tingkatkan motivasi pekerja anda

6
Meningkatkan tahap motivasi tenaga perkerja merupakan salah satu daripada fungsi penting pihak pengurusan di sesebuah organisasi. Pekerja yang tidak bermotivasi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya, akan menjadi beban kepada organisasi serta memberi masalah kepada pihak pengurusan. Pekerja seperti ini dapat mempengaruhi pekerja lain untuk melakukan perkara yang tidak sejajar dengan matlamat organisasi anda. Apakah Yang Boleh Meningkatkan Motivasi Pekerja? Beberapa perkara perlu dilakukan. Pastikan sistem dan prosedur kerja berkesan dan senang difahami. Contoh:Semua pekerja termasuk pekerja baru perlu diberitahu sejelas-jelasnya mengenai tugas-tugas yang harus dibuat dan prosedur untuk melakukannya. Sistem insentif perlu dihubungkaitkan dengan prestasi pekerja. Memotivasikan kakitangan dengan cara memberi pengiktirafan kepada mereka yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam kerja masing-masing. Pengiktirafan boleh diberi dalam bentuk seperti Anugerah Khidmat

Upload: nurul-binti-yusof

Post on 26-Jun-2015

353 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tingkatkan Motivasi Pekerja Anda

Meningkatkan tahap motivasi tenaga perkerja merupakan salah satu

daripada fungsi penting pihak pengurusan di sesebuah organisasi. Pekerja yang

tidak bermotivasi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya, akan

menjadi beban kepada organisasi serta memberi masalah kepada pihak

pengurusan. Pekerja seperti ini dapat mempengaruhi pekerja lain untuk

melakukan perkara yang tidak sejajar dengan matlamat organisasi anda.

Apakah Yang Boleh Meningkatkan Motivasi Pekerja?

Beberapa perkara perlu dilakukan.

Pastikan sistem dan prosedur kerja berkesan dan senang difahami.

Contoh:Semua pekerja termasuk pekerja baru perlu diberitahu sejelas-

jelasnya mengenai tugas-tugas yang harus dibuat dan prosedur untuk

melakukannya.

Sistem insentif perlu dihubungkaitkan dengan prestasi pekerja.

Memotivasikan kakitangan dengan cara memberi pengiktirafan kepada

mereka yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam kerja masing-

masing. Pengiktirafan boleh diberi dalam bentuk seperti Anugerah

Khidmat Cemerlang, anugerah pingat kebesaran, pemberian hadiah,

pujian lisan dan memberi anugerah pekerja cemerlang pada setiap bulan.

Pastikan keberkesanan saluran komunikasi (perhubungan). Setiap ketua

organisasi dilatih menggunakan cara efektif dalam perhubungan dengan

pekerja bawahan agar dapat membantu mewujudkan suasana harmoni di

dalam pekerjaan.

Page 2: Tingkatkan Motivasi Pekerja Anda

Buat perancangan program latihan dan pembangunan pekerja yang tepat,

mencukupi dan secara menyeluruh. Kenalpasti objektif-objektif latihan dan

pembangunan yang perlu dicapai.Pekerja yang mahir dalam menjalankan

tugasnya akan menjadi lebih bermotivasi.

Tangani masalah peribadi pekerja mengikut cara yang telah diterima

sebagai efektif.

Walau bagaimanapun, latar belakang pekerja, keperibadian, falsafah

hidupnya dan sebagainya boleh menghalang pekerja berkenaan untuk

memperbaiki prestasinya.Terdapat teori bahawa pekerja (manusia) sebenarnya

tidak minat untuk bekerja dan cuba mengelakkan menjalankan tugas jika

keadaan mengizinkan. Pekerja ini harus diberi arahan setiap kali dan diselia

dengan ketat.Terdapat juga teori di mana pekerja dipercayai sebagai bersedia

melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya. Pekerja ini tidak perlu diarah atau

dipaksa membuat tugasnya. Adalah dipercayai bahawa pekerja di dalam

golongan kedua akan berkerja dengan lebih kuat lagi jika diberi insentif yang

berpatutan.

Seorang pakar di dalam motivasi pekerja iaitu Abraham Maslow Di dalam

penulisannya yang diterbitkan pada tahun 1943, Abraham Maslow memajukan

cadangannya di bawah tajuk "A Theory of Human Motivation" telah memajukan

teorinya.Mengikut teori tersebut, terdapat lima (5) peringkat keperluan manusia

(pekerja).Ia dipercayai boleh meningkatkan motivasi pekerja. Bermula dengan

peringkat yang rendah sekali, peringkat berkenaan adalah:

Page 3: Tingkatkan Motivasi Pekerja Anda

o Keperluan Fisiologi. Inilah keperluan asas manusia seperti

makanan, tidur dan tempatkediaman.

Sekiranya salah satu daripada keperluan ini tidak dipenuhi, ia akan

mempengaruhi arah fokuspekerja semasa menjalankan sesuatu

tugas.

o Keperluan Keselamatan. Termasuk di dalam keperluan ini adalah

keselamatan peribadi,keselamatan kewangan, kesihatan dan tidak

akan menjadi mangsa penyalahgunaan kuasa.

o Keperluan Sosial. Inilah keperluan manusia untuk dicintai dan

merasai perasaan "kekitaan". Semua pekerja perlu merasai

bahawa mereka diperlukan dan mempunyai peranan tersendiri di

dalam organisasi. Jika dipenuhi, perasaan ketegangan dan tekanan

("stress") di kalangan pekerja dapat dielakkan atau dikurangkan.

o Keperluan Kehormatan Diri ("Esteem"). Keperluan ini ada kaitan

dengan keperluan pekerja untuk dihormati dan diberi peluang

menghormati orang lain. Beri mereka tugas yang boleh

memberimereka peluang untuk memberi sumbangan. Ini akan

meningkatkan "penghormatan diri" (self-esteem.)

o Keperluan Berkembang Diri. Keperluan ini berkaitan dengan

keperluan untuk mencapai cita-cita diri sendiri mengikut potensi

seseorang manusia (pekerja). Mengikut Maslow keperluan untuk

berkembang diri dapat memberi motivasi yang berkekalan.

Page 4: Tingkatkan Motivasi Pekerja Anda

Termasuk di dalam keperluan ini ialah peluang untuk menggunakan

kreativiti, kebolehan menyelasaian masalah-masalah dan mengalami aktiviti

yang bermoral.Keperluan dari peringkat kedua hingga peringkat kelima adalah

keperluan "psychological." Tidak mudah untuk merancang mana satu keperluan

dijadikan sebagai tumpuan seseorang pekerja. Di samping itu, kesemua

keperluan itu tidak boleh dipenuhi pada masa yang sama.

Semasa melakukan perancangan meningkatkan motivasi pekerja, perlu

diingatkan bahawa kepimpinan, budaya organisasi, pasukan pengurusan dan

alam sekitar sama ada di dalam organisasi atau di luar perlu di ambilkira.