ulasan buku permata pengislahan...

22
1 ULASAN BUKU PERMATA PENGISLAHAN PERUNDANGAN ISLAM (Biografi Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Ahmad Mohamed Ibrahim) Siti Shamsiah Md Supi Abstrak Profesor Ahmad Ibrahim dirujuk sebagai "permata" dalam perundangan kerana beliau merupakan tokoh perundangan tanah air yang banyak melakukan perubahan terhadap sistem Undang-undang Islam dan pelaksanaannya di Malaysia. Buku biografi Profesor Ahmad yang ditulis oleh Abdul Monir Yaacob dan tiga orang penulis lain merupakan salah satu usaha dalam menerangkan sumbangan beliau kepada khalayak pembaca dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia, dan dari sisi yang lain turut ditujukan kepada generasi baharu. Tidak keterlaluan juga untuk penulis nyatakan bahawa ulasan yang dibuat selepas sedekad buku ini diterbitkan adalah bagi memperingati tokoh terkemuka yang pernah menyumbangkan budi hingga akhir hayat beliau sehingga pembangunan perundangan Islam di negara ini dari pelbagai aspek dapat dilihat dan dinikmati oleh masyarakat Islam di Malaysia hingga ke hari ini. Buku ini diulas dan dipersembahkan kepada khalayak adalah sebagai menjelaskan tentang isi kandungannya supaya pembaca dapat menjangkakan dan membayangkan keseluruhan buku berkenaan. Buku yang mengandungi 12 tajuk ini merangkumi tiga kategori perbincangan iaitu peribadi, kerjaya dan sumbangan beliau terhadap Undang-undang Islam di Singapura dan Malaysia. Antara keistimewaan yang biasanya terdapat dalam buku-buku biografi, adalah apabila ia berkongsi dengan pembaca tentang keperibadian tokoh yang menjadi subjek buku tersebut. Begitu jugalah yang ada pada buku ini, selain sumbangan beliau yang terlihat dari pelbagai lapisan bidang termasuk dalam bidang guaman, akademik, keanggotaan dalam berbagai-bagai jawatankuasa dan sebagai penasihat kepada institusi-institusi sama ada di Singapura mahupun Malaysia. Usaha beliau yang paling signifikan dalam memartabatkan kedudukan agama Islam di negara ini adalah apabila pindaan terhadap Perkara 121 1(A) Perlembagaan Persekutuan yang menghasilkan kedudukan Mahkamah Syariah yang mempunyai bidang kuasa yang tersendiri, dan tidak boleh dicampuri oleh mahkamah sivil. Akhirnya, ulasan buku ini dapat merumuskan bahawa keseluruhan hidup sepanjang hayat tokoh ini adalah untuk memartabatkan Undang-undang Islam; in the service of Islam. Mudah-mudahan roh beliau berada dalam kalangan anbiya' dan solihin. Al-Fatihah. Pengenalan Buku biografi yang merujuk Profesor Ahmad Ibrahim (selepas ini disebut Profesor Ahmad) sebagai watak utama ini adalah usaha murni pihak Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dalam memperkenalkan tokoh perundangan Islam ini kepada masyarakat umum, terutamanya kepada generasi muda yang masih baru melibatkan diri dalam dunia perundangan Islam di Malaysia.

Upload: lydang

Post on 12-Feb-2018

255 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: ULASAN BUKU PERMATA PENGISLAHAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2017/11/07-Ulasan-Buku... · Harun Hashim telah menceritakan pengalaman beliau ketika bersama Profesor

1

ULASAN BUKU

PERMATA PENGISLAHAN PERUNDANGAN ISLAM

(Biografi Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Ahmad Mohamed Ibrahim)

Siti Shamsiah Md Supi

Abstrak

Profesor Ahmad Ibrahim dirujuk sebagai "permata" dalam perundangan kerana beliau

merupakan tokoh perundangan tanah air yang banyak melakukan perubahan terhadap sistem

Undang-undang Islam dan pelaksanaannya di Malaysia. Buku biografi Profesor Ahmad

yang ditulis oleh Abdul Monir Yaacob dan tiga orang penulis lain merupakan salah satu

usaha dalam menerangkan sumbangan beliau kepada khalayak pembaca dalam kalangan

masyarakat Islam di Malaysia, dan dari sisi yang lain turut ditujukan kepada generasi baharu.

Tidak keterlaluan juga untuk penulis nyatakan bahawa ulasan yang dibuat selepas sedekad

buku ini diterbitkan adalah bagi memperingati tokoh terkemuka yang pernah

menyumbangkan budi hingga akhir hayat beliau sehingga pembangunan perundangan Islam

di negara ini dari pelbagai aspek dapat dilihat dan dinikmati oleh masyarakat Islam di

Malaysia hingga ke hari ini. Buku ini diulas dan dipersembahkan kepada khalayak adalah

sebagai menjelaskan tentang isi kandungannya supaya pembaca dapat menjangkakan dan

membayangkan keseluruhan buku berkenaan. Buku yang mengandungi 12 tajuk ini

merangkumi tiga kategori perbincangan iaitu peribadi, kerjaya dan sumbangan beliau

terhadap Undang-undang Islam di Singapura dan Malaysia. Antara keistimewaan yang

biasanya terdapat dalam buku-buku biografi, adalah apabila ia berkongsi dengan pembaca

tentang keperibadian tokoh yang menjadi subjek buku tersebut. Begitu jugalah yang ada

pada buku ini, selain sumbangan beliau yang terlihat dari pelbagai lapisan bidang termasuk

dalam bidang guaman, akademik, keanggotaan dalam berbagai-bagai jawatankuasa dan

sebagai penasihat kepada institusi-institusi sama ada di Singapura mahupun Malaysia.

Usaha beliau yang paling signifikan dalam memartabatkan kedudukan agama Islam di

negara ini adalah apabila pindaan terhadap Perkara 121 1(A) Perlembagaan Persekutuan

yang menghasilkan kedudukan Mahkamah Syariah yang mempunyai bidang kuasa yang

tersendiri, dan tidak boleh dicampuri oleh mahkamah sivil. Akhirnya, ulasan buku ini dapat

merumuskan bahawa keseluruhan hidup sepanjang hayat tokoh ini adalah untuk

memartabatkan Undang-undang Islam; in the service of Islam. Mudah-mudahan roh beliau

berada dalam kalangan anbiya' dan solihin. Al-Fatihah.

Pengenalan

Buku biografi yang merujuk Profesor Ahmad Ibrahim (selepas ini disebut Profesor Ahmad)

sebagai watak utama ini adalah usaha murni pihak Institut Kefahaman Islam Malaysia

(IKIM) dalam memperkenalkan tokoh perundangan Islam ini kepada masyarakat umum,

terutamanya kepada generasi muda yang masih baru melibatkan diri dalam dunia

perundangan Islam di Malaysia.

Page 2: ULASAN BUKU PERMATA PENGISLAHAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2017/11/07-Ulasan-Buku... · Harun Hashim telah menceritakan pengalaman beliau ketika bersama Profesor

2

IKIM mempunyai perkongsian sejarah dengan Profesor Ahmad terutama pada ketika

IKIM masih baru berperanan sebagai institusi yang memberi kefahaman Islam kepada

masyarakat awam di Malaysia. Profesor Ahmad mempunyai peranan yang besar dalam

memastikan IKIM dapat menjalankan fungsinya secara berkesan, dalam pelbagai bidang

terutamanya dalam bidang Undang-undang Islam. Oleh yang demikian, IKIM mengambil

inisiatif untuk melaksanakan satu projek kajian yang hasilnya dapat merakam bahagian-

bahagian penting menerus sejarah hidup beliau, iaitu dalam bentuk buku biografi.

Bab 1: Metodologi Penyelidikan

Menerusi Bab Pertama, Profesor Ahmad dirujuk sebagai "permata" dalam perundangan

kerana beliau merupakan tokoh perundangan tanah air yang banyak melakukan perubahan

terhadap sistem Undang-undang Islam dan pelaksanaannya di Malaysia. Buku biografi

Profesor Ahmad yang ditulis oleh Abdul Monir Yaacob dan tiga orang penulis lain

merupakan salah satu usaha dalam menerangkan sumbangan beliau kepada khalayak

pembaca dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia, dan dari sisi yang lain turut

ditujukan kepada generasi baru.

Tidak keterlaluan juga untuk penulis nyatakan bahawa ulasan yang dibuat selepas

sedekad Buku Permata Pengislahan Perundangan Islam ini diterbitkan adalah bagi

memperingati tokoh terkemuka yang pernah menyumbangkan budi hingga akhir hayat

beliau sehingga pembangunan perundangan Islam di negara ini dari pelbagai aspek dapat

dilihat dan dinikmati oleh masyarakat Islam di Malaysia hingga ke hari ini.

Ketokohan beliau dalam bidang perundangan Islam banyak dinukilkan dan ditulis

oleh cendekiawan tanah air. Ia dimulai dengan tulisan M.B Hooker yang bertajuk, Islamic

and Malaysian Law: The Contribution of Professor Ahmad Ibrahim yang terdapat dalam

buku The Malaysian Legal System, 1986. Hooker menceritakan secara terperinci mengenai

sumbangan Profesor Ahmad yang berkecimpung dalam perundangan selama 30 tahun.

Seterusnya penulisan terhadap beliau oleh Tan Sri Harun Hashim yang bertajuk Memorial

Notice: Professor Tan Sri Ahmad Ibrahim dalam Malayan Law Journal, 1999. Tan Sri

Harun Hashim telah menceritakan pengalaman beliau ketika bersama Profesor Ahmad

dengan menjelaskan tokoh ini sebagai seorang yang bersungguh-sungguh dan beriltizam

untuk mengangkat taraf Mahkamah Syariah di Malaysia.

Page 3: ULASAN BUKU PERMATA PENGISLAHAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2017/11/07-Ulasan-Buku... · Harun Hashim telah menceritakan pengalaman beliau ketika bersama Profesor

3

Selain itu, Aziz Bari juga menulis mengenai beliau yang bertajuk Ahmad Ibrahim

and The Islamisation of Law in Malaysia yang dimuatkan dalam Monograph on Selected

Malay Intellectuals, 2006. Aziz Bari telah membuat analisis secara terperinci terhadap

sumbangan beliau dalam perundangan sivil mahupun Syariah. Penulisan ini juga

menceritakan mengenai idea Profesor Ahmad dalam membawa idea common law Malaysia

walaupun idea tersebut tidak sampai ke peringkat pelaksanaannya. Aziz Bari turut bersetuju

bahawa Profesor Ahmad telah meletakkan Islam sebagai instrumen yang penting dalam

perundangan.

Sebelum buku biografi tersebut ditulis, masih belum ada penulisan dalam bahasa

Melayu yang menyentuh secara menyeluruh mengenai kehidupan beliau iaitu bermula dari

kecil sehingga nafas beliau berakhir. Terdapat ruang yang amat luas untuk diisi bagi

memenuhi keperluan masyarakat Islam di negara ini agar mereka dapat "mengikuti"

perjalanan hidup tokoh ini. Buku ini ditulis dalam bahasa Melayu kerana beliau adalah

sebahagian daripada kita dan maslahah umat Islam di Malaysia dari sudut perundangan

Islam adalah matlamat perjuangan beliau.

Pembikinan sesebuah buku biografi memerlukan pengumpulan data berkaitan

individu terbabit. Dalam buku ini penulis telah menjelaskan bagaimana pengumpulan data

dibuat. Penyelidikan dengan menggunakan metode temu bual dibuat bagi mendapatkan data

mengenai perihal Profesor Ahmad. Keluarga beliau adalah sumber primer bagi mendapatkan

data-data personal. Pertemuan bersama keluarga beliau menghasilkan dapatan tentang

sejarah dan kehidupan Profesor Ahmad secara peribadi.

Contohnya, melalui En. Ismail yang merupakan salah seorang daripada anak beliau,

menyatakan bahawa Profesor Ahmad merupakan seorang yang tidak banyak bercakap,

berperwatakan serius dan sikapnya hanya dapat difahami melalui jawapan, respons dan cara

beliau bertindak. Selain temu bual bersama keluarga terdekat, penulis juga menemui

saudara tiri, rakan setugas, rakan sebidang, rakan seperjuangan dan bekas pelajar.

Pengumpulan data bukan sahaja melalui metode temu bual bahkan penulis turut

mengumpul data dalam metode analisis dokumen. Dokumen-dokumen yang diperoleh

adalah terdiri daripada rekod-rekod beliau semasa menuntut di St. John College Universiti

Cambridge. Selain itu, bahan-bahan yang berkaitan juga turut ditemui di The National

Archive di Kew Garden, Richmond Surrey. Perkara ini dapat membantu penulis dalam

menghuraikan fakta terhadap sumbangan beliau.

Page 4: ULASAN BUKU PERMATA PENGISLAHAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2017/11/07-Ulasan-Buku... · Harun Hashim telah menceritakan pengalaman beliau ketika bersama Profesor

4

Menerusi perbincangan mengenai metodologi penyelidikan dalam buku ini, jelas

bahawa buku ini amat mementingkan ketulenan fakta yang diperoleh. Usaha penulis untuk

mendapatkan fakta yang asli bertujuan untuk menjadikan buku ini sebagai sebuah buku

ilmiah di samping menjelaskan sesuatu berserta bukti.

Bab 2: Latar belakang Keluarga

Bab Dua dalam buku ini adalah permulaan penceritaan tentang kisah hidup Profesor Ahmad.

Beliau dilahirkan pada 15 Mei 1916. Sebenarnya ibu bapa beliau berasal dari utara India,

dan keluarga beliau datang dan menetap di Singapura selepas datuknya membuat keputusan

untuk berhijrah ke situ atas urusan perniagaan.

Bapa beliau merupakan seorang doktor perubatan yang mendapat ijazah perubatan

dari London dan Pulau Pinang. Selain memberikan perkhidmatan kepada masyarakat dari

aspek kesihatan, bapa beliau mempunyai personaliti yang istimewa sehingga amat dikenali

oleh masyarakat pada ketika itu, iaitu sebagai seorang yang suka membantu golongan susah

dengan memberikan perkihidmatan rawatan secara percuma.

Sudut keakraban dengan kaum kerabat, keluarga Profesor Ahmad mempunyai

hubungan yang erat sesama mereka kerana tinggal berhampiran dengan nenek, bapa saudara

dan sepupu-sepupunya.

Beliau adalah seorang remaja yang aktif berpersatuan. Antaranya, melibatkan diri

dengan Kesatuan Fizikal dan Kesusasteraan Anak Muda. Di Raffles College, beliau terlibat

sebagai ahli Persatuan Islam. Dalam sebuah program yang dihadiri oleh Dr. Khalid

Sheldrake, beliau turut terlibat untuk menyambut Dr. Khalid. Persatuan Islam di Raffles

College telah menjadikan Profesor Ahmad sebagai seorang individu yang mempunyai

semangat untuk menyumbang sesuatu kepada agama. Buku ini telah telah menceritakan

bagaimana Profesor Ahmad ketika remajanya sudah mempunyai kecenderungan untuk

memberi sumbangan demi agama. Hal ini memberi gambaran terhadap pembaca bahawa

kejayaan seseorang itu pada masa hadapannya adalah bermula dengan lakaran yang

dilakukan pada zaman remajanya.

Profesor Ahmad mendirikan rumah tangga pada tahun 1942 dengan seorang gadis

yang merupakan sepupunya bernama Salma (Puan Sri) binti Mohamed Tahir. Perkahwinan

bahagia ini telah dikurniakan dengan 10 orang cahaya mata.

Page 5: ULASAN BUKU PERMATA PENGISLAHAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2017/11/07-Ulasan-Buku... · Harun Hashim telah menceritakan pengalaman beliau ketika bersama Profesor

5

Telah dinyatakan pada awal tadi bahawa Profesor Ahmad merupakan seorang yang

tidak banyak bercakap. Walaupun demikian, menurut anak-anak beliau, mereka amat

memahami prinsip bapa mereka, dan setiap keputusan beliau tidak pernah dipertikai oleh

mereka.

Walaupun rutin harian Profesor Ahmad amat sibuk, tetapi masa untuk bersama-sama

keluarga tidak pernah diabaikan. Makan malam bersama keluarga adalah cara bagi beliau

untuk meluangkan masa bersama-sama. Pada ketika inilah beliau akan mendengar semua

perkara daripada anak-anaknya.

Satu perkara yang menarik pada Profesor Ahmad yang jarang-jarang berlaku pada

sesiapa. Seperti orang lain, beliau juga memiliki kenderaan sendiri tetapi yang

membezakannya beliau tidak pernah memandu. Perkara ini dinyatakan oleh sahabat beliau,

Nik Abdul Rashid, yang menyatakan bahawa Profesor Ahmad tidak pernah memandu dan

tidak memiliki lesen memandu walaupun memiliki kenderaan sendiri. Beliau menggunakan

khidmat pemandu bagi memenuhi keperluan beliau untuk ke mana-mana destinasi.

Profesor Ahmad merupakan seorang yang memiliki tubuh yang tegap dan tinggi

ketika muda dan sentiasa berpakaian kemas. Identitinya juga terletak pada songkok yang

sentiasa dipakainya. Personaliti sedemikian menimbulkan anggapan bahawa beliau seorang

yang sukar untuk didekati. Sedangkan hakikatnya, beliau akan menerima sesiapa sahaja

ingin berurusan dengan beliau.

Menepati masa juga adalah imej Profesor Ahmad. Sesiapa sahaja yang ingin bertemu

beliau untuk sebarang urusan sama ada rasmi mahupun peribadi, perlu patuh pada masa dan

temu janji yang telah dibuat. Sekiranya seseorang itu hadir lewat, maka beliau akan terus

melayani temu janji seterusnya. Perwatakannya yang pendiam membataskan tulisan

biografi tentang cerita-cerita peribadi di sepanjang kehidupan beliau kerana beliau tidak

pernah berkongsi dengan sesiapa.

Walaupun begitu, menurut Profesor L.C. Green, beliau adalah seorang pemain hoki,

pemain bola sepak dan juga pelari pecut 100 dan 400 ela. Selain itu, beliau turut aktif dalam

aktiviti-aktiviti kebajikan dan sosial terutama yang melibatkan masyarakat Islam di

Singapura. Melalui sahabat-sahabat akrab beliau, beliau didapati amat menggemari durian,

kerana tidak pernah menolak ketika dijamu durian.

Page 6: ULASAN BUKU PERMATA PENGISLAHAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2017/11/07-Ulasan-Buku... · Harun Hashim telah menceritakan pengalaman beliau ketika bersama Profesor

6

Sebagai seorang cendikiawan yang berpengetahuan serta mempunyai pengalaman

luas dalam perundangan, beliau sering menjadi rujukan. Namun, itu tidaklah menghalang

beliau untuk mendapatkan pandangan daripada orang lain. Dalam hal ini, sekalipun terdapat

perbezaan pandangan, beliau tidak tergesa-gesa memberi reaksi malah menerimanya dengan

penuh beradab. Cara beliau memberi respons terhadap pandangan yang berbeza, menjadikan

semua pihak berpuas hati.

Penglibatan beliau sebagai seorang pensyarah telah memberi kesan yang mendalam

kepada pelajar-pelajarnya. Keikhlasan beliau ketika mendidik dan mengajar amat dirasai

dalam kalangan pelajar beliau. Hal ini dapat dirakam melalui penceritaan Profesor Lily

Rasjidi ketika beliau menyambung pengajian di peringkat sarjana dan Profesor Ahmad

merupakan penyelia beliau pada ketika itu. Profesor Lily berasa amat terkesan kerana

Profesor Ahmad telah menganggapnya seperti anaknya sendiri.

Profesor Ahmad sememangnya insan yang amat ikhlas. Keikhlasan beliau amat

terserlah ketika penglibatan beliau dalam menterjemah draf undang-undang enakmen negeri

Kelantan dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris sebelum ia diluluskan. Beliau sanggup

menerima tugasan tersebut kerana ingin membantu penasihat undang-undang pada ketika

itu, Dato’ Hamid Muhammad, yang tidak mempunyai waktu yang cukup untuk

menyelesaikannya.

Penjelasan yang mendalam mengenai latar belakang Profesor Ahmad, dari tarikh

kelahirannya sehinggalah beliau kembali ke rahmatullah pada jam 2.15 pagi, 17 April 1999,

tentunya dapat membantu pembaca untuk mengenali dengan lebih rapat tentang tokoh ini.

Bab 3: Pendidikan Profesor Ahmad Ibrahim

Dalam Bab Tiga penulis menceritakan tentang perjalanan hidup Profesor Ahmad sebagai

penuntut ilmu bermula dengan pendidikan awal beliau di Singapura kemudian di Universiti

Cambridge seterusnya latihan guaman di Middle Temple.

Pendidikan awal beliau bermula di St Anthony Boy’s School, Singapura. Pencapaian

beliau sebagai seorang pelajar cemerlang telah menjadikan beliau selalu mendapat hadiah

bagi semua mata pelajaran yang diambil. Hal ini membuatkan pihak sekolah menghadkan

tiga hadiah sahaja bagi seorang pelajar. Setelah beliau menamatkan pembelajaran di St.

Page 7: ULASAN BUKU PERMATA PENGISLAHAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2017/11/07-Ulasan-Buku... · Harun Hashim telah menceritakan pengalaman beliau ketika bersama Profesor

7

Anthony, beliau meneruskan pengajian di Sekolah Victoria Bridge dan seterusnya ke Raffles

Institution. Beliau diterima masuk ke Raffles College ketika berusia 16 tahun.

Kejayaan beliau mendapatkan Biasiswa Queen (Queen Scholarship) telah

melayakkan beliau menyambung pengajian di Universiti Cambridge semasa berumur 20

tahun. Beliau telah mengikuti kursus Ekonomi pada tahun pertama di Cambridge. Beliau

telah memperoleh Kelas Pertama (Economic Tripos 1) pada tahun 1937. Selepas itu, beliau

bertukar jurusan daripada ekonomi kepada undang-undang.

Dalam jurusan undang-undang, Profesor Ahmad telah menuntut daripada pensyarah-

pensyarah universiti yang terdiri daripada pakar undang-undang seperti S.J. Bailey, P.H.

Winfield dan Dr. Glanville Williams. Beliau juga memperoleh Kelas Pertama ketika

menduduki peperiksaan Law Qualifying Examination pada tahun 1938. Seterusnya pada

tahun 1940 beliau turut mengambil peperiksaan yang bertujuan bagi mendapatkan Ijazah

LLB. Beliau tidak mensia-siakan peluang di Cambridge sehingga beliau menjadi seorang

yang pakar dalam Undang-undang Inggeris.

Ketika di Cambridge juga, Profesor Ahmad telah mengikuti latihan guaman di

Middle Temple, London dengan melayakkannya menjadi peguam (call to the bar). Perkara

ini mendapat sokongan padu daripada Pengarah Pendidikan dan Penasihat Negeri-negeri

Melayu. Beliau telah pulang ke Singapura selepas mengikuti tempoh pupilage di Middle

Temple selama tiga tahun. Pada 16 September 1946, beliau telah diterima sebagai peguam

bela dan peguam cara Melayu yang pertama. Penerimaan beliau sebagai peguam telah

diadakan di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Agung Murray Aynsley. Penulis telah

membuat huraian secara terperinci mengenai pendidikan Profesor Ahmad bermula dari

beliau mula bersekolah di Singapura sehinggalah beliau menamatkan pengajian di

Universiti Cambridge.

Bab 4: Kerjaya di Singapura

Bab Empat dalam buku ini memfokuskan perjalanan kerjaya Profesor Ahmad di Singapura.

Selepas menamatkan pengajian di Cambridge, Profesor Ahmad memulakan perkhidmatan

sebagai editor Malayan Law Journal pada tahun 1940. Tugas beliau ketika itu adalah

membaca kes, membuat draf headnotes dan menulis nota pendek untuk Malayan Law

Journal. Pada masa yang sama beliau turut membuat persiapan untuk menduduki

Page 8: ULASAN BUKU PERMATA PENGISLAHAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2017/11/07-Ulasan-Buku... · Harun Hashim telah menceritakan pengalaman beliau ketika bersama Profesor

8

peperiksaan akhir Bar. Menurut al-Mansour Adabi, majikan beliau En. Bashir telah

berkongsi minat dengan beliau dalam bidang perundangan, dan perkara tersebut

menyuburkan lagi minat beliau dalam bidang tersebut.

Seterusnya pada pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, Ketua Jabatan Undang-

undang Jepun di Singapura Mr. Justice Noji meminta Profesor Ahmad melakukan kerja-

kerja penyelidikan. Selepas itu beliau telah dilantik sebagai kerani kepada Hakim

Mahkamah Tinggi Mr. Justice Raja Musa pada ketika itu. Kerjaya beliau pada tahap awal

telah memberi pendedahan dan pengalaman yang amat baik mengenai selok-belok undang-

undang dan prosedurnya.

Pada tahun 1947, Profesor Ahmad telah bekerja sebagai pembantu undang-undang

di firma KOH & KOH yang terletak D’Almelda Street, Singapura. Selain itu, beliau turut

ditawarkan dengan beberapa jawatan seperti Straits Settlement Legal Service, Assistant to

the Attorney General Singapore dan Traffic District Judge Singapore.

Walaupun ditawarkan dengan beberapa jawatan, tetapi pada tahun 1948 Profesor

Ahmad telah memilih pendidikan sebagai kerjayanya dengan menjadi pensyarah di Raffles

College Singapura. DYMM Tuanku Jaafar (Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan) dan

Tan Sri Raja Mohar (bekas penasihat ekonomi kerajaan Malaysia) adalah sebahagian pelajar

beliau ketika di Raffles College.

Pada tahun berikutnya iaitu pada tahun 1949, Profesor Ahmad beralih kerjaya dalam

bidang guaman sehingga 1955. Kes-kes kontroversi yang pernah beliau kendalikan ialah In

re Maria Hertogh, In re Hudjee Haroun decd., Re Mutchilim, In re Omar b. Sheikh Salleh,

L.S. Attias v. R.C. Non dan Re Appointmentof S.H.D Elias. Kes-kes ini melibatkan isu

berkaitan dengan Undang-undang Islam dan beliau amat komited terhadapnya. Pada tahun

1955, beliau kembali berkhidmat dengan kerajaan dan telah memegang jawatan sebagai

hakim daerah (judge district). Selepas itu, beliau telah dipindahkan ke pejabat Peguam

Negara.

Pada tahun 1957, Profesor Ahmad telah dilantik sebagai Senior Crown Counsel and

Deputy Public Prosecutor. Selepas itu, pada tahun 1959 ketika Singapura mendapat

autonomi, beliau telah dilantik sebagai State Advocate of Singapore yang pertama yang

merupakan jawatan tertinggi dalam bidang perundangan. Jawatan tersebut disandang oleh

beliau dari Jun 1959 sehingga Ogos 1965 dan bidang tugas beliau adalah memberi nasihat

undang-undang kepada kerajaan dan menggubal undang-undang.

Page 9: ULASAN BUKU PERMATA PENGISLAHAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2017/11/07-Ulasan-Buku... · Harun Hashim telah menceritakan pengalaman beliau ketika bersama Profesor

9

Dalam tempoh 18 bulan selepas pelantikannya, pelbagai undang-undang baharu

telah digubal yang antaranya ialah The Criminal Procedure Code (Amendment) Ordinance,

The Prevention of Corruption Ordinance, The Moneylenders Ordinance, The Women’s

Charter, The Defamation Ordinance dan The Administration of Muslim Law Ordinance.

Undang-undang tersebut merupakan sebahagian daripada undang-undang yang telah

digubal dan beliau adalah individu penting dalam penggubalan tersebut. Selain daripada itu,

beliau turut menubuhkan dan mengemaskinikan struktur Mahkamah Syariah serta menjadi

ahli Jawatankuasa Rayuan di bawah Muslim Ordinance.

Selepas beliau menyandang jawatan sebagai penasihat undang-undang, beliau telah

dilantik sebagai Peguam Negara Singapura dari Ogos 1965 sehingga 1967. Beliau

merupakan anak Melayu pertama yang menyandang jawatan tersebut kerana sebelum ini

jawatan berkenaan hanya disandang oleh orang-orang British. Berdasarkan huraian penulis

terhadap kerjaya Profesor Ahmad di Singapura dapat dilihat perincian terhadap jawatan-

jawatan yang disandang beliau. Walaupun demikian disebabkan penemuan yang terhad

terhadap dokumen dan bukti-bukti yang diperlukan, buku ini tidak dapat menjelaskan

dengan tepat tentang tahun-tahun beliau menyandang sesuatu jawatan.

Bab 5: Kerjaya di Malaysia

Melalui Bab Lima ini penulis menceritakan mengenai kerjaya Profesor Ahmad di Malaysia.

Penulis telah membahagikan bab ini dengan dua subtopik iaitu kerjaya Profesor Ahmad di

Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Profesor Ahmad

memulakan kerjaya di Malaysia dengan menyandang jawatan sebagai Profesor Pengajian

Undang-undang di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran.

Kehadiran beliau di Universiti Malaya pada tahun 1969 amat dialu-alukan oleh

Profesor Ungku Aziz kerana beliau seorang yang sangat dihormati dalam kalangan

pengamal undang-undang dan ahli akademik. Penghormatan tersebut diberi atas kepakaran

beliau yang mendalam terhadap bidang undang-undang sivil dan Syariah. Di sebalik

penghijrahan beliau ke Malaysia, terdapat tanggapan sesetengah pihak tentang penghijrahan

beliau ke Malaysia mempunyai kaitan dengan suasana politik di Singapura yang tidak

kondusif dan penempatan jawatan yang tidak sesuai terhadap beliau.

Page 10: ULASAN BUKU PERMATA PENGISLAHAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2017/11/07-Ulasan-Buku... · Harun Hashim telah menceritakan pengalaman beliau ketika bersama Profesor

10

Di Universiti Malaya, Profesor Ahmad merupakan orang yang penting dalam

penubuhan Fakulti Undang-undang. Hal yang demikian adalah disebabkan pada ketika itu

Malaysia terpaksa bergantung pada universiti-universiti lain di England dan juga Universiti

Malaya di Singapura.

Pada 21 April 1971, Universiti Malaya telah menubuhkan Fakulti Undang-undang

yang pertama di Malaysia dan Profesor Ahmad telah dilantik sebagai dekan fakulti tersebut.

Walaupun beliau menjadi dekan fakulti, beliau masih lagi bertugas secara rasmi sebagai

kakitangan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran. Ketika itu hanya dua orang kakitangan sahaja

yang bertugas di Fakulti Undang-undang iaitu Visu Sinnudurai dan Nik Abdul Rashid yang

memegang jawatan sebagai timbalan dekan.

Fakulti Undang-undang Universiti Malaya berkembang dengan pesat di bawah

naungan Profesor Ahmad. Hal ini apabila tenaga pengajar telah bertambah daripada tiga

kepada lapan orang pada tahun 1974 dan ia bertambah lagi kepada 11 orang pada tahun

1974. Selain itu, pelajar fakulti tersebut turut bertambah daripada 51 orang semasa kumpulan

pertama kepada 54 orang bagi kumpulan kedua dan seterusnya 50 orang dalam kumpulan

ketigadan 50 orang dalam kumpulan keempat.

Profesor Ahmad juga pernah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal

Pelajar) di samping menjadi ahli Senat Universiti. Ketika Profesor Ungku Aziz bercuti,

beliau telah memangku jawatan sebagai Naib Canselor dan semasa beliau memangku

jawatan tersebut berlakunya satu demonstrasi oleh pelajar-pelajar universiti yang tidak

berpuas hati terhadap pentadbiran universiti. Perkara ini dimaklumkan oleh beliau kepada

Profesor Ungku Aziz supaya kembali bertugas. Apabila Profesor Ungku Aziz pulang ke

universiti, beliau terus menyerahkan tugas tersebut kepadanya.

Selepas berkhidmat di Universiti Malaya, Profesor Ahmad berkhidmat dengan

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Semasa penubuhan UIAM, Profesor Ahmad

dikatakan amat bersungguh-sungguh memberi tumpuan dalam penubuhan Kulliyah

Undang-undang dengan memberi pendekatan baharu dalam pengajaran, kurikulum dan juga

suasana pembelajaran. Profesor Ahmad telah dilantik menjadi Shaykh al-Kulliyyah ketika

penubuhan fakulti tersebut serentak dengan penubuhan UIAM pada 1 Julai 1983. Amat

besar peranan yang dilakukan oleh Profesor Ahmad ketika meneraju fakulti ini apabila

beliau perlu memberi nasihat terhadap kursus yang ditawarkan, kurikulum dan juga segala

perancangan dan perkembangan kursus undang-undang yang seterusnya.

Page 11: ULASAN BUKU PERMATA PENGISLAHAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2017/11/07-Ulasan-Buku... · Harun Hashim telah menceritakan pengalaman beliau ketika bersama Profesor

11

Profesor Ahmad telah dibantu oleh beberapa orang pensyarah dari fakulti tersebut

untuk mewujudkan satu program Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang komprehensif

dan bersepadu. Program tersebut merangkumi pembelajaran undang-undang awam dan

Islam.

Sebenarnya perkara ini adalah sebahagian daripada cita-cita beliau yang mahu

supaya sivil dan Syariah dapat digabungkan. Program ini juga telah mendapat pengiktirafan

daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga Lembaga Kelayakan Undang-undang.

Selain itu, pelajar yang menuntut di fakulti tersebut bermula dengan 40 orang sehinggalah

ia meningkat kepada 350 orang. Sudah pasti graduan-graduan lepasan program ini dapat

menyumbang kepada pertambahan pegawai undang-undang yang memahami Undang-

undang Islam serta awam.

Kulliyyah Undang-undang UIAM bukan sahaja menawarkan program Ijazah Sarjana

Muda Undang-undang sahaja tetapi telah mewujudkan Program Sarjana Muda Undang-

undang Syariah pada tahun 1987. Perkara ini bertujuan hendak melahirkan graduan yang

mahir dalam Undang-undang Islam di samping undang-undang awam. Ia ditawarkan kepada

graduan yang mengikuti mata pelajaran Syariah ketika mengikuti program Sarjana Muda

Undang-undang dalam bahasa Arab dengan program tersebut hanya berjalan selama satu

tahun. Seterusnya, Profesor Ahmad turut memperkenalkan diploma lanjutan iaitu Diploma

Undang-undang Syariah dan Amalan Guaman (Diploma of Syariah Law and Pratice).

Program ini dapat membantu peguam-peguam undang-undang awam yang beramal di

Mahkamah Syariah.

Profesor Ahmad juga memperkenalkan Program Diploma Pentadbiran Kehakiman

Syariah Islam (Diploma in the Administration of Islamic Judiciary). Ia bertujuan

memantapkan kefahaman seseorang mengenai undang-undang yang diaplikasikan di

Mahkamah-Mahkamah Syariah. Dengan adanya kerjasama antara Jabatan Kemajuan Islam

Malaysia (Jakim) dan Mahkamah-Mahkamah Syariah seluruh Malaysia, melalui program

ini telah berjaya melatih hampir semua hakim di Mahkamah Syariah. Seterusnya Kulliyyah

Undang-undang yang diterajui Profesor Ahmad turut memperkenalkan Program Ijazah

Sarjana Undang-undang Perbandingan (Master in Comparative Law – MCL). Ia memberi

peluang kepada graduan yang hanya mempelajari Undang-undang Syariah untuk mendalami

undang-undang awam yang diamalkan di Malaysia.

Page 12: ULASAN BUKU PERMATA PENGISLAHAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2017/11/07-Ulasan-Buku... · Harun Hashim telah menceritakan pengalaman beliau ketika bersama Profesor

12

Berdasarkan penceritaan yang diolah penulis terhadap bab ini, dapat dilihat penulis

lebih fokus kepada kerjaya Profesor Ahmad di Malaysia berbanding di Singapura. Tumpuan

secara khusus diberikan terhadap kerjaya beliau di Malaysia adalah disebabkan kekangan

maklumat yang ditemui dan diperoleh bagi kerjaya beliau di Singapura. Walaupun ketika

beliau berhijrah ke Malaysia sudah pun berusia 53 tahun, tetapi dapat dilihat beliau tidak

membuang masa dan memaksimumkan masa yang ada hingga akhir hayat beliau.

Bab 6: Penulisan Profesor Ahmad

Pada bab ini penulis menceritakan mengenai karya-karya penulisan Profesor Ahmad dalam

bidang perundangan dan juga bidang lain yang terdiri daripada artikel dan buku. Buku

pertama yang beliau tulis adalah pada November 1948 dengan tajuk, Melalui Dua Simpang

yang diterbitkan oleh K.B. Press, Singapura. Buku ini merupakan ulasan beliau mengenai

karangan Muhammad Asad yang bertajuk Islam at the Crossroad. Beliau memilih buku ini

kerana menceritakan tentang kedudukan Islam yang tinggi berbanding penulisan lain yang

hanya meletakkan Islam sama aras dengan tamadun barat. Kemunculan buku Melalui Dua

Simpang ini adalah satu perkara yang amat mengkagumkan kerana Profesor Ahmad adalah

seorang individu yang pernah menerima pendidikan di barat (England) tetapi tidak terikut-

ikut dengan cara barat.

Profesor Ahmad bersetuju dengan pandangan Muhammad Asad yang mengkritik

pengaruh barat yang dibawa masuk ke dalam masyarakat timur. Beliau tidak senang apabila

materialisme mula mempengaruhi cara hidup masyarakat Islam yang pada asalnya begitu

tenang dan murni. Menurut beliau, amat malang bagi anak-anak Melayu yang menerima

pendidikan barat berubah menjadi kalangan yang lupa diri dan asal usul. Selain itu, buku ini

sebenarnya suatu tamparan hebat kerana ditulis oleh seseorang yang meraih kejayaan amat

cemerlang dalam pendidikan (Inggeris) dan juga seorang pensyarah Raffles College.

Seterusnya Profesor Ahmad turut menulis artikel tentang Syariah yang diterbitkan

pada tahun 1937 bertajuk, “Islam and the Political World of Today” di dalam Majalah

Genuine Islam.

Selepas kelahiran buku sulung beliau, Profesor Ahmad telah berjaya menulis sebuah

buku yang bertajuk Universiti di Malaya. Buku ini ditulis atas dasar permintaan rakyat

Singapura yang ketika itu mengalami konflik kerana usul penubuhan sebuah universiti di

Page 13: ULASAN BUKU PERMATA PENGISLAHAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2017/11/07-Ulasan-Buku... · Harun Hashim telah menceritakan pengalaman beliau ketika bersama Profesor

13

Malaya tidak diterima secara sebulat suara oleh masyarakat Melayu. Golongan yang

bersetuju dengan penubuhan universiti ini beranggapan ia amat penting terhadap kaum

Melayu. Golongan yang tidak bersetuju pula beranggapan ia akan merendahkan darjah

universiti tersebut dan kalangan yang masuk ke universiti tersebut adalah golongan bukan

Melayu. Ini kerana pada ketika itu kewangan dan kebolehan anak-anak Melayu amat rendah

berbanding bukan Melayu.

Dalam bab ini juga penulis turut merumuskan penglibatan Profesor Ahmad dalam

dunia penulisan di mana beliau telah mula menulis seawal tahun 40-an dan diterbitkan dalam

majalah Malayan Law Journal pada tahun 1941. Terdapat dua rencana yang ditulis beliau

iaitu Proof of Muslims Law in the F.M.S dan Kidnapping of Muslim Girls. Sekitar tahun 50-

an pula, Profesor Ahmad telah menulis artikel bertajuk Evidence of Similar Acts, The

Syariah Court dan Review of Muslim Law as Administered in India and Pakistan. Terdapat

banyak penghasilan penulisan beliau dalam jurnal iaitu pada tahun 70-an beliau telah

menghasilkan sebanyak 67 tajuk makalah. Manakala pada tahun 80-an pula, beliau dapat

menghasilkan sebanyak 57 makalah. Terdapat satu kajian yang mencatatkan bahawa

penerbitan makalah Profesor Ahmad berjumlah 229 buah.

Buku-buku yang dihasilkan oleh Profesor Ahmad juga tidak kurang banyaknya.

Beliau telah menghasilkan sebanyak 30 buah buku dalam pelbagai bidang tetapi lebih

tertumpu kepada bidang perundangan. Buku pertama beliau ialah Melalui Dua Simpang

seperti yang dijelaskan sebelum ini. Seterusnya buku-buku yang membincangkan mengenai

isu-isu perundangan antaranya ialah The Status of Muslims Women in Family Law in

Malaya, Singapore and Brunei, Islamic Law in Malaya and Singapore, Family Law in

Malaya and Singapore dan The Malaysian Legal System. Selain daripada buku dan artikel,

Profesor Ahmad turut menghasilkan tidak kurang daripada 95 buah kertas kerja dengan

pelbagai tajuk.

Bab 7: Sumbangan Dalam Bidang Akademik

Bab tujuh dalam buku ini penulis telah menceritakan mengenai sumbangan Profesor Ahmad

dalam bidang akademik. Hampir sebahagian besar dalam kehidupan Profesor Ahmad

berkhidmat sebagai seorang ahli akademik sama ada sebagai seorang pensyarah mahupun

pentadbir akademik. Ini kerana ketika beliau di Singapura lagi telah dilantik sebagai

pensyarah di Raffles College. Namun penulis tidak dapat menjelaskan mengenai kursus

Page 14: ULASAN BUKU PERMATA PENGISLAHAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2017/11/07-Ulasan-Buku... · Harun Hashim telah menceritakan pengalaman beliau ketika bersama Profesor

14

yang diajar beliau di Raffles College kerana tidak memperoleh maklumat tersebut. Di

Malaysia beliau sebenarnya telah ditawarkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Perdana

Menteri ketika itu beberapa jawatan pentadbiran di kementerian.

Khidmat Profesor Ahmad sebagai pensyarah telah menjadikan beliau seorang yang

sangat dihormati oleh pelajar-pelajar mahupun rakan-rakan setugas. Boleh dikatakan rata-

rata pelajar jurusan undang-undang di UM mengenali beliau walaupun setelah beliau

berpindah ke UIAM. Selain itu, pelajar-pelajar UIAM juga turut mengenali beliau sehingga

beliau meninggal dunia pada tahun 1999. Pelajar-pelajar dari Jabatan Syariah UKM juga

turut mengenali beliau kerana kursus undang-undang yang diajar adalah dari kalangan

pensyarah UM secara sambilan.

Pengalaman beliau sebagai ahli akademik tidaklah hanya khusus kepada bidang-

bidang tertentu sahaja. Perkara ini merujuk kepada penulisan dan kursus yang diajar beliau

di universiti. Namun begitu, dapat dilihat pada keseluruhan penulisan, beliau memfokuskan

Undang-undang Islam khususnya undang-undang Keluarga dan juga undang-undang

perlembagaan. Keprihatinan dan kesungguhan beliau terhadap perkembangan Undang-

undang Islam telah memberi kesan positif terhadap Mahkamah-Mahkamah Syariah dari

pelbagai sudut.

Semasa beliau berkhidmat sebagai pensyarah di institusi-institusi sama ada di

Singapura atau Malaysia, beliau bukan sahaja mengajar tetapi turut merancang dan

mengembangkan kursus yang ditawarkan. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya beliau telah

dilantik sebagai Dekan, Shaykh al-Kulliyyah, Timbalan Naib Canselor dan Timbalan

Rektor.

Walaupun beliau menyandang jawatan yang memerlukan komitmen yang tinggi,

namun beliau tetap mengutamakan tugasnya untuk mengajar. Selain itu beliau tidak

keberatan untuk mengajar di mana-mana peringkat pengajian, sama ada tahun satu,

peringkat sarjana mahupun Ph.D. Beliau juga akan tetap mengambil satu atau dua kursus

pada setiap semester dan tidak pernah gagal untuk mengajar pada waktu yang ditetapkan,

kecuali masa-masa yang mendesak. Hal ini turut berlaku sehingga waktu-waktu akhir beliau

dengan beliau masih lagi mengajar subjek Undang-undang Keluarga Islam bagi program

Diploma Syariah dan Amalan Guaman.

Profesor Ahmad juga seorang yang bertanggungjawab dalam menggalas jawatan

sebagai seorang ahli akademik dan juga pentadbir akademik. Ketika beliau menjadi Dekan,

Page 15: ULASAN BUKU PERMATA PENGISLAHAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2017/11/07-Ulasan-Buku... · Harun Hashim telah menceritakan pengalaman beliau ketika bersama Profesor

15

beliau akan mengetuk pintu pensyarah pada waktu pagi bagi memastikan mereka datang

bertugas pada waktu yang ditetapkan. Beliau tidak suka kepada pensyarah yang lewat dan

suka membuat kelas tambahan kerana boleh mengganggu waktu rehat pelajar. Oleh itu,

waktu syarahan yang diberikan hendaklah digunakan sepenuhnya oleh pensyarah.

Profesor Ahmad bukanlah seorang yang sombong dan bangga diri dalam bidang

akademik. Walaupun beliau seorang yang cemerlang dan berjaya, beliau tidak pernah

menghalang kakitangan akademik di bawah beliau untuk melanjutkan pengajian yang lebih

tinggi. Malah beliau sentiasa menggalakkan dan menyokong mereka untuk berbuat

demikian. Hal ini dibuktikan ketika beliau berada di UIAM apabila pensyarah-pensyarah

perlu menyambung pengajian yang lebih tinggi dan beliau akan menyokong usaha tersebut

walaupun Kulliyyah akan mengalami kekurangan tenaga pengajar. Perkara tersebut beliau

selesaikan dengan mengambil tenaga pengajar sambilan ataupun menambah masa mengajar

bagi kakitangan sedia ada. Usaha beliau memberi hasil yang amat membanggakan apabila

lebih daripada 70% kakitangan akademik UIAM memperolehi ijazah kedoktoran.

Bab 8: Penglibatan Dalam Pelbagai Jawatankuasa

Bab Lapan dalam buku ini menceritakan mengenai penglibatan Profesor Ahmad dalam

pelbagai jawatankuasa. Penulis telah membahagikan bab ini dengan membuat sub-subtopik

terhadap jawatankuasa yang beliau terlibat bagi memudahkan pembaca. Antara

jawatankuasa yang beliau terlibat ialah Jawatankuasa Kajian Undang-undang Mahkamah

Syariah Negeri Kelantan, Jawatankuasa Kajian Taraf Kadi-kadi Seluruh Malaysia, Panel

Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syariah dan

Sivil, Jawatankuasa Penyelidikan Perundangan Islam IKIM, Jawatankuasa Penyelidikan

Undang-undang Dewan Bahasa dan Pustaka, Southeast Asia Shari’ah Law Association

(SEASA) dan Persatuan Syari’ah dan Undang-undang Malaysia (PERSUMA).

Bermulanya penglibatan Profesor Ahmad dalam Jawatankuasa Kajian Undang-

undang Mahkamah Syariah Negeri Kelantan apabila beliau telah dijemput oleh Kerajaan

Negeri untuk memberi buah fikiran dan juga nasihat mereka yang pakar dalam bidang

undang-undang.

Seterusnya Profesor Ahmad telah menyertai Jawatankuasa Kajian Taraf Kadi-kadi

Seluruh Malaysia. Kewujudan jawatankuasa tersebut adalah untuk menaik taraf Mahkamah

Page 16: ULASAN BUKU PERMATA PENGISLAHAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2017/11/07-Ulasan-Buku... · Harun Hashim telah menceritakan pengalaman beliau ketika bersama Profesor

16

Syariah sama dengan mahkamah sivil. Profesor Ahmad telah memberi reaksi terhadap isu

perbezaan taraf hakim Mahkamah Syariah dengan sivil, beliau menyatakan bahawa

keputusan penghakiman dalam Mahkamah Syariah adalah sama taraf dengan mahkamah

sivil.

Profesor Ahmad turut terlibat sebagai panel hakim Mahkamah Rayuan Syariah

apabila beliau dilantik sebagai Pengerusi dan ahli panel bagi beberapa buah negeri termasuk

Kelantan dan Wilayah Persekutuan. Berdasarkan kepakaran dan keistimewaan yang terdapat

pada beliau, setiap alasan penghakiman dapat disiapkan dengan cepat oleh beliau dan

perkara tersebut jarang berlaku pada ahli panel yang lain.

Profesor Ahmad juga turut dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Teknikal

Undang-undang Syariah dan sivil yang ditubuhkan sekitar tahun 1990. Beliau

bertanggungjawab dalam memastikan peruntukan yang dikemukakan adalah bertepatan

dengan hukum Syarak. Selain itu, prosedur yang ada di Mahkamah Syariah mestilah lengkap

supaya perjalanan Mahkamah Syariah berjalan dengan lancar.

Profesor Ahmad merupakan individu penting dalam kewujudan Insititut Kefahaman

Islam Malaysia dengan beliau merupakan salah seorang ahli Lembaga Pengarah institut

tersebut. Sepanjang tempoh keahlian beliau, satu jawatankuasa telah diwujudkan iaitu

Jawatankuasa Penyelidikan Perundangan IKIM. Dalam jawatankuasa tersebut beliau

dilantik sebagai pengerusi yang bertanggungjawab memberi panduan dan hala tuju

Penyelidikan Perundangan Islam.

Antara penyelidikan yang dihasilkan ialah Tinjauan Kepada Perundangan Islam,

1996 dan Pemerintahan dalam Masyarakat Majmuk, 1995. Seterusnya beliau juga terlibat

dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan beliau dilantik menjadi pengerusi

Jawatankuasa Penyelidikan Undang-undang DBP. Jawatankuasa tersebut diwujudkan atas

galakkan DBP untuk menerbitkan buku undang-undang dalam bahasa Melayu. Peranan

beliau dalam jawatankuasa tersebut adalah mencadangkan tajuk-tajuk dan menilai bahan-

bahan yang ditulis sebelum diterbitkan.

Selain daripada menjadi individu yang penting dalam jawatankuasa pentadbiran

Undang-undang Islam di Malaysia, Profesor Ahmad juga turut terlibat dengan jawatankuasa

di peringkat serantau. Perkara ini dilihat apabila beliau secara langsung terlibat dalam

gerakan menyeragamkan pentadbiran hukum Syarak. Beliau bersama beberapa tokoh

perundangan di Indonesia, Singapura, Filipina, Sri Lanka dan juga Thailand telah

Page 17: ULASAN BUKU PERMATA PENGISLAHAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2017/11/07-Ulasan-Buku... · Harun Hashim telah menceritakan pengalaman beliau ketika bersama Profesor

17

menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Southeast Asia Shariah Law Association

(SEASA). Tujuan ia ditubuhkan untuk mewujudkan kodifikasi undang-undang yang

diasaskan kepada hukum Syarak di negara-negara tersebut dan menyegerakan penubuhan

Mahkamah Syariah bagi membantu pelaksanaan Undang-undang Islam dengan lebih

sempurna.

Berdasarkan kepada penulisan bab ini, penulis telah menjelaskan penglibatan

Profesor Ahmad dalam pelbagai jawatankuasa secara terperinci. Di sini penulis telah

menzahirkan kedudukan Profesor Ahmad dalam setiap jawatankuasa yang beliau terlibat.

Pembahagian subtopik setiap jawatankuasa memberikan pembaca mudah mengikuti

perjalanan Profesor Ahmad ketika terlibat dalam pelbagai jawatankuasa.

Bab 9: Sumbangan Profesor Ahmad Dari Aspek Kehakiman

Walaupun bab-bab sebelum ini telah menceritakan tentang penglibatan Profesor Ahmad

dalam bidang kehakiman, namun bab ini memberi lebih perincian berhubung sumbangan

beliau dari aspek kehakiman. Bab ini dibahagikan kepada dua subtopik iaitu bahagian

pertama membincangkan mengenai penglibatan Profesor Ahmad dalam kes-kes jenayah

Syariah, manakala yang kedua penglibatan dalam kes-kes mal.

Sumbangan Profesor Ahmad dari aspek kehakiman dapat dilihat apabila beliau

terlibat secara langsung dengan perbicaraan dalam kes-kes di Mahkamah Syariah. Hal ini

disebabkan beliau telah dilantik sebagai ahli Lembaga Rayuan Syariah dan ahli

Jawatankuasa Ulang Bicara Mahkamah Syariah. Sepanjang penglibatan beliau dalam

organisasi tersebut, tidak kurang dari 4 kes jenayah dan 18 kes mal yang sampai ke peringkat

rayuan. Isu-isu yang terdapat dalam kes-kes tersebut adalah mengenai undang-undang yang

tidak begitu jelas dari sudut aplikasinya dan pentafsiran yang tidak selaras dengan

kehendaknya.

Penghakiman yang diberi Profesor Ahmad dalam kes jenayah Syariah dilihat dapat

menyelesaikan peruntukan undang-undang yang tidak lengkap pada ketika itu. Perkara ini

dirujuk dalam kes Pendakwa Syarie lwn. Jaafar bin Sudin dan seorang lagi [1412] JH 253,

dengan yang dituduh telah dibebaskan walaupun didapati bersalah. Hal ini kerana

pengakuan tersebut dibuat dengan bersyarat. Pihak pendakwa telah merayu ke peringkat

Page 18: ULASAN BUKU PERMATA PENGISLAHAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2017/11/07-Ulasan-Buku... · Harun Hashim telah menceritakan pengalaman beliau ketika bersama Profesor

18

rayuan dan Profesor Ahmad sebagai ahli Lembaga Rayuan telah memutuskan bahawa Yang

Arif Kadi tidak mempunyai kuasa membebaskan tanpa mendengar hujah-hujah daripada

pihak pendakwa. Profesor Ahmad turut merujuk kepada Hadis dengan melarang seseorang

hakim membuat keputusan sehingga mendengar hujah-hujah daripada kedua-dua pihak.

Selain daripada menyelesaikan isu-isu berkaitan undang-undang yang tidak jelas,

Profesor Ahmad turut menyelesaikan sistem Mahkamah Syariah. Perkara ini dirujuk dalam

kes rayuan Mokhtar b. Pangat lwn Pendakwa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

[1412] JH 203 dengan tertuduh mengaku salah dan dikenakan hukuman denda sebanyak

RM500 dan penjara sebulan. Tertuduh telah merayu di Mahkamah Rayuan Syariah terhadap

hukuman yang dikenakan. Di peringkat rayuan, Profesor Ahmad telah menegur hakim yang

membuat keputusan tersebut supaya merekodkan fakta kes dan alasan penghakiman. Hal ini

amat diperlukan kerana sekiranya tiada ia akan menyukarkan Mahkamah Rayuan membuat

pertimbangan. Teguran ini menjadikan mahkamah perlu merekodkan setiap fakta dan alasan

penghakiman.

Penglibatan Profesor Ahmad bukan sahaja terhad kepada kes-kes jenayah sahaja,

malah beliau turut terlibat dalam kes-kes mal. Dalam kes mal, beliau mempunyai minat yang

mendalam terhadap isu-isu perundangan keluarga Islam dan kecenderungan tersebut seawal

kariernya dalam bidang perundangan. Hal ini dapat dilihat ketika beliau menjawat jawatan

Peguam Negara di Singapura dengan beliau telah mendengar kes rayuan di Mahkamah

Syariah Singapura seperti mana yang dilaporkan dalam kes Syed Abdullah al-Syatiri lwn

Shariffa Salmah [1959] MLJ 137. Kes ini merupakan kes yang berkaitan dengan kuasa wali

bagi anak perempuan yang belum berkahwin. Ia juga menjadi bahan rujukan utama kepada

pelajar undang-undang terutamanya yang mengambil perundangan keluarga Islam.

Seterusnya Profesor Ahmad juga turut menyelesaikan kelemahan dari sudut prosedur

dan pentafsiran undang-undang. Perkara ini dirujuk menerusi kes tuntutan fasakh Siti

Rohani bt. Mohd Yusof lwn Md. Sazali [1991] JH 230, apabila perayu tidak difasakhkan

oleh mahkamah walaupun beliau telah membuktikan bahawa suaminya mengabaikan

nafkah. Kekeliruan berlaku dalam kes ini apabila mahkamah membuat penangguhan kes

bagi memberi ruang suami membayar nafkah berdasarkan faktor papa. Oleh yang demikian

di peringkat rayuan Profesor Ahmad menjelaskan bahawa para hakim perlu membezakan

antara keadaan untuk menjelaskan nafkah dengan enggan memberi nafkah.

Page 19: ULASAN BUKU PERMATA PENGISLAHAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2017/11/07-Ulasan-Buku... · Harun Hashim telah menceritakan pengalaman beliau ketika bersama Profesor

19

Seterusnya, melalui kepada bab ini juga, penulis menghuraikan dengan panjang lebar

mengenai sumbangan Profesor Ahmad dari aspek kehakiman. Hal ini dilihat menerusi kes-

kes yang dikemukakan oleh penulis dalam membincangkan sumbangan Profesor Ahmad.

Pembahagian subtopik juga turut membantu pembaca dalam mengenal pasti sumbangan

Profesor Ahmad terhadap bidang kehakiman.

Bab 10: Sumbangan Dalam Perundangan

Profesor Ahmad bukan sahaja menyumbang tenaga dan khidmatnya dalam bidang

kehakiman sahaja malah beliau turut menyumbang dalam bidang perundangan. Dalam Bab

Sepuluh ini, penulis menceritakan mengenai sumbangan Profesor Ahmad dalam bidang

perundangan. Penulis telah membahagikan dua subtopik besar iaitu pertama penulis

menceritakan mengenai sumbangan Profesor Ahmad di Singapura dan kedua di Malaysia.

Sumbangan yang diberikan oleh Profesor Ahmad dianggap luar biasa kerana perkara

tersebut tidak dapat dilakukan oleh kebanyakan orang. Perkara ini dapat dilihat semasa

beliau berkhidmat di Singapura mahupun selepas berhijrah ke Malaysia.

Di Singapura, Profesor Ahmad merupakan perintis dalam usaha mengemas kini

sistem pentadbiran Undang-undang Islam sebagaimana yang dapat dilihat pada hari ini.

Selain itu, beliau turut terlibat dengan penggubalan undang-undang Perlembagaan

Singapura, penyatuan dan pemisahan Singapura daripada Malaysia sekitar tahun 1960-an

dan banyak lagi. Pelantikan beliau sebagai Peguam Negara di Singapura telah memberi

tanggungjawab terhadap beliau dalam menggubal dan penyediaan perlembagaan Singapura.

Semasa penggubalan tersebut beliau telah melalui proses yang sukar kerana ketika itu

berlaku penggabungan antara Malaysia dengan Singapura dan terdapat konflik antara dua

negara.

Dari sudut Undang-undang Islam di Singapura pula, Profesor Ahmad adalah individu

penting dalam penubuhan Mahkamah Syariah. Beliau telah dilantik sebagai ahli

jawatankuasa penubuhan Mahkamah Syariah dan bertanggungjawab mengkaji langkah-

langkah yang perlu dalam membuat pindaan undang-undang. Namun cadangan-cadangan

beliau terhadap usaha penubuhan tersebut kurang mendapat sokongan daripada pihak

pemerintah. Walau bagaimanapun usaha beliau tidak terhenti begitu sahaja apabila

Mahkamah Syariah berjaya ditubuhkan atas kelulusan Muslim Ordinance 1957 oleh

Page 20: ULASAN BUKU PERMATA PENGISLAHAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2017/11/07-Ulasan-Buku... · Harun Hashim telah menceritakan pengalaman beliau ketika bersama Profesor

20

pemerintah. Perkara ini merupakan sumbangan yang amat besar beliau terhadap masyarakat

Islam di Singapura.

Di Malaysia pula, Profesor Ahmad banyak memberi sumbangan terhadap proses

transformasi undang-undang. Perkara ini dilihat menerusi penulisan-penulisan beliau yang

berkaitan dengan undang-undang sivil dan Islam. Selain itu, beliau juga terlibat dengan

pelbagai jawatankuasa seperti mana yang diceritakan oleh penulis dalam Bab Lapan buku

ini. Beliau telah melakukan usaha mengemaskini Undang-undang Pentadbiran Islam dengan

pemerhatian beliau bahawa, Undang-undang Islam perlu diambil perhatian dan perlunya

perubahan terhadap pemakaian undang-undang yang tidak sesuai dan tidak melanggar

prinsip asas undang-undang tersebut. Bagi beliau, elemen undang-undang yang diasaskan

melalui ijtihad dari sudut prosedur perlu sentiasa disemak bagi memenuhi tuntutan masa,

tempat dan keadaan.

Dalam proses reformasi undang-undang, Profesor Ahmad mempunyai misi yang

jelas dalam pembaharuan yang perlu dilakukan dan mengembalikan keagungan Undang-

undang Islam. Beliau telah melakukan berbagai-bagai usaha untuk merealisasikan perkara

tersebut walaupun ia bukanlah sesuatu perkara yang mudah kerana perlu melakukan banyak

pindaan termasuklah meminda perlembagaan.

Beliau juga amat prihatin terhadap kedudukan Undang-undang Islam kerana

undang-undang tersebut pernah menjadi undang-undang utama di negeri-negeri Melayu.

Perkara tersebut menjadikan beliau seorang yang aktif dalam usaha meletakkan kembali

undang-undang tersebut ke tempat asalnya. Selain itu, beliau turut berusaha menjadikan

Common Law dirujuk berdasarkan kes-kes di Malaysia. Hal ini disebabkan Akta Undang-

undang Sivil 1956 menyatakan bahawa sekiranya terdapat lacuna (ketiadaan undang-

undang untuk dirujuk) perlu merujuk kepada kes-kes Inggeris. Profesor Ahmad berpendapat

perlunya penghapusan akta ini kerana undang-undang di Malaysia telah lengkap dan

terdapat banyak kes yang telah diputuskan oleh hakim-hakim di Malaysia.

Sumbangan yang terbesar Profesor Ahmad dalam perundangan di Malaysia apabila

beliau telah mencadangkan bahawa mahkamah sivil tidak boleh mencampuri urusan

Mahkamah Syariah. Berdasarkan cadangan ini, Perkara 121 (1A) Perlembagaan

Persekutuan telah dipinda. Perkara tersebut menyatakan bahawa mahkamah sivil tidak boleh

mencampuri semua urusan dan keputusan yang dibuat di Mahkamah Syariah.

Page 21: ULASAN BUKU PERMATA PENGISLAHAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2017/11/07-Ulasan-Buku... · Harun Hashim telah menceritakan pengalaman beliau ketika bersama Profesor

21

Berdasarkan kepada penceritaan penulis dalam bab ini, dapat dilihat bahawa penulis

memperincikan setiap sumbangan Profesor Ahmad dalam bidang perundangan.

Bab 11: Lawatan Ke Luar Negara

Bab ini mengisahkan tentang lawatan Profesor Ahmad ke luar negara. Profesor Ahmad

ketika menerajui Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil, telah

mencadangkan supaya lawatan ke negara-negara Islam dibuat. Perkara tersebut bertujuan

untuk melihat bagaimana negara-negara tersebut melaksanakan Undang-undang Islam.

Antara negara-negara yang dilawati beliau ialah Pakistan, Arab Saudi, Iran, Kuwait, Turki,

Morocco, Indonesia, Filipina, Jordan dan England. Lawatan tersebut turut disertai oleh ahli-

ahli Jawatankuasa Teknikal, pegawai-pegawai Jakim dan juga sebahagian daripada hakim

Mahkamah Syariah.

Lawatan-lawatan ini amat membantu Profesor Ahmad dan rombongan dalam

melaksanakan pentadbiran Undang-undang Islam berdasarkan pengalaman-pengalaman

mereka melawati negara-negara berkenaan.

Bab 12: Ahmad Ibrahim: ‘In The Service of Islam’

Bab terakhir dalam buku ini menjelaskan mengenai keseluruhan sumbangan Profesor

Ahmad kepada masyarakat Islam dan juga negara Islam dengan menggelar beliau sebagai

In The Service of Islam. Dalam bab ini juga penulis menceritakan mengenai pengalaman

penulis betapa perjuangan yang dilakukan oleh Profesor Ahmad amat memberi kesan yang

mendalam kepada diri penulis dan juga sesiapa yang menghayati erti perjuangan.

Selain itu, penulis juga membuat rumusan terhadap keseluruhan buku ini dengan

menyatakan bahawa Profesor Ahmad seorang yang mempunyai wawasan hidup yang jelas

mengenai tanggungjawab sebagai seorang Islam. Perkara ini dimanfaatkan beliau dengan

sepenuhnya dalam melaksanakan misi tersebut.

Profesor Ahmad menggunakan pendekatan yang seimbang dalam membuat sesuatu

penilaian terhadap sesuatu perkara. Sebagai contoh mengenai pemakaian Duluan Mengikat

(binding precedent) dengan konsep ini tidak terpakai dalam Undang-undang Islam. Namun

begitu, beliau tidak menolak pemakaian konsep tersebut kerana bagi beliau ia dapat

Page 22: ULASAN BUKU PERMATA PENGISLAHAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2017/11/07-Ulasan-Buku... · Harun Hashim telah menceritakan pengalaman beliau ketika bersama Profesor

22

membantu hakim-hakim membuat keputusan. Walau bagaimanapun beliau tidak melarang

perkara tersebut diubah suai agar ia selari dengan isu dan keadaan sesuatu kes.

Dalam misi mengembalikan kegemilangan Undang-undang Islam, Profesor Ahmad

berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mengislamisasikan undang-undang. Beliau

amat yakin dengan kesempurnaan Undang-undang Islam walaupun ada orang yang

meraguinya. Banyak usaha beliau ditumpukan kepada mempertingkatkan kedudukan

Undang-undang Islam sama ada dari aspek undang-undang dan juga pentadbirannya. Selain

itu, beliau turut mencadangkan kewujudan Malaysian Common Law dengan hakim-hakim

tidak perlu lagi merujuk kepada kes-kes di Inggeris.

Berdasarkan usaha-usaha Profesor Ahmad, penulis merumuskan bahawa bukanlah

sesuatu yang luar biasa bagi Profesor Ahmad untuk digelar sebagai The Lord Denning of

Shariah tetapi ia lebih daripada itu kerana beliau mengusai semua bidang perundangan.

Kesimpulan

Profesor Ahmad merupakan insan yang amat berharga kepada orang-orang Islam di

Malaysia. Kelahiran beliau memberi sinar dalam transformasi Undang-undang Islam di

Malaysia. Berkat usaha beliau dalam merealisasikan Undang-undang Islam dapat dirasai

oleh seluruh umat Islam di Malaysia. Wujudnya penulisan buku biografi mengenai beliau

secara terperinci menjadikan jasa beliau sentiasa hidup kepada generasi baru.

Selain itu, ia juga dapat membakar semangat anak-anak muda yang mendalami ilmu

perundangan Islam. Kesimpulan yang dapat dibuat terhadap ulasan ini ialah, penulis telah

berjaya mengemukakan segala usaha Profesor Ahmad serta menceritakan perjalanan hidup

beliau sebagai Permata Pengislahan Perundangan Islam. Usaha ini amat dihargai kerana

tokoh ini memberi seribu makna dalam kehidupan orang Islam di Malaysia khususnya.