sham86.files.wordpress.com · web viewbab 1 dua kalimah shahadah dan ertinya setiap orang yang...

252
HIMPUNAN ARTIKEL ILMIAH (B) Shamsul Anuar Ahmad BAGI KAUM ADAM “Bagi kaum Adam, renungilah sejenak apa yang ditulis di bawah agar kamu menjadi pemimpin keluarga yang berwibawa. Insyaallah. 1.Mentaati Allah s.w.t. dan Rasul-Nya dengan mengerjakan segala perintah-Nya. 2.Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah s.w.t. 3.Melayani serta menasihati isteri dengan sebaik mungkin. 4.Menjaga hati dan perasaan isteri. 5.Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta sesuatu di luar kemampuan isteri. 6.Bersabar dan menjauhkan diri daripada memukul isteri sehingga boleh memudaratkan dirinya. 7.Hendaklah menjauhkan diri daripada mengeji isteri di hadapan orang lain sekalipun memuji wanita lain di hadapannya. 8.Bersabar serta menerima kelemahan isteri dengan hati terbuka kerana segala sesuatu dijadikan oleh Allah s.w.t. dan mempunyai rahmat di sebaliknya. 9.Mengelakkan diri terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia akan menjejaskan imej dan prestasi suami sebagai seorang pemimpin dalam keluarga. 10.Memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak mengikut kemampuannya. 11.Menyediakan tempat tinggal dan keperluan yang selesa untuk isteri dan anak-anak. 12.Bertanggungjawab mendidik akhlak isteri dan anak-anak berlandaskan kehendak Islam. 13.Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan mereka. 14.Memberi kasih sayang dan berkorban apa sahaja demi kepentingan dan kebahagiaan bersama yang berkekalan. BAHAGIAN SATU ^AQI DAH 1) Kalimah Shahadah 2) Riddah (perkara-perkara yang menyebabkan keluar dari Islam) 3) Taubat bagi orang yang keluar dari Islam

Upload: duongtram

Post on 02-Apr-2018

291 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

HIMPUNAN ARTIKEL ILMIAH (B)

Shamsul Anuar Ahmad

BAGI KAUM ADAM“Bagi kaum Adam, renungilah sejenak apa yang ditulis di bawah agar kamu menjadi pemimpin keluarga yang berwibawa. Insyaallah.

1.Mentaati Allah s.w.t. dan Rasul-Nya dengan mengerjakan segala perintah-Nya.

2.Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah s.w.t. 3.Melayani serta menasihati isteri dengan sebaik mungkin. 4.Menjaga hati dan perasaan isteri. 5.Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta sesuatu di luar kemampuan isteri. 6.Bersabar dan menjauhkan diri daripada memukul isteri sehingga boleh memudaratkan dirinya. 7.Hendaklah menjauhkan diri daripada mengeji isteri di hadapan orang lain sekalipun memuji wanita lain di hadapannya. 8.Bersabar serta menerima kelemahan isteri dengan hati terbuka kerana segala sesuatu dijadikan oleh Allah s.w.t. dan mempunyai rahmat di sebaliknya. 9.Mengelakkan diri terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia akan menjejaskan imej dan prestasi suami sebagai seorang pemimpin dalam keluarga. 10.Memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak mengikut kemampuannya. 11.Menyediakan tempat tinggal dan keperluan yang selesa untuk isteri dan anak-anak. 12.Bertanggungjawab mendidik akhlak isteri dan anak-anak berlandaskan kehendak Islam. 13.Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan mereka. 14.Memberi kasih sayang dan berkorban apa sahaja demi kepentingan dan kebahagiaan bersama yang berkekalan.

BAHAGIAN SATU

^AQIDAH

1) Kalimah Shahadah2) Riddah (perkara-perkara yang menyebabkan keluar dari Islam)3) Taubat bagi orang yang keluar dari Islam4) Menyuruh berbuat kebaikkan (Ma^ruf), melarang berbuat kemungkaran

BAB 1DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA

Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh pada hukum-hukumnya.

Bagi orang-orang kafir ataupun orang-orang yang telah terpesong akidahnya (murtad) ataupun ketika bersolat, diwajibkan seseorang itu mengetahui, mempercayai dan mengucapkan serta merta Kalimah Shahadah iaitu:

Page 2: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Ashhadu alla ilaha illallah Wa ashahadu anna Muhammad rasulullah

Makna Ashhadu alla ilaha illallah ialah:“ Aku bersaksi (aku tahu, aku percaya, aku ucap) bahawa tiada yang berhak disembah melainkan Allah,Allah yang:

o Satu دحاولاo Tidak boleh dibahagi دحألاo Tanpa permulaan لوألاo Kekal دقلا ميo Hidup يحلاo Tanpa penghujung مويقلاo Kekal abadi مئادلاo Pencipta قالخلاo Pemberi rezeki قزارلاo Mengetahui مالعلاo Berkuasa دقلا ريo Ia perbuat apa yang Ia kehendaki.o Tanpa perlindunganNYA tiada sesuatu pun yang dapat mengelakkan diri dari

melakukan dosa dan tanpa pertolonganNYA tiada sesuatu pun mempunyai kekuatan untuk menyembahNYA.

o SifatNYA dengan seluruh kesempurnaan yang layak bagiNYA dan Maha Suci dari seluruh sifat yang tidak sempurna.

o Tiada sesuatu pun yang sama denganNYA, dan DIA yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.”

Hanya Allah yang wujud tanpa permulaan dan selain dariNYA wujud dengan permulaan. Dia Maha Pencipta dan selain dariNYA adalah dicipta.

Setiap ciptaan yang wujud sama ada benda (dan juga sifat benda) ataupun perbuatan-perbuatan daripada sehalus-halus zarah sehingga sebesar-besar Arash, setiap pergerakan, rehat, niat dan khuatir1 seseorang itu adalah diciptakan oleh Allah.

Maka tiada sesuatupun selain Allah yang boleh menciptakan benda-benda dari keadaan tidak wujud kepada keadaan wujud, baik secara semulajadi ataupun dengan bersebab.

Setiap benda wujud dengan taqdir Allah yang azali Maha Berkehendak, Maha Berkuasa, Maha Mengetahui sebagaimana Firman Allah didalam Al-Qur’an, Surah al-Furqan, ayat 2:

Bermaksud:{Allah telah menciptakan tiap-tiap sesuatu}.

1 khuatir adalah fikiran yang datangnya tidak dikehendaki.

Page 3: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Allah menciptakan segala ciptaan itu dari keadaan tidak wujud kepada keadaan wujud. Tidak ada sesuatupun yang mampu mencipta dengan maksud ini melainkan Allah. Firman Allah didalam Al-Qur’an, Surah Fatir, ayat 3:

Bermaksud:{Tiada Pencipta melainkan Allah}

An-Nasafiyy berkata:“Jika seseorang membaling gelas dengan batu dan pecah gelas itu, maka perbuatan membaling dan memecahkan serta keadaan pecahnya gelas itu telah diciptakan oleh Allah.”

HambaNYA hanya melakukan perbuatan itu tetapi hanya Allah Pencipta segalanya. Firman Allah didalam Al-Qur’an, Surah al-Baqarah, ayat 286

Bermaksud:{Tiap-tiap diri akan diberi ganjaran atas kebajikan yang dilakukannya dan akan dipertanggungjawabkan atas dosa-dosa yang dilakukannya}

Kalam2 (Perkataaan) Allah adalah tanpa permulaan seperti sifat-sifatNYA yang lain, kerana DIA Maha Suci Allah tidak menyamai ciptaan-ciptaanNYA yang lain dari hal zat, sifat dan perbuatan-perbuatan. Subhanahu wa ta^ala, dari apa yang orang-orang kafir katakan yang tidak benar mengenaiNYA.

Kesimpulan dari apa yang dibincangkan sebelum ini, adalah pasti Allah mempunyai 13 sifat yang dinyatakan berulangkali didalam Al-Qur’an samada yang nyata ataupun yang tersirat.

13 Sifat-sifat Allah tersebut adalah:1. Ada دوجولا2. Esa ةينادحولا3. Azali (Tanpa permulaan) دقلا م يأ ةيلزألا4. Kekal Abadi ءاقبلا5. Tidak memerlukan yang lain همايق هسفنب6. Maha Berkuasa دقلا ةر7. Maha Berkehendak ةدارإلا8. Maha Mengetahui ملعلا9. Maha Mendengar عمسلا10. Maha Melihat رصبلا11. Hidup ةايحلا12. Kalam (Berkata-kata) مالکلا13. Tidak menyerupai ciptaanNYA

2 Kalam Allah ialah sifat zat Allah yang bukan dicipta, bukan dalam bentuk huruf, bunyi atau bahasa-bahasa. Dengannya Allah perintah, larang, janji dan ancam (amaran.)

Page 4: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Oleh kerana sifat-sifat ini telah berulangkali dinyatakan didalam Al-Qur’an dan Hadith, maka para ulama menyatakan bahawa mengetahuinya adalah fardu ^ain.

Oleh kerana telah pasti zat Allah adalah azali, maka wajib sifat-sifatNYA yang lain juga adalah azali. Ini adalah kerana sifat yang dicipta menunjukkan yang zatnya juga dicipta.

Makna Ashahadu anna Muhammad rasulullah adalah:“Aku bersaksi (aku tahu, aku percaya, aku ucap) bahawa Muhammad bin ^Abdullah bin ^Abdul-Muttalib bin Hashim bin ^Abdul-Manaf dari bangsa Quraysh, sallallahu ^alayhi wasallam, hamba Allah dan RasulNYA kepada sekelian makhluk.

Seseorang itu mesti percaya sesungguhnya baginda dilahirkan dan diutuskan menjadi Rasul di Makkah, baginda juga berhijrah dan dikebumikan di Madinah.

Baginda berkata benar samada dari apa yang dikatakannya ataupun dari apa yang disampaikan oleh Allah padanya.

Diantara perkara-perkara yang diberitahu oleh Rasul kepada kita ialah:o Azab dan ni^mat di dalam kuburo Soalan malaikat Munkar dan Nakiro Hari Kebangkitano Perhimpunan di Padang Mahsyaro Hari Qiamato H isab (Hari Perhitungan)o Pahalao Azabo Neraca Mizano Neraka o Jambatan Sirato Kolam air minuman sebelum masuk Syurgao Shafa^ato Syurgao Melihat Allah ta^ala pada Hari Akhirat(–berlainan dari sebagaimana makhluk

dilihat), tanpa DIA mempunyai bentuk atau berada di suatu tempat atau arah o Mendiami untuk selama-lamanya didalam Syurga atau Neraka (menjadi penghuni

Syurga ataupun Neraka untuk selama-lamanya)o Beriman kepada Malaikat, Rasul, Kitab-kitab dan Qadar3 Allah (yang baik dan

jahat) dan o Muhammad sallallahu ^alayhi wasallam adalah Nabi terakhir dan yang terbaik dari

seluruh anak Adam”

Diwajibkan percaya bahawa setiap nabi mempunyai sifat-sifat tersebut:Sifat wajib:

o bercakap benaro amanah

3 Qadar Allah ialah sifat Allah, merujuk kepada Allah menciptakan benda sebagaimana yang IA kehendaki.

Didalam kitab ini (Qadar baik dan jahat) merujuk kepada apa yang berlaku kepada hambaNYA atau benda.

Sifat Qadar Allah tidak merujuk kepada yang jahat

Page 5: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

o bijaksanaSifat mustahil:

o berdusta atau bercakap bohongo khianat , keji, bodoh dan dungu.

Sifat terpelihara (tidak pernah melakukannya) sebelum dan selepas kenabian:o melakukan kekufuran atau menjadi kafiro melakukan dosa-dosa besar dan o dosa-dosa kecil yang keji

Sifat mungkin (tidak terhindar daripada ) :o melakukan dosa-dosa kecil yang lain,

walaubagaimanapun mereka dengan serta merta diberi petunjuk oleh Allah untuk bertaubat sebelum orang lain meniru perbuatan mereka.

Kenabian tidak dianugerahkan kepada adik-beradik Nabi Yusuf, yang telah melakukan perbuatan keji sebagaimana yang telah diberitakan di dalam Al-Qur’an, kecuali Binyamin.

Asbat ialah orang-orang yang menerima wahyu dari Allah.Mereka adalah daripada zuriat adik-beradik Nabi Yusuf yang tidak dianugerahkan kenabian oleh Allah.

BAB 2RIDDAH(Perkara-perkara Yang Menyebabkan keluar dari Islam)

Diwajibkan keatas setiap orang Islam menjaga ^aqidahnya di dalam Islam dan melindungi dirinya dari apa-apa yang memusnahkan(merosakkan), membatalkan, dan memutuskan ^aqidahnya, ini dinamakan sebagai keluar dari Islam (Riddah); kita memohon perlindungan Allah ta^ala darinya.

Makna dari apa yang telah Imam an-Nawawiyy dan Imam-imam yang lain perkatakan adalah:“Riddah adalah jenis kekufuran yang paling dibenci”

Sesungguhnya telah menjadi satu kebiasaan pada zaman ini dimana seseorang itu dengan secara lalainya menuturkan perkataan-perkataan yang mana membawa mereka keluar dari Islam; mereka tidak menyangka dengan menuturkan perkataan-perkataan itu boleh menjadikan mereka kafir.

Ini disokong oleh hadith :

Page 6: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Bermaksud<<Sesungguhnya seseorang itu berkata ia dengan kalimat yang tidak disangkakannya merbahaya, yang mana menyebabkannya menjunam jatuh 70 tahun ke dalam neraka>>.Yakni, menjunam jatuh 70 tahun ke dasar neraka yang dikhaskan untuk orang kafir. Hadith ini diriwayatkan oleh At -Tarmizi (hasan) dengan makna yang sama dari hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.

▲Hadith ini membuktikan bahawa seseorang itu akan menjadi kafir apabila menuturkan perkataan kufurnya walaupun dia:o Tidak tahu(jahil) tentang hukumnyao Tidak suka apa yang dituturkannya ( contoh: secara marah atau berjenaka)o Tidak percaya apa yang dituturkannya (contoh: secara berjenaka)Yakni, tidak semestinya dalam keadaan tenang sahaja seseorang itu akan menjadi murtad apabila menuturkan perkataan kufur. Ini adalah kerana berada di dalam keadaan tenang bukanlah menjadi syarat untuk jatuh murtad.

▲--Didalam keadaan marah pun seseorang itu akan jatuh murtad jika dia menuturkan perkataan kufur. Buktinya sebagaimana yang Imam an-Nawawiyy dan yang lain katakan--

Imam an-Nawawiyy berkata yang bermaksud;

“Jika seorang lelaki marah pada anaknya atau hambanya dan memukulnya dengan teruk, kemudian datang seorang yang lain bertanya kepadanya, ‘kenapa engkau melakukan ini? Tidakkah engkau seorang Islam?’ Dengan sengaja dia menjawab, ‘tidak!’ , maka dia telah menjadi murtad/kafir.”

Ini juga telah diperkatakan oleh ulama dari mazhab Hanafiyy dan juga yang lain.4

3 Kategori Riddah:(sebagaimana yang dikategorikan oleh An-Nawawiyy, Shafi^iyy, Hanafiyy dan selainnya)

●Percaya didalam hati●Perbuatan oleh anggota badan●Perkataan dituturkan dengan lidah

4 ▲--Kesimpulannya seseorang itu akan menjadi kafir jika ia menuturkan perkataan kufurnya walaupun dalam keadaan tenang ataupun marah samada dia :o mengetahui atau tidak tentang hukumnya ataupuno percaya atau tidak percaya apa yang dituturkannya ataupuno suka atau tidak suka apa yang dituturkannya itu. - -

Page 7: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Setiap kategori tersebut mempunyai banyak cabangnya lagi.

1) Percaya didalam hati

Contoh-contohnya adalah:a) ragu-ragu pada Allah atau RasulNya atau Al-Qur’an atau Hari Akhirat atau Syurga atau

Neraka atau ganjaranNya atau balasanNya atau perkara yang berkaitan/bersamaan yang mana telah ada ijma^ mengenainya.

b) ??percaya dunia ini kekal pada jisim dan unsurnya atau cuma jisimnya sahaja.

c) menafikan salah satu sifat dari sifat-sifat Allah yang diketahui telah ada ijma^ - seperti Maha Mengetahui segalanya.

d) menyifati Allah dari apa yang diketahui oleh ulama tidak menepatiNya seperti mempunyai jasad.

e) menghalalkan apa yang diketahui dikalangan umat Islam sebagai haram seperti zina, liwat, membunuh, mencuri, merompak atau menyamun.

f) mengharamkan apa yang diketahui dikalangan umat Islam sebagai halal seperti berjual beli atau nikah.

g) menafikan kewajipan pada perkara yang diketahui dikalangan umat Islam sebagai wajib hukumnya seperti solat 5 waktu atau salah satu daripada sujud, zakat, puasa, haji atau wudu’.

h) mewajibkan apa yang diketahui dikalangan umat Islam sebagai tidak wajib hukumnya.

i) ??menafikan kesahihan apa yang diketahui dikalangan umat Islam sebagai sah hukumnya.

j) bercadang menjadi kafir dimasa akan datang.

k) bercadang melakukan apa-apa telah dinyatakan diatas.

l) teragak-agak atau ragu-ragu samada ingin menjadi kafir atau tidak ( ini tidak termasuk khuatir atau fikiran yang yang datang dengan sendiri tanpa disengajakan).

m) menolak sahabat Saidina Abu Bakar (semoga Allah meredainya).

n) menolak salah satu daripada ajaran yang diketahui dikalangan umat Islam yang disampaikan oleh rasul atau nabi.

o) menafikan kerana berdegil satu huruf didalam Al-Qur’an yang diketahui dikalangan umat Islam sebagai sebahagian darinya.

p) menambahkan kerana berdegil satu huruf pada Al-Qur’an yang diketahui dikalangan umat Islam tiada didalamnya.

q) mendustakan rasul atau mencela sifat-sifatnya.

Page 8: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

r) mempersendakan nama rasul dengan niat untuk menghina atau merendahkan tarafnya.

s) percaya kepada kemungkinan akan adanya nabi lagi selepas Nabi Muhammad sallallahu ^alayhi wasallam.

2) Perbuatan oleh anggota badan

Contoh-contohnya adalah:a) sujud pada berhala atau matahari ataub) makhluk lain dengan bertujuan untuk menyembahnya

3) Perkataan yang dituturkan dengan lidah

Adalah terlalu banyak tidak terhitung darinya.Contoh-contoh:

a) berkata kepada seorang Islam yang lain: ‘O kafir!’ atau ‘O Yahudi!’, ‘O Kristian!’ atau ‘O orang yang tanpa agama!’ dengan makna agama orang yang dikatakan adalah agama yang bersifat kufur atau agamanya adalah Yahudi, Kristian ataupun tanpa pegangan agama tetapi bukan bertujuan untuk menyamakan perbuatan beliau itu dengan perbuatan orang kafir.

b) mempermain-mainkan salah satu daripada nama Allah , janjiNYA , ancamanNya oleh orang yang sedar ini adalah antara sifat Allah ta^ala.

c) berkata, ‘jika Allah perintahkan ini padaku maka aku tidak akan lakukannya’ dengan tujuan untuk memperkecilkan atau kerana kedegilan dengan itu menunjukkan Allah tidak berhak ditaati walaupun dia percaya bahawa Allah berhak ditaati.

d) berkata, ‘jika arah Qiblah berubah aku tidak mahu bersolat menghadapnya’ dengan tujuan untuk meremeh-remehkan atau kerana kedegilan dengan itu menunjukkan menghadap Qiblah ketika bersolat adalah bukan kewajipan walaupun dia percaya solat perlu menghadap Qiblah.

e) berkata, ‘jika Allah mengurniakan aku syurga maka aku tidak akan memasukinya’ dengan tujuan untuk memperkecil-kecilkan atau kerana kedegilan, dengan kata lain menolak ganjaran atau kurniaan Allah walaupun dia mengetahui ganjaran atau kurnia dari Allah adalah sebahagian dari agama.

f) berkata, ‘jika Allah mengazabku kerana aku meninggalkan solat apabila aku sakit, maka Allah menzalimiku.’

g) berkata, ‘ada perkara yang berlaku bukan dengan kehendak Allah.’

h) berkata, ‘jika para Nabi, para malaikat atau semua orang Islam mengaku atau bersaksi mengenai sesuatu dihadapanku, aku tidak akan menerimanya.’

i) berkata, ‘aku tidak akan melakukan sesuatu perkara itu walaupun ianya adalah sunnah’ dengan maksud mencemuh atau mengejek.

j) berkata, ‘jika si polan itu adalah nabi maka aku tidak akan mempercayainya.’

Page 9: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

k) berkata, ‘undang-undang apa ni?’ apabila seorang ulama memberi hukum Islam dengan tujuan untuk memperkecil-kecilkan undang-undang Islam.

l) berkata, ‘semoga Allah melaknati setiap ulama/orang yang berpengetahuan agama.’ (memperkecilkan status ilmu)

m) berkata, ‘aku tidak menerima Allah, para malaikat, nabi, Al-Qur’an, undang-undang Islam atau agama Islam.’

n) berkata, ‘aku tidak tahu undang-undang Islam’ --dengan tujuan untuk mempermain-mainkan hukum Allah.

o) membaca ayat 34, surah an-Naba’ selepas menuangkan air ke dalam cawan sehingga penuh

ayat ini merujuk kepada cawan yang penuh berisi minuman di Syurga

p) membaca ayat 20, surah an-Naba’ selepas cawannya kosong

ayat ini merujuk kepada gunung-gunung yang akan musnah lalu hilang dari pandangan pada hari Qiamat seolah-olah adanya logamaya (mirage).

q) membaca ayat 30, surah al-Mutaffifin ketika membuat timbangan dan sukatan.

ayat ini merujuk kepada orang yang menipu semasa menimbang dan menyukat.

r) membaca ayat 47, surah al-Kahf apabila melihat orang ramai / berkumpul

ayat ini merujuk kepada Hari Pembalasan /Akhirat bila manusia dikumpulkan tanpa seorang pun yang tertinggal atau terkecuali --dengan tujuan untuk memperkecil-kecilkan (istikhfaf) makna ayat ini dan sama juga keadaannya bila-bila sahaja ayat Al-Qur’an digunakan untuk tujuan seperti ini.

Jika seseorang menggunakan ayat seperti di atas tetapi dengan maksud / tujuan lain, maka tidaklah ia kafir. Walaubagaimanapun; Shaykh Ahmad Ibn Hajar, semoga Allah merahmatinya berkata: “ Perbuatan ini tidak jauh dari melakukan yang haram”

s) menyumpah-nyumpah pada mana-mana nabi atau malaikat

t) berkata, ‘aku akan jadi macam ‘bapa ayam’ kalau aku menunaikan solat’

Page 10: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

u) berkata, ‘aku tidak dapat apa-apa faedah pun semenjak aku mengerjakan solat’

v) berkata, ‘solat tidak memberi apa-apa faedah padaku’ --dengan tujuan untuk mengejek.

w) berkata kepada seorang Islam yang lain, ‘aku adalah musuh engkau dan musuh Nabi engkau’.

x) berkata kepada keturunan Nabi (Shariif), ‘aku adalah musuh engkau dan musuh datuk engkau’ yakni Nabi Muhammad.

y) berkata apa-apa yang maksudnya seperti yang disebutkan diatas, dengan maksud membenci atau dengan menggunakan perkataan yang tidak elok/ buruk

Ramai para Fuqaha’ seperti Hanafiyy, Badr-ar-Rashid, yang hidup pada hampir tahun 800 Hijrah (kurun ke 8 Hijrah) dan Qadi ^Iyad, semoga Allah ta^ala merahmati mereka telah menyenaraikan banyak perkataan yang kufur yang perlu diketahui, kerana barangsiapa yang tidak mengetahui, kejahatan (syaitan) lebih mudah mempengaruhi mereka.

Panduannya ialah:??Setiap kepercayaan, perbuatan atau perkataan yang memperkecil-kecilkan (istikhfaf) darjat Allah, KitabNya, RasulNya, MalaikatNya, Shi^arNya, amalan-amalan yang sedia maklum berkenaan agamaNya, HukumNya, janjiNya atau ancamanNya , MAKA IANYA ADALAH KUFUR.

Maka setiap manusia mesti berhati-hati dan sentiasa berusaha dengan sedaya upaya untuk mengelakkan diri dari kekufuran.

BAB 3TAUBAT BAGI ORANG YANG KELUAR DARI ISLAM

Adalah menjadi kewajipan bagi orang yang murtad untuk: ▪Kembali kepada Islam serta merta dengan mengucapkan kalimah shahadah dan; ▪Meninggalkan segala perkara yang menyebabkan riddah dan; ▪Berazam tidak akan mengulanginya lagi sehingga mati.

Jika seseorang itu tidak kembali kepada Islam dengan serta merta dengan ucapan kalimah shahadah , maka dia mesti dipaksa untuk mengucapkannya.

Jika dia tidak juga kembali kepada Islam selepas diarahkannya untuk kembali kepada Islam yakni hasil dari penyaksian 2 lelaki yang ^adl5 atau dari pengakuan si murtad itu sendiri, maka Khalifah akan membunuhnya (dan ini tidak bermakna si murtad boleh terkecuali dari dipaksa dengan memeluk agama lain kerana tidak diterima darinya selain dari agama Islam);

5^adl - tidak melakukan dosa besar, kewajipan Islam dilakukannya melebihi dari dia melakukan dosa-dosa kecil dan menurut syarat-syarat khawarin wal maru’ah (mengikut etika dan adat bangsa dan kelasnya)

Page 11: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Ini dilakukan dengan bersandarkan kepada hadith yang telah diriwayatkan oleh Al-Bukhariyy yang bermakna:“ Barangsiapa yang meninggalkan Islam bunuhlah ia.”

Maka batal baginya:puasa, tayammum, nikah (sebelum jima’ untuk kali pertama), nikah (selepas jima’ untuk kali pertama) sekiranya dia tidak kembali kepada Islam didalam waktu ^iddah.

Nikah orang yang murtad(lelaki atau perempuan)adalah tidak sah samada dengan orang yang Islam ataupun dengan orang yang bukan Islam.

Haram hukumnya memakan daging sembelihan orang yang murtad. Si murtad tidak boleh mewarisi harta dan hartanya juga tidak boleh diwarisi.

Sekiranya dia mati, mayatnya tidak boleh :disembahyangkan (sesiapa yang menyembahyangkannya akan menjadi murtad sepertinya), dimandikan , dikafankan atau dikuburkan di tanah perkuburan Islam.

Hartanya akan diserahkan kepada fay’ 6.

BAB 4MENYURUH BERBUAT KEBAIKAN (MA^RUF)MELARANG BERBUAT KEMUNGKARAN (MUNKAR)

Setiap orang yang mukallaf wajib melakukan semua perkara yang telah diwajibkan oleh Allah ta^ala keatasnya. Setiap rukun dan syaratnya perlu dipenuhi dan disempurnakan serta menjauhkan diri dari segala perkara yang membatalkannya.

Jika seseorang itu melihat orang lain melakukan kewajipan ini dengan tidak betul atau meninggalkannya, maka wajib bagi orang itu (dengan mengikut kemampuan dirinya) membetulkan atau memaksa orang itu melakukan kewajipan tersebut dengan betul.

Wajib bagi seseorang itu menolak atau tidak menyukai perbuatan itu di dalam hatinya jika dia tidak mampu memaksa atau merubahnya. Ini adalah usaha yang paling akhir yang perlu dilakukan untuk menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran jika tidak mampu menegahnya dengan menggunakan cara paksaan atau dengan tangan --bukan pula ia bermaksud selemah-lemah iman atau lemahnya iman orang yang melakukan cara ini.--

6diambil oleh kerajaan Islam daripada orang-orang kafir yang telah meninggalkan harta itu tanpa sebarang halangan. Ianya boleh digunakan oleh Khalifah untuk kebaikan umat Islam contohnya untuk memajukan lagi negara.

Page 12: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Wajib bagi seseorang itu meninggalkan segala perkara yang haram, menegah barangsiapa yang melakukannya, memaksa supaya tidak melakukannya (jika dia mampu), ataupun mesti menolaknya di dalam hati.

Allah telah memberi amaran kepada barangsiapa yang melakukan perkara-perkara yang haram dengan balasan yang setimpal dan Allah telah menjanjikan ganjaranNYA kepada sesiapa yang meninggalkannya. Dan sebaliknya pula untuk perkara-perkara yang halal.

BAHAGIAN 2

SOLAT DAN BERSUCI

1) Waktu solat2) Kewajipan penjaga3) Wudu’ (Mengambil Air Sembahyang)4) Istinja’(Bersuci dari hadath kecil)5) Ghusl(Mandi wajib))6) Taharah (Bersuci)7) Tayammum8) Larangan sewaktu berhadath9) Membersihkan najis10) Syarat solat11) Perkata yang membatalkan solat12) Keadaan solat yang diterima13) Rukun solat14) Solat Jemaah dan Jumaat15) Solat Jenazah

BAB 1WAKTU SOLAT

Diwajibkan mengerjakan solat 5 waktu sehari semalam:

Solat Dhuhr (4 raka^at)Waktunya bermula apabila matahari tergelincir ke barat sehingga bayang-bayang sesuatu objek menjadi sama panjang dengan objek dan dicampur dengan bayang-bayang objek ketika matahari berada diatas kepala/ di tengah langit (istiwa)

Solat ^Asar (4 raka^at)Waktunya bermula dari selepas berakhirnya waktu Dhuhr sehingga terbenam seluruh bulatan matahari.

Solat Maghrib (3 raka^at)Waktunya bermula selepas matahari terbenam sehingga hilang mega merah di ufuk barat.

Solat ^Isya’ (4 raka^at)Waktunya bermula dari selepas berakhirnya waktu Maghrib sehingga terbit fajar sadiq.

Page 13: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Solat Subh (2 raka^at)Waktunya bermula dari selepas berakhirnya waktu ^Isya’ sehingga terbit matahari.

Maka kewajipan fardu solat ini mesti ditunaikan pada waktunya oleh setiap orang Islam yang baligh, berakal dan suci dari najis.

Maka adalah haram kewajipan solat ini ditunaikan di luar waktunya samada sebelum masuk waktunya atau sesudah berakhirnya ia. Sekiranya perkara yang menghalang7 solat dari dikerjakan berlaku selepas masuk waktu solat, sedangkan solat itu belum ditunaikan lagi, maka wajiblah solat itu diqadakan(diganti).

Jika datang perkara yang menghalangnya dari menunaikan solat atau masalah kencing tidak lawas hanya selepas apabila ada sekadar cukup waktu untuk menunaikan solat serta bersuci (taharah), maka solat itu perlulah diqada.

Sebaliknya jika perkara yang menghalang solat dari dikerjakan terhenti dan masih ada waktu yang cukup untuk melafazkan ‘Allahu akbar’ maka solat itu wajiblah diqadakan berserta juga dengan solat yang sebelumnya jika ianya solat yang boleh dijamakkan.

Sebagai contoh, jika haidnya terhenti sebelum terbenam matahari (yakni berhenti di dalam waktu ^Asar) yang mana hanya cukup waktu sekadar untuk melafazkan takbir, maka solat ^Asar dan Dhuhr wajiblah diqadakan. Begitu juga, jika ianya terhenti sebelum fajar (yakni berhenti di dalam waktu ^Isya’) yang mana hanya cukup waktu sekadar untuk melafazkan takbir, maka wajib diqadakan solat ^Isya’ dan Maghrib.

BAB 2KEWAJIPAN PENJAGA

Diwajibkan keatas penjaga kanak-kanak lelaki dan perempuan yang telah mumayyiz menyuruh anak-anak jagaan mereka mengerjakan solat dan mengajarkan hukum-hukumnya selepas mereka mencapai umur 7 tahun hijrah dan dipukulnya/sebat jika mereka meninggalkannya selepas mencapai umur 10 tahun hijrah. Begitu juga halnya dengan ibadah puasa (jika mereka mampu/larat).

Dan wajib keatasnya juga mengajarkan mereka perihal ^aqidah dan perkara-perkara yang wajib dan yang haram dalam Islam serta syarat-syaratnya . Begitu juga dengan ganjaran bersiwak dan solat berjemaah.

Dan wajib keatas hakim membunuh sesiapa yang meninggalkan solat kerana malas jika mereka tidak bertaubat walaupun begitu hukumannya dia masih muslim.

7contohnya haid

Page 14: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Dan wajib atas setiap orang Islam menyuruh ahli keluarganya mengerjakan solat dan orang lain jika dia mampu menyuruh mereka berbuat demikian.

BAB 3WUDU’(MENGAMBIL AIR SEMBAHYANG)

Wudu’ adalah salah satu daripada syarat untuk bersolat.

Fardu wudu’ ada 6 iaitu:

1) Niat bersuci untuk solat apabila membasuh muka (atau niat yang seumpama dengannya yang diterima)Menurut Imam ash-Shafi^iyy apabila air menyentuh muka pada kali pertama.Menurut Imam Malik, niat sebelum membasuh muka sudah memadai.

2) Membasuh seluruh muka dari pangkal dahi (tempat tumbuhnya rambut) sampai ke dagu (tempat bertemunya 2 tulang rahang) dan dari telinga sampai ke telinga, rambut muka (kening, bulu mata) dan kulit. Bagi janggut yang tebal (kulit tidak kelihatan) tidak perlu dibasahi kulit yang menutupinya.

3) Membasuh kedua-dua tangan sampai ke siku serta bulu romanya.

4) Menyapu rambut atau sebahagiannya (sehelai rambut dari had kepala sudah memadai)

5) Membasuh kedua-dua belah kaki sehingga ke buku lali atau menyapu khuf apabila syaratnya dapat dipenuhi.

6) Tertib

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDU’

1) Apa yang keluar dari qubul atau dubur kecuali maniyy (dengan kata lain maniyy tidak membatalkan wudu’ tetapi untuk bersolat perlu mandi wajib)

2) Menyentuh alat kemaluan dengan tapak tangan yang tidak berlapik.

3) Menyentuh kulit perempuan atau lelaki yang boleh dikahwini yang telah sampai umur menimbulkan syahwat.

Page 15: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

4) Hilang akal (gila, koma, pengsan, tidur) kecuali tidur yang tetap punggungnya.

BAB 4ISTINJA’

Diwajibkan beristinja’ selepas keluar apa yang basah dari alat kemaluan kecuali maniyy dengan:

a) air sehingga kawasan itu menjadi bersih atau

b) menyapu sebanyak tiga kali sapuan (atau lebih) sehingga kawasan tersebut menjadi besih8 dengan :

-benda yang boleh menghilangkan najis, -suci, -keras/ kesat seperti batu atau kertas; -selain dari benda yang dihormati,

jika najis tidak beralih dari tempat keluarnya ataupun belum kering walaupun adanya air.

Air wajib digunakan untuk beristija’ jika najis itu:-telah beralih dari tempat keluarnya ataupun -telah kering.

BAB 5GHUSL(MANDI WAJIB)

Mandi wajib adalah salah satu daripada syarat untuk bersolat. Seseorang yang berhadath besar perlu mandi wajib atau bertayammum (jika tidak boleh mandi).

Mandi wajib hendaklah dikerjakan setelah berlakunya 5 perkara berikut:1) keluar maniyy

2) bersetubuh (jima^)

3) Haid

4) Nifas (darah yang keluar selepas melahirkan anak)

5) Wiladah (melahirkan anak)

Rukun mandi wajib ialah:1) Niat untuk menghilangkan hadath besar atau niat yang seumpamanya (menyentuh

Al-Qur’an atau menunaikan solat)

2) Mengalirkan air pada seluruh badan, kulit dan rambut walaupun ianya tebal

8 (walaubagaimanapun jika najis ini masih berbaki sedikit dan hanya boleh dibersihkan dengan air sahaja maka ianya tidak mengapa)

Page 16: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

BAB 6TAHARAHSyarat-syarat bersuci ialah:

1) Islam

2) Mumayyiz

3) Menghilangkan segala benda yang menghalang air dari sampai ke anggota wudu’

3) Mengalirkan air pada anggota wudu’

4) Menggunakan air yang suci lagi menyucikancontohnya:Air yang tidak berubah dari sifat asalnya setelah bercampur dengan bahan yang suci seperti susu atau dakwat yang mana air itu sudah tidak dapat dipisahkan lagi. Jika air itu sudah berubah, maka ianya sudah tidak boleh dinamakan air lagi dan tidak boleh digunakan untuk bersuci.

Walaubagaimanapun, jika air ini berubah secara semulajadi dengan kehadiran rumput atau bahan galian yang semulajadi atau pada jalan alirannya yang mana tidak boleh dipisahkan lagi, maka air ini boleh digunakan untuk bersuci.

Air yang telah bercampur dengan najis, walaupun sedikit tidak boleh digunakan untuk bersuci, kecuali ianya melebihi 2 kolah9 .

BAB 7TAYAMMUM

Tayammum dilakukan jika seseorang itu tidak menjumpai air atau air akan lebih memudaratkan lagi keadaannya.

Tayammum dibolehkan apabila:1) masuk waktu solat

2) bersih dari najis yang tidak dikecualikan (contohnya air kencing)

3) menepuk debu yang bersih dengan 2 tapak tangan dengan:i- niat untuk bertayammum apabila memindahkan debu ke mukaii- menyapu seluruh muka dengan debu

9 Air yang kurang dari 2 kolah boleh digunakan untuk bersuci dengan syarat ianya:

-telah tidak terkena najis,

-telah tidak digunakan untuk bersuci dan

-telah tidak digunakan untuk membersihkan najis.

Page 17: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

iii- menyapu kedua-dua tangan hingga paras siku pada tepukan kali keduaiv- tertib

BAB 8LARANGAN SEWAKTU BERHADATH

Haram bagi seseorang yang tidak berwudu’ atau wudu’nya telah batal untuk:-solat-tawaf di Ka^abah-membawa atau menyentuh mushaf al-Qur’an (tetapi dibolehkan bagi kanak-kanak yang mumayyiz yang belajar al-Qur’an

Diharamkan bagi perempuan yang di dalam haid atau nifas melakukan perkara-perkara berikut

Diharamkan bagi perempuan yang haid dan nifas bagi melakukan perkara-perkara di atas dan berpuasa sebelum berhenti keluar darahnya dan membenarkan suami atau tuannya bersedap-sedapan dari paras pusat hingga lutut (tanpa berlapik) sebelum mereka mandi wajib.Ada ulama berpendapat selain dari jima^ adalah dibolehkan.

BAB 9MEMBERSIHKAN NAJIS

Antara syarat menunaikan solat adalah bersih daripada segala najis pada:1) badan2) pakaian3) tempat solat4) apa yang ada pada dirinya (contohnya sebotol arak didalam poketnya)

Jika najis itu bersentuh atau dibawa ketika bersolat, maka batal solatnya kecuali najis itu kering dan dibuang dengan serta merta ataupun najis yang terkecuali seperti darah daripada lukanya sendiri.

Diwajibkan membuang najis yang tidak terkecuali yang dapat dilihat (najis ^ain) dan sifat-sifatnya (rasa, warna dan bau) dengan air yang suci lagi menyucikan.

Najis hukmiyyah (najis yang tidak dapat dilihat) adalah najis yang tidak terkecuali yang sifatnya yang tidak dapat dikesan seperti warna, rasa dan bau, maka ia perlu dibersihkan dengan mengalirkan air padanya.

Najis anjing dan babi perlu dibasuh kawasan najis itu dengan tujuh kali basuhan--salah satunya adalah dengan menggunakan air yang bercampur dengan tanah yang bersih.

Basuhan yang menghilangkan najis ^ain atau sehingga najis ^ain hilang adalah dikira sebagai sekali basuhan walaupun berulangkali basuhan telah dilakukan.

Page 18: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Dalam kes air yang kurang dari 2 kolah air perlu dialirkan pada najis itu untuk membersihkannya (syaratnya air itu perlu dialirkan jika ianya sedikit)Walaubagaimanapun, air yang mencukupi 2 kolah atau lebih yang telah dicemari akibat dimasuki najis yang mana air itu tidak berubah sifatnya tidak dikira sebagai najis.

BAB 10SYARAT SAH SOLAT (TAMBAHAN)

Antara syarat solat:1) mengadapkan dada ke kiblat2) telah masuk waktu solat3) Islam4) Mumayyiz (kanak-kanak yang belum baligh tetapi boleh memberi jawapan apabila ditanya. Sebahagian ulama mengatakan apabila mereka boleh melakukan istinja’, makan, minum dengan sendiri.)5) Mengetahui solat itu adalah fardu6) Tidak mempercayai bahawa salah satu rukun solat adalah sunat.(makna sunat adalah perkara yang mendatangkan pahala jika dilakukan dengan niat yang betul, akan tetapi jika tidak dilakukan sama sekali seseorang itu tidak berdosa)7)Menutup aurat termasuk kulit dan warnanya, bagi perempuan merdeka, perlu ditutup seluruh badan kecuali muka dan dua pergelangan tangan.bagi hamba lelaki dan perempuan, menutup aurat dari pusat hingga ke lutut (tidak termasuk pusat dan lutut).dan menutup dari sekeliling yang boleh dilihat orang kecuali tapak kaki.

BAB 11PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT

Perkara-perkara yang membatalkan solat adalah:1) berkata-kata walaupun dengan 2 huruf atau 1 huruf yang mempunyai makna kecuali ia terlupa dan sedikit 2) melakukan pergerakan dengan banyak, menurut sebahagian ulama sebanyak mana selama satu rakaat. Sebahagian ulama yang lainnya berpendapat sebanyak 3 pergerakan berturut-turut. Walaubagaimanapun pendapat yang pertama lebih kuat buktinya .

3) melakukan pergerakan yang berlebihan ( pergerakan yang bukan biasa dalam bersolat contohnya melompat)

4)menambahkan satu rukun perbuatan

5)melakukan perbuatan dengan tujuan untuk bermain-main

6) makan atau minum kecuali terlupa dan sedikit

Page 19: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

7) berniat untuk berhenti solat

8) berniat untuk berhenti solat jika berlaku sesuatu perkara

9) teragak-agak untuk berhenti solat

10)meneruskan rukun dengan ragu-ragu mengenai niat pada takbir ataupun keraguannya berpanjangan sehingga habisnya rukun yang panjang (contoh: bacaan al-Fatihah)

BAB 12SYARAT-SYARAT UNTUK MENDAPAT GANJARAN BERSOLAT

Solat adalah diberi ganjaran oleh Allah subhanahu wa ta^ala jika keadaan-keadaan ini dipenuhi:1) mengerjakan solat semata-mata untuk mencari ganjaran Allah2) makanan, pakaian dan tempat solat adalah halal 3) hatinya takut pada Allah walaupun seketika.

Solat seseorang adalah sah tetapi tidak mendapat ganjaran sekiranya 3 syarat-syarat ini tidak dipenuhi.

BAB 13RUKUN SOLAT

17 rukun solat adalah:

1) niat dalam hati mengerjakan solat berserta sebab, waktu dan fardu jika ia adalah fardu2) lafaz “Allahu Akbar” sekadar cukup untuk didengari oleh diri sendiri3) berdiri pada solat fardhu sekiranya mampu4) membaca al-Fatihah termasuk ‘bismillahir rahmanir rahim’ dengan

shaddahnya, tertib, tanpa berhenti yang lama/mengganggu,makhraj huruf yang betul,mengelak dari melakukan bacaan yang salah samada yang membawa kepada perubahan maksud atau tidak.

Kesalahan bacaan yang tidak merubah maksud adalah haram hukumnya tetapi tidak membatalkan solat kecuali sekiranya ianya dilakukan dengan sengaja.5) ruku^ sehingga tapak tangan (selain jari) sampai ke lutut6) tuma^ninah iaitu semua tulang badan berhenti seketika dengan kadar berkata ‘subhanallah’7) i^tidaal iaitu berdiri tegak (kembali kepada kedudukan asal) selepas ruku^.8) tuma^ninah9) dua kali sujud pada satu raka^at dengan dia bertekan sebahagian dari dahi (tidak berlapik) ketempat sujud,

Page 20: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

meninggikan punggung dari kepala,bertekan pada sebahagian dari dua lutut,bertekan pada dua tapak tangan,bertekan pada dua perut ibu jari kaki pada tempat sujud.

Ulama selain dari Imam ash-Shafi^iyy berpendapat meninggikan punggung dari kepala walau kepalalebih tinggi dari punggung (seperti diatas bukit) bukanlah menjadi syarat sujud --Imam Ahmad bin Hanbal10) tuma^ninah pada sujud11) duduk antara dua sujud12) tuma^ninah pada duduk antara dua sujud13) duduk tahiyat akhir, memberi salam kepada Nabi dan salam penutup solat14) membaca tahiyat akhir Membaca Tashahhud:

Tashahhud yang paling kurang adalah:

15) salawat ke atas NabiyyYang paling kurang ialah:

Page 21: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

16) mengucap salam penutup solat

17) tertib

Jika dengan sengaja melakukan rukun solat tanpa tertib, ianya akan membatalkan solat contohnya sujud sebelum ruku^.

Jika terlupa salah satu rukun, mestilah diulang rukun itu sekiranya dia ingat kembali sebelum dia melakukan rukun yang sama pada rakaat yang selanjutnya. Jika dia ingat kembali rukun yang tertinggal tadi pada rukun yang sama pada rakaat selanjutnya, maka rakaat yang sebelumnya tidak dikira. Dia perlu mengulangi rakaat yang mana dia terlupa rukunnya itu. Contohnya jika seseorang terlupa untuk ruku^, kemudian dia ingat kembali pada ruku^ yang selanjutnya, maka dalam kes ini, apa diantara ruku^ yang terlupa itu dan ruku^ yang dikerjakan untuk raka^at yang selanjutnya adalah tidak dikira dan apa yang selepas ruku^ itu (pada yang dia ingat) adalah dikira sebagai menyempurnakan rakaat sebelumnya

BAB 14SOLAT JEMAAH DAN SOLAT JUMAAT

Solat jemaah adalah fardu kifayah bagi lelaki yang merdeka, mukim, baligh dan tidak uzur.Solat Jumaat adalah fardu ^ain bagi lelaki yang merdeka, mukallaf dan bermastautin dibangunan, apabila bilangan mereka mencukupi. Tidak diwajibkan solat jumaat bagi orang yang tinggal didalam khemah.

Diwajibkan Solat Jumaat bagi lelaki yang berniat untuk bermukim 4 hari sepenuhnya (tidak termasuk hari ia masuk dan keluar) pada satu tempat yang melakukan Solat Jumaat dan juga bagi orang yang tinggal diluar bandar yang dapat mendengar seruan azan Jumaat atau laungan oleh orang yang berada disempadan terdekat dengannya.

Syarat-syarat solat Jumaat:1) masuk waktu Dhuhr2) semua jemaah mesti mendengar 2 khutbah pada waktu Dhuhr dan sebelum solat Jumaat3) jumlah jemaah mestilah 40 orang4) solat Jumaat tidak boleh ada 2 atau dilakukan serentak di tempat yang sama. Cuma solat Jumaat yang awal (tahrim) diterima dan tidak yang kemudian (masbuq).Dalam keadaan di mana jemaah sukar untuk berkumpul disuatu tempat, kedua-dua solat Jumaat adalah diterima (yang awal dan yang akhir).Rukun 2 Khutbah:1) Memuji Allah pada kedua-dua khutbah2) Salawat ke atas Nabiy pada kedua-dua khutbah3) Menyuruh jemaah takut kepada Allah (taqwa) didalam kedua-dua khutbah4) Membaca ayat yang difahami maksudnya oleh dalam salah satu khutbahnya.5) Berdoa untuk mukminin (orang yang beriman) didalam khutbah yang kedua

Page 22: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Syarat-syarat 2 khutbah adalah:1) Suci dari hadas (besar dan kecil) dan dari najis pada badan, tempat dan pakaian termasuk apa yang dibawa (contoh didalam poket)2) menutup aurat3) berdiri4) duduk di antara 2 khutbah5) tiada gangguan pada diantara rukun dan 2 khutbah dan diantara 2 hutbah dan solat Jumaat6) mengucapkan rukun 2 khutbah didalam Bahasa Arab

MENGIKUT IMAM DIDALAM SOLAT

Setiap orang yang solat mengikut imam (contohnya solat Jumaat atau solat yang lain) mesti memenuhi kewajipan ini:

1)tidak mendahului imam semasa berdiri dan semasa takbir, batal solat makmum jika takbir serentak dengan imam, makruh yang selainnya jika serentak kecuali ucapan “Amin”.

Adalah haram bagi ma’mum mendahului imam dengan 1 rukun perbuatan. Batal solat seorang ma’mum dengan mendahului imam dengan 2 rukun perbuatan berturut-turut yang panjang (kedua-duanya) atau satu yang panjang dan satu yang pendek tanpa alasan.

Samalah juga keadaannya dengan melambatkan / mengakhirkan tanpa uzur, dan sebanyak 3 rukun perbuatan yang panjang tanpa uzur.

Jika ma’mum belum habis membaca Al-Fatihah hingga imam sudah habis ruku^ dan 2 sujud dan telah juga duduk antara 2 sujud atau berdiri untuk rakaat selanjutnya, maka dia hendaklah menghentikan bacaannya dan mengikut apa yang imam buat pada masa itu. Dia perlu juga menambah satu lagi rakaat selepas imam memberi salam.

Walaubagaimanapun, jika ma’mum telah habis membaca Al-Fatihah sebelum imam duduk antara 2 sujud atau berdiri untuk rakaat selanjutnya, maka dia hendaklah meneruskan solatnya sehingga dia dapat sampai ke pergerakan imam.

Ma’mum hendaklah mengetahui pergerakan imam.

Ma’mum berada didalam masjid bersama imam atau dalam jarak 300

Tiada penghalang (pintu bertutup dan lain-lain yang tidak bole dilalui) antara imam dan ma’mum.Format solat yang dikerjakan oleh ma’mum hendaklah sama dengan format solat yang dikerjakan oleh imam contohnya, batal solat ma’mum yang mengerjakan solat wajib yang mengikut imam yang bersolat jenazah.

Page 23: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Tiada perselisihan pendapat yang besar dengan imam berkenaan dengan perkara sunat, seperti duduk antara dua sujud awal. Jika imam melakukannya atau meninggalkannya, maka ma’mum hendaklah mengikut atau meninggalkannya .

Berniat untuk mengikut imam ketika takbir pada solat Jumaat atau didalam solat-solat yang lain.Jika ma’mun menunaikan solat Jumaat tanpa berniat untuk mengikut imam ketika takbir, maka batal solat ma’mum.

Untuk solat selain dari solat Jumaat, niat untuk mengikut imam mestilah dibuat didalam hati sebelum mengikut imam dengan pergerakan. Mengikuti imam dengan pergerakan tanpa berniat sebelumnya membatalkan solat ma’mum.

Walaubagaimanapun, jika pergerakan seseorang adalah secara kebetulan serentak/ bersamaan dengan pergerakan imam (jika ia solat dibelakang imam) dan ini adalah tidak disengajakan, maka tidak batal solatnya .

Kesimpulannya, jika seseorang mengikut pergerakan imam dengan sengaja tetapi tanpa niat untuk solat berjemaah, maka, batal solat ma’mum ini samada dia menunggu lama atau sekejap.

Adapun, jika seseorang menunggu dengan lama tetapi tidak mengikut pergerakan imam maka solatnya sah.

Dan wajib ke atas imam berniat untuk mengimamkan solat Jumaat atau solat muadah, tetapi adalah sunnah berniat untuk menjadi imam bagi solat yang lain.

Solat muadah adalah solat yang dilakukan pada kali kedua selepas solat jemaah yang pertama atau perseorangan yang telah sah/diterima, dilakukan untuk mendapat ganjaran berjemaah atau supaya orang lain mendapat ganjaran berjemaah (bila dia mengimami solat itu).

BAB 15SOLAT JENAZAH

Memandikan, menyolatkan, mengaffankan dan mengebumikan jenazah seorang Islam adalah fardu kifayah bagi orang Islam jika dia dilahirkan hidup.

Wajib bagi kafir dhimmiyy dikaffankan dan dikebumikan (bukan ditanah perkuburan Islam).Diwajibkan juga dimandikan, dikaffankan dan dikebumikan bayi yang dilahirkan mati.

Solat jenazah tidak dilakukan pada kafir dhimmiyy atau pada anak yang dilahirkan mati.

Barangsiapa yang terbunuh dalam peperangan melawan kafir maka dikaffankan dengan baju yang dipakainya ketika berperang. Jika bajunya tidak mencukupi, maka perlulah ditambah dengan pakaian lain. Tidak perlu dimandikan dan tidak perlu solat dilakukan keatasnya.

Memandikan dan mengaffankan mayat

Page 24: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Kewajipan yang paling kurang untuk memandikan mayat ialah membersihkan dari segala najis dan menggunakan air mutahir (suci lagi meyucikan) yang sampai pada seluruh kulit dan rambut, walaupun tebal.Kewajipan yang paling kurang bagi mengaffankan mayat adalah menutup seluruh badan. 3 balutan dugunakan bagi yang mati meninggalkan harta melebihi hutangnya jika ia telah tidak meninggalkan wasiat supaya dibalut hanya sekali.

Solat JenazahKewajipan paling kurang untuk solat jenazah ialah:1) Niat untuk menunaikan solat jenazah bagi si mati2) Berdiri ketika menunaikan solat jenazah, jika mampu3) Membaca al-Fatihah4) Takbir5) Salawat keatas Nabiyy6) Takbir7) Memohon doa supaya si mati diampunkan8) Takbir9) salam penutup

Barangsiapa uang menunaikan solat Jenazah masti memenuhi syarat-syaratnya dan menjauhi perkara yang membatalkan solat.

Mengkebumikan MayatKewajipan yang paling kurang untuk mengkebumikan jenazah ialah menggali lubang pada tanah yang mana dapat menghalang dari bau dan melindungi mayat dari binatang liar.Sunnah melebarkan/meluaskan/ mendalamkan lubang kubur.Dan wajib dihadapkan dadanya ke Qiblat.Dan Haram dikebumikan pada Mausoleum (kebumi mayat bertingkat-tingkat/bertimpa-timpa) (tanpa alasan)

BAHAGIAN 3

ZAKAT

1) Benda-benda yang wajib dibayar zakat2) Zakat binatang3) Zakat kurma , kismis dan bijirin4) Zakat emas, perak, galian emas dan perak, rikaz( harta yang dijumpai dalam bentuk emas

dan perak)5) Zakat perniagaan6) Zakat Fitrah7) Golongan penerima zakat

ZAKAT

Page 25: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Bab 1: Benda-benda yang wajib dibayar zakat

Benda-benda yang diwajibkan zakat padanya adalah :1-unta, lembu, kambing dan biri-biri2-tamar(kurma), kismis, bijirin3-emas, perak, bijih emas dan perak, harta karun(rikaz) emas dan perak4-harta perdagangan5-fitri

Bab 2: Zakat binatang

Nisab awal unta adalah 5 ekorNisab awal lembu adalah 30 ekorNisab awal kambing dan biri-biri adalah 40 ekor

Zakat tidak diwajibkan jika belum mencukupi nisab awalnya (haul) dan berusia 1 tahun (hijrah)

Bagi binatang ternakan,(**?)

Binatang ternakan yang digunakan untuk bekerja adalah tidak dikenakan zakat.

Zakat yang wajib dikeluarkan bagi nisab yang pertama unta ialah seekor biri-biri betina yang telah tanggal gigi susunya.

Zakat yang wajib dikeluarkan bagi nisab yang pertama kambing atau biri-biri ialah seekor biri-biri betina yang telah tanggal gigi susunya ataupun seekor kambing betina yang berusia 2 tahun.

Zakat yang wajib dikeluarkan bagi nisab yang pertama lembu ialah seekor anak lembu (jantan) yang telah berumur setahun.

Jika binatang-binatang seseorang itu melebihi nisab yang pertama, maka adalah menjadi kewajipan bagi mereka untuk belajar jumlah zakat yang telah Allah wajibkan padanya untuk ditunaikan.

Bab 3: Zakat kurma, kismis dan bijirin

Nisab awal bagi kurma, kismis dan biji-bijirin adalah 5 wasq ataupun bersamaan 300 sa’, mengikut sa’ Nabi, sallallahu ^alayhi wasallam, yang mana sukatannya disimpan di al-Hijaz.(**? def sa^)

Tanaman yang sama jenis yang mana dituai dalam tahun yang sama perlu dikumpulkan untuk dikira jika nisabnya mencukupi ataupun tidak.

Tanaman yang berlainan jenis (barli dan gandum) tidak perlu dicampurkan.

Page 26: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Kewajipan mengeluarkan zakat pada tumbuhan/ tanaman apabila/ bergantung kepada:

1)masaknya buah-buahan (boleh dimakan)Maka zakat tidak dikeluarkan bagi anggur atau kurma yang belum masak.

2) kerasnya biji-bijian

Zakat yang perlu dikeluarkan adalah:1/5 dari hasil tuaian jika tidak menggunakan modal. (dengan air hujan)1/10 dari hasil tuaian jika ia mengeluarkan modal (upah)

Sekiranya melebihi nisab, zakat yang perlu dikeluarkan adalah mengikut nisbahnya.

Zakat tidak dikeluarkan jika tidak mencukupi nisabnya. Walaubagaimanapun seseorang itu boleh mengeluarkan zakat jika dia kehendaki.

Bab 4: Zakat emas, perak, galian emas dan perak, harta karun yang ditemui (emas dan perak)

Nisab bagi emas ialah 20 dinar.1 dinar adalah unit ukuran berat yang mana bersamaan dengan berat purata 72 biji barli yang tidak dikupas selepas hujungnya dipotong.

20 dinar emas asli adalah lebih kurang 84.875 gram.

Nisab bagi perak adalah 200 dirham.1 dirham adalah unit ukuran berat yang mana bersamaan dengan berat purata 50 2/5 biji barli yang tidak dikupas selepas hujungnya dipotong.

200 dirham perak asli lebih kurang 594.124 gram.

Selepas cukup/genap setahun (hijrah), zakat yang perlu dikeluarkan pada emas dan perak ialah 1/40 dari jumlah asalnya. Jika melebihi nisabnya , zakat yang perlu dikeluarkan adalah mengikut nisbahnya.

Apabila emas dan perak dikeluarkan dari tempat asalnya, zakatnya ialah 1/40.

Apabila emas dan perak adalah ditemui sebagai harta karun (rikaz), zakatnya ialah 1/5.Dua kes yang terakhir ini zakatnya perlu dibayar serta merta.

Bab 5: Zakat harta perniagaan /dagangan

Nisab harta perniagaan adalah modal/harta perniagaan yang dibeli dengan emas dan perak.

Zakat yang perlu dikeluarkan selepas setahun berlalu/ cukup setahun adalah 1/40 dari harga pasaran.

Bagi perniagaan perkongsian yang memenuhi syarat, harta/ duit perkongsian 2 orang atau lebih dikira sebagai satu orang (zakat dikeluarkan dari seorang).

Page 27: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Bab 6: Zakat Fitrah

Zakat fitrah diwajibkan keatas setiap orang Islam yang hidup pada sebahagian bulan Ramadan dan sebahagian bulan Syawal.

Zakat yang dikeluarkan bagi seseorang ialah satu sa^ makanan ruji (bijirin) negeri itu.

Adalah menjadi kewajipan seseorang Islam untuk membayar zakat untuk dirinya dan tanggungannya yang Islam. Jika pada hari ^Idul Fitr dan malam selepasnya mencukupi melebihi hutangnya, pakaian, tempat tinggal dan nafkah, dan nafkah orang yang perlu ditanggungnya.

Bab 7: Penerima-penerima zakat

Diwajibkan berniat apabila hendak mengeluarkan zakat , bagi semua jenis zakat.

Zakat mestilah/ wajib dibayar pada orang Islam diantara 8 golongan yang berhak menerima zakat yang dibandar/tempat duit itu berada.

8 golongan yang berhak menerima zakat adalah:

1- Fakir - Orang yang berpendapatan separuh daripada keperluan hidupnya.

2- Miskin - Orang yang berpendapatan separuh dari keperluan hidupnya tetapi masih kurang dari keperluan asasnya.

3- ^amil (pemungut zakat) - Pemungut zakat yang dilantik oleh khalifah

4- muallaf – orang yang baru memeluk Islam yang mana hati-hati mereka perlu di jinakkan /dilembutkan.

5- Ar-riqab –Hamba-hamba yang kekurangan duit untuk mendapat kebebasan dari tuannya.

6- Al-gharimun – orang-orang yang berhutang yang tidak mampu untuk membayar hutangnya.

7- Fi-sabilillah

8- Ibn-us-sabil – Orang-orang yang bermusafir yang tidak mencukupi / mampu sampai ke tempat tujuannya.

Tidak dibenarkan dan juga tidak sah membayar zakat pada selain dari 8 golongan tersebut.

Oleh kerana itu, tidak sah membayar zakat pada setiap badan kebajikan.

BAHAGIAN 4

Page 28: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

PUASABAB 1: SIAPA YANG MESTI BERPUASA

Diwajibkan keatas setiap orang Islam yang mukallaf berpuasa pada bulan Ramadan. Tidak sah berpuasa bagi perempuan yang haid dan nifas; akan tetapi wajib mereka mengqadakan/ menggantikan puasa tersebut.

Dibolehkan/dibenarkan tidak berpuasa bagi orang yang musafir pada jarak qasr walaupun perjalanan itu tidak meletihkan.

Berbuka puasa dibenarkan bagi orang yang berpenyakit/sakit, perempuan yang mengandung dan menyusukan anak yang tidak tahan untuk berpuasa. Walaubagaimanapun, wajib diqadakan puasa tersebut.

BAB 2: RUKUN-RUKUN PUASA

1- Memasang niat setiap malam untuk berpuasa keesokan harinya.

2- Menahan diri dari –Jima^, Istimna’ (mengeluarkan mani dengan tangan), memasukkan sesuatu kedalam rongga yang terbuka kecuali air liur yang masih berada didalam mulut. (**?)

Puasa seseorang itu sah selagi dia tidak gila walaupun seketika dan jika tidak sedarkan diri sepanjang hari (dari subuh sehingga maghrib).

BAB 3: HARI-HARI DIHARAMKAN BERPUASA

Tidak sah berpuasa pada Hari Raya Puasa ( ^Idul Fitr) , Hari Raya Korban ( ^Idul Adha), hari-hari tasyriq ( 3 hari selepas hari raya korban).

Tidak sah juga berpuasa pada separuh terakhir bulan Sha^ban, dan hari syak kecuali jika seseorang itu berpuasa sebelumnya ataupun berpuasa kaffarah, qada’, bayar nazar (nadhr), wirid (seperti berpuasa setiap Isnin dan Khamis).

Adalah berdosa membatalkan puasa dibulan Ramadan dengan melakukan jima^ tanpa alasan/uzur. Puasa itu mesti diganti dengan seta merta dan kaffarah zihar perlu dibayar.

Kaffarah zihar ialah memerdekakan seorang hamba Islam. Sekiranya tidak mampu, berpuasa selama 2 bulan berturut-turut. Sekiranya tidak mampu perlu memberi makan pada 60 orang Islam yang miskin dengan setiap orang mendapat 1 mudd gandum atau bijirin—apa-apa sahaja tanaman bijirin yang menjadi makanan asas negeri itu.*1 mudd bersamaan dengan 2 genggam tangan (saiz sederhana)

BAHAGIAN 5

HAJJ

Page 29: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

BAB 1: SIAPA YANG PERLU MENGERJAKAN HAJI

Wajib mengerjakan haji dan umrah sekali seumur hidup bagi orang yang mukallaf dan mampu untuk pergi dan balik dari tempatnya ke Mekkah.

Ini termasuklah seseorang itu mempunyai duit yang melebihi hutangnya, tempat tinggal dan pakaian yang sesuai/selesa, dan dia mempunyai cukup untuk tanggungan yang wajib disara dari sepeninggalannya sehingga waktu kepulangannya.

BAB 2: RUKUN-RUKUN HAJI

Rukun-rukun haji adalah-

1- niat untuk berihram – dengan berkata didalam hati “ sekarang aku berniat untuk mengerjakan haji” atau yang seumpamanya.

2- Berada di padang ^Arafah diantara bermula waktu Dzuhr 9 Zulhijjah sehingga waktu subuh keesokan harinya.

3- T awaf di Ka^bah

4- Sa^I – berjalan diantara bukit Safa dan Marwah 7 x (dari satu sempadan ke sempadan yang lain)

5- H alq atau taqsir- memotong rambut dengan bercukur ataupun dengan sekadar bergunting sedikit.

6- Tertib- mengikut turutan (kebanyakan rukun)

Semua ini adalah rukun-rukun umrah kecuali berada di Padang ^Arafah.Rukun-rukun ini mempunyai kewajipan (fardu) dan syarat-syaratnya perlu dilakukan.

Diantara syarat bertawaf ialah;-Mengelilingi ka^bah bermula dari Hajr Aswad hingga kembali ke Hajr Aswad sebanyak 7 pusingan.

-Menutup aurat dan suci (tuhur)

-Bahu kiri mestilah menghalakan ke Ka^bah tanpa dada menghadap atau membelakangi ka^bah.

BAB 3: PERKARA-PERKARA YANG HARAM BAGI ORANG YANG BERIHRAM

Adalah haram bagi orang yang telah berniat untuk berihram (haji atau ^umrah) melakukan perkara-perkara berikut:

1- memakai wangi-wangian

Page 30: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

2- menyapu kepala atau janggut dengan minyak, grease yang dicairkan atau madu lilin yang dicairkan.

3- Memotong kuku jari tangan, kaki atau rambut

4- Jima^ ataupun muqaddimah (perbuatan yang mendorong kepada jima^)

5- ^aqad nikah- jika dilakukan pernikahan adalah tidak sah

6- memburu binatang yang boleh dimakan

7- bagi lelaki : menutup kepala atau memakai pakaian yang berjahit, berlipat dll untuk menutup badan

8- bagi perempuan: menutup muka dan memakai sarung tangan.

Barangsiapa yang melakukan perkara-perkara tersebut semasa berihram, maka mereka telah melakukan dosa. Fidyah perlu dibayar. Diwajibkan keatas mereka membayar fidyah kecuali aqad nikah dan melihat dengan nafsu.

Dalam hal berjima^:Haji seseorang itu batal/ tidak sah jika dia berjima^ ketika berihram akan tetapi diwajibkan keatasnya menyempurnakan ibadat Haji itu dan perlu diulangi serta merta (tahun hadapan)

Dengan kata lain:Seseorang yang batal Hajinya kerana berjima^ perlu meneruskan ibadat hajinya itu, jangan ditinggalkan/ berhenti. Kemudian, perlu diganti pada tahun hadapannya jika berkemampuan.

BAB 4: PERKARA-PERKARA YANG WAJIB KETIKA MELAKUKAN IBADAT HAJI

Adalah wajib bagi orang-orang yang telah berniat untuk melakukan ibadat haji (atau Umrah) melakukan perkara-perkara berikut:

1- Niat untuk berihram sebelum melintas miqatMiqat adalah kawasan-kawasan yang Rasulullah telah tetapkan untuk memulakan niat ketika berihram seperti tempat yang bernama dhul-hulayfah adalah miqat bagi orang-orang dari Madinah dan melalui jalan yang sama dengan Makkah.

Page 31: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

2- Bermalam di Muzdalifah dan Madinah semasa Haji.Ini adalah menurut ash-Shafi^iyy . Walaubagaimanapun ini bukanlah menjadi kewajipan menurut pendapat ash-Shafi^iyy yang lain.

3-Melontar jamrah ^Aqabah pada hari raya Korban.

4-Melontar ketiga-tiga jamrah pada hari Tashriq

5-Tawaf wida^ (selamat tinggal) sebelum meninggalkan Makkah menurut Mazhab Shafi^iyy.

Barangsiapa yang tidak memenuhi keenam-enam perkara tersebut tidaklah batal haji mereka akan tetapi melakukan dosa dan perlu membayar fidyah.

Ini berlainan dari orang yang tidak melakukan rukun, kerana barangsiapa yang tidak melakukan/meninggalkan rukun Haji maka hajinya tidak sah.Dengan membayar Dam (sembelihan binatang)sekalipun tidak akan dapat menyamai nya.

Adalah haram bagi orang yang berihram atau tidak, berburu binatang di Makkah dan Madinah atau mencabut atau memotong pokok-pokok (rumput).

Jika ini dilakukan di Makkah, maka wajib dibayar fidyah.

Fidyah tidak perlu dibayar jika berburu binatang atau menebang pokok-pokok di Madinah. (kawasan diantara gunung ^Ayr dan gunung Thawr).

Bahagian 6

Mu^amalat dan Nikah

Mu^amalat (Berjual beli)

Diwajibkan ke atas setiap muslim yang mukallaf untuk tidak melibatkan diri dengan sesuatu perkara sehingga dia mengetahui apa yang telah Allah ta^ala halal atau haramkan mengenainya.

▲ Sesungguhnya Allah subhanahu memerintahkan kita dengan perkara dan kita perlulah memenuhi perintahNYA.Sesungguhnya Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Dari segi shar^ urusniaga (bejual beli) tidak dikira sah jika tidak disempurnakan syarat dan rukunnya, tidak cukup dengan hanya bertukar barang.

Seseorang itu mestilah belajar perkara-perkara yang telah dinyatakan diatas jika hendak berjual beli, jika tidak seseorang itu akan terlibat dengan riba sama ada dikehendakinya ataupun tidak.

Rasulullah sallallahu ^alayhi wa sallam bersabda yang bermaksud: << Pada hari Qiamat, peniaga yang jujur akan berkumpul dengan para nabi, siddiqin dan shuhada’ >>. Ini adalah disebabkan oleh kesukaran dalam melawan kehendaknya sendiri untuk memenuhi tuntutaan Islam.

▲Amaran Allah untuk mengazab bagi barangsiapa yang melanggar hukumNYA adalah diketahui.

Page 32: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Contoh-contoh urusniaga yang lain:o Menyewa sesuatu atau perkhidmatan seseorang (ijarah)o Berniaga menggunakan duit orang lain dengan berkongsi keuntungannya (qirad)o Pajak gadai (rahn)o Mengupah seseorang untuk melakukan sesuatu (wakalah)o Cagaran untuk simpanan (wadi^ah)o Meminjam sesuatu untuk digunakan (^ariyyah)o Berkongsi niaga (sharikat)o Kontrak/Tender (siram air, potong rumput dan lain-lain) angur atau kurma yakni

sebahagian dari tanaman (musaqah)

Syarat dan rukun urusniaga tersebut perlulah dijaga bagi orang yang hendak melakukannya.

Bab 2: Aqad Nikah

Seseorang itu perlulah berhati-hati dalam melakukan syarat dan rukun aqad nikah kerana ditakuti ianya tidak dilakukan dengan sempurna.

Sebagaimana yang dinyatakan didalam Al-Qur’an ul Karim, Firman Allah didalam Surah Tahrim , ayat 6.

Bermaksud: {Wahai orang-orang yang beriman, lindungilah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari Api Neraka yang mana bahan bakarnya adalah manuasia dan batu. }

^Ata’ Ibn Abi Rabah, semoga Allah meredainya, menerangkan ayat ini sebagai:Belajar bagaimana mengerjakan solat, puasa, jual beli, nikah serta bercerai.

BAB 3 RIBAAdalah haram hukumnya untuk mengamalkan, memakan, mengambil hasil riba atau menulis atau menjadi saksi kepada hal yang berkaitan dengan riba. Perkara riba ini adalah seperti yang berikut:

1. Menjual emas untuk mendapatkan perak, perak untuk mendapatkan emas, emas untuk mendapatkan emas juga atau perak untuk mendapatkan perak juga--samada dalam bentuk duit syiling atau tidak, atau telah ditukar kepada barangan perhiasan diri atau dalam bentuk asal (bijih) atau yang selain dari semua ini dengan syarat pembayarannya hanya akan dibuat kemudian.

2. Menjual apa-apa yang telah disebutkan diatas tetapi dengan keadaan si pembeli atau si penjual berpisah sebelum pembayaran dilakukan.

3. Menjual emas untuk mendapatkan emas atau perak untuk mendapatkan perak dengan keadaan timbangannya tidak sama.

Page 33: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

4. Didalam keadaan bilamana makanan dijual untuk mendapatkan makanan yang lain:adalah haram hukumnya menjual sejenis makanan untuk mendapatkan sejenis makanan yang lain , contohnya gandum untuk barli, apabila diletakkan syarat dimana pembayaran hanya akan dibuat kemudian atau sekiranya mereka yang terlibat dalam urusan jualbeli ini berpisah sebelum sebarang pembayaran dibuat.

Didalam keadaan dimana jenis makanan yang sama diniagakan, contohnya, gandum untuk gandum, seseorang mesti mengelakkan 2 syarat yang disebutkan diatas dan juga ketidaksamaan dalam timbangan. Oleh itu haram hukumnya sekiranya barli dijual untuk mendapatkan barli tetapi tidak sama timbangannya atau syarat untuk melewatkan pembayaran telah ditetapkan atau mereka yang terlibat dalam urusan jualbeli ini berpisah sebelum sebarang pembayaran dibuat.

Bab 4: Rukun Berjual Beli (Ba^y)

Adalah Haram berjual beli perkara perkara berikut:1. Sesuatu yang belum diterima 2. Daging dengan binatang hidup3. Berjual hutang dengan hutang, seperti sesorang itu menjual apa yang Zayd hutangnya

kepada ^Amr untuk melangsaikan hutangnya pada orang lain dalam tempoh sebulan umpamanya.

4. Apa apa yang bukan miliknya ataupun dia tidak berhak untuk menjualnya.5. Sesuatu yang tidak nampak atau tidak dilihat olehnya.

Menurut ash-Shafi^iyy, jika barang itu diterangkan, maka jual beli ini dibenarkan. Jual beli bagi orang yang belum mukallaf adalah tidak sah, maka begitu juga tidak sah jual beli orang yang gila dan belum baligh. Menurut mazhab Imam Ahmad, jual beli kanak-kanak yang sudah mumayizz adalah dibenarkan selagi mereka mendapat kebenaran dari penjaganya.

6. Apa apa yang tidak mampu untuk dihantar7. Apa apa yang tidak mempunyai manfaat / faedah , menurut sebahagian ulama adalah

tidak sah jual beli jika tanpa bertukar secara lisan dengan sempurna dari kedua dua pihak. Menurut ulama yang lain, persetujuan kedua belah pihak sudah memadai.

8. Yang bukan miliknya seperti, orang yang merdeka dan tanah yang tidak bertuan.9. yang tidak diketahui10. najis seperti darah11. tiap-tiap yang memabukkan (maskr)12. Peralatan yang diharamkan seperti tunbur (sejenis peralatan muzik yang ditiup)13. Diharamkan berjual beli sesuatu yang halal dan suci pada orang orang yang mana penjual

mengetahui mereka akan melanggar perintah Allah dengan barang yang dijualnya itu. Seperti menjual anggur pada orang yang hendak membuat arak dan menjual senjata pada orang yang hendak mencederakan orang lain dengannya.

14. Tiap-tiap bahan yang memabukkan15. Barang yang mempunyai cacat cela/ rosak tanpa menunjukkan pada pembeli

mengenainya terlebih terdahulu.

Page 34: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Tidak sah membahagi atau menjualkan harta peninggalan orang yang mati sehingga dibayar hutangnya dan wasiatnya dipenuhi. Hartanya mungkin boleh dijual untuk membayar hutang dan untuk dipenuhi wasiatnya.

***???

Selepas harga barang dipersetujui adalah haram bagi seseorang itu melemahkan kehendak pembeli atau penjual dengan bertujuan menjual pada pembeli atau membeli dari penjual. Lebih berdosa lagi jika perbuatan ini dilakukan selepas selesai urusan berjual beli dan masih lagi didalam tempoh dimana barang boleh dipulangkan.

Adalah haram memisahkan hamba perempuan dari anaknya yang belum mencapai umur mumayyiz.

Haram menipu atau khianat ataupun tidak jujur dalam urusan menimbang berat, mengukur panjang atau bilangan kiraan.

Haram meminjamkan duit pada pembeli dengan syarat untuk menjual sesuatu (kapas sebagai contohnya) pada harga yang lebih tinggi kerana adanya pinjaman tersebut.

Haram meminjamkan duit pada tukang jahit atau mana-mana orang yang diupah dengan syarat dia mengupah orang itu pada upahan yang lebih rendah kerana adanya pinjaman tersebut

Haram meminjamkan duit kepada petani dengan syarat petani menjual hasil pertaniannya dengan harga yang rendah kepada si peminjam.

Banyak lagi mu^amalat pada zaman ini yang haram (tidak sah dari hukum Islam) . Oleh itu barangsiapa yang mencari keredaan Allah Subhanahu dan keselamatan di dunia serta Akhirat hendaklah belajar apa yang halal dan apa yang haram dari guru yang ^alim (berpengetahuan), wara’ serta menjaga pada agamanya.

Sesungguhnya mencari sesuatu yang halal adalah kewajipan bagi setiap orang Islam.

BAB 5: MENYARA TANGGUNGAN TERMASUK ISTERI

Diwajibkan kepada orang yang berkemampuan untuk menyara (memberi nafkah) ibubapanya yang miskin, datuk dan nenek walaupun mereka mampu untukmenyara kehidupan mereka.

Diwajibkan juga memberi nafkah kepada keturunannya; anak-anak, cucu-cucu yang miskin dan tidak mampu untuk menyara hidup ataupun yang belum baligh ataupun yang tidak mampu menyara hidup kerana berpenyakit.

Wajib bagi suami memberi nafkah pada isterinya dan membayar mahr perkahwinan.Jika suami menceraikan isterinya dengan tanpa alasan dari pihak isteri, maka mut^ah (hadiah) perlu diberi kepada isteri.

Pemilik-pemilik hamba dan binatang perlu memberi nafkah kepada mereka. Jangan dibebani mereka dengan kerja yang mereka tidak mampu lakukan dan jangan dipukul mereka tanpa hak.

Page 35: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Bab 6 Kewajipan Isteri

Diwajibkan keatas setiap isteri taat kepada suaminya dan membenarkannya meni^mati tubuh badannya kecuali apa yang diharamkan. Tanpa kebenaran/izin suaminya, isteri tidak boleh berpuasa sunat ataupun meninggalkan rumahnya.

BAHAYA AIDS SUATU PERINGATAN

Khutbah Jumaat pada 28/12/96

Muslimin Yang Berbahagia

Kesempatan ini saya berwasiat kepada diri saya sendiri dan kepada tuan-tuan sidang jumaatsekelian agar sentiasa beriman dan bertakwa kepada Allah dengan ertikata sebenarnya denganmelaksanakan ajaran Allah dan RasulNya didalam seleruh kehidupan kira, semuga dengan itu kitakan beroleh kejayaan dan tidak mudah di tipu oleh syaitan yang menjadi musuh orang beriman.

Dalam surah Al -Baqarah ayat 207 yang maksudnya: "Wahai orang yang beriman ! Masuklahkedalam Islam keseluruhannya dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan,sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu."

Muslimin sidang Jumaat yang dimuliakan!

Pada yang berbahagia dan dissat yang mulia ini marilah kita merenong suatu gejala baru yang sedangmelanda masyarakat kita iaitu masaalah penyakit AIDS yang tidak kurang bahayanya jikadibandingkan dengan dadah,judi,arak,senjata api dan sebagainya.

Penyakit ini berpunca dari VIRUS yang menyerang dan melumpuhkan sistem pertahanan badanmanusia (darah putih) sekiranya sistem pertahanan badan dilemahkan dengan virus aids menjadikanorang tersebut akan hilang daya tahan. Seterusnya terdedah kepada berbagai penyakit, lamakelamaan pengidapnya akan menghadapai keadaan yang amat buruk dan boleh membawa kepadakematian.

Aids merebak melalui saluran yang diharamkan oleh Islan,iaitu melalui hubungan jenis lelaki samalelaki (HOMOSEKS) zina,pelacuran,berkongsi jarum suntikan oleh penagih dadah. Lebih mudahmerebaknya aids ialah didalam masyarakat yang sedang menghadapi keruntuhan akhlak,danmasyarakat yang membelakangkan akidah dan syariat Allah swt.

Sidang Jumaat yang dihormati sekelian!

Islam dengan tegas mengharamkan perbuatan zina kerana zina adalah suatu cara saluran tenagajantina yang menyeleweng,membawa kepada hancurnya keturunan , runtuhnya susunan keluargadan masyarakat,tersebarnya penyakit seperti siplis, kencing bernanah dan aids, yang kini sedangmelanda masyarakat moden,hingga kehari ini pakar-pakar perubatan moden belum lagi menemuisebarang ubat yang menyembuhkannya. Pengharaman jenayah zina,telah ditegaskan di dalamal-Quran,

Page 36: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Firman Allah :dalam surah Al-Israq :Ayat 32, yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya perbuatan zina itu adalah suatu perbuatan kejidan satu jalan yang buruk." Rasulallah s.a.w. mengingatkan kita suapaya menjauhkan perbuatanzina,kerana orang yang berzina dibangkitkan di akhirat kelak dengan kemaluannya bernyala-nya,Sabda Baginda, yang barmaksud:

"Sesungguhnya orang yang berzina itu ketika dibangkitkan di hari kiamat, kemaluan merekabernyala-nyala mengeluarkan api."

Selain daripada zina yang menjadi jangkitan aids ialah perbuatan liwat (HOMOSEKS) di dalamAl-Quran menceritakan perbuatan liwat ini terjadi secara meluas dikalangan kaum Nabi Allah Luds.a.w, perbuatan tersebut sangatlah di benci,di tolak oleh akhlak Islam, menyeleweng yang amat luarbiasa dan dahsyat dari undang-undang alam dan hukumnya. Oleh kerana itu Islam mengambil sikapyang tegas dan keras sepertimana siksaan yang dikenakan terhadap perbuatan kaum Nabi Lud yangengkar itu. Firman Allah dalam Surah Hud ayat 82-83 yang bermaksud:

" Maka ketika azab kami, kami jadikan Lud itu yang diatas kebawah (kami balikan) dan kami hujanimereka dengan batu dari tanah yang terbakar yang diberi tanda oleh tuhanMu,dam siksaan itutiadalah jauh dari orang-orang zalim".

Khubah Jumaat ini dibacakan di Masjid Negara Malaysia pada 28 Disember 1996.

BAHAYA COLA & PEPSI

Last weekend, ada ustazah usrah kami beritahu... masa dia belajar katmesir dulu, dia punya lecturer ada cerita... dulu ada sorang mamatyahudi ni datang egypt to study the muslims' lifestyle kat sanasetelah serangan secara fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. dia nak carikjalan untuk serang cara lain. tapi Alhamdulillah, dia telah diberihidayahsemasa dia dok study umat Islam kat mesir tu. dia beritahulecturer ustazah ni,one of the things the jews do untuk hapuskan keturunan umat Islam is to produce coca cola & pepsi yang di dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men & women. menurut mamat tu, kat israel tak ada jual coke & pepsi sbb diorg tahu apa kandungan kat dalamnya and since jew is agama keturunan, diorg taknakle mandul! and kalau korang pernah terima forwarded email pasal bertapa acidicnya coke tu sampai boleh dissolve tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cuci toilet! and for ladies,kalau minum coke boleh cause menstruation if you're a wee bit late. so kalau minum banyak & at that time baru lekat zuriat, ada chances keguguran le, kan? therefore, untuk kemakmuran umat Islam & untuk kesihatan & untuk tak support jewish companies, please stop drinking & buying coke & pepsi

BAHAYA KEMEWAHANErtinya:Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw.

Page 37: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?". Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi saw. bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu".H.R. Termizi KeteranganDalam hadis ini Nabi kita Muhammad saw. menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad saw. mengatakan, "Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita", ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat. Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah swt., sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi Tetapi, bila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk rnenambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah saw., "Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)". Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehaloban manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan. OIeh itu janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya

Balqis takjub mukjizat Nabi Sulaiman

NABI Sulaiman dikurniakan mukjizat yang membolehkan baginda berbicara dengan burung, haiwan dan segala yang ada di bumi serta menundukkan angin mengikut kemahuannya.

Kerajaannya dilengkapi angkatan tentera besar yang bukan saja mengandungi manusia serta merangkumi pasukan jin dan burung yang juga mukjizat Allah kepada Baginda.

Page 38: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Nabi Sulaiman turut dilimpahi harta dengan istana Baginda yang diperbuat daripada batu permata yang tinggi nilainya.

Suatu hari, baginda mengadakan satu perhimpunan besar manusia, jin dan haiwan, tetapi burung hud-hud tidak kelihatan.

Baginda murka seperti yang disebut dalam surah an-Naml, ayat 21 hingga 24 bermaksud: "Demi sesungguhnya aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab ia tidak hadir).

“Burung hud-hud pun tiba membawa satu berita. "Saya mengetahui sesuatu hal yang tuan belum ketahui dan kubawa dari negeri Saba suatu berita penting yang meyakinkan.

"Sesungguhnya saya mendapati seorang ratu yang memerintah mereka dan dia dianugerahi segalanya serta mempunyai singgahsana yang besar. Kulihat ratu dan rakyatnya tidak menyembah Allah, melainkan sujud kepada matahari.

“Dan syaitan menjadikan mereka memandang indah perbuatan mereka lalu menghalangi mereka daripada jalan Allah yang menyebabkan mereka tersesat petunjuk."

Mendengar kata-kata hud-hud itu, Nabi Sulaiman mengutus surat kepada Ratu Balqis di kerajaan Saba yang terletak tidak jauh dari kota Yaman, menyerunya supaya menyembah Allah.

Selepas utusan Nabi Sulaiman diterima, Puteri Balqis yang terkenal dengan kecantikannya itu pun mengadakan mesyuarat. Dengan keputusan dibuat daripada pembesar dan wakil rakyat, kebiasaannya mereka akan mengisytiharkan perang.

Tetapi kali ini, Puteri Balqis berfikir secara bijaksana dan menghantar dua duta yang membawa pelbagai hadiah mahal.

Untuk menguji Nabi Sulaiman, hadiah diletakkan dalam kotak berukir dan berbungkus kain sutera. Pada pendapat Ratu Balqis, jika Nabi Sulaiman terpengaruh dengan hadiah, maka baginda adalah pemimpin dunia dan bukan pemimpin agama berpangkat nabi atau rasul.

Rombongan Ratu Balqis disambut baik walaupun hadiahnya ditolak. Nabi Sulaiman berkata: “Bagiku sudah cukup dengan apa yang Allah kurniakan kepadaku. Kembalilah ke negerimu dan katakan kepada ratumu, jika ingkar menyembah Allah, maka kami akan menyerang negerimu."

Ratu Balqis kemudian bersiap untuk menziarahi Nabi Sulaiman. Selepas mendengar khabar itu, Nabi Sulaiman mencari sesiapa yang sanggup membawa singgahsana Ratu Balqis sebelum beliau sampai menghadapnya sebagai bukti kenabian yang hendak ditunjukkan kepada ratu berkenaan.

Firman Allah dalam surah an-Naml, ayat 38 hingga 40 bermaksud: “Berkata Sulaiman, hai pembesar, siapakah antara kamu sekalian yang sanggup membawa singgahsananya sebelum mereka datang menghadapku dalam keadaan berserah diri, memeluk Islam.”

“Ifrit berkata: “Aku akan membawakan kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu dan sesungguhnya aku amatlah kuat dan gagah untuk membawanya, lagi amanah.”

Page 39: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

“Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu yang tinggi: "Aku akanmembawakan kepadamu dalam sekelip mata.” Selepas melihat singgahsana di depannya, Nabi Sulaiman berkata: “Ini ialah limpah kurnia Tuhanku untuk menguji adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberiannya.

“Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur, maka faedah syukur hanya terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Pemurah.”

Untuk menerima kedatangan rombongan Ratu Balqis, Nabi Sulaiman turut mempersiapkan diri. Lukisan menarik di dinding dengan lantai diperbuat daripada kaca permata kilat menghiasi istana.

Di bawah istana pula, air jernih mengalir dengan pelbagai jenis ikan kecil, kura-kura dan binatang laut berwarna-warni.

Keindahan istana itu membuatkan Ratu Balqis terkejut, malah ketika menghadap, beliau berasakan bilik tetamu itu dipenuhi air. Disebabkan khuatir basah, Ratu Balqis menyingkap kainnya hingga menampakkan dua betisnya.

Ini disebut dalam surah an-Naml, ayat 44 bermaksud: “Dikatakan kepadanya, masuklah ke dalam istana maka ketika dia melihat lantai istana itu, dikiranya kolam air yang besar, disingkap kedua-dua betisnya. Berkatalah Sulaiman, sesungguhnya ia adalah istana licin diperbuat daripada kaca.

“Berkatalah Balqis, ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah Tuhan semesta alam.”

Wanita kena berilmu bukan harapkan kecantikan fizikal

HORMAT Wanita yang dipilih sebagai tema Hari Sambutan Wanita Sedunia di Malaysia, baru-baru ini, memberikan penghormatan dan pengiktirafan terhadap peranan wanita sebagai ibu, isteri, anak, sahabat, teman seperjuangan dan ahli dalam sesebuah masyarakat.

Sikap saling hormat menghormati adalah nilai murni yang perlu diterapkan pada setiap anggota masyarakat tanpa mengira usia, jantina dan status sosial. Bagaimanapun, hormat wanita perlulah bermula dengan wanita menghormati diri mereka sendiri. Bak mutiara kata Inggeris yang berbunyi ‘Respect is earned’.

Hormat terhadap seseorang tidak akan datang sendiri melainkan di atas sesuatu yang menyebabkan dia layak menerima penghormatan itu. Hormat pula bukanlah sesuatu yang boleh diminta-minta atau dipaksakan, tetapi lahir daripada hak dan tanggungjawab yang sudah dilaksanakan.

Wanita perlu mula belajar menghormati diri sendiri. Ia bermula dengan belajar mengenali diri sendiri dan menerima segala kelebihan dan kekurangan kurniaan Allah ke atas dirinya.

Segala kelebihan diri dimanfaatkan untuk berbuat kebaikan yang mendatangkan manfaat kepada diri sendiri dan orang lain. Kekurangan diri pula cuba diperbaiki seboleh mungkin tanpa menyebabkan perasaan rendah diri. Wanita perlu menghargai dan menyayangi diri sendiri dan meletakkan nilai tinggi ke atas maruah dan harga diri mereka sebelum meminta orang lain berbuat demikian terhadap mereka.

Page 40: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Islam mengiktiraf wanita sebagai individu yang berbeza daripada lelaki dari sudut penciptaannya. Bagaimanapun, dari segi tanggungjawab dan pengabdiannya terhadap Allah adalah sama.

Firman Allah bermaksud : “Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang wanita serta menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Surah al-Hujurat, ayat 13)

Firman Allah lagi bermaksud: “Demi malam apabila menutupi, dan siang apabila terang benderang dan penciptaan lelaki dan perempuan, sesungguhnya usaha kamu memang berbeza-beza.” (Surah al-Lail, ayat 1-4)

“Yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (Surah al-Mulk, ayat 2)

Wanita Islam yang menghormati dirinya akan sedaya upaya menunaikan setiap suruhan Allah dan menjauhi larangan-Nya. Dia juga perlu meyakini setiap hukum Allah mempunyai hikmah yang bertujuan memelihara kesucian dan kesejahteraan diri dan masyarakat umum walaupun nafsu mereka tidak menyenanginya.

Contohnya, sistem hijab dalam Islam untuk memelihara kesucian maruah diri dan keselamatan seseorang wanita. Dengan ini lelaki akan memandang wanita sebagai seorang yang mulia dan terhormat serta bukan semata-mata sebagai objek seks.

Ini seperti firman Allah bermaksud: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)

“Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikit pun, akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri.” (Surah Yunus, ayat 44)

“Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui.” (Surah al-Ankabut, ayat 64)

Seterusnya wanita mesti memperkasakan diri mereka dengan ilmu pengetahuan kerana dengan ilmulah seseorang manusia dihormati dan disanjungi. Wanita tidak boleh bersandarkan kepada kecantikan fizikal semata-mata kerana ia tidak berkekalan.

Wanita perlu mengambil tindakan berdasarkan sesuatu fakta dan tidak hanya terikut-ikut dengan trend semasa. Contohnya, ramai wanita muda kini yang merokok! Perbuatan itu jelas melambangkan wanita tidak menghormati diri sendiri kerana berbuat sesuatu yang akan memudaratkan tubuh badan mereka. Merokok boleh mengganggu pusingan haid dan menyebabkan penghasilan ovum yang kurang berkualiti. Merokok juga boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti kanser paru-paru dan kerongkong. Malah, wanita mengandung yang merokok akan mendatangkan mudarat kepada janin yang dikandungnya. Kajian saintis mendapati beberapa komplikasi bagi ibu mengandung yang merokok seperti kelahiran pramatang, berat badan bayi yang terlalu rendah dan kematian janin dalam rahim.

Terlalu mempercayai lelaki tanpa syarat hingga menggadaikan maruah diri juga bukanlah

Page 41: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

tindakan bijak seorang wanita biar seagung mana pun cintanya! Wanita harus pandai memberi dan menilai cinta dan hanya menyerahkan dirinya dengan terhormat melalui ikatan ijab kabul.

Berleluasanya perbuatan maksiat dan zina dalam masyarakat turut berpunca daripada longgarnya ikatan kekeluargaan dan punahnya rasa percaya dan hormat terhadap ibu bapa. Gadis dan wanita yang tidak mendapat kasih sayang daripada lelaki dalam hidup mereka iaitu bapa masing-masing, mula mengemis kasih daripada lelaki hidung belang yang mengambil kesempatan daripada keperluan emosi seorang wanita.

Pengalaman dalam kehidupan adalah universiti terbaik bagi seseorang insan selagi mana dia belajar dengan mengutip permata kehidupan yang berharga di celah-celah kesilapan yang pernah dilakukannya atau oleh orang lain.

Panduan menghormati diri sendiri.

l Hargai dan sayangi diri sendiri dengan menerima segala kelebihan dan kelemahan diri. Berazam untuk memanfaatkan kelebihan diri untuk kehidupan yang lebih baik, di samping cuba memperbaiki kelemahan sendiri.

l Percaya kepada keupayaan diri sendiri dan mempunyai maruah diri yang tinggi.

l Tidak melakukan perbuatan yang boleh memudaratkan diri sendiri dan kesihatan seperti merokok, mengambil dadah, minum arak dan pengguguran haram.

l Merasai kepuasan sekiranya beroleh kejayaan dan tidak berputus asa sekiranya gagal.

l Melakukan sesuatu kerana kemahuan diri sendiri dan bukan paksaan daripada orang lain.

l Memberi peluang kepada diri sendiri untuk mencuba semula dan bangun daripada kegagalan.

l Tidak rendah diri di atas kekurangan yang ada pada diri sebaliknya meyakini Allah menciptakan manusia dengan keupayaan yang tersendiri.

l Tidak terikut-ikut dengan tindak tanduk orang lain atau berbuat sesuatu semata-mata untuk menarik perhatian orang lain.

l Meyakini qada dan qadar yang ditetapkan oleh Allah serta meyakini usaha dan tawakal adalah selari dalam mencapai kejayaan.

l Tidak terlalu mengharapkan bantuan orang lain, sebaliknya berusaha dengan menggunakan kelebihan, kemahiran dan kepandaian yang ada pada diri sendiri.

l Membuat keputusan yang menguntungkan diri sendiri, keluarga dan masa hadapan serta menjauhi perbuatan yang merugikan.

(Penulis ialah pelajar sarjana bidang psikologi serta mengalu-alukan e-mel remaja dan wanita bermasalah. Sila hubungi [email protected])

Banyakkanlah....

Page 42: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampunidosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.3.Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.4.Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini6. Mengucap innalillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.7.Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjangsiang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi,mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa,karena sudahbiasaBayaran hutang jangan dilewatkan

PELBAGAI contoh keadaan berhubung hutang yang boleh diteladani.

Seseorang peniaga membuka sesuatu perniagaan dan memberi kemudahan berhutang kepada pelanggan. Selepas tiba tempoh pembayaran hutang, mereka gagal berbuat demikian. Perkara itu akan mendatangkan kerumitan kepada peniaga untuk meneruskan perniagaan hingga boleh menyebabkan perniagaan ditutup. Seseorang yang diterima untuk melanjutkan pengajian dengan mendapat pinjaman biasiswa. Selepas membuat perjanjian untuk membayar balik pinjaman dan selepas sampai tempohnya, dia mengabaikan perjanjian itu.

Perkara itu akan menimbulkan kesukaran kepada pihak yang memberi pinjaman untuk meneruskan perkhidmatan seperti itu kepada generasi akan datang. Bayangkanlah jika seseorang itu berhutang dengan institusi kewangan yang berkaitan dengan orang ramai. Contohnya, pinjaman kewangan kerajaan atau koperasi, pasti ia akan menjadi lebih rumit untuk diselesaikan apabila tiba hari pengadilan di hadapan Allah kerana membabitkan ramai pihak.

Oleh itu, kita perlu berhati-hati dalam hal berhutang supaya tidak tergolong dalam golongan yang tersebut di atas. Kesan melewatkan bayaran hutang.

Apabila seseorang itu berhutang, maka dia wajib membayarnya semula dengan segera selepas berkemampuan berbuat demikian.

Islam menganjurkan antara perkara yang wajib disegerakan di dunia ini ialah membayar segala hutang piutang selain daripada menyegerakan pengebumian jenazah dan mengahwinkan anak perempuan.

Seseorang yang suka melewatkan bayaran hutang selepas berkemampuan untuk membayarnya, boleh mendatangkan kesan yang buruk dalam kehidupannya bukan saja di dunia, malah di akhirat. Antaranya: Mereka akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya. Hidup mereka tidak akan mendapat keredaan dan keberkatan Allah. Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.

Page 43: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya adalah satu kezaliman, halal maruahnya dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya).”

Seseorang yang berhutang itu berjanji untuk membayar hutang mengikut sesuatu tempoh, tetapi dia tidak menepatinya, maka dia tergolong dalam golongan orang yang munafik. Ini sebagaimana sabda Rasulullah bermaksud:

“Tanda-tanda orang munafik itu ada empat iaitu apabila bercakap dia mendustainya; apabila berjanji dia memungkirinya; apabila diberi amanah dia mengkhianatinya dan apabila bergaduh dia berlebih-lebihan.”

Oleh itu, kita perlu beringat bahawa: Setiap orang diharuskan berhutang. Tetapi, harus diingat janganlah nilai hutang itu terlalu tinggi hingga membebankan diri sendiri apabila hendak membayarnya. Setiap hutang akan membabitkan pemberi dan pemiutang. Bagi menjamin hubungan mesra sesama manusia, menjadi kewajipan dan tanggungjawab si pemiutang untuk membayar semula apabila sampai tempoh perjanjiannya.

Allah berfirman bermaksud: “Wahai orang yang beriman, penuhilah serta sempurnakanlah perjanjian” – (Surah al-Ma’idah, ayat 1). Pihak yang memberi hutang perlu mewujudkan satu perjanjian atau kontrak ketika berlakunya akad. Ini bagi mengelakkan sebarang bentuk penipuan berlaku seperti tidak langsung membayar semula hutang itu.

Allah berfirman bermaksud: “Wahai orang yang beriman apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa tertentu maka hendaklah kamu menulis (perjanjian hutang dan bayaran) dan hendaklah ditulis oleh seorang yang adil dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah mengajarkan. Hendaklah ia menulis dan orang yang berhutang merencana dengan jelas dan hendaklah bertakwa kepada Allah dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutangnya itu” – (Surah al-Baqarah, ayat 282). Orang yang berhutang hendaklah mempunyai sikap bertanggungjawab di atas hutangnya. Jangan sekali-kali menangguhkan pembayaran hutang itu apabila mempunyai peluang untuk membayar hutang kerana perbuatan itu digolongkan dalam perbuatan zalim dan dia berhak mendapat hukuman di atas perbuatannya itu. Orang yang berhutang hendaklah tidak terpengaruh dengan anasir buruk yang boleh membawa kepada bebanan hutang. Ia perlu mengamalkan sikap sabar dan cukup dengan apa yang dimiliki. Seseorang yang ingin berhutang hendaklah berniat serta bercita-cita untuk melunaskan hutangnya, semoga Allah akan memudahkan kepadanya untuk menjelaskan hutang.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Dan barang siapa yang berhutang, kemudian ia berniat tidak akan membayar hutangnya, lalu dia mati, maka Allah akan bertanya pada hari kiamat: Apakah kamu mengira bahawa aku tidak akan menuntut hak hambaku?, maka diambillah amal kebaikan orang itu, dan diberikan kepada orang yang memberi hutang, dan jika tidak mempunyai amal kebaikan, maka dosa-dosa orang yang memberi hutang itu akan diberikan kepada orang yang berhutang." Rasulullah mengajar kita supaya sentiasa berdoa kepada Allah agar dijauh dan dibebaskan daripada belenggu hutang dengan doanya yang masyhur, maksudnya : “Ya Allah, sesungguhnya aku mohon perlindunganMu daripada bebanan hutang dan paksaan daripada orang yang

Page 44: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

memaksa."– Petikan buku Budaya Berhutang: Amalan Dan Akibatnya terbitan Jabatan Agama Islam Selangor.

Tiga golongan manusia dicintai Allah

ALLAH berfirman bermaksud : “Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai (menyintai) orang yang berbuat baik” – (Surah al-Baqarah, ayat 195).

Daripada ayat di atas, kita memperoleh penjelasan bahawa Allah kasih kepada orang yang melakukan kebaikan.

Orang yang baik, maknanya akhlak dan tingkah lakunya baik. Dia akan melakukan yang baik-baik saja. Ini kerana dia sedar bahawa hidup ini adalah kesempatan untuk mengumpul kebaikan.

Dengan kebaikan itu, maka turunlah rahmat Allah. Sebaliknya, Allah membenci orang yang berperi laku jahat dan berakhlak buruk.

Kederhakaan manusia menyebabkan turunnya kemurkaan dan bala daripada Allah.

Alangkah bahagianya jika kita mendapat kasih sayang Allah.

Dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman (bermaksud): “Aku cintakan tiga jenis manusia, tetapi Aku jauh lebih cinta kepada tiga jenis manusia lainnya iaitu: Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, tetapi Aku lebih cinta lagi orang miskin yang pemurah. Aku cintakan orang yang rendah hati/diri, tetapi Aku lebih cinta orang kaya yang rendah hati. Aku cintakan orang yang bertaubat, tetapi Aku lebih cinta lagi orang muda yang bertaubat.”

Pelihara lidah daripada perbuatan kejiOleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

FITNAH, tuduh menuduh, menyindir, menyebarkan khabar angin atau berita palsu, perkataan lucah, mendedahkan keburukan orang lain dan berprasangka adalah amalan keji.

Semua itu secara umumnya datang daripada lidah. Ia boleh menjadi lebih berbahaya daripada mata pedang hingga mengakibatkan kesan yang buruk kepada umat manusia seluruhnya.

Islam dari awal lagi sentiasa mengingatkan umatnya bahaya penyalahgunaan nikmat lidah. Rasulullah pernah bersabda bermaksud: “Kebanyakan dosa anak Adam adalah kerana lidahnya” – (Hadis riwayat Tabarani dan Baihaqi).

Perlu diinsafi walaupun lidah adalah salah satu anggota tubuh manusia yang kecil menghiasi kesempurnaan kejadian makhluk Allah, ia mempunyai fungsi yang besar dalam kehidupan.

Lidah boleh memuliakan dan mengangkat maruah seseorang dan ia mampu untuk menghina serta menjatuhkan seseorang, malah berupaya membawa kejayaan dan kegagalan. Maka tidak hairanlah orang tua bermadah: “Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana.”

Menyedari kedudukan lidah yang penting kepada manusia, maka Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Ketika seseorang itu memasuki pagi yang hening, seluruh anggota tubuhnya akan berlutut merayu kepada lidah seraya berkata: “Hendaklah engkau bertakwa kepada Allah kerana

Page 45: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

kami sangat bergantung kepada engkau. Apabila engkau beristiqamah, kami pun turut sama beristiqamah. Sebaliknya jika engkau menyimpang daripada jalan yang benar, kami pun turut menyimpang” – (Hadis riwayat Tarmizi).

Maksud hadis menjelaskan bahawa lidah umpama pisau yang bermata dua. Ia boleh menjadi rahmat kepada manusia jika ucapannya terselit unsur nasihat dan ketaatan kepada Allah. Pada masa yang sama, ia boleh membawa dosa sekiranya lidah menceritakan fitnah, perkataan lucah dan keburukan.

Contohnya, khabar angin yang disebarkan boleh melonjakkan indeks ekonomi di sesebuah negara, dan mampu membuatkannya jatuh merudum gara-gara spekulasi yang tersebar. Begitulah fungsi lidah yang mengundang bahaya tersembunyi di sebalik kepetahan dan keindahan bahasa yang terungkap.

Menurut perspektif Islam, lidah melambangkan identiti seseorang sama ada dia seorang yang bertakwa dan beriman kepada Allah atau sebaliknya. Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata dengan perkataan yang baik-baik ataupun dia berdiam saja” – (Hadis riwayat Bukhari).

Berdasarkan hadis itu, seseorang insan dianggap beriman kepada Allah dan akhirat sekiranya dia dapat memelihara lidahnya daripada berkata perkara yang batil dan dilarang Islam.

Seterusnya seorang yang beriman dan bertakwa akan menjuruskan lidahnya dengan amalan kebajikan dan bermanfaat kepada manusia serta mengelakkan diri daripada perkara yang melalaikan. Hal ini juga ditegaskan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman; iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyang; dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia” – (Surah al-Mukminun, ayat 1-3).

Dalam al-Quran, Allah ada menyediakan panduan bagaimana lidah seseorang yang beriman wajar dimanfaatkan kerana setiap perkataan yang terkeluar akan dicatatkan oleh malaikat. Ini sebagaimana firman-Nya bermaksud: “Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).” – (Surah al-Qaf, ayat 18).

Alangkah berbahagia dan beruntungnya mereka yang beriman dan menyumbangkan kebaikan melalui ungkapan kata-katanya yang sentiasa bermakna dan bermanfaat. Justeru, Allah berfirman bermaksud: “Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar” – (Surah an-Nisa, ayat 114).

Maksud ayat suci itu secara jelas menegaskan bahawa ada tiga jenis amalan yang dianjurkan Islam melalui lidahnya iaitu menyuruh orang melakukan amalan sedekah, berbuat kebaikan dan kebajikan serta mendamaikan antara dua pihak yang bergaduh.

Ini bermakna bahawa amalan yang selain daripada itu seperti melepak, mengumpat, bergurau senda berlebihan dan fitnah adalah perbuatan sia-sia yang dilarang Islam. Ia boleh mengakibatkan dosa kepada si pelakunya dan orang yang bersubahat dengannya, malah mereka termasuk di kalangan orang yang rugi sama ada di dunia dan di akhirat.

Page 46: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Ini dijelaskan Allah di dalam firman-Nya yang bermaksud: “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran (iktiqad kepercayaan, tutur kata dan amal perbuatan) serta berpesan-pesan dengan sabar (dalam menjalankan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya)” – (Surah Al-Asr, ayat 1-3).

Islam melarang umatnya daripada perbuatan keji yang berpunca daripada lidahnya seperti mengumpat, mengutuk dan menyindir. Amalan itu tidak termasuk dalam adab susila kesopanan Islam. Baginda bersabda yang bermaksud: “Bukanlah seseorang mukmin itu yang menjadi pencaci, pelaknat, bukan yang suka berkata kotor atau yang lidahnya suka menyebut kata-kata yang hina” – (Hadis riwayat Bazzar dan Hakim).

Dalam satu hadis lain, Baginda bersabda bermaksud: “Tidak akan masuk syurga orang yang suka memfitnah” – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Rangkaian nas suci itu cukup untuk membuktikan betapa Islam melarang keras sebarang perbuatan keji daripada lidah. Ia kerana natijah daripada perbuatan itu berbahaya bukan saja kepada individu, bahkan boleh membabitkan masyarakat keseluruhannya.

Jika diimbas kembali pada zaman Khalifah al-Rasyidin, sejarah Islam menyaksikan perpecahan dan pertelagahan yang begitu ketara di kalangan umat Islam akibat fitnah terbesar pada zaman Saidina Othman bin Affan dan Saidina Ali bin Abi Talib.

Oleh itu, muncul pelbagai mazhab ilmu yang berselisih pendapat dalam beberapa isu agama. Ia memberi kesan secara tidak langsung kepada kekuatan dan kerukunan sesuatu bangsa dalam meneruskan perjuangan yang sentiasa bergolak dengan cabaran.

Justeru, Allah memerintahkan umat Islam supaya menapis dan menyaring terlebih dulu sebarang khabar berita atau fitnah yang tersebar sama ada surat layang, berita akhbar atau majalah supaya tidak terperangkap dengan jerangkap dosa yang merugikan.

Allah berfirman bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa satu berita, maka hendaklah kamu selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali terhadap apa yang sudah kamu lakukan” – (Surah al-Hujurat, ayat 6).

Ringkasnya, setiap Muslim hendaklah sentiasa berwaspada ketika bercakap dan bertutur dengan saudaranya yang lain serta memelihara lidahnya daripada melakukan perbuatan yang tercela lagi dilarang Allah.

Urus niaga hendaklah utamakan etika syariahOleh Lokman Ismail

HUKUM mengatur perjalanan hidup membabitkan hubungan manusia dengan manusia dipanggil muamalah. Peraturan itu supaya kehidupan manusia berjalan teratur, aman, harmoni dan memberi kebaikan semua pihak.

Perniagaan adalah sebahagian muamalah terpenting masa kini. Kita terbabit dalam hal berkaitan perniagaan sepanjang hari, sama ada langsung dan tidak langsung. Tiada kehidupan tanpa perniagaan.

Page 47: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Kebiasaannya ramai berdepan dengan masalah kerenah peniaga menjalankan perniagaan tidak beretika. Masalah kualiti barang kurang memuaskan, harga tinggi dan layanan buruk sering menjadi topik rasa tidak puas hati pelanggan. Masalah lain ialah berkaitan iklan yang tidak beretika. Lebih tepat iklan tidak menepati tuntutan syariat.

Tidak dinafikan pengiklanan menjadi tonggak menjayakan perniagaan. Tanpa iklan, urus niaga mungkin tidak dapat berjalan dengan lancar. Kepentingan pengiklanan perlu diberi perhatian kerana ia sebahagian antara syarat sah jual beli. Masalah ketara berkaitan iklan ialah maklumat tidak tepat.

Islam meletakkan sebarang urusan berkaitan perniagaan perlu dilakukan dengan jujur dan mengikut etika ditetap oleh syariat. Perniagaan membabitkan kepentingan orang ramai yang mesti dijalankan mengikut lunas muamalah dibenarkan.

Islam mementingkan pelaksanaan berkaitan kehidupan seharian dengan niat ibadat. Semua perkara dilakukan dengan tulus semata-mata kerana Allah. Sesiapa dapat meletakkan dirinya pada kedudukan demikian, maka beruntunglah dia di dunia dan akhirat.

Firman Allah bermaksud: “Katakanlah: “Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam” – (Surah al-Anam, ayat 162).

Kepentingan pengiklanan kepada perniagaan dapat dilihat nilai perbelanjaan pengiklanan. Malah, pengiklanan menjadi satu bidang perniagaan yang membabitkan perbelanjaan besar.

Perbelanjaan pengiklanan sebenarnya ditanggung pengguna melalui kenaikan harga barang. Pengguna terpaksa menanggung sesuatu yang sepatutnya disediakan percuma untuk mereka. Hal ini tentunya membebankan pengguna.

Pengguna terpaksa membayar harga barangan atau perkhidmatan hingga lebih sekali ganda berbanding jika tanpa perbelanjaan iklan.

Pengguna ditindas secara tidak langsung, sedangkan pengeluar terus mendapat keuntungan melalui peningkatan jualan. Penindasan dalam apa bentuk sekali pun adalah dilarang.

Disebabkan persaingan sengit mendapatkan pelanggan, sering kali iklan dilakukan secara tidak jujur. Banyak iklan tidak menyatakan secara tepat mengenai barangan dan perkhidmatan. Melalui kreativiti dan gimik diolah secara tersusun, pengguna ditipu tanpa disedari.

Sesungguhnya sebarang niat untuk mengelirukan pengguna dianggap satu penipuan. Sabda Rasulullah bermaksud: “Dilarang urusan jual beli yang ada unsur tipu daya” – (Hadis riwayat Muslim).

Kerajaan memberi kebebasan kepada pengiklan untuk menampilkan apa saja bentuk iklan asalkan tidak menyalahi kod pengiklanan ditetapkan kerajaan yang meliputi nilai budaya, keagamaan dan sensitiviti masyarakat. Bagaimanapun, mana-mana iklan tidak menyalahi kod pengiklanan tidak bermakna ia ‘lulus’ di sisi agama.

Sebenarnya iklan bukan saja menarik orang ramai terhadap produk, malah ia lebih daripada itu. Iklan bukan saja dinilai dalam aspek komersial, tetapi mempengaruhi psikologi, norma kehidupan

Page 48: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

dan pengajaran kepada penonton dan pembaca.

Iklan yang menampilkan sikap boros, tidak menghormati orang dewasa, tamak dan angkuh amat tidak sesuai dari segi keperluan sebenar. Membeli-belah hingga membawa pulang barang satu kontena menampakkan satu sikap membazir dan tamak.

Iklan sedemikian bukan saja bertentangan dengan amalan agama, bahkan menyalahi nilai murni budaya. Di manakah letaknya bijak berbelanja dan berjimat cermat jika membeli satu kontena. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya pemboros itu saudara syaitan” – (Surah al-Isra, ayat 27).

Sikap boros boleh mendatangkan masalah dalam keluarga. Perkara paling besar mempengaruhi ekonomi keluarga. Banyak keluarga runtuh disebabkan masalah sikap boros. Suami isteri yang tidak sependapat dalam keputusan membeli akan terdorong perasaan tidak senang hati.

Justeru, satu aspek paling penting diingati orang ramai ialah jangan mudah terpengaruh dengan iklan. Iklan hanya satu tawaran, tetapi tidak bermakna ia baik dilakukan. Pengguna berhak membuat pilihan terbaik untuknya.

Pengguna perlu berhati-hati sebelum mempercayai kandungan iklan agar tidak menanggung kerugian. Sebarang bentuk salah nyata dalam iklan atau niat mengelirukan pengguna akan menyebabkan usrus niaga dilakukan tidak sah. Ia samalah seperti perbuatan menipu. Penipuan dalam perniagaan tidak mendapat keberkatan.

Hadis diriwayatkan Bukhari bermaksud: “Mereka yang melakukan sumpah bohong dalam perniagaan tidak akan mendapat keberkatan.” Tentu tidak siapa menyukai dirinya ditipu.

Dengan sebab itu, sekiranya peniaga sengaja menipu dalam iklannya, bermakna perniagaan itu juga dilakukan secara menipu.

Justeru, jual beli dilakukan tanpa kerelaan (jika diketahui adanya penipuan) adalah tidak sah. Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya jual beli itu hanya sah jika suka sama suka” – (Hadis riwayat Ibn Hiban).

Biar pun ada akad jual beli dan penerimaan barang serta peniaga menjalankan apa yang sepatutnya dilakukan dalam urus niaga, ia tetap dianggap satu cara tidak betul dilakukan berdasarkan kepada iklan yang salah.

Firman Allah bermaksud: “Jangan kamu makan hasil pendapatan perniagaan yang dilakukan dengan cara salah, kecuali ia dilakukan dengan kerelaan pihak-pihak yang kamu terbabit” – (Surah an-Nisa, ayat 29).

Sebarang tawaran perlu diteliti dan difikirkan mengapa harus membeli. Sikap terlalu mengikut kehendak hati akan menyebabkan keburukan. Syaitan sering mengambil kesempatan di atas kelalaian dan keinginan memuncak manusia untuk mencipta lebih banyak keburukan akibatnya.

Kempen jualan yang diadakan mudah mendorong pengguna berbelanja lebih daripada apa sepatutnya. Disebabkan membeli perkara tidak sepatutnya dibeli, pengguna menghadapi masalah belanjawan. Wang yang sepatutnya digunakan untuk tujuan lain telah digunakan untuk membeli barang yang tersenarai tawaran istimewa.

Page 49: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Ada tawaran istimewa dibuat peniaga tidak dilakukan dengan jujur. Pengguna hanya menilai dari segi potongan harga, sedangkan mereka tidak menilai kebanyakan barang yang diberi potongan harga istimewa keadaan kualitinya tidak elok, barang stok lama, fesyen lama, barang cacat dan hampir tamat tempoh.

Peniaga yang masih menjual barang tidak berkualiti atau tamat tempoh menampakkan sifat tidak bersyukur dengan apa yang telah diperoleh melalui perniagaan. Mereka telah mendapat keuntungan hasil jualan sebelum barang itu tamat tempoh.

Sesiapa tidak bersyukur akan ditarik rezekinya. Mereka kufur kepada nikmat dan rezeki yang telah dikurniakan sebelum itu. Firman Allah bermaksud: “Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah nikmat-Ku dan jika kamu kufur sesungguhnya azab Aku amatlah pedih” – (Surah Ibrahim, ayat 7).

Peniaga perlu menjelaskan dengan jujur mengapa potongan harga istimewa dibuat seperti fe-syen lama, barang kurang bermutu dan sebagainya. Jika pengguna masih berminat membelinya, biar pun mengetahui perkara sebenar, maka ia diharuskan.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Jual beli dilakukan dengan tawar menawar, jika kedua-duanya jujur dan nyata, maka mereka diberkati, tetapi jika kedua-duanya dusta dan merahsiakan, maka keberkatan akan lenyap” – (Hadis riwayat Abu Daud).

Justeru, janganlah mudah terpengaruh dengan iklan. Jadilah pengguna yang bijak menilai sesuatu iklan. Gunakan iklan sebagai panduan membuat pilihan dan mendapat maklumat mengenainya dan bukannya menjadi mangsa kepada iklan.

Al-Mustanshir hadapi zaman Kesusahan Besar

SELEPAS Khalifah Fatimi Az-Zahir meninggal dunia, puteranya Al-Mustanshir menaiki takhta kerajaan. Disebabkan dia menjadi khalifah dalam usia terlalu muda iaitu belum pun mencapai tujuh tahun, maka tampuk kekuasaan pemerintahan terpaksa dipegang oleh ibunya dalam tempoh yang amat panjang.

Umumnya boleh dikatakan secara zahir, wanita belum pernah menjalankan fungsi dalam hal ehwal pemerintahan, melainkan apabila masalah khalifah menjadi satu perkara warisan. Tidak hairan kita kerap mendengar apabila seseorang yang terlalu muda dilantik menjadi khalifah, dia biasanya dipandu oleh penguasa, yang antaranya wanita. Mula-mula, isteri memasuki urusan pentadbiran negara, kemudian kalangan jariah dan berakhir dengan kekuasaan ibu.

Isteri khalifah Fatimi Az-Zahir tidak terkecuali sebab dia mewarisi kerusi khalifah bersama anaknya, Al-Mustanshir. Khalifah Al-Mustanshir berada dalam kekuasaan lebih lama daripada mana-mana pemerintah yang berkuasa di Mesir pada abad pertengahan, iaitu kira-kira selama 60 tahun – satu rekod bagi seorang gabenor, khalifah atau raja. Sebelum itu, ibunya yang mengendalikan urusan berkenaan hingga dia berada di mercu kekuasaan kerajaannya.

Bagaimanapun, dalam tempoh itu, ibu Al-Mustanshir menyaksikan hari hitam dalam masa pemerintahan puteranya yang tidak pernah dilalui oleh mana-mana kerajaan Fatimiyah hinggakan perbendaharaan kerajaan seakan-akan muflis sampai khalifah Al-Mustanshir sendiri hanya mendapat gaji tidak lebih 100 dinar sebulan.

Ibu Al-Mustanshir berketurunan Sudan dan dengan itu, banyak orang Sudan bekerja dalam

Page 50: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

bidang pentadbiran dan ketenteraan. Hal ini menyebabkan sering berlaku perselisihan antara kaum Sudan dan Turki. Ini kerana masing-masing merebut pengaruh sehingga negara berhadapan pelbagai krisis sebelum bencana kebuluran melanda sebahagian masa terakhir pemerintahan khalifah Al-Mustanshir Al-Fatimi.

Mulanya, tidak seorang pun menyangka semua urusan akan berakhir begitu. Sebenarnya, ibu Al-Mustanshir menanggung segala tanggungjawab pemerintahan dan pengendalian terhadap kerja anaknya sebagai khalifah, dengan cergas dan keupayaan yang tinggi sebab ketika itu Al-Mustanshir masih kecil.

Kota Kaherah, pada permulaan pemerintahan Al-Mustanshir, ternyata kuat dan kaya serta dikelilingi pelbagai pasar, hotel, kedai, tempat permandian dan bangunan. Keamanan terjamin dan perniagaan berkembang. Kehidupan rakyat semakin baik manakala pendapatan mereka bertambah dan Empayar Fatimiyah meluas dari Maghribi ke Sudan, kemudian ke Syam dan seterusnya Yaman.

Malangnya, kemewahan hidup itu tidak kekal lama. Perluasan empayar mengecil sedikit demi sedikit selepas kemerdekaan Maghribi dan Yaman.

Kemudian berlaku musim kemarau di kota Kaherah, menelan segala yang hijau dan kering. Masa itu dikenali sebagai ‘Kesusahan Besar' kerana ia menarik rakyat kepada kemusnahan menyeluruh, kemiskinan dan kelaparan yang membinasakan. Yang menghairankan ialah bagaimana ‘Kesusahan Besar' itu boleh berlaku pada zaman pemerintahan Fatimiyah.

Zaman kemarau dan harga barang yang mahal itu mencatatkan pelbagai kisah pelik. Ada menceritakan bahawa pada masa itu, orang yang mati di kota Mesir saja mencapai bilangan 10,000 sehari.

Kekurangan makanan pula adalah masalah yang paling menakutkan sehingga sesetengah orang terpaksa memakan anjing dan kucing bagi memenuhi perut yang kosong kerana tiada pilihan.

Apabila semua anjing dan kucing tidak kedapatan lagi, makan tibalah zaman kebuasan manusia menyembelih manusia hinggakan kononnya daging manusia pernah dijual oleh penyembelihnya.

Dikatakan juga bahawa banyak orang menanti di tengah jalan dan jika dilihatnya ada manusia berjalan bersendirian, mereka akan menangkapnya dengan cara mencangkuk leher dan kemudian menyembelih mereka untuk dijadikan makanan. Siapa yang tidak sanggup melakukan perbuatan kejam itu, maka dia akan memakan bangkai saja.

Kebetulan waktu itu juga wabak taun menyerang manusia. Beribu-ribu orang mati kerana menghidapi penyakit itu, tidak kira orang kenamaan atau rakyat biasa. Bencana itu merebak kepada semua peringkat manusia hingga dikatakan khalifah Al-Mustanshir sendiri menjual semua barang di istananya. Bahkan kerana terlalu susah menanggung keperitan hidup, dia terpaksa menjual kaca tingkap istananya.

Apabila khalifah Abbasiyah dari Baghdad menziarahinya, khalifah Al-Mustanshir didapati sedang duduk di atas sebuah tikar buruk dalam salah sebuah bilik di istananya. Dia memakai terompah dan di sekelilingnya hanya tinggal tiga khadam saja, tanpa satu benda pun yang boleh dimakan.

Melihat kemelaratan itu, Khalifah Abbasiyah berkenaan terus menangis mengenangkan nasib

Page 51: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Khalifah Al-Mustanshir.

Zaman kebuluran itu berterusan selama tujuh tahun. Pada masa itulah timbul krisis besar antara tentera khalifah berbangsa Sudan yang diharapkan oleh ibu Al-Mustanshir, dengan bilangan kira-kira 10,000 orang dan tentera kaum Turki yang diketuai oleh Nasirud-Daulah bin Hamdun.

Seorang tentera Turki cuba membunuh teman tenteranya berbangsa Sudan yang menjadi pegawai khalifah Al-Mustanshir. Maka dengan segera datang beberapa hamba dari istana lalu membunuh tentera Turki berkenaan.

Kaum Turki yang tidak puas hati dengan kejadian itu mulai memberontak dan ingin menuntut bela. Mereka datang beramai-ramai ke istana khalifah untuk membantah pemerintahan khalifah Al-Mustanshir walhal khalifah tidak tahu-menahu kejadian itu dan tidak menyuruh sesiapa pun bertindak begitu. Mereka bertindak ganas di istana khalifah. Mulanya mereka merosakkan segala isi benda istana, kemudian keluar pula di jalan raya untuk merampas dan menyamun hak orang awam serta memecahkan pejabat pemerintah.

Pemberontakan mereka menjadikan keadaan yang sudah buruk menjadi lebih buruk lagi.

Tentera Turki akhirnya memutuskan bahawa semua tragedi yang melanda kota Kaherah itu berpunca daripada ibu Al-Mustanshir, lalu mereka menangkapnya dengan arahan Nasirud-Daulah. Semua harta kekayaannya dirampas, tetapi ibu Al-Mustanshir dapat melepaskan diri dengan anak-anak perempuannya daripada kepungan tentera yang memberontak itu. Dia berjaya melarikan diri ke Baghdad.

Tinggallah khalifah Al-Mustanshir seorang diri di kota Kaherah untuk menghadapi rakyat dan pemberontak yang semakin mengganas.

Salihah: Ummu Sulaim kuat semangat, berani

ADA orang yang tidak dapat menerima serta-merta berita sedih, terutama kematian yang membabitkan orang tersayang. Keadaan akan lebih memilukan jika orang yang meninggal dunia itu terlalu disayangi.

Bagaimana kita dapat menghadapi perkara begini? Bagaimana pula kita hendak memberitahu seseorang bahawa orang mereka sayangi sudah meninggal dunia.

Inilah dilema yang berlaku kepada Ummu Sulaim binti Malhan, seorang wanita tabah yang begitu kuat keimanannya selepas beliau mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah.

Kisah bagaimana Ummu Sulaim menghadapi kematian anaknya serta memberitahu suaminya mengenai berita sedih itu adalah antara cerita termasyhur dalam sejarah wanita itu.

Wanita ini dalam dilema untuk memberitahu hal itu kepada suaminya, Abu Talhah mengenai kematian anak kesayangan mereka. Beliau bimbang suaminya tidak dapat menerima hakikat itu dan akan bersedih berpanjangan dengan berita itu.

Dikisahkan, anaknya meninggal dunia selepas sekian lama sakit tenat. Sewaktu anaknya menghembuskan nafas terakhir, Abu Talhah tiada di rumah.

Selepas suaminya pulang ke rumah, Ummu Sulaim tidak terus menceritakan perkara itu,

Page 52: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

sebaliknya melayan suami dengan penuh kasih sayang seperti biasa.

Ummu Sulaim hanya memberitahu bahawa anaknya lebih tenteram dan dengan tenang, beliau bertanya pada suaminya: "Wahai Abu Talhah, apa pendapatmu patutkah kita kembalikan sesuatu yang dipinjam daripada jiran kita?"

Jawab Abu Talhah: "Tentu sekali, setiap apa yang dipinjam harus dikembalikan pada tuan punya barang berkenaan."

"Begitu anak kita. Dia pinjaman daripada Allah, maka tuan punyanya sudah mengambil semula hak-Nya," kata Ummu Sulaim menerangkan perkara sebenar kepada suaminya.

Barulah Abu Talhah mengetahui perkara berkenaan yang kemudian diaju kepada Rasulullah. Baginda pun mendoakan suami isteri itu: "Mudah- mudahan Allah memberkati kamu berdua pada malam itu!"

Begitulah bijaksana dan berhemat Ummu Sulaim dalam menghadapi keadaan getir seperti itu. Beliau menyelesaikannya dengan penuh hati-hati dan tenang supaya tidak menimbulkan sebarang masalah.

Dikisahkan, sebelum memeluk Islam, beliau berkahwin dengan Malik bin an-Nadhr dan memperoleh seorang anak lelaki, Anas bin Malik yang kemudian terkenal sebagai seorang perawi hadis yang masyhur.

Ummu Sulaim berusaha mengajak suaminya memeluk Islam, tetapi Malik tetap ingkar. Malik yang marah dengan tindakan isterinya yang menukar kepercayaan nenek moyang mereka itu, mati terbunuh di Syam.

Selepas kematian suaminya, beliau pernah dilamar oleh Abu Talhah yang ketika itu masih musyrik, tetapi Ummu Sulaim menolak lamarannya. Hanya selepas lelaki itu menyatakan keislamannya, barulah mereka dikahwinkan dan kemudian dikurniakan seorang anak, Abdullah.

Ummu Sulaim juga seorang yang kuat semangat dan berani berjuang di medan peperangan.

Beliau pernah keluar berjuang di medan perang bersama-sama Rasulullah iaitu ke perang Badar dan Uhud. Selain menyediakan air minuman, tugasnya termasuk membalut luka kaum Muslimin yang cedera dalam peperangan berkenaan.

Suatu ketika sewaktu perang Hunain, beliau pernah membawa pisau sabit, lalu ditanya Rasulullah mengenai pisau itu.

Ummu Sulaim menjawab: "Wahai Rasulullah! Aku bawa pisau ini untuk mempertahankan diri. Jika pihak lawan menghampiriku, akan kubunuh mereka yang lari daripada medan perang dan aku boleh membunuh mereka yang hendak membunuhmu."

Beliau sangat mengasihi dan menghormati Baginda dan menganggap kunjungan Baginda ke rumahnya pula sebagai suatu sumber keberkatan.

Safar bawa bencana khurafat warisan jahiliah

Page 53: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

SETIAP kali ketibaan Safar, bulan kedua dalam kalendar Islam, masih ada segelintir masyarakat Islam mempercayai sesuatu yang buruk bakal menimpa mereka pada bulan itu.

Setidak-tidaknya, masih terdengar sesetengah masyarakat melarang ahli keluarga melakukan sesuatu yang baik, seperti perkahwinan sepanjang bulan itu untuk mengelak padah kemudian hari.

Tidak dinafikan, sebelum ini, mereka yang mempercayai Safar membawa sial itu akan melakukan sesuatu agar dapat mengelak diri daripada bencana atau sial yang menimpa.

Golongan itu akan bertindak pelbagai cara menolak bala, termasuk melakukan mandi tolak bala atau membaca jampi tertentu supaya tidak terkena sebarang bencana pada bulan ini.

Kepercayaan bahawa Safar membawa sial adalah khurafat warisan zaman jahiliah, sedangkan sesuatu itu berlaku atas ketetapan takdir-Nya selaras firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya Aku menjadikan tiap-tiap sesuatu dengan takdir-Ku" (Surah al-Qamar, ayat 49).

Hakikatnya, kepercayaan sempena keburukan pada sesuatu hari, bulan atau tempat adalah sebahagian kepercayaan orang jahiliah sebelum kedatangan Islam dan terus berkembang selepas kedatangan Rasulullah.

Pada masa itu, banyak kepercayaan karut wujud dalam masyarakat Arab. Antaranya mempercayai Safar membawa pelbagai bencana kepada mereka. Pada bulan ini, orang Arab tidak bercucuk tanam, mendirikan rumah, tidak mengadakan kenduri kahwin.

Untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan, Rasulullah banyak memberi nasihat kepada masyarakat Arab supaya tidak mempercayainya kerana orang yang mengamalkan khurafat bukan daripada umat Islam.

Pada masa dulu, jika hendak keluar berjalan (musafir) orang Jahiliah menggerakkan burung peliharaannya untuk melihat reaksinya. Jika burung itu terbang ke atas atau ke kanan, mereka menduga akan mendapat kebaikan lalu meneruskan rancangan itu. Sebaliknya jika burung terbang ke kiri atau ke bawah mereka menduga akan menemui musibah, lalu membatalkan rancangan itu.

Musibah itu bukan kerana burung tetapi adalah ketetapan Allah. Firman-Nya bermaksud: "(Tuhan berfirman) ketahuilah, sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya ditetapkan di sisi Allah, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui." (Surah al-A'raf, ayat 131)

Safar adalah bulan baik. Rasulullah melarang keras umatnya bersangka buruk terhadap sesuatu dan menganggap kepercayaan sedemikian sebahagian daripada syirik seperti dinyatakan dalam hadis Baginda bermaksud:

"Barang siapa yang dihalang sempena atau sangkaan buruk daripada menyampaikan hajatnya, sesungguhnya dia melakukan syirik". Maka sahut sahabat: "Apakah yang menghapuskannya?"

Sabda Baginda: "Hendaklah kamu berkata ya atau tidak ada Tuhan melainkan Allah saja."

Ramai orang lemah jiwanya dengan menyangka buruk kepada sesetengah bulan, hari, tempat atau orang dan mereka mempercayai bahawa perkara itu ada nahas dan sial.

Allah mentakdir dan menetapkan sesuatu itu pada azali, tidak akan berlaku sesuatu melainkan

Page 54: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

dengan takdir dan ilmu-Nya. Sangkaan buruk seperti itu berlaku sejak zaman dulu dan kita dengan tidak usul periksa menerima dan mempercayainya.

Hal itu hanya timbul daripada kepercayaan orang yang tidak berilmu pengetahuan dan tidak beriman sebagaimana yang diterangkan Allah dalam firman-Nya bermaksud:

"Kemudian apabila datang kepada mereka kesenangan, mereka berkata ini ialah hasil usaha kami dan jika mereka ditimpa kesusahan, mereka menganggap nahas dan malang itu disebabkan oleh Musa dan pengikutnya dan ketahuilah sesungguhnya nahas dan malang mereka hanya ditetapkan di sisi Allah, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui" (Surah al-Arafah, ayat 131).

Orang yang mempercayai keburukan itu dan menganggap sesuatu itu adalah nahas atau sial adalah mereka yang tipis imannya dan kurang ilmu pengetahuannya dalam hukum agama.

Namun, dengan larangan itu masih ada umat Islam yang terus mengaitkan perkara buruk dengan Safar.

Contoh, masih ada umat Islam mempercayai Rabu terakhir dalam Safar sebagai hari bala yang banyak akan turun menimpa manusia.

Oleh itu, kerana hendak mengelakkan daripada ditimpa bala yang kononnya turun pada hari itu, mereka menulis wafak pada kertas atau papan atau daun kayu diletakkan dalam tempayan, kolam atau perigi.

Kemudian mereka minum atau mandi di kolam atau sungai yang diletakkan surat wafak itu dengan harapan mendapat perlindungan daripada bala yang kononnya turun pada hari itu.

Kepercayaan buruk pada hari itu atau bulan atau tempat adalah sebahagian daripada kepercayaan orang jahiliah sebelum Islam. Tidaklah wajar bagi orang Islam mukmin mempercayai lagi perkara seumpama itu. Ini kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam.

Agama Islam melarang umatnya membuat anggapan buruk seperti ketika berlaku hujan panas, tanda ada orang terbunuh dan mendengar ayam berkokok petang, kita kata ada anak dara melahirkan anak.

Sangkaan dan anggapan seperti itu boleh membahayakan iktikad dan keimanan kepada Allah. Dalam surah al-Taubat, ayat 51, Allah berfirman bermaksud:

"Katakan wahai Muhammad, tiada akan menimpa kami sesuatu selain daripada apa yang sudah ditentukan oleh Allah untuk kami. Dialah pelindung kami dan hendaklah orang yang beriman itu bertawakal kepada Allah".

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Rasulullah bersabda bermaksud: "Hendaklah kamu tinggalkan tujuh perkara. Sahabat bertanya, "apa dia wahai Rasulullah? Rasulullah bersabda: "mensyirikkan Allah, sihir, membunuh orang yang diharamkan membunuhnya kecuali kerana kebenaran, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari daripada medan perang dan memfitnah perempuan mukmin yang baik."

Mengapa Islam melarang keras umatnya percaya kepada khurafat dan tahyul?

Apakah bahayanya kepada umat Islam jika ia berterusan?

Page 55: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Perkara inilah yang harus difahami oleh umat Islam. Apabila umat Islam mempercayai kuasa lain selain daripada Allah, bermakna mereka sudah hilang kepercayaan kepada qada dan qadar yang Allah tentukan ke atas manusia, sedangkan benda baik dan buruk hanya akan berlaku sekiranya Allah mengizinkannya berlaku.

Manusia juga akan hilang sikap berusaha, mudah berputus asa dan tidak bertawakal kepada Allah.

Firman-Nya bermaksud: "Katakanlah: Wahai hamba-hamba-Ku yang berlebih-lebihan terhadap dirinya (dengan membuat dosa), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya, dan Dia maha pengampun dan maha penyayang." (Surah az-Zumar, ayat 53)

Selain itu, bahaya yang paling besar akan dihadapi umat Islam jika mempercayai perkara sebegini ialah terjerumus ke lembah kekufuran dan kesyirikan. Mensyirikkan Allah samalah seperti kita mengiktiraf ada makhluk lain yang sama dengan Allah, sedangkan Allah tidak menyerupai mana-mana makhluk pun.

Firman bermaksud: "(Dia) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu berpasang-pasangan dan dari jenis haiwan ternak pasangan-pasangan (pula), dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada suatu pun yang menyerupai Dia, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah asy-Syura, ayat 11)

Kita boleh mengelak daripada mempercayai perkara karut itu dengan berpegang teguh kepada ajaran Islam dengan kembali kepada rujukan utama iaitu al-Quran dan sunnah.

Jika perkara yang dilakukan itu tidak bertentangan dengan syariat, seperti adat atau budaya yang sering diamalkan masyarakat setempat, serta kita mempercayai segala-galanya berlaku dengan kehendak Allah, maka ia boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan lunas Islam.

Oleh itu, kita perlu memantapkan akidah yang dipegang selama ini dengan mematuhi segala suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Ini kerana hukum halal dan hukum haram memang sudah jelas dinyatakan dalam al-Quran dan sunnah. Apabila akidah mantap, fikiran kita juga tidak akan mudah terpengaruh dengan unsur khurafat dan tahyul lagi.

Sebagai umat Islam, kepada Allah kita menyerahkan nasib selepas berusaha bersungguh-sungguh de-mi mencapai segala yang dihajati.

Renungan: Panjang umur balasan sambung silaturahim

HORMAT- menghormati antara satu sama lain dapat mengeratkan silaturahim sesama insan. Perkara ini adalah antara yang dituntut oleh Islam kerana ia turut dapat mengukuh dan mengeratkan lagi hubungan sesama Muslim.

Soal mewujud dan merapatkan silaturahim dipandang berat dalam Islam.

Diriwayatkan pada suatu ketika, malaikat maut datang kepada Nabi Daud yang ketika itu ada seorang lelaki yang sedang duduk di depannya.

Malaikat maut berkata: "Enam hari lagi, orang ini akan dicabut nyawanya."

Page 56: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Bagaimanapun, selepas beberapa hari, Nabi Daud datang menjenguk lelaki itu yang ternyata masih hidup, bahkan keadaannya bertambah sihat dan kelihatan lebih muda berbanding keadaan sebelumnya.

Nabi Daud pun bertanya kepada malaikat maut: "Mengapa demikian (dia masih hidup) sedangkan katamu tinggal enam hari saja lelaki itu akan dicabut nyawanya?"

Malaikat maut menjawab: "Ketika itu, selepas beredar dari hadapanmu, dia sudah menyambung silaturahimnya yang sudah lama terputus, maka Allah menambahkan umurnya hingga 20 tahun lagi."

Sehubungan itu, Rasulullah sendiri ada bersabda, bermaksud:

"Sesiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, hendaklah dia mengeratkan hubungan silaturahim."

Islam memuji mereka yang mahu menyambung hubungan silaturahim bahkan Allah akan memanjangkan umur dan melimpahkan rezeki kepadanya.

Firman Allah dalam surah al-Ra'ad, ayat 39 bermaksud: "Allah menghapuskan apa-apa yang dikehendaki-Nya dan menetapkan (apa-apa yang Dia kehendaki)...”

Menyambung silaturahim adalah salah satu cara yang diajarkan Rasulullah untuk memanjangkan umur dan pada masa yang sama, menambahkan rezeki dengan keizinan Allah.

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengeratkan silaturahim, umpamanya dengan hormat-menghormati sesama Muslim, menghormati serta bermanis muka terhadap tetamu serta jiran tetangga. Tidak ketinggalan, ziarah-menziarahi dengan niat silaturahim

Doa tidak diterima 40 hari bagi sesuap makanan haram

SUATU hari, Saad bin Abi Waqas menemui Nabi Muhammad, sambil bertanya:

"Wahai Rasulullah, pintalah kepada Allah, agar doaku sentiasa mustajab dan ditunaikan."

Rasulullah kemudian menjawab: "Wahai Saad, untuk memastikan doa anda terkabul, jagalah makananmu. Demi Allah yang nyawa Muhammad di tangan-Nya, jika seseorang lelaki memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, doanya tidak akan diterima selama 40 hari.

"Dan sesiapa juga hamba yang baginya tumbuh (membesar) daripada makanan haram dan riba, maka nerakalah yang layak baginya." (Hadis riwayat Ibnu Abbas).

Sebuah lagi hadis yang diriwayatkan at-Tarmizi, ada menyentuh mengenai masa yang sesuai untuk memastikan doa dimakbulkan.

"Sesiapa yang ingin doanya dikabulkan Allah ketika dalam kesusahan, hendaklah memperbanyakkan berdoa ketika dalam kesenangan."

Page 57: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Wadah Wanita Islam: Panduan kukuhkan persaudaraanOleh Sumilah Marto

Allah berfirman bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya kami telah menciptakan kalian terdiri daripada lelaki dan perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak agar agar kamu saling kenal-mengenali. Sesungguhnya manusia yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling tinggi ketakwaannya. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengenali.” (Surah al-Hujurat, ayat 13)

Sabda Rasulullah: “Perumpamaan orang Islam dalam ikatan persaudaraan berkasih sayang diibaratkan sekujur tubuh, jika salah satu anggota badannya ditimpa kesakitan, maka seluruh tubuh akan merasainya dan tidak dapat tidur.

Kedua-dua ayat dan hadis di atas jelas membuktikan rasa kasih sayang antara sesama manusia adalah fitrah semula jadi yang mesti diterima oleh setiap insan berakal.

Wujudnya sifat ini dapat membantu melahirkan masyarakat harmoni, saling sayang menyayangi, hormat-menghormati kerana Allah, yang mewujudkan suasana aman dan kedamaian di atas muka bumi ini.

Oleh itu, salah satu tanda wujudnya persaudaraan yang luhur ialah apabila kita berasa gembira melihat saudara kita beroleh kebaikan atau kesenangan dan bersama membantu mereka mencapai kebaikan dan kesenangan itu.

Namun dewasa ini, kita sering dihidangkan pelbagai berita mendukacitakan mengenai perbalahan, perpecahan, penganiayaan dan bermacam jenis persengketaan yang melanda hidup umat Islam.

Fenomena itu seolah-olah menggambarkan perasaan kasih sayang dan persaudaraan semakin luntur dalam diri Muslim. Mengapakah hal seumpama ini boleh berlaku?

Sebenarnya Islam melarang umatnya melakukan perbuatan tidak baik terhadap saudaranya kerana ia menyumbang kepada keretakan hubungan dan menyebabkan perpecahan.

Antara perlakuan perlu dihindari ialah: Hasad dengki, iaitu rasa kurang senang terhadap nikmat yang dikecapi oleh orang lain, lalu mengharap-harapkan agar nikmat itu terhapus daripadanya.

Rasulullah bersabda maksudnya : “Janganlah kamu saling benci-membenci, dan janganlah kamu saling berdengki, dan janganlah kamu saling bermusuh-musuhan. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Menaruh perasaan dengki terhadap nikmat dan kesenangan yang dikecapi orang lain sehingga menimbulkan kebencian terhadapnya sama seperti tidak menyukai atau tidak meredai ketentuan Allah melebihkan sesetengah hamba-Nya ke atas setengah yang lain.

Ini boleh melemahkan dan merenggangkan ikatan persaudaraan sesama Islam sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud: “Tidak (dibenarkan) hasad dengki melainkan pada dua perkara, (iaitu): Seorang yang dikurniakan oleh Allah harta yang banyak, lalu dia menaburkan harta itu pada perkara-perkara yang benar, dan seorang yang diberikan oleh Allah ilmu, lalu dia

Page 58: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

mengamalkan ilmu itu serta mengajarnya (kepada orang lain).” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Menganiaya dan membiarkan saudara Islamnya dianiaya. Seseorang Muslim tidak sepatutnya membiarkan saudaranya disakiti oleh orang lain atau membiarkan sesuatu keadaan menyakitinya.

Malah, menjadi berkewajipan ke atasnya untuk menolong dan mempertahankan saudaranya seperti sabda Rasulullah yang bermaksud : “Seorang Muslim adalah saudara kepada seorang Muslim (yang lain). Tidak boleh menganiaya dan membiarkannya dianiaya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Tidak menegur sapa. Sekiranya perselisihan berlaku, hendaklah berusaha mengembalikan hubungan terputus dengan mengambil tindakan permulaan seperti memberi salam dan memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan.

Ini bagi menjernihkan semula hubungan yang keruh seperti sabda Rasulullah yang bermaksud: “Tidak halal bagi seorang Muslim memutuskan saudaranya (tidak menegur sapa) lebih daripada tiga hari; bila kedua-duanya bertemu maka yang seorang ini berpaling dan yang seorang lagi membelakangi. Dan orang yang lebih baik dari kedua-duanya ialah orang yang memulakan dengan ucapan salam. ” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Islam menggariskan beberapa perkara wajar dilaksanakan setiap Muslim dalam usaha mengukuhkan tali persaudaraan sedia ada, antaranya: Bantu-membantu dan tolong-menolong, ciri penting mengukuh persaudaraan kerana apalah ertinya persaudaraan jika kita tidak mahu menolong saudara kita di saat dia memerlukannya.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesungguhnya seorang mukmin bagi seorang mukmin yang lain adalah seperti satu binaan yang sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Al-Quran memerintahkan dan mewajibkan umat Islam saling tolong menolong ke arah kebajikan dan takwa dan menegah pertolongan pada perkara maksiat atau permusuhan sebagaimana firman Allah bermaksud: “Dan hendaklah kamu tolong menolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu menolong pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.” (Surah al-Ma’idah, ayat 2) Memberi salam dan berjabat tangan apabila berjumpa dengan saudara kerana ia adalah kunci yang membawa kepada terjalinnya hubungan persahabatan dan persaudaraan.

Dengan menyebarkan salam di kalangan sesama Islam akan menerbitkan kasih sayang di antara satu sama lain dan ini jelas disebut dalam satu riwayat daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Kamu tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman, dan iman kamu tidak akan sempurna sehinggalah kamu sayang menyayangi, dan tidakkah aku tunjukkan kepada kamu akan sesuatu apabila kamu melakukannya kamu akan saling sayang menyayangi? Kamu ucapkanlah salam di antara kamu.”

Rasulullah juga menganjurkan umatnya supaya berjabat tangan apabila berjumpa antara satu sama lain seperti yang diriwayatkan Al-Baraa’ bin ‘Aazib, Rasulullah bersabda yang maksudnya : “Tidak ada dua orang Islam yang bertemu lalu berjabat tangan, melainkan diampuni dosa kedua mereka sebelum keduanya berpisah.” (Hadis riwayat At-Tirmidzi) Menghadiahkan senyuman apabila berjumpa kerana wajah yang manis dan ceria walaupun nampak kecil tetapi memberi kesan mendalam serta dapat mengukuhkan hubungan persaudaraan yang sedia terjalin.

Page 59: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Rasulullah bersabda: “Jangan sekali-kali engkau meremehkan sesuatu daripada kebaikan walaupun hanya dengan menunjukkan kepada saudaramu wajah yang manis.” (Hadis riwayat Muslim)

Faktor lain yang perlu diberi perhatian dalam menjaga perhubungan sesama saudara ialah mengucapkan tahniah dan mendoakan supaya mendapat keberkatan pada peristiwa kebaikan serta mengucapkan takziah dan menziarahinya apabila mereka ditimpa musibah.

Akhirnya bermunajat kepada Allah agar usaha yang dilakukan dapat menyatukan hati, menjadikan kita saling mencintai kerana Allah sebagaimana maksud hadis yang diriwayatkan Tirmidzi, Rasulullah bersabda: "Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Ketika ditanya para sahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung kerana Allah."

Sesungguhnya Allah juga berkuasa melembutkan hati seluruh makhluknya sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: "Dan Yang menyatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah al-Anfaal, ayat 63) Penulis ialah pensyarah IPTA dan boleh dihubungi melalui emel [email protected]

‘Umat Islam mesti maju budaya’Oleh Muhamad Razak Idris

DALAM suasana perkembangan ilmu yang begitu pesat hari ini, umat Islam masih mundur berbanding umat lain di dunia ini. Perbandingan itu dapat dilihat bukan saja dari aspek material dan fizikal, malah ilmu dan kebudayaan.

Walaupun tuntutan untuk berilmu adalah antara seruan terawal dakwah Rasulullah SAW kepada manusia, masih ramai umat Islam belum mendapat pendidikan asas sempurna hingga menyebabkan kadar buta huruf di kalangan mereka adalah tinggi.

Realiti kemunduran umat Islam dapat dinilai berdasarkan hubungan perdagangan sesama negara Islam. Sewaktu Persidangan Negara-negara Islam Membangun (D8) di Teheran, Iran baru-baru ini, Malaysia membangkitkan kekecewaan terhadap tahap hubungan perdagangan sesama anggota.

Sejak kumpulan ekonomi itu diwujudkan, perkembangan ekonomi sesama negara masih tidak memuaskan. Dunia Islam belum berupaya menjadi satu blok ekonomi yang kuat di dunia berikutan pergantungan mereka terhadap keperluan modal dan kemahiran asing di segenap aspek pembangunan ekonomi dunia Islam.

Keadaan inilah yang menuntut kita bertanya punca umat Islam mundur. Punca paling ketara sebagaimana yang disimpulkan oleh Malik Bennabi (1905-1973), seorang pemikir Islam dari Algeria ialah ‘kemunduran budaya'.

Katanya, umat Islam tidak menghadapi masalah akidah atau kepercayaan kerana persoalan itu sudah selesai sejak berabad lalu hasil kegigihan ulama Islam berdakwah menjelaskan konsep ketuhanan dan keyakinan dalam Islam yang berteraskan kepada paradigma tauhid.

Page 60: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Namun kelemahan yang ketara ialah ketidakupayaan umat Islam untuk menghidupkan nilai keyakinan dan kepercayaan ke dalam sistem atau amalan kehidupan seharian. Itulah yang dikatakan kemunduran budaya. Dalam kata lain, nilai ajaran Islam yang terkandung di dalam al-Quran tidak mampu diterjemahkan sebagai ejen perubahan. Fungsi sosial al-Quran tidak menjelma dalam struktur kebudayaan masyarakat.

Hal ini dapat dilihat dalam amalan umat Islam terhadap persoalan menuntut ilmu. Ia adalah paksi utama dalam seruan al-Quran yang sentiasa mengajak umat berfikir dan merenung terhadap segala kejadian di sekeliling mereka serta sejarah terdahulu.

Namun, di sebalik seruan berterusan supaya umat menambahkan kefahaman dan meningkatkan kualiti akal, ajaran Islam sebagai satu prinsip sosial utama dalam Islam tidak mampu dibudayakan oleh umat. Sekiranya amalan menuntut ilmu berkembang maju dalam masyarakat, sudah tentu tidak timbul permasalahan buta huruf yang tinggi, kesukaran memperoleh peluang pendidikan dan bantuan bagi meningkatkan tahap pencapaian mereka di kalangan umat Islam.

Begitu juga jika dilihat daripada aspek pengurusan dan pemerintahan. Al-Quran jelas menganjurkan umat supaya mengambil pendekatan musyawarah iaitu berbincang, berdialog dan berpakat dalam urusan kenegaraan sama ada sesama rakyat atau pemimpin. Namun masih banyak negara di dunia Islam yang mempunyai rekod hak asasi manusia yang buruk di mana mereka tidak memberi peluang dan hak kepada rakyat dalam urusan pemerintahan.

Masih ada di sesetengah dunia Islam, amalan pilihan raya tidak dibenarkan, pemerintahan berteraskan autokrasi, hak wanita dalam pemerintahan dinafikan dan rakyat tidak bebas untuk bersuara bagi berkongsi pendapat serta menegur kelemahan dan kepincangan pemerintahan pemimpin mereka.

Banyak contoh kemunduran budaya dapat dilihat dalam amalan kehidupan umat Islam yang bertentangan dengan prinsip nilai serta ajaran al-Quran seperti konsep dan nilai masa atau waktu dalam kehidupan, amanah dalam menjalankan urusan kehidupan, jihad dalam harta dan nyawa untuk agama, amalan membantu-membantu, bersedekah dan berzakat.

Ketidakupayaan nilai dan ajaran al-Quran untuk berfungsi sepenuhnya dalam sistem kebudayaan masyarakat sebagaimana yang dianjurkan memberi akibat serta kesan langsung kepada perkembangan fizikal dan mental umat Islam. Minda dan perilaku umat menjadi pasif untuk menyumbang secara proaktif dalam menjayakan kebangkitan semula peradaban umat Islam.

Justeru, usaha melihat kemajuan semula umat Islam di pentas peradaban dunia harus bermula dengan langkah menghidupkan semula fungsi sosial al-Quran dalam sistem dan amalan kebudayaan masyarakat. Langkah lain ialah mengenal pasti amalan kebudayaan yang pasif yang membelenggu pemikiran serta amalan umat Islam untuk bersikap dan bertindak secara proaktif dan progresif dalam kehidupan harian.

Perspektif IKIM: Muafakat bantu kejayaan organisasiOleh Nik Mustapha Nik Hassan

ISLAM diutus Allah SWT untuk menyusun kehidupan manusia pada peringkat individu dan masyarakat bagi mencapai kemakmuran dan kecemerlangan hidup di dunia dan seterusnya di akhirat. Tumpuan kepada usaha mendidik individu dan menyusun masyarakat pada peringkat

Page 61: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

awal bertujuan melahirkan insan berguna dan mengatur sistem hidup masyarakat supaya dapat berfungsi dengan baik dan sekali gus mengurangkan segala bentuk permasalahan.

Pendekatan Islam bukan hanya dengan mencari penyelesaian kepada akibat daripada suatu permasalahan yang dihadapi manusia tetapi Allah dari awal lagi mengarahkan manusia supaya dididik dan disusun untuk kecemerlangan dengan berasaskan prinsip yang menepati fitrah kemanusiaan. Proses penyusunan yang baik mengikut Islam memerlukan suatu sistem pengurusan diri, keluarga, organisasi dan negara yang mantap demi membawa kepada wujudnya sebuah tamadun yang mulia dan progresif.

Pada peringkat pengurusan organisasi, Islam menganjurkan kepada satu metodologi pendekatan yang sesuai dan praktikal. Islam tidak mengesyorkan supaya bentuk, mekanisme dan kegiatan pengurusan organisasi yang sedang beroperasi secara cemerlang yang diamalkan oleh masyarakat bukan Islam dihapuskan, melainkan kegiatan itu jelas bertentangan dengan falsafah Islam.

Islam hanya mengutarakan garis panduan dan mengambil kira suasana dan budaya persekitaran. Justeru, proses perubahan ke arah mencapai kejayaan hendaklah melalui penerapan nilai tauhid kepada falsafah dan roh sistem yang sedia ada yang bukti berfungsi.

Dalam proses pengurusan, individu pekerja yang menganggotai sesebuah organisasi hendaklah diberi keutamaan. Manusia pada fitrahnya memiliki sifat makhluk individu dan makhluk sosial. Untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam semua usaha, memahami hakikat ini adalah sangat perlu.

Sifat makhluk individu menonjolkan bahawa setiap individu berkeinginan untuk menjaga kepentingan dan kecapaian diri. Di samping itu, sebagai makhluk sosial pada lumrahnya manusia saling memerlukan antara satu sama lain dalam mengatur tugas dalam organisasi. Pendekatan Islam mengemukakan usaha dan tindakan yang mengharmonikan kepentingan individu dan bermuafakat melaksanakan tugas dalam organisasi demi mencapai matlamat organisasi.

Untuk menjayakan keharmonian ini dipertingkat individu, Islam mengutamakan kepada pembentukan pandangan hidup dan menghayati pendidikan akhlak semoga sahsiah individu dapat dibentuk dengan memiliki sikap yang positif serta progresif dan mengamalkan perilaku mulia. Usaha ini perlu kepada pendidikan yang dapat meningkat kefahaman dan berusaha menjalani latihan kerohanian supaya tindak-tanduk yang negatif dapat dikurangkan.

Akhlak dan perilaku individu sepatutnya mengarah kepada tanggungjawab dan prestasi kerja. Memahami suasana semasa juga menjadi keperluan penting. Justeru, menguasai ilmu sosiologi, ekonomi, politik, kebudayaan dan sebagainya adalah penting.

Di samping itu, Islam turut memberi penumpuan kepada peningkatan daya kemahiran dan kepakaran individu pekerja dalam sesebuah organisasi. Organisasi dengan itu mesti menganggap pekerja sebagai sumber yang terpenting dan sanggup melabur kepada peningkatan kepakaran mereka. Individu yang hendak dibangunkan mesti memiliki ciri-ciri ini, iaitu sikap yang positif dan progresif, akhlak yang murni, memahami realiti dan budaya masyarakat, dan daya kepakaran yang tinggi di peringkat tahap pekerjaan masing-masing. Tanpa ciri-ciri ini, kejayaan sesebuah organisasi akan berada pada tahap yang rendah. Bahkan dengan hanya memiliki salah satu daripada ciri-ciri itu tidak mungkin membawa kepada kejayaan yang membanggakan.

Sifat mementing diri ialah daya penggerak yang akan dapat memberi sumbangan positif kepada kemajuan sesebuah organisasi jika sifat itu dapat dididik dan diletakkan pada tempatnya. Tanpa

Page 62: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

sifat ini, tidak mungkin manusia akan berusaha dengan gigih demi mencapai kejayaan diri. Bahkan sifat itu pada fitrah ada dalam diri manusia. Justeru, bagi Islam daya usaha dan kreativiti seseorang individu memberikan ruang yang secukupnya kepada kebebasan usaha mereka.

Islam hanya memberi panduan melalui tanggungjawab keagamaan yang perlu dilaksanakan demi pencapaian matlamat organisasi. Di samping itu, Islam memberi penekanan kepada pendidikan dan latihan spiritual semoga sifat mementing diri dapat diletakkan di tempat yang sebenar. Dengan pendekatan ini, Islam berkeyakinan bahawa sikap serta perilaku individu akan berbentuk positif dan optimis.

Hasil keyakinan kepada fungsi individu dalam sistem penyusunan organisasi Islam yang memberi keutamaan kepada pembangunan sumber manusia secara menyeluruh akan dapat mempertingkatkan daya kemahiran dan kepakaran dengan disertai nilai akhlak yang mulai. Dalam sistem penyusunan organisasi, ruang untuk individu berusaha serta membuat keputusan perlulah diluaskan. Struktur membuat keputusan organisasi, dengan itu akan diagihkan ke bahagian dan unit tertentu mengikut keperluan dan bidang tugas yang relevan.

Semangat tolong-menolong dan budaya bekerja secara berpasukan perlu diwujudkan dalam sesebuah organisasi. Semangat kerja berpasukan dengan sekali gus dapat memupuk pengamalan syura dan perbincangan dalam menangani sesuatu tugas dan di samping itu dapat mengurangkan kerenah pekerja dalam menjalani tugas organisasi. Kecemerlangan dalam menghasilkan produktiviti dan kualiti tugas ialah natijah daripada memiliki pandangan hidup itu yang dapat diterjemahkan dalam prinsip pengurusan dan penyusunan organisasi.

Hasil daripada menerajui pengurusan mengikut perspektif itu, semangat keadilan akan dapat diterapkan dalam pengurusan organisasi. Pelaksanaan roh keadilan dalam pengurusan akan memperkukuhkan suasana dan budaya muafakat dalam segala bentuk urusan tugas dan tanggungjawab. Bahkan kemuncak kepada wujudkan prinsip keadilan bagi sesebuah organisasi akan menghasilkan kejayaan yang cemerlang dalam bentuk produktiviti dan kualiti kerja pekerja. Penulis adalah Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) Bersyukur nikmat Allah dimurahkan rezekiOleh Wan Aminurrashid

NIKMAT Allah kepada manusia tidak pernah putus. Keamanan dan kemakmuran negara adalah antara nikmat yang sangat bernilai dan besar ertinya kerana dengannya, kita dapat mengecapi dan menjalani hidup dengan selesa serta harmoni.

Sebagai Muslim beriman, kita perlu yakin dan percaya bahawa segala bentuk nikmat di alam ini sama ada berupa kekayaan harta atau pangkat, kedudukan, kesihatan dan makanan adalah anugerah Allah dan milik-Nya. Semua nikmat atau rezeki itu dikurniakan Allah kepada manusia secara percuma, tanpa mengharap balasan kerana Allah paling kaya daripada segala makhluk ciptaan-Nya.

Cuma Allah menghendaki manusia sentiasa mengingati-Nya sebagai Al-Khaliq dan mengenang segala nikmat yang dianugerahkan dengan cara bersyukur. Antara caranya ialah mempergunakan nikmat itu ke tempat yang wajar dan diredai Allah.

Lantaran manusia mudah lupa kepada Allah selepas diberikan nikmat, maka ramai orang yang hidup pada zaman serba mencabar ini mengatakan bahawa hidup mereka tidak tenteram dan resah gelisah walaupun memiliki kemewahan serta wang ringgit. Ada pula yang berasa terhimpit oleh belanja hidup yang kian meningkat dan pendapatan tidak pernah mencukupi malah semakin

Page 63: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

berkurangan.

Itu adalah bala daripada Allah lantaran ada manusia yang tidak pandai mensyukuri nikmat-Nya. Selaku Muslim, kita perlu yakin bahawa rezeki seseorang itu adalah dalam jaminan Allah.

Jadi, kita tidak perlu risau dengan hasil pendapatan kita. Allah berfirman bermaksud: "Dan tiadalah sesuatu pun daripada makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jugalah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya serta tempat dia disimpan. Semuanya itu tersebut dalam kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat yang berkenaan)". (Surah Hud: ayat 6).

Manusia dikehendaki berusaha dan berikhtiar memperoleh rezeki kerana Allah sudah melengkapkan mereka dengan akal dan kekuatan untuk berfikir serta bekerja. Rezeki Allah ada di mana-mana, manusia yang harus mencarinya. Lalu apabila mendapat rezeki, hendaklah bersyukur kerana nikmat itu adalah kepunyaan Allah yang mutlak.

Sesungguhnya nikmat Allah kepada manusia tidak terbilang dan tidak mampu untuk dihitung seperti firman-Nya yang bermaksud: "Dan jika menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tak bisa menentukan jumlahnya,”. (Surah An-Nahl: 18).

Tidak dinafikan bahawa ketika manusia ditimpa bencana atau musibah, ia menanggung bebanan yang berat. Sebab itu manusia ketika dalam kesusahan, biasanya mudah ingat kepada Allah, tetapi mudah lupa dan tidak bersyukur ketika memperoleh nikmat. Allah berfirman bermaksud: "Dan sedikit (sekali) hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” (Surah Saba: 13).

Menurut Imam Al-Ghazali, bersyukur itu mendatangkan dua faedah. Pertama ialah mengekalkan nikmat, yang mana dengan bersyukur kita mengikat nikmat itu (daripada hilang) dan menjauhkan diri kita daripada seksa Allah seperti mana firman-Nya bermaksud: "Mengapa Allah akan menyeksamu, jika kamu bersyukur dan beriman?". (Surah An-Nisa: 147).

Faedah kedua ialah dapat menambahkan nikmat seperti mana Allah berfirman bermaksud: "Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azab-Ku amat keras.".(Surah Ibrahim: 7)

Ali Abi Thalib berkata: "Apabila tanda-tanda kenikmatan sampai kepadamu, maka janganlah anda menghilangkannya (mengusir) nikmat yang akan datang dengan sedikit rasa syukur".

Nikmat Allah yang dikurniakan kepada manusia khususnya Muslim boleh dibahagikan kepada dua iaitu nikmat untuk kelangsungan hidup dan nikmat iman serta Islam.

Nikmat dunia seperti makan minum, kekayaan, keamanan, kesihatan, umur, pandangan dan nikmat berkasih sayang manakala nikmat iman dan Islam adalah nikmat yang paling mahal dan tinggi nilainya. Ini kerana ia bukan setakat untuk di dunia tetapi berterusan sampai ke akhirat. Nikmat inilah yang perlu dipertahankan sampai ke akhir hayat kita.

Imam Al-Junaid berkata: "Syukur ialah seseorang yang tidak menggunakan nikmat Allah untuk melakukan maksiat kepada-Nya. Maksudnya, tanda seseorang bersyukur ialah menggunakan nikmat yang diterima untuk berbuat taat kepada Allah dan memanfaatkannya ke arah kebaikan, bukannya menyalurkan ke kancah maksiat atau kejahatan.

Ulama bernama Ahsin bin Atha'ullah pula membahagikan (cara) syukur itu kepada tiga iaitu

Page 64: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

syukur dengan lidah, iaitu menyebut nikmat kurniaan Allah seperti mana firman-Nya yang bermaksud: "Dan nikmat Tuhanmu hendaklah engkau menyebutkannya sebagai menzahirkan kesyukuran.” (Surah Dhuha: 11).

Kedua ialah syukur dengan anggota badan iaitu dengan melaksanakan ketaatan kepada Allah dengan menggunakan anggota badan ke atas perkara yang diredai Allah, dan ketiga, Syukur dengan hati iaitu mengiktiraf bahawa Allah sajalah pemberi nikmat, yang mana segala nikmat atau rezeki yang diperoleh manusia datangnya daripada Allah seperti mana firman-Nya yang bermaksud: "Apa juga nikmat yang kamu peroleh, maka ia datang daripada Allah.” (Surah An-Nahl: 53).

Bersyukur kepada Allah sebenarnya wajib dilakukan oleh seseorang hamba kerana kita dapat merasakan betapa kasih dan sayang Allah kepada diri kita. Allah sebagai pencipta, maka Dialah yang berkuasa memelihara dan mentadbir makhluk ciptaan-Nya itu dengan penuh kebijaksanaan dan kasih sayang.

Bersyukur sebenarnya mengundang nikmat. Maka orang yang tahu bersyukur di kala menerima nikmat atau rezeki, pasti akan dikasihi Allah. Untuk membuktikannya, Allah akan menambahkan lagi nikmat kurniaan-Nya, kerana pemberian Allah itu amat luas.

Sebaliknya, orang yang tidak tahu bersyukur ketika mendapat nikmat bermakna tidak tahu mengenang budi pemberian Allah SWT. Orang seperti ini pasti dimurkai Allah. Akibatnya rezeki tidak akan ditambah, malah dikurang dan kemungkinan akan ditarik balik oleh Allah SWT.

Berdasarkan ayat 7 surah Ibrahim yang dinyatakan terdahulu jelas bahawa bersyukur akan menambah atau mengundang rezeki. Penambahan rezeki atau nikmat itu, baik bertambah dari segi pendapatan mahupun rezeki meskipun dalam jumlah yang sederhana atau sedikit, tetapi sentiasa mencukupi sehingga tidak dihimpit oleh sesuatu bebanan dalam kehidupan.

Marilah kita bersyukur atas apa juga nikmat yang diperoleh dan kita harus bersabar ketika menerima cubaan, baik berupa kesusahan mahupun malapetaka, kerana semuanya adalah ujian Allah. Jika kita bersyukur, kita sentiasa akan berasa tenteram dan damai, tidak akan muncul di sudut hati sifat sombong ketika mendapat nikmat dan tidak pula lekas berputus asa sewaktu datang cubaan seperti kesusahan hidup atau kegagalan dalam sesuatu perkara. Semoga dengan wujudnya akhlak atau budi pekerti dan keperibadian tinggi, kita akan dikasihi Allah dan mendapat kemuliaan di sisi manusia.

Dosa berhutang tidak diampunkan Allah

ISLAM membenar, malah mengharuskan seseorang itu berhutang ketika berdepan dengan kesusahan dan kesempitan hidup yang membabitkan masalah kewangan.

Pada masa sama, Islam memberi galakan kepada umatnya agar memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk seperti pinjaman secara hutang bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka, lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah (semata-mata untuk mendapatkan pahala) dengan pinjaman yang baik (ikhlas) akan digandakan balasannya dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia." (Surah al-Hadid, ayat 18)

Page 65: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Firman Allah bermaksud: “Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan ketakwaan dan janganlah bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan." (Surah al-Maidah, ayat 2)

Namun, Islam begitu teliti dan memandang berat dalam soal memberi, menerima dan membayar semula hutang kerana ia membabitkan hubungan sesama manusia ketika hidup di dunia ini hingga ke akhirat kelak.

Mengapakah anda berhutang?

Ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu terjebak dalam hutang antaranya ialah:

l Ingin memenuhi kehendak dan tuntutan hawa nafsu untuk memiliki sesuatu yang tidak mampu ditunaikan kecuali dengan berhutang.

l Pengaruh daripada sahabat handai atau jiran tetangga yang sering memberi galakan untuk berhutang. Lantaran itu dia berbuat demikian, walaupun pada hakikat dirinya itu tidak memerlukan, tetapi hanya untuk berbangga dengan apa yang dimilikinya.

l Sikap tidak berasa puas dan cukup dengan apa yang dimiliki dan sanggup berhutang demi memenuhi kehendak dan hajatnya tanpa memikirkan akibat yang mendatang.

l Kemudahan pinjaman yang disediakan oleh beberapa pihak tertentu seperti institusi kewangan dan perbankan bagi menggalakkan lagi amalan berhutang.

l Berkehendakkan sesuatu benda yang membabitkan kebendaan dengan cepat dan segera walaupun hakikatnya dia tidak mampu berbuat demikian.

Dalam hal ini jika perkara yang hendak dimiliki itu adalah keperluan asasi (dharuriat) seperti makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian dan pelajaran, maka Islam membenarkan berhutang sebagaimana dalam sebuah hadis bermaksud: “Daripada Abu Hurairah berkata seseorang: Ya Rasulullah, pekerjaan apakah yang paling baik? Baginda bersabda Memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya."

Jika perkara yang ingin dimiliki itu bukan perkara asasi atau penting dalam kehidupan seseorang itu, maka tidak perlulah dia berhutang. Ini kerana hanya akan menambahkan bebanan, lebih-lebih lagi jika membabitkan institusi kewangan dan perbankan yang mengamalkan sistem riba.

Kesan amalan berhutang.

l Penyakit berhutang ini jika diamalkan akan menjadi satu budaya dalam kehidupan manusia yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada pemiutang seperti muflis. Ini disebabkan bebanan hutang yang tinggi serta gagal melunaskan hutangnya.

l Jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman, hidupnya dalam resah gelisah kerana dihantui bebanan dan tuntutan hutang yang tinggi.

l Seseorang yang terbeban dengan hutang akan memungkinkan dia melakukan pelbagai perkara yang dilarang oleh syarak seperti mencuri dan menjual maruah diri semata-mata untuk melunaskan hutangnya.

l Orang yang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan akan tergantung amalan dan rohnya

Page 66: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

selepas meninggal dunia hingga segala hutang piutangnya dilunaskan ketika hidup.

Sabda Rasulullah: “Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) hingga dia menjelaskan hutangnya."

Rasulullah pernah berwasiat kepada sahabat Baginda agar mengurangkan hutang seperti sabdanya : “Kurangkanlah dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkanlah daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas.”

l Amalan berhutang bukan saja membabitkan kehidupan dunia semata-mata, bahkan berpanjangan hingga ke hari akhirat.

Sabda Rasulullah: “Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi."

l Mereka yang berhutang walau sebanyak manapun amalan kebaikan yang dilakukan, ia tidak akan selamat di dunia dan akhirat, sekalipun dia mati syahid.

Sabda Rasulullah bermaksud: "Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya." (Hadis riwayat Bukhari, Tarmizi, An-Nasai' dan Ibn. Majah)

Rasulullah sendiri tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang masih mempunyai hutang. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bahawa apabila didatangkan kepada Rasulullah satu jenazah, Baginda tidak akan bertanya mengenai amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak. Jika si mati mempunyai hutang, Rasulullah menyuruh sahabatnya menyembahyangkan jenazah itu atau Baginda meminta sesiapa yang sanggup menaggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang itu akan diserah atau ditanggung oleh pihak Baitulmal. – Petikan buku Budaya Berhutang: Amalan Dan Akibatnya terbitan Jabatan Agama Islam Selangor.

Tuntutan mentaati pemimpin berlandaskan syariat Islam

DARIPADA Anas bin Malik, Rasulullah bersabda bermaksud: “Hendaklah kamu dengar dan hendaklah kamu taat walaupun orang yang dilantik itu untuk menjadi pemimpin kamu ialah seorang hamba habshi yang rambutnya seakan-akan anggur yang kering.” (riwayat al-Bukhari).

Hadis di atas menjelaskan walau apa pun bentuk seseorang pemimpin itu, rakyatnya hendaklah mentaatinya. Tidak semestinya beliau seorang yang terkenal, daripada keluarga berkedudukan, kacak dan bergaya. Malah, jawatan pemimpin itu boleh disandang oleh sesiapa saja yang layak walaupun daripada keturunan hamba, keturunan yang tidak bertaraf dalam masyarakat dan walaupun daripada hamba habshi yang hitam dan hodoh.

Dalam sejarah Islam, Usamah bin Zaid ialah seorang muda dan bapanya adalah seorang hamba yang dimerdekakan oleh Rasulullah. Beliau walaupun daripada keturunan seorang hamba, dilantik oleh Rasulullah menjadi ketua angkatan perang. Malah, dalam angkatan perang yang diketuainya, termasuk sahabat Nabi yang terkenal seperti Saidina Umar.

Sewaktu Rasulullah wafat pun, kedudukan Usamah tidak disentuh oleh Khalifah Abu Bakar. Baginda menghormati ketua angkatan perang itu dengan meminta izinnya supaya Saidina Umar dapat dilepaskan daripada angkatan itu supaya tinggal di Madinah bersama-sama khalifah untuk

Page 67: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

dijadikan tempatnya berunding. Usamah tidak keberatan untuk mengizinkannya. Sekiranya Khalifah tidak mentaati dan menghormati Usamah sebagai ketua, tentunya beliau boleh membuat keputusannya sendiri untuk menidakkan penyertaan Saidina Umar dalam angkatan Usamah.

Sesungguhnya memilih dan melantik pemimpin bukanlah suatu perkara yang ringan kerana jika ketua itu bukan dari orang yang selayaknya, maka ia boleh menimbulkan pelbagai masalah. Hal ini dinyatakan oleh Imam Bukhari, di mana Rasulullah bersabda: “Jika disandangkan sesuatu perkara kepada orang yang bukan ahlinya (bukan orang yang selayaknya), maka tunggulah masa kehancurannya.”

Muhammad Ra-shid Redha menjelaskan bahawa ketua itu tergolong dalamnya ialah sultan, pemerintah, cerdik pandai, ketua angkatan bersenjata dan semua pemimpin iaitu sebagai tempat orang ramai merujuknya. Iaitu sekiranya mereka bersetuju di atas sesuatu keputusan yang diambil, maka hendaklah mereka menghormati dan mentaatinya.

Sebagai seorang Islam, menghormati dan mentaati itu terletak pada empat syarat berikut iaitu pemimpin daripada orang Islam; ketua itu tidak menyalahi perintah dan perintah Rasulullah; apabila membuat sesuatu keputusan beliau bukan dipaksa tetapi mengikut pandangan yang betul serta keputusan yang dibuat hendaklah melihat kepada kepentingan umum.

Sebagai seorang ketua, menimbang dan mengeluarkan perintah serta arahan menjadi kewajipannya. Namun, tidak semua arahan atau perintahnya itu akan dipersetujui oleh orang yang berada di bawahnya. Ini kerana masing-masing mempunyai pandangan dan pendapat yang pelbagai. Bagaimanapun, dari segi etika, perintah pemimpinlah yang akan dipakai.

Oleh itu, sekiranya ada antara orang berada di bawah kepemimpinan itu tidak bersetuju dengan perintah pemimpinnya hendaklah mereka bersabar. Ini dijelaskan dalam sebuah hadis daripada Ibn Abbas, Rasulullah bersabda: “Sesiapa bencikan sesuatu daripada pemimpinnya, maka hendaklah dia sabar, kerana sesiapa keluar daripada mentaati (tidak taat) perintah pemimpin walaupun satu jengkal lalu ia mati, maka kematiannya itu seperti kematian orang pada zaman jahiliah.” (Hadis riwayat al-Bukhari). Hadis ini menerangkan bahawa jika seseorang diberi perintah oleh pemimpinnya dan sekiranya tidak menyukai perintah itu yang menyebabkan timbulnya kebencian, maka dia hendaklah menurut dan patuh kepada ketuanya. Sekiranya ia berbentuk perintah hendaklah dilakukan dan jika berbentuk larangan, maka mesti ditinggalkan.

Dalam hal sedemikian, dia dituntut supaya bersabar dan dengan kesabaran itu, dia akan mendapat pahala. Oleh itu, janganlah membantah kerana sifat ini akan membawa akibat yang tidak baik dan jika mati dalam kederhakaan itu, maka matinya dalam kemaksiatan. Keadaan di atas boleh berlaku kerana dalam sekumpulan manusia itu wujud pelbagai golongan dan pendapat yang boleh mewujudkan pelbagai ragam sifat manusia.

Kemungkinan besar pendapat pemimpin tidak secocok dengan pandangan dalam kumpulan itu adalah terlalu besar. Sekiranya berlakunya perselisihan dalam keadaan seperti di atas dan pendapat yang dikeluarkan oleh ketua adalah yang disarankan oleh agama, maka tidak dapat tidak mentaatinya adalah satu kewajipan dan hendaklah dilaksanakan seperti yang dikehendaki oleh syarak. Manakala pendapat pengikut yang tidak dapat dilaksanakan oleh ketuanya, hendaklah dia bersabar.

Adalah tidak wajar, oleh kerana perselisihan yang sedemikian menyebabkan pengikut pemimpin itu bertindak menentangnya. Sifat itu menyalahi ajaran agama Islam. Dalam persoalan mentaati pemimpin ini, timbul satu persoalan apakah mentaati ketua ini adalah mutlak?

Page 68: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Hal ini dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari daripada Abdullah, Nabi bersabda, bermaksud: “Dengar dan taat (kepada ketua) adalah menjadi kewajipan ke atas orang Islam (dalam apa juga perkara pun) sama ada dia suka dan tidak suka, selagi dia tidak diperintahkan untuk membuat sesuatu maksiat, maka jika dia diperintah untuk membuat sesuatu maksiat maka tidak perlu dengar dan tidak perlu taat.”

Hadis ini menjelaskan bahawa Rasulullah menyuruh setiap orang Islam itu hendaklah mentaati perintah pemimpin mereka sama ada perintah itu disukai atau tidak, asalkan perintah itu menurut ajaran Islam atau selagi perintah itu menepati ajaran agama Islam. Sebaliknya Islam melarang pengikut untuk mentaati pemimpin yang menyuruh melakukan maksiat.

Dalam keadaan pertama, ketaatan adalah menjadi perkara wajib, tetapi dalam keadaan kedua, ketaatan adalah tidak wajib, malah ia menjadi haram ke atas sesiapa yang merasakan dirinya boleh menentang perintah itu.

Hal ini dapat dilihat dalam ucapan sulung Saidina Abu Bakar selepas dilantik menjadi khalifah. Abu Bakar berkata: “Aku telah dilantik menjadi ketua kepada kamu, sedangkan aku bukanlah orang yang paling baik daripada kalangan kamu, maka jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka hendaklah bantu aku, dan jika kamu dapati aku berada di atas kesalahan, maka kamu hendaklah menunjukkan aku ke jalan yang benar.

Kamu hendaklah taat setia kepada aku, selagi aku taat setia kepada Allah dalam mengendalikan urusan-urusan kamu, maka jika aku mengingkari perintah Allah, maka kamu tidaklah wajib taat setia kepadaku.”

Pendirian Abu Bakar ini sangat tegas dan penuh dengan kejujuran. Baginda tidak mengatakan dirinya orang yang paling baik, pandai dan bijak. Bahkan mengaku bahawa baginda dipilih menjadi pemimpin dalam keadaannya bukanlah orang yang paling baik dan secara jelas meminta sokongan, jika ia berjalan di atas kebenaran.

Abu Bakar juga meminta ditunjukkan jalan yang benar jika baginda menyeleweng daripada kebenaran. Jika baginda dalam keadaan menyeleweng, Abu Bakar minta tidak ditaati.

Di sini dapat disimpulkan bahawa sungguhpun taat setia itu wajib diberikan oleh pengikut kepada pemimpin, tetapi bukanlah mutlak sebagaimana mentaati Allah dan rasul-Nya, bahkan dikenakan syarat selagi pemimpin itu berjalan di atas landasan kebenaran yang diredai oleh Allah. Dan jika syarat itu tiada, maka adalah menjadi kewajipan pengikutnya mengingatkan pemimpin dan menunjukkan kepadanya jalan yang benar iaitu menasihatinya sebagai memberi peluang kepadanya untuk kembali ke jalan benar. Begitu pun, dalam keadaan sedemikian, pengikutnya tidak dituntut untuk memberikan taat setia kepada pemerintah yang bertujuan melakukan maksiat itu.

Umat dituntut segera ke masjid tunai solat Jumaat

SOLAT Jumaat adalah perkara fardu dalam Islam bagi setiap lelaki yang cukup syaratnya. Sumber kefarduannya ialah al-Quran dan sunnah Rasulullah serta ijmak.

Firman Allah dalam surah al-Jumaat, ayat 9 yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada Jumaat, maka bersegeralah

Page 69: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu).”

Daripada Jabar, dia berkata: Rasulullah berkhutbah kepada kami, sabdanya: Ketahuilah sesungguhnya Allah telah memfardukan ke atas kamu Jumaat di tempat ini, pada tahun ini, sesiapa yang meninggalkannya kerana menganggap ringan dan mengingkarinya, maka Allah tidak akan menghimpunkan baginya kekuatan, tidak ada berkata dalam urusannya, ingatlah, tidak ada solat baginya, ingatlah tidak ada zakat baginya, ingatlah tidak ada haji baginya.”

Menunggu ibadat Jumaat bagaikan menunggu hari (perayaan) mingguan umat Islam. Sebelum menghadirkan Jumaat kita disunatkan mandi terlebih dulu.

Rasulullah bersabda bermaksud: "Tidak seseorang itu pada Jumaat, mandi, bersuci seboleh mungkin, mengenakan minyak, menggunakan minyak wangi di rumahnya kemudian keluar, dan tidak memisahkan antara dua orang, kemudian dia diam apabila imam berkhutbah, melainkan diampunkan baginya antara Jumaat itu dengan Jumaat yang akan datang. "

Menghadirkan Jumaat hendaklah dalam keadaan selesa dan memberi keselesaan kepada orang lain. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memakan tumbuhan ini iaitu bawang putih, maka jangan menghampiri masjid kami.”

Firman Allah dalam surah al-A'raf, ayat 31 bermaksud: “Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang)."

Nyatalah di sini bahawa kita perlu membersihkan diri dan berpakaian bersih dan terbaik ketika menghadiri rumah Allah.

Bersegeralah untuk menghadiri Jumaat adalah tuntutan Allah. Firman-Nya dalam surah al-Jumaat, ayat 9 bermaksud: "Wahai orang yang berfirman, apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu).”

Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya manusia akan duduk di sisi Allah pada hari kiamat mengikut qadar (cepat dan lambatnya mereka) pergi menghadiri Jumaat."

Apabila berada dalam masjid hendaklah tekun dan sabar apabila khatib membaca khutbah.

Apabila solat jumaat selesai ditunaikan, jemaah hendaklah bersabar untuk mengaminkan doa yang dibaca oleh imam. Sering berlaku jemaah tidak sabar, meninggalkan masjid sebelum berdoa, mereka sanggup melintasi jemaah yang masih sembahyang sunat. Sesungguhnya melintasi di depan orang yang sedang sembahyang adalah haram dan berdosa.

Marilah kita tunaikan solat Jumaat itu dengan sebaik-baiknya serta hayatilah khutbah yang dibaca kerana ia akan memberikan suatu keinsafan dan kesedaran kepada kita dalam mengharungi kehidupan yang masih jauh penghujungnya.

Sadum musnah penduduk ingkar perintah Tuhan

Page 70: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

KISAH umat Nabi Luth yang derhaka kepada perintah Allah perlu dijadikan iktibar kepada umat Islam dalam menjalani kehidupan sihat dan diredai-Nya.

Balasan yang ditimpakan Allah kepada umat Nabi Luth adalah balasan yang ditunjukkan di dunia terhadap mereka yang ingkar perintah-Nya. Itu belum lagi balasan yang bakal menanti di akhirat nanti.

Luth adalah anak saudara lelaki Nabi Ibrahim yang berhijrah bersama dari negeri Babil ke negeri Syam.

Baginda diutus Allah ke negeri Sadum, suatu negeri yang penduduknya sangat derhaka kepada Allah.

Budi pekerti mereka yang sangat rendah dan hina sekali kerana memutuskan perkahwinan untuk mengembangkan keturunan.

Seorang lelaki tidak mahu berkahwin dengan perempuan, sebaliknya mahu bersatu dengan kaum sejenis, lelaki.

Apabila dinasihatkan mengenai seksaan Allah, mereka menjawab:

"Datangkanlah seksaan Allah itu, hai Luth, jika sekiranya engkau orang yang benar."

Allah berfirman dalam surah al-Ankabut, ayat 28 dan 29 yang bermaksud:

"Kami utuskan Nabi Luth iaitu ketika berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya kamu melakukan sesuatu yang keji (jahat) yang belum pernah diperbuat oleh seseorang juga di antara isi alam ini.

"Sesungguhnya kamu bersetubuh dengan lelaki dan menyamun di tengah jalan raya serta kamu melakukan barang yang mungkar di tempat perhimpunan kamu."

Maka tidak ada jawapan kaumnya selain berkata: "Datanglah seksaan Allah itu jika kamu benar."

Mendengar jawapan begitu, Nabi Luth berdoa kepada Tuhan seperti mana yang sebut dalam surah al-Ankabut, ayat 30 yang bermaksud: "Berkata Luth: Ya Tuhanku! Tolonglah aku melawan kaum yang berbuat bencana ini."

Ketika datang perkhabaran Allah kepada Nabi Ibrahim bahawa negeri Nabi Luth akan dibinasakan Allah, disebabkan penduduknya, orang yang berkelakuan keji dan tidak tahu malu, Ibrahim berkata:

"Dalam negeri itu ada Nabi Luth, bagaimanakah jika negeri itu dirosakkan."

Sebelum negeri Nabi Luth dimusnahkan Allah, maka beberapa utusan Allah datang ke rumah Nabi Luth memberitahu bahawa negeri itu akan ditimpa seksaan besar.

Utusan Allah itu didatangkan dengan lelaki yang tampan hinggakan manusia yang derhaka kepada Allah itu semuanya terpedaya melihat tetamu Nabi Luth itu.

Mereka mengintai tetamu itu dan meminta supaya Nabi Luth memberikan tamu berkenaan kepada mereka.

Page 71: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Maka Nabi Luth berkata: "Hai kaumku! Itulah anak perempuanku yang boleh dikahwini, mereka lebih suci bagimu. Takutlah kamu kepada Allah dan janganlah berbuat kehinaan kepada tamuku. Tiadalah ada antaramu lelaki yang berfikiran lurus?"

Sahut mereka: "Sesungguhnya engkau sudah mengetahui bahawa kami tidak memerlukan anak perempuan engkau dan engkau mengetahui juga apa yang kami kehendaki iaitu lelaki, bukan kepada perempuan."

Berkata Luth: "Jika ada kekuatan pada saya melawan kamu atau sayakembali (untuk meminta bantuan) kepada orang yang kuat, tentu kamu saya usir."

Malaikat yang melihat peristiwa itu berkata: "Hai Luth, sesungguhnya kami diutus Tuhan engkau, sekali-kali mereka tidaklah bisa menyampaikan kejahatan kepada engkau, maka hendaklah engkau berjalan berserta ahli engkau, waktu tengah malam dan janganlah engkau menoleh ke belakang.

"Maka engkau akan selamat kecuali isteri engkau sendiri, maka dia ditimpa bahaya sebagaimana mereka pula.

"Tatkala datang perintah kami. Kami jadikan yang tinggi menjadi rendah dan kami jatuhkan batu dari tanah yang keras di atasnya."

Semua umat Nabi Luth yang derhaka dengan perintah Allah dan tidak mendengar nasihat mati ditimpa batu-batu berkenaan, termasuk isteri baginda yang turut derhaka.

Demikianlah negeri Nabi Luth dimusnahkan oleh Allah dan sebelumnya Nabi Luth berserta orang yang beriman berhijrah ke daerah lain.

Kisah Nabi Luth perlu dijadikan teladan bagi mengelakkan kemurkaan dan kemusnahan daripada Allah.

FATWA MUIS: Bayi Tabung Uji & Menggugurkan Anak

Apakah pandangan Islam tentang bayi tabung uji?

Cara-cara yang boleh tergambar dalam penyemaian benih dalam tabung uji pada masa ini ada tujuhcara:

1.Disemaikan antara benih si suami dengan telur yang diambil dari seorang perempuan yang bukan isteri kepada lelaki itu kemudian dimasukkan semaian itu ke dalam rahim si isteri.

2.Disemaikan antara benih seorang lelaki (bukan suami) dengan telur si isteri kemudian dimasukkan semaian itu ke dalam rahim si isteri.

3.Disemaikan benih si suami dengan telur si isteri kemudian dimasukkan semaian itu ke dalam rahim seorang perempuan lain yang bersetuju untuk mengandung (hamil) dengannya.

4.Disemaikan antara benih seorang lelaki (asing) dengan telur perempuan asing juga kemudian

Page 72: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

dimasukkan semaian itu ke dalam rahim si isteri.

5.Disemaikan benih dengan telur dari sepasang suami isteri kemudian dimasukkan ke dalam rahim isteri keduanya.

6.Diambil benih dari si suami dan telur si isteri dan disemai di tabung uji kemudian dimasukkan ke dalam rahim isteri.

7.Diambil benih si suami kemudian disuntikkan di tempat yang sesuai dalam rahim isterinya sebagai semaian dari dalam.

Cara-cara yang pertama sehingga yang kelima adalah haram kesemuanya dan terlarang di sisiagama Islam kerana kesannya boleh merosakkan perhubungan halal serta mencampuradukkankeutuhan keturunan. Cara yang ke-6 dan yang ke-7 adalah dibolehkan. Seseorang Islam yang inginmendapat anak boleh berusaha untuk mendapatkannya tetapi hendaklah ia pastikan danberjaga-jaga supaya tidak melakukan sesuatu yang lain daripadanya.

PENGGUGURAN ANAK

Apakah pandangan Islam tentang pengguguran anak?

Para ulama bersependapat bahawa pengguguran anak selepas 4 bulan hukumnya adalah haram,bahkan ia merupakan satu perbuatan jenayah. Perbuatan ini merupakan suatu pembunuhan ke atasmakhluk hidup yang telah cukup sifat dan nyata hidupnya. Oleh itu umat Islam sama sekali ditegahdari melakukannya. Kecuali pengguguran itu terpaksa dilakukan untuk menyelamatkan nyawa di ibutersebut.

Pengguguran sebelum 4 bulan pula, para ulama tidak bersependapat. Ini disebabkan terdapatperselisihan sama ada kandungan itu telah hidup atau sebaliknya. Sebahagian besar ulamacenderung kepada menyatakan bahawa kandungan itu sudah hidup bersandarkan kepada ilmuperubatan. Berasaskan hal ini mereka menghukumkan pengguguran benih itu sebagai haram.

Memandangkan kepada kenyataan ilmu perubatan bahawa janin itu sudah hidup sejak pencantumanbenih lelaki dan perempuan, maka jawatankuasa Fatwa telah memutuskan bahawa hukumpengguguran anak dalam kandungan adalah haram, tidak kira umur benih dalam kandungan.

BEBERAPA PETIKAN AL-QURAN

"DAN SIAPAKAH YANG LEBIH ZALIM DARIPADA ORANG YANG TELAH DIPERINGATKAN DENGANAYAT-AYAT DARI TUHANNYA LALU DIA BERPALING DARIPADANYA? SESUNGGUHNYA KAMITELAH MELETAKKAN TUTUPAN DI ATAS HATI MEREKA, (SEHINGGA MEREKA TIDAK)

Page 73: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

MEMAHAMINYA, DAN (KAMI LETAKKAN PULA) SUMBATAN DI TELINGA MEREKA; DAN SEKALIPUN KAMU MENYERU MEREKA KEPADA PETUNJUK, NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN DAPATPETUNJUK SELAMA-LAMANYA" ... Al-Kahfi:57

"DAN SIAPAKAH YANG LEBIH ZALIM DARIPADA ORANG YANG TELAH MEMBUAT DUSTATERHADAP ALLAH? MEREKA ITU AKAN DIHADAPKAN KEPADA TUHAN MEREKA, DAN PARASAKSI (MALAIKAT) AKAN BERKATA: 'ORANG-ORANG INILAH YANG TELAH BERDUSTATERHADAP TUHAN MEREKA'. INGATLAH KUTUKAN ALLAH (DITIMPAKAN) ATAS ORANG-ORANGYANG ZALIM" ....Hud:18

"ALLAH (MENJADI) PELINDUNG ORANG-ORANG YANG BERIMAN; DIA MENGELUARKAN MEREKADARI KEGELAPAN (KEKUFURAN) KEPADA CAHAYA (IMAN). DAN ORANG-ORANG YANG KUFURPELINDUNGNYA ADALAH SYAITAN, YANG MENGELUARKAN MEREKA DARI CAHAYA(KEIMANAN) KEPADA KEGELAPAN (KEKAFIRAN) . MEREKALAH PENGHUNI NERAKA DANMEREKA KEKAL DI DALAMNYA" ..AlBaqorah:257

"DAN PERANGILAH MEREKA ITU, SEHINGGA TIDAK ADA FITNAH LAGI DAN (SEHINGGA) AGAMAITU HANYA UNTUK ALLAH BELAKA. JIKA MEREKA BERHENTI (DARI MEMUSUHI KAMU), MAKATIDAK ADA PERMUSUHAN (LAGI), KECUALI TERHADAP ORANG-ORANG YANG ZALIM" ..AlBaqorah:193

"DAN SIAPAKAH YANG LEBIH ZALIM DARIPADA ORANG YANG TELAH MEMBUAT DUSTATERHADAP ALLAH? MEREKA ITU AKAN DIHADAPKAN KEPADA TUHAN MEREKA, DAN PARASAKSI (MALAIKAT) AKAN BERKATA: 'ORANG-ORANG INILAH YANG TELAH BERDUSTATERHADAP TUHAN MEREKA'. INGATLAH KUTUKAN ALLAH (DITIMPAKAN) ATAS ORANG-ORANGYANG ZALIM" ....Hud:18

"HAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, JANGANLAH KAMU JADIKAN BAPA-BAPAMU DANSAUDARA-SAUDARAMU (SEBAGAI) PEMIMPIN-PEMIMPINMU, JIKA MEREKA LEBIHMENGUTAMAKAN KEKAFIRAN MENGATASI KEIMANAN DAN SIAPA DI ANTARA KAMUMENJADIKAN MEREKA PEMIMPIN-PEMIMPIN, MAKA MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG

Page 74: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

ZALIM"

"ALLAH (MENJADI) PELINDUNG ORANG-ORANG YANG BERIMAN; DIA MENGELUARKAN MEREKADARI KEGELAPAN (KEKUFURAN) KEPADA CAHAYA (IMAN). DAN ORANG-ORANG YANG KUFURPELINDUNGNYA ADALAH SYAITAN, YANG MENGELUARKAN MEREKA DARI CAHAYA KEPADAKEGELAPAN (KEKAFIRAN) . MEREKALAH PENGHUNI NERAKA DAN MEREKA KEKAL DIDALAMNYA" ..AlBaqorah:257

"LALU ORANG-ORANG YANG ZALIM (ITU) MENGGANTIKAN PERINTAH (PERATURAN) DENGANYANG TIDAK DIPERINTAHKAN KEPADA MEREKA (OLEH ALLAH). SEBAB ITU KAMI TIMPAKANATAS ORANG-ORANG YANG ZALIM ITU SIKSA DARI LANGIT, KERANA MEREKA BERBUATFASIK" .... AlBaqorah:59

"DAN BERAPA BANYAKNYA UMAT-UMAT YANG TELAH KAMI BINASAKAN SEBELUM MEREKAYANG MEREKA ITU LEBIH BESAR KEKUATANNYA DARI MEREKA INI, MAKA MEREKA (YANGTELAH DIBINASAKN ITU) TELAH PERNAH MENJELAJAH BEBERAPA NEGERI. ADAKAH MEREKA(YANG TELAH BINASA) MENDAPAT TEMPAT LARI (DARI KEBINASAAN)?" Qaaf:36

"DAN KALAU KAMI MENURUNKAN AL-QURAN INI KEPADA SEBUAH GUNUNG, PASTI KAMUAKAN MELIHATNYA TUNDUK TERPECAH BELAH DISEBABKAN TAKUT KEPADA ALLAH. DANPERUMPAAN ITU KAMI BUAT UNTUK MANUSIA SUPAYA MEREKA BERFIKIR" - Al-Hasyr:21

"DAN BERAPA BANYAKKAH (PENDUDUK) NEGERI YANG MENDERHAKAI PERINTAH TUHANMEREKA DAN RASUL-RASULNYA, MAKA KAMI HISAB PENDUDUK NEGERI ITU DENGAN HISABYANG KERAS, DAN KAMI AZAB MEREKA DENGAN AZAB YANG MENGERIKAN" Ath-Thalaaq:8

'DAN SIAPAKAH YANG LEBIH ZALIM DARIPADA ORANG-ORANG YANG MENGADAKAN DUSTATERHADAP ALLAH? DAN ALLAH TIDAK (AKAN) MEMBERI PETUNJUK KEPADA ORANG-ORANGYANG ZALIM" As-Shaaf:7

"SESUNGGUHNYA DOSA ITU ATAS ORANG-ORANG YANG BERBUAT ZALIM KEPADA MANUSIA

Page 75: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

DAN MELAMPAUI BATAS DI MUKA BUMI TANPA HAK. MEREKA ITULAH MENDAPAT AZAB YANGPEDIH!" AsSyuraa:42

BEBERAPA PRINSIP DAKWAH

Imam Al-Banna telah memberikan beberapa prinsip yang sangat berharga di dalammelaksanakan dakwah. Prinsip-prinsip ini dapat membantu kita dalam menghin-darkan diri dari berbagai bencana dalam dakwah serta dapat menyempurnakan tu-gas dakwah kita dengan sukses.

1. Menjauhi persoalan khilafiah

Pertama kita harus berpegang bahwa persatuan ummat adalah satu perkara yangdharuri. Meskipun demikian, kita harus menyadari bahwa perselisihan penda-pat adalah sesuatu yang tak dapat dielakkan. Imam Al-Banna menjelaskan ten-tang penyebab perselisihan pendapat di kalangan mazhab, misalnya perbedaankekuatan akal di dalam menggali hukum, perbedaan suasana masyarakat, perbe-daan penerimaan rawi hadits, dsb. Beliau bahkan menjelaskan bahwa ijma' da-lam masalah furu'iah adalah sesuatu yang hampir mustahil.

Sikap kita dalam menghadapi khilafiah adalah saling memaafkan satu sama la-in."Para sahabat berselisih pendapat antara satu dengan yang lain di dalammemberikan fatwa, tetapi apakah perselisihan ini membawa perselisihandi dalam hati mereka? Apakah perselisihan ini memecahkan persatuanatau ikatan mereka? Contoh yang paling dekat adalah tidak adanya per-selisihan di antara mereka di dalam menentukan shalat Asyar di baniQuraiza....."

Masalah ini bukan hanya terhadap khilafiah fiqih saja, melainkan juga ter-hadap perselisihan di antara jamaah-jamaah Islamiah hari ini. Mengenai perselisihan pendapat, Imam Al-Banna memberikan nasihat:"Kita saling menolong dalam masalah-masalah yang kita setujui dansaling memaafkan dalam masalah-masalah yang kita berbeda pendapat"

2. Tujuan adalah masalah yang pokok (usul) dalam kerja, dan amalan adalahsampingannya (furu').

Ini merupakan prinsip yang sangat penting. Di dalam bekerja kita sering menekankan masalah pencapaian tujuan dan hal ini sudah menjadi kepastian.Namun dalam kegairahan kita bekerja dan beramal dalam jama'ah dan dakwah,kita sering terlupa akan tujuan utama kita bekerja---yaitu apakah matlamatdasar dakwah kita. Prinsip ini menegaskan kepada kita bahwa tujuan asaladalah yang menjadi pokok kerja kita, sementara cara-cara (perencanaan,penyusunan, strategi, dsb) adalah hasil matlamat asal kita.

Penyelewengan yang berlaku di dalam dakwah hari ini adalah usaha mementing-kan jama'ah ataupun organisasi melebihi dakwah, ataupun ta'asub yang kuatdengan usaha dan strategi masing-masing. Kesemuanya ini adalah akibat daripara du'at yang melupakan tujuan asal kita berada di medan dakwah.

Page 76: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

3. Perlu menjaga masalah-masalah asasi dalam dakwah.

Di dalam kesibukan berdakwah, para da'i sering-sering lalai terhadap masalah-masalah dasar dalam dakwah. Di antara masalah-masalah itu adalah keikhlasandalam beramal, hubungan dengan Allah SWT, hubungan dengan AlQur'an danSunnah, pembentukan keluarga, sensitifitas terhadap keperluan saudara maupuntetangga, dll.

Di antara masalah utama yang lain adalah pentingnya tarbiyah. Seorang Da'i,dalam peringkat manapun harus senantiasa dalam suasana tarbiyah dan pengo-kohan iman. Proses tarbiyah adalah adalah proses yang tak ada putusnya dantak ada ujungnya.

3. Pandangan terhadap seruan-seruan lain

Imam Al-Banna menyebutkan tentang pandangan dakwah terhadap seruan-seruan lain seperti seruan wataniah (ketanahairan) dan qaumiah (nasionalisme).Pandangan beliau adalah bahwa seruan nasionalisme yang dapat diterima adalah seruan untuk membebaskan tanah air dari penjajahan. Wataniahyang diterima adalah wataniah yang berdasarkan ikatan aqidah.

Seandainya nasionalisme yang dimaksud adalah kebanggaan untuk mengikutikebaikan-kebaikan generasi pendahulu ataupun nasionalisme untuk perjuangandemi dien Allah, maka itu adalah nasionalisme yang diterima. Namun bilanasionalisme ini bersifat jahiliyah, yaitu merasa tinggi dan congkak denganketurunan sendiri ataupun nasionalisme yang mengajak kepada permusuhan danmemandang rendah kepada bangsa lain, maka ini adalah nasionalisme yang di-tolak.

Semuanya ini didasarkan atas pandangan Islam yang tidak menafikan keberada-an bangsa-bangsa, namun Islam menafikan permusuhan dan perasaan lebihtinggi satu bangsa di atas bangsa lain. Asas ketinggian hanynalah ketak-waan kepada Allah.

4. Jalan Yang Jauh

Setelah membicarakan keseluruhan jalan dakwah ini, Imam Al-Banna mengungkap-kan kata-kata berikut:"Tetapi saya merasa terperanjat bila saya dapati bahwa hampir semuanyasetuju bahwa jalan ini terlalu jauh sekalipun keberhasilannya merekaakui"Namun kita harus ingat bahwa:"Hakikat hari ini adalah impian kemarin dan impian hari ini adalah hakikathari esok"

Perjuangan ini haruslah disertai dengan keyakinan yang mendalam akan perto-longan dan janji Allah. Perjalanan ini adalah perjalanan yang jauh dan dipenuhi dengan berbagai kesukaran dan ujian. Tiada kekuatan yang dapatmengarunginya kecuali hanya dengan kekuatan Allah saja. Imam Al-Bannaselanjutnya menegaskan bahwa kita tidak mengenal kata putus asa dan

Page 77: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

lemah di dalam perjuangan ini. Beliau membawa kisah nabi Musa a.s. didalam surat Al-Qasas sebagai contoh.

PENUTUP

"Demikianlah wahai saudara, apa yang ingin saya bicarakan dengan saudaramengenai dakwah kita, pembicaraan yang dapat saudara ta'birkan. Dansaudara adalah Yusuf yang mampu membuat penafsiran atas impian ini.Bila saudar tertarik melihat keadaan kami, maka letakkanlah tangan saudarabersama dengan tangan kami: kita beramal bersama-sama di atas jalan ini.Allah adalah wakil kita yang memberi taufik kepada kita dan saudara.Dialah tempat kita berserah, Dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baikpenolong" (Hassan Al-Banna)

BEBERAPA TANGGAPAN TERHADAP ISLAM Sebab-sebab Ummat Islam Maju 1. Mulai dari berdirinya “Daulah Tauhid” dibawah pimpinan Nabi dan Rasulullah, akidah tetap mendapt nur (cahaya) kesucian dari suara wahyu Illahi dan ajaran-ajaran dari langit dan bertitik tolak dari Kitab dan Sunnah. Tujuannya yang utama ialah menumbuhkan atau mendidik watak atau karektor, meningkatkan mutu naluri-naluri (kudrat yang tersimpan dalam jiwa) menghaluskan adat istiadat sehingga manusianya naik kepada martabat yang sesuai dengan manusia terhormat dan dari akidah yang tepat dan suci disusunlah kekuatan yang aktif dan positif dalam kehidupannya. 2. Agama Islam yang baru lahir diseluruh jazirah Arab diwaktu itu, segera diikuti dan ditaati benar-benar oleh bangsa Arab di qabilah-qabilah disekitar Semenanjung Arab. Dengan petunjuk dan pimpinan yang benar itu terhindarlah mereka dari berpecah belah dan bercerai-berai. Mereka jadi satu, seia dan sekata, dari biadab menjadi beradab, dari bodoh menjadi pandai, dari dungu menjadi cerdik, dari kekerasan hati dan perangai menjadi lunak, peramah dan kasih sayang sesama makhluk dan dari menyembah berhala menjadi penyembah Tuhanmu Yang Maha Esa. 3. Mereka berubah dan berganti dengan semangat baru yang dapat menjadikan mereka itu segala-galanya baru sehingga dapat menyampaikan mereka itu ketingkat yang tinggi, mulia, cerdik, cerdas, kuat dan kaya. Dalam pada itu, mereka bergerak dan menaklikkan separuh dunia dengan cepat dalam masa yang tidak lebih dari setengah abad. 4. Seandainya tidak terdapat konflik yang mengulangi riwayat lama pada masa akhir khalifah Othman dan permulaan Khalifah Ali, nescaya mereka telah dapat menyempurnakan missi penaklukan disegenap penjuru dunia ini dan tidak ada yang menghalanginya. 5. Jelas sekali bahawa Al-Quran telah dapat menubuhkan bangsa Arab seluruhnya dengan sekali tumbuh yang dapat mendatangkan kehidupan yang baru mengeluarkan mereka dari jazirah Arab dengan membawa pedang disalah satu dari kedua tangannya yang satunya membawa cahaya Al-Quran untuk membuka dan menaklukkan negara-negara lain dan mengaturnya dengan cara sebaik-baiknya. 6. Menurut riwayat Tanah Arab itu pernah dijajah oleh bangsa-bangsa lain. Penduduknya pernah diperintah dan diperhamba bangsa-bangsa asing yang mencengkam negara mereka seperti bangsa Parsi di Yaman, Uman dan Hirah, bangsa Habsi di Yaman, bangsa Rome disekitar Hijaz dan di Utara Sham. Dengan demikian terang sekali bahawa sebenarnya negara-negara dan bangsa Arab itu pada umumnya tidak pernah merdeka dalam erti kata yang sebenarnya kecuali dengan Islam. Mereka tidak pernah diketahui atau dikenal bangsa-bangsa lain melainkan dengan sebab pimpinan Nabi Muhammad S.A.W dan atau sesudah mereka menganut agama Islam. 7. Dengan memegang teguh tali iman pada Allah Yang Maha Esa dan Kitab Suci Al-Quran serta Sunnah Rasul menjadi pedoman dan ideoloji atau cara hidup berlumba-lumba memperdagangkan dirinya masing-masing hanya semata-mata kerana Allah, mencari keredhaan Allah. Mereka

Page 78: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

berlumba-lumba dan berduyun-duyun ke medan pertempuran untuk melawan musuh guna menyahut seruan Tuhan demi mengejar kematian untuk mendapat pahala syahid tetapi hanya sedikit sahaja yang memperolehinya. Disaat menyerbu kegelanggang pertempuran untuk melawan musuh, mereka berkata “Sesungguhnya aku mencium bau syurga” dan apabila datang kematian syahid kepada mereka maka berkatalah mereka dengan bangga sekali “Inilah hari kesenangan, inilah hari kegirangan.” Dan apabila tidak datang kematian syahid kepadanya maka kecewa dan menyesallah mereka dan kembali kekampungnya dengan penuh luka nestapa kerana tidak memperoleh syahid yang dikejarkan. Sebab-sebab Kemunduran Ummat Islam 1. Manusia lahir dari perut ibu lalu bertambah besar dilengkapi dengan akal. Kemudian hidup berpasangan. Semuanya terjadi kerana kuasa Allah. Manusia menyusun PBB tetapi manusia-manusia yang di PBB dari putaran otak mereka adalah dibawah kuasa Illahi. Mereka takkan dapat membuat apa-apa tanpa izin dari Allah. Otak PBB tidak mampu untuk mengatur dunia kalau mereka merupakan Allah. Manusia membuat pemerintah atau penguasa. Semua yang berkuasa itu dibawah kuasa Allah. Rumahtangga kita pun dibawah kuasa Allah. Takkan ditemui selamat dan senang tanpa izin Allah. Diri kita sendiri pun dalam ketentuan Allah. Terjauh daripda Allah, diri ini akan terjerumus kepada kecelakaan. Benda-benda hanya alat yang tidak akan ada manfaatnya tanpa diberkati Allah. 2. Dengan mendekati Allah, hidup ini rasa terjamin. Dengan menjauhi diri dari Allah muncullah kehancuran, persengketaan, kecelakaan dan serba tak berseimbangan. “Orang yang zalim (melanggar penentuan Allah) pasti jatuh kepada perpecahan atau kehancuran yang maha hebat”. (Q:Surah 22, Ayat 53). Bukti-bukti sejarah melalui zaman Noh, Nimruz, Nero, Napoleon, Liga Bangsa, Hitler, Stalin, Sukarno, Idin dan lain-lainnya telah membuktikan kebenaran ayat suci tersebut. Manusia mencetuskan revolusi demi revolusi (revolusi Amerika, Perancis, Komunis, Tiongkok, kebudayaan dan lain-lainnya). Demi tegaknya keadilan, keamanan dan kesejahteraan dimuka bumi ini tetapi jelasnya sampai kini hasrat cita-cita mereka yang dianggap luhur oleh mereka itu sampai kini masih jauh daripada menjadi realitasi. Sebab yang utamanya ialah tidak lain dari bukan bahawa mereka melupakan diri mereka itu dibawah kekuasaan Allah. 3. Bila mana ummat Islam sedar sudah mulai melepaskan dirinya dari hubungan Hablum Minallah dan mulai meninggalkan buku pegangan hidupnya iaitu Al-Quran dan As-Sunnah maka mereka pun mulalah kehilangan mutu-mutu atau kualiti-kualiti seperti yang dipunyai datuk nenek mereka. Jiwa keberaniannya bertukar menjadi pengecut dan dayus, jiwa berkorban, harta benda berubah menjadi kikir dan kedekut, jiwa beramal dan berusaha dan bergiat bertukar menjadi pemalas dan peminta. Watak-watak dan sifat mulia yang ada dan yang pernah bersemarak dalam darah datuk nenek kita yang pernah jaya itu justeru diambil oleh dan diwarisi oleh musuh-musuh Islam yang agama mereka tidak memerintahkan supaya mereka bersifat demikian. Renunglah betapa pengorbanan jiwa dan harta benda mereka gadaikan dalam masa perang dunia satu dua serta betapa besarnya pengorbanan harta benda orang-orang Yahudi untuk mempertahankan Plastin atau Israel. (Jika di bandingkan dengan pengorbanan jiwa dan harta benda oleh Islam). 4. Kerana akidah sudah lemah, maka timbullah kelemahan-kelemahan peribadi iaitu kelemahan di rumahtangga, kelemahan dalam masyarakat, kelemahan dalam pemerintahan dan kelemahan total dalam segala bidang kehidupan. Kelemahan itu menjalar keseluruh penjuru dunia Islam sehingga ummat Islam tidak berdaya lagi bergerak maju dan menenggulangi persoalan hidup mereka di dalam dan di luar negeri. Mereka tidak lagi menjadi ummat yang dikehendaki Allah iaitu “satu ummat yang layak untuk menjadi tauladan dan pemimpin bagi bangsa- bangsa di dunia”. 5. Dalam hubungan ini, Muhamad Abduh mengatakan : “Sekarang ini apa yang telah engkau namakan Islam disekeliling engkau sebenarnya bukanlah Islam. Di antara amal kewajipan Islam yang masih tamak terpelihara sekarang ini ialah hanya solat, puasa, haji dan ucapan-ucapan atau bacaan-bacaan yang sesungguhnya sudah dirosakkan erti dan tujuannya yang sebenar. Ummat

Page 79: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Islam dalam mengerjakan agamanya sudah sesak dengan perbuatan-perbuatan bidaah, tahyul dan khurafat yang membawakan kepada jumud dan kebekuan, yang demikian bekulah otak benak mereka dan tumbuhlah dalam hati sanubari mereka benih kemalasan, kerendahan budi dan kehinaan perangai sehingga menjadikan mereka sebagai seketul batu yang tidak mempunyai keinginan untuk hidup dan berdiri sendiri. Tetapi menuduh bahawa agama Islam yang merentangi dan menghalangi kemajuan adalah tuduhan yang bukannya berasal atau berpokok dari agama Islam tetapi semuanya itu adalah berasal dari sari barang tiruan atau palsu yang dinamakan Islam. Dan Al Quran pada setiap saat dan sepanjang masa sentiasa siap sedia untuk menunjukkan bukti yang sebenarnya; “Al-Quran tidak akan dicampuri kesalahan (kesesatan); baik dari arah mukanya mahupun dari arah belakangnya kerana ia diturunkan dari Yang Maha Bijaksana lagi Terpuji”. Jelasnya : Al-Quran sanggup menjadi saksi untuk menunjukkan kedustaan dan kebohongan mereka kerana mereka (para ulamak jumud) itu memang tidak suka mengambil pelajaran daripadanya dan telah berpaling dari apa-apa yang telah didatangkan olehNya. Rumusan Untuk Menuju Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim 1. Buya H.A. Malik Ahmad, wakil Ketua Muhammadiah seluruh Indonesia sekarang ini dalam bukunya “Akidah Islam” (menurut Quran dan Hadis) antaranya menulis, “Kalau sudah disedari bahawa sebab yang terpokok dari tidak berdayanya ummat Islam tidak mencapai tujuan-tujuan Islam yang tinggi dan luhur itu bersumber dari kelemahan akidah maka haruslah dalam rangka usaha kita mahu mengembalikan kemegahan ummat Islam ini dengan jalan menuruti khitan (program) yang telah digariskan oleh Rasulullah untuk merawat, melatih dan menimbulkan akidah itu sampai kepuncak kebahagiaan hidup dan meningkatkan mereka ketingkatan ummat yang benar-benar bermutu tinggi dann terhormat. 2. Al Amier Syakieb Arsalan dalam bukunya, “Mengapa kaum Muslimin mundur dan mengapa kaum selain mereka maju?” Mengatakan : “Dunia Islam seumumnya mungkin dapat bangun kembali dan maju pula dapat mengejar kemajuan bangsa- bangsa yang mulia dan menang dewasa ini, bilamana ummat Islam mahu menempuh kemajuan itu dengan teguh pendirian mereka tentang itu. Islam tidaklah menambah atas ummat Islam melainkan kecerdikan dan kemajuan yang kukuh kuat. Dalam pada itu, mereka tidak sesekali menolak akan ilmu pengetahuan yang mahupun juga kerana segala macam ilmu pengetahuan itu memang baik oleh Al-Quran : (Q : 2:247, 129:269, 3:7, 29:4:45, 39:9, 58:11, 62:2, dll) 3. Ada orang yang berkata : “Mengapa kita harus kembali kepada Al-Quran dalam membangkitkan semangat dan cita-cita ummat Islam supaya mempelajari ilmu pengetahuan kerana sesungguhnya pembangunan sesuatu bangsa itu tidaklah sewajarnya jika didasarkan atas keagamaan tetapi harus didasarkan atas kenegaraan dan kebangsaan, sebagaimana pembangunan bangsa Eropah”. Oleh A.S. Arsalan dijawab, sesungguhnya yang dimaksudkan itu ialah pembangunan atau kesedaran baik nasionalisme ataupun keagamaan dengan syarat hanya dengan keteguhan jiwa, ketabahan hati yang cinta kepada ilmu pengetahuan. Kerana kita khuatir jika kita nanti menyimpang atau menyimpangkan Al-Quran, nescaya kita akan sampai kejurusan ingkar kepada Allah, menghambakan kepada diri sendiri dan mengikut kepada keinginan hawa nafsu dan tidak dapat memisahkan mana yang berbahaya dan mana yang bergerakkan pendidikan tentang macam-macam ilmu pengetahuan disertai juga pendidikan tentang keagamaan yang sejati.

Bencana Kerana Perbuatan Sendiri

Page 80: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Kebelakangan ini, kita sering mendengar pelbagai berita mengenai tragedi yang berlaku di seluruh dunia. Ini termasuklah pembunuhan yang berpunca daripada perasaan tamak serta dengki khianat sesama manusia itu sendiri. Selain daripada itu, bencana alam seperti banjir, taufan, gempa bumi, kemarau, letupan gunung berapi, peperangan serta banyak lagi tragedi lain semakin kerap melanda sebahagian besar muka bumi yang kita diami. Kesan daripada bencana itu, berlakulah kehilangan ribuan nyawa manusia, ternakan dan juga kerugian harta benda yang tidak ternilai. Dalam pada itu, ada juga tempat-tempat yang jarang atau tidak pernah kita dengar berlaku gempa bumi, kini dilaporkan mengalami kejadian itu. Begitu juga dengan peperangan, hampir setiap hari beribu-ribu manusia terkorban kerana bencana buatan manusia sendiri. Daripada peristiwa itu, dapat kita melihat bagaimana manusia dan alam kini semakin kalut dengan pelbagai kemelut. Bagaimanapun, qada’ dan qadar Allah ternyata berlaku terhadap manusia berasaskan perbuatan mereka sendiri. Apabila datang bencana, ia adalah balasan yang setimpal daripada Allah kepada segelintir hamba-Nya yang tidak pernah mahu menginsafi perbuatan masing-masing dengan meneruskan penderhakaan terhadap Allah. Kalau direnung secara mendalam, kita akan dapati bahawa segala malapetaka yang berlaku sekarang membuktikan keagungan Allah terhadap hamba-Nya. Kemarau dan banjir umpamanya menakutkan manusia di serata dunia. Ini kerana ia boleh berlaku di mana saja tanpa mengira keadaan iklim atau fizikal sesuatu tempat itu lagi hingga ia kadangkala turut mengelirukan pihak yang terbabit untuk membuat kajian saintifik mengenai bencana tersebut.Dalam hubungan itu, masing-masing lupa bahawa bencana itu adalah ketetapan Allah lantaran kedurjanaan yang dilakukan oleh kelompok manusia tertentu. Kini, maksiat berlaku di merata tempat dan manusia kian gila dengan kehidupan sosial tanpa batasan. Kalau dikaji secara mendalam, bencana seperti kemarau yang begitu teruk sebenarnya adalah bala Allah terhadap manusia yang enggan mensyukuri nikmat Allah. Rezeki dan kurniaan Allah terhadap mereka banyak dilaburkan ke jalan maksiat dan sia-sia. Apabila diuji oleh Allah dengan kepapaan dan kemiskinan, mereka begitu mudah berputus asa dan mula menderhakai Allah dengan melakukan alternatif yang tidak direstui Islam. Firman Allah yang bermaksud: “Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu.” (Surah As-Syura: ayat 30) Sebagai umat Islam yang meyakini keesaan dan keadilan Allah, maka adalah perlu bagi kita semua untuk merenungi dan meneliti setiap kejadian ngeri, termasuk pelbagai musibah yang berlaku dengan penuh keinsafan. Insaf kerana segala apa yang berlaku adalah kekuasaan Allah dan insaf untuk beringat-ingat bahawa bencana yang terjadi akan menimpa sesiapa jua nanti, andainya mereka melakukan penderhakaan terhadap Allah. Dalam hal ini, setiap kita perlu merenung ke dalam diri kita dengan serius, mengkaji setiap tingkah laku dan tindakan yang kita ambil sekian lama, apakah semuanya menepati kehendak masyarakat keseluruhannya atau menyeleweng daripada landasan kebenaran dan keredaan Allah. Apabila Allah sendiri berjanji seperti di dalam firman-Nya itu, maka tidak mustahil setiap bencana yang berlaku adalah balasan di atas sikap dan perlakuan manusia itu sendiri. Dalam pada itu, jika ada kesederhanaan dalam malapetaka yang menimpa seseorang atau sesuatu umat, maka ia barangkali menjadi satu ingatan dan pesanan daripada Allah agar mereka yang terbabit segera insaf dan kembali kepada kebenaran. Allah berfirman yang bermaksud:

Page 81: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

“Wahai kaum-Ku, mintalah ampun kepada Tuhanmu, kemudian kembalilah taat kepada-Nya agar diturunkan hujan lebat dan menambah bagi kamu kekuatan yang sedia ada dan janganlah kamu membelakangkan seruan-Ku dengan terus melakukan dosa.” (Surah Hud: ayat 52) Keengganan menunaikan beberapa tuntutan Islam seperti mengeluarkan zakat juga mempunyai hubungan dengan bencana, antaranya kemungkinan berlaku kemarau panjang seperti sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Tidak menghalang sesuatu kaum itu daripada mengeluarkan harta mereka melainkan mereka menghalang langit daripada menurunkan hujan, kalaulah tidak kerana binatang (di muka bumi) nescaya langit pasti tidak akan menurunkan hujan selama-lamanya.” Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1.Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.

2.Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).

3.Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

4.Apabila suami terlalu mentaati isteri.

5.Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.

6.Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7.Apabila kedengaran banyak bunyi bising.

8.Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.

9.Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.

10.Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.

11.Apabila arak menjadi minuman biasa.

12.Apabila lelaki memakai sutera.

13.Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.

14.Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.

15.Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi. Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri.

Page 82: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Oleh itu, sama-samalah kita kembali kepada tatacara hidup seperti yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

Berdiam diri cara mudah elak fitnah

LISAN atau lidah adalah anggota tubuh manusia terpenting dan menjadi satu daripada nikmat Allah yang wajib disyukuri. Dengan lidah, manusia dapat bertutur kata dan berhubung sesama manusia, arahan kepada haiwan dan menzahirkan sesuatu dalam bentuk perkataan kepada Allah.

Gabungan lidah, rongga mulut dan olahan nafas daripada kerongkong melahirkan perkataan dan nada suara sebagai bahasa pertuturan ketika berkomunikasi. Individu tidak mampu bercakap dianggap cacat atau bisu.

Orang yang sempurna kemampuan lidahnya perlu bersyukur dan melahirkan suara enak didengar dan memberi manfaat. Malah, dosa manusia banyak berpunca daripada keterlanjuran mulut yang tidak dikawal. Kata orang kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana. Sebab itulah, besar faedahnya sesiapa yang mampu menjaga lidahnya daripada memperkatakan tidak baik.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Aku memberi jaminan sebuah rumah dalam kebun syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan, meskipun dia benar. Aku juga memberi jaminan sebuah rumah di tengah syurga bagi orang yang tidak berbohong walaupun sekadar bergurau. Aku juga memberi jaminan sebuah rumah di tempat paling tinggi di dalam syurga bagi orang mempunyai budi pekerti baik.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Tutur kata baik boleh diumpamakan seperti mutiara yang disukai semua orang. Oleh sebab itu, tutur kata baik akan menarik minat orang lain mendengarnya dengan perasaan ceria, kagum dan mengiyakan. Tarikan kepada kata-kata akan meletakkan penutur sebagai orang disenangi, disanjungi, dicontohi dan diterima kata-kata itu untuk tujuan kebaikan.

Justeru, Islam amat prihatin terhadap cara bercakap agar tidak mengeluarkan kata-kata tidak baik. Setiap perkataan dikeluarkan dari mulut membabitkan hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah.

Percakapan juga seperti perbuatan melambangkan tahap keimanan seseorang. Orang beriman menjaga setiap tutur katanya bagi mengelak perkara buruk akibatnya seperti mengumpat, menyebar fitnah, mengeji dan berbohong.

Memandangkan besarnya bencana berpunca daripada lidah, Rasulullah menganjurkan sesiapa yang tidak mampu mengawalnya daripada berkata-kata tidak baik, lebih baik dia mendiamkan diri.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka bercakaplah perkara yang baik atau mendiamkan diri.” (Hadis riwayat Muslim dan Bukhari).

Berdiam diri adalah cara paling mudah menyelamatkan diri daripada fitnah, mengumpat dan berkata-kata perkataan tidak perlu. Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang diam, dia akan selamat.” (Hadis riwayat Ahmad).

Beruntunglah sesiapa yang mampu menjaga kata-katanya sehingga menjadi lambang ketulusan budi dan pekertinya. Sesiapa yang sentiasa berkata benar dan disenangi orang lain, hidupnya

Page 83: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

dalam kesejahteraan dan damai.

Memang tidak dinafikan sukar berdiam diri, terutama ketika bersama ahli keluarga, kawan dan rakan setugas, takut nanti pula dikatakan sombong, tidak pandai bergaul, ‘kera sumbang’ dan antisosial. Inilah sebenarnya cabaran yang terpaksa dihadapi dan berusaha menyesuaikan diri dalam keadaan memerlukan kebijaksanaan fikiran dan kekuatan iman.

Nabi pernah bersabda: “Diam itu adalah suatu hukum dan sedikitlah (orang) yang melaksanakannya.” (Hadis riwayat Abu Mansur ad-Dailami). Jelas sekali bahawa diam atau mengelak diri daripada memperkatakan perkataan buruk adalah suatu hukum atau perintah yang amat dituntut.

Tidak dinafikan kadang kala perkataan diucapkan tidak melambangkan maksud sebenar yang hendak diucapkan. Jadi, sekiranya terkeluar perkataan tidak baik, cepat-cepat bertaubat dan mengaku kesalahan diri. Adalah mulia orang yang mengaku kesalahan dan ikhlas menarik balik keterlanjuran kata-katanya.

Sirah: Imam Bukhari tegas pelihara martabat ilmu

ULAMA zaman silam adalah kalangan yang amat menghargai kedudukan dan ketinggian ilmu. Mereka rela menghabiskan masa, wang dan tenaga mengembara ke sesebuah negeri untuk mempelajari ilmu agama.

Dalam banyak riwayat dinyatakan, bahawa ada di antara mereka sanggup berjalan beratus-ratus kilometer ke sesebuah wilayah semata-mata untuk meriwayatkan hadis.

Demikian juga dengan Muhammad Ibn Ismail yang termasyhur dengan panggilan Imam Bukhari.

Diriwayatkan bahawa beliau berangkat dari tanah lahirnya, Bukhara di Uzbekistan ke Marwu’, Nisabur, Baghdad, Basrah, Kufah, Makkah, Madinah, Mesir, Syria, Askaran dan beberapa wilayah untuk mempelajari hadis.

Ada ulama yang menjelaskan tempoh pengembaraan beliau mengambil masa hampir 26 tahun. Kadang-kadang, beliau berjalan tanpa henti beberapa hari demi untuk memastikan bahawa pengumpulan hadis benar-benar tercapai.

Begitulah kegigihan Imam Bukhari yang amat tekun dalam menuntut ilmu.

Hasil usaha dan perit getir sepanjang pengembaraan itu, beliau berjaya mengumpulkan beratus-ratus ribu hadis.

Beliau menghimpun hadis sahih dalam kitab al-Jami’ as-Sahih. Kebiasaannya, orang menyebut kitab ini dengan gelaran Sahih Bukhari. Selepas berjaya membukakan hadis, usaha beliau tidak terhenti di situ saja, bahkan, Imam Bukhari mengajarkan hadis terbabit kepada masyarakat.

Sehubungan dengan itu, ramai pelajar yang datang ke rumah beliau untuk mengaji dan mempelajari kitab berkenaan. Selepas sekian lama, kitab Imam Bukhari kian terkenal dengan kandungan dan kesahihan hadis riwayat beliau.

Antara orang yang berminat mengikuti pengajian beliau termasuklah Amir Khalid yang menjadi penguasa di Uzbekistan ketika itu.

Page 84: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Justeru, Amir Khalid menghantar utusan menjemput Imam Bukhari datang ke istana bagi mengajarkan kitab itu kepadanya.

Apabila utusan menyatakan hasrat dan jemputan rajanya, Imam Bukhari berkata: “Katakan kepada Amir Khalid, aku tidak mahu merendahkan darjat ilmu dan tidak mahu membawa ilmu ke pintu-pintu rumah. Jika ada di antara kalian yang mahu belajar, sila datang ke rumahku atau ke masjid tempatku mengajar.”

Walaupun jemputan itu tidak diterima Imam Bukhari, Amir tidak berputus asa dan tetap mahu menjemput Imam Bukhari datang ke istananya.

Selain Amir, anak-anaknya juga mempelajari ilmu agama daripada Imam Bukhari. Lalu, Amir mengadakan kelas khas untuk puteranya belajar agama.

Sekali lagi, Amir menghantar utusan menjemput Imam Bukhari mengajar anak-anaknya di kelas khas. Apabila jemputan itu disampaikan, Imam Bukhari berkata: “Sesungguhnya, ilmu tidak sesekali memberi keistimewaan kepada satu golongan dan tidak pada golongan lain.”

Harapan Amir masih tidak kesampaian. Imam Bukhari tetap enggan mengajar kelas khas yang diwujudkannya.

Demikianlah antara kisah dan riwayat hidup Imam Bukhari, terutama ketekunan dan kemuliaan dalam mencari ilmu serta menghormati roh ilmu selepas diperoleh

Kezaliman antara tanda hampir kiamat

ALLAH berfirman yang bermaksud: “Tidak ada satu negeri pun yang tidak kami binasakan sebelum hari kiamat, atau kami azab negeri itu dengan azab yang sangat. Yang demikian sudah termaktub di dalam ketentuan Kami.” (Surah Bani Israel, Ayat 58).

Sesungguhnya, satu daripada rukun iman yang wajib diyakini dan dipercayai oleh setiap manusia yang mengaku dirinya beragama Islam ialah percaya kepada hari akhirat iaitu kiamat, yang bererti hari pembalasan ke atas segala perbuatan mereka ketika berada di dunia.

Hari Kiamat pasti akan terjadi. Bilakah masanya akan tiba? Jawapannya hanya Allah yang mengetahui.

Namun, manusia dapat mengetahui sedikit sebanyak mengenai Hari Kiamat melalui al-Quran, hadis dan pendapat ulama, yang hanya menerangkan tanda-tanda kiamat.

Dengan adanya tanda-tanda Hari Kiamat yang dinyatakan melalui al-Quran, hadis dan pendapat ulama, maka dapatlah kita mengambil pengajaran untuk hidup dengan lebih berhati-hati dan bersiap sedia bagi menghadapinya kelak.

Justeru, ayat di atas menjelaskan mengenai gambaran sebelum tiba hari kiamat. Ketika itu keseluruhan negeri berada dalam keadaan yang tidak aman, porak-peranda dan huru hara akan berlaku di mana-mana saja.

Manusia berkelakuan semakin kurang ajar, penderitaan, kelaparan, pembunuhan, ketakutan dan kezaliman terjadi di mana-mana tidak mengira negara dan kekuasaan.

Page 85: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Ayat di atas dijelaskan lagi melalui sabda Rasulullah yang bermaksud: “Bahawa sebaik-baik harta kaum Muslimin ialah kambing yang dipelihara oleh penggembalanya di puncak bukit dan di tempat air hujan tergenang.” (Hadis riwayat Bukhari).

Hadis ini bermaksud kaum Muslimin pada akhir zaman terpaksa melarikan diri dan memelihara ternakan di puncak bukit lantaran hendak mengelakkan diri atau hendak memelihara agama dan dirinya daripada fitnah yang banyak.

Hadis itu juga menggambarkan masyarakat dewasa itu sudah rosak binasa.

Kejahatan sudah bermaharajalela dan kaum Muslimin yang hendak menjaga kesopanan dan kesucian dirinya terpaksa mengasingkan diri daripada orang ramai yang hidup dalam keadaan serba pincang.

Huru hara berlaku di mana-mana saja hingga tidak ada satu tempat pun lagi yang boleh dijadikan perlindungan dan tiada sesiapa dapat menjadi pelarian daripada kebinasaan itu.

Pada masa sama, orang yang berilmu pula semakin ramai yang mati. Orang alim yang meninggal dunia kini sudah tiada pengganti lagi.

Perzinaan, perjudian dan pembunuhan terus menjadi-jadi dan berlaku di mana-mana saja tanpa mengira waktu atau rasa malu. Perbuatan itu seolah-olah menjadi suatu perkara biasa saja dalam sesebuah masayarakat.

Dalam hal ini Rasulullah ada bersabda bahawa pada akhir zaman, sebaik-baik orang di dunia adalah sama dengan sejahat-jahat anak yang jahat.

Hadis di atas tadi adalah satu kata-kata sindiran. Sesungguhnya dunia ini semakin lama semakin kacau kerana lahir ramai sekali pemfitnah dan pendendam. Sebagai akibat daripada sifat itu, maka banyak berlakunya pergaduhan, perpecahan dan peperangan.

Orang senang akan menjadi semakin sakit hati melihat kesenangan orang lain dan jika dilihat pada mata mereka keadaan orang yang susah, mereka tidak akan membantu, sebaliknya menghina pula.

Ramai orang cuma nampak kesalahan orang lain, sedangkan kesalahan diri sendiri cuba disembunyikan.

Apa yang dibuatnya adalah baik tetapi semua kerja yang dilakukan orang lain pula dikritik dan dipersendakan kerana baginya, hanya dia yang tahu segala-galanya.

Kesimpulannya, masyarakat hari ini berajakan hawa nafsu dan syaitan. Kepincangan hidup berlaku di mana-mana saja dan sewajarnya semua ini diambil pengajaran supaya hidup kita di dunia yang bersifat sementara ini tidak merugikan.

Oleh itu, persiapkanlah diri dengan melakukan perkara yang disuruh Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Kembalilah kepada ajaran al-Quran dan hadis.

Sesungguhnya Hari Kiamat akan tiba dan ia tidak dapat diragukan lagi.

Page 86: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Hadis: Adab wanita ketika ziarah tanah pusara

DARIPADA Aisyah, katanya, Rasulullah melarang kami (kaum wanita) menziarahi kubur, tetapi kemudian beliau membolehkan dan mengizinkan kami. (Riwayat al- Hakim).

Berdasarkan hadis ini dijelaskan menziarahi kubur adalah sunnah Rasulullah. Bagaimanapun, ketika menziarah kubur, setiap Muslim dilarang melakukan perbuatan yang boleh menimbulkan syirik, khurafat dan tahyul seperti melakukan pemujaan, memohon pertolongan roh orang alim atau pun bertenung nasib.

Islam menganjurkan umatnya menziarahi kubur agar penganutnya dapat mengambil iktibar daripada peristiwa kematian demi menginsafi kedatangan Hari Kiamat.

Menziarah kubur diizinkan kepada lelaki berdasarkan jumhur ulama. Tetapi, bagi kaum wanita, ada ulama yang mengatakan makruh, manakala sebahagian ulama lain mengatakan harus.

Perkara ini disebabkan fitrah wanita yang sensitif dan lemah semangat serta mudah pula terdedah kepada fitnah.

Oleh itu, apabila hendak menziarah kubur, kaum wanita hendaklah memelihara kehormatan seperti menutup aurat dan mengawal emosi seperti tidak menangis atau meratap di sisi kubur.

Mereka juga diminta tidak sesekali memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada si mati dan hingga lupa akan matlamat sebenar amalan itu.

Hari ini, kita lihat ramai anggota masyarakat, terutama golongan wanita kurang mengambil berat tentang soal adab menziarahi kubur, sama ada ketika berlaku kematian atau pada pagi Aidilfitri dan Aidiladha.

Banyak ketawa buat hati matiOleh Wan Marzuki Wan Ramli

SUKA dan duka menjadi asam garam kehidupan. Setiap insan sering dihadapkan dengan pelbagai keadaan hidup yang memerlukan tindakan mental dan fizikal tertentu.

Menangis dan hiba sering dikaitkan dengan kedukaan dan penderitaan, manakala ketawa selalunya menjadi manifestasi keriangan dan kepuasan yang tidak semua insan dapat merasainya.

Islam tidak pernah melarang umatnya untuk melahirkan rasa kegembiraan dan kepuasan hati mereka dengan ketawa. Namun, sebagai agama syumul dengan pelbagai adab dan disiplin, maka syariat tetap membataskan tahap ketawa yang dibenarkan.

Ini bagi mengelakkan orang Islam dipandang rendah martabatnya oleh bukan Islam.

Menyingkap sirah Rasulullah ketika Baginda hebat melancarkan misi dakwah melalui jihad perang selepas hijrah ke Madinah, Allah menempelak sebahagian tentera munafik yang pada mulanya menyatakan persetujuan untuk bersama-sama Rasulullah di medan peperangan, tetapi membatalkan janji dan persetujuan mereka pada saat-saat genting tentera Islam bakal bertarung dengan kekuatan tentera Musyrikin Quraisy dalam Perang Uhud.

Berikutan peristiwa itu, Allah berfirman yang bermaksud : “Maka hendaklah mereka tertawa

Page 87: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

sedikit dan menangis dengan banyak.” (Surah at-Taubah, Ayat 82).

Jelas daripada mafhum ayat ini, Allah mengungkapkan sifat lazim kaum munafik yang selalunya suka mengamalkan tabiat ketawa berlebihan.

Justeru, jika begitulah sikap mereka, maka sebagai umat Islam, kita harus segera membuang sikap sedemikian.

Sedih, murung, riang, gembira dan ketawa adalah sentuhan naluri semula jadi, tetapi Islam tetap menghadkannya untuk mengelaknya berlaku dalam keadaan melampau.

Lantaran itulah, walaupun berada dalam apa juga keadaan hidup yang akhirnya menuntut diri seseorang secara spontan berada dalam keadaan yang sesuai dengan apa yang dialami dan dirasai, Islam menyediakan pilihan lain yang boleh diguna pakai bagi mengelak daripada bertindak di luar batasan kemanusiaan apabila hati dan perasaan bertindak balas dengan apa yang dialami.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.” (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi).

Jika dihayati maksud hadis ini, sewajarnya setiap insan mukmin segera menginsafi diri untuk tidak menjadikan ketawa sebagai perantara untuk menzahirkan perasaan tersendiri dengan cara berlebihan. Hal ini kerana dibimbangi boleh membawa kepada beku dan matinya hati.

Hati adalah ejen penggerak utama sahsiah dan keperibadian seseorang. Justeru, jika hati sudah tidak lagi berfungsi dalam erti kata menjadi petunjuk dan pemandu arah manusia untuk meneruskan kembara hidup ini, maka sudah tentu tidak ada sedikit pun manfaat dan ganjaran yang diperoleh kerana pergerakan fizikal tidak lagi berpandukan arahan hati yang murni.

Hati adalah pemerintah dalam diri setiap manusia. Jika baik dan bersih hati seseorang, maka akan baiklah seluruh anggota zahir seseorang dalam melakukan apa juga tindakan dalam hidup seharian.

Sebaliknya, jika buruk dan rosak sebuku hati itu, maka akan rosaklah segala anggota asas dan pancaindera manusia apabila melakukan tindakan tertentu dalam hidup ini.

Apabila hati sudah mati, maka akan mudahlah syaitan hakiki dan syaitan nafsu merajai diri dan akhirnya akan membawa diri ke lembah hina dan menyeleweng daripada landasan kebenaran.

Begitu juga, akan terbentuklah kelompok manusia yang alpa dengan fungsi dan tanggungjawab asal manusia sebagai khalifah di bumi Allah.

Sesungguhnya, hati berperanan besar menjadi penghubung kepada jiwa dan perasaan manusia untuk mentazkiah (menyucikan) diri melalui bisikan zikir dan doa, yang mana dengan cara itulah, manusia boleh mendekatkan diri dengan yang maha pencipta dan menyemai rasa takut untuk melakukan sesuatu yang bercanggah dengan suruhan agama.

Jika hati sudah mati, maka akan runtuhlah keperibadian manusia secara keseluruhannya. Hal ini kerana, pada ketika itu, keunggulan ciri-ciri manusia sejati yang lahir dengan kedudukan dan tanggungjawab di alam fana ini akan terabai.

Perlu juga disedari, bahawa pada ketika hati itu sudah rosak, maka sesuatu yang akan binasa ialah

Page 88: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

maruah diri.

Individu itu tidak mampu lagi memandu dan membela maruah hidupnya iaitu kehormatan diri kerana proses untuk memantap dan menghidupkan darjat diri sudah tidak berfungsi lagi.

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata, seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah. Apabila rasa takutnya sudah berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah.

Suatu ketika, Rasulullah berjalan di depan sekumpulan orang yang sedang ketawa, lalu Baginda bersabda yang bermaksud: "Demi Tuhan yang jiwaku ini berada dalam genggaman-Nya. Jika kamu semua tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” (Riwayat Bukhari dan Abu Hurairah).

Dalam hadis lain, Rasulullah mengingatkan kita banyak ketawa dengan sabda Baginda yang bermaksud: “Terlalu banyak ketawa itu boleh menghilangkan cahaya daripada wajah kita.”

Ketawa yang sudah sampai ke tahap berlebihan, maka ia lebih mengundang perkara negatif daripada yang positif.

Orang banyak ketawa akan lebih suka membiarkan masa berlalu tanpa diisi dengan sesuatu bermanfaat. Bukan itu saja, kadang-kadang, banyak ketawa boleh melupakan manusia daripada mengingati mati dan himpunan dosa yang menimbun dalam diri.

Apabila lupa kepada mati, manusia akan lupa membuat persiapan menuju ke alam abadi kerana terlalu leka dengan keindahan, kekayaan, keseronokan dan kegembiraan yang tidak lebih hanya bersifat sementara.

Orang banyak ketawa akan banyak membawa kepada kelalaian memikirkan tugasan dan amanah yang perlu dilaksanakan sebagai khalifah, ketua, ayah dan pemimpin dalam dunia.

Abdullah bin Abi Yu'la pernah berkata: “Adakah kamu masih bergelak ketawa sedangkan kain kafanmu sudah pun dikeluarkan dari istana Allah.”

Justeru, bermuhasabah diri adalah jalan paling terbaik dilakukan sepanjang masa agar tidak terlalu leka dengan keseronokan dan keriangan yang dinikmati di dunia.

Ini kerana, ia adalah suatu dugaan daripada Allah kepada hambanya beriman. Di samping itu, kita digesa supaya menilai keperibadian sendiri pada setiap waktu agar dapat mengenal pasti setiap kelemahan dan kesalahan sama ada sengaja atau tidak.

Kita juga diminta tidak mudah berpuas hati dan leka dengan pencapaian tersendiri, dan akhirnya menjadikan ketawa sebagai teman kepada keseronokan.

Benarlah ada kata-kata yang menyebut bahawa orang yang banyak ketawa akan banyak menangis kemudian. Hal ini kerana, manusia celaka di dunia yang banyak ketawa bukan saja tidak akan mampu ketawa dalam azab Allah, bahkan tidak akan mempunyai masa untuk mengukir senyum.

Sebaliknya, akan dihiasi dengan jeritan dan tangisan yang menghibakan. Abdullah Ibn Abbas pernah berkata, sesiapa melakukan perbuatan dosa dan kemudian ketawa, nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka dengan tangisan.

Page 89: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Sekali lagi ditegaskan bahawa Islam tidak pernah melarang umatnya untuk ketawa, tetapi biarlah di atas landasan syariat yang sederhana. Hal iIni kerana, kita tidak dapat mengelakkan sesuatu yang semula jadi tercipta.

Semoga kita akan sama-sama berusaha mengawal diri daripada menyebabkan hati mati kerana apabila ia berlaku. Maka akan hilanglah kenikmatan hidup untuk menjadi mukmin yang beriman kepada Allah.

Berdusta untuk memelihara hubungan

BERDUSTA ialah perbuatan di mana seseorang itu sengaja mahu memberi gambaran yang salah kepada orang yang didustai. Dusta mungkin dilakukan secara tersurat mahu pun tersirat. Biasanya dusta dilakukan dengan menggunakan kata-kata yang jelas berniat memberi gambaran salah.

"Tak, tak, abang tak pergi kelab dangdut." (padahal dia pergi)

"Tak, saya tak cakap apa-apa pasal mak awak." (padahal dia bercakap)

"Kalau abang nak kahwin lagi, kahwinlah." (padahal dia takkan setuju suaminya kahwin lagi)

Tetapi ada kalanya dusta dilakukan dengan cara tidak berkata apa-apa. Apabila kita menyembunyikan sesuatu, sebenarnya kita berdusta kerana dengan tidak berkata apa-apa, kita memberi gambaran yang salah. Perbuatan itu sama salahnya dengan perbuatan berkata yang tidak benar.

Sebagai contoh, seorang suami pergi ke rumah urut, tetapi dia diam saja, tidak memberitahu isterinya. Atau seorang isteri keluar dengan lelaki lain semasa bertugas di luar kawasan tetapi dia diam saja.

Kebanyakan dusta dilakukan dengan menggunakan kata-kata, tetapi kebanyakan dusta seperti yang itu diiringi dengan dusta bahasa badan.

Sebagai contoh, semasa seorang suami berkata dia tak pergi ke rumah urut, dia juga berlakon membuat 'muka bodoh' atau 'muka sardin' untuk menutup dustanya, supaya isterinya percaya. Atau sekembalinya seorang isteri daripada bertugas di luar kawasan di mana sewaktu dia di sana dia keluar dengan lelaki lain, dia segera sembahyang dahulu sebelum

Page 90: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

berbuat apa-apa yang lain. Dia berharap suaminya akan percaya bahawa seorang isteri yang sembahyang tentulah tidak akan menyeleweng semasa bertugas di luar.

Berdusta bererti menutup kebenaran. Dusta menyebabkan orang yang didustai tidak dapat memilih alternatif-alternatif lain. Sebagai contoh, seorang suami yang tidak memberitahu isterinya bahawa dia mempunyai rancangan berkahwin lagi bererti si suami tidak memberi peluang kepada isterinya untuk memilih apa-apa alternatif yang mungkin dia akan pilih sekiranya dia tahu keadaan suaminya yang sebenar.

Dia mungkin boleh mengambil tindakan-tindakan untuk menghalang rancangan suaminya, atau dia mungkin akan mengkaji semula kelemahan dirinya. Tetapi kerana suaminya berdusta, dia tidak dapat melakukan itu semua.

Semua orang mempunyai hak membuat pilihan mereka sendiri. Apabila kita berdusta kepada seseorang, ini bermakna kita memaksa orang itu menerima pilihan kita. Apabila seseorang suami mengatakan bahawa dia masih tetap mengasihi isterinya, padahal tidak, itu bererti dia tidak membenarkan si isteri membuat pilihannya sendiri seandainya dia tahu perasaan aminya yang sebenar.

Setengah-setengah suami berdusta atas alasan 'demi kebaikan isterinya'. Apabila dia berbuat begitu, ia bermakna si suami memaksa si isteri menerima keputusan yang dibuat oleh si suami bagi pihak si isteri. Ertinya, si suami menafikan hak isterinya untuk membuat pilihan bagi pihaknya sendiri.

Tetapi ada kalanya memang si isteri sendiri setuju untuk tidak mahu mendengar maklumat yang sebenar. Sebagai contoh, si isteri tidak mahu suaminya memberitahu sejarah lampau hidupnya. Dalam keadaan begitu, apabila si suami tidak memberitahu maklumat berkenaan perkara-perkara yang pernah dilakukan pada masa dulu, maka itu bukanlah perbuatan berdusta.

Manusia berdusta kerana bermacam-macam alasan. Walau bagaimanapun, menurut pakar-pakar psikologi, ada empat jenis dorongan yang menyebabkan kita sanggup berdusta:

Mendapatkan keperluan asas:

Kita berdusta kerana hendak mendapatkan benda-benda material yang penting kepada kita. Kita juga berdusta supaya kita tidak kehilangan benda-benda itu. Wang dan harta benda

Page 91: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

termasuk di dalam kategori ini.

Sebagai contoh, seorang isteri meminta wang tambahan dengan berdusta kepada suaminya bahawa wang belanja bulanan sudah habis padahal belum, kerana dia mahu menggunakan wang itu untuk membeli beg tangan baru.

Seorang suami merahsiakan bahawa, selain gajinya dia juga mempunyai sumber-sumber pendapatan lain kerana dia takut wang itu akan diminta oleh isterinya atau isterinya akan mempersoalkan apa yang dia hendak buat dengan wangnya itu.

Estim-diri:

Ada kalanya kita berdusta kerana hendak menjaga estim-diri atau maruah kita.

Sebagai contoh, kita tidak mahu orang lain tahu bahawa kita mempunyai sifat-sifat buruk. Ada kalanya kita juga berdusta untuk menaikkan estim-diri kita di mata orang yang kita dustai.

Sebagai contoh, kita berdusta dengan mengatakan kita seorang setiausaha, padahal kita cuma seorang kerani. Ada kalanya, kita mungkin berdusta kerana hendak menunjukkan gambaran seolah-olah kita adalah seorang yang berkebolehan atau berkedudukan baik. Sebagai contoh, kita membeli kereta besar walaupun kita tak berapa mampu kerana kita hendak memberi gambaran kita datang daripada kelas sosial yang tinggi, dan kita layak diterima sebagai rakan pergaulan oleh mereka yang menganggotai kelas itu.

Perhubungan:

Kadangkala kita berdusta kerana hendak menjaga hubungan baik yang ada. Ramai suami berdusta kepada isteri kerana hendak mengelakkan krisis rumahtangga. Ada pula masanya kita berdusta untuk menamatkan hubungan yang tidak kita ingini. Sebagai contoh seorang suami berdusta supaya isterinya tidak suka lagi kepadanya, supaya dengan itu dia dapat membuka jalan perpisahan.

Ada pula masanya kita berdusta kerana tidak mahu memenuhi kehendak atau permintaan orang itu. Ramai suami berdusta kerana tidak mahu melayan permintaan isteri. Sebagai contoh, isteri meminta set meja makan baru dan sami berdusta mengatakan dia tidak ada wang. Ramai pula isteri berdusta untuk memutar-belit suami supaya mahu menuruti kehendak mereka.

Kadang-kadang kita juga berdusta kerana hendak mengawal perjalanan sesuatu perbualan. Sebagai contoh, suami berdusta kepada isteri kerana tidak mahu isterinya bertanya tentang hal-hal yang disorokkan, ataupun supaya perbualan itu menuju arah yang dia mahu sahaja.

Kepuasan diri:

Page 92: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Sekali-sekala kita berdusta kerana hendak memuaskan diri sendiri. Sebagai contoh, kita berdusta kerana hendak berseronok-seronok dengan cara melawak dan bergurau senda, atau kerana hendak melebih-lebihkan cerita kita.

Kajian-kajian yang pernah dibuat oleh pakar-pakar psikologi mendapati kebanyakan orang berdusta untuk kepentingan mereka sendiri. Di dalam suatu kajian, daripada 322 pendustaan, 75.8 peratus menguntungkan si pendusta, 21.7 peratus menguntungkan orang yang didustai dan 2.5 peratus menguntungkan orang lain.

Katakanlah pada satu hari seorang isteri memakai baju baru yang tidak sesuai dengan potongan badannya. Dia bertanya kepada suaminya sama ada baju itu cantik apabila dipakai.

Si suami ada beberapa pilihan:

a.

Suami boleh memberi jawapan neutral seperti mengatakan fesyen itu unik atau dia belum pernah melihat fesyen yang begitu sebelumnya.

"Boleh tahan! Abang tak pernah tengok orang lain pakai fesyen macam tu."

Perbuatan si suami adalah berdusta. Si isteri mungkin menyangka suaminya betul-betul menganggap baju itu cantik dan dia kelihatan cantik apabila memakainya.

b.

Suami boleh menunjukkan rasa terkejut dengan berkata dia tak pernah nampak baju yang lebih hodoh daripada baju itu.

"Masya Allah! Teruknya baju awak tu."

Kata-kata si suami itu bukan dusta tetapi ia melukai perasaan si isteri.

c.

suami boleh berkata baju itu sangat cantik dan sangat sesuai dengan isterinya. Perbuatannya itu adalah berdusta.

"Cantiknya! Baju macam inilah yang elok untuk awak."

Mungkin si suami berniat baik pada waktu itu. Tetapi pada masa depan, perbuatan itu boleh jadi kejam. bayangkan apabila si isteri memakai baju itu ke majlis rasmi, apa kesannya.

Page 93: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Dalam keadaan seperti di atas, tentukan dahulu apa niat si isteri bertanya kepada suaminya berkenaan baju itu. Sekiranya niat si isteri ialah meminta pendapat suaminya berkenaan baju itu, maka si suami patut menilai baju itu sahaja. Dia boleh berkata baju itu tidak sesuai dengan isterinya.

"Baju tu cantik tapi tak sesuai dengan awak."

Jangan pula si suami menilai peribadi isterinya. Sebagai contoh jangan berkata:

"Awak nampak tua dengan baju itu."

"Awak nampak macam penari dangdut!"

"Awak nampak macam pokok bunga berjalan!"

Sebaliknya suami boleh berkata:

"Baju lain lebih seusia dengan awak."

"Awak nampak lebih cantik dengan baju lain."

Sekiranya si isteri sebenarnya mahu mendengar pujian daripada suaminya, maka si suami patut memberikan pujian yang mahu didengar oleh si isteri. Dalam keadaan begini, baju itu tidak penting. Ia cuma alasan si isteri meminta pujian daripada suami. Jadi, si suami patut memberikan pujian kepada si isteri:

"Awak manis."

"Awak cantik."

Kata-kata suami seperti itu bukanlah suatu dusta. Dia hanya memberi apa yang diharapkan oleh isterinya.

Di dalam Islam, kita dibenarkan berdusta hanya untuk tiga tujuan. Pertama untuk menyelamatkan orang yang tidak bersalah daripada dianiaya. Kedua untuk mendamaikan dua orang yang bermusuhan. Ketiga untuk menjaga hubungan baik antara isteri-isteri.

(Dipetik dari Utusan Malaysia Online Oktober 15, 1997) BERKAT REZEKI KERANA SEDEKAH

Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan

Page 94: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.

Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman 'Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?' Nabi Ayub mejawab 'Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu'. Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.

Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah.

1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.

2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.

3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal

4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.

5. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. (cari anak-anak yatim untuk diberikan). Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.

6. Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.

7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.

8. Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam ayat Quran Ali Imran ayat 92

9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat - bukan dunia untuk dunia)

10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan). Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 sahaja (10%). Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa.

11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.

Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru 'Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah. Yang satu lagi menyeru 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)'

Page 95: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api.

Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi.

Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta - belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui.

Sekian, wallahualam. Semoga yang baik datang daripada Allah dan yang buruk dari kesilapan sendiri.

Bersatu Mencegah Kemungkaran

Ada orang yang berkata, kekuatan musuh Islam sesungguhnya tidak seseram yang kita bayangkan selama ini. Tapi lantaran rasa percaya diri kita hilang (takut), membuat kaum muslimin menjadi lemah dan kerdil. Keterpurukanpun semakin menjadi-jadi. Padahal secara jelas dan tegas Allah berfirman dalam kitabNya:

“Mengapakah kamu takut kepada mereka, padahal Allahlah yang berhak kamu takuti.” (QS. 9: 13)

Bermula dari rasa inilah mereka (Yahudi dan Nasrani) mampu memecah belah Islam. Mereka berhasil menguasai medan sebe-lum pertandingan dimulai. Seperti contoh peperangan yang pernah terjadi antara Irak dan Iran, ataupun Irak dan Kuwait, Palestina versus Israel dan saudara kita di Afganistan. Semuanya adalah karena masuknya Amerika untuk mengadu domba sehingga persoalan menjadi rumit. Seandainya kaum muslimin dapat mengamalkan firman Allah swt (QS. 2:120, 3:103) mungkin ummat Islam diseluruh pelosok dunia dapat membuka mata. Semua masalah yang terjadi dengan Irak, Iran, Kuwait Palestina dan Afganistan seolah-olah hanya masalah mereka. Ummat Islam di negara lain hanya mampu jadi penonton yang amat loyo dan menyedihkan. Padahal ummat Islam itu harus bersaudara dan harus bersatu. Dan bukanlah suatu misi yang harus diartikan bahwa ummat Islam harus memusuhi Yahudi dan Nasrani. Tetapi hal yang paling mendasar adalah bagaimana kita dapat mencegah kemungkaran yang mereka ciptakan sehingga ummat Islam jadi tidak berdaya. Perintah menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran adalah wajib bagi tiap-tiap orang yang beriman. (QS. 3: 104): “Adakanlah tiap-tiap kamu ummat yang mengajak kebaikan menyuruh mengerjakan yang benar dan melarang membuat yang salah. Mereka itulah oranga-orang yang beuntung.”Ayat ini dapat dilaksanakan jika dakwah Islam disiarkan secara teratur luas, selaras dengan tempat, masa keadaan untuk membawa ummat manusia ke jalan kebaikan. Menyuruh mengerjakan yang benar dan melarang melakukan yang salah. Penyiaran (dakwah) ini bukan saja ditujukan kepada ummat Islam, melainkan juga untuk yang belum memeluk Islam dan buat segenap bangsa-bangsa di dunia. Ummat Islam Indonesia seharusnya tidak hanya pandai menerima kedatangan penyiar-penyiar agama dari negara lain saja. Tetapi adalah suatu keharusan pula untuk mengirimkan para juru dakwah ke negara lain.

Page 96: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Kemungkaran yang semakin mengikat kita saat ini, sehingga kita tidak mampu lagi menyuruh berbuat kebaikan adalah karena rusaknya aqidah kita. Kembali kita telusuri kenapa aqidah ummat Islam jadi merosot. Bahkan di antara kita aqidahnya betul-betul tak bisa dinilai. Seperti yang telah dikatakan di atas, bahwa Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kita ummat Islam sebelum kita mengikuti cara mereka ( QS. 2:120). Mereka sangat menginginkan kita terpecah belah. Kemudian mereka mencoba merusak aqidah ummat Islam dengan bacaan-bacaan, tontonan dan ide-ide yang membuat ummat Islam semakin tidak berdaya. Sungguh sangat ironis.Dan untuk memberbaiki hal ini tentulah tergantung usaha kita dengan mencoba tetap berusaha agar cara yang kita ambil tidak menimbulkan permusuhan dengan mereka. Tapi andainya mereka menginginkan kekerasan ataupun bahkan perang kita tidak mungkin tetap mengajukan cara lunak. Nampaknya ummat Islam diseluruh pelosok dunia, khususnya ummat Islam di Indonesia sebagai jumlah terbanyak harus cepat-cepat menyadari bahwa hal pertama yang harus dilakukan agar ummat Islam kuat adalah melaksanakan perintah “bilma’ruf wa yanhauna anil munkar”.Seandainya “bil ma’ruf wayanhauna ‘anilmunkar” mampu dilaksanakan tiap-tiap ummat Islam, maka secara mendunia akan tercipta Islam yang kuat. Tapi, apakah ummat Islam di Indonesia mampu mengatakan yang benar itu benar dan yang salah itu salah, atau bahkan menolak bekerja sama dengan pemimpin yang tidak benar? Masih jadi pertanyaan.Masih menjadi keperihatinan bagi banyak orang. Mengapa dikalangan ummat Islam rasa cinta terhadap ajaran agamanya sangat tipis? Aneka produk (barang), seni musik, atau apa saja yang merupakan buah karya ummat Islam akan terasa asing bagi ummat Islam sendiri. Bahkan mereka merasa gengsi dan rendah diri memakai apa saja yang mermerek Islam. Betapa memperihatinkannya.Di sudut kota, baik kota besar maupun kota kecil terpampang poster porno di depan bioskop, tanpa kita mampu mencegahnya sama sekali. Padahal ini jelas-jelas iklan motivasi berlomba dalam kemaksiatan. Dan hal ini merupakan kemungkaran yang belum dicegah ummat Islam di Indonesia sampai zaman reformasi saat ini.Mungkin untuk menegakkan kebenaran kita sudah bayak berkorban. Tapi apakah menegakkan kebenaran tanpa mencegah kemungkaran dapat membuat ummat di negari ini merasa damai? Konteks teoritisnya menyatakan mesti harus saling seiring dan sejalan. Harus diikuti yang satu dengan yang lainnya. “Bilma’ruf wayanha Tanil munkar” merupakan perintah Allah yang harus dikerjakan sekaligus. Keadilan dan kebenaran yang ditegakkan tanpa mencegah atau bahkan menghancurkan kemungkaran akan tetap membawa kita ke alam kesesatan. Karena kerusakan moral timbul karena rusaknya moral yang dilandasi oleh agama yang tipis.Seandainya negara ini tetap dipimpin oleh orang yang tidak mengerti Allah dan agama dan tetap berkiblat pada Yahudi, maka sia-sialah reformasi yang diperjuangkan selama ini.Mungkin karena kita terus dipaksa berpikir politik oleh para pengamat politik atau orang-orang yang merasa bahwa permasalahan negeri ini bisa diselesaikan dengan politik, membuat kita lupa ada hal utama yang jauh lebih penting bagi bangsa. Moral yang bejad, telah menciptakan banyak kemungkaran di mana-mana. Kebenaranpun ditertawakan dan diinjak-injak. Akibatnya, negara ini terluka dan teramat sulit diobati. Adalah yang terpenting saat ini, bagaimana kita bisa menciptakan Islam yang kuat dalam diri kita masing-masing. Sehingga pandangan kita terhadap politik, ekonomi, sosial budaya dan pendidikan sesuai dengan kerangka dan bingkai pandangan Allah swt juga (al-Qur’an dan Sunnah).Dengan demikian insya Allah kita tidak perlu menunggu metode kaum Yahudi dan Nasrani dalam menyelesaikan masalah yang semakin berat dihadapi negara karena kita memiliki metode yang lebih tinggi yang diberikan Allah swt.Semoga para pemimpin cepat menyadari sehingga rakyat jadi puas dan kebenaran dapat ditegakkan dengan mencegah sekuat mungkin arus kemungkaran.Hudiya Nadrah, Mahasiswa Universitas Bung Hatta

Page 97: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Bersuara atau Diam

Diriwayatkan daripada Abu Syuraih al-Khuza'iy r.a katanya:

Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jiran tetangganya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.

Penerangan Hadis:

Mengenal Manusia

Allah SWT memiliki suatu sifat dan akhlaq yang sebenarnya amat akrab dengan kehidupan manusia. Iaitu mustahil bagi Nya berbuat perkara yang sia-sia, tanpa tujuan, ataupun mengandungi kesalahan. Kalaupun ada penciptaan atau kejadian yang tampak kejam, ia hanyalah bersifat sementara.

Ertinya, jika dilihat dan diteliti, akhirnya ia akan membuktikan bahawa dibalik kejadian itu semua ternyata mengandung nilai-nilai kebenaran. Dan dalam hal ini, manusia memang harus banyak melihat sejarah hidupnya secara peribadi mahupun sejarah kemanusiaan itu sendiri, tujuan ia diciptakan, ke mana destinasinya dan sebagainya.

Akhlaq tersebut amat akrab dengan kita kerana ia tercermin kemanapun kita melihat. Pantulannya boleh dilihat kepada sesiapa yang ingin melihat. Sulit bagi kita untuk menyebutkan suatu makhluq atau kejadian alam yang diciptakan tanpa ada gunanya.

Seolah semua menyiratkan bahawa Allah SWT menciptakan ini untuk sebuah tujuan. Bukan sekadar permainan tanpa arah. Firman Nya:

“Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dengan mengandungi kesalahan. Yang demikian itu adalah anggapan orang-orang kafir, maka celakalah orang-orang kafir itu karena mereka akan masuk neraka.” (38: 27)

Tujuan Hidup

Kejadian seekor nyamukpun ternyata begitu penting di mata Allah, sehingga disebutkan di al-Quran. Firman Nya:

“Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka memiliki ilmu sehingga mereka tahu bahwa itu adalah al-haq dari Rabb mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan:"Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?". Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan oleh Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberinya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik.” (2: 26)

Tetapi kenapa manusia sentiasa kebingungan mencari dan mengenalpasti fungsinya? Kenapa kita senantiasa tertanya-tanya tentang tujuan keberadaan kita di muka bumi ini? Kenapa diri manusia

Page 98: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

dipenuhi sikap-sikap ketidaktahuan akan fungsinya? Apakah mungkin kita hidup tanpa tujuan yang jelas, kukuh dan konkrit?

Tidak mungkin!

Allah SWT menjadikan seekor nyamuk pun ada manfaat dan fungsinya. Bahkan sejak lahir mereka sudah tahu apa yang harus dibuat dan apa fungsi yang harus dijalankan.

Kerana itu amat mustahil, bila susuk tubuh insan yang Allah khabarkan diciptakan dalam 'ahsani taqwim' (pembentukan yg paling sempurna), dilahirkan hanya untuk sia-sia dan tanpa tujuan.

Apa mungkin seorang manusia lahir hanya untuk membesar dewasa, berkeluarga, dan mati?

Sesungguhnya pada manusia itulah tugas yang amat berat dipikul tambahan pula ia sebagai wakil Allah SWT di atas muka bumi ini, untuk mentadbir alam. Ingat, langit, bumi, gunung-ganang, bukit-bukau semuanya tidak sanggup membawa amanah Allah, kecuali manusia yang menyatakan kesanggupannya.

Justeru, manusia perlu berhati-hati dalam melaksanakan tanggungjawab ini supaya tidak tergolong di dalam manusia yang berbuat kezaliman dalam kejahilan.

Lebih baik diam dari mengomen perkara yang kita tidak tahu. Tidaklah nanti dikata orang, hanya berani dibelakang, tetapi bila diajak bermuzakarah, berdiskusi, batang hidung pun tidak kelihatan

Berusaha menyatukan kefahaman Oleh kerana Al Imam Asy Syahid Hasan Al Banna begitu mengambil berat dalam menyatukan kefahaman di antara umat Islam dan supaya terhindar dari setiap perkara yg menimbulkan kesukaran dalam memahami lafaz, perselisihan atau perpecahan, kita dapati apabila beliau bercakap tentang nasionalisma, sufi, salafi dan sebagainya, beliau sentiasa mengatakan: "Jika yg dimaksudkan dgn nasionalisma itu begitu dan begini, maka kami bersama dgn nasionalisma. Tetapi jika dimaksudkan dgn makna yg lain dari itu, kami tidak bersamanya sama sekali." Kita tidak pernah mendengar beliau menghentam mana-mana jemaah secara terus tanpa membataskan maksudnya terlebih dahulu. Jadi beliau mengembalikan kita kepada "hakikat sesuatu perkara", maka dgn itu jelaslah makna yg dimaksudkan dan dapat menyempitkan jurang perselisihan.

Oleh itu wahai akhi da'i, kami mengharapkan agar saudara sentiasa berusaha mencari hakikat yg berada disebalik nama, supaya saudara tidak mengecam nasionalisma, kebangsaan, sufi dan nama-nama lain yg diperselisihkan oleh manusia tanpa membataskan makna yg saudara kehendaki terlebih dahulu. Kami juga berharap agar saudara menyedari bahawa sesetengah penulis Islam tidak memahami perkara ini dan tidak menyedari kepentingannya, lalu mereka mengecam mana-mana yg seperti tadi tanpa mengetahui adakah para pembaca bersetuju dgn kefahaman mereka terhadap lafaz-lafaz tersebut atau sebaliknya.

Di sana ada perkara lain yg ditunjukan oleh Imam Hasan Al Banna di dalam

Page 99: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Risalah Ta'alim agar dapat membuka jalan kepada amal Islami yg serius. Beliau mendapati mana-mana umat, apabila mereka sibuk dgn amal, perdebatan akan berkurangan. Apabila umat tersebut ditimpa kelemahan dan kemunduran, semangat mereka akan gugur dan lebih sibuk dgn perdebatan dari amalan. Maka lahirlah di kalangan mereka Ilmu Kalam. Inilah maksud yg terkandung di dalam sabda Rasulullah saw yg bermaksud:

"Tidaklah sesat sesuatu kaum selepas berada di atas petunjuk melainkan mereka diberi perdebatan." [At Tirmizi:5/353 No:3253]

Kerana itulah kami melihat beliau berkata dalam Usul 20: "Membincangkan masalah yg tidak membuahkan amal adalah tergolong dalam perkara "memberat-beratkan" yg ditegah oleh syarak. Contohnya, membincangkan cabang-cabang hukum yg belum berlaku, membincangkan penafsiran ayat-ayat Qur'an yg belum dicapai oleh ilmu manusia, membincangkan tentang kelebihan di antara para sahabat atau tentang perselisihan pendapat yg tercetus di kalangan mereka, semuanya adalah dilarang kerana para sahabat mempunyai kelebihan bersahabat dengan Rasulullah saw. Mereka diganjari mengikut niat mereka, lebih-lebih lagi masalah takwil adalah dibenarkan." [Majmu'atur Rasail:391]Dengan usul ini, beliau mahu Umat Islam menjauhkan diri dari berdebat dan menunjuk-nunjuk kepada beramal.

Begitu juga kita melihat beliau dalam Usul Kesepuluh, selepas berbicara tentang pandangan Ikhwan Muslimin mengenai ayat-ayat sifat, bahawa mereka tidak berpegang kepada "takwil" atau "taktil" kerana bimbang kaedah yg baik ini akan dijadikan oleh sesetengah orang sebagai titik tolak untuk mengecam orang lain atau menyertai mereka dalam perdebatan panjang yg telah pun bermula semenjak lebih seribu tahun yg lampau dan berterusan sampai sekarang. Sebab itulah kita lihat beliau menyebut selepasnya: "Dan kita tidak akan menyentuh tentang perselisihan di kalangan Ulama', cukuplah dengan pengadilan Rasulullah saw dan para sahabat." Firman Allah SWT:

"Dan orang-orang yang mendalam pengetahuannya berkata: Kami beriman dengannya, semuanya dari tuhan kami." (Ali Imran:7)

Mungkin sebab itulah Imam Asy Syahid dalam usul Kesepuluh menarik perhatian kita bahawa ayat-ayat sifat adalah tergolong dalam perkara kesamaran. Inilah juga pendapat para imam yg terdahulu seperti Ahmad b Hambal, Ibnu Taimiyah, Ibn Al Qayyim, Ibnu Al Jauzi dan lain-lain ulama' salaf. Yang demikian itu adalah supaya perselisihan menjadi kecil dan tidak sampai ke peringkat munuduh kafir atau fasik.

Apabila saudara melihat ada orang yg berdebat dengan orang-orang yang mentakwil ayat-ayat sifat dan menganggap mereka sesat atau menolak kerjasama dengan mereka, maka ketahuilah bahawa beliau telah melanggar garisan Ikhwan dan garisan salafus soleh yg tidak terlibat sama sekali dengan perdebatan mengenai perkara-perkara tersebut sama ada di zaman Rasulullah saw atau pun generasi tabi'in. Sesungguhnya Ibnu Taimiyah berbeza pendapat dengan ramai ulama' di zamannya tentang ayat-ayat sifat

Page 100: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

dan seumpamanya, namun mereka semua melupakan perselisihan tersebut bahkan berdiri dalam satu saf ketika menghadapi Tartar yg merupakan musuh mereka semua.

[Pandangan Semula Kepada Risalah Ta'alim]

Beusahalah mencari jalan ke puncak keyakinan

SETINGGI-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana menjadikan kita manusia, makhluk yang istimewa di sisi-Nya. Namun keistimewaan itu bukanlah mutlak. Keistimewaan itu bergantung kepada kesanggupan kita untuk mencari dan berada di jalan yang lurus.

Mereka yang dikurniakan jalan yang lurus ini ialah para nabi, para wali, para syuhada dan para solihin. Berusahalah ke arah itu sebagaimana yang kita pohon dalam bacaan al-Fatihah setiap kali menunaikan sembahyang. Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus. Jalan yang ditunjukkan kepada orang-orang yang dikurniakan nikmat sebelum kami. Bukan orang-orang yang dimurkai, bukan orang-orang yang sesat. - al-Fatihah Alhamdulillah, langkah yang pertama kepada kita ke arah itu sudah terbuka kerana kita beragama Islam. Bibit iman pun sudah ada, tetapi tidak kukuh. Perkukuhkan dengan ketakwaan, iaitu menjauhi segala larangan dan mematuhi segala perintah-Nya.

Berwaspadalah kerana iman juga boleh surut dan hilang bersama arus hawa nafsu, gangguan iblis dan syaitan dan kelupaan kepada Allah. Alangkah ruginya mereka yang kehilangan iman kerana ia tidak akan dikembalikan lagi. Mereka yang berusaha memperkukuhkan iman, mula-mula akan sampai ke tahap ilmul yakin. Ertinya, keyakinan mereka hanya berasaskan ilmu yang didengar dan dibaca. Mereka perlu melaksanakan taubat nasuha (taubat yang sebenar-benar taubat). Kemudian tinggalkan segala yang dilarang dan lakukan segala yang diperintahkan. Meninggalkan segala yang dilarang bukanlah perkara yang mudah kerana ia memerlukan kesungguhan. Begitu juga melakukan segala yang diperintah.

Anda juga perlu banyak bersabar kerana sabar itu separuh daripada iman. Allah akan menguji kesabaran anda. Jika anda tetap bersabar, tahap keimanan anda akan meningkat. Anda juga perlu redha dalam menghadapi segala ujian Allah. Jika anda redha terhadap segala ketentuan Allah, mudah-mudahan Allah akan meredhai anda. Anda juga perlu ikhlas dengan Allah. Ingat bahawa segala yang anda lakukan dan fikirkan amat diketahui Allah. Anda tidak boleh bersembunyi daripada-Nya.

Tentulah anda pernah mempelajari Sifat 20, tetapi masih kurang faham. Memanglah apa jua ilmu yang dipelajari daripada orang lain tidak sama dengan pengalaman yang kita lalui sendiri. Maka anda akan melalui pengalaman yang merupakan pengenalan kepada Allah atau makrifatullah, jika anda terus berusaha untuk mempertingkatkan iman anda. Keyakinan

Melalui ujian-ujian dari Allah, anda akan lebih mengenali-Nya. Apabila kenal, bertambah keyakinan. Anda akan meningkatkan ibadat. Selain menunaikan fardhu ain yang wajib, anda juga mulai melakukan yang sunat. Tetapi ingat jangan lakukan selain kerana Allah. Jika anda lakukan

Page 101: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

ibadat bukan kerana Allah, maka anda telah melakukan syirik halus. Jangan haraplah iman akan bertambah. Bersabarlah dan ingkatkan ibadat anda secara beransur-ansur. Jangangelojoh. Allah lebih mengetahui siapa anda. Maka lakukan segala ibadat dengan ikhlas kerana Allah. Fahamilah sungguh-sungguh bahawa `kerana Allah' bukanlah bermaksud bahawa apa yang dilakukan itu untuk dihadiahkan kepada Allah. Maksudnya ialah kita melakukannya atas perintah Allah. Allah tidak memerlukan apa-apa daripada kita, tetapi kita yang sentiasa memerlukan Allah. Mudah-mudahan, selepas itu anda akan sampai ke tahap ainul yakin. Erti ainul yakin ialah keyakinan yang bersumberkan apa yang dilihat sebagai bukti kebesaran dan kekuasaan Allah. Bermula dari sini, pengalaman akan menjadi guru anda.

Bersyukurlah kerana Allah memberikan hidayat-Nya kepada anda. Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang yang bersyukur, bersabar dan ikhlas. Tambahlah kesyukuran, kesabaran dan keikhlasan dengan tawakal. Erti tawakal ialah berserah diri kepada Allah. Senang dicakap, tetapi bukannya mudah untuk dilaksanakan. Mereka yang sampai ke tahap ainul yakin akan terus melalui ujian dalam kehidupan. Mungkin ujian yang luar biasa, atau yang sama seperti manusia lain. Yang pokoknya ialah bagaimana kita menghadapi ujian itu. Jika hilang sabar, pastilah anda akan gagal untuk meningkatkan tahap keimanan anda. Jika luntur keikhlasan, perjalanan mungkin juga tersekat. Jika ada bibit-bibit kurang bersyukur, anda juga memilih jalan ke belakang. Insaflah bahawa manusia amat lemah di sisi Allah. Segala yang ada pada diri kita adalah hak-Nya. Disebabkan terlupa kepada hakikat inilah manusia tergelincir dari jalan yang lurus, lalu meneruskan kehidupan di jalan yang sesat dan dimurkai Allah. Jika anda sentiasa menginsafi dan mematuhi hakikat ini, mudah-mudahan Allah akan melorongkan anda ke tahap permulaan hakkul yakin. Ketika itu, pengertian anda tentang konsep ``kerana Allah'' akan berubah. Ertinya anda melakukan ibadat, solat, bekerja dan lain-lain hal kehidupan hanyalah bergantung di atas kekuasaan Allah. Bukan lagi sekadar memenuhi perintah Allah. Dan bukan sekadar satu ucapan, tetapi meliputi tindakan, hati dan perasaan. Mudah-mudahan anda mencapai tahap ainul yakin dan seterusnya memanjat ke hakkul yakin untuk berada tetap di jalan yang lurus sehingga ke akhir hayat anda. Jika ainul yakin diperoleh dengan pengalaman yang dilihat, hakkul yakin pula dikurniakan kepada anda melalui pengalaman yang tersendiri. Tentulah berbeza tahap keyakinan orang yang mendengar ceramah atau membaca kitab dengan orang yang melihat atau mengalami sendiri tanda-tanda kebesaran dan kurniaan Allah.

SAHABAT UMAR BIN AL - KHATTAB R.A. BERKATA:

Allah merahasiakan 6 perkara kepada hambanya disebabkan 6 perkara iaitu:

1) Allah merahasiakan keredhaannya kepada hambanya yang taat agar hambanya itu tetap terus berbakti / taat.

2) Allah merahasiakan turunnya Lailatul Qadar di bulan Ramadhan agarhambanya selalu berusaha untuk mencapainya dengan bersungguh-sungguh tanpa mengingat / mengenal / merasa bosan.

3) Allah merahasiakan wali - walinya / hamba hambanya yang soleh kepadaorang banyak agar mereka tidak dipuja -

Page 102: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

puja / disembah-sembah disebabkan oleh kemuliaannya karena wali - wali Allah itu tergolong orang yang mempunyai kelebihan ilmu.

4) Allah merahasiakan umur seseorang hamba agar ia selalu bersiap sedia untuk mati dan rajin beramal yang soleh

5) Allah merahasiakan tentang keutamaan salatul wusto / sembahyang yang utama daripada solat solat yang lain agar hambanya itu tetap rajin dan berusaha mencapainya (Salatul Wusto)

SAHABAT OSMAN R.A. BERKATA:

Rasa takut bagi hamba Allah seharusnya dikawatirkan dalam 6 perkara yaitu : 1) Rasa takut ketika ditimpa musibah karena dikuatirkan imannya menjadi luntur. 2) Rasa takut di kala ingin berbuat sesuatu yang dilarang Allah (maksiat) karena ada malaikat yang selalu mencatat perbuatannya. 3) Rasa takut terpedaya dengan perbuatan syaitan karena syaitan itu bisa menjerumuskannya ke jurang neraka / api neraka. 4) Rasa takut ketika dicabut nyawanya oleh malaikat Izrail, karena ia belum sempat bertaubat kepada Allah swt. 5) Rasa takut akan tertipu oleh kemewahan dan kenikmatan di dunia. 6) Rasa takut terganggu / terhalang oleh keluarganya karena dia dapat melupakan pengabdiannya kepada Allah.

SAHABAT ALI BIN ABI TALIB BERKATA : Barang siapa yang mau mengamalkan 6 perkara, dia akan dijamin masuk syurga dan diselamatkan dari api neraka.

1) Mengenal Allah sebagai Tuhannya Yang Maha Kuasa dan dia hanya menyembah / beribadat kepadaNya. 2) Mengenal syaitan sebagai musuhnya yang menyesatkan manusia dan dia mau menghindarinya. 3) Mengenal Alam Akhirat sebagai tempat kembalinya yang kekal abadi dan dia mau berusaha mencari bekal yg cukup untuk pergi ke sana / Alam Akhirat. 4) Mengenal Alam Dunia sebagai tempat sementara dan dia tidak terpengaruh oleh kemanisannya / kecantikkannya. 5) Mengenal sesuatu yang hak / benar dan dia selalu berusaha menerjuninya / memasukinya.

Page 103: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

6) Mengenal sesuatu yang batil / salah dan dia selalu berusaha menjauhinya / meninggalkannya.

SAHABAT UMAR BIN AL - KHATTAB R.A. BERKATA: Ada 6 nikmat yang besar yang telah diberikan oleh Allah swt kepada hambanya iaitu : 1) Nikmat ISLAM 2) Nikmat Al - Quran 3) Nikmat Nabi Muhammad saw 4) Nikmat kesehatan 5) Nikmat tertutup cela / aib 6) Nikmat kekayaan jiwa zahir / batin

waALLAHu'alam

Beza balasan sikap sabar, mengeluh

PADA zaman dulu, ada seorang bernama Abul Hasan yang sering menunaikan haji di Makkah.

Satu hari ketika di Makkah, beliau terpandang seorang wanita yang bersinar wajahnya sehingga dia berkata: “Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita ini. Tidak lain, pasti kerana beliau ini tidak pernah risau atau susah hati.”

Dengan tiba-tiba wanita itu yang terdengar kata-kata Abul Hassan berkata: “Wahai lelaki, apa yang kamu katakan tadi sebenarnya, demi Allah, aku terbelenggu oleh perasaan duka cita dan luka kerana risau serta tiada seorang pun yang aku salahkan dalam hal ini.” Abul Hassan bertanya: “Apakah yang yang merisaukan kamu?”

Wanita itu menjawab: “Pada suatu hari, suamiku menyembelih kambing korban dan kami sekeluarga menyaksikannya. Ketika itu, aku mempunyai empat anak. Seorang daripada mereka sudah berkahwin, seorang lagi meminum susu dan dua lagi masih kanak-kanak. Sewaktu aku bangun untuk membuat makanan, maka anakku yang kedua berkata kepada adiknya : “Wahai adikku, sukakah kamu aku tunjukkan kepadamu bagaimana ayah menyembelih kambing?”

Balas si adik: “Sila tunjukkan kepadaku.”

Wanita itu berkata: “Maka adiknya itu dibaringkan menghadap langit dan disembelih. Kemudian, si abang menjadi takut apabila melihat darah yang banyak, maka dia lari ke bukit. Akhirnya, anakku yang besar itu mati dimakan serigala.

“Suamiku pergi untuk mencari anakku yang lari ke bukit hingga beliau mati kehausan di sana.

“Aku keluar dari rumah meninggalkan anak kecilku untuk mencari suami, tiba-tiba anak kecilku yang masih menyusu itu merangkak menuju ke periuk yang airnya sedang mendidih dan anakku menarik periuk itu menyebabkannya tertumpah di atas badannya sehingga menggelupas kulitnya.

“Berita itu sampai kepada anakku yang sudah berkahwin di tempat lain. Apabila beliau mendengar berita yang menimpa kami sekeluarga, dia jatuh pengsan dan akhirnya mati. Kini, aku tinggal sebatang kara,” katanya.

Page 104: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Abul Hasan bertanya: “Bagaimana kamu boleh bersabar dalam menghadapi musibah yang sangat hebat ini?”

Berkata wanita itu: “Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dan mengeluh, melainkan dia menemukan antara kedua-duanya ada jalan berbeza. Ada pun sabar dengan memperbaiki yang lahir. Maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Ada pun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti rugi, yakni sia-sia saja.”

Rasulullah bersabda maksudnya : “Mengeluh itu termasuk kebiasaan jahiliah, dan orang yang mengeluh jika dia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongkan baginya pakaian daripada wap api neraka.”

Jadi, kita janganlah mengeluh apabila ditimpa atau didatangkan sesuatu musibah atau masalah. Sebaliknya, hendaklah bersabar serta bertakwa dan reda dengan musibah itu.

Allah Maha Mengetahui kerana setiap apa yang ditimpakan ke atas umatnya ada hikmah di sebaliknya. Kita sebagai umatnya hendaklah reda terhadap dugaan dan cabaran yang Allah datangkan itu. Jadilah kita umat yang pandai bersyukur terhadap anugerah dan pemberian-Nya.

Ufuk Minda: Kepatuhan, ketaatan kepada Allah bentuk sifat tertibOleh Prof Dr Sidek Baba

ALLAH mencipta manusia tidak dengan membiarkannya hidup tanpa pedoman dan panduan. Manusia ditentukan statusnya sebagai hamba dan kemurnian status hamba itu mencerminkan sifatnya yang taat dan patuh.

Ketaatan dan kepatuhan menjadi asas mengekal dan menyuburkan manusia dalam fitrah. Dalam hubungannya dengan Allah, ketaatan dan kepatuhan adalah syarat utama menjalin hubungan Rabbani yang tinggi. Tanpa ketaatan dan kepatuhan, seluruh peraturan yang ditentukan tidak memberi makna apa-apa dan ia boleh menyebabkan manusia melampaui batas.

Apakah yang dimaksudkan dengan fitrah? Fitrah ialah sesuatu yang serasi dengan diri atau sesuatu yang cocok dengan cita rasa insani. Misalnya, kalau kita pergi ke pasar, naluri yang fitrah akan memilih dan membeli ikan yang baik dan segar. Jiwa yang fitrah akan membeli sayur-sayuran hijau. Sekiranya seseorang itu ke pasar dan memilih untuk membeli ikan busuk dan sayur layu, perbuatan itu adalah sesuatu yang tidak fitrah.

Contoh lain, apabila ingin memilih pasangan hidup, kita mengambil ukuran Islam dan pedoman Rasulullah. Di samping wajah, mungkin mengambil pertimbangan akhlak, ilmu, harta dan keturunan sebagai kriteria. Ini juga fitrah insan.

Apabila mempunyai anak, fitrah diri kita mahu anak yang cerdik. Apabila anak itu besar, kita mahu mereka cemerlang dalam akademik dan budi pekerti. Ini juga dikatakan fitrah.

Apabila orang berjanji, kita mahu janji itu ditepati. Apabila orang bercakap, kita mahu orang itu bercakap benar. Apabila berketua, kita mahu ketua itu amanah. Apabila berbahasa, kita mahu orang itu berbahasa dengan baik dan santun.

Apabila sakit, kita suka orang datang berziarah. Apabila berjaya hati gembira apabila orang

Page 105: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

memberikan tahniah. Semua yang disebutkan itu adalah gambaran keperluan fitrah bagi manusia.

Keperluan fitrah ini boleh diisi, sekiranya jiwa taat dan patuh wujud pada diri manusia. Allah memberikan manusia petunjuk, pedoman, batasan, prinsip, amaran, ibrah, khabar gembira, peringatan dan sebagainya supaya ia dipatuhi dan ditaati oleh manusia. Apabila manusia patuh dan taat atas pedoman dan perintah-Nya manfaatnya akan kembali kepada manusia itu sendiri.

Umpamanya Allah dengan upaya sunnatullah-Nya mengatur alam atas prinsip kudrat dan takdir-Nya. Kepatuhan dan ketaatan ciptaan-Nya seperti bulan, bintang, cakerawala dan angkasa raya serta faktor ghaib seperti malaikat menyebabkan sistem Allah berjalan dengan teratur dan tersusun. Tidak berlaku konflik dan pertembungan, melainkan dengan takdirnya. Sunnatullah memperaturkan alam ini dengan ketertibannya.

Hal sama merujuk kepada manusia yang dilahirkan dalam keadaan fitrah yang memerlukan pedoman dan batasan supaya memiliki sifat taat dan patuh kepada Penciptanya. Tanpa sifat ini, manusia sebenarnya tidak lagi berada dalam keadaan fitrah. Kepatuhan dan ketaatan kepada pedoman Allah yang menyebabkan manusia bersifat teratur dan tertib dalam pengurusan diri dan sistemnya.

Untuk itu Allah tidak saja meletakkan manusia dalam status hamba, malah memberikan tanggungjawab rohaniah untuk membangunkan amalan solat. Ini supaya hikmah mengerjakan solat itu menyuburkan jiwa taat dan patuh menerusi amalan rukuk dan sujud.

Kewajipan solat, umpamanya, adalah lambang ketaatan dan kepatuhan yang tinggi terhadap Allah. Rukuk dan sujud adalah gambaran ketaatan dan kepatuhan abid atau ahli ibadat terhadap Penciptanya.

Seseorang ahli ibadat memerlukan rasa khusyuk yang tinggi supaya hadir hatinya di depan Allah adalah hadir yang jernih. Hadir fikirnya di depan Allah adalah hadir yang merasakan kebesaran-Nya , merasakan kehebatan Allah mencipta alam ini dan menginsafi kekerdilan dirinya. Begitu juga merasakan pergantungan dirinya kepada Allah kerana Allah adalah pemberi rahmat dan nikmat yang tidak terhitung oleh manusia. Ini dilakukan dengan menginsafi keterbatasan akal dan indera bagi menentukan destinasi atau arah tuju kehidupannya.

Bagi yang memiliki ruhhus solat, sentuhan rohaniah dalam penghayatan solat memberikan kesan yang amat luar biasa pada dirinya. Nikmat khusyuk yang diterimanya menjadikannya tumpuan pada diri, keluarga, kerja dan kehidupan. Hidupnya sentiasa terarah dalam jalinan hubungannya dengan Allah (hamblum minallah atau taqarrub Ilallah) dan jalinan hubungan sesama manusia (hablum minannas).

Ruhhus solat menjadikan manusia lebih bertenaga dan terdorong melakukan amal salih secara fardhi (diri), dalam keluarga, di tempat kerja, malah di tengah-tengah masyarakat. Ahli ibadat tidak hanya melihat solat sesuatu yang asing dengan kehidupan. Baginya solatlah sumber kekuatan kepada kehidupan dan solat jugalah jalan tarbiah harian insan. Nabi Daud sentiasa segera bertaubat

DALAM sebuah kitab, Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika Nabi Daud duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba baginda terpandang seekor ulat merah pada debu.

Lalu Nabi Daud berkata pada dirinya: "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"

Page 106: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Sebaik Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata: “Wahai Nabi Allah! Allah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1,000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1,000 kali.”

Selepas ulat itu berkata demikian, maka ia pun bertanya kepada Nabi Daud: "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?"

Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat itu. Baginda sangat takut kepada Allah. Maka, Nabi Daud pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah.

Begitulah sikap nabi apabila mereka menyedari kesilapan yang dilakukan, maka dengan segera bertaubat dan menyerah diri kepada Allah.

Kisah yang berlaku pada zaman nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah. Ia hendaklah dijadikan teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa saja makhluk Allah di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

Segala perbuatan Rasulullah sumber ilmu bagi sahabat

SEJARAH membuktikan bahawa pada zaman Rasulullah, orang yang memeluk Islam sama ada lelaki atau wanita yakin dan beriktiqad serta berpegang teguh pada ajaran al-Quran dan sunnah baginda.

Selepas baginda wafat, mereka tetap berpegang teguh dengan al-Quran dan sunnah serta berpandukan amalan sahabat, khususnya sahabat yang sentiasa berdamping dengan Rasulullah.

Seterusnya umat Islam dalam zaman Tabi'in tetap berpegang dengan al-Quran dan hadis serta berpandukan pula dengan ijmak ulama serta qias, khususnya dalam zaman pada Tabi'in hingga sekarang.

Al-Sunnah berkembang sama dengan perkembangan Islam itu sendiri. Nabi dilantik menjadi pesuruh Allah dan al-Quran diturunkan sedikit demi sedikit kepada baginda daripada Allah.

Oleh itulah Allah mengurniakan sifat istimewa kepadanya. Antara sifat berkenaan ialah sidiq, tabligh, amanah, fatanah dan bersifat maksum daripada segala dosa.

Ini bermakna Rasulullah terpelihara daripada melakukan dari segala perkara yang membawa kepada dosa, sama ada dosa kecil atau besar. Dalam erti kata lain, walaupun baginda adalah manusia biasa, tetap terpelihara.

Selain itu, baginda dikurniakan tugas mulia, lagi amat penting untuk umatnya. Antara tugas terpenting itu ialah tabligh dan tabyiin iaitu menyampai dan menerangkan sesuatu kepada umatnya meliputi semua perkara dalam kehidupan manusia, tepat dengan martabat kerasulannya.

Rasulullah sentiasa menjalankan tugas yang diamanahkan oleh Allah bagi menyampaikan kepada sahabat mengenai ajaran Islam dengan memberikan penjelasan serta penerangan secara terperinci apa yang diwahyukan.

Page 107: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Semua penjelasan dan penerangan baginda mengenai sesuatu, itulah dikatakan al-sunnah atau hadis Rasulullah. Segala hadis yang dilafazkan oleh Rasulullah didengar dan dihafaz sahabat dan diamalkan pula tanpa lupa daripada ingatan masing-masing.

Perkara ini sama keadaannya seperti cara sahabat menghafaz al-Quran. Sahabat menerima hadis Rasulullah sama seperti mereka menerima ayat al-Quran yang diwahyukan. Mereka mendapat ilmu melalui apa yang dilihat daripada gerak-geri Nabi dan didengar daripada sabdanya serta ikrar yang diputuskannya.

Baginda tidak mengkhususkan masa yang tertentu untuk mengajar sahabat, malah mereka sentiasa di sampingnya di mana saja baginda berada.

Dengan ketabahan mereka serta sifat mengambil berat, maka setiap perjumpaan yang berlaku antara Rasulullah dengan mereka adalah satu majlis ilmu yang amat besar ertinya.

Ada juga sahabat yang ramai itu sibuk dengan urusan dan pekerjaan masing-masing, ada yang berniaga, ada yang bercucuk tanam dan ada yang mengambil upah untuk menyara kehidupan.

Oleh itu, mereka sering bergilir-gilir menghadiri majlis Rasulullah. Ilmu yang sudah mereka dengar dan terima daripada Rasulullah sama hadis atau ayat al-Quran, mereka membacanya dan menghafaz dengan baik serta mengamalkan tanpa lupa. Kelakuan Rasulullah diketahui dengan jelas oleh sahabat.

Tujuh golongan manusia bakal mendapat naungan Allah di akhirat

ADA tujuh golongan yang bakal mendapat naungan pada hari akhirat, berdasarkan sabda Rasulullah yang maksudnya:

“Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah.

“Mereka ialah pemerintah yang adil; pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadat kepada tuhannya; orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid; dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah; orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu dia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”; orang yang bersedekah secara bersembunyi hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya serta orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.”

Pengajaran hadis:

Tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu: Pemerintah yang adil.

Ini kerana tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan itu adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya.

Page 108: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat kelak. Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadat kepada tuhannya.

Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika pada alam remaja.

Pada usia muda, seseorang itu mendapat peluang yang banyak untuk menghadapi masa depannya, badannya sentiasa sihat, tenaganya kuat, pendengaran dan penglihatannya tajam dan sempurna. Bahkan, pada masa muda juga pelbagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan ini bahkan usia mudanya itu diisi dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara. Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid.

Sesungguhnya ada hadis yang menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah dan dikategorikan sebagai suatu sedekah. Apatah lagi bagi orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid dan sentiasa mengunjunginya untuk beribadat, ganjarannya tentulah lebih besar lagi. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah.

Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat.

Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar hubungan itu mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya. Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu (berzina) dengannya lalu dia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”

Ini menunjukkan bagaimana keimanan dan ketakwaan yang sebenar berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut tentang dosanya. Orang yang bersedekah secara bersembunyi hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya.

Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang yang dapat menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya melainkan akan wujud perasaan riak dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapatkan pujian atau sanjungan daripada orang ramai atau sekurang-kurangnya ada orang yang mengetahui kebaikan yang dilakukannya itu. Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.

Inilah sifat Muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati tentang kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara yang melalaikan.

Ajaran Islam kikis kepercayaan karut

Page 109: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

KEDATANGAN Islam sejak 1,400 tahun lalu adalah satu pembaharuan atau pembersihan terhadap kepercayaan karut dan adat resam yang bertentangan dengan fitrah manusia.

Dalam tempoh tidak sampai suku abad, ideologi Islam yang berteraskan kekuasaan mutlak, kepercayaan kepada Allah, Tuhan Maha Esa bertapak di bumi Arab, membersihkan segala adat dan kepercayaan kuno yang mengancam hidup masyarakat Jahiliah.

Begitu juga, kekufuran dan kemungkaran digantikan dengan cahaya iman yang akhirnya menyelubungi segenap sudut alam. Kebatilan yang wujud secara bermaharajalela sebagai satu prinsip hidup berjaya diubah lalu digantikan kehidupan yang berpandukan al-Quran sebagai satu manifestasi ke arah kebahagiaan hidup di dunia serta akhirat.

Firman Allah yang bermaksud: “Katakanlah sesungguhnya yang benar sudah datang dan yang batil hilang, sesungguhnya yang batil pasti akan lenyap.” (Surah al-Isra', ayat 81).

Amalan Jahiliah bukanlah amalan berasaskan agama dan akidah yang teguh. Oleh itu, perbuatan Jahiliah tidak lebih daripada sekadar menurut kehendak nafsu yang sukar dihapuskan dan menjadi adat dalam kehidupan seharian.

Sebaik saja Rasulullah hendak merevolusikan adat dan amalan karut itu, kaum Arab akan mempertahankan bahawa itu adalah warisan datuk nenek moyang mereka.

Banyak ayat al-Quran yang menceritakan keadaan masyarakat Jahiliah yang masih mempertahankan adat mereka walaupun Rasulullah mengubah adat itu menerusi cahaya keislaman, keimanan dan ketakwaan.

Walaupun sudah lebih 1,400 tahun Islam ditegakkan, masih banyak masyarakat hari ini diselubungi pengaruh Jahiliah moden yang cuba bertapak semula di fikiran umat Islam.

Meskipun ada yang menolak amalan ini, masih ada segelintir yang tetap mengamalkannya seperti amalan tepung tawar, pemujaan, mempercayai keramat dan sebagainya.

Semua amalan ini sebenarnya sudah dihapuskan Rasulullah menerusi akidah Islam yang sejati.

Persoalannya, kenapa masih ada umat Islam yang tidak mahu menerima kebenaran ini atau dalam bahasa mudah tidak mahu mengikut jalan lurus, serta tidak mahu menerima hakikat kejayaan yang dicapai oleh Rasulullah.

Baginda berjuang menempuh pelbagai ujian yang pahit dan getir demi menghapuskan kebatilan, menegakkan kebenaran kerana tidak ada kebenaran lain lagi selain kebenaran Islam.

Allah berfirman yang bermaksud: “Maka yang demikian sifatNya dan kekuasaan-Nya ialah Allah Tuhan kamu yang sebenarnya sesudah nyata betul dan yang benar maka tidaklah yang lain daripada itu salah dan karut. Oleh itu bagaimana kamu dapat dipesongkan dari kebenaran.” (surah Yunus, ayat 32).

Hari ini, ada umat Islam yang sudah tidak menghiraukan lagi kepada hukum Islam. Perkara yang diharamkan tidak dapat dibezakan, manakala yang diwajibkan sering ditinggalkan.

Keadaan ini sebenarnya menunjukkan betapa rendahnya iman umat akhir zaman ini hinggakan sanggup mempercayai perkara karut, khurafat dan sebagainya.

Page 110: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Jika dulu, masyarakat Jahiliah dikenali sebagai masyarakat yang tidak bermaruah kerana kelakuan sumbang seperti zina, judi, bunuh, mendedahkan aurat dan meminum arak serta bermacam-macam lagi tindakan tercela dilakukan mereka.

Namun, tidak ada bezanya masyarakat Islam hari ini yang sudah meniru pelbagai kelakuan tercela yang pernah dilakukan oleh masyarakat jahiliah.

Sesungguhnya penyelewengan akidah bukan saja membabitkan keruntuhan akidah seseorang yang terjebak dalam perbuatan syirik, akan tetapi ia juga termasuk segala jenis perbuatan yang diharamkan oleh syariah termasuk keruntuhan akhlak.

Oleh itu, perkara ini perlu disedari oleh seluruh umat Islam agar ajaran atau amalan jahiliah dapat dihapuskan sekali gus dapat menjadikan umat Islam kembali mengingati kebenaran yang dianjurkan oleh Rasulullah.

Sifat ikhlas hiasan peribadi Muslim bertakwaOleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

IKHLAS adalah antara sifat terpuji yang menghiasi peribadi Muslim yang bertakwa kepada Allah dan keikhlasan jugalah yang menjadi asas penilaian di sisi Allah sama ada amalan yang dilaksanakan oleh setiap Muslim diterima Allah ataupun sebaliknya. Pendek kata, keikhlasan menjadi penentu kepada kejayaan atau kebahagiaan Muslim di dunia dan akhirat.

Jika ditinjau rangkaian ayat suci al-Quran, kita dapati betapa ciri keikhlasan adalah ciri utama bagi perhiasan peribadi Muslim yang bertakwa. Antaranya, firman Allah bermaksud: Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran, oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepada-Nya.” (Surah al-Zumar, ayat 2)

Rasulullah tidak ketinggalan untuk memperlihatkan kepada kita akan kepentingan sifat ikhlas dibajai dalam sanubari Muslim lewat sabdanya yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya segala amalan itu tergantung atas niat. Sesungguhnya bagi seseorang itu di atas apa yang dia niatkan. Maka sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah untuk Allah dan Rasul-Nya, dan juga sesiapa yang berhijrah kerana dunia atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka hijrahnya itu terpulang kepada niatnya dari penghijrahannya itu.” (Hadis riwayat Bukhari)

Berdasarkan nas-nas suci di atas, dapat disimpulkan betapa keikhlasan memainkan peranan yang penting dalam menentukan penerimaan satu amalan di sisi Allah. Yang lebih penting lagi ialah keikhlasan menjadi bukti kepada kesempurnaan dan ketulusan iman Muslim kepada Allah sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa yang mencintai kerana Allah, yang membenci kerana Allah, yang memberi kerana Allah dan yang menahan diri pun kerana Allah, maka dia sesungguhnya telah mencapai kesempurnaan imannya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Dari sini jelas bahawa sifat ikhlas ini amat penting disemai dan dibajai di setiap hati Muslim dalam semua lapangan hidup agar dia dapat menempatkan dirinya di kalangan hamba Allah yang bertakwa. Perlu disedari bahawa sifat ikhlas ini tidak hanya perlu diserlahkan ketika pelaksanaan amalan ibadat seperti solat, puasa, sedekah, haji dan sebagainya, malahan niat yang ikhlas akan meningkatkan mutu amalan yang dianggap keduniaan semata-mata dan menjadikannya sebagai

Page 111: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

satu ibadat yang diberi ganjaran pahala kerananya.

Sebaliknya, niat yang tidak baik seperti riak atau 'ujub (mengharap pujian ramai) akan menjatuhkan nilai satu-satu amalan walaupun ia berupa amalan ibadat sekalipun dan ia akan mengubahkan menjadi amal maksiat yang pastinya disediakan balasan seksa yang pedih di akhirat kelak.

Sehubungan itu, Rasulullah ada memberi peringatan kepada umat Islam agar menjauhi perkara yang boleh menodai dan menghakis sifat keikhlasan kita kepada Allah seperti sifat riak, 'ujub, sombong dan lain-lain sifat yang tercela. Pernah satu ketika Rasulullah menganggap riak itu sebahagian daripada syirik yang tersembunyi kepada Allah. Ini jelas dalam satu sabda baginda yang bermaksud: “Sedikit daripada sifat riak itu adalah syirik.”

Justeru, sesiapa yang memusuhi wali Allah nescaya dia telah memusuhi Allah. Sesungguhnya Allah amat mengasihi orang yang berbakti dan bertakwa serta yang tidak dikenali ramai akan hal ehwal dirinya. Jika mereka tidak ada dan hilang (ghaib) di dalam mana-mana majlis, mereka tidak dicari dan kalau mereka hadir pun di situ mereka tidak begitu dikenali ramai. Hati nurani mereka umpama lampu petunjuk yang akan menyuluh mereka keluar dari tempat yang gelap gelita.” (Hadis riwayat Hakim)

Demikianlah gambaran indah yang dilukiskan oleh Rasulullah tentang hamba Allah yang mengikhlaskan dirinya kepada Allah. Mereka sama sekali tidak mengharapkan apa-apa habuan dan kemewahan dunia, sebaliknya apa yang mereka harapkan hanyalah limpahan keredaan Ilahi dan syurga Allah saja.

Itulah cita-cita dan impian mereka dalam setiap detik kehidupan mereka yang sarat dengan pengabdian yang penuh tulus lagi kudus semata-mata kerana Allah sebagaimana terungkap dalam firman Allah bermaksud: “Katakanlah: Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan dengan yang demikian saja aku diperintahkan dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang menyerah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya).” (Surah al-An'am, ayat 162 - 163).

Dari satu segi lain, gambaran orang yang tidak ikhlas dalam amalan mereka serta mengharapkan pujian manusia dan kemewahan dunia amatlah menggerunkan hati orang yang beriman. Apa tidaknya, kerana Rasulullah sebagai seorang rasul yang amat sayangkan umatnya awal-awal lagi sudah memperingatkan kita akan balasan buruk yang akan menimpa kepada orang yang tidak ikhlas hatinya.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Pada hari kiamat nanti, dunia akan dibawa kemudian diasing-asingkan apa yang dikerjakan kerana Allah dan apa-apa yang dilakukan bukan kerana Allah, lalu dicampakkannya ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Baihaqi)

Di samping itu, Islam adalah addin yang amat unik kerana setiap gerak geri dan perlakuan harian yang dilakukan oleh Muslim dianggap sebagai ibadah. Oleh itu, setiap amalan sama ada yang berbentuk duniawi mahu pun ukhrawi ada ganjaran pahalanya sekiranya diniatkan penuh ikhlas kerana Allah.

Hal ini ditegaskan sendiri oleh Rasulullah dengan sabdanya yang bermaksud: “Tiada sesuatu yang engkau belanjakan kerana mengharapkan keredaan Allah melainkan engkau akan diberi pahala sehinggakan apa yang engkau suapkan ke dalam mulut isteri engkau.” (Hadis riwayat

Page 112: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Bukhari)

Dalam satu hadis lain, Rasulullah juga bersabda maksudnya: “Apa yang engkau beri makan kepada diri engkau sendiri ada padanya pahala sedekah, dan apa yang engkau beri makan kepada anak isteri engkau ada padanya pahala sedekah, dan juga apa yang engkau beri makan kepada khadam di rumah ada padanya pahala sedekah.” (Hadis riwayat Ahmad)

Ringkasnya, selama mana seseorang Muslim itu menyerahkan dirinya kepada Allah dengan penuh keikhlasan yang tulus, selama itulah segala gerak geri dan diamnya, tidur dan jaganya akan dinilai sebagai langkah menuju kepada keredaan Allah. Kalaulah begini kedudukan seorang yang ikhlas kepada Allah dengan pelbagai kemuliaan dan keistimewaan di sisi Allah, kita sebagai umat Islam sewajibnya menghiaskan diri dengan sifat mulia itu dalam usaha memartabatkan kembali kegemilangan ummah di persada dunia.

Dengan penjanaan sifat ikhlas ini barulah hati kita bersih dan suci dari sebarang kekotoran dan penyakit yang boleh menghancurkan ummah. Harta dan kemewahan dunia serta pesonanya tidak mempunyai apa-apa erti, sebaliknya harta paling bernilai ialah hati yang ikhlas.

Ini tepat sebagaimana sabda Rasulullah bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah tidak memandang kepada tubuh badan dan rupa paras kamu tetapi Dia hanya memandang kepada hati sanubari kamu.” (Hadis riwayat Muslim)

Bicara AgamaNeraka HawiyahKalamullah``Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia `Hawiyah' itu? Hawiyah itu ialah api panas membakar.'' (Al-Qariah: 10-11)Huraian:Di dalam al-Quran disebutkan beberapa tingkatan neraka, di antaranya ialah Neraka Hawiyah. Hawiyah itu ialah api panas membara. Inilah gambaran neraka yang menempatkan manusia yang ringan amal baiknya dan berat amal jahatnya selepas dihitung di akhirat kelak.Peringatan yang disebutkan oleh Allah ini mengajak manusia berfikir supaya sentiasa meningkatkan kualiti hidup mereka agar diredhai oleh Allah. Ini kerana, orang yang cuba memperelokkan amal ketika di dunia dan sentiasa bertaubat akan beroleh keampunan. Sebaliknya jika manusia gagal untuk berbuat demikian, dikhuatiri amal buruknya lebih banyak daripada kebaikan. Manusia diberi kebebasan untuk menentukan corak kehidupannya dengan menggunakan akal fikiran, hati nurani, roh dan anggota-anggota lahirnya yang sentiasa boleh dikembangkan melebihi keperluan fitrahnya. Sungguhpun begitu, manusia tidak akan dibiarkan terkapai-kapai dalam membuat pilihan. Allah s.w.t. mengutus rasul-rasul yang membawa petunjuk untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai khalifah di bumi Allah ini.Kesimpulan:Neraka Hawiyah merupakan tempat bagi orang-orang yang banyak melakukan dosa dan sedikit melakukan kebaikan. Marilah kita bertakwa kepada Allah agar dijauhkan daripada seksaan azab neraka ini.- Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Page 113: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Kesempurnaan imanPesan RasulDaripada Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: ``Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik budi pekertinya dan sangat bertimbang rasa terhadap keluarganya.'' (Riwayat Ahmad).Pengertian:Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w. menerangkan bahawa golongan yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik budi pekertinya dan mereka yang paling halus tingkah lakunya dalam pergaulannya di kalangan kaum keluarganya sendiri.Kesimpulan:Pergaulan setiap orang mukmin hendaklah berunsurkan budi pekerti yang baik, saling menghormati, bertimbang rasa terutama kepada kaum keluarga sendiri.- Sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)Dunia, syaitan, nafsu musuh manusia

BERKATA Yahaya bin Muaz Al-Razi: “Musuh manusia itu ada tiga iaitu dunianya, syaitannya dan nafsunya.”

Berlindunglah daripada dunia dengan berzuhud iaitu menjauhkan diri daripada keduniaan, berlindunglah daripada syaitan dengan melawan kehendaknya dan berlindunglah daripada nafsu dengan meninggalkan syahwat.

Beliau berkata: “Perangi nafsu dengan empat pedang riadah (latihan jiwa) iaitu makanlah sekadar untuk menguatkan badan, bercakap seperlunya, mengurangi tidur dan menahan cercaan daripada orang lain.

Katanya, dengan sedikit makan, syahwat untuk melakukan perbuatan hina dan mungkar akan luput.

“Bercakap yang seperlunya akan menghindarkan segala bencana dan bersabar menahan cercaan orang akan memudahkan tercapai cita-cita.”

Jaafar bin Humaid pula berkata: “Ulama berpakat bahawa kenikmatan di akhirat tidak akan tercapai kecuali dengan meninggalkan kenikmatan dunia.”

Sementara Wuhaib Ibnul-Ward berkata: “Sesiapa lebih menyintai syahwat di dunia, maka bersedialah menuju kehinaan.”

Perspektif IKIM : Malu sebagai pemangkin kejayaan Oleh Khairul Azhar Idris

MALU adalah sifat semula jadi anugerah Tuhan kepada manusia. Umumnya, seseorang yang pemalu juga pendiam dan mungkin penakut serta lebih suka menyendiri dan mengasingkan diri daripada sebilangan besar masyarakat.

Sifat malu yang berpada-pada amatlah dituntut oleh Islam. Ini sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Malu itu sebahagian daripada iman.”

Sementara itu, rasa malu yang keterlaluan dan tidak terkawal mampu mengundang kemudaratan. Malah, boleh menjadi simptom penyakit yang memerlukan rawatan khusus.

Page 114: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Begitu juga, tiadanya sifat malu dalam diri seseorang akan turut mendatangkan pelbagai keburukan, bukan saja kepada orang itu, malah seluruh masyarakat.

Ini kerana sifat malu itu walaupun menjadi milik peribadi, turut dikongsi oleh setiap anggota masyarakat.

Bayangkan apa akan berlaku jika sifat malu ini tiada dalam sesebuah masyarakat. Tentu akan runtuh nilai akhlak dan perilaku moral mereka.

Perbincangan dalam tulisan ini cuba melihat sifat malu dari beberapa aspek yang secara khususnya berkait rapat dengan kesejahteraan diri dan masyarakat.

Sebenarnya malu adalah sifat dalam diri kita yang di antara lain akan membantu untuk tidak bertindak di luar batasan akhlak dan moral yang diterima masyarakat. Kerap kali juga kita mendengar seseorang yang berjaya dalam akademik dan kerjaya sebenarnya seorang pemalu.

Mereka malu apabila tidak dapat mencapai kejayaan dalam hidup seperti orang lain.

Dalam keadaan ini, sifat malu didapati mendorong atau meningkatkan daya motivasi seseorang untuk mencapai kebahagiaan hidup dan inilah yang sewajarnya berlaku.

Namun, ada juga keadaan mereka yang bersifat malu, namun tetap bertindak di luar batasan perilaku normal. Malah tidak kurang juga peristiwa menyayat hati yang dilaporkan berlaku seperti kejadian bunuh diri atau membunuh orang lain membabitkan seseorang yang dikatakan sebagai pendiam dan pemalu.

Memang ada alasan tertentu mengapa mereka bertindak demikian. Oleh itu, kita sewajarnya berwaspada dalam memelihara batasan perbuatan agar tidak tersasar daripada landasan yang betul.

Cubalah renungkan maksud hadis yang dapat memberi banyak maksud tersirat ini. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Hassan al-Basri bermaksud: “Sifat malu itu ada dua bahagian, bahagian dari iman dan bahagian dari kelemahan.”

Kerana itu, seseorang perlu terlebih dulu mendalami diri dan keadaan malunya sebelum mampu mengatasi sifat itu.

Kemudian adalah wajar dia menyingkap, adakah sifat malu berkenaan bertepatan dengan masa dan tempat atau sebaliknya, sebelum boleh melakukan pelbagai kegiatan berkesan bagi mencegah dan mengatasinya. Seseorang yang memiliki sifat malu secara keterlaluan dilihat juga sebagai seorang yang mudah berasa takut, bimbang, cemas dan runsing. Kebiasaannya ketakutan akan melanda apabila mereka terpaksa berhadapan dengan seseorang yang disegani, tidak dikenali atau apabila diminta memberi pendapat di khalayak ramai.

Mereka amat risau jika pendapat mereka dikritik atau tidak diterima orang lain.

Perasaan malu ini, akhirnya menyebabkan mereka terkaku serta tidak dapat memberikan pendapat, lalu mula menghindari sebarang interaksi dengan orang lain dan pelbagai kegiatan sosial lain.

Page 115: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Keadaan ini juga biasanya akan menekan fikiran dan emosi serta kehidupan mereka. Mereka mula berasa menyesal dan sedih atas masalah ini.

Selain itu, ada yang berasa malu keterlaluan kerana risau dengan penampilan imej diri dan cara mereka berkomunikasi dengan khalayak. Malah tidak kurang yang berasa terlalu malu terhadap latar belakang sendiri, terutama mereka daripada keluarga miskin dan bermasalah atau berpenyakit mental, jangkitan HIV/Aids dan sebagainya. Mereka bimbang terhadap tanggapan negatif orang ramai terhadap diri mereka.

Pendek kata, sifat malu secara keterlaluan itu datang daripada pelbagai punca berlainan dan berkaitan pula dengan rasa bimbang, takut dan cemas.

Golongan seperti ini memerlukan satu bentuk program pemulihan dan peningkatan keyakinan diri melalui kaedah latihan dan kaunseling.

Seterusnya kita bincangkan pula beberapa sebab seseorang itu mempunyai sifat malu secara berlebihan berbanding orang lain.

Simptom dan reaksi yang ditunjukkan oleh seseorang yang memiliki sifat malu secara melampau ini sebenarnya sama walaupun berpunca daripada sebab berbeza.

Contohnya, mereka pasti takut, cemas dan bimbang serta suka menyendiri dan tidak mudah untuk berinteraksi dengan orang ramai. Begitu juga, sukar menyesuaikan diri, tiada keyakinan diri dan kurang berani menyuarakan pendapat secara bebas di khalayak ramai.

Soalnya, mengapa keadaan ini berlaku? Ada beberapa perkara yang seharusnya diberi perhatian jika seseorang memiliki sifat malu secara keterlaluan yang mengganggu proses kehidupannya secara normal.

Ia walaupun bukan penyebab mutlak permasalahan ini, namun mampu meningkatkan risiko untuk dihantuinya.

l Pernah menempuhi pengalaman traumatik ketika kanak-kanak atau awal remaja.

l Datang daripada keluarga yang berlatarbelakangkan taraf sosioekonomi yang rendah dan miskin atau keluarga bermasalah.

l Sistem keluarga yang terlalu ketat, tidak mengamalkan kebebasan yang dibenarkan secara hikmah serta tiada ruang untuk kesaksamaan hak dalam keluarga.

l Mempunyai kecacatan tertentu sama ada fizikal atau mental.

l Berkaitan dengan faktor genetik seperti pembawaan dan pembentukan personaliti.

Selepas mengenal pasti status sifat malu pada diri dan kesannya dalam kehidupan serta semua kemungkinan yang menjadi faktor penyebab, seseorang itu hendaklah menilai bentuk pemikiran dan penilaian imej diri, di samping perkara atau keadaan yang tidak bersesuaian tetapi mengukuhkan lagi gangguan ini.

Dalam kebanyakan masa, mereka yang bersifat malu secara melampau mempunyai pelbagai bentuk pemikiran negatif dan tidak membina. Pemikiran negatif ini dijadikan kayu ukur dalam

Page 116: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

menilai diri sendiri, orang lain dan kehidupan secara keseluruhan.

Bentuk pemikiran seperti ini harus dikenal pasti dan setakat mana ia menyumbang kepada sifat malu yang ada, wajar diperhalusi.

Seterusnya ia perlu diubah supaya menjadi lebih positif, menyenang dan meningkatkan keyakinan diri.

Kita perlu memiliki sifat malu, tetapi bukannya seorang yang pemalu secara tidak bertempat atau keterlaluan. Ini kerana tanpa disedari kita yang akan menggelapkan masa depan sendiri akibat kejahilan dan kekurangan yang tidak diperbaiki.

l PENULIS adalah Felo Pusat Ekonomi, Kajian Sosial dan Teknologi Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Apabila pemimpin AS pro-ZionisSehari Sebuah BukuJudul: War On Iraq - Conceived in IsraelPenulis: Stephen J. SniegoskiPenerbit: Citizens InternationalTahun: 2003Gambar kulit buku kecil ini sekali gus membawa ingatan kita kepada kekejaman pencerobohan tentera bersekutu pimpinan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iraq. Banyak teori punca serangan ke atas Iraq dikeluarkan oleh pelbagai pihak. Tetapi buku ini menguatkan lagi teori kaitan rejim Zionis dalam perang AS ke atas Baghdad.Aktivis keamanan, Uri Avnery yang kenal rapat Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon menulis bahawa: ``Sharon telah merancang lama untuk menstrukturkan semula rantau Asia Barat dan angin perubahan itu yang akhirnya sampai ke Washington mengingat saya kepada Sharon.``Saya tidak ada bukti mutlak yang Presiden George W. Bush mendapat idea daripada Sharon tetapi gayanya adalah sama.'' Buku ini turut menghuraikan matlamat dasar luar dan dasar keselamatan AS di Asia Barat adalah untuk mengawal sumber minyak di rantau itu. Selepas Perang Teluk 1991, kehadiran tentera AS bertambah kukuh. Pada masa yang sama, Iraq yang merana akibat sekatan ekonomi selama 12 tahun tidak bermaya untuk bangkit menentang kekuatan tentera AS. Malah Iraq tidak sedikit pun menunjukkan tanda-tanda ancaman ke atas kawalan minyak AS di rantau itu. Namun AS tetap menceroboh dan memusnahkan Iraq. Kenapa?Bacalah analisis Stephen Sniegoski mengenai alasan di sebalik pencerobohan ke atas Iraq itu adalah kerana faktor keselamatan Israel. Ñ AMIRUL SYAFIQ AZMANPengawasan ketat, kebebasan fleksibel jamin masa depan anakOleh Wan Marzuki Wan Ramli

INSIDEN seorang pelajar tingkatan empat dipukul sehingga rosak sebelah buah pinggangnya oleh sekumpulan pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di Johor, mengejutkan banyak pihak.

Yang nyata, insiden itu menghantar mesej masalah disiplin di sekolah masih jauh daripada selesai, malah memerlukan perhatian banyak pihak.

Ramai kalangan pelajar kini bukan saja berani melanggar peraturan dan disiplin sekolah, malah

Page 117: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

mula terbabit dengan pelbagai kegiatan jenayah seperti menagih dadah, mencuri, peras ugut dan ahli kongsi gelap.

Menurut satu kajian yang pernah dibuat Kementerian Pendidikan pada 1984, hampir separuh kes pelanggaran disiplin yang berlaku berpunca daripada sikap pelajar itu sendiri, seperti sentiasa bersifat menentang, bertindak mengikut perasaan, nakal, malas dan sebagainya.

Teman sebaya sangat berpengaruh dalam menentukan tingkah laku pelajar, lantaran itulah Islam sentiasa menitikberatkan pemilihan sahabat yang sebenar dalam kehidupan seharian.

Di luar rumah pelajar berdepan dengan pelbagai situasi yang banyak mempengaruhi corak kehidupan mereka. Anak-anak yang berada di luar kawalan ibu bapa inilah yang selalunya akan mendapat khidmat rakan-rakan sebaya untuk meneruskan kehidupan mereka.

Walaupun pelbagai faktor dikatakan menjadi penyebab kepada peningkatan kes pelanggaran disiplin, keruntuhan moral dan akhlak pelajar hari ini, namun sikap menuding jari pada saat-saat genting bukanlah sikap terpuji.

Sebaliknya tindakan segera dan berterusan perlu diambil bagi membendung ia daripada terus berleluasa di kalangan pelajar sekolah.

Lanjutan daripada insiden tersebut juga kita semua pasti dengan segera akan terbayangkan pelbagai gejala yang tidak sihat yang terus bernanah menjadi ‘penyakit masyarakat.’

Nasihat menasihati dan ingat mengingati antara satu sama lain supaya tidak tergelincir dari landasan Islam, sudah menjadi tanggungjawab setiap umat Islam. Tanggungjawab itu terletak kepada keupayaan diri seseorang apabila berada dalam kelompok manusia tertentu dan mengikut tahap ilmu yang dimiliki seseorang individu. Firman Allah yang bermaksud: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian, kecuali mereka yang mengerjakan amalan soleh dan nasihat menasihati agar mentaati kebenaran dan kesabaran.” (Surah al-Asr, ayat 1-3).

Ibu bapa dan penjaga kepada anak-anak, terutamanya yang sedang dalam usia remaja, memainkan peranan cukup besar menentukan hala tuju dan arah hidup mereka seharian. Pengawasan ketat dengan kebebasan yang fleksibel, perlu dirangka dan dilaksanakan bagi mengelakkan mereka daripada terjerumus ke dalam pelbagai jenis insiden yang mendatangkan manfaat kepada diri sendiri.

Ibnu Majah meriwayatkan, dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: " Wahai manusia, sesungguhnya Allah telah memerintahkan kamu melakukan yang makruf dan menegah perkara yang mungkar. Sebelum (sampai masanya) kamu berdoa kepada-Ku tetapi Aku tidak memperkenankannya, (perintah dan tegah) sebelum (sampai masanya) kamu meminta pertolonganKu tetapi Aku tidak menolong kamu.”

Allah berpesan dalam kitab suci al-Quran supaya semua manusia bersatu padu dalam melakukan apa juga bentuk kebaikan untuk kesejahteraan bersama dan jangan sekali-kali bersatu melakukan sesuatu yang boleh membawa ke arah dosa dan kerosakan.

Allah juga berfirman yang bermaksud: “Serulah (semua manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmat dan pengajaran yang baik dan bijaksana, dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.” (Surah an-Nahl, ayat 125).

Page 118: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Salah satu caranya ialah membina jati diri terutamanya di kalangan pelajar di bangku persekolahan. Sejak awal lagi, anak-anak perlu ditanam supaya membenci segala bentuk kemungkaran dan mencintai amalan yang makruf.

Baginda bersabda, yang bermaksud: “Sesiapa yang inginkan dunia, maka hendaklah dia menuntut ilmu, siapa yang inginkan akhirat, maka dia perlu menuntut ilmu, dan sesiapa yang ingin kedua-duanya maka hendaklah ia menuntut ilmu.”

Peranan mendidik anak-anak tidak harus dilepaskan kepada para guru atau pihak sekolah semata-mata.

Dalam pendidikan akhlak, ibu bapa tidak boleh bersikap lepas tangan, malah berperanan besar dalam menentukan sahsiah diri anak-anak mereka. Firman Allah Taala yang bermaksud: “Dan sebarkan bersama-sama dengan orang yang menyeru Tuhannya pagi dan senja hari dengan mengharapkan keredaanNya dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana mengharapkan) perhiasan dunia dan janganlah kamu mengikut orang-orang yang hatinya Kami lalaikan dari mengingati Kami, dan menurut hawa nafsunya dan adalah keadaanya itu melewati batasan.” (Surah al-Kahfi ayat 28).

Didikan awal inilah yang biasanya melekat dalam sanubari mereka. Dengan demikian, maka apabila dewasa, mereka akan mudah menolak segala bentuk kemungkaran kerana adanya benteng dari dalam diri yang menegah mereka dari terbabit dalam sebarang tindakan yang boleh merosakkan diri sendiri.

Kesimpulannya, pihak pentadbir sekolah, guru, ibu bapa, kaunselor, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), masyarakat umum dan semua pihak yang mempunyai kaitan sama ada secara langsung atau tidak, haruslah berganding bahu dalam mencari kaedah terbaik untuk menangani permasalahan ini.

Ziarah kubur ibu bapa umaat diampun dosa

TAAT kepada ibu bapa adalah cara paling baik mendekatkan diri kepada Allah kerana mentaati ibu bapa bererti mentaati perintah-Nya.

Allah memberikan kedudukan tinggi kepada ibu bapa dan menyuruh setiap anak berbuat baik kepada kedua ibu bapa mereka. Ini dijelaskan oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.” (Surah Al-Israa’ ayat 23).

Yang dimaksudkan berbakti kepada kedua ibu bapa ialah berbuat baik kepada mereka, mentaati, melaksanakan hak, menjauhi perkara yang menyakiti hati dan kehidupan mereka serta banyak lagi bakti yang patut dilaksanakan untuk mereka.

Perintah mentaati ibu bapa tidak hanya terbatas kepada golongan tertentu, malah Nabi juga tidak terlepas daripada melakukan ketaatan melalui pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ismail terhadap bapanya Nabi Ibrahim.

Firman Allah yang bermaksud: “Wahai ayah, jalankan apa yang diperintahkan kepadamu; insya-Allah, ayah akan mendapati daku dari kalangan orang-orang yang sabar,” (Surah Ash-Shaffat ayat 102).

Page 119: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Ayat berkenaan menjelaskan bagaimana Nabi Ismail berbakti kepada bapanya Nabi Ibrahim dengan mentaati perintah Allah.

Berbakti kepada ibu bapa membawa berkat, sebagaimana diriwayatkan oleh Anas bin Malik bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sesiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan ditambah rezekinya, hendaklah dia berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali silaturahim.”

Pada dasarnya, berbakti kepada ibu bapa tidak bermakna hanya setakat ibu bapa masih hidup, malah ketika mereka telah tiada.

Abu Daud dan Ibnu Majah serta Ibnu Hibban di dalam sahihnya, daripada Abi Asid Malik bin Rabi’ah As-Sa’idy, berkata: “Ketika kami sedang duduk di rumah Rasulullah, tiba-tiba datang seorang lelaki dari Bani Salamah lalu berkata : “Ya Rasulullah apakah masih ada apa-apa cara yang boleh saya lakukan untuk berbakti kepada ibu bapa selepas mereka meninggal dunia?”

Rasulullah bersabda : “Ya, menyembahyangkan jenazah mereka, dan meminta ampunkan dosa mereka, dan menunaikan janji mereka setelah mereka meninggal serta membuat tali silaturahim yang tidak disambung kecuali dengan mereka dan menghormati kawan-kawan mereka.”

Ziarah kubur ibu bapa dikira sebagai amalan bakti yang akan diberi ganjaran baik, sebagaimana yang dijelaskan Rasulullah dalam hadis diriwayatkan Thabarani dalam Al-Ausath bermaksud: “Sesiapa yang menziarahi kuburan kedua ibu bapanya atau salah seorang di antara mereka setiap hari Jumaat, nescaya diampuni dosanya dan ditulis sebagai orang yang berbakti.”

Beruntunglah bagi setiap anak yang prihatin dan ingat akan kedua-dua ibu bapa mereka sama ada sewaktu hidup mahupun setelah mereka (ibu bapa) tiada.

Kebijaksanaan Nabi Sulaiman

NABI SULAIMAN adalah anak bongsu Nabi Daud yang dianugerahkan dengan kebijaksanaan membuat keputusan dalam kes rumit.

Pada suatu hari, berlaku pertikaian antara dua lelaki dan mereka datang kepada Nabi Daud untuk mengadu hal.

Salah seorangnya berkata: “Tuan, kambingnya telah menceroboh tanamanku. Tanamanku musnah dan menyebabkan kerugian. Kerugian ini mesti dibayar pampasan oleh pemilik kambing.”

Pengembala kambing terbabit sangat miskin dan tiada harta lain kecuali kambing-kambing itu. Jumlah kerosakan yang berlaku melebihi harga kambingnya.

Nabi Daud memerintahkan pemilik kambing menyerahkan kambingnya kepada pemilik tanah sebagai membayar ganti rugi.

Nabi Sulaiman, yang ketika itu masih remaja, mendengar pengadilan berkenaan, lalu beliau bercakap dengan penuh hormat.

“Bapaku, tidak dinafikan keputusanmu betul, tetapi adalah lebih sesuai sekiranya semua kambing digunakan untuk susu dan bulunya saja. Pengembala kambing patut diarah untuk berkhidmat kepada pemilik tanah sehingga keadaan ladang kembali sempurna. Apabila selesai semuanya,

Page 120: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

semua kambing mesti dipulangkan semula kepada pengembala.”

Semua yang hadir menyaksikan pengadilan itu bersetuju dengan pendapat Sulaiman. Nabi Daud sangat menghargai keputusan yang adil dan memerintahkan kedua pihak melaksanakan seperti yang disarankan itu.

Ziarah kubur ibu bapa Jumaat diampun dosa

TAAT kepada ibu bapa adalah cara paling baik mendekatkan diri kepada Allah kerana mentaati ibu bapa bererti mentaati perintah-Nya.

Allah memberikan kedudukan tinggi kepada ibu bapa dan menyuruh setiap anak berbuat baik kepada kedua ibu bapa mereka. Ini dijelaskan oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.” (Surah Al-Israa’ ayat 23).

Yang dimaksudkan berbakti kepada kedua ibu bapa ialah berbuat baik kepada mereka, mentaati, melaksanakan hak, menjauhi perkara yang menyakiti hati dan kehidupan mereka serta banyak lagi bakti yang patut dilaksanakan untuk mereka.

Perintah mentaati ibu bapa tidak hanya terbatas kepada golongan tertentu, malah Nabi juga tidak terlepas daripada melakukan ketaatan melalui pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ismail terhadap bapanya Nabi Ibrahim.

Firman Allah yang bermaksud: “Wahai ayah, jalankan apa yang diperintahkan kepadamu; insya-Allah, ayah akan mendapati daku dari kalangan orang-orang yang sabar,” (Surah Ash-Shaffat ayat 102).

Ayat berkenaan menjelaskan bagaimana Nabi Ismail berbakti kepada bapanya Nabi Ibrahim dengan mentaati perintah Allah.

Berbakti kepada ibu bapa membawa berkat, sebagaimana diriwayatkan oleh Anas bin Malik bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sesiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan ditambah rezekinya, hendaklah dia berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali silaturahim.”

Pada dasarnya, berbakti kepada ibu bapa tidak bermakna hanya setakat ibu bapa masih hidup, malah ketika mereka telah tiada.

Abu Daud dan Ibnu Majah serta Ibnu Hibban di dalam sahihnya, daripada Abi Asid Malik bin Rabi’ah As-Sa’idy, berkata: “Ketika kami sedang duduk di rumah Rasulullah, tiba-tiba datang seorang lelaki dari Bani Salamah lalu berkata : “Ya Rasulullah apakah masih ada apa-apa cara yang boleh saya lakukan untuk berbakti kepada ibu bapa selepas mereka meninggal dunia?”

Rasulullah bersabda : “Ya, menyembahyangkan jenazah mereka, dan meminta ampunkan dosa mereka, dan menunaikan janji mereka setelah mereka meninggal serta membuat tali silaturahim yang tidak disambung kecuali dengan mereka dan menghormati kawan-kawan mereka.”

Ziarah kubur ibu bapa dikira sebagai amalan bakti yang akan diberi ganjaran baik, sebagaimana yang dijelaskan Rasulullah dalam hadis diriwayatkan Thabarani dalam Al-Ausath bermaksud: “Sesiapa yang menziarahi kuburan kedua ibu bapanya atau salah seorang di antara mereka setiap hari Jumaat, nescaya diampuni dosanya dan ditulis sebagai orang yang berbakti.”

Page 121: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Beruntunglah bagi setiap anak yang prihatin dan ingat akan kedua-dua ibu bapa mereka sama ada sewaktu hidup mahupun setelah mereka (ibu bapa) tiada.

Hadis: Rasulullah bimbang riak rosakkan umat

SYIDAD bin Ausi berkata: “Suatu hari saya melihat Rasulullah sedang menangis, lalu saya pun bertanya Baginda, Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?”

Sabda Rasulullah: “Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahawa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka.”

Rasulullah bersabda lagi: “Malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatan hamba daripada puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa ke langit ketujuh.”

Malaikat yang diserahkan ke langit berkata kepada malaikat penjaga: “Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah).

“Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum.”

Mengaji Sesaat : Tuduhan munafik tidak boleh dibuat sembaranganOleh Dandarawi S

DARIPADA Saidina Abu Said Al-Khudri menceritakan bahawa pada zaman Rasulullah saw, orang munafik selalu tidak menyertai peperangan, malah bergembira dengan sikap mereka yang tidak bersama Rasulullah.

Apabila Nabi Muhammad kembali, mereka mengemukakan pelbagai alasan kepada baginda sambil bersumpah dan mengharapkan pujian terhadap apa yang mereka tidak lakukan.

Lalu Allah swt menurunkan ayat di dalam surah Ali Imran ayat 188 yang bermaksud: “Jangan sekali-kali engkau menyangka (wahai Rasulullah, bahawa) orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka telah lakukan dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan, jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan terselamat daripada seksaan dan mereka pula akan beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.” – (Riwayat Imam Muslim).

Puak munafik atau hipokrit selalu saja mencari dan mencipta alasan palsu untuk tidak turut serta bersusah payah memperjuangkan atau mempertahankan keamanan serta kesejahteraan negara bersama Rasulullah dan sahabat. Alasan mereka yang kononnya begitu kukuh ditokok tambah dan diperindahkan supaya nampak hebat seolah-olah mereka telah melakukan suatu jasa yang lebih besar daripada apa yang dilakukan oleh Rasulullah dan sahabat sendiri.

Justeru, mereka berhak pula kononnya untuk mendapat pujian sedangkan mereka sebenarnya

Page 122: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

tidak melakukan apa-apapun selain melarikan diri daripada susah-payah dan beban yang patut ditanggung bersama. Walaupun mereka bergembira dengan penipuan itu tetapi Allah lebih mengetahui tentang apa yang sebenarnya mereka lakukan, malah kesalahan menjauhkan diri daripada tanggungjawab akan tetap menghantui pemikiran mereka sehinggalah mereka mati dan dijanjikan pula dengan azab yang amat pedih.

Di dalam masyarakat, senario atau gejala sifat munafik ini semakin berkembang dan menular, bukan saja di kalangan mereka yang tidak berpendidikan agama malah di kalangan mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan agama juga. Sikap lepas tangan dan hanya menunggu ‘wahyu’ dalam menyelesaikan sesuatu konflik, masalah atau tanggungjawab adalah jelas sebagai sifat hipokrit yang semakin parah.

Walaupun sesuatu isu atau gejala sosial begitu parah dan diketahui semua orang, tiada yang tampil sehinggalah ‘diketuk’ oleh pemimpin atau pendedahan media. Sekiranya ada segolongan minoriti, mereka yang ikhlas tampil untuk menyumbang tenaga akan diejek dan dicemuh malah ada yang tidak mendapat kerjasama. Lebih malang lagi jika usaha itu tidak berjaya maka bertalu-talu kutukan diberi terhadap mereka, namun jika berjaya mereka yang bertungkus-lumus tadi tidak pula diberi pujian tetapi yang mendapat pujian ialah puak hipokrit yang mencelah pada saat akhir dan berlagak seolah-oleh merekalah yang bekerja.

Seperti halnya majlis kenduri besar; daripada mencari kayu api, mendirikan bangsal, menyembelih kerbau, menggulai, menyiapkan pentas, mengatur itu dan ini, semuanya dibuat oleh beberapa kerat orang saja, tetapi sewaktu kenduri bermula dan sewaktu tetamu istimewa tiba, yang bersamping dan bersalaman ialah orang lain yang tidak pernah muncul dalam kerja-kerja sebelum ini.

Dia yang bersalaman dengan tetamu itu akan tersenyum lebar seolah-olah kerana dialah kenduri itu berjaya. Ke mana perginya orang yang mencari kayu, mendirikan bangsal dan menggulai? Kebanyakannya tidak dikenali, tidak dipuji dan hanya duduk di dapur atau bahagian belakang saja.

Justeru, seperti yang disebut Al-Manjisi: “Orang yang ikhlas ialah mereka yang memakmurkan dunia dan menjadikannya sentosa walaupun manusia tidak mengenalinya”. Sultan Salahudin Al-Ayyubi pula berkata: “Orang disanjung bukan kerana kerja ikhlas semata-mata tetapi kerana kedudukannya. Sekiranya orang yang ikhlas itu disanjung juga ketika dia sudah tidak berkedudukan lagi, fahamilah bahawa orang yang menyanjungnya itu sebenarnya yang mahukan kedudukan dan pujian, sebab puja dan puji hanyalah untuk Allah semata-mata. Dialah yang lebih berhak untuk dipuji, jelaslah orang yang memuji orang lain sebenarnya hanya mahu dipuji orang lain pula.”

Daripada Abdullah bin Mas'ud pula berkata, bahawa Rasulullah bersabda: “Tidak ada seorangpun yang lebih suka kepada pujian selain daripada Allah kerana itulah Dia memuji Zat-Nya sendiri. Begitu juga tidak ada seorangpun yang lebih marah daripada Allah kerana itulah sebabnya Dia mengharamkan perbuatan keji.” – (Riwayat Imam Muslim).

Namun bukan semua orang mempunyai niat jahat untuk menjadi orang munafik, terkadang kerana pendidikan dan latar belakang kehidupannya atau sebab-sebab rahsia yang hanya dirinya sendiri mengetahui. Sebab itu adalah tidak adil jika pada kesalahan pertama dan kedua, mereka yang tidak turut serta dalam sesuatu pelaksanaan tanggungjawab dicap hipokrit atau munafik.

Berilah peluang kepadanya untuk membersihkan dirinya dulu daripada ciri-ciri munafik seperti

Page 123: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

berkata bohong, mungkir janji, tidak amanah dan melampau dalam perseteruan. Seharusnya kita berganding bahu mencari jalan secara psikologi dan hikmah untuk menghapuskan sifat dan sikap hipokrit ini.

Bicara Kita - Mati

Assalamualaikum wbt

Rancanglah kematian......

Kita selalu mendengar berita tentang kematian,saban hari, saban waktu, setiap ketika.Kita juga mendengar setiap masaada insan-insan yang menunggu saat kematianbegitulah juga insan-insan yang tak menanti kematiantetapi telah diragut kehidupan dunia darinya tanpa persediaan.

Sesungguhnya kematian tetap akan menjemput insanuntuk kembali kepada penciptanya. Sekuat mana pun kita lari,sejauh mana pun kita cuba hindari, namun kematian akantetap mengekori kita. Sampai waktunya dan ketikanyakita tetap akan pergi juga.

Pelbagai bentuk dan cara kematian menjemput insanada yang kemalangan, ada yang sakit berpanjanganada yang kena buatan orang ?  dan ada yang secara spontan..

Ada yang mati diatas tilam empukada yang mati dibunuh dan dihumban dijalanan atau longkangada juga yang mati dimedan perang.

Ada yang mati ketika melakukan maksiatada yang mati ditempat maksiat tidak kurang juga yang mati semasa melakukan ibadat

Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang tahu kedudukanseseorang ketika matinya seseorang insan.

Namun begitu kita hendaklah berusaha dan merancangkematian yang perlu kita tempuhi atau kehendaki.kerana kematian akan menjenguk kitakita akan mati dengan salah satu asbab, cara kematiankematian yang macamana kah yang kita pilih ?kita tiada pilihan melainkan memilih cara kematian kitakalau kita tidak pilih atau rancang pun, kematian tetap akanbersama kita akhirnya.

Oleh itu rancanglah dari sekarang kematian kita.sabda Rasulullah saw bermaksud " Lazimilah oleh kamu dengan

Page 124: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

berbuat kebajikan, kerana ia dapat menghindarkan kamu dari matidalam keadaan yang tidak baik".

Itulah kematian yang kita cari. iaitu kematian yang boleh membawakepada kebahagian dialam selepas kematian. Berusahalah dan rancanglahsupaya kematian kita adalah dalam keadaan yang baik, cara yang baik.penuh dengan keimanan dan keredhaan Allah swt. Walaupun begitu sedarilah bahawa kematian yang paling mulia disisi Allah ialah matisyahid.Sekian, wassalam.  Source: [email protected]

BID’AH

Dewasa ini segolongan umat Islam di tengah-tengah masyarakat kita dengan mudah menjatuhkan hukuman bid’ah atau syirik ke atas orang Islam lain hanya kerana melakukan perbuatan yang mereka anggap berlawanan dengan ajaran Islam sedangkan ianya jelas sama sekali tidak bercanggah dengan syara’. Mereka ini termasuklah segelintir kecil daripada guru-guru agama atau mereka yang mengaku ulamak. Menyedari permasalahan tersebut maka artikel ringkas ini ditulis bertujuan memberi :-

Penerangan dan kefahaman sebenar berkenaan intipati makna dan tafsiran bid’ah serta permasalahannya.

Makna Bid’ah :

Dari sudut bahasa : Mengadakan sesuatu perkara yang baru yang tidak sama seperti sebelumnya.Dari sudut Syara’ : Mengadakan sesuatu yang baru yang tidak dinaskan (dinyatakan)

di dalam Al-Quran dan Hadith.

Pembahagian Bid’ah :

Terbahagi kepada dua bahagian :-

i . Bid’ah Dholalah (sesat) : Sesuatu perkara baru yang bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah.i i. Bid’ah Hasanah (baik) : Sesuatu perkara baru yang bertepatan dengan

Al-Quran dan As-Sunnah.

Berkata Imam Syafie : “ Bid’ah terbahagi kepada dua, mahmudah (terpuji) dan mazmumah (tercela). Apa yang bertepatan dengan sunnah maka ianya terpuji, dan apa yang bertentangan dengan sunnah maka ianya tercela.”

Dan berkata Imam Nawawi “ Bid’ah dari segi syara’ ialah mengadakan sesuatu perkara yang baru yang tiada pada zaman Rasulullah dan ianya terbahagi kepada bid’ah yang baik dan bid’ah yang buruk.”

Page 125: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Pembahagian ini difahami daripada hadis al-Bukhari dari Aishah , sabda Rasulullah “ Sesiapa yang mengada-adakan di dalam urusan kami (agama) apa yang bukan daripadanya, maka ianya ditolak. “ – Riwayat Bukhari..Apa yang dimaksudkan dengan ayat “ apa yang bukan daripadanya “ ialah perkara-perkara yang baru iaitu bid’ah (ditolak sekiranya bertentangan dengan syariat). Adapun perkara-perkara yang baru (bid’ah) yang bertepatan dengan syariat maka ianya tidak ditolak.

Sabda Rasulullah : “ Sesiapa yang mengadakan di dalam agama perkara yang baik, maka baginya pahala dan pahala dari orang yang melakukan selepasnya tanpa kurang sedikit pun. Dan sesiapa yang melakukan di dalam agama perkara yang tidak baik, maka baginya dosa, dan dosa orang yang melakukan selepasnya tanpa kurang sedikit pun. “ – Riwayat Muslim.

Antara amalan-amalan baru yang diadakan selepas zaman Rasulullah atau ketika hayat baginda yang dianggap bid’ah hasanah ialah :

i. Sembahyang sunat dua raka’at ketika peperangan, ianya amlan baru yang diadakan oleh Khobib bin Udai.- Sohih Bukhari : Kitab al-Maghozi.

ii. Meletakkan titik di dalam mashaf (Al-Quran) yang dilakukan oleh Yahya bin Ya’mar. Sebelum itu para sahabat menulis huruf ( ba’ ) dan ( ta’ ). Kisah ini terdapat di dalam kitab Al-Masohif karangan as-Sajastani.

iii. Saiyidina Uthman mengadakan azan kedua pada hari Jumaat. Adakah ini dianggap sebagai bid’ah dholalah semata-mata ianya tidak dibuat pada zaman Rasulullah ?

iv. Sambutan Maulidur Rasul. Amalan ini tidak diadakan pada zaman Rasulullah dan beberapa kurun selepasnya. Akan tetapi ia mula diadakan pada awal tahun 600 hijrah. Orang pertama yang melakukannya ialah Raja Irbil yang digelar Al-Muzaffar Abu Sa’id bin Zainuddin. Ramai ulamak memujinya seperti Ibnu Hajar Al-Asqolani dan As-Sayuti.

v. Berselawat ke atas nabi dengan suara yang kuat selepas azan. Amalan ini berlaku selepas tahun 700 hijrah. Ianya bid’ah terpuji berdasarkan sabda Rasulullah : “ Apabila kamu mendengar azan daripada muazzin maka katakanlah sebagaimana yang dikatannya, kemudian berselawatlah ke atasku.” – dikeluarkan oleh Muslim di dalam Sohihnya.

vi. Menulis perkataan “ .” selepas nama nabi. Amalan ini tidak dilakukan oleh Rasulullah ketika mengutuskan surat kepada raja-raja dan pembesar-pembesar. Akan tetapi Rasulullah hanya menulis : “ Dari Muhammad Rasulullah kepada si fulan ... “

vii. Tareqat yang diadakan oleh orang-orang soleh seperti Tareqat Ar-Rifa’iyyah dan Al-Qodiriyyah.

Selain yang disebutkan di atas, terdapat banyak lagi amalan-amalan di kalanganmasyarakat Islam di negara ini yang dianggap sebagai bid’ah hasanah seperti : membaca tahlil, kenduri arwah, bertalqin, membaca al-Quran kepada si mati, menziarahi kubur bertawassul, sambutan isra’ mikraj, sambutan nuzulul quran, sambutan maulidur rasul, membaca surah Yasin di malam Jumaat (Yasinan), wirid beramai-ramai selepas solat fardhu, berdoa secara berjama’ah dan lain-lain lagi. Selagimana ianya tidak bertentangan dengan Al-quran dan As-Sunnah.

Page 126: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Adapun bid’ah dholalah yang mana ianya menyalahi al-Quran dan Sunnah sangat banyak seperti :

i. Mengingkari Qadar (ketentuan Allah) sebagaimana yang berlaku kepada golongan Qodariyyah iaitu mereka yang mengatakan bahawa Allah tidak mencipta af’al al-i’bad al-ikhtiariah (perbuatan yang dipilih oleh manusia ), bahkan mereka mengatakan manusialah yang menciptanya.

ii. Mengatakan tiada permulaan bagi alam (makhluk)

iii. Mengatakan Allah hanya mencipta kebaikan semata-mata dan tidak mencipta keburukan.

iv. Mengharamkan tawassul dengan nabi dan orang-orang soleh.

Adapun yang dimaksudkan dengan mengadakan perkara-perkara yang baru , Rasulullah menyatakan di dalam hadis baginda : “ Jangan sekali-kali kamu mengadakan perkara-perkara yang baru, kerana sesungguhnya setiap perkara yang baru adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat.” Ialah perkara-perkara yang diada-adakan yang menyalahi Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’ Ulamak, Qias ataupun Athar ( amalan para sahabat ).

Di dalam syarah Sohih Muslim, Imam Nawawi menyebut : “ Sabda Rasulullah : “ Dan setiap bid’ah adalah sesat “. Ini adalah lafaz umum yang dikhususkan dan yang dimaksudkan dengannya ialah kebanyakan bid’ah. Sebagaimana lafaz yang terkandung di dalam Al-Quran yang mengisahkan tentang azab (angina kencang) yang diturunkan oleh Allah ke atas kaum A’ad di dalam surah Al-Ahqof ayat ke 25 yang bermaksud “ Memusnahkan (angin) kesemuanya “. Lafaz (kesemuanya) di dalam ayat tersebut bukanlah bermakna keseluruhan alam ini dimusnahkan termasuk bulan, bintang, matahari, gunung-ganang, lautan, langit dan yang lain-lain bahkan lafaz (kesemuanya) yang dimaksudkan di dalam ayat tersebut adalah ditujukan hanya kepada kaum A’ad dan harta benda mereka sahaja.

Inilah pengertian bid’ah yang sebenar yang bertepatan dengan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pegangan ulamak-ulamak ahlus-sunnah wal jamaa’ah yang dipelopori oleh golongan Al-Asya’iroh dan Al-Maaturidiyyah di Malaysia dan di seluruh pelusuk dunia.

Mudah-mudahan artikel ringkas ini dapat memberi penjelasan sebenar tentang permasalahan bid’ah secara ilmiah sekaligus dapat menjauhkan masyarakat daripada salah faham dan terpengaruh dengan golongan-golongan yang cuba mengambil kesempatan merosakkan aqidah, pegangan dan kesatuan umat Islam.ISLAM KEMBALI DAGANGErtinya:Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".H.R. Muslim KeteranganIslam mulai tersebar di Mekkah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendukungnya kalau dibandingkan dengan penentangnya. Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua pertiga penduduk dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian daripada orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat

Page 127: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

orang Islam yang iltizam (komitmen) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat. Contohnya, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu solat, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk menunaikan solat, maka tindakan ini dianggap tidak sopan dan kurang wajar. Sedangkan orang yang tidak bersolat sambil bersenda-senda ketika orang lain bersolat tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk.Begitu juga dengan budaya berCOUPLE.Perbuatan ini telah dijadikan sesuatu yang amat biasa dengan berDECLARE dahulu sebelum kahwin.Sedangkan ini telah diterangkan jelas di dalam Al-Quran : “Janganlah kamu menghampiri zina”. Maka masyarakat membuat sambil lewa tentang amalan yang menjadi punca utama keruntuhan akhlak,gejala sosial dan aktiviti jenayah ini.Perlaku maksiat ini hanya memberi alasan “kami tahu batas-batasnya” dan dengan bangganya membelakangkan “NAS” AL-QURAN. Begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang rnengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam

Bintang, matahari antara rujukan panduan kiblatOleh Hasliza Hassan

Sambungan semalam

ADA beberapa kaedah bagi menentukan arah kiblat seperti panduan yang diberikan dalam buku Penentuan Arah Kiblat - Antara Ilmu dan Ijtihad terbitan Bahagian Falak Syarie, Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Terdapat beberapa kaedah tradisional yang digunakan, iaitu:-

1. Matahari istiwa atas Kaabah

Kejadian matahari istiwa (rembang) di atas kaabah berlaku dua kali setahun iaitu pada 28 Mei kira-kira jam 5.16 petang dan pada 16 Julai, kira-kira jam 5.28 petang (waktu Malaysia). Ketika matahari istiwa di atas Kaabah, bayang objek tegak di seluruh dunia akan memperbetulkan arah kiblat. (Rajah 1)

Panduan menentukan arah kiblat dari satu tempat pada tarikh dan masa yang ditentukan di atas:

l Pacakkan satu tiang di kawasan yang hendak disemak arah kiblatnya.

l Pastikan tiang berkenaan tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakannya boleh diletak sebarang pemberat yang diikat pada hujung tiang itu.

l Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung daripada sinaran matahari. Oleh kerana matahari berada di langit barat, maka bayang-bayang akan jatuh ke arah timur, maka arah kiblat ialah bayang-bayang yang menghadap ke barat.

2. Kaedah buruj bintang

Page 128: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Buruj bintang ialah sekumpulan bintang yang berada di suatu kawasan langit serta mempunyai bentuk yang hampir sama dan kelihatan berdekatan antara satu sama lain.

Menurut International Astronomic Union, langit dibahagikan kepada 88 kawasan buruj bintang. Bintang yang berada di satu kawasan sama adalah dalam satu buruj.

Pemerhati purba menetapkan sesuatu buruj bintang mengikut bentuk yang mudah mereka kenal pasti seperti bentuk haiwan, geometri dan seumpamanya. Dengan mengetahui bentuk buruj bintang tertentu, arah utara dan arah kiblat dari sesuatu tempat boleh ditentukan.

l Menggunakan kedudukan buruj Orion atau buruj Al-Babadour

Pada buruj ini ada tiga bintang yang berderet iaitu Mintaka, An Nilam dan An Nitak. Arah kiblat boleh diketahui dengan mengunjurkan arah tiga bintang berderet berkenaan ke arah barat.

Buruj Orion akan berada di langit Malaysia ketika waktu Subuh pada Julai dan kemudian pada Disember. Pada Mac, buruj Orion akan berada di tengah langit pada waktu Maghrib. (Rajah 2)

l Menggunakan kedudukan bintang Al-Qutbi/Kutub (Polaris).

Bintang akan kelihatan secara ketara mengelilingi paksi kutub yang ditunjukkan oleh bintang Qutbi. Oleh itu bintang Qutbi menunjukkan arah utara benar dari mana-mana tempat di bumi.

Bintang Qutbi terletak dalam buruj Al-Judah (bajak/Ursa Minoris) dan buruj ini berada di langit Malaysia waktu tengah malam pada Julai hingga Disember setiap tahun. Kedudukan bintang qutbi boleh dikenali berdasarkan bentuk buruj bintang. (Rajah 3)

Arah kiblat boleh ditentukan berdasarkan perbezaan sudut sebanyak 68’ (bagi Malaysia) ke kiri dari kedudukan bintang Qutbi seperti yang ditunjukkan dalam rajah 4.

Gunakanlah petunjuk sudut dengan jari untuk menentukan nilai bukaan sudut. (Rajah 5).

3. Kaedah matahari terbenam

Secara umum jika kita merujuk kepada kedudukan matahari terbenam untuk tujuan penentuan arah kiblat adalah tidak tepat. Ini disebabkan arah matahari terbenam di Malaysia akan berubah dari azimut 235 darjah hingga 295 darjah.

Bagaimanapun sebagai salah satu daripada langkah berijtihad, arah matahari terbenam boleh digunakan sekiranya diketahui perbezaan sudut antara arah matahari dengan arah kiblat.

Anggaran perbezaan sudut antara arah kiblat dengan matahari terbenam bagi kegunaan di Malaysia secara purata adalah seperti berikut:

Januari, anggaran arah kiblat dari matahari terbenam ialah ke kanan 45 darjah; Februari (ke kanan 40 darjah); Mac (ke kanan 25 darjah); April (ke kanan 15 darjah); Mei (ke kanan 5 darjah) dan Jun (ke kiri 1 darjah).

Julai (ke kanan 1 darjah); Ogos (ke kanan 5 darjah); September (ke kanan 15 darjah); Oktober (ke

Page 129: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

kanan 30 darjah); November (ke kanan 40 darjah) dan Disember (ke kanan 45 darjah)

Anggaran sudut antara arah kiblat dengan matahari ketika terbenam di Malaysia. Cara pengiraan anggaran boleh rujuk rajah 5.

Kaedah moden antaranya ialah:

1. Pengiraan arah kiblat

l Hitungan adalah berdasarkan kepada konsep arah di sepanjang bulatan gedang bumi (great circle).

l Membabitkan model matematik sfera yang mengandungi koordinat geografi tempatan dan koordinat geografi rujukan (Kaabah). Ini ditunjukkan seperti dalam rajah 6.

2. Kompas Prismatik

Penandaan arah kiblat dengan kompas banyak diamalkan di kalangan masyarakat Islam masa kini. Arah yang ditunjukkan oleh sesuatu kompas adalah arah yang merujuk kepada arah utara.

Arah utara magnet pula tidak semestinya bersamaan dengan arah utara benar. Perbezaan arah utara ini dipanggil sebagai sudut serong magnet. Satu lagi masalah yang boleh timbul daripada menggunakan kompas ialah tarikan graviti tempatan di mana ia terkesan dari kewujudan bahan logam atau arus elektrik di sekeliling kompas yang digunakan. Namun ia boleh digunakan sebagai alat alternatif sekiranya alat yang lebih sesuai tidak ada. (Rajah 7)

3. Penggunaan Teodolit

Teodolit (Rajah 8) adalah antara alat termoden yang diguna pakai oleh kebanyakan juruukur dan pihak yang melakukan kerja menentukan arah kiblat. Alat ini digunakan untuk mengukur bacaan sudut secara mendatar dan menegak. Ia juga memberi kejituan bacaan tinggi dan tepat.

ESOK: Masalah penentuan kiblat dan punca masalahnya.

Perubahan arah uji keimanan

PERISTIWA Tahwil Qiblah atau perubahan arah kiblat dalam solat dari Baitulmaqdis ke Masjidil Haram di Makkah yang berlaku pada Syabaan adalah ujian Allah kepada orang beriman.

Allah mahu menguji sejauh mana kemampuan mereka melaksanakan perintah Allah.

Al-Quran menjelaskan perubahan arah kiblat itu untuk menguji orang beriman, sejauh mana kemampuan mereka melaksanakan perintah Allah.

Firman Allah maksudnya: “...Dan kami tidak menetapkan kiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar Kami mengetahui siapa yang mengikut Rasul dan siapa yang

Page 130: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

membelot.

“Sesungguhnya, pemindahan kiblat itu terasa amat berat kecuali bagi orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan Allah tidak akan mensia-siakan iman kamu kerana sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia.” (Surah al-Baqarah, ayat 143)

Ujian yang dimaksudkan di sini, terbukti selepas berlaku peristiwa Qiblah Tahwil.

Orang Musyrikin mendakwa perubahan arah kiblat itu petanda betapa kalutnya agama yang dibawa Nabi Muhammad.

Orang beriman mula bimbang kononnya sembahyang mereka selama ini tidak diterima Allah.

Ayat yang diturunkan menjelaskan bahawa solat yang didirikan sebelum peristiwa tahwil tetap diterima Allah dan tidak sia-sia.

Sejarah mencatatkan 10 sahabat yang meninggal dunia sebelum sempat mentaati perintah Allah.

Ini kerana selama ini mereka menghadapkan muka ke Baitulmaqdis, sebenarnya pahala mereka setanding dengan mereka yang hidup dengan menghadapkan muka ke Kaabah.

Mengikut sejarah, kefarduan sembahyang disyariatkan ke atas Nabi Muhammad dan orang Islam ialah ketika Mikraj Rasulullah. Sejak itu, arah kiblat ialah menghadap ke Baitulmaqdis di Palestin.

Ada pendapat ulama yang menyatakan Rasulullah bersolat di Makkah dengan menghadap ke Kaabah, tetapi pendapat yang lebih tepat menyatakan arah kiblat ketika itu ialah Baitulmaqdis.

Perkara ini berterusan hingga baginda berhijrah ke Madinah dan ketika itu arah kiblat masih menghadap ke Baitulmaqdis.

Keadaan ini berterusan hampir 16 atau 17 bulan. Ibnu Ishaq menyatakan peristiwa Tahwil Qiblah berlaku selepas 18 bulan hijrah Rasulullah.

Pada pertengahan Syaaban iaitu pada 15 Syaaban tahun kedua Hijrah, Rasulullah diperintahkan oleh Allah untuk mengubah kiblat ke Kaabah.

Sebelum peristiwa ini, orang Yahudi di Madinah pelik mengapakah arah kiblat orang Islam menghadap ke Baitulmaqdis, sedangkan Baitulmaqdis adalah kiblat mereka.

Menurut pengetahuan mereka, agama yang dibawa Nabi Muhammad tidak sama dengan agama yang mereka anuti.

Orang Yahudi menyangka Islam mengikuti dan mengamalkan beberapa tradisi dan sembahyang mereka.

Cakap-cakap seumpama ini sedikit sebanyak menggusarkan hati Rasulullah, sedangkan baginda amat menginginkan arah kiblat menghadap ke Kaabah kerana ia adalah binaan yang dibangunkan Nabi Ibrahim.

Rasulullah pernah meluahkan perasaan ini kepada Jibril, malah sering mendongak ke langit

Page 131: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

berdoa kepada Allah agar hasratnya didengar dan dimakbulkan.

Sejak itu, Rasulullah sering menunggu supaya diturunkan wahyu agar keinginannya itu terlaksana.

Sesungguhnya Kaabah diharapkan menjadi kiblat orang Islam kerana ia adalah rumah suci pertama dibina untuk menyembah Allah Yang Maha Esa.

Biarlah orang Islam mempunyai kiblat sendiri dan tidak mengikut apa yang diamalkan orang Yahudi. Semoga propaganda orang Yahudi berakhir dengan turunnya wahyu membenarkan hajat dan hasrat baginda.

Doa Rasulullah didengari Allah dan keinginan itu, akhirnya dipenuhi oleh Allah Yang Maha Mendengar. Turunlah wahyu Allah menerusi firman-Nya bermaksud: “Kami melihat kamu memalingkan muka kamu (untuk petunjuk) ke arah langit, sekarang kami akan palingkan muka kamu ke Qiblah yang akan memuaskan hati kamu. Maka hadapkanlah muka kamu ke arah masjid yang suci (Masjidil Haram) di mana saja kamu berada, hadapkanlah muka kamu ke arahnya.” (Surah al-Baqarah, ayat 144)

Solat pertama yang didirikan Rasulullah menghadap Kaabah ialah Zuhur bersama Bani Salamah di masjid yang dikenali sekarang sebagai Masjid al-Qiblatain.

Solat pertama menghadap ke Kaabah di Masjid Nabawi ialah Asar.

Di masjid Quba, solat pertama menghadap Kaabah ialah Subuh, apabila berita pertukaran kiblat ini sampai kepada orang Islam di Madinah.

Perubahan arah kiblat ini mengganggu fikiran orang Yahudi yang selama ini mengejek Rasulullah dan sahabat.

Mereka kemudiannya menyebarkan khabar angin dan dengan segera Allah menurunkan wahyu menolak dakwaan mereka.

Apabila mereka berhujah dengan menyatakan kebenaran itu hanya dengan menghadapkan muka ke Baitulmaqdis, Allah menurunkan ayat 142 surah al-Baqarah yang bermaksud:

“Mereka yang jahil dari kalangan mereka (orang Yahudi) akan berkata, apakah yang menyebabkan mereka berpaling muka dari Qiblah yang mereka sering hadapkan?

“Katakan (wahai Muhammad), kepada Allah milik kedua-dua arah timur dan barat. Allah memberikan petunjuk kepada manusia ke jalan yang benar.”

Fikrah: Tawakal ciri mukmin sejati

ISLAM menuntut umatnya supaya bekerja dengan jalan yang diredai Allah bagi memperoleh harta kekayaan dan menjauhi sifat malas dan meminta-minta.

Pada suatu hari, Saidina Umar berjumpa segolongan manusia penduduk negeri Yaman yang tidak berusaha dan hanya bertawakal membuta-tuli.

Kata Saidina Umar: “Kamu sekalian bohong semata-mata, kamu sekalian bukan orang yang

Page 132: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

bertawakal kepada Allah.

“Ini kerana orang yang bertawakal kepada Allah itu menaburkan bibit ke dalam tanah subur dan kemudian menyerah diri atau berpegang kuat kepada Allah.”

Berkata Umar Ibnu al Khattab: “Wahai golongan yang membaca al-Quran! Angkatlah kepalamu kerana telah sangat terang jalan untukmu.

“Berlumbalah kepada kebajikan dan janganlah kamu menjadi bebanan segala orang Islam. Sesuatu usaha yang padanya ada sedikit kehinaan lebih baik daripada meminta-minta.

“Janganlah duduk seseorang kamu daripada mencari rezeki dan berkata: “Wahai Tuhanku! Rezekikanlah oleh-Mu akan daku! Padahal dia mengetahui bahawa langit tiada menghujankan emas dan perak.

“Pelajarilah akan pelbagai macam kepandaian pekerjaan kerana kamu hampir berhajat kepada sesuatu macam pekerjaan itu. Sekiranya tidak ada berjual beli, jadilah kamu bebanan atas manusia.

“Wahai golongan yang membaca al-Quran! Carilah rezekimu (dengan usaha dua tanganmu sendiri) dan janganlah menjadi bebanan atas manusia.”

Kesimpulannya, orang beriman ialah orang yang berusaha dengan sepenuh tenaga dan sedaya upaya untuk menjadikan perintah Allah itu kenyataan. Mereka juga mencurahkan kesanggupan dan kesediaan yang ada padanya dalam melaksanakan tanggungjawab itu menurut ketetapan yang digariskan Allah.

Kemudian dia menginsafi bahawa dia hanya manusia yang kerdil serba daif serta kuasa dan kekuatan sebenarnya yang lebih tinggi adalah milik Allah yang mutlak.

Ringkasnya, kepada Allah sajalah orang beriman itu bertawakal manakala orang yang tidak beriman tidak mengenal erti tawakal sebenarnya.

Hanya mukmin sejati yang menyerah diri bertawakal kepada Allah.

Dia menunaikan perintah Allah serta tuntutan iman dengan pada masa yang sama berusaha serta berikhtiar kerana ikhtiar juga adalah amalan anggota zahir kerana mentaati perintah Allah.

Pelbagai kaedah tentukan kiblatOleh Hasliza Hassa

PADA awal perkembangan Islam, penentuan arah kiblat tidak menimbulkan masalah kerana Rasulullah ada bersama sahabat dan baginda sendiri yang akan menunjukkan arah kiblat apabila berada di luar Makkah.

Apabila sahabat mula mengembara untuk mengembangkan Islam, kaedah menentukan arah kiblat menjadi rumit dan mereka mula merujuk kepada kedudukan bintang menurut pengetahuan mereka menepati arah ke Makkah.

Page 133: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Selain itu, apabila berada di tempat baru, sahabat akan merujuk tanda-tanda geografi seperti bukit atau gunung yang mereka tahu mengarah ke arah kota Makkah.

Sebagai pusat perdagangan terkenal sejak zaman jahiliah, pengetahuan mengenai arah ke Makkah adalah perkara biasa kepada kebanyakan pedagang, musafir dan mereka yang sering berulang alik ke kota suci itu.

Pada zaman pertengahan, kaedah segi tiga pengiraan falak digunakan. Formula trigonometri bagi pengiraan arah kiblat itu tidak jauh berbeza dengan formula yang digunakan sekarang.

Pengukuran arah kiblat ketika itu menggunakan rubu’ mujayyab berdasarkan rujukan garisan meridian (dinamakan sebagai ‘garis tengah hari’ dalam kebanyakan kitab falak tradisional) dan kompas.

Ketua Unit Falak, Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (Kusza), Baharrudin Zainal, berkata usaha awal dalam penentuan kiblat secara teknikal dimulakan oleh Khalifah Al-Makmun, yang memerintahkan supaya koordinat geografi kota Makkah ditentukan dengan tepat.

Katanya, cara itu membolehkan arah kiblat dikira dari Baghdad di mana latitud Makkah diperoleh dengan mengukur ketinggian matahari pada waktu rembang (istiwa atau transit), manakala longitud diperoleh dengan mengukur perbezaan waktu ditunjukkan oleh jam matahari.

Bagaimanapun, katanya, ahli falak tradisional cenderung menggunakan kaedah logaritma dan geometri, kedudukan matahari atau gabungan kedua-dua kaedah berkenaan dalam menentukan arah kiblat.

“Pengukuran sudut ke arah kiblat dibuat secara geometri atau menggunakan rubuk mujayyab, iaitu peralatan tradisional untuk mengukur sudut dan pengiraan trigonometri.

“Dalam hal ini penentuan garisan utara, selatan atau meridian tempatan perlu ditentukan terlebih dulu dengan kaedah tongkat istiwa yang bukan saja mudah tetapi juga tepat,” katanya.

Baharrudin berkata, kebanyakan masjid lama di Malaysia menggunakan kaedah itu untuk mendapatkan arah utara bagi penentuan arah kiblat.

Secara teori, jika kita mengetahui satu sudut waktu sebelum istiwa dengan satu sudut waktu yang sama selepas istiwa, maka jarak bayang sesuatu objek tegak yang dibuat dalam dua keadaan itu adalah sama.

Istiwa adalah satu keadaan di mana matahari akan berada tepat di titik zenith (ghayah) sesuatu tempat ketika tengah hari dan fenomena itu boleh dimanfaatkan untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat lain di bumi.

Menurut hisab, peristiwa istiwa matahari di atas Kaabah akan berlaku setiap tahun pada jam 5.16 petang (waktu Malaysia) 28 Mei dan sekali lagi pada jam 5.28 petang, 16 Julai.

Tepat masanya pada 16 Julai, jam 5.28 petang, bayang-bayang yang ditunjukkan oleh objek tegak sama ada kayu atau tiang adalah bersamaan dengan arah kiblat.

Oleh kerana matahari berada di langit barat, bayang-bayang tiang akan jatuh ke arah timur, arah

Page 134: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

kiblat ialah yang mengadap ke barat.

Baharrudin berkata, secara umumnya tugas menentukan arah kiblat dilakukan oleh ahli teknikal seperti jurutera Jabatan Kerja Raya, juruukur dari Jabatan Tanah dan Ukur serta mereka yang mempunyai pengetahuan dalam kerja menentukan arah kiblat.

Tetapi, katanya, pengesahan dilakukan pihak berkuasa negeri iaitu Jabatan Mufti atau Jabatan Agama Islam Negeri, bergantung kepada bidang kuasa masing-masing.

Beliau berkata, bagi pembinaan masjid, pelan arkitek perlu menyatakan nilai azimut kiblat dari tempat berkenaan dan nilai itu perlu disahkan oleh ahli falak atau juruukur tanah berlesen, pegawai Jabatan Mufti atau Jabatan Agama Islam yang mempunyai kepakaran.

Pengesahan itu perlu dinyatakan dalam pelan arkitek dan kejuruteraan bagi masjid yang ingin dibina.

Baharrudin berkata, surat kebenaran mendirikan masjid hanya dikeluarkan selepas penandaan garisan asas masjid, bukan sebelum penyediaan tapak masjid seperti amalan sekarang.

Katanya, ketika kerja pengukuran arah kiblat pula, beberapa pihak perlu hadir di tapak masjid untuk menyaksikan dan mengesahkan proses pengukuran berkenaan.

Antaranya ialah juruukur tanah atau ahli falak yang mempunyai kemahiran instrumen, pegawai Jabatan Mufti/Jabatan Hal-Ehwal Agama yang diberi kuasa, Pengerusi Jawatankuasa Masjid atau wakil badan kebajikan yang mewakili penduduk tempatan dan wakil kontraktor pembinaan.

Aspek yang diberi perhatian ketika proses penandaan ialah ketepatan koordinat tapak masjid; kiraan azimut kiblat; peralatan dan spesifikasinya; kaedah dan ketepatan penandaan garisan asas bangunan serta pengesahan saksi.

Mengenai keperluan memilih tapak untuk pembinaan masjid, Baharrudin berkata, kebiasaannya tapak masjid disediakan berdasarkan keperluan mengambil kira jumlah jemaah mengikut mukim atau kampung.

“Untuk memaksimumkan jumlah jemaah bagi satu reka bentuk bangunan masjid, orientasi binaan harus mengadap ke arah kiblat.

“Jadi pemilihan tapak masjid bukan masalah, sebaliknya orientasi bangunan perlu mengadap ke arah kiblat,” katanya.

Empat mazhab sepakat arah solat

KAEDAH dalam menentukan arah kiblat perlu kepada satu ilmu khusus yang dipelajari atau sekurang-kurangnya meyakini arah yang dihalakan agar ia benar-benar menepati kehendak syarak.

Page 135: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Ini kerana menghadap arah kiblat menjadi syarat sah bagi umat Islam yang hendak menunaikan solat sama ada solat fardu lima waktu atau sunat. Begitu juga wajib menghadap kiblat bagi mereka yang melakukan tawaf di Baitullah serta menjadi arah meletakkan kedudukan jenazah secara mengiring dalam liang lahad kubur.

Umat Islam juga disunatkan mengadap kiblat ketika membaca al-Quran, berdoa, berzikir dan tidur mengiring dengan bahagian kanan di bawah.

Kepentingan menghadap kiblat yang diertikan sebagai pusat tumpuan umat Islam dalam mengerjakan ibadat ditekankan dalam firman Allah yang bermaksud:

“Dan dari mana saja engkau keluar (untuk mengerjakan solat) hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Kaabah). Sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu benar dan Allah (tuhanmu) dan ingatlah Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan.” (surah al-Baqarah, ayat 149)

Menurut satu hadis daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah (pada suatu hari) mendirikan solat dengan menghadap ke Baitulmaqdis. Kemudian turunlah ayat al-Quran bermaksud: “Sesungguhnya kami selalu melihat mukamu mengadah ke langit (berdoa mengadap ke langit). Maka turunlah wahyu memerintahkan baginda menghadap ke Baitullah (Kaabah). Sesungguhnya kamu palingkanlah mukamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram.

Kemudian seorang lelaki Bani Salamah lalu, ketika itu orang ramai sedang rukuk pada rakaat kedua solat fajar. Beliau menyeru, sesungguhnya kiblat telah berubah. Lalu mereka berpaling ke arah kiblat.”

Berdasarkan dalil al-Quran dan hadis di atas, dapat disimpulkan bahawa menghalakan wajah ke arah kiblat adalah syarat sah sembahyang dan kiblat itu adalah kedudukan Kaabah.

Bagi mereka yang berada di Masjidil Haram, soal menghadap ke arah kiblat tidak menjadi masalah, tetapi bagi yang jauh soal arah kiblat kadang-kala boleh menimbulkan perselisihan.

Oleh itu, perlu ada satu ketentuan bagi mendapatkan kaedah menentukan arah kiblat yang tepat supaya apabila mengerjakan ibadat, arah yang dipalingkan wajah adalah arah kiblat sebenar menghadap ke Baitullah.

Mengikut buku Penentuan arah kiblat: Antara Ilmu dan Ijtihad yang diterbitkan oleh Bahagian Falak Syarie, Jabatan Mufti Negeri Selangor, ada banyak cara dalam menentukan arah kiblat.

Antaranya ialah kaedah ijtihad yang hanya boleh digunakan bagi mereka yang tidak mempunyai teknik atau alat dalam menentukan arah kiblat seperti mereka yang sedang musafir atau di tempat yang tidak diketahui lokasinya.

Semua empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali bersepakat bahawa menghadap kiblat adalah syarat sah solat. Mazhab Syafie telah menetapkan tiga syarat yang boleh diguna pakai bagi memenuhi syarat mengadap kiblat.

Pertama, mengadap kiblat dengan penuh yakin terutama bagi seseorang yang berada dalam Masjidil Haram, sama ada nampak Kaabah atau tidak, wajib menghadap dan menghalakan dirinya ke Baitullah dengan penuh yakin.

Page 136: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Kewajipan berkenaan perlu dipastikan terlebih dulu dengan melihat atau menyentuhnya bagi orang yang cacat penglihatan atau dengan cara lain yang boleh dipastikan, asalkan ada keyakinan.

Kedua, menghadap kiblat secara dzanni bagi seseorang yang berada jauh dari Baitullah iaitu berada di luar Masjidil Haram atau di sekitar tanah suci Makkah. Mereka dikehendaki menghadap ke arah Masjidil Haram sebagai maksud menghadap ke arah Kaabah secara dzanni dan ia boleh diketahui melalui pertanyaan kepada mereka yang berpengetahuan seperti penduduk Makkah.

Ketiga ialah ijtihad, di mana melalui kaedah ini pelbagai cara boleh digunakan bagi menentukan arah kiblat dari satu tempat yang terletak jauh dari tanah haram seperti panduan bintang Polaris (Qutbi), fenomena istiwa matahari di atas Kaabah dan Trigonometri Sfera.

Seseorang yang tidak tahu menggunakan kaedah berkenaan perlu bertaklid kepada orang yang berijtihad.

Bagi sesetengah tempat seperti Malaysia, ijtihad arah kiblat boleh ditentukan melalui perhitungan falak atau astronomi dengan penggunaan peralatan yang sesuai dan moden seperti teodolit dan kompas.

Penggunaan alat yang moden ini akan menjadikan hala tuju arah kiblat lebih tepat dan dengan bantuan alat serta keyakinan tinggi, maka hukum kiblat menjadi dzanni. – Esok: Kaedah menentukan kiblat.

Taubat cara bersih jiwa, sucikan hati

KEBERSIHAN batin penting bagi umat Islam bagi menjadikan dirinya insan yang bertakwa kepada Allah. Ia dilakukan dengan membersihkan jiwa daripada kesan dosa dan perbuatan maksiat iaitu dengan cara bertaubat dan membersihkan hati daripada akhlak tercela.

Rasulullah bersabda maksudnya: “Kesucian hati daripada sifat keji itu adalah setengah daripada iman. Untuk membersihkan hati, kita perlulah menjauhi segala penyakit-penyakit hati.” (Hadis riwayat al-Iman Muslim)

Jelas bahawa iman yang sempurna itu adalah menyucikan hati daripada sifat keji dan menanamkan dalam hati segala sifat terpuji.

Antara penyakit hati yang keji itu ialah berperasaan hasad dengki, sifat riak, ujub, takbur, terlalu banyak cakap, terlalu banyak makan, pemarah, bakhil dan kasihkan dunia.

Dalam hal ini juga Allah mengingatkan manusia terhadap musuh dalam diri mereka yang sentiasa mengajak ke arah kejahatan. Firman-Nya bermaksud: “Dan aku tidak membebaskan diriku (daripada kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu terlalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Yusuf, ayat 53)

Nafsu dan syaitan bekerjasama untuk merebut tempat di hati setiap manusia. Jika hati sudah dikuasai dan ditawan oleh syaitan, maka manusia tidak lagi ikut perintah Allah dan rasul-Nya. Mereka dengan mudah mengikut telunjuk dan kehendak nafsu syaitan.

Nafsu syaitan mahu mencorakkan hati manusia dengan sifat tercela atau mazmumah. Apabila

Page 137: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

sifat ini berputik dan bertapak pada hati manusia, maka syaitan akan memperalatkan nafsu melakukan apa saja yang disukainya. Maka akan timbullah segala penyakit hati.

Oleh itu, umat Islam hendaklah menguatkan iman mereka bagi melawan serangan nafsu dan kehendak syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk menderhakai Allah.

Nafsu tidak tidur atau lena untuk membuatkan kita sentiasa lalai dan leka.

Tidak ada ubat bagi mengubati penyakit hati melainkan yang ditunjukkan oleh al-Quran dan sunnah. Jika penyakit itu ialah mensyirikkan Allah, maka ubatnya ialah mentauhidkan Allah. Jika penyakit itu melakukan amalan berdosa, ubatnya ialah meninggalkan amalan itu dan bertaubat kepada Allah. Jika penyakit itu ialah lalai dengan tanggungjawab yang diberikan Allah, ubatnya ialah menyedari akan tanggungjawab itu. Jika penyakit itu ialah membenci dan memandang kecil terhadap perkara yang disukai Allah, ubatnya ialah perlu mengambil berat, suka, reda dan cinta terhadapnya.

Page 138: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Jika penyakit itu ialah merujuk kepada selain daripada Allah, ubatnya ialah kembali merujuk kepada Allah SWT dalam semua hal kehidupan.

Manusia perlu faham dan sedar bahawa setiap detik kehidupan tidak boleh terlepas daripada keputusan Allah. Segala-galanya perlu dirujuk dan dikembalikan.

Taubat akan menutup segala pintu kejahatan dan membuka pintu kebahagiaan serta kebaikan. Ini boleh dilakukan dengan cara beristigfar kepada Allah dan mentauhidkan-Nya.

Sesiapa yang ingin menyihatkan badan hendaklah dia menjaga makan minum daripada makanan yang memudaratkan.

Sesiapa yang ingin menyihatkan jiwa dan hati maka hendaklah dia meninggalkan segala dosa.

Thabit bin Qurrah berkata: “Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan.

“Justeru, dosa yang dilakukan seseorang umpama meminum racun. Jika dosa itu tidak membinasakan jiwa secara menyeluruh, maka ia akan melemahkan jiwa (seperti racun, walaupun ia mungkin tidak memusnahkan badan, tetapi tetap melemahkan badan).

“Jiwa yang lemah tidak lagi mampu melawan penyakit, sama seperti badan yang lemah tidak mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik.”

Abdullah bin Mubarak berkata: “Saya dapati dosa itu mematikan jiwa manakala melakukan dosa hingga sampai ke peringkat ketagih akan mewarisi kehinaan. Meninggalkan dosa bermakna menghidupkan hati. Oleh itu adalah baik bagi kamu agar menderhakai dosa.”

Cara erat hubungan sesama Islam

ISLAM memberikan garis panduan jelas dan nyata kepada umatnya untuk mengeratkan hubungan sesama Islam. Antaranya:

Menjawab salam jika ada orang memberi salam. Menziarahi saudara sesama Muslim yang sakit. Mendatangi panggilan, undangan atau jemputan. Mengiringkan jenazah ke kubur.

Page 139: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Jika bersin ucapkan Alhamdulillah maka yang dengar sambutlah dengan ucapan Yarhamkallah. Perkara itu diajarkan Rasulullah sebagai dasar kesederhanaan dalam pergaulan masyarakat dan memang jika dilihat sepintas lalu, begitu mudah, tetapi jika mengkajinya, kesimpulannya amat luas dan dalam.

Lima perkara yang disenaraikan di atas, jika diamalkan oleh semua umat Islam maka tidak wujud pergeseran dan pergolakan di dalam masyarakat.

Banyak ajaran yang sederhana, tetapi sangat dalam ertinya untuk mewujudkan satu masyarakat yang penuh dengan kemesraan yang dapat menghidupkan silaturahim dan menghubungkan tali kasih sayang sesamaMuslim.

Firman Allah bermaksud: “Ditimpa mereka atas kehinaan di mana saja mereka berada, melainkan (kalau mereka) berpegang teguh kepada tali Allah (agama Islam) dan tali manusia (menghidupkan) silaturahim.” (Surah Ali Imran, ayat 112)

Menghidupkan silaturahim adalah syarat utama untuk menciptakan masyarakat sejahtera dan meninggalkan silaturahim bererti menuju kepada hidup sendiri yang tidak ada faedah dan keseronokannya.

Mereka yang hidup sendiri atau kera sumbang akan sentiasa risau dan tidak tenteram hidupnya.

Tuntutan Allah itu akan hancur berkecai jika kita dihinggapi penyakit hasad dengki dan tidak boleh melihat kesenangan orang lain.

Penyakit itu boleh menghancurkan masyarakat dan memusnahkan hubungan silaturahim yang sepatutnya menjadi amalan semua umat manusia.

Minda Pengarang: Had umur miliki lesen perlu kajian serius

SEMEMANGNYA golongan remaja yang sering dianggap ‘berdarah muda’ ghairah memandu kenderaan dengan laju kerana mereka disifatkan belum matang berfikir. Ini adalah antara alasan beberapa pihak, seterusnya mencadangkan supaya had umur bagi kelayakan memiliki lesen memandu kenderaan dinaikkan daripada 17 ke 20 tahun.

Sekiranya alasan ini diperkuatkan dengan fakta yang membuktikan banyak kemalangan berpunca daripada sikap pemanduan golongan seperti ini, bermakna cadangan itu sewajarnya dipertimbangkan dengan serius. Demi menyelamat lebih ramai remaja dalam golongan umur seperti itu menerima padah, peraturan itu perlu dilaksanakan.

Kajian harus juga mengambil kira waktu kejadian dan tempat yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan membabitkan golongan ini sama ada di bandar, luar bandar, lebuh raya dan sebagainya. Sebagai contoh, jika kemalangan membabitkan golongan ini tidak banyak berlaku di kawasan bandar, tidak ada sebab mereka dihalang memiliki lesen pada umur 17. Jika kemalangan sering berlaku di lebuh raya, mungkin untuk tempoh tertentu, mereka tidak dibenarkan memandu di lebuh raya. Jika kemalangan sering berlaku pada waktu malam pula, golongan ini tidak sewajarnya dibenarkan memandu pada waktu malam.

Secara umumnya, kebanyakan mereka dalam golongan ini hanya memiliki motosikal terutama pelajar yang berulang alik ke pusat pengajian masing-masing. Ia kenderaan utama bagi golongan

Page 140: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

ini. Mungkin juga ada pihak yang mengatakan kebanyakan pemandu lumba haram adalah golongan umur sedemikian. Yang perlu dibanteras ialah lumba haram, bukan pemilikan lesen. Tidak wajarlah disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga.

Bagi yang memandu kereta adalah daripada anak-anak golongan berkemampuan. Mereka mungkin memandu di kawasan bandar, tidak untuk perjalanan jarak jauh yang biasanya dipandu oleh keluarga mereka. Pasti ada yang berpendapat bahawa jangka masa tiga tahun itu dianggap sebagai tempoh untuk mereka membiasakan diri dengan kenderaan supaya lebih cekap apabila sudah mampu membeli kenderaan dengan titik peluh mereka sendiri. Tempoh percubaan ini juga amat penting untuk meningkatkan kemahiran di jalan raya. Jika mereka hanya dibenarkan memiliki lesen memandu tiga tahun kemudian, bermakna tempoh percubaan baru bermula pada usia 20 tahun. Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta pelbagai pihak memberi pandangan untuk mencari jalan terbaik bagi mengurangkan kemalangan jalan raya, amat dialu-alukan. Yang penting tujuan kerajaan adalah murni untuk mengelakkan korban nyawa yang sia-sia. Hadis: Al-Quran saksi amalan manusia

RASULULLAH bersabda, maksudnya : “Al-Quran adalah hujah bagimu.”

Page 141: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Ini bermaksud al-Quran boleh memainkan dua peranan terhadap diri manusia selepas mati, iaitu menjadi saksi baginya.

Al-Quran akan menjadi saksi menolong kita ketika waktu genting pada hari kemudian, seperti waktu menghadapi soal kubur, hisab dan meniti Titian Siratalmustaqim.

Jika kita menurut segala perintah Allah dalam al-Quran, mengambil petunjuk daripada pengajarannya serta mencontohi akhlak terpuji dan petunjuk mulia, nescaya ia menjadi saksi di hadapan Allah serta membela kita agar terlepas daripada tanggungjawab yang berat pada hari itu.

Bagaimanapun, jika kita melakukan sebaliknya, bukan perintah Allah, malah larangan-Nya tanpa rasa takut, tentulah al-Quran tidak akan menjadi saksi yang baik.

Al-Quran akan menyaksikan kita telah meletakkannya di belakang mata kit, sama ada kita telah mengabaikan perintah dan larangan Allah, sama ada kita mencabul hak yang patut tunaikan ataupun sama ada kita membelakangi pengajaran Rasulullah sebagaimana hadisnya yang menerangkan:

““Al-Quran itu memberi syafaat, mendustakan dan membenarkan.

“Siapa yang meletakkannya di hadapan atau memuliakannya, nescaya ia akan memimpinnya ke syurga.

“Dan siapa yang meletakkannya di belakang (mengabaikannya), nescaya ia akan melontarkannya ke belakang hingga tersungkur jatuh ke dalam neraka."

Demikianlah peranan al-Quran pada hari kemudian, dan sepatutnya kita memberikan perhatian sewajarnya. Tentu sekali kita tidak suka jika al-Quran menjadi saksi yang akan memburuk-burukkan kita di hadapan pengadilan Tuhan yang Maha Adil dan Maha Bijaksana. Perjanjian Hudaibiyah untungkan umat Islam

UMAT Islam kini berada pada Zulkaedah, bulan ke-11 dalam kalendar Islam.

Page 142: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Seperti bulan lain dalam Islam, Zulkaedah turut mengandungi peristiwa penting dalam sejarah Islam iaitu Perjanjian Hudaibiyah.

Peristiwa itu berlaku pada tahun keenam Hijrah. Pada tahun itu, Rasulullah berserta kaum muslimin seramai 1,400 orang, menuju kota Makkah untuk mengerjakan umrah di luar musim haji.

Ketika itulah, rombongan itu bertembung dengan kaum Quraisy dan berlaku perundingan.

Kaum Quraisy Makkah sebenarnya masih berdendam dengan kaum Muslimin, apatah lagi selepas Rasulullah dan pengikutnya hidup aman tenteram dengan agama Islam yang terus berkembang luas di Madinah.

Bangsa Quraisy gentar melihat barisan kaum Muslimin, lantas tidak berani mengganggu, sebaliknya mereka mengajak kaum Muslimin berunding bagi mencapai perdamaian.

Dalam perundingan itu, mereka bersepakat mengadakan perdamaian dikenali sebagai perjanjian ‘Hudaibiyah’.

Perkara pertama dalam perjanjian itu menyatakan bahawa gencatan senjata akan diadakan selama empat tahun antara dua puak berkenaan.

Perkara kedua, menyatakan bahawa golongan Islam yang lari ke pihak Quraisy tidak perlu dikembalikan kepada orang Islam.

Bagaimanapun, jika ada pihak Quraisy yang lari ke pihak Islam, dia harus dikembalikan kepada orang Quraisy.

Perkara ketiga ialah, pada tahun perjanjian itu dibuat, Rasulullah berserta pengikutnya tidak dibenarkan melakukan ziarah ke Kaabah. Mereka hanya dibenarkan mulai tahun berikutnya dengan syarat tidak membawa senjata serta tidak dibenarkan tinggal di Makkah lebih daripada tiga hari.

Akhir sekali, sesiapa saja daripada bangsa lain (bukan Quraisy) dibolehkan untuk menjadi pengikut Nabi atau memasuki golongan Quraisy.

Namun, selepas perjanjian ditandatangani, sahabat Nabi, Umar bin Khattab kurang senang dengan perkara kedua dan ketiga daripada perjanjian itu.

Umar pun bertanya kepada Abu Bakar: “Ya Abu Bakar, mengapa Rasulullah mahu mengadakan perjanjian damai dengan orang Quraisy Makkah yang sifatnya merugikan agama Islam?

“Dalam surat perjanjian, ada dinyatakan bahawa orang Islam harus mengembalikan golongan mereka yang hendak masuk kepada pihak kita tetapi sebaliknya, jika golongan kita lari ke pihak mereka, maka mereka menerima orang Islam itu.

“Apakah ini adil?

“Begitu juga perjanjian ketiga yang merugikan kita kerana kaum Muslimin tidak boleh

Page 143: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

melakukan ibadat haji ke Makkah, padahal kita tidak takut sedikit pun kepada mereka.”

Jawab Abu Bakar: “Wahai Umar, saya pun mulanya mempunyai perasaan seperti engkau, tetapi saya fikir, Rasulullah bukan orang yang bodoh. Baginda mengerjakan sesuatu dengan petunjuk daripada Allah dan tentulah ini pun mengandungi hikmah yang besar sekali kepada kita sekalian.”

Kedua-dua sahabat itu pun meminta penjelasan daripada Rasulullah.

Sabda baginda: “Sebenarnya ia tidak merugikan kita pun kerana golongan Islam mustahil melarikan diri kepada mereka untuk meminta perlindungan, tetapi jika ada, itu menandakan orang berkenaan sudah murtad dan tidak berguna bagi kita.

“Jika orang daripada pihak mereka melarikan diri kepada kita, kita harus mengembalikan mereka kerana orang yang lari itu belum tentu akan mendatangkan keuntungan kepada orang Islam sebab mereka mungkin pengintip dan sebagainya.

“Orang yang lari itu, jika dia berasa dirinya tidak aman dalam golongan kaumnya sendiri, biarlah mereka mencari jalan lain, iaitu hijrah ke tempat lain dan ini akan merugikan golongan Quraisy itu sendiri.”

Selepas mendengar penjelasan itu, kedua-dua sahabat Nabi itu senang dan puas hati.

Rupa-rupanya, ramalan Nabi itu benar-benar berlaku selepas perjanjian berkenaan dimeterai.

Orang yang melarikan diri itu walaupun menangis meminta dikasihani dan dilindungi tetapi disebabkan Rasulullah jujur dalam perjanjian yang dibuat, baginda menolak semua yang datang kepadanya.

Disebabkan permintaan golongan itu tidak dikabulkan, mereka mencari perlindungan di merata tempat menyebabkan semakin ramai golongan Quraisy lari untuk mencari keamanan dan keselamatan diri.

Antara mereka yang lari ialah Ummi Kalsum, wanita Islam yang sudah lama menjadi pengikut Nabi.

Suami dan saudara Ummi Kalsum adalah orang Musyrikin yang selalu memfitnah dan menyeksanya menyebabkan dia melarikan diri dari Makkah ke Madinah dengan berjalan kaki.

Setibanya di Madinah, beliau terus ke rumah salah seorang isteri Nabi bernama Ummi Salamah.

Ketika Nabi ke rumah isterinya itu, baginda melihat Ummi Kalsum sudah berada di rumah berkenaan.

Ummi Kalsum pun menceritakan penderitaannya di Makkah dan meminta perlindungan daripada Rasulullah.

Tidak lama kemudian, datanglah keluarga Ummi Kalsum dari Makkah untuk

Page 144: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

menjemputnya kembali tetapi Ummi Kalsum enggan mengikut mereka.

Pada mulanya, Nabi tidak dapat memberikan perlindungan kepada wanita itu, tetapi Ummi Kalsum tetap meminta perlindungan dengan menyatakan: “Ya Rasulullah, saya seorang wanita yang lemah, tidak berdaya, kasihanilah saya. Kalau saya dipaksa juga kembali ke Makkah, maka akan sengsaralah saya.”

Mendengar itu, Rasulullah pun berdiam diri dan kemudian Allah menurunkan wahyu yang dinyatakan dalam surah al-Mumtahinah ayat 10, yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman, apabila datang kepadamu wanita mukmin yang sama hijrah, maka ujilah keimanan mereka dan Allah lebih mengetahui akan keimanan mereka itu.

“Apabila sudah nyata keimanan mereka, janganlah kamu kembalikan dia kepada orang kafir. Tidak halal wanita Islam bagi orang kafir dan tidak halal orang kafir itu untuk wanita mukmin.

“Dan berikanlah kembali kepada lelaki kafir itu apa yang telah dinafkahkannya kepadamu dan tidaklah berdosa kamu mengahwini mereka apabila kamu telah membayarkan maharnya dan janganlah kamu bernikah dengan perempuan kafir dan hendaklah lelaki kafir meminta kepada perempuan apa yang telah mereka nafkahkan, demikianlah hukum Allah yang berlaku antara kamu sekalian, Allah Maha Mengetahui lagi Bijaksana.”

Selepas turun ayat itu, barulah Rasulullah dapat memberikan perlindungan kepada Ummi Kalsum.

Hati, akal bernas kawal nafsuOleh Prof Dr Sidek Baba

ILMU adalah sumber penting dalam pendidikan. Ilmu dalam hubungannya dengan ihsan dan insan mengambil kira ilmu daripada Allah dan hasil pemikiran manusia.

Page 145: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Ilmu daripada Allah iaitu ilmu wahyu atau al-Quran memberikan manusia perisyaratan dan petunjuk bagi memahami diri, kehidupan dan alam ciptaan Allah. Ilmu wahyu memandu akal manusia untuk membentuk pemikiran dan tindakan secara fitrah berasaskan nilai baik, makruf dan bermanfaat. Ilmu, kalau disalahgunakan boleh menimbulkan kerosakan kepada diri dan kehidupan.

Pendidikan menjadikan ilmu al-Quran dan ilmu akal atau alat sebagai sumber membentuk manusia. Manusia sebenarnya dikurniakan Allah dengan dua bakat atau potensi utama.

Pertama, Allah kurniakan manusia dengan potensi hati dan nurani. Daripadanya manusia mempunyai niat, rasa dan kecenderungan.

Keduanya, Allah kurniakan manusia dengan potensi atau bakat akal yang membolehkan manusia berfikir, mendapatkan maklumat dan mempunyai asas pengetahuan mengenai dirinya, orang lain dan alam sekitar.

Proses pendidikan menjadikan akal dan hati sebagai tumpuan dalam membangunkan diri manusia.

Pada asasnya manusia memerlukan dua keperluan utama dalam hidupnya.

Pertama manusia memerlukan nilai dan pedoman terbaik bagi mengurus hati, kecenderungan niat, tindakan dan tingkah lakunya. Tanpa nilai baik dan tepat, manusia boleh hanya bergantung kepada nafsu-nafsi semata-mata.

Kedua, manusia memerlukan panduan dan pedoman untuk mengurus sistem, organisasi atau negara. Ia memerlukan ilmu alat seperti sains dan teknologi. Tanpa ilmu alat, hidup manusia tidak dapat diurus dengan sempurna.

Pendidikan memberikan dua sasaran utama yang harus disubur atau dibangunkan dalam diri manusia.

Pertama, membangun hati dan nurani bagi memperhalusi tingkah laku dan akhlak. Kedua, membangun akal dan ketrampilan supaya manusia memiliki ilmu bagi mengembangkan bakat hidup.

Pendidikan berasaskan ihsan dan insan menepati maksud hadis yang bermaksud : “Ya Allah, didiklah aku dengan didikan yang terbaik.”

Mengadabkan insan adalah matlamat dalam pendidikan. Adab dalam bahasa mudah ialah bagaimana kita mendisiplinkan hati nurani, akal dan pemikiran serta amal dan tindakan. Adab tidak semata-mata dihubungkan dengan sopan santun, tutur kata, tingkah laku dan sebagainya, tetapi lebih jauh dari itu bagaimana dengan kekuatan hati nurani dan akal serta kebijaksanaan dalam tindakan membentuk corak hidup yang tertib dan teratur.

Taadib pula ialah tumpuan membangunkan diri ataupun hati nurani sebagai tumpuan utama bagi diri manusia. Akal adalah kurniaan Allah yang sangat penting. Daripada akal membolehkan manusia berfikir, mendapatkan maklumat dan menjadikan manusia tahu mengenai sesuatu.

Page 146: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Daripada akal, memberikan manusia pengetahuan berguna untuk membangun adab insan.

Sementara dari hati nurani datangnya niat dan hasrat. Niat dan hasrat selalunya menjadi pedoman berfikir dan tindakan seseorang. Kalau baik niat dan hasrat seseorang, maka baiklah pemikiran dan tindakannya. Kalau buruk niat dan hasrat seseorang, maka buruklah pemikiran dan tindakannya.

Daripada hati nurani terbitnya sifat diri seperti jujur, ikhlas, baik, tulus, telus, timbang rasa, tolak ansur, adil, setia, kasih, sayang dan sebagainya. Oleh itu, sifat diri memerlukan pedoman, memerlukan proses didikan, asuhan dan penyuburan.

Dalam proses mendidik berasaskan ihsan dan insan antara tumpuan membangunkan hati dan akal, ternyata pembangunan hati nurani dilihat lebih utama. Keutamaan membangunkan hati dinyatakan oleh Rasulullah dalam hadisnya yang merujuk mengenai diri manusia di mana ada seketul daging. Baik, daging itu baiklah pekerti dirinya. Daging itu dirujuk kepada hati.

Rasulullah juga apabila kembali dari suatu peperangan besar pada Ramadan yang mengorbankan banyak nyawa dan tentera yang cedera, menyatakan kepada sahabat bahawa: “Kita baru saja kembali dari perang yang kecil. Dan akan berdepan dengan jihad yang besar iaitu jihad nafs atau nafsu. Jihad nafsu bagi sesetengah ulama menghubungkan dengan jihad dalam diri yang juga merujuk kedudukan hati nurani, di samping nafsu insan.

Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin atau Jiwa Agama juga menjadikan hati sebagai tumpuan dengan menghubungkannya sebagai penyakit manusia.

Lukmanul Hakim dalam memberikan nasihat kepada anaknya menekankan keutamaan iman yang juga merujuk kepada pembangunan hati. Malah dalam kehidupan beragama kita banyak berhubung dengan faktor yang ghaib seperti Rukun Iman menjadi asas dalam pembentukan sikap dan cara hidup beragama.

Faktor ghaib seperti Allah sebagai Pencipta, malaikat, qada, qadar, dosa, pahala, hari pembalasan dan sebagainya berhubung rapat dengan keyakinan hati yang membawa kepada asas iman. - Bersambung.

Abu Bashir diburu Musyrikin

PADA tahun pertama Perjanjian Hudaibiyah yang ditandatangani pada Zulkaedah tahun ke-6 Hijrah, kedua-dua pihak berusaha menepati kandungan perjanjian itu dengan sebaiknya. Orang Makkah meninggalkan agama jahiliah mereka dan lari ke Madinah untuk memeluk Islam.

Seorang pemuda yang datang ke Madinah kerana ingin memeluk Islam adalah Abu Bashir. Ketika hendak melaporkan diri kepada Rasulullah, beliau dikejar oleh beberapa orang suruhan Quraisy. Rasulullah yang menghormati perjanjian yang dipersetujui tidak dapat berbuat apa-apa, selain menyerahkan Abu Bashir semula kepada pihak yang memburunya.

Namun, belum sempat orang ramai habis memperkatakan peristiwa itu, tiba-tiba Abu Bashir kembali ke Madinah berseorangan dalam keadaan tercungap-cungap.

Page 147: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Apabila ditanya, Abu Bashir memberitahu dia sudah membunuh salah seorang daripada orang suruhan berkenaan dan seorang lagi melarikan diri.

“Maka dengan tindakanku ini, aku sudah bebaskan Rasulullah daripada tanggungjawab dan dengan demikian kiranya aku dapat tinggal bebas di Madinah,” katanya.

Ketika Rasulullah mendengar apa yang dilakukan Abu Bashir, baginda bersabda: “Tindakannya itu akan menyalakan api peperangan. Dia tidak akan dapat tinggal di Madinah. Dia boleh pergi ke mana saja dia suka, di mana saja dia hendak bersembahyang.”

Terpaksalah Abu Bashir keluar lagi dari Madinah untuk kedua kalinya dengan hati sedih sertab fikiran yang terganggu tidak tahu arah mana yang patut dituju.

Abu Bashir sekeluarga kemudian berkhemah di suatu tempat yang menjadi pusat persinggahan musafir antara Syam dan Makkah, lalu mendirikan tempat yang menjadi tumpuan mereka yang melarikan diri dari Makkah dan enggan masuk ke Madinah kerana bimbang dikembalikan semula ke Makkah.

Antara yang berkumpul di tempat Abu Bashir adalah Abu Jundul, putera Suhail Amr yang berjaya membebaskan diri daripada kongkongan ayahnya bersama 70 orang Islam lain yang senasib dengannya.

Sedikit demi sedikit, akhirnya tempat itu dipenuhi 300 orang Islam, kebanyakannya pernah memikul senjata. Daripada tempat itulah, mereka membalas dendam dengan mengganggu kabilah dagang yang melalui daerah berkenaan.

Apabila masalah itu berlaku, maka pembesar Quraisy meminta bantuan Rasulullah. Baginda kemudian memanggil Abu Bashir dan kawan-kawannya kembali ke Madinah dengan janji mereka tidak akan dituntut oleh keluarga dan kaum mereka di Makkah.

Dengan bantuan Rasulullah, rombongan Abu Bashir datang ke Madinah untuk bergabung dengan saudaranya dari Mujahirin dan Anshar, dan kemudiannya hidup aman daripada gangguan Musyrikin.

Iqra: Kupasan potensi nuklear negara Islam

ISLAM sentiasa cintakan perdamaian, membenci keganasan dan peperangan yang menyebabkan kesusahan dan penderitaan tidak terhingga kepada orang awam.

Namun dalam dunia yang semakin sempit dan cuba dikuasai kuasa besar tunggal, Amerika Syarikat apakah orang Islam harus terus berpeluk tubuh menyaksikan negara bukan Islam membina kekuatan khususnya senjata nuklear?

Patutkah Pakistan membina peluru berpandu nuklear dan senjata canggih bagi melindungi dirinya dan meningkatkan martabat Islam?

Persoalan ini cuba dikupas pengarang, Norman Suratman, lulusan Sarjana Muda Sains Politik dan Hubungan Media, Universiti Nanyang, Singapura ini.

Page 148: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Penulis buku ini yang pernah menjadi Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan Singapura, menyorot sejarah pembinaan senjata nuklear yang pernah menjadi eksklusif bagi negara Barat sebelum ditembusi oleh China diikuti India.

Namun, penyertaan dan kemampuan India tidak syak lagi menjadi pencetus kepada pemimpin Pakistan untuk menyaingi kekuatan New Delhi dalam membina kekuatan nuklear pernah disifatkan oleh Barat dan Amerika sebagai bom nuklear Islam.

Dalam menyorot kemajuan dan perkembangan dicapai saintis nuklear Pakistan membina senjata nuklear, pengarang jelas menjalankan kajian rapi dan mendapatkan pelbagai sumber bagi menguatkan hujahnya betapa perlu dan pentingnya negara Islam mempunyai kemampuan itu.

Kejayaan bapa nuklear Pakistan, Dr Abdul Qadeer meniup semangat dan menaikkan martabat bangsa yang pernah satu masa dulu menakluk hampir seluruh utara India pada zaman keagungan Moghul didedahkan oleh Norman.

Buku ini walaupun agak berat dan membincangkan perkara serius, namun pengarang berjaya membawa kita untuk terus membaca hujah dan kajian terperincinya dengan adanya lukisan dan ilustrasi menarik.

Sebagai seorang yang lulus dalam bidang animasi komputer, Norman menggunakan kemahirannya untuk melakar data dan rajah penting bagi membantu pembaca.

Selain bahan bacaan berat ia pasti membantu pelajar dengan gaya tulisan yang mudah dan memikat hasil pengalaman pengarang sebagai wartawan akhbar di republik itu.

Pada usia muda, Norman berjaya menghasilkan lima buku lain termasuk sebuah novel ringan berjudul Farhana: Asal-Usul Negeri-Negeri di Malaysia dan Timur itu Timur juga novel. Buku ‘Bom Nuklear - Apakah Hak Dunia Islam? ini tidak syak lagi menambah lagi khazanah tulisan serius bahasa Melayu yang patut dibaca dan diteliti.

Fikrah: Pakaian, rupa bukan kriteria sebenar takwaOleh Abdullah Yusuf Pulungan

SEWAKTU Nabi Daud memberikan pelajaran akhlak kepada muridnya, masuk seorang lelaki yang memakai jubah putih, menyebarkan aroma yang wangi.

Lelaki berjanggut itu datang sambil mengucapkan salam kepada Nabi Daud, tetapi beliau tidak menghiraukannya dan tidak juga menjawab salam orang itu.

Nabi Daud terus menyampaikan pelajaran kepada muridnya tanpa menoleh sedikit pun kepada orang itu. Lelaki itu segera menunaikan solat sebagaimana yang disyariatkan pada waktu itu. Dia melaksanakan sembahyangnya dalam waktu yang lama, dengan rukuk dan sujud yang panjang. Selesai sembahyang, orang itu berdoa dengan mengangkat kedua-dua tangannya dan dengan suara penuh harap sambil menangis.

Nabi Daud tetap meneruskan pengajarannya, tanpa memberi perhatian kepada lelaki itu untuk berkenalan. Dia juga tidak memberi kesempatan kepada muridnya untuk mengambil perhatian kepada orang itu.

Page 149: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Melihat keadaan demikian, muridnya kurang senang dengan sikap Nabi Daud. Mereka menganggap Nabi Daud tidak memberikan contoh baik dalam menghormati tamu.

Lelaki berdoa panjang dengan penuh tangisan selepas sembahyang. Dia kemudian keluar dari tempat peribadatan itu, selepas meminta diri dengan mengucapkan salam. Namun Nabi Daud tetap tidak menaruh hormat sedikit pun kepada orang itu.

Selepas Nabi Daud mengakhiri pelajarannya mengenai akhlak baik, seorang muridnya bertanya kepada beliau: “Wahai Nabi Allah, bolehkah saya bertanya? “Ya, silakan,” jawab Nabi Daud.

Murid itu berkata : “Bukankah Nabi mengajarkan kepada kami bagaimana cara untuk menghormati tamu?”

“Betul,” jawab Nabi Daud.

Murid itu berkata: “Tetapi mengapa engkau sebagai seorang guru tidak memberikan perhatian atau menghormati tamu yang datang pada waktu engkau sedang memberikan pelajaran?” Nabi Daud menjawab: “Aku tidak memberikan sedikit pun perhatian kepadanya kerana tamu itu tidak mempunyai akhlak baik.

“Ingatkah bagaimana caranya untuk memasuki majlis ketika guru mengajar. Mula-mula dia perlu melangkah dengan kaki kanan terlebih dulu sebagai tanda menghormati tempat ibadah ini. Kemudian dia sepatutnya tidak mengucapkan salam terlebih dulu , melainkan langsung duduk ikut mendengarkan pelajaran.”

Salah seorang murid mencelah : “Mungkin tetamu itu belum mengetahui tata cara memasuki suatu majlis pengajian seperti ini.”

Nabi Daud menjawab : “Tetapi jubah dan serbannya menunjukkan seolah-olah dia itu orang alim. Apakah layak jika memang dia itu orang yang alim, tidak mengetahui sopan santun dan tata cara memasuki tempat peribadatan dan majlis ilmu?

“Orang seperti itulah yang akan menjatuhkan agama kita. Ini kerana penampilannya tidak sesuai dengan sikapnya dalam menjalankan agama.”

Muridnya berkata lagi: “Tetapi kita melihat bahawa orang yang berjubah itu tadi melaksanakan sembahyang dengan lama sekali, bagaimana dengan itu?” Nabi Daud menjawab: “Itulah tanda kepalsuannya. Dia hanya ingin menunjukkan kesolehan kepada kita semua, pada hal dia sebenarnya bukan orang soleh. Dia melakukan sembahyang buat kita, bukan bagi Tuhan.”

Seorang muridnya bertanya: “Tetamu tadi juga berdoa dengan panjang sambil menangis, bukankah itu menunjukkan kealimannya.”

Nabi Daud menjawab: “Apakah doa yang panjang itu menjamin keikhlasan hatinya?

“Bukankah Tuhan lebih menyukai doa yang khusyuk dan penuh keyakinan kepada-Nya. Kalau dia ingin menangis, tidak selayaknya di depan kita.

“Menangislah dengan penuh kesedihan di depan Allah ketika sendirian dalam sembahyang malam pada waktu semua makhluk sedang tidur dengan lelap hingga mereka tidak melihat

Page 150: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

tangisan itu kecuali Tuhan.”

Seorang murid bertanya: “Bukankah wajahnya begitu bersih laksana wajah orang yang sangat ikhlas. Pakaiannya bersih serba putih melambangkan keikhlasan hatinya. Bukankah dia itu orang yang bertakwa.”

Nabi Daud menjawab: “Takwa itu tidak dilihat daripada rupa dan wajah seseorang, juga tidak dilihat daripada pakaian seseorang.

“Tuhan hanya melihat hati manusia dan menilai dari amal perbuatannya.

“Adakah amal perbuatan dan sikapnya sehari-hari sesuai dengan hukum syariat dan akhlak. Manusia itu tidak dihargai daripada kulitnya, melainkan dinilai daripada isi dan mutu kemanusiaannya yang diukur dengan pelaksanaannya terhadap hukum dan akhlak agama.”

BUDAYA KERJA CEMERLANG MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAMOlehHj. Othman SodikinKetua Unit Sains, Jabatan Sains dan MatematikMaktab Perguruan Perempuan Melayu, Melaka.MUKADIMAHKecemerlangan merupakan satu matlamat yang diimpikan bukan sahaja oleh individu tertentu tetapi juga oleh sesuatu organisasi yang berwawasan. Kecemerlangan adalah natijah daripada beberapa siri kejayaan dalam semua aspek yang diharapkan. Tiada kecemerlangan yang bersama dengan kelemahan, kegagalan atau mundur ke belakang. Kecemerlangan membawa implikasi maju ke hadapan, bersifat dinamik, gemilang, menerima sanjungan, dan menjadi idola atau "role model" individu atau masyarakat.Manusia mempunyai potensi untuk berfikir, merangka strategi, melaksana, dan mencapai tahap kejayaan cemerlang dalam sesuatu gerak kerja yang dilaksanakan. Bagaimanapun, kecemerlangan bukan suatu perkara yang mudah dicapai. Kecemerlangan memerlukan pengorbanan, dedikasi, kesungguhan, kesabaran, iltizam, kepimpinan, dan pelbagai lagi sikap dan sahsiah yang positif.Islam mengatur dan memberi kerangka asas untuk seseorang itu mencapai kecemerlangan mengikut landasannya tersendiri. Budaya kerja yang bagaimanakah yang dianggap cemerlang mengikut perspektif Islam? Sesuatu yang cemerlang pada anggapan seseorang, boleh jadi tidak dianggap cemerlang mengikut perspektif Islam. Di sini penulis cuba mamaparkan persoalan budaya kerja cemerlang mengikut perspektif Islam dalam konteks Islamisasi dan pembinaan kerangka tersendiri merujuk kepada sumber-sumber muktabar. Bagaimanapun, ianya hanya sekadar kemampuan yang ada untuk membuka tirai perbincangan dalam kursus ini.ASAS PENTAFSIRANSeorang pelajar yang rajin, berdisiplin, sistematik, bertanggungjawab, mempunyai daya kepimpinan, bermotivasi, matang, kritis dan kreatif, menguasai pelbagai kemahiran, dan berjaya dalam peperiksaannya, akan dianggap sebagai pelajar yang cemerlang. Begitu juga seorang pengurus kasino yang berjaya mengaut keuntungan berjuta ringgit sehari, mempu menarik ramai

Page 151: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

pelanggan, dan dapat mengurus kasino dengan baik sudah tentu dianggap sebagai pengurus yang cemerlang oleh pengarah syarikat tersebut.Nampaknya, terdapat pertembungan nilai dalam contoh di atas semasa mentafsirkan kecemerlangan. Apakah landasan yang harus diguna-pakai dalam menilai kecemerlangan? Setiap orang boleh menilai untuk enentukan tahap sesuatu kecemerlangan, tetapi ukuran kecemerlangan itu sudah tentu berdasarkan cita rasa, asas pegangan, dan disiplinnya yang tersendiri. Jika demikian, sudah tentu pelbagai tafsiran kecemerlangan akan timbul.Sebenarnya, dalam setiap grak kerja, Islam menetapkan agar kita menilai mengikut perspektif ketuhanan Hal ini bersesuaian dengan konsep pengabdian kepada Allah yang diikat dalam ungkapan kalimah syahadah oleh setiap orang Islam, iaitu "Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah".Firman Allah bermaksud:Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia, kecuali untuk mengabdi diri kepadaKu. Adz-Zariyat, 56.Segala amalan yang kita lakukan, sesungguhnya tidak bermakna dan sia-sia sahaja di sisi Allah SWT sekiranya tiada matlamat untuk mengabdi kepadaNya. Corak pengabdiannya pula adalah secara total, menyeluruh, dan tidak terpisah-pisah walau dalam keadaan bagaimana sekalipun.Firman Allah bermaksud:Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredhai Allah dan RasulNya, Allah melaknat mereka di dunia dan akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina. Al-Ahzaab, 52.Perspektif ini seharusnya disedari dan dipegang teguh oleh setiap orang Islam. Islam menetapkan supaya matlamat menuju keredhaan Alah dijadikan sebagai landasan utama dalam segala gerak kerja. Daripada perspektif inilah sebenarnya budaya kerja cemerlang perlu ditafsir, dinilai dan dihayati. Untuk menilai sejauhmana sesuatu amalan itu berjaya, ukurannya mestilah disandarkan kepada kerangka ketaatan kepada Allah SWT.Firman Allah bermaksud:Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan. Al-Ahzaab, 7l.KERANGKA BUDAYA KERJA CEMERLANGApabila disebut sahaja perkataan "budaya kerja cemerlang", akan tergambar kepada kita bermacam-macam pendekatan, strategi, dan teknik yang digunakan untuk mencapainya. Dalam sesuatu organisasi kita akan mendengar "MBO" (management by objective) yang melibatkan visi, misi, objektif, plan bertindak, tema-tema, piagam dan sebagainya.Budaya kerja akan dirancang berdasarkan visi, misi dan objektifnya. Sebagai contoh, sebuah organisasi yang telah menetapkan misinya untuk mendidik pelajar supaya menjadi guru yang budiman, cekap, kreatif pengajarannya, serta dapat menjadi mangkin kepada kemajuan pendidikan di sekolah telah menetapkan budaya kerjanya seperti berikut:Cara-cara kerja atau budaya kerja yang hendak dibina adalah berdasarkan dorongan ke arah pencapaian hasil yang bermutu dan perkhidmatan yang cemerlang, sentiasa menghasilkan idea baru, berdisiplin, ilmiah dan profesional, mesyuarah, kerja berpasukan, rangkaian kerja, dan berorentasikan pelajar.Kita mengamati bahawa pernyataan budaya kerja yang sedemikian rupa amat strategik, profesional, dan merangkumi aspek pengurusan yang berkesan. Secara umumnya kita bersetuju dengan pernyataan tersebut. Bagaimanapun, apabila kita berbincang tentang pandangan mengikut perspektif Islam, kita perlu memperhalusibudaya kerja tersebut dengan beberapa soalan dan tindakan seperti yang berikut:

1. Tidakkah kita terlepas pandang mengenai persoalan niat? Apakah niat kita melaksanakan kerja-kerja tersebut? Jika setiap kali kita bersembahyang, kita akan berniat, apakah kita tidak perlu berniat dalam melaksanakan sebarang kerja di luar waktu sembahyang? Hadith Rasulullah SAW bermaksud:

Page 152: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang ia niatkan.

2. Tidakkah kita memerlukan bimbingan syariah untuk melaksanakan unsur-unsur dalam budaya kerja tersebut? Jika kita bertembung dengan persoalan keutamaan, kita akan bertanya yang manakah berkategori wajib dan yang mana pula berkategori sunat. Apabila kita bertembung dengan persoalan "boleh atau tidak boleh dilakukan" kita berhadapan dengan masalah hukum halal, haram, harus, sunat, atau syubhat. Maksud Hadith Rasulullah SAW:Sesungguhnya yang halal itu nyata (jelas) dan yang haram itupun nyata (jelas) dan di antara keduanya ada perkara-perkara yang kesamaran, yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Maka barang siapa memelihara dirinya daripada segala yang kesamaran, sesungguhnya ia memelihara bagi agamanya dan kehormatannya.

3. Tidakkah ada dasar-dasar Islam yang berkait rapat dengan budaya kerja yang kita lakukan? Contohnya, dalam soal kepimpinan dan kepatuhan terhadap pemimpin. Siapa dan kepimpinan yang bagaimanakah yang wajib dipatuhi? Firman Allah SWT bermaksud:Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu Kepada Rasullulah SAW dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, hendaklah kamu mengembalikan kepada (kitab) Allah dan Sunnah RasulNya, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Sunnah RasulNya, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih eluk kesudahannya. An-Nisa. 59.Firman Allah SWT bermaksud:Dan (ingatlah) sesiapa yang menjadikan Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata. An-Nisa. 119.

4. Apakah kita merasa aman dan boleh berlepas diri daripada natijah sebarang amalan atau gerak kerja yang kita lakukan? Tidakkah kita merasa perlu mengenal pasti kedudukan sesuatu amalan sama ada ianya diterima oleh Allah SWT sebagai suatu kebajikan atau sebaliknya? Firman Allah SWT bermaksud:Sesiapa yang membawa amal kebajikan (pada hari akhirat) maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebajikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya, sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun). Al-An`aam. 160.Firman Allah SWT bermaksud:(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan. Al-Kahfi, l04Firman Allah SWT bermaksud:Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk (agama Allah) dan (membeli) azab seksa neraka dengan meninggalkan keampunan Tuhan. Maka sungguh ajaib kesanggupan mereka menanggung seksa api neraka itu. Al-Baqarah, 175.

5. Apakah unsur-unsur budaya kerja tersebut dapat menjurus kita untuk mencari keredhaan Allah?". Adakah kerja-kerja yang kita lakukan adalah tergolong dalam

Page 153: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

kategori memenuhi kehendak Islam atau sebaliknya? Jika tidak, apakah perlu proses Islamisasi terhadap unsur tersebut dan bagaimanakah caranya untuk bertindak sedemikian? Firman Allah SWT bermaksud:Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. Al-Ankabut,69.

6. Apakah budaya kerja tersebut tidak membabitkan kita melakukan perkara yang bertentangan dengan kehendak Allah dan RasulNya? Lebih malang lagi jika amalan tersebut telah meletakkan kita sebagai penentang kebenaran ayat-ayat Allah.

Firman Allah SWT bermaksud:Dan orang-orang yang berhujjah menyangkal dan membantah tentang kebenaran agama Allah sesudah disebut dan diterima agamaNya itu, bantahan (dan tuduhan palsu) mereka itu sia-sia berlaku di sisi Tuhan mereka. Dan mereka pula ditimpa kemurkaan (dari Allah) serta mereka beroleh azab seksa yang seberat-beratnya. As-Syura. 16.Firman Allah SWT bermaksud:Dan (sebaliknya) orang-orang yang berusaha menentang dan membatalkan ayat-ayat Allah, mereka itulah ahli neraka. Al-Haj. 5l.Firman Allah SWT bermaksud:Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang yang beroleh kemenangan. An-Nur, 52.

Ringkasnya, proses refleksi perlu dilakukan terhadap seluruh gerak kerja kita baik dalam aspek kerja individu, kerja bermasyarakat atau berorganisasi. Dalam konteks budaya kerja cemerlang mengikut perspektif Islam, kecemerlangan yang sebenarnya terletak sejauhmana amalan tersebut disandarkan kepada konsep pengabdian kepada Allah melalui proses berniat. Selepas itu amalan tersebut perlu dirancang, dilaksana, dimurni, dan ditapis mengikut aturan syariah. Proses seperti ini sebenarnya hanyalah proses mengubahsuai gagasan budaya kerja cemerlang yang telah sediada dipaparkan di hadapan kita untuk diselaraskan dengan kehendak Islam. Pendekatan ini seharusnya mampu kita kuasai untuk berhadapan dengan pelbagai saranan budaya kerja cemerlang yang dihadapkan kepada kita setiap masa.PEMBINAAN BUDAYA KERJA CEMERLANGPerbincangan sehingga ini masih berlegar dalam proses mengislamisasi budaya kerja cemerlang yang telah kita lalui. Kita juga boleh membina kerangka tersendiri berdasarkan petunjuk Al-Quran, sunnah Rasulullah SAW, dan Ijmak Ulamak sepanjang zaman. Dalam keupayaan yang serba terhad ini penulis cuba menggariskan ciri-ciri pembinaan budaya cemerlang berdasarkan petunjuk kitab Bimbingan Mukmin karangan Imam Al-Ghazali. Amalan atau kerja yang cemerlang seharusnya mempunyai ciri-ciri yang berikut:

1. Pemusatan Tujuan (niat) Pemusatan tujuan, matlamat, atau objektif setiap amalan bermula dari gerak hati kecil yang sentiasa dirasai oleh setiap orang. Sebenarnya ia adalah pekerjaan hati yang disebut sebagai niat. Allah memandang berat masalah niat.Firman Allah SWT bermaksud:Jika kedua-duanya (suami-isteri yang sedang bersengketa) menginginkan perdamaian, nescaya Allah akan memberi taufiq kepada kedua-duanya. An-Nisa. 35

Page 154: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Niat sesuatu amalan boleh tergolong dalam tiga keadaan, iaitu amal taat, amal maksiat, atau amal mubah (harus). Amal taat adalah amalan yang dikaitkan niatnya sebagai ibadat kepada Allah semata-mata, tidak menyimpang selain daripadaNya. Niat suatu amalan taat boleh diperbanyakkan untuk mendapat pahala yang berlipat kali ganda. Sebaliknya jika niat itu bercampur dengan perkara lain seperti riya` maka amalan tersebut menjadi amal maksiat.Amal maksiat adalah amalan yang menyimpang dari petunjuk syariat dan terkeluar daripada keredhaan Allah. Amal maksiat tidak akan berubah kedudukannya dengan mengubah niat. Contohnya, mencaci orang dengan tujuan mengambil hati rakan atau berbohong kerana melindungi kawan yang berdusta. Amal mubah (harus) pula adalah amalan yang disertai dengan pelbagai niat. Contohnya, memakai minyak wangi kerana inginkan bau yang wangi adalah harus, tetapi apabila diniatkan untuk meneladani Rasulullah SAW atau supaya orang berasa senang hati, maka hukumnya sunat.

2. Bersandar Pada Ilmu Allah memberi penghormatan yang sangat tinggi kepada orang-orang yang berilmu. Bagaimanapun, penghormatan tersebut masih dihubungkaitkan dengan persoalan iman.Firman Allah SWT bermaksud:Allah telah mengangkat orang-orang yang beriman dari golongan kamu, dan bagitu pula orang-orang yang dikurniai ilmu pengetahuan beberapa darjat. Al-Mujadalah, ll.Kategori ilmu yang wajib (fardhu `ain) adalah ilmu untuk mengenal Allah, mempelajari cara beribadah dengan sempurna, mengenal dan membeza antara yang hak dengan yang batil, dan untuk mengenal sesuatu yang dibolehkan dalam kehidupan seharian. Imam Al-Ghazali menghuraikan lebih lanjut dengan katanya:"Termasuk juga ilmu yang fardhu `ain ialah ilmu yang mengenal hal-ehwal hati, mengenai sifat-sifat yang terpuji, seperti bersabar, bersyukur, bermurahati, berakhlak tinggi, bergaul baik, berkata benar dan ikhlas. Begitu juga dengan sifat-sifat yang terkeji, seperti balas dendam, dengki, menipu, meninggi diri, riya`, marah, berseteru, membenci dan kikir. (Jld.1 hlm. 18)".Ringkasnya, amalan yang baik adalah amalan yang diiringi ilmu yang hak, jelas, dan tepat. Dengan ilmu tersebut dapat dibezakan antara amal taat dengan amal maksiat atau amal mubah sehingga kita dapat menyalurkannya menuju ke arah keredhaan Allah.

3. Bersih dan Suci Bersih, kemas, teratur, sistematik, menarik dan sejuk mata memandang adalah satu kriteria penilaian yang orang lain berikan untuk menilai amalan kita sepintas lalu. Bagaimanapun penilaian tersebut masih bellum menyeluruh kerana selepasnya ada konsep suci yang diajarkan oleh Islam. Dalam membincangkan konsep suci, Imam Al-Ghazali menjelaskannya melalui tingkatan bersuci seperti yang berikut:

a. Mensucikan anggota lahir dari hadas (najis), anasir jahat dan kelebihan-kelebihan yang tidak perlu.

b. Mensucikan anggota badan daripada perbuatan-perbuatan salah dan berdosa. c. Mensucikan hati daripada akhlak yang terkeji dan kelakuan-kelakuan yang

dibenci dan terkutuk. d. Mensucikan kebatinan diri daripada semua perkara selain Allah SWT.

Bersuci seperti yang disebutkan di atas, sesungguhnya sangat menyeluruh dan luas maknanya. Sesuatu amalan atau sesuatu benda yang nampaknya bersih boleh jadi tidak

Page 155: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

suci mengikut perhitungan Allah. Oleh itu, sewajarnyalah kita mengaplikasikan kedua-dua konsep bersih dan suci dalam amalan kita semoga Allah meredhainya.Firman Allah SWT bermaksud:Padanya ada orang-orang yang suka sekali bersuci dan Allah mencintai orang-orang yang bersuci itu. AT-Taubah, 7.Firman Allah SWT bermaksud:(Iaitu) orang yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka bersih suci (daripada kafur, syirik dan maksiat), sambil malaikat itu berkata kepada mereka "Selamat sejahtera kepada kamu, masuklah ke dalam surga disebabkan amal baik yang telah kamu lakukan. An-Nahl, 32.

1. Memenuhi Masa Semasa membuat carian perkataan "masa" dalam CD Al-Quraan, penulis merasa terpegun kerana terdapat sebanyak 224 perkataan "masa" dalam terjemahan Al-Quran dalam CD tersebut. Bagaimanapun peringatan Allah dalam surah Al-Asr tentang masa amat penting dalam perbincangan ini, iaitu "Demi masa, Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan orang yang berpesan-pesan ke atas kebenaran. Dan orang yang berpesan-pesan ke atas kesabaran".Maksud surah Al-Asr itu sudah cukup untuk mengingatkan kita bahawa masa yang ada dalam pengurusan kita akan berlalu begitu sahaja dalam kerugian apabila kita tidak menjadikan segala amalan sebagai pengabdian kepada Allah. Amaran ini diperteguhkan lagi dengan penjelasan ayat 66 surah Al-Ahzab.Firman Allah SWT bermaksud:Pada masa muka mereka dibalik-baikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya) "Alangkah baiknya kalau kami dulu (semasa di dunia) taat kepada Allah SWT serta kepada Rasulullah SAW. Al-Ahzab, 66.

2. Menjamin Keadilan Berlaku adil dan menjauhi kezaliman dalam beramal adalah tuntutan Islam yang perlu kita ambil berat. Tidak adil boleh berlaku apabila kita melakukan penipuan, tidak jujur, khianat, dan tidak memberi hak yang sepatutnya diperolehi. Amalan yang disertakan dengan penipuan terhadap Allah atau terhadap manusia akan tetap dicatat oleh Allah dan diperlihatkan semula kepada kita di hari akhirat nanti.Firman Allah SWT bermaksud:Kami (Allah) mencatat apa yang telah mereka lakukan terdahulu dan kesan-kesan dari amalan mereka. Yasin, l2.Seseorang itu dianggap tidak adil dan melakukan kezaliman yang besar apabila menidakkan kebenaran ayat-ayat Allah. Misalnya, seorang ahli politik boleh berjaya memenangi pilihanraya hasil kebijaksanaannya memberi kepercayaan kepada majoriti pengundi bukan Islam bahawa beliau tidak akan melaksanakan hukum hudud. Kejayaan yang dicapai sebenarnya hanya menzalimi diri sendiri bahkan akan lebih menyesatkannya lagi.Firman Allah SWT bermaksud:Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghilang mereka daripada memahaminya dan (Kami jadikan) pada teliga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya. Al-Kahfi, 57.

Page 156: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

3. Ikhlas Sebagaimana tanaman yang subur akan sentiasa dikerumuni makhluk perosak, begitu juga amalan kita sentiasa dikelilingi oleh perosak antaranya ialah tidak ikhlas. Ikhlas lawannya ialah sifat sekutu. Orang yang tidak ikhlas bermakna menyekutukan amalannya seperti kerana riya`, dorongan nafsu, dan kepentingan dunia. Dalam hal ini Imam Al-Ghazali menjelaskan lagi seperti katanya:"Kesimpulannya, tiap-tiap dorongan dunia yang dirasakan senang oleh jiwa dan menarik hati, samada sedikit atau banyak, apabila mencampuri kandungan amalan (kerana Allah), nescaya keruhlah kejernihan amalan itu dan terhapuslah keikhlasannya. Setiap amalan yang khalis itu, tentulah tidak akan dipengaruhi oleh sesuatu gejala apapun, kecuali mendekatkan diri kerana Allah Ta`ala. Amalan yang khalis semacam itu pula tidaklah akan berhasil, melainkan oleh orang yang benar-benar cinta kepada Allah. Dalam hati mereka tidak ada sedikitpun yang tinggal dari membesarkan cinta kepada dunia. (Jld.2, hlm.333)Keikhlasan dalam beramal adalah penting untuk menjaga martabat amalan yang kita lakukan. Ia perlu dipelihara merentasi usia kita kerana amalan yang terdahulu boleh dibinasakan sekelip mata apabila kita mula mengungkit dan mempersoalkannya. Walaupun sesuatu amalan yang kita lakukan hanya sedikit tetapi apabila ia dilakukan dengan ikhlas maka ia sudah memadai. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Ikhlaskanlah amal itu, cukuplah walaupun sedikit".PENUTUPSehingga ini kita telah berbincang bagaimana sesuatu amalan itu seharusnya dinilai mengikut perspektif ketuhanan yang membawa kepada matlamat mengabdi dan mendapat keredhaan Allah SWT. Setiap amalan yang telah diletakkan niatnya untuk mengabdi kepada Allah SWT perlu dirancang, dilaksana dan dimuhasabahkan mengikut syariat Allah. Ringkasnya, amalan yang diniatkan kerana Allah, dilakukan berdasarkan ilmu yang yakin, bersih dan suci, setiap masa tidak terputus hubungannya dengan Allah, adil dan tidak menzalimi diri atau orang lain, serta ikhlas tanpa ada sebarang elemen perosak yang mencampurinya maka ia akan menghasilkan buah amalan yang cemerlang.Sesungguhnya dalam kesempatan yang terbatas ini, hanya beberapa perkara asas dapat dihuraikan mengenai budaya kerja cemerlang. Masih banyak lagi sumber yang perlu diteroka dan kesempatan itu mungkin boleh diperolehi dalam sesi perbincangan bengkel yang diadakan. Fokuskanlah usaha kita dalam mendalami aspek ini semata-mata kerana Allah semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang bertaqwa.Firman Allah SWT bermaksud:Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang Yang berusaha memperbaiki amalannya. An-Nahl, 128.Firman Allah SWT bermaksud:Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya), dan berjuanglah pada Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan. Al-Maedah, 35.Wallohua`lam.

RUJUKAN:Al-Quraan. Cdrom Holy Quran, Ver 6.0. Syarikat Perisian Skhir. 1996.Imam Al-Ghazali. Bimbingan mukmin (Terjemahan Moh.Abdai Rathomy). Al-Maktabah At-Tijariyyah Al-Kubro.Institut Perguruan Sultan Idris.(1994). Kecemerlangan ibu kandung. Naskah tidak diterbitkan.Mustafa `Abdul Rahman. (1989). Hadith 40: Terjemahan dan syarahnya. Dewan Pustaka Fajar, Kuala Lumpur.

Page 157: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Mustafa Kamil Ayub. (1994) Menangani cabaran membina kecemerlangan tamadun ummah Budaya Ilmu Sdn.Bhd. Kuala Lumpur.Yusuf Qardhawi. (1980). Halal dan haram dalam Islam. Pustaka Nasional, Singapura

Budi pekerti luhur tanda kemuliaan

DIRIWAYATKAN oleh Muhammad bin Nasr al-Maruzi yang bermaksud: “Seorang lelaki datang mengadap Rasulullah dari depan Baginda dan bertanya: ‘Perbuatan apakah lebih utama’. Baginda menjawab: “Budi pekerti yang luhur.’

“Kemudian lelaki itu datang dari sebelah kanan Baginda dan bertanya pula: “Perbuatan apakah yang lebih utama.” Baginda menjawab: “Budi pekerti yang luhur.”

“Kemudian lelaki itu pun datang pula dari sebelah kiri Baginda dan bertanya: “Wahai Rasulullah, perbuatan apakah lebih utama.” Baginda menjawab: “Budi pekerti yang luhur.”

“Kemudian dia datang pula dari belakang Baginda lalu bertanya: “Wahai Rasulullah, perbuatan apakah yang lebih utama?”

Rasulullah berpaling kepadanya dan bersabda: “Apakah engkau tidak faham lagi budi pekerti yang luhur itu ialah engkau jangan marah seboleh-bolehnya.”

Sesungguhnya, budi pekerti adalah dasar kepada kehidupan orang mukmin sesuai sebagaimana yang pernah dikatakan Ibn Abbas: “Semua bangunan mempunyai dasar dan dasar bagi agama Islam ialah budi pekerti yang luhur.”

Kedudukan dan darjat seseorang pada kaca mata Islam bukan terletak pada harta, nama atau kediamannya, tetapi agama Islam lebih mengutamakan budi pekerti, sopan santun dan adab yang luhur.

Kemuliaan seseorang itu terletak pada ketakwaan sebagaimana dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu sekalian ialah orang yang paling bertakwa.” – (Surah al-Hujarat, ayat 4).

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Yang menjadikan orang mukmin itu pemurah ialah agamanya, dan yang menjadikan orang itu mempunyai kehormatan ialah akalnya dan yang menjadikan orang itu mulia ialah budi pekertinya.”

Jaminan Islam terhadap orang mukmin yang mempunyai budi pekerti yang luhur ditetapkan ganjarannya.

Dalam hadis daripada Aisyah, beliau berkata, maksudnya: “Sa-ya telah mendengar Rasulullah bersabda: “Bahawasanya seorang mukmin dengan budi pekertinya yang luhur akan mencapai darjat orang yang berpuasa dan orang yang tekun beribadat.” – (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Hibban).

Dalam hadis lain diriwayatkahn Tarmizi dan Ibn Hibban daripada Abi Darda, Rasulullah bersabda maksudnya: “Tiada sesuatu yang lebih berat timbangan seseorang mukmin pada hari kiamat selain budi pekerti yang luhur dan sesungguhnya Allah membenci orang yang membuat kerosakan.”

Page 158: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Dalam hadis yang lain diterangkan ganjaran kepada mereka yang berbudi pekerti baik dan buruk. Diriwayatkan daripada at-Tabrani, daripada Abbas, Rasulullah bersabda bermaksud : “Sesungguhnya seorang hamba dengan budi pekertinya yang luhur akan mencapai darjat yang tertinggi dan kemuliaan di syurga, pada hal dia lemah beribadat dan dengan pekertinya yang buruk akan menjadi penghuni tingkat terbawah di neraka.”

Nabi Muhammad antara lima rasul ‘Ulul Azmi’

KEPERLUAN manusia kepada Nabi dan Rasul adalah fitrah semula jadi manusia. Mereka perlu kepada orang yang dapat memimpin mereka ke jalan benar, keimanan yang teguh, bersatu padu atau berakhlak mulia disebabkan kemampuan manusia terbatas, tidak mutlak serta banyak dikuasai kepentingan diri dan nafsu.

Manusia tidak ada pilihan lain kecuali mestilah mendapat bimbingan wahyu yang disampaikan melalui Rasulullah.

Sebagai Muslim, kita wajib beriman bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah dan nabi terakhir. Kepercayaan ini termasuklah dalam rukun iman yang menjadi asas kepercayaan umat Islam.

Rasulullah sebagai rasul yang diutuskan Allah untuk sekalian manusia berbeza dengan rasul sebelumnya yang diutuskan untuk kaumnya saja.

Demikian juga syariat Rasulullah adalah untuk setiap zaman dan tempat di dunia ini. Baginda menghadapi pelbagai ragam manusia kerana ada pelbagai keturunan, bang-sa, adat, kebudayaan, bahasa dan kepercayaan.

Baginda banyak menghadapi mereka yang tidak beriman, peperangan, pertumpahan darah, kezaliman dan kerosakan akhlak.

Walaupun Baginda menghadapi pelbagai dugaan dan rintangan, Baginda berjaya menyampaikan dakwah Islamiah dan melaksanakan tanggungjawab sebagai rasul dengan cemerlang.

Antara kejayaan Baginda ialah menghapuskan syirik dan kekufuran terutama penyembahan berhala, menaikkan taraf manusia dengan menghapuskan sistem ham-ba, menyatupadukan pelbagai keturunan dan bangsa, memecahkan batasan geografi serta bahasa.

Sebagaimana yang dimaklumi, Rasulullah termasuk dalam lima orang rasul bergelar ‘Ulul Azmi’ yang mempunyai kedudukan tertinggi kerana keazaman mereka yang agung, selalu menghadapi dugaan, melaksanakan tugas dakwah yang sukar, mempunyai ketabahan dan kesabaran luas biasa.

Rasulullah juga bersifat maksum iaitu terpelihara daripada melakukan sebarang dosa. Ini adalah satu kekuatan kepada Baginda dan juga rasul lain.

Selain itu, Baginda juga dikurniakan dengan mukjizat al-Quran yang teragung. Keagungannya bukan saja dari segi bahasa, ilmu, ajaran dan kandungannya, tetapi mukjizat yang kekal hingga hari kiamat nanti.

Ia adalah kitab petunjuk yang menjadi bukti kerasulan Nabi Muhammad yang boleh dilihat, disentuh, dibaca, dikaji al-Quran ini hingga ia tidak mampu disanggah, dinafikan kebenaran dan

Page 159: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

ketepatan fakta ilmiah yang ada di dalamnya seiring dengan penemuan sains moden hari ini.

Hakikat kemukjizatan al-Quran ini dapat diamati dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkan satu surah yang sebanding dengan al-Quran itu, dan panggillah orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, Jika betul kamu orang-orang yang benar. Maka jika kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak akan dapat membuat-nya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya; manusia dan batu-batu (berhala), iaitu (neraka) yang di-sediakan untuk orang-orang kafir.” – (Surah al-Baqarah, ayat 23 hingga 24).

Al-Quran diturunkan dalam tempoh 23 tahun secara berperingkat-peringkat dengan ayat yang berbeza daripada surah berlainan serta peristiwa dan keadaan yang berbeza.

Sedangkan Muhammad pula seorang ‘ummi’ – tidak tahu menulis untuk membaca serta tidak tahu membaca untuk menulis.

Bagaimanapun, Rasulullah tidak pernah terlupa apa-apa yang diterima dan dibacakannya kepada umatnya hinggalah kewafatan Baginda, al-Quran tetap terpelihara.

Bagi yang mahu merenung dan mengkaji al-Quran akan mendapati Nabi Muhammad hanya membaca terus kepada sahabatnya apa yang disampaikan oleh Jibril kepadanya tanpa teragak-agak atau tersasul menyebut sesuatu dengan silap, khususnya dari segi tatabahasa Arab yang amat sukar menguasainya sepanjang masa.

Namun, dalam keadaan ‘keummiyyan’ Baginda, al-Quran yang disampaikan tidak pernah tersalah. Sejak dulu hingga sekarang, tidak pernah ada orang yang boleh menunjukkan kesalahan al-Quran yang hakiki.

Dari apa segi pun, kaedah tata bahasa, penyusunan kata, khabar berita, fakta pengetahuan yang dipaparkan, fakta ibadat yang disampaikan, perkhabaran yang akan datang dan apa saja yang disebutnya hingga kini masih lagi terkini iaitu sesuai dengan masa dan keadaan. Itulah bukti al-Quran sebagai wah-yu daripada Allah.

Dari sudut jaminan penjagaan dan keaslian, al-Quran adalah satu-satunya kitab suci dalam dunia yang menjadi tonggak pengajaran aga-ma, tidak pernah sesiapa pun mampu mempertikaikan kesahihan dan keasliannya.

Keaslian al-Quran yang ditulis pada zaman Khalifah Uthman Ibn Afan yang terkenal dengan nama ‘Mashaf Uthmani’ masih kekal hing-ga ke hari ini.

Mashaf itu menurut satu riwayat ditulis di empat tempat iaitu Arab Saudi, Turki, Mesir dan Uzbekistan.

Selain itu, selagi bumi Allah ini ada, selagi itu ayat al-Quran hidup di dada orang Islam yang beriman.

Demikianlah keagungan dan mukjizat al-Quran yang tetap terpelihara dan terjamin daripada campur tangan musuh Islam.

Al-Quran memuatkan pelbagai fakta saintifik menyentuh daripada perkara yang besar hingga

Page 160: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

kepada perkara kecil dan menjadi renungan, iktibar dan peringatan kepada manusia hari ini. Inilah antara mukjizat al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah, nabi akhir zaman sebagai panduan umat hari ini dan selama-lamanya.Bakti anak kepada ibu bapa dibalas dengan keberkatanOleh Saidul Amin Usman

IBU adalah manusia sejati. Di hatinya tersimpan lubuk kasih yang tidak berdasar dan lautan sayang yang tidak bertepi. Tangannya bagaikan sayap malaikat yang penuh dengan kelembutan.

Tatapan matanya pengubat hati yang gundah gulana. Kata-katanya merawat luka. Dalam pelukan ibu setiap anak akan merasakan kehangatan, ketenangan dan kedamaian yang abadi.

Ibu adalah jantung hati setiap insan. Kasihnya sepanjang jalan dan cintanya membawa ke syurga.

Namun, masa berganti, pusaka bergilir dan zaman pun berubah. Peranan ibu ikut tersisih. Ibu yang memiliki jasa besar dan mendidik anak bangsa, kini tidak mendapatkan balasan yang terbaik daripada penat lelahnya.

Ramai ibu yang kini menjadi penghuni abadi rumah tempat penjagaan orang tua.

Ada di antara mereka yang dihantar dan tidak pernah dijenguk lagi. Akhirnya ibu hanya mengisi hari tuanya dengan cerita indah masa lalu dan air mata hari ini. Baginya masa depan sudah gelap.

Kini, sudah sering kali berlaku seorang ibu yang akan meninggalkan alam fana ini tidak didampingi sesiapapun.

Tidak ada anak yang menunggunya sambil membaca surah Yasin. Tidak ada putera dan puterinya yang membimbing untuk mengucapkan kalimat talqin, “La Ilaha Illa Allah.”

Akhirnya, ketika nyawa dan badan berpisah, roh dan jasad bercerai dan dia pergi dengan hati yang luka.

Selepas kematiannya, jasad kurus dan tua itu dimandikan, disolat serta dimasukkan ke dalam liang lahat oleh tangan manusia yang asing baginya.

Tidak ada tangan anak yang dulu sentiasa dibelai. Tidak terdengar suara doa daripada mulut anak yang dulu selalu dicium beliau. Jasad itu semakin sunyi di liang lahat menanti pelbagai soalan daripada malaikat.

Inilah realiti daripada kehidupan sebahagian ibu yang hidup pada zaman moden ini.

Pada sisi lain, kehidupan zaman canggih hari ini memusnahkan nilai keibuan dalam diri seorang wanita.

Sudah bukan berita baru lagi apabila ditemukan janin bayi yang mati di tempat pembuangan sampah. Ada yang diletak di pintu masjid dan surau mengharap ehsan orang lain untuk menyempurnakannya.

Begitu juga dengan meningkatnya kes pengguguran kandungan di klinik tertentu. Di mana nilai keibuan yang begitu tulus dan ikhlas, ke mana pergi kasih sayang dan mengapa ibu lebih ganas daripada binatang di hutan yang rela membunuh bayi tidak berdosa demi menutup pekung di

Page 161: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

dada?

Dalam rangka memperingati hari ibu, ada dua hal yang mesti direnungkan iaitu apakah ibu dijadikan ratu dalam rumah tangga kita? Setiap manusia harus menyedari bahawa menghormati ibu dan melayaninya dengan penuh penghormatan bukan sekadar tanggungjawab seorang manusia untuk manusia saja.

Ia adalah perintah Allah. Inilah yang dikatakan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain kepada-Nya. Dan Kamu mesti berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya.” – ( Surah al-Isra’, ayat 23).

Dalam ayat itu, Allah bermaksud sesuatu yang lebih baik. Ertinya bergaul dan melayan ibu dan bapa harus lebih baik daripada melayan makhluk lain di muka bumi ini.

Kedua-duanya mesti diberikan perhatian dan penjagaan yang lebih daripada yang lainnya, baik itu anak mahupun isteri sendiri kerana cara yang terbaik mengajar anak untuk menghormati orang tua ialah dengan menunjukkan kepada mereka bagaimana kita memuliakan dan menghormati datuk dan nenek mereka.

Apabila melayan kedua-dua orang tua harus dengan cara yang baik, maka melayan ibu haruslah tiga kali lebih baik daripada ayah. Ini berdasarkan hadis Rasulullah yang memberikan keutamaan kepada ibu tiga kali ganda berbanding ayah.

Memelihara ibu pada saat mereka berusia senja sememangnya bukanlah hal yang mudah. Apalagi jika mereka sampai pada peringkat nyanyuk atau pikun.

Perbuatan ini memerlukan kesabaran dan kepayahan yang sangat tinggi.

Bagaimanapun, pada saat itulah sebenarnya seorang anak akan mendapatkan lubuk pahala dan lautan kebajikan. Pada sisi lain, keadaan ibu seperti itu akan memberi keinsafan bahawa suatu hari nanti kita juga akan mengalami apa yang dilalui ibu.

Apabila kita tidak mampu bersikap sabar dan melayannya dengan baik, bagaimana pula anak yang akan melayan kita pada saat usia senja nanti?

Bagi anak yang dapat berbakti kepada ibu pada usia seperti ini, Allah akan memberikan ganjaran pahala dan kebajikan yang tiada tolak bandingnya kerana tidak ada balasan bagi anak yang soleh kecuali hanya syurga.

Dalam salah satu hadis, Rasulullah pernah bersabda bahawa ada satu tempat di syurga yang mana malaikat pun tidak dapat sampai ke tempat itu.

Rasulullah bertanya kepada Jibril, siapa yang berada di tempat suci itu? Jibril menjawab, seorang anak yang menghabiskan waktunya melayan ibunya yang lumpuh. Ibu tadi reda dan rela di atas layanan anak itu hingga dia meninggal dunia. Maka tempat itu balasan baginya.

Dalam kehidupan di dunia, bakti kepada ibu dan bapa akan menjadikan hidup begitu indah dan bermakna. Rezeki datang melimpah, hati pun akan terasa bahagia.

Sementara orang yang tidak berbuat baik kepada orang tua, hidup tidak ada erti kerana terasa ada

Page 162: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

kekosongan dalam diri mereka. Sering kali perniagaan dan usaha yang dilakukan tidak mendapat pulangan kerana keredaan Allah berada di atas kerelaan orang tua.

Dilema wanita Islam menggunakan kosmetik

PENGGUNAAN bahan kosmetik sudah menjadi kemestian bagi wanita namun disebabkan wujud konflik dalam penggunaan kosmetik dari sudut kimia dan agama, menyebabkan semakin ramai yang mula prihatin terhadap tahap kesuciannya.

Penggunaan bahan kosmetik jika dilihat dari sudut agama Islam, lebih bergantung kepada niat iaitu penggunaannya boleh dikategorikan sebagai tujuan berhias.

Dari perspektif Islam, seseorang wanita berhias adalah untuk suaminya. Menurut hadis yang diriwayatkan Ahmad Abu Dawud dan An-Nasai’i bermaksud: “Seseorang wanita itu dilarang berhias untuk selain suaminya. Jika mereka berhias dimaksudkan untuk orang lain selain suaminya, maka Allah akan membakarnya dengan api neraka kerana berhias selain suami adalah tergolong dalam tabarruj.”

Imam Bukhari mengatakan tabarruj ialah tindakan seseorang wanita yang menampakkan kecantikannya kepada orang lain (Fiqih Wanita, 662, Al-Jami' Fii Fiqbi An-Nisa’, Syaikh Kamil Muhammad Muhammad `Uwaidhah, Pustaka Al-Kautsar, Jakarta 1998, Terjemahan: M Abdul Ghoffar E M. “Fiqih Wanita”).

Dalam hal ini Allah swt berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kalian berhias dan bertingkah laku (bertabarruj) seperti orang Jahiliah yang terdahulu.” – (Surah Al-Ahzab, ayat 33).

Bagaimanapun, dalam suasana hari ini adakah semua wanita Islam hanya berhias untuk suami?

Sebagai contoh, bagi wanita yang terbabit untuk menghadiri majlis makan malam, yang mana pada masa yang sama, suami menjaga rumah dan mengasuh anak atau apakah wanita Islam tidak perlu dilihat sebagai berketrampilan menarik?

Dari sudut yang lain pula, menyentuh mengenai berhias, ia adalah sunnah alamiah.

Daripada Aisyah, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “10 hal yang termasuk fitrah: mencukur misai, memotong kuku, menyela-nyela (mencuci) jari jemari, memanjangkan janggut, siwak, istinsyaq (memasukkan air ke hidung) dan intiqashul maa (istinja).”

Mush'ab bin Syaibah mengatakan: “Aku lupa yang ke-10, melainkan berkumur.”

Daripada Abu Hurairah pula beliau mengatakan: “Lima perkara yang menjadi sebahagian daripada fitrah ialah memotong kuku, mencukur misai, mencabut bulu ketiak dan mencukur rambut kemaluan.” – (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Dalam konteks yang lain pula, mengenai memakai wangian bagi wanita, ada sebuah hadis yang berbunyi: “Daripada Hanim bin Qais, daripada Abu Musa Al-Asy'ari beliau menceritakan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap wanita mana saja yang memakai wangi-wangian lalu dia berjalan melewati suatu kaum supaya mereka mencium bau wanginya itu bererti dia sudah berzina.” – (Hadis riwayat Ahmad An-Nasa’i, Abu Dawud dan Tirmidzi).

Sementara itu, daripada Imran bin Hushain, beliau menceritakan Rasulullah bersabda yang

Page 163: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

bermaksud: “Ketahuilah pewangi lelaki adalah yang tercium dan tidak nampak warnanya, sedangkan pewangi wanita adalah yang nampak warnanya dan tidak tercium aromanya.” – (Hadis riwayat Abu Dawud dan Ahmad).

Selanjutnya, sebahagian perawi mengatakan: “Yang demikian itu jika digunakan di luar rumah, tetapi jika sedang berada di sisi suaminya, maka bolehlah dia memakai pewangi mengikut kehendak hatinya.”

Sebagai kesimpulan, dalam penggunaan bahan kosmetik masa kini wanita Islam khususnya sering menghadapi dilema. Bagaimanakah hendak mendapat kepastian atau rujukan mengenai status bahan kosmetik berkenaan sama ada ‘halal’ atau ‘haram’?

Dengan lambakan bahan kimia yang melebihi 10,000 jenis di pasaran, mampukah pihak berwajib menjalankan kajian saintifik secara terperinci dan seterusnya menetapkan hukum dalam menentukan status produk kosmetik berkenaan?

Untuk berapa lamakah masyarakat Islam di Malaysia harus menunggu untuk mendapat penjelasan ini dan adakah pembuat bahan kosmetik itu akan mengisytiharkan kandungan mereka yang sebenar?

Manusia terima ujian dalam kehidupan

IMAN adalah milik rohaniah manusia yang tidak ternilai harganya. Tinggi atau rendahnya martabat manusia di sisi Allah ditentukan oleh kadar iman yang ada pada diri masing-masing.

Sesiapa yang paling kuat dan sempurna imannya, maka dialah yang paling mulia pada pandangan Allah. Keimanan yang kuat itu mahal harganya.

Ia tidak mungkin diperoleh begitu saja tan-pa berhadapan dengan perjuangan yang sukar. Ini kerana Allah akan menguji manusia dengan pelbagai ujian untuk melihat dengan jelas hasil ujian itu terhadap mutu iman setiap manusia, apakah ia emas atau tembaga.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dialah Tuhan yang mencipta mati dan hidup untuk menguji kamu, apakah kamu yang lebih baik amal perbuatannya, dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” – (Surah al-Mulk, ayat 2).

Sesungguhnya dalam hidup ini kita tidak dapat lari atau dipisahkan daripada beberapa ujian terutama sekali bagi mereka yang sentiasa mengejar kejayaan dan berusaha mendapatkan kebahagiaan.

Amat kelirulah sangkaan sesetengah manusia yang menganggap hidup ini hanya kesenangan semata-mata, suka dan bahagia selalu atau sebaliknya hanya menganggap hidup ini penuh duka atau dipenuhi air mata.

Pada hal sesungguhnya setiap bahagia dan sengsara, untung dan rugi, sihat dan sakit dan segala macam kejadian yang menimpa, adalah seni kehidupan yang sudah menjadi sunnah (ketetapan) Tuhan.

Ujian pula adalah ukuran terhadap usaha dan iman seseorang sama ada berjaya atau tidak, dan ia pula terletak pada sejauh mana kemampuannya menghadapi ujian itu.

Page 164: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Proses ini juga berlaku kepada iman dan takwa seseorang kepada Allah. Firman Allah yang bermaksud: “Alif Laam Mim. Apakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata kami beriman sedangkan mereka belum diuji dengan sesuatu percubaan dan demi sesungguhnya kami menguji orang yang terdahulu daripada mereka maka dengan ujian yang demikian nyatalah apa yang diketahui oleh Allah tentang orang yang beriman dan nyata pula apa yang diketahui tentang orang-orang yang berdusta.” – (Surah al-Ankabut, ayat 1 hingga 3).

Ayat ini memberikan pengertian besar kepada kita bahawa hubungan manusia dengan kehidupan adalah hubungan ujian dan cubaan.

Allah menjelaskan dalam ayat ini bahawa seseorang manusia itu tidak cukup dan tidak memadai dengan membuat pengakuan lisan saja dengan berkata ‘kami beriman kepada Allah’, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah.

Ini kerana, setiap ujian dan cubaan yang dihadapkan oleh Allah kepada hambanya adalah garis penentu untuk mengetahui siapakah yang benar-benar beriman kepada-Nya dan siapakah yang hanya membuat pengakuan lisan saja.

Ujian seperti itu sudah pun Allah kenakan kepada umat terdahulu, iaitu umat yang dipimpin Rasul dan Nabi sebelum Nabi Muhammad.

Natijah daripada ujian itu, Allah mengetahui siapakah benar-benar beriman dan siapakah yang mendustakan-Nya.

Hendaklah diketahui bahawa ujian yang dihadapkan kepada kita bukan hanya dalam bentuk kesusahan atau dalam bentuk kesulitan dan kesakitan, malah dalam bentuk kemewahan, kekayaan dan juga dalam bentuk kedudukan serta pangkat.

Firman Allah yang bermaksud: “Setiap diri akan merasa kematian dan kami ujikan sekalian kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai satu percubaan dan kepada Kamilah kamu sekalian akan kembali.” – (Surah al-Anbiya’, ayat 35).

Ujian dalam bentuk kesusahan dan kesakitan adalah ujian paling ringan kerana maksud daripada ujian itu adalah semata-mata menguji kesabaran dan kerelaan kita menerima qada’ dan qadar Allah.

Apabila ternyata kesabaran kita, Allah akan tetapkan pahala dan seterusnya dihapuskan sebahagian dosa atau dipertingkatkan darjat hingga ujian itu menjadi nikmat serta kurniaan besar daripada Allah untuk hamba-Nya.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Setiap orang Islam yang ditimpa bencana sama ada yang terkena duri atau lebih berat daripada itu, maka itu adalah semata-mata ujian. Ini kerana Allah akan hapuskan perbuatan kejahatannya dan menggugurkan dosa-dosanya sebagaimana pokok kayu menggugurkan daunnya.” – (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ujian Allah melalui nikmat kesenangan dan kekayaan serta pangkat kebesaran pula adalah lebih berat daripada ujian kesusahan dan kesakitan kerana berapa banyak umat Islam di dunia ini yang gagal dalam ujian itu.

Apabila diberi kekayaan dan kedudukan oleh Allah, mereka gagal menjadi Muslim sempurna

Page 165: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

yang dijadikan khusus oleh Allah untuk mengabdikan diri kepada-Nya.

Sabda Rasulullah yang bermakusd: “Sesungguhnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan.” – (Riwayat at-Turmizi).

Daripada hadis ini, jelas kepada kita bahawa ujian terbesar kepada umat Nabi Muhammad adalah ujian harta benda dan kekayaan.

Dengan harta benda dan kekayaanlah menyebabkan ramai umat Islam hari ini tergelincir daripada prinsip dan akidah Islam serta tidak dapat mempertahankan diri sebagai Muslim bermaruah tinggi dan berakhlak mulia.

Wadah Wanita Islam: Mendisiplinkan anak dengan kasih sayang

RAMAI ibu bapa prihatin dan tertanya-tanya serta mencari-cari cara terbaik untuk mendisiplin anak. Rasa prihatin atau kebimbangan ini dapat difahami kerana masalah kurang disiplin atau tidak disiplin di kalangan anak muda kian membimbangkan.

Apakah yang dimaksudkan dengan disiplin? Biasanya apabila disebut disiplin, ibu bapa selalu bayangkan hukuman dan denda.

Dari segi bahasa, disiplin boleh ditakrifkan sebagai latihan yang biasanya pemikiran dan kelakuan supaya patuh dan bertata-tertib, undang-undang yang ditetapkan supaya seseorang berkelakuan baik, patuh kepada peraturan, hukum/denda kerana melanggar sesuatu peraturan dan salah satu cabang ilmu pengetahuan.

Jadi, hukuman/denda hanya satu daripada banyak takrifan disiplin. Perkataan disiplin adalah dari perkataan Latin iaitu discipulus yang bermakna pelajar. Dan makna inilah yang ditekankan oleh Dr Fitzhugh Dod-son, seorang pakar psikologi dan pendidik, juga penulis beberapa buku pendidikan anak-anak, termasuk How to Discipline With Love. Bagaimana untuk memberi disiplin dengan kasih sayang, sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam.

Daripada Saidatina Aisyah, katanya, Rasulullah bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah itu bersifat belas kasihan, sangat suka belas kasihan dalam segala perkara.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam bukunya, Dr Dodson menekankan bahawa disiplin ialah mengajar, dan proses pengajaran itu berlaku sepanjang masa – bukan hanya pada masa anak meragam, nakal atau berkelakuan buruk.

Apakah yang diajar? Setiap anak perlu diajar untuk berkelakuan baik dan menjauhi kelakuan jahat. Definisi baik buruk mungkin berbeza dari seorang individu kepada yang lain, tetapi dalam Islam, ia adalah jelas. Ini sebagaimana firman Allah bermaksud: “Kami telah tunjukinya dua jalan. Iaitu jalan kebaikan dan jalan kejahatan.” – (Surah al-Balad, ayat 10)

Lalu Rasulullah bersabda bermaksud:“Tiada sesuatu pemberian yang diberi seorang ayah kepada anaknya lebih utama daripada mengajarnya adab yang mulia.” (Hadis riwayat at-Tarmizi)

Hadis di atas menekankan pentingnya disiplin atau mengajar adab yang mulia ini kepada anak-anak. Itulah seutama-utama pemberian daripada seorang ayah kepada anaknya.

Page 166: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Kenapa disiplin penting? Perasaan, emosi dan nafsu perlu dikekang serta dikawal oleh diri. Kawalan dalaman penting untuk menjadikan personaliti yang baik. Biasanya kanak-kanak berfikir mengenai diri sendiri saja serta tidak berfikir panjang dan tidak matang (tidak memikirkan akibat dan kesudahan).

Oleh itu, mereka perlu mempelajari untuk mengawal diri. Sekiranya tidak diajar hingga ke dewasa, kelakuan yang mungkin dimaafkan atau ditolakansurkan ketika kecil akan menjadi buruk. Ini akan menjejaskan diri anak itu serta hubungan ibu bapa dan anak kerana ibu bapa berasa kecewa, benci dengan sikap dan kelakuan anak. Masyarakat juga akan turut terbeban dengan keadaan itu.

Masalah teruk dengan remaja tidak terjadi dalam sehari. Seseorang yang berumur 15 tahun yang merosakkan harta awam, berkemungkinan pada usia lima tahun dibetulkan apabila dia melontar batu ke rumah jiran atau menconteng dinding. Remaja 17 tahun yang tidak senonoh, mungkin ketika kanak-kanak tidak ditegur daripada berbuat sesuka hati.

Justeru, tidak bijak kalau tunggu hendak membetulkan masalah yang telah menjadi besar apabila anak itu sudah dewasa. Adalah lebih mudah untuk menyelesaikan masalah kecil pada peringkat awal umur anak.

Bagaimanapun, disiplin bukan satu perkara yang mudah sama ada untuk ibu bapa mahupun anak. Anak yang bersifat hanya memikirkan diri sendiri, tidak berfikir panjang dan tidak matang susah hendak mengawal diri. Mereka belum lagi memahami tanggungjawab moral dan sosial. Mereka mungkin belum memiliki ilmu, pengalaman dan sebab yang membolehkan mereka memilih antara baik dan buruk.

Bagi ibu bapa pula, perkara ini agak sukar kerana kadang-kadang disiplin memerlukan sekatan tertentu. Meletakkan sekatan itu ke atas anak yang disayangi adalah sukar kecuali kita berpandangan jauh atau dapat melihat kesan baiknya. Ia juga memerlukan contoh daripada ibu bapa.

Tiada kaedah berkesan pada setiap masa untuk semua anak. Namun, secara prinsip:- Kita perlu lihat umur anak itu. Cara mengajar berkelakuan baik kepada anak berumur dua tahun berbeza daripada berumur lapan atau 15 tahun. Contohnya, ketika Rasulullah bersembahyang, datang cucunya Hussain, lalu menunggang belakang baginda, padahal baginda sedang sujud. Maka baginda pun memanjangkan sujud itu hingga orang ramai menyangka ada sesuatu perkara berlaku. Dalam hal ini Rasulullah mengambil kira umur Hussain pada masa itu. Oleh kerana perbuatannya tidak memudaratkan, baginda membiarkan saja, dengan penuh timbang rasa dan belas kasihan. Bergantung juga kepada kemampuan ibu bapa. Mungkin ada kaedah yang dikatakan berkesan untuk sesuatu keadaan bagi ibu bapa si A, tetapi bagi ibu bapa B, disebabkan personaliti atau cara mereka dibesarkan, kaedah itu tidak dapat dilakukannya. Anak juga berbeza antara satu sama lain. Ada yang lebih senang dibentuk, ada yang lebih keras. Justeru, tidak boleh mengguna cermin mata yang sama untuk membaiki rabun anak yang berbeza. PENULIS adalah pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi awam dan boleh dihubungi melalui [email protected]

Salihah: Zubaidah bina saluran air di Makkah

Page 167: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

PERMAISURI Khalifah Harun ar-Rasyid, Zubaidah, adalah contoh isteri pemimpin yang sentiasa memberi pandangan berguna dan membina bagi membantu suami dalam mengendalikan pentadbiran negara.

Zubaidah atau nama asalnya Amatul Aziz adalah ratu yang dianugerahi pelbagai kelebihan dengan kecerdasan dan kebijaksanaannya, selain bersifat setia dan penyayang.

Datuknya, Abu Jaafar al-Mansur dan pakciknya, al-Mahdi membesarkannya dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang. Datuknya itu sangat mengkaguminya, malah menyebutnya dengan panggilan buih yang putih atau Zubaidah.

Hidup Zubaidah dan suaminya cukup bahagia. Namun, dalam kehidupan berumah tangga pasti ada dugaan seperti kata-kata ‘sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’.

Kebahagiaan suami isteri itu pernah terusik dengan kehadiran hamba perempuan sama ada berupa hadiah mahupun hamba yang dibeli.

Antara mereka ialah gadis cantik dari Kisra dan Kaisar yang begitu bangga dengan kemurahan dan kemewahan khalifah hingga menyebabkan rasa cemburu pada hati Zubaidah.

Apa pun, rasa cemburu itu dibenam dalam hatinya. Malah, Zubaidah tetap sabar membimbing hamba itu mengaji al-Quran. Apa yang dilakukannya itu membuatkan Zubaidah tenang dan aman setiap kali mendengar bacaan ayat suci al-Quran.

Tidak lama selepas itu, Khalifah Harun ar-Rasyid wafat dan digantikan puteranya, al-Amin sebagai khalifah. Tragedi menimpa apabila al-Amin terpaksa berhadapan dengan adiknya sendiri, al-Ma’mun dalam satu peperangan akibat hasutan dan fitnah.

Betapa sedihnya Zubaidah. Baginya, al-Amin berhak menjadi khalifah namun beliau tidak mahu al-Ma’mun tewas dalam peperangan itu. Lantas, beliau berpesan kepada panglima perang, Ali Isa yang memerangi al-Ma’mun supaya menasihati puteranya itu.

Harapan Zubaidah sia-sia. Allah mentakdirkan putera yang dikasihinya, al-Amin yang terkorban akibat panahan seorang perajurit.

Melihat peristiwa itu, al-Ma’mun menemui ibunya dengan tujuan menghiburkannya sambil berkata: “Wahai ibu, janganlah bersedih kerana akulah pengganti al-Amin.”

Zubaidah pula dengan bijak menjawab: “Bagaimana aku tidak bersedih atas seorang anak yang meninggalkan saudaranya seperti engkau?”

Sejak itu, Zubaidah tenggelam dalam kesedihan yang mendalam namun hanya terubat selepas berulang kali melakukan ibadah haji.

Dalam perjalanan menunaikan ibadah itu, beliau mendapati jemaah mengalami kesulitan memperoleh air di Makkah. Harga setitis air terasa lebih mahal daripada setitis peluh.

Zubaidah sedih mengenangkan perkara itu, lantas bersumpah dengan ikhlas akan menyerahkan segala harta miliknya untuk melaksanakan projek penyaluran air bagi penduduk Ummul Qura dan jemaah haji.

Page 168: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Sekembalinya ke Iraq, Zubaidah menjemput arkitek dan pekerja serta menceritakan rancangannya itu. Mereka kemudiannya berangkat ke Makkah untuk melaksanakan projek saluran air itu yang dianggap suatu pekerjaan yang berat ketika itu sebelum adanya peralatan canggih seperti sekarang.

Projek kemanusiaan itu termakbul. Mengalirlah mata air dari Hunain membasahi bumi Makkah. Begitu juga mata air Nu’man yang disalurkan ke Arafah.

Nama Zubaidah kemudian diabadikan dalam projek saluran air itu hingga kini untuk mengenang jasanya. Dengan wujudnya projek itu, kesedihan yang ditanggungnya juga terubat.

Hadis: Pulihara mulut daripada bicara perkara tiada faedah

RASULULLAH bersabda maksudnya: “Daripada keelokan Islam seseorang ialah dia meninggalkan perkara yang tidak berkaitan (berguna) dengannya.” (Hadis riwayat at-Tarmizi dan lain-lainnya.”

Hadis di atas mengandungi himpunan adab baik yang mesti dimiliki oleh setiap insan Muslim. Kita wajib memelihara akhlak dan budi pekerti mulia sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama terbaik dan penganutnya sebagai umat teratas.

Dalam hadis ini, Rasulullah menerangkan mengenai keelokan ciri Islam seseorang Muslim yang menyempurnakan lagi penghayatannya terhadap agama ini.

Dalam Islam, selain kewajipan berbentuk perintah dan larangan, banyak anjuran supaya kita berusaha melakukan penambahbaikan dengan memiliki sifat terpuji dan melakukan perkara sunat.

Antara kecantikan peribadi seseorang Muslim ialah meninggalkan apa juga perkara yang tidak memberi manfaat kepada dunia dan agamanya sama ada berupa perkataan yang sia-sia atau perbuatan kosong yang hanya menghabiskan masa dan umurnya dengan percuma.

Setiap tindak tanduk seharian kita terbahagi kepada empat iaitu:

l Melakukan perkara yang berguna.

l Melakukan perkara yang tidak berguna.

l Meninggalkan perkara yang berguna.

l Meninggalkan perkara yang tidak berguna.

Perkara pertama dan keempat adalah disuruh oleh agama manakala yang kedua dan ketiga adalah sebaliknya.

Diriwayatkan oleh Abu Zar bahawa Rasulullah bersabda mengenai apa yang disebutkan dalam suhuf Nabi Musa:

“Orang yang berakal selama mana akalnya tidak dikalahkan mempunyai beberapa saat iaitu satu saat untuk bermunajat kepada Tuhannya, satu saat untuk menghitung diri, satu saat untuk memikirkan ciptaan Allah dan satu saat lagi untuk urusan keperluan atau makan minumnya.”

Page 169: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

“Orang yang berakal tidak berusaha melainkan untuk tiga perkara, iaitu berbekal untuk akhirat, bekerja untuk kehidupan dan berlazat-lazat dengan benda yang tidak haram.

“Orang yang berakal selama mana akalnya tidak dikalahkan berkewajipan melihat masanya dan memelihara lidahnya. Sesiapa yang membandingkan perkataan dan amalnya, nescaya sedikitlah perkataannya kecuali pada perkara yang berguna.”

Sabda Rasulullah bermaksud: “Setiap perkataan anak Adam adalah bencana ke atasnya dan bukan kebaikan untuknya ke-cuali menyuruh kepada kebaikan, mencegah daripada kemungkaran dan zikir kepada Allah.” (Hadis riwayat at-Tarmizi dan Ibnu Majah)

Dalam menghuraikan hadis di atas, ulama banyak memperkatakan mengenai perkara berkaitan dengan percakapan, sekali pun pengertian hadis ini adalah lebih umum. Ini disebabkan akibat buruk yang banyak ditimbulkan oleh lidah.

Diriwayatkan bahawa sekumpulan lelaki menyatakan kehairanan mereka terhadap hadis itu kepada Sufian ath-Thauri, lalu beliau berkata:

“Apakah yang menghairankan kamu? Tidakkah Allah telah berfirman (bermaksud): Tiada kebaikan pada kebanyakan daripada bisikan mereka kecuali sesiapa yang menyuruh melakukan sedekah atau kebaikan atau mendamaikan antara manusia.” (Surah an-Nisa, ayat 114)

Kesimpulannya, meninggalkan sesuatu yang tidak berkaitan atau tidak mendatangkan kebaikan dalam urusan dunia dan akhirat adalah tanda kesempurnaan dan keelokan peribadi seseorang Muslim. Ini termasuk memelihara diri daripada membicarakan perkara yang tiada faedahnya, malah hanya membuang masa saja. Begitu juga ia boleh mendatangkan dosa dan menimbulkan kekeruhan dalam hubungan sesama manusia.

Justeru, orang tua-tua mengingatkan kita dengan pesanan mereka, ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya’ dan ‘kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.’ Petikan Suara Masjid, terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan dan Masjid Putra.

Janji orang terakhir masuk syurga

DIRIWAYATKAN daripada Abdullah bin Mas’ud, katanya, Rasulullah bersabda bermaksud: “Orang yang terakhir masuk syurga ialah seorang lelaki. Kadang-kadang dia berjalan dan kadang-kadang dia merangkak, bahkan sekali-sekala dia masih dijilat api.”

Setelah dia melalui tempat itu, dia pun menoleh ke belakang dan berkata: “Maha suci Allah yang telah menyelamatkanku daripadamu. Sesungguhnya Allah telah mengurniakan kepadaku sesuatu yang tidak pernah diberikan-Nya kepada orang lain daripada golongan orang terdahulu dan orang terkemudian.”

Kemudian dinampakkan kepadanya sepohon pokok, lalu dia berkata: “Wahai Tuhanku, dekatkanlah aku kepada pohon itu supaya aku dapat bernaung di bawahnya dan dapat pula meminum airnya.”

Allah berfirman bermaksud: “Wahai anak Adam, barang kali kalau sudah Ku-berikannya kepadamu, adakah engkau akan meminta lagi kepada-Ku yang lain?”

Page 170: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Orang itu menjawab: “Wahai Tuhanku, aku tidak akan meminta lagi yang lain.” Orang itu disuruh berjanji tidak akan meminta yang lain lagi dan Tuhan menerima keuzurannya kerana Dia melihat orang itu tidak sabar lagi untuk mendapatkan keinginannya itu.

Allah mendekatkannya kepada pohon itu dan dia pun bernaung di bawahnya serta meminum pula airnya.

Kemudian dinampakkan kepadanya sebatang pohon lain yang lebih bagus daripada yang pertama. Orang itu berkata: “Wahai Tuhanku, dekatkanlah aku kepada pohon itu supaya aku dapat bernaung di bawahnya dan meminum airnya. Aku tidak akan meminta daripada-Mu yang lain.”

Allah berfirman: “Wahai anak Adam, bukankah engkau sudah berjanji kepada-Ku bahawa engkau tidak akan meminta kepada-Ku lagi? Barangkali kalau sudah Ku-berikan kepadamu, adakah engkau akan meminta kepada-Ku yang lain pula?”

Orang itu berjanji sekali lagi untuk tidak meminta kepada-Nya yang lain. Tuhan menerima keuzurannya kerana Dia melihat orang itu tidak sabar lagi untuk mendapatkan keinginannya itu. Allah mendekatkannya kepada pohon itu dan dia pun bernaung di bawahnya serta meminum airnya.

Kemudian dinampakkan kepadanya sebatang pohon berhampiran pintu syurga yang keadaannya lebih bagus daripada kedua-dua pohon sebelumnya. Orang itu berkata pula: “Wahai Tuhanku, dekatkanlah aku kepada pohon itu supaya aku dapat bernaung di bawahnya dan meminum airnya. Aku tidak akan meminta kepada-Mu yang lain lagi.”

Allah berfirman: “Wahai anak Adam, bukankah engkau sudah berjanji kepada-Ku tidak akan meminta daripada-Ku yang lain?” Orang itu menjawab: “Benar, wahai Tuhanku, aku tidak akan meminta kepada-Mu yang lain.”

Allah menerima keuzurannya itu kerana dilihat-Nya orang itu sudah tidak sabar lagi untuk mendapatkan keinginannya. Maka didekatkan-Nya pohon itu.

Sebaik saja dia sudah didekatkan kepada pohon itu, dia pun terdengar suara ahli syurga. Kemudian dia berkata: “Wahai Tuhanku, masukkanlah aku ke dalam syurga.” Allah berfirman: “Wahai anak Adam, adakah engkau akan berpuas hati sekiranya Aku memberikan kepadamu nikmat sebesar dunia berserta sebuah lagi sepertinya?”

Orang itu berkata: “Wahai Tuhanku, adakah Engkau memperolok-olokkan aku sedang Engkau adalah Tuhan sekalian alam?” Allah ketawa lalu berfirman, “Aku tidak memperolok-olokkanmu, tetapi memang Aku ini Maha Berkuasa atas segala yang Aku kehendaki.” (Hadis riwayat Muslim).

Fikrah: Budi pekerti Saidina Hassan sangat terpuji

SAIDINA Hassan bin Ali adalah seorang tokoh yang sangat dicintai oleh umat Islam. Kecintaan umat Islam terhadapnya kerana beliau adalah cucu kepada Nabi Muhammad dan anak kepada Khalifah ar-Rasyidin yang keempat, Saidina Ali Abu Talib.

Sebagai cucu Rasulullah, Saidina Hassan diibaratkan seperti permata yang bercahaya pada masa hayatnya. Ini kerana beliau memiliki budi pekerti yang sangat mulia dan terpuji.

Page 171: sham86.files.wordpress.com · Web viewBAB 1 DUA KALIMAH SHAHADAH DAN ERTINYA Setiap orang yang mukallaf diwajibkan beragama Islam, sentiasa berpegang teguh pada agama Islam dan patuh

Saidina Hassan mempunyai sikap yang peramah, bersopan santun, rendah hati dan dermawan.

Pada satu hari ketika Hassan duduk di depan rumahnya, tiba-tiba datang seorang Arab Badwi lalu mencacinya.

Arab Badwi itu turut mencaci ayah dan ibunya. Anehnya, Saidina Hassan hanya mendengar saja segala cacian dan maki hamun orang itu, tanpa sedikit pun berubah air mukanya atau menyerang balas orang itu dengan perkataan atau perbuatan.

Dengan lemah lembut, Saidina Hassan berkata kepada Arab Badwi itu : “Wahai Badwi, adakah engkau lapar atau dahaga, atau adakah sesuatu yang merunsingkan hati kamu?”

Tanpa mempedulikan kata-kata Saidina Hassan, Arab Badwi itu terus memaki hamunnya.

Melihatkan keadaan orang itu yang tidak juga berubah, Saidina Hassan menyuruh pelayan rumahnya membawa tabung yang berisi wang perak.

Kemudian, beliau memberikan wang itu kepada Arab Badwi itu sambil berkata: “Wahai Badwi, maafkan saya kerana inilah saja yang saya ada. Jika ada yang lebih daripada ini, tidak akan saya sembunyikan daripada kamu.”

Sikap dan layanan Saidina Hassan yang memeranjatkan itu akhirnya berjaya melembutkan hati Arab Badwi berkenaan.

Tiba-tiba orang itu menangis teresak-esak lantas memegang kaki Saidina Hassan sambil berkata: “Wahai cucu baginda Rasulullah. Maafkan aku kerana berlaku kasar terhadap kamu.

“Sebenarnya, aku sengaja berbuat begitu kerana hendak menguji kebaikan budi pekerti kamu sebagai cucu Rasulullah yang aku kasihi. Sekarang, yakinlah aku bahawa engkau sesungguhnya mempunyai pekerti yang sangat mulia.”

Begitulah contoh keindahan budi yang tiada bandingannya kerana orang yang dimaki hamun bukan saja dapat bersabar terhadap segala cubaan untuk menggoyahkan iman mereka, bahkan membalasnya dengan sikap yang lembut dan pemurah.

Kadang kala ujian Allah datang bukan saja dalam bentuk musibah atau nikmat, sebaliknya dalam bentuk kata-kata yang kasar dan boleh melukakan hati orang yang mendengarnya. Hanya keimanan yang kental dapat mententeramkan hati yang marah akibat diherdik.

Sebagai hamba Allah yang sentiasa merendah diri kepada kekuasaan-Nya, sebaik-baik cara untuk mengatasi rasa kecewa dan sedih akibat dihina atau dimaki hamun oleh orang lain ialah dengan bersabar dan memaafkan mereka.

Kita juga digalakkan oleh Rasulullah supaya mendoakan kebaikan ke atas manusia termasuk kepada orang yang memaki hamun atau pernah melukakan perasaan kita supaya mereka dibukakan hati oleh Allah untuk bertaubat.