topik9 - penulisanlaporankajian

26
X PENGENALAN Topik ini membincangkan penulisan laporan kajian. Kita membuat kajian, mengutip data, menganalisis data dan menyediakan kertas laporan untuk menerangkan dapatan kajian tersebut. Biasanya, format/gaya yang digunakan Anda perlu berhati-hati sekiranya anda tidak tahu ke mana hendak anda tujui kerana jika tersilap anda tidak mungkin sampai ke tempat yang dituju. Yogi Berra Fikir Sejenak Sekiranya seseorang itu ingin menulis dengan gaya yang jelas, lebih baik ia mempunyai pemikiran yang jelas juga; dan sekiranya seseorang itu ingin menulis dengan gaya yang terpuji, biarlah dirinya sendiri mempunyai pemikiran yang terpuji. Johann Wolfgang von Goethe T T o o p p i i k k Penulisan Laporan Kajian X 9 9 HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan pelbagai langkah dalam penulisan laporan kajian; 2. Menulis satu laporan kajian; dan 3. Menggunakan sistem APA dalam penulisan laporan kajian.

Upload: anthonydom

Post on 21-Jul-2016

72 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Kajian

TRANSCRIPT

PENGENALAN

Topik ini membincangkan penulisan laporan kajian. Kita membuat kajian, mengutip data, menganalisis data dan menyediakan kertas laporan untuk menerangkan dapatan kajian tersebut. Biasanya, format/gaya yang digunakan

“Anda perlu berhati-hati sekiranya anda tidak tahu ke mana hendak anda tujui kerana jika tersilap anda tidak mungkin sampai ke tempat yang dituju”.

Yogi Berra

Fikir Sejenak “Sekiranya seseorang itu ingin menulis dengan gaya yang jelas, lebih baik ia mempunyai pemikiran yang jelas juga; dan sekiranya seseorang itu ingin menulis dengan gaya yang terpuji, biarlah dirinya sendiri mempunyai pemikiran yang terpuji”.

Johann Wolfgang von Goethe

TTooppiikk Penulisan Laporan Kajian 99

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menyatakan pelbagai langkah dalam penulisan laporan kajian;

2. Menulis satu laporan kajian; dan

3. Menggunakan sistem APA dalam penulisan laporan kajian.

TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN 179

untuk menulis laporan kajian dibuat mengikut sistem “American Psychological Association (APA)” atau anda boleh menggunakan sistem “Modern Language Association (MLA)”. Anda boleh mendapat kedua-dua sistem ini di mana-mana perpustakaan atau kedai buku. Panduan gaya ini mengandungi ratusan rumus tentang nahu, sintaksis dan pelan lakarnya. Topik modul ini akan menyentuh kebanyakan subjek yang dinyatakan dalam kedua-dua buku panduan tersebut.

GAYA PENULISAN LAPORAN KAJIAN 9.1

Bagi menjadi seorang penulis terulung bukanlah mudah, tetapi bagi seseorang yang mahu menjadi masyhur mungkin boleh dicapai. Ada beberapa cadangan yang boleh diikuti, sekiranya anda mahu menulis kertas yang mempunyai nilai kesusasteraan atau intelek yang tinggi mutunya. Rajah 9.1 menunjukkan lapan (8) gaya penulisan laporan. (a) Ambil Berat tentang Struktur Ayat Anda

Menjadi suatu kebiasaan bagi kita mengandaikan bahawa sesuatu ayat yang kompleks atau yang panjang itu merupakan sesuatu yang simbolik atau tinggi mutunya. Sebenarnya, pendapat itu salah. Ia adalah kompleks dan sukar difahami. Yang terbaik adalah sesuatu yang mudah dan yang mempunyai subjek-verba-objek. Ayat jenis ini adalah yang paling mudah dan baik. Namun, kita perlu mengubah cara penulisan kerana terlalu pendek pun tidak sedap bunyinya. Justeru, kita perlu selang-selikan ayat pendek dan mudah dengan yang panjang dan kompeks, supaya bunyinya sedap dan lunak. Tetapi ingat, janganlah pula terlalu banyak jenis ayat begini.

(b) Tumpukan kepada Kata Kerja Aktif dan Hidup

Jauhi penggunaan ayat pasif. Contohnya: “Kucing tidak disukai oleh banyak orang” (Cats are disliked by many people) ditukar kepada “Banyak orang tidak suka kucing” “(Many people dislike cats)”. Dalam konteks yang sama, kata kerja (made, jumped, went) adalah lebih baik daripada kata kerja “be” (is, are, were). Secara amnya, kata kerja aktif/hidup dapat membangkitkan keinginan pelajar untuk belajar.

(c) Gunakan Bahasa Inggeris Piawai

Penggunaan Bahasa Inggeris Pasar lazimnya tidak memberi gambaran yang baik terhadap penulis, kecuali seseorang itu menulis cerita fiksyen. Bahasa lucah dan bahasa yang kurang manis tidak boleh diterima dalam penulisan kertas laporan.

TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN

180

(d) Kurangkan Ayat Berklausa Adjektif, Adverba atau Frasa Jauhkan daripada menggunakan telalu banyak ayat yang mengandungi klausa Adjektif, Adverba atau Frasa. Ayat pendek seperti dalam frasa “In the morning, we went⁄”, diikuti oleh koma, boleh diterima. Jauhkan juga daripada penggunaan ayat yang diakhiri dengan “however”.

(e) Ambil Perhatian Panjang-pendek Perenggan

Perenggan yang melebihi satu muka surat dianggap terlalu panjang. Ia mungkin mengandungi pernyataan taksa atau mengandungi lebih daripada satu idea utama. Mengubahsuai perenggan demikian, gugurkan teks yang tidak diperlukan untuk dimasukkan idea itu ke dalam perenggan yang baru. Perenggan yang mempunyai satu ayat juga tidak digalakkan. Anda perlu ingat bahawa setiap perenggan mesti mengandungi satu ayat topik dan ayat-ayat lain yang menerangkan atau membangunkan topik tersebut. Sebagai panduan, sekurang-kurangnya terdapat satu (1) perenggan dalam satu muka surat, dan sebaiknya mempunyai tiga (3) perenggan dalam satu (1) muka surat.

(f) Gunakan Transisi antara Perenggan

Konvensyen seperti “On the other hand,” “Still”, “Also”, “Nevertheless”, “Thus”, “However”, atau “As a result” boleh membantu pembaca bergerak dari satu tahap pemikiran kepada tahap pemikiran yang lain. Cara ini boleh melicinkan proses pembacaan.

Rajah 9.1: Gaya penulisan laporan

TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN 181

(g) Jauhkan “Cliché” Jauhkan daripada menggunakan perkataan atau perkataan-perkataan tertentu beberapa kali. Terlalu banyak penggunaannya boleh membosankan pembaca.

(h) Terus kepada Isi yang Hendak Disampaikan

Jangan sekali-kali menulis berbelit-belit. Tulis dengan ringkas, tepat dan jelas.

LATIHAN 9.1

Jelaskan maksud “cliché” dan berikan satu contoh.

9.1.1 Bahasa Komunikasi Kajian

Walaupun kertas anda berhubung dengan subjek akademik, ini tidak bermakna kertas tersebut perlu menggunakan bahasa jargona dan tidak boleh langsung mengandungi bahasa halus. Bagaimanapun, kurangkan penggunaan jargona profesional atau “perkataan susah” untuk mengambil hati pembaca. Penulisan anda perlu jelas dan natural. Jauhkan penggunaan frasa seperti “crushing defeat” dan sebagainya serta adjektif yang tidak mengandungi makna seperti “great”, “beautiful”, dan lain-lain lagi. Menggunakan bahasa Inggeris yang jelas, baik dan jangan menggunakan loghat. Gunakan kamus bagi menolong anda dalam ejaan, tanda baca dan nahu. Di samping itu, gunakan juga buku panduan pelajar dalam penulisan kertas tugasan dan buku-buku lain. Gunakan semua ini! Susunkan perkataan atau struktur ayat berfungsi sebagai “signal” tersembunyi untuk membantu memahami topik tertentu. Sekiranya anda menggunakan ayat yang berbelit-belit, ini menunjukkan anda sendiri tidak memahami apa yang anda tulis. Fikir dengan mendalam apa yang hendak disampaikan dan terangkan dengan tepat apa maksud sesuatu ayat. Kertas kajian perlu memperjelaskan maksud penulis dengan tepat, dan sepatutnya tidak menyusahkan pembaca. Sebaik mungkin, gunakan bahasa Inggeris tahap universiti. Sekiranya anda memetik penulisan secara langsung dan ia menggunakan slanga, anda dibenar menggunakan slanga, pidgin atau bahasa basahan, contohnya “don't” bagi “do not” atau “isn't” bagi “is not”, dan sebagainya. Kurangkan penggunaan singkatan bagi perkataan-perkataan biasa.

TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN

182

9.1.2 Terminologi dan Nahu yang Sesuai

Guna bahasa Inggeris yang baik! Jauhi daripada melakukan kesilapan seperti di bawah:

(a) Masukkan tanda “apostrophe” (tanda punya) bagi perkataan “kepunyaan” (possessive) seperti “⁄ the man's hat”.

(b) Masukkan “masa” (tense) dalam laporan (past, present atau future)

(c) Kata nama dan kata kerja mesti serasi, contohnya: “They go⁄”, bukan “they goes”.

(d) Semak kamus jika kurang pasti ejaan (Masukkan tanda titik sebelah perkataan setiap kali anda menyemak perkataan!)

Jauhi perenggan atau ayat yang panjang atau terlalu pendek. Dengan cara ini kita dapat memuaskan hati pembaca. Seperti yang dinyatakan di atas, setiap perenggan mesti melebihi dua ayat dan tidak pula melebihi satu muka surat. Campur-adukan panjang pendek, gaya dan ayat yang berbeza untuk mewujudkan kepelbagaian. Seterusnya, jika anda menggunakan perkataan asing, gariskan perkataan tersebut (atau letakkan dalam italiks) bagi semua perkataan asing, kecuali dalam bahasa Inggeris. Anda juga perlu menggaris nama-nama saintifik seperti: Homo sapiens.

9.1.3 Struktur Ayat dan Perenggan

Kertas anda mesti bebas daripada kesilapan penulisan biasa. Sila ambil perhatian tentang perkara berikut: (a) Jauhi Ayat Berpecah-pecah (Berputus-putus)

Setiap ayat mesta mempunyai subjek dan kata kerja. Sebagai panduan, setiap ayat mesti panjangnya satu atau dua baris.

(b) Semak Ejaan Anda

Perkataan yang salah ejaannya memberi gambaran bahawa anda seorang yang cuai, kurang ilmu atau kedua-duanya sekali. Pastikan bahawa ayat yang salah ejaannya atau tersalah taip dibetulkan. Kedua-dua kesalahan ini tidak boleh diterima.

(c) Pastikan Kedua-dua Subjek dan Kata Kerja adalah Selari

Subjek dan kata kerja yang tidak secucuk apabila kedua-duanya dipisahkan dengan beberapa perkataan lain.

TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN 183

(d) Berhati-hati Mengenai Fungsi Kata Kerja Penulis yang lemah sering menggunakan kata kerja “sekarang” sahaja. Gunakan fungsi kelmarin, masa depan dan fungsi-fungsi lain sekiranya sesuai. Anda juga perlu konsisten apabila menggunakan kata kerja dalam perenggan.

(e) Guna Kata Ganti nama dengan Bermakna Salah guna kata gantinama adalah suatu perkara biasa. Kata gantinama adalah kata yang menggantikan nama bagi orang yang sama menurut jantina dan orang yang sama. Lebih baik anda tidak menggunakan kata gantinama lebih daripada satu kali yang merujuk kepada orang yang sama. Guna nama atau variasi nama sekiranya anda ingin ketepatan. Oleh sebab topik yang dibincangkan ini ialah kata gantinama, tidak tepat sekiranya kita menggunakan kata gantinama jantina-spesifik (he, she, him, her) merujuk kepada objek yang tidak hidup. Sebagai contoh, untuk Malaysia kita gunakan, “i”Ê bukan “she”.

(f) Jangan Pisahkan Infinitif Hanya di tempat tempat tertentu dan apabila sesuai sahaja kita untuk mengelak kesilapan interpretasi, kita tidak boleh memisahkan ÂtoÊ dengan adverba.

(g) Elak Menggunakan Kata Ringkas Perkataan seperti “can't”, “won't”, “don't” adalah terlalu informal dalam penulisan laporan formal. Guna sahaja “cannot”, “will not”, “do not”.

(h) Berhati-hati dengan Kata Singkatan Jangan mulakan ayat dengan kata singkatan atau yang menggunakan angka (kecuali dieja). Untuk negara, elak daripada menggunakan singkatan sebagai kata nama (kata nama: The U.S. did⁄), tetapi dibenarkan kata adjektif (The current U.S. policy on Iraq⁄). Kali pertama anda memberi nama kepada seseorang, berikan dengan lengkap nama seseorang dan nyatakan jawatan jika perlu. Anda juga tidak digalak menggunakan akronim, kecuali sesuatu perkataan itu telah menjadi perkara biasa, walaupun tidak dieja sepenuhnya, seperti Pertubuhan Islam Sedunia (PIS), the Organisation of Islamic Countries (OIC).

(i) Jangan Matikan Ayat dengan Kata Preposisi Rumus ini tidak begitu ketat, tetapi jika anda sering menggunakan “preposisi” dalam ayat, ini menandakan ayat tersebut kurang baik.

(j) Tahu Bila dan Mengapa Anda Menggunakan Tanda Berhenti yang Spesifik Dinyatakan beberapa kali bahawa anda perlu menggunakan tanda baca dengan baik seperti koma, koma bernoktah, tanda kandungan, kurungan, dan lain-lain.

TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN

184

(k) Teliti Panjang-Pendek Perenggan Di peringkat awal perbincangan mengenai perenggan, dinyatakan bahawa “perenggan yang terlampau pendek”, terutama yang mempunyai satu baris sahaja. Anda perlu ingat bahawa setiap perenggan mesti mempunyai ayat utama dan ayat-ayat lain untuk menerang dan membangunkan topik tersebut. Dinyatakan juga bahawa ayat transisi perlu wujud dalam setiap perenggan supaya pembaca tidak terasa jemu dan bacaannya licin.

9.1.4 Petikan dan Rujukan

Semua petikan langsung PERLU dimasukkan ke dalam tanda petikan, termasuk ayat serta frasa dan dan perenggan pendek. Apabila anda memetik lebih daripada tiga (3), anda perlu inden teks lima (5) ruang pada kedua-kedua hujung dengan langkau satu (single spacing). Apabila anda menyalin sesuatu peta, carta atau gambar; anda perlu menyatakan dengan jelas dari mana anda memperoleh bahan tersebut. Begitu juga, anda perlu pastikan setiap gambar atau carta mempunyai topik yang jelas atau petikan (caption) yang dapat menjelaskan gambar atau carta tersebut. Bagi rujukan, anda perlu senaraikan, pada halaman terakhir, semua buku utama, artikel, rancangan TV, orang tertentu dan tempat, bagi semua rujukan yang anda gunakan semasa menulis laporan. Senarai semua sumber hendaklah dituliskan menurut abjad dengan memulakanya nama keluarga/akhir penulis (bagi penulis Barat), tetapi sekiranya tidak ada nama penulis, seperti dalam rancangan TV, gunakan nama pertama dalam topik. Berikut adalah contoh bagaimana anda menulis rujukan. (a) Bagi Hasil Bertulis Nyatakan:

Nama akhir penulis, nama pertama, topik artikel (dalam petikan), bandaraya, penerbit, tahun halaman.

(b) Bagi Kertas Journal Nyatakan: Nama penulis, tahun diterbitkan, topik kertas journal, topik journal, nombor naskah journal, serta nombor depan dan nombor belakang halam kertas journal.

(c) Bagi Buku Nyatakan: Nama penulis, tahun diterbitkan, topik dan nombor edisi “the title” sekiranya ada, nama penerbit di mana ia diterbitkan, dan muka surat yang dirujuk.

(d) Bagi Rujukan daripada Internet Nyatakan: Nama penulis bagi halaman web, tarikh halaman web, topik halaman web dan URL yang lengkap.

TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN 185

Sebagai ingatan, setiap rujukan dalam teks mesti wujud dalam senarai rujukan, dan setiap rujukan dalam senarai rujukan mesti disebut dalam teks anda.

LATIHAN 9.2

Berikan satu contoh rujukan bagi bahan yang diambil daripada internet.

MENYEMAK KANDUNGAN CADANGAN KAJIAN

9.2

Kertas cadangan kajian sebenarnya merupakan satu panduan bagi kita menjalankan kajian sebenar. Bagaimanapun, oleh sebab terdapat beberapa kekangan, anda mungkin tidak dapat menjalankan kajian seperti mana yang telah dirancangkan. Namun begitu, bagi laporan kajian, anda perlu menyemak semula isi kandungan kertas cadangan tersebut supaya ia selari dengan perubahan yang anda telah lakukan dalam kajian sebenar. Isi kandungan yang akan disemak termasuk: Bab 1: Masalah Kajian, Bab 2: Tinjauan Literatur, Bab 3: Kaedah Kajian, Rujukan dan Instrumen Kajian (dalam Lampiran). Selain membuat semakan ini, anda perlu menambah dua bab lagi, iaitu: Bab 4: Keputusan Kajian, dan Bab 5: Perbincangan dan Implikasi. Laporan kajian yang lengkap sepatutnya mengandungi isi kandungan seperti dalam Rajah 9.2.

TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN

186

Halaman Topik Isi Kandungan Bab 1: Masalah Kajian

Pengenalan Latar Belakang Kajian Pernyataan Masalah Tujuan Kajian Kepentingan Kajian Batasan Kajian Definisi Istilah Rumusan

Bab 2: Tinjauan Literatur Pengenalan Literatur Berkaitan Kajian Berkaitan Rumusan

Bab 3: Kaedah Kajian Pengenalan Reka Bentuk Kajian Populasi dan Sampel Kajian Alat Kajian Tatacara Pengumpulan Data Kajian Tatacara Penganalisisan Data Kajian Rumusan

Bab 4: Hasil Kajian Pengenalan Profil Responden Dapatan Kajian Rumusan

Bab 5: Penutup Pengenalan Ringkasan Kajian Perbincangan Dapatan Kajian Kesimpulan Dapatan Kajian Implikasi Dapatan Kajian Cadangan Kajian Lanjutan Rumusan

Rujukan Lampiran

Rajah 9.2: Contoh isi kandungan laporan kajian.

TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN 187

9.2.1 Masalah Kajian

“Pernyataan masalah kajian perlu ringkas dan dapat menunjukkan variabel kajian”

William Wiersma

Pernyataan masalah kajian menjadi tumpuan kajian. Oleh itu, anda perlu menyatakan dengan tepat masalah-masalah kajian. Perhatikan semua aspek/bahagian-bahagian tertentu supaya kesilapan tidak berlaku. Sudah pasti anda sendiri mahu menghasilkan satu laporan yang bermutu tinggi, mudah dibaca dan difahami. Tumpukan perhatian kepada persoalan kajian dan bagaimana ia ditulis supaya mudah difahami pembaca. Mungkin anda perlu mengubahsuai persoalan kajian, menggugur/menambah persoalan kajian mengikut kajian sebenar yang dilakukan. Contoh pernyataan masalah ialah seperti berikut:

“Kajian ini cuba mengenalpasti masalah disiplin pelajar serta ketakutan dan keresahan yang mereka timbulkan terhadap masyarakat di sekeliling mereka.

Walaupun pernyataan masalah ditulis dalam satu ayat sahaja, lazimnya ia diikuti dengan beberapa perenggan yang menerangkan permasalahan tersebut dengan lengkap. Anda perlu menyatakan dengan tegas mengapa masalah tersebut penting untuk dikaji. Di samping itu, anda perlu masukkkan pendapat orang lain (NGO, ahli politik, pemimpin masyarakat, pendidik, guru dan sebagainya). Anda perlu terangkan bagaimana masalah tersebut dapat dikaitkan dengan perniagaan, keselamatan awam dan sebagainya, melalui data yang boleh menerangkan skop dan perincian masalah tersebut.

9.2.2 Tinjauan Literatur

“Tinjauan literatur memberikan konteks permasalahan kajian yang boleh menentukan kepentingan kajian dan seterusnya membayangkan bahawa penulis mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam bidang ini.”

Tinjauan literatur yang ditulis untuk cadangan kajian adalah agak ringkas, justeru ia perlu ditulis semula supaya kandungannya menjadi lebih mendalam. Selain itu, besar kemungkinan, disebabkan oleh beberapa kekangan, kajian sebenar tidak dapat dilaksanakan seperti yang dicadangkan. Di sini ada dua kemungkinan yang boleh berlaku, iaitu pertama, kita tidak dapat mengutip

TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN

188

selengkapnya data yang diperlukan, yang menyebabkan beberapa soalan kajian tidak dapat dijawab. Kedua, kita mungkin berjaya mengutip data tambahan, yang membenarkan kita menjawab beberapa soalan kajian baru. Perubahan-perubahan ini mengarah kita meneliti semula kandungan tinjauan literatur, iaitu mengurangkan sebahagian daripadanya dan menambah kandungan baru, yang meliputi literatur berkaitan dan juga kajian berkaitan. Begitu juga, sekiranya anda membuat petikan literatur secara ringkas dalam bab pertama, maka ia perlu dikembangkan dalam bab kedua supaya kandungannya menjadi lebih jelas kepada pembaca. Selain dua sebab di atas, tinjauan literatur perlu ditulis semula dalam laporan akhir kajian, satu perkara lagi ialah kemungkinan terdapat beberapa literatur baru/terkini yang boleh dijadikan rujukan untuk kajian kita. Literatur-literatur ini perlu dimasukkan juga dalam tinjaun literatur kita, supaya rujukan kita menjadi terkini. Perkara seterusnya, yang memaksa kita menambah kandungan literatur adalah kaedah pengutipan data. Contohnya, dalam cadangan kajian, kita akan menggunakan kaedah kuantitatif untuk mengutip data, bagaimanapun, semasa kajian sebenar, kita dapati kaedah kualitatif perlu digunakan untuk mendapatkan data yang lengkap untuk kajian kita. Justeru, kita perlu menambah literatur tentang kaedah kualitatif. Kebanyakan tinjauan literatur mempunyai masalah dari segi persembahannya, yang mana penulisan semula dapat mengatasi masalah ini. Antara masalah-masalah ini ialah penulis:

(a) Kurang membuat organisasi dan penstrukturan maklumat yang dipaparkan;

(b) Mengulang perkara yang sama beberapa kali dalam teks;

(c) Memetik fakta daripada sumber tertentu tanpa menulis rujukan;

(d) Memaparkan fakta/konsep/teori/model secara berasingan, tanpa fokus/tema tertentu;

(e) Tidak dapat menghasilkan kerangka konsep/teori/model yang sesuai untuk kajian;

(f) Tidak menilai secara kritis literatur dan kajian berkaitan yang dipaparkan; dan

(g) Gagal merujuk kepada literatur penting dan terkini dalam bidang kajian.

TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN 189

9.2.3 Kaedah Kajian

Anda juga perlu melihat semula bahagian Kaedah Kajian dalam cadangan kajian anda. Bahagian ini membincangkan tentang kaedah kajian yang digunakan dalam kajian anda, yang meliputi rekabentuk kajian, populasi dan sampel kajian, alat kajian yang digunakan, tatacara pengumpulan data kajian, dan tatacara penganalisisan data kajian. Bahagian ini perlu disemak semula supaya kandungannya menepati apa yang dilakukan dalam kajian sebenar. Seperti yang dinyatakan lebih awal, kita mungkin menghadapi beberapa kekangan semasa kita menjalankan kajian, yang menyebabkan kita terpaksa mengubah kajian kita semasa melaksanakannya. Perubahan-perubahan ini memerlukan kita mengubah kandungan Kaedah Kajian sebagaimana yang terdapat dalam cadangan kajian. Sebagai contoh, anda mungkin ingin mengagihkan pelajar secara rawak kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan, seperti yang dinyatakan dalam cadangan kajian. Bagaimanapun, apabila anda menjalankan kajian sebenar di sekolah, anda tidak dapat berbuat demikian, disebabkan murid-murid tidak dapat dipisahkan dikeluarkan daripada kelas mereka. Justeru, rawatan dalam kajian eksperimen anda terpaksa dikenakan kepada murid-murid yang sedia ada dalam sesuatu kelas, yang mengubah rekabentuk kajian daripada rekabentuk eksperimen tulen kepada rekabentuk eksperimen kuasi. Perkara ini memerlukan kita menulis semula rekabentuk kajian yang digunakan dalam kajian sebenar, iaitu mengubah rekabentuk asal yang dijelaskan dalam cadangan kajian.

9.2.4 Rujukan dan Lampiran

Perubahan kandungan dalam Masalah Kajian dan Tinjauan Literatur akan turut mengubah bahagian Rujukan, disebabkan ada petikan yang tidak sesuai dibuang dan ada petikan baru yang kita tambah. Selain itu, apabila kita menulis bab Penutup, kita perlu membuat perbincangan tentang dapatan kajian. Dalam perbincangan ini, kita perlu merujuk kepada teori, model atau dapatan kajian lepas. Seterusnya, kita juga ingin merujuk kepada penulisan yang terkini untuk memantapkan lagi bidang kajian kita. Jadi, apabila rujukan-rujukan baru ini dibuat, kita perlu meyenaraikan rujukan-rujukan ini dalam bahagian Rujukan. Ini bermakna kita perlu menambah rujukan-rujukan baru, selain daripada rujukan-rujukan yang terdapat dalam cadangan kajian.

TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN

190

Contoh rujukan buku:

Ember, Carol R. & Melvin Ember, (1990). “What is Anthropology” Dlm: Anthropology, edisi ke- 6. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall.

Contoh rujukan video:

“NOVA: The People of the Forest,” KHET_TV, Honolulu, Hawaii, 1-23-91, 7- 8:00 pm.

BAB 4: HASIL KAJIAN 9.3

“Hasil kajian ialah hasil analisis data yang digunakan oleh pengkaji untuk menyediakan profil responden dan menjawab soalan-soalan kajian”.

Topik ini disifatkan sebagai “membentangkan kes anda” (present your case)”. Hasil kajian dibahagikan kepada dua (2) bahagian, iaitu (a) profil responden; dan (b) dapatan kajian. Penulisan dapatan kajian adalah amat kritikal, iaitu anda perlu meyakinkan pembaca bahawa dapatan kajian anda adalah benar, iaitu ia disokong dengan jelas oleh hasil analisis data, kaedah analisis data dan sampel kajian yang digunakan. Sekiranya pembaca berasa keliru atau was-was dengan dapatan kajian anda atau tidak dapat memahami interpretasi hasil analisis data, mereka tidak akan menerima hasil kajian anda sebagai sesuatu yang benar. Menulis dapatan kajian yang baik sukar sekali dibuat daripada apa yang kita jangkakan. Sebelum anda mula menulis dapatan kajian, pastikan anda telah meneliti semua hasil analisis data dan anda sendiri memahami hasil tersebut. Sekiranya anda sendiri tidak memahaminya, jangan mengharapkan orang lain akan memahaminya. Hasil analisis data wujud dalam pelbagai bentuk, misalnya, dalam kajian kuantitatif, ia boleh berbentuk kekerapan dan peratus, min dan sisihan piawai, pekali korelasi dan regresi, hasil ujian t dan ANOVA dan sebagainya. Hasil analisis data ini, selain boleh dibentangkan dalam bentuk nombor dan jadual, ia juga boleh dibentangkan dalam bentuk grafik, seperti graf atau carta. Bagi kajian kualitatif pula, ia boleh mengandungi rumusan pernyataan yang telah disintesis daripada dokumen lain atau diambil daripada nota lapangan, data pemerhatian atau data temuduga yang daripada responden kajian.

TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN 191

“Penggunaan jadual adalah lebih berkesan untuk merumus hasil analisis data kajian, tetapi kandungannya perlu dilabel dengan lengkap dan organisasinya mestilah baik”.

9.3.1 Pengenalan

Topik kecil “Pengenalan” merupakan penjelasan tentang perkara-perkara yang akan dibentangkan bagi topik “Hasil Kajian”, yang ditulis sepanjang satu perenggan sahaja. Sebagaimana yang kita sedia maklum, topik “Hasil Kajian” akan membentangkan “Profil Responden” dan “Dapatan Kajian”. Justeru, kandungan “Pengenalan” perlu meliputi pengenalan tentang profil responden dan dapatan kajian. Contoh “Pengenalan” adalah seperti berikut:

4.1 Pengenalan Bab ini menjelaskan profil responden kajian ini yang terdiri daripada 68 orang pelajar dari sebuah sekolah menengah luar bandar. Seterusnya, bab ini turut membentangkan hasil analisis data dan dapatan kajian tentang: (a) hubungan antara prestasi matematik dengan kaedah pengajaran, (b) pengetahuan dan kemahiran asas matematik pelajar, (c) minat pelajar terhadap matematik, (d) motivasi pembelajaran matematik pelajar, (e) pandangan pelajar terhadap kaedah pengajaran yang digunakan, dan (f) pencapaian matematik pelajar dalam ujian bulanan.

Jelaskan mengapakah anda perlu meneliti hasil analisis data sebelum anda menulis dapatan kajian anda.

LATIHAN 9.3

9.3.2 Profil Responden

Topik kecil “Profil Responden” menjelaskan latar belakang responden kajian kepada pembaca. Responden kajian adalah subjek-subjek yang terlibat secara langsung dalam kajian, seperti mereka yang menjawab soal-selidik atau ditemuduga, atau mereka yang diperhatikan oleh pengkaji, atau yang menjawab soalan ujian dan sebagainya. Profil responden kajian bermaksud latar belakang responden kajian, seperti jantina, umur, pendidikan, pencapaian, status sosio-ekonomi. Dalam kajian, profil responden adalah penting kepada pembaca, iaitu

TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN

192

membenarkan mereka mentakbirkan/membuat infrens dapatan kajian kepada popolasi kajian. Berasaskan maklumat tentang profil/latar belakang responden, pembaca boleh menggunakan dapatan kajian untuk dilaksanakan/amalkan kepada kumpulan pelajar lain yang mempunyai latar belakang yang sama. Profil Responden boleh dibentangkan dengan menggunakan teks dan jadual seperti contoh berikut:

4.2 Profil Responden Kajian ini melibatkan seramai 68 orang pelajar Tingkatan 4 di sebuah sekolah luar bandar.Taburan keseluruhan responden mengikut etnik ialah 40 orang (70.6%) pelajar Melayu, 28 orang (29.4%) pelajar Cina. Mereka terdiri daripada 22 orang (32.4%) pelajar lelaki dan 46 orang (67.6%) pelajar perempuan. Taburan responden ini menunjukkan pelajar Melayu adalah lebih ramai daripada pelajar Cina dan pelajar dan pelajar perempuan adalah lebih ramai daripada pelajar lelaki. Taburan responden dalam kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.1, juga mempunyai taburan yang sama mengikut etnik dan jantina.

Jadual 4.1: Profil Responden Kajian

Kumpulan Latar Belakang Frekuensi Peratus

Experimen Etnik Melayu China

Jantina Lelaki Perempuan

26 8

11 23

76.5 23.5

32.4 67.7

Kawalan Etnik Melayu China

Jantina Lelaki Perempuan

22 12

11 23

64.7 35.3

32.4 67.7

Jumlah Etnik Melayu China

Jantina Lelaki Perempuan

48 20

22 46

70.6 29.4

32.4 67.6

TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN 193

9.3.3 Dapatan Kajian

Topik kecil “Dapatan Kajian” memberikan hasil analisis data dan dapatan-dapatan kajian yang ditulis berdasarkan soalan kajian. Hasil kajian ini hendaklah dilaporkan secara objektif, dengan menggunakan jadual dan/atau graf untuk memudahkan pembaca memahami hasil analisis data dan dapatan kajian yang diketengahkan oleh pengkaji. Contoh hasil analisis data dan dapatan kajian tentang hubungan antara prestasi matematik pelajar dengan kaedah pengajaran adalah seperti berikut:

Prestasi Pelajar Kaedah X Kaedah Y Kaedah Z 2χ

Baik (A) 20 13 12

Biasa (B) 40 65 50

Jumlah lajur 60 78 62

5.912

4.3 Dapatan Kajian Soalan Kajian 1 Adakah terdapat hubungan antara prestasi matematik pelajar dengan kaedah pengajaran? Hipotesis Nol H0: Tiada hubungan antara prestasi matematik pelajar dengan kaedah pengajaran. Jadual 4.2 menunjukkan taburan responden kajian mengikut prestasi matematik pelajar (A, B) dan kaedah pengajaran (X, Y, Z). Ujian khai-kuasa-dua pada aras keertian 0.05 telah dilaksanakan ke atas data ini. Hasil analisis

khai-kuasa-dua memberikan nilai = 5.912. Disebabkan nilai ini adalah lebih kecil daripada nilai kritikal = 5.991, maka H0 diterima pada aras

keertian 5%. Kesimpulan pengujian ini ialah data sampel mempunyai maklumat yang cukup untuk menyokong bahawa tidak wujud hubungan antara prestasi matematik pelajar dengan kaedah pengajaran.

2χ2

2;05.0χ

Jadual 4.2: Jadual Kontingensi dan Ujian Khi-kuasa-dua

TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN

194

9.3.4 Rumusan

Topik kecil “Rumusan” memberikan rumusan ringkas tentang apa yang telah dibentangkan dalam bab ini dan menyatakan apa yang akan dibincangkan dalam bab seterusnya. Contoh “Rumusan” adalah seperti berikut:

BAB 5: PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI 9.4

4.4 Rumusan Bab ini telah menjelaskan profil responden kajian dan membentangkan dapatan kajian tentang hubungan antara prestasi matematik dengan kaedah pengajaran, pengetahuan dan kemahiran asas matematik, minat terhadap matematik, motivasi pembelajaran matematik, pandangan terhadap kaedah pengajaran dan pencapaian matematik.

Dalam Bab 4, anda telah memaparkan hasil analisis data dan dapatan-dapatan kajian, setelah anda berjaya menjawab semua soalan kajian anda. Dalam Bab 5 akan membincangkan tentang dapatan-dapatan kajian anda sehingga kepada cadangan kajian lanjutan, supaya pembaca lebih memahami bidang yang dikaji. Bab 5 biasanya dibahagi kepada tujuh (7) bahagian, iaitu: (a) Pengenalan, (b) Ringkasan Kajian, (c) Perbincangan Dapatan Kajian, (d) Kesimpulan Dapatan Kajian, (e) Implikasi Dapatan Kajian, (f) Cadangan Kajian Lanjutan, dan (h) Rumusan.

9.4.1 Pengenalan

Topik kecil “Pengenalan” seperti biasa, akan memaklumkan kepada pembaca tentang kandungan bab secara keseluruhan. Contoh “Pengenalan” adalah seperti berikut:

5.1 Pengenalan Hasil analisis data dan dapatan-dapatan kajian telah dibentangkan dalam bab keempat. Bab ini pula, sebagai penutup tirai, akan memberikan ringkasan kajian, membincangkan dapatan-dapatan kajian, memberi kesimpulan dapatan kajian, membincangkan implikasi dapatan-dapatan kajian dan mencadangkan kajian lanjutan.

TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN 195

9.4.2 Ringkasan Kajian

Topik kecil “Ringkasan Kajian” akan mengimbas kembali kajian yang telah dijalankan. Terdapat pembaca yang hanya ingin membaca bab terakhir laporan kajian. Ringkasan kajian akan membantu pembaca untuk mendapat gambaran menyeluruh tentang kajian yang telah dijalankan. Kandungan penting ringkasan kajian ialah objektif kajian, rekabentuk kajian, sampel kajian, alat kajian, pengutipan data, dan kaedah analisis data. Contoh “Ringkasan Kajian” adalah seperti berikut:

5.2 Ringkasan Kajian Kajian ini dilaksanakan untuk menentukan: (a) pengetahuan dan kemahiran asas matematik, (b) minat terhadap matematik, (c) motivasi pembelajaran matematik, (d) pandangan terhadap kaedah pengajaran, (e) prestasi matematik, dan (f) hubungan antara prestasi matematik dengan kaedah pengajaran. Pengkaji telah menggunakan rekabentuk eksperimen menggunakan tiga (3) kaedah pengajaran ke atas tiga (3) kumpulan pelajar. Alat ukuran yang digunakan dalam kajian ini ialah soal-selidik minat, sikap dan pandangan; ujian pengetahuan dan kemahiran asas matematik; dan ujian matematik. Sampel kajian terdiri daripada 200 orang pelajar Tingkatan 4 di sebuah sekolah menengah luar bandar. Data dikutip daripada pelajar sebanyak dua (2) kali, iaitu kali pertama sebelum mereka mengikuti kaedah pengajaran tertentu; dan kali kedua selepas mereka tamat mengikuti kaedah pengajaran tersebut. Data dianalisis dengan menggunakan kekerapan dan peratus, min dan sisihan piawai, serta analisis khai-kuasa-dua.

LATIHAN 9.4

Jelaskan mengapakah anda perlu menulis “Ringkasan Kajian” dalam Bab 5 “Perbincangan dan Implikasi”.

9.4.3 Perbincangan Dapatan Kajian

Topik kecil “Perbincangan Dapatan Kajian” akan membentangkan bagaimana dapatan kajian ini menyokong dapatan kajian lepas, teori atau model yang berkaitan. Ia juga cuba menjelaskan dapatan kajian yang diperoleh dengan menggunakan model, teori, dapatan kajian lepas, pengalaman atau rasional. Selain membentangkan fakta-fakta yang menyokong dan menjelaskan dapatan

TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN

196

kajian, pengkaji perlu juga membentangkan teori dan dapatan kajian yang bertentangan dengan dapatan kajian yang dijalankan. Perbincangan dapatan kajian ini adalah penting kepada pembaca, iaitu untuk mereka memahami dapatan kajian dan dapat menerimanya. Contoh “Perbincangan Dapatan Kajian” adalah seperti berikut:

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian Bahagian ini membincangkan dapatan kajian dari segi sokongannya terhadap dapatan kajian lepas dan juga menjelaskan dapatan kajian ini dengan menggunakan model, teori, dapatan kajian lepas, pengalaman dan rasional. 5.3.1 Hubungan antara Motivasi Pembelajaran dengan Pencapaian

Matematik Kajian ini mendapati wujud hubungan positif antara motivasi pembelajaran dengan pencapaian matematik. Ini bermakna seseorang pelajar yang mempunyai motivasi pembelajaran tinggi akan mendapat pencapaian tinggi, sebaliknya jika seseorang pelajar itu bermotivasi rendah, pencapaian matematiknya juga akan rendah. Ini berlaku disebabkan pelajar yang bermotivasi tinggi akan berusaha lebih gigih untuk berjaya dalam matematik, dan sebaliknya. Menurut Habibah Elias (1993), dalam kajiannya tentang perkaitan antara motivasi pencapaian dengan pencapaian akademik, pelajar-pelajar yang diberi latihan motivasi pencapaian mempunyai sikap dan kebiasaan belajar yang lebih positif serta markah yang lebih tinggi daripada mereka yang tidak menerima latihan tersebut.

9.4.4 Kesimpulan Dapatan Kajian

Topik kecil “Kesimpulan Dapatan Kajian” akan menyenaraikan dapatan-dapatan kajian dalam urutan yang sesuai, sebagai kesimpulan kepada hasil kajian yang dijalankan. Kesimpulan ini penting sebab sesetengah pembaca hanya ingin melihat kesimpulan dapatan kajian sahaja sebab mereka tidak perlu membaca keseluruhan laporan kajian. Contoh “Kesimpulan Dapatan Kajian” adalah seperti berikut:

TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN 197

5.4 Kesimpulan Dapatan Kajian Bahagian ini menyenaraikan semua dapatan kajian sebagai kesimpulan kepada hasil kajian ini. Kajian ini mendapati:

(a) Pengetahuan dan kemahiran asas matematik bagi sebahagian besar pelajar adalah kurang memuaskan.

(b) Minat terhadap mata pelajaran Matematik sebahagian daripada pelajar adalah rendah.

(c) Hubungan antara prestasi matematik dengan kaedah pengajaran tidak wujud.

9.4.5 Implikasi Dapatan Kajian

Topik kecil “Implikasi Dapatan Kajian” akan membincangkan apakah implikasi dapatan kajian terhadap amalan pendidikan, termasuk proses pengajaran dan pembelajaran. Implikasi ini dibuat berasaskan kepada dapatan kajian yang dilaksanakan sahaja. Implikasi bagi dapatan-dapatan kajian lain tidak boleh dibuat. Implikasi dapatan kajian adalah penting untuk membantu pembaca menggunakan dapatan kajian dalam amalan harian. Contoh “Implikasi Dapatan Kajian” adalah seperti berikut:

5.5 Implikasi Dapatan Kajian Kajian ini mendapati pengetahuan dan kemahiran asas matematik bagi sebahagian besar pelajar adalah kurang memuaskan. Implikasi dapatan ini ialah para guru perlu menguji pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan pelajar sebelum guru mula mengajar topik matematik baru. Selepas itu, guru perlu membuat ulangkaji pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan sehingga pelajar menguasainya. Para pelajar perlu menguasai pengetahuan dan kemahiran asas ini untuk memahami topik baru.

9.4.6 Cadangan Kajian Lanjutan

Topik kecil “Cadangan Kajian Lanjutan” akan menyenaraikan cadangan beberapa kajian lanjutan untuk memantapkan lagi dapatan kajian dalam bidang yang dikaji. Bagi membantu pengkaji mencadangkan kajian lanjutan, pengkaji boleh meneliti semula batasan-batasan kepada kajian yang dijalankan.

TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN

198

Contohnya, rekabentuk eksperimen kuasi telah digunakan dalam kajian, sebab pelajar-pelajar tidak dapat dipisahkan. Justeru, pengkaji ingin mencadangkan supaya kajian akan datang dibuat dengan menggunakan rekabentuk eksperimen tulen, supaya dapatan kajian menjadi lebih mantap/sah. Menurut Wiersma (2000:415), kajian pendidikan dapat dilihat sebagai suatu aktiviti yang berterusan yang mana sesuatu projek kajian itu dapat menambah ilmu dalam sesuatu bidang atau dapat mewujudkan penyelesaian baru bagi masalah pendidikan. Contoh “Cadangan Kajian Lanjutan” adalah seperti berikut:

9.4.7 Rumusan

Topik kecil “Rumusan” memberikan rumusan ringkas tentang apa yang telah dibentangkan dalam bab ini. Contoh “Rumusan” adalah seperti berikut:

5.7 Rumusan Bab ini telah memberikan ringkasan kajian, membincangkan dapatan-dapatan kajian, memberi kesimpulan dapatan kajian, membincangkan implikasi dapatan-dapatan kajian dan mencadangkan beberapa kajian lanjutan. Sebagai kata penutup, kajian ini hanya merupakan kajian awal tentang kesan kaedah pengajaran terhadap pencapaian matematik. Kajian yang lebih terperinci dan tepat perlu dilakukan untuk memantapkan lagi dapatan kajian tentang kaedah pengajaran ini.

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan Kajian ini telah dijalankan dengan beberapa batasan kajian. Berasaskan kepada batasan-batasan ini, berikut dicadangkan beberapa kajian lanjutan:

(a) Kajian ini hanya melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah yang berada di kawasan luar bandar. Kajian lanjutan dicadangkan supaya melibatkan pelajar sekolah menengah yang berada di kawasan bandar dan pinggir bandar dan juga pelajar-pelajar sekolah rendah.

(b) Kajian ini hanya menggunakan rekabentuk eksperimen kuasi dan dilaksanakan selama 15 jam pengajaran. Kajian lanjutan dicadngkan supaya menggunakan reka bentuk eksperimen tulen dan dilaksanakan dalam masa yang lebih lama, misalnya 30 jam pengajaran.

TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN 199

MAKLUMAT BERKAITAN

Selain kandungan Bab 1 hingga Bab 5, laporan kajian perlu mengandungi maklumat lain, seperti halaman topik, pengakuan, abstrak, penghargaan, jadual kandungan, senarai jadual, senarai rajah, senarai singkatan, rujukan dan lampiran. Perkara-perkara ini dijelaskan dalam bahagian berikut. (a) Halaman Topik

Halaman pertama tesis mengandungi topik, nama pelajar, nama ijazah, jabatan, fakulti, universiti, alamat universiti dan tahun tesis disiapkan. Topik tesis perlu bersifat informatif, spesifik dan pendek (lazimnya, 13-perkataan maksimum) dan hendaklah mencangkupi bidang kajian, variabel kajian dan tempat kajian.

(b) Pengakuan

Halaman kedua tesis mengandungi pengakuan pelajar, iaitu kenyataan bahawa tesis yang dihantar adalah hasil karya pelajar sendiri, kecuali nukilan-nukilan dan rumusan-rumusan yang setiap satunya dijelaskan sumbernya. Contoh “Pengakuan” adalah seperti berikut:

(c) Abstrak

“Sesuatu abstrak merupakan rumusan yang mengandungi maklumat yang relevan tentang laporan kajian menurut kategori yang spesifik”

William Wiersma

PENGAKUAN

Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri, kecuali nukilan-nukilan dan rumusan-rumusan yang tiap-tiap satunya dijelaskan sumbernya. Tarikh ___________ _____________________ (Tandatangan) (Nama) (No. Matrik)

9.5

TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN

200

Dalam semua tesis, bahagian abstrak sering disalin dan dibaca disebabkan pembaca berminat untuk mengetahui ringkasan kajian yang dijalankan dan juga dapatan-dapatannya. Abstrak lebih baik ditulis di akhir penulisan laporan, iaitu setelah semua penulisan selesai dibuat. Oleh sebab ia merupakan rumusan kajian, biasanya jumlah perkataan ialah lebih kurang 300 patah perkataan, yang termasuk objektif kajian, alat kajian, sampel kajian, tatacara pengutipan data dan penganalisisan data serta dapatan-dapatan utama kajian. Abstrak biasanya ditulis dalam dua bahasa, iaitu dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

(d) Penghargaan Halaman Ini memaparkan penghargaan daripada pelajar kepada Tuhan dan orang-orang yang berkenaan, seperti penyelia atau ahli-ahli jawatankuasa siswazah, kedua-dua ibu bapa, isteri/anak, rakan-rakan, dan juga kepada mereka yang membantu anda secara langsung atau tidak langsung sebelum, semasa dan selepas kajian dijalankan.

(e) Jadual Kandungan

Sesuatu laporan kajian yang panjang memerlukan jadual kandungan. Jadual ini menyatakan topik bab, topik besar dan topik kecil bersama mula surat. Jadual ini bermula daripada Penghargaan hingga Lampiran.

(f) Senarai Jadual Senarai Jadual memberikan senarai semua jadual yang terdapat dalam laporan kajian bersama dengan muka surat bagi setiap jadual tersebut. Senarai ini mengandungi nombor jadual, topik jadual dan muka surat.

(g) Senarai Rajah Sama seperti Senarai Jadual, Senarai Rajah memberikan senarai semua rajah yang terdapat dalam laporan bersama dengan muka surat bagi setiap rajah tersebut. Senarai ini mengandungi nombor rajah, topik rajah dan muka surat.

(h) Senarai Singkatan

Senarai Singkatan memberikan senarai perkataan yang kerap digunakan oleh penulis. Ia dipendekkan/disingkatkan supaya tidak berlaku kekaburan atau kesusahan kepada pembaca. Berikut adalah contoh perkataan yang telah disingkatkan:

TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN 201

Anon Tidak ketahui penulis Digunakan dengan cara tertentu apabila penulisnya tidak diketahui

Ch., chs. Bab, bab-bab tertentu

Conf. Persidangan

e.g. Contoh

ed., eds. editor, beberapa editor

et., al Dan lain lain

ibid. Dalam perkara yg sama seperti disebut di atas

loc.cit Dalam perkara yang dinyatakan

n.d. Tiada tarikh Digunakan kerana tanpa tarikh

op.cit Dalam perkara yang dinyata cited (opera citato)

p., pp. halaman,

rev. Disemak

suppl. tambahan

v.,vol.,vols. naskah, beberapa naskah

(i) Rujukan

Bahagian “Rujukan” memberikan senarai semua rujukan yang disebut di dalam teks. Sumber-sumber yang tidak dirujuk di dalam teks tidak boleh disenaraikan dalam bahagian “Rujukan”. Senarai rujukan ini ditulis mengikut sistem tertentu, seperti APA.

(j) Lampiran

Bahagian “Lampiran” memaparkan bahan-bahan yang perlu dimasukkan ke dalam tesis, tetapi ia mungkin mengganggu aliran bacaan jika ia dimasukkan dalam Bab 1 hingga Bab 5. Jadi, bahan-bahan ini perlu dimasukkan ke dalam lampiran. Bahan-bahan yang biasa dimasukkan ke dalam “Lampiran” ialah seperti program komputer, hasil analisis data, gambar atau rajah, surat kebenaran membuat kajian daripada EPRD dan JPN, soal-selidik, soalan ujian, rancangan mengajar, dan sebagainya.

TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN

202

Senaraikan apakah yang perlu ditambah sebagai maklumat tambahan, selain daripada kandungan lima (5) bab dalam tesis/laporan kajian.

LATIHAN 9.5

Topik ini memberi gambaran menyeluruh tentang penulisan laporan kajian dan anda telah diperkenalkan dengan beberapa konsep baru.

Lima (5) klasifikasi sistem penulisan kajian telah diterangkan untuk memberi sedikit variasi kepada penulisan laporan kajian, cara penulisan laporan kajian, penyemakan kandungan cadangan kajian, hasil kajian, perbincangan dan implikasi.

Akhirnya maklumat lain yang mempunyai hubungan dengan penulisan laporan kajian.

Dapatan kajian

Hasil kajian

Perbincangan

Profil responden

Ringkasan kajian

1. Kita mengandaikan bahawa ayat yang kompleks atau panjang itu merupakan sesuatu yang tinggi mutunya. Adakah andaian ini benar dalam penulisan laporan kajian? Jelaskan.

2. Pengkaji perlu menyemak dan mengubah kandungan cadangan kajian

untuk dijadikan laporan akhir kajian. Jelaskan mengapa penulis perlu berbuat demikian.

3. Jelaskan mengapa seseorang pengakaji, dalam laporan akhir kajian, perlu

mencadangkan kajian lanjutan.

TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN 203

4. Andaikan anda selaku seorang pengkaji yang telah menjalankan satu kajian dan sedang menulis laporan akhir berkaitan topik kecil: “Implikasi Dapatan Kajian”. Sebagai seorang pengkaji, jelas perkara-perkara berikut:

(a) Jelaskan apakah yang anda perlu tulis tentang implikasi dapatan kajian?

(b) Berikan topik kajian anda dan senaraikan dapatan kajian yang anda jangka bagi kajian ini.

(c) Tuliskan “Implikasi Dapatan Kajian” dengan mengandaikan dapatan-dapatan kajian ini benar.