tutorial 2

9
Ahli kumpulan : Boon Shui Meei, Chan Tung Tung, Cheng Swee Fong, Lilian Chin Li Lian, Merry Lu Lee Ai Tutorial 2 Pada peringkat institut kini, pentaksiran menggunakan portfolio adalah salah satu cara pelajar mendokumen kemajuan mereka. Bincang dalam kumpulan jika pentaksiran menggunakan portfolio adalah cara adil untuk menentukan kemajuan pembelajaran pelajar. Kenapa? Portfolio Portfolio merupakan satu alat pentaksiran yang boleh digunakan oleh guru-guru sains sekolah rendah. Portfolio merupakan satu koleksi kerja yang menunjukkan satu atau lebih konsep yang telah dikuasai oleh pelajar. Pada umumnya portfolio merupakan satu folder atau fail yang mengandungi bahan-bahan kutipan yang dikumpulkan untuk suatu tempoh masa. Portfolio menggambarkan atau menerangkan perkembangan kognitif pelajar tentang seuatu tugasan yang diberikan oleh guru. Suatu portfolio boleh mengandungi pelbagai sampel kerja sepanjang tempoh yang telah ditetapkan dimana ia menunjukkan

Upload: sheeying92

Post on 01-Oct-2015

219 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sce

TRANSCRIPT

Ahli kumpulan : Boon Shui Meei, Chan Tung Tung, Cheng Swee Fong, Lilian Chin Li Lian, Merry Lu Lee Ai

Tutorial 2Pada peringkat institut kini, pentaksiran menggunakan portfolio adalah salah satu cara pelajar mendokumen kemajuan mereka.Bincang dalam kumpulan jika pentaksiran menggunakan portfolio adalah cara adil untuk menentukan kemajuan pembelajaran pelajar. Kenapa?

Portfolio Portfolio merupakan satu alat pentaksiran yang boleh digunakan oleh guru-guru sains sekolah rendah. Portfolio merupakan satu koleksi kerja yang menunjukkan satu atau lebih konsep yang telah dikuasai oleh pelajar. Pada umumnya portfolio merupakan satu folder atau fail yang mengandungi bahan-bahan kutipan yang dikumpulkan untuk suatu tempoh masa. Portfolio menggambarkan atau menerangkan perkembangan kognitif pelajar tentang seuatu tugasan yang diberikan oleh guru. Suatu portfolio boleh mengandungi pelbagai sampel kerja sepanjang tempoh yang telah ditetapkan dimana ia menunjukkan bagaimana kemajuan atau perkembangan kognitif pelajar dalam sesuatu bidang.

Peters dan Gega (2002) menyatakan guru harus memberitahu pelajar-pelajar perkara-perkara berikut berhubung dengan portfolio:(1) Bahan-bahan yang dimasukkan dalam portfolio mestilah bertarikh(2) Kandungan mestilah disusun mengikut kategori(3) Bimbing pelajar ke arah kemajuan kerja mereka(4) Bincang dalam kumpulan contoh-contoh bahan yang dimasukkan dalam portfolio(5) Galakkan mereka untuk menghasilkan produk yang asli yang diperbaiki dari semasa ke semasa(6) Bagaimana penyusunan bahan-bahan dalam portfolio(7) Objektif pembelajaran dalam tempoh masa yang ditetapkan(8) Kerjasama antara pelajar-pelajar jika menghasilkan portfolio berkumpulan(9) Pandangan pelajar tentang persoalan apa yang mereka rasa seronok(10) Pandangan pelajar terhadap persoalan apa yang saya perlu perbaiki

Jenis portfolioPortfolio Kerja Koleksi hasil kerja harian pelajar. Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan untuk waktu yang diberikan. Mengandungi catatan, lakaran, hasil akhir. Kebanyakan bahan dipilih oleh pelajar. Menggalakkan perkembangan diri melalui proses refleksi. Memberi peluang kepada guru untuk melihat dan membuat refleksi mengenai keberkesanan proses pengajaran.

Portfolio Dokumentari Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu. Koleksi kerja pelajar yang dikumpulkan khusus untuk penilaian. Kandungan bukan sahaja hasil akhir tetapi termasuk juga bukti proses yang dilalui untuk menghasilkannya. Bahan dalam portfolio menggambarkan pencapaian pelajar mengenai hasil pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran.

Portfolio Hasil Koleksi bahan yang dipilih khas untuk menggambarkan hasil terbaik seseorang atau kumpulan pelajar. Menggambarkan pencapaian objektif pembelajaran dalam satu bidang pembelajaran. Bahan bukti mencerminkan pencapaian pelajar. Hanya mengandungi hasil akhir.

Portfolio adalah cara adil untuk menentukan kemajuan pembelajaran pelajar

1 Penilaian portofolio merupakan penilaian yang bersifat individual

CIri-ciri penilaian portfolio dapat membolehkan guru untuk melihat pelajar sebagai individu yang masing-masing memiliki perbezaan, sama ada perbezaan dari segi kemampuan, minat ataupun bakat termasuk perbezaan dari segi cara belajar. Melalui pemerhatian terhadap perbezaan itu, guru dapat menyesuaikan diri dalam pengelolaan proses pembelajaran sesuai dengan keperluan supaya dapat melayan setiap murid secara adil.

2 Penilaian portfolio bersifatself-evaluation

Kelebihan penilaian portfolio yang lain adalah setiap pelajar dapat menilai dirinya sendiri. Setiap pelajar juga dapat melakukan refleksi supaya dapat mengenalpasti kebolehan yang belum tercapai dan menyempurnakan kebolehan mana yang sudah tercapai. Melalui self-evaluation, pelajar dapat menghasilkan tanggungjawab dirinya sendiri. Oleh itu, kemajuan pembelajaran pelajar dapat ditentukan oleh pelajar secara diri sendiri.

3 Penilaian portfolio merupakan penilaian yang terbuka

Melalui dokumentasikandunganyang tersusun secara sistematik, pelajar, guru, ibu bapa, pengetua dan sebagainya dapat mengenalpasti dan menguji kemampuan pelajar. Oleh sebab itu, penilaian portfolio merupakan penilaian yang terbuka. Ini adalah adil bagi setiap murid kerana penilaian portfolio tersebut dapat mengelakkan penilaian yang subjektif dari salah satu pihak sahaja.

4 Penilaian portfolio dapat menilai kemampuan pelajar secara menyeluruh

Penilaian portfolio dapat menilai kemampuan pelajar secara sempurna. Ini bermaksud penilaian portfolio bukan sahaja menilai pelajar dari segi kemampuan melakukan kerja, tetapi juga termasuk penilaian dari sikap dan motivasi belajar.Ini membolehkan murid yang lemah dari segi kemampuan melakukan kerja tetapi baik dari segi sikap dan motivasi belajar juga dapat memperoleh penilaian yang baik. Di samping itu, penilaian portfolio menilai dua bahagian yang dianggap sama penting iaitu dari segi proses dan hasil belajar. Maka, penilaian portfolio adalah adil bagi setiap pelajar dalam menentukan kemajuan pembelajaran pelajar.

RujukanNurrulasikin Abdul Rasid. (2010). Kaedah Penilaian Bahasa (Portfolio dan Pemerhatian). http://nurrulasikin.blogspot.com/2010/10/kaedah-penilaian-bahasa-portfolio-dan.html. Dicapai pada 24 September 2014.Abam Ming. (2012). Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibina. http://notagurupelatih.blogspot.com/2011/09/jenis-jenis-portfolio-yang-boleh-dibina.html. Dicapai pada 24 September 2014.