universiti teknologi malaysia - fp.utm.my · keelektromagnetan, fizik tingkatan lima ... lengkap 17...
TRANSCRIPT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL : PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI KEELEKTROMAGNETAN, FIZIK TINGKATAN LIMA BERASASKAN PENDEKATAN KONSEPTUAL MELALUI VISUAL
SESI PENGAJIAN : 2008/2009
Saya HALIMATUN SAADIAH BINTI HELL MEE
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
√
Disahkan oleh ______________________________ ________________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO 20, JALAN SRI DAMAK 53, EN. SHAHARUDDIN BIN MD SALLEH TAMAN SRI ANDALAS, Nama Penyelia 41200 KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN. Tarikh: 10 NOVEMBER 2008 Tarikh: 10 NOVEMBER 2008
CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik).”
Tandatangan : …………………………………………
Nama Penyelia : ENCIK SHAHARUDDIN BIN MD SALLEH
Tarikh : 10 NOVEMBER 2008
i
PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI KEELEKTROMAGNETAN, FIZIK TINGKATAN LIMA BERASASKAN
PENDEKATAN KONSEPTUAL MELALUI VISUAL
HALIMATUN SAADIAH BINTI HELL MEE (SPP)
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
November 2008
ii
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelas sumbernya.”
Tandatangan : …………………………………………
Nama Penyelia : HALIMATUN SAADIAH BINTI HELL MEE
Tarikh : 10 NOVEMBER 2008
iii
DEDIKASI
Buat ayahanda HELL MEE BIN HASHIM tercinta, Buat bonda ZAMILAH BINTI ZAINUL RASHID tersayang,
Teristimewa ENCIK SHAHARUDDDIN BIN MD SALLEH,
tanpa lelah memberi tunjuk ajar,
Buat teman-teman, Ila, El, Along, dan Eniey,
Bersama susah dan senang, Tidak dilupai Huda, Safrah, Pae, Yam, Ani, Hanim,
Terima kasih di atas sokongan anda.
iv
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya,
Projek Sarjana Muda ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan
buku ini saya mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak.
Terima kasih yang amat terhingga kepada kedua orang tua saya yang telah mendidik
dan mengasuh saya sehingga ke hari ini dalam keta'atan kepada Allah s.w.t.
Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada
Encik Shaharudddin Bin Md Salleh, selaku penyelia projek ini, kerana bimbingan
dan teguran yang sangat berharga semasa membuat projek ini.
Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan dari seperjuangan yang turut
sama memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk menyiapkan projek ini.
Saya juga terhutang budi kepada Perpustakaan Sultanah Zanariah dan Pusat Sumber,
Fakulti Pendidikan, UTM atas kerjasama yang diberi kepada saya semasa
menjalankan projek.
Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Juhazren bin Junaidi dan
Encik Johari Hassan kerana sanggup berkorban meluangkan masa untuk menyemak
dan menilai hasil projek saya ini.
Akhir sekali kepada sekalian Muslimin dan Muslimat yang telah membantu
menjayakan projek ini.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Bahan pembelajaran yang bermutu merujuk kepada bahan yang dibina berdasarkan
sukatan mata pelajaran bagi mata pelajaran Fizik KBSM Tingkatan Lima. Dan
penglibatan pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
amat diperlukan bagi mengatasi masalah ketidaksesuaian bahan P&P. Kajian yang
dilakukan merangkumi pembinaan dan penilaian terhadap sebuah Modul
Pembelajaran Kendiri (MPK) Keelektromagnetan bagi mata pelajaran Fizik KBSM
tingkatan Lima. Model yang digunakan untuk MPK ini adalah Model Meyer. MPK
Keelektromagnetan ini meliputi lima topik besar iaitu “Kesan magnet yang
disebabkan oleh konduktor membawa arus”, “Daya magnet ke atas dawai membawa
arus”, “Aruhan elektromagnet”, “Transformer”, dan “Penjanaan dan penghantaran”
berdasarkan sukatan mata pelajaran Fizik Kementerian Pendidikan Malaysia tahun
2006. MPK ini digunakan sebagai bahan bantu mengajar bagi guru fizik dan pelajar
aliran Sains tingkatan 5. Pendekatan secara konseptual dan visual diterapkan dalam
pembangunan ini. Alat pengarangan yang digunakan dalam perisian ini ialah Adobe
PageMaker 7.0 dan Microsoft Word. Melalui MPK ini, diharapkan guru dan pelajar
dapat meningkatkan penghayatan, penguasaan dan prestasi pelajar-pelajar dalam
mata pelajaran Fizik.
vi
ABSTRACT
The quality of teaching and learning materials which refer to Huraian Sukatan
Pelajaran Fizik KBSM Tingkatan Lima and emphasize the involve of the students is
needed to overcome the problem of the unsuitable teaching and learning materials.
The study of this research extracted learning material of Form Five Physics KBSM,
incorporated the design and evaluation of one Electromagnetisme Self Instruction
Module (SIM). This study had also utilized the Model Meyer. Electromagnetisme
SIM covers subtopics which are “Magnetic effect of a current carrying conductor”,
“The force on a current carrying conductor in magnetic field”, “Electromagnetic
induction”, “Transformers”, and “Generation And Transmission” based on Physics
syllabus by Ministry of Education year 2006. This SIM is used as a teaching aid, for
Physics teacher and for Form Five Science Students. These module developments
use a Conceptual and visual theory. This SIM is being developed using Adobe
PageMaker 7.0 and Microsoft Word. Through this SIM, it is hoped that teachers and
students can level up their ability and achievement in Physics.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA
SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang 2
1.3 Pernyataan Masalah 2
1.4 Objektif Projek 6
1.5 Objektif Modul 6
1.6 Kepentingan Projek 7
1.6.1 Kepentingan Kepada Pelajar 7
viii
1.6.2 Kepentingan Kepada Guru 8
1.6.3 Kepentingan Kepada Sekolah dan
Kementerian Pendidikan 9
1.7 Skop Projek 9
1.8 Rasional Pemilihan Tajuk 10
1.9 Definisi Istilah 11
1.9.1 Modul 11
1.9.2 Pengguna 12
1.9.3 Keelektromagnetan 12
1.9.4 Pembelajaran Akses Kendiri 12
1.9.5 Bahan Pembelajaran 13
1.9.6 Kaedah Visual 13
1.10 Penutup 14
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Permasalahan Keelektromagnetan 16
2.2.1 Pelajar Tidak Memahami Konsep Litar
Lengkap 17
2.2.2 Miskonsepsi 17
2.2.3 Pelajar Mengetahui tetapi Tidak Memahami 18
2.3 Takrifan Pembelajaran 19
2.3.1 Teori Pembelajaran Kognitif 20
2.3.2 Teori Pembelajaran Konstruktivisme 25
2.3.3 Teori Pembelajaran Neurosains 27
2.4 Pendekatan Pembelajaran 28
2.4.1 Pembelajaran Akses Kendiri 28
2.4.2 Pembelajaran Visual 29
2.4.3 Kemahiran Berfikir 31
2.4.3.1 Mengkonsepsi 31
ix
2.4.3.2 Menyelesaikan Masalah 32
2.4.3.3 Membuat Keputusan 34
2.4.4 Pembelajaran Kreatif 35
2.4.4.1 Pemetaan Konsep 35
2.4.4.2 Penulisan Naratif 36
2.4.5 Pembelajaran Kontekstual 37
2.5 Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran 39
2.5.1 Modul Pembelajaran Kendiri 40
2.5.2 Tradisi 41
2.5.3 Pembelajaran Berbantukan Komputer 42
2.5.3.1 CD-ROM 42
2.5.3.2 Web 43
2.6 Model-model Pembinaan Modul 43
2.6.1 Model Teras Cabang 44
2.6.2 Model Meyer 46
2.6.3 Model Klingstedt 47
2.7 Kajian Pembelajaran Sains 49
2.7.1 Kajian Kemahiran Proses Sains 49
2.7.2 Kajian Gaya Pembelajaran Sains 50
2.7.3 Kajian Penilaian Sains 51
2.8 Penutup 51
3 REKA BENTUK PROJEK
3.1 Pengenalan 52
3.2 Tajuk Modul 52
3.3 Reka Bentuk PPM 53
3.3.1 Fasa Analisis 54
3.3.1.1 Penentuan Butir-butir Diri 55
3.3.1.2 Penentuan Gaya Pembelajaran
Pengguna 55
x
3.3.1.3 Penentuan Keperluan Modul 55
3.3.1.4 Penentuan Kandungan Pelajaran 56
3.3.1.5 Penentuan Matlamat Pembelajaran 56
3.3.2 Fasa Reka Bentuk 56
3.3.2.1 Pembentukan Objektif Modul 57
3.3.2.2 Pemilihan Teori, Pendekatan,
Strategi, dan Kaedah Pembelajaran 57
3.3.2.3 Rancang Aktiviti Pembelajaran
Dalam Modul 58
3.3.2.4 Penentuan Alat Penilaian Dalam
Modul 58
3.3.2.5 Tinjauan Semula Bahan-bahan
Modul 58
3.3.3 Fasa Pembangunan 61
3.4 Rangka Kerja Keseluruhan 61
3.5 Penutup 62
4 PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN
KENDIRI (MPK)
4.1 Pengenalan 63
4.2 Cara Penggunaan MPK 63
4.3 Reka Bentuk MPK 65
4.3.1 Muka Depan 65
4.3.2 Tujuan dan Matlamat 66
4.3.3 Senarai Kemahiran Prasyarat 66
4.3.5 Senarai Objektif 67
4.3.6 Pra-ujian 68
4.3.7 Aktiviti Pembelajaran 69
4.4 Penutup 70
xi
5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan 71
5.2 Perbincangan 71
5.2.1 Kekuatan dan Kelemahan Modul 71
5.2.1.1 Kekuatan MPK 72
5.2.1.1.1 Rujukan 72
5.2.1.1.2 Manfaat kepada guru 73
5.2.1.1.3 Manfaat kepada pelajar 73
5.2.1.2 Kelemahan MPK 73
5.2.1.2.1 Persembahan Nota 73
5.2.1.2.2 Penyusunan isi
kandungan 74
5.3 Masalah-masalah yang dihadapi semasa proses
pembangunan MPK 74
5.3.1 Kekurangan kemahiran 74
5.3.2 Kekangan Kewangan 74
5.4 Cadangan-cadangan Penambahbaikan 75
5.4.1 Pemfokusan Tema MPK 75
5.4.2 Pengayaan 75
5.5 Penutup 76
BIBLIOGRAFI 77
xii
SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Peringkat Kognitif 24
2.2 Langkah Mengkonsepsi dan KBKK utama. 32
2.3 Langkah Penyelesaian Masalah dan KBKK
utama.
33
2.4 Pelaksanaan langkah membuat keputusan
dan KBKK utama.
34
2.5 Komponen Utama Model Teras-Cabang 44
2.6 Fasa Pemulihan dan Fasa Penggayaan 45
2.7 Model Meyer 46
2.8 Model Klingstedt 48
3.1 Komponen-komponen Model Meyer 60
xiii
SENARAI RAJAH
NO.
RAJAH
TAJUK
MUKA
SURAT
1.1 Teori Kecerdasan Pelbagai 14
2.1 Perbandingan perkembangan antara teori
atom dan teori pembelajaran
20
2.2 Penulisan Naratif 37
3.1 Model RELAD 53
3.2 Fasa Analisis 54
3.3 Fasa Reka Bentuk 57
3.4 Rangka Kerja 61
4.1 Muka Depan 65
4.2 Tujuan Dan Matlamat 66
4.3 Kemahiran Pra-syarat 67
4.4 Objektif 68
4.5 Pra-ujian 69
4.6 Aktiviti Pembelajaran 70
xiv
SENARAI SINGKATAN
BBM - Bahan Bantu Mengajar
CD-ROM - Cakera Padat Ingatan Baca
FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan
ICT - Teknologi Internet dan Komunikasi
KBKK - Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
KPS - Kemahiran Proses Sains
KS - Kemahiran Saintifik
MPK - Modul Pembelajaran Kendiri
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
PAK - Pembelajaran Akses Kendiri
PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer
PPM - Penulisan dan Pembinaan Modul
SIM - Self Instruction Module
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPP - Sumber Pengajaran dan Pembelajaran
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
BAB 1
PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan
Falsafah Pendidikan Negara (FPK) bermatlamat untuk memperkembangkan
potensi individu pelajar secara menyeluruh dan bersepadu dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek. Oleh itu, seluruh usaha dan langkah yang diambil dalam sistem
pendidikan mestilah mengambil kira potensi dan keperluan setiap individu pelajar.
Pembangunan ini bakal menghasilkan Pembangunan Modul Pembelajaran
Kendiri (MPK) bagi mata pelajaran Fizik tingkatan lima bertajuk,
Keelektromagnetan. Sasaran penggunaan MPK ini adalah sebagai bahan rujukan dan
bahan pengayaan dan pemulihan pelajar-pelajar sekolah menengah atas yang
mempelajari mata pelajaran Fizik.
MPK ini akan berfungsi sebagai bahan tambahan kepada pelajar sebelum dan
selepas mereka menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas
bersama guru kelas. Bagi mengguna MPK ini, mereka tidak memerlukan bimbingan
intensif daripada guru. Penerangan secara visual yang terperinci dan lengkap
memudahkan proses pemahaman pelajar. Proses langkah demi langkah ini
menggalakkan pelajar memahami konsep asas iaitu, istilah dan formula yang perlu
dititikberatkan. Cara ini dapat mengaitkan konsep asas dengan kehendak soalan
tersebut. Sekali gus membentuk pelajar kepada persediaan awal menghadapi
peperiksaan terutamanya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kelak.
2
1.2 Latar Belakang
Fenomena alam sering kali dikaitkan dengan sains. Peranan mata pelajaran
Sains dalam sekolah menengah adalah untuk membantu pelajar menjelajahi dunia.
Di samping meningkatkan kemampuan untuk menyelesaikan masalah secara matang.
Pembelajaran ini mencabar pelajar dan menggalakkan pelajar membiasakan diri
dengan konsep kompleks dan abstrak (Rutherford, 2006).
Prekonsepsi yang sedia ada pada pelajar bertindak sebagai penapis kepada
maklumat baru yang ingin disampaikan oleh guru. Jika pelajar tidak menguasai
kefahaman konsep asas, pelajar akan menghadapi masalah dalam pembelajaran
selanjutnya. Dengan kefahaman konsep yang salah, terus dibawa sehingga ke akhir
bab pembelajaran dan menjadikan miskonsepsi berlaku.
1.3 Pernyataan Masalah
Jika dilihat kepada suasana pengajaran dan pembelajaran kini, segelintir para
guru masih cenderung menggunakan kaedah konvensional iaitu menggunakan
kaedah “Chalk and Talk” di mana guru secara total menjadi tutor kepada pelajar
dengan kapur dan papan tulis. Walaupun perubahan ini perlu dilakukan dengan
menyedari bahawa pendidikan kita mestilah berteraskan teknologi. Namun, kaedah
ini masih popular terutama di kalangan “guru berpengalaman” kerana kaedah ini
mudah dilaksanakan tanpa perlu membuat persediaan yang lama dan rumit. (Hand,
2004).
Namun begitu, pelajar merasakan suasana pembelajaran sebegini menjadikan
mereka bosan dan jemu kerana wujud hubungan satu hala sahaja di mana guru
mengemukakan kandungan dan pelajar mendengar dalam suasana yang statik dan
sama pada setiap sesi pembelajaran. Ini membuatkan minat pelajar-pelajar untuk
mendalami pembelajaran tersebut berkurangan.
3
Kebiasaannya, kemahiran diiringi dengan pemikiran kritikal, ekspresi
meyakinkan, dan kemahiran menyelesaikan masalah sains. Pemahaman ialah
menggunakan fakta kepada maklumat dan penyelesaian masalah yang sistematik.
(Brown, 2007). Berdasarkan kemahiran yang sesuai, barulah pelajar dapat ,menjana
pemahaman yang tinggi. Sekali gus membimbing pelajar ke aras
Hasil kajian daripada Ezaityesirah (2006), pelajar menghadapi masalah untuk
menguasai konsep serta kemahiran dalam subjek sains. Antara sebab kepada
permasalahan ini ialah kurangnya pengetahuan dan kemahiran saintifik serta kurang
bersedia untuk melibatkan diri dalam kegiatan yang bercirikan sains dalam
kehidupan seharian. Oleh itu, tidak terdapat penyesuaian di antara kehendak konsep
dengan pertumbuhan kognitif pelajar. Maka konsep-konsep sains yang ingin
diterapkan tidak berjaya dicapai oleh pelajar.
Mata Pelajaran Fizik merupakan salah satu daripada mata pelajaran elektif
yang perlu diambil oleh pelajar aliran sekolah menengah atas. Namun, sering kali
berlaku masalah miskonsepsi di mana prekonsepsi pelajar-pelajar tidak dikaji dan
diambil berat oleh guru-guru sebelum proses P&P bermula iaitu guru mengabaikan
penggunaan set induksi. Disebabkan guru kurang peka terhadap masah ini, pelajar
menghadapi masalah dalam memahami keseluruhan bab Keelektromagnetan ini. Ini
akan melambatkan proses P&P dan menyukarkan pelajar memahami tajuk
Keelektomagnetan di peringkat yang lebih tinggi ketika mereka melanjutkan
pelajaran nanti.
Pembangun ada menebual seorang guru pakar. Temu bual pembangun adalah
bersama seorang guru pakar Fizik di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah
Bahiyah. Nama guru tersebut ialah Puan Azlina binti Abdullah. Beliau merangkap
guru kanan sains disekolah teresebut. Berdasarkan pengalamannya selama sepuluh
tahun mengajar mata pelajaran ini, kebanyakan pelajar lemah dalam menguasai tajuk
Keelektromagnetan. Walaupun sebelum dialih bahasa, tajuk ini adalah tajuk yang
sukar difahami pelajar dan hanya 30 peratus calon SPM menjawab soalan tersebut.
4
Berdasarkan tajuk ini, guru tersebut mengulas persepsi pelajar dalam empat
aspek:-
1. Penguasaan Matematik
2. Miskonsepsi
3. Minat dalam Fizik
4. Aktiviti pembelajaran Fizik
Miskonsepsi yang berlaku disebabkan oleh proses Pengajaran dinamakan
sebagai “Miskonsepsi Didaktikogenik”. Hasil kajian daripada Simanek (2002) ini
lebih berfokus kepada guru dan buku teks. Terdapat tujuh punca berlakunya
miskonsepsi di kalangan pelajar. Namun, pembangun memfokuskan kepada tiga
punca utama yang berkaitan dengan tajuk pembangunan ini iaitu:-
1. Miskonsepsi pelajar tidak diuji kesahan dalam peperiksaan, ujian, latihan,
eksperimen atau kerja sekolah. Lama-kelamaan, miskonsepsi akan menjadi
konsep yang benar dan kukuh bagi pelajar.
2. Miskonsepsi diberi ganjaran atau rangsangan positif akan menjadi konsep
yang kukuh. Hal ini terjadi di dalam peperiksaan yang membenarkan pelajar
menggunakan miskonsepsi mereka sebagai langkah mendapatkan jawapan
yang “betul”.
3. Guru menggalakkan pelajar memilih jawapan yang betul bagi soalan jenis
objektif atau aneka pilihan tanpa menilai pemahaman sebenar pelajar.
Dengan ini, pelajar menanam sikap perlu lulus dan menganggap pemahaman
mata pelajaran ini tidak penting.
Dengan bantuan Bahan Bantu Mengajar (BBM) berpandukan MPK ini, guru
dapat menguruskan masa dalam proses P&P dengan lebih baik dan bijak kerana ia
mudah dikendalikan. Guru juga tidak perlu lagi menerangkan isi kandungan
pelajaran secara menyeluruh, memadai dengan penerangan terhadap isi kandungan
yang penting sahaja.
5
MPK ini mengandungi penerangan ringkas dan padat mengenai keseluruhan
tajuk Keelektromagnetan ini. Oleh itu, MPK ini akan mengambil peranan guru
sebagai tutor kepada pelajar. Teori pedagogi dalam pendidikan direalisasikan
dengan guru bertindak sebagai fasilitator kepada pelajar-pelajar. Hal ini bertepatan
dengan pembelajaran berpandukan modul. Kemudian, ini telah dikenal pasti sebagai
bahan yang dapat membantu guru di dalam proses P&P.
Hasil persidangan daripada penggubalan kurikulum sains di bawah
Organisasi Pendidikan Sains pada abad ke-21 tahun 1996 yang dijangka
dilaksanakan tahun 2004 ada menekankan bahawa sistem pendidikan modular boleh
dijalankan. Hasrat ini bagi mencapai tujuan reformasi pendidikan kita. Di dalam
sistem ini, pendidikan sains tidak lagi dijalankan berdasarkan mata pelajaran tertentu
sebagaimana yang ada sekarang. Sebaliknya pendidikan sains lebih bersifat
modular.
Di samping itu, sistem pendidikan sains diberikan kepada semua pelajar
berdasarkan modul-modul yang ada dalam semua bidang pengajian sains. Antara
bidang pengajian sains yang ditekankan adalah Keelektromagnetan dan melibatkan
tiga modul iaitu, Elektrik, Magnet dan Magnet Lanjutan. Jika pemahaman yang
salah sudah menjadi konsep yang betul di minda pelajar, pembelajaran pelajar akan
bertambah rumit dalam tiga modul tersebut.
Setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dan
bertindakbalas dengan iklim, sumber dan pendekatan P&P. Dengan iklim, sumber
dan pendekatan P&P yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran, pelajar dapat
mengoptimumkan proses pembelajaranya. Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh
memenuhi gaya pembelajaran pelajar seperti pendekatan behaviorisme,
konstruktivisme, kognitivisme, Teori Kecerdasan Pelbagai dan sebagainya. Bagi
membangunkan modul ini, pembangun memilih pendekatan konseptual melalui
visual.
6
Ini memberikan peluang kepada kita mengenal pasti bakal saintis dan
teknokrat di masa akan datang walaupun kita mahu semua pelajar mendapat
pendidikan sains yang sama kita perlu mengenal pasti bakal saintis dan teknokrat
kerana golongan inilah yang bakal memberikan lonjakan terhadap perkembangan
sains dan teknologi.
1.4 Objektif Projek
Pembangunan ini, bertujuan membina MPK Fizik Keelektromagnetan untuk
kegunaan pelajar dan guru tingkatan lima aliran sains yang mempelajari dan
mengajar mata pelajaran Fizik. Antara objektif kajian ini:-
1 Membangunkan MPK Keelektromagnetan Fizik Tingkatan Lima
menggunakan pendekatan konseptual melalui visual.
2 Membangunkan MPK Keelektromagnetan Fizik Tingkatan Lima
menurut Model Meyer.
1.5 Objektif Modul
Pembangunan ini, bertujuan membina MPK Fizik Keelektromagnetan untuk
kegunaan pelajar dan guru tingkatan lima aliran sains yang mempelajari dan
mengajar mata pelajaran Fizik. Antara objektif projek ini:-
1 Membantu pelajar memahami konsep Keelektromagnetan.
2 Membantu pelajar menjelaskan konsep Keelektromagnetan.
3 Membantu guru mengenal pasti strategi pembelajaran.
4 Membantu gurur mengaplikasikan Keelektromagnetan dalam P& P.