tmk pembentangan.ppt
TRANSCRIPT
Kursus Penyebaran KSSR Tahun 2 2011
UNTUK GURU BESAR DAN PK 1 DAERAH KUALA MUDA/YAN
Elemen Merentas Kurikulum(TMK) dalam
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
1
Apa itu Elemen TMK?
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah teknologi yang digunakan khasnya dalam penggunaan komputer, peralatan komunikasi dan perisian aplikasi untuk memperoleh, memproses, menyimpan, menghantar, mendapatkan semula, menukar dan melindungi maklumat di mana saja dan bila-bila masa.
2
3
Memastikan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang perlu dipelajari, menggalakkan kreativiti dan menyediakan pembelajaran yang menarik dari peringkat awal umur kanak-kanak berkekalan sepanjang hayat.
MATLAMAT
Objektif
Pada akhir persekolahan di peringkat rendah, murid akan dapat: Menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan beretika. Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang
bersesuaian. Menggunakan TMK untuk mencari, mengumpul, memproses
dan menggunakan maklumat. Menggunakan TMK untuk mendapatkan dan berkongsi
maklumat. Menggunakan TMK untuk menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan. Menggunakan TMK untuk meningkatkan produktiviti dan
pembelajaran. Menggunakan TMK untuk melahirkan idea dan maklumat
secara kreatif dan inovatif.
4
5
FOKUS
Memfokuskan kepada aplikasi perisian dan pengetahuan mengenai perkakasan dalam menghadapi pelbagai bentuk maklumat pada tahap kebolehan murid.
6
Strategi TMK dalam KSSR
TMK dilaksanakan dalam Dunia Sains dan Teknologi (DST)
TMK dilaksanakan merentas kurikulum
7
Pendekatan TMK dalam KSSRPendekatan TMK dalam KSSR
Belajar MENGENAI TMK
Belajar DENGAN TMK
Belajar MELALUI TMK
Belajar MENGENAI Belajar MENGENAI TMKTMK
Murid menguasai pengetahuan dan kemahiran displin ilmu yang khusus dalam bidang TMK iaitu Sistem Komputer, Rangkaian, Sistem Maklumat, Multimedia dan Pengaturcaraan.
Pendedahan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang ini kepada murid diajar bersesuaian dengan tahap kognitif dan keupayaan mereka.
8
9
Belajar DENGAN TMKBelajar DENGAN TMK
Menggunakan TMK sebagai alat untuk belajar seperti perisian dan
perkakasan TMK
Contoh perisian: MS Word, MS PowerPoint, MS Excel, Paint, Geometer’s Sketchpad dan Perisian percuma
(freeware) belajar menaip Typing Tutor.
Contoh perkakasan: Pencetak, pengimbas dan kamera digital.
P&P lebih berkesan, menarik dan seronok dengan menggunakan
TMK.
Murid lebih kreatif dan inovatif sesuai mengikut tahap pemikiran
mereka.
10
Belajar MELALUI TMKBelajar MELALUI TMK
Penggunaan TMK untuk mengakses maklumat dan ilmu pengetahuan menggunakan media TMK seperti CD-ROM, DVD-ROM, perisian kursus dan Internet.
Contoh belajar melalui TMK dapat dilihat melalui penggunaan bahan seperti ensaiklopedia, kamus, video pembelajaran, perisian kursus PPSMI, Portal E-bahan, EduwebTV dan Google Earth.
11
Strategi P&P (TMK Merentas Kurikulum)- Belajar Dengan dan Melalui TMK
Pengajaran dan pembelajaran dijalankan menggunakan perkakasan dan perisian TMK bersesuaian dengan topik yang hendak diajar oleh guru seperti menggunakan perisian aplikasi, CD-ROM atau bahan muat turun daripada Internet.
Murid boleh mengguna dan memanipulasi sumber TMK untuk menyokong pengetahuan atau tugasan mereka seperti hasilkan portfolio, laporan bergambar dan poster digital.
Murid boleh mengukuhkan konsep dan kemahiran yang telah mereka kuasai dalam suasana yang menyeronokkan.
11
Rujuk Dokumen Standard TMK untuk memastikan tahap kemahiran TMK yang dicapai oleh murid di Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3.
12
Literasi TMK•Pengenalan Perkakasan Komputer•Kemahiran menggunakan papan kekunci dan tetikus•Menaip•Menyisip imej•Membuka fail•Menyimpan fail•Membuat persembahan digital yang mengandungi elemen teks dan grafik.•Merakam suara•Melakar dan melukis secara digital•Mencetak dokumen
Internet•Mencari imej
Nilai
Peraturan makmal, Bertoleransi, bertanggung jawab
Literasi TMK•Kemahiran menggunakan papan kekunci dan tetikus•Menaip dalam lajur dan baris•Menyisip imej ke dalam jadual•Membuat persembahan digital yang mengandungi elemen teks, grafik dan audio •Menukar latarbelakang persembahan dan menggunakan ciri transisi antara slaid
Internet•Mencari maklumat•Menghantar dan membalas e-mel
Nilai
Teknologi Hijau, Keselamatan komputer dan data
Literasi TMK• Kemahiran menggunakan papan
kekunci dan tetikus• Menaip dan format • Menterjemahkan maklumat
dalam bentuk graf atau carta• Membuat pengiraan ke atas
maklumat• Menggunakan elemen animasi
dalam persembahan digit
Internet• Mengepil fail melalui e-mel
Nilai
Keselamatan Kompter dan Data, Teknologi Hijau, kerjasama
Tahun 1Tahun 2
Tahun 3
Tahap Perkembangan Pembelajaran Kemahiran TMK Tahap I
13
Mod Penggunaan TMK Dalam P&P
2. Guru sahaja
1. Guru dan murid
3. Murid sahaja
14
Perancangan KandunganPerancangan Kandungan
Modul Penerangan Pemilihan dan
Pengaplikasian Sumber TMK
Memilih dan mengaplikasi sumber TMK yang bersesuaian
TMK dalam Pengurusan Maklumat
Menggunakan TMK untuk mencari, mengumpul, memproses, menggunakan dan berkongsi maklumat
TMK dalam peningkatan produktiviti dan kualiti pembelajaran
Menggunakan TMK untuk penyelesaian masalah dan membuat keputusan bagi meningkat produktiviti dan pembelajaran.
Penggunaan TMK dalam kreativiti dan inovasi
Menggunakan TMK untuk mengemukakan idea dan maklumat secara kreatif dan inovatif.
15
Perisian dan Perisian dan PerkakasanPerkakasan
a. Perkakasan di Makmal Komputer Pelayan Komputer (PC) guru Komputer (PC) murid Pengimbas Mesin Cetak Kamera dan Video Digital Mikrofon dan perakam
suara
b. Perkakasan untuk guru Komputer bimbit Projektor LCD
c. Perisian Perisian Sistem Pengoperasian
Windows, Linux dan Sistem Pengoperasian Mac
Perisian aplikasi Microsoft Office dan StarOffice
Perisian utiliti seperti alat pemain media (Windows Media Player), perakam bunyi (Sound Recorder) dan kalkulator
d. Kemudahan Internet Talian akses Internet
SchoolNet, KPM
Perkakasan dan perisian TMK yang dibekalkan ke sekolah adalah seperti berikut:
16
Penggunaan TMK dalam Strategi P&P
Pembelajaran Kendiri
Pembelajaran Berasaskan
Projek
Inkuiri-Penemuan
Penyelesaian Masalah
Pembelajaran Masteri
Konstruktivisme
Pembelajaran Penerokaan
17
Kreativiti dan Inovasi dalam TMK
Kreativiti dan inovasi murid dapat
dikukuhkan melalui: Manipulasi kemahiran
menggunakan fitur-fitur perisian
Menghasilkan produk atau bahan menggunakan
pelbagai fitur perisian Menjana idea baru dengan
menggunakan TMK
18
Kurikulum Standard TMK Tahun 2
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
1.0 Menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan beretika
1.1 Memastikan perkakasan komputer dan persekitarannya berada dalam keadaan kemas dan bersih.1.2 Mengamalkan sikap berjimat cermat ketika mencetak dokumen.1.3 Mengetahui sumber maklumat yang
diperolehi.1.4 Mengamalkan etika penggunaan kata laluan
dan teks semasa berkomunikasi dalam talian.
19
Kurikulum Standard TMK Tahun 2
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
2.0 Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang bersesuaian
2.1 Meletakkan kedudukan jari dengan betul pada kekunci rumah di papan kekunci.
2.2 Menggunakan kekunci anak panah, Caps Lock dan Shift.
2.3 Menggunakan tetikus untuk klik dan seret serta menyalin dan tampal.
2.4 Membentuk jadual 3 lajur x 2 baris dengan menggunakan perisian pemproses kata (MS Word).
2.5 Menambah lajur dan baris dengan menggunakan perisian pemproses kata (MS Word).
2.6 Menaip teks dan menyisipkan imej ke dalam jadual.
20
Kurikulum Standard TMK Tahun 2
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
2.0 Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang bersesuaian
2.7 Menukar warna huruf dengan menggunakan pemproses kata (MS Word) atau perisisan persembahan (MS PowerPoint).2.8 Menghasilkan persembahan yang mengandungi elemen teks, imej dan audio dengan menggunakan perisian persembahan (MS PowerPoint).2.9 Menggunakan transisi slaid dalam dengan menggunakan perisian persembahan (MS PowerPoint).2.10 Menukar latar belakang dalam perisian persembahan (MS PowerPoint). 2.11 Mencetak dokumen dalam dua salinan.
21
Kurikulum Standard TMK Tahun 2
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
3.0 Menggunakan TMK untuk mencari, mengumpul, memproses dan menggunakan maklumat
3.1 Mencari maklumat dalam bentuk teks dan imej berdasarkan kata kunci menggunakan enjin carian.
3.2 Mengekstrak, mengumpul dan menyimpan maklumat.3.3 Mengintegrasi maklumat dalam perisian pemproses
kata (MS Word) dan perisian persembahan (MS PowerPoint).
22
Kurikulum Standard TMK Tahun 2
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
4.0 Menggunakan TMK untuk memperoleh dan berkongsi maklumat
4.1 Berkongsi idea dengan menghantar dan membalas e-mel kepada seorang penerima.
5.0 Menggunakan TMK untuk penyelesaian masalah dan membuat keputusan
5.1 Membentangkan tugasan dengan menggunakan perisian aplikasi dan sumber TMK yang bersesuaian (MS Word atau MS PowerPoint).
23
Kurikulum Standard TMK Tahun 2
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
6.0 Menggunakan TMK untuk meningkatkan produktiviti dan pembelajaran
6.1 Mengubahsuai hasil kerja sedia ada dengan menggunakan jadual, imej, audio dan pelbagai format fon mengikut kesesuaian.
7.0 Menggunakan TMK untuk mengemukakan idea dan maklumat secara kreatif dan inovatif
7.1 Menghasilkan tugasan dengan menggunakan perisian aplikasi yang bersesuaian untuk menyampaikan idea baru.
24
Bagaimana hendak menulis ENT-TMK dalam Bagaimana hendak menulis ENT-TMK dalam Rancangan Pengajaran Harian?Rancangan Pengajaran Harian?
Gunakan format penulisan yang sedia ada, guru hanya perlu nyatakan perkakasan atau perisian yang digunakan semasa p&p atau nyatakan dalam aktiviti
Sebagai contoh:ABM/BBM: Persembahan Powerpoint guru, murid sediakan
persembahan PowerPoint atau murid buat karangan menggunakan MS Word
Contoh Penulisan Rancangan Pelajaran HarianMata Pelajaran: Pendidikan Moral Tahun 2
Masa: 120 minit
Standard Pembelajaran mata pelajaran:
12.1.1, 12.1.2, 12.1.3 dan 12.1.4
Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan mengenal nilai kerjasama dalam keluarga untuk kepentingan bersama.
Aktiviti P&P: 1. Murid berkongsi pengalaman mengenai aktiviti mereka di rumah pada hujung minggu.2. Menyenaraikan aktiviti murid dan memberi penekanan mengenai nilai berkerjasama dalam
keluarga.3. Main perisian Tidy Up dan murid menceritakan tugas yang mereka lakukan semasa
bermain Tidy up bagi meringankan beban keluarga..
EMK: 1. TMK: Aktiviti dalam Perisian Tidy Up membantu murid belajar mengenai nilai kerjasama.2. Keusahawaan: Sikap dan pemikiran cemerlang 3. Menjana idea yang berkaitan dengan pengalaman kerjasama di rumah.
BBM/Media: Perisan Tidy Up.
Penilaian P&P: Murid boleh menceritakan secara lisan tentang kebaikan bekerjasama dan menjalankan tugas bersama-sama keluarga.
Refleksi: Seramai 25 orang murid boleh menyenaraikan peranan mereka dirumah bagi membantu keluarga. Hanya 5 orang murid yang menghadapi masalah menulis ayat. Murid diberi latihan bimbingan seperti isi tempat kosong.
26
Buku Panduan dan Modul Pengajaran dan pembelajaran TMK Merentas Kurikulum
27
MODUL PENGAJARAN KMK
MODUL PEMBELAJARAN KMK
Soalan Lazim
Jika <15 buah komputer berfungsi di Bilik/Makmal Komputer:
Guru membahagikan murid kepada tiga kumpulan.
Kumpulan 1: terdiri daripada murid yang mahir menggunakan komputer.
Kumpulan 2: terdiri daripada murid yang kurang mahir menggunakan komputer.
Kumpulan 3: terdiri daripada murid yang tidak tahu menggunakan komputer.
Kumpulan 1 melakukan aktiviti yang menggunakan komputer murid. Kumpulan 2 akan membuat aktiviti seperti melengkapkan lembaran kerja. Kumpulan 3 di bimbing guru menggunakan komputer guru secara bergilir. Setelah tamat masa yang ditetapkan, kumpulan 2 akan mengambil alih aktiviti menggunakan komputer dengan bimbingan Kumpulan 1. Setelah selesai Kumpulan 2, Kumpulan 1 akan melengkapkan aktiviti seperti lembaran kerja. Kumpulan 2 akan membimbing Kumpulan 3.
28
Soalan Lazim
Jika sekolah tidak mempunyai Bilik/Makmal Komputer:
Guru boleh menggunakan komputer riba, perisian kursus dan projektor LCD di dalam bilik darjah.
Murid datang ke hadapan untuk mencuba aktiviti yang disediakan di dalam komputer riba guru.
Guru juga boleh memuat turun laman web lebih awal dan menggunakan laman tersebut semasa pengajaran.
Beri tugasan kepada murid untuk menggunakan kemudahan TMK di Pusat Akses selepas waktu persekolahan atau waktu rehat atau di rumah.
29
SekianTerima kasih
www.moe.gov.my/bpk
30