universiti teknologi malaysia - fp.utm.my · pendidikan universiti teknologi malaysia dan...
TRANSCRIPT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: FAKTOR MEMPENGARUHI PEMILIHAN PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI
PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA DI JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN.
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya ____MOHD ASRI B RAIN @ ARABAIN _____________
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
__________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Encik Rosni Zamudin Shah B Sidek No 282 (F) Mayam, 28200 Bera, Pahang Darul Makmur Tarikh: 29/04/2009 Tarikh: 29/04/2009
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran hidup).”
Tandatangan : -------------------------------------------------------- Nama Penyelia : ENCIK ROSNI ZAMUDIN SHAH B SIDEK 29/04/2009 Tarikh : --------------------------------------------------------
FAKTOR MEMPENGARUHI PEMILIHAN PENEMPATAN LATIHAN
INDUSTRI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA DI JABATAN
PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN.
MOHD ASRI B RAIN @ ARABAIN
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
April, 2009
ii
“ Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya ”
Tandatangan : .....................................................
Nama Penulis : MOHD ASRI B RAIN @ ARABAIN
Tarikh : 29/04/2009
.....................................................
iii
DEDIKASI
Khas bonda yang disayangi
Pengorbananmu takkan ku lupa hingga akhir hayat ku
Buat abang dan kakak yang dikagumi
Nantikanku selepas ini sama-sama berkorban untuk ibu tersayang
Buat pensyarah, En. Rosni
Terima kasih atas kesudian memberikan tunjuk ajar serta ilmu yang
diberikan
Buat semua pensyarah, rakan-rakan yang terlibat
Terima kasih atas segalanya dan selamat berjaya
Buat muslimin muslimat sekalian
Bersatulah atas nama Islam
iv
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya
penyelidikan yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang
telah ditetapkan. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu En. Rosni Zamuddin Shah B Sidek yang
telah banyak membantu dengan penuh komited dalam membimbing, menasihat,
memberi dorongan serta tunjuk ajar yang berguna di sepanjang tempoh penyelidikan
ini dijalankan.
Saya juga ingin merakamkan sekalung budi buat Pensyarah Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia dan rakan-rakan yang turut membantu
dalam penyiapan penyelidikan ini. Penghargaan juga ditujukan kepada sesiapa
sahaja yang terlibat dalam penyelidikan ini secara langsung mahupun tidak langsung.
Akhir sekali, terima kasih kepada bonda dan seluruh ahli keluarga yang
dikasihi, serta insan istimewa yang banyak memberi dorongan dalam menjalankan
penyelidikan ini. Semoga Allah s.w.t. memberkati usaha dan pertolongan kalian
semua.
v
ABSTRAK
Kajian secara deskriptif ini bertujuan untuk mengkaji mengenai Faktor
Mempengaruhi Pemilihan Penempatan Latihan Industri Pelajar Tahun Empat Sarjana
Muda Di Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Faktor-faktor yang dikaji adalah berkaitan
dengan pengkhususan bidang, persekitaran, kemudahan dan kewangan. Responden
yang dipilih dalam kajian ini terdiri daripada pelajar tahun empat Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (kemahiran Hidup, Awam, Elektrik, dan Jentera).
Seramai 108 orang pelajar telah dijadikan responden dalam kajian ini. Instrumen
kajian yang digunakan adalah soal selidik dan Skala Likert lima mata untuk
menganalisis jawapan responden. Sebelum borang soal selidik diedarkan, kajian
rintis telah dilakukan kepada 10 orang responden bagi menguji kesahan dan
kebolehpercayaan soal selidik. Hasil kajian rintis menunjukkan bahawa soal selidik
ini boleh diguna kerana nilai Alpha Cronbach yang diperolehi adalah 0.8200. Data-
data ini telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Program For social
Science or SPSS versi 11.5 untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Hasil
dapatan dari penyelidikan ini menunjukkan faktor pengkhususan merupakan faktor
utama yang mendorong pelajar memilih penempatan latihan industri dengan min
yang diperolehi sebanyak 4.01. Dapatan ini penting kepada pihak Universiti dan
Fakulti bagi memastikan pelajar ditempatkan di tempat yang sesuai mengikut bidang
mereka.
vi
ABSTRACT
The purpose of this descriptive research is to study about the Fact that
influence choosing Industrial Training Place final year student at the Technical and
Engineering Education (TEE), Faculty of Education, University Technology of
Malaysia. The fact identified are the specific course, environment, facilities and
finance. The selected respondents in this research were fourth year students with
Bachelor of Technology and Education (Living Skill, Civil, Electrical and
Mechanical). 108 students became respondents in this research. The study
instruments were questionnaire and the Likert Scale Five levels were used to analyze
the answers produced by the respondents. Before the questionnaire distributed,
pioneer research was accomplished to 10 respondents to test the legality and the
credibility of the questionnaire. The result shows that this questionnaire was able to
use the value of Alpha Cronbach is 0.8200. The data received were analyzed using
the Statistical Program For social Science or SPSS version 11.5 to get the regularity,
percentage and min. The finding shows that the specific course is main fact student
choosing industrial training place and min are 4.01. This can prove invaluable to the
University and to the Faculty for make sure the student‘s to placing the industry that
suitable specific program.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL і
PENGAKUAN іі
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN іv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL x
SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Batasan Kajian 9
1.8 Definisi Istilah 10
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Latihan Industri 14
2.3 Objektif Latihan Industri 16
2.4 Kesesuaian Tempat Latihan Industri 17
2.5 Pengkhususan Bidang 19
2.6 Persekitaran 21
2.7 Kemudahan 22
2.8 Kewangan atau ganjaran 24
2.9 Kajian-kajian Yang Lepas 25
2.10 Rumusan Kajian Lepas 29
ix
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 28
3.2 Reka Bentuk Kajian 29
3.3 Persampelan dan Responden 31
3.4 Tempat Kajian 32
3.5 Instrumen Kajian 32
3.6 Kajian Rintis 35
3.7 Prosedur Kajian 36
3.8 Analisis Data 36
3.9 Kesimpulan 38
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 39
4.2 Kajian Rintis 40
4.3 Bahagian A – Latar Belakang Responden 40
4.3.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina. 41
4.3.2 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 41
4.3.3 Taburan Responden Berdasarkan Kursus Pelajar 42
4.3.4 Taburan Responden Berdasarkan Jenis Industri 42
4.4 Maklumat Bahagian B Soal Selidik 44
4.4.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 45
4.4.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 49
4.4.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 53
4.4.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 56
4.5 Penutup 58
x
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 59
5.2 Perbincangan Kajian 60
5.2.1 Adakah Faktor Pengkhususan Bidang
Dapat Mempengaruhi Pelajar Dalam Membuat
Pemilihan Penempatan Latihan Industri. 60
5.2.2 Adakah Faktor Persekitaran Dapat Mempengaruhi Pelajar
Dalam Memilih Penempatan Latihan Industri. 63
5.2.3 Adakah Faktor Kemudahan Mempengaruhi Pelajar Dalam
Memilih Penempatan Latihan Industri. 65
5.2.4 Adakah Faktor Kewangan Mempengaruhi Pelajar Dalam
Memilih Penempatan Latihan Industri. 67
5.3 Rumusan 68
5.4 Cadangan 70
5.4.1 Cadangan Kepada Pihak Universiti. 70
5.4.2 Cadangan Kepada Pihak Fakulti Pendidikan. 71
5.4.3 Cadangan Kepada Pelajar. 72
5.5 Kajian Lanjutan. 72
5.6 Penutup. 73
BIBLIOGRAFI 75
LAMPIRAN 79 - 95
xi
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Taburan Populasi Dan Sampel Mengikut Kursus 34
3.2 Skala Likert Lima Mata 37
3.3 Nilai Penskoran Item 38
3.4 Analisis Skor Min 40
3.5 Analisis Tentang Skor Min 41
3.6 Pengkelasan Bagi Jenis-jenis Skor 41
4.0 Analisis Skor Min 43
4.3.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 45
4.3.2 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 46
4.3.3 Taburan Responden Berdasarkan Kursus Pelajar 47
4.3.4 Taburan Responden Berdasarkan Jenis Industri 48
4.4 Skala Likert Lima Mata 49
4.5 Nilai Penskoran Item 49
4.6 Taburan Bilangan Dan Nomber Item 50
4.4.1 Taburan mengenai adakah faktor pengkhususan bidang
mempengaruhi pelajar dalam membuat pemilihan
penempatan latihan industri. 51
4.4.2 Taburan mengenai apakah faktor persekitaran
mempengaruhi pelajar dalam memilih penempatan
latihan industri. 56
4.4.3 Taburan mengenai apakah faktor kemudahan mempengaruhi
pelajar dalam memilih penempatan latihan industri. 60
4.4.4 Taburan mengenai apakah faktor kewangan mempengaruhi
pelajar dalam memilih penempatan latihan industri. 64
xii
SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN
Bil - Bilangan
JPTK - Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
S - Setuju
SS - Sangat Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
SPA - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Awam)
SPE - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Elektrik)
SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
SPJ - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Jentera)
SPSS - Statistical Package For Social Science
TS - Tidak Setuju
TP - Tidak Pasti
% - Peratus
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Set Soal Selidik 79
B Pengesahan Item Soal Selidik 85
C Analisis Data 87
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan antara negara membangun
yang sedang bergerak ke arah kemajuan. Pencapaiannya telah diiktirafkan oleh
seluruh dunia dalam pelbagai bidang. Bekas Perdana Menteri Malaysia yang
keempat Tun Dr. Mahathir dalam kertas kerja Perdana Menteri, ( Malaysia : The
Way Forward) dan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) 1991 – 2000
dapat dianalisiskan tentang apa yang akan berlaku kepada kemajuan, aspek-aspek
masyarakat Malaysia terutamanya terhadap aspek pekerjaan, teknologi, pendidikan
dan perkembangan dan penyebaran maklumat.
Seiiring dengan kemajuan yang dikecapi di negara ini maka Jabatan
Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan yang dahulunya dikenali sebagai Pendidikan
Teknik Dan Vokasional ditubuhkan pada tahun 1964. Jabatan ini
dipertanggungjawabkan untuk memastikan kemajuan dalam pendidikan teknik dan
kejuruteraan. Perkembangan sektor industri di negara ini yang semakin pesat maka
JPTK perlu memainkan peranannya bagi menjalin hubungan yang baik dengan
industri bagi menentukan keberkesanan pendidikan teknik dan kejuruteraan itu
sendiri.
2
Di Malaysia, Jabatan Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan banyak
menumpukan kepada aspek kemahiran dalam kerja amali. Ini adalah berdasarkan
kepada matlamat JPTK itu sendiri iaitu untuk melahirkan pekerja separuh mahir dan
mampu berdikari dengan kemahiran yang ada. Oleh demikian bagi merialisasikan
matlamat tersebut maka Universiti Teknologi Malaysia telah memasukkan latihan
industri sebagai syarat kepada semua pelajar sebelum menamatkan pengajian
mereka. Sejajar dengan matlamat tersebut pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan
umumnya dan pelajar di Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan (Kemahiran Hidup,
Elektrik, Awam, Jentera) khususnya tidak terlepas daripada menjalani latihan
industri industri ini.
Di negara-negara barat contohnya Jerman melalui sistem ”Dual system”
yang diamalkan maka mereka berjaya melahirkan kesinambungan antara pendidikan
dengan dunia pekerjaan. Selain itu melalui sistem ini juga ia dapat membantu
kerajaan dari segi mengurangkan kos pengurusan dan penyelenggaraan di negara
tersebut..
Latihan industri adalah salah satu syarat wajib bagi semua pelajar Fakulti
Pendidikan sebelum penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta
Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan (Kemahiran Hidup, Elektrik, Awam, Jentera).
Tujuan latihan industri diwajibkan kepada semua pelajar antaranya ialah untuk
mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar, mempertingkatkan
pengetahuan pelajar-pelajar dengan industri-industri atau organisasi-organisasi yang
diminati dan memberi peluang kepada mereka untuk menjalankan tugas sebenar
dalam suasana yang lebih mencabar. Latihan industri juga penting kerana ia juga
dapat mempertingkatkan kemahiran, metodologi dan pengetahuan teknikal
dikalangan pelajar supaya dapat menyesuaikan diri dengan perkembangan dan
keperluan industri masa kini. Pengalaman yang diperolehi semasa menjalani latihan
industri dapat dijadikan sebagai usaha dalam memajukan dan memperkembangkan
profesion perguruan.
Melalui latihan industri, pelajar dapat melihat bagaimana konsep-konsep
kemahiran yang dipelajari di Universiti boleh dipraktikkan di dalam proses
pembangunan dan pengurusan harian sesebuah organisasi. Ia juga secara tidak
3
langsung akan dapat mengembangkan dan mempertingkatkan kemahiran yang
diperlukan oleh pelajar terutamanya di bawah bimbingan secara professional dari
pihak industri dan Universiti. Sehubungan dengan itu, latihan industri memainkan
peranan sebagai titik persediaan bagi membolehkan seseorang pelajar itu
menceburkan diri dalam sesuatu profesion yang berkaitan dengan bidang yang
dipilih.
Pengalaman dan kerja-kerja yang terhasil dari latihan industri ini diharapkan
bukan sahaja dapat mempertingkatkan pengetahuan pelajar-pelajar, malah dapat
membantu industri atau sesebuah organisasi dalam mengendalikan pengurusan
mereka dengan lebih efektif. Ini juga dapat memberi maklumbalas secara langsung
kepada pihak yang berkenaan dalam mengenalpasti kehendak industri atau
organisasi. Selain itu juga, kelemahan yang terdapat pada pelajar boleh diperbaiki
lagi dengan cara mengukuhkan lagi kurikulumnya. Hasil daripada itu diharapkan
Universiti dapat mengeluarkan graduan-graduan dalam bidang pengurusan teknologi
yang lebih berkemampuan untuk memenuhi permintaan tenaga kerja di dalam
pelbagai bidang.
4
1.2 Latar belakang masalah
Latihan industri merupakan salah satu komponen kurikulum bagi program
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Teknikal dan kejuruteraan ( Kemahiran
Hidup, Elektrik, Awam, Jentera ). Latihan industri merupakan satu pendedahan awal
kepada pelajar Universiti sebelum memasuki dunia pekerjaan sebenar. Bagi bakal-
bakal guru pula latihan industri ini adalah merupakan salah satu lagi cabang untuk
meningkatkan kemahiran mereka selain latihan mengajar. Melalui latihan industri
ini maka pelajar dapat menimba banyak pengalaman yang sangat berguna lebih-lebih
lagi apabila berada di sekolah nanti. Selaras dengan matlamat latihan industri yang
digariskan oleh Universiti Teknologi Malaysia iaitu ”Melahirkan Ahli Teknologi
Yang Cekap Dan Bertanggungjawab Kepada Penciptanya Dan Masyarakat ” maka
latihan industri ini sangat penting kepada semua pelajar umumnya dan bakal guru
khususnya.
Selain itu, latihan industri juga dapat memberi pendedahan kepada pelajar
tentang latihan kejuruteraan dan keadaan kerja diinstitusi sebenar bagi menghasilkan
ahli-ahli teknologi yang cekap dan bertanggungjawab. Latihan industri juga dapat
membantu pelajar mendapatkan pendedahan mengenai latihan terutamanya dalam
bidang kejuruteraan, kemahiran professional dan dapat membina kualiti peribadi
yang sesuai dengan profesion mereka kelak. Di samping itu, latihan industri adalah
merupakan peluang terbaik untuk para pelajar menyemai dan memupuk kemahiran
generik dan seterusnya dihayati bila pelajar mula mengajar di sekolah kelak.
Dalam menjalankan latihan industri ini, suatu perancangan yang rapi dan
bersepadu perlu dilakukan oleh semua pihak. Menurut Maimunah (1994), latihan
mungkin atau pelaburan yang paling penting dibuat oleh seseorang majikan.
Malangnya banyak wang telah dibazirkan pada latihan yang tidak efektif. Oleh itu,
adalah penting satu pendekatan yang sistematik digunakan apabila merancang
sesuatu program latihan. Menurutnya lagi untuk menguruskan program latihan yang
efektif banyak masa dan fikiran perlu digunakan dalam mereka bentuk program
tersebut. Beliau menambah beberapa faktor yang perlu dilakukan untuk sesuatu
program latihan antaranya ialah belanjawan yang diperlukan untuk sesuatu program,
5
berapa orang yang terlibat, di mana latihan diadakan, siapa yang menjadi fasilitator
dan sebagainya.
Menurut bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ( 1988)
yang merupakan bekas Menteri Pendidikan Malaysia telah menggesa sektor swasta
supaya menjalinkan kerjasama yang erat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ini bertujuan untuk memastikan latihan teknikal dan kejuruteraan yang diberikan di
sekolah menepati keperluan sektor perindustrian di Negara ini. Datuk Sulaiman
Daud yang juga merupakan bekas Menteri Pendidikan Malaysia turut menyarankan
agar semua kurikulum latihan teknikal dan kejuruteraan dikaji semula dengan
mengambil kira pandangan dari pihak industri ( Berita Harian,1992 ).
Sebelum menjalani latihan industri, perkara yang paling penting diambil oleh
seseorang pelajar ialah mengenal pasti dan seteruanya membuat pemilihan tempat
latihan industri mereka. Perkara ini sangat penting kerana kesuaian tempat latihan
industri itu dapat mempengaruhi pelajar itu sendiri. Pelajar tidak boleh membuat
pemilihan sesuka hati sahaja tanpa membuat pemilihan yang tepat. Hal ini kerana
tanpa kesesuaian tempat latihan industri ini maka sudah tentu pelajar tidak dapat
mencapai salah satu objektif latihan industri iaitu untuk memberi peluang kepada
pelajar untuk mengaitkan pelajaran dalam kuliah dengan praktik di industri ( Buku
Log Latihan Industri Fakulti Pendidikan, UTM 2005). Oleh hal yang demikian para
pelajar perlu memikirkan banyak perkara dalam membuat pemilihan penempatan
latihan industri mereka.
Banyak faktor yang mendorong para pelajar khususnya pelajar di Jabatan
Teknikal dan Kejuruteraan ( Kemahiran Hidup, Elektrik, Awam dan Jentera) dalam
membuat pemilihan penempatan latihan industri. Antaranya ialah seperti faktor
pengkhususan bidang, persekitaran, kewangan, dan kemudahan. Semua faktor ini
banyak mempengaruhi para pelajar untuk membuat pemilihan penempatan latihan
industri mereka.
6
1.3 Pernyataan masalah
Banyak perkara yang mendorong para pelajar khususnya pelajar tahun empat
Sarjana Muda di Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan dalam membuat pemilihan
penempatan latihan industri. Oleh hal yang demikian hasil dari perbincangan dengan
penyelia maka saya telah membuat keputusan untuk memilih tajuk Faktor
Mempengaruhi Pemilihan Penempatan Latihan Industri Pelajar Tahun 4
Sarjana Muda Di Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan. Tajuk ini
dipilih kerana latihan industri ini merupakan salah satu syarat wajib bagi semua
pelajar Universiti Teknologi Malaysia umumnya dan pelajar di Jabatan Teknikal dan
Kejuruteraan khususnya sebelum menamatkan pengajian mereka. Antara persoalan
kajian yang ingin dikaji ialah seperti faktor pengkhususan bidang, persekitaran,
kemudahan dan kewangan.
Dalam membuat pemilihan penempatan latihan industri banyak faktor yang
mempengaruhi pelajar JPTK sebelum membuat keputusan untuk menjalani latihan
industri di sesuatu industri. Antara faktor-faktornya ialah seperti faktor
pengkhususan bidang, persekitaran, kemudahan dan kewangan. Persoalannya
adakah faktor-faktor ini merupakan faktor utama yang mempengaruhi pelajar JPTK
dalam membuat pemilihan penempatan latihan industri mereka.
Faktor pengkhususan bidang boleh dikatakan sebagai salah satu faktor yang
mendorong pelajar dalam membuat pemilihan penempatan latihan industri mereka.
Hal ini bagi memudahkan pelajar itu sendiri sepanjang mereka mengikuti latihan
industri. Sebagai contoh pelajar jurusan Elektrik sudah tentu menghadapi kesukaran
jika mereka memilih untuk menjalani latihan industri di nursery, restoran dan
sebagainya. Hal ini kerana mereka kurang mahir dalam bidang ini. Selain itu juga ia
tidak dapat mencapai salah satu objektif latihan industri iaitu untuk memberi peluang
kepada pelajar untuk mengaitkan pelajaran dalam kuliah dengan praktik di industri.
Faktor persekitaran juga merupakan salah satu faktor yang mendorong pelajar
dalam membuat pemilihan penempatan latihan industri mereka. Persekitaran yang
menarik di industri boleh mempengaruhi pelajar untuk menjalani latihan industri di
7
sesuatu industri. Persekitaran di industri termasuklah dari segi kemudahan, rakan
sebaya, ibubapa, pensyarah, majikan dan sebagainya. Elemen-elemen ini mampu
mempengaruhi pelajar dalam membuat pemilihan tempat latihan industri mereka.
Faktor kemudahan turut menjadi mendorong kepada pelajar dalam membuat
pemilihan penempatan latihan industri mereka. Kemudahan di sini meliputi
kemudahan tempat tinggal, kemudahan di industri, pengangkutan dan sebagainya.
Semua elemen ini penting bagi pelajar sepanjang mereka mengikuti latihan industri.
Dengan adanya kemudahan yang serba lengkap ini sudah tentu akan memberi
keselesaan kepada pelajar sepanjang menjalani latihan industri.
Faktor seterusnya yang ingin dikaji oleh penyelidik ialah faktor kewangan.
Faktor kewangan juga merupakan salah satu pendorong kepada pelajar dalam
membuat pemilihan penempatan latihan industri. Faktor kewangan adalah seperti
elaun, duit simpanan pelajar, sewa rumah dan sebagainya. Faktor-faktor inilah yang
akan dikaji oleh penyelidik.
1.3 Objektif Kajian
Antara objektif dalam membuat kajian ini ialah:
1.4.1 Mengkaji adakah faktor pengkhususan bidang mempengaruhi
pemilihan penempatan latihan industri.
1.4.2 Mengenal pasti adakah faktor persekitaran mempengaruhi
pemilihan penempatan latihan industri.
1.4.3 Mengkaji adakah faktor kemudahan mampu mempengaruhi
pemilihan penempatan industri.
8
1.4.4 Mengenal pasti adakah faktor kewangan dapat mempengaruhi
pemilihan penempatan latihan industri.
1.5 Persoalan Kajian
Antara persoalan kajian yang ingin dikaji oleh penyelidik ialah:
1.5.1 Adakah faktor pengkhususan bidang dapat mempengaruhi pelajar
dalam membuat pemilihan penempatan latihan industri?
1.5.2 Adakah faktor persekitaran dapat mempengaruhi pelajar dalam
memilih penempatan latihan industri?
1.5.3 Adakah faktor kemudahan mempengaruhi pelajar dalam memilih
penempatan latihan industri?
1.5.4 Adakah faktor kewangan dapat mempengaruhi pelajar dalam
membuat pemilihan penempatan latihan industri?