uhs 2052 komunikasi berkesan1

Upload: uder-ahmad

Post on 07-Jul-2015

171 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

EXAM PAPER

TRANSCRIPT

  • 5/8/2018 UHS 2052 komunikasi berkesan1

    1/12

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAPEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER I

    SESI 2006/2007

    KOD MATA PELAJARAN UHS 2052 I UHP 3052NAMA MATA PELAJARAN KOMUNIKASI BERKESANKURSUS SARJANA MUDA

    MASA 1JAMTARIKH NOVEMBER 2006MARKAH 40

    ARABAN KEPADA CALON :1. Jawab semua soalan.2. Pilihjawapan yang paling tepat dan tandakan dalam borang OMR.3. Tulis nama, nombor kad pengenalan, kursus, seksyen dan nama pensyarah padaborangOMR.

    KERTAS SOALAN INI TERDIRI DARIPADA 12 MUKA SURAT SAHAJA.(TERMASUK MUKA SURA T INI)

  • 5/8/2018 UHS 2052 komunikasi berkesan1

    2/12

    1. "Mat, petang nanti tolong aku belikan goreng pisang kat warung Mak Nab ok?"ujar Khalis, ketika Mat sedang melangkah keluar rumah sewaan mereka.

    Penggunaan perkataan goreng pisang di atas merupakan contoh penggunaan mesejlisan yang telah melanggar undang-undangA. sintatik.B. semantik.C. tatabahasa.D. budaya.

    2. "Yanie, petang ni, tak bolehlah, aku ada hal nakjumpa dengan balak aku kejap."Perkataan 'balak' di atas menunjukkan bahawa makna perkataan1. ada dalam diri manusia.II. mempunyai dua ciri iaitu konotatif dan denotatif.III. tidak perlu mengikuti undang-undang yang tertentu untuk difahami.IV. boleh berubah-ubah bergantung kepada individu yang menggunakan

    perkataan tersebut.

    A. I dan II.B. I, II dan IV.C. II, III dan IV.D. I,II, III dan IV.

    3. Shaz yang sedang kesedihan apabila baru sahaja diberitahu bahawa kekasihnyabermain kayu tiga di belakangnya merasa sangat sakit hati apabila Yanie, sahabatkaribnya berkata, "Alah, relaks lah Da, Malaysia boleh! Esok, lusa, kau cari jelahpengganti Nizam tu, habis citer!"Mengapakah Shaz berperasaan demikian terhadap Yanie?1. Yanie tidak berterus-terang.II. Yanie tidak empatik terhadapnya.III. Pilihan perkataan yang digunakan oleh Yanie tidak bersesuaian dengan

    konteks komunikasi mereka.IV. Aida sememangnya tengah sakit hati, tiada kaitannya dengan Yanie.

    A. I dan IIB . II dan IIIC . III dan IVO. I, II, II dan IV

    2

  • 5/8/2018 UHS 2052 komunikasi berkesan1

    3/12

    4. Ungkapan 'Malaysia Boleh' merupakan contoh bahasa klise keranaA. ia digunakan terlalu kerap, sehingga tidak lagi memberikan kesan yang

    diharapkan.B. mempunyai banyak unsur emosi.C. ia hanya digunakan oleh golongan profesional yang tertentu sahaja.D. ianya ringkas, tepat dan mudah difahami.

    5. "Apabila Nurul berjumpa dengan seseorang yang baru dikenalinya, Nurul melihatmereka sama ada sebagai seseorang yang cute ataupun hodoh. Dia tidak dapatmemahami maksud ibunya apabila ibunya merujuk kepada seseorang sebagai"sangat hodoh tapi cute." Perbezaaan persepsi Nurul dan ibunya merujuk kepadakekangan konseptual , yang sering mempengaruhi komunikasilisan seseorang.A. indiskriminasi (indiscrimination)B. andaian yang disangka benar (allness)c. polarisasi (polarization)D. kekeliruan fakta dan inferensi (fact-inference confusion)

    6. Syakima cenderung untuk melihat dunia dalam dua keadaan yang bertentangan.Contohnya, apabila dia melihat seseorang, Syakima akan menyatakan bahawasarna ada seseorang itu cantik ataupun hodoh, kaya ataupun miskin. Inimenyebabkan beliau tidak dapat memahami apa yang dimaksudkan oleh Lina, apabila Lina berkata, "walaupun dia miskin harta, dia kaya dengan pengalaman."

    Syakima mengalami kekangan konseptual berikut:A. (Lying).B. Orientasi yang keterlaluan (intentional orientation).C. Polarisasi.D. Kekeliruan fakta dan inferensi.

    3

  • 5/8/2018 UHS 2052 komunikasi berkesan1

    4/12

    7. "Chew tu pendendam orangnya, baik kau berhati-hati dengannya," kata Sietkepada Mala. Siet menggambarkan kekangan konseptual mesej lisan berikut:A. Kekeliruan fakta dan inferensi.B. Polarisasi.C. Penilaian yang statik (static evaluation).D. Indiskriminasi.

    8. Tingkah laku bukan lisan yang berfungsi sebagai suatu kebiasaan dan berkaitandengan tugas dan dalam kebanyakanmasa boleh memberi isyarat yang bermaksudsuka, kawalan atau bermain-main merujuk kepada mesej bukan IisanA. kronomik.B. sentuhan.C. (paralanguage).D. kontak mata.

    9. Yang mana satukah merupakan contob komunikasi olfaktik?A. Memakai baju, seluar, kasut dan stokin merah pada Tahun Baru Cina.B. Pergi masjid untuk bersembahyang.C. Bercakap dengan suara yang kuat.D. Memakai minyak wangi berjenama.

    10. Apabila cara anda berkomunikasi dengan seseorang dipengaruhi oleh labelyanganda dengar mengenai seseorang itu, anda menghadapi kekangan konseptualmesej lisan berikut:A. Orientasi yang keterlaluan.B. Polarisasi.C. (Lying).D. Penilaian yang statik.

    11. Mengabaikan perubahan yangmungkin telah berlaku terhadap seseorangmerupakan contoh kekangan konseptual mesej lisan berikut:A. Penilaian yang statik.B. Polarisasi.C. Andaian yang disangka benar.D. Indiskriminasi.

    4

  • 5/8/2018 UHS 2052 komunikasi berkesan1

    5/12

    12. Saiz badan, warna kulit dan pakaian adalah antara mesej bukan lisan yangdigunakan untukA. membentuk hubungan.B. memperlihatkan emosi.C. membentuk dan mengawal persepsi orang lain.D. mengulangi mesej bukan lisan.

    13. Berpura-pura menangis untuk menunjukkan tanda simpati menggambarkan teknikpengurusan wajahA . bersungguh-sungguh (in tensifying).B. tidak bersungguh (deintensifying).C. neutral.D. topeng (masking).

    14. Manakah antara berikut merupakan contoh seseorang menggunakan mesej bukanlisan prosemik?A. Farah sampai awal di temp at temuduga bagi menunjukkan beliau

    seseorang yang menepati masa.B. Sani menjarakkan dirinya dengan Kbadija bagi mengelakkan Kbadija

    berasa tidak selesa.C. Husnymelemparkan senyuman kepada Waheeda.D. Kavitah memakai gaun merah penuh berlabuci pada majIis harijadinya.

    15. Apakah yang sedang dilakukan oleh seseorang dengan mesej bukan lisannyasekiranya individu tersebut menjarakkan kedua-dua belah tangannya sejauh 21inci di antara satu sama lain sambil berkata, "Kau patut tengok ikan yang akutangkap minggu lepas, besar macam ni!"?A. Mengulangi mesej lisan (repeat).B. Menekankan mesej lisan (accent).C. Melengkapi mesej lisan (complement).D. Menyangkal mesej lisan (contradict).

    5

  • 5/8/2018 UHS 2052 komunikasi berkesan1

    6/12

    16. Jika anda meletakkan jari telunjuk di mulut supaya orang lain berhenti bercakap,anda telah menggunakan mesej bukan lisan untuk mesej lisan.A. mengulangiB . melengkapiC . mengawalD. menggantikan

    17. Yang mana satukah antara pemyataan berikut betul mengenai komunikasi bukanlisan?I. Penggunaan sesuatu mesej bukan lisan dalam budaya kita tidak semestinyabersesuaian digunakan dalam budaya yang lain.II. Apabila berlaku percanggahan di antara mesej bukan lisan dengan mesejlisan, mesej bukan lisan adalah lebih dipercayai.III. Mesej bukan lisan adalah jelas dan mudah difahami.IV. Kemahiran berkomunikasi secara bukan lisan adalah kemah iran

    semulajadi.

    A. I dan II.B. I, II dan III.C. II dan IV.D. III dan IV.

    18. Gerakan tangan yang terus menerus boleh ditafsirkan kepada perkataan atau ayatdipanggilA. perlambangan (emblems).B. (regulators).C. illustrasi (illustrators).D. penyesuaian (adaptors).

    19. Jarak awam paling sesuai digunakan dalam persekitaran berikut:A. Tempat menunggu bas atau teksi.B. Di bilik kuliah.C. Semasa berbual dengan ternan karib.D. Hari keluarga.

    6

  • 5/8/2018 UHS 2052 komunikasi berkesan1

    7/12

    20. Gerakan mata atau kontak mata boleh digunakan untukI. mendapatkan maklumbalas.II. memberitahu kesediaan kita untuk berkomunikasi.III. mendekatkan jarak fizikal dengan seseorang.IV. mengeratkan hubungan.A. I dan II.B. I, II dan III.C. III dan IV.D. I, II, III dan IV.

    21. Yang mana satukah antara kawasan di bawah boleh dikategorikan sebagaikawasan utama (primary territory)?A. Tempat yang selalu anda duduk dalam kelas.B. Restoran mamak di mana anda minum teh tarik pada setiap hari Jumaat.C. BiIik anda di kolej yang anda kongsi bersama dua rakan anda.D. Bilik diskusi di perpustakaan di mana anda menyiapkan tugasan

    kumpulan.

    22. Manakah di antara berikut merupakan penanda kawasan earmarklA. Menyusun buku dan kertas di sekeliling anda apabila duduk di sebuahmeja dalam perpustakaan.B. Menulis nama dan alamat anda di muka surat pertama buku teks anda.C. Menurunkan tempat letak tangan di antara anda dan orang yang duduk di

    sebelah anda.D. . Meninggalkan kot anda di tempat duduk panggung wayang apabila anda

    keluar membeli bertihjagung.

    7

  • 5/8/2018 UHS 2052 komunikasi berkesan1

    8/12

    23. Kornunikasi antara peribadi penting bagi kita keranaI. manusia tidak boleh hidup secara bersendirian ..II. kegembiraan dan kesedihan dicipta untuk dikongsi dengan seseorang yanglain bagi memaksima dan meminimumkan impak kedua-duanya.III. ianya membantu kita mengenali diri.'IV. tanpanya boleh menjejaskan kesihatan fizikal dan mental kita.A. I dan II.B. II, III dan IV.C. I, III dan IV.D. I, II, III dan IV.

    24. Pilih pernyataan yang benar mengenai komunikasi antara peribadi.I. Semakin tinggi ganjaran semakin tinggi keinginan untuk membentukhubungan.II. Semakin dekat jarak fizikal, semakin kurang perhubungan dilakukan.III. Semakin kemas penampilan, semakin tinggi minat untuk berhubung.IV . Semakin banyak persamaan, semakin tinggi minat untuk membentukhubungan.A. I dan II.B. III dan IV.C. I, III dan IV.D. I,II,IIIdan IV.

    25. Berikut adalah faktor tarikan dalam pembentukan hubungan antara peribadi.I. Persamaan status.II. Bekerja di tempat yang sama.1II. Cantik bergaya.IV. Baik budi pekerti.

    A. I dan II.B. I, III dan IV.C. II, III dan IV.D. I, II, III dan IV.

    8

  • 5/8/2018 UHS 2052 komunikasi berkesan1

    9/12

    26. Khairul merasakan beliau memerlukan lebih banyak masa dan ruang untukdirinya. Beliau tidak lagi seronok menemani Hazrina, ternan wanitanya berjalan-jalan ataupun pergi membeli-belah. Khairullebih senang menghabiskan masanyasecara bersendirian ataupun bersama kawan-kawannya yang lain. Komunikasi diantaranya dengan Hazrina juga berkurangan, dan sekiranya ada, seringkali ianyaakan diakhiri dengan pertengkaran.

    Merujuk kepada senario di atas, kesemua tingkahlaku Khairul menggambarkanperingkat _ dalam pembubaran hubungan antara peribadi.

    A. saling menyalahi satu sarna lain (circumscribing)B. eksperimen (experimenting)C. pembubaran (terminating)D. perbedaan (differentiating)

    27. Apabila dua orang individu bersetuju untuk berkahwin, mereka boleh dikatakanberada di peringkat pembentukan hubungan berikut:A. Membuat kontak (make contact).B. Eksperimen.C. Membentuk ikatan (bonding).D. Mengenalpasti kesediaan (determine clearance).

    28. Mana satukah antara perlakuan berikut berlaku pada peringkat kontak?A. Bertanya khabar.B. Berbual tentang artis pujaan.C. Menghayati kecantikan pasangan.D. Memperkenalkan diri.

    29. Secara umumnya, kita akan menghadapi kebimbangan berkomunikasi dalamkeadaan-keadaan berikut kecualiA. membuat pembentangan di hadapan khalayak yang kecil.B. berjumpa dengan seseorang buat pertama kali.C. diminta berucap secara spontan.D. tidak bersedia.

    9

  • 5/8/2018 UHS 2052 komunikasi berkesan1

    10/12

    30. Individu yang terterus-terang dan terbuka apabila mengambarkan perasaan merekadianggap sebagai seorang yangA. agresif.B. asertif.C. tidak asertif.D. pasif.

    31. Individu yang mudah terancam dan mudah dipengaruhi merupakan seseorangyangA . agresif.B . asertif.C . tidak asertifD. pas if.

    32. Yang mana satukah antara di bawah boleh dikategorikan sebagai kumpulan kecil?I. 35 orang penyanyi koir.II. 10orang anggota penyelamat yang sedang melakukan kerja masing-masing.III. Tiga orang individu yang sedang seronok menceritakan pengalaman

    masing-masing.IV. 12 orang yang telah ditugaskan untuk mempunyai satu kertas cadangan.A. I dan III.B. II dan IV.C. II, III dan IV.D. I, II, III dan IV.

    33. Seseorang individu boleh meningkatkan keasertifannya dalam hubungan antaraperibadi menerusi cara di bawah kecualiA. berlatih bertindak secara asertif.B. mencatat tingkah laku sendiri.C. memerhatikan tingkab lak.ua sertifnya lain.D. belajar melupakan konflik.

    10

  • 5/8/2018 UHS 2052 komunikasi berkesan1

    11/12

    3 4. T ig aje nis k ump uian k ec il y an g s erin gk ali w u ju d dalam p ers ek itaran k erja danorganisasi adalah bulatan kualiti, kumpulan nominal dan kumpulan Delphi.Ketiga-tiga kumpulan ini merupakan contoh kumpulan bertujuan untukA. berkongsi maklumat.B. menyelesaikan masalah.C. berkongsi pengalaman.D. bersosial.

    35. Rita memainkan pelbagai peranan dalam kumpulan kecilnya di antaranya sebagaiseorang suka memberikan galakkan, mengharmonikan keadaan yang tegang danbersedia berkompromi dalam banyak keadaan. Oleh yang demikian, Ritamemenuhi peranan nya.A. sosialB . tugasC . organisasiD. individu

    36. Keadaan ini berlaku apabila semua ahli kumpulan seakan-akan bersetuju, tapisebenarnya mereka hanya mahu mengelakkan konflik.A. Groupthink.B. Kesan tret.C. Pendekatan situasionalD. Pengelakkan.

    37. GroupthinkA. adalah cara pemikiran di mana konsensus mesti diperolehi daripada setiap

    ahli kumpulan.B. berlaku disebabkan penekanan yang keterlaluan dalam memperoleh

    persetujuan semua ahli kumpulan.C. berlaku disebabkan persamaan personaliti di antara ahli kumpulan.D. adalah cara pemikiran yang memastikan persefahaman.

    11

  • 5/8/2018 UHS 2052 komunikasi berkesan1

    12/12

    38. Merujuk kepada Model Kepimpinan Situasional, kumpulan yang kurang matangdan yang memberi penekanan yang rendah terhadap tugas, bekerja dengan lebihbaik apabiJa pemimpinnya menggunakan pendekatanA. mendelegasi.B. menjual.C. memberitahu.D. penyertaan.

    39. Sebagai seseorang yang menggunakan pendekatan kepimpinan fungsian, andapercaya ketua kumpulan yang baik adalahA. ketua yang mempunyai karisma dan memberi kuasa kepada ahli

    kumpulannya.B. ketua yang mempunyai ciri personaliti yang dominan, intelektual,berfikiran kehadapan dan jujur.

    C. seorang yang fleksibel dalam mengimbangi pencapaian kumpulan dankepuasan ahli kumpulan.

    D. ketua yang menetapkan sasaran, memberikan arahan dan merumuskankemajuan kumpulan.

    40. Yang mana satukah di antara berikut sesuatu yang tidak perlu dilakukan olehseseorang ketua?A. Menguruskan interaksi dan perbincangan yang berkesan.B. Mengawal perkembangan perbincangan.C. Membuat persediaan untuk perbincangan.D. Memberitahu ahli tentang keputusan hasil perbincangan.

    12