umdatul qari

Upload: imanaddin89

Post on 20-Jul-2015

516 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

1 1. PENGENALAN RINGKAS KITAB

Nama Kitab

c

Umdat al-Qri Syar ai Al-Bukhriyy

( )

Pengarang

Al-Imam Al -cAllmat Badr al-Din Abi Muhammad Mamud bin Amad al-cAin

))

2

Pekerjaan

Sufi di Zahiriyah / Qadi al-Qudat di sebuah Madrasah & merupakan seorang Muhtasib (Pengawal Syaricah)c

Pentahqiq Terbitan Tahun terbitan Isi kandungan

Abdullah Mamud Muhammad cUmar Dar al-Kutub cIlmiyah

( )

1421 Hijrah/2001 Masihi -25 Juz -97 Kitab ( Bermula dengan Kitab Bad ul Wahyi sehingga Kitab Tauhd) -Setiap Juz mempunyai halaman yang berbeza (tidak termasuk kulit) -Pengenalan (15 halaman) Panjang(24.5cm) Lebar (17cm) Tebal (3 cm) Berwarna hitam -Tulisan dan corak di muka depan berwarna emas. -Bersaiz sederhana -Berkulit tebal Al-JamicAl-Musnad Al-aiAl-Mukhtaar Min cUmur Rasulillah sallallahu calahi wasallam Wa Sunanih wa Ayyamih (ai Bukhriyy) karangan Abu cAbdullah Muhammad Bin Ismacil Bin Ibrahim Bin Al-Mughirah Bin Bardizbah Al-Jucfi AlBukhriyy (Imam Al-Bukhriyy)

Halaman Ukuran Warna kulit Ciri-ciri Sumber rujukan

Kecenderungan

-Mensyarahkan Kitab Sai Bukhriyy, mengemukakan kumpulan sanad bagi setiap hadith

3

Jenis tulisan Bilangan bab

dan disebutkan Rijal Al-adith Khat Nasakh Banyak bab di bawah setiap kitab

2. BIODATA RINGKAS PENGARANG

4

Nama Pengarang

Al-Imam Al -cAllmat Badr al-Din Abi Muhammad Mamud bin Amad al-cAin

))Tarikh Lahir Tempat lahir 762 Hijrah / 1360 Masihi Kota Ayntb ( Gaziantep di Turki)c

Tarikh Wafat Tempat Wafat

855 Hijrah / 1453 Masihi Kaherah

Pendidikan

-Pendidikan di rumah dan sekolah Hanafi -Pernah berhubung dengan Syeikh al-Hanafi Sayrami (Pengetua Madrasah Zahiriyah).

5

-Menuntut ilmu dalam bidang sejarah, adab dan ilmu-ilmu agama Islam. Jawatan Kelulusan Status pengarang - Fasih bahasa Turki -Sufi di Zahiriyah / Qadi al-Qudat di sebuah Madrasah -Muhtasib (Pengawal Syariah) Sarjana Islam Sunni dari MadhChab Hanafi -Seorang yang faqih dan berpengetahuan dalam bidang sejarah, adab dan agama Islam. - Suka bermusafir untuk mencari ilmu (Pernah bermusafir ke Kaherah mengikut Syeikh al-Hanafi Sayrami) - Mempunyai konflik dengan pemerintah ketika itu Jrkas alKhall yang cuba menghalaunya keluar dari Kaherah. Beliau Kemudian menggambarkan al-Khalili sebagai sombong dan diktator (pemerintah kuku besi).Beliau berkata: Al-Khalili merupakan seorang lelaki yang senang dengan pendapatnya sendiri.1 Guru-gurunya

, , , , ,

1

http://en.wikipedia.org/wiki/Badr_al-Din_al-Ayni [24 januari 2011]

6

, , , , , Murid-muridnya

, , , , , , , , , 3

2

., ,

Antara karya/tulisannya

4

.

3. ISI KANDUNGAN KITAB Buku ini mempunyai 25 Juz dan di dalam setiap juz terkandung kitab-kitab dan bab-bab. Di dalam setiap juz akan dimulakan dengan basmalah dan selepas itu tajuk kitab di bawahnya terdapat huraian sedikit mengenai kitab tersebut. Selain itu, penerangan ringkas selepas tajuk bab dan pengajaran bagi bab-bab tertentu. Hampir setiap akhir juz akan diakhiri dengan kata-kata

2 3

http://www.sunnah.org.sa/ar/sunnah-sciences/modern-methods/707-2010-08-06-12-04-01 [25 Januari 2011] http://www.sunnah.org.sa/ar/sunnah-sciences/modern-methods/707-2010-08-06-12-04-01 [25 Januari 2011] 4 http://www.sunnah.org.sa/ar/sunnah-sciences/modern-methods/707-2010-08-06-12-04-01 [25 Januari 2011]

7

pengharapan dan berunsur merendah diri. Huraian ringkas yang dapat diutarakan adalah seperti berikut : Juzc Pertama : Kitab Permulaan Wahyu dan Kitab Iman. Juzc pertama ini mensyarahkan Kitab ai Al-Bukhriyy mengenai Kitab Permulaan Wahyu dan Kitab Iman, di bawah setiap kitab menpunyai bab-bab. Dalam Kitab Iman, pengarang mensyarahkan ab mengenai terbinanya Islam atas lima perkara seperti penyaksiaan diri kepada Allah SWT dan membenarkan utusan-Nya Nabi Muhammad sallallahu calahi wasallam, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa dan menunaikan haji. Kelima-lima perkara tersebut merupakan rukun Iman bagi seseorang mukallaf di atas muka bumi ini. Selain itu, pengarang mensyarahkan mengenai perkara-perkara yang utama tentang Islam dan banyak lagi bab-bab yang disyarahkan oleh pengarang dengan metod tersendiri bersandarkan kitab asalnya, kitab ai Bukhriyy. Juzc Kedua : Kitab Ilmu dan Kitab Wudu. Juzc ini mensyarahkan mengenai Kelebihan Ilmu, Bagaimana Cara Menuntut dan Mengambil atau Memindahkan Ilmu. Selain itu, di bawah kitab ini juga ada mensyarahkan Kelebihan Ilmu dan Kelebihan Mempelajari Ilmu. Ada juga Bab Bagaimana Terhapus atau Terangkat Ilmu. Pengarang juga mensyarahkan tentang Kitab Wudu seperti Bab Bilangan Membasuh Kepala, Bab Tidak Diterima Solat Tanpa Bersuci, Bab Istinja Dengan Air dan banyak lagi.

Juzc Ketiga : Sambungan Kitab Wudhu, Kitab Mandi, Kitab Haid. Juzc ketiga pula membincangkan berkaitan dengan Bab Wudu Sebelum Mandi, Bab Kencing Kanak-kanak, Bab Siwak dan sebagainya. Juz ini juga membahaskan mengenai Kitab Haid dan di dalam kitab ini ada Bab Bagaimana Permulaan Haid, Bab Mandi Bagi Perempuan Yang Sudah Habis Haid dan banyak lagi yang dibahaskan.

8

Juzc Keempat : Kitab Tayamum dan Kitab Solat. Juzc ini membahaskan tentang Tayamum dan Solat. Kitab Tayamum pengarang membahaskan Bab Ketiadaan Air dan Keharusan Bertayamum Dengan Tanah, Bab Anggota Tayamum dan sebagainaya. Selain itu, Kitab Solat pula membahaskan Bab Tersingkap Aurat Ketika Solat, Bab Qiblat Ketika Solat dan lain-lain lagi.

Juzc Kelima : Kitab Waktu Solat dan Kitab Doa. Juzc ini mengandungi perbahasan tentang waktu solat di bawahnya terdapat bab-bab seperti Bab Mengakhirkan Zohor ke Asar, Bab Kelebihan Solat Asar dan lain-lain lagi. Manakala Kitab Doa membahaskan mengenai Bab Permulaan Doa, Bab Doa Selepas dan Sebelum Fajar, Kelebihan Solat Isya Berjemaah dan banyak lagi. Juzc Keenam : Kitab Adzan, Kitab Al-Jumucah, Kitab Solat Khauf dan Kitab cIdain. Juzc ini mengandungi Kitab Adzan yang membincangkan mengenai Bab Permulaan Adzan, Bab Keutamaan Mengumandangkan Adzan, Bab Keutamaan Solat Berjamacah dan sebagainya.Selain itu, terdapatnya Kitab Al-Jumucah yang dimulai dengan Basmalah seperti pada Kitab yang lain sebelum ini dan seterusnya menerangkan secara ringkas mengenai Kitab AlJumucah.Kitab ini mempunyai 41 bab kesemuanya.Dimulakan dengan Bab Kefardhuan Solat Jumucah menerusi firman Allah S.W.T :

.

9

Maksud:. ..apabila diserukan adzan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Surah Al-Jumucah 62:9) Selain itu juga,terdapat di dalamnya Kitab Solat Khauf iaitu solat apabila dalam keadaan ketakutan. Terdapat hanya 6 bab sahaja di bawah Kitab Solat Khauf ini yang membahaskan mengenai Solat dalam keadaan ketakutan menerusi Bab Sebahagian Menjaga Sebahagian Yang Lain Dalam Solah Khauf, Bab Solat Ketika Menyerang dan Bertemu Musuh dan sebagainya. Seterusnya terdapat Kitab cIdain iaitu Kitab Dua Hari Raya yang membincangkan dua hari raya yang disambut saban tahun oleh seluruh umat Islam iaitu Eidul Fitr dan Eidul Aha. Kitab ini membolehkan kita mengetahui hal-hal yang disunnahkan bagi umat Islam pada dua hari raya ini kerana bab ini terdapat di dalam Kitab ini.terdapat 26 bab di dalam Kitab cIdain ini. Juzc Ketujuh : Kitab Al-Witr, Kitab Al-Istisqac (Minta Hujan), Kitab Al-Kusuf (Gerhana), Kitab Sujud Tilawah, Kitab Meringkaskan Solat, Kitab Tahajjud, Kitab Keutamaan Solat Di Masjid Makkah dan Madinah ,Kitab Perbuatan Dalam Solat dan Kitab Al-Sahwi. Pada jilid ini, pengarang meletakkan di dalamnya Kitab Al-Witr.Kitab ini mengandungi 7 bab yang merangkumi di dalamnya Bab Waktu Solat Witir, Bab Rasulullah sallallahu calahi wasallam Mengejut Keluarganya (isterinya) Untuk Melaksanakan Solat Witir, Bab Solat Witir Penutup Solat Malam dan lain-lain lagi.Seterusnya terdapat Kitab Al-Istisqac (Minta Hujan) sebanyak 28 bab, Kitab Al-Kusuf (Gerhana) sebanyak 19 bab, Kitab Sujud Tilawah sebanyak 12 bab, Kitab Meringkaskan Solat (Qasar) sebanyak 20 bab, Kitab Tahajjud sebanyak 37 bab, Kitab Keutamaan Solat di Masjid Makkah dan madinah sebanyak 6 bab , Kitab Perbuatan Dalam Solat sebanyak 18 bab dan Kitab Al-Sahwi sebanyak 9 bab sahaja.

10

Juzc Kelapan: Kitab Al-Janaiz dan Kitab Al-Zakat Menerusi jilid ini, dimulakan padanya Kitab Al-Janaiz. Terdapat 98 bab kesemuanya.Dimulakan dengan Bab Jenazah dan Orang Yang Mengakhiri Perkataanya Dengan Lafaz diakhiri dengan Bab Menyebut-nyebut Keburukan Mayat. Seterusnya, terdapat Kitab Al-Zakat yang mengandungi sebanyak 32 bab pada jilid ini dan bersambung babnya yang lain pada jilid kesembilan. Juzc Kesembilan: Sambungan Kitab Al-Zakat dan Kitab Al-Hajj Di dalam jilid ini, ia dimulakan dengan sambungan dari Kitab Al-Zakat bermula dengan Bab Zakat Perak dan diakhiri dengan Bab Sedekah ( Zakat) Fitrah Ke Atas Anak Kecil dan Orang Dewasa. Terdapat 80 bab kesemuanya di dalam Kitab Al-Zakat. Selain itu, terdapat pula Kitab Al-Hajj yang dimulai dengan Bab Kewajipan Haji dan Keutamaanya, Bab Firman Allah S.W.T (berkaitan haji). Sebagaimana Firman Allah S.W.T:

dan

Maksud: "Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan Ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh."(Surah Al-Hajj 22:27) Diakhiri dengan Bab Bersegera ke Tempat Wuquf.Terdapat 91 bab kesemuanya di dalam jilid ini dan bersambung pada jilid 10.

11

4. METODOLOGI KITAB Gaya bahasa Sederhana dan mudah untuk difahami.Namun, ianya bergantung juga kepada individu tersebut

12

untuk memahaminya. Penggunaan hadith Mengandungi hadith sahih kerana pengarang kitab (Al-Imam Al -cAllmat Badr al-Din Abi Muhammad Mamud bin Amad al-cAin) dan pentahqiqnya (cAbdullah Mahmud Muhammad cUmar) menggunakan sumber yang asal (ai Imam Bukhriyy ). Terang, jelas dan mudah dibaca oleh pembaca dan pengkaji untuk membaca dan membuat kajian. Mempunyai indeks berpandukan tajuk dan babbab dalam kitab asal, ai Bukhriyy. Tajuk utama dan bab ditebalkan. Tidak mempunyai contoh peta minda dan carta untuk memudahkan para pembaca dan pengkaji memahami tetapi terdapat header (tajuk utama bahagian atas) dan halaman bersama tajuk kitab. Teratur dan Kemas Menerangkan hujah-hujah bersandarkan kepada kitab Sai Bukhriyy. Tajuk dimulakan dengan Basmalah diikuti dengan Kitab dan di bawahnya bab, hadith dan huraiannya. Disebutkan rijal hadith (perawi hadith) di setiap bab. Dinyatakan pandangan ulamac Tidak mempunyai nota kaki.

Tulisan

Indeks Tajuk Grafik

Penyusunan

Nota kaki

Selain itu, kitab cUmdatul Qri Syar ai Bukhriyy ini menggunakan kaedah Muqarin (perbandingan), iaitu membandingkan hadith sama ada yang memiliki maksud yang sama atau mirip dalam sifat yang sama atau memiliki suntingan yang berbeza dalam sifat yang sama. Cara ini juga membandingkan pelbagai pendapat ulamac syarah dalam mensyarahkan hadith. Jadi, cara ini tidak hanya membandingkan hadith dengan hadith lain, tetapi ia juga

31

.membandingkan pendapat para ulamac dalam mensyarahkan hadith )Ciri-ciri Metod Muqarin (Perbandingan 1). Perbandingan antara perawi-perawi, kandungan makna dari hadith yang .diperbandingkan 2). Membahaskan perbandingan berbagai perkara yang dibicarakan oleh hadith .tersebut 3). Perbandingan pendapat para ulamac mencakupi ruang lingkup yang sangat luas kerana huraiannya membicarakan berbagai aspek, sama ada berkaitan kandungan .(makna) hadith mahupun hubungkait antara hadith dengan hadith Ciri utama kaedah ini adalah perbandingan, iaitu membandingkan hadith dengan .hadith, dan pendapat ulamac dalam mensyarahkan hadith

: Contohnya

" " " " " " " " " " "" : , , , ... " ".... " .... . ....: : , ... . , . . : ...

41

... , , : , ... ...: ...

5. LAMPIRAN

15

16

17

6. KESIMPULAN Kesimpulannya, cUmdatul Qri merupakan sebuah kitab yang berguna kepada mereka yang ingin mengkaji terutamanya kitab Al-JamicAl-Musnad Al-aiAl-Mukhtaar Minc

Umur Rasulillah sallallahu calahi wasallam Wa Sunanih wa Ayyamih

(ai Bukhriyy)

karangan Abu cAbdullah Muhammad Bin Ismacil Bin Ibrahim Bin Al-Mughirah Bin Bardizbah AlJucfi Al-Bukhriyy iaitu Imam Al-Bukhriyy kerana ia mensyarahkan kitab tersebut. Namun, kitab cUmdatul Qri tidak sesuai untuk mereka yang baru dalam membuat kajian kerana perbahasan yang dikemukakan terlalu luas sehingga sulit untuk menentukan pilihan kerana perbahasannya merangkumi pelbagai pendapat dari para ulamac yang memungkinkan para pengkaji yang baru dalam membuat kajian sukar untuk mengkajinya. Sesungguhnya usaha ulamac dalam memperkembangkan ilmu hadith amat dialu-alukan oleh dunia Islam supaya umat Islam lebih terkehadapan dalam bidang ilmu terutamanya yang berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah. Semoga usaha para ulamac dalam menyampaikan hadith dan segala ilmu yang baik akan mendapat keredhaan dan ganjaran dari Allah S.W.T kelak.InsyaAllah. Wallahualam.