tinjauan terhadap tahap penyeliaan guru pembimbing ...€¦ · guru pelatih semasa latihan mengajar...
TRANSCRIPT
TINJAUAN TERHADAP TAHAP PENYELIAAN GURU PEMBIMBING
TERHADAP GURU PELATIH SEMASA MENJALANI LATIHAN
MENGAJAR
NORZIANA BT ANUAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
TINJAUAN TERHADAP TAHAP PENYELIAAN GURU PEMBIMBING
TERHADAP GURU PELATIH SEMASA MENJALANI LATIHAN
MENGAJAR
NORZIANA BT ANUAR
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2009
iii
DEDIKASI
Ayahanda dan bonda yang amat dihormati,
Anuar b. Touri dan Asiah bt Ngatni,
Kakak dan adik yang dikasihi
Rakan-rakan 4SPC yang disayangi terutama,
Hidayah, Azila dan Aziehan,
Insan istimewa yang dicintai,
Muhd Aizuddin bin Abdul Razak
Bantuan dan sokongan daripada kalian amat penting untuk diri ini.
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan
kurnia Nya, dapat saya menyiapkan kajian ini dengan jayanya. Di kesempatan ini,
saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia saya Tn Hj Meor
Ibrahim b. Kamaruddin yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan kepada
saya sepanjang proses menjalankan kajian ini. Turut tidak dilupakan kepada pihak
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia yang telah membantu saya dalam
mendapatkan maklumat dalam kajian ini.
Selain itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
saya yang sudi membantu dan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada saya dalam
menjalankan projek sarjana muda ini.
Selain dari itu, tidak dilupakan kepada kepada emak, ayah dan adik beradik
saya yang banyak memberi sokongan moral dalam menyiapkan kajian saya ini. Akhir
sekali, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak dalam memberi sokongan, cadangan dan
sebagainya.
v
ABSTRAK
Semasa menjalani latihan mengajar, bimbingan daripada guru pembimbing
amat penting untuk melahirkan guru yang cemerlang. Kajian ini bertujuan untuk
mengenalpasti tahap penyeliaan guru pembimbing terhadap guru pelatih. Tiga aspek
penyeliaan di lihat: perancangan pengajaran, kaedah pengajaran dan profesionalisme.
Kajian ini berbentuk deskriptif di mana data dikumpulkan melalui satu tinjauan.
Sampel terdiri daripada 92 orang pelajar kursus Pendidikan Sains yang telah
menjalani latihan mengajar sesi 2007/2008. Set soal selidik (kebolehpercayaan,
α=0.9692) telah digunakan dalam kajian ini. Hasil dapatan menunjukkan tahap
penyeliaan guru pembimbing adalah tinggi dalam aspek perancangan pengajaran (min
3.53) dan profesionalisme (min 3.52). Manakala bagi aspek kaedah pengajaran, tahap
peenyeliaan guru pembimbing adalah sederhana (min 3.49). Beberapa cadangan
dikemukakan pada akhir laporan.
vi
ABSTRACT
In a teaching practicum, the guidance from the guiding teachers is important to
produce excellent teachers. The objective of this study is to determine the supervision
level of guiding teachers as perceived by trainee teachers. Three aspects of supervision
level were looked into: the instructional planning, the teaching methods and the
professionalisme. This is a descriptive study in which the data collected were obtained
through a survey. The sample consists of 92 the Science Education students who had
undergone teaching practicum in the 2007/2008 session. Questionnaire (reliability,
α=0.9692) was used in this study. The results showed that the supervision levels were
high for instructional planning aspect (mean 3.53) and professionalism aspect (mean
3.52). In the teaching methods aspect, the levels were moderate (mean 3.49). Several
suggestions were given at the end of the report.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI LAMPIRAN xii
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
viii
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Definisi Istilah 9
1.8.1 Latihan Mengajar 9
1.8.2 Penyeliaan 9
1.8.3 Guru Pelatih 10
1.8.4 Guru Pembimbing 10
1.8.5 Sains 10
1.9 Penutup 11
2 SOROTAN KAJIAN 12
2.1 Pengenalan 12
2.2 Latihan Mengajar 13
2.3 Penyeliaan Guru Pembimbing 15
2.4 Perancangan Pengajaran Guru Pelatih 17
2.5 Kaedah Pengajaran Guru Pelatih 20
2.6 Profesionalisme Guru Pelatih 22
2.7 Penutup 24
3 METODOLOGI KAJIAN 25
3.1 Pengenalan 25
3.2 Reka Bentuk Kajian 26
3.3 Lokasi Kajian 27
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 27
3.5 Instrumen Kajian 29
3.5.1 Latar Belakang Responden 29
3.5.2 Aspek-aspek Penyeliaan Guru 30
Pembimbing Terhadap Guru Pelatih
3.6 Prosedur Kajian 30
3.7 Kajian Rintis 32
ix
3.8 Analisis Kajian 33
3.9 Penutup 34
4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN 35
4.1 Pengenalan 35
4.2 Analisis Latar Belakang Responden 36
4.3 Analisis Tahap Penyeliaan Guru Pembimbing 37
4.3.1 Analisis Tahap Penyeliaan Guru 38
Pembimbing Dari Aspek Membuat
Perancangan Pengajaran
4.3.2 Analisis Tahap Penyeliaan Guru 41
Pembimbing Dari Aspek Kaedah
Pengajaran
4.3.3 Analisis Tahap Penyeliaan Guru 44
Pembimbing Dari Aspek Membuat
Profesionalisme Guru Pelatih
4.3.4 Analisis Purata Keseluruhan Min 48
Mengikut Persoalan
4.4 Penutup 49
5 RUMUSAN DAN CADANGAN 50
5.3 Pengenalan 50
5.4 Rumusan 51
5.5 Cadangan 51
5.6 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 53
5.7 Penutup 54
RUJUKAN 55
LAMPIRAN 61
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Taburan Item Soalan Bagi Persoalan Kajian 27
Bahagian B
3.2 Taburan Polulasi Pelajar-Pelajar Kursus 28
Pendidikan Sains Yang Telah Menjalani
Latihan Mengajar Sesi 2007/2008
3.3 Jumlah Pembahagian Saiz Sampel Di Pilih 28
Secara Rawak
3.4 Skala Likert Lima Mata 30
3.5 Taburan Item Berdasarkan Aspek Penilaian 33
Guru Pembimbing Terhadap Guru Pelatih
3.6 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 34
4.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden 36
Mengiku Jantina
xi
4.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden 36
Mengikut Kursus
4.3 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden 37
Mengikut Gred Semasa Latihan Mengajar
4.4 Taburan Bilangan Peratusan Responden 37
Mengikut Sekolah Semasa Latihan Mengajar
4.5 Taburan Frekuensi, Peratusan Dan Min Dari 38
Aspek Perancangan Pengajaran
4.6 Taburan Frekuensi, Peratusan Dan Min Dari 41
Aspek Kaedah Pengajaran
4.7 Taburan Frekuensi, Peratusan Dan Min Dari 45
Aspek Profesionalisme
4.8 Taburan Peratusan Dan Min Keseluruhan 48
Mengikut Persoalan
xii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Set Soal Selidik 61
B Jadual Krejcie dan Morgan 68
C Pengesahan Kandungan Tesis 69
D Jadual Pelaksanaan Tugasan Kajian 2008/2009 70
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Aspek pendidikan merupakan suatu aspek yang amat penting di mana ia perlu
diberi perhatian oleh semua pihak Sejajar dengan itu, guru memainkan peranan yang
penting untuk melahirkan masyarakat yang inovatif, kreatif dan berfikiran kritis ini.
Oleh itu, bakal-bakal guru perlu melengkapkan diri secukupya untuk menghadapi
cabaran dan tanggungjawab yang akan dipikul kelak sebagai seorang pendidik yang
sebenar.
Kualiti pendidikan itu sangat bergantung kepada kualiti guru-gurunya. Untuk
melahirkan guru-guru yang berkualiti ini, institusi pengajian tinggi (IPT) dan juga
bahagian pendidikan guru (BPG) di seluruh negara telah melatih bakal-bakal guru ini
dengan teori-teori berkaitan dengan bidang perguruan dan seterusnya telah
mewajibkan kepada mereka untuk mempraktikkan apa yang telah dipelajari di bilik
kuliah melalui latihan mengajar.
Latihan mengajar yang diwajibkan kepada guru pelatih ini merupakan satu
latihan yang memberi peluang kepada guru pelatih untuk memperolehi pengalaman
dalam mempraktikkan pengetahuan yang dipelajari kepada situasi sekolah dan bilik
darjah yang sebenarnya. Semasa latihan mengajar, guru pelatih akan ditempatkan di
2
sekolah-sekolah tertentu dan dinilai oleh penyelia iaitu pensyarah pembimbing dan
guru pembimbing yang telah dilantik. Proses penilaian daripada guru pembimbing
amat penting. Ini kerana guru pembimbing adalah mereka yang terdiri daripada guru
yang berpengalaman dalam bidang pendidikan, dalam bidang tertentu dan arif
dengan keadaan sekolah dan pelajar. Guru pembimbing juga mempengaruhi markah
guru pelatih semasa latihan mengajar berdasarkan beberapa aspek penilaian yang
telah ditetapkan.
Guru pembimbing akan membuat pencerapan ke atas guru pelatih sekurang-
kurangnaya lima kali dalam tempoh masa sesi latihan mengajar. Lazimnya proses
penyeliaan bermula dengan perbincanagan dengan guru pelatih tentang rancangan
pengajaran yang bakal dilaksanakan, diikuti dengan penilaian pengajaran dalam bilik
darjah dan diakhiri dengan perbincangan tentang pengajaran yang telah
dilaksanakan. Guru pembimbing akan menilai guru pelatih dari segi persediaan,
penyampaian, keperibadian dan ikhtisas. Aspek yang dinilai ini haruslah diselia
secara berhati-hati dan teliti.
Tujuan penyeliaan adalah untuk memperbaiki dan seterusnya
mempertingkatkan mutu pengajaran seseorang guru pelatih itu. Semua guru pelatih
akan berjaya dalam latihan mengajar sekiranya mereka bersedia menerima teguran
dan panduan daripada pensyarah pembimbing, guru pembimbing, pengetua dan guru-
guru yang senior di sekolah. Guru pelatih perlu memperlihatkan minat dan usaha
yang bersungguh-sungguh dalam menghadapi segala cabaran dan masalah semasa
latihan mengajar.
Guru pelatih perlulah menggunakan cara-cara mengajar yang berkesan dan
dapat mengembangkan pengajarannya dengan teratur. Gaya pengajaran yang baik
dan kreatif dapat menarik perhatian bukan sahaja pelajar yang diajar malahan dapat
juga menarik perhatian guru pembimbing dan seterusnya proses penyeliaan dapat
berjalan dengan lancar.
Persedian mengajar yang lengkap dan teratur sebelum memulakan sesi
pengajaran amat penting. Ini kerana perancangan yang dilakukan awal dan secara
sistematik akan membantu melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran dan
3
seterusnya mempertingkatkan kualiti pengajaran guru menjadi lebih efektif dan
berkesan. Oleh itu bimbingan mengenai perancangan pengajaran amat penting bagi
setiap guru pelatih. Ini kerana latihan mengajar adalah pengalaman pertama guru
pelatih untuk mengajar.
Selain dari itu, guru pelatih perlu juga mempertimbangkan mengenai
perancangan pengajaran dari aspek persedian alat bantu mengajar yang berkesan
serta sesuai dan juga buku rancangan yang lengkap dengan aktiviti yang telah
disusun secara sistematik kepada pelajar. Kesemua aspek perancangan ini amat
diambil berat semasa penyeliaan oleh guru pembimbing.
Pelbagai teknik dan kaedah pengajaran yang digunakan dalam
menyampaikan pengajaran yang berkesan kepada pelajar yang mana telah dipelajari
oleh setiap guru pelatih sebelum menempuhi alam pengajaran. Walau bagaimanapun
guru pelatih perlu menyesuaikan teknik dan kaedah yang telah dipelajari dengan
tepat dan sesuai dengan pengajaran yang ingin diajar supaya pengajaran dapat
disampaikan dengan berkesan dan menarik perhatian guru pembimbing semasa
proses penyeliaan.
Program latihan mengajar dapat melatih guru pelatih mengenai profesion
keguruan yang sebenar dan seterusnya menerapkan sikap profesional di kalangan
guru pelatih dengan bimbingan daripada guru pembimbing. Melalui bimbingan yang
diterima daripada guru pembimbing yang terlatih dalam bidang pendidikan ini, guru
pelatih akan melaksanakan tugas dengan cekap dan mengikut etika yang telah
ditentukan. Dengan itu guru pelatih akan sentiasa berfikir mencari jalan untuk
memperbaiki pelaksanaan tugas yang telah diamanahkan. Seterusnya menjadikan
guru pelatih mempunyai sifat profesional yang tinggi dan berkualiti.
Oleh itu, hubungan antara guru pelatih dengan guru pembimbing amat
penting. Ini kerana latihan mengajar merupakan pengalaman pertama kali guru
pelatih untuk mengajar. Oleh yang demikian bimbingan yang berterusan dalam
penyeliaan amat penting untuk menentukan pencapaian seseorang guru pelatih.
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Latihan mengajar adalah salah satu komponen yang penting bagi setiap guru
pelatih. Semasa latihan mengajar, guru pelatih akan dinilai oleh pensyarah
pembimbing dan guru pembimbing. Proses penilaian ini amat penting bagi guru
pelatih untuk mendapatkan maklumbalas mengenai kekuatan dan kekurangan
seseorang guru pelatih berkenaan proses pengajaran di bilik darjah.
Menurut Hamidah (2002), dalam kajiannya di kalangan guru pelatih
berpendapat orang yang paling hampir dengan guru pelatih semasa latihan mengajar
iaitu sama ada guru pembimbing mahupun penyelia boleh membantu perkembangan
guru pelatih semasa menjalani latihan mengajar. Ini kerana guru pembimbing
sentiasa dapat memerhatikan perkembangan guru pelatih kerana mereka berada di
dalam sebuah sekolah yang sama dan guru pembimbing lebih arif mengenai keadaan
dan situasi sebenar sekolah dan juga memahami perihal pelajar-pelajar di sekolah.
Semasa latihan mengajar, pihak yang bertanggungjawab terhadap pemberiaan
markah atau gred kepada guru pelatih adalah pensyarah pembimbing dan guru
pembimbing. Tidak dinafikan kebanyakan guru pelatih berasa gerun apabila diselia
kerana mereka menganggap tugas penyelia adalah memberi markah dan seterusnya
menentukan sama ada mereka berjaya atau gagal dalam latihan mengajar itu (Abdul
Rahim et al., 1992).
Suatu kajian kerjasama Fakulti Pendidikan Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG) (2005), mengenai penilaian latihan mengajar
dalam Program Pendidikan Guru Malaysia telah dilaksanakan. Dapatan dari kajian
ini mendedahkan beberapa masalah yang dihadapi oleh guru pelatih semasa
menjalani latihan mengajar yang berkait dengan sekolah dan guru pembimbing
seperti kesukaran mendapat bimbangan daripada guru pembimbing dan yang berkait
dengan guru pelatih sendiri seperti masalah penyesuaian.
Bimbingan daripada guru pembimbing adalah amat penting bagi guru pelatih
semasa latihan mengajar. Terutamanya bimbingan dari aspek penyampaian. Terdapat
5
sesetengah guru pelatih menggunakan kaedah pengajaran yang tidak sesuai. Menurut
Aziz et al. (1995), di dalam sebuah bengkel penyelian latihan mengajar berpendapat
di antara kelemahan guru pelatih menggunakan kaedah pengajaran semasa latihan
mengajar adalah kaedah yang terlalu berpusat kepada guru dan buku teks,. Di
samping itu terdapat juga kaedah pengajaran yang hanya tertumpu kepada kaedah
tertentu sahaja dan tidak menerapkan kemahiran saintifik. Di dalam bengkel yang
sama Aziz et al. (1995), turut berpendapat guru-guru pelatih pengkhususan sains ini
juga sering melakukan keasalahan pengajaran di dalam makmal. Di antaranya adalah
tidak mengurus kelas makmal dengan sempurna, pengendalian sisa bahan kimia
selepas menjalankan ujikaji tidak dititikberatkan, pengurusan masa, disiplin pelajar
agak lemah dan hasil eksperimen tidak dibincangkan.
Terdapat guru pelatih yang tidak menyediakan pengajaran yang hendak
diajarkan dan apabila penyelia datang guru pelatih menggunakan persediaan
pelajaran yang pernah diajar dahulu. Terdapat juga guru pelatih yang menggunakan
masa yang banyak untuk membuat persediaan dan memikirkan langkah-langkah
pengajaran (Zahara et al., 2000).
Kepentingan bimbingan daripada guru pembimbing kepada guru pelatih tidak
dapat dipertikaikan lagi terutama terutama untuk memperbaiki gaya pengajaran dan
pembelajaran, dan juga persediaan guru pelatih untuk mengajar. Suatu kajian oleh
Khairuddin (1997), mendapati bimbingan yang berterusan dan sistematik perlu
supaya pelaksanaan praktikum menjadi lebih berkesan lagi dengan melakukan
penambahbaikkan sama ada dari semua pihak untuk melahirkan guru permulaan
yang berwibawa dan cemerlang.
Tugas seorang guru pembimbing amat luas terutama dari segi bimbingan,
teguran dan penilaian kepada guru pelatih. Suatu kajian oleh Normahajazrin Suria
(2006), mendapati peranan guru pembimbing bukan sekadar tertumpu kepada aspek
pengajaran dan pembelajaran sahaja, malahan mendidik dan membantu guru pelatih
untuk menjadi seorang guru yang profesional. Ini kerana kualiti dan kecemerlangan
seseorang guru itu bergantung kepada sikap profesionalnya dalam menjalani tugas
sebagai seorang guru.
6
Menurut Huling et al. (2001), dalam kajiannya terdapat tiga kategori cara
seorang pembimbing menerapkan sifat keprofesionalisme kepada orang yang
dibimbingnya. Pertama memaksa orang yang dibimbing untuk fokus dan
mempertingkatkan kemahiran mengajar di dalam kelas. Kedua membuat orang yang
dibimbing berjaga-jaga mengenai keperluan berkomunikasi di antara satu sama lain.
Ketiga membuat orang yang dibimbing ini memahami peraturan dan tugas-tugas
penyelia.
Kaedah pengajaran yang pelbagai amat penting semasa pengajaran dan
pembelajaran untuk meningkatkan kualiti pengajaran tersebut. Dapatan dari kajian
yang di lakukan oleh Noor Azlan et al. (1989), mendapati guru pelatih berkeinginan
untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran tetapi menghadapi beberapa kekangan.
Misalnya guru terlatih di sekolah menaruh harapan dan mengkehendaki guru pelatih
mengikut cara yang telah lama wujud di dalam pengajaran di sekolah tersebut.
Terdapat juga guru pelatih hanya menumpukan pengajaran dalam buku teks. Dalam
kajian yang sama juga mendapati guru pelatih jarang sekali berpeluang untuk
menjalankan perbincangan dengan guru di sekolah.
Oleh itu, guru-guru pelatih perlulah mempraktikkan segala ilmu pendidikan
yang telah dipelajari di tempat pengajian dan juga perlu memperbaiki segala
kesilapan apabila ditegur dan di bimbing sama ada oleh guru pembimbing.
1.3 Penyataan Masalah
Semasa menjalani latihan mengajar, bimbingan yang berterusan dan berkesan
daripada guru pembimbing kepada guru pelatih amat penting untuk melahirkan guru
yang cemerlang kelak. Tetapi terdapat sesetengah guru pelatih yang kurang
mendapat bimbingan yang secukupnya daripada guru pembimbing. Oleh sebab itu
suatu kajian yang meyeluruh untuk mengenalpasti tahap penyeliaan guru
pembimbing terhadap guru pelatih wajar dilaksanakan.
7
1.4 Objektif Kajian
Tujuan kajian ini adalah untuk:
i. Mengenalpasti tahap penyeliaan guru pembimbing terhadap guru
pelatih dari aspek membuat perancangan pengajaran.
ii. Mengenalpasti tahap penyeliaan guru pembimbing terhadap guru
pelatih dari aspek kaedah pengajaran.
iii. Mengenalpasti tahap penyeliaan guru pembimbing dari aspek
profesionalisme.
1.5 Persoalan Kajian
Di dalam kajian ini, secara khususnya persoalan yang ingin diselidiki ialah:
i. Apakah tahap penyeliaan guru pembimbing terhadap guru pelatih dari
aspek membuat perancangan pengajaran?
ii. Apakah tahap penyeliaan guru pembimbing terhadap guru pelatih dari
aspek kaedah pengajaran?
iii. Apakah tahap penyeliaan guru pembimbing dari aspek
profesionalisme?