantik pada peringkat ini memperlihatkan terdapat interpretasi
yang serupa berbentuk sinonim seperti “teruna” dan “bujang”. Manakala terdapat juga
interpretasi yang tidak serupa dan membentuk lawan kepada sinonim iaitu antonim seperti
perempuan dan lelaki [+/- lelaki]. Semantik pada peringkat pertama ini telah mengenepikan
makna pada peringkat ayat kerana dalam penganalisisan representasi fonetik walaupun ayat
yang dikaji tetapi hanya perkataan sahaja yang memberikan makna.
Peringkat ini telah menjelaskan bahawa pengkaji membuat andaian fitur semantik bagi
sesuatu perkataan dalam sesuatu ayat dapat digabung untuk mendapatkan makna keseluruhan
ayat tetapi barisan ayat itu perlu serupa. Jika perkataan yang sama disusun mengikut aturan
yang tidak serupa, maka makna yang akan dihasilkan akan berbeza. Contohnya:
7
- Kucing mengejar tikus.
- Tikus mengejar kucing.
Semantik pada peringkat ini gagal kerana tidak dapat berdiri dengan sendirinya. Katz
cuba untuk memberikan makna bagi keseluruhan ayat contohnya:
- Seorang perempuan membunuh seorang lelaki
- [ x dewasa ] [ x menyebabkan ] [ y teruna ]
- [ x manusia ] [ y menjadi ] [ y dewasa ]
- [ x wanita ] [ y tidak bernyawa] [ y manusia ]
Katz menyatakan peringkat semantik ini gagal kerana terhenti setakat menyenaraikan
bentuk makna ayat berdasarkan kata demi kata. Selain itu, mengenepikan hubungan struktur
dalaman dan luaran bagi ayat serta gagal memberikan penjelasan untuk menerangkan yang
manakah sepatutnya menjadi ukuran bagi membentuk representasi semantik.Secara
keseluruhannya, Katz Semantic Theory (1972) dilihat gagal untuk memberikan penjelasan
lanjut bagi ayat dan menjadi penyebab timbulnya semantik peringkat kedua.
2- Peringkat kedua: Semantik Interpretif dan generatif
Semantik pada peringkat ini bertindak sebagai satu komponen tatabahasa yang
menguntukkan bentuk-bentuk logik kepada ayat. Semantik Interpretif dan generatif ini
melibatkan ilmu logik dengan menggunakan perkataan kalkulus. Ahli logik menyatakan
bahawa mereka mempunyai sistem logik serupa bahasa bagi memberikan representasi
semantik dengan menggunakan predikat kalkulus (predicate calculus). Di sini dinyatakan
hubungan antara struktur sintaksis dengan stuktur semantik yang bertindak sebagai jalinan
antara struktur sintaksis dengan kandungan leksikal pada ayat tersebut.
8
Pada peringkat ini juga menunjukkan bahawa ciri-ciri semantik dan hubungan antara
ayat adalah hasil perkongsian antara dua perkara iaitu rumus yang menterjemah bahasa
semula jadi kepada bentuk logik dan rumus inferens logik yang menghubungkaitkan antara
bentuk logik dengan bentuk logik yang lain. Ahli logik lebih menjurus kepada penggunaan
rumus logik yang dilambang oleh P dan Q kerana lambang ini hanyalah sekadar arbitrari atau
sewenang-wenangnya sahaja. Tujuannya adalah untuk membuktikan bahawa makna sesuatu
ayat dapat dijelaskan dengan mudah dan ringkas. Contohnya :
P Q
- a. Kalau Lina mendapat biasiswa Lina dapat meneruskan pengajiannya di
Universiti (cadangan argumen/premis)
- b. Kalau Lina mendapat biasiswa (inferens)
- c. Lina meneruskan pengajianna di universiti (bentuk logik P dan Q)
Semantik pada peringkat ini turut gagal kerana terlalu mementingkan aspek sintaksis
dan tidak dapat menunjukkan hubungan yang sinonim. Contohnya:
- Ali teruna.
- Remaja/Lelaki/Manusia/Belum berkahwin = Ali
- Ali belum kahwin
- Belum kahwin (Ali) & Remaja (Ali) & Lelaki (Ali) & Manusia (Ali)
Analisis semantik pada peringkat ini gagal untuk menunjukkan bagaimanakah contoh
ayat serta bentuk logik harus berinteraksi bagi membuktikan bahawa ayat itu adalah sinonim.
Maka, terhasilnya semantik peringkat tiga iaitu semantik syarat benar.
9
Peringkat ketiga: Semantik syarat benar
Semantik pada peringkat ini dikenali sebagai semantik formal iaitu syarat benar (truth
condition). Ahli semantik pada peringkat ini ialah Kempson, Fodor, Sperber dan Wilson.
Semantik syarat benar diletakkan sebagai salah satu komponen tatabahasa yang
memperuntukan interpretasi semantik kepada ayat bagi mendapatkan syarat-benar sesuatu
ayat. Tujuan diperlakukan sebegini adalah untuk membezakan argumen yang sah daripada
yang tidak sah seterusnya memastikan bahawa kesimpulan dapat dihasilkan melalui cadangan
yang benar sahaja. Maka, premis dan kesimpulan haruslah benar iaitu:
- “A adalah benar jika dan hanya jika P”
- “S is true if and only if P”- Kompson (1982:26)
Formula ini dilihat bersesuaian untuk ayat seperti:
1- Rumput itu hijau jika hanya jika rumput itu hijau.
- Ayat ini tidak menerangkan peranan konteks dalam usaha menginterpretasikan
makna dan bagi ahli logik formula, ini bertujuan untuk membezakan antara sah
ataupun tidak argumennya. Maka, cadangan yang benar sahaja dapat menghasilkan
satu kesimpulan sebenar. Bentuk logik dan rumus inferens tidak dapat ditentukan
oleh kita dalam usaha untuk memastikan kesahihan argumen dan yang diperlukan
hanyalah alat yang menjadi penghubung-kait antara interpretasi semantik dan
syarat benar.
Semantik syarat benar ini mempunyai kelemahannya iaitu tidak dapat menerangkan
kebenaran dan ketidakbenaran ayat bukan penyata. Ini dilihat dalam contoh ayat seperti
berikut:
10
- Ayat sindiran – “Cantiknya muka”.
- Ayat Interagotif – “ Di mana kamu menghilang? ”
- Ayat seruan – “Wah, besarnya istana kau? ”
- Ayat Imperatif – “ Pergi mandi sekarang.”
Semantik Syarat Benar dilihat silap dalam usaha meramalkan semua kebenaran adalah
satu sinonim. Contohnya seperti dalam ayat:
a. Semua orang kaya tinggal di bandar.
b. Semua orang bandar ialah kaya.
Grice iaitu salah seorang ahli pragmatik berpendapat implikatur konvensional seperti
“dan”, “tetapi”, “jika”, “atau” dan perkataan lain mempunyai makna yang tersendiri tetapi
tidak mempunyai syarat benar. Oleh itu, perkataan tersebut termasuk dalam semantik
linguistik dan bukannya semantik syarat benar. Semantik linguistik lebih mencadangkan
makna pada peringkat nahu berdasarkan logik, manakala semantik syarat benar
membincangkan makna dengan memasukkan unsur pragmatik di dalamnya. Namun, ahli
pragmatik mendapati terdapat semantik syarat benar yang serupa dalam ayat ini:
a. Ali hadir dan saya berasa gembira.
b. Ali hadir tetapi saya berasa sedih.
Ayat di atas dilihat tidak dapat dijelaskan kerana perkataan yang hadir mempunyai
makna tetapi tidak mempunyai syarat benar. Dalam semantik syarat benar ini juga, tidak ada
ketentuan kerana makna yang diberikan dilihat mempunyai kekaburan. Maka, syarat ini gagal.
Contohnya dalam ayat:
Penentu cawan dengan gelas.
Pemisah antara kaya dengan miskin.
11
Ayat di atas adakalanya kita melihat ada objek berbentuk cawan tetapi tingginya
menyerupai gelas. Maka, masalah yang timbul adalah dimanakah harus objek ini kita
masukkan, sama ada dalam lingkungan kategori cawan mahupun gelas (Sperber & Wilson,
1985/86; 25). Kegagalan dalam menerangkan kekaburan yang wujud menyebabkan teori
semantik syarat-benar ini gagal seterusnya mewujudkan teori semantik syarat penuh iaitu
peringkat semantik yang keempat.
Peringkat empat : Semantik Sistem Penuh
Speeber dan Wilson menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan idea yang
dilampirkan oleh golongan semantik syarat benar dalam memberikan makna sebenar bagi
sesuatu ayat atau ujaran. Contohnya dalam argumen mereka berdua dengan memberikan
seberkas ayat.
- i) Saya berasa gembira.
- ii) Ali membeli ketam.
- iii) Dia juga.
Ketiga-tiga ayat di atas tidak dapat menjelaskan syarat-benarnya tanpa sebarang
maklumat tambahan. Ayat satu memerlukan maklumat seperti waktu ujaran dan siapakah
saya, sementara dalam ayat dua selain daripada waktu ujaran, memerlukan kita untuk berfikir
siapa Ali dan ketam apakah yang dimaksudkan. Manakala dalam ayat ketiga kita memerlukan
maklumat tentang waktu ujaran, siapakah dia dan frasa kerja yang diperlukan. Maklumat
sedemikian tidak dapat diberikan oleh nahu generatif. Jelaslah di sini, semantik syarat-benar
hanya boleh diterapkan pada ayat dan bukannya pada ujaran. Ini semua hanya boleh
diselesaikan melalui pragmatik dan bukannya semantik (Nor Hashimah Jalaluddin 1992:17).
12
Model Semantik Sistem Penuh.
a. Saya gembira (bentuk logik)
- ............. gembira pada .................
- [penutur] [waktu ujaran]
b. Ali ............... membeli ............... ketam (bentuk logik)
[individu bernama Ali] sejenis alat/makanan laut
c. Saya ................. juga (bentuk)
[seseorang individu ciri-cirinya]
Kesimpulannya, jika kita masih kekal dengan sistem semantik pada peringkat satu, dua
dan tiga yang menyatakan hanya ayat bahasa semula jadi yang menjadi syarat-benar, maka
sukar untuk melihat syarat-benar dengan pengertian yang diperoleh melalui persepsi (Nor
Hashimah Jalaluddin, 1992:21). Ilmu semantik dan pragmatik perlu dihubungkaitkan bagi
memperoleh makna yang sempurna sehingga mampu memberikan alternatif lain kepada teori
terdahulu.
13
Persembahan Isi Tugasan
Teori yang akan digunakan dalam kajian ini ialah Teori Logik Simbolik.
Teori ini dikenali juga sebagai analisis logik atau analisis Linguistik. Teori logik simbolik
ialah kajian yang menghuraikan bukan sahaja perkataan tetapi pada ayat dan perlakuan
manusia sebagai reaksi kepada tanggapan yang diterima oleh mereka mengenai sesuatu
perkataan. Teori Logik Simbolik juga mengandungi tiga bahagian kajian iaitu kajian
semantik, sintaktik dan pragmatik.
Semantik ialah kajian yang berhubungan simbol dengan rujukan atau hubungan antara
perkataan dengan benda. Semantik juga adalah rujukan dengan benda iaitu kumpulan benda-
benda yang terdapat persamaan. Untuk melakukan asas penilaian dan jangkaan proses
pergolongan perlu dibuat antaranya melalui pembahagian, iaitu membezakan sifat am sesuatu
benda atau perkara.
Sintaktik pula ialah kajian hubungan antara perkataan dengan perkataan lain yang boleh
menentukan makna. Kajian ini menggunakan konteks yang lebih besar dalam “ayat” atau
“frasa” dan makna yang didapati kabur boleh dijelaskan dalam kajian sintaktik ini.
Contohnya unsur “orang” dan “kecil”, unsur ini menghasilkan dua makna yang berbeza iaitu
orang yang badannya bersaiz kecil dan berpangkat rendah. Perbezaan makna antara keduanya
ialah tidak semua orang kaya itu kaya.
Pragmatik adalah kajian hubungan antara simbol dengan perkataan dan perlakuan yang
ditonjolkan oleh seseorang sebagai reaksi kepada perkataan yang ditonjolkan. Reaksi yang
diterima bergantung kepada tanggapan seseorang. Kelebihan pragmatik ialah dapat
menghuraikan makna yang berkesan kerana turut pertimbangkan ciri-ciri dan suasana iaitu
konteks dan perlakuan yang hadir seiring dengan sesuatu ujaran. Kehadiran konteks dapat
menentukan makna bagi sesuatu ujaran.
14
Teks khutbah yang digunakan dalam pengkajian ini bertajuk “Pengamal Rasuah
Pengkhianat Negara” bertarikh 9 April 2010. Aspek khutbah yang menggunakan Teori
Logik Simbolik adalah seperti berikut:
1. “Rasuah adalah perbuatan jenayah yang telah menular dan menjadi darah daging
dalam kehidupan masyarakat manusia di semua tempat”.
Semantik
“Darah daging”
i. Anak kandung
ii. Kaum kerabat sendiri
Sintaktik
i. Anak kandung
Contoh ayat: “Dia memang darah daging ibu saya”.
ii. Kaum kerabat sendiri
Contoh ayat: “Darah daging Abu ramai yang berada di Tanah Acheh”.
Pragmatik
Contoh ayat dalam petikan khutbah ini membawa maksud “ Serapan atau sebati
dalam diri”.
2. “Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa melampaui batas”.
Semantik
“Batas”
i. Garis pinggir sesuatu bidang
ii. Permatang
15
iii. Had atau paras sesuatu yang paling tinggi, matlamat dan ketentuan.
iv. Hingga atau sampai
Sintaktik
i. Garis pinggir sesuatu bidang.
Contoh ayat: “Kita sebagai seorang wanita perlu menjaga batas dalam
pergaulan”.
ii. Permatang
Contoh ayat: “Hanya satu jenis pokok buah-buahan yang boleh ditanam di batas
ini”.
iii. Had atau paras sesuatu yang paling hampir
Contoh ayat: “Pekerjaan yang diamanahkan menepati batas kebolehannya”.
iv. Hingga, sampai
Contoh ayat: “Dari batas kaki hingga ke tumit”.
Pragmatik
Contoh ayat dalam petikan khutbah ini membawa maksud “had” atau “paras”.
3. “ Punca-punca menyebabkan berlaku rasuah ialah bernafsu besar atau bersifat tamak
haloba”.
Semantik
“ Bernafsu besar”
i. Keinginan yang keras
ii. Kehendak hati
iii. Keinginan untuk makan, berselera
16
Sintaktik
i. Keinginan yang keras
Contoh ayat: “Dia bertindak kasar kerana menurut nafsu besarnya semata-
mata”.
ii. Kehendak hati
Contoh ayat: “Janganlah membuat keputusan mengikut nafsu sehingga
mengenepikan kehendak ibu bapa”.
iii. Keinginan untuk makan, berselera
Contoh ayat: “Akibat stress, Lina bernafsu besar untuk menikmati juadah
tengahari nya”.
Pragmatik
Contoh ayat dalam petikan khutbah ini membawa maksud “keinginan yang keras”.
4. “...kecuali jika mereka berpegang kepada “tali” daripada Allah swt (agama Allah) dan
“tali” daripada manusia (berpegang kepada janji manusia”.
Semantik
“Tali”
i. Serat yang dipintal panjang-panjang
ii. Benda yang halus panjang-panjang untuk mengikat sesuatu.
Sintaktik
i. Serat yang dipintal panjang-panjang.
Contoh ayat: “Akar pokok itu dijadikan tali untuk bergayut”.
ii. Benda yang halus panjang-panjang untu mengikat sesuatu.
Contoh ayat: “Bungkusan itu diikat dengan tali yang kuat dan tebal”.
17
Pragmatik
Contoh ayat dalam petikan khutbah ini membawa maksud “ perkara atau pekerjaan yang
mengikat sesuatu ataupun amanah”.
5. “Kadar celik huruf dan celik akal di kalangan rakyat negara ini semakin tinggi dan
dapat membuat penilaian dengan waras tentang isu-isu rasuah di negara ini”.
Semantik
“Waras”
i. Sihat, sembuh (jasmani)
ii. Sihat rohani (mental, ingatan)
iii. Berdasarkan taakulan (bukan pertimbangan atau fikiran yang wajar)
Sintaktik
i. Sihat, sembuh (jasmani)
Contoh ayat: “Dia tidak hadir kuliah hari ini kerana badannya kurang waras”.
ii. Sihat rohani (mental, ingatan)
Contoh ayat: “Dia mengalami tekanan mental sehingga ditahan di Hospital
Bahagia”.
iii. Berdasarkan taakulan (bukan pertimbangan atau fikiran yang wajar)
Contoh ayat: “Keputusan itu dibuat setelah mendapat kata sepakat yang waras”.
Pragmatik
Contoh ayat dalam petikan khutbah ini membawa maksud “berdasarkan taakulan (bukan
pertimbangan atau fikiran yang wajar”.
18
6. “Mereka ditimpakan kehinaan di mana sahaja mereka berada...”.
Semantik
“Ditimpa”
i. Bertindih-tindih atau bersusun-susun banyak-banyak
ii. Berturut-turut datangnya
Sintaktik
i. Bertindih-tindih atau bersusun-susun banyak-banyak
Contoh ayat: “Barang yang berat jatuh bertimpa di atas kepalanya”.
ii. Berturut-turut datangnya
Contoh ayat: “Penyakit datang bertimpa dalam kehidupan beliau”.
Pragmatik
Contoh ayat dalam petikan khutbah ini membawa maksud “berturut-turut datangnya”.
7. “Perbuatan rasuah meningkatkan penganiyaan dan pencabulan terhadap Hak Asasi
Manusia...”
Semantik
“Pencabulan”
i. Perbuatan mencabul kehormatan wanita
ii. Perihal mencabuli kedaulatan negara.
Sintaktik
i. Perbuatan mencabul kehormatan wanita
Contoh ayat: “Lelaki bertopengkan manusia itu telah dihukum kerana
tindakannya atas pencabulan terhadap seorang kanak-kanak perempuan bawah
umur”.
19
ii. Perihal mencabuli kedaulatan negara
Contoh ayat : “Kes pencabulan Hak Asasi Manusia oleh seorang kakitangan
kerajaan akan dibahaskan awal minggu hadapan di mahkamah”.
Pragmatik
Contoh ayat dalam petikan khutbah ini membawa maksud“perihal mencabuli kedaulatan
negara”.
8. “Yang demikian itu, disebabkan mereka sentiasa kufur kepada ayat-ayat Allah dan
mereka membunuh nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar”.
Semantik
“membunuh”
i. Mematikan, menghilangkan nyawa
ii. Memadamkan (api, tulisan dll), menghapuskan (sesuatu), meluputkan
iii. Menutup (menampal di tempat yang bocor)
Sintaktik
i. Mematikan, menghilangkan nyawa
Contoh ayat: “Beliau telah didapati bersalah kerana kesalahan membunuh adik
kandungnya sendiri”.
ii. Memadamkan (api, tulisan dll), menghapuskan (sesuatu), meluputkan
Contoh ayat: “Api dilihat telah membunuh hampir keseluruhan bahagian
rumah”.
iii. Menutup (menampal di tempat yang bocor)
Contoh ayat: “Ayah membunuh lubang yang bocor di bawah sinki itu dengan
menggunakan simen”.
20
Pragmatik
Contoh ayat dalam petikan khutbah ini membawa maksud “Menghapuskan sesuatu
atau meluputkan”
9. “Oleh itu, mimbar pada kali ini menyeru semua pihak sama-sama berusaha untuk
memerangi jenayah rasuah dalam negara kita...”
Semantik
“Mimbar”
i. Pentas atau panggung di dalam masjid tempat berkhutbah
ii. Ruangan dalam surat khabar iaitu tempat melahirkan fikiran atau pendapat
Sintaktik
i. Pentas atau panggung di dalam masjid tempat berkhutbah
Contoh ayat: “Khatib akan berada di atas mimbar ketika menyampaikan khutbah
kepada para jemaah”.
ii. Ruangan dalam surat khabar iaitu tempat melahirkan fikiran atau pendapat
Contoh ayat: “Masyarakat yang tidak berpuas hati mengenai sistem pengurusan
negara boleh meluahkan pendapat di ruangan mimbar surat khabar Harian
Metro”.
Pragmatik
Contoh ayat dalam petikan khutbah ini membawa maksud “pentas atau panggung di
dalam masjid tempat berkhutbah”.
21
10. “ Semua pihak harus sama-sama berusaha untuk memerangi jenayah rasuah dalam
negara secara serius...”
Semantik
“Memerangi”
i. Berperang menggunakan senjata
ii. Melawan, membasmi, menghapuskan
Sintaktik
i. Berperang
Contoh ayat: “Encik Hassan adalah seorang wira negara yang bermati-matian
berjuang memerangi pergerakan kemasukan Jepun ke tanah Melayu”.
ii. Melawan, membasmi, menghapuskan
Contoh ayat: “Beliau adalah seorang pejuang bebas yang sedaya upaya
berusaha memerangi jenayah siber yang berlaku di dalam negara ini”.
Pragmatik
Contoh ayat dalam petikan khutbah ini membawa maksud “melawan, membasmi dan
menghapuskan”.
22
Implikasi
1. Bersifat nasihat dan pengajaran
Melalui hasil penelitian yang dijalankan, pengkaji mendapati bahawa bahasa yang
terdapat dalam khutbah mengandungi unsur-unsur yang berunsurkan nasihat dan
pengajaran. Bahasa khutbah ini menerapkan penggunaan ayat-ayat dari kalam Allah
swt, iaitu Al-Quran berserta penerapan hadis. Selain itu, unsur nasihat dan pengajaran
boleh dilihat daripada penceritaan mengenai cerita-cerita para nabi dan sahabat-
sahabatnya. Nasihat dan pengajaran yang disampaikan bukan hanya terdorong kepada
para jemaah sahaja malah mampu merebak ke seluruh isi rumah.
2. Bersifat terbuka
Melalui pengkajian yang dilaksanakan, pengkaji mendapati bahawa bahasa dalam
khutbah tidak terlalu formal dengan terdapatnya penggunaan kata ganti nama diri
“kita” dan “anda”. Penggunaan unsur ini lebih mendekatkan hati khatib dan juga
jemaah yang menyertainya. Maka, penyampaian bahasa dan aspek semantiknya dilihat
mudah menyerap ke dalam hati nurani pendengar tanpa halangan-halangan seperti
masalah pemahaman makna sesuatu perkataan yang disampaikan. Bahasa yang
digunakan kelihatan mudah dan jelas sekaligus memberi kesimpulan bahawa gerakan
atau tindakbalas pendengar terhadap perkara yang dituturkan berjalan dengan lancar.
Teori Logik Simbolik yang digunakan dalam penghasilan kajian ini adalah teori yang
terbaik kerana apabila dilihat dari sudut pragmatiknya, pengkaji boleh mengetahui
tindak balas atau rangsangan apakah yang dihadapi pendengar selepas mendengar
bacaan khutbah tersebut.
23
Kesimpulan
Penelitian berkualiti berkaitan aspek semantik dalam khutbah dengan penggunaan
Teori Logik Simbolik, pengkaji dapat menjelaskan bahawa khutbah ini bersifat lebih kepada
usaha untuk mengajar dan memperbaiki diri. Bahasa yang digunakan dalam konteks ini lebih
berdisiplin, sistematik dan terdapat unsur-unsur penghormatan. Bahasa khutbah juga lebih
memberatkan kepada gambaran sesuatu dalam minda pendengar, reaksi akibat rangsangan
yang didengar termasuk juga mengenai perlakuan seseorang. Teori Logik Simbolik yang
digunakan mampu menjelaskan mengenai aspek semantik dalam khutbah ini kerana teori ini
berorientasikan perlakuan manusia yang bertindak sebagai reaksi kepada tanggapan yang
diterima oleh pendengar mengenai sesuatu perkataan.
Walaupun lebih bersifat perhubungan jambatan ilmu, pengisian dalam teks khutbah ini
tidak terlalu formal kerana diselitkan dengan hiburan berunsurkan sindiran dan kiasan.
Pendengar yang menghayati pengisian yang disampaikan mampu menyentap emosi yang
ketinggalan di belakang kerana penggunaan ayat yang diberi penekanan.
Justeru, peranan khatib dan jemaah adalah satu kombinasi hebat dalam menghasilkan
suasana khutbah yang luarbiasa hebat. Hal ini adalah kerana cara penyampaian yang
disampaikan oleh khatib bertindak sebagai satu penyambung khusus kepada telinga, akal dan
fikiran jemaah dalam mentafsirkan maksudnya. Penggunaan gaya bahasa, lenggok dan nada
khatib berperanan besar dalam menyelimuti penghuni yang berada dalam suasana khutbah
tersebut untuk lebih menghargai dan menghayati bait-bait baris yang disampaikan.
Keseluruhannya, unsur semantik yang terdapat dalam khutbah memberi kesan kepada
keberhasilan isi dan idea yang ingin diutarakan.
24
Bibliografi
F.R Palmer (Abdullah Hassan) (1989). Semantik. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Eugene A.Nida (1996). Menerokai Struktur Semantik. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Nor Hashimah Jalaluddin (1992). Semantik dan Pragmatik: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
25
Lampiran
Pengamal Rasuah Pengkhianat Negara – khutbah JumaatPosted on April 9, 2010 by EditorSidang Jumaat yang dirahmati Allah,Saya mengingatkan diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita tingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya di samping berusaha mencari kehidupan yang diberkati dan diredhai Allah Subhanahu Wata’ala. Mudah-mudahan kita akan menjadi insan yang beruntung di dunia dan di akhirat.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,Rasuah adalah perbuatan jenayah yang telah menular dan menjadi darah daging dalam kehidupan masyarakat manusia di semua tempat. Berdasarkan laporan dalam media cetak dan elektronik didapati pada kebiasaannya penglibatan rasuah dalam politik, Sektor Perkhidmatan Awam, swasta dan orang awam meliputi perbuatan meminta, menawar, menerima suapan atau tuntutan palsu atau menyalahguna jawatan untuk kepentingan diri, keluarga dan puak tertentu.
Rasuah dalam perspektif hukum Islam adalah haram. Ini berdasarkan dalil Al-Quran dan As-Sunnah. Dalam Al-Quran terdapat ayat yang menggariskan tentang rasuah berdasarkan firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam surah Al-Baqarah ayat 188 :
“Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, pada hal kamu mengetahui (salahnya)” .
Manakala sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oIeh At-Tabrani:
“Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam api neraka”.
Menurut statistik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, pada tahun 2009 sebanyak 500 tangkapan telah dibuat. Apa yang menakutkan dan membimbangkan kita ialah mereka yang melakukan rasuah sama ada pemberi dan penerima rasuah atau bersyubhat adalah dianggap sebagai perompak harta rakyat. Berdasarkan pemerhatian kita, besar pangkat seseorang, maka besarlah peluang untuk merompak harta rakyat dan semakin pintar pula untuk melepaskan diri dari disabitkan dengan jenayah rasuah. Jika keadaan amalan Jenayah Rasuah ini terus meningkat, maka amat dikhuatiri akan mengancam kestabilan politik, ekonomi dan
26
keselamatan negara. Persoalan yang sering timbul ialah mengapa amalan najis rasuah ini kerap berlaku?. Pemberi atau penerima rasuah boleh melambatkan atau boleh mengganggu urus tadbir sesebuah organisasi dan menafikan hak yang berhak.
Berdasarkan pemerhatian, punca-punca menyebabkan berlaku rasuah ialah bernafsu besar atau bersifat tamak haloba, mengamalkan cara hidup mewah, ingin cepat kaya dan terikut-ikut dengan gaya rakan sekerja.
Perbuatan rasuah meningkatkan penganiayaan dan pencabulan terhadap Hak Asasi Manusia sehingga seseorang boleh diaibkan dipenjara dan diseksa, kerana hasil amalan rasuah individu tertentu atau kumpulan tertentu. Firman Allah dalam surah Al-Buruj ayat 10:
“Sesungguhnya orang yang mendatangkan bahaya (seksa, bunuh dan sebagainya) kepada orang lelaki dan wanita yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka jahannam dan mereka akan beroleh azab api yang kuat membakar”.
Sama ada disedari atau tidak bahawa mereka yang terlibat dengan jenayah ini sebenarnya mengakibatkan beberapa kesan buruk seperti pembahagian kekayaan negara tertumpu kepada orang tertentu sahaja, meningkatkan kadar inflasi dan jenayah kezaliman akan berleluasa dalam masyarakat. Dengan demikian golongan yang paling malang dan rugi ialah golongan yang berpenat-lelah mencari rezeki halal menggunakan tulang empat kerat seperti para petani, nelayan, penoreh getah, penarik beca dan kumpulan dhaif yang lain, yang tidak terlibat secara langsung dengan pengurusan harta negara.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,Rasuah adalah perbuatan haram yang boleh mengakibatkan tertolaknya ibadah solat dan ibadah-ibadah kita yang lain. Alangkah ruginya kita, disebabkan perbuatan rasuah ibadah dan doa kita menjadi sia-sia, justeru, akan menjauhkan kita daripada mendapat rahmat Allah Subhanahu Wata’ala. Lebih membimbangkan lagi apabila kita tidak segera membanteras gejala rasuah, nescaya negara kita akan terdedah dengan pelbagai malapetaka dan bencana akibah kemurkaan Allah.
Sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam surah Ali ‘Imran ayat 112:
“Mereka ditimpakan kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada “tali” daripada Allah (Agama Allah) dan “tali” daripada manusia (berpegang janji dengan manusia); dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan daripada Allah dan mereka ditimpakan kemiskinan. Yang demikian itu, disebabkan mereka
27
sentiasa kufur kepada ayat-ayat Allah dan mereka membunuh nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa melampaui batas”.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,Pengamal rasuah sama ada pemberi atau penerima adalah pengkhianat agama dan negara. Kadar celik huruf dan celik akal di kalangan rakyat negara ini semakin tinggi dan dapat membuat penilaian dengan waras tentang isu-isu rasuah di negara ini. Sesungguhnya telah banyak usaha-usaha penambah-baikan sistem penyampaian telah dilaksanakan di negara ini. Seperti membuat dan memperbaharui pasport, lesen memandu, pembayaran cukai tanah dan pelbagai kemudahan menggunakan perkhidmatan atas talian (Online). OIeh itu, mimbar pada kali ini menyeru semua pihak sama-sama berusaha untuk memerangi jenayah rasuah dalam negara kita secara serius demi melahirkan urus tadbir yang baik dalam perkhidmatan kerajaan mahu pun swasta. Ini selaras dengan tuntutan syarak dan hasrat kerajaan untuk meningkatkan keberkesanan Sistem Penyampaian dalam perkhidmatan.
Kesimpulannya:-
1- Pemberi dan penerima rasuah adalah mengkhianati Allah dan Rasul dan akan dibalas dengan azab yang pedih di akhirat.
2- Pemberi dan penerima rasuah adalah pengkhianat rakyat dan negara.
3- Meruntuhkan Sistem Perkhidmatan, Integriti Perkhidmatan Awam dan Kehakiman Negara.
Mengakhiri khutbah pada hari ini, maka mimbar ingin mengingatkan bahawa mereka yang menolak amalan rasuah adalah manusia hebat dan cemerlang kerana:-
1- Menjamin kesinambungan nasab dan keturunannya kekal dalam keadaan insan yang beriman dan berintegriti;
2- Meningkatkan martabat dan integriti organisasi serta warga pengurusan.
3- Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap pemimpin yang berani memerangi rasuah dan
28
4- Membuktikan bahawa amalan ibadat-ibadat khusus seperti solat, puasa, berzakat dan haji yang diamalkan telah berjaya mencegah dirinya terlibat dengan najis rasuah.
Marilah sama-sama kita meningkatkan integriti dan menunaikan amanah dengan penuh tanggungjawab menghapuskan rasuah. Semoga dengan itu iman kita terus bertambah dan dapat memakmurkan bumi Allah dengan benih-benih kebaikan serta menjadi golongan yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
“Hendaklah ada antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Mereka yang bersifat demikian itulah orang yang berjaya”. (Ali ‘Imran: 104)
KHUTBAH KEDUAYa Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat Islam khususnya negeri Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan.Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujian-Mu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain, supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.Khutbah Jumaat Bacaan 09 April 2010.
29