unit 1: pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc · web viewhalangan dan...
TRANSCRIPT
PENGURUSAN PROGRAM PEMBANGUNAN SUMBER
MANUSIA
DCE 3455 (UNIT 1 –10)Program B. S. (Pembangunan Sumber Manusia)
JAMILAH OTHMAN, Ph.D.
LAMBAK TOMPANG
Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini
dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, salin foto,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Institut
Pendidikan dan Pembelajaran Jarak Jauh (IDEAL).
1
KANDUNGAN
Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan sumber manusia
Apakah pengurusan program
Kepentingan pengurursan peogram
Bentuk pengurusan program
Jenis pengurusan program
Proses pengurusan program
Tahap pengurusan program
Model pengurusan program
Unit 2: Ide-ide utama perencanaan program
Konsep perencanaan program
Perubahan
Inovasi
Ide Tyler
Ide Boone
Ide Freirie
Ide Houle
Ide Boyle
Ide Taylor
Unit 3: Perencanaan program
Apakah perencanaan program
2
Falsafah perencanaan program
Kepentingan perencanaan program
Pengisian perencanaan program
o Perancangan program
o Perlaksanaan program
o Penilaian program
Unit 4: Perancangan program
Mengkaji situasi
Pembentukkan objektif
o Kepentingan
o Bentuk
o Falsafah, konsep dan prinsip
o Strategi dan teknik
Pembentukkan dokumen
Unit 5: Perlaksanan program
Delegasi tugas
o Bentuk dan jenis
o Falsafah dan prinsip
o Strategi dan teknik
o Kepentingan
Perlaksanaan
3
o Falsafah dan prinsip
o Strategi dan teknik
o Bentuk
Penyelarasan dan kerjasama
Pembentukkan dokumen
Unit 6: Penilaian program
Kepentingan
Tujuan
Bentuk
Strategi, teknik dan jenis
Indicator penilaian
Unit 7: Laporan program
Kepentingan
Jenis dan bentuk
Unit 8: Tindakan susulan
Kepentingan
Jenis dan bentuk
Unit 9: Isu, masalah dan cabaran
Dari dimensi budaya
4
Dari dimensi agama
Dari dimensi pengurusan
Gender
K ekonomi dan globalisasi
ICT
Staf-staf istimewa
Polisi dan dasar
5
RUJUKAN UMUM
Buford, I.A.,Jr & Bederian, A. G. (1988). Management in extension. Alabama
CES : Auburn University.
Hall, J. (1988). Models for management: The structure of campetence.
Woodlands: Woodstead Press
Maimunah Ismail (1998). Pengembangan : Implikasi ke atas pembangunan
masyarakat (2nd ed.). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Sohod & Siti Nadzrah Sheikh (1997). Pengurusan. (terjemahan). Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mondy, R. W. & Noe, R. M. (1999). Human resource management (7th ed.).
Singapore : Allyn & Bacon.
Yong, A. K. B. (1999). Malaysian human resource management. Kuala
Lumpur : Malaysian Institute of Management.
George, T. & Surjit Singh (2000). Human resource development in
organizations. Kuala Lumpur : INTAN.
Messmer, M. (1999). Human resources kit for dummies. United State : IDG
Books Worldwide.
Mc Cormack, M. H. (1996).On managing. United State : Dove Books.
Pace, R. W. , Smith, P. C. & Mills, G. E. (1991). Human resource
development : The field. New Jersey : Prentice Hall.
6
Marquardt, M. J. & Engel, D. w. (1993). Global human resource development.
New Jersey : Prentice Hall.
De Cenzo, D. A. & Robbins, S. P. (1994). Human resource management :
concepts and practices (4th ed.). Canada : John Wiley & Sons.
Griffin, R. W. (1999). Management (6th ed.). United State : Houghton Mifflin
Company.
Asma Abdullah (1999) Going glocal. Kuala Lumpur : Malaysian Institute of
Management.
7
Pengenalan
Kursus ini ditawarkan khas untuk memberi pengetahuan asas mengenai konsep
asas pengurusan program dan penyeliaan pembangunan sumber manusia, situasi
pengurusan program dan penyeliaan, dan teknik-teknik penyeliaan dan penyelarasan yagn
berkesan dalam pembangunan sumber manusia. Kursus ini merupakan kursus asas
kepada kursus kepemimpinan lanjutan yang lain.
Objektif
Di akhir kursus ini diharapkan anda akan dapat:
1. Mengenal pasti dan membezakan beberapa istilah asas pengurusan program,
penyeliaan program, penyelarasan program dan penilaian program yang
diaplikasikan dalam sesuatu program.
2. Mengenal pasti strategi dan teknik yang digunakan dalam pengurusan program
pembangunan sumber manusia.
3. Menjelaskan kepentingan pengurusan pembangunan sumber manusia dalam
menjana pembangunan masyarakat, dan organisasi.
4. Mengaitkan pengurusan program, penyeliaan dan penilaian dalam pembangunan
sumber manusia.
8
Prosedur penilaian
Pencapaian anda dalam kursus ini akan dinilai seperti berikut:
Ujian
Bilangan ujian : 1
Penilaian agihan markah : 30%
Skop ujian : unit 1 - 5
Tarikh ujian : akan ditentukan oleh IDEAL
Peperiksaan akhir
Peratus agihan markah : 40%
Skop ujian : unit 1 - 9
Tarikh peperiksaan : akan ditentukan oleh IDEAL
Tugasan
Membuat dan menghantar tugasan. Anda dikehendaki menyedia dan
menyelesaikan tajuk berikut. Anda amat digalakkan membuat semua tajuk-tajuk dalam
semua unit untuk menyediakan anda menghadapi peperiksaan.
Tajuk tugasan
Pengurursan program pembangunan manusia adalah satu proses yang berterusan
dan sentiasa berkembang sejajar dengan kehendak, keperluan dan matlamat bersama.
Sehubungan dengan itu, pengurusan pembangunan program manusia yang berkesan akan
melahirkan kecemerlangan dan kemanfaatan kepada manusia, masyarakat dan organisasi.
9
Berdasarkan pengalaman anda; sama ada memelalui pengalaman langsung ataupun
pemerhatian yang dilakukan, dan diperkukuhkan dengan sumber rujukan saintifik,
bincangkan satu aktiviti pengurusan program pembangunan sumber manusia. Kenalpasti
kekuatan, kelemahan dan cadangan pembaikkan.
Panduan membuat tugasan
Untuk melaksanakan tugasan ini, anda perlu membuat rujukan bahan-bahan yang
berkaitan dengan tajuk di pusat pembelajaran anda atau di mana-mana tempat yang
difikirkan sesuai. Adalah lebih baik jika anda dapat berbincang dahulu dengan
pensyarah/tutor anda atau sesiapa yang berpengalaman atau rakan sekursus sebelum
membuat tugasan.
Format penulisan tugasan (contoh)
1. Pendahuluan
2. Ide-ide penting
3. Data-data (jika ada)
4. Hujah dan kesimpulan
5. Kesimpulan
6. Sumber rujukan
7. Font 12 (times roman)
8. Langkau 2 baris (double spacing)
10
Penyerahan tugasan
Anda boleh menghantar pada bila-bila masa. Walaubagaimanapun semua tugasan
mesti dihantar selewat-lewatnya 3 minggu sebelum peperiksaan akhir. Sila hantar
tugasan anda kepada IDEAL dan pastikan anda menyerahkan tugasan anda melalui
saluran yang betul untuk mengelakkan sebarang kesulitan.
Peringatan
Tugasan yang lambat tidak akan diambil kira dalam penggredan
Bilangan halaman tugasan : 15 – 20 halaman A4 ( boleh ditambah jika bersesuaian)
Peratus agihan markah : 30%
Panduan bagi ujian objektif
Soalan bagi ujian objektif adalah didasarkan kepada unit-unit dan bacaan yang
ditetapkan bagi unit-unit. Soalan lazimnya berbentuk ‘multiple choice’.
Anda harus ingat bahawa menjawab soalan objektif tidak seperti menjawab ujian
subjektif. Dalam ujian objektif tidak wajar bagi anda menjawab mengikut
idea/pengalaman anda sendiri. Jawapan soalan objektif adalah khusus seperti terdapat
dalam teks dan bacaan rujukan. Anda perlu memahami teks modul dengan baik kerana
soalan-soalan akan menguji kefahaman anda, bukan kemahiran anda menghafal fakta.
11
Panduan perancangan pembelajaran
Minggu Tajuk-tajuk Jam pembelajaran
1 Pengenalan kepada pengurusan program
pembangunan sumber manusia
4
2 Ide-ide utama perencanaan program 4
3 Perencanaan program 4
4 Perancangan program 8
5 Perlaksanaan program 8
6 Penilaian program 8
7 Laporan program 4
8 Tindakan susulan 4
9 Isu, masalah dan cabaran 4
12
Maklumat penulis
Nama : Dr. Jamilah Bte Othman
Alamat : Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan,
Fakulti Pengajian Pendidikan,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM, Serdang,
Selangor.
No. telefon : 03 – 89486101 - # 8233
Fax : 03 - 89450455
Alamat e-mail : [email protected]
Nama : En. Lambak Bin Tompang
Alamat : Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan,
Fakulti Pengajian Pendidikan,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM, Serdang,
Selangor.
No. telefon : 03 – 89486101 - # 8241
Alamat e-mail : [email protected]
13
Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan manusia
Pengenalan
Pengurusan program bukanlah satu aktiviti yang terlalu sukar. Malahan ianya
juga bukanlah satu perkara yang boleh diambil mudah. Dalam erti kata lain, pengurusan
program memerlukan satu siri tindakan yang dinamik, berkesan, mantap dan fleksibel
kerana ianya bukanlah rigid dan tidak pula terlalu fleksibel.
Secara umumnya pengurusan program ialah satu aktiviti tersusun dan terancang
yang dirangka untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah diputuskan dan dalam masa
yang sama membawa perubahan kepada kelompok sasaran. Malahan pengurusan
program juga mempunyai jangka masa yang khusus dalam perlaksanaannya.
Tajuk – tajuk dalam unit 1
Tajuk-tajuk yang akan dibincangkan dalam unit ini ialah:
Apakah pengurusan program
Kepentingan pengurusan peogram
Bentuk pengurusan program
Jenis pengurusan program
Proses pengurusan program
Tahap pengurusan program
Model pengurusan program
Kepentingan Bentuk
14
Pengurusan
Program Tahap
Model
Proses
Jenis
Objektif pembelajaran
Setelah mempelajari unit ini, diharapkan anda dapat:
1. Menerang dan membincangkan apakah pengurusan program.
2. Mengenalpasti dan menggalurkan bentuk, jenis dan proses pengurusan program.
3. Menjelas dan membincangkan perihal pengurusan program dam konteks
pembangunan sumber manusia.
Apakah pengurusan program
Secara asasnya pengururan program berlandaskan dua disiplin utama iaitu
pengurusan dan program. Apakah pengurusan? Menurut Griffin (1999) pengurusan ialah
satu set aktiviti yang merangkumi perancangan dan pembuatan keputusan, penyelarasan,
mengetuai dan pengawalan) yang secara terus kepada sumber-sumber yang berada dalam
15
organisasi (manusia, kewangan, fizikal dan maklumat) di mana tujuannya adalah untuk
mencapai matlamat organisasi secara berkesan dan sempurna.
Sementara itu menurut Jaafar (1999), satu proses mengagihkan input-input
organisasi (termasuk sumber ekonomi dan kakitangan) dengan cara perancangan,
perorganisasian, pengarahan dan pengawalan untuak tujuan mengeluarkan output (segala
barangan dan perkhidmatan) yagn diperlukan oleh pelanggan-pelanggan supaya objektif
organsiasi tercapai)
Apakah pula program? Menurut Sulaiman et. al. (1982), program ialah satu
koleksi keperluan atau sesuatu yang telah dirancang yang bertujuan untuk membawa
perubahan. Ianya merangkumi perancangan, perlaksanaan dan penilaian.
Manakala Maimunah (1999) menjelaskan program ialah satu sitri yang dirancang
dalam satu jangka masa tertentu dan dilakukan untuk mencapai matlamat dan perubahan
di kalangan masyarakat.
Program boleh didefinisikan sebagai satu siri aktiviti yang dirancang dalam
jangka masa tertentu dan dilakukan untuk mencapai matlamat dan perubahan dikalangan
masyarakat. Suatu program akan melibatkan stretagi perancangan,perlaksanaan usaha
yang telah dirancang dan penilaian ke atas hasil perlaksanaan.
Program boleh dibahagikan kepada beberapa jenis.Boyle(1981) mengkategorikan
program kepada tiga jenis iaitu program pembangunan,program pendidikan dan program
penerangan. Program pembangunan merupakan asas dan tulang belakang kepada fungsi
sesebuah perkhimatan organisasi. Ia akan dibentuk berasaskan kepada masalah dan
perubahan masyarakat supaya meraka setara dan dapat mengubahsuai dengan perubahan
persekitaran yag sangat pesat.
16
Sementara itu, program pendidikan pula mengadakan aktiviti untuk membawa
perubahan dan kemajuan daripada aspek pemikiran dan komunikasi antara manusia di
kalangan individu. Penyampaian pengetahuan dijalankan oleh agen perubahan dan
disifatkan sebagai pendidik dan menjalankan aktiviti mengikut prinsip pendidikan
dewasa.
Program penerangan pula merupakan,memberi dan menyalurkan maklumat
seberapa banyak yang mungkin daripada sumber maklumat kepada penerima. Program
penerangan merupakan langkah penting yang dilakukan pada pering kat awal program
pembangunan atau program pendidikan. Program penerangan ini bertujuan memberi
pengetahuan,kesederan dan minat kepada penerima.
Di sini di sertakan juga beberapa pengertian perihal program iaitu:
a. Program disama ertikan dengan kurikulum (dalam konteks pendidikan formal di
sekolah), yang membawa maksud satu siri hasil pembelajaran berstruktur yang
ingin dicapai.
b. Program adalah lebih luas daripada pengertian kurikulum. Ia merupakan satu
produk/hasil dari aktiviti perancangan program iaitu pengajar dan pelajar terbabit.
c. Program adalah susunan aktiviti yang dijalankan untuk mencapai sesuatu
matlamat.
d. Program adalah satu kenyataan tentang situasi, objektif, masalah dan
penyelesaian.
17
Oleh yang demikian, pengurusan program bolehlah dikatakan sebagai satu proses
mengagih, mengurus, menggunakan segala input yang ada dalam organisasi untuk
melakukan sesuatu aktiviti yang melibatkan proses perancangan, perlaksanaan dan
penilaian terhadap aktiviti tersebut yang membawa perubahan sama ada kepada
kelopmpok sasaran atau mencapai matlamat organisasi.
Secara mudahnya pengurusan program seperti rajah di bawah:
Perancangan
Perlaksanaan
Penilaian
Kepentingan pengurusan program
1. Garis panduan melaksanakan sesuatu program
2. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan sesuatu program
3. Merancang segala keperluan untuk melaksanakan sesuatu program
4. Melaksanakan segala apa yang dirancangkan
5. Menilai setiap perancangan dan perlaksanaan program
18
6. Merangka pelan tindakan untuk program seterusnya
Proses pengurusan program
Proses pengurusan program sepatutnya berlaku secara terus menerus dan
bukanlah hanya dilaksanakan apabila dilihat ianya perlu sahaja. Malah, pengurusan
program bukanlah secara ad hoc. Ianya memerlukan perancangan yang rapi, bijak,
mengambil kira segala aspek: sumber, kemampuan, kebolehan dan kewangan, dan
diyakini boleh diimplimentasikan.
Pengurusan program mempunyai beberapa proses iaitu :
1. Perancangan
2. Perlaksanaan
3. Penilaian
Perancangan
Perancangan adalah proses paling awal sebelum sesuatu program itu boleh
dilaksanakan. Perancangan adalah satu proses memilih, menyusun dan membina aktivti
yang sesuai mengikut jadual yang tersusun.
Perlaksanaan
Perlaksaaan adalah satu proses melaksana, mengerja atau mengimplimentasi
segala aktiviti yang dirancang untuk mencapai objektif yang ditentukan.
Penilaian
Penilaian adalah peringkat di mana penganalisisan hasil dan keberkesanan sesuatu
program yang dilaksanakan menepati seperti mana yang dirancangkan. Hasil
perancangan juga akan menjadi input untuk program yang akan dirancang seterusnya.
19
Perancangan
Perlaksanaan
Penilaian
Konsep pengurusan program
Pengurusan program adalah satu topik yang telah diperkatakan oleh ramai orang
dan ramai pengkaji dan membawa maksud yang luas sejajar dengan pemahaman
individu. Pengurusan program adalah satu bidang yang luas dan mencakupi pelbagai segi
dan dimensi. Perkataan asas kepada pengurusan ialah urus dan perbuatannya pula ialah
pengurusan. Manakala orang yang melaksanakannya dipanggil pengurus. Pengurusan
program adalah satu aktiviti asas untuk membina, menbangun dan membentuk kehidupan
yang bermakna, bernilai dan mempunyai hala tuju.
Aktiviti dan kegiatan dalam pengurusan program adalah penumpuan untuk
pencapaian matlamat melalui pengunaan sumber yang dimiliki dan diadunkan dengan
persekitaran.
Terdapat pelbagai definisi yang mendefinisikan istilah ini. Ianya boleh
ditakrifkan dalam konteks yang luas seperti pengurusan program negara atau sesebuah
20
organisasi yang besar. Malahan pengurusan program juga boleh dilihat dalam konteks
yang kecil seperti pengurusan diri, keluarga dan perniagaan sendiri.
Secara dasarnya pengurusan program boleh ditakrifkan sebagai satu rangka kerja
yang menunjuk dan menerangkan segala tindakan mempunyai matlamat dan memiliki
tujuan yang eksplisit.
Pengurusan program bukan sekadar mengurus sesuatu aktiviti atau sumber, tetapi
lebih jauh daripada itu, pengurusan program adalah segala aktiviti yang dirancang,
diambil dan dilaksanakan bermula dari peringkat perancangan hinggalah peringkat
penilaian. Proses ini melibatkan satu rangka tugas yang luas dan ianya menitikberatkan
faktor pencapaian matlamat.
Peranan pengamal sumber manusia dalam pengurusan program
Pengamal sumber manusia mempunyai peranan dan tanggungjawab yang luas dan
besar sebagai agen yang bertindak secara langsung dalam pembentukan program dalam
usaha memaksimumkan potensi manusia yang berada dalam sesebuah organisasi. Secara
asasnya peranan yang perlu dimainkan oleh pengamal sumber manusia dalam
pembentukan program pembangunan sumber manusia ialah :
1. Sebagai penggerak (catalyst)
2. Sebagai pembantu proses (proses facilitator)
3. Sebagai pemberi penyelesaian (problem solver)
4. Sebagai penghubung sumber (resource linker)
Sebagai penggerak (catalyst)
Pengamal sumber manusia perlu mewujudkan satu situasi di mana individu berasa
tidak puas hati dengan apa yang sedia mereka miliki dan laksanakan dalam tugas
21
seharian. Di mana sebagai agen perubahan, pengamal sumber manusia akan bertindak
dengan mengujudkan ketidakpuasan dengan menampakkan keperluan-keperluan untuk
berubah kepada individu.
Sebagai pemberi penyelesaian (proses facilitator)
Peranan utama yang kurang dihiraukan oleh pengamal sumber manusia ialah
sebagai pembantu dalam proses-proses penyelesaian masalah dan menaja sesuatu perkara
baru. Bantuan yang dapat disalurkan dalam bidang ini ialah :
1. Menunjukkan pelanggan cara mana menggali dan menentukan keperluan
mereka
2. Menentukan cara mana pelanggan dapat meneliti masalah dan menentukan
matlamat mereka
3. Menunjukkan cara mana mendapatkan sumber-sumber yang perlu dan yang
berkaitan dengan sesuatu penyelesaian
4. Menunjukkan cara mana memilih dan mencai penyelesaian
5. Menunjukkan cara mana memilih sesuatu penyelesaian untuk mengetahui
penyelesaian itu benar-benar memberikan kepuasan kepada mereka.
Sebagai penghubung sumber
Penyelesaian yang berkesan memerlukan pertemuan yang tepat di antara
keperluan dengan sumber-sumber yang berkaitan. Penghubung dalam konteks ini
bermaksud orang yang menyatukan orang ramai, membantu pelanggan mencari dan
menggunakan sepenuhnya sumber-sumber yang ada di dalam ataupun di luar system
mereka.
22
Sebagai pemberi penyelesaian
Mereka yang ingin membawa perubahan mempunyai gambaran yang jelas
mengenai perubahanyang ingin di bawanya. Selain memepunyai corak penyelesaian
yang khusus tentang masalah yang tertentu, mereka juga mahukan orang lain
mengamalkan penyelesaian itu.
Kebanyakkan pengamal sumber mansuia mengaanggap diri mereka sebagai
penyelesai masalah sahaja. Sebab itulah timbulnya kekecewaan apabila merek agagal
menyelesaian masalah yang tertentu.
Halangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam
memainkan peranannya dalam pengurusan program
1. Kerjasama
2. Komitmen diri
3. Gangguan dan tekanan dan campur tangan pihak tertentu
4. Peraturan dan tradisi
5. Iklim organisasi
6. Desakan masa
7. Batasan sumber
Aktiviti
Berdasarkan pengalaman anda:
1. Senaraikan ciri-ciri pengurusan program yang berkesan
2. Dengan menggambarkannya dalam bentuk gambarajah, tunjukkan perkaitan
peranan pengamal sumber manusia dalam pengurusan proagram
23
Penutup
Dalam unit ini kita telah berbincang mengenai apakah yang dikatakan pengurusan
program penmbangunan sumber manusia. Pemahaman asas ini adalah penting untuk
membolehkan kita memahami dengan lebih lanjut apakah sebenarnya pengurusan
program pembangunan sumber manusia. Hampir setiap orang berpengalaman menyertai
mana-mana program yang dianjurkan sama ada oleh organisasi tempat bertugas,
masyarakat setempat ataupun mana-mana program yang dianjurkan oleh pihak
pemerintah ataupun swasta.
Ringkasan
Perkara penting yang anda perlu faham selepas mengikuti unit ini ialah:
1. Pengurusan program adalah satu konsep yang luas.
2. Terdapat beberpa peranan yang perlu dimainkan oleh pengamal sumber manusia
dalam pengurusan program.
3. Tiga konsep asas pengurusan program ialah perancangan, perlaksanaan dan
penilaian.
4. Pengurusan program secara konseptualnya lebih luas daripada kurikulum.
5. Pengurusan program sepatutnya fleksibel.
Rujukan
1. Boyle, P.G. (1981). Planning better programs. USA: Mc Graw-Hill Book
Company.
2. Griffin, R. W. (1999). Management (6th. Ed.). USA: Houghton Miffin Company.
24
3. Jaafar, M. (1999). Asas pengurusan (2nd. Ed.). Kuala Lumpur: Printmate Sdn.
Bhd.
4. Sulaiaman M. Yassin, Raja Ahmad Tajuddin Syah, Alang Perang Zainuddin,
Azahari Ismail, Saiden The, Mohd. Nasir Ismail, zaharah Susan, Abu Daud
Silong, Ng Choon Sim & Mariam Mujie Keregero (1982). Programming: ASEAN
modular training program for trainers of population and development personnel in
extension methods and technique.
Unit 2: Ide-ide utama perencanaan program
Pendahuluan
Perencanaan program telah dibicarakan oleh ramai penulis dan perancang
program pembangunan terutamanya yang terlibat secara langsung dalam merancang,
melaksana dan menilai program-program pembangunan dan pengembangan khususnya
untuk aktiviti pembangunan sumber manusia. Dalam konteks Malaysia, kerja-kerja
25
perencanaan program giat dilaksanakan dalam tahun-tahun 70-an dan 80-an khususnya
untuk membantu para petani luar Bandar dalam merangka strategi bagaimana
meningkatkan taraf kehidupan. Universiti Pertanian Malaysia (UPM) mempunyai sebuah
unit khas dalam tugas-tugas sebegini dan agen-agen pengembangan bertindak sebagai
perancang, pelaksana dan penilai terhadap setiap program yang secara khususnya dapat
membantu membangunkan sumber manusia dalam mana-mana kelompok yang
dikenalpasti.
Justeru perencanaan program bukanlah satu perkara baru dalam konteks Malaysia,
maka banyak ide-ide telah difahami dan diguna pakai khususnya untuk lebih memahami
apakah perencanaan proagram. Setiap ide yang dikemukakan mempunyai keistimewaan
tersendiri dan lazimnya dibangunkan berlandaskan pemahaman, pengalaman dan
perkembangan dan juga berkait rapat dengan persekitaran setempat dan keperluan
manusia.
Dalam unit ini kita akan berbincang beberapa ide yang selalu diimplimentasikan
dalam perencanaan program dan setiap ide memiliki kelebihan dan keistimewaan
tersendiri. Namun, sebelum kita memahami ide-ide utama dalam perencanaan program
adalah penting untuk kita memahami beberapa perkara asas perihal perencanaan program
iaitu konsep perencanaan, perubahan dan inovasi.
Tajuk-tajuk dalam unit ini
Konsep perencanaan program Perubahan Inovasi Ide Tyler Ide Boone Ide Freirie
26
Ide Houle Ide Boyle Ide Taylor
Objektif pembelajaran
Setelah mengikuti unit ini diharapkan anda dapat:
1. Mengenalpasti ide-ide asas dalam perencanaan program.
2. Mengenalpasti dan memahami konsep asas perencanaan program
3. Mengenalpasti proses perubahan dan inovasi dalam perencanaan program.
4. Menyenarai dan membincangkan bentuk perencanaan program berdasarkan ide-
ide penulis tertentu.
5. Memahami dan mengenalpasti bentuk perencanaan program berdasarkan cirri-ciri
yang membezakannya antara satu ide dengan ide lain.
Konsep perubahan
Perubahan adalah satu fenomena dalam kehidupan manusia. Sama ada disedari
atau tidak, manusia sentiasa mengalami perubahan. Perubahan adalah perlu dan menjadi
pra syarat dalam manamana pembentukan program khususnya yang berkaitan dengan
pembangunan sumber manusia.
Dengan perkembangan pesat dalam kehidupan dan kecanggihan teknologi,
individu bukan sahaja perlu menyesuaikan diri dengan perubahan, malahan lebih penting
adalah untuk bersedia atau bersiap untuk menerima perubahan.
27
Apakah perubahan
Perubahan adalah kompleks. Ianya berlaku dalam pelbagai aspek dan dengan
kadar yang berlainan. Ada yang berlaku engan sekelip mata dan ada yang memerlukan
masa yang lama. Ada perubahan yang boleh dilikat dan ada perubahan yang tidak boleh
dilihat.
Tidak semua perubahan mmendatangkan kesan positif kepda manusia. Hanya
perubahan yang berlaku mengikut perancangan yang dikehendaki sahaja yang akan
menjamin kebaikkannya.
Banyak perubahan yang berlaku di luar jangkaan dan jangkauan manusia dan
ianya berlaku secara evolusi. Banyak juga perubahan yang berlaku secara tidak sengaja.
Oleh itu, kesan daripada perubahan yang berlaku tidak dapat dipastikan. Dalam konteks
perubahan dalam pembangunan sumber manusia, kita tidak boleh berharap sangat
perubahan yang berlaku secara evolusi kerana bukan sahaja kesannya sukar untuk
dikenalpasti, malahan juga ianya memerlukan masa yang panjang. Oleh itu dalam
pembentukan prohgram pembangunan sumber manusia, adalah perlu perubahan yang
diinginkan, direncanakan agar skop, had dan jangkamasa sesuatu perubahan itu dpat
ditentukan.
Perubahan berencana
Setiap usaha yang dilakukan dalam pembangunan sumber mansuia perlulah
berinspirasikan perubahan berencana. Mengikut Lippit (1996), perubahan berencana
adalah satu usaha yang dilakukan dengan sengaja dan teliti untuk memperbaiki sesuatu
28
system dan mendapatkan bantuan dari agen luar untuk membawa kemajuan. Pada
pendapat Bennis et. al pual perubahan berencana adalah satu usaha yang secara sedar,
disengajakan dan bersepadu untuk memperbaiki operasi system manusia, sama ada
system diri, system social atau system budaya melalui penggunaan pengetahuan yang
sesuai.
Model perubahan berencana
Terdapat banyak model yang membicarakan perihal perubahan berencana.
Walaubagaimana pun, terdapat tiga model yang begitu popular yang secara langsung
cukup jelas memperihalkan perubahan berencana iaitu :
Model Kurt Lewin
Beliau menyarankan tiga peringkat dalam perubahan berencana iaitu:
1. Mencair (unfreezing)
2. Berubah ke tahap baru (refreezing)
3. Membeku pada tahap baru (freezing)
Model Lippitt
Terdapat tujuh peringkat dalam model ini yang mengandungi :
1. Wujud keperluan untuk berubah
2. Wujudkan hubungan di antara agen pengembangan dan penerimaan
3. Mengenalpasti masalah
4. Mentuk matlamat
5. Laksanakan rancangan
29
6. Membeku atau menstabilkan perubahan
7. Memeutuskan hubungan berkaitan dengan perubahan tersebut
Model Ralph Tyler
Dalam merangka model yang diasaskan kepada model pembentukan kurikulum,
beliau telah mengemukakan empat persoalan iaitu :
1. Objektif pembelajaran yang hendak dicapai
2. Pengalaman pembelajaran yang patut dipilih
3. Menyusun pengalaman pembelajaran
4. Menilai objektif
Jenis-jenis perubahan
1. Perubahan individu
Individu adalah unit asas sesuatu system social. Individu berubah dari segi
pengetahuan, sikap dan kemahiran
2. Perubahan kumpulan
Perubahan dari segi perhubungan antara individu –individu dalam sesuatu
kumpulan
3. Perubahan budaya
Merangkumi perubahan dari segi nilai, norma, tradisi dan moral sesuatu system
sosial
4. Perubahan politik
30
Menitikberatkan perubahan pada undang-undang yang mempengaruhi elemen-
elemen sesuatu system social
5. Perubahan teknologi
Perubahan ini dirangka untuk memperbaiki serta produktiviti dalam sesuatu
sistem social
6. Perubahan ekonoomi
Perubahan ekonomi mempengaruhi keupayaan sesuatu system untuk mencapai
matlamatnya.
Sementara itu Steele (1967) membahagikan perubahan kepada dua kategori utama
iaitu perubahan persekitaran dan perubahan pendidikan
1. Perubahan persekitaran
Perubahan yang diusahakan oleh manusia untuk mengubah keadaan fizikal, social
dan ekonomi tempat meeka tinggal
2. Perubahan pendidikan
Kadangkala diistilahkan sebagai perubahan perlakuan iaitu perubahan yang
berlaku dalam diri mansuia. Perubahan pendidikan dipecahkan kepada tiga iaitu :
a. Perubahan amalan
Perubahan pada perlakuan amalan seseorang. Perubahan ini boleh dilihat
b. Perubahan pembangunan
Perubahan dari segi kebolehan, personality atau keperibadian seseorang
untuk menjadi seorang yang lebih bernilai
31
c. Perubahan pembelajaran spesifik
Perubahan dari segi pengetahuan, sikap dan kemahiran seseorang.
Strategi perubahan
Setiap usaha yteknologi atau inovasi yang hendak disarankan dan perubahan yang
hendak di bawa, ianya bertujuan untuk membawa kebaikan kepada masyarakat.
Persoalannya mengapakah terdapat individu yang menolak perubahan. Antara sebab
individu menolak perubahan ialah:
1. Tanggapan yang berbeza berkaitan dengan perubahan. Walaupun pada
pandangan pengamal sumber manusia, perubahan itu baik kepada kepada
kelompok sasaran, tapi individu mungkin mempunyai tanggapan yang berbeza.
2. Matlamat projek/program yag tidak jelas. Keadaan ini akan menimbulkan banyak
persoalan dalam diri individu/kelompok sasaran.
3. Individu terlalu terikat dengan tradisi lama. Apabila sesuatu perubahan itu
berentangan dengan tradisi lama, individu akan menentangnya.
4. Faedah yang bakal diperolehi tidak banyak bezanya dengan keadaan yang ada.
5. Masyarakat rasa selesa dengan keadaan yang sedia ada. Tiada keperluan untuk
berubah.
6. Perubahan mungkin mengakibatkan risiko yang tinggi, terutama kepada
masyarakat yang berpendapatan kecil atau miskin.
7. Masyarakat tidak faham dengan punca masalah. Justeru itu individu tidak nampak
bahawa sebenarnya usaha-usaha yang dibuat adalah ke arah menyelesaikan
masalah mereka.
32
8. Pengalaman lepas yang pahit dan banyak menemui kegagaloan akan
menyebabkan masyarakat merasa sangsi dan curiga terhadap perubahan.
Penerimaan inovasi
Penerimaan inovasi adalah satu proses mental yang dilalui oleh individu dalam
membuat keputusan terhadap inovasi. Inovasi berlau adalah dalam satu corak tertentu
yang mempunyai enam peringkat iaitu :
1. Kesedaran – peringkat awal dalam proses penerimaanguna inovasi. Individu
didedahkan kepada kewujudan sesuatu inovasi.
2. Minat – setelah mengetahui akan adanya sesuatu inovasi, diperingkat ini individu
akan berusaha untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang inovasi tersebut bagi
membolehkan beliau membuat pertimbangan di peringkat seterusnya.
3. Penilaian – berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang diperolehi, individu
akan membuat pertimbangan secara mental, dari segi kesesuaian serta faedah
perbandingan inovasi tersebut terhadap beliau. Sekiranya penilaian positif di
capai, proses ini akan berterusan.
4. Percubaan – biasaya individu akan mencuba inovasi tersebut secara kecil-kecilan
untuk melihat kesan sebenar dari penggunaan inovasi itu.
5. Amalan – berdasarkan kepada hasil percubaan yang dibuat, individu akan
mengambil keputusan sama ada untuk mengamal atau menolak inovasi tersebut.
Perlu dijelaskan di sini bahawa penolakan boleh berlaku pada setiap peringkat,
dari peringkat kesedaran lagi.
33
6. Integrasi – individu akan mencapai peringkat ini sekiranya amalan menjadi sebati
dengan dirinya. Beliau juga dapat menggunakan pengalaman serta pembelajaran
yang diperolehi tentang sesuatu perkara untuk digunakan dalam situasi yang
berlainan.
Ide-ide utama perancangan program
Pendahuluan
Terdapat banyak tokoh akademik yang membicarakan perihal perencanaan
program. Setiap satunya memiliki kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Seterusnya
kita akan membicarakan ide-ide daripada beberapa tokoh yang popular. Secara
mudahnya, boleh dilihat berdasarkan rajah di bawah.
Tyler Boone
Freirie
Ide-ide utama/
Tokoh
Houle
34
Boyle
Taylor
Ide Tyler
Tyler merupakan antara pelopor dalam pembentukkan program. Beliau
memfokuskan ide, pandangan dan penulisannya dalam pembentukkan program dalam
kontek pembentukkan program pendidikan. Ide-ide yang dikemukakan oleh Tyler
banyak mempengaruhi ide perancang-perancang prigram.
Tyler dalam penulisannya mengemukakan empat konsep asas dalam pembentukkan
program iaitu:
1. Objektif
2. Pengalaman pembelajaran
3. Penyusunan
4. Penilaian
35
Objektif
Menurut Tyer dalam mana-mana pembentukkan program, objektif menjadi tulang
belakang dan seterusnya menjadi pemandu dalam memastikan kejayaan dan
kesempurnaan sesuatu program.
Oleh yang demikian, Tyler menyatakan bahawa sebelum sesuatu objektif program
dibentuk, beberapa perkara perlulah difahami dan dikenalpasti untuk memastikan
Objektif yang dibangunkan adalah sejajar dengan kelompok sasaran. Perkara-perkara
tersebut ialah:
1. Kepentingan objektif
2. Keperluan objektif
3. Pengalaman pembelajaran yang hendak disalurkan
4. Permudahkan objektif agar ianya doleh direalisasikan
5. Mengambarkan perancangan boleh dibuat sebaik mungkin
6. Panduan untuk merancang segala aktiviti dalam program
Malahan Tyler juga menyatakan bahawa beberapa perkara perlulah dititikberatkan
dalam pembentukkan objektif program iaitu:
1. Bagaimana tentukan objektif
2. Kepentingan objektif
3. Kemungkinan kejayaan program yang dirancang
4. Apakah objektif program memenuhi keperluan peserta
36
Bukanlah satu yang mudah menurut Tyler untuk membangun dan membentuk
objektif program. Setiap aspek perlu diambil kira dan diteliti. Oleh yang demikian
beliau menyatakan bahwa perkara-perkara berikut perlulah sentiasa difikirkan iaitu:
1. Bagaimana capai objektif
2. Bagaimana objektif disusun
3. Bagaimanakah penglibatan yang dfitunjukkan oleh peserta dan penganjur
program
4. Apakah tujuan pengalaman yang ingin disampaikan dalam program
5. Peluang merenung kembali objektif yang dibentuk
Pengalaman pembelajaran
Dalam konteks pengalaman pembelajaran, Tyler menyatakan bahawa
pembentukkan sesuatu program perlulah memberikan pengalaman pembelajaran yang
bermakna kepada peserta. Pengalaman pembelajaran menurut Tyler perlulah
merangkumi perkara berikut iaitu:
1. Apakah aktiviti yang dirancang membawa perubahan tingkahlaku peserta
2. Apakah aktiviti pembelajaran yang dirancang membawa kepuasan kepada peserta
3. Bagaimanakah aktiviti yang dirancang mampu menghasilkan tindak balas dan
akhirnya pengalaman pembelajaran boleh dicapai
4. Pengalaman yang dilalui sepanjang program akan memberikan hasil yang
bermakna
37
Penyusunan
Penyusunan aktiviti dalam program yang dibangunkan akan menentukan sama
ada objektif dan pengalaman pembelajaran boleh direalisasikan atau tidak. Justeru itu
Tyler melihat bagaimana penyusunan aktiviti adalah penting. Oleh yang demikian beliau
menyarankan bahawa penyusunan aktivit dalam sesuatu program yagn dibangunkan
perlulah mengambilkira perkara –perkara berikut iaitu:
1. Mendatangkan kegunaan dan akhirnya membentuk kemahiran yang bermakna
2. Penyusunan mestilah mampu memberi dan memudahkan penyaluran maklumat
3. Dapat mengenalpasti dan menentukan sikap social kelompok peserta
4. Berlandaskan minat peserta
5. Penyusunan organisasi –untuk mengukukuhkan pengalaman pembelajaran
6. Mengenalpasti hubungan, kesinambungan, turutan dan integrasi dalam
penyusunan aktiviti
Penilaian
Tyler dalam idenya juga menekankan bagaimana pentingnya penilaian dalam
sesuatu program yang dibangunkan. Menurut beliau, dalam setiap program, penilaian
akan memainkan peranan yang tersendiri khususnya untuk menentukan sama ada objektif
yang telah dibentuk itu, dalam perlaksanaannya; berjaya atau tidak. Oleh yang demikian,
Tyler telah menyatakan kenapa penilaian penting iaitu:
1. Untuk mendapatkan maklumbalas daripada peserta mengenai program, aktiviti
dan perlaksanaan
2. Mengenalpasti apakah objektif program tercapai atau tidak
38
3. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan program
4. Sebagai bukti bahawa wujudnya perubahan tingkahlaku dari pada peserta
5. Sebagai prosedur untuk pembentukkan objektif untuk program seterusnya
Malahan menurut Tyler, penilaian perlulah dilakukan sepanjang masa dan bukan
sahaja setelah selesainya sesuatu program.
Ide Boone
Boone (1985) menyatakan bahawa pembinaan program adalah satu proses yang
memiliki asas yang luas dan kompleks. Tujuan utama pembentukkan program adalah
menghasilkan perubahan tingkahlaku sama ada dalam system dan perubahan kelakuan di
kalangan peserta. Pembinaan program adalah suatu proses yang dinamik, berterusan,
memiliki kitaran dan ianya memerlukan usaha dan penglibatan yang berterusan daripada
semua pihak. Penglibatan menyeluruh dan berterusan daripada semua pihak adalah
penting dalam memastikan sesuatu program yang dirancang mencapai objektif seperti
mana yang direncanakan.
Boone telah mengemukakan beberapa andaian dalamperancangan program iaitu:
1. Program haruslah menumpukan kepada perubahan kelakuan individu, kumpulan
pelajar dan system
2. Pembinaan program adalah satu proses pembuatan keputusan
3. Pembinaan program adalah satu usaha yang beterusan yang menggabungkan
organisasi pendidikan dan pelajar
4. Pembinaan program adalah satu system di mana setiap bahagian saling
bergantungan
39
5. Maklum bals amat penting dalam pembinaan program kerana dengan maklum
balas setiap kelemahan dapat diperbaiki dan dipertingkatkan keberkesanan
program
Langkah utama dalam perancangan program
Perancangan
Adalah proses awal dalam pembinaan program. Proses ini bermula dengan
mengenalpasti keperluan sesuatu program dengan dilakukan penyelidikan atau analisis ke
atas kumpulan sasaran.
Rekabentuk dan perlaksanaan
Peringkat ini ialah di mana langkah menyediakan kaedah (metodologi) untuk
melaksanakan program dengan berkesan dilakukan. Seterusnya dengan menggunakan
metodologi yang telah dirangkakan itu dalam mengendalikan program yang
dirancangkan.
Penilaian dan akauntabiliti
Aspek penilaian pembinaan program pula difokuskan kepada menilai
keberkesanan program yang dijalankan berdasarkan penentuan sama ada objek program
tercapai atau tidak. Boone mencadangkan agar penilaian ditum[pukan kepada penilaian
perubahan tingkahlaku dikalanganpeserta bila mana mereka menyertai program. Data-
data yang didapati dalam proses penilaian ini boleh digunakan untuk menentukan
sebarang bentuk kelemahan yang ada dan dengan itu ianya akan menjadi asas dalam
pengubahsuaian atau penambahbaikkan program akan datang.
40
1.6 : Ide Houle
Ide dan konsep dalam pembinaan program
Mengenalpasti aktiviti/program Keperluan aktiviti dikenalpasti pendidikan yang diperlukan dari rasa keperluan individu,
kumpulan dan institusi
Membuat keputusan untuk Pertimbangan perlaksanaan program, melaksanakan program sumber dan bagaimana capai objektif
Mengenalpasti dan memilih Pembinaan dan pemilihan objektifobjektif yang sesuai pastikan halatuju program berdasar
Kan matlamat
Membina format program Pertimbangan kepada sumber, ketua,
41
yang akan dilaksanakan kaedah, jadual, turutan, peneguhan Sosial, peraturan, pertalian, criteriaPenilaian dan kesahihan reka bentuk
Menyesuaikan format program Format program disesuaikan dengan dengan realiti individu, kumpulan corak kehidupan berdasarkan dan institusi bimbingan, cara hidup, kewangan
dan interpretasi individu, kumpulandan institusi
Melaksanakan program Laksanakan semua pendekatandalam program yang dirancang
Pengukuran dan penilaian Penilaian kepada program yangProgram yang dilaksana. Tumpuan
pada tentukan objektif tercapai atau tidak. Hasil penilaian digunakan untuk merangkan strategi baru program jika perlu
Ide Freire
Dalam buku ‘Pedagogi Kaum Penindas’ Freire mengemukakan ide dan
pandangannya bagaiman membangunkan ssatu program yang khusus untuk menentang
ide dan ideology kaum penindas yang sentiasa berusaha memastikan penguasaan dan
kekuasaan mereka dikekalkan.
Menurut Freire alat paling berkesan untuk berhadapan dengan golongan tertindas
daripada kaum penindas ialah program mempedagogikan manusia. Proses
mempedagogikan manusia ialah satu program di mana pemimpin revolusianari
mengamalkan konsep pendidikan ‘tujuan bersama’.
Freire mensifatkan konsep dan pembentukan program pendidikan kaum penindas
adalah berkonsepkan ‘bank’ iaitu guru hanya menyampaikan segala perancangan
42
program pendidikan yang telah dibentuk iaitu guru bertindak sebagai pendeposit
manakala pelajar adalah penerima deposit tanpa pelajar mempunyai peluang dan ruang
untuk mengeluarkan ide secara kritis dan melakukan sebarang ingkuiri.
Freire mencadangkan pembinaan program berasaskan pedagogi pendidikan paling
berkesan untuk kaum tertindas adalah melalui ‘dialog’. Dalam konteks ini semua
perancang program perlulah mengadakan beberapa siri dialog dengan subjek (kaum
tertindas) iaitu individu yang akan menerima program yang dirancangkan itu.
Maklumbals yang diterima daripada siri dialog yang dilakukan digunakan dalam proses
penyiasatan dan seterusnya membangunkan tema-tema generatif dan dari tema-tema
generatif itu kemudiannya perancang program membentuk kodifikasi iaitu
membahagikan tema-tema kepada tema yang lebih spesifik dalam pembentukkan
program.
Freire telah mengemukakan dua pendekatan dalam pembentukkan program iaitu:
Tindakan antidialogikal
Merupakan pendekatan yang diambil oleh kaum penindas untuk merencanakan
aktiviti dalam program yang dibentuk kepada golongan tertindas. Konsep ‘bank’ menjadi
asas dalam tindakan ini. Tindakan antidialogikal mengandungi merangkumi beberapa
cirri iaitu:
1. Penaklukkan
2. Pisah dan perintah
3. Manipulasi
4. Pencerobohan budaya
Tindakan dialogikal
43
Merupakan pendekatan program yang menekankan konsep ‘ pendidikan tujuan
bersama’. Di mana komunikasi menjadi elemen dan agen utama dalam menyalurkan
sebarang maklumat dan seterusnya menjadi intipati kepada pendekatan ini. Malahan
komunikasi menjadi asas utama dalam pembentukkan program. Antara cirri-ciri dalam
pendekatan ini ialah:
1. Kerjasama
2. Perpaduan
3. Organisasi
4. Sintesis budaya
Ide Boyle
Boyle (1981) mengemukakan satu bentuk pengurusan program yang tersendiri
apabila membicarakan perihal pembentukan program. Secara mudahnya ide Boyle ini
dapat digambarkan seperti berikut:
1. Mengenalpasti rasional program
2. Mengkaji situasi
3. Merangka objektif
44
4. Mengenalpasti sumber dan sokongan
5. Merangka jadual aktiviti
6. Melaksanakan aktiviti
7. Melihat akauntabiliti program
8. Mendokumenkan hasil penilaian
Ide Taylor
Dikenali juga sebagai ‘Bapa Pengurusan Saintifik’
Idea utama :
Taylor telah mengemukakan beberapa ide utama dalam perancangan program
yang mengkhusus kepada aspek pengurusan. Ide-ide utama tersebut ialah:
4. Tingkatkan daya pengeluaran melalui kecekapan lebih tinggi
5. Pembayaran lebih tinggi kepada pekerja mengguna kaedah saintifik
6. Tekankan penggunaan sains
7. Mencipta kerjasama
45
8. Keharmonian kumpulan
9. Mencapai output maksimum
10. Memajukan pekerja
11. Kerja harian yang saksama
12. Bayaran harian yang saksama
Perspektif prinsip
Malahan Taylor juga telah mengemukakan satu gagasan bagaimana untuk
menjadikan sesuatu pengurusan itu khusunya yang berkaitan dengan sumber manusia
boleh mencapai output yang maksimum. Taylor menamakannya sebagai prinsip yang
perlu dititikberatkan agar, bukan sahaja output dapat ditingkatkan; malahan dalam masa
yang sama sumber manusia yang ada dalam sesuatu organisasi itu turut mendapat
manfaat daripadanya. Prinsip-prinsip tersebut ialah:
1. Gantikan peraturan kebiasaan dengan sains (pengetahuan teratur)
2. Dapatkan keharmonian dalam tindakan kumpulan, bukan perbalahan
3. Capai kerjasama manusia, bukan individualisme
4. Kerja untuk output yang maksimum, bukan output yang terbatas
5. Bentuk semua pekerja capai tahap pencapaian paling tinggi untuk kemewahan
diri dan syarikat
Konteks Skop Falsafah Perspektif Bidang Tema Lain-lain
46
Tyler Asas,
Permulaan,
Tinggi
Kurikul
um
pendidi
kan/
progra
m
Turutan
logic
Pembangunan
kurikulum
yang formal
Rasionaliti
Formaliti
Pembang
unan
kurikulu
m
pendidika
n dewasa
secara
formal
4 soalan
asas
Kekuatan
falsafah
formal
khusus kepada
individu
berasaskan nilai
sistematik
Boone Pendidikan
dewasa,
Houle
Freire
Aktiviti
1. sama ada melalui pengalaman sendiri ataupun dengan menyertai
Penutup
Dalam unit ini kita telah berbincang apakah yang dikatakan perubahan dan
kenapa perubahanitu penting. Malahan kita juga telah membincangkan ide-ide tokoh
tertentu yang menyatakan perihal pengrusan program. Adalah penting untuk memahami
ide-ide ini untuk membolehkan kita menganalisis apakah yang dimaksudkan dengan
pengurusan program pembangunan sumber manusia sebenarnya.
Ringkasan
47
1. Perubahan sentiasa berlakusama ada dirancang atau tidak.
2. Perubahan secara dasarnya melibatkan konsep KASA.
3. Terdapat banyak ide mengenai pengurusan program.
4. Setiap ide mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.
5. Pemahaman mengenai ide-ide asas akan memudahkan dilakukan penganalisisan
terhadap sesuatu pengurusan program.
Rujukan
Boyle, P. G. (1981). Planning better programs. New York : Mc Graw Hill book Company.
Fessler, D. F. (1976). Facilitating community change.
Lippitt, G. L. (9166). Overcoming human resisitance to change. A paper presented at the second national extention workshop in community resource development. Michigan state university.
Steele, S. (1967). The nature of the changes that are our responsibility. A paper presented at the new extension worker’s conference.
Tyler, R. W. (1964). Basic principles of curriculum and instruction.
Freire, P. (1970). Pedagogy of the oppressed. New York: Seabury Press.
Boone, E. J. (1985). Developing programs in adult educatuion. New Jersey: Prentice-
Hall.
Houle, C. O. (1972). The design of eduation. San Francisco: Jossey-Bass Publishers.
48
Unit 3: Perencanaan program
Pendahuluan
Perencanaan program meliputi tiga aspek ataupun peringkat penting yang perlu
dibuat dengan teliti jika kita berkehendakkan sesuatu program itu berjaya dan berkesan.
Aspek-aspek tersebut ialah :
a. Perancangan
b. Perlaksanaan
c. Penilaian
Ketiga-tiga aspek tersebut sangat penting dalam proses perencanaan program.
Proses-proses ini saling berkaitan dan setiap satunya perlulah diberikan penekanan yang
sama supaya sesuatu program itu akan mencapai kejayaan sepenuhnya.
49
Tajuk-tajuk dalam unit ini
Apakah perencanaan program
Konsep perencanaan program
Kepentingan perencanaan program
Falsafah perencanaan program
Pengisian perencanaan program
o Perancangan program
o Perlaksanaan program
o Penilaian program
Dokumen program
Model perencanaan program
Definisi Konsep
Kepentingan
Falsafah
Perencanaan
Program
50
Perancangan
Pengisian
Perlaksanaan
Penilaian
Dokumen
Modul
Objektif pembelajaran
Di akhir unit ini dharapkan anda dapat:
1. Menerangkan apakah perencanaan program
2. Meyenaraikan kepentingan perencanaan program
3. Membangunkan atau membentuk satu dokumen program yang sesuai
Apakah perencanaan program
Perencanaan program adalah satu proses yang berterusan atau satu siri tindakan
serta keputusan yang diambil oleh perancang beserta dengan wakli-wakli penerima
(kelompok sasaran) yang terlibat dengan program yang diaturkan.
Dalam satu konsep yang lain, perencanaan program adalah satu proses pendidikan
yang berterusan di mana proses merancang, melaksana dan menilai adalah komponen-
komponennya. Proses pendidikan yang dimaksudkan di sini adalah satu proses
51
membentuk kesedaran di kalangan penerima tentang alternatif – alternatif, peluang-
peluang dan pilihan-pilihan yang terbuka kepada mereka supaya mereka boleh membuat
keputusan sendiri. Keputusan dan tindakan yang di ambil dalam proses merencana
sesuatu program adalah hasil daripada penglibatan penerima.
Penglibatan penerima dalam proses perencanaan program akan menjadikan
mereka merasa bahawa program itu adalah program mereka sendiri dan akan merasa
lebih bertanggungjawab terhadap tindakan yang perlu diambil semasa perlaksanaan
program.
Dengan erti kata lain, perencanaan program mestilah dibuat bersama penerima
kerana perencanaan program adalah satu proses membuat keputusan berkenaan dengan
perubahan yang ingin di bawa untuk memperbaiki keadaan penerima. Oleh itu program
yang dikendalikan perlulah berasaskan pendidikan dengantujuan untuk membimbing
penerima kearah kesempurnaann hidup melaui perubahan dari segi pengetahuan, sikap,
kemahiran dan inspirasi.
Konsep perencanaan program
1. Mewujudkan satu struktur organisasi ( kumpulan, jawatankuasa atau ‘task force’)
untuk menganalisis, mentafsir serta membuat keputusan tentang keadaan yang
wujud serta mengenalpasti sumber-sumber ( fizikal, masa, tenaga dan kepakaran)
yan g ada, keperluan dan masalah
2. Menentukan keutamaan mengenai keperluan dan masalah yang perlu diberi
perhatian atau diambil tindakan dengan cepat
3. Membentuk objektif yang ingin dicapai berdasarkan keperluan/masalah utama
52
4. Merancang rangka tindakan dengan mengambil kira sumber-sumber serta
sokongan yang ada untuk mencapai objektif program yang berkesan
5. Melaksanakan program mengikut rangka atau rancangan kerja yang telah diatur
6. Menilai program – dari peringkat awal hinggalah peringkat akhir program serta
menentukan sama ada program patut diteruskan, diubahsuai atau diberhentikan
7. Melaporkan hasil pencapaian program kepada pihak majikan yang membiayai
projek, masyarakat/ perserta yang terlibat serta individiu lain yang berminat
Kepentingan perencanaan program
1. Membuat pertimbangan yang teliti tentang apa dan mengapa hendak membuat
sesuatu.
2. Membentuk objektif yang akan menjadi asas untuk menilai pencapaian atau
kemajuan.
3. Ruang untuk memilih antara masalah penting dengan masalah kurang penting.
4. Mengenalpasti potensi serta sumber yang ada dan memastikan penggunaan
sumber yang berkesan.
5. Membantu dalam proses pembangunan kepemimpinan.
6. Mengelakkan masa dan wang serta meningkatkan keberkesanan.
7. Membentuk penerusan.
Ciri-ciri umum perencanaan program
1. Dibentuk berdasarkan analisis data tentang sesuatu situasi
2. Mempunyai objektif yang jelas dan sempurna
53
3. Mengambil kira nilai-nilai sosiobudaya kumpulan sasaran
4. Berterusan dan berteraskan pendidikan
5. Penggalakkan penglibatan aktif kumpulan sasaran
6. Mempunyai satu rancangan kerja yang terperinci tetapi memiliki ruang untuk
sebarang pengubahsuaian
7. Mewujud dan menggalakkan penyelarasan di antara pihak-pihak yang terlibat
8. Mempunyai skop yang luas
9. Proses penilaian yang berterusan
Ciri-ciri program yang baik
1. Penglibatan organisasi dan individu
Sebelum membentuk sesuatu program haruslah diketahui apakah
penekanan organisasi , peranan dan penglibatan individu.
2. Penganalisisan situasi
Untuk merencana sesuatu program mestilah berdasarkan maklumat-
maklumat asas mengenai penerima di mana program akan dilaksanakan.
Menganalisis situasi akan mendedahkan keperluan, kepentingan program,
rintanga-rintangan yang mungkin dilalui, sumber-sumber setempat yang
boleh didapati dan kebolehan sendiri untuk melaksanakannya.
3. Penentuan objektif program
Objektif am program harus menyatakan apakah yang ingin dicapai atau
diperbaiki dari segi material, kerohanian, social, kebudayaan atau keadaan
sekeliling; dan apakah bukti yang boleh digunakan untuk menentukan
bahawa objektif tersebut dicapai. Dalam menentukan objektif program,
54
harus juga difikirkan apakah kesan-kesan dari objektif tersebut ke atas
penerima. Objektif-objektif yang lebih khusus dan spesifik akan
ditentukan dalam peringkat pembentukkan program. Untuk mengadakan
satu program yang baik, haruslah disediakan dokumen program yang
membentangkan secar kasar latar belakang program (dari penganalisisan
situasi) dan juga objektif program secar am.
4. Penentuan keperluan sumber dan sokongan
Sesuatu program yang baik memerlukan sumber-sumber (tenaga, masa,
kewangan dan bahan-bahan tertentu) dan juga sokongan-sokongan dari
semua pihak yang terlibat. Juga perlu ditentukan sumber-sumber untuk
program tersebut dan pastikan sumber-sumber tersebut ada apabila
diperlukan. Begitu juga dengan sokongan yang harus diperolehi. Harus
juga diperbincangkan tentang penglibatan individu yang tertntu dan
berkaitan dengan program tersebut untuk mendapatkan sokongan yang
memuaskan.
5. Penyusunan program
Ianya satu tugas untuk menghubungkan objektif am denganpenerima yang
ingin didampingi dan juga menentukan kaedah bagaimana untuk
mendekati mereka. Tugas ini termasuklah menentukan isi kandungan
secar kasar yang sesuai dengan masalah atau keperluan penerima.
Tentukan juga kaedah yang akan digunakan bersesuaian dengan masalah
ataupun keperluan pembelajaran penerima.
6. Penyediaan jadual kerja
55
Jadual kerja patut disediakan untuk membentangkan kegiatan-kegiatan di
sepanjang program dijalankan. Aspek-aspek yang perlu ada dalam jadual
kerja ialah:
i. Pengalaman pembelajaran yang spesifik
ii. Objektif-objektif yang spesifik
iii. Sumber-sumber yang akan digunakan
iv. Masa untuk aktiviti yang akan dijalankan
7. Penilaian program
Program yang baik harus dinilai secar berterusan oleh orang-orang yang
terlibat dalam program tersebut. Bukti-bukti seperti reaksi penerima,
tindakan yang diambil, pencapaian objektif, masalah-masalah yang telah
diselesaikan dan keperluan-keperluan yang telah dipenuhi yang mungkin
diperlukan. Keputusan dari penilaian boleh digunakan untuk memperbaiki
program tersebut serta memberikan implikasi untuk membangunkan
program pada masa hadapan.
8. Laporan keputusan program
Sesuatu program yang baik juga harus disertakan dengan laporan yan
gdisampaikan kepada orang-orang utama yang mengendalikan program
tersebut, peserta-peserta program, penasihat-penasihat, pentadbir dan
mereka yang terlibat secar langsung dalam program tersebut. Laporan
boleh disampaikan dengan pelbagai cara, sama ada melalui lisan secara
bertulis adalah bergantung kepada penerima. Walau bagaimanapun aspek
yang patut dalam laporan ialah:
56
i. Mengapa program itu diadakan
ii. Tindakan-tindakan yang telah dilakukan
iii. Peranan agensi yang mengendalikan
iv. Pencapaian dan kesan utama
v. Reaksi penerima
Falsafah perencanaan program
1. Patut berdasarkan perkembangan semasa setempat, wilayah atau negara.
2. Masalah, keperluan dan minat kelompok sasaran dikenalpasti memlalui analisis
dan interpretasi maklumat/data yang dikumpulkan.
3. Kepompok sasaran patut dilibatkan dalam embuat keputusan tentang program
yang endak dirancang/dilaksanakan. Perancangan dibuat bersama mereka dan
bukan untuk mereka (kelompo sasaran).
4. Perencanaan adalah satu proses pendidikan.
5. Program sepatutnya merangkumi konsep pembangunan yang menyeluruh dari
aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek.
6. Pemahaman terhadap system social yang sedia ada.
7. Penglibatan semua pihak akan memudahkan perencanaan program dan bkannya
menyusahkan.
Andaian asas dalam perencanaan program
1. Keadaan yang wujud masih tidak memuaskan dan masih banyak yang boleh
dibuat untuk memperbaiki keadaan
2. Perubahan dalah perlu dan menjadi pra syarat kepada kemajuan
57
3. Manusia akan meneruskan cara berfikir dan bertindak sehingga mereka
mengalami sesuatu pengalaman baru yang menyebabkan meeka menolak cara
yang sedia dimiliki dan menerima cara baru.
4. Perubahan dari perspektif sikap, pengetahuan, kemahiran dan aspirasi penerima
adalah pra syarat kepada perubahan ekonomi, sosial dan teknologi.
Apakah yang diperolehi melalui perencanaan program
1. Menentukan supaya program yang dibentuk menumpukan perhatian kepada
masalah, minat dan keperluan penerima.
2. Menentukan keutamaan objektif program yang patut dibentuk
3. Membentuk keyakinan bahawa program yang dikendalikan adalah berasaskan
maklumat yang tepat.
4. Menentukan sumber-sumber yang diperlukan untuk melaksanakan program
dengan lebih berkesan.
5. Memberi peluang kepada semua pihak yang terlibat dalam perencanaan program
bertemu untuk membuat penyelarasan dan menyelesaikan masalah.
6. Menyediakan susunan rangka aktiviti yang teratur untuk perlaksaaan program.
7. Menyediakan peraturan yang sistematik untuk membuat penilaian yang
berterusan.
8. Menentukan supaya sesuatu program itu berjalan terus menerus walaupun ada
pertukaran pengendali.
58
Pengisian perencanaan program
Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, perencanaan program
mengandungi tiga perkara utama iaitu perancangan, perlaksanaan dan penilaian.
Walaupun setiap satunya saling berkaitan dan memerlukan antara satu sama lain, tetapi
untuk proses pemahaman yang labih jelas, maka setiap satu aspek ini akan dibincangkan
secara sendirian kerana setiap aspek ini mengandungi komponen-komponennya yang
tersendiri.
Perancangan
Adalah penting untuk mengetahui dan memahami perihal perancanagn program.
Tanpa pemahaman yang jelas, maka sesuatu program yang dilaksanakan itu tidak akan
membuahkan hasil seperti mana yang diharapkan. Kegagalan merancang sesuatu
program dengan berkesan dan baik, secara langsungnya akan menggambarkan program
tersebut adalah satu program yang dibuat hanya sambil lewa ataupun sekadar memenuhi
syarat sahaja.
Perlaksanaan
Setelah sesuatu program itu dirancang, maka langkah seterusnya adalah
melaksanakan program tersebut. Dalam perlaksanaan ini, segala apa yang dirancang
akan diimplimentasikan. Perlaksanaan turut berperanan penting untuk memastikan
segala yang dirancang dapat diimplimentasikan dengan tepat. Tanpa perlaksanaan, sgala
perancangan tidak bererti dan perancangan satu tindakan yang sia-sia.
59
Penilaian
Penilaian dilakukan setelah program yang dirangkan itu dilaksanakan. Dalam erti
kata lain, penilaian adalah proses akhir dalam sesuatu perencanaan program. Penilaian
penting dilakukan untuk mengenalpasti dan menentukan sama segala objektif yang
dirancang, berjaya atau tidak berjaya dicapai. Malahan penilaian akan menjadi batu asas
kepada perancangan dan pembentukkan program untuk masa akan datang.
Aktiviti
Penutup
Di dalam unit ini telah dibincangkan mengenai apakah yang dikatakan sebagai
perencanaan program. Perencanaan program sebenarnya bukanlah satu perkara yang
mudah kerana ianya melibatkan banyak aspek dan setiap satunya saling berkaitan.
Adalah penting untuk difahami apakah perencanaan program agar setiap program yang
dirancang, akan mencapai objektifnya.
Ringkasan
1.
Rujukan
1. Maimunah, I. (1999). Pengembangan
2. Tyler, R. W. (1964).
60
3.
UNIT 4: Perancangan program
Pengenalan
Dalam unit ini kita akan membicarakan lebih mendalam apakah yang dikatakan
perancangan program. Malahan kita juga akan memahami bagaimana untuk
menghasilkan satu perancangan program yang berkesan dan baik.
Tajuk-tajuk dalam unit ini
Mengkaji situasi
Pembentukkan objektif
o Kepentingan
o Bentuk
o Falsafah, konsep dan prinsip
o Strategi dan teknik
Pembentukkan dokumen
Objektif pembelajaran
Setelah mengikuti unit ini, diharapkan anda dapat:
1. Menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan mengkaji situasi dan perkara
yang berkaitan dengannya.
2. Mengenalpasti dan membentuk pembentukkan objektif yang baik dan berbesan.
3. Menyenaraikan apakah unsur-unsur penting dalam perancangan program.
61
Sepatutnya?
Sekarang
Mengukur jurang perbedaan
62
Mengkaji situasi Menilai jurang perbedaan
Kepentingan
Perancangan program Objektif Bentuk
Falsafah, Konsep & Prinsip
Pembentukan dokumen Strategi & Teknik
Sebelum
Selepas
Perancangan
Apakah perancangan? Perancangan secara asasnya adalah proses pemilihan
aktiviti dan memasukkan aktiviti tersebut dalam jadual. Maimunah (1999) mendefinikan
perancangan ialah proses memilih dan menyusun aktiviti yang disesuaikan mengikut
jadual. Ianya melibatkan proses membuat keputusan.
63
Sesuatu perancangan tanpa diikuti dengan tindakan adalah sia-sia sahaja; tetapi
tindakan tanpa perancangan adalah merbahaya.
Pernyataaan di atas merumuskan dua perkara penting iaitu :
1. Sesuatu perancangan yang telah dibuat dengan teliti dan memakan masa dan
belanja yang banyak akan menjadi sia-sia sahaja jika ianya disimpan di dlam fail
tanpa diikuti dengan sebarang tindakan yang perlu bagi mencapai matlamat
program yang telah dibentuk.
2. Sesuatu tindakan yang dibuat secara melulu tanpa perancangan teliti terlebih
dahulu biasanya tidak akan mencapai kejayaan seperti mana yang diharapkan.
Malahan kadangkala, tindakan yang sebegini akan membawabanyak keburukan
daripada kebaikan.
Sebaik-baiknya setiap perancangan hendaklah diikuti dengan tindakan sewajarnya
untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Dan setiap tindakan perlulah
dirancangkan terlebih dahulu supaya proses pencapaian matlamat yang telah ditetapkan
akan berjalan lancar lagi berkesan.
Tujuan perancangan
Menurut Wan Azmi (1998) perancangan bertujuan untuk bertindak demi
memprogramkan system supaya segala gerak balas akan berterusan dan sesuai. Lebih
nyata perancangan boleh:
1. Menjelaskan setepat sasaran yagn sering bergerak dan berubah (kehendak amalan
yang sering berubah dan keupayaan dan kemampuan kelompok sasaran).
2. Mengesan dan memilih kemudahan yang sesuai atau sumber-sumber dalam
persekitaran institusi.
64
3. Merpatkan jurang perbezaan yang memungkinkan tindakan berat sebelah.
4. Mengelak daripada pertindihan.
5. Mengelak daripada kepungan atau gerak balas yang keterlaluan dan tidak
mustahak.
6. Mengelak daripada kurikulum yang tidak boleh dilentur.
7. Mentaksir kehendak, keupayaan dan kemampuan kelompok sasaran dan institusi.
8. Mengkaji dan memilih kurikulum.
9. Menentukan keutamaan dalam memilih kurikulum.
10. Memperbetulkan keutamaan setelah mendapat malum balas.
Langkah-langkah perancangan
1. Mengenalpasti skop program
2. Mengkaji situasi
3. Mengenalpasti masalah
4. Mengumpul maklumat
5. Menganalisis maklumat yang dikumpul
6. Mengenalpasti cadangan alternatif
7. Membentuk objektif
8. Membentuk pengalaman pembelajaran
9. Memutuskan pelan tindakan
Mengkaji situasi
Mengenal situasi ataupun memahami keadaan sekeliling penerima adalah asas
kepada perancangan program. Sebelum merancang sesuatu program, terlebih dahulu
65
hendaklah diketahui kehendak dan keinginan dan masalah-masalah yang dihadapi oleh
penerima.
Untuk mengetahui situasi penerima, mereka perlulah dilibatkan dalam proses
perancangan. Malahan dengan merujuk kepada pakar dalam sesuatu bidang, dokumen
dan segala bentuk maklumat lain akan membolehkan gambaran sebenar berkaitan situasi
penerima.
Terdapat empat tahap yang perlu diikuti untuk menkaji situasi iaitu:
1. Apakah keadaan sepatutnya
2. Apakah keadaan sekarang
3. Mengukur jurang perbedaan
4. Menilai jurang perbedaan
Apakah keadaan sepatutnya
Terdapat beberapa punca untuk mengetahui keadaan ini iaitu:
1. Dari pihak penerima – bertanya terus kepada pihak penerima apakah kehendak
dan masalah yang dihadapi.
2. Dari alam persekitaran – mengetahui melalui pemerhatian dan pergaulan dengan
penerima.
3. Dari pakar-pakar rujuk – dapat memberikan maklumat mengenai sesuatu perkara
untuk memudahkan membuat jangkaan.
Apakah keadaan sekarang
Punca-punca untuk mengetahui keadaan sekarang ialah:
1. Dari pihak penerima – mengetahui perkara atau amalan yang dilakukan dan ianya
akan memberikan maklumat.
66
2. Dari alam persekitaran – memerhatikan corak perlakuan penerima, masalah yang
dihadapi dan pegangan.
3. Dari pakar-pakar rujuk – membentu menentukan keadaan sekarang.
4. Dari fail-fail /dokumen – memberikan gambaran serba sedikit keadaan semasa.
Mengukur jurang perbedaan
Peringkat ini adalah untuk mengetahui perbedaan antara peringkat keadaan
sepatutnya dengan keadaan sekarang. Punca/maklumat yang boleh diperolehi untuk
mengetahui peringkat ini ialah:
1. Dari pihak penerima – dilibatkan dalanm proses pengumpulan dan penganalisisan
maklumat supaya mereka faham keadaan mereka sebenarnya.
2. Dari alam persekitaran – mengetahui siapakah yang berpengaruh dalam sesuatu
kelompok dan mereka jangan ditinggalkan.
3. Dari pakar-pakar rujuk – membantu menganalisis maklumat yang dikumpul dan
membantu membuat tafsiran dan rumusan berkaitan situasi tersebut.
Menilai jurang perbedaan
Diperingkat ini ditentukan keutamaan dan membuat keputusan berdasarkan
maklumat yang telah dikumpul dan seterusnya meninjau pendapat dan situasi dari:
1. Pihak penerima – sejauh mana kehendak dan masalah mereka ditinjau dan
ditekankan dalam proses perancangan. Apakah matlamat yang hendak dicapai
benar-benar mencerminkan kehendak dan bolehkah mereka mencapainya.
67
2. Alam sekitar - bolehkan keadaan fizikal mempercepatkan proses perubahan yang
dikehendaki. Dan sudahkah orang-orang yang berpengaruhi dilibatkan.
3. Pakar-pakar rujuk – menentukan teknologi yang sesuai untuk digunakan dan
membantu membentuk objektif program yang ingin dicapai seperti mana yang
dikehendaki oleh penerima.
Objektif
Kejayaan sesuatu program bergantung kepada banyak faktor dan setiap faktor
saling berkaitan. Antaranya program tersebut perlulah mempunyai arah dan matlamat
yang jelas. Matlamat program yang dikenalpasti dan dibentuk perlulah selari dengan
tujuan dan kemampuan sesuatu organisasi.
Matlamat program sebenarnya adalah hasil yang dijangkakan terhadap
perlaksanaan sesuatu siri aktiviti program.
Kepentingan objektif
1. Kompas dalam proses pembentukan program
2. Memberi arah pendekatan dan strategi program
3. Mencadangkan jenis aktiviti dan sumber yang diperlukan
4. Gambaran siapa dan bilangan kumpulan sasaran
5. Menggambarkan jenis perubahan yang ingin di capai
6. Menjelaskan persediaan daripada pihak penerima
7. Asas kepada penilaian
8. Membuka jalan untuk membuat keputusan, ramalan dan cadangan program
seterusnya
9. Mencadangkan jenis maklumat yang diperlukan
68
10. Cara mengumpul, menganalisis dan mengintepretasi maklumat
Jenis-jenis objektif
Jenis-jenis objektif yang dibentuk bergantung kepada beberapa faktor iaitu :
1. Jangka masa untuk mencapai objektif tersebut – jangkamasa panjang/jangkamasa
pendek
2. Objektif umum dan objektif khusus
3. Objektif peringkat individu, keluarga atau kumpulan
Objektif jangkamasa pendek
Matlamat yang perlu dicapai dengan segera dan biasanya melibatkan masalah-malasah
keperluan asas.
Objektif jangkamasa panjang
Matlamat yang perlu dicapai hasil gabungan daripada semua objektif-objektif
jangkamasa pendek untuk keseluruhan tempoh program. Ia juga di manakan objektif
program keseluruhan.
Objektif umum
Kurang jelas parameter dan sukar dibuat pengukuran
Objektif spesifik
Mempunyai parameter yang jelas mengenai penerima yang ditujukan, jenis
perubahan yang dikehendaki dalam jangkamasa yang dikenalpasti. Objektif ini lebih
mudah dinilai.
69
Objektif peringkat individu dan keluarga
Menitikberatkan pencapaian daripada segi perubahan perlakuan sama ada secara
kognitif, efektif atau psikomotor. Unsur-unsur pendidikan sangat dipentingkan dalam
menjalankan aktiviti-aktiviti bagi mencapai objektif diperingkat ini. Objektif diperingkat
ini lebih dinamik kerana perubahan yang dialami adalah lebih ketara dan mudah diukur.
Objektif peringkat kumpulan
Objektif peringkat kumpulan mempunyai banyak persamaan dengan objektif
jangka panjang dan objektif umum. Objektif peringkat ini sukar dinilai kerana ianya
melibatkan masa yang panjang dan individu yang ramai.
Peringkat-peringkat objektif
Terdapat tiga bentuk peringkat-peringkat objektif iaitu :
1. Peringkat nasional
2. Peringkat program
3. Peringkat penerima
Objektif peringkat nasional
1. Dibentuk mengikut mandat dan tanggungjawab yang diberikan
2. Berdasarkan falsafah dan rasional penibuhan sesuatu organisasi
3. Bertujuan memperbaiki taraf ekonomi, social dan insfrastruktur.
70
Objektif peringkat program
1. Situasi yang hendak dicapai diakhir sesuatu program melalui aktiviti yang
dilaksanakan
2. Bergantung kepada jenis program yang dirancangkan
3. Lebih menyeluruh dan banyak bergantung kepada gabungan objektif
jangkapendek yang lain
Objektif peringkat penerima
1. Sebahagian daripada objektif peringkat jangkapendek
2. Dipengaruhi oleh banyak faktor iaitu:
a. Kesediaan untuk menerima oleh penerima
b. Jenis program yang diikuti
c. Interaksi antara penerima dengan penganjur
d. Keadaan persekitaran dan faktor luaran
e. Perlu selari dan saling menyokong program-program atau misi sesebuag
organisasi
3. Dikenali juga sebagai objektif pembelajaran (learning objective)
Objektif di peringkat kebangsaan
71
Objektif di peringkat program
Objektif di peringkat penerima
Aktiviti pembelajaran
Teknik membentuk objektif spesifk
1. Menunjukkan secara spesifik siapa penerima, arah dan magnitud perubahan yang
hendak dicapai dan jangkamasa yang diperlukan
2. Boleh dikur bukan ssahaja secar kuantitatif tetapi juga secar kualitatif
3. Dirangka mengikut kebolehan dan keupayaan penerima
4. Munasabah, tidak emosional dan mampu dilakukan dalam konteks setempat
Prinsip pembentukan objektif
1. Objektif yang dibentuk memerlukanpenglibatan semua pihak supaya kerjasama
dan persefahaman dapat menjayakan objektif yang dibentuk
2. Setiap objektif yang dibentuk perlu dikaji dan dianalisis supaya tidak berlaku
sebarang masalah
Peranan pengamal sumber manusia dalam pembentukan objektif
1. Analisis persekitaran luaran dan dalaman organisasi
2. Strategik dan berdaya saing
3. Berkaitan isu-isu yang sejajar denganmatlamat organisasi
4. Membawa input kepada organisasi
5. Bersepadu, berkesan dan mempunyai rangka mana (frame time)
72
6. Rangka matlamat yang jelas, mantap dan efisyien
Pembentukan objektif perlu dibuat mengikut akronim SMART iaitu:
Kriteria pembentukkan objektif
1. S pecific Adakah aktiviti yang dirancang jelas menerangkan objektif?
2. M easurable Adakah hasil yang diperoleh dapat dilihat dengan jelas selepas
tugasan projek?
3. A chievable Adakah keseluruhan tugasan dapat dijalankan secara fizikal
walaupun ia mencabarkan?
4. R ewarding Bagaiamana projek dapat mendatangkan ganjaran kepada
organisasi, pasukan dan individu?
5. T ime-bound Apakah tarikh akhir bagi penyelesaian tugasan projek?
Selain pembentukan objektif, analisis SWOT juga perlu dibuat untuk mengenal
pasti konflik dan tekanan yang wujud dalam dan luar organisasi ke arah pembentukkan
objektif. SWOT adalah:
1. S trengths Kekuatan dalam organisasi
2. W eaknesses Kelemahan dalam organisasi
3. O pportunities Peluang yang berada di luar organisasi
4. T hreats Ancaman yang berada di luar organisasi
Kedua-dua peluang dan ancaman yang berada di luar organisasi adalah sukar
untuk dikawal dan sekiranya ia tidak diurus dengan baik, kedua-dua ini akan
menggagalkan program yang akan dijalankan itu. Peluang yang datang sekiranya tidak
digunakan akan terlepas begitu sahaja tetapi ancaman yang dihadapi akan sentiasa berada
73
di situ. Apabila membuat analisis SWOT, adalah perlu untuk mengenal pasti masalah dan
keperluan program dijalankan. Masalah merupakan jurang perbezaan antara keadaan
sebenar dan keadaan sepatutnya. Keperluan juga diibaratkan sebagai keinginan yang
belum dicapai iaitu satu jurang atau perbezaan yang wujud antara apa yang sebenarnya
dengan apa yang sepatutnya.
Apa yang sepatutnya
Masalah/ keperluan
Apa yang sebenarnya
Terdapat dua jenis keperluan iaitu keperluan yang dirasai dan keperluan yang
tidak dirasai. Keperluan yang dirasai atau felt need adalah di mana kedua-dua perancang
dan penerima program bersama-sama sedar dan merasai keperluan sesuatu perkara itu
untuk pembangunan. Keperluan yang tidak dirasai atau unfelt need pula adalah apabila
hanya perancang program sahaja yang merasai bahawa sesuatu perkara itu perlu untuk
pembangunan sosio-ekonomi sedangkan penerima program sendiri tidak menyedari dan
mengetahui tentang keperluannya.
Model perencanaan program
Setiap model merangkumi suatu siri aktiviti yang dirancang dan disusun
sedemikian rupa bersesuaian dengan jenis program dan kumpulan penerima yang
ditujukan. Antara model pengurusan program pengembangan ialah seperti yang
dipopularkan oleh Leagans(1955), Kelsey dan Hearne(1963), Pesson(1966),
Raudabaugh(1967), Burger dan Duvel(1981) dan Boyle(1981).
74
1) Modal Leagans;
Merupakan model pengurusan program pengembangan yang terulung dijumpai
dalam penulisan ilmiah. Ia merangkumi lima tahap utama iaitu mengkaji situasi,
membentuk objektif, merangka dan melaksana jadual kerja, penilaian dan merancang
semula.
2) Model Kelsey dan Hearne;
Lebih terperinci walaupun didapati merangkumi tahap-tahap yang terdapat
dalam model Leagans. Perbezaan yang ketara ialah model Kelsey dan Hearne tidak
menyatakan pembentukan objektif sebagai satu daripada tahap utama sebagaimana yang
terdapat dalam model Leagans.
3) Model Pesson;
Model ini membahagikan perencanaan program kepada tiga komponen utama
perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Perancangan terdiri daripada lima tahap iaitu
mengumpul maklumat, menganalisis situasi dan mengenalpasti masalah. Ketiga-tiganya
mempunyai kepentingan yang berlainan sebelum objektif program dibentuk. Hasil
penilaian digunakan untuk tujuan perancangan semula yang mana ia terdiri daripada tiga
aktiviti iaitu merangka jadual kerja, melaksana rancangan dan menentukan kemajuan.
Komponen penilaian dalam model ini menekankan yang ia dijalankan pada keseluruhan
peringkat program bukan sahaja di peringkat akhir seperti dalam model terdahulu.
4) Model Raudabaugh;
Mempunyai persamaan dengan model Leagans. Perbezaannya ialah model
Raudabaugh mengasingkan tahap membentuk dan melaksanakan jadual kerja kepada dua
tahap berdekatan. Penilaian dilakukan di peringkat akhir program.
5) Model Burger dan Duvel;
75
Model ini menghuraikan secara terperinci bagi tiap-tiap peringkat perancangan,
penyiasatan, persediaan, perlaksanaan dan penilaian yang menyerupai siri aktiviti dalam
proses membuat keputusan.
6) Model Boyle;
Model ini memperkenalkan konsep akauntabiliti dalam program yang juga
merupakan sebahagian daripada komponen penilaiannya, dan memperlihatkan
kepentingan membuat dokumentasi pada akhir sesebuah program.
Jika diteliti model-model yang disebutkan di atas, di dapati proses perencanaan
program mempunyai tiga komponen utama sebagai rangka konsepnya iaitu perancangan,
perlaksanaan dan penilaian. Ketiga-tiga komponen ini sama pentingnya dalam setiap
model dan mengikut reality pelaksanaan, ketiga-tiga komponen ini sangat saling
mempengaruhi antara satu sama lain dan ada kalanya bertindan lapis.
Contoh-contoh Model Perencanaan Program:
Merangka dan Melaksana
Jadual Kerja
(3)
76
Membentuk Penilaian
Objektif (2) (4)
(5)Mengkaji Merancang semula
Masalah (1) (Pertimbangan semula)
Model Leagans
B. Model Kelsey dan Hearne
77
C. Modal Pesson
D. Model Boyle
78
MODEL PERENCANAAN PROGRAM DAN TAHAP-TAHAP
Satu Model Operasional Pengurusan Program Pengembangan
Pada setiap tahap, berlaku empat perkara penting iaitu proses membuat keputusan,
merancang, tindakan dan penilaian. Model ini mempunyai lapan tahap yang disusun
mengikut tertib. Tahap-tahap itu ialah seperti berikut:
Tahap 1: Memahami falsafah asas program
Dengan adanya pemahaman mengenai falsafah sesuatu program, pihak perancangan
akan merasa lebih bertanggungjawab bekerja bersungguh-sungguh, bersikap positif
terhadapnya dan berasa jujur dalam apa sahaja yang dilakukan.
Tahap 2: Membentuk kelompok bertugas
Kumpulan petugas terdiri daripada wakil agensi, organisasi-organisasi tidak formal
atau daripada kalangan penerima. Perwakilan daripada pelbagai pihak adalah penting
untuk mendapatkan sokongan yang kuat dan setiap pihak boleh memberi sumbangan
material dan bukan material untuk menjayakan program.
79
Tahap 3: Mengkaji situasi
Tujuan mengenali situasi bagi sesuatu program yang akan dibentuk ialah untuk
mengenali latar belakang kawasan, mengenalpasti masalah, isu dan keperluan yang perlu
diambil perhatian untuk jalan penyelesaian. Ini dapat membantu mengetahui masalah dan
keperluan yang berkaitan dengan penerima.
Tahap 4: Pembentukan objektif
Objektif yang jelas akan memandu perlaksanaan program ke destinasinya.
Objektif program terbentuk berdasarkan masalah, keperluan dan hasrat masyarakat yang
dikenalpasti melalui analisis situasi.Objektif sesuatu program pembangunan akan
membawa perubahan-perubahan social, ekonomi dan alam persekitaran.
Tahap 5: Merangka jadual program dan jadual kerja
Jadual program merupakan carta penjadualan semua tahap utama program untuk
keseluruhan jangkamasa program. Jadual kerja merupakan satu kalendar aktiviti yang
lebih terperinci, yang disusun supaya segala tindakan dapat dilakukan secara sistematik
oleh individu yang bertanggungjawab dan pengagihan sumber dapat dirancang
bersesuaian dengan objektifnya.
Tahap 6: Melaksana jadual kerja
Tahap perlaksanaan aktiviti yang telah dirangka dalam jadual program dan jadual
kerja. Tempoh perlaksanaan sesuatu program bergantung kepada jenis program
pembangunan.
Tahap 7: Menilai prestasi
Penilaian merupakan tahap yang penting kerana memberi peluang untuk
mengetahui sejauh mana objektif program dicapai. Penilaian perstasi membantu dalam
membuat kerja-kerja susulan sama ada daripada segi memperbaiki program yang sedia
ada, membentuk program baru atau mengulangi program tersebut jika didapati gagal.
80
Tahap 8: Membuat dokumentasi program dan cadangan
Laporan amat berguna bukan sahaja kepada penganjur program latihan tetapi juga
bagi setiap individu yang terlibat dalam program seperti kumpulan petugas, penasihat,
pegawai daripada agensi yang berkenaan, masyarakat penerima dan orang ramai. Setiap
dokumen perlu menyatakan kepentingan program, perjalanan program secara ringkas,
peranan individu yang terlibat, hasil dan kesan utama program, faedah program, serta
sambutan dan reaksi masyarakat secara keseluruhan.
Aktiviti
Penutup
Unit 5: Perlaksanaan program
Pendahuluan
Pelaksanaan pengurusan program merupakan tugas-tugas penting dalam
melaksanakan sesuatu program. Tugas-tugas ini adalah bagi persiapan yang rapi untuk
memastikan kejayaan program yang telah dirancangkan. Antaranya adalah untuk
membentuk program berdasarkan kritiria-kritiria tertentu seperti perancangan (proses
awal memulakan program) rekabentuk dan perlaksanaan ( menyediakan kaedah-kaedah
dan menggunakannya dengan berkesan) dan penilaian (peringkat akhir untuk menilai
keberkesanan program).
81
Tajuk-tajuk dalam unit ini
Unit 5: Perlaksanan program
Delegasi tugas
o Bentuk dan jenis
o Falsafah dan prinsip
o Strategi dan teknik
o Kepentingan
Perlaksanaan
o Falsafah dan prinsip
o Strategi dan teknik
o Bentuk
Penyelarasan dan kerjasama
Pembentukkan dokumen
Objektif pembelajaran
Di akhir unit ini diharapkan anda dapat
1. Menyenaraikan komponen-komponen penting dalam perlaksanaan program.
2. Mengenalpasti
82
Bentuk & jenis
Falsafah & Prinsip
Delegasi
Strategi & Teknik
Kepentingan
Perlaksanaan
Program
83
Perlaksanaan Bentuk
Strategi & Teknik
Penyelarasan
& Kerjasama Falsafah &
Prinsip
Dokumen
Sebelum Selepas
Apakah perlaksanaan program
Proses perlaksanaan pula ialah proses menjalankan aktiviti-aktiviti yang
dijadualkan itu dengan baik supaya objektif yang dikenalpasti itu dapat dicapai. Dalam
proses perlaksanaan ini, apa yang telah dirancang perlu diikut sehampir yang mungkin.
Ini dilakukan dengan kerjasama erat bersama perancang-perancang yang lain dan
penerima-penerima program, membuat pemantauan apabila diperlukan untuk memastikan
perlaksanaan adalah ke arah pencapaian objektif dan menyelesaikan masalah apabila
menghadapinya kerana perlaksanaan mungkin berbeza sedikit daripada apa yang telah
dirancang tetapi adalah dibenarkan selagi ia tidak lari jauh daripada apa yang sebenarnya
dan objektif program dicapai.
84
Falsafah
Semua sumber manusia (tenaga buruh) seharusnya memberi perhatian yang
sewajarnya terhadap kewujudan falsafah am bagi perlaksanaan pengurusan program
pembangunan sumber manusia. Mana-mana falsafah sekalipun, tidak akan memberikan
sebarang makna jika sumber manusia tidak menerima, tidak mempercayai serta tidak
mengamalkan falsafah tersebut1. Menurut beliau juga terdapat beberapa perkara yang
berkaitan dengan konsep falsafah ini:
I. Pengetahuan mesti sentiasa dipraktikan.
II. Manusia boleh mengubah diri sendiri melalui pendidikan.
III. Perbezaan di antara seseorang dengan orang lain dapat dikurangkan jika
peluang untuk mereka belajar diberikan.
IV. Perubahan yang kekal boleh didorong dengan adanya pendidikan.
V. Pendidikan akan memberikan lebih banyak impak jika pendidikan tersebut
berdasarkan proses demokrasi.
VI. Pendidikan mestilah berasaskan maklumat yang sah.
Prinsip
Permahaman yang jitu akan dapat membolehkan pengurus program pembangunan
sumber manusia menjalankan tugas mereka sebagai pengamal program pembangunan
sumber manusia setelah semua sumber manusia menerima, mempercayai dan
85
mengamalkan falsafah pembangunan sumber manusia. Antara prinsip yang penting
dalam perlaksanaan program adalah seperti berikut2:
I. Perlaksanaan program adalah berdasarkan pada keadaan yang sedia ada.
II. Program adalah melibatkan jumlah sumber manusia yang ramai dalam apa
jua tindakan yang akan diambil untuk kebaikan mereka.
III. Rancangan-rancangan dalam program yang hendak dibentuk dan
dilaksanakan perlu dilaksanakan secara beransur-ansur.
IV. Rancangan-rancangan yang hendak dibentuk dan dilaksanakan wajib
berdasarkan kehendak-kehendak pihak yang menerima.
V. Perlaksanaan program yang dijalankan wajib menggunakan proses
demokrasi.
VI. Perlaksanaan program yang dijalankan perlu mendapat kerjasama dari
semua pihak agensi-agensi yang sedia wujud.
VII. Perlaksanaan program yang dijalankan juga perlu menggunakan pekerja-
pekerja yang terlatih.
VIII. Proses perlaksanaan program memerlukan penilaian yang berterusan.
IX. Kegiatan program yang dijalankan perlu meliputi semua golongan atau
lapisan masyarakat.
X. Perancangan program perlu selaras dengan polisi-polisi kebangsaan.
Strategi Dan Teknik Perlaksanaan
86
Setiap aktiviti pembelajaran memerlukan strategi pengajaran yang berbeza. Pada
ini masa terdapat begitu banyak pilihan dalam menentukan teknik dan strategi yang akan
digunakan dalam perlaksanaan program. Apabila jurulatih memilih sesuatu teknik yang
tidak berasaskan kritiria yang jelas, jurulatih tersebut sesungguhnya tidak berlaku adil
terhadap para pelatih kerana prestasi pembelajaran pelatih akan menurun apabila mereka
menggunakan teknik yang tidak sesuai3. Seseorang jurulatih gagal memilih teknik dan
strategi perlaksanaan yang sesuai adalah kerana kos yang terlalu tinggi,
tidak ada kemahiran dalam menggunakan teknik tersebut dan tidak mempunyai maklumat
yang mencukupi tentang keberkesanan, kelebihan atau kelemahan setiap strategi dan
teknik tersebut. Oleh itu seorang jurulatih akan terus menggunakan teknik yang
disukainya atau yang dia sudah biasa menggunakannya tanpa membuat penilaian
terperinci terhadap teknik latihan tersebut.
Nadler (1983) seorang penulis dan pengkaji yang menjelaskan sembilan puluh
lima jenis strategi dan teknik pengajaran untuk dipilih oleh jurulatih. Manakala Sredl dan
Rothwell (1986) pula memberikan panduan kepada jurulatih bagaimana menggunakan
tiga belas teknik pembejaran dengan berkesan. Antara teknik dan strategi yang biasa
digunakan ialah4:
I Syarahan
- Syarahan adalah satu kaedah untuk menyampaikan maklumat kepada
pelatih secara lisan (komunikasi secara sehala).
87
- Kebaikan teknik ini boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat
pada kumpulan yang besar, cepat dilaksanakan, mudah dikawal dan
kos rendah.
- Limitasi teknik ini ialah kekurangan peluang untuk pelatih melibatkan
diri secara aktif dalam proses pembelajaran. Teknik ini terbatas pada
perbincangan dan peluang untuk bertanya soalan. Sekiranya teknik ini
digunakan secara berlebihan, maka teknik ini akan membosankan
peserta.
- Implikasi dari teknik ini merupakan satu teknik yang paling rendah
dari segi tahap simulasi (persamaan) dengan keadaan sebenar dan
tidak sesuai untuk latihan kemahiran. Jika disepadukan dengan teknik-
teknik yang lain ia akan memberikan kesan yang baik, tetapi tidak
berupaya memberikan kesan pemindahan latihan kepada pelatih.
II Program Pengajaran
- Teknik ini mengajar peserta melalui penerangan bertulis yang disusun
rapi mengikut langkah-langkah yang tertentu. Kaedah ini digunakan
untuk menjelaskan sesuatu perkara secara spesifik. Ia tidak melibatkan
jurulatih dalam proses pengajaran. Sebaliknya tertumpu pada
pembelajaran persendirian.
- Kebaikan program ini ialah pelatih dapat mempejari sesuatu perkara
pada bila-bila masa sahaja mengikut kelapangan.
88
- Limitasi kaedah ini ialah fokus pembelajaran hanya mengkhusus pada
apa yang ditulis dalam program atau manual latihan sahaja. Banyak
masa diperlukan untuk menyediakan sesuatu manual. Kandungannya
susah untuk disesuaikan dengan keperluan kebanyakan pelatih.
- Implikasi, keberkesanan teknik ini ialah tidak dipengaruhi oleh
bilangan peserta. Sekiranya ramai peserta yang ingin dilatih, pihak
pengajur perlu mencetak lebih banyak manual agar setiap pelatih
memilikinya. Teknik ini juga tidak sesuai untuk mengubah sikap
pelatih dan tidak menjamin pemindahan latihan.
III Kajian Kes
- Kajian kes merupakan satu siri peristiwa yang berlaku pada masa
lampau atau yang sedang berlaku dan terdapat beberapa masalah untuk
diatasi serta keputusan-keputusan tertentu untuk diambil. Ia boleh
dipersembahkan kepada pelatih dalam bentuk filem, lisan atau
dokuman bertulis. Program yang dilaksanakan biasanya menggunakan
beberapa jenis kajian kes seperti berikut:
a. Kes Deskriptif:
Kes ini menjelaskan sesuatu situasi dan selalunya diubahsuai
mengikut beberapa teori yang telah dipelajari.
b. Kes Sejarah:
Kes ini merupakan peristiwa sejarah yang telah berlaku di
sesuatu tempat.
89
c. Kajian Kes:
Jenis ini dirujuk pada kes yang direka di Harvard Graduate
School Of Business Administration. Dokumen kes
membentangkan prihal peniagaan secara benar atau rekaan
kepada pelatih. Kes ini sangat komprehensif dan memerlukan
penyelesaian yang profesional terhadap masalah yang
dikemukan.
d. Kes Samaran
Kes ini didokumenkan dengan mengubah nama lokasi, orang
dan data sebenar untuk menggelakkan salah faham serta
menjaga nama baik pihak yang terlibat.
e. Kes Desk:
Ia ditulis berdasarkan pengalaman penulis tanpa merujuk
pada situasi sebenar.
- kebaikan kajian kes ialah para peserta dapat berbincang tentang
sesuatu pristiwa tanpa tekanan. Teknik ini menggalakkan peserta
berintraksi dan bertukar pendapat semasa berbincang tentang masalah
dalam kes dan mencari penyelasaiannya.
- Limitasi teknik ini ialah penyediaan kes memerlukan banyak masa dan
kos yang tinggi. Bagi memasti keberkesanan kes, semua peserta
semestinya mempunyai pengetahuan asas yang berkaitan dengan kes
tersebut. Jika tidak, mereka akan menghadapi kesukaran untuk
90
mengenalpsati masalah dan punca masalah. Sekiranya tidak dijelaskan
dengan baik, pelatih akan membentuk sangkaan dan harapan yang
salah tentang pengalaman yang diprolehi dari kajian kes. Mereka
mungkin tidak dapat membezakan keputusan yang dibuat untuk
menyelesaikan masalah kes dengan masalah sebenar.
- Implikasi teknik ini berupaya membantu pelatih mendapatkan
kemahiran dalam membuat keputusan. Penggunaan kajian kes dalam
perlaksanaan program memberikan peluang kepada pelatih untuk
mempraktikan pengetahuan yang telah dipelajari semasa kursus. Ia
membolehkan pelatih mengingat kembali dan menggunakan teori dan
prinsip yang telah dipelajari. Sekiranya sesuatu itu ditulis berdasarkan
situasi sebenar, maka pengalaman yang didapati oleh pelatih dapat
dipindahkan.
IV Perbincangan Kumpulan
- Teknik ini melibatkan perbincangan oleh sekumpulan pelatih tentang
sesuatu tajuk, isu atau persoalan dengan tujuan memahaminya atau
mencari penyelesaian persoalan tersebut. Saiz kumpulan biasanya
diantara enam hingga dua puluh orang peserta dengan seorang
jurulatih sebagai permudah cara.
- Keberkesanan perbincangan bergantung pada dua perkara iaitu kualiti
soalan dan perlakuan ahli kumpulan. Soalan yang baik memerlukan
permikiran yang mendalam dan berupaya menggalakkan percambahan
91
idea. Pendapat yang bernas tidak memberi sebarang makna sekiranya
ahli kumpulan tidak melibatkan diri dalam perbincangan. Sebaliknya,
penglibatan yang aktif juga tidak berkesan sekiranya tiada persoalan
yang memberangsangkan yang boleh mencungkil pengalaman dan
intelek peserta.
- Teknik ini juga merangkumi kumpulan baz (buzz group) iaitu
beberapa kumpulan kecil yang dibentuk sebagai susulan kepada
perbincangan dalam kumpulan besar untuk mencari penyelesaian
kepada sesuatu persoalan. Sebarang pembelajaran yang diprolehi oleh
perserta datang daripada peserta itu sendiri.
- Kebaikan teknik ini dapat memberikan peluang kepada peserta belajar
daripada peserta lain dan secara tidak langsung dapat mengeratkan
hubungan sesama mereka. Komunikasi dua hala wujud dan peserta
diberi kebebasan untuk mengelurkan pendapatnya tentang sesuatu
perkara yang dapat mengubah persepsi, sikap dan tingkah laku pelatih.
- Limitasi teknik ini adalah memerlukan seorang jurulatih yang mahir
dan kurang berkesan jika peserta tidak mempunyai maklumat yang
mencukupi untuk sesuatu tajuk.
- Implikasi teknik ini berupaya menukar sikap dan perlakuan peserta
jika jurulatih mahir. Teknik ini sesuai untuk mengasah kemahiran
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
V Simulasi
92
- Teknik ini merupakan kegiatan pembelajaran yang menerangkan
situasi sebenar (Cash,1977).
- Kebaikan teknik ini dapat meningkatkan minat dan motivasi pelatih
semasa latihan kerana pelatih dapat merasai kejayaan atau kegagalan
hasil perlakuannya. Kandungan teknik ini dapat disesuaikan dengan
pelbagai peringkat kemahiran pelatih.
- Limitasi teknik ini memerlukan persiapan rapi dari segi penyediaan
pensimulasi model dan bahan untuk latihan.
- Implikasi dari teknik ini adalah sesuai untuk semua bidang
(Ibrahim,1993). Ini adalah kerana teknik yang digunakan adalah
hampir sama dengan situasi sebenar dan pelatih tidak menghadapi
masalah untuk mempraktikannya.
VI Pertunjukkan Kaedah
- Pertunjukkan kaedah melibatkan satu operasi atau kaedah secara
sistematik mengikut beberapa langkah khusus dari awal sehingga ke
akhir operasi. Ia dimulakan dengan penerangan, demonstrasi cara
perlaksanaan mengikut langkah-langkah, peserta mencuba dan diakhiri
dengan sesi soal jawab.
- Kebaikan teknik ini adalah mudah disepadukan dengan teknik-teknik
yang lain. Ia berkesan untuk bidang kemahiran dan boleh diulang.
93
- Limitasi teknik ini adalah tidak sesuai untuk kumpulan besar dan
memerlukan kos yang tinggi untuk mengadakan ruang khas dalam satu
tempat program dilaksanakan.
- Implikasi dari teknik ini adalah memberi kesan pada pemindahan
latihan yang lebih baik.
Objektif Program Latihan Teknik dan strategi yang paling berkesan
1. Pemerolehan pengetahuan Syarahan2. Mengubah sikap Perbincangan kumpulan3. Kemahiran menyelesaikan masalah Kajiana kes
4. Kemahiran berkomunikasi antara perseorangan Lakonan peranan
5. Penerimaan pelatih Kajian kes6. Pengekalan pengetahuan Program pengajaran
Keberkesanan strategi dan teknik mengikut objektif program
Newstrom, 1980
Peranan Dan Tanggungjawab Pengamal Pembangunan Sumber Manusia Dalam
Perlaksanaan Pengurusan Program
Seorang professional pembangunan sumber manusia perlu bersedia memengang
pelbagai tangungjawab dan memainkan pelbagai peranan. Skop bidang kerjanya kadang-
kala terlalu luas. Chalopsky dan Reinhart (1988) menyatakan bahawa bidang tersebut
akan menjadi lebih mencabar pada masa hadapan apabila mereka akan menghadapi
kesukaran membuat keputusan yang berkait dengan pembangunan sumber manusia,
kerana pengurusan bidang ini terlalu kompleks.
94
Menurut Nedler (1979), bahawa individu yang bertanggungjawab untuk
membangunkan sumber manusia adalah seorang individu yang memainkan peranan yang
paling kritikal dalam sesebuah organisasi. Namun apa yang jelas ialah bahawa individu
yang bertanggungjawab dalam bidang pembangunan sumber manusia mempunyai latar
belakang dan kemahiran yang berbagai-bagai dengan sedikit persedian awal untuk
memikul tugas membangunkan sumber manusia. Menurut Abu Daud Silong (1989),
menyatakan bahawa seorang pengamal pembangunan sumber manusia yang profesional
mempunyai dua belas peranan dan tanggungjawab5.
a. Pengatur Strategi
- Pengatur strategi adalah seseorang yang membentuk perancangan
pembangunan sumber manusia jangka panjang untuk memastikan
pencapaian visi dan misi sesuatu program atau organisasi.
b. Pengurus
- Peranan pengurus adalah melibatkan kerja merancang, melaksana,
mengurus dan mengawasi sesuatu program. Sebagai pengurus kita
hendaklah memastikan semua kemudahan latihan seperti peralatan,
bahan-bahan dan hal-ehwal logistik serta semua yang terlibat.
c. Penganalisis Keperluan Latihan
95
- Tugas ini adalah memainkan peranan menentukan keperluan sesuatu
program. Peranan ini merupakan peranan yang paling mencabar dan
memerlukan kepakaran yang tinggi dalam seseuatu bidang.
________________________________________________________________________
d. Pereka Bentuk Program
- Peranan ini merangkumi pembentukan objektif latihan, menyusun
kandungan kursus, merangka strategi penyampaian dan merancang
penilaian berasaskan analisis keperluan program.
e. Penulis Bahan Pengajaran
- Peranan ini merangkumi penyediaan bahan untuk mengajar seperti
nota kursus, skrip, kes, filem dan pelbagai jenis alat bantu mengajar
yang lain.
f. Perlaksana Atau Pengajar
- Pengajar berperanan menyampaikan pengetahuan dengan berpandukan
reka bentuk program. Keberkesanan program adalah bergantung
kepada pengajar untuk memudahkan sistem pembelajaran yang
berkesan.
g. Permudah Cara
96
- Peranan sebagai permudah cara adalah penting untuk mengendalikan
perbincangan kumpulan dan menggalakkan proses intraksi dalam
kumpulan.
h. Kaunselor
- Sebagai kaunselor, dia membantu pelatih menilai keistimewaan dan
kelemahan diri, mengenalpasti individu, matlamat hidup, masalah dan
puncanya serta semangat kumpulan dikalangan peserta.
i. Pakar Multimedia
- Peranan ini memerlukan penyediaan bahan pengajaran dalam bentuk
multimedia. Dia juga perlu mahir dalam pelbagai teknologi
multimedia.
j. Agen Perubahan
- Sumbangan jurulatih masih diperlukan walaupun sesuatu program itu
telah tamat. Jurulatih perlu membantu para pelatih untuk
mempraktikan apa yang telah dipelajari.
k. Sebagai Penilai
97
- Jurulatih perlu bertanggungjawab menilai program yang dilaksanakan.
Ini adalah untuk memastikan setakat mana pelatih telah mempelajari
apa yang telah diajar dan kesan program tersebut ke atas prestasi
mereka.
l. Penyelidik Dan Ahli Teori
- Peranan ini ditumpukan kepada usaha membentuk dan menguji teori
pembelajaran, menguji keberkesanan palbagai pendekatan dan usaha
mengkaji perlakuan dan peranan jurulatih dan semua pihak yang
terlibat dalam program tersebut.
Bentuk-bentuk Perlaksanaan Pengurusan Program
Perlaksanaan pengurusan program merangkumi tugas-tugas persedian sebelum
sesuatu program dimulakan6. Persediaan-persediaan adalah seperti pemilihan peserta,
persiapan peralatan, tempat dan penjadualan. Manakala tugas-tugas semasa program
dilaksanakan adalah seperti tugas pengumpulan rekod serta aktiviti susulan selepas
program dilaksanakan.
Persedian sebelum perlaksanaan program dijalankan
Pemilihan peserta
98
Penganjur perlu menyemak semula laporan analisis keperluan program untuk
memastikan peserta yang diperlukan. Pemilihan peserta tersebut harus
berpandukan minat. Pemberian latihan kepada peserta yang ramai dalam sesuatu
unit atau bahagian, akan memberikan kesan yang lebih baik ke dalam organisasi.
________________________________________________________________________
Pemberitahuan peserta
Pihak penganjur perlu memberitahu peserta secara rasmi bahawa dia telah dipilih
untuk mengikuti sesuatu program tersebut. Pemberitahuan hendaklah dilakukan
dengan segera bagi persediaan peserta sebelum program dilaksanakan.
Penyediaan kemudahan, peralatan dan bahan
Pihak penganjur perlu menyediakan segala kemudahan dan peralatan yang dapat
membantu aktiviti pembelajaran dalam program tersebut. Penganjur juga
menyediakan alternatif bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak diingini.
Senarai semak butiran yang diperlukan perlu ada dan juga setiap sesi seharusnya disusun
dengan rapi untuk menjelaskan masa, semua tajuk sesi, aktiviti yang terlibat, tempat dan
peralatan.
Semasa perlaksanaan program
99
Sesuatu program biasanya dimulakan dengan pendaftaran dan para peserta akan
mengisi borang pendaftaran bagi tujuan mengetahui latar belakang, minat dan keperluan
peserta. Para peserta juga akan diberikan ujian yang bertujuan untuk mengetahui tahap
pengetahuan dan kemahiran peserta dalam bidang-bidang tertentu sebelum program
dimulakan. Pengurus seharusnya bertanggungjawab melaksanakan majlis pembukaan
program yang diatur secara rasmi dan fomal. Setelah sesi program dijalankan dengan
lancar, seterusnya ialah mengatur majlis penutupan program tersebut.
Selepas perlaksanaan program
Setelah program tamat, semua yang terlibat akan diberikan ucapan terima kasih
secara bertulis kerana sumbangan mereka dan dibayar seperti yang telah dipersetujui
dalam surat jemputan. Terdapat juga program yang memerlukan penganjur membuat
aktiviti susulan untuk meningkatkan pemindahan proses pembelajaran dalam program
tersebut yang telah berlaku.
Kesimpulan
Perancangan perlaksanaan program yang dibincangkan adalah supaya setiap
program yang hendak dilaksanakan perlu dibuat suatu perancangan dan setiap aktiviti
yang hendak dilaksanakan adalah bersistematik. Dengan ini setiap aktiviti yang hendak
dilaksanakan benar-benar akan mengatasi masalah golongan sasaran.
Perancangan program ini akan menjadi garis panduan dalam menjalankan tugas
dan juga asas penilaian bagi mengukur kejayaan atau kegagalan sesuatu program yang
100
dilaksanakan. Penilaian harus dibuat dari masa ke semasa terhadap program yang telah
dilaksanakan bagi tujuan memperbaiki dan mengatasi sebarang kelemahan untuk
mencapai beberapa objektif perlaksanaan program. Akhirnya setiap program yang
dilaksanakan perlu diikuti dan menjadi tanggungjawab setiap pengamal pembangunan
sumber manusia untuk melaksanakannya.
Penyelarasan dan pengurusan program
Pendahuluan
Peyelarasan pula merupakan satu bentuk kerjasama yang dibentuk untuk
dijadikan “ flat form’ dalam penyelesaian masalah yang wujud apabila hendak menjalan
sesuatu program tidak kira program pembangunan ,program pendidikan atau program
penerangan.
Oleh itu,setiap program sama ada program pendidikan atau penerangan harus
mempunyai badan penyelaras yang akan menjadi sebuah badan kerjasama atau antara
semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sesuatu program.
Bentuk-Bentuk Penyelarasan Dan Pengurusan Program
Penyelarasan pula boleh didefinisikan sebagai proses mengintegrasikan matlamat
dan aktiviti bahagian-bahagian. Kerjasama diantara satu sama lain amat diperlukan
supaya organisasi dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang tidak dapat
diramalkan. Struktur organisasi yang membahagikan bahagian-bahagian tertentu,
101
memerlukan penyelarasan untuk menyatukan kegiatan di setiap bahagian kearah
pencapaian matlamat organisasi. Dalam membuat penyelarasan, pengurus sumber
manusia mestilah mengikut model pembentukan program yang betul. Diantara tahap-
tahap model pembentukan program yang perlu diikuti oleh pengurus sumber manusia
ialah :-
Penyusunan sesebuah organisasi merangkumi susunan dan pembahagian tugas
mengikut fungsi, mengikut kawasan atau mengikut pengeluaran dan berdasarkan objektif
dan strategi organisasi. Pembahagian kuasa atau autoriti, sistem penyelarasan dan sistem
komunikasi juga ditekankan didalam penyusunan organisasi.
Organisasi yang mempunyai susunan struktur yang baik dapat menghalang
daripada berlakunya penindihan kuasa atau penduaan tugas sama ada dikalangan
kakitangan diantara bahagian-bahagian fungsi. Penyusunan yang baik juga dapat
meningkatkan produktiviti, memberikan dorongan kepada kakitangan serta menjamin
keharmonian didalam tempat kerja.
Mengenalpasti bentuk-bentuk penyelarasan dan pengurusan program yang akan
dijalankan adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai pengamal sumber manusia untuk
mengenalpasti apakah jenis program yang akan dijalankan barulah bentuk penyelarasan
dan kerjasama dapat dijalankan dengan baik. Dalam tugasan ini ,saya telah cuba untuk
mengetengahkan bentuk-bentuk penyelarasan yang yang akan dijalankan dalam Seminar
Kecemerlangan Belajar 2001 yang akan dianjurkan oleh sekumpulan pelajar yang
mengikuti kursus DCE3455 Pengurusan Program Pembangunan Sumber Manusia
Sebagai langkan pertama untuk menentukan kejayaan program yang akan
dijalankan telah digariskan beberapa bentuk penyelarasan yang perlu diikuti sebagai garis
102
panduan agar program dapat dijalankan dengan sebaik yang mungkin nanti. Bentuk
penyelarasan yang pertama adalah,mempereratkan kerjasama antara semua yang terlibat
dalam menjayakan program yang akan dijalankan seperti pihak penganjur,pensyarah
yang menjadi pembimbing, penyedia tempat atau dewan seminar dan sebagainya.
Ini kerana kerjasama yang erat akan dapat mewujudkan suasana yang harmoni
sebelum,semasa dan selepas program dijalankan nanti.
Selain itu, penyelarasan antara ahli-ahli jawatan kuasa penganjur juga harus ada
sebab ketelusan dan kelancaran program yang akan dijalankan adalah bergantung kepada
sejauh mana ahli jawatan kuasa penganjur dapat menjalankan tugas mereka dengan baik
dan sempurna.oleh itu,adalah menjadi tanggungjawab ahli jawatan kuasa menimbang
segala kemungkinan kejayaan dan kelancaran serta kecacatan program yang akan
meraka jalankan kelak. Dalam penyelarasan ahli-ahli jawatan kuasa ini meraka haruslah
berusaha untuk bekerjasama dengan sebaik yang yang mungkin kerana tanpa kerjasama
yang erat antara meraka yang terlibat program tersebut akan gagal.
Bentuk penyelarasan yang ketiga adalah membincangkan pelbagai prosedur dan
karenah birokasi yang mungkin akan menjejaskan program yang akan dijalankan.ini
penting sebab seperti yanag diketahui,dalam menjalankan sesuatu program,terdapat
banyak prosedur yang akan dilalui dan ianya bukan semudah yang dijangkakan
memandangkan banyak urusan surat menyurat dan sebangainya yang terpaksa dijalankan
sebelium sesuatu program dijalankan ini termasuklah surat kebenaran menjalankan
program,surat kelulusan program.selain itu,karenah birokasi pula akan menjadi satu
masalah sebab terlalu banyak peringkat yang akan dilalui sebelum program dapan
dilaksanakan.
103
Selain itu,dalam pembangunan wilayah yang dijalankan oleh Malaysia juga kita
dapat melihat satu bentuk penyelarasan yang dikenali sebagai IADP.
IADP adalah satu strategi pembangunan wilayah luar Bandar yang melibatkan
pelbagai sector dan disiplin bertujuan untuk meningkatkan kualiti hudup
masyarakat,meningkatkan produktiviti produk pertanian ,menyamaratakan ekuiti faedah
sosioekonomi dan menyeimbangkan pembangunan dari segi kawasan yang kaya dengan
kawasan yang miskin.
Rasional dalam pelaksanaan IADP adalah kerana kewujudan terlalu banyak
agensi dalam sesuatu kawasan yang menimbulkan banyak masalah dari segi pengunaan
sumber,penyelarasan aktiviti,keutamaan program dan yang paling penting sekali adalah
penerima sukar membuat keputusan tentang program agensi yang harus mereka
terlibatkan. Oleh yang sedemikian melalui IADP, penyelarasan program pembangunan
luar Bandar di Malaysia dapat dijalankan dengan sempurna sehingga ke hari ini.
Selain daripada bentul penyelarasan yang telah dinyatakan di atas,terdapat banyak lagi
bentuk penyelarasan yang ada,sebagai contoh MajlisTanah Negara ditubuhkan oleh
kabinat adalah bertujuan untuk menyelarasakan pembukaan tanah,mengambilan tanah
oleh kerajaan pusat. Ia melibatkan kerjasama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri
Secara keseruhannya,bentuk-bentuk penyelarasan ini akan dibuat apabila berlaku
masalah dalam menjalankan sesuatu program sama ada program pembangunan atau
sebaliknya.Seterusnya,matlamat penyelarasan program adalah untuk memudahkan
sesuatu program dijalankan serta meningkatkan keberkesanannya.
Sebenarnya,bentuk-bentuk penyelarasan juga boleh dibahagikan kepada dua lagi
iaitu program dibawah kerajaan puat dan juga program di bawah pentadbiran kerajaan
104
negeri selain program-program sukarela . Kesemua program ini adalah untuk
mewujudkan pertumbuhan yang meningkatkan arus pembangunan masyarakat dan juga
bagi mendekatkan masyarakat dengan pemahaman yang lebih jelas tentang hubungan
antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri.
Strategi dan Teknik Dalam Penyelarasan Dan Pengurusan Program
Dalam menjalankan sesuatu program pembangunan, adalah wajar dan
sepatutunya setiap program tersebut mempunyai strategi yang tertentu supaya program
tersebut dapat dijalankan sengan baik dan sempurna kelak. Biasanya strategi dan teknik
yang digunakan dalam penyelarasan dan pengurusan program akan bergantung kepada
jenis program yang akan dijalankan. Strategi dan teknik boleh ditakrifkan sebagai satu
kaedah atau cara untuk melakukan sesuatu kerja atau program dan ianya akan menjadi
prosedur wajib dalam setiap peringkat sesuatu program yang dijalankan.
Dalam badan penyelarasan tugas yang dilaksanakan dalam program Seminar
Kecemerlangan Belajar 2001 ,terdapat beberapa strategi yang digunakan untuk
menxcapai objektif program tersebut. Antaranya adalah, mengadakan mesyuarat sekerap
yang boleh bagi membincangkan masalah yang berlaku dan yang dihadapi oleh ahli
jawatan kuasa penganjur program tersebut.
Sementara itu,bagi mengeratkan hubungan sesama ahli jawatankuasa pula,sesi
beramah mesra perlu dijalankan supaya setiap ahli yang terlibat akan mengenali antara
satu sama dengan yang lain.ini penting bagi mengeratkan hubungan mesra yang menjadi
agenda penting dalam kekuatan sesebuah kumpulan teguh yang menjadi tunjang kepada
kejayaan sesuatu program yang dijalankan.
105
Jika dilihat kepada Majlis Tanah Negara yang ditubuhkan oleh kabinet Malaysia,
ia adalah salah satu badan penyelarasan yanag amat penting kerana peranannya dalam
penyelarasan tanah antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Majlis Tanah Negara akan
menjadi satu badan khas yang amat berguna untuk kerajaan pusat dan kerajaan negeri
bagi menyelesaikan pelbagai kekalutan yanag melibatkan pengambilan tanah sesebuah
negeri olah kerajaan pusat untuk menjalankan projek pembangunan bagi meningkatkan
taraf hidup rakyat di kawasan yang terbabit dalam projek berkenaan.
Bagi menjadikan ia sebagai sebuah badan penyelarasan yang berkesan ,ia telah
mengariskan beberapa strategi dan teknik yang boleh digunakan untuk mencapai
objektifnya sebagai sebuah badan penyelarasan. Majlis Tanah Negara akan mengadakan
menyuarat setiap bulan bagi membincangkan masalah tanah yang dihadapi oleh kerajaan
pusat dan kerajaan negeri.ini kerana seperti sedia maklum,perkara yang berkaitan dengan
tanah adalah hak kerajaan negeri dan bukannya kerajaan pusat.
Melalui majlis tanah negara juga pihak kerajaan pusat akan melobi kawasan tanah
kerajaan negeri yang boleh dimajukan kerana potensinya untuk kemakmuran penduduk
setempat.jadi dalam menguruskan soal tanah, strategi yang berkesan amat penting supaya
program pembangunan tanah dapat dijalankan dengan baik dan sempurna bagi
kesejahteraan rakyat.
Sementara itu, jika kita lihat pula pada strategi penyelarasan melalui
IADP,pelbagai strategi telah digunaskan oleh kerajaan bagi mencapai objektif penubuhan
IADP.IADP dikenali sebagai program pembangunan secara bersepadu( Integreted
Agriculture Development Programme).Jadi melalui IADP kerajaan telah melaksanakan
empat stretegi pembangunan wilayah iaitu,strategi pembukaan tanah baru, strategi
106
pembangunan pertanian bersepadu dan pembangunan in-situ, strategi memperluaskan
kawasan perindustrian dan strategi memperbandarkan kawasan desa melalui
pembentukan pusat-pusat bandar.
Secara kesimpulannya, strategi yang digunakan dalam penyelarasan dan
pengurusan program pembangunan adalah bertujuan untuk mencapai objektif utamanya
iaitu untuk kesejahteraan hidup masyarakat di negara ini.Oleh yang sedemikian semua
strategi yang dijalankan oleh badan penyelarasan haruslah yang terbaik supaya setiap
program yang dijalankan akan memberi manfaat kepada masyarakat dan bukannya hanya
untuk membuang wang ringgit dengan begitu sahaja.
Bagaimana Penyelarasan Dan Pengurusan Program Mempengaruhi Pengamal
Sumber Manusia
Pada kebiasaannya, pengamal sumber manusia adalah seorang pakar dalam
bidang pembangunan sumber manusia dan semestinya akan merancang keperluan tenaga
manusia dalam sesuatu program pembangunan atau pendidikan yang akan dijalankan
terlebih dahulu. Pengamal sumber manusia akan menjadi sumber rujukan utama untuk
mendapatkan jumlah atau bilangan tanaga manusia yang diperlukan apabila program
akan dijalankan oleh sesebuah agensi sama ada agensi kerajaan,swasta atau persendirian
mahupun pertubuhan-pertubuhan tertentu.
Penyelarasan sesuatu program pembangunan atau pendidikan akan mempengaruhi
bagai mana seseorang pengamal sumber manusia untuk mengurus tentang penggunaan
sumber manusia supaya penggunaan sumbar sentiasa maksimum. Perkara yang paling
penting perlu dipertimbangkan oleh seorang pengamal sumber manusia adalah
107
penggunaan sumber manusia adalah terhad. Pembentukan dan perlaksanaan sesuatu
program biasanya akan memerlukan penggunaan sumber manusia yang banyak
sedangkan sumber manusia seperti diketahui adalah terhad.
Oleh yang demikian,pengamal sumber manusia perlu membuat penilaian melalui
badan penyelarasan agar penggunaan sumber manusia tidah terbazir dengan begitu sahaja
dalam sesuatu masa tetentu.Ini bagi memastikan penggunaan sumber manusia dalam
sesuatu program sentiasa maksimum.
Selain itu,hasrat kearah keberkesanan pengurusan juga akan menjadi agenda
pentng kepada seseorang pengamal sumber manusia dalam sesuatu program yang akan
dijalankan kelak.bagi memastikan keberkesanan pengurusan,sesuatu program haruslah
dibuat secara sistematik. Keseluruhan program dan pentadbiran program dapat
ditingkatkan keberkesanannya kerana setiap tahap akan dijalankan dengan teratur dan
berhati-hati. Pengurusan melalui mesyuarat dan pengurusan melalui objektif yang
bertjuan menjalankan penilaian, pengawalan,dan pengawasan demi mempertingkatkan
keberkesanan pengurusan program. Ini bermakna seorang pengamal sumber manusia
perlu bijak mengurus sesuatu program memalui badan penyelarasan yang telah dibentuk
supaya setiap program yang dijalankan akan mencapai matlamat dan objektifnya.
Sebagai seorang pakar dalam pembangunan sumber manuis ,seorang pengamal
pembangunan sumber manusia harus mengambil kira pembangunan masyarakat secara
amnya.setiap program yang dijalankan harus mencapai objektif pembangunan kerana ia
melibatkan sumber manusia daripada masyarakat. Dengan kata lain program yang
dijalankan harus memberi manfaat dan kesejahteraan kepada masyarakat. Pembentukan
institusi sosial juga akan menpengaruhi pengamal sumbar manusia .Organisasi sosial
108
perlu dibentuk apabila sesuatu program dijalankan supaya ia dapat berfungsi untuk
menghubungkan masyarakat dengan pihak kerajaan atau pentadbir di kawasan
setempat.contohnya membantuk JKKK( Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan
Kampung).Ini kerana ia adalah sebuah organisasi sosial yang amat penting dalam kerja
pengembangan dan pembangunan masyarakat.
Penyelarasan juga akan menyebabkan berlakunya penglibatan masyarakat dalam
sesuatu program pembangunan yang akan dijalankan kerana setiap program yang
dijalankan sudah tentu akan mengembleng sumber masyarakat yang ramai dan
banyak,jadi sesuatu program semestinya memerlukan penglibatan masyarakat yang aktif
dan produktif supaya program yang dijlankan akan memberi manfaat yang berguna
kepada golongan masyarakat.sehubungan dengan itu, melalui penyelarasan antara agensi
kerajaan pusat atau pihak berkuasa tempatan ia akan memudahkan pengamal sumber
manusia dalam merancang penggunaan sumber manusia dalam sesuatu program
pembangunan.
Kesimpulannya, melalui badan penyelarasan yang dibentuk untuk mewujudkan
kerjasama antara satu dengan yang lain dalam menjalankan sesuatu program pengamal
sumber manusia akan dapat merancang,mengurus an menilai keperluan tenaga manusia
untuk menjayakan sesuatu program pembangunan. Dengan kata lain,seorang pengamal
sumber manusia akan mengembleng,mnggunakan dan membangunkan sumber tempatan
secara cekap melalui sumber manusia yang ada dalam pemguruskan sesuatu program
pembangunan.
Peranan Pengamal Sumber Manusia Dalam Penyelarasan Dan Pengurusan
Program
109
Seorang pengamal sumber manusia mempunyai banyak peranan dalam
penyelarasan dan pengurusan program yang dijalankan oleh sesebuah organisasi atau
agensi. Seorang pengamal sumber manusia itu biasanya menpunyai tugas sebagai ejen
pengembangan kerana program yang akan dijalankan adalah untuk kepentingan
masyarakat keseluhannya dan bukannya untuk dirinya sendiri.
Mengikut Havelock(1973), seorang pengamal sumber manusia akan bertugas
dalam suatu sistem masyarakat yang mempunyai empat peranan utama dalam
memnbangunkan sumber manusia yang ada dalam masyarakat.
Seorang pengamal sumber manusia akan menjalankan peranan sebagai pengerak.
Tugas pengamal sumber manusia sebagai pengerak ini bermakna,memecahkan suasan
yang ada kepadasuatu keinginan dan keperluan terhadap sesuatu perubahan kehidupan
yang lebih sempurna dan sejahtera.ini bermakna sesuatu program yang dijalankan
mentilah mendatangkan manfaat yang banyak dan baik kepada aspek kehidupan
masyarakat.
Seorang pengamal sumber manusia juga merupakan seorang penyelesai masalah.
Ini bermakna seorang ejen perubahan itu harus mengetahui bila dan bagaimana hendak
melaksanakan penyelesaian yang sedang dihadapi dalam sesuatu program yanag
dijalankan dan bukannya setakat mengetahui bentuk penyelesaian terhadap sesuatu
masalah.dengan itu seorang pengamal sumber manusia harus menpunyai kepakaran
khusus seperti kepakaran kaunseling dan sebagainya.
Dalam perlaksanaan dan pengurusan program,seseirang pengamal sumber
manusia juga akan menjadi pembantu proses.Apa yang dikatakan sebagai pembantu
proses ini adalah,pakar pembangunan sumber manusia akan menjadi seorang pendidik
110
kepada mereka yang terlibat dalam program yang dijalankan .disini ia akan melibatkan
proses penerimaan masalah yang dihadapi oleh peserta program yang dijalankan diikuti
denngan penyelesaian masalah tersebut dan penerimaan pembaharuan yang berlaku
melalui program yang dijalankan itu.
Peranan pengamal sumber manusia yang keempat dan terakhir mengikut kajian
yang dijalankan oleh Havelock(1973) adalah sebagai penghubung sumber.Tugas sebagai
penghubung sumber ini bermakna,memberi jalan dan menunjuk ajar siapa dan apa
barangan yang diperlukan ,bagaimana mendapat input tersebut,dan cara mengunakan
input tersebut dengan sempurna. Ini kerana matlamat akhir sesuatu program biasanya
adalah agar penerima atau peserta sesuatu program itu akan berdikari pada akhir proses
perubahan yang dilaluinya sama ada perubahan dari segi kognitif.afektif dan psikomotor.
Menurut Beal( 1981),dia telah menberi lima peranan pengamal sumber manusia
dalam penyelarasan sesuatu program iaitu, sebagai
pendidik,penyelidik ,perunding,pentadbir dan sebagai pemimpin.
Walaupun telah banyak peranan yang dinyatakan oleh pakar falsafah dalam
pembangunan sumber manusia tentang peranan seorang pengamal sumber manusia dalam
pengurusan program dan penyelarasan namun,tujuannya adalah sama sahaja kerana setiap
pengamal sumber manusia akan memainkan peranannya yang menjadi etika sebagai
pakar dalam bidang yang mereka pelopori.
Bagi memastikan program yang dirancang dan dilaksanakan mencapai objektifnya,
seorang pengurus sumber manusia haruslah berperanan sebagai berikut :-
1. perancangan (planning)
2. pengorganisasian (organizing)
111
3. pemimpinan (leading)
4. pengawalan (controlling)
Pengurus sumber manusia juga mesti membuat penyelarasan supaya objektif
program yang dijalankan menepati dan selari dengan objektif organisasi atau jabatan.
Dalam membuat penyelarasan, pengurus sumber manusia mestilah mengikut model
pembentukan program. Diantara tahap-tahap model pembentukan program yang perlu
diikuti oleh pengurus sumber manusia ialah :-
1. memahami falsafah asas program.
(dengan adanya pemahaman mengenai falsafah sesuatu program, pihak
perancangan akan merasa lebih bertanggungjawab bekerja secara bersungguh-
sungguh, bersikap positif terhadapnya dan berasa jujur dalam apa sahaja usaha
yang dilakukan).
2. membentuk jawatankuasa bertugas.
(untuk mendapatkan sokongan yang kuat dan setiap pihak boleh memberi
sumbangan material dan bukan material untuk menjayakan program).
3. mengkaji situasi.
(untuk mengetahui situasi bagi sesuatu program yang perlu diambil perhatian
untuk jalan penyelesaian).
4. membentuk objektif.
(objektif dibentuk dengan cermat dan sempurna pada peringkat awal perancangan
dan objektif program mestilah selari dengan objektif organisasi atau jabatan).
5. merangka jadual program dan jadual kerja.
112
(jadual program merupakan carta penjadualan semua tahap utama program untuk
keseluruhan jangka masa program).
6. melaksana jadual kerja.
(merupakan tahap perlaksanaan aktiviti yang telah dirangka dalam jadual program
dan jadual kerja).
7. menilai prestasi.
(bertujuan untuk mengetahui sejauh mana objektif program dicapai dan
merupakan asas dalam menentukan kejayaan program keseluruhannya).
8. mendokumenkan program dan menbuat cadangan.
(merupakan peringkat menyediakan laporan tentang program keseluruhan dan
daripada laporan ini akan jelas kelihatan nilai program yang sebenarnya).
Jadi,sememangnya seorang pengamal sumber manusia akan memainkan banyak
peranan dalam penyelarasan dan pengurusan sesuatu program yang akan dijalankan. Ini
kerana keperluan sumber manusia untuk menjayakan progaram itu akan diputuskan oleh
pakar sumber manusia yang dilantik oleh sesebuah organisasi.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, terdapat banyak bentuk-bentuk penyelarasan yang ada
apabila sesuatu program pembangunan kumuniti atau masyarakat dijalankan .
Penyelarasan dan kerjasaama ini wujud apabila berlakunya masalah yang menyebabkan
ketidaklancaran sesuatu program yang dijalankan oleh sesebuah agensi atau badan-badan
113
tertentu.badan-badan penyelarasan yang dibentuk ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu badan
penyelarasan tetap dan badan penyelarasan sementara. Badan penyelarasan tetap adalah
satu badan penyelarasan yang ditubuhkan mengikut undang-undang persekutuan yang
termaktub dalam perlembagaan atau undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri.
Sementara badan penyelarasan sementara pula adalah satu bentuk badan penyelarasan
yang dibentuk hanya untuk menyelaras program jangka pendek sahaja contohnya badan
penyelarasan antara ahli-ahli jawatankuasa penganjur Seminar Kecemerlangan Belajar
2001 ,.manakala contoh badan penyelarasan tetap ialah Majlis Tanah Negara.
Sementara itu,strategi dan teknik penyelarasan program adalah berkaitan dengan
cara dan bagaimana sesebuah badan penyelarasan akan berkerjasama antara satu sama
dengan yang lain .Biasanya strategi dan teknik penyelarasan ini akan melibatkan cara dan
bidang kerja badan penyelarasan tersebut dalam mencapai objektif program
pembangunan dan sebagainya yang mereka telah rancang untuk dijalankan kelak.
Dalam pada itu, seorang pengamal sumber manusia juga sangat penting dalam
menentukan kejayaan dan keberkesanan sesuatu program yang melibatkan penyelarasan
kerana penggunaan sumber tenaga manusia secara maksimum dan ekonomik akan
menjadi agenda utama sesuatu program pembangunan yang akan dijalankan .ini kerana
pengamal sumber manusia akan membuat penilaian,pengambilan dan segala kerja yang
berkaitan dengan penggunaan sumber manusia sebagai gunatenaga kepada sesebuah
organisasi atau agensi.
Biasanya pengamalan sumber manusia akan mempengaruhi penyelarasan dan
pengurusan program pembangunan yang akan dijalankan kerana apabila sesuatu badan
114
penyelarasan dibentuk dan ditubuhkan maka sudah tentu ia akan melubatkan penggunaan
sumber manusia bagi menjayakan sesuatu program yang akan dijalankan.secara amnya
badan-badan penyelarasan akan menggunakan pelbagai strategi yang berlainan dsalam
penggunaan sumbar tenaga manusia ,dengan itu segala keperluan tenaga manusia akan
diputuskan oleh badan penyelaras yang ditubuhkan bagi menyelaras segala perkara yang
berkaitan dengan program yang akan dijalankan nanti.sekiranya badan penyelarasan
mahukan banyak tenaga manuasia terlibat dalam sesuatu program yang akan dijalankan
maka sudah tentu pengamal sumber manusia akan mencari lebih banyak lagi peserta atau
klein yang akan menjayakan program yang akan dijalankan.
Oleh yang sedemikian ,memang tidak dapat dipisahkan bahawa hubungan antara
penyelarasan dan pengurusan adalah sangat penting dalam menentukan kejayaan sesuatu
program yang akan dijalankan dan sudah tentu setiap program tersebut akan memberi
manfaat yang banyak badan berguna kepada masyarakat khasnya dan negara amnya.
Unit 6: Penilaian program
Pengenalan
Penilaian sebagai sebahagian daripada elemen penting dalam pembentukan dan
perancangan program pembangunan sumber manusia. Walaupun banyak program yang
dilaksanakan, tetapi penilaian telah tidak dilakukan dengan berkesan. Akhirnya program
yang dirancang dengan sempurna, perlaksanan yang cemerlang tidak mendatangkan
output seperti mana yang diharapkan kerana penilaian tidak dilakukan dengan berkesan.
115
Tajuk-tajuk dalam unit ini
Definisi
Kepentingan
Tujuan
Bentuk
Strategi, teknik dan jenis
Indikator penilaian
Borang penilaian
Definisi Kepentingan
Tujuan Bentuk
Penilaian program
116
Strategi, Teknik Indikator
& Jenis
Borang penilaian
Objektif pembelajaran
Di akhir unit ini diharapkan
1. Menyenaraikan kepentingan penilaian program
2. Mengenalpasti tujuan dan bentuk penilaian program
3. Menggalurkan indikator utama penilaian program
Definisi penilaian
Menurut Steele, penilaian adalah satu proses untuk menentukan nilai sesuatu
program. Penentuan ini dilakukan dengan cara membandingkan bukti tentang keadan
program sekarang dengan criteria sebagaimana program sepatutnya
117
Kriteria
Pertimbangan
Bukti
Penilaian melibatkan tiga peringkat utama iaitu
1. Menentukan criteria
2. Pengumpulan bukti
3. Membuat pertimbangan
Jenis-penilaian
Penilaian formal dan tidak formal
Penilaian boleh dibuat secara formal atau sebaliknya mengikut cara penilain itu
dibuat. Dalam penilaian formal, criteria ditentukan terlebih dahulu, diikuti dengan
mendapatkan bukti dan seterusnya pertimbangan. Penilaian jenis ini amat digakkan
dalam pembentukan program kerana mempunyai maklumat yang sah dan boleh dijadikan
asas kukuh untuk membuat keputusan
Kriteria bukti pertimbangan
118
Sebaliknya, dalam penilaian tidak formal, pertimbangan dibuat terlebih dahulu tanpa
mempunyai bukti serta criteria yang tertentu. Proses ini mengkun melibatkan unsure-
unsur ‘bias’.
Pertimbangan bukti Kriteria
Penilaian formatif dan sumatif
Penilaian formatif adalah penilaian yang dibuat semasa sesuatu program
dijalankan. Manakala penilaian sumatif pula adalah penilaian yang dilakukan diakhir
sesuatu program
Penilaian KIPH
Secara asasnya penilaian bertujuan untuk menyediakan maklumat untuk membuat
keputusan tentang sesuatu situasi. Stufflebeam telah mengemukakan model penilaian
KIPH iaitu:
1. Penilaian konteks/situasi
2. Penilaian input
3. Penilaian proses
4. Penilaian hasil
Penilaian konteks
Dilakukan untuk mengenalpasti dan mengetahui keadaan persekitaran yang
hendak diubah dan seterusnya mengenalpasti keperluan masalah yang wujud. Hasil
daripada penilaian ini ialah pembentukan objektif program
119
Penilaian input
Bertujuan menentukan sumber-sumber yang diperlukan, cara penggunaan
sumber-sumber itu dan pengemblengan sumber, dan kaedah untuk mencapai objektif
program. Penilaian ini akan menghasilkan satu rangka tindakan atau jadual kerja untuk
melaksanakan program.
Penilaian proses
Dikenali juga sebagai pengawasan(monitoring). Bertujuan memberi maklumbalas
ke arah pengubahsuaian serta pembaikan rangka tindakan. penilaian ini cuba mengetahui
kelemahan serta kekuatan dalam rangka tindakan serta perlaksaan. Di antara perkara
yang diawasi ialah saluran komunikasi, tempat, kefahaman dan penerimaan program,
kecukupan sumber, hubungan intrapersonal dan kemudahan fizkal.
Proses penilaian
Dalam membuat satu rangka penilaian, terdapat beberapa peringkat yang perlu
diikuti iaitu :
1. Tentukan apakah tujuan dilakukan penilaian
2. Tentukan criteria penilaian yang akan dibangunkan
3. Tentukan bukti-bukti yang diperlukan sertacara untuk mendapatkannya
4. Buat pertimbangan dengan membadingkan bukti dengan criteria
5. Laporkan hasil penilaian
120
Kriteria penilaian
Banyak perkara yang bioleh digunakan sebagai criteria penilaian. Berikut
dipaparkan tatatingkat criteria penilaian yang merangkumi tujuh tahap. Lagi tinggi tahap
criteria yang dibangunkan adalaj lebih baik. Dan seterusnya memberikan ganbaran yang
lebih jelas dari segi kejayaan seyuatu program itu.
Peringkat menganalisis hasil dan keberkesanan program dan sama ada program
terlaksana seperti yang dirancang atau tidak dikenali sebagai proses penilaian. Proses
penilaian boleh dibuat dengan menggunakan Model 7 S McKinsey yang dilihat dari segi
S trategy, S ystems, S taff, S kills, S tyle, S hared values dan S tructure dan Kaedah
Penyoalan atau Lampu Isyarat di mana merah mewakili apa yang tidak patut diteruskan,
jingga mewakili apa yang patut dipertimbangkan sama ada untuk memberhentikan atau
meneruskan sesuatu perkara dan hijau pula mewakili apa yang baik yang harus diteruskan
dan disampaikan kepada penerima yang akan datang. Proses pengurusan program
dikatakan berlaku secara terus-menerus kerana hasil daripada proses penilaian ini akan
dijadikan sebagai input untuk merancang program yang akan datang.
Matlamat diri
Perubahan amalan
Perubahan KASA
121
Reaksi
Penglibatan
Aktiviti
Input
Penilaian dan proses membuat keputusan
Langkah-langkah dalam membuat keputusan
1. Menentu dan mencari punca maklumat
2. Menentu dan mencari pilihan/alternatif
3. Membanding dan menganalisa alternatif
4. Memilih alternatif yang paling baik
122