topik 5 sistem kehakiman islam

Upload: othman-che-yusoff

Post on 15-Oct-2015

194 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

sd

TRANSCRIPT

  • T

    PENGENALAN Topik ini akan membincangkan berkaitan dengan sistem kehakiman Islam. Oleh itu, kita akan mendefinisikan apakah yang dimaksudkan dengan kehakiman dalam Islam, di samping dalil pengsyariatan kehakiman dalam Islam. Dalam topik ini juga kita akan menyebut tentang matlamat kehakiman Islam. Adab-adab bagi seorang hakim juga akan disentuh. Topik ini juga akan menjelaskan tentang sistem keterangan atau proses pembuktian dalam Islam seperti yang telah digariskan oleh para fuqaha.

    Tooppiikk

    55 Sistem

    Kehakiman Islam

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menerangkan definisi sistem kehakiman Islam mengikut pendapat fuqaha-fuqaha Islam;

    2. Menjelaskan matlamat sistem kehakiman Islam serta hikmah dan falsafahnya;

    3. Menghuraikan adab-adab hakim secara am dan adab-adab hakim secara khas ketika mendengari proses perbicaraan di dalam mahkamah; dan

    4. Menjelaskan cara berlakunya proses pembuktian dalam sistem kehakiman Islam.

  • TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM

    106

    AKTIVITI 5.1

    1. Huraikan mengapakah sebuah sistem kehakiman yang adil dan saksama perlu wujud dalam sesebuah negara.

    2. Bincangkan dengan rakan anda apakah sistem kehakiman di Malaysia ini adil, telus dan saksama berdasarkah pengamatan anda.

    3. Jelaskan mengikut pemahaman anda ciri-ciri asas kepada sebuah sistem kehakiman yang adil dan saksama.

    I5.1 SLAM DAN KEHAKIMAN

    Keadilan mutlak merupakan asas penting dalam Islam. Oleh itu, Islam menyuruh umatnya berlaku adil dalam semua keadaan, dan dengan semua makhluk-makhluk Allah di muka bumi ini. Maha Adil adalah salah satu sifat Allah. Namun demikian, meskipun Allah S.W.T memerintah manusia supaya berlaku adil sesama manusia, tanpa membezakan warna kulit, darjat, taraf pendidikan dan agama, masih lagi berlaku ketidakadilan di kalangan manusia. Allah telah merekodkan konsep keadilan yang sejati ini menerusi al-Quran, di mana Dia berfirman:

    !" # $ $ %&'()

    Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar menegakkan keadilan, menjadi saksi karena Allah biarpun terhadap diri mu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat mu. Jika dia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatan. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang daripada kebenaran. Dan jika kamu memutar belitkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan. (al-Nisaa 4:135) Dalam ayat yang lain pula, Allah berfirman:

  • TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM

    107

    * * + , - . !/ + 0 " $

    #1 1$ %2) Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang benar-benar menegakkan (kebenaran) kerana Allah menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Maidah 5:8) Berdasarkan ayat yang dinyatakan di atas, maka jelaslah bahawa keadilan dalam Islam adalah keadilan yang hakiki. Keadilan mesti ditegakkan walaupun mungkin hukuman tersebut melibatkan kaum keluarga, sahabat handai, ataupun mungkin keadilan itu akan dinikmati oleh musuh kita sendiri. Al-Quran secara sarahah, telah menyebut bahawa kebencian kepada seseorang, tidak memungkinkan kita untuk berlaku tidak adil dalam penghakiman kita kepadanya. Ingatlah keadilan itu adalah lebih hampir dengan ketakwaan, sedangkan kezaliman itu membawa manusia kepada maksiat dan dosa. Maka sudah pastilah dosa itu akan mendekatkan kita dengan kemurkaan dan seksa daripada Allah S.W.T. Dalam satu khutbahnya yang terkenal Nabi s.a.w pernah bersabda: Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu telah binasa disebabkan bila seorang bangsawan mencuri dibiarkan (tanpa hukuman), tetapi jika yang mencuri itu orang awam (lemah), maka akan dihukum seberat-beratnya. Demi Zat, yang jiwaku dalam genggaman-Nya, jika Fatimah puteri Muhammad sendiri mencuri, maka aku tidak akan ragu-ragu untuk memotong tangannya. (HR Bukhari).

    5.1.1 Pengertian Hakim

    Sebelum kita melangkah lebih jauh untuk membincangkan sistem kehakiman dalam Islam, eloklah di sini kita mulakan dengan memberi takrifan kepada perkataan kehakiman itu sendiri. Jika dilihat dari sudut bahasa, kalimah kehakiman ini mempunyai makna yang pelbagai. Takrifan yang diberikan oleh para fuqaha juga berbeza, mengikut pendekatan dan pemahaman masing-

  • TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM

    108

    masing. Walau bagaimanpun, boleh difahami secara umumnya bahawa al-qada membawa maksud untuk menyelesaikan pertikaian, atau menyelesaikan persengketaan, menghukum yang bersalah, memberikan hak kepada yang berhak, mencegah kezaliman daripada terus berlaku dan sebagainya.

    5.1.2 Pengertian Hakim dari Sudut Bahasa

    Perkataan kehakiman adalah diambil daripada kata dasar hakim atau dalam bahasa Arab disebut qada atau al-qada. Pengertian al-qada ini boleh difahami dari dua sudut utama iaitu al-qada dari sudut bahasa dan al-qada dari sudut istilah. Al-qada dari sudut bahasa mempunyai makna dan pengertian yang pelbagai. Sebahagian daripada makna tersebut adalah seperti berikut: (a) Al-qada - Bererti ) ( cegah atau halang

    Di sini boleh difahami bahawa seseorang hakim berdasarkan penghakiman yang dibuatnya, boleh mencegah atau menghalang pihak yang melakukan kezaliman daripada terus menerus dengan kezalimanya.

    (b) Al-qada - Bererti )( memutuskan yakni membuat keputusan bagi

    sesuatu perkara Dalam al-Quran, Allah menceritakan kisah Nabi Yusuf a.s ketika mana Nabi Yusuf berkata: Wahai sahabatku berdua yang sepenjara! (Tabir mimpi kamu itu ialah): Adapun salah seorang daripada kamu, maka dia akan memberi minum arak kepada tuannya. Adapun yang seorang lagi, maka dia akan dipalang, serta burung pula akan makan dari kepalanya. Telah diputus tentang perkara yang kamu tanyakan itu.

    (c) Al-qada - Bererti )( mengosongkan atau mengakhiri atau selesai

    Ini dapat dirujuk kepada firman Allah S.W.T dalam Surah al-Ahzab, ayat 37 yang bermaksud: "Kemudian setelah Zayd selesai habis (qada) kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan engkau (Muhammad) dengannya...".

    (d) Al-qada - Bererti )( menjelaskan, menunaikan atau melangsaikan Seperti apabila dikatakan ) ( yakni Zaid sudah menunaikan yakni

    menjelas, membayar dan melangsaikan hutangnya. (e) Al-qada - Bererti )( menetapkan atau menentukan sesuatu

    Misalnya seperti dikatakan, kadi telah menetapkan atau menentukan nafkah ke atas seseorang yang bermaksud: Hakim telah menetapkan atau menentukan nafkah seseorang.

    (f) Al-qada- Bererti )( memerintah atau mengarahkan

  • TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM

    109

    Dalam al-Quran Surah al-Isra' ayat 23 Allah S.W.T telah berfirman yang maksudnya: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa".

    Berdasarkan makna-makna yang telah dinyatakan di atas, maka boleh difahami bahawa kalimah al-qada terkandung padanya makna yang pelbagai. Makna-makna inilah yang menjadi asas kepada pengertian al-qada dari sudut istilah syarak yang telah dikembangkan oleh ulama-ulama Islam yang terdahulu.

    5.1.3 Pengertian Hakim dari Sudut Istilah

    Kalimah al-qada jika ditinjau dari sudut istilah, telah ditakrifkan oleh fuqaha dengan pelbagai takrifan. Antara takrifannya adalah seperti berikut: Fuqaha dari mazhab Hanafi misalnya telah mentakrifkan al-qada dalam kitab-kitab mereka sebagai menyelesaikan kes dan mendamaikan pergaduhan dan pertelingkahan. Takrif Hanafi lebih menekankan tentang peranan kehakiman iaitu menyelesaikan kes yang dikemukakan ke mahkamah, mendamaikan pergaduhan yang berlaku dan menjatuhkan hukuman untuk menyelesaikan pertelingkahan antara pihak-pihak yang terlibat dalam kes-kes yang dibawa ke mahkamah. Ada juga golongan Hanafi yang mentakrifkan al-qada sebagai pemberitahuan tentang hukum syarak yang wajib dilaksanakan. Takrif ini menekankan tentang peranan mahkamah ialah memberitahu hukum syarak tentang sesuatu kes, pemberitahuan oleh mahkamah ini wajib dilaksanakan dan ia mengikat. Ini bermakna mahkamah apabila memutuskan sesuatu kes hendaklah berdasarkan hukum syarak yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. Manakala ulama Maliki, Ibn Irfah misalnya telah menyebut al-qada sebagai sifat kehakiman yang menyebabkan wajib dilaksanakan hukum syarak walaupun hukuman tersebut tadil dan tajrih, tetapi tidak yang berkaitan maslahah umum kaum muslimin. Oleh itu, berdasarkan takrifan Ibn Irfah ini, al-qada ini mempunyai bidang kuasa yang luas iaitu bukan sahaja menyelesaikan pertikaian, malahan boleh menentukan tadil atau tajrih juga. Dalam hal ini, mahkamah boleh memutuskan seseorang itu sama ada adil dan syahadahnya diterima (tadil), atau tidak adil (tajrih), maka syahadahnya ditolak.

  • TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM

    110

    Bagaimanapun menurut Ibn Irfah, mentadbir maslahah umum seperti membahagikan harta rampasan, mentadbir tentera, menyusun peperangan, memerangi penderhaka, membahagi dan mengurus harta Baitulmal dan sebagainya, bukanlah di bawah bidang kuasa al-qada atau mahkamah. Sebahagian ulama hadis pula mentakrifkannya al-qada sebagai menyelesaikan kes dan mendamaikan pergaduhan dalam bentuk khas yang terbit daripada kekuasaan am. Takrif ini menekankan tentang peranan al-qada, iaitu menyelesai dan memutuskan kes yang dipertikaikan dan sifat pertikaian atau pergaduhan ini bukan am tetapi yang berbentuk khas yang melibatkan individu. Takrif ini juga menjelaskan bahawa asas atau sumber wilayah al-qada dari wilayah al-ammah. Adapun kekuasaan am ini ialah kuasa asal khalifah, manakala hakim adalah dilantik dan ditauliahkan oleh khalifah. Sebahagian ulama hadis yang lain pula mentakrifkannya al-qada sebagai menghubungkan Allah dengan hamba-Nya dengan mematuhi perintah, mengikut apa yang dihukumkan-Nya melalui al-Quran dan al-Sunnah. Takrif ini menekankan al-qada atau mahkamah sebagai institusi yang menghubungkan Allah dengan hamba-Nya yang wajib dipatuhi dan ditaati undang-undang ciptaan-Nya yang dijelaskan melalui al-Quran dan al-Sunnah. Kebanyakan ulama Syafie mentakrifkan al-qada sebagai menyelesaikan pertikaian antara dua pihak atau lebih dengan hukuman Allah Taala. Takrifan ini menekankan tugas al-qada ialah menyelesaikan pertikaian yang berlaku antara pihak-pihak yang terlibat. Undang-undang yang digunakan dalam menyelesaikan pertikaian tersebut ialah melalui undang-undang Allah. Oleh itu, mengikut ulama Syafie, tidak wajar disebut al-qada jika undang-undang yang digunakan bukan berdasarkan undang-undang Allah. Izz al-Din ibn Abd al-Salam misalnya telah mentakrifkan al-qada sebagai menerangkan hukum syarak terhadap sesuatu perselisihan yang mesti diselesaikan mengikut hukum syarak. Sebagai kesimpulannya, takrifan fuqaha yang disebut di atas tadi tidak terkeluar daripada maksud al-qada dari segi bahasa, iaitu menyelesaikan pertikaian, menyelesaikan persengketaan, menghukum yang bersalah, memberikan hak kepada yang berhak, mencegah kezaliman daripada terus dilakukan dan sebagainya. Tugas berat ini dipikul oleh institusi kehakiman. Hakim atau qadi bertanggungjawab untuk mengendalikannya. Undang-undang yang digunakan

  • TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM

    111

    di sini ialah undang-undang Allah dan setiap keputusan yang dikeluarkan, atau hukuman yang dijatuhkan oleh hakim wajib dipatuhi dan mengikat. Kuasa hakim ini diperolehnya daripada kuasa asal yang dimiliki oleh khalifah. Institusi ini mempunyai hubungan dengan dasar keimanan kepada Allah. Justeru itu, al-qada atau mahkamah menghubungkan Allah dengan hamba-Nya. Sebagaimana yang sedia maklum, Rasulullah s.a.w ialah orang pertama yang memegang jawatan hakim tertinggi dalam Islam, dan kemudian diikuti oleh Khulafa Al-Rasyidun. Khalifah-khalifah Islam akan melantik hakim atau qadi di setiap wilayah umat Islam. Di antara qadi yang amat terkenal dalam sejarah Islam ialah qadi Syuraih. Dialah yang mengadili kes kecurian baju besi yang melibatkan Khalifah Ali bin Abi Talib dan seorang Yahudi. Kisah ini telah menjadi satu legenda bukti keadilan yang sejati dalam Islam.

    1. Nyatakan tiga lagi tokoh hakim atau qadi yang unggul yang menjadi legenda dalam sejarah Islam.

    2. Bincangkan dengan teman sekelas anda siapakah hakim terbaik yang pernah disanjung keberaniannya oleh seluruh rakyat Malaysia.

    3. Huraikan sejauh manakah mazhab memainkan peranan dalam penghakiman yang diputuskan oleh hakim atau qadi.

    SEMAK KENDIRI 5.1

    DALIL PENSYARIATAN KEHAKIMAN DALAM ISLAM

    5.2

    Manusia ini telah dicipta oleh Allah S.W.T berserta dengan akal dan nafsu yang ada padanya. Oleh itu, kejadian manusia adalah berbeza dengan malaikat dan juga berbeza dengan penciptaan haiwan. Sering kali sahaja berlaku dalam kehidupan manusia hal-hal yang boleh menjerumuskan mereka ke lembah kehinaan, kesesatan, kejahatan dan kedurjanaan. Bagi mengawal perilaku manusia ini, maka Allah S.W.T telah mensyariatkan hukum-hukum agama untuk diikuti. Hal inilah yang akhirnya membawa kepada wujudnya badan kehakiman dalam Islam, wujudnya mahkamah, wujudnya hakim atau qadi. Mereka inilah yang akan mengendalikan urusan yang melibatkan perbalahan dan persengketaan yang berlaku dalam masyarakat.

  • TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM

    112

    5.2.1 Dalil daripada Al-Quran

    Dalam al-Quran, Allah telah menyebut pelbagai ayat, yang membuktikan bahawa kehakiman adalah antara perkara penting yang ditekankan oleh Allah S.W.T.

    , ! 3 $4 5 6 " + # %$ 0 0 & 7 % 8 '9& (): $' - ; ( *%4

    Maksudnya: Maka jalankanlah hukuman antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) daripada apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama yang wajib diikuti oleh masing-masing. (al-Maidah 5:48) Allah juga menyebut dalam al-Quran berkenaan dengan corak penghakiman yang wajib diikuti oleh Nabi Daud di zamannya. Allah berfirman:

    $)# + + .# %$ 4 %BC)

    Maksudnya: Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukuman antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu. (al-Sad 38 : 26)

  • TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM

    113

    Allah juga menyebut dalam al-Quran tentang kitab Taurat, padanya terdapat hukuman dan ketetapan daripada Allah. Allah berfirman:

    + - " ; , D 20 3, . E 14?2 $$0 $)0 4? , 3 14 & 0 8 5 F G $

    67 - 6 + 8 69 H: . 5 ; 2? $ 8 3 3 . E 6 "

  • TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM

    114

    Maksudnya: Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. (al-Maidah 5 :47) Inilah sebahagian daripada ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang kehakiman yang dikehendaki oleh Allah S.W.T. Berdasarkan ayat-ayat yang tersebut di atas, maka fahamlah kita perintah untuk menegakkan kehakiman yang berasaskan hukum-hukum dan ketetepan daripada Allah S.W.T. Perintah ini bukan sahaja diperintahkan oleh Allah S.W.T ke atas Nabi Muhammad sahaja, bahkan nabi-nabi yang diutuskan oleh Allah sebelum kedatangan Muhammad juga diperintah untuk menegakkan kehakiman berpandukan tuntutan dan perintah daripada Allah S.W.T. Oleh itu, dapatlah disimpulkan di sini bahawa kehakiman yang sejati dan mutlak dalam pandangan Islam adalah kehakiman yang berasaskan ketetapan Allah.

    5.2.2 Dalil daripada al-Quran

    Penegasan tentang kehakiman juga boleh didapati daripada hadis-hadis Nabi s.a.w. Terdapat pelbagai hadis yang menerangkan berkenaan dengan hakim dan kehakiman dalam Islam ini. Antaranya hadis-hadis tersebut Nabi s.a.w ada bersabda yang maksudnya: "Allah bersama-sama seorang hakim selagi dia tidak melakukan kezaliman. Jika dia melakukan kezaliman maka Allah tidak akan besertanya tetapi syaitanlah yang besertanya". (HR Tirmizi) Dalam hadis yang lain, Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud:"Sesiapa yang memohon jawatan hakim maka dia sendiri akan dipertanggungjawabkan, tetapi sesiapa yang diminta untuk memegang jawatan tersebut, maka malaikat akan diturunkan untuk membantunya". (HR Ibn Majah) Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w bersabda: "Pada hari kiamat nanti seseorang hakim yang adil akan dipanggil oleh Allah untuk dihisab amalannya, lalu dia mendapati hisab yang amat berat, sehingga dia berkata alangkah baiknya kalaulah dia tidak menghukum walaupun antara dua orang sepanjang hidupnya". (HR Ibn Hibban) Berdasarkan ayat-ayat dan hadis-hadis yang dinyatakan di atas, maka jelaslah di sini bahawa tugas hakim adalah tugas yang sangat mulia dan ganjarannya sangat besar, sekiranya hakim tersebut memutuskan hukuman berdasarkan keadilan dan kesaksamaan. Di samping itu juga, bagi hakim yang ikhlas dan menyerah diri kepada Allah S.W.T dan berusaha dengan sebaik mungkin untuk

  • TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM

    115

    menegakkan keadilan di kalangan manusia, maka Allah akan mengutus bersamanya malaikat, bagi membantu mempermudahkan urusannya. Namun begitu, jika seseorang hakim itu bertindak zalim dan membelakangkan kebenaran dalam penghakimannya, maka Allah dan malaikat-Nya tidak akan lagi bersamanya; malah dia akan ditinggal dalam kesesatan dan bersama para syaitan.

    5.2.3 Jenis-jenis Hakim

    Nabi s.a.w juga dalam hadisnya yang lain telah mengklasifikasikan hakim kepada tiga golongan. Dua golongan daripada mereka akan ke neraka, manakala hanya satu golongan hakim sahaja akan ke Syurga. Sabda Nabi s.a.w: "Hakim itu terbahagi kepada tiga golongan, dua daripada mereka akan ke neraka, sedang hanya satu golongan sahaja akan ke syurga. Iaitu seorang hakim yang mengetahui kebenaran hukum, dan benar-benar mengadili berdasarkan kebenaran tersebut, maka hakim tersebut akan ke syurga. Adapun hakim yang mengetahui kebenaran hukum, tetapi tidak mengadili berdasarkan kebenaran tersebut, bahkan bertindak zalim dalam kehakimannya, maka dia akan ke neraka. Satu golongan lagi adalah hakim yang bodoh, yang tidak mengetahui kebenaran dan memutuskan perkara dengan kebodohannya itu, maka dia juga akan masuk ke dalam neraka. (HR Abu Daud) Berdasarkan hadis ini, ada dua persyaratan penting yang harus disiapkan oleh seorang hakim pada dirinya. Pertamanya ialah keberanian serta kekentalan jiwa dalam memutuskan penghakiman tanpa takut atau berpihak. Keduanya adalah seorang hakim perlulah mempunyai ketinggian ilmu pengetahuan, kerana penghakiman beliau akan menjadi hukuman yang mesti dipatuhi oleh pihak-pihak yang terlibat. Oleh itu, seorang hakim yang lemah jiwanya, mudah diugut atau mudah disogok dengan wang ringgit, pangkat, wanita, kekayaan dan sebagainya, sebaiknya berhenti sahaja daripada jawatan hakim tersebut. Ini kerana masyarakat akan hancur dan keadilan akan menjadi bahan dagangan dalam masyarakat. Demikian juga hakim yang rendah ilmu pengetahuannya, kurang membaca, cetek kefahamannya, hendaklah juga meninggalkan bidang ini, kerana kesudahannya adalah seksaan dan neraka Allah S.W.T.

  • TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM

    116

    AKTIVITI 5.2

    1. Terangkan apakah sebab utama seseorang itu berminat untuk menjadi hakim.

    2. Huraikan berdasarkan kefahaman kamu ciri-ciri penting yang perlu ada pada diri seseorang hakim, di samping berani dan berpengetahuan.

    3. Bincangkan dengan rakan sekelas kamu apakah jawatan lain yang mempunyai persamaan dengan jawatan hakim.

    5.2.4 Hakim adalah Amanah yang Berat

    Memang benar bahawa jawatan hakim adalah terkenal, punyai gah dan berprestij di kalangan masyarakat. Hakim juga akan mendapat gaji dan segala bentuk imbuhan yang cukup lumayan. Namun begitu, harus difahami bahawa jawatan hakim itu sungguh berat, sebagaimana Nabi s.a.w bersabda: Barangsiapa yang diangkat sebagai hakim di tengah-tengah masyarakat, sama sahaja dia disembelih tanpa pisau. (HR Ahmad) Inilah gambaran yang telah diberikan oleh Nabi s.a.w. tentang berat dan besarnya tugas dan tanggungjawab sebagai seorang hakim. Oleh itu, semasa hayat Nabi s.a.w, hampir tidak ada seorang pun di kalangan sahabat yang berani meminta jawatan hakim ini. Sememangnya Nabi s.a.w tidak akan memberikan jawatan hakim ini kepada orang yang memintanya. Baginda juga sangat berhati-hati dan selektif dalam mengangkat seseorang ke jawatan hakim. Dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w telah bersabda: Demi Allah, sesungguhnya kami tidak akan memberikan jawatan ini kepada seorang yang memintanya, atau kepada orang yang bercita-cita untuk mendapatkannya. (HR Tirmizi) Oleh itu, sesiapa yang meremeh, mempermain dan mengkhianati jawatan hakim ini, maka tunggulah janji dan ketetapan daripada Allah S.W.T. Pasti Allah tidak akan melupai seseorang hakim yang berlaku zalim dan mengkhianati amanah yang telah disandarkan oleh umat kepadanya.

  • TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM

    117

    PERLANTIKKAN HAKIM SERTA ADAB-ADABNYA

    5.3

    Fuqaha Islam telah menjelaskan secara panjang lebar berhubung dengan syarat-syarat asas yang perlu ada pada seseorang untuk dilantik menjadi hakim. Al-Mawardi misalnya telah menggariskan beberapa syarat asas seperti berikut:

    Hakim yang hendak dilantik mestilah seorang yang cukup umur atau disebut sebagai baligh. Oleh itu, seorang kanak-kanak tidak layak untuk dilantik menjadi seorang hakim.

    Hakim yang hendak dilantik mestilah seseorang yang berakal yang berkemampuan untuk membezakan yang hak dan batil, memiliki kebijaksanaan yang baik, tidak pelupa serta mampu dengan kebijaksanaannya menjelaskan perkara yang menjadi kekeliruan dan mampu memecahkan kebuntuan.

    Hakim yang hendak dilantik mestilah seorang yang merdeka, bukan seorang hamba. Syarat ini tidak lagi terpakai di zaman ini.

    Hakim yang hendak dilantik mestilah adil dan sentiasa berkata benar, beramanah, bukan pelaku dosa-dosa besar, dan tidak juga berterusan melakukan dosa kecil.

    Hakim yang hendak dilantik mestilah juga seorang yang boleh mendengar dan bukan orang yang pekak yang tidak dapat mendengar percakapan orang yang bertikai, dia juga hendaklah seorang yang boleh bercakap dan tidak bisu, dia juga hendaklah seorang yang boleh melihat dan tidak seorang yang buta.

    Hakim yang hendak dilantik mestilah seorang yang berkeahlian dan pakar dalam bidang hukum, seorang yang mujtahid, memahami al-Quran, mengetahui sunnah dan perkara-perkara yang bersangkutan dengannya. Pada masa ini mungkin susah untuk mencari seorang mujtahid, kalaupun ada amat sedikit bilangannya. Oleh itu seharusnya dilantik orang yang teralim dan terbaik di kalangan yang ada.

    Berdasarkan pendapat jumhur ulama, hakim hendaklah seorang Islam. Akan tetapi terdapat pendapat di kalangan ulama, terutama ulama dari mazhab Hanafi yang mengharuskan perlantikan bukan Islam untuk membicarakan kes-kes yang berlaku, terutama jika kes tersebut melibatkan orang-orang bukan Islam.

    Berdasarkan pendapat jumhur juga, lelaki adalah menjadi salah satu syarat kepada perlantikan seorang hakim. Akan tetapi menurut pendapat Imam Abu Hanifah, perempuan juga boleh dilantik menjadi hakim.

  • TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM

    118

    5.3.1 Adab-adab Hakim

    Seorang hakim itu sangat-sangat dituntut supaya mengikut dan mentaati prinsip-prinsip kesusilaan atau adab seorang hakim apabila dia menjadi hakim dan menjalankan perbicaraan. Adab-adab ini mesti diikuti dan dihormati supaya prinsip keadilan sejati dapat ditegakkan, dan autoriti seorang hakim dan mahkamah itu sendiri terpelihara dan tidak tercemar. Oleh itu, apa-apa sahaja yang boleh mengurangkan kepercayaan rakyat jelata kepada seseorang hakim perlu dielakkan, juga mana-mana perkara yang boleh menjejaskan dan menimbulkan keraguan kepada prosiding ataupun perjalanan mahkamah itu hendaklah dielakkan. Keadilan itu bukan hanya aspek yang diperkatakan dengan lidah, malah hendaklah dirasai oleh seluruh rakyat. Oleh itu, demi mempastikan keadilan ditegakkan, penghakiman hakim-hakim dihormati dan tidak dipertikaikan atau diragukan. Maka Islam menghendaki hakim-hakim mematuhi adab-adab hakim itu di dalam dan di luar mahkamah. Secara mudahnya, adab-adab hakim ini boleh dibahagikan kepada dua. Pertama, adab-adab hakim secara am sama ada di dalam atau di luar mahkamah. Kedua, adab hakim khusus, yakni semasa mendengar prosiding mahkamah.

    5.3.2 Adab-adab Am bagi Seorang Hakim

    Secara ringkasnya, adab-adab hakim secara am sama ada di dalam mahkamah atau di luar mahkamah adalah seperti berikut:

    Seorang hakim itu hendaklah sentiasa menegakkan keadilan seperti yang dituntut oleh Islam. Pada masa yang sama, mahkamahnya itu hendaklah menjadi mercu tanda institusi keadilan Islam yang sejati.

    Seorang hakim itu hendaklah juga mempunyai pejabatnya di kawasan-kawasan yang mudah untuk didatangi, di tempat yang sedia maklum oleh orang ramai. Ini bagi memudahkan orang ramai berurusan dengannya.

    Seorang hakim itu juga hendaklah sentiasa menjaga perilakunya dan sentiasa mengelakkan diri daripada sebarang syak wasangka yang mungkin timbul. Oleh itu, seorang hakim selayaknya tidak menerima jemputan khas baginya, atau hadir di pertemuan di mana dia adalah jemputan khas.

    Seorang hakim itu juga hendaklah sentiasa bersikap profesional dan memberi layanan yang sama rata kepada semua orang yang terlibat, sama ada semasa di mahkamah atau di luar mahkamah.

  • TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM

    119

    Seorang hakim itu juga hendaklah tidak menerima sebarang hadiah, terutama daripada seseorang yang tidak biasa memberinya hadiah, sebelum pelantikannya sebagai hakim. Hanya hadiah khusus seperti hadiah daripada anak dan isterinya adalah dikecualikan. Ini bagi memastikan tidak ada unsur sogokan kepadanya daripada orang-orang yang mempunyai kepentingan diri. Seperti ungkapan yang menyebut: "Termakan budi terkorban diri".

    Seorang hakim itu juga hendaklah tidak menerima sebarang rasuah atau duit kopi. Diriwayatkan daripada Abdullah b. Amar, Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud: Telah dikutuki oleh Allah pemberi rasuah dan penerimanya. (HR Abu Dawud)

    Seorang hakim itu juga hendaklah tidak terlibat dalam perniagaan, kerana dikhuatiri akan memberi kesan dan akan memihak kepada rakan-rakan seperniagaannya dalam penghakimannya.

    Seorang hakim itu juga hendaklah tidak bergaul bebas dengan orang ramai atau berjalan dengan mereka kecuali apabila perlu sahaja. Ini bagi mengelakkan dianya dilihat berpihak dan mesra dengan mana-mana pihak, terutama yang terbabit dalam pertikaian yang sedang diadilinya.

    Seorang hakim itu juga hendaklah tidak mudah memberi fatwa apabila diminta pendapatnya. Ini bagi mengelakkan pendapatnya itu, digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menyokong hujahnya di kemudian hari.

    Seorang hakim itu juga hendaklah bersedia untuk meninggalkan jawatan hakimnya, jika dia tidak lagi layak, atau sudah hilang kelayakan untuk menjadi seorang hakim.

    5.3.3 Adab-adab Khas Hakim Sewaktu Mendengar Kes

    Adab khas hakim sewaktu di dalam mahkamah dan sewaktu mendengar kes yang dibicarakan di hadapannya adalah seperti berikut:

    (a) Seorang hakim itu hendaklah berada di mahkamah pada hari dan waktu-waktu yang dijadualkan kepadanya. Ini penting bagi memastikan kelicinan kepada prosiding atau perjalanan mahkamah itu.

    (b) Seorang hakim itu hendaklah membuat penghakimannya berdasarkan kepada hukum syarak, berasaskan kebenaran dan keadilan, tanpa memihak kepada mana-mana pihak.

    (c) Seorang hakim itu hendaklah membuat penghakimannya dalam keadaan tenang dan bebas daripada sebarang tekanan.

  • TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM

    120

    (d) Seorang hakim itu hendaklah mengelak daripada mengadakan perbicaraan di masa yang tidak sesuai seperti hari kelepasan atau pada malam hari. Ini bagi mengelakkan sebarang kesusahan yang timbul kepada pihak-pihak yang terbabit.

    (e) Seorang hakim itu hendaklah tidak seharusnya memeriksa sesuatu perkara, atau memutuskan sesuatu hukuman ketika beliau dalam keadaan marah. Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Hakim tidak boleh menjatuhkan hukuman pada dua orang yang bertelagah, ketika dia sedang dalam keadaan marah" . (HR Muslim)

    Seorang hakim itu hendaklah tidak seharusnya juga menjatuhkan hukum dalam keadaan-keadaan berikut:

    (i) Ketika beliau sangat lapar atau haus

    (ii) Ketika beliau datang keinginan berahi (syahwat)

    (iii) Ketika beliau sangat susah atau sangat gembira

    (iv) Ketika beliau sakit atau kurang sihat

    (v) Ketika beliau berhajat hendak buang air

    (vi) Ketika beliau berasa mengantuk

    (vii) Ketika keadaan sangat panas atau sangat dingin

    (f) Seorang hakim itu juga tidak seharusnya mendengar mana-mana kes yang mana pihak terbabit adalah musuhnya. Ini bagi mengelakkan satu keputusan yang tidak adil, kerana kebencian yang sedia ada antara mereka berdua.

    (g) Seorang hakim itu juga hendaklah bersikap tegas dan bersikap adil dan tidak dipengaruhi oleh keadaan atau orang-orang yang ada di hadapannya.

    (h) Seorang hakim itu juga hendaklah sentiasa berhati-hati di hadapan pihak-pihak yang terlibat dalam kes tersebut. Ini kerana mereka itu akan cuba menggunakan semua daya usaha dan helah untuk memenangi kes mereka.

    (i) Seorang hakim itu juga hendaklah bersifat terbuka dan sabar, apabila mendengar keterangan dan hujah-hujah dari pihak-pihak yang terlibat. Janganlah memutuskan hukuman berdasarkan keterangan yang diberi oleh satu pihak sahaja, akan tetapi dia seharusnya memberi keputusan selepas memberi peluang kepada dua-dua pihak mengemukakan segala hujah dan bukti di dalam kes-kes mereka.

    (j) Seorang hakim itu juga hendaklah menyamakan pertanyaan, tempat duduk dan sebagainya antara dua orang yang sedang diadili.

  • TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM

    121

    (k) Seorang hakim itu juga hendaklah dengan sepenuh perhatian mendengarkan keterangan dan hujah kedua-dua pihak secara berganti-ganti.

    (l) Seorang hakim itu juga hendaklah cermat memerhati kepada prosiding di mahkamah, dan sentiasa mengawal keadaan supaya perbicaraan itu dapat berjalan dengan baik dan tenang.

    (m) Seorang hakim itu juga hendaklah sebelum memberi keputusannya, meminta pihak-pihak terbabit bersulh dan mencapai perdamaian. Sulh adalah digalakkan kecuali jika dia menjadikan apa yang haram itu halal atau sebaliknya.

    (n) Seorang hakim itu juga hendaklah juga sentiasa memuliakan saksi-saksi yang dipanggil bagi memberi penyaksian dalam kes tersebut. Sekali-kali jangan menghina mereka, jangan juga memperkecil dan merendah-rendahkan mereka.

    (o) Seorang hakim itu juga hendaklah mengadakan perbicaraan di mahkamah terbuka, kecuali di dalam keadaan khas yang dibenarkan oleh undang-undang.

    Inilah antara adab-adab hakim yang perlu dijaga dan diperhatikan olehnya semasa sedang mengendalikan sesuatu kes. Hakim hendaklah sentiasa mengingati dan menginsafi bahawa matlamat asal kepada perbicaraan mahkamah adalah untuk mencari kebenaran kepada pihak-pihak yang terbabit, semoga yang bersalah menerima hukuman, yang dizalimi dikembalikan hak kepadanya.

    SEMAK KENDIRI 5.2

    1. Bincangkan dengan rakan sekelas anda apakah perbezaan adab-adab hakim dalam Islam dan hakim dalam undang-undang sekular.

    2. Huraikan mengapakah antara adab seorang hakim adalah tidak harus menerima jemputan khusus. Bukankah itu akan merosakkan ikatan silaturrahim antaranya dan orang Islam yang lain?

    3. Nyatakan adakah anda merasa selasa dan berpuas hati dengan sistem kehakiman di tempat anda serta hakim-hakimnya.

    4. Jelaskan apakah cara terbaik untuk memastikan hakim-hakim ini akan menjaga segala adab-adab bagi seorang hakim.

  • TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM

    122

    PROSES PEMBUKTIAN 5.4

    Dalam mana-mana prosiding mahkamah, perkara yang paling penting dan utama ialah proses pembuktian bagi menentukan sesuatu kebenaran dakwaan atau tuntutan. Dalam syariat Islam, kepentingan pembuktian ini dapat dilihat bilamana syariat menggariskan mengenai cara-cara tertentu yang boleh digunapakai sebagai saluran untuk membuktikan kesahihan sesuatu hak atau kepentingan yang dipertikaikan. Ia dilihat dari aspek berat atau ringannya bentuk pelanggaran ke atas hak atau kepentingan tersebut dan sejauh mana kesan buruk yang diakibatkannya ke atas diri individu, masyarakat, bahkan negara. Mungkin mudah untuk kita mendakwa seseorang itu telah melakukan jenayah itu dan ini, tetapi tidak semudah itu untuk kita mengemukakan bukti ke atas pendakwaan-pendakwaan tersebut. Dalam menegakkan Istitusi Kehakiman Islam, perlulah keterangan dan hujah. Mana-mana dakwaan yang tidak disertakan dengan pembuktian tidak seharusnya dilayan. Dalam Islam juga, hakim diperintah agar memberi peluang kepada semua pihak yang terlibat dalam pertikaian untuk membela diri dan mengemukakan keterangan dan bukti masing-masing tanpa takut atau ragu-ragu. Hak pembuktian ke atas pendakwa, dan hak untuk membela diri bagi tertuduh, adalah dua perkara pokok dan utama dalam sistem kehakiman Islam. Hakim tidak seharusnya membuat keputusan bersalah ke atas mana-mana tertuduh, melainkan setelah diyakini adanya bukti-bukti yang sahih dan tidak meragukan (beyond reasonable doubt). Jika keputusan dibuat tanpa berpandu kepada bukti dan keterangan yang jelas dan pasti, maka sudah pasti suatu keadaan cemas, tegang dan tidak terkawal akan wujud dalam masyarakat seperti yang digambarkan oleh Nabi s.a.w dalam sebuah hadis yang bermaksud: Jika dibiarkan manusia itu membuat dakwaan sewenang-wenangnya, nescaya akan ada mereka-mereka yang membuat dakwaan ke atas harta benda dan darah orang lain dengan sewenang-wenangnya, yakni tanpa bukti dan keterangan". (HR Bukhari) Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w telah bersabda: "Keterangan (al-bayyinah) hendaklah diberi oleh pihak pendakwa dan sumpah (al-yamin) oleh pihak yang kena dakwa". (HR Baihaqi)

  • TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM

    123

    Berdasarkan apa yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w dalam hadis-hadis ini, dapat difahami bahawa setiap dakwaan itu hendaklah dibuktikan kesahihannya dengan mengemukakan keterangan atau dengan bersumpah. Setiap dakwaan tanpa bukti dan hujah, tidak sepatutnya diterima kerana ia merupakan satu dakwaan yang palsu.

    5.4.1 Apakah yang Dikatakan Proses Pembuktian

    Pembuktian dalam konteks prosiding mahkamah ialah merujuk kepada "Proses mengemukakan bahan bukti terhadap sesuatu dakwaan hak atau kepentingan yang dibuat dalam majlis kehakiman, dengan menggunakan cara atau saluran yang dibenarkan oleh syarak, yang akan memberi kesan dari segi perundangan ke atas dakwaan tersebut". Berpandukan kepada definisi yang diberikan ini, dapat difahami bahawa pembuktian merupakan suatu proses prosiding mahkamah yang amat penting dalam menentukan kedudukan sesuatu tuntutan, dakwaan hak atau kepentingan yang dipertikaikan, sebelum ia akan diterima atau ditolak oleh mahkamah. Oleh itu, pembuktian hendaklah dibuat dalam majlis kehakiman. Sesuatu pembuktian yang dibuat di luar majlis kehakiman, seperti memperakui kewujudan sesuatu sama ada melalui kesaksian atau dokumen bertulis tidak termasuk dalam kategori pembuktian yang sah dari segi syarak, selagi tidak berlaku perdebatan mengenainya di hadapan hakim dan di dalam mahkamah.

    5.4.2 Elemen-elemen Penting dalam Pembuktian

    Memandangkan proses pembuktian ini sangat berkait rapat dengan cara sesuatu keterangan atau bukti dikemukakan terhadap sesuatu tuntutan atau tuduhan, maka proses pembuktian ini akan menghasilkan sabitan bersalah terhadap tertuduh. Bukan sahaja itu. pada masa yang sama pembuktian mungkin juga membawa kepada penafian daripada tertuduh sehingga dia dibebaskan. Namun begitu, perlu diingat, jika dilihat dari sudut akibat dan risikonya antara sabitan dengan perlepasan terhadap tuduhan, didapati akibat daripada sabitan bersalah adalah jauh lebih besar. Apabila seseorang didapati bersalah ia boleh mengakibatkan kehilangan nyawa, kecacatan anggota, pembatasan gerakan dan kebebasan dan kehilangan harta benda. Paling sedikit ia boleh mencemarkan nama baik dan maruah diri seseorang.

  • TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM

    124

    Oleh yang demikian, syariat Islam telah menetapkan bahawa pembuktian itu hendaklah berdasarkan syarat-syarat seperti berikut: (a) PPembuktian hendaklah didahului dengan dakwaan

    Fungsi pembuktian adalah untuk mengukuhkan serta menzahirkan hak atau kepentingan bagi seseorang ke atas seorang yang lain. Oleh yang demikian, pembuktian tidak sah dijalankan melainkan setelah didahului dengan tuntutan atau dakwaan oleh yang empunya hak atau kepentingan.

    (b) PPembuktian hendaklah seiringan dengan tuntutan atau dakwaan

    Pembuktian bertujuan membenarkan dakwaan dan menjelaskan hak dan kepentingan yang dipertikaikan. Oleh itu, jika terdapat percanggahan antara pembuktian dengan dakwaan, maka pembuktian itu tidak boleh diterima kerana ketiadaan pertalian antara kedua-duanya.

    (c) PPembuktian hendaklah dapat menghasilkan suatu natijah terhadap dakwaan Ini bermakna, ia dapat membuktikan hak dan kepentingan yang

    dipertikaikan dan dengan itu keputusan boleh dibuat oleh Hakim. (d) PPembuktian hendaklah dilakukan dalam majlis kehakiman Matlamat pembuktian adalah untuk mendapatkan keputusan dan dengan

    itu pembuktian mestilah dibuat dalam majlis kehakiman. Ini bererti, jika pembuktian dibuat di luar majlis kehakiman, maka tujuan pendakwaan tidak tercapai dan ia tidak menyelesaikan pertikaian.

    (f) PPembuktian hendaklah berdasarkan pengetahuan sebenar atau andaian

    yang amat kukuh. Oleh itu, jika ianya hanya berdasarkan syak atau andaian semata-mata, maka pembuktian tersebut tidak harus diambil kira.

    (g) PPembuktian hendaklah tidak bertentangan dengan akal, syarak, keadaan

    lahiriah dan juga hakikat sebenar sesuatu Ini bermakna, jika pembuktian itu bertentangan dengan perkara-perkara ini, maka ia perlu ditolak dan dianggap pembuktian yang palsu. Misalnya apabila seseorang lelaki yang mengakui dirinya bapa kepada seorang lain, sedangkan dia lebih muda daripadanya.

    (h) Pembuktian hendaklah dilakukan dengan cara atau saluran-saluran yang

    ditentukan syarak Adalah jelas bahawa cara dan saluran pembuktian tidak boleh dilakukan melalui saluran yang tidak diiktiraf syarak seperti penggunaan sihir, tilikan dan sebagainya.

  • TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM

    125

    5.4.3 Kaedah Pembuktian dalam Islam

    Terdapat para fuqaha yang menyatakan bahawa pembuktian terhadap sesuatu dakwaan harus dibuat dalam pelbagai kaedah dan cara. Manakala sebahagian lain menyatakan pembuktian hanya boleh dibuat melalui kaedah tertentu sahaja. Perselisihan pendapat ini terjadi kerana kefahaman mereka yang berbeza tentang apakah yang dimaksudkan dengan keterangan (al-bayyinah). Adakah ia semua yang dapat menerangkan dan menjelaskan hakikat dan kedudukan hak atau kepentingan, atau ianya hanya terhad kepada kesaksian (al-shahadah) dan bersumpah (al-yamin) sahaja? Jika ditinjau pendapat fuqaha, boleh dikatakan Jumhur fuqaha yang terdiri daripada fuqaha mazhab Syafie, Hanafi, Maliki dan Hanbali, berpendapat bahawa keterangan ialah kesaksian. Ini kerana menurut mereka, kedudukan sesuatu hak itu dapat dijelaskan melalui kesaksian, dan pada kebiasaannya dalam keterangan itu terdapat kesaksian. Sementara itu, sebahagian fuqaha Islam yang lain termasuklah Ibn Farhun, Ibn Qayyim al-Jawziyyah dan lain-lain, berpendapat bahawa keterangan itu ialah sesuatu yang dapat menjelaskan sesuatu hak atau kepentingan. Oleh itu, mereka berpendapat, setiap bukti, hujah, cara dan saluran yang boleh mensabitkan hak atau kepentingan serta menjelaskan kedudukannya yang dikemukakan di hadapan majlis kehakiman (mahkamah) merupakan keterangan. Pendapat ini agak lebih wajar untuk diterima, memandangkan jika kaedah-kaedah pembuktian itu dihadkan kepada kesaksian sahaja, tanpa diluaskan skopnya. Maka hakim akan terikat dan tidak boleh menerima cara dan saluran-saluran lain selain daripada kesaksian sahaja dalam pembuktian. Ini sudah pasti akan menyulitkan hakim untuk mencapai keadilan disebabkan cara dan kaedah pembuktiannya amat terbatas. Bagi menjaga kepentingan orang ramai supaya hak-hak mereka dapat dipertahankan dan tidak dicabuli serta kes yang dibicarakan dapat dibuat keputusan dengan segera, maka seharusnya hakim juga boleh menerima bukti-bukti yang bersifat zanni ini dalam sabitan atau penafian sesuatu hak atau kepentingan yang dipertikaikan, selagi bukti-bukti dapat dibuktikan kebenarannya. Perlu diingat, meskipun kebebasan diberikan kepada hakim iaitu sama ada menerima atau menolak sesuatu bukti, ini tidak bermakna ia dilakukan mengikut

  • TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM

    126

    kehendak hatinya sahaja. Hakim masih perlu merujuk kepada ketentuan peraturan yang digariskan oleh syarak. Selain itu, kebebasan hakim dalam pembuktian ini juga terikat dengan bukti-bukti yang dikemukakan dalam perbicaraan. Ini bermakna, hakim tidak harus membuat penghakimannya berdasarkan bukti-bukti yang tidak disebut dalam catatan prosiding atau yang tidak dipastikannya terlebih dahulu. Sebagai kesimpulannya dalam sistem kehakiman Islam, bebanan pembuktian hendaklah dikemukakan oleh pihak pendakwa. Sekiranya pihak pendakwa gagal mengemukakan bukti, maka kes tersebut hendaklah dibuang, dan tertuduh hendaklah dilepaskan. Hakim tidak dibenarkan sama sekali untuk berlaku zalim kepada mana-mana pihak. Perlu juga diingati, jika terdapat sebarang keraguan (shubhah) dalam mana-mana kes yang dibawa, hakim juga hendaklah membuang kes tersebut dan tertuduh hendaklah dibebaskan. Matlamat kehakiman adalah untuk memberi hak kepada sesiapa yang berhak, menghukum sesiapa yang benar-benar didapati bersalah dan membebaskan mereka yang tidak bersalah.

    1. Bincangkan dengan rakan sekelas anda mengapakah jika seorang hakim berlaku zalim kepada mana-mana pihak semasa menjatuhkan hukuman, maka perbuatan tersebut dianggap dosa besar.

    2. Huraikan pada pendapat anda mengapa sebahagian daripada hakim amat mudah untuk bertindak zalim dan amat mudah untuk disogok bagi menentukan sesuatu penghakiman.

    3. Jelaskan berdasarkan pemahaman anda, jenis-jenis bukti yang terdapat pada hari ini yang boleh dikemukakan sebagai bukti dalam sebuah prosiding mahkamah.

    AKTIVITI 5.3

  • TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM

    127

    Kehakiman Islam mestilah berpandukan al-Quran dan al-hadis dalam

    menetapkan sebarang keputusan.

    Nabi s.a.w telah menjelaskan bahawa hakim itu terbahagi kepada tiga bahagian, dua bahagian akan ke neraka dan hanya satu akan ke syurga. Ini menunjukkan bahawa seseorang hakim itu lebih hampir dengan neraka, kecuali mereka yang cekal hati, tidak mudah disogok dan mempunyai ilmu dalam penghakiman.

    Umat Islam wajib beriman dan mengamalkan segala ketetapan-ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

    Tanggungjawab seorang hakim adalah besar. Oleh itu, ganjaran dan pahala daripada Allah juga besar jika sekiranya hakim itu menghukum berdasarkan ketetapan Allah S.W.T.

    Terdapat terlalu banyak adab-adab yang perlu diamalkan oleh seorang hakim. Ini bagi memastikan bahawa penghakimannya benar-benar adil dan dilihat sebagai adil.

    Mana-mana tindakan dan perilaku seorang hakim yang boleh membawa kepada timbulnya syak serta ketidakpuasan hati di kalangan pihak-pihak yang bertikai perlu dielakkan.

    Beban pembuktian terpikul di bahu si-pendakwa. Oleh itu, jika terbukti bahawa pendakwa gagal membawa bukti-bukti yang kukuh, maka kes tersebut hendaklah dibuang dan tertuduh hendaklah dibebaskan.

    Hakim jangan sesekali bersekongkol dengan pasukan pendakwa raya bagi mensabitkan kesalahan tertuduh. Perbuatan ini adalah satu dosa besar.

    Di hadapan sistem keadilan Islam, mereka yang bersalah hendaklah dihukum, manakala yang tidak bersalah hendaklah dilepaskan.

  • TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM

    128

    Sarahah

    Al-Nahy

    Al-Ada

    Al-Amr

    Tajrih

    Al-Sulh

    Al-Yamin

    Shubhah

    Al-Qada

    Al-Qarar

    Al-Taqdir

    Tadil

    Wilayah al-Ammah

    Al-Bayyinah

    Zanni

    Qati

    A. Othman, Mahmud Saedon. (1998). Institusi Pentadbiran Undang-Undang &

    Kehakiman Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Yaacob, Abdul Monir. (2001). Sistem kehakiman Islam. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.

    Al-Jarumi, Amin. (2006). Prinsip-Prinsip Prosiding Mahkamah Dalam Syariat Islam. Kuala Lumpur: Straits Digital Sdn Bhd.

    A. Othman, Mahmud Saedon. (1990). Kadi: Perlantikan, Perlucutan dan Bidang Kuasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Al-Naim, Abdullahi Ahmed. (2006). Menuju Reformasi Perundangan Islam. Sri Damansara: Lian Soon Printing.

    Yaacob, Abdul Monir. (1996). Sistem kehakiman Islam. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.

    Ibrahim, Ahmad Mohamed. (2000). The Administration of Islamic Law. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.

    Maliji, Ahmad Muhammad. (1984). Al-Nizam al-Qadai al-Islami. Azhar: Dar al-Taufiq al-Tamujaziyyah.

    Mohamad, Abdul Basir. (2002). Falsafah Perundangan Islam: Kehakiman. Selayang: Mahzum Book Services.

  • TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM

    129

    Buang, Ahmad Hidayat. (2007). Undang-undang Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya.

    Al-Zuhayli, Muhammad. (2001). Tarikh al-Qadai fi al-Islam. Bairut: Dar

    al-Fikr al-Muasir.