universiti teknologi malaysia borang ......kefahaman pelajar mengenai konsep perubahan fizik...
TRANSCRIPT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP PERUBAHAN FIZIK
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya SYARIFAH NATRAH SYAHIMAH SYED MOHAMMAD (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
____________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO 33, LORONG LIMAU MANIS, PM DR MOHAMMAD YUSOF BIN ARSHADTAMAN JALI, 01000 KANGAR PERLIS Nama Penyelia Tarikh: OCTOBER 2008 Tarikh: OCTOBER 2008
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)”
Tandatangan :………………………………………….
Nama Penyelia : PM Dr Mohammad Yusof Bin Arshad
Tarikh : OKTOBER 2008
KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP PERUBAHAN FIZIK
SYARIFAH NATRAH SYAHIMAH SYED MOHAMMAD
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
OKTOBER, 2008
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
setiap satunya saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan :……………………………………………
Nama : Syarifah Natrah Syahimah Binti Syed Mohammad
Tarikh : OKTOBER 2008
DEDIKASI
TERISTIMEWA BUAT
BONDA YANG BANYAK BERKORBAN UNTUK KEJAYAAN DAN KEBAHAGIAN
KU. TERIMA KASIH DAN SAYANG YANG
TAK TERHINGGA UNTUKMU. PENGORBANAN DAN KASIH SAYANG
MU MENJADI PENAWAR DAN SEMANGAT UNTUKKU
KHAS BUAT
ABANG SYAM, ABANG NGAH, ABANG DIN, SU DAN KAMIL YANG DISAYANGI TERIMA KASIH ATAS PERTOLONGAN DAN SEMANGAT YANG DIBERIKAN
SEPANJANG PERJUANGAN INI
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim,
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan limpah
dan kurnianya dapat saya menyiapkan projek ini dengan sebaik mungkin.
Di kesempatan ini saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih yang
tidak terhingga buat penyelia PM Dr Mohammad Yusof Bin Arshad di atas bimbingan
dan tunjuk ajar serta teguran yang diberikan sepanjang tempoh kajian ini dijalankan.
Melalui bimbingan beliau, banyak perkara dapat dipelajari sehingga saya telah berjaya
menyiapkan projek ini dengan jayanya.
Setinggi-tinggi terima kasih juga buat pengetua, guru-guru dan kakitangan
sekolah yang terlibat dalam menjalankan kajian ini.
Terima kasih yang tidak terhingga juga dihulurkan buat Norra, Hafilah, Izzah,
Faza, Miza, Intan, Raziz, Widya dan rakan-rakan yang banyak membantu, memberi
tunjuk ajar serta sokongan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan projek ini. Semoga jasa kalian akan diberkati oleh Yang Maha Berkuasa.
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan bagi mengenalpasti kefahaman serta konsep-konsep
alternatif di kalangan pelajar sekolah menengah berumur 16 dan 17 tahun terhadap
konsep perubahan fizik dalam fenomena di sekeliling mereka. Kajian ini dijalankan ke
atas 200 orang pelajar di empat buah sekolah menengah di negeri Perlis Indera
Kayangan yang telah dipilih secara rawak. Soalan-soalan berstruktur yang diberikan
kepada pelajar adalah berkaitan dengan fenomena harian di sekeliling mereka. Data
yang diperolehi dianalisis dengan mengira peratusan untuk dibuat perbandingan
menggunakan Concept Profile Iventory (CPI). Analisis menunjukkan bahawa
kefahaman pelajar mengenai konsep perubahan fizik adalah tidak mantap. Kebanyakan
pelajar menggunakan idea alternatif apabila memberikan penjelasan mengenai sesuatu
fenomena yang sepatutnya memerlukan penjelasan secara sainstifik. Selain itu, pelajar
juga menggunakan ‘common sense’ atau berasaskan kepada akal kebiasaan sebagai
respon kepada persoalan yang dikemukakan. Idea-idea yang dibina daripada interaksi
dengan persekitaran serta idea-idea alternatif didapati menghalang pembelajaran dan
kefahaman konsep-konsep sains. Dapatan dan cadangan kajian diharapkan dapat
memberikan gambaran yang lebih jelas terhadap pembinaan konsep di kalangan pelajar
dan strategi pengajaran dan pembelajaran sains yang lebih berkesan.
ABSTRACT
The aim of this research is to identify the secondary school pupils’ understanding
physical changes on common phenomena. Two hundred pupils age between 16 and 17
years old of four schools in Perlis Indera Kayangan were chosen randomly as sampel. A
set of question consisted of eight questions were given to the pupils. Their responses
were analyzed using Concept Profile Iventory (CPI). The finding showed that pupils’
understanding of physical change of matter were not consistent with scientific theory in
explaining the above phenomena. From the result and discussion, teacher should be
more sensitive about pupils’ alternative ideas and improve their teaching strategy.
KANDUNGAN
M/SURAT
Pengesahan Status Tesis i
Halaman Pengesahan Penyelia ii
Halaman Judul iii
Halaman Pengakuan Penyelidik vi
Dedikasi v
Penghargaan vi
Abstrak vii
Abstract vii
Kandungan ix
Senaria Jadual xii
Senarai Gambarajah xv
Senaria Lampiran xvi
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Skop Kajian 8
1.8 Batasan Kajian 8
1.9 Definisi Istilah 9
BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2.1 Kefahaman Pelajar Mengenai Konsep Sains 11
2.2 Sains dan Kurikulum Sains 12
2.3 Perubahan Fizik dan Perkonsepan Pelajar Mengenai Fenomena
Perubahan Fizik 15
2.4 Kerangka Alternatif 16
BAB 3 METHODOLOGI 3.1 Reka bentuk Kajian 22
3.2 Pemilihan Sekolah 22
3.3 Sampel Kajian 23
3.4 Instrumen Kajian 23
3.5 Prosedur 26
3.6 Analisis Kajian 26
BAB 4 ANALISIS DAN HURAIAN DATA 4.1 Pendahuluan 28
4.2 Analisis Dan Perbincangan 28
4.2.1 Kefahaman Pelajar Terhadap Fenomena
Pendidihan Air 29
4.2.2 Kefahaman Pelajar Terhadap Fenomena
Pelarutan Garam 37
4.2.3 Kefahaman Pelajar Terhadap Pelarutan
Gula Bersama Daun Teh 45
4.2.4 Kefahaman Pelajar Terhadap Fenomena
Pencairan Ais 51
4.2.5 Kefahaman Pelajar Terhadap Fenomena
Pencairan dan Pembekuan Lilin 58
4.2.6 Kefahaman Pelajar Terhadap Fenomena
Pemeruapan Pewangi 65
4.2.7 Kefahaman Pelajar Terhadap Fenomena
Kondensasi Wap Air 74
4.2.8 Kefahaman Pelajar Terhadap Fenomena
Pemejalwapan Iodin 81
4.3 Kesimpulan 88
BAB 5 PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
5.1 Pengenalan 89
5.2 Dapatan Kajian dan Perbincangan
5.2.1 Konsep asas perubahan fizik 81
5.2.2 Kefahaman pelajar pada aras makroskopik, mikroskopik
dan persimbolan dalam perubahan fizik 91
5.3 Rumusan 92
5.4 Implikasi kepada pendidikan 93
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 94
RUJUKAN 96
LAMPIRAN 102
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK M/SURAT
Jadual 3.1: Jadual Penentuan Pencapaian 27
Jadual 4.1: Peratusan respon pelajar mengenai perubahan fizik
apabila air dididihkan. 29
Jadual 4.2: Peratusan respon pelajar mengenai komposisi
gelembung 31
Jadual 4.3: Peratusan respon pelajar mengenai zarah air apabila
air dididihkan pada aras makroskopik 32
Jadual 4.4: Peratusan respon pelajar mengenai zarah air apabila
air dididihkan pada aras mikroskopik 34
Jadual 4.5: Peratusan respon pelajar mengenai zarah air apabila
air dididihkan pada aras persimbolan 36
Jadual 4.6: Peratusan respon pelajar mengenai perubahan fizik apabila
garam dimasukkan dalam satu bikar air dan dibiarkan melarut 37
Jadual 4.7: Peratusan respon pelajar mengenai zarah garam apabila
garam dimasukkan dalam satu bikar air dan dibiarkan melarut
pada aras makroskopik 39
Jadual 4.8: Peratusan respon pelajar mengenai zarah garam apabila
garam dimasukkan dalam satu bikar air dan dibiarkan melarut
pada aras mikroskopik 41
Jadual 4.9: Peratusan respon pelajar mengenai zarah garam apabila garam
dimasukkan dalam satu bikar air dan dibiarkan melarut pada aras
persimbolan 44
Jadual 4.10: Peratusan respon pelajar mengenai perubahan fizik apabila
gula dilarutkan bersama daun teh 45
Jadual 4.11: Peratusan respon pelajar mengenai zarah gula apabila dilarutkan
bersama daun teh pada aras makroskopik 47
Jadual 4.12: Peratusan respon pelajar mengenai zarah gula apabila dilarutkan
bersama daun teh pada aras mikroskopik 49
Jadual 4.13: Peratusan respon pelajar mengenai perubahan fizik apabila ais
dicairkan 52
Jadual 4.14: Peratusan respon pelajar mengenai zarah ais apabila bongkah ais
dibiarkan mencair pada aras makroskopik 54
Jadual 4.15: Peratusan respon pelajar mengenai zarah ais apabila ais dibiarkan
mencair pada aras mikroskopik 55
Jadual 4.16: Peratusan respon pelajar mengenai zarah ais apabila ais dibiarkan
mencair pada aras persimbolan 57
Jadual 4.17: Peratusan respon pelajar mengenai perubahan fizik apabila lilin
dinyalakan 59
Jadual 4.18: Peratusan respon pelajar mengenai zarah lilin apabila dinyalakan
pada aras makroskopik 61
Jadual 4.19: Peratusan respon pelajar mengenai zarah lilin apabila dinyalakan
pada aras mikroskopik 63
Jadual 4.20: Peratusan respon pelajar mengenai perubahan fizik apabila
pewangi dibiarkan meruap di dalam bekas tertutup 66
Jadual 4.21: Peratusan respon pelajar mengenai zarah pewangi apabila
dibiarkan meruap di dalam bekas tertutup pada aras makroskopik 68
Jadual 4.22: Peratusan respon pelajar mengenai zarah pewangi apabila
dibiarkan meruap di dalam bekas tertutup pada aras mikroskopik 70
Jadual 4.23: Peratusan respon pelajar mengenai zarah pewangi apabila
dibiarkan meruap di dalam bekas tertutup pada aras persimbolan 73
Jadual 4.24: Peratusan respon pelajar mengenai perubahan fizik apabila
titisan air terbentuk di luar gelas 75
Jadual 4.25: Peratusan respon pelajar mengenai zarah air apabila titisan
air terbentuk di luar gelas pada aras makroskopik 77
Jadual 4.26: Peratusan respon pelajar mengenai zarah air apabila titisan air
terbentuk di luar gelas pada aras mikroskopik 78
Jadual 4.27: Peratusan respon pelajar mengenai zarah air apabila titisan
air terbentuk di luar gelas pada aras persimbolan 80
Jadual 4.28: Peratusan respon pelajar mengenai perubahan fizik apabila
iodin dipanaskan 81
Jadual 4.29: Peratusan respon pelajar mengenai zarah iodin apabila
dipanaskan pada aras makroskopik 83
Jadual 4.30: Peratusan respon pelajar mengenai zarah iodin apabila
dipanaskan pada aras mikroskopik 85
Jadual 4.31: Peratusan respon pelajar mengenai zarah iodin apabila
dipanaskan pada aras persimbolan 87
SENARAI GAMBARAJAH
NO.GAMBARAJAH TAJUK MUKA SURAT 1.1 Tiga Aras Pembinaan Konsep Kimia 4
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA
A Instrumen Kajian (Soalan Ujian)
B Surat Kelulusan / Kebenaran Menjalankan Kajian
(EPRD)
C Surat Kelulusan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Indera
Kayangan
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan Di negara ini, bidang pendidikan merupakan salah satu bidang yang amat dititik
beratkan oleh kerajaan. Ini terbukti apabila kerajaan memperuntukkan sejumlah wang
yang besar bagi memantapkan sistem pendidikan negara selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Kurikulum kimia (sains) di sekolah menengah telah mengalami perubahan demi
perubahan sejak negara mencapai kemerdekaan lagi. Kesan perubahan yang berlaku
menjadikan mata pelajaran kimia semakin sukar tetapi apa yang penting ianya menjadi
semakin menarik.
Menjadi salah sebuah negara maju merupakan hasrat negara. Selaras dengan
hasrat tersebut, kurikulum sains di sekolah Malaysia digubal bagi mewujudkan
masyarakat yang saintifik dan progresif serta berilmu: Masyarakat yang mempunyai
daya perubahan yang tinggi, memandang jauh ke hadapan, inovatif serta menjadi
penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2001).
Kementerian Pendidikan bercita-cita untuk melahirkan masyarakat Malaysia
yang kritis, kreatif dan berketrampilan melalui pendidikan sains yang telah
diperkenalkan, disamping memaksimakan penggunaan teknologi. Dengan kata lain,
masyarakat Malaysia perlu mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi, ingin mencuba,
celik sains, bersifat terbuka, membuat keputusan berdasarkan fakta yang nyata,
menghargai sumbangan sains dan teknologi, menghargai keseimbangan alam,
mempunyai iltizam dan kesanggupan untuk menyumbang terhadap kemajuan sains dan
teknologi (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001)
2
Kurikulum sains memberi tumpuan kepada pemahaman alam, kesejahteraan
manusia, dan perkembangan diri - dilaksanakan melalui empat tema: Pengetahuan asas
sains, aplikasi sains dalam kehidupan harian, sikap dan nilai-nilai, serta kemahiran
saintifik (Kementerian Pendidikan Malaysia,2001). Pendidikan sains yang telah
diperkenalkan bertujuan untuk membimbing para pelajar untuk mengembangkan
beberapa kemahiran penting seperti kemahiran saintifik, kemahiran berfikir,
penyelesaian masalah dan secara tidak langsung nilai-nilai murni diterapkan.
Bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar, pendidik
perlu memainkan peranan penting selaras dengan kurikulum yang digubal oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Pemahaman yang jelas mengenai falsafah, matlamat
dan intipati sesuatu kurikulum amat diperlukan oleh seseorang pendidik sebelum
melaksanakan kurikulum tersebut. Pendekatan dan strategi terbaik harus digunakan bagi
memastikan kurikulum yang dilaksanakan berkesan dan pelajar dapat belajar secara
optimum.
Selaras dengan cabaran global terutamanya demi mencapai aspirasi misi dan visi
sistem pendidikan negara, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah diberikan
tanggungjawab merancang dan merealisasikan matlamat pendidikan negara untuk
menyediakan peluang pendidikan dan corak pendidikan yang berkesan serta berkualiti
tinggi kepada individu dan masyarakat negara ini. Kementerian Pelajaran Malaysia
secara berpusat merangka pelbagai cara dan kaedah pembelajaran yang praktikal untuk
diamalkan oleh para pendidik demi mewujudkan satu corak pendidikan yang berkesan
berasaskan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang ada sekarang. (Azizi Yahaya et al,2004)
Bagi menghadapi era globalisasi yang didokong oleh kemajuan sains dan
teknologi, negara-negara membangun telah menumpukan kemajuan terhadap disiplin
sains dan matematik untuk melahirkan suatu masyarakat sainstifik yang hanya mampu
dicapai melalui suatu proses pendidikan yang dapat menerapkan penghayatan pelajaran
terhadap konsep-konsep sains yang bertindak seumpama nadi terhadap kefahaman yang
menyeluruh terhadap sains (Bruner 1979: dalam Azizi Yahaya,2004). Para pelajar
seharusnya menguasai sesuatu konsep asas sains yang selaras dengan pandangan ahli-
ahli sains berdasarkan teori dan juga prinsip yang telah terbukti kebenarannya.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Kimia bermaksud sains unsur dan sebatian, di mana melibatkan kajian terhadap
jirim (secara makroskopik dan mikroskopik), interaksi antara bahan dan penghasilan
serta penggunaan bahan. Ini menunjukkan bahawa kimia merangkumi bidang yang amat
luas.
Secara sedar atau tidak, kimia memainkan peranan penting dalam kehidupan
harian manusia. Sebagai contoh, bahan makanan yang terdiri daripada bahan kimia dan
ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat pelbagai peyakit. Kimia adalah sesuatu yang
istimewa dan mengkagumkan di mana dapat menenang dan menyenangkan pemikiran.
Kimia juga mempunyai aspek keindahan (aesthetic) dan dramatik; misalnya dari
keindahan hablur yang terbentuk dan dari susunan atom dan molekul yang simetri dapat
mengilhamkan para pelukis dan pereka.
Namun, ramai pelajar kurang berminat dengan matapelajaran sains (kimia). Ini
terbukti apabila berlakunya pertukaran pelajar daripada aliran sains tulen ke aliran
sastera. Menurut Elizabert Kean (1994), pembelajaran kimia merupakan suatu subjek
yang abstrak dan ia lebih memerlukan pelajar membuat imiginasi sendiri lebih daripada
pengalaman pelajar itu sendiri. Maka, tidak hairanlah mata pelajaran kimia kurang
digemari dan seringkali dianggap susah dikalangan pelajar. Keadaan ini secara tidak
langsung mengakibatkan para pelajar kurang memberi tumpuan ketika proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung sekali gus menyebabkan para pelajar ini ketinggalan dan
memperoleh keputusan peperiksaan yang yang kurang baik. Bagi menguasai sains,
pelajar perlu menguasai konsep-konsep yang merupakan asas untuk menguasai prinsip
dan hukum-hukum sains lebih kompleks. Penguasaan konsep ini tidak dapat dibina
dengan mudah kerana ia memerlukan penguasaan yang tepat pada ketiga-tiga aras
pengkonsepsian iaitu aras makroskopik, mikroskopik dan persimbolan kerana setiap
subkonsep ini adalah saling berkaitan dan mempengaruhi antara satu sama lain.
Makroskopik merupakan aras dimana pelajar dapat menyatakan sesuatu fenomena yang
wujud iaitu perkara yang dapat dilihat, dihidu dan disentuh manakala aras mikroskopik
merupakan aras dimana pelajar dapat menyatakan sesuatu fenomena yang seni dan tidak
mudah dilihat oleh mata kasar contohnya susunan zarah pada keadaan pepejal, cecair
dan gas. Persimbolan pula merujuk kepada suatu simbol sebagai representasi
pengetahuan yang dapat membantu untuk lebih memahami sesuatu fenomena.
4
Makroskopik
Pembinaan konsep kimia
Mikroskopik Persimbolan
Rajah 1.1 : Tiga aras pembinaan konsep kimia
Menurut kajian oleh Osborne dan Wittrock (1983), ramai pelajar kurang
berminat terhadap mata pelajaran kimia kerana faktor halangan dalam pembelajaran.
Para pelajar sebenarnya kurang menguasai konsep-konsep asas sains dan juga kekeliruan
tentang istilah saintifik. Apabila keadaan ini berterusan, maka minat pelajar untuk
mempelajari kimia semakin berkurangan dan seterusnya mengakibatkan pelajar menjadi
semakin lemah dalam pelajaran ini.
Menurut Mc Dermott (1984) dan Driver et al (1985) (dalam Nordin Hitam, 2000)
halangan utama terhadap pembelajaran kimia seseorang pelajar adalah disebabkan oleh
rangka konsep pelajar terhadap sesuatu yang dipelajarinya jauh berbeza dengan konsep
guru dan ahli-ahli sains.
5
Dalam mempelajari sains, pelajar-pelajar telah mempunyai konsep sains yang
tersendiri berasaskan persepsi dan pengalaman mereka hasil daripada interaksi dengan
persekitaran. Kebanyakan daripada konsep ini adalah berpanjangan, tetap dan sukar
diubah (Osborne dan Wittrock, 1983).
Kebanyakan kajian membuktikan bahawa pelajar mempunyai kefahaman konsep
yang tidak selari dengan konsep yang dikemukan oleh para saintis (David
Hammer,1995). Konsep-konsep ini merujuk kepada anggapan awal (preconception),
konsep alternatif (alternative conception) dan salah konsep (misconception). Namun,
idea utama mengenai konsep ini adalah
i. Struktur kognitif yang stabil
ii. Berbeza dengan konsep yang tepat (expert conception)
iii. Kesan pemikiran asas pelajar terhadap fenomena semulajadi dan penerangan
saintifik.
iv. Perlu diatasi, dijauhi atau dihapuskan supaya pelajar memperoleh
pemahaman yang tepat.
Daripada perspektif konsep alternatif (miskonsepsi), pengetahuan pelajar juga
diambil kira. Dengan kata lain, pelajar mempunyai pengetahuan mengenai dunia
(fenomena) fizik dan pengetahuan yang sedia ada itu amat munasabah dan berguna
kepada mereka. Pelajar menggunakan pengetahuan tersebut untuk lebih memahami
fenomena yang berlaku dan didengari.
Guru-guru seringkali tidak menyedari bahawa terdapat kelainan konsep pada
kanak-kanak dan mereka juga tidak peka pengaruh konsep ini dalam pengajaran dan
pembelajaran mereka (Osborne dan Wittrock 1983, dalam Nordin Hitam, 2000). Konsep
alternatif yang dipegang oleh pelajar mengenai sesuatu konsep perubahan fizik boleh
memberikan kesan buruk. Justeru itu, konsep alternatif ini perlu diperbetulkan supaya ia
tidak berterusan dan boleh mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.
6
1.3 Penyataan Masalah
Fenomena fizik atau perubahan fizik dapat ditakrifkan sebagai perubahan
keadaan bahan tanpa penghasilan bahan baru, merupakan tindak balas berbalik,
komposisi kimia bahan asal sama dengan hasil, jisim bahan asal mungkin sama atau
berbeza dengan hasil, zarah hanya berubah bentuk sahaja dan memerlukan tenaga haba
yang rendah.
Faktor halangan dalam pembelajaran seperti kurang menguasai konsep-konsep
asas sains dan kekeliruan istilah saintifik menyebabkan pelajar menghadapi kesukaran
dalam memahami perubahan fizik. Kesukaran pelajar dalam memahami perubahan fizik
ketika proses pengajaran dan pembelajaran menyebabkan pelajar kurang berminat untuk
mempelajari mata pelajaran kimia seterusnya menganggap mata pelajaran ini merupakan
mata pelajaran yang sukar. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan tanpa sebarang
tindakan pemulihan oleh guru mahupun pihak berwajib, pelajar ini akan terus
ketinggalan berbanding pelajar lain yang telah menguasai mata pelajaran ini. Secara
tidak langsung, hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang, harnorni dan bermoral tinggi sukar dicapai.
Penyelidik berpendapat kajian mengenai kefahaman pelajar mengenai fenomena
fizik ini perlu diadakan untuk mengenalpasti konsep-konsep alternatif yang dialami
pelajar seterusnya membantu pelajar memahami fenomena yang dinyatakan dengan
lebih jelas disamping membolehkan pendidik mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh
para pelajar mereka. Konsep-konsep alternatif yang dipegang oleh pelajar menyebabkan
pelajar gagal menguasai ketiga-tiga aras pengkonsepsian sains iaitu aras makroskopik,
mikroskopik dan persimbolan. Melalui kajian ini, kefahaman dan konsep alternatif yang
dialami oleh pelajar dapat diketahui dengan lebih mendalam.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan berdasarkan kepada beberapa objektif. Objektif kajian ini
adalah seperti berikut :
7
i. Mengenalpasti kefahaman pelajar mengenai konsep asas perubahan fizik.
ii. Mengenalpasti konsep alternatif pelajar dalam perubahan fizik.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian ialah ramalan secara formal atau persoalan dengan objektif
kajian pengkaji dalam mengkaji kesukaran pelajar dalam menguasai fenomena fizik.
Pengkaji telah mengenalpasti beberapa persoalan kajian yang sesuai untuk
diketengahkan, di antaranya ialah:
i. Apakah kefahaman pelajar mengenai konsep asas perubahan fizik?
ii. Apakah konsep alternatif pelajar dalam perubahan fizik?