title mangkin kreativiti bangsa dalam bahasa author(s ... · bahawa keb masmg-mas pentadbiran akan...

20
Title Mangkin kreativiti bangsa dalam bahasa Author(s) Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz Source Sekata, 2005: 13-31 Published by The Malay Language Council Copyright © 2005 The Malay Language Council This document may be used for private study or research purpose only. This document or any part of it may not be duplicated and/or distributed without permission of the copyright owner. The Singapore Copyright Act applies to the use of this document. This document first appeared in: Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz. (2005). Mangkin kreativiti bangsa dalam bahasa. Sekata, 2005: 13-31. This document was archived with permission from the copyright owner.

Upload: hoangcong

Post on 31-Aug-2018

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Title Mangkin kreativiti bangsa dalam bahasa Author(s) Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz Source Sekata, 2005: 13-31 Published by The Malay Language Council Copyright © 2005 The Malay Language Council This document may be used for private study or research purpose only. This document or any part of it may not be duplicated and/or distributed without permission of the copyright owner. The Singapore Copyright Act applies to the use of this document. This document first appeared in: Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz. (2005). Mangkin kreativiti bangsa dalam bahasa. Sekata, 2005: 13-31. This document was archived with permission from the copyright owner.

MANGKIN KREATIVITI BAN GSA DALAM BAHASA 1

Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz

1.0 Pengenalan

Kejayaan sesuatu bangsa itu sering disinonimkan dengan kemampuan mereka menghasilkan sesuatu produk atau ciptaan yang dapat disebarluaskan ke seluruh dunia. Kejayaan seumpama ini sering dikaitkan dengan kreativiti bangsa. Maka bangsa yang lain sering mencuba mendapatkan kemampuan yang sama dengan mengutamakan kreativti lahiriah. Namun demikian, tidak semua bangsa yang mampu mengecapi kejayaan sedemikian.

Menurut Malik Bennabi, seorang tokoh sejarah dan sosiologi yang terkenal pada abad ini, sesuatu bangsa gagal membangun bukan kerana tidak memiliki sumber-sumber pembangunan seperti tanah dan sumber alam tetapi kerana tidak mempunyai banyak idea. Kekurangan idea ini jelas tergambar apabila sesuatu bangsa itu tidak berupaya mengeksploitasikan sumber­sumber yang ada ataupun menghasilkan sesuatu yang barn. Kekurangan ini juga jelas apabila sesuatu bangsa itu gagal menyatakan masalah yang dihadapi dan tidak tahu cara menyelesaikannya. Keadaan ini terjadi kerana bangsa itu tidak bersemangat menangani masalah-masalah tersebut.

Jika kita singkap konsep kreatif itu sendiri ia bermaksud bersendikan kemampuan untuk mereka; mencipta atau mengilhamkan (Kamus Times Chambers Combined Dictionary 1996:299). Ia juga disinonimkan dengan istilah seperti artistik, bervisi, inovatif, asli dan produktif. Sebelum kreativti lahiriah dapat diperolehi ia harus mengukuhkan dahulu kreativiti dalaman sesuatu bangsa. Ini boleh dilakukan dengan anjakan paradigma dalam tradisi keilmuan dan kesatuan. Konsep bangsa dan bahasa Melayu itu sendiri perlu diperluaskan agar merangkumi bumi yang lebih luas. Melalui kerencaman yang terhasil, pastinya akan timbul semangat persaingan yang membuahkan pemikiran yang kritikal tentang prestasi bangsa sekaligus menggerakkan mekanisme kreativiti bangsa.

2.0 Bahasa Melayu Kreatif dan Dinamis

Bahasa Melayu lumrahnya adalah bahasa kreatif. Kemampuan ini terserlah kerana kedinamikannya. Tidak dapat dinafikan bahawa bahasa Melayu mempunyai lebih daripada 10 bahasa asing di dalamnya seperti (Ariff 1990); Sanskrit (agama, sederhana, puasa, suasana, puteri, permaisuri ), Tamil (apam, kolam, nilam, logam, ragam, kuli, kedai, keldai), Davida (kuda, loji, belanja), Hindi (cuti, curi, culi, lucah, sundal), Arab (ajal, awal, akhir, akhbar, hukum, rukun, sabar, makna), Farsi (daftar, nakhoda, maulana, syahbandar, kahwin, temasya), Cina (loteng, tekoh, cawan, kuntau, anglo, mi, dacing, tocang), Portugis (bendera, kemeja, biola, jendela, mentega, soldadu, padri), Belanda (duit, ransum, taksir, toples, pekan, organisasi, revolusi), dan Inggeris (enjin, stesen, tiket, motokar, mesin, telefon).

1 Kertas kerja disampaikan dalam Seminar Bahasa dan Sastera sempena sidang ke 43 MABBIM dan sidang ke 9 MASTERA 2004, 8-9 Mac 2004 di Dewan Bahasa dan Pus taka, Kuala Lumpur.

13

14

Daripada bahasa Melayu lahir bahasa Melayu Baba2 seperti sungei (sungai), kedei (kedai), pandei (pandai), pakei (pakai), tak-aa (tiada), tak-kenapaa (tiada mengapa), suei (suar), jereki (rezeki).

Daripada bahasa Melayu juga lahir istilah bahasa Indonesia pada tahun 1928 (Mohd Taib Osman dalam Hassan Ahmad 1993: 102) apabila satu Kongres Pemuda Indonesia telah mengambil satu dasar penting yang merubah perkembangan bahasa Melayu di alam Melayu pada masa depan. Dalam Kongres tersebut, cita-cita persatuan Indonesia yang dilambang dengan cogankata "Bhineka Tunggal Ikka" telah lahir dan bahasa Melayu telah menjadi alat penyatuan suku-suku bangsa di Indonesia sebagai suatu bangsa iaitu bangsa Indonesia. Dengan ini juga lahirlah istilah "bahasa Indonesia" bagi menggantikan istilah bahasa Me1ayu di Indonesia.

Bahasa Melayu juga menjadi inti utama kepada bahasa Sing/ish di Singapura. Bahasa Sing/ish ini merupakan bahasa lnggeris ala Singapura. Ia adalah gabungan bahasa-bahasa berbagai kaum di Singapura iaitu Melayu, Cina dan India yang disesuaikan dengan bahasa Inggeris. Misalnya dalam ayat: "Wait I hentam you, then you know", (nanti aku pukul kau, baru kau tau) "You don't try to bedek me" (kau jangan nak bedek) dan "Don't play-play" (Jangan main-main). Jelas sekali, bangsa lain mengikut cara perbualan orang Melayu dalam ayat­ayat Sing/ish.

2~1 Keterampilan Bahasa Melayu

Bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang mempunyai kemampuan pelbagai bidang ilmu seperti matematik, sains, kejuruteraan, agama, peradaban dan lain-lain yang sebenarnya menunggak falsafah ilmu.

Satu contoh yangjelas dibincangkan oleh Hanapi Dollah (HashimAwang AR et. al.l998:249-250). Beliau menjelaskan bahawa ceritajenaka Mat Jenin adalah sebuah kisah ilmu kira-kira yang mudah. Mat Jenin mengira-ngira pendapatan dan kekayaannya semasa dia sedang memanjat pokok kelapa. Biji-biji kelapa itu akan diperolehinya nanti sebagai upah lembu. Selepas lembu-lembu itu membesar dan dijual, beliau akan memulakan perniagaan. Perniagaan yang berkemahiran kecil pada mulanya akan diperbesarkan sehingga dia menjadi saudagar yang kaya raya. Selepas itu Mat Jenin akan berkahwin dengan puteri raja dan menjadi menantu raJa.

Dari perspektif antropologi pula, kita dapat menyimpulkan bahwa orang Melayu zaman dahulu adalah berbeza daripada yang ditanggapi masyarakat barat. Menurut ahli antropologi Robert Redfield ( 1930) dan Foster ( 1962), para petani mempunyai pemikiran yang tidak kreatif dan bersifat menyerah (fatalistik). Tanggapan ini sebenarnya tidak menepati kemampuan Mat Jenin yang sangat kreatif dan bersemangat keusahawanan. Begitu juga dengan Pak Kadok.

Menurut William ( 1993:xxvii) bahasa baba ini merupakan gabungan bahasa Melayu dan Hokien. Kedua-dua bahasa ini telah dipermudahkan penggunaannya akibat kahwin campur di antara orang-orang Melayu dengan orang Cina Hokien yang menetap di Melaka pada kurun ke 15M.

p

Pak Kadol kemungkir seumpama

Dari persp bahasa itu Luckman: al.l998:51: Melayu be1 mementing, orang Me/1 Nilai-nilai . semestinya setakat ini, bangsanya menyulam zaman awa menjadi pe1 bahasa Sin1 penutur Me

Dari segi 1 peradaban 1 negara Nor teknologi p negara yan! dan Peranci: bahasa men

Tanggapani asalkan bah bahan baca< bangsa itu r bangsa yan!

3.0 Menj.

MalikBenn; bahawa keb masmg-mas pentadbiran akan menciJ

3 Abdullah Ha: Berbahasa M

Pak Kadok merupakan seorang yang mempunyai firasat. Pak Kadok mempertimbangkan kemungkinan yang bakal diperolehi dari suatu usaha atau tindakan. Idea atau perkiraan seumpama ini juga digunakan dalam bidang insurans zaman ini.

Dari perspektif psikologi, bahasa Melayu berjati diri. Ini dapat dilihat daripada pragmatik bahasa itu sendiri. Maka ia berpotensi dimartabatkan sebagai bahasa ilmu tinggi. Tengku Luckman Sinar dalam membincangkan perihal Jati diri Melayu (Hashim Awang AR et. al.l998:512-515) telah mengenalpasti nilai-nilai berikut dalam bangsa Melayu iaitu; orang Melayu berpijak kepada yang esa, orang Melayu mengutamakan pendidikan, orang Melayu mementingkan budaya malu, musyawarah dan muafakat sendi kehidupan sosial orang Melayu, orang Melayu ramah dan terbuka kepada tamu dan orang Melayu melawan jika terdesak. Nilai-nilai di atas membuktikan bahawa bangsa Melayu ini sudah tinggi peradabannya dan semestinya mampu menghasilkan falsafah ilmu yang sama tinggi dan bemilai. Jika ditinjau setakat ini, didapati bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa hibrid dan dinamik tetapi bangsanya tetap bermaruah dan berilmu. Bangsa Melayu pula sebenamya telah lama menyulam disiplin-disiplin lain seperti matematik, insurans, antropologi dan lain-lain sejak zaman awallagi. Namun demikian, amat penting sekali ialah kemampuan bahasa Melayu menjadi pembiak komunikasi manusia seperti yang berlaku dalam bahasa Melayu Baba dan bahasa Sing/ish. Teragung lagi ialah keterampilan bahasa Melayu sebagai bahasa utama penutur Melayu teramai di dunia iaitu bahasa Indonesia.

Dari segi kreativiti bangsa dalam zaman kontemporari ini cara terbaik3 meningkatkan peradaban bangsa ialah melalui perpustakaannya seperti negara-negara yang berjaya iaitu negara Norway dan Finland yang menggunakan bahasa mereka sendiri dan berjaya dengan teknologi perabot IKEA dan telekomunikasi Nokia. Negara German merupakan satu lagi negara yang mundur selama 300 tahun kerana bahasa mereka dipelajari dalam bahasa Latin dan Perancis. Namun demikian, mereka mula mencapai kemajuan apabila mula menggunakan bahasa mereka sendiri.

Tanggapan ini membuktikan bahawa sesuatu bangsa itu boleh maju dengan bahasanya sendiri asalkan bahasa itu mempunyai kemampuan ilmuan yang tinggi berkat daripada khazanah bahan bacaannya yang meluas. Namun demikian, sebelum perkara ini dapat direalisasikan, bangsa itu perlu menanam semangat yakin diri dengan menyedari kepentingan melahirkan bangsa yang kreatif.

3.0 Menjana Kreativiti Bangsa

Malik Bennabi (lihat Abdullah Hassan dalam Darwis Harahap 2000:67 -69) juga menjelaskan bahawa kebanyakan bekas tanah jajahan Eropah mengekalkan kehadiran bahasa penjajah masing-masing sehingga mewujudkan bilingualisme di kalangan elit intelektual, politik dan pentadbiran negara-negara tersebut. Beliau selanjutnya menekankan bahawa bilingualisme akan mencipta kesan-kesan yang sangat bertentangan dengan budaya kebangsaan. Malik

3 Abdullah Hassan dalam kertas kerja semasa seminar MABBIM 2003, bertajuk "Saranan Membina Kepustakaan Berbahasa Melayu"

15

16

Bennabi merumuskan bahawa apabila seseorang itu mengucapkan pemikiran-pemikirannya dalam bahasa asing, pemikiran itu akan menjadi buta budaya sendiri, malah ada kalanya boleh mengkhianatinya.

Abdullah Hassan4 berpendapat bahawa apabila bahasa lain dijadikan bahasa komunikasi dalam keluarga selain bahasa ibunda, nilai bahasa lain itu akan dituruntemurunkan daripada satu generasi ke generasi berikutnya. Ini bermakna nilai bahasa ibunda akan lenyap. Maka akan berlaku pembocoran benteng budaya yang akan menurunkan nilai-nilai bangsa itu. Kita harus sedar bahawa bahasa Inggeris tidak sama dengan bahasa timur kerana bahasa Melayu mempunyai adat, bahasa Cina mempunyai hierarki sedangkan bahasa Inggeris tidak mempunyai unsur-unsur tersebut.

Rumusan Malik Bennabi ada kebenarannya jika meninjau sejarah. Sejak zaman Abdullah Munsyi sendiri, kita dapati Abdullah yang berkemampuan dalam bahasa Inggeris dan Melayu, antaranya, mempunyai sikap yang "buta budaya" apabila beliau meninjau perlakuan-perlakuan masyarakat Melayu pada zamannya. Begitu juga dengan negara Singapura. Pengenalan sistem bilingualisme telah merubah perkembangan dan pembangunan rakyat negara ini. Rakyat jadi pasif dalam perlakuan politik kerana segala-galanya diajar dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar iaitu bukan bahasa peribumi. Kesannya, rakyat Singapura pada zaman pasca­perpisahan dengan Malaysia terlalu sibuk meningkatkan ilmu bahasa Inggeris sehingga mengenepikan kepentingan politik yang lainnya, khususnya bahasa dan bangsa.

Satu lagi perkembangan yang patut direnungi ialah dasar memperkenalkan bahasa Mandarin kepada masyarakat Cina di Singapura. Bahasa ini bukan bahasa peribumi Cina di Singapura yang terdiri daripada dialek-dialek lain seperti Teochew, Hokien dan Kantonis. Bahasa Mandarin adalah daripada negara Taiwan. Sehingga kini, bahasa Mandarin masih menjadi masalah sehinggakan menimbulkan banyak tengkarah dan secara langsung menjejas bahasa­bahasa lbunda lain iaitu Melayu dan Tamil.

Tekanan terhadap bahasa Mandarin memang jelas kerana ramai pelajar yang menghadapi masalah untuk lulus dalam subjek ini. Akibatnya ada pelajar-pelajar terbaik Cina yang terpaksa meneruskan pelajaran di universiti5 luar negara kerana mereka gagal dalam bahasa Mandarin semasa peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat "A". Kesannya pemerintah memperkenalkan sukatan pelajaran B6 bagi mereka yang lemah dalam bahasa Ibunda. Bahasa Melayu juga ikut sama dalam perkembangan seumpama ini walaupun ia tidak mengalami masalah yang sama dengan bahasa Mandarin. Pencapaian dalam bahasa Melayu amat memuaskan.

Namun demikian, masyarakat Cina (The Straits Times, October 12, 2002) menganggap langkah ini sebagai satu templakan kepada mereka kerana ia membuktikan bahawa masyarakat Cina semakin ketinggalan dalam bahasa dan budaya mereka. Mereka juga menganggap

" Sesi soal-jawap seminar MABBIM 2003 di Brunei Darussalam 5 Para pelajar Singapura wajib lui us dalam bahasa lbunda untuk memasuki unversiti-universiti pemerintah di Singapura. 6 Sukatan ini memberatkan komponen lisan dan perbualan daripada penulisan ..

p

bahaw: pen get; Keada< bahasa lebih n

Akhim kemast D7 sek1 bahasa Singap1 bah as a orang-e menep:: Cina ya peri bun

Kesan s masyan dalamn ini diut: Beliau r kepada satu tah anggota banyak. dalam n

Satu lag Singapu dan lain kekoson

Dalamn terbuka kelongg Keadaar pembanl selama: menerus

7 SpecialA bahasa C

8 Bilingual (Straits 1

9 Sukatan I dipermw

di Singapura.

bahawa sekolah SAP7 bagi pelajar Cina gagal mempamerkan kecinaannya kerana lebih ban yak pengetua yang berpendidikan Inggeris mengambil alih pucuk pimpinan sekolah tersebut. Keadaan begitu genting sekali sehingga Kementerian Pendidikan Singapura8 membenarkan bahasa Cina diajar dengan menggunakan bahasa Inggeris di sekolah-sekolah memandangkan lebih ramai pelajar Cina yang lebih fasih dalam bahasa Inggeris daripada bahasa Cina.

Akhimya, bermula 29 Februari 2004, agregat bahasa lbunda tidak lagi wajib diambil bagi kemasukan ke universiti tempatan. Namun demikian, pelajar masih perlu lulus dengan agregat 07 sekurang-kurangnya atau lulus Sukatan Pelajaran B9

• lni merupakan satu kesan superioriti bahasa asing ke atas bahasa peribumi. Boleh disimpulkan bahawa perkembangan bahasa di Singapura adalah dua jalur. Pertama, bilingualisme kepada semua bangsa di Singapura iaitu bahasa Inggeris dan bahasa lbunda. Kedua ialah bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin bagi orang-orang Cina. Setelah 40 tahun, didapati bahawa dasar dwibahasa Singapura tidak menepati objektifnya, sebaliknya banyak menimbulkan masalah khususnya kepada kaum Cina yang hilang semangat kebangsaannya kerana terpaksa mendoktrinkan 2 bahasa bukan peribumi.

Kesan superioriti bahasa asing ke atas peribumi sebenamya dapat dilihat dari aspek psikologi masyarakat peribumi. Rakyat Singapura dianggap tidak aktif dalam bidang politik khususnya dalam menyuarakan pandangan secara konstruktif terhadap segala polisi pemerintah. Keadaan ini diutarakan oleh Presiden Singapura semasa pembukaan sesi Parlimen ke 10 pada 2002. Beliau menyuarakan keprihatinan terhadap sikap pasif masyarakat yang tidak menyumbang kepada pembangunan negara secara aktif dari sudut politik. Keadaan ini telah sampai kepada satu tahap yang kritikal sehinggakan pemerintah terpaksa memberikan kelonggaran kepada anggota parlimen untuk menjadi "parti pembangkang" dalam parlimen agar terdapat lebih ban yak komen dan pandangan yang mengkritik dasar-dasar pemerintah supaya ada laporbalik dalam menilai keberkesanan polisi.

Satu lagi masalah yang timbul ialah pemerintah terpaksa mendapatkan bakat-bakat asing ke Singapura dalam semua sektor termasuk teknologi maklumat, perbankan, sukan, pentadbiran dan lain-lain. Keadaan ini berlaku kerana rakyat Singapura sendiri tidak mampu mengisi kekosongan dari segi kemampuan kreativiti dalam sektor-sektor tersebut.

Dalam menangani masalah ini, pemerintah terpaksa memperkenalkan dasar-dasar yang lebih terbuka agar rakyat dapat berfikir secara lebih kreatif dengan adanya bakat-bakat asing dan kelonggaran-kelonggaran yang diberikan dalam sektor hiburan, rekreasi dan kesenian. Keadaan ini membuktikan bahawa rakyat Singapura tidak mampu menyesuaikan diri dengan pembangunan dan perkembangan terkini kerana kurang kreativiti. Bahasa lnggeris yang selama ini diharapkan dapat memenuhi keperluan Singapura nampaknya tidak mampu meneruskan prestasinya.

7 Special Assisted Program iaitu sekolah yang disediakan khas oleh pemerintah untuk memupuk budaya dan pengajaran bahasa Cina dan lain-lain subjek dengan menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar.

8 Bilingual Approach (BA) to the Teaching of Chinese Language at the Primary Level Extended to Seven Other Schools. (Straits Times 23 February 2004)

9 Sukatan Pelajaran ini lebih mudah daripada peringkat bahasa kedua. Ia menekankan aspek lisan daripada tulisan. Ia dipermudahkan untuk pelajar yang lemah dalam bahasa lbunda. Diperkenalkan pacta tahun 2002.

17

18

Walaupun pada zaman awal pembangunannya, bahasa Inggeris telah menjadi mangkin kepada kemajuan Singapura, namun ia hanya sementara sahaja. Setelah 40 tahun bahasa penjajah tidak mampu bertahan. Sebaliknya, negara-negara yang mementingkan bahasa peribumi seperti India dan Cina semakin maju dan menarik lebih banyak pelaburan dunia. Kini Singapura terpaksa mendapatkan kepakaran IT, sukan dan perbankan dari negara-negara tersebut. Singapura pula sedang menggiatkan usaha melabur di negara-negara tersebut. Negara-negara tersebut ada menggunakan bahasa Inggeris. Namun demikian, ia hanyalah bahasa sampingan sahaja. Pemikiran mereka tetap dalam bahasa peribumi.

Sebenarnya, bahasa Ibunda mempunyai banyak potensi jika ia diletakkan di peringkat intelektual tinggi dengan khazanah pustaka yang besar dan luas. Negara-negara yang menggunakan bahasa penjajah tidak mampu cemerlang dalam bidang kreatifkerana peribumi tidak dapat mengawal sepenuhnya bahasa tersebut sehinggakan banyak perkara-perkara abstrak tidak dapat difahami. Sebaliknya, bagi orang-orang Inggeris, mereka akan terus berkembang dan cemerlang kerana mereka dapat dan mampu menggunakan bahasa Ibunda mereka (bahasa Inggeris) dengan berkesan dan konstruktif.

Dalam menilai cara menjana kreativiti bangsa, perlu dikenali unsur yang melemahkannya. Dalam konteks negara Singapura, penggunaan bahasa Ibunda sebagai penyalur budaya (cultural transmitters) sebenarnya telah menyekat pembangunan intelektual peribumi 10

Pengajian bahasa Ibunda di Singapura hanya di peringkat pengenalan sahaja iaitu nahu bagi peringkat sekolah rendah dan menengah. Di peringkat maktab pula terdapat pembelajaran sastera bagi mereka yang mengambil bahasa Melayu sebagai subjek utama 1 1• Bahasa Ibunda juga digunakan untuk pengajaran sivik dan moral. Kesannya, para pelajar tidak dapat menggunakan bahasa tersebut untuk berfikir secara intelektual. Ini terbukti apabila mereka terpaksa menggunakan peralihan kod dan menterjemahkan wacana ke dalam bahasa Melayu daripada pemikiran mereka yang bergerak dalam bahasa Inggeris, apabila diwawancara oleh media Melayu.

Sebaliknya, mereka tidak mempunyai sebarang masalah memberikan penerangan dengan fasih sekali dalam bahasa Inggeris kerana ia merupakan bahasa pertama di Singapura dan digunakan untuk mengajar semua bentuk ilmu tinggi seperti Matematik, Sains, Sastera Inggeris, Geografi, Sejarah dan ilmu-ilmu yang seumpamanya. Namun demikian, mereka masih belum dapat menjulang kecemerlangan dalam bidang-bidang tersebut sehingga ke peringkat kepakaran yang membanggakan. Kesannya, Singapura terpaksa menarik lebih ramai pakar-pakar asing dalam bidang-bidang terse but. Kesannya juga, lahir cendikiawan peribumi yang lupa akan kepentingan bangsa dan bahasa sendiri. Mereka menganggap bahawa kejayaan mereka adalah bersumberkan kemampuan mereka dalam bahasa Inggeris. Maka bahasa dan bangsa sendiri menjadi tidak penting. Kesan jangka panjang pula ialah kemunduran bangsa sendiri yang gagal menyumbang kepada pembangunan negara.

10 Peribumi merujuk kepada penduduk asal Singapura setelah berpisah daripada Malaysia. Ia terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, Tamil, Arab dan lain-lain yang bahasa Ibunda mereka bukan bahasa Inggeris.

11 Jumlah ini amat sedikit sekali.

p

Dalam u pelajar p Ibunda.l pelajarkc banyak i boleh me sekaligus dan bergt iaitu kelel negara d<i

Usahame sendiri ke agama, n1 dijelaskar itu perlu c kepadaeh dahulu di; bidang-bic perasaan <

Ini bukan bersifat sa manakala negara ya1 kelebihan selari ban~ produk de1 untuk men

3.1 Man

Berdasarka bahasa pro hambatan-l penterjema bahasa Mel

Sifat kritika Melayu dal; banyak sek demikian,k penghasilan

Dalam usaha menjana kreativti bangsa, usaha perlu bermula di peringkat sekolah lagi. Para pelajar perlu didedahkan kepada pemikiran peringkat tinggi dengan menggunakan bahasa lbunda. Bahasa Inggeris sebagai bahasa universal masih perlu diperteguhkan dalam diri para pelajar kerana mereka memerlukan kefasihan dalam bahasa tersebut untuk mendapatkan lebih banyak ilmu dan maklumat yang boleh dimanfaatkan oleh mereka. Ilmu ini kemudiannya boleh menjanakan pemikiran kreatif apabila intinya dapat dijelaskan dalam bahasa Melayu sekaligus menjana kreativi bangsa. Dalam usaha meningkatkan kemampuan peribumi berfikir dan bergerak secara kreatif, mereka perlu terlebih dahulu mengenali bangsa mereka sendiri iaitu kelebihan dan kekurangan yang ada dalam bangsa serta peluang-peluang yang ada dalam negara dan dunia ini.

U saba mengenali bangs a sendiri hanya boleh dilakukan dengan menggunakan bahasa lbunda sendiri kerana bahasa Inggeris tidak mampu menjelaskan konsep-konsep seperti adat, budaya, agama, nilai dan hati budi. Perkembangan isu-isu semasa di dalam dan luar negeri perlu dijelaskan kepada para pelajar dalam bahasa lbunda kerana konsep maklumat kebangsaan itu perlu disampaikan dalam bahasa kebangsaan itu sendiri. Para pelajar perlu didedahkan kepada ehwal masyarakat Melayu dengan lebih agresif lagi. Perkara-perkara yang suatu mas a dahulu dianggap tabu, perlu ditimbangkan semula. Para pelajar perlu didedahkan kepada bidang-bidang politik, ekonomi, sosial dan agama dalam bahasa lbunda agar dapat menguit perasaan dan respons yang lebih ketara.

Ini bukan bermaksud bahasa lbunda akan mengambil alih bahasa Inggeris. Sebaliknya, ia bersifat saling melengkapi. Bahasa Melayu digunakan untuk menanam semangat kenegaraan manakala bahasa Inggeris menanam semangat progresif. Kedua-duanya akan menghasilkan negara yang progresif kerana peribumi yang mementingkan negara akan menggunakan kelebihan ilmu daripada sumber di luar bangsa itu sendiri untuk kepentingan pembangunan selari bangsa dan negara seperti yang dilakukan oleh Norway dan Finland yang mencipta produk dengan menggunakan bahasa peribumi sendiri dan menggunakan bahasa Inggeris untuk memasarkan produk mereka kepada dunia.

3.1 Mangkin Penjana Kreativiti Bangsa

Berdasarkan perbincangan di atas, setakat ini dapat dilihat bahawa bahasa Melayu adalah bahasa progresif. Namun demikian, ia tidak mampu menjana bangsa yang kreatif kerana hambatan-hambatan seperti kurangnya jumlah buku bersifat ilmiah, tiadanya mekanisme penterjemahan yang pantas dan kurangnya orang-orang yang memahami kepentingan lestari bahasa Melayu bagi mengekalkan bangsa.

Sifat kritikal perlu ada dalam setiap orang Melayu jika in gin menjanakan kemampuan bahasa Melayu dalam kreativiti agar melewati kreativiti estetik semata. Kita tidak menafikan begitu banyak sekali jumlah karya sastera yang telah dihasilkan sejak zaman awal lagi. Namun demikian, kreativti dalam zaman ini mempunyai interpretasi yang lebih luas lagi iaitu bersifat penghasilan produk dan perkhidmatan agar dapat dimanfaatkan oleh bangsa lain.

19

20

Critical, menurut Kamus Times Chambers Combined Dictionary (1996:302) bermaksudfault­finding, disapproving; relating to a critic or criticism; involving analysis and assessments; relating to a crisis, decisive, crucial. Ia juga disinonimkan dengan istilah-istilah analytical, diagnostic, penetrating, probing, discerning, perceptive. Secara ringkas, kritikal bermaksud membuat rumusan daripada penilaian objektif dan menyeluruh dengan bertujuan menemukan masalah yang ada dan mendapatkan rumusan yang relevan. Pemikiran kritikal dapat membenteras stigma "bebalisme" seperti yang dijelaskan oleh HusseinAlatas; "Bebalisme is not an ideology, not a system of belief, not a culture, not a philosophy, but an attitude of mind which is lethargic, unthinking, impervious to logic, at times crudely uneasthetic, indifferent, creduluos, unscientific, unreflective, piece-meal in orientation, without direction, passive uninventive and without any consciuosly avowed goal." (Hussein Alatas, Intellectual in Developing Socities)

Satu daripada kesan "bebalisme" ialah tiadanya daya cipta dan daya fikir dalam masyarakat. Dalam melahirkan sifat kritikal ini, beberapa nilai perlu disemai iaitu 'memberontak', 'rational', 'realistik', 'pengalaman' dan 'budaya'. Semangat memberontak merujuk kepada sikap yang mempersoalkan kelemahan-kelemahan yang mungkin terdapat dalam polisi-polisi pemerintah demi kepentingan rakyat.

Rational pula mampu mengenepikan perasaan nationalistik terhadap kaum masing-masing dengan mengutamakan kepentingan negara tetapi tidak membenarkan kelemahan polisi dibiarkan memakan bangsa. Mampu mengimbangi tuntutan agama dan negara iaitu kesederhanaan dalam beragama dan dalam kehidupan duniawi. Realistik merupakan keberanian untuk mengkritik kelemahan bangsa sendiri apabila didapati polisi-polisi tertentu tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh bangsanya tetapi menghidupkan mekanisme rakyat atau bangsa-bangsa lain dalam negara.

Pengalaman dalam masyarakatnya sendiri merupakan satu aset penting sebelum seseorang itu mampu memahami masyarakat lain. Ini bermakna individu itu harus berani bergaul dengan masyarakat daripada semua bangsa, agama dan latarbelakang. Pengalaman membaca pula meningkatkan kemampuan intelek dan pandangan dunia yang lebih holistik.

Akhir sekali, budaya bangsa dan negara mesti sudah tersemat secara naluri di dalam dirinya agar tidak ada agenda iaitu pengaruh luar yang mampu menggunakannya untuk mencapai matlamat mereka sendiri atau menghancurkan negara. Usaha memupuk nilai-nilai kritikal sedemikian boleh dilakukan sejak di bangku sekolah lagi dengan memperkenalkan kurikulum pemikiran kritikal agar setiap pelajar dapat diasuh untuk melihat sesuatu fenomena dari dua perspektif yang bercanggah.

Bahan-bahan kesusasteraan merupakan alat terbaik untuk memupuk nilai sedemikian. Genre­genre seperti cerpen, novel, drama dan sajak merupakan alat perakam pengalaman manusia yang merentasi masa, keadaan dan ruang. Ia dilengkapkan dengan perkembangan sosial, ekonomi dan politik masyarakat. Usaha melahirkan Melayu kritikal boleh dimulakan dengan menyusun semula kurikulum kertas kesusasteraan Melayu bagi sijil peringkat "A" dan kertas karangan dan kefahaman bagi peringkat "0" dan "AO".

p

Bagi kerta iaitu teks persoalan­politik, age: persoalan I dapat men. atau kepirr

Kertas kat masyaraka sesuatu fer dapat mem Kertas keJ argumenta1 Darjat pem di dalam te

Masyarak< menggerak boleh mem televisyen l para pelajar masa berse1 mudahdifal pandangan

Dalammen agar dapat c

pelajar mer' kepentinga Kemampua pelajar dan guru yang 1 menyumbar

Cara-cara y Melayu yan penglahiran berfikir di k< itu sebagai ~

Sistem mer pelajaran lai

Bagi kertas kesusasteraan, proses pengajaran dan pembelajaran harus meliputi dua bahan iaitu teks daripada genre-genre yang terlibat dan isu-isu terkini yang disesuaikan dengan persoalan-persoalan yang ada di dalam teks sesuatu genre. Misalnya; persoalan-persoalan politik, agama, sosial dan ekonomi yang berlaku dalam teks boleh dikaitkan dengan persoalan­persoalan kontemporari sedemikian yang dialami masyarakat Melayu setempat agar pelajar dapat menghayati teks dengan lebih berkesan dan dapat memahami kesan sesuatu tindakan atau kepimpinan.

Kertas karangan atau esei pula boleh dimuatkan dengan tajuk-tajuk terkini yang dialami masyarakat setempat mahupun di dunia. Pelajar digalakkan membuat perbandingan mengenai sesuatu fenomena yang berlaku di negara lain dengan keadaan di negara sendiri. Cara ini dapat memupuk kesedaran tentang kelebihan atau kekurangan yang terdapat di negara kita. Kertas kefahaman pula sebaiknya diisikan dengan teks-teks bersifat deskriptif atau argumentatif. Palajar diminta menjelaskan konsep teks tersebut dan menilai ketepatan fakta. Darjat pemahaman pelajar harus dinilai berdasarkan kemampuannya mengaplikasikan fakta di dalam teks bukan sekadar mengeluarkannya semula.

Masyarakat umum pula sepatutnya didedahkan kepada bahan-bahan bacaan yang menggerakkan naluri ingin tahu dan ingin memberikan pandangan. Suratkhabar dan majalah boleh memainkan peranan ini dengan berkesan sekali. Rancangan-rancangan di radio dan televisyen harus menambahkan segmen perbincangan isu-isu masyarakat secara terbuka oleh para pelajar dan orang perseorangan. Pengacara-pengacara di radio pula boleh memanfaatkan masa bersembang di radio untuk menjelaskan perkembangan politik secara berseloroh agar mudah difahami oleh pendengar. Pendengar-pendengar juga boleh digalakkan supaya memberi pandangan mengenai isu-isu konstruktif.

Dalam merealisasikan pendekatan ini, kurikulum latihan pergururan juga perlu ditinjau semula agar dapat disesuaikan dengan tanggungjawap menanam semangat kritikal dalam diri para pelajar mereka kelak. Para guru perlu lebih didedahkan kepada perkembangan semasa dan kepentingan memahami dasar-dasar pemerintah demi kepentingan ilmu dan negara. Kemampuan guru dalam menaakul perlu dipertingkatkan agar mereka mampu mendekati pelajar dan proses pembelajaran itu sendiri dengan lebih kreatif. Guru yang kritikal adalah guru yang kreatif yang berpotensi meningkatkan motivasi pelajar dalam persaingan dan menyumbang kepada kepentingan bahasa dan bangsa atau negara.

Cara-cara yang dijelaskan merupakan langkah pertama ke arah pembentukan masyarakat Melayu yang kritikal. Cara ini mengalakkan tabiat mengkritik yang merupakan inti kepada penglahiran kreativiti. Saranan-saranan yang diketengahkan merupakan pemupukan budaya berfikir di kalangan masyarakat Melayu agar tidak terns menilai segala yang baru atau berbeza itu sebagai susah atau mustahil direalisasikan. Pelajar sekarang bukan seperti pelajar dulu. Sistem meritokrasi memankinkan kemampuan mereka mengikut perubahan. Jika mata pelajaran lain seperti matematik dapat ditingkatkan tarafnya, mengapa tidak bahasa Melayu.

21

22

Kini tibanya masanya masyarakat Melayu berganjak daripada landasan yang ada kepada satu tahap mengkritik. Segala perkembangan yang baik mesti bermula dengan pendidikan. Maka saranan supaya diubah kurikulum pengajian Melayu di sekolah-sekolah seharusnya direalisasikan untuk memastikan kerelevanan pengajian tersebut dalam menghadapi gelagat perubahan global yang mencengkam.

Jurang ilmu antara yang berkemahiran dan kurang berkemahiran atau tidak berpelajaran akan meluas dengan adanya perubahan dalam ekonomi dunia. Jika ini terns berlaku, golongan yang ketinggalan itu akan terns terpinggir dan akhirnya menjadi beban kepada negara. Golongan ini juga kelak akan mudah dieksploitasi oleh kumpulan-kumpulan atau orang perseorangan sama ada dari dalam mahupun luar negeri yang ingin merosakkan kestabilan negara, apatah lagi pejuang bangsa dan bahasa.

Mataim Bakar dalam kertas kerja bertajuk "Memperkasakan Bahasa Melayu- Mengukuhkan Peradaban Bangsa" dalam seminar MABBIM 2003, menjelaskan bahawa budaya yakin diri harus ditanamkan di peringkat awal iaitu kognitif. Menanam budaya be bas berfikir. Mananam perasaan "etnocentrism" yakni berfahaman bahawa apa saja yang diterima dari luar tidak sehebat apa yang ada dalam bahasa sendiri atau diri kita. Kreativiti akan timbul dengan adanya keperluan untuk bersaing. Beliau berpendapat bahawa keperluan seumpama itu tidak wujud pada zaman dahulu sehingga menyebabkan masyarakat Melayu kurang kreatif.

Pandangan ini jelas sekali membuktikan bahawa untuk menjana bangsa kreatif, perlu ada sifat mencari kelemahan diri atau kritikal iaitu dengan menanam budaya bebas berfikir dan menyanjungi bahasa sendiri.

4.0 Simbiosis Bumi Melayu

Negara Brunei yang telah menggunakan sistem dwibahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu selama 12 tahun 12

• Bahasa lndo 13 pula perlu didukungi bahasa asing seperti bahasa Inggeris kerana perubahan zaman danjumlah penutur. Sejak zaman 'Sumpah Pemuda' jumlah penutur Bahasa Indo telah meningkat daripada 3 juta kepada 185 juta pada 2003. Maka bertambahnya jumlah penutur pasti bertambah juga variasi dan standard. Manakala di Singapura dasar dwibahasa ini telah dimulakan sejak tahun 1965 iaitu setelah Singapura berpisah daripada Malaysia. Kini dasar dwibahasa Singapura telah mencapai usia 39 tahun.

Negara Malaysia juga kini mengamalkan sistem dwibahasa. Ini dapat dilihat daripada perubahan dasar terhadap kedudukan bahasa Malayu sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran di semua institusi di Malaysia iaitu kini lnstitusi Pengajian Tinggi swasta boleh menggunakan bahasa Inggeris selaku bahasa pengantar. Ini berlaku melalui akta pendidikan 1995 dan 1996 yang mula berkuatkuasa di Malaysia. Sejak tahun

" Kertas kerja YB Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Bakar Bin Haji Apong, Menteri Kesihatan Brunei Darussalam dalam Seminar MABBIM 2003 di Brunei Darussalam.

13 "Pemerdayaan Bahasa Indonesia sebagai Pemilihara Persatuan dan Kesatuan Bangsa" Prof. Suwarsi Madya, Ph. D. (Indonesia) dalam Seminar MABBIM 2003 di Brunei Darussalam.

2002 pula Inggeris s

Jika kita t bumi Nus banyak n Perkemba terlibat bo bangsa pe Singapura bumi-bum

Negara Br prestasi ra diperkenal mengguna DasarMIB di Brunei r bahasa ras1

RTB atau.R dalam siarc: sedangkan pendidikan sastera kur. Melayu itu] luar bandar buat bertah rujukan ku tatabahasa, tiada soalat

Di Singapm fungsinya s' agak rendal yang lainny dari segi pra

Dalam tinja tahun 2000

14 Dr Jalaludin Darussalam

15 Melayu-Islarr 16 YOM Pehin

Pendidikan" (

kepada 2002 pula, pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik dan Sains diwajibkan dalam bahasa Inggeris sahaja.

Jika kita tinjau perkembangan di atas, kita dapati bahawa kini terdapat semacam sintesis di bumi Nusantara iaitu semua negara-negara yang mempunyai jumlah penutur Melayu yang banyak merealisasikan dasar dwibahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Perkembangan seumpama ini amat proaktif dalam dunia penyelidikan. Negara-negara yang terlibat boleh saling menyelidik akan kesan daripada dasar dwibahasa terhadap bahasa dan bangsa peribumi di negara jiran. Dalam konteks ini, perkembangan masyarakat Melayu di Singapura boleh dijadikan semacam ukurtara kepada kesan yang dianggarkan bakal dialami bumi-bumi Nusantara lain. Simbiosis ini penting.

Negara Brunei, misalnya, pernah menyuarakan kesan yang agak membimbangkan dari segi prestasi rakyat Melayunya terhadap bahasa tersebut setelah 12 tahun sistem dwibahasa diperkenalkan. Kajian 14 menunjukkan bahawa jabatan-jabatan pemerintah dan swasta masih menggunakan bahasa Inggeris walaupun isu ini sering dibincangkan dalam seminar-seminar. Dasar MIB 15 negara mula dipersoalkan. Ini membuktikan bahawa penggunaan bahasa Melayu di Brunei masih belum mencapai 100% walaupun setelah 50 tahun bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi Brunei.

RTB atau Radio Te1evisyen Brunei 16 juga didapati tidak menggunakan istilah-istilah MABBIM dalam siaran berita mereka. Sebaliknya, kadang-kala mereka menggunakan bahasa Inggeris sedangkan terdapat ratusan ribu istilah MABBIM yang tidak dipraktikkan. Dari segi pendidikan pula terdapat masalah-masalah berikut iaitu; keputusan peperiksaan bahasa dan sastera kurang memuaskan, hanya 25% pe1ajar Brunei yang mengambil pelajaran Sastera Melayu itupun kerana ia diwajibkan bagi mendapatkan biasiswa, standard bahasa Melayu di luar ban dar semakin jatuh, dalam ban dar pula keputusan gred 'A' dan 'B' tiada dalam rekod buat bertahun-tahun kebelakangan ini, buku-buku sastera jarang dibaca orang, bahan-bahan rujukan kurang, kelemahan guru dalam mengarang dan berinteraksi, tiada pengajaran tatabahasa, tidak menggunakan novel tempatan, tiada soalan sejarah kesusasteraan Brunei, tiada soalan perkembangan novel, cerpen dan sajak Brunei.

Di Singapura, keadaan adalah sebaliknya kerana status bahasa itu sebagai bahasa Ibunda dan fungsinya sebagai penya1ur budaya semata demi pengukuhkan budaya bangsa. Status yang agak rendah ini jika dibandingkan dengan kedudukan bahasa Melayu di negara Nusantara yang lainnya pastinya menghasilkan kesan yang berbeza. Di Singapura, penguasaan bahasa dari segi pragmatik formal tidak begitu menggalakkan tetapi secara tidak formal masih baik.

Dalam tinjauan yang dilakukan oleh Majlis Pendidikan Anak-Anak Islam, Mendaki, bagi tahun 2000 purata sebanyak 90% orang-orang Melayu di Singapura menggunakan bahasa

14 Dr Jalaludin Chuchu "Lalau Bahasa Melayu" (Brunei Darussalam) dalam Seminar MABBIM 2003 di Brunei Darussalam

15 Melayu-Islam-Beraja 16 YDM Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Yahya Bin Haji Ibrahim "Sastera dalam

Pendidikan" (Brunei Darussalam) dalam Seminar MABBIM 2003 di Brunei Darussalam

23

24

Melayu di rumah berbanding dengan 8% yang menggunakan bahasa Inggeris di rumah. Kajian 17 terkini yang dilakukan di Singapura, membuktikan bahawa kedudukan bahasa Melayu di Singapura sangat mantap dan berpotensi menjadi lebih kukuh lagi. Masa depan bahasa Melayu di Singapurajuga positif dan akan terus berkembang secara berperingkat-peringkat.

Bahasa Melayu di Singapura masih berstatuskan bahasa Kebangsaan. Ia juga merupakan di antara empat bahasa rasmi iaitu Inggeris, Mandarin, Melayu dan Tamil. Bahasa Melayu masih mendapat sokongan padu pemerintah dari segi pembiayaan dan perkembangannya. Pemerintah menyediakan peruntukan tetap untuk pertumbuhan bahasa Melayu di Singapura. Sikap proaktif pemerintah terhadap bahasa Melayu dapat dilihat dengan kehadiran perwakilan Singapura di sidang MABBIM, MASTERA dan MABM setiap tahun walaupun sebagai pemerhati.

Pemerintah tetap menyokong 350,000 penutur bahasa Melayu di Singapura. Jumlah ini menyebabkan bahasa Melayu dianggap penting dari segi pemantauan dan pragmatiknya. Dasar pemerintah juga dapat dilihat dalam perkembangan bahasa Melayu dalam pendidikan, pertubuhan dan media massa seperti berikut :

Pendidikan

1. Penubuhan unit bahasa Melayu di MOE. 11. Penubuhan Jabatan bahasa Melayu di NIE/NTU. 111. Penubuhan Jabatan bahasa Melayu di NUS. IV. Mewajibkan bahasa Melayu di sekolah-sekolah. v. Mewajibkan bahasa Melayu bagi kemasukan ke universiti tempatan. v1. Mengiktiraf bahasa Ibunda sebagai penyulam budaya. vii. Merealisasikan dasar sebutan Baku bahasa Melayu (1990). viii. Membuka Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia kepada guru­

guru bahasa Melayu untuk meneruskan pengajian di peringkat ijazah Sarjana Muda (kepujian) (1994 ).

IX. Memulakan program Latihan Khas bagi Guru-Guru Bahasa lbunda di NIE/NTU (1998).

x. Memulakan program Sarjana Muda Kepujian Bahasa dan Sastera Melayu di NIE (200 1 ).

XL Memberikan tajaan bagi guru bahasa lbunda untuk melanjutkan pengajian di peringkat universiti ( 1998).

x11. Memberikan Anugerah Bahasa lbunda (MTL Awards) kepada para guru bahasa Ibunda untuk melanjutkan pengajian di peringkat universiti (200 l ).

xiii. Memperkenalkan bahasa Melayu peringkat tinggi di sekolah rendah atau EMAS (200 1 ).

xiv. Memperkenalkan bahasa Melayu peringkat tinggi di maktab rendah atau MLEP (200 1 ).

17 Md Pitchay Gani BMAA dalam Tesis Sarjana Sastera bertajuk '·Evolusi Bahasa Melayu di Singapura·· 2004 NIE/ NTU.

p

Pertul

1. Lt da

11. Pe Ill. M IV. M

da v. M, Vl. Te VII. Te viii. Ni IX. Te

me X. Te

pe1

Media

1. Di: 11. Di: 111. Di: IV. Die: v. Di::

Majlis Bah: menjalankm berikut:

1. Me1 11. Me1 111. Me1 IV. Am v. Me1 Vl. Me1 v11. Me1 viii. Mer IX. Mer x. Mer x1. Pen1 xii. Mer

pers xiii. Men xiv. Men

Pertubuhan

1. Lebih daripada 30 pertubuhan Melayu dibenarkan bergiat meningkatkan budaya dan persuratan Melayu seperti MBMS, KGMS, PGBM, ASAS 50 dan KAMUS.

II. Peningkatan status Jabatan Bahasa Melayu kepada Majlis Bahasa Melayu Singapura. 111. MBMS diletak di bawah naungan pemerintah iaitu MITA. IV. MBMS diberikan geran $60,000 setahun untuk aktiviti memantau bahasa Melayu

dan mengawal arah perkembangan bahasa Melayu di Singapura. v. Menghantar wakil ke persidangan MABBIM/MASTERA sejak 1985. vi. Terdapat sambutan Bulan Bahasa diadakan setiap dua tahun sekali. vii. Terdapat Anugerah Persuratan diadakan setiap dua tahun sekali. viii. NAC menyokong aktiviti dan penerbitan Melayu. IX. Terdapat MAEC (Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu) di balai-balai rakyat

merata Singpura. x. Terdapat persatuan Bahasa Melayu di sekolah rendah, menengah dan institusi

pengajian tinggi.

Media Massa

1. Diadakan siaran Melayu di Saluran Suria Televisyen Mediacorp. 11. Diadakan radio Melayu pertama iaitu 'Wama 94.2 FM' Radio Mediacorp. 111. Diadakan radio Melayu kedua iaitu "Ria 89.7 FM' Radio Mediacorp. IV. Diadakan akhbar Melayu 'Berita Harian' dan 'Berita Minggu'. v. Diadakan majalah hiburan Melayu 'Manja'.

Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) melakukan usaha-usaha pemantauan dengan menjalankan seminar, penerbitan, pendokumentasian, tajaan dan dokongan aktiviti seperti berikut:

1. Menerbitkan Majalah Persuratan 'Sekata' terbitan 2 kali setahun MBMS. II. Menganjurkan sambutan Bulan Bahasa setiap dua tahun sekali. 111. Menganjurkan Anugerah Persuratan setiap dua tahun sekali. IV. Anugerah Tun Sri Lanang. v. Mengikuti persidangan MABBIM/MASTERA selaku pemerhati. VI. Menubuhkan lelaman web 'Bahasawan' yang bersifat interaktif. vii. Memantau pragmatik bahas di media massa. viii. Mengadakan pertemuan dengan badan-badan tempatan. IX. Mengadakan pertemuan dengan media massa. x. Menerbitan buku tempatan. XI. Pendokumentasian bahan-bahan bahasa dan persuratan. x11. Memberikan sokongan kewangan kepada pertubuhan Melayu tempatan untuk aktiviti

persuratan dan kebahasaan. xiii. Mendedahkan para penulis muda kepada dunia penulisan di dalam dan luar negeri. xiv. Menubuhkan jawatankuasa kecil penerbitan, kemurnian bahasa, bahasawan,

25

26

peristilahan dan Tun Sri Lanang ditubuhkan. xv. Menyediakan khidmat kepakaran dalam bidang bahasa dan persuratan. xvi. Merealisasikan dasar pemerintah terhadap bahasa Melayu.

Penutur

Penutur merupakan komponen terpenting dalam melengkapkan mekanisme pelestari bahasa Melayu. Sumbangan dan sokongan penutur direalisasikan dalam penglibatan mereka mengisi segala jentera yang disediakan oleh pemerintah untuk menyebarluaskan lagi peranan bahasa Melayu di Singapura dalam pelbagai media seperti berikut :

1. Menggunakan media massa Melayu secara meluas, misalnya akhbar BH dan BM mencatatkan peningkatanjumlah pembaca setiap tahun. Stesen radio sering mendapat respons pendengar sama ada untuk meminta lagu atau sekadar bersembang dengan juruhebah radio. Saluran Suria di televisyen Mediacorp mendapat sokongan daripada syarikat-syarikat dalam bentuk iklan dan tajaan rancangan. Menurut Mohd Ali Hanifiah (2003: 273), menerusi iklan yang dikeudarakan di stesen radio Warna 94.2 FM, dikatakan terdapat 94% penduduk Melayu Singapura yang mendengar stesen terse but.

11. Menyokong aktiviti dan kegiatan anjuran media massa, misalnya acara sambutan 'Hari Ibu' yang baru diadakan baru-baru ini mendapat sambutan sekitar 700 orang peserta. Sesi ini diadakan dalam bahasa Melayu dan terbuka kepada penutur Melayu.

111. Sambutan Bulan Bahasa 2002 mendapat sokongan padu masyarakat dan pertubuhan. Sebanyak 33 kegiatan diadakan sepanjang tempoh sebulan iaitu 14 Persembahan, 11 Peraduan, 4 Ceramah, 2 Pameran dan 2 Pelancaran Buku. Ia didukungi oleh 24 badan iaitu 10 MAEC, 3 Institusi dan 11 Pertubuhan.

IV. Sokongan padu individu dapat dilihat daripada tinjauan yang dialakukan setelah sambutan Bulan Bahasa 2002 yang menunjukkan bahawa 72% rakyat sedar akan adanya Bulan Bahasa dan 76% mengatakan perlu Bulan Bahasa diteruskan.

v. Sokongan media mas sa sang at ketara sekali kerana terdapat liputan sepanjang sebulan oleh pihak radio, televisyen dan akhbar secara berterusan.

v1. 4 orang sasterawan Singapura iaitu Muhd Ariff Ahmad, Noor S I, Masuri Salikun dan Muhd LatiffMuhd menerima anugerah SEA Write Award daripada Raja Thailand sebagai tanda pencapaian baik dalam dunia persuratan Melayu Singapura.

vii. Pencapaian terulung sasterawan Singapura, Dr Masuri Salikun menerima anugerah sijil Kehormat Doktor Pendidikan daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia.

p

viii.l r

IX. ~

d d p

X. R rr

XL Jt fii n< di pt kc M da da

xii. Ar 4P po tin 'St kel rak

Walaupun S giat bergeral dan penutur

Dalam aspe pengajaran d Sebagai seb anggota lain perjuangan I tersebut jug< untuk menja< bahasa dan b

Dalam menu

stesen

viii. Ruang sastera di akhbar BM sering penuh dengan karya penulis mapan sementara ruang sastera di BH penuh dengan karya penulis remaja.

IX. Kini terdapat ban yak syarikat swasta yang mengendalikan program penulisan kreatif dan bahasa dalam bahasa Melayu di sekolah-sekolah. KGMS juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Keadaan ini membuktikan bahawa masih terdapat permintaan bagi pengajaran dan pembelajaran persuratan Melayu di Singapura oleh penutur.

x. Ramai penutur yang memasuki pertubuhan Melayu tempatan. Misalnya, KGMS mempunyai I 000 anggota, Asas 50 mempunyai 250 anggota dan lain-lain lagi.

XL Jumlah bahan penerbitan dalam bahasa Melayu semakin bertambah dalam bentuk fiksyen dan non-fiksyen. Begitu juga dengan bahan akademik, separa akademik dan non-akademik. Misalnya, pada tahun 2002 sebanyak 25 buah novel Melayu telah diterbitkan di Singapura. Ini merupakan jumlah terbesar dan terbanyak sejak perpisahan daripada Malaysia. Begitu juga dengan karya-karya antologi dan kompilasi. Jumlah jurnal dan majalah dalam bahasa Melayu juga bertambah. Misalnya, majalah Sekata (MBMS), majalah Bakti (KGMS), jurnal Aktivis (NIE) dan jurnal Saujana (NUS). Di bahagian komersial pula terdapat majalah 'Manja' dan majalah 'Perkahwinan'.

xii. Anjuran aktiviti kebahasaan secara tetap setiap tahun iaitu 'Bahas 4PM' anjuran 4PM merupakan bahasa peringkat nasional antara maktab-maktab rendah juga politeknik, 'De bat Varsiti' anjuran KGMS merupakan de bat an tara institusi pengajian tinggi, 'Ceramah Temasik' anjuran KGMS, 'Seminar Bahasa' anjuran PGBM, 'Seminar Antarabangsa Pengajian Melayu' anjuran NIE dan lain-lain aktiviti kebudayaan dan kesenian oleh pertubuhan-pertubuhan di sekolah mahupun balai rakyat.

Walaupun Singapura bukan sebuah negara Melayu, namun, aktiviti kebahasaannya masih giat bergerak malah dirancakkan lagi dengan suntikan paduan pemerintah, pertubuhan, media dan penutur.

Dalam aspek simbiosis ini, setiap negara Nusantara boleh mendapatkan maklumat dan pengajaran daripada yang lain demi melestarikan bahasa dan membentuk bangsa yang kreatif. Sebagai sebuah negara minoriti Melayu, Singapura pastinya memerlukan negara-negara anggota lain dalam MABBIM yang lebih berautoriti dalam ehwal bahasa untuk melengkapkan perjuangan penakatan bahasa dan bangsa Melayu di Singapura. Saya yakin negara-negara tersebut juga memerlukan sumbangan pengalaman Singapura dalam dasar dwibahasa ini untuk menjadikan pedoman atau sebagai satu kajian kes dalam mencanai strategi pertumbuhan bahasa dan bangsa Melayu.

Dalam menuju ke arah bangsa Melayu yang kreatif, MABBIM boleh memulakan initiatif

27

28

untuk bersifat terbuka dalam menerima anggota pemerhati sebagai pemberi maklumat mengenai perkembangan yang sedang berlaku di negara tersebut bukan sekadar menjadikan ia komponen memerhati semata. MABBIM perlu keluar dari kepompong "kemabbiman" kerana penglibatan yang lebih rencam boleh menyumbang kepada kelahiran budaya kritikan yang positif dan menambahkan lagi idea ke arah kreativiti bangsa. Jika kita perhatikan perkembangan alaf ini berkat daripada krisis ekonomi dunia dan perubahan pucuk kepimpinan, kita dapati bahawa banyak negaraAsia sendiri yang mengubah strategi demi penakatan bangsa dan negara.

Malaysia, misalnya, kerana tekanan globalisasi menukar dasar bahasa18 yang telah berakar umbi selama 40 tahun dengan membenarkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya sekaligus menuju ke arah negara dwibahasa. Malaysia juga merealisasikan dasar meritokrasi. Pemerintah Thailand 19 juga cuba mengubah kebiasaan negara itu dengan mengawal kebebasan rakyatnya dalam aspek hiburan dan cuba menjadikan Thailand bandar fesyen. Sementara negara Cina20 terpaksa an uti bahasa Inggeris kerana meningkatnya jumlah pelancong ke Cina. Pemerintah Singapura membuat ban yak perubahan drastik ke atas sistem pendidikan, kepimpinan dan sosial untuk menyediakan rakyatnya dalam menghadapi hari muka. Negara Brunei Darussalam menganut dasar dwibahasa agar rakyatnya dapat memanfaatkan ilmu asing untuk kepentingan negara.

Universiti Pendidikan Sultan ldris (UPS I) merupakan sebuah institusi yang proaktif dan kreatif. Universiti tersebut mengiktiraf semua bekas penuntut SITC (Sultan Idris Training College) tanpa mengira latarbelakang negara. Yang diutamakan ialah sumbangan bekas penuntut terhadap perjuangan persuratan Melayu. Ini terbukti apabila UPSI menganugerahkan ijazah Doktor Kehormat Pendidikan kepada sasterawan Singapura, Mas uri SN, tahun lalu. Kesungguhan dan komitmen UPSI juga jelas terbukti apabila mereka cuba mendapatkan senarai semua bekas penuntut SITC di Singapura dengan bantuan wakil Singapura bagi Alumni SITC iaitu Drs Masran Sabran.

Sumbangan tokoh-tokoh Singapura seperti Tuan Haji Sidek Saniff (Mantan Menteri Negara Kanan Kesekitaran Singapura dan Pengerusi Majlis Bahasa Melayu Singapura), Tuan Haron A Ghani (Mantan Setiausaha Politik Kementarian Dalam Negeri) bahasawan dan budayawan - Muhd Ariff Ahmad, sasterawan Masuri SN, Suratman Markasan dan budayawan Aliman Hassan, antara lain, juga terakam dalam buku "Aspirasi Kebitaraan - lbu Kandung Suloh Budiman" terbitan UPSI.

Usaha tanpa membezakan latar negara ini merupakan satu usaha kreatif kerana ia memecah tembok tradisi. Ia juga selaras dengan perkembangan semasa yang mementingkan mutu, kemampuan dan rangkaian (networking) daripada menunduk kepada tradisi.

Satu lagi pendekatan proaktif juga telah dilakukan oleh Akademi Pengajian Melayu, Universiti

18 Berita Harian (26/10/2002) 19 The Straits Times (3/4/04) 20 The Straits Times (7112/2002)

Malaya yar pelajaranm Menteri Ka1 Malaysia, k tahun 1994. sarjana muc pengajian di jumlah grad mengikuti p1 mengk<Ui pf bertambah.

UsahaMAB sejak 15 tah1 atas garisan sebagai pem sebuah nega Berdasarkan bahasa dan b

Tahun lalu, S keXII dan se AnugerahPe Malaysia. 4 b hingga 2003 Singapura, p1 masjid dans diusahakan.

Singapura tel• bukan anggot dan sastera !'I negara yang bl Singapura ju MABBIMda1 di Singapura.

Tanpa kehadi1 Singapura mu Singapura ak: memandangk< pengaruh pen pengguna bah• lebih lagi den!

Malaya yang telah bersedia menerima para guru bahasa Melayu Singapura melanjutkan pelajaran mereka di peringkat ijazah, sarjana dan kedoktoran. Berkat rundingan antara Mantan Menteri Kanan Negera Pendidikan Singapura - Tuan Haji Sidek Saniff dan perwakilan dari Malaysia, kumpulan pertama guru-guru tersebut telah memulakan pengajian mereka pada tahun 1994. Sehingga kini terdapat lebih kurang 150 orang guru telah memperolehi ijazah sarjana muda pengajian Melayu (kepujian) dan jumlah yang sama juga sedang menjalani pengajian di sana. Jumlah ini semakin bertambah dengan kemasukan setiap tahun. Selain itu, jumlah graduan yang telah memperolehi ijazah sarjanajuga meningkat dan ada yang sedang mengikuti pengajian peringkat Doktor Falsafah. Jumlah latihan ilmiah dan tesis sarjana yang mengkaji perihal bahasa, sastera, budaya dan kesenian Melayu Singapura juga semakin bertambah.

Usaha MABBIM mengundang negara minoriti Melayu seperti Singapura sebagai pemerhati sejak 15 tahun yang lalu merupakan satu usaha yang baik. Kini Singapura masih pemerhati atas garisan pemisah politik yang tidak dapat dihapuskan. Namun demikian, kedudukan sebagai pemerhati tidak penting. Yang lebih penting adalah kedudukan Singapura sebagai sebuah negara yang masih memartabatkan bahasa Melayu di bumi bukan Melayunya. Berdasarkan penjelasan di atas amat ketara sekali keseriusan Singapura dalam memajukan bahasa dan bangsa Melayu di Singapura.

Tahun lalu, Singapura telah menjadi tuan rumah bagi acara Pertemuan Sasterawan Nusantara ke XII dan setahun sebelumnya Dialog Selatan ke X. Singapurajuga telah mengadakan acara Anugerah Persuratan 2003 yang dihadiri perwakilan dari Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. 4 buah buku antologi karya-karya penerima Anugerah Persuratan sejak tahun 1999 hingga 2003 telah dilancarkan. Unit pemantau bahasa Melayu, Majlis Bahasa Melayu Singapura, pula sedang giat memantau pragmatik bahasa Melayu di semua media massa, masjid dan sekolah-sekolah. Usaha mengukuhkan bahasa Melayu baku juga sedang giat diusahakan.

Singapura telah memanfaatkan kedudukannya selaku pemerhati dalam MABBIM. Walaupun bukan anggota penuh MABBIM, namun sumbangan Singapura dalam memartabatkan bahasa dan sastera Nusantara sangat konsisten dan terserlah. Singapura merupakan salah sebuah negara yang benar-benar mengikuti segala keputusan MABBIM dengan penuh tanggungjawab. Singapura juga memberikan sokongan sepenuhnya terhadap semua bahan penerbitan MABBIM dan menggunakan panduan-panduan MABBIM dalam menangani masalah bahasa di Singapura.

Tanpa kehadiran Singapura selaku pemerhati di MABBIM, kedudukan bahasa Melayu di Singapura mungkin dalam dilema dan besar kemungkinan perkembangan bahasa Melayu di Singapura akan jauh menyimpang daripada perkembangan di negara-negara MABBIM memandangkan keadaan kosmopolitan Singapura yang kini lebih cepat menyerap segala pengaruh perubahan dunia global ini. Keadaan ini hanya akan mengurangkan lagi jumlah pengguna bahasa Melayu di bumi Nusantara. Pencemaran bahasa pasti tidak terkawallebih­lebih lagi dengan kemaraan alam siber.

29

5.0 Kesimpulan

Penjanaan kreativiti bangsa seharusnya bermula dengan penanaman jati diri bangsa dan semangat perjuangan itu sendiri. Semangat ini secara automatis akan menjana minda yang kritikal terhadap keadaan sekeliling sehinggakan mendesak kelahiran kreativiti. Bahasa yang satu masa dahulu dianggap sebagai wadah komunikasi akan berfungsi memanifestasikan idea-idea konstruktif.

Namun demikian, kreativiti tidak seharusnya disempitkan kepada penciptaan. Ia juga melibatkan sebarang tindakan di luar konvensi yang mempersoalkan tradisi. Dalam era teknokrat ini, simbiosis memainkan peranan penting dalam merencamkan idea dan memantapkan strategi meningkatkan prestasi bangsa dan bahasa Melayu di bumi Nusantara kerana setiap negara seharusnya saling melengkapi bukan meminggirkan.

Penjajah telah memisahkan bangsa dan bahasa Melayu dari segi garis pemisah politik dan dalam membangunkan bangsa Melayu. Penjajah berjaya melemahkan Nusantara dengan "mengkastakan" bangsa Melayu sebagai nelayan dan petani manakala bangsa pendatang sebagai pengusaha dan pentadbir, sebelum merdeka. Bangsa Melayu ke sekolah pondok semen tara yang lain ke sekolah lnggeris kecuali keturunan raja. Aspek penjajahan seumpama ini berakhir dengan kemerdekaan.

Kini globalisasi wujud sebagai penjajahan kali kedua ke atas minda bangsa timur. Negara-. negara Asia terpaksa menerima lebih banyak bakat-bakat asing dalam merencamkan mekanisme ekonomi dan teknologinya. Haruskah kita tunduk kepada hegemoni bahasa dan bangsa yang semakin halus tetapi mencengkam atau perlukah kita menanganinya segera ? Idea menjana kreativti bangsa melalui bahasa memanglah langkah baik dalam usaha merevolusikan hegemoni tersebut agar memanfaatkan bangsa dan bahasa Melayu supaya ia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bahasa besar dunia yang lain. Penyatuan ideologi menjana kemampuan bahasa boleh dimulakan dengan melahirkan konsep bahasa Melayu tanpa sempadan politik.

30

Bibliografi

Anna Wierzbicka, 1991. Cross-Cultural Pragmatics. Berlin: Mouton De Gruyter. Anton M. Moeliono, 1989. Kembara Bahasa. Jakarta: PT Gramedia. Asmah Hj Omar, 1992. Bahasa dan A lam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Asraf, 1996. Manifesto Budaya- Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa. Kuala Lumpur: PersatuanLinguistik Malaysia. Claire Kramsch, 1998. Language and Culture. London: Oxford University Press. Darwis Harahap 2000. Kumpulan Kertas Kerja Kolokium Bahasa Pemikiran Melayu I Indonesia 1. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, 1998b. Melayu Islam Beraja - Suatu Pendekatan. Brunei : Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.

Dewan B Pustaka B Fishman J Hashim A Lumpur: HashimB Malaya. HashimM Temasikl Lily Zuba Malay Co1 Majlis Bal Mohamed dan Bang!J TajudinJa: Muda Sast Wan Huss Malay Tea WilliamG

· 1. Kuala

·:Dewan

Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, 2003. Seminar Bahasa dan Sastera. Brunei : Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. Fishman J.A., 1972. The Sociology of language. Den Haag-Paris : Mutton. Hashim A wang AR et.al., 1998. Pengajian Sastera dan Sosiobudaya Melayu Memasuki Alaf Baru. Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Melayu. Universiti Malaya. Hashim Bin Musa, 1994a. Falsafah Bahasa Melayu Beberapa Aspek kajian. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hashim Musa, 2000. "Globalisasi: Ke ManakahArah Bahasa Melayu Kit a?" Kertas kerja dalam Ceramah Temasik IX. Hotel Crown Prince, Singapura, 19 Ogos 2000. Lily Zubaidah Rahim, 1998. The Singapore Dilema-The Political and Educational Marginality of the Malay Community. Oxford : Oxford University Press. Majlis Bahasa Melayu Singapura, 1993. Pesan. Singapura: Majlis Bahasa Melayu Singapura. Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz, 2002. Melayu Singapura dalam Kritikan - Isu Bahasa dan Bangsa. Singapura : Angkatan Sasterawan 50. Tajudin Jaafar, 1998. Perancangan Bahasa Melayu di Singapura Sejak Tahun /959. Latihan Ilmiah Sarjana Muda Sastera. Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Wan Hussin Zoohri, 1990. The Singapore Malays - The Dilema of Development. Singapore : Singapore Malay Teachers' Union. William Gwee Thian Hock 1993. Mas Sepuloh- Baba Conversational Gems. Singapore: Armour Publishing

31