unsur islam dlm k.agung

5
.............................. Assalamualaikum dan salam sejahtera.Dalam memperkembangkan pengaruh Islamisasi dalam politik seterusnya membawa perubahan dalam aspek undang-undang.Pengaruh Islam dalam bidang perundngan di Nusantara menampilkan Melaka sebagai contoh yang paling popular.Ini memandangkan undang-undang Islam yang dilaksanakan di Melaka turut dipakai diseluruh negeri-negeri di Sumatera.Ia juga telah diindoktrinasikan oleh Kerajaan Acheh yang berkuasa setelah kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada 1511. Undang-undang Melaka telah disusun lengkap oleh Sidi Ahmad pada zaman kesultanan Melaka.Undang-Undang Melaka (UUM) atau Hukum Kanun Melaka (HKM) mengandungi peraturan serta hukum hakam dalam bidang jenayah, muamalah, kekeluargaan, keterangan dan acara serta tanggungjawab raja-raja dan pembesar negeri dalam pemerintahan.Undang-undang melaka adalah merupakan undang-undang induk yang meliputi undang-undang lain dalam negeri.Beberapa pengkaji Barat seperti W.R Roff dan Alfred P Rubin mengatakan pada dasarnya Undang-undang Melaka adalah berasaskan undang-undang Islam di samping berpegang kepada hukum akal dan hukum adat. Terdapat banyak unsur dan pengaruh agama Islam dapat dilihat terkandung dalam teks karya agung Sejarah Melayu. Nilai-nilai ilmu berunsurkan Islam banyak diterapkan dalam karya agung ini bagi menunjukkan betapa besarnya pengaruh Islam telah dilaksanakan dalam kehidupan masyarakat pada masa itu. Contohnya unsur-unsur Islam yang terdapat dalam adat istiadat dan perundangan yang diamalkan kerajaan Melaka seperti upacara akad nikah kahwin, perayaan-perayaan hari kebesaran Islam seperti menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Korban, adat-adat seperti berkhatan dan sebagainya. Contohnya: ‘… maka bendahara segera naik menyambut sultan, naik ia ke usungan, maka berangkatlah ke masjid, maka seperti perintah tersebut dahulu itu. (Sulalatus al-Salatin 1997:65) Amalan wasiat menjadi suatu amalan kepada raja-raja Melaka yang mangkat meninggalkan wasiat kepada pembesar negeri dan putera mahkota. Misalnya, wasiat kepada Raja Ahmad. Juga wasiat Sultan Alauddin Riayat Syah kepada Sultan Mahmud. Melalui wasiat ini ia terselit serta kaya dengan unsur-unsur pengajaran dan nasihat yang bersumberkan al-Quran dan hadis. Istana digambarkan sebagai pusat pengajian ilmu-ilmu Islam. Contohnya : Pasai sebagai pusat bermuzakarah mengenai ilmu fiqah menikut mazhab Shafie Istana merupakan pusat pengajaran Islam di mana sultan dan pembesar turut belajar dan menuntut ilmu. Ulama- ulama, guru-guru agama dan pendakwh berkumpl di istana. Contohnya Maulana Sadar Jahan dari Jeddah mengajar di Melaka. Maulana Yusof mengajar tasawuf.

Upload: derek-higgins

Post on 25-Oct-2015

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Unsur Islam Dlm K.agung

..............................

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Dalam memperkembangkan pengaruh Islamisasi dalam politik seterusnya membawa perubahan dalam aspek undang-undang.Pengaruh Islam dalam bidang perundngan di Nusantara menampilkan Melaka sebagai contoh yang paling popular.Ini memandangkan undang-undang Islam yang dilaksanakan di Melaka turut dipakai diseluruh negeri-negeri di Sumatera.Ia juga telah diindoktrinasikan oleh Kerajaan Acheh yang berkuasa setelah kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada 1511.

Undang-undang Melaka telah disusun lengkap oleh Sidi Ahmad pada zaman kesultanan Melaka.Undang-Undang Melaka (UUM) atau Hukum Kanun Melaka (HKM) mengandungi peraturan serta hukum hakam dalam bidang jenayah, muamalah, kekeluargaan, keterangan dan acara serta tanggungjawab raja-raja dan pembesar negeri dalam pemerintahan.Undang-undang melaka adalah merupakan undang-undang induk yang meliputi undang-undang lain dalam negeri.Beberapa pengkaji Barat seperti W.R Roff dan Alfred P Rubin mengatakan pada dasarnya Undang-undang Melaka adalah berasaskan undang-undang Islam di samping berpegang kepada hukum akal dan hukum adat. 

Terdapat banyak unsur dan pengaruh agama Islam dapat dilihat terkandung dalam teks karya  agung Sejarah Melayu. Nilai-nilai ilmu berunsurkan Islam banyak diterapkan dalam karya agung ini bagi menunjukkan betapa besarnya pengaruh Islam telah dilaksanakan dalam kehidupan masyarakat pada masa itu.  Contohnya unsur-unsur Islam yang terdapat dalam adat istiadat dan perundangan yang diamalkan kerajaan Melaka seperti upacara akad nikah kahwin, perayaan-perayaan hari kebesaran Islam seperti menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Korban, adat-adat seperti berkhatan dan sebagainya. Contohnya:

‘… maka bendahara segera naik menyambut sultan, naik ia ke usungan, maka berangkatlah ke masjid, maka seperti perintah tersebut dahulu itu.

(Sulalatus al-Salatin 1997:65)

Amalan wasiat menjadi suatu amalan kepada raja-raja Melaka yang mangkat meninggalkan wasiat kepada pembesar negeri dan putera mahkota. Misalnya, wasiat kepada Raja Ahmad. Juga wasiat Sultan Alauddin Riayat Syah kepada Sultan Mahmud. Melalui wasiat ini ia terselit serta kaya dengan unsur-unsur pengajaran dan nasihat yang bersumberkan al-Quran dan hadis.

Istana digambarkan sebagai pusat pengajian ilmu-ilmu Islam. Contohnya : Pasai sebagai pusat bermuzakarah mengenai ilmu fiqah menikut mazhab Shafie Istana merupakan pusat pengajaran Islam di mana sultan dan pembesar turut belajar dan menuntut ilmu. Ulama-ulama, guru-guru agama dan pendakwh berkumpl di istana. Contohnya Maulana Sadar Jahan dari Jeddah mengajar di Melaka. Maulana Yusof mengajar tasawuf.

Kitab-kitab agama seperti Kitab Darul Mazlum dibawa ke Melaka oleh Maulana Abu Bakar dan diajar di istana Melaka. Sultan Mansur Syah turut belajar kitab itu. Utusan Melaka ke Pasai menyelesaikan masalah-masalah berkaitan ilmu Islam kerana di Pasai ramai ulama-ulama berkumpul bermuzakarah tentang ilmu-ilmu keislaman.

Page 2: Unsur Islam Dlm K.agung

Konsep  nilai merujuk kepada darjat, kualiti , mutu dan taraf (Kamus Dewan ,2010). Nilai dan etika masyarakat Melayu mempunyai perkaitan rapat dengan perkara yang dianggap sebagai mempunyai nilai yang tinggi dari segi kebenaran,kebaikan dan keindahan.( Seri Lanang Jaya et.al,2013) .Nilai-nilai tersebut sinonim dengan agama Islam yang sangat berpengaruh dalam masyarakat Melayu seluruh Nusantara.

     Pada pendapat saya,sememangnya benar banyak nilai ilmu hasil pengaruh Islam yang dapat diserapkan dalam masyarakat Melayu meliputi penggunaan bahasa dan istilah-istilah arab;penggunaan kata Arab,pengaruh gaya hidup Islam,unsur-unsur Islam dan sebagainya.

Di dalam Sejarah Melayu ,cetera yang kesebelas , halaman 54 – 55;…Telah berapa lamanya Raja Kecil Besar di atas kerajaan, maka baginda bermimpi pada suatu malam, berpandangan dengan keelokan Rasullulah sallallahu alaihi wasallam. Maka sabda Rasullulah pada Raja Kecil Besar,” Ucap olehmu kalimah syahadat.”Maka dituruti oleh Raja Kecil Besar…….  Setelah hari siang, … maka dilihat baginda kalamnya pun seperti sudah dikhatan.

Jelas di sini dalam Sejarah Melayu ada diserapkan nilai ilmu ke dalam masyarakat Melayu tentang kedatangan Islam. Islam berkembang semasa pemerintahan Raja Kecil Besar di negeri Melaka. Setelah segala mimpinya menjadi kenyataan , segala perubahan telah dibuat berlandaskan Islam. Terutamanya dari segi pentadbirannya seperti gelaran Raja telah bertukar kepada Sultan . Malahan , adat Hindu telah bertukar dengan cara Islam . Begitu juga dalam Sejarah Melayu (cetera yang kesebelas) ada menceritakan tentang sembahyang terawih dalam bulan Ramadan dan juga berhari raya. Semuanya tentang nilai ilmu keislaman yang menjadi budaya hidup masyarakat Melayu. 

Jika dilihat sepintas lalu banyak nilai ilmu dapat diserapkan ke dalam masyarakat Melayu hasil daripada pengaruh Islam. Sebagai contoh,dalam karya agung Sejarah Melayu terkandung beberapa tulisan tentang ilmu falsafah (didaktik,tasawuf,akhlak), ilmu agama (fardhu ain,ilmu tafsir,ilmu tilawah,ilmu usuluddin),ilmu sejarah,ilmu feqah (syariah,ilmu hukum),ilmu bahasa (etimologi,saraf,nahu),ilmu perubatan tradisional dan pelbagai ilmu lagi. Buku-buku tersebut berkaitan dengan ilmu agama, falsafah, fiqah, sejarah, bahasa dan sebagainya. Kitab yang sering disebutkan ialah al-Quran al-Azim dan pelbagai Surahnya. Contohnya-contohnya adalah seperti berikut,

... Maka belayar pula nakhoda Ismail. Berapa lamanya maka sampai kepada sebuah negeri pula Thobri (Lamri) namanya. Maka orang Thobri itu pun masuk Islam. Maka kafir pun naik ke darat membawa al-Qur’an. Maka disuruhnya baca pada orang Thobri itu surat itu. Seorang pun tiada dapat membaca dia.

(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 56)

Alkisah maka tersebutlah perkataan seorang pendita, Maulana Abu Ishak namanya, terlalu faham pada ilmu tasauf... Maka dikarangnya sebuah kitab dengan dua bahasa, suatu bahasa zat, kedua bahasa sifat; dinamainya Duri’l-mazlum.

Antara karya agung Melayu adalah  Bustan Al-Salatin telah dikarang pada tahun 1963 di Acheh oleh seorang ulama terkenal iaiatu Syeikh Nuruddin Al-Raniri .

Page 3: Unsur Islam Dlm K.agung

Karya ini mempunyai nilai keagamaan yang tinggi dan pengajaran moral yang baik. Misalnya Nuruddin menceritakan bahawa Sultan Iskandar Muda telah bermimpi tentang air persiraman puterinya dan Iskandar Thani. Sultan Iskandar Muda telah bermimpi pada malam hari Isnin, 12 Jamadilakhir iaitu turun sebuah mahligai daripada cahaya dengan perhiasannya berisi air mandi dibawa oleh malaikat dari langit. Malaikatlah yang memandikan kedua-dua pasangan muda itu. Keesokannya Sultan Iskandar Muda menitahkan bahawa mereka tidak perlu lagi dimandikan oleh Syeikh Syamsuddin dan Kadi Malik al-Adil. Berdasarkan contoh ini menunjukkan pengaruh cerita daripada mimpi itu membayangkan pengaruh keislaman telah wujud.

              Bukan setakat mimpi tersebut tetapi melibatkan penggunaan nama-nama dan gelaran yang digunakan untuk raja dan pembesar turut menggambarkan pengaruh Islam. Negeri-negeri Acheh sendiri ialah Acheh Dar al-Salam sedangkan negeri-negeri Melayu lain belum lagi menggunakan nama Islam. Pengaruh Islam tidak hanya pada hal penting dalam sesuatu upacara seperti berarak mengelilingi masjid Bait Ar-Rahman , upacara menyambut bulan puasa dan hari raya, upacara berkaitan kemangkatan, perkahwinan dan lain-lain. Ada juga disebutkan bahawa Sultan Alaudin telah mengarahkan supaya tenteranya memakai jubah dan menyimpan janggut. Sultan Iskandar Thani pula lebih tegas menjalankan hukuman Islam dengan menguatkan larangan berjudi, minum arak dan menjilat besi.

              Pembinaan masjid, pembinaan batu nisan untuk raja juga merupakan satu acara yang dilakukan dengan penuh istiadat. Penandaan waktu mengikut waktu sembahyang seperti Zohor dan Asar jelas adalah unsur Islam. Unsur yang digunakan untuk menggambarkan masyarakat yang  dibayangkan oleh Nuruddin adalah Islam yang telah sebati dengan cara hidup Islam. Pengaruh Islam juga kuat sewaktu karya ini ditulis. Islam telah bertapak lama di Acheh dan   menjadi   pegangan masyarakatnya. Dengan demikian jelaslah bahawa apabila kita membaca  Bustan Al-Salatin, kita membaca sebuah karya sastera Melayu berkonsepkan Islam. Karya ini sarat dengan nilai ilmu pengaruh agama Islam  dan tersebar di seluruh nusantara.

Pengaruh Islam dan masyarakat Melayu seperti yang digambarkan dalam karya agung dapat dilihat dari dua aspek iaitu pengaruh bahasa dan pengaruh gaya hidup masyarakat. Raja Ali Haji misalnya banyak menggunakan bahasa Arab dalam penulisannya seperti penggunaan muqaddimah dalam penulisan Bustan al- Katibin iaitu"Fifadhilati al-'ilmu wa 'l-'aqlu" yang bermaksud pendahuluan ini menyatakan tentang kelebihan ilmu dan akal.

Pengaruh gaya hidup Islam juga terserlah dalam Bustan al-Katibin. Ia bekisar tentang insan yang merupakan salah satu makhluk yang istimewa dan memiliki fizikal, akal, rohani, fitrah dan kuasa untuk memilih. Contohnya :

" Syahdan jika demikian nyatalah apabila tiada ilmu dan akal, alamat tiadalah ia mencium bau kemuliaan dan sangatlah jinak kehinaan pada tiap-tiap pintu itu."  

Dalam Sulalatus salatin pula, penulis cenderung mengaitkan unsur-unsur murni yang terdapat dalam ajaran Islam dengan penceritaan seperti sejarah kedatangan Islam di Pasai dan Melaka, penyebutan dan penonjolan tokoh-tokoh Islam serta adat istiadat dan perundangan. Ada unsur Islam yang dimitoskan namun ianya bertujuan untuk mengagungkan Islam. Ini jelas dengan permulaan atau mukadimah yang menulis perkataan Bismillahirrahmannir - rahim.

Dalam karya moden seperti Ranjau Sepanjang Jalan pula, penulis mempamerkan ilmu agama ini dalam ayat permulaan seperti berikut :

" Mati hidup dan susah senang dipegang oleh Tuhan. Dipegang oleh Allah Azzawajalla."

Amalan bersolat antara Lahuma dan keluarganya juga dipaparkan oleh Shahnon Ahmad. Ayat di atas juga diulang beberapa kali dalam karya agung ini untuk menunjukkan pegangan agama yang telah tersemat dalam kehidupan watak. Sesungguhnya kedatangan Islam di Tanah Melayu telah menanam dan menyemai banyak ilmu dalam kehidupan masyarakat dan menjadi amalan hingga kini dan diterjemahkan dalam karya-karya agung oleh penulisnya.

 Sedikit info tentang hikayat Nur Muhamad.Hikayat ini bertujuan untuk menceritakan

kemuliaan Rasullullah SAW sebagai insan kamil di sisi Allah SWT. ‘Hikayat Nur

Page 4: Unsur Islam Dlm K.agung

Muhammad’ mencerminkan sifat Rasullullah yang mulia dan ini disokong dengan

gambaran mukjizat dalam ‘Inilah Hikayat Peri Menyatakan Mukjizat Nabi’.

Dalam ‘Hikayat Raja Khandaq’ pula memaparkan tentang kemenangan Rasullullah

dalam peperangan. Selain jalan cerita yang bersandarkan kepada nas-nas, ia juga

ada memasukkan unsur rekaan dan khayalan bagi menarik minat penganut Islam

untuk menghayati karya sastera ini. Gambaran tentang sifat pembentukan diri

melalui mujahadah dan ketaatan Rasullullah yang tidak berbelah bagi terhadap

perintah Allah SWT serta kebijaksanaan Baginda dalam menyampaikan dakwah

Islamiah menjadikan Baginda sebagai contoh terbaik kepada seluruh umat Islam.