warta kerajaan persekutuan - federalgazette.agc.gov.my. (a) 110... · (xxxii) francais, iaitu...
TRANSCRIPT
21 April 2014 21 April 2014 P.U. (A) 110
WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN
FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE
PERINTAH PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD (PINDAAN JADUAL PERTAMA) 2014
PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD (AMENDMENT OF FIRST SCHEDULE) ORDER 2014
DISIARKAN OLEH/ PUBLISHED BY
JABATAN PEGUAM NEGARA/ ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS
P.U. (A) 110
2
AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD 2001
PERINTAH PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD (PINDAAN JADUAL PERTAMA) 2014
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 49 Akta Pembangunan Sumber
Manusia Berhad 2001 [Akta 612], Menteri membuat perintah yang berikut:
Nama dan permulaan kuat kuasa
1. (1) Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Pembangunan Sumber
Manusia Berhad (Pindaan Jadual Pertama) 2014.
(2) Perintah ini mula berkuat kuasa pada 21 April 2014.
Pindaan Jadual Pertama
2. Jadual Pertama kepada Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001
dipinda—
(a) dalam Bahagian I, dalam perenggan “A. Sektor Perkilangan”,
dengan memasukkan selepas subperenggan (2) subperenggan yang
berikut:
“(3) Perubahan bilangan pekerja
Sekiranya bilangan pekerja bagi majikan di bawah
subperenggan A(1) menjadi kurang daripada lima puluh orang
atau modal berbayar bagi majikan di bawah subperenggan A(2)
menjadi kurang daripada dua juta lima ratus ribu ringgit, kadar
levi yang dikenakan hendaklah kekal pada satu peratus daripada
upah bulanan setiap pekerja itu.”;
P.U. (A) 110
3
(b) dalam Bahagian I, dalam perenggan “B. Sektor Perkhidmatan”—
(i) dalam subperenggan (1)—
(A) dengan menggantikan butiran (iii) dengan butiran yang
berikut:
“(iii) Pengusahaan pelancongan, iaitu apa-apa aktiviti
yang melibatkan perniagaan, pengendalian atau
pengurusan pelancongan dalam negeri atau ke luar
negeri atau apa-apa perniagaan agensi
pengembaraan mengikut pengertian Akta Industri
Pelancongan 1992 [Akta 482];”;
(B) dengan menggantikan butiran (xiia) dengan butiran yang
berikut:
“(xiia) Pengangkutan darat perdagangan, iaitu penyediaan
perkhidmatan pengangkutan awam darat
(tidak termasuk perkhidmatan pengangkutan
kereta api), terminal, kemudahan, rangkaian, sistem,
pengendalian dan perkhidmatan lain yang berkaitan
dengan pengangkutan awam darat atau
perkhidmatan pengangkutan awam darat itu,
termasuk penyediaan kenderaan perkhidmatan
awam dan kenderaan barangan bagi mengangkut
penumpang atau barangan iaitu bas, bas carter,
bas ekspres, bas pengantara, bas mini, bas
berhenti-henti, bas sekolah, bas persiaran, bas
lapangan terbang, bas pekerja, teksi lapangan
terbang, kereta sewa, teksi mewah, teksi, dan kereta
sewa dan pandu bagi pelancong;”;
P.U. (A) 110
4
(C) dalam butiran (xxi), dengan mengantikan noktah di hujung
butiran itu dengan koma bernoktah; dan
(D) dengan memasukkan selepas butiran (xxi) butiran yang
berikut:
“(xxii) Perbekalan gas, wap dan pendingin udara, iaitu
pengumpulan, pembekalan, pengagihan atau
penyediaan gas, wap dan pendingin udara termasuk
pengagihan bahan api berunsur gas melalui saluran
utama, pengumpulan dan pengagihan wap dan air
panas bagi maksud pemanasan, tenaga atau maksud
lain, pengagihan udara dingin atau air yang
disejukkan bagi maksud pendinginan, dan
pembekalan ais bagi maksud makanan dan bukan
makanan atau bagi maksud pendinginan;
(xxiii) Perawatan dan pembekalan air, iaitu proses
perawatan air daripada pelbagai sumber dan
pembekalan atau pengagihan air melalui pelbagai
cara bagi keperluan domestik dan industri;
(xxiv) Pembetungan, iaitu apa-apa aktiviti yang melibatkan
penyediaan, penyenggaraan atau pengendalian
sistem pembetungan atau kemudahan rawatan
kumbahan termasuk penakungan dan rawatan air
buangan dari kawasan kediaman atau perindustrian
yang dibawa melalui apa-apa cara jua bagi maksud
pelambakan, pelupusan atau penukaran kepada
bentuk bukan toksik;
(xxv) Perkhidmatan pengurusan sisa dan pemulihan
semula bahan, iaitu apa-apa aktiviti yang melibatkan
P.U. (A) 110
5
pengumpulan, rawatan atau pelupusan bahan sisa
pepejal, cecair atau bergas yang dibuang, ditolak,
tidak dikehendaki atau ditinggalkan untuk diguna
semula, dikitar semula, diproses semula, dipulih
semula atau ditulenkan melalui suatu proses yang
berasingan termasuk aktiviti pemulihan dan
perkhidmatan pengurusan sisa yang lain;
(xxvi) Penerbitan wayang gambar, video dan program
televisyen, rakaman bunyi dan penerbitan muzik,
iaitu apa-apa perniagaan atau aktiviti mengenai
apa-apa perihalan yang melibatkan—
(A) pembuatan atau penerbitan wayang gambar,
filem, video dan program televisyen atau
iklan komersial;
(B) aktiviti pascapenerbitan filem, video dan
program televisyen, atau iklan komersial
untuk radio, televisyen atau filem;
(C) aktiviti pengedaran atau aktiviti bagi
mendapatkan hak pengedaran filem,
pita video, DVD atau penerbitan yang
seumpamanya bagi maksud komersial;
(D) aktiviti penayangan wayang gambar atau
pita video;
(E) penerbitan rakaman induk (bunyi) asal,
perkhidmatan rakaman bunyi dan
perkhidmatan yang berkaitan; atau
P.U. (A) 110
6
(F) aktiviti penerbitan muzik dan
perkhidmatan yang berkaitan;
(xxvii) Perkhidmatan maklumat, iaitu penyediaan dan
pembekalan data, pengetahuan atau maklumat
kepada pelanggan bagi maksud komersial termasuk
penyediaan perkhidmatan memproses data dan
perkhidmatan pengehosan, perkhidmatan portal
web, perkhidmatan agensi berita dan sindiket
berita, dan perkhidmatan yang berkaitan;
(xxviii) Perkhidmatan bangunan dan landskap, iaitu
apa-apa perniagaan atau aktiviti yang melibatkan
pengurusan, penyenggaraan, penjagaan atau
pembersihan bangunan, landskap, kelengkapan
enjin, jentera atau pembersihan perindustrian yang
lain;
(xxix) Perkhidmatan pengurusan acara, iaitu apa-apa
perniagaan atau aktiviti mengenai apa-apa perihalan
yang melibatkan pengurusan, promosi atau
penganjuran konvensyen, pameran perniagaan atau
perdagangan, atau acara awam atau persendirian;
(xxx) Pendidikan awal kanak-kanak, iaitu penyediaan
penjagaan atau pendidikan awal kepada
kanak-kanak berumur di bawah enam tahun oleh
taman bimbangan kanak-kanak dan taman didikan
kanak-kanak termasuk penyediaan pendidikan khas
untuk kanak-kanak kurang upaya pada peringkat ini
tetapi tidak termasuk penjagaan atau pendidikan
awal kanak-kanak yang disediakan oleh taman
bimbingan kanak-kanak atau taman didikan
P.U. (A) 110
7
kanak-kanak yang dimiliki atau yang dikendalikan
oleh mana-mana jabatan atau agensi Kerajaan
Persekutuan atau Kerajaan Negeri, atau oleh
mana-mana badan berkanun;
(xxxi) Perkhidmatan sokongan kesihatan, iaitu apa-apa
perniagaan atau aktiviti yang melibatkan
perkhidmatan makmal perubatan atau kesihatan,
pusat dialisis, pusat fisioterapi atau terapi pekerjaan,
akupuntur, atau ahli herba dan homeopati, tetapi
tidak termasuk—
(A) aktiviti hospital dan rumah bersalin;
(B) aktiviti amalan perubatan am atau pergigian;
(C) aktiviti penjagaan di rumah;
(D) perkhidmatan jagaan kesihatan yang
disediakan oleh jururawat, bidan,
ahli krioterapi, tukang urut tradisional,
pengamal Ayurveda atau pengamal
perubatan alternatif lain, atau pengamal
paramedikal;
(E) perkhidmatan ambulan; dan
(F) perkhidmatan jagaan kesihatan swasta lain
mengikut pengertian Akta Kemudahan dan
Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998
[Akta 586];
P.U. (A) 110
8
(xxxii) Francais, iaitu berhubung dengan perniagaan
francais, apa-apa jenis perniagaan atau aktiviti yang
melibatkan perjanjian francais atau yang melibatkan
pembelian hak untuk menjual atau mengedar
produk, perkhidmatan, maklumat, teknik atau harta
intelek tertentu oleh pemegang francais daripada
pemberi francais. Perkataan "francais" mempunyai
erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Francais
1998 [Akta 590];
(xxxiii)Penjualan dan pembaikan kenderaan bermotor, iaitu
perdagangan atau penjualan, sama ada secara
borong atau runcit, apa-apa jenis kenderaan
bermotor atau komponen kenderaan bermotor oleh
pengilang, pembekal, pemborong, peruncit atau ejen
dan penyediaan perkhidmatan yang bersampingan
dengan penjualan kenderaan bermotor atau
komponen kenderaan bermotor itu atau penyediaan
perkhidmatan selepas jualan secara berkala,
termasuk penyenggaraan atau pembaikan, semasa
atau selepas sesuatu kenderaan bermotor atau
komponen kenderaan bermotor dijual;
(xxxiv)Perkhidmatan penyiaran swasta, iaitu apa-apa
aktiviti bagi mencipta kandungan atau mendapatkan
hak untuk mengedarkan kandungan bagi rancangan
radio, televisyen atau rancangan kabel dan
penyiaran kandungan itu kepada umum;
(xxxv) Sekolah memandu, iaitu apa-apa aktiviti yang
melibatkan penyediaan perkhidmatan oleh sesuatu
sekolah memandu atau institut memandu;
P.U. (A) 110
9
(xxxvi)Perkhidmatan veterinar, iaitu penyediaan
perkhidmatan pengawalan dan penjagaan kesihatan
untuk haiwan ternakan atau peliharaan oleh doktor
veterinar atau pekerja veterinar termasuk—
(A) pemeriksaan klinikopatologi dan diagnosis;
(B) diagnosis, penyembuhan, peringanan,
rawatan atau pencegahan apa-apa penyakit,
kecacatan, luka atau kecederaan pada
haiwan;
(C) perkhidmatan ambulan haiwan; dan
(D) perkhidmatan ujian spesimen haiwan.
Perkataan “perkhidmatan veterinar” hendaklah
termasuk kesemua aktiviti atau perkhidmatan yang
disediakan oleh klinik haiwan, pusat veterinar atau
hospital veterinar.”;
(ii) dalam subperenggan (2), dalam teks bahasa kebangsaan, dengan
menggantikan perkataan “majikan dengan lima sepuluh” dengan
perkataan “majikan yang mempunyai lima puluh”; dan
(iii) dengan memasukkan selepas subperenggan (2) subperenggan
yang berikut:
Kelas Majikan
“(3) Majikan yang
mempunyai tiga
puluh orang
Industri
Perkhidmatan makanan dan
minuman, iaitu apa-apa
perniagaan atau aktiviti
P.U. (A) 110
10
pekerja atau lebih
mengenai apa-apa perihalan
yang melibatkan
perkhidmatan bekalan
makanan atau minuman
untuk pelanggan atau untuk
suatu acara (tetapi tidak
termasuk aktiviti
pengilangan makanan dan
minuman).
(4) Perubahan bilangan pekerja
Sekiranya bilangan pekerja bagi majikan di bawah
subperenggan B(2) menjadi kurang daripada lima
puluh orang atau bilangan pekerja bagi majikan di
bawah subperenggan B(3) menjadi kurang daripada
tiga puluh orang, kadar levi yang dikenakan hendaklah
kekal pada satu peratus daripada upah bulanan setiap
pekerja itu.”;
(c) dalam Bahagian I, dengan menggantikan perenggan “C. Perubahan
bilangan perkerja” dengan perenggan yang berikut:
Kelas Majikan
Industri
“C. Sektor Perlombongan dan Pengkuarian
(1) Majikan yang
mempunyai lima
puluh orang pekerja
atau lebih
Perlombongan dan
pengkuarian, iaitu apa-apa
perniagaan atau aktiviti yang
melibatkan proses
pengekstrakan mineral yang
terjadi secara semula jadi
sebagai pepejal, cecair atau gas
P.U. (A) 110
11
termasuklah—
(A) perlombongan batu
arang keras dan lignit
(batu arang coklat atau
perang), bijih besi, bijih
logam bukan besi, atau
mineral kimia dan baja;
(B) perlombongan atau
pengkuarian bahan
pelelas, asbestos, mil
fosil bersilikon, grafit
semula jadi, steatit
(talkum), batu permata,
asfalt semula jadi,
asfaltit dan batu
berasfalt, bitumen
pepejal semula jadi,
kuartza dan mika;
(C) pengekstrakan minyak
petroleum mentah, syal
bitumen atau syal
minyak dan pasir tar,
gas asli, kondensat,
hidrokarbon cecair,
metana, etana, butana
atau propana;
(D) pengekstrakan dan
penggumpulan tanah
gambut dan
P.U. (A) 110
12
garam, termasuk
pengekstrakan garam
melalui penyejatan air
laut atau air masin lain;
(E) pengkuarian batu, pasir
dan tanah liat; atau
(F) perkhidmatan sokongan
khusus perlombongan
atau pengkuarian yang
disediakan berdasarkan
fi atau kontrak.
(2) Majikan yang
mempunyai sepuluh
orang pekerja atau
lebih tetapi kurang
daripada lima puluh
orang pekerja dan
mempunyai modal
berbayar sebanyak
dua juta lima ratus
ribu ringgit
(RM2,500,000) dan
ke atas
(3) Perubahan bilangan pekerja
Sekiranya bilangan pekerja bagi majikan di bawah
subperenggan C(1) menjadi kurang daripada lima puluh
orang atau modal berbayar bagi majikan di bawah
subperenggan C(2) menjadi kurang daripada dua juta
P.U. (A) 110
13
lima ratus ribu ringgit, kadar levi yang dikenakan
hendaklah kekal pada satu peratus daripada upah
bulanan setiap pekerja itu.”; dan
(d) dengan menggantikan Bahagian II dengan Bahagian yang berikut:
“BAHAGIAN II
Kelas Majikan
Industri
Majikan yang mempunyai
sepuluh orang pekerja atau
lebih tetapi kurang daripada
lima puluh orang pekerja dan
mempunyai modal berbayar
sebanyak kurang daripada dua
juta lima ratus ribu ringgit
(RM2,500,000)
(i) Pengilangan, iaitu pembuatan
atau pemprosesan sesuatu
barang dengan
menggunakan buruh atau
mesin atau kedua-duanya,
termasuk mengubah bahagian
atau komponen kepada barang
lain yang mempunyai sifat atau
ciri yang berbeza melalui
pengubahan, pengadunan,
penghiasan, pengemasan atau
selainnya mengawet atau
menyesuaikan apa-apa barang
atau bahan supaya ia dapat
digunakan, dijual, diangkut,
dihantar atau dilupuskan,
termasuk pembinaan kapal atau
pemasangan bahagian-bahagian
kapal;
(ii) Perlombongan dan pengkuarian,
iaitu apa-apa perniagaan atau
P.U. (A) 110
14
aktiviti yang melibatkan proses
pengekstrakan mineral yang
terjadi secara semula jadi sebagai
pepejal, cecair atau gas
termasuklah—
(A) perlombongan batu
arang keras dan lignit
(batu arang coklat atau
perang), bijih besi, bijih
logam bukan besi, atau
mineral kimia dan baja;
(B) perlombongan atau
pengkuarian bahan
pelelas, asbestos, mil
fosil bersilikon, grafit
semula jadi, steatit
(talkum), batu permata,
asfalt semula jadi, asfaltit
dan batu berasfalt,
bitumen pepejal
semula jadi, kuartza dan
mika;
(C) pengekstrakan minyak
petroleum mentah, syal
bitumen atau syal minyak
dan pasir tar, gas asli,
kondensat, hidrokarbon
cecair, metana,
etana, butana atau
propana;
P.U. (A) 110
15
(D) pengekstrakan dan
penggumpulan tanah
gambut dan garam,
termasuk pengekstrakan
garam melalui penyejatan
air laut atau air masin
lain;
(E) pengkuarian batu, pasir
dan tanah liat; atau
(F) perkhidmatan sokongan
khusus perlombongan
atau pengkuarian yang
disediakan berdasarkan fi
atau kontrak.”.
Dibuat 16 April 2014 [KSM/PUU/(S)/600-1/2/8/10; PN(PU2)616/III]
DATO’ SRI RICHARD RIOT ANAK JAEM Menteri Sumber Manusia
P.U. (A) 110
16
PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD ACT 2001
PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD (AMENDMENT OF FIRST SCHEDULE) ORDER 2014
IN exercise of the powers conferred by section 49 of the Pembangunan Sumber Manusia
Berhad Act 2001 [Act 612], the Minister makes the following order:
Citation and commencement
1. (1) This order may be cited as the Pembangunan Sumber Manusia Berhad
(Amendment of First Schedule) Order 2014.
(2) This Order comes into operation on 21 April 2014.
Amendment of First Schedule
2. The First Schedule to the Pembangunan Sumber Manusia Berhad Act 2001
is amended—
(a) in Part I, in paragraph “A. Manufacturing Sector”, by inserting after
subparagraph (2) the following subparagraph:
“(3) Change of number of employees
In the event that the number of employees of the employer under
subparagraph A(1) decreases to below fifty or the paid-up capital
of the employer under subparagraph A(2) decreases to below two
million five hundred thousand ringgit, the rate of levy imposed
shall remain at one per centum of the monthly wages of each of the
employees.”;
P.U. (A) 110
17
(b) in Part I, in paragraph “B. Service Sector”—
(i) in subparagraph (1)—
(A) by substituting for item (iii) the following item:
“(iii) Tourism enterprise, that is, any activity involving the
business, organization or management of inbound or
outbound tours or any travel agency business within
the meaning of the Tourism Industry Act 1992
[Act 482];”;
(B) by substituting for item (xiia) the following item:
“(xiia) Commercial land transport, that is, the provision of
land public transport services (excluding railway
transport services), terminals, facilities, networks,
systems, operations and other services associated
with such land public transport or land public
transport services, including the provision of public
service vehicles and goods vehicles for carrying
passengers or goods, namely the bus, charter bus,
express bus, feeder bus, mini bus, stage bus, school
bus, excursion bus, airport bus, employees bus,
airport taxi cab, hire car, limousine taxi cab, taxi
cab, and hire and drive car for tourists;”;
(C) in item (xxi), by substituting for the fullstop at the end of
the item a semicolon; and
(D) by inserting after item (xxi) the following items:
P.U. (A) 110
18
“(xxii) Gas, steam and air-conditioning supply, that is,
the collection, supply, distribution or provision of
gas, steam and air-conditioning including the
distribution of gaseous fuels through a main, the
collection and distribution of steam and hot water
for heating, energy or other purposes, the
distribution of cooled air or chilled water for cooling
purposes, and the supply of ice for food and
non-food or cooling purposes;
(xxiii) Water treatment and supply, that is, the process of
treatment of water from various sources and the
supply or distribution of water by various means for
domestic and industrial needs;
(xxiv) Sewerage, that is, any activity involving the
provision, maintenance or operation of sewerage
systems or sewage treatment facilities including the
collection and treatment of waste water from
residential or industrial area that is carried away by
any means whatsoever for dumping, disposal or
conversion into a non-toxic form purposes;
(xxv) Waste management and material recovery services,
that is, any activity involving the collection,
treatment or disposal of solid, liquid or gaseous
waste materials which are discarded, rejected,
unwanted or abandoned to be reused, recycled,
reprocessed, recovered or purified by a separate
process including remediation activities and other
waste management services;
P.U. (A) 110
19
(xxvi) Production of motion picture, video and television
programme, sound recording and music publishing,
that is, any business or activity of any description
involving—
(A) the making or production of motion pictures,
films, videos and television programmes or
commercial messages;
(B) film, video and television programme, or
commercial message post-production
activities for radio, television or film;
(C) distribution activities or activities of
acquiring distribution rights for films, video
tapes, DVDs or similar productions for
commercial purposes;
(D) motion pictures or video tapes projection
activities;
(E) production of original (sound) master
recordings, sound recording services and
related services; or
(F) music publishing activities and related
services;
(xxvii) Information service, that is, the provision and
supply of data, knowledge or information to
customers for commercial purposes including the
provision of data processing and hosting services,
P.U. (A) 110
20
web portals services, news agencies and news
syndicate services, and related services;
(xxviii) Building and landscape services, that is, any business
or activity involving the management, maintenance,
upkeeping or cleaning of buildings, landscapes,
engine equipment, machinery or other industrial
cleanings;
(xxix) Event management services, that is, any business or
activity of any description involving the
management, promotion or organization of
conventions, business or trade shows, or public or
private events;
(xxx) Early childhood education, that is, the provision of
care or early education to the children below six
years old by nurseries and kindergartens including
the provision of special education for handicapped
children at this level but excluding the child care or
early education provided by nurseries or
kindergartens owned or run by any Federal
Government or State Government department or
agency, or by any statutory body;
(xxxi) Health support services, that is, any business or
activity involving medical or health laboratory,
dialysis centre, physiotherapy or occupational
therapy centre, acupuncture, or herbalist and
homeopathy services, but excluding—
(A) hospital and maternity home activities;
P.U. (A) 110
21
(B) general medical or dental practice activities;
(C) residential care activities;
(D) healthcare services provided by nurses,
midwives, cryotherapists, traditional
masseurs, Ayurveda practitioners or other
alternative medicine practitioners or
paramedical practitioners;
(E) ambulance services; and
(F) other private healthcare services within the
meaning of the Private Healthcare Facilities
and Services Act 1998 [Act 586];
(xxxii) Franchise, that is, in relation to a franchise business,
any kind of business or activity involving a franchise
agreement or involving the purchase of the right to
sell or distribute specific products, services,
information, techniques or intellectual property by a
franchisee from a franchisor. The word “franchise”
has the meaning assigned to it in the Franchise Act
1998 [Act 590];
(xxxiii)Sale and repair of motor vehicles, that is, the trade or
sale, either by wholesale or retail, of any type of
motor vehicle or motor vehicle component by a
manufacturer, supplier, wholesaler, retailer or an
agent and the rendering of services incidental to the
sale of the motor vehicle or motor vehicle
component or the provision of periodic after sales
services, including the maintenance or repair, during
P.U. (A) 110
22
or after a motor vehicle or motor vehicle component
is sold;
(xxxiv)Private broadcasting services, that is, any activity of
creating content or acquiring the right to distribute
content for radio, television or cable programmes
and the broadcasting of the said content to the
public;
(xxxv) Driving school, that is, any activity involving the
provision of services by a driving school or driving
institute;
(xxxvi)Veterinary services, that is, the provision of control
and healthcare services for farm or pet animals by
veterinarians or veterinary personnel which
includes—
(A) a clinico-pathological examination and
diagnosis;
(B) a diagnosis, cure, mitigation, treatment or
prevention of any animal disease, deformity,
wound or injury;
(C) animal ambulance services; and
(D) testing of animal specimen services.
The words “veterinary services” shall include all the
activities or services provided by animal clinics,
veterinary centres or veterinary hospitals.”;
P.U. (A) 110
23
(ii) in subparagraph (2), in the national language text, by substituting
for the words “majikan dengan lima sepuluh” the words “majikan
yang mempunyai lima puluh”; and
(iii) by inserting after subparagraph (2) the following subparagraphs:
Class of Employers
“(3) Employers with thirty or
more employees
Industry
Food and beverage services,
that is, any business or
activity of any description
involving food or drink
provision services for
customers or for an event
(but excluding food and
beverages manufacturing
activities).
(4) Change of number of employees
In the event that the number of employees of the
employer under subparagraph B(2) decreases to below
fifty or the number of employees of the employer under
subparagraph B(3) decreases to below thirty, the rate of
levy imposed shall remain at one per centum of the
monthly wages of each of the employees.”;
(c) in Part I, by substituting for paragraph “C. Change of number of
employees” the following paragraph:
Class of Employers
Industry
“C. Mining and Quarrying Sector
P.U. (A) 110
24
(1) Employers with fifty or
more employees
Mining and quarrying, that
is, any business or activity
involving the process of
extracting minerals
occurring naturally as solid,
liquid or gas
which includes—
(A) mining of hard coal
and lignite (brown
coal), iron ores,
non-ferrous metal
ores, or chemical
and fertilizer
minerals;
(B) mining or quarrying
of abrasive
materials, asbestos,
siliceous fossil
meals, natural
graphite, steatite
(talc), gemstones,
natural asphalt,
asphaltites and
asphaltic rock,
natural solid
bitumen, quartz and
mica;
(C) extraction of crude
petroleum oils,
bituminous or oil
P.U. (A) 110
25
shale and tar sand,
natural gas,
condensates,
liquid hydrocarbon,
methane, ethane,
butane or propane;
(D) extraction and
agglomeration of
peat soil and salt,
including extraction
of salt by
evaporation of sea
water or other saline
water;
(E) quarrying of stone,
sand and clay; or
(F) mining or quarrying
specialized support
services provided on
fee or contract basis.
(2) Employers with ten or
more but less than
fifty employees and
with a paid-up capital
of two million five
hundred thousand
ringgit (RM2,500,000)
and above
P.U. (A) 110
26
(3) Change of number of employees
In the event that the number of employees of the employer
under subparagraph C(1) decreases to below fifty or the
paid-up capital of the employer under subparagraph C(2)
decreases to below two million five hundred thousand
ringgit, the rate of levy imposed shall remain at one per
centum of the monthly wages of each of the employees.”;
and
(d) by substituting for Part II the following Part:
“PART II
Class of employers
Industry
Employers with ten or
more but less than fifty
employees and with a paid-
up capital of less than two
million five hundred
thousand ringgit
(RM2,500,000)
(i) Manufacturing, that is, the
making or processing of an
article by labour or machine
or both, including the
transformation of parts or
components into another
article of a different nature
or character by way of
altering, blending,
ornamenting, finishing or
otherwise treating or
adapting any article or
substance with a view to its
use, sale, transport, delivery
or disposal, including the
building of a ship or the
assembly of parts of a ship;
P.U. (A) 110
27
(ii) Mining or quarrying, that is,
any business or activity
involving the process of
extracting minerals
occurring naturally as solid,
liquid or gas which
includes—
(A) mining of hard coal and
lignite (brown coal), iron
ores, non-ferrous metal
ores, or chemical and
fertilizer minerals;
(B) mining or quarrying of
abrasive materials, asbestos,
siliceous fossil meals,
natural graphite, steatite
(talc), gemstones, natural
asphalt, asphaltites and
asphaltic rock, natural solid
bitumen, quartz and mica;
(C) extraction of crude
petroleum oils, bituminous
or oil shale and tar sand,
natural gas, condensates,
liquid hydrocarbon,
methane, ethane, butane or
propane;
(D) extraction and
agglomeration of peat soil
P.U. (A) 110
28
Made 16 April 2014 [KSM/PUU/(S)/600-1/2/8/10; PN(PU2)616/III]
DATO’ SRI RICHARD RIOT ANAK JAEM Minister of Human Resources
and salt, including
extraction of salt by
evaporation of sea water or
other saline water;
(E) quarrying of stone, sand
and clay; or
(F) mining or quarrying
specialized support services
provided on fee or contract
basis.”.