topik 1.ppt

41
TOPIK 1 TOPIK 1 Pengenalan kepada Pengenalan kepada Kaedah Penyelidikan Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan dalam Pendidikan

Upload: rahayu-mohd

Post on 02-Oct-2015

262 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • TOPIK 1
    Pengenalan kepada Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan

  • Tujuan penyelidikan dalam pendidikanCiri-ciri penyelidikan dalam pendidikanPendekatan penyelidikan dalam pendidikan- Pendekatan positivis (kuantitatif)- Pendekatan interpretatif (kualitatif) Etika dalam penyelidikan dalam pendidikan - Aspek-aspek penting dalam etika penyelidikan- Kod etika

    OBJEKTIF /ISI PENTING TOPIK 1

  • What is research?

    Apakah penyelidikan?

  • APAKAH PENYELIDIKAN?

    Search/Cari

    Look, or feel, or go over for what may be found. (mencari, atau merasa atau mendapatkan sesuatu)

    Looking for something (mencari sesuatu).

    Investigation (menyiasat)

    Research/Menyelidik

    endeavour to discover new, or collate old facts (usaha untuk menemu sesuatu yang baharu, atau mengumpul dan menyemak fakta lama).

    To look in detail, or to search intensively (mencari secara terperinci, atau menyiasat secara intensif).

    (Oxford Dictionary)

  • PENYELIDIKAN

    Suatu percubaan untuk menjawab soalan-soalan ke arah menghasilkan ilmu dengan menggunakan pendekatan saintifik

  • APAKAH KAJIAN ?

    Penggunaan kaedah santifik secara formal & sistematik untuk mengkaji masalah dalam disiplin tertentu.Kajian perlu dirancang dengan baik supaya dapatan menjadi sahContoh : Masalah dalam bidang pendidikan:

    Ponteng sekolah/kelas , minat membaca, penyelesaian masalah dalam matematik, sikap murid dll

  • Apakah penyelidikan pendidikan

    Penyelidikan pendidikan adalah kajian yang menyelidik tingkah laku murid, pelajar, guru dan lain-lain peserta di sekolah dan institusi pendidikan yang lain. Tingkah laku biasanya disiasat dengan memeriksa hasil kerja seperti dokumen dan keputusan ujian setara

  • Apakah penyelidikan pendidikan

    terdiri daripada pelbagai kajian yang ingin memahami dan membaiki pembelajaran dan proses pendidikan. termasuk tajuk-tajuk seperti pengajaran, pengurusan bilik darjah, psikologi, pengujian, perkembangan kanak-kanak dan sains kognitif.
  • Definisi Penyelidikan Pendidikan

    Aplikasi kaedah saintifik secara sistematik dan formal untuk mengkaji masalah pendidikan Gay (1981)Sesuatu aktiviti yg sistematik yang menuju ke arah membekalkan ilmu, kefahaman tambahan utk ilmu yg sedia ada, tetapi relevan utk menambahbaikkan keberkesanan pendidikan Stenhouse (1984)Inkuiri yang sistematik, kritikal & kritikal kendiri dengan bertujuan memberi sumbangan kpd perkembangan & peningkatan ilmu Bassey (1990)
  • MENGAPA KITA PERLU MENYELIDIK?

    Adalah jelas bahawa guru-guru tidak menganggap mereka sebagai penyelidik, oleh itu mereka merasakan mereka tidak boleh memainkan peranan tersebut sebagai penyelidik. Mereka adalah subjek kepada penyelidik bukan sebagai individu yang menghasilkan penyelidikan. Mereka berada dalam vernakular penyelidikan atau target untuk diselidik.

    (Polemeni 1976)

    Oleh itu, guru perlu melaksanakan kajian secara aktif terhadap amalan pengajaran sendiri daripada membiarkan diri dijadikan objek kajian oleh penyelidik-penyelidik luar.

  • TUJUAN PENYELIDIKAN

    Untuk memberi jawapan kepada ketidakpastian.

    Pengkaji menjalankan kajiannya kerana tidak pasti akan sesuatu perkara atau fenomena yang telah, sedang atau belum berlaku.

    Pengkaji tidak boleh memastikan ketidakpastiannya hanya berdasarkan pandangan dirinya dengan merujuk kepada pengetahuan atau pengalaman yang dilaluinya kerana pandangan & pengetahuannya mungkin timbul dari penghuraian yang subjektif.

    Penghuraian yang subjektif ini mungkin timbul daripada kepercayaan, budaya, tradisi, anggapan yang salah dan pengaruh pihak-pihak berkuasa

    Untuk memastikan maklumat yang diperoleh munasabah ianya perlu disokong oleh data-data kuantitatif atau/dan kualitatif

  • TUJUAN PENYELIDIKAN DALAM PENYELIDIKAN

    PENEROKAAN

    DESKRIPTIF

    EXPLANATORI

    PREDIKTIF

  • Tujuan Penerokaan/ pelaporan

    Penerokaan: Untuk mengumpul maklumat awal latar belakangPelaporan: Maklumat ringkas statistik yang dibentang tidak memberi inferensi atau kesimpulan
  • Tujuan Deskriptif

    menjawab soalan tentang apa, siapa, bila, di mana dan kadangkala, bagaimana tentang sesuatu fenomenaTidak menghasilkan inferensi yang kuat tetapi popular kerana boleh digunakan dengan mudah untuk tujuan perancangan, pemantauan dan penilaian
  • Tujuan Explanatori

    menjawab soalan tentang mengapa & bagaimana. lebih menjelas & menerangkan sebab-sebab sesuatu fenomena berlaku, yang mana kajian deskriptif hanya membuat pemerhatian.
  • Tujuan Prediktif

    Prediktif : menelah bila & dalam situasi mana sesuatu fenomena besar mungkin berlaku.
  • Mengapa kita melakukan penyelidikan pendidikan?

    Mempelajari mengenai program yang berkesanmempelajari kaedah mengajar berkesan yang dapat membantu pelajar belajarMencari hubungan di antara pembolehubah dalam situasi(setting) pendidikan bagi merancang intervensiMemahami konteks budaya sekolah untuk membentuk sekolah yang memegang pada keadilan dan mengurangkan prejudis serta ketidaksamaan inequality.
  • Ciri-ciri Penyelidikan

    1. Penyelidikan adalah satu proses yang sistematik

    Proses yang berstruktur, pengkaji perlu ikut prosidur

    Tidak membenarkan kerja teka-meneka, bukan berdasarkan intuisi

    Perlu ada objektif kajian, pernyataan masalah, pembolehubah, hipotesis dsb.

  • Ciri-ciri Penyelidikan

    2.Penyelidikan adalah suatu aktiviti yang logikal

    Penyelidikan menggunakan logik

    Perlu ada kesahan dalaman dan kesahan luaran

    3.Penyelidikan adalah suatu pendekatan yang empirikal

    Perlu berdasarkan data yang sah untuk menguji kesahan luaran
  • Ciri-ciri penyelidikan

    4. Penyelidikan sebagai pendekatan yg

    saintifik dlm menghasilkan ilmu perlu :

    i. ikut langkah-langkah logikal

    ii. mematuhi kaedah saintifik

  • i. Langkah-langkah logikal

    Mengenal pasti masalah yang dikaji & bidang pengetahuan berkaitanMelakukan tinjauan literatur utk memahami bagaimana orang lain telah menghadapi/ menyelesaikan masalah ituMengumpul data secara tersusun & terkawal utk memperoleh keputusan yg sah.Menganalisis data berkaitanMembuat kesimpulan & generalisasi.
  • ii.Mematuhi kaedah saintifik

    Pendekatan yang saintifik merujuk kepada pendekatan yang berasaskan data empirikal dengan kaedah mengumpul data yang terkawal dan sistematik ke atas realiti.
  • Perbezaan antara Pendekatan Saintifik dan

    Pendekatan Bukan Saintifik

    Sumber: Shaughnessy, J.J. & Zechmeister, E.B. (1997). Research methods in psychology. N.Y.:McGraw-Hill,pp7.

    Bukan SaintifikSaintifikPendekatan am:IntuitifEmpirikalPemerhatian:Tidak terkawalSistematik, terkawalPelaporan:Biased, subjektifUnbiased, objektifKonsep-konsep:AmbiguousDefinisi yang jelas, operational specificityInstrumen:Kurang tepat, impreciseTepat, precisePengukuran:Tiada kesahan atau kebolehpercayaanAda kesahan dan kebolehpercayaanHipotesis:Tidak dapat diuji (Untestable)Boleh diuji (Testable)Sikap (Attitude):Uncritical, acceptingCritical, skeptical
  • Ciri-ciri penyelidikan

    5. Penyelidikan adalah suatu proses yang analitikal

    Penyelidikan mampu memberi suatu kerangka abstrak untuk memahami perhubungan antara pemboleh ubah

    Membolehkan penyelidik menghurai situasi dan bukan setakat mencerita situasi

  • Ciri-ciri penyelidikan

    6. Penyelidikan adalah proses yang replicable

    Boleh buat inferensi

    Membenarkan pengkaji lain menilai kesahan kajian, menggunakan data, kerangka kajian

    Berfaedah dan mustahak untuk peningkatan ilmu dan membuat keputusan

  • CIRI-CIRI KAJIAN YANG BAIK

    Mempunyai tujuan kajian yang jelasPenerangan yang jelas tentang proses kajianPerancangan dan pelaksanaan yang sistematikPiawai etika yang tinggiDapatan yang dibincang dengan jelas
  • Jenis pengetahuan penyelidikan yang diperolehi bila melaksanakan penyelidikan

    Deskriptif: menambah pengetahuan perkara yang berlaku di sekolah dan latihan (buku laporan pelajar) Ramalan (Prediction): kenal pasti cara pembolehubah memberi kesan kepada respon akan datang (pelajar SPM) Penambahbaikan (Improvement): kenal pasti intervensi yang membaiki pencapaian (reinforcement, CAI) Penjelasan (Explanation): kenal pasti teori yang menerangkan, ramal dan kawal fenomena bagi memperbaiki pembelajaran

  • Pendekatan penyelidikan
    dalam pendidikan

    Pendekatan positivis (kuantitatif)

    Pendekatan interpretatif (kualitatif)

  • KAEDAH POSITIVIS (KUANTITATIF)

    Menekankan ketepatan bukti penyelidikan dengan menggunakan analisis numerikal.Kaedah yang sering digunakan adalah secara eksperimental dan tinjauanMelakukan kajian untuk memahami corak aktiviti manusia dan membuat ramalan melalui kaedah mengenal pasti, mengukur dan menyatakan hubungan antara pembolehubah
  • KAEDAH POSITIVIS (KUANTITATIF)

    Sampel kajian dipilih secara rawak.Pengkaji guna data empirikal untuk menguji perhubungan antara pembolehubah dalam fenomena mementingkan kuantiti data, menguji hipotesis kajian dan kesimpulan dataKeputusan digeneralisasikan/ inferensi.
  • KAEDAH INTERPRETIF (KUALITATIF)

    menghuraikan suatu fenomena dengan menggunakan data deskriptif lebih menekankan analisis verbal daripada numerikal.Kaedah yang sering digunakan ialah kajian lapangan yang menggunakan pemerhatian dan temu bual sebagai kaedah pemungutan data kajian.
  • KAEDAH INTERPRETIF (KUALITATIF)

    Kajian biasanya menghurai ciri-ciri sejumlah subjek kecil secara teliti dan mendalam.Contoh:Pengkaji melakukan kajian ke atas sebilangan kecil pelajar luar bandar yang mendapat keputusan cemerlang.Mementingkan kualiti data yang dipungut.
  • PENDEKATAN PENYELIDIKAN

    1. kuantitatif :

    Kajian secara :

    i. Numerical (nombor)

    ii. Emperical (statistik)

    2. Kualitatif :

    Kajian secara narative :

    i. Words (Perkataan)

    ii. Picture (Gambar)

  • KUANTITATIF VS KUALITATIF

    KUANTITATIFKUALITATIFTUJUANMenyelidik hubungan, sebab dan kesanMemahami fenomena sosialREKABENTUKDibentuk sebelum kajian dijalankanDibentuk semasa kajian dijalankanPENDEKATANDeduktif; menguji teoriInduktif; menjana teoriALAT-ALATMenggunakan alat-alat piawaiMenggunakan interaksi bersemukaSAMPEL Menggunakan sampel besarMenggunakan sampel-sampel kecilANALISISAnalisis statistik ke atas data numerikDeskriptif dan interpretasi naratif
  • Etika Dalam Penyelidikan

    Etika boleh ditakrifkan sebagai tanggungjawab/akibat tingkah laku seseorang terhadap pelanggan/kerjanyaDalam penyelidikan kualitatif, penyelidik sebagai instrumen yang paling penting. Mereka perlu mengawasi tingkah laku diri sendiri (Cassel & Jacob, 1987).Sebagai instrumen penyelidik harus peka dan bertanggungjawab pada isu sensitif.Sifat yang perlu ada jujur, adil, berintegriti, berpengetahuan dan pengalaman
  • Tiga Pihak harus dijaga

    Pemberi maklumat terutama majikan yang memberi maklumatResponden selalu tersinggungMasyarakat penyelidik harus jujur, tepat.
  • Masalah yang selalu timbul

    Berbeza prinsip / pendirian Tidak melindungi privasi/ personaliti/

    kerahsiaan

    Tidak menghormati hak/pandangan Bersifat memaksa/ guna tipu helah Menyembunyikan fakta
  • PANDUAN PENYELIDIK

    Dapatkan persetujuan respondenTiada paksaanSebelum temu bual penerangan harus diberiButir-butir rahsia nama, pengenalan diri harus dirahsiakan. Integriti Jika pengenalan dikesan ia akan memberi kesan negatif (respon) pada masa depanData yang berada dalam akta kawalan pastikan tidak jatuh ke tangan orang lainCeraikan identiti dengan maklumatPekara yang mendatangkan kesan buruk harus ditelitiJangan menipu/memutar belit data, benarkan data disemak
  • PEKARA YANG PENTING SEBAGAI PANDUAN ETIKA PENYELIDIKAN

    Kod etika - sediakan satu panduan kajian,

    - peka pada peraturan institusi
    berkenaan

    - Sensitif pada isu moral, nilai, keagamaan dan budaya masyarakat; adakan perbincangan dengan staf yang berpengalaman dan masyarakat setempat.

  • PERSETUJUAN DGN RESPONDEN

    Penerangan mengenai kajian sepenuhnyaRisiko dan kebaikan kajianPenglibatan secara sukarelaHak mereka untuk menarik diri pada bila-bila masaHak kebenaran: Majikan/sekolah/individuSejauh mana butiran boleh didedahkan dan bila
  • Tutorial 1:

    Banding bezakan pendekatan kualitatif dan pendekatan kuantitatif. Bagi setiap pendekatan, berikan dua contoh tajuk